09 October 2012

Kereta disembur asap pembunuh nyamuk


23 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


HAVANA, Cuba - Seorang pegawai kesihatan menyembur asap pembunuh nyamuk ke dalam beberapa buah kereta di Jimaguaye, dekat Camaguey, timur Cuba pada Khamis lalu. 

Pemerintah Cuba melancarkan kempen menyembur asap itu untuk memerangi penularan penyakit denggi dalam kalangan penduduk yang disebabkan gigitan nyamuk aedes.
Penyakit itu boleh membawa maut. - Reuters

Bunyi itik bising jadi petanda

23 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
 
Bunyi itik bising jadi petanda
Anggota JPAM Tumpat menunjukkan ular sawa seberat 50 kilogram yang berjaya ditangkap di Kampung Morak.
 
Ular sawa 50 kilogram sempat telan seekor itik sebelum ditangkap JPAM

TUMPAT – Seorang penduduk, Fauziah Abdullah, 39, tidak menduga bunyi bising itik di dalam rebannya, adalah isyarat kehadiran tetamu tidak diundang mengancam itik-itiknya.

Lebih mencemaskan, sebaik menghampiri reban tersebut ular sawa seberat 50 kilogram itu sempat menelan seekor itiknya.

Khuatir boleh mengancam keselamatannya, dia menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Tumpat, untuk menangkap ular yang berada di dalam reban tersebut.

Pegawai Unit Daerah Tumpat, Mohd Fuad Ismail berkata, anggota JPAM ke lokasi kejadian  di Kampung Morak di sini, setelah menerima panggilan daripada Fauziah kira-kira jam 12.27 tengah hari.

Menurutnya, situasi tegang apabila ular sawa itu  menelan itik Fauziah dan bersembunyi dalam reban, tetapi  hasil tindakan pantas anggota  JPAM, ular itu berjaya  ditangkap.

“Operasi diketuai Ridhuan Ramli bersama dua anggota mengambil masa lima minit menangkap ular itu,” katanya kepada media.

Menurutnya, operasi ini berjalan dengan selamat tanpa sebarang kecederaan, dan ular yang berjaya ditangkap ini akan diserahkan ke Jabatan Perhilitan Kelantan untuk tindakan selanjutnya.

“Orang ramai yang ingin meminta bantuan JPAM boleh menghubungi di  talian  09-7254215,” katanya.

sinar harian/-

Islamofobia: Penyakit ciptaan barat

23 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

Islamofobia
 
Islamofobia
MUNGKIN benar ada sekumpulan pelampau agama yang menjadi ancaman sebenar kepada keamanan dunia.

Tetapi adakah sekumpulan manusia ini, yang merentasi pelbagai agama, boleh dijadikan alasan untuk dunia menyerang semua orang dalam agama itu?

Di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah, inilah yang berlaku terhadap orang Islam. Hanya kerana propaganda AS yang tidak henti-henti bercakap mengenai pengganas Al-Qaeda, yang jumlahnya mungkin tidak sampai 0.1 peratus pun daripada jumlah umat Islam, satu stereotaip dilemparkan kepada orang Islam.

Sehingga Biro Penyiasatan Persekutuan AS (FBI) membuat manual khas untuk mengenal pasti personaliti seorang Muslim. Lebih panjang janggut mereka, lebih ganas lah mereka.

Jadi apa yang menghairankan apabila November lalu, FBI mengeluarkan statistik jenayah m kebencian terhadap orang Islam di AS sepanjang 2010 meningkat hampir 50 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Laporan itu menunjukkan jenayah yang dibuat berdasarkan rasa prejudis terhadap orang Islam meningkat kepada 160 pada 2010 berbanding 107 pada tahun sebelumnya.

Pertubuhan Human Rights First menyuarakan kebimbangan terhadap angka itu.

“Peningkatan ketara dapat dilihat mengenai keganasan anti-Muslim. Kami telah lama menuntut jenayah anti-Muslim, dan juga jenayah terhadap agama lain, dilihat sebagai pencabulan serius hak asasi manusia.
“Kerajaan AS perlu berbuat sesuatu untuk menandingi masalah ini,” kata wakil kumpulan itu, Paul Legendre.

Sentimen begitu kuat di AS terhadap orang Islam menjadikan agama itu satu ba- hagian penting dalam perbincangan sebelum pilihan raya negara itu, bulan depan.

Di seluruh negara, peningkatan Islamofobia menyebabkan orang Islam sukar membina masjid dan mengamalkan ajaran Islam, iaitu hak mereka yang tertakluk di dalam perlembagaan AS.

Dalam pertandingan calon presidenkali  ini, ada calon meletakkan Islam dalam konteks negatif dalam usaha mereka menaikkan populariti dalam kalangan rakyat yang mereka anggap tidak mesra Islam.
Sebagai contoh, bekas calon presiden, Herman Cain sebelum ini pernah berkata, jika dia dipilih sebagai Presiden AS, dia berjanji tidak akan melantik orang Islam dalam Kabinet.

Walaupun ia kedengaran mengejutkan,  tetapi apa yang dikatakan Cain menjadi penanda keadaan Islam di AS. Pada 2010, calon Kongres Republikan menggunakan isu cadangan pembinaan pusat komuniti Islam di New York yang ingin dibina berhampiran tapak bangunan Pusat Dagangan Dunia dan undang-undang Sharia untuk mendapatkan sokongan.

Bulan lalu, satu iklan berunsur anti- Islam, pro-Israel ditampal di 10 lokasi stesen keretapi bawah tanah di New York.

Ia menyebut: “Dalam mana-mana peperangan di antara lelaki bertamadun dan haiwan buas, sokonglah lelaki bertamadun.

Sokong Israel. Tewaskan Jihad”.

Pengurusan stesen kereta api itu cuba menghalang iklan itu daripada ditampal, tetapi kumpulan yang membiayai iklan menghina Islam, terutama orang Palestin itu, memenangi
arahan mahkamah supaya iklan itu terus ditayangkan.

Seorang aktivis berketurunan Mesir- Amerika ditahan polis dua hari selepas iklan itu ditayangkan, kerana dia menconteng iklan biadap itu.

Sementara itu, sentimen Islamofobia yang kuat juga dilihat di Eropah, terutama selepas peristiwa serangan 9/11, menunjukkan betapa AS berjaya dalam perang psikologi menjenamakan orang Islam sebagai pengganas.

Satu tinjauan dilakukan oleh Yayasan Friedrich Ebert di Britain baru-baru ini mendapati sebanyak 45 peratus rakyat negara itu percaya terdapat terlalu ramai orang Islam di sana.

Racun Islamofobia ini juga telah menjangkiti politik Eropah.

Menurut tinjauan Pew Research Center, hampir 6 daripada 10 orang Eropah percaya orang Islam adalah pelampau dan separuh daripada mereka percaya orang Islam adalah ganas.

Di Belanda, sebuah parti politik anti- Islam diketuai Geert Wilders adalah yang ketiga terbesar di Parlimen, menunjukkan parti itu mendapat sokongan kuat rakyat Belanda.

Lihat pula di Switzerland, negara dikenali tenang dan indah. Rupanya hatimereka tidaklah seindah muka bumi ciptaan ALLAH SWT kepada mereka.

Parti Rakyat Swiss, iaitu yang terbesar di negara itu, memenangi pungutan suara mengharamkan pembinaan menara masjid yang digelar setiausaha agung parti itu sebagai ‘simbol kuasa Islam’.
Ketika pungutan suara itu dijalankan, sebuah masjid di Geneva berulang kali dirosakkan pelampau.
Perancis adalah negara dengan jumlah penduduk Islam terbesar di Eropah.

Tetapi tindakan kerajaan yang berterusan menyasarkan orang Islam menyebabkan tinjauan dilakukan akhbar utama, Le Monde menunjukkan 42 peratus rakyat negara itu percaya kehadiran orang Islam menjadi ancaman kepada mereka.

Parti politik National Front yang membawa sentimen anti-Islam mendapat undian paling tinggi dalam sejarahnya semasa pilihanraya umum Perancis, April lalu. Di Denmark, parti politik ketiga terbesar negara itu iaitu Parti Rakyat,berjuang menentang ‘pengIslaman’ dan menuntut migrasi semua orang bukan Barat ditamatkan.

Parti anti-Islam Vlaams Belang pula semakin mendapat tempat di Belgium, negara yang mempunyai perdana menteri homoseksual pertama.

Ini membuktikan Islamofobia telah menjadi penyakit di Eropah.

Adakah orang Barat akan menerima cadangan OIC supaya Islamofobia dijadikan jenayah, sama sebagaimana negara lain menghalang ucapan anti-Yahudi? Mungkin tidak.

sinar harian/-

Orang Cina Sokong PAS, Tak Hairan Dengan Bayaran "One-Off" Najib

23 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


Bajet 2013: Sekadar ambik, sokong tidak

KUALA LUMPUR: Di Johor, orang tidak tanya MCA akan tinggal berapa kerusi sahaja lagi tetapi orang tanya tinggal berapa orang sahaja lagi di dalam MCA, kata Mohamad Sabu.

"Itu baru di Johor, tempat lain pun sama atau mungkin lebih teruk untuk Umno BN (Barisan Nasional)," katanya lagi.

Timbalan Presiden PAS itu menyatakan demikian merujuk kepada kesan Bajet 2013 yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak yang disifatkan tidak memberi kesan besar kepada perubahan sokongan rakyat untuk menyokong BN.

Di Johor katanta, MCA dalam keadaan nazak, dan bajet BN itu tidak mungkin akan memberi nyawa baru untuk menyelamatkan parti itu.

Menjelaskan lebih lanjut apa yang dimaksudkannya itu, Mohamad berkata, rata-rata orang Cina tidak peduli pun belanjawan itu kerana yang lebih penting bagi mereka ialah tarikh pilihan raya kerana mereka sudah tidak sabar hendak menamatkan cengkaman kuasa Umno Barisan BN.

"Itu belanjawan untuk menyasarkan sebahagian orang Melayu, sebab orang Cina tidak hairan dengan duit RM250 sekali bagi itu," katanya.

Malah, katanya, orang-orang Cina rata-ratanya tidak mengendahkan umpan yang bertujuan memancing undi mereka itu.


Mohamad berkata, kerajaan Umno BN terus merosakkan orang-orang Melayu apabila meneruskan amalan 'memberi ikan dan bukan kail' kepada mereka melalui pemberian duit sekali bagi dan pemberian-pemberian lain seumpamanya.

"Ketika bangsa lain boleh diumpamakan sudah maju dengan peralatan canggih untuk menangkap ikan di laut dalam, kerajaan Umno BN terus merosakkan orang-orang Melayu dengan memberikan ikan kepada mereka dan bukan memberi kail," katanya lagi.

Mohamad berharap orang-orang Melayu menolak perbuatan menghinakan mereka dengan duit sekali bagi seperti itu dan menuntut penyelesaian jangka masa panjang terhadap masalah asas mereka.

Umpamanya, kata beliau, masalah pengangguran yang sebahagian besarnya melibatkan orang-orang Melayu.

"Belum kira lagi yang tidak graduan, yang bertaraf siswazah pun sehingga 40,000 orang menganggur kebanyakannya berbangsa Melayu," katanya.

Beliau meminta orang-orang Melayu berfikir, adakah duit sekali bagi RM250 boleh menyelesaikan masalah mereka? "Jangan biarkan kerajaan Umno BN hina kita dengan gula-gula murahan seperti itu," kata Mohamad.


Gula tetap diseludup

23 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

GOLOK, THAILAND - Aktiviti penyeludupan gula Malaysia ke negara jirannya di sini didapati terus aktif meskipun harga barang kawalan itu di Thailand kini didapati meningkat berikutan pengurangan subsidi sebanyak 20 sen.

Tinjauan Kosmo! di pekan Golok, Munduk dan Narathiwat mendapati rata-rata penduduk negara tersebut menggemari gula Malaysia yang rasanya lebih sedap.

Mereka tidak menggemari gula tempatan yang berwarna kemerahan berbanding gula Malaysia yang berwarna putih dan jernih.

Pengurangan subsidi gula di Malaysia yang diumumkan semasa pembentangan Bajet 2013 menyebabkan harga gula negara itu kini RM2.50 sekilogram berbanding gula tempatan RM3.30 sen sekilogram.

Seorang warga Thailand, Nohani Idris, 48, berkata, walaupun harga gula Malaysia sudah meningkat dan kini dijual pada harga RM2.70 hingga RM3.00 sekilogram, dia tetap memilih gula Malaysia.

kosmo/-

Majlis kahwin mewah ditegah

23 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

HANOI: Pihak berkuasa Vietnam melarang anggota Parti Komunis di bandar raya ini daripada menganjurkan majlis perkahwinan mewah, ekoran kecaman rakyat mengenai upacara perkahwinan besar-besaran.

Bilangan tetamu dihadkan kepada 600 orang untuk kedua-dua belah keluarga dan lokasi mewah seperti hotellima bintang perlu dielakkan, menurut notis di laman web rasmi bandar raya Hanoi semalam.

Majlis perkahwinan mewah yang dianjurkan anggota parti menimbulkan “kemarahan di kalangan rakyat dan menjejaskan imej peribadi anggota parti,” lapor kenyataan itu.

Kerajaan autoritarian Vietnam yang melancarkan kempen anti-rasuah beberapa bulan lalu, berusaha untuk menangani ketidakpuasan hati rakyat ekoran ekonomi yang lemah dan beberapa siri skandal membabitkan pegawai tinggi kerajaan. Majlis perkahwinan yang mewah perkara biasa di Vietnam dengan senarai tetamu sering kali mencapai 1,000 orang. Sesetengah anggota parti bertanya sama ada pihak berkuasa akan menguatkuasakan peraturan baru.

“Pihak berkuasa Vietnam bijak mengusul undang-undang tetapi sama ada ia dilaksanakan dan dipatuhi adalah cerita berbeza,” kata seorang anggota parti berusia 43 tahun yang enggan dikenali. - AFP

Mengapa PM tidak hadir Sidang Rio+20 di Brazil?

23 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri diminta menyatakan mengapa beliau tidak menghadiri Sidang Kemuncak Bumi (Rio+20) yang diadakan di Rio de Janeiro, Brazil, pada 20 hingga 22 Jun 2012 yang lalu.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, sedangkan sepatutnya Malaysia diwakili oleh Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri sebagaimana dua sidang Kemuncak Bumi pada tahun 1992 dan tahun 2002 sebelum ini.

