19 October 2012

Siri setem pakaian seragam posmen

3 Zulhijjah 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR — Pos Malaysia Berhad mengeluarkan setem dan produk filateli terbaru bertemakan ‘Pakaian Seragam Posmen’ sempena sambutan Hari Pos Sedunia.

Tiga reka bentuk setem khas koleksi pakaian seragam posmen dalam beberapa zaman itu akan dijual di seluruh cawangan Pos Malaysia mulai Isnin.

Ketua Bahagian Setem dan Filateli Pos Malaysia, Yasmin Ramli berkata, koleksi itu memaparkan pakaian seragam posmen mengikut perubahan zaman iaitu pada era 1950-an, 1970-an dan 1990-an sempena Hari Pos Sedunia, 9 Oktober lepas.

Beliau berkata, reka bentuk 1950-an dijual pada denominasi 60sen, manakala setem bereka bentuk 1970-an dan 1990-an masing-masing dijual pada denominasi 80sen dan RM1 setiap satu.

"Keluaran setem kali ini membolehkan kita mengimbau kembali pakaian seragam posmen pada masa lalu terutama pada awal abad ke-20 sehingga ke hari ini,” katanya pada majlis previu setem berkenaan di sini, hari ini.-BERNAMA

Kerajaan Kedah tangguh pelaksanaan AES

3 Zulhijjah 1433H. [MOD] -




KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Kedah mengambil pendirian menggunakan kuasa negeri untuk menangguhkan sementara pelaksanaan Sistem Kamera Penguatkuasaan Automatik (AES) hingga taklimat dan kajian dibuat ke atas sistem itu.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga Kedah, Dato' Ir Phahrolrazi Zawawi, keputusan itu dibuat setelah mendengar keluhan rakyat yang tertekan dengan pelaksanaan sistem AES oleh Kerajaan Pusat.

Bercakap kepada Harakahdaily, Phahrolrazi menegaskan, denda dan kaedah yang digunakan dalam sistem AES ini amat membebankan rakyat.

"Rakyat merungut, rakyat tertekan dengan sistem ini.Kita ambil pendirian sama dengan negeri Pakatan Rakyat yang lain untuk tangguh hingga penjelasan membabitkan agensi berkaitan dibuat, dan kajian dilaksanakan," ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kundor.

Malahan pula kata beliau,  Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masih tidak meluluskan lagi penggunaan atau pemasangan AES di kawasan membabitkan hak PBT di sana.

Ditanya samada keputusan itu adalan keputusan bersama pimpinan kerajaan Negeri Kedah, beliau memaklumkan ianya telah dibincang di peringkat PAS Negeri dan makluman kepada Pesuruhjaya, Dato' Seri Azizan Razak selaku Menteri Besar Kedah.

"Kita tunggu taklimat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ); Kementerian Pengangkutan dan dua syarikat terbabit dalam AES ini," katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah.

Mengulas keputusan itu, Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar pula menyokong penuh pengumuman itu memandangkan rakyat menolak pelaksanaan kamera AES yang dikatakan akan mengkayakan kroni.

Kata beliau lagi, sistem tersebut hanyalah sebagai sandaran pemimpin BN untuk mendapat laba hasil kontrak yang bernilai RM717 juta tidak termasuk saman yang dikenakan ke atas pengguna jalan raya.

"Ini kaedah mereka nak ragut wang rakyat, nak bagi kepada kroni.Sebab itu kita di Kedah tidak mahu ia diteruskan," katanya.

Sementara itu Pengguna Lebuhraya Lembah Klang (SKVE)  mendesak kerajaan mengalihkan kamera AES daripada laluan Hospital Serdang ke lokasi lain yang lebih sesuai.

Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital Serdang, Mohd Sharifudin Johan berkata, kerajaan perlu mengkaji semula pemilihan lokasi dan had laju bersesuaian untuk pelaksanaan sistem itu.

"Dalam keadaan kecemasan terutamanya membawa pesakit ke hospital kelajuan 80 kilometer sejam adalah tidak wajar. Kami minta kerajaan mengkaji semula pelaksanaan sistem ini di lokasi bersesuaian,” katanya dalam satu laporan akhbar tempatan.

Pelaksanaan AES sejak dua minggu lalu mendapat reaksi negatif daripada pengguna jalan raya berhubung lokasi alat tersebut tidak relevan dengan situasi jalan raya.

harakah/-

Budak enam tahun juruhebah termuda

3 Zulhijjah 1433H. [MOD] -


Amber gembira mengendalikan slotnya sendiri.
Amber gembira mengendalikan slotnya sendiri.
 
LONDON - Buku Rekod Guinness menamakan seorang budak perempuan berumur enam tahun, Amber Jacobs sebagai juruhebah paling mudah dalam gelombang udara.

Pada umur enam tahun, Amber  atau dikenali sebagai DJ AJ dikategorikan sebagai kanak-kanak matang, menjadi tajuk utama apabila berkongsi muzik yang digemarinya bersama pendengar selain tampil sensasi dalam internet.

Kehebatan Amber terdedah sejak enam bulan lalu, apabila dia membantu bapanya, Steve, seorang pengarah stesen radio internet TBFM Online memilih lagu untuk disiarkan.

Amber kini memiliki slotnya sendiri yang dikeudarakan dalam segmen bapanya dan Amber  bertanggungjawab memilih dan memainkan lagu selain bercakap dan memberi isyarat muzik.

Dalam satu temu bual bersama akhbar harian Britain, The Sun, Steve memberitahu anaknya itu sentiasa menari sebaik sahaja beliau menyiarkan muzik yang digemarinya di dalam studio.  - AFP

Audit 2011: Kerajaan BN terus seleweng, membazir

3 Zulhijjah 1433H. [MOD] -


Laporan Audit 2011 sekali lagi mendedahkan berlakunya penyalahgunaan kuasa,penyelewengan dan pembaziran yang berterusan berlaku di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional. Saban tahun laporan audit dikeluarkan dengan beberapa teguran dan cadangan penambahbaikan di dalam tadbir urus kewangan, namun ianya terus berlaku seolah-olah ia tidak diambil berat oleh kerajaan. Ini menunjukkan sikap sebenar kerajaan yang tidak bersungguh-sungguh untuk melakukan perubahan dan penbambahbaikan.

Apa yang dibimbangi laporan audit yang dikeluarkan oleh Jabatan Audit Negara hanya sekadar untuk memenuhi kewajipan sebagai sebuah agensi kerajaan yang dipertanggungjawab mengaudit perbelanjaan kerajaan semata-mata dan hanya untuk melengkapkan Perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957 yang menghendaki Ketua Audit Negara mengaudit penyata kewangan, pengurusan kewangan, aktiviti Kementerian/Jabatan serta pengurusan syarikat Kerajaan Persekutuan dan mengemukakan Laporan mengenainya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan supaya Laporan itu dibentangkan di Parlimen.
Laporan audit dijalankan melalui 4 jenis pengauditan, antaranya :-
Pengauditan Penyata Kewangan - untuk memberi pendapat sama ada Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan bagi tahun berkenaan menggambarkan kedudukan yang benar dan saksama serta rekod perakaunan mengenainya telah
diselenggarakan dengan teratur dan kemas kini.

Pengauditan Pematuhan - untuk menilai sama ada pengurusan kewangan di
Kementerian/Jabatan Persekutuan dilaksanakan mengikut undang-undang dan
peraturan kewangan yang berkaitan.

Pengauditan Prestasi - untuk menilai sama ada sesuatu aktiviti Kerajaan
Persekutuan dilaksanakan dengan cekap, berhemat dan mencapai objektif/matlamat yang ditetapkan.

Pengauditan Pengurusan Syarikat Kerajaan - untuk menilai sama ada pengurusan syarikat Kerajaan Persekutuan telah dilaksanakan dengan teratur.

Persoalannya, adakah kerajaan dan Jabatan Audit Negara hanya berselindung di sebalik kaedah pengauditan dan menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka telah menjalankan pengauditan secara professional dengan menggunakan kaedah yang betul tetapi dalam masa yang sama, ada perkara-perkara yang menimbulkan banyak keraguan terutama projek-projek yang tidak dinyatakan di dalam laporan audit tersebut.

Amat wajar rakyat meneliti beberapa intisari kepada laporan audit 2011 yang jelas menunjukkan berlakunya beberapa perkara yang membimbangkan tentang gejala penyalahgunaan kuasa,penyelewengan dan pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional. Apa yang pasti disebalik perkara tersebut akan menguntungkan sesetengah pihak yang tertentu dan membebankan negara dengan perbelanjaan yang tidak sepatutnya berlaku.


Intisari laporan yang boleh diteliti melalui beberapa Kementerian dan agensinya,antaranya ;

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN

Projek Landasan Berkembar Elektrik Antara Ipoh Ke Padang Besar Pengauditan yang dijalankan mendapati secara keseluruhannya pelaksanaan projek adalah
kurang memuaskan kerana terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaannya. Antara kelemahan tersebut ialah:

i. dua lanjutan masa selama 669 hari telah meningkatkan kos keseluruhan projek dengan   kenaikan yuran perunding;
ii. pihak Audit tidak dapat menentukan sama ada bayaran yuran khidmat nasihat kewangan   berjumlah RM1.06 juta kepada CIMB Investment Bank Bhd. dan Maybank Investment   Bhd. adalah pada kadar yang kompetitif kerana Kementerian Pengangkutan (Kementerian)    tidak mengeluarkan tawaran kepada bank-bank lain;
iii. kelewatan dalam pengambilan tanah di antara 82 hingga 1,227 hari;
iv. pelantikan kontraktor tidak secara pembidaan kompetitif;
v. syarat kontrak yang tidak menjamin kepentingan Kerajaan; dan
vi. kerja pembinaan yang tidak mengikut spesifikasi/tidak berkualiti.


