18 March 2013

Isu rakyat : Teruknya Bas di Kuala kangsar

5 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

KUALA KANGSAR : ADUN Titi Serong, YB. Idham Lim meneruskan usahanya untuk merasai kesusahan rakyat di dalam Parlimen Kuala Kangsar dengan menaiki sendiri Bas berhenti-berhenti dari stesen bas Kuala kangsar ke Manong pagi ini.

Beliau bersama beberapa orang pembantu yang lain telah menaiki bas pada jam sekitar 9 pagi dan sampai ke Kg. Ulu Piul sekitar jam 9.40 minit.

Dari tinjau yang dia dapati, dimaklumkan bahawa bas yang beroperasi dari Kuala kangsar dan berakhir di Simpang 3 Beruas sebanyak 2 buah sengan setiap buah bergerak 6 kali pergi balik dengan jumlah kesseluruhan pulang pergi sebanyak 12 kali.

Usia bas tersebut telah menjangkau usia selama 55 tahun dan perkara itu telah disahkan  oleh seorang rakan fb 
yang memberi komen segera dengan beberapa keping gambar yang disiarkan kami dalam fb YB. Idham sebentar tadi memberi komen seperti berikut :


Sekalung tahniah... Tak mahu komen panjang-pajang..

Dari saya bersekolah di SMK RMM Jalan Kenas (1969-1974), sampai la ni, bas itulah yang digunakan atau mungkin bas yang dah kategori uzur. 



Elok tukar 'orang lain' pula.



Beginilah nasib malang yang dialami oleh penduduk sekitar Kuala kangsar khususnya dalam DUN Manbong, sedangkan ADUNnya adalah seorang Exco kerajaan negeri perak


Saya difahamkam oleh banyak pihak dengan pelbagai aduan dan persoalan yang ditimbulkan oleh masyarakat setempat mengenai bagaimanakah pihak JPJ masih meluluskan dan membenarkan bas ini beroperasi sedangkan usianya yang sangat lama dan tidak sesuai lagi dimasa sekarang.

Selain itu kami mendapat maklumat pada masa hari persekolahan bas yang sudah terlalu uzur ini (rujuk gambar) masih menampung keperluan pelajar sekolah sekitar 50 orang pulang dan pergi ke sekolah pada setiap hari persekolah yang mendedahkan murid kepada resiko keselamatan.

Pendedahan lanjut dalam isu tersebut akan diteruskan di masa akan datang :-


YB. Idham lim mengambil tempat duduk dibahagian hadapan berdekatan pintu

Membayar tiket 
Berkata sesuatu kepada seorang penumpang yang baru naik.
Keadaan bumbung bas yang sangat uzur dan dikatakan tiris bila hujan
Nilailah sendiri kepada tempat duduk pemandu dan pemadam kebakaran yang ada

Keadaan hadapan bas dan gear bas .

15 comments:

Sufi Haraki said...

Tahniah YB..Insya Allah kami akan nobatkan Yb sebagai Ahli Parlimen K.Kangsar pada PRU13..Mcm ni le pmimpin yang menyelami kepayahan rakyat! takbir!!!

Sufi Haraki said...

Pmimpin berjiwa rakyat!

PakNgahYobKider said...

As Salam tuan.....itu baghu sekali naik....kume yang nguna bah ini behaghi2....udoh kematu ponggong...naik sesok napeh...bila bila begento ateh jalan. taim begehenti ikut suka dia aje..ateh jalan...kalu sesape ngikut daghi belakang bah...silap hemat memang nyodok bah le jawabnye...pase sigenal kekadang tak idup...lampu berik pun kadang 2 haup tak menyale. kalu haghi ujan lebat...haaa siap le mandi peri dalam bah tu...selamat membongko lagi kelemahan tempat ghamli zahaghgi ni...

Anonymous said...

mana mbuatnye, bisnes bas skrg dah tak laku macam 20 tahun dulu, skrg bebudak sekolah pun dah guna motor.

Anonymous said...

org dah cemuih dgn bas weitong..dari bertarung nyawe naik bas baik pecah tabung ayam beli moto..Patutnye weitong udah berwajah baru...Terima kasih adun manong atas keperihatinan mike tengok saje tanpa berbuat apa2 dlm mengatasi masalah bas di dun manong ni..tggu bas putiuh dua baru nak ganti bas baru gamaknya.

Anonymous said...

itu syarikat swasta punyer daa.sukahati dia lah nak tukar x nak tukar....come lah yb...cari isu lain der

Anonymous said...

bagus yb bawa isu bas kuale nie.setahu sayalah tokeh bas nie,anak2 dia pegawai jpj.

Anonymous said...

ha...ha ha teman nak gelak bila yb tu naik bas ke manong kalau betoi le yb ni jadi ahli parlimen kome agak2 ada ke perubahan kat basni.....setau teman wai tong penin mekionya yob dari bas panjang leni dah tingge bas kemetot ajee.....betoi le kata yg tak bernama kat atas tuu bebudak gi sek pun dah naik motor .......betoi le kata org moon kalo cari masalah senang nak selesaikan entah le yob sampai berako le jawapnya....habih2pun wai thong juga kenyang

choe said...

yb..cr isu yg lebih penting.. skrg org naik motokar xnaik bas

hanimasra said...

ha..ha..konduktor bus buruk tu teman kenai bebeno..en.meor baharom..teman mangge meor je..kawan lame..sedara juga..kah..kah..hang ni meor..pegi balik..balik pegi..tang tu juge..teman dah matoo..tak ape le..asal rezeki halal..

hanimasra said...

kah..kah..kah..konduktor bas tu teman kenai bebeno..name dia mior baharom..teman pangge mior je..sedara juga dengan teman..kawan mase kecik-kecik..hang ni mior..pi balik..balik pi..bas tu juge..apa nak buat..asalkan rezeki halal...teman dah matoo..

Anonymous said...

ada setengah org tua kg. mana mampu naik motor... mata pon x nmpk... korang yer la kaya....

hishas said...

Zaman terus beredar tapi keperluan pengangkutan awam perlu dipertingkatkan sesuai dgn situasi semasa. Isu pengangkutan awam merupakan isu besar buat masyarakat Manong. Tolong jgn perkecilkan sebarang usaha yg bakal memberi manfaat kpd masyarakat kebanyakan.

hishas said...

Zaman terus beredar tapi keperluan pengangkutan awam perlu dipertingkatkan sesuai dgn situasi semasa. Isu pengangkutan awam merupakan isu besar buat masyarakat Manong. Tolong jgn perkecilkan sebarang usaha yg bakal memberi manfaat kpd masyarakat kebanyakan.

Anonymous said...

bagi temanle.. bahs borok bukan isu beso..ade bahs baghu pun kalo tk ade penumpang buat ape..org jln manong bukannya rama pun..sepanjang jalan dari kuale ke manong besepah ghomah tingga...apa yg penting sumber peluang ekonomi yg memungkinkan org2 manong kembali semola ke manong..jdkan manong kaw IKS..buat jambatan manong, yg boleh tembuih ke lahat/menglembu/ipoh supaya byk ruang dn peluang kpd org2 manong mengembangkn kegiatan ekonomi deme..jam inilah bas boleh bfungsi dn akan sentiasa penuh..tp jgn sampai mcm naik rapid KL dhle penuh dgn bangla, indon, dn etc2..