11 October 2012

Ketua cabang PKR Jempol terima sms ugutan

25 Zulkaedah 1433H. [MOD] -



JEMPOL: Ketua Cabang PKR Jempol, Karip Mohd Salleh (gambar) mendakwa menerima ugutan daripada seorang individu yang tidak dikenalinya kira-kira jam 7.30 pagi semalam.

Ugutan yang dihantar melalui khidmat pesanan ringkas SMS itu mengandungi amaran kepada Karip bahawa mereka tidak akan teragak-agak 'menghapuskan' Karip, keluarga dan ternakannya.

Menurut Karip, penghantar sms itu memperkenalkan diri sebagai seorang wanita.

"Pengantar sms itu juga memberi amaran agar saya tidak selalu mengadakan ceramah di Felda Serting Hilir jika saya mahu selamat.

"Malah dia juga meminta saya menghentikan program ceramah jika saya mahu keluarga saya dan ternakan saya selamat," kata Karip.

Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol semalam.

Karip berkata, ugutan itu berkemungkinan ada kaitan dengan penganjuran program ceramah Pakatan Rakyat Jempol di Felda Serting Hilir 5, malam kelmarin.

Program Ceramah dan Artis Bersama Rakyat itu turut sertai oleh penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah dan pelawak Leman 'Raja Lawak'.

Kira-kira 30 ahli PKR, PAS dan DAP Jempol, mengiringi beliau membuat laporan polis itu.

"Saya mahu polis siasat segera kes ugutan ini dan ambil tindakan tegas terhadap invidivu tersebut," katanya.

Turut hadir ialah Yang DiPertua PAS Jempol, Abdul Rahman Ramli dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bahau, Teo Kok Seong.

HARAKAHDAILY/-

Cerita hantu punca sakit jiwa kronik

25 Zulkaedah 1433H. [MOD] -



Kementerian Penerangan harus bertindak tegas terhadap penerbitan dan penyiaran cerita hantu. Malaysia sebagai sebuah negara majoriti umat Islam menghadapi masalah sakit mental yang serius dimana 12 peratus rakyat negara ini atau 3.5 juta orang menghidap penyakit mental dengan purata 6 orang bunuh diri setiap hari dan 50,000 kes cuba bunuh diri setiap tahun.

Pelbagai cerita hantu, mistik dan seram yang berleluasa dikenal pasti antara punca banyak kes sakit mental yang sepatutnya boleh dirawat pada peringkat awal, gagal dirujuk ke pakar perubatan sehingga sukar diubati.

Pengarah Hospital Bahagia Ulu Kinta, Dr Rabaiah Mohd Salleh, berkata paparan cerita seumpama itu mempengaruhi fikiran masyarakat hinggakan tanda penyakit mental yang ditunjukkan seseorang dianggap gangguan makhluk halus dan mengutamakan khidmat dukun serta pengamal perubatan tradisional.

“Cerita sebegini yang sering ditayangkan di televisyen, filem dan bahan bacaan mewujudkan stigma masyarakat mengenai sakit disebabkan gangguan hantu hingga ada yang trauma dan hanya dirujuk ke hospital apabila penyakit menjadi kronik,” katanya ketika ditemui selepas Persidangan Kesihatan Mental Perak Kesembilan di sini, semalam.

Dr Rabaiah berkata, pihaknya bagaimanapun tidak menafikan kewujudan dunia jin dalam kepercayaan agama lantas membenarkan rawatan tradisional serta perubatan Islam dilakukan sebagai pelengkap rawatan.

Katanya, penyakit mental boleh diubati jika dirujuk ke hospital dari peringkat awal bagi membolehkan pesakit menerima rawatan sesuai dan dapat meneruskan kehidupan normal.

Beliau berkata, orang ramai yang mendapatkan rawatan penyakit mental kini meningkat kepada maksimum 10 kes baru didaftarkan sehari berbanding antara dua hingga tiga sehari pada 2007.

Sementara itu, Dr Nordiyanah berkata, banyak kajian menunjukkan pertalian rapat antara penyakit mental dan fizikal seperti kemurungan dengan penyakit berkaitan jantung dan angin ahmar, selain berisiko menghidap diabetes.

“Penyakit kerisauan mendedahkan individu kepada penyakit jantung koronari, angin ahmar, gangguan sistem pernafasan seperti asma serta berisiko mengidap penyakit kronik lain berkaitan sistem penghadaman,” katanya.

Katanya, stigma dan diskriminasi masyarakat menyebabkan ada pesakit jiwa enggan mendapatkan rawatan psikiatri kerana takut dicemuh tidak siuman terutama jika pernah mendapat rawatan di hospital mental.

Sumber: mohdtaufek

Ini slogan baru betui "Saman Rakyat 1Malaysia"

25 Zulkaedah 1433H. [MOD] -










BRIM 1 dan Brim2 dan perlbagai insentif dari kerajaan hanya gula gula sementara kepada rakyat.Pada hakikat rakyat Malaysia terlupa bahawa ada satu lagi insentif tersembunyi dari kerajaan kepada rakyat iaitu SR1M (Saman Rakyat 1Malaysia) .

Apa itu SR1M (Saman Rakyat 1Malaysia)? SR1M ialah cara untuk kerajaan mencari duit. Tangan kanan memberi tangan kiri mengaut yakni [tangan kanan beri BR1M dan tangan kiri kaut melalui SR1M].
 
Bagi aku AES hanya nak kutip wang bukan mendidik. Ianya hanya satu alat UMNO untuk menindas rakyat. Mula dari ia dilancarkan bermakna 24 jam sehari rakyat dirakam kelakuan mereka untuk mengaut wang bagi puak UMNO bangang ni.
 
Khabarnya satu kesalahan boleh dikompaun RM300 dan maksima RM2000. uiksss banyak tu .
Yang untung Kroni yang mendapat tender sistem ini, lagi banyak rakam dibuat bermakna lagi kaya kroni ini
 
HARAKAHDAILY/-

Jasad dalam beg

25 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

KULAIJAYA: Seorang lelaki dipercayai dibunuh kejam dengan lehernya dikelar sebelum mayat disumbat ke dalam sebuah beg yang kemudian dicampak ke dalam Sungai Skudai, Tampoi Indah, di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Dr Hashim Haron berkata, mayat lelaki di dalam beg itu ditemui orang awam kira-kira jam 1 tengah hari Sabtu lalu.

Menurutnya, orang ramai yang melalui kawasan itu terlihat objek mencurigakan di dalam sebuah beg berikutan zipnya terbuka lalu memeriksanya sebelum terkejut apabila mendapati ia mayat manusia.

“Mayat mangsa dibalut dengan tuala sebelum disumbat ke dalam beg berkenaan. Pemeriksaan terhadap mayat itu menemui kesan kelaran pada lehernya dan mayat itu juga sudah kembung apabila ditemui.

“Bedah siasat dijalankan pakar patologi Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru mengesahkan mangsa mati akibat dibunuh dengan kesan kelaran pada leher selain penemuan kesan parut lama pada tapak tangan kanannya,” katanya, di sini, semalam.

metro/-

Kajian: Himpunan Bersih 3.0 jejas prestasi BN

25 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Kajian oleh Pusat Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) mendapati isu Himpunan Bersih 3.0 yang diadakan pada 28 April lalu mampu menjejaskan undi BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Kajian yang meletak persoalan "Adakah demonstrasi Bersih 3.0 yang menuntut pilihan raya bersih boleh menjadi isu yang kan menjejaskan prestasi BN dalam PRU13?" itu ditanyakan kepada 1536 responden.

Kajian ini dijalankan pada 1 September 2012 hingga 16 September 2012 di seluruh Semenanjung Malaysia dengan menggunakan kaedah temubual secara bersemuka dan soalan kaji selidik berstruktur.

Hasil kajian itu mendapati, 52 peratus daripada responden bersetuju dengan menyatakan isu himpunan Bersih 3.0 itu memberi kesan kepada BN.

Jika mengikut pecahan kaum pula, 62 peratus kaum Cina menjawab 'YA' diikuti India (51%) manakala Melayu (49%).

Kajian ini juga merekodkan 60 peratus daripada pengundi kali pertama bersetuju bahawa Himpunan Bersih 3.0 itu menjejaskan BN, manakala pengundi kali kedua pula sebanyak 52 peratus.