KEMENTERIAN PELANCONGAN

Pengurusan Program Penyediaan/Peningkatan Kemudahan Pelancongan
Objektif program penyediaan/peningkatan kemudahan pelancongan adalah untuk menyedia
dan menambahkan lagi kemudahan asas/infrastruktur pelancongan serta membaik pulih dan menaik taraf kemudahan pelancongan. Kementerian Pelancongan Malaysia (Kementerian) telah diperuntukkan sejumlah RM795.15 juta dibawah RMKe-9 dan PRE. Jumlah peruntukan ini adalah untuk melaksanakan 846 projek infrastruktur dan penyenggaraan, di mana ia meliputi sejumlah RM548.81 juta untuk 210 projek pembinaan infrastruktur dan sejumlah
RM246.33 juta untuk 636 projek penyenggaraan. Setakat bulan Disember 2011 sejumlah RM772.41 juta (97.1%) telah dibelanjakan.

Pada keseluruhannya pengauditan yang dijalankan mendapati bilangan projek yang dilaksanakan adalah memuaskan di mana sebanyak 742 (87.7%) daripada 846 projek telah disiapkan. Bagaimanapun, daripada sampel projek yang diaudit terdapat kelemahan seperti berikut:

i.bayaran telah dibuat untuk kerja pembinaan/bekalan yang tidak dilaksanakan/dibekalkan;


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Perolehan Peralatan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV) Di Sekolah Menengah Teknik/Vokasional

Kerajaan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM76.83 juta di bawah RMKe-9 bagi tujuan perolehan peralatan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV). Perolehan 1,293 item peralatan berjumlah RM63.02 juta telah diuruskan secara tender terbuka yang melibatkan 14 syarikat. Baki peruntukan berjumlah RM13.81 juta pula disalurkan kepada 85 Sekolah Menengah Teknik (SMT)/Sekolah Menengah Vokasional (SMV) untuk tujuan perolehan secara sebut harga atau/dan pembelian terus. Pengauditan yang dijalankan mendapati pada umumnya perolehan peralatan MPAV adalah memuaskan. Bagaimanapun, masih terdapat beberapa kelemahan seperti berikut:

i. satu syarikat masih gagal membekalkan 2 jenis peralatan bernilai RM1.50 juta;
ii. sebanyak 139 unit peralatan bernilai RM2.21 juta tidak mengikut spesifikasi;
iii. sebanyak 30 unit peralatan bernilai RM337,077 telah dibayar sebelum diuji lari;
iv. tuntutan yang meragukan untuk bekalan peralatan MPAV bernilai RM1 juta;
v. sebanyak 2,447 unit peralatan bernilai RM7.39 juta masih belum/tidak digunakan    sehingga tarikh lawatan Audit; dan
vi. pemantauan secara fizikal yang dilaksanakan sama ada di peringkat Kementerian atau negeri tidak disokong dengan laporan mengenainya.


KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Projek Pembinaan Hospital Kluang, Johor

Kementerian Kesihatan Malaysia (Kementerian) telah menandatangani perjanjian projek pembinaan Hospital Kluang, Johor berkapasiti 256 unit katil dengan Kluang Health Care Sdn. Bhd. (Kluang HC) bagi menggantikan hospital sedia ada. Projek ini dilaksanakan secara reka dan bina. Ketua Setiausaha Kementerian telah bertindak sebagai Pengarah Projek manakala Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan dilantik sebagai Wakil Pengarah Projek. Projek ini telah siap dibina pada 12 Oktober 2011 dan mula beroperasi pada 30 Disember 2011. Pengauditan yang dijalankan mendapati secara keseluruhannya pelaksanaan projek pembinaan Hospital Kluang adalah kurang memuaskan. Terdapat beberapa kelemahan yang ditemui seperti berikut:

i. pelantikan perunding yang tidak teratur sehingga mengambil masa 66 bulan;
ii. yuran profesional perunding terlebih dinyatakan sejumlah RM0.74 juta dan RM0.62 juta   telah dibayar;
iii. bayaran perunding sejumlah RM0.75 juta dibayar sebelum kontrak ditandatangani;
iv. asas kelulusan bagi Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa (EOT) 2 dan EOT 3  adalah diragui;
v. kerja pembinaan yang berkualiti rendah;
vi. perolehan 385 peralatan import bernilai RM11.64 juta telah dibuat tanpa kelulusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri walaupun nilai perolehan yang diimport melebihi RM50,000; dan
vii. sebanyak 158 unit kuarters yang siap dibina masih belum diduduki oleh kakitangan hospital.

Pihak Audit mengesyorkan Kementerian mempertimbangkan tindakan seperti berikut:

i. mempertimbangkan tindakan terhadap pegawai yang memperakukan dan meluluskan   bayaran kepada perunding sebelum perjanjian ditandatangani;
ii. memantau kerja kontraktor dan memastikan kerja yang tidak mengikut spesifikasi, tidak  sesuai dan belum dilaksanakan dapat dibuat dengan segera agar hospital baru dapat  beroperasi secara maksimum. Tindakan juga perlu diambil terhadap kontraktor sekiranya  gagal melaksanakan kerja tersebut; dan
iii. tawaran perlu dibuka kepada agensi Kerajaan yang lain sekiranya pegawai di hospital
tidak berminat mendiami kuarters tersebut bagi mengelakkan pembaziran.


KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

Pengurusan Pembinaan Dan Perolehan Peralatan Pembelajaran Pusat Latihan
Teknologi Tinggi (ADTEC)

Setakat tahun 2011, Kementerian Sumber Manusia (Kementerian) telah membina 8 Pusat
Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di seluruh Malaysia termasuk 4 yang baru siap dibina
pada tahun 2009 hingga 2011.

Bagi perolehan peralatan pembelajaran, di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)  sejumlah RM228 juta telah diperuntukkan oleh Kementerian Kewangan dan perolehan dibuat secara rundingan terus.

Pengauditan yang dijalankan mendapati secara amnya prestasi pembinaan 4 ADTEC iaitu Taiping,Kemaman, Bintulu dan Jerantut adalah memuaskan. Bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan yang boleh menjejaskan objektif pembinaannya seperti berikut:

i. empat ADTEC tidak dapat disiapkan dalam tempoh kontrak asal dan telah diluluskan antara satu hingga 6 lanjutan masa melibatkan tempoh antara 90 hingga 706 hari. ADTEC Jerantut mengalami kelewatan yang paling lama iaitu sehingga 706 hari (23 bulan);
ii. prestasi perolehan peralatan pembelajaran adalah kurang memuaskan kerana
kelewatan melaksanakan proses rundingan harga mengakibatkan peralatan
pembelajaran tidak dapat dibekalkan sebaik sahaja bangunan disiapkan; dan
iii. terdapat kerja yang tidak mematuhi spesifikasi/tidak berkualiti/tidak sesuai. Namun
begitu, Kementerian telah memberikan komitmen untuk memperbaiki kelemahan yang
dibangkitkan di mana tindakan segera telah diambil terhadap beberapa kelemahan/
kecacatan kerja yang dilaporkan.

Pihak Audit mengesyorkan pihak terlibat mengambil tindakan seperti berikut:

i. Jabatan Tenaga Manusia (JTM) perlu mempercepatkan proses perolehan peralatan
pembelajaran bagi memastikan kemasukan pelajar dapat dibuat mengikut perancangan
asal serta keupayaan serta kapasiti bangunan dapat diuji bersama-sama dengan
peralatan pembelajaran sebelum berakhirnya Tempoh Tanggungan Kecacatan.
Bagaimanapun, JTM juga bertanggungjawab untuk memastikan proses perolehan
peralatan pembelajaran dibuat dengan teratur bagi mengelakkan Kerajaan mengalami
kerugian;
ii. Kementerian/JKR hendaklah menyenaraihitamkan kontraktor/ konsultan yang gagal
melaksanakan kerja pembinaan mengikut syarat kontrak

KEMENTERIAN PERTAHANAN

Kemudahan Rumah Keluarga Anggota Tentera Bagi Angkatan Tentera Malaysia

Pengauditan yang dijalankan mendapati secara keseluruhannya prestasi pembinaan bagi
12 projek Rumah Keluarga Anggota Tentera (RKAT) yang dibina dalam RMKe-9 dan pengurusan RKAT yang diaudit adalah kurang memuaskan. Antara kelemahan yang ditemui adalah seperti berikut:
i. kontraktor gagal menyiapkan projek dalam tempoh kontrak asal dan diberi lanjutan masa
antara 94 hingga 1,240 hari;
ii. projek RKAT yang telah siap mempunyai bilangan kecacatan pembinaan dan kerosakan
yang tinggi dan kontraktor gagal membaikinya dalam tempoh tanggungan kecacatan;
iii. peningkatan kos projek RM174.43 juta (15.5%) kepada RM1,297.18 juta berbanding kos
kontrak asal berjumlah RM1,122.75 juta;
iv. kelemahan dalam pengurusan kemudahan RKAT yang disediakan seperti RKAT tidak
diduduki sepenuhnya, kualiti perabot yang rendah dan tahap kepuasan penghuni
terhadap kemudahan RKAT adalah kurang memuaskan; dan
v. pentadbiran kontrak dan pengurusan penyenggaraan yang kurang memuaskan.
RAHSIA
Pihak Audit mengesyorkan supaya Kementerian mengambil tindakan seperti berikut:

i. memastikan kontraktor yang dilantik bagi kerja-kerja pembinaan dan penyediaan
kemudahan RKAT adalah berkelayakan dan berwibawa;
ii. membuat pemeriksaan dan memastikan kontraktor membaiki kerosakan/kecacatan yang
ditemui dengan segera sebelum memulangkan Bon Pelaksanaan atau sebelum Tempoh
Tanggungan Kecacatan tamat. Pelarasan harga projek bagi kerja-kerja yang tidak
disempurnakan oleh kontraktor hendaklah dibuat;
iii. melaksanakan pengurusan nilai bagi semua projek yang bernilai RM50 juta untuk
mendapat value for money dalam perbelanjaannya;
iv. memastikan kesemua unit RKAT sedia ada digunakan secara optimum dan mengambil
tindakan yang sewajarnya bagi mengisi RKAT yang masih kosong dan memperbaiki unit
RKAT yang rosak; dan
v. memastikan klausa kontrak dikuatkuasakan bagi menjamin kepentingan Kerajaan serta
mengelakkan implikasi kewangan yang akan merugikan Kerajaan.


KEMENTERIAN DALAM NEGERI

Polis DiRaja Malaysia

Pembinaan Pangkalan Polis Marin Lahad Datu, Sabah


Projek Pembinaan Pangkalan Polis Marin Lahad Datu, Sabah adalah memuaskan di mana ia telah dapat disiapkan dan berjaya mencapai objektif pembinaannya. Namun begitu, terdapat kelemahan seperti berikut:

i. projek mengambil masa selama 2 tahun 5 bulan untuk dimulakan daripada tempoh
projek diluluskan oleh Kementerian Kewangan pada 12 Ogos 2002 sehingga ke tarikh
sebenar pemilikan tapak;
ii. projek lewat disiapkan dari tarikh asal projek sepatutnya siap di mana 2 lanjutan masa
selama 299 hari telah diluluskan (Fasa I) dan 3 lanjutan masa selama 528 hari telah
diluluskan (Fasa II);
iii. terdapat reka bentuk/spesifikasi yang tidak sesuai serta terdapat kerja pembinaan yang
tidak memuaskan/tidak siap; dan
iv. Kementerian tidak merancang dan menyediakan kontrak perkhidmatan pembersihan
bagi kawasan pembinaan setelah projek diserahkan kepada pengguna.

Bagi memperbaiki kelemahan yang dibangkitkan dan juga memastikan perkara yang sama
tidak berulang dalam pelaksanaan projek yang lain, pihak Audit mengesyorkan pihak yang
terlibat melaksanakan perkara seperti berikut:

i. Kementerian/Kementerian Kewangan perlu mengambil tindakan segera terhadap
permasalahan yang wujud di peringkat perancangan dan pelaksanaan projek. Ini
bertujuan memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar dan objektifnya dapat
direalisasikan mengikut perancangan. Ia juga bagi memastikan Kontraktor tidak terjejas
dengan sebarang keputusan yang tertangguh oleh pihak Kerajaan yang memberi kesan
kepada pematuhan Kontraktor terhadap jadual pelaksanaan projek yang ditetapkan;RAHSIA
ii. Kementerian perlu memastikan kelulusan daripada pihak berkuasa yang berkenaan
diperolehi sebelum sesuatu kerja pembinaan ditawarkan;
iii. Kementerian perlu mengambil tindakan terhadap perunding yang gagal mengambil kira
keperluan tertentu semasa menyediakan reka bentuk bangunan yang menyebabkan
ketidakselesaan dan kesusahan berpanjangan kepada pengguna dengan
menyenaraihitamkan perunding berkenaan daripada mengambil bahagian dalam manamana
projek pembinaan Kerajaan di masa hadapan;
iv. Kementerian melalui perunding yang dilantik perlu memastikan kerja yang dilaksanakan
oleh Kontraktor mematuhi spesifikasi dan kualiti yang ditetapkan bagi menjamin kualiti
pembinaan;


Pihak Jabatan Audit  Negara turut menunjukkan bukti penyalahgunaan kuasa,penyelewangan dan pembaziran melalui penemuan-penemuan audit yang telah dilaporkan di dalam Laporan Maklum Balas Aktiviti Badan Berkanun.

Penemuan audit yang perlu diberi perhatian antaranya :

Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Pelantikan Konsultan Progam TUKAR

Semakan Audit mendapati pelantikan konsultan dan pembekal program TUKAR telah diuruskan sepenuhnya oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia SKM dengan melantik sebuah syarikat secara lantikan terus. Bagaimanapun, tiada surat kelulusan daripada Kementerian Kewangan untuk pelantikan ini. Selain itu, SKM tidak mengeluarkan surat tawaran pelantikan konsultan dan pembekal program TUKAR kepada syarikat tersebut. Pelantikan ini hanya dimaklumkan kepada Lembaga Pengarah SKM pada Mesyuarat Lembaga Pengarah yang diadakan pada 30 Mei 2011.

Syarikat ini telah melaksanakan pengubahsuaian kedai runcit, bekalan peralatan dan P.O.S System kepada 111 koperasi yang terlibat dengan program TUKAR dengan jumlah peruntukan RM5.40 juta. Sehingga bulan Mei 2012, SKM telah membayar balik tuntutan pembekalan sejumlah RM5.41 juta kepada syarikat itu dengan menggunakan peruntukan RMKe-10 berjumlah RM3.05 juta dan peruntukan Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi berjumlah RM2.36 juta.

Pada pendapat Audit, SKM perlu memastikan setiap perolehan bekalan atau perkhidmatan dilakukan hendaklah mengikut tatacara perolehan yang telah ditetapkan. Kelulusan bertulis daripada Kementerian Kewangan perlu diperoleh bagi pengecualian terhadap peraturan yang berkenaan. Ini adalah untuk memastikan semua perolehan mematuhi peraturan serta mengelakkan ketidakpatuhan dalam proses perolehan. SKM memaklumkan permohonan kelulusan khas dan perolehan secara runding terus telah dikemukakan pada 5 Jun 2012.

SKM telah menerima kelulusan khas perolehan secara rundingan terus dari Kementerian Kewangan bagi perkhidmatan/bekalan program pemodenan kedai runcit koperasi untuk pembayaran kepada Felda Trading Sdn. Bhd. pada 2 Julai 2012 bagi tempoh selama 5 tahun mulai tahun 2011 hingga 2015. SKM telah mengeluarkan surat tawaran perlantikan konsultan dan pembekal melalui surat bertarikh 27 Januari 2012.

Amat wajar perkara ini diberi perhatian kerana dilihat ada unsur penyelewangan dan penyalahgunaan kuasa telah berlaku melalui pelantikan Konsultan tersebut. Amalan tatacara yang tidak mengikut prosedur seperti  ini tidak harus dibiarkan berterusan kerana ia akan membawa kepada rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang berleluasa.

Di dalam laporan Maklum Balas tersebut banyak teguran yang telah dibuat oleh pihak audit terhadap Suruhanjaya Koperasi Malaysia SKM terutama melibatkan beberapa perkara lain yang berkaitan tatacara pelantikan konsultan.

Lembaga Getah Malaysia LGM

Penemuan audit banyak berkaitan dengan pembelian peralatan yang kategorikan belum digunakan, tidak digunakan dan tidak digunakan sepenuhnya. Terdapat beberapa kes yang seumpama itu di dalam penemuan audit berkaitan dengan Lembaga Getah Malaysia,  antaranya :

Contoh peralatan yang belum digunakan :

Lawatan Audit 19 Disember 2011 mendapati 6 jenis peralatan berjumlah RM5.22 juta masih belum dipasang dan telah disimpan di premis pembekal dan pihak yang dilantik olehnya. Semakan lanjut mendapati tiada surat atau perjanjian yang menyatakan pembekal dan pihak yang dilantik olehnya boleh menyimpan komponen peralatan tersebut bagi pihak LGM.

Contoh peraltan yang tidak digunakan :

Peralatan 13L dan 100L Fermenters telah diterima oleh LGM pada bulan Disember 2008. Lawatan Audit pada bulan November dan Disember 2011 mendapati peralatan ini telah siap dipasang sepenuhnya tetapi tidak digunakan. Tempoh peralatan tidak digunakan selama 36 bulan kerana masih belum ada keperluan bagi tujuan penyelidikan menyebabkan objektif pembelian peralatan tidak tercapai.

Contoh peralatan yang tidak digunakan sepenuhnya:

Lawatan Audit pada bulan November dan Disember 2011 mendapati peralatan berjumlah RM1.71 juta telah dipasang tetapi tidak digunakan sepenuhnya sebagaimana objektif pembelian. Peralatan ini hanya dapat digunakan untuk mengujilari Profile Product dan Surface Product. Perkara ini disebabkan komponen peralatan iaitu Cooling dan Cutter Line belum dibeli untuk menghasilkan produk. Semakan Audit mendapati komponen peralatan ini tidak dimasukkan dalam spesifikasi pembelian Cold Feed Extruder. Mengikut Minit Mesyuarat Ringkasan Projek Pembangunan RMKe-9, peruntukan yang tidak mencukupi menyebabkan pembelian komponen peralatan terpaksa ditangguhkan.

Laporan audit 2011 telah menggunakan beberapa perkataan seperti; “kurang memuaskan”, “kelemahan”, “beberapa kelemahan”, “tidak digunakan”, “belum digunakan” dan “tidak digunakan sepenuhnya”. Penggunaan perkataan tersebut telah mendedahkan wujudnya penyalahgunaan kuasa,penyelewengan dan pembaziran.

Ini adalah sebahagian daripada penyalahgunaan kuasa,penyelewengan dan pembaziran yang telah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional,terdapat banyak lagi penemuan-penemuan yang ditunjukkan di dalam Laporan Audit 2011. Semua penemuan ini jelas menunjukkan salah urus dalam pentadbiran dan perbelanjaan kerajaan dan agensi di bawahnya. Ini jelas menunjukkan penyalahgunaan kuasa,penyelewengan dan pembaziran yang banyak sehingga mencecah berbillion ringgit.

Rakyat mesti berazam untuk menghukum kerajaan dalam PRU 13 nanti, kerajaan yang sanggup berbelanja besar dan membazir demi kepentingan mereka dan kelompok tertentu bukan untuk rakyat. Penyalahgunaan kuasa,penyelewangan dan pembaziran tersebut sekaligus akan meningkatkan kadar hutang negara. Ini akan menyebabkan rakyat terus dibebani dengan hutangh Negara yang tidak berkesudahan.

Disediakan oleh Majlis Penyelidikan, Dewan Ulamak PAS Pusat.

Pemilik Banglo Runtuh Bakal Berdepan Tindakan Undang-Undang

3 Zulhijjah 1433H. [MOD] -


 
 
SHAH ALAM: Pemilik banglo di Seksyen 7 di sini yang bumbung konkritnya runtuh ketika kerja-kerja pengubahsuaian, Khamis sehingga mengorbankan seorang pekerja bakal berdepan tindakan undang-undang kerana pengubahsuaian itu tidak mendapat kelulusan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Datuk Bandar Shah Alam Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan berkata pemilik banglo terbabit gagal memohon kelulusan pelan pengubahsuaian mengikut Seksyen 70(1) Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974.

"Kes ini kita akan bawa ke mahkamah kerana ada mangsa yang meninggal dunia. Di bawah peruntukan ini, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda RM250,000.

"MBSA bertindak tegas dalam hal ini kerana pemilik rumah sepatutnya mengemukakan permohonan untuk melakukan kerja-kerja pengubahsuaian yang hanya mengambil tempoh 24 jam untuk diluluskan sekiranya permohonan mengikut piawaian yang ditetapkan," katanya kepada pemberita selepas meninjau lokasi kejadian di sini Jumaat.

Dalam kejadian itu, seorang buruh binaan warganegara Indonesia, Totok Mochamd Anthony, maut manakala lima lagi parah selepas sebahagian bumbung konkrit banglo mewah milik seorang ahli perniagaan itu runtuh.
Seorang daripada mangsa putus kaki kanannya sementara 10 lagi pekerja berjaya menyelamatkan diri.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 4.20 petang ketika kesemua 16 pekerja binaan terbabit sedang melakukan kerja pengubahsuaian di bahagian dalam dan aras atas banglo dua tingkat itu.

Mengulas lanjut, Mohd Jaafar berkata banglo yang terlibat dalam kejadian runtuh itu merupakan antara 26 unit banglo yang dibina dalam lima reka bentuk berlainan atas tanah milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dengan harga jualan RM1.2 juta ketika diiklankan.

Beliau berkata proses kelulusan pelan pembinaan bangunan utama membabitkan dua kali pindaan iaitu pada 11 April 2011 dan 12 Julai 2011, dengan kedua-duanya diluluskan.

"Semua 26 unit banglo ini juga telah memperoleh Sijil Penyiapan dan Pematuhan yang dikeluarkan oleh jurutera atau arkitek yang bertanggungjawab pada 29 Dis 2011," katanya.

Beliau berkata daripada 26 unit itu, empat banglo sedang dalam pengubahsuaian tetapi hanya dua sahaja yang memperolehi kelulusan pelan pengubahsuaian sementara dua lagi termasuk banglo yang terlibat dalam runtuhan itu tidak mempunyai kelulusan. - BERNAMA

Pemuda PAS: Soi Lek dirasuk 'syaitan yang dikenali'?

3 Zulhijjah 1433H. [MOD] -



 
Pemuda PAS menyifatkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebagai “meracau” dan cuba menjadi “hero kartun” apabila mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan hilang pekerjaan jika hudud dilaksanakan.

Ketuanya Nasrudin Hassan mempersoalkan kenyataan “dangkal”, “melucukan” dan “tidak berasas” itu ekoran ia hanya bersandarkan SMS daripada individu yang tidak dikenali, sekali gus dianggap tidak profesional dan tidak bernilai akademik.

pas umno pemuda talks parliment 010709 nasrudin hassan“Apakah Dr Chua Soi Lek telah dirasuk 'syaitan yang dikenali' sehingga lantang mempersoalkan hukum hudud hanya berdasarkan SMS yang dikirim oleh individu yang tidak dikenali?” katanya.

Dr Chua semalam mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya PAS melaksanakan hudud di Malaysia.

Memetik SMS oleh individu tidak dikenali, beliau menyenaraikan pelbagai industri yang didakwa akan terjejas, termasuk resort perjudian Genting Highlands, pusat pertaruhan dan rumah urut.

Dalam kenyataannya semalam, Nasrudin berkata, Pemuda PAS mendesak Dr Chua segera memohon maaf kepada umat Islam dan seluruh rakyat kerana didakwa mencetus keresahan masyarakat.

“Ini adalah fitnah yang melampau. Sedangkan rakyat yang beragama Islam wajib menerima hukum Alah SWT ini, sementara non-Muslim pula tidak perlu bimbang dan resah justeru perlaksanaan hukum Islam justeru ia tidak dipaksa ke atas mereka,” katanya.

Nasrudin juga menyeru supaya rakyat bijak memilih pemimpin masa depan negara, sekali gus menolak “syaitan yang dikenali bersama komponennya yang semakin meracau di usia lewat”.

chua soi lek video blog on hudud 01Istilah “syaitan yang dikenali” digunakan meluas oleh pembangkang bagi menyindir BN ekoran kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang memetik peribahasa Inggeris “better to choose the devil you know than the angel that you don’t know” (terjemahan langsung: lebih baik syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali).

Cemuhan serupa turut disuarakan ketua penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Lee Khai Loon yang berkata Chua "berkhayal" sehingga mengeluarkan dakwaan "mengarut" seperti itu.

"Dr Chua seperti meludah ke langit dengan mendakwa apabila Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan pusat, maka semua premis arak, judi, kafe siber dan refleksologi akan ditutup.

"Sebaliknya di dalam Selangor, ADUN MCA telah mengadu bahawa kerajaan negeri telah banyak meluluskan bilangan lesen kafe siber dan rumah urut yang sendirinya bertentangan dengan kenyataan Chua," katanya lagi.

malaysiakini/-

Jumpa keris melekat pada akar kayu

3 Zulhijjah 1433H. [MOD] -

Keris yang ditemui melekat pada akar pokok kucing galak. Gambar kecil: Nasir Othman.
 
Keris yang ditemui melekat pada akar pokok kucing galak. Gambar kecil: Nasir Othman.
 
SEBERANG PERAI UTARA - Seorang pengamal perubatan terkejut menemui sebilah keris lama berukuran 15 sentimeter (cm) terlekat pada akar sebatang pokok yang dicabutnya untuk tujuan perubatan di kawasan semak di belakang perumahan penduduk di Kampung Bagan Ajam di sini, kelmarin.

Nasir Othman, 65, yang juga pesara tentera sering menjadikan kawasan berkenaan untuk mendapatkan pokok kucing galak yang dijadikan ubat merawat pelbagai penyakit kucing sejak lima tahun lalu.

Lebih mengejutkan, katanya, keris dengan anggaran berat 10 gram itu amat sukar dipisahkan dari akar Pokok berkenaan.

“Jika nak diikutkan akar pokok ini sepertimana pokok renek lain yang mudah putus apabila ditarik kerana ia bersaiz kecil, namun usaha saya memisahkan keris dari akar pokok ini selepas menemuinya, semalam, menjadi sukar.

“Sebagai orang lama yang turut mengamalkan perubatan tradisional, saya tahu keris yang dianggarkan berusia puluhan tahun ini agak ‘keras’ dan istimewa," katanya.

Nasir yang pernah berkhidmat dalam angkatan tentera laut berkata, penemuan keris berlok tiga itu turut menimbulkan misteri pada dirinya, kerana sebaik dibawa pulang dan dibasuh kesihatan dirinya tiba-tiba berubah.

“Selesai membasuhnya dan sewaktu hendak dilap menggunakan kain kepala saya tiba-tiba terasa berat sebelum pening dan rasa nak muntah serta hampir pitam.

“Menghairankan, keris itu tiba-tiba kering dan turut menitiskan air dari hujungnya, walaupun lekuk dan loknya tidak ada tempat simpanan air,” katanya.

Nasir, yang mempunyai sedikit pengetahuan berkaitan penjagaan barangan misteri kemudiannya mendapatkan sehelai kain kuning untuk membalut keris itu.

“Sebaik dibalut, air titisan itu berhenti dan kesihatan saya kembali normal membuatkan saya beranggapan keris ini sememangnya istimewa dan perlukan penjagaan rapi.

“Sejak malam semalam, sebaik penemuannya diketahui umum, rumah saya mula dipenuhi orang ramai yang ingin melihatnya. Malah ada antara mereka sanggup menawarkan harga tinggi untuk memilikinya,” katanya yang tidak berhajat menjualnya.

Menurutnya, dia juga mengalami mimpi buruk semalam apabila diingatkan berkali-kali oleh satu suara ghaib supaya menyimpan keris itu dengan baik dan tidak menyalah gunakannya.

“Sebaik terjaga, jantung saya berdegup kencang, manakala hampir keseluruhan tubuh dibasahi peluh menyebabkan cadar yang dijadikan alas katil turut basah.

“Kejadian pelik sebaik keris itu ditemui merupakan kali pertama dialami dan saya percaya ia ada kena mengena dengan senjata penting yang digunakan oleh anggota masyarakat terdahulu ini,” katanya.

Katanya, dia akan menyimpan keris itu dan tidak menolak kemungkinan ia boleh digunakan sebagai antara peralatan penting semasa menjalankan perubatan tradisional terhadap pelanggan yang datang berubat dengannya selepas ini.

sinar/-

PPIM dakwa Starbucks salur wang pada rejim Yahudi

3 Zulhijjah 1433H. [MOD] -



 
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menamakan rangkaian kedai kopi Starbucks sebagai calon untuk Anugerah Organisasi Tiada Kemanusiaan (OXK).

Menurut mereka, penganjuran 'anugerah sinis' itu didakwa bertujuan untuk mempertahankan hak pengguna.
Ketua aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, kedai kopi itu dicalonkan bagi anugerah berkenaan atas dakwaannya bahawa sebahagian wang mereka diperuntukkan kepada rejim Yahudi di Israel.

NONE"Starbucks memperuntukan sebahagian keuntungan kepada rejim Yahudi sebagai sokongan mereka kepada perjuangan Yahudi. Yahudi juga bersubahat lakukan kezaliman.

"Mereka (Yahudi) membunuh bukan sahaja orang Islam tetapi kanak-kanak juga. Sebab itu kita letak mereka di bawah anugerah tiada kemanusiaan," katanya pada sidang media di ibu negara semalam.

Nadzim juga berkata, mereka menamakan organisasi tersebut berdasarkan aduan yang diterima sebelum ini.

Malaysiakini telah menghubungi Starbucks Corporation melalui alamat emel yang diperolehi melalui laman starbucks.com.my bagi mendapatkan reaksi berhubung dakwaan berkenaan serta pencalonan untuk anugerah tersebut.

Tiada maklum balas diberikan setakat ini.

Selain anugerah OXK, PPIM semalam turut melancarkan Anugerah Organisasi Tidak Prihatin (OXP) bagi kempen ke atas organisasi yang didakwa menindas serta mendiskriminasi pengguna.

Bagi calon anugerah OXP, PPIM menamakan pasaraya Giant, pasaraya The Store, organisasi kewangan Bank Rakyat, firma Malaysian Building Society Berhad (MBSB), penyedia perkhidmatan televisyen berbayar Astro dan agensi tiket, Ticket Charge.

Bagaimanapun, organisasi yang dinamakan PPIM sebagai calon untuk Anugerah Organisasi Tidak Prihatin (OXP) melahirkan rasa "kurang senang" kerana dibariskan dalam senarai tersebut.

The Store misalnya berkata perkara dibangkitkan itu sebagai "kesilapan teknikal" cawangan pasarayanya sementara Giant pula berkata belum maklum berhubung perkara tersebut.

Malaysiakini masih cuba mendapatkan reaksi daripada syarikat lain yang dinamakan PPIM.

malaysiakini/-

Gusti air suam

3 Zulhijjah 1433H. [MOD] -

RAKAM...rakaman CCTV  menunjukkan suspek membelasah mangsa.
RAKAM...rakaman CCTV menunjukkan suspek membelasah mangsa. 
 
KUANTAN: Hanya kerana lewat menghantar air suam dipesan, seorang pelayan sebuah kafe di Jalan Tun Ismail 2, di sini, kini bertarung nyawa di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), selepas ‘digusti’ seorang pelanggan yang naik angin, tengah malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, mangsa, warga Myanmar, Htong Haw, 29, ditumbuk bertubi-tubi dan kepalanya dihentak ke pasu pokok hiasan selepas dia menghantar air suam dipesan pelanggan terbabit.

Malah, suspek lelaki berusia 30 tahun itu terus mengganas dengan menghenyak tubuh mangsa ke tangga, menariknya ke seberang jalan lalu bertindak seperti ahli gusti dengan mengepit kepala mangsa di celah kangkangnya sebelum menghempas mangsa ke atas jalan di tempat letak kereta.

Selepas ‘menggusti’ mangsa sehingga lembik dan berlumuran darah, suspek melepak di premis berkenaan sebelum meninggalkan kawasan itu dua jam kemudian.

Pemilik premis, Stanly Soon Suan Ning, 43, berkata, dia yang dihubungi seorang pekerjanya memaklumkan kejadian itu bergegas ke tempat kejadian.

metro/-

Pemuda Pas ajak Pemuda Gerakan berdialog

3 Zulhijjah 1433H. [MOD] -


Ahmad Yahaya
Ahmad Yahaya
 
ALOR SETAR - Pemuda Pas Negeri Kedah sedia berdialog dengan Pemuda Gerakan untuk memperjelas isu berkaitan undang-undang Islam termasuk hudud, sekiranya mereka masih prejudis terhadap perundangan Islam.

Ketuanya, Ahmad Yahaya berkata, Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang tidak harus prejudis mahupun mempunyai stigma bahawa setiap garis panduan atau peraturan Islam yang diperkenal di negeri ini dilabelkan sebagai hudud atau undang-undang syariah Islam.

“Keng Liang perlu berfikir dalam konteks lebih luas, peraturan digubal ke arah kesejahteraan dan keharmonian serta meninggikan darjat manusia perlu disokong. Tidak dinafikan, kita berhak bersuara mengkritik atau membantah, tetapi mesti disusuli cadangan penambahbaikan yang lebih efisien,” katanya.

Menurutnya, sekiranya garis panduan papan iklan Islamik dianggap kecil dan remeh, ini membuktikan Kerajaan Negeri diterajui Pakatan Rakyat (PR) komited memikul amanah lebih besar terhadap hak dan masa depan setiap individu.

“Kami secara terbuka dan sukarela menawarkan kesediaan untuk mengadakan sesi dialog atau berbincang dengan Keng Liang, termasuk sesiapa sahaja dalam usaha memperjelas kekeliruan berkaitan undang-undang Islam agar tidak terus disalah sangka,” katanya.

Ahmad berkata, pihaknya juga kesal berikutan masih ada pihak tertentu yang cuba memanipulasi isu berkaitan hudud atau syariah Islam.
Mengulas mengenai kenyataan Keng Liang dalam Twitternya yang mempersoal cadangan pemakaian sopan pada papan iklan di kawasan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Ahmad berkata, kenyataan Keng Liang disifatkan terlalu lantang seolah-olah  menyindir garis panduan itu.

“Saya percaya ramai pihak tidak mahu melihat ibu atau isteri atau anak perempuannya dijadikan produk pemerdagangan atau produk hiasan dalam penampilan tidak sopan. Setiap lelaki budiman tidak akanbiarkan perkara itu berlaku kepada wanita,” katanya.

Katanya, Pemuda Pas Kedah alu-alukan garis panduan baru pemasangan papan iklan seperti diumum Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Mat Noh Ahmad dan menyifatkan ia usaha memartabatkan masyarakat lebih bertamadun.

“Usaha itu perlu dilihat secara positif dan disokong kerana ia sebagai penghormatan kepada wanita dan menyekat eksploitasi ke atas kaum hawa,” katanya

sinar/-

Masalah penjawat awam kerja berjauhan keluarga

3 Zulhijjah 1433H. [MOD] -



KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta meneliti persoalan penjawat awam yang berjauhan keluarga secara dekat  kerana soal kebajikan kakitangan bukan sahaja pemberian bonus kakitangan, elaun dan gaji tetapi yang lebih utama ialah suasana kerja yang selesa dan menyeronokkan.
“Bebanan kerja yang berat akan dirasai ringan, bila mana kita seronok melakukannya,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataan.

Justeru, baginya institusi keluarga kini semakin pincang kerana terdapat pelbagai kes di dalam sistem perkhidmatan negara yang tidak mengambil kira soal kebajikan dan status keluarga.

Mutakhir ini, ujarnya terdapat banyak aduan melibatkan pertukaran atau penempatan kakitangan perkhidmatan awam yang tidak mengambil kira lokasi kerja antara suami dan isteri, sehingga mereka terpaksa berjauhan.

“Lebih malang, apabila berlaku penempatan baru kakitangan tidak mengambil kira faktor ini menyebabkan ada suami bertugas di Semenanjung, manakala isteri bertugas di Sabah atau Serawak.

“Bahkan ada suami berulang alik antara Kedah dan Pahang, Melaka dan Perlis dan selainnya,” ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.


Keadaan ini, tambah beliau menyebabkan wujud pelbagai masalah rumahtangga, bebanan ekonomi, tekanan jiwa dan stres menyebabkan kualiti perkhidmatan awam terjejas. Bahkan terdapat pelbagai kes perceraian, perkelahian suami isteri dan lain berpunca dari tempat kerja berjauhan.


Menurutnya, bebanan ekonomi yang sedang dihadapi rakyat menyebabkan suasana pekerjaan mulai berubah pada skala besar, di mana suami dan isteri terpaksa bekerja bagi menampung bebanan ekonomi.

Bahkan, kata beliau ada yang terpaksa sering melakukan kerja tambahan selepas waktu pejabat.

harakah/-

Puasa sunat dan munajat sempena Hari Wukuf

3 Zulhijjah 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Lajnah Tarbiah Dan Perkaderan PAS Pusat mengarahkan supaya seluruh ahli PAS berpuasa pada Hari Wuquf tanggal 9 Zulhijah 1433 bersamaan 25 Oktober 2012 (Khamis).

Pengarah Jabatan Tarbiah PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menjelaskan hari itu yang mempunyai kelebihan bagi mereka yang berpuasa sebagaimana sabda Rasulullah SAW. bermaksud "Puasa Hari Arafah: Aku berharap Allah menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan dosa setahun kemudiannya". (Riwayat Muslim)

Justeru, beliau meminta semua Lajnah Tarbiah Kawasan menyusun program dengan baik dan teratur di markaz atau tempat yang difikirkan perlu.

Katanya tentatif program bermula sekitar jam 5.30 petang dengan bacaan surah Yaasin dan zikir munajat, diikuti iftar jamaie, solat Maghrib, takbir, tazkirah dan solat Isyak.

“Semoga program ini dapat menjana kekuatan ruhiah dan memohon restu Allah untuk menghadapi PRU13. Semoga Allah memberi kekuatan, kesihatan, keikhlasan, memantapkan ukhwah di kalangan petugas dan memberi hidayah kepada seluruh pengundi insya Allah,” ujarnya.

harakah/-

Video Adnan cabar Orang Asal bergaduh tersebar

3 Zulhijjah 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Beberapa blog menyiarkan klip video Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob seakan mencabar Orang Asal bergaduh di pekarangan Wisma Persekutuan, Kuantan pada 17 Oktober lalu.


Ketika itu, sekumpulan Orang Asal (OA) yang terdiri daripada 500 orang penduduk Pahang dari Rompin, Bera, Temerloh, Cameron Highlands, Maran dan tempat-tempat lain hadir di Wisma Persekutuan di Kuantan untuk menghantar memorandum bagi pihak orang asal berkenaan dengan isu tanah.
Sebelum memorandum dihantar kepada pihak MB, Adnan bertengkar dengan salah seorang lelaki yang hadir, yang menyatakan tidak percaya kepadanya.

Sehubungan itu, Timbalan Ketua Perhubungan PKR Pahang Ahmad Nizam Hamid kesal dan kecewa serta mengecam tingkah laku Adnan dan menuntut beliau memohon maaf dengan OA.

harakah/-

Konvensyen politik baharu Sabah esok

3 Zulhijjah 1433H. [MOD] -





KOTA KINABALU: Menjelang pilihan raya ke 13, ketika rakyat Sabah sedang berada di persimpangan, PAS Sabah menganjurkan 'Konvensyen Politik Baharu Sabah'.

Konvensyen yang terbuka kepada semua pihak ini akan diadakan di Star City Convention Centre, Kota Kinabalu Sabtu 20 Oktober esok.

Konvensyen ini diadakan dengan mengumpulkan semua tokoh-tokoh penting PAS bersama-sama rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat bagi membentuk pemikiran baru di kalangan rakyat Sabah.

Ia juga diadakan ketika slogan 'Ini kalilah' berkumandang dari mulut ke mulut rakyat Sabah untuk melihat kejatuhan kerajaan BN samada di negeri mahupun di pusat dan membentuk politik baru dari kejatuhan itu.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang serta Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa antara tokoh penting pusat yang akan turut serta di konvensyen ini.

Selain itu, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli, Naib Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Vincent Lee, Senator Khairiah Mohamed Timbalan Pengerusi Tetap Dewan Muslimat PAS Kelantan juga turut memberikan sumbangan di konvensyen yang terbuka kepada semua ini.

Selain mereka, Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminudin Aling, bekas timbalan menteri pembangunan luar bandar, Datuk Yahya Lampong, bekas timbalan menteri Datuk Seri Panglima Lajim Ukin, Datuk Wilfred Bumburing juga akan turut serta.

Untuk sessi forum pula, Haji Hamzah Abdullah (Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah), Dr Edwin Bosi (Setiausaha DAP Sabah) dan Ahmad Thamrin Jaini (Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Sabah) akan mencernakan lagi keperluan politik baru untuk Sabah.

Bagi PAS Sabah, sepanjang 49 tahun Sabah merdeka dan bersama membentuk persekutuan Malaysia pada tahun 1963, hari ini Sabah masih bergelumang dengan masalah-masalah asas seperti masalah kemiskinan, penganngguran, kemudahan asas seperti bekalan air dan letrik, kualiti pendidikan dan kesihatan menyebabkan Sabah menjadi negeri tercorot jika dibandingkan negeri-negeri di Negara ini.

Walaupun suatu ketika dahulu Sabah adalah negeri kedua terkaya di Malaysia selepas Selangor namun hari ini Sabah mempunyai kadar kemiskinan yang tertinggi, kadar pengangguran dan kos sara hidup masih tinggi malah pertumbuhan ekonomi yang kekal perlahan berbeza dengan apa yang dijanjikan dalam manifesto “Sabah Baru” Barisan Nasional 18 tahun dahulu.

Oleh yang demikian Sabah memerlukan satu gagasan politik baharu dalam membangunkan negeri yang kaya dengan sumber anugerah Ilahi.

Pada tahun 2015 Sabah bakal menjadi pengeluar minyak terbesar Negara lantas bagaimanakah hasil kekayaan ini dapat memberi kemakmuran kepada rakyat negeri ini?

Begitu juga dengan sumber kelapa sawit, getah, koko, tanah yang subur dan keindahan semulajadi terus mampu memberi nikmat kepada rakyat kebanyakan agar Sabah terus membangun dan bebas dari belenggu kemiskinan dan kemunduran.

Atas dasar itulah, konvensyen ini diadakan untuk mengajak rakyat sama-sama berfikir bagi membentuk politik baru untuk Sabah.

harakah/-

PM Australia terjatuh di depan kamera

3 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
 
SYDNEY - Perdana Menteri Australia, Julia Gillard (gambar) terjatuh selepas beliau meletakkan kalungan bunga di Memorial Mahatma Gandhi di New Delhi, India kelmarin. 

Gillard terjatuh selepas kasut tinggi yang dipakainya terbenam di kawasan berumput semasa beliau berjalan ke arah pemberita dan jurugambar media.

Bagaimanapun, beliau kemudian segera bangun dan ketawa.

Gillard mengaku bahawa kasut tinggi yang dipakainya itu boleh terbenam di kawasan berumput sehingga menyebabkannya terjatuh.

Klip video yang menunjukkan perdana menteri itu terjatuh disiarkan berulang kali di televisyen Australia semalam.

Beberapa program berita dan media sosial juga menyiarkan klip video itu.

Akhbar Daily Telegraph di negara ini turut menyiarkan berita tentang kejadian tersebut di muka depan. - AFP

Restoran MyFranchise Tokyo London tutup

3 Zulhijjah 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Satu rancangan untuk menubuhkan Rangkaian Restoran Malaysia di lokasi antarabangsa melalui projek MyFranchise berakhir apabila hampir kesemua pelaburan berkenaan mengalami kerugian, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Audit berkenaan mendapati syarikat Malaysia International Franchise Sdn Bhd (MyFranchise) yang merupakan anak syarikat Perbadanan Nasional Bhd, “tidak berpengalaman” dan ini membawa kepada penutupan kedainya di Tokyo dan London.

Rancangan untuk membuka restoran mewah di New York akhirnya dihentikan dan restoran di Tokyo pula dikendalikan oleh seorang  individu yang membuat “tuntutan palsu” – yang akhirnya terpaksa ditanggung MyFranchise.

Rangkaian restoran Jom Makan itu, meliputi restoran “quick service” di London, restoran “specialty” di Tokyo dan restoran “fine dining” di New York, merupakan prototaip kepada program Malaysia Kitchen yang dilancarkan pada 2006.

harakah/-

Pemilik Banglo Bumbung Runtuh Tidak Pohon Permit Ubah Suai

3 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
 bumbung rumah banglo runtuh
SHAH ALAM: Pemilik banglo yang bumbung konkritnya runtuh di sini, pada Khamis, mengakibatkan kematian pekerja binaan, tidak mempunyai kebenaran untuk mengubah suai daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Datuk Bandar Shah Alam Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan berkata tiada permohonan diterima daripada pemilik untuk membuat pengubahsuaian.

Seorang pekerja Indonesia meninggal dunia di lokasi, manakala seorang lagi pekerja meninggal dunia di hospital sekitar pukul 9 malam Khamis.

Dia mengalami pendarahan teruk selepas kehilangan kakinya dalam kemalangan tersebut.

mstar/-

Kampung Air 20 tahun terbakar

3 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
 
SEMPORNA - Lebih 600 penghuni perkampungan air di sini, tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka yang terletak di Kampung Selamat, Simunul hangus dijilat api dalam satu kejadian kebakaran semalam.

Kejadian yang berlaku pada pukul 11.30 pagi itu mengakibatkan 81 buah rumah papan yang diduduki lebih 600 penghuni sejak lebih 20 tahun lalu itu musnah dijilat api.

Akibat kejadian itu, lima orang penduduk cedera kerana melecur dan mereka menerima rawatan lanjut di Hospital Semporna, Sabah.

Kampung Selamat merupakan sebuah perkampungan padat dengan jumlah penghuni sekitar 3,000 orang yang difahamkan kebanyakannya terdiri daripada pelarian Filipina semasa krisis peperangan di negara terbabit pada tahun 70-an.

Pegawai Bomba dan Penyelamat Semporna, Mohd. Razali Ag. Ahmad berkata, sebuah jentera dengan kekuatan 11 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 11.41 pagi.
Katanya, operasi memadamkan api turut dibantu sebuah jentera dan 12 anggota dari Balai Bomba Tawau selain dua jentera utiliti bersama tujuh anggota dari Kunak.

"Operasi memadamkan kebakaran mengambil masa hampir dua jam berikutan kedudukan rumah terbabit yang begitu rapat antara satu sama lain.

"Api berjaya dikawal sepenuhnya sekitar pukul 3.53 petang," katanya di sini semalam.

Tambahnya, siasatan awal mendapati, jumlah kerugian mencecah kira-kira RM938,000 dan punca kejadian masih disiasat.

Semua mangsa kebakaran terbabit akan ditempatkan sementara di Dewan Masyarakat Semporna.

kosmo/-



Hannah : Minta JKR Jelas Siapa Bertanggungjawab Selenggara Jejambat Banjir

3 Zulhijjah 1433H. [MOD] -

Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh menuntut Kementerian Kerja Raya untuk menjelaskan kepada umum status projek Subang-Kelana Jaya Link yang mula beroperasi sejak Jun 2009.

Desakan itu dibuat beliau ekoran kejadian banjir di Jejambat Jalan Kemajuan Subang dua hari lalu sehingga menyebabkan sebuah kereta terperangkap.

Hannah memberitahu, respon daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor menyatakan lebuhraya yang menelan kos RM 315.46 juta itu masih belum diserahkan kepada pihak JKR Pusat walaupun tempoh liabiliti kecacatan sudah tamat pada 30 Jun 2011.

Tambah beliau, kontraktor lebuhraya tersebut, Ahmad Zaki Resources Berhad (AZRB) juga diberi tempoh sehingga 15 Oktober 2011 untuk melakukan pembaikan beberapa kecacatan.

“Namun difahamkan, JKR masih tidak mengambil alih laluan berkenaan, kenapa (JKR tidak mengambil alih) dan kita juga kini dalam proses mendapatkan senarai kecacatan yang dinyatakan JKR kepada pihak AZRB sebelum ini.

“Kita minta supaya JKR jelaskan beberapa perkara mengenai pihak yang bertanggungjawab menyelenggara laluan tersebut, adakah AZRB dan adakah bayaran penuh dilakukan kepada mereka,” ujar beliau dalam sidang media di pejabatnya di sini pagi tadi.

Mengulas lanjut, Hannah tidak menolak kemungkinan masalah banjir di jejambat tempoh hari berpunca daripada laluan air yang tersumbat.

“Kali ini dengan banjir di jejambat, ia sememangnya tidak harus terjadi dan sebab itulah kita perlu tahu pihak yang bertanggungjawab atas laluan ini,” tegas beliau.

Subang-Kelana Jaya Link merupakan lebuhraya bertingkat tertinggi di Subang yang menghubungkan Subang dengan Sultan Abdul Aziz Shah Airport Highway, Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE).

Ia dibina pada tahun 2005 oleh JKR dengan kontraktor utamanya, AZRB dan mula dibuka pada laluan umum pada 2009.

Jual isteri demi arak

3 Zulhijjah 1433H. [MOD] -

KERALA : Seorang lelaki di selatan India, dikatakan menjual isterinya dengan harga Rs6,000 (RM419) untuk membiayai perangai buruknya yang suka minum arak.

Akhbar Makkal Osai melaporkan, Medula Rajender, 42 tahun, bekerja sebagai buruh.
Apabila dia kehabisan wang untuk membeli arak, dia membuat perjanjian dengan seorang broker untuk menjual isterinya, Medula Ammayi, 36 tahun, Sabtu lalu.

Kejadian itu didedahkan apabila polis menerima aduan daripada anak lelaki pasangan itu yang berusia 18 tahun.

Rajender mengheret isterinya ke tempat menunggu bas dan menyuruhnya menunggu seseorang di situ.
Medula berjaya melarikan diri ke kampung lain dan pergi ke rumah saudaranya dan menceritakan kepada mereka masalah yang dihadapi.

“Kami sudah berkahwin hampir 20 tahun dan saya tidak sangka yang dia akan berbuat demikian kepada saya,” katanya.

Pasangan itu mempunyai dua anak lelaki lain yang berusia 12 dan 15 tahun.

Polis berkata, Rajender sering mengganggu Medula untuk wang. – Asiaone

Maut tercampak tengah jalan

3 Zulhijjah 1433H. [MOD] -

Maut tercampak tengah jalan
 
Mangsa maut di tempat kejadian.
 
KULIM - Hasrat seorang lelaki berusia 41 tahun yang menunggang motosikal Honda EX5 untuk makan malam bersama keluarganya tidak kesampaian, apabila mangsa maut dalam kemalangan di jalan Lunas Padang Serai, kira-kira jam 8 malam kelmarin.

Ketua Trafik Kulim, Asistan Superintendan Ismail Ayob berkata, mangsa dalam perjalanan balik ke rumah setelah selesai bekerja.

Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai bergesel dengan sebuah kereta yang berada di hadapannya sebelum tercampak ke tengah jalan.

“Mangsa gagal membrek motosikalnya kerana keadaan jalan licin. Akibat pergeseran itu, mangsa jatuh di laluan bertentangan sebelum dirempuh kenderaan lain yang datang dari arah bertentangan.

“Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian badan dan kepala maut di tempat kejadian,” katanya.

Siasatan mendapati, mangsa dipercayai tinggal di taman perumahan beberapa kilometer dari tempat kejadian.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke bilik forensik Hospital Kulim untuk bedah siasat.

Ismail menasihatkan pengguna jalan raya, terutama penunggang motosikal supaya lebih berhati-hati, terutama ketika hujan.

“Ini kerana dalam keadaan jalan licin, kenderaan yang mereka gunakan gagal membrek secara kecemasan,” katanya.

metro/-

Penyamun datang serah bayi

3 Zulhijjah 1433H. [MOD] -


LEGA...Cho Tun mengucup bayinya sambil diperhatikan Soe Aung.
LEGA...Cho Tun mengucup bayinya sambil diperhatikan Soe Aung. 
 
SUNGAI BULOH: “Tiada apa yang mampu saya katakan selain daripada gembira dan berasa lega kerana bayi lelaki kami yang dilarikan lima lelaki sejak dua hari lalu dipulangkan kembali malam tadi,” kata Nay Soe Aung, 29, bapa Mikalithu yang dilarikan sekumpulan penyamun di Taman Saujana Akasia, di sini Rabu lalu.
Ketika kejadian jam 10.30 malam kelmarin itu, dia bersama isterinya, Cho Cho Tun, 33, warga Myanmar berada di tingkat dua rumah sewa mereka apabila tiba-tiba dimaklumkan rakan sekerja ada dua lelaki berada di depan rumah dan mahu memulangkan semula bayinya.

Menurutnya, dia bersama isteri kemudian bergegas turun sebelum mendapati dua lelaki sedang memegang bayinya sebelum mereka menyerahkan kepada isterinya.

“Ketika itu, saya lihat ada sebuah kereta bersama beberapa lelaki di dalamnya berada di hadapan rumah kami dan hanya dua lelaki yang turun untuk menyerahkan bayi saya itu.

“Sebelum beredar lelaki terbabit turut mengugut supaya saya tidak membuat laporan polis dan jika berdegil mereka akan membunuh kami sekeluarga,” katanya ketika ditemui di kediamannya, semalam.

metro/-

Sofyia si gadis besi

3 Zulhijjah 1433H. [MOD] -


Sofyia si gadis besi
Besi khemah yang siap dikimpal Sofyia.
Sofyia si gadis besi
 
Sofyia
 
KANGAR - Walaupun ramai yang menganggap pekerjaan sebagai juru kimpalan ini tidak sesuai dengan wanita namun, ia tidak pernah mematahkan semangat gadis berdarah kacukan ini melakukan pekerjaan yang biasanya dimonopoli golongan Adam.

Malah, perwatakannya yang ayu menyebabkan umum tidak menyangka bahawa dia merupakan seorang juru kimpal yang berkebolehan walaupun di usia muda.

Kegigihan Sofyia Lim Sabtu, 22, dalam mengejar cita-cita dan impiannya juga sewajar menjadi contoh kepada golongan remaja.

Menurutnya, bagi merealisasikan impiannya itu dia tidak kisah apa tanggapan orang ramai, malah menganggap kritikan itu sebagai pendorong dan semangat untuk dia terus berjaya dan menjadi contoh kepada gadis lain.

Malah, dia merupakan pelajar perempuan pertama yang menukar kursus yang diambil bagi mengikuti kursus mekanikal am.

“Saya mula berkecimpung dalam bidang kimpalan ini semasa mengikuti kursus GiatMara selama enam bulan selepas saya menamatkan pelajaran di dalam Sijil Mekanikal Am di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) Ulu Pauh selama dua tahun.

“Tidak ramai golongan wanita yang menceburi bidang ini kerana ia memerlukan seseorang yang lasak, namun, disebabkan minat yang mendalam membuatkan saya tekad menceburi bidang ini sekali gus menolak tanggapan orang ramai bahawa wanita takut untuk menceburi bidang ini,” katanya.

Kumpul modal buka bengkel

Sofyia berkata, bagi memastikan impiannya tercapai dia sanggup menghabiskan masa remaja dengan melakukan pelbagai kerja sambilan bagi mengumpulkan modal membuka perniagaannya dalam bidang kimpalan.

Menurutnya, dia kini mampu menarik nafas lega kerana hasil usaha dan minatnya yang mendalam dalam bidang kimpalan dia berjaya membuka sebuah bengkel tanpa bergantung kepada orang lain.

Perniagaan yang dibukanya sejak awal tahun ini banyak menjadikannya lebih mahir dalam bidang ini dan mendapat sambutan baik daripada pelanggan walaupun mereka tahu ia  dilakukan oleh seorang wanita.

Sofiyia berkata, seperti insan lain sudah tentunya dia ingin memperluaskan lagi perniagaannya. Dia juga bercadang membekalkan kelengkapan kejuruteraan, kimpalan besi dan fabrikasi logam.

Dia juga berharap hasrat itu dapat berjalan seperti yang dirancang.

“Sokongan dan dorongan daripada keluarga dan kenalan terdekat menguatkan lagi semangat saya untuk berjaya dalam bidang ini,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini dia tidak membuat sebarang pinjaman daripada mana-mana pihak untuk membuka bengkelnya, namun untuk proses pembesaran kedai buat kali kedua dia perlu membuat pinjaman.

Baginya dia tidak pernah takut berhadapan dengan percikan api kerana setiap percikan api merupakan sumber rezeki untuknya dan pembakar semangatnya dalam mengetengahkan bidang itu.

“Apa yang mengecewakan saya terdapat sesetengah masyarakat tidak yakin dengan kebolehan  saya dalam bidang kimpalan, namun disebabkan minat saya akan berusaha melakukan kerja yang diamanahkan kepada saya sebaik mungkin.

“Bukan mudah untuk kita mencapai sesuatu, tetapi untuk menjadikan sesuatu yang diingini berjaya kita harus menempuh pelbagai cabaran dan akhirnya kita boleh tersenyum dengan melihat sendiri kejayaan yang kita peroleh pada masa depan,” katanya.

sinar/-

Polis Sahkan Hanya Enam Mangsa Terlibat Dalam Runtuhan

3 Zulhijjah 1433H. [MOD] -

 
 
RUNTUH... Bumbung rumah banglo yang dalam pembinaan runtuh di Seksyen 7 Shah Alam, petang Khamis. Pasukan Bomba dan Penyelamat berusaha mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam rumah tesebut. Seorang buruh binaan, dipercayai warga Indonesia mati dan empat lagi dikhuatiri masih terperangkap apabila bumbung banglo itu runtuh. -fotoBERNAMA
 
SHAH ALAM: Polis mengesahkan mangsa sebenar kejadian runtuhan bumbung konkrit sebuah banglo yang sedang diubah suai di Seksyen 7 di sini petang Khamis hanya melibatkan enam pekerja binaan warga Indonesia, dengan seorang daripadanya maut.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Zahedi Ayob berkata pada mulanya, pihaknya mendapat maklumat terdapat lapan pekerja terperangkap dalam kejadian itu tetapi kemudian dimaklumkan rakan sekerja mereka dikenali sebagai Supardi bahawa hanya enam mangsa yang terlibat.

Mangsa terakhir dikenali sebagai Kasmuji berjaya diselamatkan pada 10.15 malam dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan.

Dalam kejadian petang Khamis, seorang buruh binaan yang dikenali sebagai Totok Mochamad Anthony (seperti dalam papan kenyataan polis) maut.

Mayat mangsa dikeluarkan pasukan penyelamat pada kira-kira 6.24 petang dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk bedah siasat.

Empat lagi pekerja binaan berusia lingkungan 30-an yang dikenali sebagai Afifin, Waras, Kabir dan Ghadami, yang putus kaki kanan, turut dihantar ke HTAR.

Polis menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada kira-kira 4.29 petang berhubung kejadian di banglo No. 15, Jalan Jed 7/5A, Seksyen 7, milik seorang ahli perniagaan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Othman Abdullah berkata operasi menyelamat dihentikan pada 10.45 malam selepas mangsa keenam dibawa keluar dari runtuhan.

Beliau berkata pihaknya menggunakan kren dengan kekuatan 40 tan bagi mengangkat runtuhan konkrit selain membuat terowong secara manual untuk menyalur bantuan gas oksigen kepada mangsa terakhir sebelum dibawa keluar.

"Konkrit agak berat termasuk dengan timbunan batu dan bomba terpaksa memotong beberapa bahagian runtuhan dalam keadaan sempit, kren pertama yang kita gunakan ialah bagi kekuatan 10 tan dan tidak membantu," katanya.

Beliau berkata pihak bomba memanggil mangsa namun tidak disahut dan tiada sebarang tindak balas bagi mengesahkan masih ada yang terperangkap di bawah runtuhan itu.

Othman juga berkata kerja pembersihan di kawasan runtuhan itu akan diteruskan sepanjang malam.
Operasi menyelamat, yang bermula kira-kira 5 petang, diteruskan walaupun hujan lebat bermula 9 malam.
Selain itu, khidmat anjing pengesan Unit K9, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor digunakan sepanjang operasi tersebut. - BERNAMA

Di sebalik Laporan Ketua Audit Negara 2011

3 Zulhijjah 1433H. [MOD] -


1.     Pihak bertanggungjawab seperti Perbendaharaan, SPRM dan PAC sewajarnya melakukan penyiasatan rapi terhadap isu-isu yang dibangkitkan melalui  Laporan Ketua Audit Negara 2011.

2.     Juga perhatian mestilah diberikan kepada apa yang dibimbangi oleh orang ramai mutaakhir ini iaitu kebimbangan terhadap kes-kes berprofil tinggi yang mungkin dengan sengaja tidak dibawa ke perhatian umum ekoran tapisan awal pemerintah bagi  mengelak liabiliti seperti yang berlaku dalam kes NFC dan penyalahgunaan wang zakat.

3.     Sebagai contohnya, Laporan Audit 2011 ini menyebut terdapat kajian Jabatan Audit Negara di dalam isu pertukaran saham MAS - AirAsia dan projek Pelabuhan Pendaratan yang gagal dan bermasalah. Namun demikian laporan audit tidak membuat sebarang rujukan terhadap kes-kes tersebut, sedang masyarakat awam menuntut suatu ketelusan. Begitu juga dengan isu penyelesaian luar mahkamah Tan Sri Tajudin Ramli yang melibatkan ratusan juta ringgit dana awam? Di manakah laporan auditnya?

4.     Laporan Audit juga membisu mengenai 1MDB, sebuah syarikat “super GLC”  walaupun Jabatan Audit Negara ada melakukan kajian ditambah pula ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat telah banyak kali menimbulkan keraguan mengenai pengurusan syarikat tersebut. Sepanjang tempoh 2011, sekurang-kurangnya 2 kali Kementerian Kewangan telah membuat pembentangan mengenai 1MDB sekaligus membuktikan wujudnya isu tertentu yang sepatutnya dilaporkan di dalam laporan audit ini.

5.     Dewan Pemuda PAS Malaysia berpandangan sudah tiba masanya Jabatan Audit Negara diangkat sebagai satu suruhanjaya bebas. Memang benar, perjawatan Ketua Audit Negara adalah dijamin di bawah Perlembagaan setara dengan bidang kehakiman bagi memastikan kebebasannya. Namun demikian terdapat jurang perbezaan yang luas di antara kuasa Ketua Audit Negara dan Jabatan Audit Negara yang bajet dan operasinya berada di dalam bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri lalu menimbulkan keraguan mengenai statusnya sebagai agensi pemantau yang bebas.

6.     Semangat perlaksanaan Akta Audit 1957 juga menetapkan bahawa Ketua Audit Negara perlu bekerjasama dengan Menteri Kewangan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan bagi memastikan perbelanjaan kerajaan adalah telus dan betul. Kewibawaan akta ini bergantung kepada keutuhan peranan yang dimainkan Kementerian Kewangan selaku pengawalselia perbendaharaan negara yang neutral dari pengaruh agensi eksekutif yang lain.

7.     Namun demikian risiko sistemik dalam pengurusan kewangan negara menjadi semakin ketara apabila Perbendaharaan turut menjadi agensi pelaksana manakala tugasan Menteri Kewangan kini digalas oleh Perdana Menteri (yang juga turut mengepalai 2 birokrasi terbesar lain di dalam kerajaan - JPM dan KWKPM). Kuasa moral dan akauntabiliti Kementerian Kewangan telah terhakis apabila ia tidak lagi berkecuali dalam agih-kawalan perbendaharaan negara manakala Ketua Audit Negara pula tidak lagi mempunyai pegawai pengawal atasan yang neutral yang boleh mengambil tindakan pembetulan perbelanjaan kerajaan secara telus.

8.     (Lihat sahaja statistik laporan siasatan yang lambat diserahkan kepada Perbendaharaan berkaitan perbelanjaan Arahan Perbendaharaan (AP) 59 yang melibatkan Jabatan Perdana Menteri yang merupakan kes terbanyak direkodkan sebanyak 241 kes dengan kelewatan sehingga 957 hari. Itupun Jabatan Audit Negara masih memberikan penarafan akauntabiliti ‘amat baik’ kepada JPM!)

9.     Oleh itu bagi kita, laporan audit yang sengaja lambat dikeluarkan dan kes seperti yang disebutkan ini bukan sekadar menonjolkan amalan kewangan di luar kebiasaan pemerintah tetapi merupakan tanda jelas peningkatan risiko sistemik tersebut. Ianya meningkatkan ersepsi bahawa agensi kerajaan yang bermasalah mempunyai peluang untuk berkolusi di dalam menyisihkan proses audit.

10.  Walaupun ditegur oleh Ketua Audit Negara, mereka boleh pula beralasan dengan jawapan-jawapan picisan kerana mereka tahu tindakan mereka terlindung oleh kecelaruan birokrasi yang disengajakan pemerintah.

Nasrudin Hassan,
Ketua Pemuda PAS Malaysia

Salam dari:
Aku Pejuang Islam ~API~

Jujur antara kunci kejayaan projek - TG Nik Aziz

3 Zulhijjah 1433H. [MOD] -


(Tuan Guru Nik Aziz berucap semasa lawatan kerja melihat projek jambatan)

PENGKALAN CHEPA: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata projek jabatan atau apa saja akan siap mengikut jadual sekiranya masing-masing jujur dalam pengendalian itu.

Menurutnya, sekiranya pihak yang bertanggungjawab mengendalikan sebarang projek pembinaan termasuk jambatan ianya akan siap mengikut jadual mengikut harga yang dipersetujui.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis meninjau perjalanan pembinaan jambatan Pulau Kundur, di sini, tengahari semalam.

Projek berkenaan yang diurus Jabatan Pengairan dan Saliran dengan kerajaan negeri menelan belanja sekitar RM2.6 juta.

“Kalau tak amanah, apa lagi mendapat keuntungan cara mudah terhadap sesuatu projek, jambatan tak siap, rakyat juga yang susah, wang semakin banyak bertambah untuk menyiapkannya semula,”ujarnya.

Tambahnya, sekiranya tidak berpegang pada ajaran Islam, perkara itu akan terus berlaku kerana tidak takut pada Allah.

Turut hadir pada majlis itu, Adun Kijang yang juga anggota exco kerajaan negeri, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar negeri, Datuk Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman.

Sehubungan itu Anizam melahirkan rasa kesal kepada golongan berkenaan yang mengkhianati amanah rakyat.

Jambatan Pulau Kundor mula dibena awal tahun ini. Ianya dijangka siap bulan Feb atau Mac depan.

Menurut Md Anizam, sehingga kini pembinaannya telah meliputi 30 peratus.

Beliau juga turut memberitahu telah banyak jambatan konkrit dibena oleh kerajaan negeri menggantikan jambatan kayu di samping jalan-jalan negeri.

Katanya, antara jambatan terbabit di Pasir Mas, Wakaf Stan, Telok Rajuna, Sungai Sat, Jambatan Pak Nik Lah, Jambatan Tok Guru, Jambatan Lapan Pari yang terbaru dan lain-lain lagi.

harakah/-

Kapal didaftar di Malaysia karam

3 Zulhijjah 1433H. [MOD] -




SEOUL - Tiga kelasi warga Filipina dan dua rakyat China terbunuh semalam apabila sebuah bot pengawal pantai Korea Selatan yang dinaiki mereka karam, kata beberapa pegawai.

Ketika kejadian, bot itu menyelamatkan mereka dari sebuah kapal kargo Shinline yang turut karam.
Seorang jurucakap pengawal pantai berkata, bot itu terbalik ketika membawa 15 anak kapal kargo itu.

Kapal kargo yang didaftarkan di Malaysia dan seberat 5,436 tan itu karam berhampiran Pulau Jeju, di selatan negara ini.

Menurutnya, sebuah lagi bot pengawal pantai yang terlibat dalam operasi menyelamat kemudian hanya berjaya menyelamatkan 10 kelasi kapal tersebut.

Kapal kargo itu membawa 13 kelasi warga China dan enam rakyat Filipina membuat panggilan kecemasan selepas kapal yang dalam pelayaran ke Singapura itu mula tenggelam.

"Sebuah bot yang digunakan dalam operasi menyelamat itu terbalik kerana ombak kuat," kata jurucakap berkenaan.

Kesemua kelasi dan pengawal pantai yang selamat itu telah dihantar ke sebuah hospital di Jeju. - AFP

Imam masjid dipecat kerana tegur karaoke dalam kawasan surau

3 Zulhijjah 1433H. [MOD] -

SEORANG imam di Masjid Dato’ Abdul Ghani, Kampung Sagil, Parit 2 Ledang, Tangkak Johor dipercayai telahdipecat gara-gara menegur satu aktiviti berkaraokedi dalam kawasan surau.

Tambah mengejutkan, surat pemecatan imam tersebut diserahkan ketika beliau hendak menaiki mimbar bagi menyampaikan khutbah solat Jumaat. Tongkatnya dikatakan dirampas oleh pegawai agama yang bertugas menyerahkan surat tersebut.

Sumber memberitahu bahawa imam tersebut, Ustaz Mohd Nazri Bin Musa telah menghantar satu mesej pesanan ringkas kepada Ketua Cawangan Umno Parit 1, Senin Kadong menegur penganjuran karaoke untuk program anak angkat UTHM di dalam kawasan Surau Parit 1.

Keesokan harinya, Ketua Cawangan Umno Parit 1 itu bagaimanapun berang lalu ke rumah imam tersebut memarahi dan menengkingnya. Ketua Cawangan itu mendakwa imam tersebut telah mengganggu tugasnya malah dia turut menghalau imam itu agar berambus keluar dari Sagil.


Tidak cukup dengan itu, dia juga turut memberi amaran akan meminta Menteri Besar Johor dan Kadi untuk memecat Ustaz Nazri yang bertugas sebagai Imam 1 di Masjid Dato’ Abdul Ghani.

Ustaz Nazri telah dipecat sebagai imam dengan alasan ia merupakan keputusan sebulat suara mesyuarat Ahli Jawatankuasa Masjid. Namun apabila ditanya kepada ahli jawatankuasa masjid, mereka langsung tidak mengetahui tentang pemecatan tersebut.

Kes ini sudah difailkan di mahkamah untuk mencabar pemecatan tersebut dengan menamakan Pejabat Kadi Daerah Ledang, Jabatan Agama Islam Negeri Johor dan Majlis Agama Islam Negeri Johor sebagai respondens.

Sumber: MiLo SuaM