07 March 2013

Sultan Sulu minta genjatan senjata

24 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -


MANILA: Sultan Sulu, Jamalul Kiram III memohon diadakan genjatan senjatan berikutan kematian ramai pengikutnya di Lahad Datu.

Pengumuman ini dibuat beliau di  Astanah Kiram, Kampung Maharlika, Taguig City, jam 12:26 tengahari tadi.

Di samping meminta pengikutanya mematuhi genjatan senjata itu beliau juga meminta kerajaan Malaysia juga mengisytiharkan genjatan senjata bagi mengelakkan kehilangan nyawa yang lebih besar.

Sehingga kini, sudah 10 tenteranya meninggal ekoran serangan yang dibuat oleh tentera dan polis Malaysia ke atas pengikutnya.

Jurucakapnya, Abraham Idjirani (gambar) pula berkata, kira-kira 10 lagi orang mereka kini ditahan oleh pihak berkuasa Malaysia.

Idjirani berkata, walaupun Sultan mereka mengisytiharkan genjatan senjata, pasukan berada dalam mood bertahan.

Genjatan senjata ini diisytiharkani ketika pasukan tentera dan polis Malaysia melancarkan serangan lagi pagi ini.

Jamalul juga mengalu-alukan permintaan dari Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon yang meminta agar pertumpahan darah dihentikan dan diadakan perbincangan.

harakahdaily/-

2 comments:

Anonymous said...

Kalau Sultan Sulu minta tenteranya balik, mesti mereka akur, sebab tentera Sulu sangat taat pd Sultan tak bertauliah ni.Pengikut2 nya di tarbiah utk mati syahid. Mati syahid tak kena tempat.Ceroboh negara org ,berbunuhan sesama islam,berdosa besar. Ini bukan mati syahid tapi mati katak. Sultan sulu dah jual wilayah sabah kpd British, kemudian sabah masuk Msia.Tak ada kaitan dgn sulu.Yg ada kaitan projek IC biru Mahathir kpd 600,000 PATI dari sulu memang ada. Itu sebabnya penceroboh mudah bolos, dah jadi kpg halaman. Mengapa Mamak ni bagi ic ? jadikan ahli UMNO, dan undi BN.Jadi fix deposit BN. Utusan dan tv 3 kata ,Anuar jadi dalang dlm kes ni,supaya org ramai percaya dan benci pd Anuar.Sekali gus nak tarik undi utk BN. Fitnah jahat, dulu, kini dan selama2nya.

Anonymous said...

nampak sangat penceroboh2 sulu ni manja sgt suruh kita ikut ckp dia sbab dia tau dia ada pegang rahsia besar yg kerajaan takut dan terpaksa ikut ckp mereka. Nape nak gencatan senjata bagai, berambus aja la dari sabah. Dtg tak diundang pastu nak mintak macam2 pulak.