Beliau selaku Ahli Parlimen Marang mengemukakan pertanyaan bagi jawab lisan itu pada persidangan Dewan Rakyat yang bermula jam 10.00 pagi ini.

Selain beliau, Ahli Parlimen Baling, Datuk Taib Azamudden Md Taib minta Menteri Kerja Raya menyatakan Projek TEKIH terutama pakej B dengan segmen C dan D dari Pedu ke Sungai Chapar dan Sungai Sok ke Weng Baling, apakah tempoh 18 bulan yang dijanjikan Kementerian benar-benar dapat dilaksanakan.

Mohd Firdaus Jaafar (PAS-Jerai) pula minta Menteri Dalam Negeri menyatakan sejauh mana keberkesanan tindakan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam mengawal penyalahgunaan dadah di Malaysia.
 harakahdaily/-

Ikan paus ditemui mati terapung

23 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

BOSTON, Amerika Syarikat - Seekor ikan paus finback sepanjang 15.24 meter ditemui mati terapung di Pelabuhan Boston dekat Pulau Deer, kata beberapa pegawai. 

Pihak berkuasa berkata, punca kematian haiwan itu tidak diketahui.

Seorang jurumudi, Robert Simpson berkata, paus itu ditemui pada pagi kelmarin.

Jurucakap Akuarium New England, Tony LaCasse memberitahu stesen televisyen WCVB-TV bahawa beberapa ahli biologi menemui kesan luka pada badan paus itu.

Haiwan itu merupakan ikan paus yang kedua terbesar di dunia selepas paus biru. 

Ia boleh membesar sehingga 21.34 meter dengan berat mencecah 63.5 tan metrik. - Agensi

Bayi Ajaib, Lahir Dari Ibu Yang Sudah Meninggal 2 Hari

23 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


Seorang bayi yang lahir dari seorang ibu yang telah meninggal selama 2 hari membuat gempar dunia perubatan. Secara logik, bagaimana boleh?

Mahmoud Soliman (29), ayah dari bayi ajaib ini tidak pernah membayangkan akan merasakan kesedihan yang bercampur aduk dengan kebahagiaan yang luar biasa. Isterinya, Jayne Soliman (41) meninggal dunia akibat dysfunction otak memberikannya seorang bayi kecil yang cantik setelah Jayne divonis meninggal 2 hari sebelumnya dengan bantuan pembedahan cesar.

Dalam masa kehamilannya, Jayne tidak merasakan apa jua masalah. Namun ketika usia kehamilannya 25 minggu, ia merasakan sakit kepala dan sempat jatuh pengsan. Kemudian Jayne dilarikan ke Hospital John Radcliffe Hospital Oxford. Setelah 2 jam berada di hospital, pasukan doktor mengesahkan bahawa nyawa Jayne Solaiman tidak dapat diselamatkan lagi.

Pasukan doktor mencuba sedaya upaya dengan pelbagai cara dan dengan berbagai alat agar jantung Jayne tetap boleh berdenyut. Walaupun usaha itu tidak dapat membantu nyawa Jayne, tapi usaha itu dilakukan bagi si bayi yang ada di dalam rahimnya agar dapat diselamatkan. Doktor juga memberikan 2 dos besar steroid sehingga jantung bayinya boleh berkembang dan selepas dua hari pasukan doktor bekerja keras akhirnya Aya si bayi ajaib itu boleh diangkat keluar melalui pembedahan cesar.

Setelah pasukan doktor berjaya mengangkat bayi dari rahim Jayne, si bayi kecil itu di letakkan di bahu ibunya untuk memberi mereka masa bersama sejenak kemudian Aya dibawa ke unit rawatan intensif.
Nama Aya yang diberikan si ayah diambil dari bahasa arab yang bererti keajaiban. itulah nama yang ingin 

diberikan si ibu, Jayne, ketika dia masih hidup.

harian metro/-

Jaga hati Soros, Mahathir gelar pejuang Palestin pengganas?

23 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


Jaga hati Soros, Mahadey Pernah Gelar Pejuang Palestin pengganas?

Kalau perasan artikel yang "tukanglawan" siar sebelum ni mahadey pernah menggelar pejuang palestin yang berjuang menentang pencerobohan Israel sebagai pengganas.

Kenyataan tu dibuat selepas mahadey buat pertemuan sembang-sembang dengan seorang yahudi bernama soros.

Kemungkinan besar masa kenyataan akhbar tu si soros ni berada dekat sebelah mahadey.

So mahadey yang cuba berbaik-baik dengan soros tu terpaksa la jaga hati si yahudi tu, tujuan jaga hati entah lah, mungkin mahu kekalkan hubungan baik, apa-apa hal boleh mintak tolong kemudian.

Sila baca petikan bawah nei. yang "tukanglawan" petik dari utusan online, artikel sama seperti yang "tukanglawan" petik untuk posting sebelum nei.


Bukan ke kalau orang islam mati kerana mempertahankan tahan air yang diceroboh , matinya itu syahid kalau "tukanglawan" tak silap. macam mana pulak mahadey boleh kata rakyat palestin yang menentang pencerobohan israel tu mengganas?

rakyat palestin ke yang menceroboh Israel, kalau begitu pandangan mahadey... maknanya mahadey ni iktiraf la agaknya negara israel tu kan... 

harakahdaily-

Perjanjian damai MILF sinar baru buat muslim

23 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Keputusan Kerajaan Filipina dan kumpulan pemisah, Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) mencapai perjanjian damai awal adalah keputusan yang baik dan bakal memberi sinar baru buat masyarakat Muslim di negara itu.

“Perjanjian ini bakal menamatkan konflik bersenjata yang berterusan melebihi 40 tahun,” kata Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya, Syis Abdul Kadir.

Natijahnya, kata beliau bakal menyaksikan pembentukan satu wilayah autonomi bagi menamatkan pergolakan di selatan Filipina.

Pergolakan dan konflik bersenjata yang bermula seawal 1960-an dengan tertubuhnya Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) seterusnya sekumpulan dari mereka keluar dan menubuhkan MILF pada 1977.

Menurutnya, sehingga kini mereka konsisten dengan tuntutan pembebasan dan autonomi kepada masyarakat Muslim Mindanao.

Perjuangan pembebasan yang telah memakan korban lebih 120 000 adalah bukti bahawa MILF benar-benar menuntut sebuah keadilan dan hak mereka.

“Perjanjian damai yang bakal dimaterai dengan Kerajaan Filipina adalah suatu kejayaan bagi sebuah perjuangan dan seharusnya didahului dengan ucapan ribuan tahniah,” ujarnya.

Hal ini, tambah beliau kerana resolusi yang disepakati memberi keuntungan besar buat masyarkat Mindanao terutamanya yang beragama Islam.

Mereka, ujarnya bakal menduduki wilayah baru dan diberikan autonomi serta pemerkasaan perundangan syariah.

“Berita ini merupakan sinar baru buat umat Islam dan membuktikan bahawa Islam itu agama yang cintakan kedamaian dan keamanan.

“Dapat dilihat bagaimana jalan ke arah pembukaan dan pengembangan Islam di zaman Rasulullah dan khilafah,” katanya.

Jelasnya, pertempuran mata pedang merupakan pilihan yang terakhir setelah seruan dakwah ditolak, sekaligus menolak dakwaan bahawa Rasulullah dan umat Islam adalah ekstrimis.

