27 January 2013

Parti pembangkang menang p''raya kecil S'pura

15 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -


Parti Pekerja mencatat kemenangan dalam pilihan raya kecil Punggol East - kerusi yang dianggap kubu kuat pemerintah Parti Tindakan Rakyat (PAP).

Calon  Parti Pekerja Lee Li Lian, 34, memperolehi hampir 54 peratus daripada undi, menewaskan calon PAP Koh Poh Hoon yang mendapat 43 peratus undi dalam pertandingan empat penjuru.

Pegawai pengurus pilihan raya, Yam Ah Mee mengumumkan Lee memperolehi 16,038 undi, manakala Koh, 40, seorang pakar bedah terkemuka, mendapat 12,856 undi.

Lee melakar sejarah dipilih sebagai ahli parlimen pembangkang wanita kedua dalam pasca kemerdekaan Singapura.

PAP, yang telah berkuasa selama lebih 50 tahun, tewas di tangan pembangkang ekoran kempen yang didominasi oleh isu-isu seperti kos sara hidup dan jurang pendapatan yang semakin melebar.

Pilihan raya kecil Punggol Timur adalah kekalahan kedua PAP kedua sejak pilihan raya umum Mei 2011 apabila undi popularnya merosot ke tahap 60 peratus.

Bagaimanapun, ia masih menguasai 80 daripada 87 kerusi di Parlimen

No comments: