05 October 2012

Bil anggaran TNB caj lima kali ganda

19 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

Bil anggaran TNB caj lima kali ganda
Zulhilmi menunjukkan bil anggaran TNB yang diterimanya.
 
JELEBU - Seorang pekerja pembinaan melahirkan rasa tidak puas hati apabila menerima bil elektrik pada bulan ini yang berjumlah lima kali ganda daripada bulan sebelumnya.

Zulhimi Abdul Latif, 41 berkata, kebiasaannya caj bil elektrik yang dikenakan sekitar RM50 hingga RM60 sebulan.

Menurutnya, lazimnya setiap bulan dia memperuntukkan RM200 untuk membayar semua bil kelengkapan rumahnya.

“Tetapi pada bulan ini, saya menerima bil anggaran Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang berjumlah RM280. Saya membuat pertanyaan kepada pihak berkenaan dan bertanya mengapa perlu diberi bil anggaran sedangkan saya membuat bayaran bil setiap bulan.

“Mereka menjawab "kerajaan suruh buat macam ini" dan saya juga merujuk kepada wakil rakyat kawasan dan beliau menyatakan "ini adalah dasar kerajaan",” katanya.

Zulhimi yang ternyata kecewa dengan situasi itu berkata, bil anggaran atau penyelarasan itu tidak wajar dilakukan kerana ia membebankan pengguna.

Katanya, tarikh pembayaran yang tertera di bil berkenaan adalah selewat-lewatnya 27 September ini, namun kakitangan swasta sepertinya menerima gaji selepas tarikh berkenaan.

“Saya mahukan bil bulanan yang tepat. Misalnya bil September untuk penggunaan elektrik bulan itu sahaja dan bukannya bil anggaran.

“Bil anggaran ini juga tidak menyatakan penggunaan elektrik pada bulan berapa dan ini menyebabkan saya keliru,” katanya yang menyewa kediaman di Taman Bandar Tinggi, Kuala Klawang.

sinar harian/-

Guna jengkaut rempuh bank, larikan ATM


19 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

LONDON: Sekumpulan perompak merempuh dinding sebuah bank menggunakan jengkaut curi, menyebabkan lubang sebesar kira-kira empat meter, sebelum mereka melarikan mesin teler automatik (ATM) di situ, semalam.
Polis kini memburu empat lelaki bertopeng kerana merempuh Bank Barclays cawangan Long Sutton di Lincolnshire.

Jurucakap polis berkata, perompak terbabit menggunakan jengkaut yang dicuri dari sebuah ladang di Gedney sebelum mengangkut ATM menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

Walaupun sepatutnya insiden itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV), tiada bukti dapat digunakan polis pada alat berkenaan kerana ia tidak dihidupkan ketika itu. Ahli Majlis Tempatan, John Clarey, berkata dia amat terkejut insiden itu boleh berlaku di tengah bandar ketika dua CCTV terarah ke dinding bank berkenaan.

 “Apa guna membayar wang yang banyak untuk kamera CCTV jika tiada apa dapat dirakam?” katanya. Awal tahun ini, pihak berkuasa tempatan Clare Clarey menggantung pembiayaan skim kamera rasmi bagi membolehkan siasatan dibuat memastikan ia benar-benar berfungsi. Siasatan dibuat selepas sekumpulan pencuri melarikan hampir �700,000 (RM3.5 juta) dari mesin tunai pasar raya di seluruh Britain menggunakan mesin gergaji.

Mereka bagaimanapun didapati bersalah dan dipenjara bulan lalu. Sepanjang 14 bulan, mereka mencuri 33 pasar raya dan kediaman. - DM

2kg rambut, kapur dalam perut

19 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

  
GUMPALAN rambut yang menyelaputi kapur tulis dikeluarkan dari perut seorang remaja.
GUMPALAN rambut yang menyelaputi kapur tulis dikeluarkan dari perut seorang remaja.
NEW DELHI: Apabila seorang remaja mengadu tidak boleh makan atau minum selama beberapa hari, sekumpulan doktor memutuskan untuk mencari puncanya. 

Tidak seperti dijangka, apa yang mereka temui sangat luar biasa.

Di dalam perut remaja perempuan itu ialah gumpalan rambut seberat hampir dua kilogram yang tersangkut di antara perut dan usus kecilnya.

Pakar perubatan India mendapati, remaja berusia 19 tahun itu mempunyai tabiat suka memakan rambut sendiri, selain kapur tulis jika dia berada di sekolah.

Gabungan ‘makanan’ aneh itu kemudian berkumpul dalam tubuh remaja terbabit sebelum lama-kelamaan menjadi besar.

Sepasukan pakar bedah dimaklumkan mengenai penemuan itu selepas remaja terbabit - dari Rajgarh dan Madhya Pradesh - berkunjung ke Hospital the Maharaja Yeshwantrao di Indore bulan lalu.

Diketuai Dr Parvinder Singh Lubana, mereka akhirnya berjaya mengeluarkan gumpalan rambut yang ‘membungkus’ kapur berkenaan.

Seorang daripada pakar bedah itu, Dr Amit Agarwal, berkata saluran usus remaja terbabit tersumbat menyebabkan dia tidak boleh mengambil makanan atau minuman selama beberapa hari.

Bagaimanapun, gumpalan rambut itu bukanlah yang terbesar pernah dikeluarkan dari tubuh seseorang dalam tempoh beberapa tahun lalu.

Pada November 2007, doktor di Amerika Syarikat (AS) menemui gumpalan rambut seberat hampir lima kilogram dalam perut seorang remaja perempuan.

Berusia 18 tahun ketika itu, remaja terbabit mendapatkan bantuan doktor selepas mengalami kesakitan dan bengkak perut selama lima bulan.

Imbasan menunjukkan ada gumpalan besar di bahagian perut remaja terbabit.

Lima hari selepas dikeluarkan, pesakit kembali makan secara normal dan dibenarkan pulang. - DM

Genneva Malaysia disiasat - BNM

19 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Genneva Malaysia Sdn Bhd dan syarikat-syarikat yang berkaitan dengannya disiasat agensi penguat kuasa berkenaan bagi kesalahan yang disyaki, yang termasuk pengambilan deposit secara haram dan pengubahan wang haram.

Dalam satu kenyataan hari ini, Bank Negara Malaysia (BNM) berkata kesalahan lain yang disyaki termasuk pengelakan cukai, penerangan palsu termasuk salah pernyataan, pelantikan ejen tanpa lesen dan kegagalan menyerahkan dokumen berkanun.