Harapannya, ujar Syis wilayah baru yang bakal dibentuk nanti ditadbir dengan nilai keadilan, demokratis serta mengutamakan kebajikan rakyat.

“Semestinya mereka tidak mahu dibaham harimau selepas terlepas dari mulut buaya. Peluang ini perlu digunakan untuk membangun kembali sosio-ekonomi serta infrasuktur wilayah yang sekian lama bergolak.

“Hasil dan kekayaan negara perlu dikembalikan kepada rakyat,” ujarnya lagi.

harakahdaily/-

Bau busuk hantui penduduk

23 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

Bau busuk hantui penduduk
Penduduk yang membantah kumbahan berbau yang tidak diselenggara.
 
JOHOR BAHRU - Penduduk di 12 blok Pangsapuri Taman Bukit Mewah, dekat sini terpaksa menahan bau busuk yang meloyakan yang mereka dakwa berpunca daripada masalah loji kumbahan yang tidak berfungsi sejak seminggu lalu.

Mereka turut mendakwa masalah itu bukan baru berlaku, malah rentetan sebelum keadaan paling kritikal sejak tujuh tahun lalu bermula dengan pam asal loji itu rosak, sekali gus mengeluarkan bau busuk dan bunyi bising.

Seorang penduduk, Khoo Boon Tiong, 55, berkata, apabila hujan, limpahan air kumbahan yang dipenuhi najis itu turut mengalir memenuhi longkang sekitar kediaman penduduk.

“Sebelum ini kami mampu bersabar, biarpun pam di situ mengeluarkan bunyi bising hampir setiap setengah jam. Saya ada buat aduan ke pihak berkaitan, namun hingga kini tiada tindakan diambil," katanya.

Seorang lagi penduduk, P Janaki, 59, berkata, dia dan keluarga terpaksa berkurung di dalam rumah kerana tidak tahan dengan bau busuk.

“Keadaan ini menjijikkan menyebabkan kami semua tidak senang duduk. Ada pernah seharian saya tidak lalu makan kerana terasa loya sehingga muntah,” katanya.

Janaki yang menetap 12 tahun di situ mengakui ketika membeli rumah terbabit, pelan menunjukkan ada kolam kumbahan berdekatan rumahnya, namun tidak menyangka ia akan mengeluarkan bau busuk apatah lagi ketika musim hujan.

Jelasnya, penduduk di situ membayar RM36 bagi setengah tahun kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk kos penyelenggaraan termasuk sistem kumbahan itu, namun ternyata ia sia-sia.

Tinjauan Sinar Harian ke kawasan kolam kumbahan yang jaraknya kurang lima meter dari blok 12 dan blok 4 pangsapuri terbabit mendapati air takungan di situ kehitaman.

Penyelia Pusat Aduan Rakyat Kempas, Suhaizan Kaiat berkata, beliau menerima laporan penduduk dua minggu lalu dan akan menghubungi pihak bertanggungjawab bagi tindakan.

“Jika perkara ini tidak diselesaikan segera ia akan mengeruhkan keadaan yang dikhuatiri akan menjejaskan kesihatan,” katanya.

Sementara itu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru, Burhan Amin ketika dihubungi Sinar Harian berkata, beliau akan merujuk permasalahan yang diutarakan ke bahagian saliran untuk tindakan.

sinar harian/-

Morsi beri pengampunan kepada tahanan politik

23 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


Presiden Mesir, Mohamed Morsi telah memberi pengampunan kepada semua tahanan politik yang ditahan sejak awal pemberontakan yang menggulingkan Hosni Mubarak tahun lepas.

Pengampunan tersebut meliputi mereka yang menghadapi perbicaraan dan yang menjalani hukuman penjara kecuali mereka yang disabitkan kesalahan membunuh, kata jurucakap presiden, namun tidak memberikan jumlah banduan yang mendapat pengampunan.

Aktivis berkata ribuan orang awam berhadapan dengan mahkamah tentera dalam vakum keselamatan selepas kejatuhan Mubarak pada tahun 2011. Kumpulan kempen 'Tidak kepada Perbicaraan Tentera' berkata sekurang-kurangnya 5,000 tahanan politik masih dipenjarakan.

Ramai dari mereka yang dipenjarakan telah ditangkap semasa tempoh 18 bulan kerajaan tentera interim di Mesir di bawah pimpinan Field Marshal Hussein Tantawi.

Hanya sebilangan kecil banduan telah dibicarakan sejak Morsi memerintah Jun lalu.

harakahdaily/-

Lelaki menyamar pegawai JKM

23 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


Lelaki menyamar pegawai JKM
Mohamad Nasir memeriksa rangka motosikal yang ditemui dalam Sungai Muar selepas menahan lelaki berusia 22 tahun di Jalan Meriam, kelmarin.
 
Perdaya warga emas dengan perwatakan alim, minta bayaran RM250 buka akaun bank

MUAR – Polis sedang memburu seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana menipu beberapa warga emas di daerah ini sejak tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata, suspek berusia dalam lingkungan 30an berlagak alim dengan memakai songkok untuk memperdayakan mangsa.

Menurutnya, setakat ini tiga mangsa telah diperdaya dengan menyatakan mereka dipilih menerima bantuan RM300 daripada JKM Muar.

“Sebaik memperkenalkan diri sebagai pegawai JKM, suspek meminta bayaran RM250 sebagai alasan bagi urusan membuka akaun bank untuk  bantuan itu.

“Mangsa diberitahu yang mereka perlu membuka akaun terlebih dahulu sebanyak RM250 selain menyerahkan segala maklumat berkaitan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, semalam.

Katanya, kejadian terbaru pada 3 Oktober lalu membabitkan seorang penjual kuih berusia 54 tahun diperdaya di rumahnya di Jalan Dato’ Haji Kosai.

“Penjual kuih itu tertarik dengan penampilan suspek serta kata-katanya yang meyakinkan sebelum menyerahkan duit pada hari tersebut  tanpa melakukan semakan dengan JKM terlebih dahulu.

“Mangsa  menyedari ditipu sehari selepas itu apabila mengetahui namanya tiada dalam senarai penerima selepas membuat semakan dengan pihak JKM,” katanya.

Jelasnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan mana-mana individu tidak dikenali yang menawarkan bantuan ataupun tawaran.

Sementara itu, dalam perkembangan lain pihaknya menahan seorang lelaki berusia 22 tahun di Jalan Meriam, di sini, jam 6 petang kelmarin, kerana terlibat dalam 12 kes curi motosikal sekitar bandar ini dan Bukit Pasir.

Berikutan itu pihaknya menemui tiga rangka motosikal curi yang dibuang ke dalam Sungai Muar berhampiran Jambatan Sungai Terap.

“Kita juga sedang memburu rakan suspek yang lain dan disyaki turut terlibat dengan kes curi motosikal sejak awal tahun ini. Suspek yang ditahan itu tidak bekerja dan positif dadah.

"Hasil soal siasat mendapati suspek mencuri motosikal sebelum meleraikan dan mengambil komponennya serta membuang rangka motosikal ke sungai bagi mengelak dikesan,” katanya.
 
metro/-

Jangan biar Sungai Juru mati akibat pencemaran

23 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


PULAU PINANG: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak berkenaan memberi perhatian serius dan mengambil tindakan berkesan bagi menyelamatkan Sungai Juru daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di sini mati akibat pencemaran.

(Gambar: Kawasan hutan bakau di pinggir Sungai Juru.)

Presiden CAP, SM Mohamed Idris berkata, walau pun sudah 40 tahun sungai tersebut diancam masalah itu namun hingga sekarang tidak ada tanda-tanda menunjukkan keadaan ini berkurangan malah semakin membimbangkan penduduk setempat.

Dalam tinjauan yang dibuat CAP mendapati selain bahan toksik dari kawasan perindustrian Perai dan air kumbahan dari kawasan perumahan berhampiran yang mencemarkan sungai ini terdapat sisa minyak hitam dibuang ke dalam parit yang menghubungi sungai tersebut.

Jurucakap penduduk Kampung Kuala Juru Wahid Osman,45, pula berkata seramai 300 nelayan tempatan yang bergantung hidup kepada sumber pendapatan hasil tangkapan ikan dan ternakan kerang di sungai berkenaan kini bimbang mengenai kesan buruk ke atas alam sekitar yang mungkin berlaku berikutan pelaksanaan projek ternakan udang di kawasan ini.

Projek tersebut yang beroperasi sejak enam bulan lalu di kawasan seluas 99 ekar dan mempunyai lebih 50 buah kolam di sini dikhuatiri memburukkan lagi keadaan di tempat itu jika sisa buangan kolam disalurkan ke dalam sungai tersebut.

Beliau memberitahu, jika sisa kolam ternakan udang dibuang ke dalam sungai ini ia bukan saja akan menjejaskan sumber pendapatan nelayan Kuala Juru dan Tok Keramat malah sungai ini juga mungkin tertimbus dan menjadi cetek pada masa akan datang.

Pokok-pokok bakau yang terdapat di sepanjang sungai ini juga mungkin mati dan secara tidak langsung boleh memusnahkan tempat pembiakan ikan, udang, ketam dan lain-lain hidupan termasuk bekalan makanan ternakan kerang yang menjadi sumber rezeki nelayan di sini, jelasnya.

“Berhubung masalah ini CAP menggesa Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) menjalankan siasatan dan mengambil tindakan segera bagi menanganinya,” ujar SM Idris dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

CAP meminta pihak berkenaan membuat pemantauan lebih kerap dan meningkatkan kawalan serta menguatkuasakan undang-undang dengan tegas supaya ancaman pencemaran ini tidak berlarutan.

harakahdaily/-

Para Remaja Ini Patut Dipuji & Dicontohi ...

23 Zulkaedah 1433H. [MOD] -



Generasi anak muda dan remaja yang sentiasa menjaga solatnya adalah golongan yang sedikit.

Kelompok anak muda dan remaja yang menjaga solat berjamaah pula adalah satu spesis di zaman moden yang sedikit dan begitu istimewa sekali.

Saya berbangga dengan kesungguhan anak remaja ini yang bersolat secara berjamaah sekali pun suasana sekitarnya tidak selesa dan di luar kebiasaan.

Saya doakan agar kalian istiqamah dan terus membesar dengan didikan Islam sehingga menjadi pendokong Islam di masa depan. -fb

Lagi bedilan meriam Syria mengenai Turki

23 Zulkaedah 1433H. [MOD] -





ANKARA – Agensi berita pemerintah Turki menyatakan bedilan meriam tentera Syria mengenai wilayah Turki untuk hari keenam. 

Agensi berita Anadolu melaporkan bedilan meriam itu mengenai sebuah kawasan tanaman kapas dekat bandar Altinozu, berhampiran sempadan kedua-dua buah negara semalam.

Bagaimanapun, tiada laporan bahawa tentera Turki bertindak balas.

Terdapat beberapa orang yang bekerja di kawasan berkenaan ketika kejadian tetapi tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut.

Ankara dan Damsyik saling berbalas bedilan meriam dan mortar sejak Rabu lalu.

Turki melakukan serangan balas itu apabila lima penduduknya maut akibat bedilan meriam Syria mengenai rumah di bandar Akcakale.

Perkembangan tersebut mencetuskan kebimbangan perang saudara di Syria akan merebak menjadi konflik serantau melibatkan Turki.

Turki merupakan negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara. – Agensi

Wang pencen cuma RM190

23 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

Mahat
Mahat menunjukkan surat yang menyatakan dia pernah bekerja di bawah MDKP. Mata kanan tidak berfungsi menyukarkan dia mencari pekerjaan lain.
 
TERACHI – Dengan pendapatan sebanyak RM190 sebulan hasil daripada wang pencen, sudah pasti jumlah itu tidak mampu untuk menyara keluarga lebih-lebih lagi dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Lebih malang lagi, Mahat Bachik, 57, yang pernah berkhidmat dengan Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) selama tujuh tahun sebagai pekerja rendah awam (R11) kini disahkan buta sebelah mata susulan terkena batu ketika memotong rumput semasa dalam tempoh perkhidmatannya.

Menurutnya, dia bekerja dengan MDKP sejak 1997 dengan gaji pokok sebanyak RM384 sebulan sebelum meningkat kepada RM630.89 sebulan.

“Kemudian, saya diarahkan bekerja di bawah SWM Sdn Bhd selama tujuh tahun dengan pendapatan sebanyak RM1,300 sebulan.

“Baru-baru ini, apa yang difahamkan, semua kakitangan dan pesara kerajaan berpencen serta tidak berpencen menerima faedah. Jadi, saya harap pencen saya berjumlah RM190 ini dapat dinaikkan. Kenaikan sebanyak RM300 sudah memadai.

“Saya perlu bayar sewa bagi rumah rakyat ini sebanyak RM158 sebulan. jadi, baki yang tinggal hanya berjumlah RM32,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya, kelmarin.

Menurutnya, dia yang tiada punca pendapatan lain memohon kepada Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Ceupacs) supaya dapat mempertimbangkan    kenaikan pencen bagi pesara kerajaan yang berkhidmat kurang daripada 25 tahun.

“Dalam pembentangan belanjawan 2013, kerajaan bersetuju menaikkan jumlah pencen daripada RM720 kepada RM820 sebulan kepada pesara yang berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun.

“Meskipun saya tidak mencapai tempoh itu, namun saya juga pernah berkhidmat sebagai kakitangan awam,” katanya yang pernah menerima imbuhan pencen daripada SWM Sdn Bhd sebanyak RM3,000,” katanya yang juga bekas Pengerusi Persatuan Pekerja Negeri Sembilan mewakili SWM Sdn Bhd.

Menurutnya, keinginan untuk bekerja masih ada tetapi terbatas berikutan mata kanannya tidak boleh berfungsi.

“Saya juga tiada kebun mahupun harta pusaka lain untuk diusahakan. Barang-barang dapur semakin mahal, sudah pasti tidak mencukupi. Isteri saya pula, tidak bekerja.
“Justeru, saya amat berharap Ceupacs membantu pesara kerajaan yang menerima jumlah pencen terlalu sedikit,” katanya.

sinar/-

13,052,274 pemilih sehingga 16 Ogos lalu

23 Zulkaedah 1433H. [MOD] -




KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini dimaklumkan bahawa jumlah daftar pemilih yang diwartakan setakat 16 Ogos 2012 adalah seramai 13,052,274 orang di seluruh negara.

Jumlah itu terdiri daripada 12,778,127 orang pengundi biasa, 161,756 pengundi tentera dan pasangan, 110,055 orang anggota polis dan pasukan gerak am (PGA) bersama isteri serta 2,426 orang pengundi tidak hadir yang berada di luar negara.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk VK Liew pada sesi soalan lisan pagi ini.

Beliau menjawab soalan Loke Siew Fook (DAP-Rasah) yang bertanyakan jumlah pengundi sah yang telah digazetkan oleh SPR mengikut suku yang terkini bagi setiap kawasan Parlimen dan Dun mengikut jumlah pengundi hadir dan tidak hadir.

Sementara itu, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sewaktu bertanya soalan tambahan, mahukan penjelasan daripada pihak kerajaan berhubung langkah segera yang diambil terhadap cadangan membenarkan pengundi di luar negara mengundi.

Dalam jawapannya, VK Liew berkata, kerajaan masih dalam proses mempertimbangkan cadangan dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk meminda peraturan bagi membenarkan pengundi di luar negara mengundi.

Pindaan itu bagi memasukkan syarat menuntut rakyat Malaysia di perantauan berada di tanah air sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima tahun sebelum Parlimen dibubar, untuk layak menjadi pengundi pos.

Cadangan pindaan itu juga akan dibentang pada persidangan Dewan Rakyat kali ini.

Jika pindaan tersebut diluluskan, ini bermakna jika diluluskan, rakyat Malaysia yang berada di luar negara dan memenuhi syarat akan layak membuang undi sebagai pengundi pos pada pilihan raya umum ke-13.

harakahdaily/-

Janji Bandar Baru Dabong jadi kenyataan

23 Zulkaedah 1433H. [MOD] -



KUALA KRAI: Bukan sekadar mengingatkan rakyat terhadap tuntutan agama, sebaliknya ulama juga berjaya membawa Kelantan ke era baru dengan kemunculan bandar-bandar baru yang semakin bertambah.

Hampir semua jajahan di Kelantan memiliki kawasan pertumbuhan baru dengan pembangunan yang lebih terancangan dan tersusun.

Bermula dari Tumpat sehingga ke Gua Musang bandar-bandar baru boleh dilihat di merata tempat.

Tidak ketinggalan juga Dabong yang suatu ketika dahulu tempat buangan bagi guru-guru yang menyokong pembangkang, sekarang sudah jauh berubah.

Tidak lama lagi lanskap Dabong juga bakal berubah dengan pembangunan bandar baru yang terletak di Kampung Stong.

Kawasan seluas 45.6 hektar bakal dibangunkan taman perumahan yang lengkap dengan bangunan pejabat, rumah kedai, masjid, tadika, dewan orang ramai, taman permainan, pasar raya dan stesen minyak.

Kedudukannya di hadapan kilang papan Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK), di tengah-tengah perjalanan Jeli-Gua Musang. Berlatarbelakangkan banjaran Gunung Stong yang menempatkan air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara.

Suasana persekitarannya begitu nyaman, awam yang kedudukan agak rendah seumpama berada di Tanah Tinggi Lojing.

Bandar Baru Dabong bakal menjadi kenyataan apabila majlis perletakan batu asas disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam.

Bandar baru itu akan menempatkan 48 unit rumah teres kos sederhana rendah, 196 unit rumah teres kos sederhana, 56 unit rumah berkembar, 106 (banglow) dan 20 unit (rumah kedai).

Fasa pertama melibatkan pembinaan 12 unit rumah teres kos sederhana rendah, 29 unit (kos sederhana) dan seunit rumah banglow akan dibangunkan tidak lama lagi.

Projek tersebut dilaksanakan KPK dengan kerjasama DPS Group of Companies dibangunkan tiga fasa. Projek berkenaan membabitkan pelaburan lebih RM40 juta.

DPS sebuah syarikat yang berpangkalan di Melaka juga akan membina sebuah kilang perabot dengan pelaburan sebanyak RM15 juta, bakal menyediakan 100 peluang pekerjaan.

Pengerusi KPK, Zulkifli Mamat berkata, Bandar Baru Dabong dibangunkan mengambil masa kira-kira lima tahun.

“Bandar Baru Dabong di Stong akan menjadi bandar berkembar dengan pekan Dabong yang sedia ada. Dabong lama yang menempat stesen kereta api tidak lagi dapat menampung pembangunan baru memandangkan kawasannya agak terhad.

“Pekan lama mempunyai keistimewaan tersendiri dengan stesen kereta api yang menjadi tumpuan pelancong untuk mengunjungi Taman Negeri Stong,” katanya selepas majlis perletakan batu asas dan perasmian pejabat baru KPK.

Adun Dabong, Arifabillah Ibrahim berkata, janji kerajaan negeri untuk membangunkan sebuah Bandar baru di Dabong akhirnya menjadi kenyataan.

Kata beliau perkara itu terkandung dalam manifesto pilihan raya PAS Kelantan 2008.

“Saya antara orang yang paling gembira kerana janji-janji kita kepada rakyat pada pilihan raya umum lalu kini semakin menjadi kenyataan.

“Inilah yang dinamakan sebagai janji yang ditetapi. Kita juga mampu menepati janji-janji yang dibuat bagi manfaat rakyat,” katanya.

harakahdaily/-

Hanya Mahathir yang kenal Soros

23 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad semakin melalut apabila melaungkan amaran kepada rakyat bahawa undi untuk pembangkang adalah umpama undi untuk jutawan George Soros.

“Maka dengan tiba-tiba pula nama George Soros melonjak dan kembali bergema dalam kancah politik Malaysia,” kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor.

Katanya,  Mahathir kelihatan seperti panik, jiwanya seolah-olah kacau dan merisaukan sesuatu sehingga terbawa-bawa dengan tuduhan dan amaran seperti ini.

Yang menghairankan, ujar beliau pemimpin Umno BN lainnya kelihatan relaks dan bersahaja menghadapi PRU13, mengapa pula Mahahtir yang kelihatan terdesak.

Menurutnya, mungkin pengalaman sebagai pemimpin nombor satu negara ini dapat membayangkan di fikiran Tun Dr Mahahtir bahawa BN akan berkubur selepas PRU13 dan masa depannya juga berada dalam bahaya.

Bagi Pakatan Rakyat, katanya tuduhan tersebut tidak membawa makna yang besar kerana PR tidak mengenali individu itu, apatah lagi hendak berbaik dan meminta pertolongan dengannya.

“Lebih banyak tuduhan dilemparkan, semakin banyak persoalan yang timbul, dari sumber mana Tun Dr Mahathir boleh mengaitkan George Soros dengan PR. Apa pula kaitan agenda Yahudi yang dibawa oleh George Soros dengan agenda rakyat yang dibawa oleh Pakatan Rakyat,” ujar Riduan dalam satu kenyataan.


Setahu rakyat,katanya lagi yang ada bukti bergambar dan menjalin hubungan dengan George Soros adalah Tun Dr Mahathir sendiri.

“Beliau dalam suatu majlis kelihatan bergambar sambil berbual mesra dengan individu tersebut, tetapi yang dituduh menjalin hubungan mesra dengan individu tersebut adalah PR pula,” katanya.

Nampaknya, semakin banyak amaran dilaungkan oleh Tun, semakin kelam UMNO pada pandangan mata rakyat.

