08 October 2012

Scorpene: Jelajah SAMM heret Najib untuk dibicara

22 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan bekerjasama dengan semua pihak yang punya maksud sama iaitu menyelamatkan Malaysia.
 Sehubungan itu, Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan berkata resolusi SAMM sempena Rapat Kebangsaan Siri 3 di Sekinchan kelmarin bukan sahaja akan menjadi pedoman dalam kerangka gerakan SAMM malah turut menjadi pedoman kepada semua anak muda yang sedia membabitkan diri dalam perlawanan menentang ketidak-adilan, rasuah ketirisan, rompakkan khazanah negara, penindasan dan kezaliman sejajar dengan penafian demokrasi yang menghalang perubahan pemerintah.

Menurutnya, lapan resolusi SAMM sempena rapat itu yang perlu diangkat kepada massa, antaranya menegaskan negara ini sememangnya bermasalah, maka diputuskan walau apa pun terjadi, Barisan Nasional harus ditumbangkan demi menyelamatkan tanahair ini dan SAMM dengan seluruh kekuatan, strategi dan kebijaksanaan akan memastikan kemerdekaan rakyat yang sebenar.

Tambahnya, isu Scorpene merupakan isu penting bagi membuktikan kehilangan wang negara serta pengkhianatan terhadap tanahair ekoran penjualan rahsia negara yang melibatkan pemimpin negara.

Katanya, isu ini perlu diadili dalam negara di mana SAMM akan jelajah ke seluruh negara dalam usaha mengheret Najib Razak untuk dibicarakan di mahkamah Malaysia dalam skandal penyelewengan pembelian kapal selam Scorpene.

Menurutnya kagi, media arus perdana yang tidak adil, melampau dan berniat jahat mempamer betapa terdesaknya pemerintah dan perkembangan ini harus dikekang, maka SAMM melalui segmentasi latihan telah sedia untuk melahirkan seberapa banyak anak muda berkebolehan untuk menjadi agen penyampai yang efektif.

Di samping, ujarnya Selangor merupakan lubuk emas negara sehingga Umno dan BN dilihat begitu terliur untuk mendapatkannya dengan perbagai usaha untuk merampas Selangor dari tangan rakyat.

“Najib sendiri menjadi Pengerusi Umno BN di Selangor untuk tujuan jahat itu. SAMM melihat usaha penyingkiran ‘Najib’ harus bermula di Selangor. Maka SAMM akan memberikan penumpuan khusus bagi menyusun massa muda di Selangor bagi tujuan itu,” ujarnya.

Katanya, SAMM mengajak rakyat melihat kemewahan luar biasa dalam aktiviti rasmi mahupun aktiviti peribadi pemimpin negara ketika hutang Malaysia hampir mencecah paras 'negara muflis' harus menjadi faktor penting mengapa kontrak pemerintah wajib tidak diperbaharui.

Beliau berkata, selama ini Sabah dan Sarawak menjadi 'fix deposit' parti itu untuk terus menguasai negara namun melalui dua tinjauan mutakhir ini menyimpulkan ia tidak lagi sedemikian rupa.

Justeru, ujarnya SAMM akan turut memberikan tumpuan kepada perkembangan Sabah dan Sarawak dalam usaha menukar pemerintah negara.

Beliau menambah, resolusi ketujuh pula ialah SPR tetap gagal berfungsi dan sudah hilang kredibiliti, maka SPR wajib dibubarkan terlebih dahulu sebelum Parlimen dibubar.

Menurutnya, sudah terbukti warga asing yang memiliki IC palsu keluaran JPN telah didapati sah mengundi oleh SPR, menerbitkan situasi tiada pilihan selain melancarkan kempen 'Tangkapan dan Tindakkan Awam' terhadap warga asing serta agen tempatan yang membawa warga asing ini untuk mengundi secara tidak sah.

“Ini adalah kempen terbaik untuk memastikan tidak ada warga asing berani menghampiri pusat pembuangan undi sepanjang hari pilihanraya,” tegasnya.

Beliau menambah, SAMM juga membuat keputusan tidak melayan usaha kebudak-budakan segelintir manusia yang bertopeng pejuang reformasi tetapi bertelagah sesama sendiri demi kepentingan peribadi.

 harakahdaily/-

Perkauman-Hishamuddin Pencuri Menjerit Pencuri

22 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

Kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menyifatkan tindakan pembangkang yang menggembar-gemburkan isu agama dan perkauman sejak akhir-akhir ini seperti pencuri menjerit pencuri. Hakikat yang berlaku Umno dan rakan sejawat mereka yang sering memainkan isu ini.

Buktinya kenyataan Ketua Umno Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail yang membangkitkan kenyataan bahawa India dan Cina adalah kaum pendatang. Bekas Pegawai Khas Perdana Menteri Datuk Nasir Safar dalam seminar 1Malaysia di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka telah menimbulkan isu perkauman iaitu orang Cina dan India sekarang kekal sebagai pendatang di bumi Malaysia.

 Hishamudin jangan pura-pura tidak tahu. Sekarang guru-guru dipanggil dengan diberi taklimat keselamatan, isinya penuh dengan menanamkan perasaan kebencian kepada Pakatan Rakyat, kononnya jikalau BN kalah negara tidak tenteram.

Bukankah pemimpin Umno dan MCA yang bersikap lidah bercabang yang memainkan isu perkauman dan agama. Pemimpin Umno berjumpa dengan orang Melayu mengatakan bahawa Pas sudah tidak pejuangkan Islam sejak berkawan dengan Dap. Apabila berjumpa dengan orang bukan Islam, mereka memberi amaran jangan pangkah Pakatan Rakyat nanti Pas akan berkuasa. Begitulah dengan Mca apabila berjumpa dengan pengundi Cina Presidennya memberi amaran jangan undi Pakatan Rakyat nanti Pas yang dominan.

Siapa yang beri keranda kepada  Yang Amat Berhormat Lim Guan Eng sempena ulang tahun pemerintahan tiga tahun Pakatan Rakyat di Pulau Pinang?.

Media Umno membuat fitnah kononnya agama rasmi akan ditukar kepada Agama Kristian jika Pakatan Rakyat menang. Tidak logik langsung laporan ini. Sedangkan ini perlu 2/3 untuk pinda  Perlembagaan, iaitu 148 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen. Kerusi majoriti bukan Islam di negara ini termasuk Sabah dan Sarawak hanya 69 kerusi. Lebih-lebih lagi persepakatan bertulis telah bersetuju bahawa Islam Agama Persekutuan di Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama pada 19 Disember 2019 di Shah Alam

Datuk Zaini Hasan orang kuat Utusan Malaysia di dalam ruangan cuitnya telah menggagaskan “1 Melayu 1 Bumi”. Apakah maknanya Datuk Hishamuddin?. Adakah kenyataan ini dikeluarkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat?. Adakah beliau selaku Naib Presiden Umno buta mata atas kenyataan ini

Akhbar Utusan Malaysia yang dimiliki oleh Umno telah membangkitkan sentimen agama dan perkauman. Walaupun beberapa kali kalah di mahkamah mengenai fitnah yang dibangkitkan namun tidak memberi keinsafan untuk menghentikan budaya fitnah ini, asalkan matlamat politik mereka tercapai.

Ustaz Idris Haji Ahmad
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat

Cubaan kedua samun gagal

22 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
 
 
BANGUN...suspek yang ditahan  di tempat kejadian, semalam.
BANGUN...suspek yang ditahan di tempat kejadian, semalam.

SEPANG: “Ketika sedang membeli buah naga, tiba-tiba jalan sesak, mulanya saya ingatkan kemalangan jalan raya, tidak lama selepas itu terdengar dua das tembakan sebelum melihat seorang lelaki ditahan polis dengan kaki berlumuran darah dan mengaduh kesakitan di tepi jalan,” kata saksi yang hanya ingin dikenali sebagai Salleh.

Pada masa sama, dia melihat seorang lagi lelaki melarikan diri ke laluan bertentangan menaiki motosikal.
  Selain itu, seorang lelaki India turut tercedera di lengan kiri, rupa-rupanya dia ditetak ketika cuba disamun. Kejadian berlaku amat pantas dan keadaan di situ kecoh seketika...nasib baik penyamun itu dapat ditangkap.

“Beberapa orang awam lain melihat tiga lagi rakan penyamun melarikan diri menaiki dua motosikal,” katanya di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1.15 petang itu, suspek cedera di paha kiri selepas ditembak polis ketika cuba menyamun seorang lelaki dikenali K Panneer, 28, di Pekan Sungai Pelek, dekat sini.

metro/-

Sukan, dakwah hiburan dekati golongan muda

22 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


IPOH: Pemuda PAS Perak kektika ini sudah membuat persediaan pilihanraya seolah-olah parlimen sudah dibubarkan.

Pengarah Pilihanrayanya, Nazri Din (gambar) berkata, persediaan Pemuda PAS di tahap yang begitu tinggi dan bersedia menghadapi pilihanraya pada bila-bila masa.

Menurutnya, Pemuda PAS Perak telah bersedia sejak insiden rampasan kuasa kerajaan Pakatan Rakyat Perak pada tahun 2009 lagi.

“Sebenarnya kalau kita tengok kepada situasi negeri Perak, ada peristiwa politik tersendiri bermula daripada tahun 2008.

“Ketika kita mendapat menubuhkan kerajaan dalam majoriti mudah, dalam situasi itu kita pun sudah bersedia kerana apa sahaja boleh terjadi, jadi apabila berlaku krisis rampasan kuasa, kita telah kemaskan dan perkuatkan jentera bagi menghadapi pilihanraya negeri,” katanya ketika ditemui di Pejabat Pemuda PAS Perak, hari ini.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Larut menjelaskan, di setiap parlimen dan Dun yang ditandingi PAS, Pemuda sudah pun membuka bilik gerakan untuk menjalankan gerak kerja pilihanraya.

Ujar beliau, Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Negeri akan turun memantau jentera Pemuda PAS di setiap kawasan untuk melihat gerak kerja serta strategi yang dibuat dan mengenalpasti masalah yang dihadapi.

Ketika ditanya apakah program yang dilakukan, Nazri berkata, Pemuda PAS mendekatkan diri dengan pelbagai kaedah termasuklah sukan dan hiburan berbentuk dakwah.

“Orang muda ini mempunyai pelbagai sifat seperti bersifat radikal dan menghiburkan, mereka hendakkan satu jawapan yang pasti tentang masa depan serta kualiti hidup mereka,” ujar beliau.

harakahdaily/-

Macam bunyi jet terhempas

22 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


CEMAS...anggota bomba dan penyelamat  mengeluarkan mangsa kemalangan selepas kereta  dinaiki terbabas dan melanggar pokok di Jalan Haji Ahmad, Semambu,  pagi semalam.
 
CEMAS...anggota bomba dan penyelamat mengeluarkan mangsa kemalangan selepas kereta dinaiki terbabas dan melanggar pokok di Jalan Haji Ahmad, Semambu, pagi semalam. 
 
KUANTAN: “Sebaik saja menutup suis televisyen, saya tergamam seketika apabila terdengar bunyi dentuman amat kuat seolah-olah sebuah jet terhempas. Saya bergegas keluar rumah untuk melihat apa yang berlaku,” kata B Shasi, 35.

Dia antara saksi awal kemalangan ngeri meragut empat nyawa, membabitkan dua kenderaan Nissan Skyline GTR dan Skyline 250 GT di Jalan Haji Ahmad, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3.15 pagi itu, mangsa yang terbunuh ialah pemandu Skyline GTR, Tan Kah Yong, 24, dari Klang, Selangor, dan penumpang yang juga warga China, Bao Shanhan, 26, serta pemandu Skyline 250 GT, Go Haw Wei, 20, dari Taman Impian, Beserah, di sini dan penumpangnya, Koay Khor Liang, 21, dari Jalan Bukit Sekilau, dekat sini.

Dua lagi penumpang kereta yang dipandu Tan iaitu Wei Lidong, 27, dan Chang Hong Nei, 36, kedua-duanya warga China, cedera parah di leher dan sedang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.

Kedua-dua kereta itu yang datang dari arah pusat bandar menuju ke Semambu, dekat sini, dipercayai dipandu laju sebelum bergesel sesama sendiri lalu terbabas dan merempuh pokok di tepi jalan.

metro/-

Israel tembak pesawat pengintip

22 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

Pasukan Pertahanan Israel
Foto dikeluarkan menunjukkan Pasukan Pertahanan Israel melancarkan tembakan ke arah pesawat pengintip yang melintasi ruang udara mereka.
 
GAZA - Sebuah pesawat pengintip dari Laut Mediterranean ditembak sehingga jatuh ke tanah oleh tentera Israel selepas dilihat menyeberangi kawasan udara Semenanjung Gaza.

Jurucakap tentera rejim, Kolonel Avital Leobovich berkata, beberapa sistem daratan mengeluarkan amaran bahawa ada tanda-tanda kehadiran pesawat pengintip sejak Sabtu lalu terbang di sekitar ruang udara Semenanjung Gaza tetapi bukan daripada wilayah Palestin.

Katanya, pihak Israel masih gagal mengesan tempat asal pesawat itu dan sedang melakukan siasatan selain mengesahkan tiada mana-mana pihak yang cedera di atas serangan itu.

Sementara itu, media tempatan melaporkan pesawat berkenaan tidak membawa sebarang alat letupan dan ia mungkin sebuah pesawat pengintipan.

"Kini kami sedang di peringkat pengawasan berikutan pesawat pengintip yang tidak berstatus itu dikendalikan tanpa manusia dan oleh beberapa sebab, pihak atas memerintahkan agar tentera Israel menyekat kesemua kenderaan udara tanpa manusia dari memasuki ruang udara wilayah Negev," katanya.

Menembak jatuh pesawat pengintip yang melalui ruang udaranya bukanlah satu tindakan baru oleh tentera Israel, tetapi kes-kes serupa itu jarang sekali berlaku.

Dalam peperangan tahun 2006, kumpulan Hezbollah pernah melancarkan sebuah pesawat pengintip buatan Iran yang membawa bahan letupan ke ruang udara Israel namun telah ditembak jatuh.

sinar harian/-

PRU13 tahun ini! - Anwar Ibrahim

22 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


GOPENG: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan PRU13 akan diadakan pada tahun ini.

Menurutnya, beliau optimis dengan jangkaan tersebut berdasarkan situasi politik ketika ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Jelajah Merdeka Rakyat di Kg Sg Raia, Simpang Pulai, Gopeng baru-baru ini.

Ketua pembangkang itu menegaskan, Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk menghadapi pilihanraya yang katanya paling sengit akan berlaku.

“Saya yakin pilihanraya akan diadakan tahun ini dan Insyaallah Pakatan Rakyat akan tawan Putrajaya,” tegasnya sambil menerima tepukan gemuruh daripada lebih 1000 hadirin.

Takut



(Anwar berucap dari bas Merdeka Rakyat)

Mengulas lanjut, beliau mengecam Datuk Seri Najib yang takut untuk hadir ke perbahasan bajet.

Katanya, Najib takut berhadapan pemimpin pembangkang sebaliknya lari daripada situasi tersebut dengan tidak menghadirkan diri.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kerajaan sepatutnya mementingkan kawalan harga barangan keperluan harian berbanding pemberian rebat rm200 untuk anak muda membeli telefon bimbit pintar.

Menurutnya, Najib pada masa yang sama mengumumkan kenaikan harga gula yang menjadi keperluan harian rakyat dinegara ini.

“Kenaikan tersebut telah membebankan rakyat dan mengkayakan kroni yang kita tahu syarikat gula tersebut adalah milik orang mereka,”  ujar beliau.

Penguguman tersebut menggambarkan tidak memahami naluri dan kehendak rakyat.

Turut hadir ialah Ketua PKR Negeri, Dr Muhd Nur Manuty; Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussien (gambar atas); Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye dan pimpinan Pakatan Rakyat.

harakahdaily/-


PAS ucap tahniah perdamaian MILF-Filipina

22 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Berikutan perkembangan damai di Selatan Filipina, PAS mengucapkan tahniah di atas persetujuan damai awal di antara kumpulan pemisah Front Pembebasan Islam Moro (MILF) dengan kerajaan Filipina yang dicapai baru-baru ini.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang  berkata, ia merupakan langkah awal ke arah mewujudkan keamanan wilayah autonomi yang memberi manfaat kepada rakyat terbanyak di Mindanoa.

“PAS berharap, perdamaian ini benar-benar terlaksana dan diambil kesempatan untuk mengisi perdamaian dengan membangunkan kembali wilayah yang sekian lama bergolak tersebut,” ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Marang dalam satu kenyataan.

Katanya, kekayaan hasil bumi Mindanoa mestilah dikembalikan kepada rakyat untuk pembangunan sosio-ekonomi di wilayah tersebut.

“Dalam masa yang sama, kita juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan persetujuan damai tersebut,” ujarnya lagi.

PAS juga, tambah beliau menyeru kepada kerajaan-kerajaan di rantau ini mengambil pedoman diatas kejayaan tersebut bagi mewujudkan perdamaian yang adil kepada rakyat di wilayah-wilayah yang bergolak seperti di Selatan Thailand, Myanmar dan lain-lain wilayah.

harakahdaily/-

Bot khas angkut lembu

22 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

BERCHTESGADEN, Jerman - Sebuah bot khas digunakan untuk mengangkut sejumlah lembu ternakan di sini pada Rabu lalu.

Bot itu menyeberangi Tasik Koenigssee dekat sini ketika membawa haiwan tersebut kembali daripada meragut rumput di kawasan pergunungan Alps.

Pada setiap musim panas, para pemilik lembu akan menghantar haiwan ternakan mereka ke kawasan pergunungan itu untuk meragut rumput. - Agensi

Bonda Fatimah az-Zahra' RA

22 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

Oleh IZWAN ABDUL HALIM

“Saat aku melihatnya, hilanglah duka dari seluruh jiwaku.” Bait kata seperti ini pastinya datang dari lubuk hati yang dalam, memberi pengiktirafan kepada insan yang dikagumi. Saiyidina Ali KW tidak mungkin berkata begitu melainkan jika sekiranya insan disebut beliau benar-benar seorang yang istimewa. Daripadanya Ali mendapat ketenangan, ketenteraman, dokongan dan kebahagiaan. 

  Sememangnya dia seorang insan yang lebih indah dari susun syair puitis, lebih mekar dari kelopak mengembang, lebih semerbak dari haruman mewangi, kerana itulah dia digelari az-Zahra’; dia ialah Fatimah binti Muhammad RA, penghulu wanita seluruh alam (Saiyidatul Nisa’ il-‘Alamin).

Baginda Rasulullah SAW sendiri pernah mengungkapkan pengiktirafan terhadap Fatimah. Kata Baginda;  

“Dia adalah ibu kepada ayahnya,” kerana amat mengambil berat akan hal ayahandanya, amat mencontohi ayahandanya dan menjadi ganti kepada bondanya. Kepada Saiyidatina A‘isyah RA, Rasulullah SAW pernah berkata; “Wahai A‘isyah, jika engkau tahu apa yang aku ketahui tentang Fatimah, nescaya engkau akan mencintainya sebagaimana aku mencintainya. 

Fatimah adalah darah dagingku. Ia tumpah darahku. Barang siapa yang membencinya, maka ia telah membenciku, dan barang siapa membahagiakannya, maka ia telah membahagiakanku.” Bahkan jika dihitung terlalu banyak adanya akan kata-kata yang menyanjung diri Fatimah. Terkadang dirinya dilihat iras manusia agung, yakni ayahandanya sendiri. Saiyidatina A‘isyah RA melukiskan Fatimah sebagai seorang yang paras dan tuturnya mengingatkan kepada Nabi; Aku tidak pernah menyaksikan ada orang selain Fatimah, yang baik di waktu duduk maupun berdiri, lebih menyerupai Rasulullah dalam hal ketenangannya, kebaikan perilakunya dan pembicaraannya.”

Menyaksikan Kepayahan Dakwah

Fatimah dijadikan sandaran oleh Musyrikin Quraisy untuk mengejek ayahandanya sebagai orang yang telah terputus (keturunan) hanya kerana dia anak bongsu dan anak perempuan sedangkan abang-abangnya pula telah meninggal dunia. Tidak seperti kanak-kanak seusianya yang gemar bermain dan bersuka, Fatimah lebih banyak menyertai ayahandanya. Bermakna dia membesar dengan menyaksikan segala sikap jelik Musyrikin Quraisy menentang dakwah ayahandanya. Anak kecil ini pernah menangis melihat ayahanda kesayangannya dipermainkan; belakang Baginda diletakkan kotoran haiwan saat sedang sujud solat di hadapan Ka’bah. Fatimahlah yang membersihkan sambil matanya bercucuran dengan air mata.

Isteri Kebanggaan Suami 

Jika para pengantin hari ini diserikan dengan segala kemeriahan, perhiasan dan balasan hantaran, sesungguhnya Fatimah saat mendirikan rumahtangga hanya memiliki kulit kambing sebagai alas tidur di malam hari. Di siang hari, alas tidur itu pulalah yang dijadikan alas unta. Selimut yang dimiliki pun tidak mampu menutupi seluruh tubuhnya, ditarik ke atas terlihatlah kakinya, ditarik ke bawah terlihatlah kepalanya.

Tetapi keutamaannya jodoh Fatimah adalah dengan pemuda pilihan Allah dan RasulNya. “Anakku, aku telah menikahkanmu dengan laki-laki yang kepercayaannya lebih kuat dan lebih tinggi daripada yang lainnya, dan seorang yang menonjol dalam hal keperibadian dan kebijaksanaan.”
Ali pula saat usaha melangsungkan pernikahan itu hanya memiliki sebuah pedang dan perisai. Hajat menjual keduanya dihalang Rasulullah kerana ujar Baginda Islam memerlukan pedang itu dan Baginda hanya mengizinkan Ali menjual perisainya.

Pun begitu, kecintaan antara suami isteri ini tiada tandingannya. Saiyidina Ali KW memanggil Fatimah; “Ya binta Rasulillah.” (Wahai puteri Rasulullah) manakala Fatimah pula memanggilnya dengan gelar; “Ya Amirul Mukminin.” (Wahai pemimpin kaum mukmin)

Rasulullah SAW pernah menukilkan nasihat yang penting untuk seluruh kaum isteri yang disampaikannya melalui Fatimah RA; “Wahai Fatimah, perempuan mana yang melayani suaminya dalam sehari semalam dengan baik hati dan ikhlas serta niat yang benar maka Allah SWT akan mengampuni semua dosa-dosanya dan Allah SWT akan memakaikannya sepersalinan pakaian yang hijau dan dicatatkan untuknya dari setiap helai bulu dan rambut yang ada pada tubuhnya seribu kebaikan dan dikurniakan Allah untuknya seribu pahala haji dan umrah. 

Wahai Fatimah, perempuan mana yang tersenyum dihadapan suaminya maka Allah SWT akan memandangnya dengan pandangan rahmat. Wahai Fatimah perempuan mana yang menghamparkan hamparan atau tempat untuk berbaring atau menata rumah untuk suaminya dengan baik hati maka berserulah untuknya penyeru dari langit (malaikat). Teruskanlah amalmu maka Allah SWT telah mengampunimu akan sesuatu yang telah lalu dari dosamu dan sesuatu yang akan datang.” 