Serbuan bersama dijalankan pada 1 Okt di beberapa premis Genneva Malaysia serta di kediaman pengarah syarikat itu oleh Polis DiRaja Malaysia, BNM, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia, katanya.

Ia berkata aset dan dokumen syarikat berkenaan yang disita semasa serbuan itu akan disimpan bagi maksud memudahkan penyiasatan.

Menurut BNM, orang ramai perlu menyemak dengan pihak berkuasa yang berkaitan apabila berurusan dengan syarikat-syarikat atau individu yang menawarkan peluang perniagaan yang menarik atau perkhidmatan kewangan yang tidak dilesenkan oleh pihak berkuasa.

Bank pusat juga menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati untuk melabur dalam skim yang tidak dikawal.

"Agensi penguatkuasa akan mengambil tindakan terhadap skim kewangan haram untuk melindungi kepentingan pelabur dan masyarakat umum,” katanya Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui talian 1-300-88-5465. - BERNAMA

Status negara Palestin di PBB dibahas November





   19 Zulkaedah 1433H. [MOD] - 






Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkemungkinan mengadakan debat mengenai status negara Palestin di PBB pada pertengahan November - selepas pilihan raya Amerika Syarikat, ujar presiden kepada 193 anggota Perhimpunan Agung PBB Rabu lalu.

Setelah gagal tahun lepas untuk diiktiraf kenegaraan penuh di PBB, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berkata minggu lepas beliau akan berusaha menaik taraf status kepada “negara bukan ahli negeri" seperti Vatican.

Status semasa Palestin PBB adalah "entiti pemerhati." Jika berjaya, ia akan bertukar kepada "negara pemerhati."

"Pada pertengahan November, akan ada debat antarabangsa mengenai isu Palestin dalam Perhimpunan Agung," ujar Presiden Perhimpunan Agung PBB, Vuk Jeremic dalam satu sidang akhbar.

"Terdapat banyak pilihan raya dan kalendar politik di serata dunia," katanya merujuk kepada pilihanraya termasuk pilihan raya Amerika Syarikat pada 6 November.

"Pemahaman saya adalah kepimpinan Pihak Berkuasa Palestin akan melakukan perbincangan yang mendalam, dan membuat kesimpulan tentang apa yang mereka mahu lakukan pada bulan November."

Status negara untuk Palestin menimbulkan perasaan tidak selesa untuk Israel. Didaftarkan sebagai sebuah negara dan bukannya entiti bermakna Palestin boleh menyertai badan-badan antarabangsa seperti Mahkamah Jenayah Antarabangsa dan memfailkan aduan terhadap Israel untuk penjajahan berterusan.

Status negara juga akan menimbulkan kemarahan sekutu rapat Israel, Amerika Syarikat, yang berhujah bahawa negara Palestin hanya boleh diwujudkan melalui rundingan bersemuka.

Tiada rundingan damai antara Palestin dan Israel sejak 2010, kerana rakyat Palestin enggan untuk meneruskan rundingan melainkan jika kerajaan Israel menghentikan pembinaan penempatan di Tebing Barat dan Timur Baitul Muqaddis.

HARAKAHDAILY/-

Spesies baharu dinosaur diberi nama

19 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


WASHINGTON - Seorang pengkaji haiwan purba, Paul

Sereno mengenal pasti identiti satu spesies baharu dinosaur yang mempunyai badan seperti landak.


Sereno membuat kajian tentang identiti dinosaur yang mempunyai gigi taring dan paruh seperti burung kakak tua itu selepas melihat spesimen haiwan berkenaan pada 1983 di Universiti Harvard, Amerika Syarikat.

Spesimen haiwan itu ditemui pada serpihan seketul batu di Afrika Selatan pada 1960-an.
Dia memberi nama dinosaur itu Pegomastax africanus yang bermaksud rahang tebal dari Afrika dan ia hidup antara 100 juta hingga 200 juta tahun lalu.

"Saya menggambarkan dinosaur itu sebagai seekor burung, puntianak dan landak," katanya yang merupakan pakar dinosaur di Universiti Chicago.

Penemuan tersebut dilaporkan kelmarin dalam jurnal ZooKeys di internet.

Panjang dinosaur itu kurang 61 sentimeter (sm) dan ia memakan tumbuh-tumbuhan.

Sereno berkata, dinosaur itu mempunyai berat seperti seekor kucing yang dipelihara di rumah manakala ketinggian haiwan tersebut kurang 30sm. - Agensi


PKR cadang Rapid Pengerang pindah ke Terengganu

19 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


 
PKR mencadangkan projek loji penapis petrokimia Rapid Pengerang dipindahkan ke Kertih, Terengganu seandainya kajian dan pertimbangan asas ekonomi mewajarkan ia diteruskan.

Ketua Biro Perdagangan dan Pelaburan PKR, Wong Chen dalam sidang media pagi tadi berkata projek itu perlu dinilai secara menyeluruh dan mengambil kira merit ekonomi, keuntungan, kesan sosial dan alam sekitar.

"Kita tidak boleh mengenepikan semua isu hanya kerana emosi semata-mata. Jika ia perlu diteruskan, ini sekurang-kurangnya yang kita boleh lakukan.

"Kami akan mempertimbangkan memindahkan lokasinya ke Kertih dari Pengerang. Kompleks Industri Petroleum Petronas memang sudah sedia ada di Kertih," katanya sambil menambah ia dilengkapi kemudahan dan tanah yang cukup serta hampir dengan pelabuhan Kuantan.
 
MALAYSIAKINI/-

Bimbang debu jejas kesihatan

19 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

 Tuan Ibrahim Tuan Man
 
Azman (kanan) menyerahkan memorandum bantahan kepada Tuan Ibrahim untuk disampaikan kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, kelmarin.
 
KUANTAN – “Saya  tidak tahan lagi, setiap hari kami terpaksa menghidu udara yang berdebu. Jika keadaan ini berterusan, saya bimbang akan menjejaskan kesihatan penduduk,” kata seorang penduduk Kampung Selamat, Pelabuhan, Abu Bakar Mamat, 52.

Katanya, sebelum ini, penduduk di kawasan itu sudah beberapa kali membuat aduan tentang kuari berdekatan kampung mereka, namun hingga kini masih belum ada tanda-tanda penyelesaian.

Tambahnya, lebih memburukkan keadaan, kawasan perumahan itu juga turut dicemari dengan longgokan bijih besi oleh syarikat yang tidak bertanggungjawab.

“Saya kesal kerana hingga kini belum ada penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi. Malah, penduduk di sini terpaksa menanggung akibatnya dengan meletakkan diri dalam persekitaran ‘tidak sihat’,” katanya yang ditemui ketika Lawatan Dewan Harian Pas, kelmarin.

Hadir sama lawatan itu, Pesuruhjaya Pas Negeri Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Berserah, Syed Mohammed Tuan Lonnik.

Katanya, setiap hari, puluhan lori berulang-alik ke kawasan kuari dan tempat simpanan bijih besi menyebabkan jalan utama masuk ke kawasan itu rosak.

“Jika hari hujan, saya tidak akan melalui jalan itu sebaliknya menggunakan jalan belakang bagi mengelakkan kereta mengalami kerosakan akibat jalan berlubang.

“Bukan itu sahaja, kami juga jarang membuka tingkap rumah kerana bimbang debu dan habuk kotor masuk. Keadaan ini benar-benar membuatkan kami tidak selesa,” katanya.

Manakala bagi Azman Ali, 43, aktiviti tidak bertanggungjawab itu turut menyebabkan penduduk terpaksa berdepan dengan masalah banjir lumpur sekiranya hujan lebat.

“Bila hari panas, kami berdepan dengan masalah debu. Bila hari hujan pula, kami ‘dibanjiri’ lumpur. Pendek kata, panas salah, hujan pun salah.

“Justeru, saya harap pihak bertanggungjawab dapat menyelesaikan isu ini secepat mungkin. Kami sudah lama tinggal di sini, malah ada di antara penduduk yang memang lahir dari kampung ini. Kalau boleh kami tidak mahu tinggalkan tempat ini,” katanya.

Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata, pihaknya tampil membuat lawatan selepas menerima aduan daripada penduduk berikutan masalah itu.

“Projek kuari sepatutnya tidak boleh dijalankan di kawasan penempatan penduduk kerana ia boleh menjejaskan kesihatan penduduk. Bagaimanapun, saya akan cuba merujuk perkara ini kepada Setiausaha Sulit Sultan Pahang bagi mendapatkan penyelesaian.

“Kita tidak boleh biarkan penduduk terus hidup dalam keadaan tidak selesa serta terdedah dengan bahaya,” katanya.

SINAR HARIAN/-

 

Ahli arkeologi jumpa makam permaisuri Maya

19 Zulkaedah 1433H. [MOD] -



BANDAR RAYA GUATEMALA - Sekumpulan ahli arkeologi Amerika Syarikat (AS) dan Guatemala menemui sebuah makam permaisuri Maya yang mengandungi harta karun.

Menurut seorang ahli arkeologi AS, David Freidel, makam itu ditemui di hutan Peten yang merupakan salah satu penemuan terpenting berkaitan dengan tamadun Maya.

Hutan itu terletak 600 kilometer ke utara bandar raya ini.
Hadiah-hadiah seperti pasu seramik abad ke-7 dan ke-8 termasuk batu jed, kulit kerang dan pisau yang diperbuat daripada batu turut ditemui di dalam makam tersebut.

Makam tersebut ditemui pada Jun lalu tetapi pendedahan tentang penemuan itu dibuat kelmarin.
Sebuah pasu yang terdapat dalam makam itu tertera nama Permaisuri Kalomt'e K'abel yang merupakan isteri Raja Wak K'inich Bahlam II.

Ujian asid deoksiribonukleik akan dilakukan ke atas satu rangka manusia yang ditemui di dalam makam itu.- Agensi

Pas Kedah sedia gempur Stadium Bukit Jalil 3 Nov


19 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

ALOR SETAR - Pas Kedah bersedia menggerakkan seramai 50,000 ahli parti pelbagai peringkat untuk bersama menuntut pilihan raya yang bersih, di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 3 November depan.

Setiausahanya, Musoddak Ahmad berkata, program yang dirancang Pakatan Rakyat (PR) itu adalah sebagai menyahut seruan Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu dalam usaha PR menuntut pilihan raya yang adil ekoran usaha tuntutan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 3.0) masih gagal dilaksana.

“Selepas perhimpunan Bersih 3.0, kita masih tidak nampak usaha yang dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Pas Kedah akan berusaha menghimpunkan seramai ahli yang boleh untuk sama-sama menuntut beberapa perkara yang masih tidak diendahkan,” katanya.

Menurutnya, pihaknya akan membentuk satu Jawatankuasa Khas Mobilisasi Himpunan Kebangkitan Rakyat Peringkat Negeri Kedah bagi mengemudi pergerakan ahli ke himpunan tersebut.

“Kesemua ahli yang akan ke himpunan itu akan berkumpul di satu tempat yang bakal dimaklumkan kelak dan bergerak secara konvoi ke lokasi program pada 2 November,” katanya.

Musoddak berkata, beberapa program turut diatur dalam masa terdekat bagi memobilasi dan menyampaikan maklumat berkenaan himpunan itu kepada ahli Pas di seluruh Kedah.

“Saya mengalu-alukan penyertaan ahli parti, dan saya berkeyakinan ahli Pas Kedah akan memberi komitmen tinggi untuk menyertai himpunan itu,” katanya.

Dianggarkan sejuta orang akan hadir dengan tema pakaian berwarna kuning.

SINAR HARIAN/-

Koma angkara jalan rosak

19 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

BAHAYA...keadaan jalan yang rosak teruk  akibat gagal diselenggara.
 
BAHAYA...keadaan jalan yang rosak teruk akibat gagal diselenggara. 
 
KUALA LUMPUR: Gara-gara permukaan jalan yang rosak teruk sejak dua bulan lalu, seorang warga emas kini koma sejak seminggu lalu selepas terbabit dalam kemalangan di Persiaran Lestari Perdana, dekat Sri Kembangan, di sini.

Kejadian kira-kira jam 8.30 malam pada 28 September lalu itu menyebabkan mangsa, Bahardin Mohd Sohor, 67, patah tulang rusuk, cedera mata kanan, darah beku di kepala dan luka di badan serta kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini.

Dalam kejadian itu, mangsa yang juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Insan Penyayang Malaysia (PKIPM) menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda seorang diri dalam perjalanan pulang ke rumah.

Sejurus motosikalnya terlanggar lubang akibat jalan rosak, kenderaan Bahardin hilang kawalan menyebabkan dia jatuh ke atas jalan menyebabkannya cedera parah.

METRO/-

15 soalan panas yang perlu dijawab pencacai Umno

19 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


15 soalan dan 1 soalan cepu emas yang harus dijawab oleh pencacai tegar umno dan bn, soalan-soalan ni "tukanglawan" terjumpa dalam satu komen di satu portal blog. jadi elok "tukanglawan" kongsikan, sebab soalan ni takkan keluar di TV3 suku atau utusan malaysia.

 
1.Presiden parti manakah yang telah menyerahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew?
A. Presiden DAP
B. Presiden PAS
C. Presiden UMNO
2. Siapakah yang menyerahkan hak milik tanah Melayu di Genting Highland selama 999 tahun kepada Lim Goh Tong, dan menukar hutan hujan di situ kepada lubuk judi?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO
3. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap kehilangan 50 bilion saham bumiputera sejak merdeka?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO
4. Siapakah yang menyusutkan keluasan tanah rezab Melayu yang ditinggalkan British hampir 50% sejak merdeka?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO
5. Siapakah yang telah menyerahkan Pulau Batu Putih / Tanjung Pagar kepada Singapura baru-baru ini?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO
6. Siapakah yang memberi arahan supaya membunuh orang-orang kampung di Memali, Kedah pada 19 Nov 1985?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO
7. Negeri manakah peniaga / ekonomi Melayu lebih besar dari bangsa lain?
A. Negeri UMNO
B. Negeri PAS (Kelantan)
8. Siapakah yg menghilangkan RM 28 bilion setahun dgn audit negara mencatat audit yg pening kepala ?
A. UMNO/BN
B. PR
9. Siapakah yg me’lego’ telaga minyak pada Berunai berjumlah 300 billion ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO
10. Siapakah merampas Perak ala samseng dan mafia ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO
11. Siapakah yg memberi arah supaya menyumbat ke dalam ISA MP dan rakyat dalam operasi lalang dahulu ?
A. Presiden PAS
B. Presiden DAP
C. Presiden UMNO
12. Siapakah yg selalu menaikan harga barang ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO
13. Siapa yg menolak hukum HUDUD selama ini ?
A. PAS
B. UMNO
14.Siapakah yg memberikan subsidi insentif pada kroni IPP, RM 19 billion tetapi pada rakyat subsidi mahu di hapuskan terus ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO
15. Siapakah yang menghapuskan kekebalan dan kuasa Raja Raja melayu sehinggakan boleh dibicarakan Raja2 di Mahkamah?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO
Dan soalan cepuemas
Siapakah bela lembu dalam kondo?
A. Anwar
B Nik Aziz
C Kak Ijat
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Thu jadi jutawan kerana eksport rambut manusia ke luar negara


 

 19 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

BINH AN, Vietnam - Seorang penduduk kampung di sini, Do Van Thu menjadi kaya selepas dia menjual rambut manusia.

Thu menjadi jutawan dalam tempoh 13 tahun selepas dia memulakan perniagaan menjual rambut manusia sehingga dieksport ke luar negara.

"Pada setiap tahun, keluarga saya mengeksport 50 tan hingga 60 tan rambut ke China.

"Kami membeli rambut di seluruh Vietnam termasuk dari Laos dan Kemboja," katanya yang berusia 50 tahun.

Permintaan untuk mendapatkan rambut itu telah meningkat sejak sepuluh tahun lalu terutamanya daripada golongan wanita muda.

Thu mempunyai sebuah bengkel yang digunakan untuk membersih dan mengumpulkan rambut itu di sini sekali gus memberi peluang pekerjaan kepada penduduk kampung.

"Setiap pekerja saya memperoleh pendapatan AS$140 (RM427) sebulan," katanya.
Jumlah itu tiga kali ganda daripada purata pendapatan penduduk luar bandar di negara ini.

Menurut seorang penduduk kampung ini, Nguyen Van Tam, harga rambut itu adalah antara AS$45 (RM137) hingga AS$250 (RM763) bagi setiap satu kilogram.

Menurutnya, harga tersebut adalah bergantung kepada kualiti rambut. - AFP

Pakatan: GLC negeri boleh urus carigali minyak

19 Zulkaedah 1433H. [MOD] -



PENGKALAN CHEPA: Negeri-negeri pengeluar minyak di negara ini berpeluang mengurus sendiri operasi minyak di perairan mereka melalui syarikat milik kerajaan negeri (GLC) di bawah komitmen baru Pakatan Rakyat.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, perancangan itu boleh menjadi kenyataan apabila Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

“Ini kerana syarikat yang mengurus carigali telaga minyak sekarang ada dimiliki keluarga pemimpin-pemimpin Umno sahaja. Misalnya dua telaga minyak di perairan Kelantan dimiliki syarikat anak Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Di perairan Kelantan masih ada 23 lagi telaga minyak yang belum lagi beroperasi. Setiap telaga minyak dianggarkan bernilai kira-kira RM3 bilion. Jadi bagi mengelakkan telaga minyak tersebut dibolot keluarga pemimpin Umno kerajaan yang ada di Putrajaya sekarang perlu ditukar,” katanya pada ceramah di Putik malam tadi.

Hadir sama Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Program tersebut anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan.

Saifuddin yang juga anggota parlimen Machang berkata, pemimpin-pemimpin Umno begitu kelam kabut apabila ada pihak yang sedia memberi khidmat jet bagi kegunaan pemimpin Pakatan Rakyat ketika sambutan Hari Malaysia di Sarawak baru-baru ini.

Katanya hartawan tersebut membuat tawaran percuma kerana tahu Ketua Pembangkang tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk memberi projek kepada orang terbabit.

Katanya juga Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah ditawar menaiki jet milik keluarga pemerintah Arab Saudi terbang ke Jeddah selepas mendapat rawatan tulang belakang di Jerman setelah dibebaskan di penjara.

“Namun berlainan dengan pemimpin-pemimpin Umno apabila terdapat dakwaan sering menggunakan kemudahan jet dan helikopter milik jutawan yang ada kaitan dengan sesuatu projek milik kerajaan.

“Saya diberitahu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussien dan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman sering menaiki helikopter milik seorang korporat yang mendapat projek besar di Johor,” katanya.

Begitu juga katanya terdapat maklumat pegawai-pegawai  Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dilihat menaiki jet milik seorang jutawan yang mendapat banyak permit import (AP) ketika balik ke Kota Bharu.

Mohamad Sabu pula berkata, PAS sekarang bukan lagi hanya disokong orang Melayu seperti ketika awal penubuhan pada 1951, sebaliknya mendapat sokongan pelbagai kaum dan agama.

Kata beliau pada peringkat awal PAS hanya mampu bertapak di negeri-negeri yang mempunyai bilangan penduduk Melayu ramai seperti Kelantan dan Terengganu.

“Namun sekarang PAS sudah menjalar ke kawasan yang majoriti dihuni orang bukan Melayu. Bermula dari situlah PAS boleh membentuk kerajaan di Kedah yang mempunyai bilangan penduduk bukan Islam melebihi 30 peratus,” katanya.

HARAKAHDAILY/-

831 lokasi pemasangan kamera AES seluruh negara

19 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menyenaraikan 831 lokasi pemasangan kamera AES di seluruh negara.

Menurut portal jabatan itu, lokasi-lokasi tersebut akan dikemaskini dari masa ke semasa dan masih tertakluk kepada kriteria pemilihan sebagai kawasan blackspot

831 lokasi pemasangan kamera AES. Lokasi-lokasi tersebut akan dikemaskini dari masa ke semasa dan masih tertakluk kepada kriteria pemilihan sebagai kawasan blackspot.

HARAKAHDAILY/-

45 tahun tiada dendam

19 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


TERBANG...Kamarul Baharin ketika aktif dalam seni silat gayung.
 
TERBANG...Kamarul Baharin ketika aktif dalam seni silat gayung. 
 
KUALA PILAH: “Berpuluh-puluh tahun saya mencari, namun hanya kini kami dapat bertemu kembali. Saya mahu memohon berbanyak maaf kepadanya,” kata Ab Aziz Othman, 63, yang tak sengaja tertetak kepala Kamarul Baharin Shariff, 67, menyebabkan rakan pesilatnya itu lumpuh separuh badan.

Kejadian yang berlaku 45 tahun lalu itu mengubah keseluruhan hidup Kamarul Baharin apabila dia tidak mampu berdiri dan berjalan, namun nasib menyebelahinya apabila mampu berumah tangga dan hidup bahagia bersama lima anak seperti dipaparkan Harian Metro, semalam.

Insiden antara Ab Aziz dan Kamarul Baharin berlaku ketika kedua-dua mereka yang juga pesilat Silat Seni Gayong Malaysia membuat persembahan untuk siaran televisyen pada 1967.

Sejak kejadian itu, Ab Aziz yang juga bekas jurulatih Silat Seni Gayong Malaysia ‘merajuk’ daripada aktiviti silat dan menghilangkan diri sehingga dia dipertemukan semula dengan Kamarul Baharin oleh Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia, Datuk Adiwijaya Abdullah, baru-baru ini.

METRO/-

Guan Eng gesa Kristian bersuara pada ketidakadilan

19 Zulkaedah 1433H. [MOD] -



Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, penganut Kristian tidak harus berdiam diri walaupun merasakan mereka "tidak bersalah, suci dan tidak terlibat dalam perbuatan salah".

Bercakap di hadapan 300 pemimpin gereja, Lim berkata, walaupun penganutnya bertanggungjawab di hadapan tuhan, penting untuk mereka menyuarakan "keadilan untuk semua" -- slogan yang juga menjadi seruan Pakatan Rakyat.

"Pakatan dinner Lim Guan EngGereja boleh memainkan peranan (menentang ketidakadilan) untuk mewujudkan masyarakat yang lebih kuat," katanya dalam program dialog di negeri itu semalam.

Turut hadir exco negeri Abdul Malik Abdul Kassim, Wong Hon Wai dan Pengerusi Persekutuan Kristian Malaysia, Pulau Pinang Bishop Emeritus Antony Selvanayagam.

Dalam sesi dua jam itu, Lim yang juga setiausaha agung DAP diminta berkongsi cabaran yang dihadapi dalam menangani isu-isu berkaitan gereja sejak mengambil alih pentadbiran negeri pada daripada BN pada 2008.

kelab grennboc/-

Belok kiri walaupun lampu merah

19 Zulkaedah 1433H. [MOD] -




KUALA LUMPUR – Lebih 4.5 juta pengguna jalan raya di ibu kota kini dibenarkan membelok ke kiri di persimpangan lampu isyarat bagi melancarkan aliran trafik serta mengurangkan kesesakan lalu lintas.
Buat permulaan, peraturan itu dilaksanakan di enam persimpangan utama. Enam jalan tersebut ialah Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Parlimen, Jalan Raja Abdullah, Jalan Ampang, Jalan Tun Razak dan Jalan Raja Muda Musa Abdul Aziz.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, peraturan itu yang berkuatkuasakan mulai semalam akan dilaksanakan di jalan-jalan lain di ibu kota jika ia terbukti dapat mengurangkan kesesakan.
Menurutnya, pengguna jalan raya boleh membelok kiri di persimpangan jalan-jalan tersebut walaupun pada waktu itu lampu isyarat menunjukkan warna merah tanda berhenti dengan syarat tiada kenderaan lain atau pejalan kaki melintas di hadapan mereka.

“DBKL telah meletakkan papan tanda di kawasan itu bagi memaklumkan kepada pengguna jalan raya mengenai peraturan baharu itu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan pelaksanaan peraturan itu di sini semalam.

Beliau berkata, peraturan itu dilaksanakan berdasarkan garis panduan dan spesifikasi yang ditetapkan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) dengan mengambil kira keselamatan pengguna jalan raya terutama pejalan kaki.

Sebelum ini, peraturan yang sama telah diperkenalkan di Putrajaya, Kuching dan Kuantan.

berita harian/-

Azan Dikumandangkan Apabila Masuk Waktunya Oleh Ahli Parlimen Mesir

19 Zulkaedah 1433H. [MOD] -



Ketika perbahasan di parlimen Mesir, azan dilaungkan oleh salah seorang ahli parlimen apabila masuk waktu asar & maghrib.

Patut juga dicontohi parlimen Malaysia sebagai amalan perlembagaan Malaysia yang menobatkan Islam sebagai agama rasmi.

Tidak kira dimana-mana jua, tiada alasan untuk kita tidak melaksanakan...

Ambil Iktibar 
 
kelab grennboc/-

Isu kenduri mega KM Melaka dilapor pada SPRM

NONE19 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


 
Pakatan Rakyat hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Melaka berhubung penganjuran kenduri kahwin mega anak kepada Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin mengetuai rombongan yang turut disertai Ketua Pembangkang Melaka Goh Leong San dan timbalan pesuruhjaya PAS negeri Kamaruddin Sidek.

Shamsul berkata, tiga isu dilaporkan kepada SPRM, seperti berikut:

(1) Perbelanjaan RM600,000 untuk walimatulurus itu, seperti dilaporkan The Malay Mail semalam - yang didakwa melebihi kemampuan seorang ketua menteri.

(2) Dakwaan anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar bahawa terdapat penglibatan agensi kerajaan negeri dan kerajaan tempatan dalam penganjuran majlis itu dan dana kerajaan digunakan tanpa bayaran.

(3) Dakwaan penglibatan Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) Datuk Yusof Jantan mempengerusikan persediaan mesyuarat mengenai persiapan hiasan luaran, kebersihan dan logistik majlis itu.

Kenyataan Shamsul direkodkan kira-kira sejam oleh pegawai SPRM.

Ali Rustam semalam dilaporkan menjelaskan kos untuk menganjurkan majlis itu murah namun kelihatan mewah disebabkan jumlah kehadiran - dilaporkan lebih 100,000 orang.

Akhbar itu juga memetik seorang setiausaha Mohd Ali, Datuk M S Mahadevan sebagai berkata, seramai 500 "sukarelawan" tidak dibayar dan penyedia makanan serta perkhidmatan juga berbuat demikian secara percuma.

Sementara The Malay Mail melaporkan Mohd Ali sebagai berkata, kos jamuan itu sebanyak RM600,000 dan bukan RM1.3 juta seperti anggaran pemimpin Pakatan, atau RM13 juta seperti dianggarkan pemimpin DAP Lim Kit Siang.

malaysiakini/-

#TanyaNajib 2013: Ramai pilih dislike dari like

19 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Rakaman sesi Google Hangout #TanyaNajib 2013 yang dimuat naik ke Youtube oleh beberapa pengguna sejak semalam terus memperlihat lebih ramai penonton memilih 'dislike' berbanding yang 'like'.

Pada saluran 'njoiawani', sejumlah 51,432 penonton direkodkan dengan angka dislike sebanyak 11,555 berbanding like iaitu 298.

Saluran  'CliffyTRGx3' pula merekodkan sejumlah 1,653 penonton dengan jumlah 261 dislike berbanding 16 likes.

Najib pada malam 2 Oktober lalu berinteraksi secara langsung dengan rakyat menjawab soalan berkenaan Bajet 2013.

Sebelum ini difahamkan rakaman tersebut turut dimuat naik ke saluran Youtube rasmi Najib tetapi kemudiannya diprivatekan sebelum ianya ditarik balik.

Rekod penonton sebelum ditarik balik memperlihatkan jumlah ‘dislike’ adalah 1,409 dan ‘like’ pula 605.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada penarikan balik itu ada kaitan dengan jumlah dislike yang diterima pada video tersebut atau tidak.

Di saluran Youtube Astro Awani pula, jumlah ‘dislike’ adalah 1,774 berbanding ‘like’ sebanyak 90 dan difahamkan ianya juga telah ditarik balik.

Rakaman video di semua saluran tersebut bukan sahaja memeperlihatkan jumlah dislike lebih tinggi, malah turut diiringi dengan komen-komen kritikan.

Antara lain ramai dikalangan penonton mempersoal tindakan Perdana Menteri yang tidak mahu menyahut cabaran debat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka juga turut mempersoal tindakan Najib yang tiada dalam Dewan Rakyat ketika Anwar membahaskan bajet tersebut Isnin lalu.

harakahdaily/-

PKNS Ambil Tindakan Terhadap NGO Hasut Penduduk

19 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang dikenal pasti terbabit dalam demostrasi di hadapan Ibu Pejabatnya baru-baru ini.

Ketua Pegawai Integriti PKNS, Norita Mohd Sidek berkata, NGO terbabit dilihat memperdayakan penduduk dengan menghasut supaya penduduk membuat tuntutan yang tidak berasas.

Pihaknya percaya penduduk terbabit dipergunakan untuk mencapai agenda tertentu dan menyakinkan mereka kononnya PKNS perlu mengambil alih hutang rumah mereka.

“Sebagai sebuah agensi Kerajaan Negeri yang berpengalaman 48 tahun dalam pembangunan hartanah, PKNS tidak akan sewenang-wenangnya membuat keputusan yang boleh membawa kerugian atau tanggapan negatif terhadap syarikat itu.

“Kami tidak menyalahkan penduduk berkenaan. Mereka sebenarnya diperdayakan NGO-NGO tertentu yang menyakinkan mereka kononnya PKNS perlu mengambil alih hutang rumah mereka.

“Namun, kami ingin menasihatkan semua penduduk perumahan PKNS supaya jangan terperdaya dengan hasutan ini kerana ia adalah tidak benar,” katanya dalam kenyataan media.

Norita menegaskan bahawa PKNS tidak pernah mengeluarkan walau sesen untuk menyelamatkan Talam Corporation seperti mana yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Selain itu, PKNS turut mengingatkan semua penduduk perumahan PKNS agar tidak memberikan maklumat peribadi mereka seperti nama penuh, alamat rumah, nombor kad pengenalan dan nombor telefon kepada NGO terbabit.

“Kami melihat adanya borang yang diedarkan oleh NGO tertentu yang meminta penduduk mengisi maklumat peribadi mereka sebagai desakan kepada PKNS untuk melangsaikan hutang rumah mereka. NGO itu juga dipercayai mengutip RM10 bagi setiap borang.

“Kami tidak mahu maklumat itu akan disalahguna. Jika ada mana-mana penduduk yang keliru mengenai isu ini, sepatutnya mereka datang terus ke PKNS dan kami bersedia untuk menjawab sebarang pertanyaan. Tidak perlu melalui orang tengah atau berdemonstrasi kerana ia hanya akan mengeruhkan keadaan,” katanya.

Baru-baru ini, seramai 350 pembeli rumah PKNS menuntut perbadanan itu mengambil alih hutang rumah mereka yang keseluruhannya berjumlah RM50 juta.


7 negeri catat peningkatan kes denggi

19 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


Putrajaya: Selangor, Sarawak, Terengganu, Melaka, Johor, Pahang dan Sabah mencatatkan peningkatan kes jangkitan demam denggi tertinggi antara 23 hingga 29 September lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman, dalam kenyataan semalam, berkata Selangor mencatat peningkatan 34 kes atau 38 peratus, Sarawak (26 kes atau 81 peratus), Terengganu (13 kes atau 162 peratus), masing-masing dua kes di Melaka dan Johor serta masing-masing satu kes di Pahang dan Sabah. 
 
“Ini menjadikan jumlah kes terbaru demam denggi 390 kes pada minggu ke-39 iaitu meningkat 46 kes berbanding 344 dicatatkan pada minggu sebelumnya.

“Sementara itu, bilangan kes kematian pula meningkat kepada 27 kes atau 17 peratus berbanding hanya 23 kes dalam tempoh sama tahun lalu Januari hingga 29 September tahun ini,” katanya. 
 
berita harian/-

“RASUAH PARASIT KEAMANAN NEGARA”

19 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ :
وَلَا تَأْكُلُوٓا۟ أَمْوَ‌ٰلَكُم بَيْنَكُم بِٱلْبَـٰطِلِ وَتُدْلُوا۟ بِهَآ إِلَى ٱلْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا۟ فَرِيقًۭا مِّنْ أَمْوَ‌ٰلِ ٱلنَّاسِ بِٱلْإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ (البقرة :188)
 اَشْهَدُ اَنْ  لاَ الهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ, اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبـَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنـَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الِهِ وَاَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ اِلىَ يَوْمِ الدِّيْنِ.
اَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله اِتَّقُوْ اللهَ فَاِنَّ اللهَ مَعَ الْمُتَّقِيْنَ.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Saya mengingatkan diri saya dan tuan-tuan sekalian, marilah sama-sama kita tingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dengan cara melaksanakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.   Marilah kita berusaha mencari kehidupan yang diberkati dan diredhai dengan berbekalkan sumber rezeki yang halal. Mudah-mudahan kita berjaya menjadi insan yang beruntung di dunia dan akhirat.

Sidang Jumaat Sekalian,
Rasuah adalah merupakan perbuatan jenayah yang telah menular dalam kehidupan masyarakat. Berdasarkan laporan media cetak dan elektronik, rasuah sudah menular di kalangan pelbagai golongan terutama yang melibatkan pihak yang mempunyai kuasa seperti perkhidmatan awam dan swasta, ahli politik dan orang awam. Rasuah meliputi perbuatan meminta, menawar, menerima suapan atau tuntutan palsu atau menyalahguna jawatan untuk kepentingan diri, keluarga dan pihak-pihak tertentu. Mereka yang terbabit dengan rasuah pula terdiri daripada pelbagai golongan, muda atau tua, lelaki mahupun wanita. Rasuah juga boleh berlaku di mana-mana saja sama ada di tempat sunyi maupun jelas kerana pendinding sebenar perlakuan rasuah adalah taqwa dan iman.
Allah SWT telah menegaskan di dalam ayat yang dibacakan tadi yang bermaksud :
 " dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan janganlah kamu menyogok para hakim supaya kamu dapat memakan sebahagian harta orang lain dengan jalan dosa padahal kamu mengetahui ".
Ayat ini menegaskan kepada kita agar tidak memakan harta orang lain dengan jalan yang salah seperti menipu, pecah amanah dan mungkir janji termasuk menerima rasuah. Lebih-lebih lagi perbuatan menyogok pihak berkuasa bagi tujuan mengambil hak orang lain secara batil. Ia akan mengakibatkan kezaliman kepada pihak yang sepatutnya berhak ke atas harta tersebut.
Muslimin Sidang Jumaat Sekalian,
Rasuah adalah penyakit dalam masyarakat. Sehingga kini, usaha membasmi masih belum menampakkan hasil sepenuhnya, walaupun pelbagai usaha dan kempen dilakukan dari semasa ke semasa.
Menurut statistik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tahun 2011 mencatatkan sebanyak 918 tangkapan berbanding 944 tangkapan pada tahun sebelumnya. Statistik tangkapan 2011 mewakili 323 daripadanya adalah penjawat awam, 145 orang dari sektor swasta, 447 orang awam dan 3 orang dari sektor lain.
Walaupun terdapat sedikit penurunan, namun data ini masih menunjukkan jumlah kes masih berada di tahap yang membimbangkan. Sedar atau tidak, jenayah rasuah telah mengakibatkan kerugian yang besar kepada negara.
Menurut Indeks Persepsi Rasuah (CPI) pada tahun ini, kedudukan Negara kita telah jatuh ke tangga 60 berbanding tangga 56 pada tahun lalu. Kejatuhan ini jelas menunjukkan bahawa usaha memerangi jenayah rasuah ini wajib dipertingkatkan dari masa ke semasa.

