26 October 2012

Saya alu-alukan BN umum nama calon lebih awal


10 Zulhijjah 1433H. [MOD] - Saya mengalu-alukan cadangan Barisan Nasional (BN) berkemungkinan menamakan calon Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lebih awal berbanding pilihan raya sebelum ini seperti kata Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini. 



Tengku Adnan berkata, perbezaan daripada amalan biasa ini tidak tertakluk kepada calon UMNO sahaja malah semua parti komponen BN. Tengku Adnan, yang juga Setiausaha Agung UMNO berkata, ada lebih banyak kebaikan untuk menamakan calon lebih awal berbanding keburukannya dan menegaskan ada sedikit perbezaan pada pilihan raya umum akan datang. 

 Bagaimanapun, katanya, rancangan itu terserah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang juga Pengerusi BN, untuk membuat keputusan. beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis korban dan kenduri rakyat sempena Aidiladha anjuran UMNO Bahagian Putrajaya, di sini, hari ini. 

Namun begitu lain pula dengan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, UMNO belum bercadang untuk mengumumkan lebih awal nama calon bagi mengelak perbuatan sabotaj termasuk mereka yang tidak dipilih mewujudkan ‘pasukan’ bagi menjatuhkan calon terpilih. 

 Demikianlah cadangan yang saya ingat pernah dibuat oleh pelbagai pemimpin UMNO sebelum menjelang PRU sebelum dari ini. Namun belum lagi menjadi raliti setakat ini.Iannya setakat permanis mulut dan sangat sukar dilaksanakan. 

 Kalaulah benar ianya dapat dilakukan, harapan kita dapatlah kita kenal lebih awal dengan calon yang pernah disifatkan oleh Tun mahathir sebagai "syaitan yang anda kenal" itu. 

 Khalil Idham Lim.