“Wahai Fatimah, perempuan mana yang meminyakkan rambut suaminya, janggutnya dan memotongkan kumisnya serta menggunting kukunya maka Allah SWT akan memberinya minuman dari sungai-sungai syurga dan Allah SWT akan meringankan sakaratulmautnya, dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta Allah SWT akan menyelamatkannya dari api neraka dan selamatlah ia melintas di atas titian Sirat.”

“Wahai Fatimah, yang lebih utama dari itu semua adalah keredhaan suami terhadap isterinya. Jikalau suamimu tidak redha denganmu tidaklah akan aku doakan kamu. Tidaklah engkau ketahui wahai Fatimah bahwa redha suami itu daripada Allah SWT dan kemarahannya itu dari kemarahan Allah SWT.”

Kerana keperibadiannya itulah, Fatimah meninggalkan nostalgia manis buat suaminya Saiyidina Ali KW: “Demi Tuhan, hingga akhir hayatnya, tidak pernah aku merasa kecil hati dengan perilakunya atau memaksanya. Begitu juga tidak pernah dia merasa marah terhadapku atau tidak mentaatiku.”

Didikan Agung Suri Rumah

Rutin hariannya menggiling gandum dan mengangkut air hingga terlihat kesan melecet pada tangannya dan berbekas pada dadanya. Dia juga menyapu rumah hingga berdebu baju dan menyalakan api di dapur hingga mengotori dirinya. Ternyata setiap hari yang dilihat padanya adalah kepayahan. Pernah Fatimah mendatangi Rasulullah memintakan pembantu untuknya. "Ucapkanlah: "Ya Allah, Tuhan pemilik bumi dan Arsy yang agung. Ya Tuhan kami dan Tuhan segala sesuatu yang menurunkan Taurat, Injil dan Furqan, yang membelah biji dan benih. Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan segala sesuatu yang Engkau kuasai nyawanya. Engkaulah awal dan tiada sesuatu sebelumMu. Engkaulah yang akhir dan tiada sesuatu di atasMu. Engkaulah yang batin dan tiada sesuatu di bawahMu. Lunaskanlah hutangku dan cukupkan aku dari kekurangan.” Demikianlah Rasulullah SAW mendidik Fatimah dan Fatimah redha bahawa itulah tarbiyyah untuk dirinya.

Saiyidina Ali KW juga pernah mengadukan kepayahan Fatimah dalam menjalankan kerja sehariannya. Namun Rasulullah SAW tetap tidak pernah memanjakan puteri bongsunya itu dalam menguruskan hal keduniaan. “Mahukan kamu aku nyatakan suatu perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta? (Iaitu) apabila kamu selesai solat, ucapkanlah ‘Subhanallah’ 10 kali, ‘Alhamdulillah’ 10 kali dan ‘Allahu Akbar’ 10 kali. Apabila hendak masuk ke tempat tidurmu, maka ucapkanlah ‘Subhanallah’ 33 kali, ‘Alhamdulillah’ 33 kali dan ‘Allahu Akbar’ 33 kali. Ini adalah lebih baik daripada yang kamu pohon.”

Dalam hal menguruskan rumahtangga Rasulullah SAW juga pernah mewasiatkan nasihat kepada Fatimah; “Wahai Fatimah, perempuan mana yang berkeringat ketika ia menggiling gandum untuk suaminya maka Allah SWT menjadikan antara dirinya dan neraka tujuh buah parit.”

Ibu Mithali

Jika ummah ini mengagumi Saiyidina Hassan RA dan Saiyidina Hussin RA, Fatimahlah ibu mereka. Yang telah melahir, mendidik dan membesarkan mereka menjadi mujahid ummah. Menjadi insan kebanggaan Rasulullah, kerana anak-anak itu telah dididik Fatimah mencontohi keperibadian datuk mereka. Ke mana sahaja Baginda pergi, Baginda selalu membawa mereka bersama dan cucunya itu diperkenalkan sebagai buah hatinya di dunia.

Nasihat Rasulullah menjadi pegangan Fatimah dalam kesabaran menguruskan anak; “Wahai Fatimah, apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya maka beristighfarlah para malaikat untuknya dan Allah SWT akan mencatatkan baginya tiap-tiap hari seribu kebaikan dan menghapuskan darinya seribu kejahatan. Apabila ia mulai sakit hendak melahirkan maka Allah SWT mencatatkan untuknya pahala orang-orang yang berjihad pada jalan Allah yakni berperang sabil. Apabila ia melahirkan anak maka keluarlah ia dari dosa-dosanya seperti keadaannya pada hari ibunya melahirkannya dan apabila ia meninggal tiadalah ia meninggalkan dunia ini dalam keadaan berdosa sedikitpun, dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga, dan Allah SWT akan kurniakannya pahala seribu haji dan seribu umrah serta beristighfarlah untuknya seribu malaikat hingga hari kiamat.”

“Wahai Fatimah, perempuan mana yang meminyaki rambut anak-anaknya dan menyisir rambut mereka dan mencuci pakaian mereka maka Allah SWT akan mencatatkan baginya ganjaran pahala orang yang memberi makan kepada seribu orang yang lapar dan memberi pakaian kepada seribu orang yang tidak berpakaian.”

Srikandi Ummah

Perasaannya terhadap ummah ini saling tak tumpah seperti ayahandanya. Prinsipnya rela bersusah untuk kemudahan orang lain. Setiap pengemis mahupun tetamu yang datang pasti melangkah keluar dari pintunya dengan senang hati. Sedangkan dia dan keluarganya sendiri hidup dalam serba tidak memiliki, hatta terkadang berhari-hari menahan dari makanan semata-mata memberi makan kepada orang lain. Pernah digadaikan kain tudungnya untuk mendapatkan sedikit jagung lalu dibuatnya roti untuk makanan seorang Yahudi sedangkan dia dan keluarganya langsung tidak menyentuh roti itu bahkan tidak menjamah makanan sejak beberapa hari. Dari kepemurahannya menyebabkan Yahudi ini menyatakan keIslamannya.
Dirinya berpegang kepada nasihat ayahanda; “Wahai Fatimah, perempuan mana yang menghalangi hajat tetangga-tetangganya maka Allah SWT akan menghalanginya dari meminum air telaga Kautshar pada hari kiamat.”

Dalam usaha mempertahankan Islam, di tengah-tengah medan peperangan yang serba menggerunkan, Fatimah adalah antara srikandi yang bergerak dicelah-celah kekalutan pukulan tombak dan tikaman mata pedang serta hujan anak panah. Ia turut serta membantu, menyediakan bekal dan merawat tentera yang cedera. Sedangkan ramai wanita hari ini hendaknya bersenang umpama puteri di singgahsana nan mewah.
Bahkan Fatimah jauh berbeza dari wanita-wanita yang rata-ratanya cenderung kepada kecantikan duniawi dan perhiasan. Tidak ada padanya sedikit pun kerana berpegang kepada nasihat ayahandanya bahawa semua itu di dunia menjadi simbol keangkuhan dan di akhirat menjadi fitnah dan bahan bakar api neraka.