Sidang Jumaat sekalian,
Sesungguhnya rasuah boleh menghancurkan negara, tidak kira sama ada ia berlaku di kalangan pihak atasan yang bertindak sebagai pentadbir mahupun golongan bawahan. Setiap yang melakukan rasuah sama ada pemberi, penerima atau yang bersyubehat adalah dianggap sebagai perompak harta rakyat. Berdasarkan pemerhatian, semakin besar pangkat seseorang, maka semakin besarlah peluang untuk terlibat dengan jenayah rasuah dan semakin pintar pula mereka melepaskan diri dari disabitkan dengan jenayah rasuah.
Jika keadaan jenayah rasuah ini terus meningkat, maka akan terancamlah kestabilan politik, ekonomi malah keselamatan negara. Persoalan yang timbul adalah mengapa amalan rasuah ini kerap berlaku?. Sejarah telah membuktikan  bahawa rasuah ini telah wujud semenjak ribuan tahun yang lampau tetapi ianya nampak ketara bermula pada zaman ketamadunan India, China, Mesir, Babilonia, Yunani, Hammurabi dan Romawi kuno. Bahkan ada tamadun yang runtuh akibat rasuah ini.
Al-Quran juga menukilkan kisah cubaan melakukan rasuah yang dilakukan oleh Puteri Balqis kepada Nabi Sulaiman. Bagaimanapun Nabi Sulaiman menolaknya dengan tegas. Peristiwa ini dipaparkan oleh Allah melalui firman-Nya :
وَإِنِّي مُرْسِلَةٌ إِلَيْهِمْ بِهَدِيَّةٍ فَنَاظِرَةٌ بِمَ يَرْجِعُ الْمُرْسَلُونَ (35) فَلَمَّا جَاءَ سُلَيْمَانَ قَالَ أَتُمِدُّونَنِ بِمَالٍ فَمَا آتَانِيَ اللَّهُ خَيْرٌ مِمَّا آتَاكُمْ بَلْ أَنْتُمْ بِهَدِيَّتِكُمْ تَفْرَحُونَ (36) ارْجِعْ إِلَيْهِمْ فَلَنَأْتِيَنَّهُمْ بِجُنُودٍ لاَ قِبَلَ لَهُمْ بِهَا وَلَنُخْرِجَنَّهُمْ مِنْهَا أَذِلَّةً وَهُمْ صَاغِرُونَ (37)
Dan aku hendak menghantarkan hadiah kepada mereka, kemudian aku akan menunggu, apakah balasan yang akan dibawa balik oleh utusan-utusan kita.
Maka apabila (utusan pembawa hadiah itu) datang mengadap Nabi Sulaiman, berkatalah Nabi Sulaiman (kepadanya): Tidaklah patut kamu memberikan kepadaku pemberian harta-benda, kerana apa yang telah diberikan Allah kepadaku lebih baik dari apa yang telah diberikanNya kepada kamu; bahkan kamulah yang bergembira dengan hanya kekayaan yang dihadiahkan kepada kamu (atau yang kamu hadiahkan dengan perasaan megah).
 Kembalilah kepada mereka maka demi sesungguhnya kami akan mendatangi mereka dengan angkatan tentera yang mereka tidak terdaya menentangnya dan kami akan mengeluarkan mereka dari negeri Saba' dengan keadaan hina, menjadi orang-orang tawanan.

Sidang Jumaat yang berbahagia,
Islam menganggap perbuatan menerima dan member rasuah sebagai perbuatan yang jijik dan keji. Sesiapa yang melakukannya dikira fasiq dan berdosa besar, malah mereka akan dilaknat Allah dan Rasul-Nya, malah menerima azab di akhirat kelak. Ibnu Umar meriwayatkan hadis:
الرَّاشِي وَالْمُرْتَشِي فِي النَّارِ
 “Pemberi rasuah dan penerima rasuah akan masuk ke dalam neraka.” (Hadis riwayat al-Tabrani)
Sesungguhnya Islam tetap mengharamkan rasuah dalam apa jua bentuk dan nama. Berhati-hatilah dalam menerima hadiah yang tidak akan diberikan kepada kita jika kita tidak memiliki sebarang jawatan dan kedudukan sebagaimana Saidina Omar Abdul Aziz pernah diberi hadiah sewaktu  beliau menjadi khalifah tetapi ditolaknya. Dikatakan kepadanya : " Rasulullah juga menerima hadiah " maka beliau menjawab, " apa yang diterima oleh Rasulullah itu memang menerima hadiah, tetapi ini buat saya adalah suapan (rasuah).
Rasulullah pernah bersabda dari riwayat Abu Daud yang bermaksud " Barangsiapa yang kaya, berikan pekerjaan dan kami berikan gaji apa yang diambil selebihnya dari itu bererti penipuan.'

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,
Marilah kita mengambil pengajaran dari sikap berhati-hati yang ditunjukkan oleh Khalifah Omar Abdul Aziz, kerana kebanyakan manusia hari ini tidak lagi menapis sumber rezeki mereka, asalkan apa yang diperolehi menguntungkan mereka. Kebanyakan manusia ingin cepat kaya dan menganggap harta kekayaan sebagai matlamat terpenting dalam kehidupan. Lantaran itu mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai matlamat masing-masing.
Di zaman ini menyaksikan masyarakat tidak lagi mengamalkan sifat malu dalam kehidupan seharian mereka, sikap tidak malu ini juga menyumbang kepada berlakunya rasuah, pecah amanah, berdusta dan pelbagai lagi. Mereka tidak malu kepada Allah dan tidak malu kepada masyarakat untuk membuat dosa dan maksiat.
Oleh itu, sebagai mengakhiri khutbah pada hari ini, maka saya ingin menyeru dan mengajak kita semua menjadi manusia hebat dengan menolak amalan rasuah agar kita dapat memastikan:-
1-  Jaminan kesinambungan nasab dan keturunan kita kekal dalam keadaan suci tanpa dinodai dengan unsur yang haram yang hanya dapat dibersihkan dengan api neraka Allah swt.
2-  Meningkatkan kasih sayang dan kepercayaan sesama kita di antara pemimpin dan rakyat, pentadbir dan masyarakat.
3-  Membuktikan bahawa segala ibadat yang kita laksanakan seperti solat, puasa, berzakat dan haji benar-benar diterima oleh Allah sehingga berjaya mencegah kita dari terlibat dengan jenayah dan dosa terhadap Allah.
بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.  

خطبة كدوا

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيَظْهِرَهُ عَلى الدِّينِ كُلِّهِ  وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ ،

أَشْهَدُ أَنْ لاَ ِإِلَــهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى ءَالــِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .

فَيَا عِبَادَ اللهِ ، اِتَّقُوْا اللهَ ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيـَّايَ بِتَقْوَى اللهَ ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ

قَالَ اللهُ تَعَالى :-

 Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Ketahuilah sesungguhnya rasuah adalah perbuatan haram yang boleh mengakibatkan tertolaknya ibadah solat dan ibadah-ibadah kita yang lain. Islam amat menitikberatkan rezeki halal, rezeki yang diperolehi secara rasuah, pecah amanah dan suatu yang negatif adalah haram dan berdosa. Alangkah ruginya kita, disebabkan perbuatan rasuah ibadah dan doa kita menjadi sia-sia, justeru, akan menjauhkan kita daripada mendapat rahmat Allah Subhanahu Wata’ala. Lebih membimbangkan lagi apabila kita tidak segera membanteras  rasuah, nescaya negara kita akan terdedah dengan pelbagai malapetaka dan bencana akibat kemurkaan Allah.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّ اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم .
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الْإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الْإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ ،
اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ ،
وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ. اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ ،
وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ ، اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ ،
وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ ، وَيَا هَازِمَ الْأَحْزَابِ ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ ،
بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.

اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ

رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ .
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالْأِحْسَانِ ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ
وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ .

فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ .

 

Penolong Pengarah
Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Perak.