Selain isu Himpunan Bersih 3.0. kajian juga turut dibuat terhadap isu-isu lain seperti NFC, Lynas, kebanjiran pendatang asing tanpa izin (Pati), kegagalan mengurangkan kadar jenayah dan integriti pempimpin BN.

Daripada kesemua isu tersebut, paling boleh menjejaskan BN adalah isu berkaitan integriti pemimpin BN dengan kadar 66 peratus.

Ianya diikuti isu kebanjiran Pati (60%), Lynas (59%), NFC (55)%, kegagalan mengurangkan kadar jenayah (54%).

harakahdaily/-

Amra dipilih sebagai datuk bandar wanita pertama Bosnia

25 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

VISOKO, Bosnia-Herzegovina - Seorang ibu kepada tiga orang anak, Amra Babic merupakan datuk bandar wanita yang pertama memakai tudung di negara ini.

Menurut Amra, rakan-rakannya menunjukkan semangat yang jitu kerana memilih beliau sebagai datuk bandar.

Amra, 43, memenangi 30 peratus undi pada pilihan raya datuk bandar di sini yang didiami 40,000 penduduk.

Beliau merupakan ahli ekonomi dan pernah menjadi menteri kewangan untuk wilayah Zenica mewakili Parti Tindakan Demokratik.

"Saya percaya tudung kepala saya tidak akan menjadi penghalang (untuknya melaksanakan tugas)," katanya kelmarin.

"Saya tidak akan menyalahgunakan politik untuk kepentingan agama," tambahnya yang dipilih para pengundi pada Ahad lalu.

Suaminya terbunuh dalam Perang Bosnia yang berlaku pada 1992 hingga 1995. - AFP

Dadah kertas karbon

25 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

RAMPAS...Abd Aziz (dua dari kanan) bersama pegawainya memeriksa  syabu yang dirampas.
 
RAMPAS...Abd Aziz (dua dari kanan) bersama pegawainya memeriksa syabu yang dirampas. 
 
ALOR SETAR: Taktik sindiket pengedaran dadah menggunakan ‘kertas karbon’ bagi mengelak dikesan mesin pengimbas berjaya dikesan pihak berkuasa selepas seorang wanita warga Thailand ditahan kerana didapati membawa dua bungkusan dadah jenis syabu seberat 2.1 kilogram (kg) bernilai RM400,000 disimpan dalam beg pakaiannya, Isnin lalu.

Suspek berusia 41 tahun itu ditahan kira-kira jam 12 tengah hari di Perhentian Bas Ekspres, Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK), Bukit Kayu Hitam oleh sepasukan anggota Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Unit Narkotik Alor Setar sebaik wanita itu melepasi kompleks berkenaan.

Difahamkan, wanita itu turut menggunakan perkhidmatan kereta sewa di Danok, Thailand bagi mengurangkan risiko diberkas pihak berkuasa walaupun dadah berkenaan sudah dibungkus dengan kertas karbon, namun usaha suspek tetap gagal.
Pengarah KDRM Kedah, Datuk Abd Aziz Abdul Latif berkata, siasatan terhadap beg wanita itu menemui dua bungkusan dadah jenis syabu dibalut menggunakan kertas karbon biru yang disimpan di bahagian bawah beg berkenaan.

“Pemeriksaan awal Unit Narkotik KDRM terhadap beg pakaian wanita itu menemui dua bungkusan kertas karbon mengandungi hablur putih dipercayai dadah jenis syabu.

“Kami percaya kertas karbon digunakan memang bertujuan mengelak dikesan mesin pengimbas kerana jika menggunakan kertas itu, paparan pada skrin imbasan akan menjadi gelap tetapi taktik berkenaan sudah diketahui pihak berkuasa,” katanya di sini, semalam.

Abd Aziz berkata, bungkusan hablur itu ditemui tersorok di bahagian bawah beg wanita itu selain dilindungi dengan lapisan atas beg dipercayai bertujuan mengaburi pihak berkuasa.

Beliau berkata, suspek ketika itu menaiki bas dari Hatyai, Thailand dikatakan mahu menuju ke Kuala Lumpur bersama-sama beg pakaiannya dipercayai untuk pasaran Lembah Klang.

“Berdasarkan soal siasat dijalankan, wanita itu yang bekerja sebagai tukang urut di Kuala Lumpur mempunyai seorang anak di Thailand dan mengikut rekod pasportnya, suspek sudah empat kali masuk ke negara ini sejak 2006,” katanya.

Katanya, wanita itu kini ditahan reman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pada masa sama, kejayaan itu yang ketujuh tahun ini membabitkan cubaan penyeludupan dadah jenis syabu bernilai lebih RM3 juta dari Januari hingga Oktober.

METRO/-

[WASPADA] Tarif Eletrik Melambung Naik Apabila BN Menang PRU13

25 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

Peter Chin: Tarif elektrik kekal Sehingga Jun Depan

KUALA LUMPUR - Kadar tarif elektrik kekal pada paras semasa sehingga Jun tahun depan, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui, hari ini.

Beliau berkata kerajaan pada awalnya merancang menyemak semula tarif setiap enam bulan, namun Kabinet, yang merupakan pihak berkuasa akhir, menolak pelan itu.

Chin berkata kementerian berkenaan membentangkan kertas mengenai tarif itu baru-baru ini kepada Majlis Ekonomi Negara.

"Kabinet tidak meluluskannya. Oleh itu saya menjangkakan semakan semula tidak akan dibuat dan tarif kekal pada tahap semasa," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Seminar Amalan Terbaik Antarabangsa di sini hari ini.

Kali terakhir kerajaan menyemak tarif itu ialah pada Jun tahun lepas, berikutan peningkatan harga gas asli cecair bagi sektor tenaga.

Chin juga berkata rundingan semula mengenai perjanjian pembelian tenaga (PPA) pengeluar tenaga bebas akan menyumbang kepada kadar yang lebih kompetitif.

"Kita perlu menunggu Suruhanjaya Tenaga membuat pengumuman tidak lama lagi," katanya yang enggan mengulas lanjut.

Sementara itu, Chin menggesa Tenaga Nasional Bhd (TNB) menyediakan prosedur operasi standard (SOP) dalam melaksanakan meter digital baharu.

Beliau berkata kementerian itu telah berbincang dengan TNB berikutan aduan daripada pengguna yang mereka kini membayar bil elektrik yang lebih tinggi.

Kementerian mengambil perhatian terhadap masalah itu dan menggesa TNB menyediakan SOP yang dapat meyakinkan pengguna.

"Mereka perlu menjelaskan kepada pengguna bahawa meter baharu itu baik dan tidak ada yang salah mengenainya," katanya.

- Bernama

Cipta mesin hapus sarang tebuan

25 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


Cipta mesin hapus sarang tebuan
Wan Salman (dua, kiri) mencuba Hibic-Fire bersama ahli kumpulan KIK Balora yang diketuai Mazlan (tengah).
 
JENGKA – Berikutan banyak kejadian kematian melibatkan serangan tebuan, Kumpulan Inovasi dan Kreativiti (KIK) Balora Majlis Daerah Maran (MDM) mencipta satu alat khas bagi menangani masalah terbabit.

Ketuanya, Mazlan Abdul Rahman berkata, alat terbabit yang dinamakan Hibic-Fire direka khas untuk menangani masalah sarang tebuan yang membahayakan masyarakat setempat.

“Kami tampil dengan inovasi ini setelah berfikir dan mencari penyelesaian yang lebih berkesan bagi menghapuskan sarang tebuan.

“Alat yang kami reka ini tidak hanya selamat digunakan, malah telah mendapat pengesahan pihak Bomba akan keselamatan kepenggunaan alat ini,” katanya.

Tambahnya lagi, sejak ia direka, mereka telah berjaya menghapuskan beberapa sarang tebuan yang ada di sekitar Jengka ini.

“Alat yang kami reka ini tidak hanya boleh digunakan untuk masalah sarang tebuan yang bersarang di lapangan atau di dahan-dahan pokok, malah juga selamat digunakan untuk sarang tebuan yang berada di dalam bangunan.

“Ia mempunyai dua teknik iaitu menggunakan api dan juga penyembur racun serangga. Bagi sarang di lapangan, kami akan menggunakan api, manakala bagi di dalam bangunan, kami akan menggunakan penyembur racun serangga,” katanya.

Tambahnya, alat terbabit selain telah mendapat pengiktirafan bomba, ia juga kini dalam proses mendapatkan sijil pengesahan dari MyIPO bagi mempatenkan hak cipta.

Katanya lagi, alat tersebut juga telah dipertandingkan sebanyak tiga kali dan memenangi pingat emas bagi pertandingan dan bakal menyertai pertandingan yang sama di peringkat kebangsaan pula pada 15 hingga 17 Oktober nanti.

SINAR/-

PAS persoal kehadiran kapal perang AS

25 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Kehadiran kapal-kapal perang Amerika Syarikat yang dipercayai bersenjatakan nuklear di pelabuhan Malaysia dilihat bercanggah dengan dasar luar negara yang ingin menjadikan Asia Tenggara sebagai zon bebas nuklear.

Ahli parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar, berkata kehadiran kapal-kapal tersebut di Pelabuhan Klang dan Teluk Sepanggar, wajar diberi perhatian oleh kerajaan yang dilihat begitu mudah membenarkan kapal-kapal terbabit membuat lawatan di negara ini.

Justeru, beliau yang juga Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, menggesa kerajaan mengambil langkah serius berhubung perkara tersebut.

Terdahulu, Kamaruddin mengemukakan usul tergempar berhubung perkara tersebut, bagaimanapun ditolak atas alasan ia tidak perlu disegerakan.

HARAKAHDAILY/-

Mandi hadas cukup dengan satu baldi

25 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
 

Hairan saya kerana sehingga ke hari ini masih ada lagi umat Islam yang bertanyakan tentang cara mandi hadas besar yang sempurna. Puas saya memikirkan hal ini, mengapa boleh jadi begini sedangkan pelajaran mengenai hadas ini telah disentuh sejak sekolah rendah lagi. Semasa sekolah menengah diulangi lagi. Apakah semua itu belum cukup?
 
Dalam hal ini ada beberapa kemungkinan; boleh jadi guru tidak pandai mengajar, atau anak murid tidak ambil perhatian kerana tak faham, atau ilmu itu belum sesuai diajar pada usia kanak-kanak. Tidak mengapa, pada kali ini saya akan ulang balik ilmu itu sebagai ulangkaji.
 
Baiknya kali ini kita lakukan amalinya sekali agar ilmu yang diajar terus melakat pada otak masing-masing. Baiklah, secara umumnya semua orang sudah tahu hukum mandi dan mengapa perlu mandi hadas. Dan untuk mandi pula masing-masing sudah tahu rukunnya iaitu niat dan meratakan air ke seluruh tubuh.
Jadi pada kali ini kita dalami secara amalinya semoga dengan itu tidak menjadi masalah lagi untuk kita mandi cara yang betul. Sebelum mandi kita perlu pastikan ada air kerana itulah syarat utama sah mandi. Kalau tiada air, cukuplah dengan bertayammum.
 
Kemudian pastikan air yang hendak digunakan itu mutlak atau cukup dua kolah. Inilah perkara utama yang perlu ada sebelum mandi. Kalau air yang ada dirumah cukup dua kolah bolehlah kita mandi seperti biasa, cuma beza dengan mandi biasa ialah niatnya. Mandi biasa tidak perlu niat tetapi mandi wajib perlu niat.
Akan tetapi bagaimana kalau air tidak cukup dua kolah, masih boleh mandi asalkan air itu tidak mustakmal. Jadi, air mutlak adalah syarat utama yang perlu dijaga oleh umat Islam sebelum mandi. Kalau begitu kita boleh mandi dengan air satu baldi sahaja. Bagaimana caranya?
 
Sebenarnya, cara mandi sama ada dengan air yang cukup dua kolah atau satu baldi sama sahaja cara. Kita wajib berjimat menggunakan air walaupun air banyak. Untuk itu lakukan mengikut senarai berikut:
1. Bersihkan tangan kadar melepasi pergelangan tangan. Bacakan bismillah sebelum membasuhnya,
2. Basuhkan bahagian anggota sulit (yang sukar sampai) dari tubuh anda.
3. Ambil wuduk seperti biasa dengan niat sunat untuk mandi.

4. Dengan menggunakan tangan yang sudah bersih itu, ambilkan air dari baldi sebagai gayung dan basuhkan dari kepala sampai ke muka. Sebelum basuhan kedua dan seterusnya pastikan tangan sudah tiada air yang boleh menitik.

5. Dengan menggunakan tangan itu juga ambil air dan sapukan ke anggota sebelah kanan dari bahu ke bawah.

6. Dengan cara yang sama basuhkan anggota sebelah kiri dari bahu ke bawah.
7. Dengan cara yang sama sapukan air ke anggota bawah dari bahagian pinggang.
8. Air yang berbaki itu boleh digunakan untuk disiramkan ke bahagian yang balum terkena air.
Kaedah inilah yang digunakan oleh Rasulullah dan sahabat sama ada air banyak atau sedikit. Dengan ini tidak akan berlaku pembaziran air. Percayalah kalau kita mahir dengan cara ini, air yang penuh dua kolah tidak akan berkurang kecuali suku sahaja. Selamat mancuba semoga anda berjaya.

 Ahmad Baei Jaafar

“Neraka Allah Tidak Akan Dapat Ditebus”

25 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

 
اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ :
قُلْ ءَامَنَّا بِٱللَّهِ وَمَآ أُنزِلَ عَلَيْنَا وَمَآ أُنزِلَ عَلَىٰٓ إِبْرَ‌ٰهِيمَ وَإِسْمَـٰعِيلَ وَإِسْحَـٰقَ وَيَعْقُوبَ وَٱلْأَسْبَاطِ وَمَآ أُوتِىَ مُوسَىٰ وَعِيسَىٰ وَٱلنَّبِيُّونَ مِن رَّبِّهِمْ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍۢ مِّنْهُمْ وَنَحْنُ لَهُۥ مُسْلِمُونَ ﴿٨٤﴾ وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ ٱلْإِسْلَـٰمِ دِينًۭا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِى ٱلْءَاخِرَةِ مِنَ ٱلْخَـٰسِرِينَ ﴿٨٥﴾  - آل عمران
اَشْهَدُ اَنْ  لاَ الهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبـَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنـَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الِهِ وَاَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ اِلىَ يَوْمِ الدِّيْنِ.
اَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله اِتَّقُوْ اللهَ فَاِنَّ اللهَ مَعَ الْمُتَّقِيْنَ.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Bertaqwalah kita kepada Allah dan janganlah kita mati kecuali dalam keadaan kita beriman. Ayat yang dibacakan tadi bermaksud :

Katakanlah (wahai Muhammad): Kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang telah diturunkan kepada kami dan kepada apa yang telah diturunkan kepada Nabi-nabi: Ibrahim dan lsmail dan Ishak dan Yaakub dan keturunannya dan kepada apa yang telah diberikan kepada Nabi-nabi: Musa dan Isa dan sekalian Nabi-nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeza-bezakan seseorang pun di antara mereka, dan kepada Allah jualah kami berserah diri (Islam). Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. – Ali Imran ayat 84 -85.

Allah menerangkan dalam ayat di atas bahawa menjadi kewajipan kepada semua Umat Islam yang mengaku menjadi Umat Nabi Muhammad SAW agar beriman kepada Allah dan Al-Quran yang diturunkan kepada baginda serta beriman kepada kitab-kitab yang diturunkan kepada para nabi sebelumnya termasuk Ibrahim, lsmail, Ishak dan Yaakub,  Musa, dan Isa serta para nabi yang telah diutuskan oleh Allah. Ini kerana Allah pernah tidak membeza-bezakan di antara mereka kerana kesemua mereka membawakan agama dan ajaran daripada Allah.

Maka celakalah nasib kita di Hari Akhirat kelak jika kita memilih selain Islam sebagai cara hidup yang lengkap. Apakah kita pada hari ini benar-benar telah memilih cara hidup Islam dan meninggalkan cara hidup selain daripada Islam atau kita sendiri tidak mengetahui yang mana satukah cara hidup yang telah ditentukan oleh Islam.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
        Dalam ayat seterusnya Allah berfirman :