Dunianya Mendampingi Akhirat
Antara lain gelarannya ialah al-Batuul, iaitu yang memusatkan perhatiannya pada ibadah atau tiada bandingannya dalam hal keutamaan, ilmu, akhlak, adab, hasab dan nasab. Mengenai ubudiyyahnya, Hassan bin Ali RA menuturkan; “Ibuku memenuhi malamnya dengan doa dan munajat hanya kerana umat Muhammad.” Dalam katanya yang lain; “Aku belum pernah melihat seorang wanita yang lebih alim daripada ibuku. Dia selalu melakukan solat dengan begitu lama hingga kakinya bengkak.”
Sikap Fatimah terhadap umat ini juga tergambar dari kata-kata Hassan RA; “Aku melihat ibuku, Fatimah berdiri solat pada malam Jumaat. Beliau meneruskan solatnya dengan rukuk dan sujud hingga subuh. Aku mendengar beliau berdoa untuk kaum mukminin dan mukminah dengan menyebut nama-nama mereka. Beliau berdoa untuk mereka tetapi tidak berdoa untuk dirinya sendiri.” Hassan pernah bertanya akan hal itu, jawab Fatimah; “Anakku, (berdoa) untuk jiran-jiranmu diutamakan dan kemudian barulah dirimu.”


Sebaik-baik Teladan

Itulah Fatimah; payah hidupnya disulami dengan zikir, perit laparnya diisi dengan sujud. Dia muslimah yang akan terus menjadi nostalgia segar seluruh ummah. Akan ada  sentiasa mencari dan akan ada yang sentiasa meneladani halwa kehidupannya. Fatimah adalah contoh sebaik-baik isteri dan suaminya adalah contoh sebaik-baik suami seperti yang telah disabdakan Baginda; “Wahai Ali, sebaik-baik isteri adalah isterimu.” “Wahai Fatimah, sebaik-baik suami adalah suamimu.” Umpama sebuah pohon, Fatimah adalah pokok yang baik; akarnya menghunjam kukuh ke bumi, cabangnya menjulang tinggi ke langit; membesar dengan pancaran wahyu dan siraman sunnah.

Dia mencintai ayahandanya melebihi cintanya kepada sesiapa jua. Dia menghayati dakwah ayahandanya, menemani dan menghiburkan Baginda sepanjang langkah perjuangan, kerana itu manis sekali gelar Ummu Abiha (Ibu kepada ayahnya) itu untuknya. Dia juga yang pertama mengalunkan kesedihan mendapat tahu tanda kewafatan Baginda dan bergembira menjadi insan pertama yang akan menyusul Baginda. Saat kematian menghampiri Baginda, Fatimahlah yang membacakan kalimah-kalimah suci al-Qur’an hingga Baginda terbuai dalam kekusyukan. Pemergian Rasulullah menjadi kesedihan yang tidak kepalang terhadap dirinya. Jiwanya sering dilanda kehibaan, dibaluti kesedihan dan kerinduan yang mencengkam hinggalah dia juga turut menyusul kemudiaannya. Tatkala selesai jasadnya disemadikan, Ali KW meluahkan rasa cinta seorang suami; “Salam sejahtera bagimu duhai Rasulullah… dariku dan dari puterimu, yang kini berada di sampingmu dan yang paling cepat datang menemuimu. Duhai Rasulullah! Telah berkurang kesabaranku atas pemergian puterimu, dan telah berkurang pula kekuatanku… Puterimu akan mengadukan kepadamu mengenai umatmu yang telah menghancurkan hidupnya. Pertanyaan yang meliputinya dan keadaan yang akan menjawab. Salam sejahtera untuk kalian berdua!”

Fatimah akan terus menjadi lambang seorang muslimah yang menakjubkan dan setiap saat ummah ini meneliti hidupnya, maka “hilanglah duka dari seluruh jiwa”. Bonda Fatimah, kami menyanjungimu……

 Saiyidatul Nisa’il-‘Alamin

Perkauman: Hisham seperti pencuri menjerit pencuri

22 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menyifatkan tindakan pembangkang yang menggembar-gemburkan isu agama dan perkauman sejak akhir-akhir ini seperti pencuri menjerit pencuri.

“Hakikat yang berlaku Umno dan rakan sejawat mereka yang sering memainkan isu ini,” kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad dalam satu kenyataan.

Buktinya, kata beliau kenyataan Ketua Umno Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail yang membangkitkan kenyataan bahawa India dan Cina adalah kaum pendatang.

Selain itu, ujarnya bekas Pegawai Khas Perdana Menteri Datuk Nasir Safar dalam seminar 1Malaysia di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka telah menimbulkan isu perkauman iaitu orang Cina dan India sekarang kekal sebagai pendatang di bumi Malaysia.

Justeru, katanya Hishammuddin jangan pura-pura tidak tahu.

Menurutnya, sekarang guru-guru dipanggil dengan diberi taklimat keselamatan, isinya penuh dengan menanamkan perasaan kebencian kepada Pakatan Rakyat, kononnya jikalau BN kalah negara tidak tenteram.

Katanya, bukankah pemimpin Umno dan MCA yang bersikap lidah bercabang yang memainkan isu perkauman dan agama.

Katanya lagi, pemimpin Umno berjumpa dengan orang Melayu mengatakan bahawa PAS sudah tidak pejuangkan Islam sejak berkawan dengan DAP, apabila berjumpa dengan orang bukan Islam, mereka memberi amaran jangan pangkah Pakatan Rakyat nanti PAS akan berkuasa.

Begitulah, ujar beliau dengan MCA apabila berjumpa dengan pengundi Cina, Presidennya memberi amaran jangan undi Pakatan Rakyat nanti PAS yang dominan.

“Siapakah yang beri keranda kepada  Yang Amat Berhormat Lim Guan Eng sempena ulang tahun pemerintahan tiga tahun Pakatan Rakyat di Pulau Pinang?” tanya beliau.

Menurutnya, media Umno membuat fitnah kononnya agama rasmi akan ditukar kepada agama Kristian jika Pakatan Rakyat menang.

Tegasnya, tidak logik langsung laporan itu sedangkan ia memerlukan 2/3 untuk pinda  Perlembagaan, iaitu 148 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen.

Jelasnya, kerusi majoriti bukan Islam di negara ini termasuk Sabah dan Sarawak hanya 69 kerusi, lebih-lebih lagi persepakatan bertulis telah bersetuju bahawa Islam Agama Persekutuan di Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama pada 19 Disember 2019 di Shah Alam.

Katanya, Datuk Zaini Hasan orang kuat Utusan Malaysia di dalam ruangan cuitnya telah menggagaskan “1Melayu 1Bumi”, jadi apakah maknanya itu kepada Hishammuddin.

“Adakah kenyataan ini dikeluarkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat?

“Adakah beliau selaku Naib Presiden Umno buta mata atas kenyataan ini?” tany beliau.

Katanya, akhbar Utusan Malaysia yang dimiliki oleh Umno telah membangkitkan sentimen agama dan perkauman.

“Walaupun beberapa kali kalah di mahkamah mengenai fitnah yang dibangkitkan namun tidak memberi keinsafan untuk menghentikan budaya fitnah ini, asalkan matlamat politik mereka tercapai,” katanya lagi.

harakahdaily/-

Tengku Paduka Ibrahim sertai Pas

22 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

Tengku Ibrahim
 
Tengku Ibrahim menyerahkan borang keahlian Pas kepada Nik Abdul Aziz di Jabi semalam.
JABI - Kerabat Diraja Terengganu, Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah mengisytiharkan menyertai Pas semalam.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Tengku Paduka atau Ku Duka menyerahkan borang sebagai ahli Pas kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Tengku Ibrahim merupakan anak ketiga Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni al Marhim Sultan Zainal Abidin pernah menjadi Pengerusi Perhubungan Parti Melayu Semangat 46 dan menang dalam Pilihanraya Umum kelapan pada 1990 serta menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanggol selama sepenggal.

Setelah Semangat 46 dibubarkan pada Mei 1996, beliau kembali menyertai Umno sebelum mengisytiharkan keluar Umno serta menjadi ahli Pas semalam.

Menurut Tengku Ibrahim, beliau telah lama berhasrat untuk menyertai Pas tetapi hanya menunggu masa sesuai.

“Saya dulu Pas masa Semangat 46. Saya dengan Pas lama dah baik,” katanya yang enggan menjelaskan faktor mendorong beliau menyertai Pas.

