21 January 2013

Wacana 'Catatan Hujung Ahmad Lutfi' esok

9 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -



KUALA LUMPUR: Kupasan buku 'Catatan Hujung' oleh penulis  Ahmad Lutfi Othman akan  diadakan di Perpustakaan Raja Uda, Seksyen 12, Shah Alam jam 9 pagi, esok..

Tiga panelis terdiri daripada AJK PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad; bekas editor bahasa Melayu Merdeka Review dan Kolumunis Harakah, Lim Hong Siang dan aktivis pelajar, Adam Adli.

Fokus wacana anjuran Perpadanan Perpustakaan Awam Selangor dan Persatuan Seniman Paksi Rakyat (Paksi) itu akan membincangkan isu-isu berkaitan dengan politik negara.

Wacana ini percuma semua pemerhati politik dan orang awam dijemput hadir bagi mendengar dan mengambil bahagian dalam wacana ini.

Mereka yang berminat boleh hubungi Kassim Muhamad di talian 012-4753516.

harakah/-

No comments: