16 August 2012

Hargai guru SAR, pimpinan negeri beri sumbangan raya

27 Ramadhan 1433H. [MOD] -

PERMATANG PAUH: Seramai 260 orang Guru Sekolah Agama Rakyat (SAR) Daerah Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Tengah (SPT) menerima saguhati sempena Hari Raya Aidil Fitri dari pimpinan kerajaan negeri.

Majlis penyerahan tersebut diadakan di perkarangan Masjid Jamek Kubang, Bukit Mertajam disempurnakan Timbalan Ketua Menteri 1. Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman dan juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), Datuk Saleh Man.

Selain mereka turut menyumbangkan hamper, beras dan wang ringgit ialah Exco Agama dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pulau Pinang, Datuk Abdul Malek Kasim.

Selain guru SAR, majlis semalam turut meraikan golongan miskin dengan pemberian hamper dan beras serta wang ringgit.

Rata-rata guru yang dtemui merasai syukur kerana adanya bantuan tersebut dapat meringankan bebanan mereka.

Saleh Man berkata, kerajaan negeri sentiasa menghargai jasa guru-guru SAR dan berharap agar mereka meneruskan usaha mereka mendidik anak bangsa menjadi insan yang bertaqwa sekaligus menjadi pewaris kepimpinan yang cemerlang di mas depan.

"Sumbangan ini sebagai penghargaan daripada Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat atas usaha mereka yang tidak jemu mendidik anak bangsa.

harakahdaily/-

Gempar jumpa ikan naga laut

27 Ramadhan 1433H. [MOD] -

KUALA NERUS – Seorang nelayan di Kampung Pengkalan Maras, Mengabang Telipot, di sini, gempar dengan penemuan bangkai ikan naga laut atau Oarfish berukuran kira-kira 2. 4 meter yang ditemui terdampar di pantai berkenaan pagi 13 Ogos lalu.

Bagaimanapun, spesies ikan dalam bahasa saintifiknya 'Regalecus Russelii' bukan kali pertama ditemui terdampar di perairan berkenaan, sebaliknya ia merupakan penemuan kedua selepas penemuan pertama tiga tahun lalu.

Menurut Kurator Institut Oseanografi & Sekitaran (Inos) Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Azwarina Mohd Azmi Ramasamy, pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan ikan berkenaan oleh seorang nelayan, Awang Alwi, 41.

“Kebiasaannya spesies ikan laut dalam berkenaan ditemui di perairan cetek jika berpenyakit atau tersesat, di mana ia makan secara menegak dengan memuncungkan mulutnya dan ia jarang ditemui.

“Justeru ikan yang memiliki badan pipih panjang menyerupai naga ini akan diawet untuk kajian lanjut dan menjadi sampel rujukan di Pusat Rujukan dan Repositori laut Chian Selatan, Inos,” katanya.

Menurutnya, penemuan ikan berkenaan bukan sesuatu yang luar biasa kerana sebelum ini spesies ikan berkenaan telah dilaporkan beberapa kali ditemui di perairan Pantai Timur.

sinar harian/-

Bayi terjatuh ke dalam lubang

27 Ramadhan 1433H. [MOD] -

SEORANG anggota bomba menyelamatkan bayi berusia 14 bulan dari lubang itu.

HARBIN, China - Seorang bayi yang terjatuh ke dalam sebuah lubang di sebatang jalan raya di sini telah diselamatkan oleh anggota-anggota bomba kelmarin.

Bayi berusia 14 bulan itu dan terjatuh ke dalam lubang tersebut yang terbentuk dengan tiba-tiba pada pukul 4 petang waktu tempatan di Jalan Liaoyang.

Lubang tersebut sedalam 10 meter.

Menurut beberapa saksi, mereka melihat sebilangan orang turut terjatuh ke dalam lubang tersebut.

Mangsa-mangsa yang cedera itu dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Punca kejadian masih disiasat. - Agensi

Susulan 2 maut disambar petir: Ibu reda dengan ketentuan Ilahi

27 Ramadhan 1433H. [MOD] -

MARANG - Sehidup semati. Demikianlah kisah persahabatan dua sepupu yang berakhir dengan tragedi menyayat hati apabila kedua mereka meninggal dunia sejurus disambar petir secara serentak di Kampung Kubu di sini, semalam.

Sebahagian badan kedua-dua kanak-kanak terbabit, Tuan Ahmad Salihin Tan Ibrahim, 8, dan sepupunya, Tuan Mohd Azhar Tuan Sulaiman, 9, hangus dengan kesan terbakar termasuk mata kedua-dua mangsa juga menjadi hitam.

Kejadian di Felda Chador, Kampung Kubu kira-kira jam 2.30 petang itu menyebabkan dua sahabat baik itu meninggal dunia di tempat kejadian sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Pengkalan Berangan di sini, oleh bapa salah seorang mangsa terbabit.

Ibu kepada Tuan Ahmad Salihin, Norhayati Mohd Nor, 37, ketika ditemui berkata, anaknya bersama anak saudaranya, Tuan Mohd Azhar, 9, mengikut suaminya, Tan Ibrahim Tan Senik, 51, mencari kerbau dan lembu di kawasan felda berkenaan.

Menurut Norhayati, anaknya baru sahaja pulang dari sekolah terus mengikut suaminya yang mengambil upah mencari lembu dan kerbau di kawasan felda itu untuk dibawa pulang dan diserahkan kepada seorang pemilik yang mengupahnya.

“Masa itu hujan kebat, kedua mereka berlindung di bawah pokok sawit manakala suami saya dan rakannya berada tidak jauh dari mereka. Sejurus dentuman guruh dan kilat menyambar mengenai mereka menyebabkan mereka melambung dan terus senyap.

“Suami saya yang berada tidak jauh bergegas mendapatkan mereka sebelum mendapati kedua mereka sudah tidak lagi bergerak dia (suami) kemudiannya membawa mereka keluar dari situ,” katanya.

Menurutnya, suaminya dengan dibantu seorang rakannya yang juga merupakan pemilik ternakan yang diburu di kawasan itu kemudiannya membawa dua kanak-kanak malang terbabit keluar dari kawasan itu menggunakan dua buah motosikal.

Ketika ditanya kenangan terakhir sebelum kejadian itu, kata Norhayati, anaknya tidak menunjukkan sebarang kelakuan pelik sebaliknya teruja untuk menyambut ketibaan Syawal kerana kelengkapan raya telah pun dibeli.

“Apa yang menyayat hati saya adalah mereka berdua baru sahaja membeli selipar baru yang sama, saiz selipar itu juga sama, warnapun sama tetapi akhirnya mereka tidak dapat mengayakan selipar itu pada hari mulia yang akan menjelang tidak lama lagi,” katanya.

Dalam pada itu, ibu Tuan Muhammad Azhar, 9, Tengku Rosmawati Raja Ibrahim, 38, yang ditemui, bagaimanapun memaklumkan, anaknya kelihatan berbeza berbanding hari biasa dan bersikap manja sejak seminggu sebelum tragedi itu berlaku.

“Sedar sahaja daripada tidur setiap pagi, dia pasti ada di sebelah, boleh dikatakan jika dia ada di rumah, dia selalu ingin berada dekat dengan saya. Sepanjang bulan Ramadan ini juga, dia selalu ikut saya ke surau untuk solat Tarawih.

“Sebelum kejadian itu, saya ada terdengar dia (Tuan Mohd Azhar) ingin turut serta mencari kerbau di padang dalam kawasan felda itu, tetapi memandangkan dia ke sana bersama bapa saudaranya, saya tidak jadi menghalang,” katanya.

Katanya, mereka berdua memang rapat sejak kecil, jika tidak anaknya ke rumah sepupunya itu akan datang ke rumah kami dan keakraban mereka berdua mungkin juga disebabkan usia mereka yang hampir sebaya.

Tengku Rosmawati berkata, pakaian raya untuk anak-anak telah siap kesemuanya, hanya tunggu masa untuk disarungkan sahaja lagi, selain selipar yang sama, baju Melayu berwarna ungu juga tidak sempat dipakai oleh arwah bagi menyambut Syawal kali ini.

Bagaimanapun kedua-dua ibu malang ini reda dengan ketentuan Ilahi dan takdir yang menimpa anak kesayangan mereka. Bagi mereka mungkin ada hikmah di sebalik kejadian yang menimpa walaupun sungguh berat hati untuk menerima kenyataan.

Sementara itu, Ketua Polis Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya, berkata, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing untuk dikebumikan.

“Kes ini diklafikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

sinar harian/-

Kenderaan cermin gelap sasaran JPJ Kelantan

27 Ramadhan 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan akan tingkatkan pemeriksaan kenderaan menggunakan cermin gelap dalam 'Ops Raya' sempena sambutan Aidilfitri kali ini.

Pengarahnya, Abdul Ghani Che Kassim berkata dalam operasi permulaan yang dijalankan dari 8.30 malam hingga 12 tengah malam tadi, pihaknya mengeluarkan 36 notis melalui borang 61(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kepada pemilik kenderaan supaya menanggalkan lapisan filem yang tidak mematuhi peraturan pemasangan cermin gelap.

"Mereka diarahkan membuat pemeriksaan semula di pejabat JPJ dalam tempoh 10 hari bagi memastikan mereka mematuhi arahan itu," katanya kepada Bernama selepas melancarkan 'Ops Raya' di Kampung Chicha, Jalan Pasir Puteh-Kota Bharu di sini, malam tadi.

Abdul Ghani berkata jika gagal berbuat demikian, saman akan dikeluarkan terhadap pemilik kenderaan terbabit, dan boleh dikenakan kompaun sehingga RM300.

Operasi bersepadu yang diketuai Abdul Ghani turut melibatkan 13 kakitangan Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan masing-masing enam daripada Jabatan Alam Sekitar dan JPJ.

Abdul Ghani berkata dalam operasi itu pihaknya turut memeriksa 358 motosikal dan mengenakan saman terhadap 25 penunggang kerana pelbagai kesalahan termasuk tidak mempunyai lesen memandu, cukai jalan dan tidak memakai topi keledar.

Dua motosikal diarah dibawa ke pejabat JPJ kerana pemiliknya mengubah suai ekzos. - Bernama

Malunya aku bila LGE cakap seperti ini !!

27 Ramadhan 1433H. [MOD] -

DAP Tidak Akan Sesekali Menghasut Rakyat Bukan Islam Untuk Menentang
Hudud Dan Bersikap Bencikan Islam dan DAP Bukan Parti Anti Islam Sebagaimana
Seperti apa yang di tuduh oleh Sesetengah Pihak".

KM LIM GUAN ENG

Cina pun boleh berkata macam ini malu la wahai umat melayu cop keris terlanjang

harakahdaily/-

Dicekup berjudi di kubur

27 Ramadhan 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU - Memalukan! Tiga warga emas antara lima ditahan ketika asyik bermain judi daun terup di tanah perkuburan Cina, Jalan Pusara, di sini, petang kelmarin.

Namun, perbuatan mereka tidak menghormati Ramadan itu menerima pembalasan apabila dijatuhi hukuman denda RM2,000 atau dua bulan penjara jika gagal menjelaskan denda oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Hukuman itu dijatuhkan selepas kesemua tertuduh, Ibrahim Embong, 69; Ghazali Embong, 60; Mohd Zaid Ibrahim, 56; Wan Ahmad Wan Sembak, 60; dan Abu Bakar Embong, 66, dari Kuala Terengganu mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Kesemua mereka mengaku bermain judi daun terup dengan bertaruh wang tunai di pondok rehat kawasan tanah perkuburan Cina, Jalan Pusara, di sini, kira-kira jam 3 petang kelmarin.

Dengan itu, mereka mengaku melakukan kesalahan memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor L Rathna di hadapan Majistret Noradila Ab Latif manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, sepasukan anggota Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis daerah Kuala Terengganu yang sedang melakukan rondaan di kawasan tanah perkuburan itu melihat lima lelaki duduk bersila di atas lantai kira-kira jam 3 petang kelmarin.

Ketika itu, mereka sedang menghadap sekeping kad manila berwarna oren dipercayai leka bermain judi daun terup dan cuba melarikan diri sebaik melihat kehadiran polis.

Bagaimanapun, kesemua mereka berjaya ditahan selepas berlaku pergelutan dan polis turut merampas sekeping kad manila, 52 keping daun terup, dua kotak daun terup yang belum digunakan dan tunai RM330 yang digunakan mereka untuk melakukan kegiatan tidak bermoral itu

sinar harian/-

Vila atas bumbung pasar raya

27 Ramadhan 1433H. [MOD] -

EMPAT vila unik yang dibina di atas Plaza Antarabangsa Jiutian di Zhuzhou, China.

BEIJING: Di sesebuah bandar raya yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi, tanah boleh menjadi komoditi yang terlalu sukar diperoleh.

Namun, bagi penghuni vila luar biasa di bandar Zhuzhou di Hunan, tanah tidak lagi menjadi halangan kepada mereka. Disebabkan tiada kawasan lapang sesuai untuk dibangunkan rumah mewah yang lengkap dengan kawasan lapang, pemaju membina kediaman unik itu di atas bumbung sebuah pusat beli-belah.

Dikenali sebagai Plaza Antarabangsa Jiutian, bangunan itu menempatkan satu daripada pasar borong kasut paling terkenal di wilayah itu. Pemaju kemudian merancang dan membina secara teliti empat vila di atas bangunan lapan tingkat itu sehinggakan tidak ramai yang menyedari kewujudannya.

Ketika ini, ia dianggap vila paling hebat di China.

Zhuzhou adalah bandar kedua terbesar di Hunan - selepas Changsha - dan menjadi pusat perindustrian penting di wilayah berkenaan.

Perindustrian di situ tertumpu kepada penghasilan logam, mesin, bahan kimia dan bahan binaan. Bandar itu didiami hampir empat juta penduduk dan lebih daripada 800,000 daripadanya tinggal di empat daerah bandar pusat.

Zhuzhou juga digelar sebagai pusat lokomotif China kerana menjadi pengeluar utama gerabak kereta api kelajuan tinggi. Sejak lima tahun lalu, harga hartanah di bandar raya itu meningkat lebih tiga kali ganda. Menurut sebuah laman sesawang, vila berkenaan dimiliki empat ahli perniagaan terkaya di China. - DM

Tender semula untuk lupuskan hutang NFCorp?

27 Ramadhan 1433H. [MOD] -

(Tiga menteri yang dikaitkan dengan skandal NFC)

KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan membuat proses tender semula terhadap NFC dibimbangi bakal melupuskan RM250 juta hutang keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dalam kenyataannya berpendapat tindakan menjalankan proses tender kali kedua untuk melantik kontraktor baru adalah satu muslihat untuk melupuskan hutang NFCorp sebanyak RM250 juta tanpa disedari oleh rakyat Malaysia melalui satu lantikan kontraktor baru.

Datuk Seri Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 13 Ogos 2012 membuat kenyataan bahawa proses tender semula NFC sedang berjalan memandangkan kekusutan dan liabiliti kewangan membabitkan NFCorp yang dimiliki keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil masih belum diselesaikan.

Menurut Rafizi, sehingga kini, Datuk Seri Najib Tun Razak masih belum mengesahkan perkara-perkara berikut:

1. Bahawa pembekuan aset yang diumumkan pada 14 Januari 2012 dahulu telah berjaya mengutip kembali semua perbelanjaan yang melanggar tujuan asal pemberian dana oleh kerajaan dari NFCorp, termasuklah memindahmilikkan aset-aset kondominium yang dibeli;

2. Dapatan dari audit oleh sebuah pasukan audit bebas yang diumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga kini masih belum dibentangkan kepada rakyat;

3. Bahawa NFCorp akan membayar setiap satu sen dari RM250 juta dana rakyat yang digunakan sebelum ini apabila projek tersebut diberikan kepada kontraktor baru yang dilantik kerajaan.

"Saya berkeras bahawa kerajaan tidak boleh melantik kontraktor baru sehinggalah ketiga-tiga perkara yang disenaraikan di atas telah dilaksanakan, terutamanya perkara (3)," kata beliau dalam kenyataannya.

Bagi beliau, adalah menjadi tanggungjawab ketiga-tiga orang menteri, iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak (sebagai individu yang mempengerusikan jawatankuasa tender yang menganugerahkan kontrak kepada NFCorp), Tan Sri Muhyiddin Yassin (sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada ketika itu) dan Datuk Seri Noh Omar (sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika skandal dibongkar) untuk mendapatkan jaminan peribadi (personalguarantee) setiap anggota keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil bahawa dana awam RM250 juta akan dikembalikan sepenuhnya.

Melalui jaminan peribadi ini, katanya, sekiranya mereka gagal membayar dana awam RM250 juta itu apabila lantikan mereka sebagai kontraktor kepada projek ini ditamatkan, maka kerajaan wajarlah menyita apa-apa harta mereka untuk membayar balik dana tersebut.

"Saya tidak yakin bahawa ketiga-tiga menteri terbabit komited untuk mengutip kembali dana awam tersebut melihatkan tindakan mereka selama ini yang berdolak-dalih.

"Oleh sebab itu, saya berpendapat tindakan menjalankan proses tender kali kedua untuk melantik kontraktor baru adalah satu muslihat untuk melupuskan hutang NFCorp sebanyak RM250 juta tanpa disedari oleh rakyat Malaysia melalui satu lantikan kontraktor baru," katanya.

Beliau menyeru Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan perkara-perkara berikut:

1. Bahawa tidak akan ada sebarang hutang NFCorp yang akan dilupuskan dan NFCorp perlu membayar sepenuhnya RM250 juta melalui jaminan peribadi;

2. Bahawa tidak akan ada suntikan dana baru ke dalam projek NFC ini walaupun kontraktor baru dilantik kerana dana sedia ada sebanyak RM250 juta perlu digunakan dan diperolehi dari NFCorp terlebih dahulu; dan

3. Bahawa tidak ada sebarang lantikan baru akan dibuat sehinggalah dana RM250 juta dikutip sepenuhnya.

Kegagalan Datuk Seri Najib Tun Razak melaksanakan ketiga-tiga perkara ini, katanya, akan mengukuhkan lagi pandangan rakyat bahawa Umno/Barisan Nasional cuba sedaya upaya melindungi Datuk Seri Shahrizat Jalil dan keluarganya.

harakahdaily/-

Polis Pulau Pinang tumpu rondaan di 10 kawasan risiko jenayah

27 Ramadhan 1433H. [MOD] -

KEPALA BATAS: Polis Pulau Pinang akan menumpukan rondaan di 10 kawasan panas yang kerap berlaku jenayah bagi membendung jenayah di negeri ini semasa cuti perayaan Aidilfitri ini.

Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata antara kawasan yang kerap berlaku jenayah ialah Jelutong, Jalan Patani, Pulau Tikus, Mak Mandin dan Butterworth.

"Sepuluh kawasan 'hotspot' berkenaan akan diadakan rondaan dengan lebih kerap bagi memastikan tidak berlaku jenayah supaya orang ramai tidak perlu bimbang nak beraya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program konvoi Singgah Sahur anjuran Pemuda Umno Kepala Batas, di sini awal pagi ini.

Konvoi berkenaan singgah di 10 balai polis di sekitar daerah Seberang Perai Utara dan Plaza Tol Sungai Dua bagi menghantar makanan untuk anggota polis yang bertugas bersahur.

Sehubungan itu, Abdul Rahim berkata hanya 10 peratus daripada 5,817 pegawai dan anggota polis di negeri ini bercuti pada Hari Raya tahun ini manakala selebihnya terbabit dalam 'Ops Selamat" dari 12 hingga 26 Ogos bagi memastikan kelancaran lalu lintas dan kadar jenayah dapat dibendung.

Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pemuda Umno atas keprihatinan mereka dengan menghantar makanan untuk sahur dan hamper kepada anggotanya dan menurutnya program seumpama itu mampu mengeratkan hubungan antara polis dan masyarakat.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Bahagian Kepala Batas Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata program itu adalah acara tahunan bagi menghargai jasa dan tugas anggota polis yang sentiasa menjaga keselamatan negara.

"Program ini merupakan manifestasi untuk mengzahirkan sebagai tanda terima kasih di atas pengorbanan pihak polis dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab menjaga ketenteraman awam selama ini," katanya. - Bernama

Sheikh Mahmud Syam kunjungi Presiden PAS

27 Ramadhan 1433H. [MOD] -

(Ustaz Hadi bergambar dengan Sheikh Mahmud dan anaknya)

MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menerima kunjungan bekas imam Masjid Al-Aqsa Sheikh Mahmud Syam di rumahnya pagi ini.

Sheikh Mahmud, bekas pensyarah Universiti Ghaza dalam rangka lawatan ke Terengganu menghabis masa kira-kira setengah jam dengan Presiden PAS di rumahnya.

"Kami berbicara hampir setengah jam berkaitan isu semasa Gerakan Islam seluruh dunia," kata Ustaz Hadi dalam facebooknya.

Turut serta dalam pertemuan itu adalah anak Ustaz Hadi yang juga Exco Pemuda PAS Pusat, Mohamah Kholil Abdul Hadi.

Sheikh Mahmud sudah beberapa kali datang ke Malaysia dalam misi dakwahnya dan menerangkan perkembangan terkini berlaku di Palestin.

Sebelum ke Terengganu, beliau berada di Kuala Lumpur dan sempat memberikan tazkirah di beberapa buah surau dan masjid.

harakahdaily/-

Menteri digesa dedah perjanjian tanah IPD Brickfields

27 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar hari ini mendesak Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menjelaskan secara terperinci mengenai pemberian tanah bekas tapak ibu pejabat polis daerah (IPD) Brickfields, Kuala Lumpur.

Nurul Izzah berkata, beliau menuntut penjelasan berhubung pertukaran tanah, terma dan kos yang dilakukan oleh pemaju Syarikat Primamuda Holdings Sdn Bhd bagi mendapatkan tanah tersebut.

"Menteri juga perlu menggantikan balai polis tersebut bagi memenuhi keperluan penduduk Brickfields.

"Sebarang kekurangan merupakan satu pengkhianatan kepada orang awam," katanya pada sidang media semasa melakukan lawatan ke bekas tapak ibu pejabat daerah (IPD) Brickfields di ibu negara pagi ini.

malaysiakini/-

TERKINI!!! Seorang lagi pemimpin BN hilang kelayakan jadi Ahli Parlimen tapi bukan kerana sertai PR

27 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Kota Kinabalu: Ahli Parlimen Labuan, Datuk Yussof Mahal, diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi Labuan pada 7 Ogos lalu, sekali gus boleh menyebabkannya hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen.

Notis kebankrapannya diiklankan dalam sebuah akhbar tempatan, kelmarin dan rujukan boleh dibuat di laman web carian e-insolvensi www.insolvensi.gov.my. Notis dikemukakan Pengarah Insolvensi negeri, Leo Anak Saga, itu menyebut permohonan bagi mengistiharkan Yussof sebagai muflis dibuat di Mahkamah Tinggi Labuan pada 24 Mei lalu dan perintah penghukuman dibuat terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Labuan, Selasa lalu.

Ia turut mengarahkan hutang harus dibayar Yusoff perlu dijelaskan kepada Pengarah Insolvensi negeri di alamat Cawangan Kinabalu, Aras Lima, Blok A, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, Jalan Sulaman Ukas, 88450, Kota Kinabalu.

Sementara itu, Yussof, 55, ketika dihubungi berkata, beliau belum boleh memberi ulasan berhubung perkara itu.

“Saya akan berbincang dengan peguam mengenainya,” katanya, semalam.
Pada pilihan raya umum 2008, Yussof yang bertanding atas tiket BN menang kerusi Parlimen Labuan selepas menewaskan calon PAS, Matusin Abd Rahman dan calon Bebas, Lau Seng Kiat.KedahKini

Bank Standard didenda RM1.08 bilion

27 Ramadhan 1433H. [MOD] -

IBU pejabat bank Standard Chartered di London, Britain kelmarin.- Agensi

NEW YORK – Standard Chartered didenda AS$340 juta (RM1.08 bilion) kerana berurus niaga dengan beberapa pelanggannya dari Iran.

Denda itu dikenakan oleh pihak berkuasa Perkhidmatan Kewangan New York selepas bank berkenaan dituduh menyembunyikan 60,000 transaksi berjumlah AS$250 bilion (RM796.62 bilion) dengan beberapa klien Iran selama lebih 10 tahun.

Standard Chartered beribu pejabat di London.

Penyelesaian tersebut jauh lebih ringan berbanding hukuman berat yang menjadi kebimbangan para pelabur sebelum ini.

Mereka khuatir pihak berkuasa perbankan Amerika Syarikat (AS) iaitu Jabatan Perkhidmatan Kewangan akan membatalkan lesen Standard Chartered di New York.

Antara klien Iran yang didakwa terlibat dalam skandal itu termasuk Bank Pusat Iran dan Bank Nasional Iran.

Kedua-duanya dituduh Washington sebagai membantu Iran membina senjata nuklear dan membiayai keganasan.

Berdasarkan terma penyelesaian dengan pihak berkuasa berkenaan, Standard Chartered bersetuju menempatkan seorang pegawai antipenggubahan wang haram selama dua tahun di cawangan bank berkenaan di sini.

Standard Chartered juga akan melantik beberapa juruaudit dalaman bagi memeriksa sama ada bank berkenaan mematuhi sekatan-sekatan AS berhubung operasinya dengan Iran.

“Standard Chartered sebelum ini menawarkan AS$5 juta (RM15.63 juta) untuk menyelesaikan isu tersebut, jelas sekali, penyelesaian ini jauh lebih tinggi,” kata penganalisis firma Morningstar, Erin Davis.

Menurutnya, denda AS$340 juta itu tidak akan mendatangkan impak yang besar ke atas kedudukan kewangan bank berkenaan.

Pada separuh pertama tahun ini, Standard Chartered melaporkan keuntungan berjumlah AS$3.95 bilion (RM12.58 bilion).

Sementara itu, sebuah kumpulan pelobi AS menyatakan hukuman yang dikenakan ke atas bank berkenaan terlalu ringan.

“Mana-mana institusi kewangan yang didapati melanggar sekatan Iran sepatutnya dibatalkan lesennya di AS,” kata kumpulan itu dikenali sebagai Barisan Penentang Nuklear.

Sejak sedekad lalu, AS dan sekutu-sekutunya telah melaksanakan sekatan ke atas beberapa bank Iran, institusi dan individu dalam usaha menghentikan program senjata Iran.

Persoalan tentang senjata nuklear Iran menjadi isu panas menjelang pilihan raya Presiden AS pada November depan dengan beberapa kumpulan berpengaruh memberikan tekanan kepada Presiden Barack Obama supaya bertindak lebih tegas terhadap Iran. - AFP

11 mayat ditemui di taman negara Kazakhstan

27 Ramadhan 1433H. [MOD] -

ASTANA - Polis di Kazakhstan membuka siasatan kes pembunuhan terhadap penemuan 11 mayat di kawasan pergunungan dan kaki bukit di pedalaman negara.

Menurut polis, kesemua mayat yang ditemui di Taman Negara Ile-Alatau berdekatan Almaty, Selasa lalu dalam keadaan luka ditikam berkali-kali dari pelbagai sudut.

Menteri Dalam Negeri, Baurzhan Mukhamadzhanov berkata sebahagian mangsa yang temui itu adalah renjer, rakan perniagaan dan beberapa petugas taman negara berkenaan.

"Bagaimanapun, polis masih belum menemukan motif sebenar kejadian," kata Mukhamadzhanov.

Dalam satu kenyataan berasingan, tiga daripada 11 mayat telah dikenal pasti iaitu seorang lelaki warga Eropah dan dua wanita selain mendapati kesemua barang kemas termasuk wang tunai yang ada pada mangsa yang ditemui tidak diusik pembunuh.

Taman negara Ile-Alatau terletak di bahagian cerun pergunungan kawasan utara Tien Shan di sempadan Kyrgyzstan dan menjadi kawasan pelancongan negara sejak 1990.

sinar harian/-

Seksyen 114A: Najib terus 'flip-flop'

27 Ramadhan 1433H. [MOD] -

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus bersikap 'flip-flop' dalam tindakannya dan terbaru mahu mengkaji semula Seksyen 114A, Akta Keterangan 1950 yang telah diluluskan.

Bercakap pada, pada sidang media di Ibu Pejabat PKR semalam, Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat Dr Hatta Ramli (gambar) berkata, apa yang berlaku itu akibat kerajaan tergesa-gesa meluluskan lapan rang undang-undang dalam masa sehari pada persidangan perlimen lalu.

Ekoran itu, apabila ia hendak dilaksanakan, rakyat bangkit membantah dan Najib terpaksa mengeluarkan kenyataan untuk mengkaji semula.

"Najib terus bersikap flip-flop dalam tindakannya membuat keputusan terutamanya dalam 114A Akta Keterangan yang mana kita lihat beliau ingin pertimbangkannya semula.

"Jika sebelum ini Akta Pilihanraya telah ditarik balik setelah kelulusan diberikan maka ia berulang kembali setelah mendapat tekanan dari rakyat," jelasnya.

Menurut Dr Hatta lagi, kelulusan yang dilakukan secara tergesa-gesa terhadap akta tersebut tanpa sebarang perbincangan yang terperinci lebih mendorong kepada kelemahan serta menjejas kewibawaan beliau sebagai Perdana Menteri.

Pakatan sebelum itu menyokong kempen Internet Blackout yang dijalankan oleh Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) Malaysia kelmarin.

"Tindakan bersepadu oleh sebahagian besar rakyat yang perihatin semalam telah memberi tekanan kepada kerajaan untuk meneliti semua akta tersebut.

"Kita mahu kerajaan lebih perihatin dalam setiap perkara terutamanya yang melibatkan rang undang-undang kerana ia melibati semua pihak," kata beliau lagi.

Seksyen 114A merupakan pindaan terbaru terhadap Akta Keterangan 2012 yang diwartakan pada 31 Julai lalu.

harakahdaily/-

Myanmar: Najib kena belajar dari PM Turki

27 Ramadhan 1433H. [MOD] -

(Anwar sedang menyampaikan tazkirah Ramadhan di Masjid Taqwa, Bertam Indah, Kepala Batas.)

KEPALA BATAS: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak patut lantang dan berani bersuara mengatakan bantahan terhadap kerajaan Myamar sebagaimana Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan yang berani berbuat demikian apabila berlakunya penindasan terhadap masyarakat Islam Rohingya.

Demikian kata Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan takzkirah Ramadhan di Masjid Bertam Indah, Kepala Batas semalam.

Beliau mengulas kenyataan PM Turki, Reccep Toyyib Erdogan yang mengecam pembunuhan umat Islam Mnyanmar di samping menghantar isteri dan menteri luarnya ke sana bagi melihat sendiri penderitaan umat Islam Roghingya.

Ini tidak sambung Anwar, Najib hanya berani berhadapan dengan pembangkang dalam negeri tetapi takut bersuara terhadap negara luar yang bertindak zalim terhadap Umat Islam.

"Malaysia adalah anggota Pertubuhn Persidangan Islam (OIC) serta The Association Southeast Asean Nations (ASEAN) ada hak untuk bersuara sebagaimana Perdana Menteri Turki yang memberi amaran Kerajaan Myanmar agar jangan membunuh Umat Islam di negara itu sekiranya tidak mahu melihat kebangkitan mereka menjatuhkan pemerintah yang ada, "tegasnya.

Sebaliknya, Najib sekadar bersuara tidak boleh masuk campur hal ehwal negara luar dan biarkan pemerintahan di Myanmar berleluasa dalm tindakan mereka.

OIC juga lambat bertindak sehingga pemerintahan di Myanmar tidak gentar untuk mendengar teguran OIC, katanya yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Katanya, peranan OIC seolah tiada sengat lagi bukan sahaja terhadap Myanmar malahan Palestin dan negara Arab lain yang diancam pembunuhan Umat Islam secara berleluasa.

"Jika Malaysia lantang bersuara besar kemungkinan Myanmar sedikit sebanyak akan akur demi memelihara keharmonian, kesejahteraan dan persahabatan yang sudah terjalin sekeIian lama, " terangnya.

harakahdaily/-

Warga Jerman bejaya dikeluarkan dari Taman Negara

27 Ramadhan 1433H. [MOD] -

KUANTAN — Tiga lelaki Jerman yang mengalami masalah ketika melakukan ekspedisi ke Gunung Tahan Taman Negara, Jerantut berjaya dikeluarkan dari kawasan itu lewat semalam.

Seorang daripada mereka, Christian Andres, 19, mengalami kesukaran bernafas dan dihantar ke Hospital Jerantut, manakala nama dua lagi rakyat Jerman itu belum diperoleh.

Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Azid Ismail berkata pelancong Jerman berkenaan tiba ke Taman Negara pada 10 Ogos sebelum memulakan ekspedisi ke Gunung Tahan keesokannya.

“Pada 13 Ogos, ekspedisi yang menggunakan khidmat seorang pemandu pelancong itu mula mengalami masalah apabila seorang daripada warga Jerman berkenaan kebas pada kedua-dua kaki dan tangan selain kesukaran bernafas.

“Mereka cuba mendapatkan bantuan dengan menghubungi polis lewat petang semalam bagi mengeluarkan mereka dari hutan itu,” katanya.

Beliau berkata ekoran itu usaha menyelamat dengan menggunakan helikopter bomba cuba dilakukan, bagaimanapun pendaratan di Gunung Pangkin pagi semalam gagal.

Mereka berjaya dikeluarkan pada pukul 6.30 petang semalam melalui darat oleh pasukan penyelamat, katanya. — BERNAMA

Puluhan korban serangan bom

27 Ramadhan 1433H. [MOD] -

KABUL - Sekurang-kurangnya 37 orang terbunuh dan 80 cedera dalam satu siri serangan bom berani mati di Zaranj, wilayah aman Nimroz yang bersempadan dengan Iran, kelmarin.

"Penyerang meletupkan diri mereka di tengah-tengah kawasan pasar yang sesak serta dipercayai menyasarkan orang awam dan bukan kumpulan kerajaan," kata Gabenor Abdul Karim Barahawi.

Seorang daripada tiga penyerang yang dikenal pasti sebagai ahli kumpulan 11 meletupkan dirinya di luar sebuah hospital berdekatan.

"Polis percaya kumpulan ini mahu mewujudkan satu stimulasi serangan di seluruh bandar," kata ketua polis wilayah, Mujibullah Latifi.

Dalam pada itu, seramai sembilan orang terbunuh di timur negara selepas penyerang meletupkan bom tangan, semalam.

Polis memberitahu, punca kedua-dua serangan yang meragut nyawa penduduk awam itu masih kabur tetapi mengesahkan bom berkenaan diletupkan berhampiran sebuah masjid dan pengkalan tentera Amerika Syarikat semasa waktu solat Subuh.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 54 terbunuh selepas terlibat dalam serangan pengeboman sejak dua hari lalu.

sinar harian/-

Hudud pada malam Lailatul Qadr

27 Ramadhan 1433H. [MOD] -

1) Hukum jenayah Hudud dibezakan daripada hukum jenayah yang lain kerana sebutannya secara jelas di dalam al-Quran. Ia tiada campur tangan akal manusia bagi menentukannya demi kemaslahatan dan kebaikan manusia. Ia hukuman langsung daripada Allah.

Oleh sebab agama itu adalah demi kemaslahatan manusia, maka sebutan hudud yang jelas di dalam al-Quran memberi makna bahawa hukum hudud itu penuh dengan kebaikan dan kemaslahatan untuk manusia di dunia dan akhirat.

Ini adalah iman orang yang beriman kepada al-Quran. Kejelasan kebaikan dan kemaslahatan hukum itu mungkin dilihat melalui penjelasan al-Quran sendiri, ataupun dibiarkan saja manusia menerokainya dengan akal mereka agar pengkajian dan pengamatan itu menjadi satu kecantikan dalaman dan ibadah berfikir yang menyeronokkan dan menenangkan iman.

Justeru, penjelasan mengenai hukum hudud akan menghasilkan suatu yang pasti iaitu keindahan hukum jenayah Islam. Tiada sebarang pernyataan al-Quran terhadap sesuatu kecuali telah ditemui ketepatan, kebenaran dan kebaikannya untuk kehidupan manusia.

Walaupun ramai yang masih gagal melihatnya, tetapi telah terbukti semakin ramai pula yang mula melihat kembali kegelojohan awal dan akhirnya, akur dengan kehebatan hukum Islam yang sentiasa memperagakan kesyumulan, kesempurnaan, kesederhanaan dan kehadirannya di zaman moden ini, bahkan di sepanjang zaman.

2) Perlu difahami bahawa segala hukum Allah di dunia adalah untuk mendidik dan mengembalikan manusia kepada-Nya dengan taubat. Jika dia tetap enggan kembali dan taubat, maka hukum tersebut berguna untuk orang lain meneladani dan menginsafinya. Kesakitan di dunia bukan kesakitan di akhirat. Di dunia, kita menjadi sedar dan insaf, lalu kembali. Di akhirat nanti, hukuman dan kesakitan sudah tidak berguna lagi. Tiada lagi pintu taubat.

Hatta, kejadian bala tuhan di dunia seperti tsunami dan gempa, ia masih menonjolkan kebaikan agar manusia kembali kepada Allah dan tidak lalai. Begitulah hukuman Allah ke atas sesuatu, contohnya hukum hudud yang disebut jelas oleh Allah di dalam al-Quran, ia mengandungi seribu hikmat demi kemaslahatan dan kebaikan manusia di dunia dan akhirat juga.

Perhatikan sebagai contoh, dunia tahu bahawa arak dan zina adalah satu keburukan yang besar yang mengundang pelbagai masalah masyarakat dan kehidupan. Tetapi manusia barat dan dunia bukan Islam gagal menyekatnya kerana nafsu yang tidak terhalang. Justeru, mereka membiarkannya, bahkan berusaha menjustifikasikan kebaikannya dengan pelbagai nama, lambang dan helah. Tetapi lihatlah kerosakan yang berlaku kerana keduanya tidak dapat dibendung lagi. Manusia hilang keturunan, maruah, akal dan sering berperang dek hati menjadi keras kerana fungsi akal yang kalah kepada gejolak nafsu.

Allah mengetahui kesukaran manusia membendung penyakit ini. Dengan iman kepada keburukannya sekalipun, umat Islam akan tetap berselisih mengenai hukuman ke atasnya. Di situlah al-Quran campur tangan dengan menetapkan beberapa hukum dan hukum itulah dinamakan hudud.

Zina yang jelas dan cukup bukti sebagaimana tuntutan al-Quran dihududkan. Zina yang samar pembuktiannya dihukum takzirkan, iaitu diserah kepada undang-undang negara dan hakim memutuskannya. Apabila hudud terlaksana, pesalah yang dihukum dan masyarakat yang melihatnya akan merasai hukuman Allah sedang berlaku dan saat itu, ketakutan dan hubungan dengan agama menjadi hidup dan segar di dalam sanubari dan jiwa yang beriman. Mereka tidak berdendam dan kecewa kerana mahkamah hanya melaksanakan ketetapan tuhan yang maha adil dan penyayang.

3) Berbalik kepada dakwah dan seruan kepada hukum hudud, ia perlu difahami melalui beberapa dimensi;

Pertama, ia adalah satu kewajiban agar masyarakat Islam kembali kepada hukum Allah. Ia dinyatakan secara jelas di dalam al-Quran bahawa umat Islam tiada pilihan lain ke atas sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah. Sebarang perlanggaran merupakan perlanggaran terhadap iman dan merosakkannya.

Justeru menyeru pemerintah Islam agar melaksanakan hukuman Islam adalah kewajiban umat. Ia adalah pernyataan dan tanda iman seseorang kepada kekuasaan Allah. Pemerintah dan umat adalah berdosa jika mereka saling menyembunyikannya, malah melebihkan hukuman akal manusia ke atas hukum Allah.

Kedua, ia adalah demi kemaslahatan dan kesejahteraan negara yang ditimpa pelbagai masalah kronik disebabkan jenayah masyarakat yang tak terbendung seperti zina, curi, arak dan lain-lain. Ia bukan hanya merosakkan agama, bahkan masyarakat hidup dalam ketakutan akibat jenayah curi, rompak, bunuh, buang bayi dan pelbagai lagi yang begitu menular.

Telah terbukti dalam sejarah perlaksanaan undang-undang sepanjang zaman, hukum hudud Islam dapat menyelesaikan masalah masyarakat dengan mudah, konsisten dan membina sekali.