Pusat tidak konsisten isu royalti minyak

Dua lagi individu yang menyerahkan borang keahlian sempena perasmian perhimpunan Pas Ganti UMNO (PGU) 5.0 yang disempurnakan Nik Abdul Aziz semalam adalah bekas Ketua Penerangan Umno Kemaman ketika zaman Menteri Besar, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, iaitu Datuk Omar Abu Bakar.

Bekas Wartawan Utusan Malaysia ini juga pernah menjadi Pegawai Perhubungan Khas kepada tiga bekas Menteri Pertahanan.

Seorang lagi yang mengikut jejak dua individu terbabit ialah bekas Ahli Majlis Industri Pertahanan Malaysia, Ahmad Amzad Mohamed@Hashim dari Kuala Terengganu.

Beliau adalah Pengerusi Eksekutif Norstar Technologi di Pulau Pinang dan pernah berkhidmat dalam bidang industri rekabentuk dan perbuatan perkapalan.

Hadir sama dalam program itu Setiausaha Agong Pas, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut.

Sementara itu Wahid berkata, kemasukan beberapa tokoh itu menunjukkan semakin ramai menyokong Pas terutama dalam menghadapi PRU akan datang.

Dalam ucapannya beliau turut menyentuh isu royalti minyak apabila beliau mendakwa Kerajaan Negeri dan Pusat tidak konsisten serta berdolak dalik dalam menyelesaikan royalti yang dikatakan hak rakyat Terengganu.

Kabinat bayangan bukan dari PR

SEMENTARA itu Pas menafikan Pakatan Rakyat pernah mengeluarkan senarai Kabinet bayangan seperti yang disiarkan sebuah akhbar harian Khamis lalu.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, Pakatan Rakyat yang terdiri daripada Pas, PKR dan DAP tidak pernah membuat senarai Kabinet bayangan seperti yang didakwa tersebut.

“Senarai itu bukan dari Pakatan Rakyat dan bukan dari PKR. Kita tidak pernah buat macam itu. Kita ada perancangan tapi tidak boleh beritahulah,” katanya yang menyifatkan senarai tersebut hanya direka oleh akhbar terbabit.
Mustafa berkata, Pakatan

Rakyat akan membuat pengumuman senarai anggota kabinet selepas Plihanraya Umum (PRU) ke 13 akan datang.

Pada Khamis lalu akhbar terbabit menyiarkan senarai Kabinet bayangan pakatan pembangkang jika mereka berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dalam PRU akan datang.

Senarai itu dikatakan dipetik dari sebuah blog dan bahan tersebut pula didakwa diperoleh melalui sumber dalaman PKR.

Sementara itu Nik Abdul Abdul Aziz menyifatkan demonstrasi adalah sama seperti jemaah dalam solat bagi melambangkan kekuatan.

Menurut beliau, demonstrasi sebenarnya sudah lama diamalkan iaitu duduk rapat-rapat tetapi telah dihalang oleh kerajaan BN.

sinar harian/-

Gadis hanya jadi pemuas nafsu

22 Zulkaedah 1433H. [MOD] -



NADIA… setia menunggu untuk dijadikan isteri kedua.

KUALA LUMPUR: Dia hanya gadis naif berasal dari sebuah kampung di utara Semenanjung. Tanpa kelulusan tinggi, Nadia yang ketika itu berusia 21 tahun berhijrah ke ibu kota untuk mencuba nasib sebagai pekerja kilang.

Bagaimanapun, tidak sampai dua bulan di Kuala Lumpur, perkenalannya dengan ahli perniagaan, Zahrain, 53, mengubah kehidupannya untuk bakal bergelar ‘penghuni neraka’.

Diberi duit poket RM5,000 sebulan seperti gaji eksekutif muda dan disediakan rumah serta kereta, Nadia nekad berhenti kerja 12 tahun lalu, semata-mata inginkan kemewahan dan keselesaan hidup selepas lelaki itu berjanji menjadikannya isteri kedua.
Namun janji tinggal janji. Impiannya untuk menjadi suri hidup lelaki kaya itu belum kesampaian, sebaliknya dia hanya dijadikan pemuas nafsu sejak 12 tahun lalu.

Setiap kali diajukan soalan berkaitan perkahwinan, pelbagai alasan diberikan Zahrain seperti belum bersedia dan minta bersabar.

Harian Metro

Bajet 2013-Slogan dan gula-gula BN untuk Memancing Undi

22 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

Dewan Pemuda PAS Malaysia sedar begitu banyak pihak sudahpun menyatakan pandangan dan pendirian masing-masing berkenaan belanjawan 2013 ini.

Bagaimanapun, izinkan kami untuk menyampaikan pandangan mewakili golongan berpendapatan sederhana, 'middle income group' dan penjawat awam, yang sebahagiannya adalah golongan yang membayar cukai, dan berhak mengetahui serta memberi pandangan bagaimana duit 'kami' sepatutnya dibelanjakan.
Di bawah tajuk meringankan kos sara hidup, Belanjawan 2013 menawarkan diskaun 50% kadar tambang bagi pengguna komuter berpendapatan kurang RM3000. Malang bagi kerajaan Barisan Nasional ini, masih tidak memahami apa yang diperlukan rakyat. Apa yang lebih penting, 

sebenarnya adalah untuk meningkatkan kecekapan sistem pengangkutan awam. Tumpuan sepatutnya diberikan kepada pertambahan jumlah koc, dan meningkatkan kekerapan tren. Kesesakan di dalam tren, serta masa menunggu yang lama sekian lama menghantui warga kota yang menggunakan perkhidmatan komuter ini. Penurunan harga tiket, (walaupun dapat mengurangkan beban kumpulan pengguna terbabit) tidak bersifat menyeluruh, dan dikhuatiri hanya akan menambah kesesakan sekiranya tidak disusuli dengan peningkatan prasarana.

Bonus satu bulan setengah gaji (termasuk setengah bulan gaji yang sudah diberikan Julai lalu) bagi penjawat awam ternyata bukanlah penyelesaian jangka panjang. Walaupun ia disambut dengan baik dan diperlukan oleh 1.4 juta kakitangan awam (kira-kira 10% daripada jumlah tenga kerja di Malaysia), tetapi bagaimanakah pemberian ini dapat membantu mereka dari segi jangka masa panjang? Apa yang lebih diperlukan oleh penjawat awam sebenarnya adalah kos sara hidup yang lebih rendah, termasuk membantu keperluan mereka seperti mendapatkan rumah dan kereta. 

Begitu juga dengan pemberian BR1M yang kedua. Benar, wang itu memang diperlukan rakyat yang kurang berkemampuan. Bagaimanapun, apakah pemberian yang bersifat 'one-off' ini dapat membantu mereka mengubah taraf hidup? Nampaknya belanjawan kali ini masih memberikan ‘ikan’ kepada rakyat, dan bukannya ‘joran’.

Satu lagi kelemahan yang langsung tidak disentuh di dalam belanjawan kali ini adalah berkenaan skim perjawatan dan pelarasan gaji yang tidak seimbang di dalam sektor pekhidmatan utama. Di dalam perkhidmatan kesihatan sebagai contoh, isu 'brain-drain' merupakan isu yang serius dan sekiranya tidak ditangani dengan baik, 

boleh mengakibatkan kualiti penyampaian sistem kesihatan di negara ini semakin buruk. Kian hari semakin ramai pakar perubatan yang meletakkan jawatan di universiti dan hospital kerajaan untuk berkhidmat di swasta. Masalah ini menjadi semakin buruk apabila jumlah pegawai perubatan yang menyertai universiti dan fakulti perubatan sebagai pensyarah semakin berkurang, disebabkan skim gaji yang lebih baik di kementerian kesihatan. Akibat daripada ini, dikhuatiri kualiti pengajaran bakal-bakal doktor semakin menurun. Akhirnya yang akan menerima kesan adalah rakyat terbanyak yang mendapatkan rawatan di klinik dan hospital kerajaan.
 