“Sebelum ini, dituduh PR sebagai ‘malaikat yang dikenali’, dan mengaku partinya sebagai ‘syaitan yang tidak dikenali’, kini muncul pula Soros dan kaitan dengan PR. Selepas ini apa pula amaran Tun?” katanya.

Menurutnya lagi, PR sebenarnya tidak perlu sentuhan George Soros untuk menumbangkan Umno BN kerana sudah memiliki ramai pakar dan ahli politik yang hebat dan tahu sepak terajang politik negara.

Malah, tambanya PR juga memiliki ramai dermawan ikhlas yang sanggup menyumbangkan harta dan wang ringgit demi perjuangan membela rakyat.

PR juga, ujar Riduan sudah menyediakan pemimpin muda yang mampu menggalas tugas negara pada bila-bila masa diperlukan.

“Seeloknya Tun Dr Mahathir menginsafi bahawa beliau telah melewati zaman kegemilangannya. Zaman beliau bermain politik melalui tindakan agresif dengan tuduhan berat tanpa fakta seperti ini sudah berlalu,” ujarnya.

Hari ini, ujar beliau rakyat sudah matang dan semakin celik maklumat serta tahu isu sebenar, rakyat lebih kenal Pakatan Rakyat berbanding Tun dan tahu siapa di belakang PR.

“Mungkin di dalam negara ini rakyat akan mengakui hanya Tun Dr Mahathir kenal George Soros!” katanya lagi.

harakahdaily/-

Kemudahan tidak sempurna

23 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

kemudahan asas tidak sempurna
Mohd Nazri (tiga, kanan) ketika menemui peniaga di deretan gerai di hadapan Fresco melihat baldi penyimpanan air peniaga ketika lawatan dibuat.
 
REMBAU -  Maklumat yang diterima Biro Perhubungan dan Pengaduan Awam Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri mengenai kira-kira 12 gerai perniagaan di hadapan sebuah pasar raya di Chembong, dekat sini tidak dilengkapi kemudahan air paip, plak tiga pin dan sistem saliran ternyata berasas apabila senario berkenaan adalah rutin harian yang terpaksa dihadapi peniaga di sini untuk mencari rezeki.

Ketua AMK negeri, Mohd Nazri Mohd Yunus berkata, aduan berkenaan merupakan salah satu daripada 35 aduan yang diterima pihaknya sejak penubuhan biro berkenaan yang bertujuan memberi ruang dan peluang masyarakat setempat mengetengahkan pelbagai masalah lebih-lebih lagi masalah yang sudah dibiarkan tanpa tindakan penyelesaian dalam tempoh masa lama.

Menurutnya, bagi aduan mengenai kemudahan air, sejak beberapa tahun lalu golongan peniaga terpaksa mengambil inisiatif sendiri untuk mengangkut air dari paip yang terletak berhampiran pasar raya berkenaan hampir setiap hari bagi memenuhi keperluan mereka membasuh tangan dan peralatan yang digunakan pelanggan.

“Senario seumpama ini seharusnya tidak berlaku sama sekali kerana kebajikan peniaga di sini yang rata-ratanya golongan Bumiputera perlu diambil perhatian serius oleh pelbagai pihak memandangkan mereka bergantung sepenuhnya untuk menambah sumber pendapatan melalui aktiviti perniagaan makanan dan minuman.

“Malah, wujud permintaan daripada pelanggan untuk makan di hadapan kios ini yang pada mulanya hanyalah kios untuk jualan sahaja dan peniaga pula harus mengikut rentak pelanggan kerana ia bersangkutan dengan penambahan pendapatan mereka lebih-lebih lagi sewa bulanan gerai berkenaan adalah sebanyak RM200 sebulan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi gerai berkenaan,.

Turut hadir, Exco AMK Malaysia yang juga Pengarah Biro Perhubungan dan Pengaduan Awam AMK Negeri, Ramlan Roes.

Sementara itu, Mohd Nazri berkata, dia berharap masalah berkenaan akan mendapat perhatian daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) memandangkan kemudahan bekalan air dan juga sistem saliran di gerai ini amat diperlukan oleh golongan peniaga Bumiputera di sini lebih-lebih lagi lokasi berkenaan semakin mendapat perhatian daripada masyarakat setempat.

Menurutnya, sememangnya pihak pemilik gerai sudah pun melengkapi gerai berkenaan dengan kemudahan lampu seawal jam 6 petang, namun ia masih lagi tidak memenuhi keperluan peniaga untuk memiliki plak sendiri sekiranya ingin memasang kipas untuk keselesaan masing-masing semasa menjalankan aktiviti perniagaan.

sinar/-

Taman 'port' memadu asmara

23 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


Azahar Kasim
Pasangan yang duduk berdua-duaan di Taman Rekreasi Tampin.
 
TAMPIN – Memalukan. Itulah luahan orang awam berikutan lokasi riadah pada waktu petang dicemari dengan segelintir pasangan muda memadu kasih di situ.

Tindakan pasangan berkenaan bukan saja melangkaui batasan agama, malah menunjukkan contoh kurang sopan kepada golongan kanak-kanak, lebih-lebih lagi kawasan itu menjadi tumpuan keluarga.

Itulah situasi yang berlaku di Taman Rekreasi Tampin, di sini, seolah-olah tiada pemantauan pihak berkenaan.

Penduduk tempatan, Azahar Kasim, 40-an berkata, dia sering menghabiskan waktu petangnya di taman berkenaan untuk berjoging.

Azahar mengakui sering ternampak pasangan kekasih muda atau mungkin masih di bangku sekolah berkelakuan tidak sopan di sebalik pokok besar di taman berkenaan.

“Mula-mula memang saya terperanjat dan malu kerana budaya ini tidak sepatutnya berlaku di negara ini.
“Namun, apabila ia semakin berleluasa, rasa malu saya bertukar menjadi marah dan berharap agar pihak berkenaan segera buat pemantauan," katanya kepada Sinar Harian.

Tinjauan Sinar Harian juga mendapati, lokasi terbabit dicemari 'drama' segelintir pasangan seawal 2 petang di lokasi terlindung daripada orang ramai.

Seorang penduduk yang hanya ingin dikenali sebagai Rahmat, 50-an berkata, dia kesal kerana taman rekreasi itu disalahgunakan golongan muda.

“Jika pasangan terbabit beri alasan mahu berehat di sini, kelakuan mereka tetap salah kerana duduk dengan pasangan bukan muhrim dalam keadaan mencurigakan," katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Daerah Tampin (MDT), Razali Bakar berkata, taman rekreasi itu adalah kemudahan yang terdapat berhampiran pusat bandar bagi membolehkan masyarakat beriadah dalam usaha membudayakan cara hidup sihat.

“Bagaimanapun, sekiranya perkara ini berlaku iaitu kelakuan tidak senonoh pasangan di lokasi tersembunyi di taman ini, diharap pihak berkenaan dapat memantau aktiviti tidak bermoral ini," katanya.

sinar/-

Pemandu teksi mati ditikam di perut, kepala

23 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR – Mayat seorang pemandu teksi ditemui dengan keadaan berlumuran darah serta beberapa kesan tikaman dipercayai dibunuh sekumpulan lelaki di kawasan perkuburan Kristian Jalan Kuari, Cheras di sini, malam ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam, mangsa yang berusia dalam lingkungan 40-an itu ditemui orang awam yang melalui jalan pintas di kawasan jirat itu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, siasatan awal pihaknya mendapati mangsa dipercayai ditikam di perut serta cedera di kepala.