Justeru, perlu difahami bahawa seruan kepada perlaksanaan hukum hudud adalah satu jalan terbaik ke arah pembinaan sebuah negara moden yang lebih dinamik dan harmoni untuk semua lapisan masyarakat.

Ketiga, ia adalah sejajar dan bersekali dengan kewajiban seruan kembali kepada Islam yang syumul dan sempurna. Keadilan dan kehebatan Islam hanya terserlah dengan sempurna apabila Islam dilaksanakan sepenuhnya di dalam semua aspek kehidupan.

Islam memperagakan kehebatannya melalui sentuhan ajaibnya di dalam seluruh medan dan genre kehidupan. Ia memperkenalkan kekuatan dan keadilannya di dalam aspek sosial, pendidikan, sains, ekonomi, politik, undang-undang, hiburan, kesihatan, bahasa, kesusasteraan, hubungan antara kaum sehinggalah hubungan diplomatik dan politik dunia yang bergerak laju. Hukuman hudud mengambil salah satu sudut pembinaan itu iaitu pembinaan masyarakat melalui pengubatan ke atas jenayah masyarakat yang mesti dihalang daripada merebak dan merosakkan kemajuan fizikal dan spiritual negara.

Justeru, adalah salah sama sekali jika seruan kepada hukuman jenayah hudud Islam itu dilihat secara bersendirian tanpa seruan kepada aspek kesempurnaan Islam yang lain, seolah-olah Islam itu kesempurnaannya hanyalah pada hukum hudud semata-mata. Ia salah sebagaimana juga salahnya seruan ke arah keadilan Islam tanpa memasukkan elemen keadilan undang-undang Islam di dalam seruan tersebut.

Keempat, ia bukan seruan yang meliputi rakyat non muslim. Walaupun hukum hudud adalah untuk keadilan sejagat di dunia ini, tetapi tiada elemen paksaan ke atas rakyat bukan Islam. Sebagaimana mereka tidak dipaksa masuk Islam, solat, puasa dan sebagainya, begitulah mereka tidak boleh dipaksa dengan ketetapan hukum hudud yang bukan hanya disyarakkan untuk kebaikan di dunia, malah untuk maksud kejayaan di akhirat dan bertujuan menguji ketundukan iman setiap muslim juga.

Justeru, hukuman kesalahan jenayah berkaitan hendaklah ditentukan oleh negara dalam hukum sivil yang diterima mereka. Malah, mereka pula diberi hak untuk menerima hukum hudud tersebut atau sebaliknya dan berbeza hukuman dengan masyarakat Islam. Masyarakat Islam pula tiada pilihan selain berhukum dengan hukuman agama mereka.

4) Berhadapan tentangan pelbagai pihak terhadap perlaksanaan hukum hudud, samada oleh kelompok ‘berpenyakit’ daripada kalangan umat Islam sendiri atau daripada majoriti non muslim yang masih keliru, beberapa kefahaman awal perlu diterapkan agar dapat memudahkan lagi ke arah penyelesaian berjangka pendek dan panjang.

Pertama, kekeliruan umat Islam terhadap hukum hudud adalah berpunca daripada kefahaman dan penyakit sekularisme barat yang membarah secara jelas selepas penjajahan barat ke atas negara-negara umat Islam. Ia bukan hanya isu umat Islam di Malaysia, bahkan ia adalah isu umat Islam sejagat yang secara terang menolak sistem dan hukum Islam di dalam pemerintahan.

Maka penentangan umat berpenyakit ini bukanlah suatu yang pelik. Penyakit yang dibawa penjajah barat ini memerlukan rawatan penuh kesabaran dan hikmat. Tetapi ia bukanlah suatu yang baru. Bukankah Islam itu sendiri adalah ubat dan penawar? Seorang doktor sentiasa berwibawa untuk mengubati penyakit yang dipakarinya. Islam adalah pakar di dalam semua penyakit manusia.

Dakwah ke arah hukum hudud terus dilaksanakan bersekali dakwah ke arah perlaksanaan Islam yang syumul dan komprehensif. Tanpa henti dan tanpa ketakutan. Hasilnya, daripada suara minoriti pejuang Islam, hari ini sambutan dan keinginan umat Islam untuk kembali kepada hukum Islam semakin kuat dan mencipta majoriti dengan izin Allah.

Hanya pemerintah negara yang menjadi punya penyebaran penyakit sekularisme sahaja yang masih berperanan aktif menolak hukum hudud. Ia hanyalah cerita pencuri yang enggan hukuman berat ke atas pencuri dilaksanakan. Ia mudah difahami.

Kedua, untuk lebih berwibawa dan mudah diterima, seruan ke arah perlaksanaan hukum hudud perlulah diselarikan dengan seruan ke arah penyelesaian Islam yang menyeluruh terhadap segala masalah negara. Aspek keadilan Islam melalui hukuman jenayah hudud akan lebih mudah difahami jika jalan penyelesaian Islam di dalam aspek-aspek lain turut diketengahkan.

Justeru, perbincangan penyelesaian Islam haruslah melampaui perbincangan berlegar hudud semata-mata. Para pendakwah mestilah mesra di dalam berbicara mengenai penyelesaian Islam di dalam aspek ekonomi, sosial, pendidikan, hiburan dan pelbagai lagi. Mereka perlukan menonjolkan kehebatan pensyariatan zakat, waqaf, ekonomi tanpa riba, kemartabatan wanita, sosial tanpa pergaulan bebas, kekeluargaan, kesenian, hiburan Islam dan lain-lain lagi. Islam perlu ditonjolkan dengan alternatif daripadanya yang menarik.

Dengan itu, seruan ke arah perlaksanaan hukum hudud akan lebih difahami dengan baik dan memikat hati masyarakat sama ada muslim atau non muslim sekalipun.

Ketiga, adalah salah menerima seruan sesetengah pihak daripada kalangan cerdik pandai moden muslim agar seruan ke arah perlaksanaan hukum hudud diketepikan atau ditangguhkan atau dibekukan terlebih dahulu, sebaliknya diketengahkan aspek kebaikan dan keadilan umum Islam agar lebih memikat semua pihak.

Seruan ke arah ini mengajak para pendakwah agar menumpukan kepada maqasid syar’iyah atau matlamat umum pensyariatan hukum Islam yang adil. Menurut gelombang ini, oleh kerana hukuman hudud penuh kontroversi, mengundang perdebatan dan sukar diterima oleh dunia moden hari ini, wajarlah penbincangan, bahkan perlaksanaan ini diketepikan terlebih dahulu dan ditumpukan seruan kita kepada perbincangan mengenai keadilan umum Islam di dalam politik, ekonomi, sosial dan sebagainya.

Seruan ini ditolak dari tiga sudut;

3.1 Ia bukan daripada sunnah dakwah para rasul. Rasulullah SAW sendiri tidak merujuk di dalam seruan dakwah baginda kepada persoalan mudah dan payah. Baginda bermula dengan seruan akidah tauhid, satu seruan yang paling sukar diterima masyrakat jahiliyah berbanding seruan ke arah keadilan sosial, akhlak dan hak kekeluargaan.