 كَيْفَ يَهْدِى ٱللَّهُ قَوْمًۭا كَفَرُوا۟ بَعْدَ إِيمَـٰنِهِمْ وَشَهِدُوٓا۟ أَنَّ ٱلرَّسُولَ حَقٌّۭ وَجَآءَهُمُ ٱلْبَيِّنَـٰتُ ۚ وَٱللَّهُ لَا يَهْدِى ٱلْقَوْمَ ٱلظَّـٰلِمِينَ ﴿٨٦﴾ أُو۟لَـٰٓئِكَ جَزَآؤُهُمْ أَنَّ عَلَيْهِمْ لَعْنَةَ ٱللَّهِ وَٱلْمَلَـٰٓئِكَةِ وَٱلنَّاسِ أَجْمَعِينَ ﴿٨٧﴾ خَـٰلِدِينَ فِيهَا لَا يُخَفَّفُ عَنْهُمُ ٱلْعَذَابُ وَلَا هُمْ يُنظَرُونَ ﴿٨٨﴾ إِلَّا ٱلَّذِينَ تَابُوا۟ مِنۢ بَعْدِ ذَ‌ٰلِكَ وَأَصْلَحُوا۟ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌۭ رَّحِيمٌ ﴿٨٩﴾
-         آل عمران
Bagaimana Allah akan memberi petunjuk hidayat kepada sesuatu kaum yang kufur ingkar sesudah mereka beriman dan juga sesudah mereka menyaksikan bahawa Rasulullah (Nabi Muhammad) itu adalah benar dan telah datang pula kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk hidayatNya kepada kaum yang zalim.
Mereka itu balasannya ialah bahawa mereka ditimpa laknat Allah dan malaikatNya serta sekalian orang-orang yang beriman.
Mereka kekal di dalamnya, tidak diringankan azab seksa daripada mereka dan mereka pula tidak diberi penangguhan.
Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah (ingkar) itu, serta memperbaiki keburukan mereka, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani – Ali Imran ayat 86 - 89.

Sidang Jumaat sekelian,
 Allah menegaskan bahawa Dia tidak akan memberi petunjuk hidayat kepada seseorang yang menolak SyariatNya setelah diperlihatkan berbagai bukti kebenaran Allah dan dipertontonkan dengan kebenaran dan ketinggian akhlak Rasulullah kerana mereka sebenarnya telah menzalimi diri mereka sendiri. Akibat tindakan yang mereka pilih sendiri maka mereka akan dilaknat oleh Allah dan malaikatNya serta sekalian orang-orang yang beriman. Mereka akan kekal di dalam neraka dan tidak akan diringankan azabnya dan tidak akan dipedulikan sama sekali.

Namun atas belas ehsan Allah yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani mereka masih berpeluang untuk bertaubat serta memperbaiki akhlak dan keimanan mereka serta berusaha menjadi orang-orang yang bertaqwa.

Ulamak berbeza pandangan mengenai sebab turunnya ayat ini. Antara yang paling masyhur adalah sebagaimana yang disebutkan oleh Imam Abu Jaafar At-Tobari   bahawa ayat ini turun kepada Al-Harith Bin Suwaid Al-Ansari (اَلْحاَرِثُ بْنُ سُوَيْدِ الأَنْصاَرِي) yang asalnya merupakan seorang Islam dan kemudiannya murtad. Beliau kemudian menyesal dan ingin bertaubat lalu turunlah ayat ini.  Lalu beliaupun kembali kepada Islam.

Sidang Jumaat sekelian,
Manusia paling malang di dunia dan di Akhirat adalah golongan ketiga yang bakal mendapat siksaan Allah yang amat perit dan mereka akan kekal di dalam neraka. Firman Allah :

إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ بَعْدَ إِيمَـٰنِهِمْ ثُمَّ ٱزْدَادُوا۟ كُفْرًۭا لَّن تُقْبَلَ تَوْبَتُهُمْ وَأُو۟لَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلضَّآلُّونَ ﴿٩٠﴾ إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ وَمَاتُوا۟ وَهُمْ كُفَّارٌۭ فَلَن يُقْبَلَ مِنْ أَحَدِهِم مِّلْءُ ٱلْأَرْضِ ذَهَبًۭا وَلَوِ ٱفْتَدَىٰ بِهِۦٓ ۗ أُو۟لَـٰٓئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌۭ  وَمَا لَهُم مِّن نَّـٰصِرِينَ ﴿٩١﴾
Sesungguhnya orang-orang yang kafir sesudah mereka beriman, kemudian mereka bertambah kufur lagi, tidak sekali-kali akan diterima taubat mereka dan mereka itulah orang-orang yang sesat.
Sesungguhnya orang-orang yang kafir, lalu mati sedang mereka tetap kafir, maka tidak sekali-kali akan diterima dari seseorang di antara mereka emas sepenuh bumi, walaupun dia menebus dirinya dengan (emas yang sebanyak) itu. Mereka itu akan mendapat azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan mereka pula tidak akan beroleh seorang penolong pun – Ali Imran ayat 90 – 91.

Muslimin yang dirahmati Allah,
Berbeza dengan orang-orang yang murtad kemudiannya menjadi bertambah kufur sehinggalah saat kematian mereka. Golongan yang sesat seperti ini tidak akan diterima taubat mereka dan mereka itulah orang-orang yang sesat. Mereka akan menerima azab yang tidak terperi sakitnya yang tidak mampu dihentikan siksaan itu dengan pertolongan sesiapa ataupun jika mereka mampu sekalipun menebusnya dengan emas dan permata sebesar bumi dan segala yang ada di dalamnya.
        Syeikh Dr. Wahbah Bin Mustaffa Az-Zuhaili (وهبة بن مصطفى الزحيلي) dalam tafsirnya Al-Wasithnya (تفسير الوسيط) menceritakan mengenai 3 golongan kuffar yang disebut dalam Al-Quran iaitu berasaskan keadaan mereka yang berterusan dalam kekufuran lalu mati ataupun bertaubat selepas murtad ketika hidupnya ataupun hanya bertaubat di saat akhir hidupnya.
a.           Mereka yang murtad lalu bertaubat maka diterima taubat mereka itu selagi nyawanya belum sampai ke ghargharah. (الغرغرة)
b.           Mereka yang murtad lalu bertaubat kemudiannya kembali murtad maka tidak akan diterima taubatnya.
c.           Mereka yang murtad dan mati dalam keadaan kufur.

Maka tidak akan diterima taubat mereka yang murtad ini dan tidak akan
mampu ditebus walau dengan apa cara sekalipun.

بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.  

خطبة كدوا

اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ :

أَفَغَيْرَ دِينِ ٱللَّهِ يَبْغُونَ وَلَهُۥٓ أَسْلَمَ مَن فِى ٱلسَّمَـٰوَ‌ٰتِ وَٱلْأَرْضِ طَوْعًۭا وَكَرْهًۭا وَإِلَيْهِ يُرْجَعُونَ ﴿٨٣﴾ (آل عمران :83)

أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَــهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى ءَالــِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .

فَيَا عِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيـَّايَ بِتَقْوَى اللهَ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Apakah kita masih tidak mahu menerima ketetapan Allah sedangkan langit dan bumi serta segala isi di dalamnya telah tunduk dan patuh kepada ketetapan Allah samada secara rela ataupun terpaksa. Hanya jin dan manusia yang masih lagi degil dan mencari cara hidup lain selain dari yang telah ditetapkan oleh Allah.
Murtad tidak hanya semata-mata dengan mengisytiharkan keluar dari Islam. Murtad boleh terjadi dengan menolak hukum dan Syariat Allah. Murtad juga berlaku jika kita menerima sebahagian Syariat Allah dan menolak sebahagian yang lain. Murtad juga boleh berlaku dengan menghina Allah, Rasul dan Syariat Allah. Murtad juga boleh berlaku apabila kita mensyirikkan Allah dengan sesuatu. Maka janganlah kita berterusan melakukan sesuatu yang boleh mengeluarkan kita daripada sempadan agama suci ini sehingga kita mati dalam keadaan kita tidak diiktiraf sebagai seorang Islam yang beriman. Maka apakah yang akan menyelamatkan kita daripada kekal selama-lamanya berada dalam azab kerana jika kita mempunyai segala bentuk kekayaanpun di muka bumi ini maka tidak akan ada nilainya di sisi Allah untuk kita tukar ganti.    
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّ اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ،
اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ،
وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ
اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ،
وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ، اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ،
وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الْأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ،
بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ
رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ .
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالأِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ
وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ .

فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ .

 
Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Perak