Klinik 1Malaysia hanya merupakan satu lagi gimik politik dan bersifat retorik semata-mata. Klinik-Klinik ini tidak mempunyai doktor dan rawatannya terhad berbanding klinik-klinik kesihatan. Malah, ada di antaranya yang terletak sangat berhampiran dengan klinik kerajaan sedia ada. Siapakah yang beroleh manfaat dari Klinik 1Malaysia ini? Tindakan menambahkan jumlah Klinik 1Malaysia tidak mungkin mencapai matlamat kesihatan yang terbaik untuk rakyat. Sepatutnya, jumlah peruntukan dimaksimumkan untuk penambahbaikan klinik-klinik kerajaan yang sedia ada, serta memberikan tumpuan lebih kepada pembangunan modal insan.

Pemberian rebat RM 200 untuk pembelian telefon pintar sekadar mengabsahkan tuduhan bahawa Belanjawan 2013 ini tidak lebih dari sekadar gula-gula politik Barisan Nasional. Sekiranya manfaat dari telefon pintar ini begitu tinggi, mengapa ia dihadkan kepada mereka yang berusia 21-30 tahun sahaja? Apakah ini boleh dikaitkan dengan demografi pengundi muda yang baru berdaftar sebagai pengundi? Mengapakah sehingga RM300 juta diperuntukkan untuk tujuan ini, berbanding hanya RM100 juta untuk menambahbaik klinik kesihatan yang boleh dimanfaatkan rakyat keseluruhannya?

Skim rumah pertamaku yang dinaikkan had pendapatan individu juga dilihat tidak banyak membantu. Ia mungkin berguna untuk menyelesaikan masalah mereka yang tiada tabungan untuk membayar deposit. Tetapi ia tidak melihat kepada masalah rumah yang terlalu mahal dan ketidakmampuan rakyat untuk membayar pembiayaan dan ansuran bulanan rumah tersebut. Cadangan Pakatan Rakyat untuk menubuhkan Perbadanan Perumahan Negara dilihat relevan, dengan sasaran untuk menyediakan rumah mampu milik secara besar-besaran.

Secara kasar, LPPM melihat belanjawan ini merupakan satu lagi belanjawan 'gula-gula', dikarang dan dibentang semata-mata untuk mengekalkan kuasa politik parti memerintah tanpa memikirkan masa hadapan negara. Barisan Nasional semakin tertekan, di dalam suasana di mana sokongan terhadap Barisan Nasional dilihat semakin merudum, dan ini merupakan belanjawan terakhir sebelum parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihanraya umum ke-13. Belanjawan 2013 masih kekal dengan sikap boros dan berbelanja melebihi keperluan.

Tidak ada penyelesaian jangka panjang bagaimana untuk mengatasi lambakan hutang negara yang semakin meruncing. Tidak ada perancangan yang jelas dan konkrit bagaimana untuk meningkatkan daya saing ekonomi negara. Tidak ada kaedah tertentu bagi mengatasi ketirisan dan pembaziran dana negara. Tidak ada penumpuan diberikan kepada meningkatkan taraf hidup rakyat bagi tempoh yang panjang dan mengurangkan kos sara hidup. Juga tidak ada langsung disebut langkah-langkah persediaan di dalam bidang automotif, sedangkan pelan liberalisasi industry automotif dan pemansuhan AP kereta dijanjikan untuk dilaksanakan menjelang 2015.

Lihat pula Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat. Ia jauh lebih relevan, menepati kehendak rakyat dan berpijak di bumi nyata. Teras-teras utama untuk meningkatkan daya saing ekonomi negara, reformasi dan ketelusan Syarikat berkaitan Kerajaan (GLC), menurunkan harga kereta, hasil minyak untuk negeri, mengangkat martabat wanita, dan reformasi membanteras jenayah, semuanya memberikan keyakinan kepada rakyat berkenaan kebolehan Pakatan Rakyat untuk memerintah.

Sesungguhnya bajet 2013 oleh kerajaan Barisan Nasional tidak menepati seperti yang dilaksanakan.

DR HJ GHAZALI HASBULLAH--
Pengerusi Lajnah Pekerja dan Profesional Muda Dewan Pemuda PAS 

10 Tahun Lagi Israel Lenyap

22 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

PREDIKSI soal kehancuran Negara Israel tidak hanya datang dari Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad, yang terkenal dengan kalimatnya “Israel must be wiped off the map” (dihapus dari peta dunia). Tetapi mantan pejabat Amerika Syrikat (AS) juga memprediksi hal yang sama. Adalah Henry Kissinger, mantan menteri luar negara AS, juga menyebut dalam waktu sepuluh tahun ke depan, di dunia tidak akan ada lagi negara bernama Israel. Pernyataan Kissinger ini menarik, kerana ia adalah seorang warga AS keturunan Yahudi. Dan selama menjabat sebagai menlteri luar di era Presiden Richard Nixon dan Presiden Gerald Ford, sosok Kissinger dikenal sangat dekat dengan Israel dan lobi-lobi Israel di AS

Dilaporkan Hufftington, Rabu 3 Okt,  kernyatan Kissinger itu membuat politik di Washington tersentak dan tidak percaya seorang Kissinger boleh melakukan hal itu.

“Pernyataan Kissinger datar dan tidak memenuhi syarat. Dia tidak mengatakan Israel ada dalam bahaya, namun boeh diselamatkan jika kita hanya memberi tambahan triliunan dolar dan menghancurkan musuh, cukup dengan militer kita. Dia tidak menawarkan jalan keluar. Dia hanya menyatakan fakta: Pada 2022, Israel tidak akan lagi ada,” ujar Barret Kevin, dari US Intelligence Community (IC).

Data di US Intelligence Community (IC), terdiri dari 16 badan intelijen AS, awal tahun ini, berjudul “Preparing for a Post-Israel Middle East,” (“Persiapan untuk Post-Israel Timur Tengah”) menunjukkan dan memang menguatkan pandangan Kissinger .

Dokumen itu jelas menyebut 16 badan intelijen AS setuju bahawa Israel tidak dapat menahan raksasa pro-Palestin datang terdiri dari Musim Semi Arab, Kebangkitan Islam, dan kebangkitan Republik Islam Iran.

Laporan IC menyatakan, pemerintah AS tidak lagi memiliki sumber daya militer dan kewangan bagi membantu Israel terhadap keperluan mereka dan menunjukkan bahawa AS suatu masa kena ikut kepentingan nasional dan menarik bantuan pada Israel.

Di kalangan pejabat AS, nasib Israel dapat ditelusuri dalam berbagai alasan. Diantaranya, Politik AS dan aktivis politik “bertambah muak dengan kuatnya fanatisme Israel; AS merasa “benci atas dominasi angkuh lobi Israel pada wacana publik; dan masyarakat Yahudi Amerika kini tidak lagi bersatu menyokong Israel. Kini, AS diambang muflis dan mengorbankan ribuan nyawa dalam perang bagi Israel.

“Ini akan menjadi mudah bagi perancang kebijaksanaan AS, mengikuti jejak Kissinger dan enam belas badan-badan intelijen, untuk mengenali jelas, bahawa Israel memang telah mencapai akhir kehidupannya,” jelas Barrett.(IH


Lajim: 'Mengapa saya keluar Umno'

22 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

LAJIM UKIN

DATUK SERI LAJIM UKIN sebagai pemimpin veteran Sabah, mengejutkan dunia politik negara apabila beliau bertindak keluar parti ketika rakyat negara ini ternanti-nanti tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Dengan Pakatan Rakyat (PR) tidak berhenti-henti berkempen di Negeri Bawah Bayu ini, ramai penganalisis melihat pembangkang mampu membuat kejutan di negeri ini sekali gus mencerahkan peluang PR merampas Putrajaya.