“Mangsa cuba melarikan diri sejauh kira-kira 200 meter dari teksinya selepas ditikam oleh lebih seorang suspek di dalam teksi berkenaan berikutan penemuan kesan darah di tempat duduk pemandu,” katanya.
Menurutnya, dokumen pengenalan diri mangsa juga tidak ditemui dan kita percaya ia dilarikan suspek bersama barang berharga mangsa.

“Polis turut menemui dua bilah pisau yang dipercayai digunakan oleh suspek, sebilah pisah ditemui berhampiran dengan teksi dan sebilah lagi di lokasi mayat mangsa terbaring,” katanya.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sinar

Ratapan ibu tengah jalan

23 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


PILU...Rosnah (dua dari kanan) ditenangkan selepas menatap jenazah Nurul Nabilah (gambar kecil).
 
PILU...Rosnah (dua dari kanan) ditenangkan selepas menatap jenazah Nurul Nabilah (gambar kecil).
MASJID TANAH: “Arwah sempat mencium pipi saya bertalu-talu dalam keadaan tergesa-gesa tanpa menjamah sarapan dan memberitahu sudah terlambat menghadiri kuliah,” kata Rosnah Sulong, 59, ibu kepada Nurul Nabilah Daud, 18, yang terbunuh dalam kemalangan di Kampung Durian Daun, di sini, semalam.

Kejadian jam 8 pagi itu berlaku ketika mangsa yang masih menuntut di Kolej Komuniti Masjid Tanah itu dalam perjalanan ke kolej terbabit.

Difahamkan, mangsa yang menunggang motosikal Honda EX5 dari arah Lendu ke Masjid Tanah hilang kawalan ketika melalui satu selekoh lalu terbabas dan memasuki laluan bertentangan.

Motosikal mangsa yang dipercayai terseret bertembung dengan sebuah kereta Proton Iswara Aeroback dinaiki dua pekerja kontrak menyebabkannya meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut Rosnah, dua hari sebelum kemalangan itu, mangsa menyatakan hasrat untuk tidur di rumah seorang rakannya sedangkan tidak pernah berbuat demikian sebelum ini.

“Tanpa membantah, saya memberi kebenaran kepadanya. Pagi tadi (semalam), ketika saya sedang mengaji, dia (arwah) memeluk dan mencium pipi saya sambil berkata perlu pergi segera.

“Saya tidak sangka ia ungkapan terakhir dan petanda dia mahu pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Sementara itu, pemandu kereta Iswara, Zaini Sidek, 42, berkata, ketika kejadian dia dan rakan sekerjanya, Omar Md Dom, 52, dalam perjalanan menuju ke tempat kerja mereka di kampung berkenaan.

“Saya terkejut apabila melihat motosikal mangsa terbabas akibat jalan licin dan terjatuh sebelum terseret di laluan bertentangan.

“Melihat keadaan itu, saya terus memaut stereng ke kiri dengan harapan dapat mengelak daripada bertembung dengan motosikal mangsa, namun gagal,” katanya. Menurutnya, dia memberhentikan kereta di bahu jalan dan berlari ke arah mangsa yang terbaring kaku di laluan bertentangan manakala motosikal itu dilihat tercampak 15 meter ke depan.

“Saya cuba mengejutkan mangsa tanpa menyentuh tubuhnya, namun tiada sebarang tindak balas,” katanya. Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan kejadian berkenaan.

metro/-

4 jam dalam neraka 10 setan

23 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

SUBANG JAYA: Empat jam menjadi tempoh amat lama dan penuh sengsara bagi seorang wanita apabila dia dirogol bergilir-gilir 10 lelaki warga Myanmar selepas ‘diculik’ ketika menunggu bas untuk ke tempat kerja di Puchong Perdana, di sini.

Dalam kejadian jam 3 petang Sabtu lalu, mangsa wanita tempatan berusia 28 tahun yang menunggu bas bersendirian dihampiri dua lelaki Myanmar yang menaiki sebuah Proton Wira.

Sumber polis berkata, seorang daripada lelaki terbabit mengacukan parang ke arah mangsa sebelum memaksanya masuk dan duduk di kerusi belakang kereta dinaiki mereka.

“Mangsa yang ketakutan dan tidak mampu melawan dibawa ke sebuah rumah flat di kawasan berhampiran dan di situ ada lapan lagi lelaki warga Myanmar menunggu.

“Dua daripada suspek mengikat kaki serta tangan mangsa sebelum seorang demi seorang merogolnya tanpa belas kasihan biarpun mangsa merayu dikasihani,” katanya.

metro/-

Petua cergas wanita paling tua

23 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
Bidah ditemani anak bongsunya, Roziah  pada masjlis sambutan Hari Warga Emas Kebangsaan, semalam.
 
Kota Bharu: Gemar memakan ulam selain nasi digaul pisang yang dijadikan sebagai hidangan harian, menjadi ‘resipi rahsia’ bagi seorang wanita berusia 110 tahun.

Bidah Mamat yang dipercayai individu paling tua di Kelantan berkata, amalan itu dipraktikkan sejak muda dan terus diamalkan hingga ke hari ini. 
 
“Dulu hidup saya miskin, tak ada duit nak beli beras. Setiap kali masak nasi, kami terpaksa gaul bersama pisang, jadi sukatan beras boleh dikurangkan untuk berjimat.

“Mungkin disebabkan setiap hari menjamah hidangan sama selain mengamalkan makan ulam-ulaman, menyebabkan saya diberikan kesihatan baik selain daripada umur yang panjang,” katanya ketika ditemui di Majlis Sambutan Hari Warga Emas Kebangsaan 2012 peringkat Negeri Kelantan di pekarangan Rumah Seri Kenangan (RSK) di sini.

Sambutan yang bertemakan ‘Panjang Usia, Masa Depan Sejahtera’ itu dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Zainuddin Ibrahim dan turut dihadiri Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan, Md Noor Chik serta Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat RSK, Mohd Abidin Mohd Zain.

Terima anugerah

Bidah yang berasal dari Kusial Lama, Tanah Merah, adalah antara empat penerima anugerah Hadiah Khas Warga Emas daripada JKM Negeri Kelantan, semalam, selain tiga penerima lain yang terdiri daripada etnik Cina, India dan Siam.
Dia yang mesra disapa ‘Mok Dah’ dan mempunyai tiga anak, 12 cucu dan 16 cicit, kini menetap bersama anaknya, Roziah Jaafar, 53, yang juga seorang ibu tunggal.

Bekerja keras

Mok Dah yang masih jelas penglihatan dan pendengarannya hadir berkerusi roda kerana demam sejak dua minggu lalu, dengan ditemani Roziah.

Roziah berkata, sejak muda ibunya sudah biasa bekerja keras untuk menyara hidup mereka empat beranak lebih-lebih lagi selepas bercerai dengan suami.

“Ketika berusia 90 tahun, ibu saya masih mampu berjalan sejauh empat kilometer setiap hari ke kebun getah untuk menoreh.

“Malah ketika muda, dia pernah mengambil upah mengangkut padi lebih 30 kilogram sehari,” katanya. 
 
berita harian/-