Persoalannya sekarang, adakah Lajim mampu memberi daya tujah tambahan kepada usaha PR? Ikuti wawancara khas Sinar Harian, MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN dan jurugambar, SAFWAN MANSOR menyingkap tindakan Lajim.

Kenapa Datuk memilih keluar Umno dan Barisan Nasional (BN) sekarang?

Saya keluar kerana Umno terutamanya di Sabah bukan lagi seperti Umno dahulu. Umno Sabah sudah dikuasai oleh Pengerusi Perhubungan Umno Negeri sendiri, Datuk Seri Musa Aman. Apa sahaja yang beliau lakukan adalah monopoli dan tiada orang lain boleh menegur. Selain itu, tiada dasar konkrit Umno di Sabah untuk mengatasi masalah yang dihadapi rakyat termasuklah di kawasan saya.

Jadi Datuk keluar dari Umno kerana masalah dengan Ketua Menteri?
Dalam parti, saya hormatinya sebagai Ketua Perhubungan Umno Negeri, tetapi dalam soal peribadi, mungkin beliau mengambil hati dengan saya kerana saya terlalu lantang dalam menyuarakan masalah rakyat dan soal perpaduan dalam parti.
Saya sering berkata dalam parti jangan ada cantas-mencantas, letak calon sendiri untuk jatuhkan Ketua Bahagian Umno sendiri. Sebagai contoh saya sendiri, Pada tahun 2008, Ketua Wanita Umno Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun melawan saya, sedangkan pada waktu itu Musa sebagai Ketua Perhubungan dan Ketua Menteri. Jika beliau rasa bertanggungjawab yang tinggi, sepatutnya beliau boleh menasihatkan Ketua Wanita itu supaya tidak bertanding.
Saya berkata begini kerana pertama, beliau sudah menang menjadi Ketua Wanita. Keduanya, tiada kedengaran rakyat di kawasan Beaufort yang mahu saya turun dari menjadi wakil rakyat. Selain itu, tiada keadilan kepada pemimpin-pemimpin tertentu. Ada pemimpin yang dapat lebih, ada pemimpin yang tidak dapat apa-apa. Umno sepatutnya adalah milik semua orang. 


Apakah tiada sebab-sebab lain? Seperti pembangunan, contohnya.
Masalah utama adalah masih ramai lagi rakyat tidak mendapat bekalan elektrik dan air sejak 49 tahun pembentukan Malaysia.

Rakyat masih meronta-ronta mahu mendapatkan bekalan air bersih. Malah ada kawasan sudah dipasang paip namun airnya masih tiada.

Perkara ini sudah disuarakan saya sejak menjadi Adun lagi. Ketika saya menjadi Timbalan Ketua Menteri pun saya sudah bawa isu ini ke hadapan. Namun masalah air tetap berlaku

Saya juga melihat tahap pembangunan di Sabah masih tidak menyeluruh, tidak sekata kerana masih banyak lagi kawasan masih belum menerima pembangunan, tidak seperti di kawasan negeri lain. Sepatutnya pembangunan dibawa ke kawasan ini.

Apakah penyelesaian yang Datuk cuba bawa?

Antara penyelesaian yang saya cuba bawa adalah projek tambatan banjir di kawasan saya. Beaufort adalah daerah  yang terkenal sejak setengah abad dahulu kerana setiap tahun mesti tiga empat kali banjir. Perkara ini sudah pun dibangkitkan tetapi sehingga hari ini tiada langkah yang diambil oleh kerajaan negeri atau pusat.

Saya juga pernah bangkitkan isu banjir ini kepada kerajaan pusat. Akhirnya saya diberitahu usul tersebut sedang dipertimbangkan. Hingga hari ini tiada apa-apa lagi jawapan. Jadi, apabila begitu, sedangkan saya menjadi wakil rakyat, maka saya tahu rakyat di kawasan saya akan melihat saya tidak berkemampuan untuk menyelesaikan masalah ini.

Walaupun saya sebelum ini sebahagian dari kerajaan, namun saya masih perlukan surat menyurat yang rasmi sama ada kepada kerajaan negeri atau persekutuan agar projek-projek ini dapat direalisasikan.

Jadi adakah faktor tiada bekalan asas ini mendorong Ahli Parlimen atau Adun lain keluar parti?
Saya tidak boleh bercakap bagi pihak mereka, tetapi saya ada bertemu dengan pemimpin-pemimpin ini. Ramai dari pemimpin Sabah hanya menunggu masa. Sama ada mereka akan menyertai mana-mana parti, itu terpulang kepada mereka.

Saya mahu pemimpin Sabah sedar apa yang sedang berlaku sekarang. Mengenai kepimpinan Ketua Menteri yang suka cantas-mencantas. Ramai pemimpin Umno sejak dari 2008 sudah dicantas oleh beliau termasuklah bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Yusoff  Yaakob sedangkan beliau termasuk dalam winnable candidate hanya kerana tidak sehaluan dengannya.

Begitu juga dengan Speaker Dun Sabah, Datuk Seri Salleh Said, dulu menteri, dibuang oleh Musa. Sedikit contoh ini membuktikan bahawa kepimpinan Sabah adalah kepimpinan one man show.  Beliau sering bertindak secara sendirian.

Selain itu, contoh cantas mencantas, Ketua Pemuda Umno Negeri, Azman Ruslan, beliau tiada apa-apa masalah, hanya dilantik sebagai ahli lembaga pengarah sebuah anak syarikat di bawah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Afdal. Shafie ini pun tidak sehaluan dengan Musa. Hanya kerana tidak sehaluan, Azman menjadi mangsa.

Azman adalah pemimpin yang cukup berwibawa, dengan kelayakan sebagai seorang peguam syariah, beliau amat sesuai menjadi pemimpin namun tetap juga dicantas. Kenapa ia berlaku?

Kerana ada konflik antara Musa dan Shafie maka akhirnya Ketua Pemuda Negeri menjadi mangsa. Sepatutnya perkara seperti ini tidak berlaku.

Begitu juga yang berlaku kepada saya, saya dibuang pada tahun 2004 sebagai Timbalan Ketua Menteri. Saya menang tanpa bertanding. Hanya kerana calon BN kalah di Dun Kuala Penyu. Pada ketika itu saya hanyalah Ketua Bahagian dan saya dituduh mensabotaj calon BN itu.

Kekalahan calon BN di Dun Kuala Penyu itu besar, dengan majoriti lebih dua ribu. Kalau benar saya sabotaj, tidak mungkin saya dapat membawa lebih dua ribu pengundi tidak mengundi calon
BN. Saya menjadi mangsa.

Sejak dahulu lagi, memang ramai yang mahu menukarkan saya. Malah menjelang PRU13, ada berkata saya tidak akan menjadi calon lagi. Saya tidak tahu apa silap saya. Memang saya tidak nafikan ada juga yang tidak menyokong saya, tapi saya berani katakan di kawasan Beaufort, majoriti masih memilih saya menjadi calon.

Adakah Datuk sebelum ini memang mahu keluar dari Umno kerana krisis yang sama atau yang berlainan?
Pada saya, apabila saya menyertai Umno, saya harap Umno berkemampuan untuk melakukan perkara yang lebih baik dari kerajaan yang dahulu. Jadi saya sanggup berkorban dengan keluar dari Parti Bersatu Sabah (PBS) dengan berfikir Umno mampu selesaikan masalah rakyat.

Masalah-masalah utama pada ketika itu adalah pendatang tanpa izin, masalah pembangunan, ekonomi dan mencari cara mengeluarkan rakyat dari kemiskinan tegar, itu yang saya harapkan.

Tetapi selepas 18 tahun BN mengambil alih dan sistem penggiliran Ketua Menteri diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Sistem ini cukup rosak dan teruk sehingga ekonomi Sabah pada ketika itu jatuh merudum.

sinar harian/-