Persoalan mendahulukan yang mudah ke atas yang payah hanyalah melibatkan teknik untuk menarik perhatian ke arah memahami Islam yang syumul dan ia sesekali tidak membantutkan, melengahkan, membekukan dan menangguhkan seruan ke arah Islam yang syumul, sama ada mudah difahami atau sebaliknya.

Ertinya, dakwah kepada Islam mestilah berjalan serentak agar mudah difahami dan tidak mengelirukan.

3.2 seruan ke arah Islam mestilah jelas dan terang. Adalah salah disembunyikan aspek yang berat dan sukar demi menarik sokongan masyarakat, terutama daripada kalangan non muslim kepada Islam. Dakwah jenis ini akan menyebabkan Islam difahami secara salah.

Akan wujud kelompok yang memuji Islam dalam aspek tertentu sahaja seperti soal hak-hak asasi dan kebebasan, tetapi mencela Islam di dalam soal-soal lain yang gagal difahami kerana diketepikan perbincangannya seperti hukum faraid yang membezakan pewarisan harta antara lelaki dan perempuan, pengehadan pergaulan antara jantina dan juga persoalan hukum hudud.

Keadaan mungkin menjadi parah jika mereka rasa tertipu saat memberikan sokongan kepada Islam kerana penerangan keadilan Islam yang terpilih dan mudah sahaja.

3.3 sebagaimana seruan dakwah kepada keadilan hukum hudud mestilah diteruskan, begitu juga perlaksanaannya mestilah dilakukan setelah kekuasaan pemerintahan diperoleh tanpa ditangguh dan dibekukan.

Kerana itu, walaupun hudud masih disangsikan di negeri-negeri lain, tetapi ia mesti dilaksanakan di Kelantan selepas sokongan rakyat dan kekuasaan penuh diperoleh. Menanti sehingga seluruh rakyat Malaysia menerima hukum ini adalah kesalahan dan perlanggaran terhadap hak Allah yang mewajibkan hukuman-Nya dilaksanakan sebgai bukti iman dan ketaatan hamba-Nya kepada-Nya.

Para ulama memperincikan persoalan ini dengan dalil yang jelas bahawa hukum hudud tidak boleh ditangguhkan perlaksanaannya saat tiba masanya. Apapun, artikel ringkas ini tidak akan memperincikannya di sini.

Keempat, kekeliruan non muslim terhadap perlaksanaan hukum hidup bukanlah suatu yang sukar difahami.

Perhatikan sebab-sebab berikut secara ringkas. Pertama, pengetahuan mereka mengenai Islam sendiri agak rendah. Justeru mereka memerlukan masa yang lebih lumayan untuk diberikan penjelasan.

Kedua, maklumat mereka mengenai undang-undang Islam terlalu naif, apatah parti pemerintah muslim sendiri tidak pernah memartabatkan undang-undang Islam dalam sistem pemerintahan negara. Malah, sebaliknya gambaran negatif pula yang diberikan.

Ketiga, kekeliruan mereka bahawa sebuah negara Islam akan membawa kesan buruk kepada kebebasan dan keadilan terhadap masyarakat non muslim.

Keempat, kalangan umat Islam yang berpenyakit terutama pemerintah sering menakut-nakutkan mereka dengan isu negara Islam.

Kelima, dunia dakwah terhadap non muslim dan dialog antara agama di negara kita agak ketinggalan dan kurang digerakkan secara lebih padu dan sistematik.

Justeru, adalah salah untuk mengatakan bahawa selama-lamanya masyarakat non muslim akan menolak hukum hudud yang tidak pun melibatkan mereka. Ia hanya ketakutan sementara yang boleh diatasi melalui penerangan yang berterusan dan sistematik.

5) PAS sebagai sebuah parti politik Islam yang menerajui seruan ke arah perlaksanaan hukum Islam yang menyeluruh, termasuk hukum hudud berhadapan isu-isu berkaitan dan perlu membina pendirian yang jelas mengenainya agar dimanfaati dengan baik oleh seluruh rakyat.

Pertama, seruan ke arah perlaksanaan hukum Islam adalah secara demokratik. Rakyat dan kuasa undi merekalah yang akan menentukan masa depan perlaksanaan syariah di negara kita. Ini adalah cara dan seruan yang sah di sisi undang-undang negara dan sistem demokrasinya.

Kedua, PAS, di dalam seruannya ke arah perlaksanaan hukum hudud, bersandar teguh kepada hukum agama yang mewajibkan umat Islam hidup berpandukan hukum syariat demi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Justeru, asas seruan PAS cukup gagah, jelas dan wajib. Ia sesekali bukan seruan sekadar menarik undi politik, bahkan ia adalah kewajiban dan amanah dakwah.

Ketiga, seluruh umat Islam, apatah jentera dakwah masyarakat wajib menyokong dan bersama PAS menyeru kepada perlaksanaan hukum Islam yang menyeluruh. PAS menginsafi sesetengah kelompok dakwah yang masih meragui kesungguhan PAS yang sejak sekian lama berjuang ke arah Islam yang syumul dan terus berharap agar mereka meredakan pertikaian yang tidak bermanfaat tersebut.

Keempat, Umno mestilah menyedari bahawa mereka begitu ketinggalan di dalam usaha dakwah kembali kepada Islam. Mereka bertanggung jawab melemahkan keinginan umat untuk kembali kepada Islam. Penentangan dan sekatan-sekatan yang berterusan membuktikan mereka berdolak-dalih, bahkan mengambil jalan berlawanan dengan aspirasi umat yang ingin kembali kepada ugama.

Kelima, DAP yang masih menentang perlaksanaan hukum hudud sama ada secara keras atau lembut, bukanlah penyebab utama terbantutnya usaha ke arah perlaksanaan sistem undang-undang Islam. Hubungan PAS dengan DAP di dalam Pakatan Rakyat telah banyak membantu PAS meyakinkan non muslim dengan kebenaran dan keadilan hukum Islam. Jika secara rasminya mereka masih menolak, tetapi ramai di antara mereka (non muslim) yang mula menerima dan tidak menentang perlaksanaannnya ke atas masyarakat Islam.

Oleh itu, pertikaian dengan DAP bukanlah suatu yang di luar jangkaan PAS. Di atas premis inilah, PAS membina jambatan perbincangan dengan masyarakat non muslim. Umno berusaha membakarnya.

Keenam, penyebab utama, di samping sebab-sebab lain, lambatnya penerimaan masyarakat terhadap hukum hudud adalah Umno. Daripada kata-kata buruk terhadap hukum-hukum Islam oleh para pemimpinnya sehinggalah amaran bertulis oleh Tun Dr Mahathir kepada kerajaan negeri Kelantan suatu ketika dulu, semua itu memberi kesan negatif yang menakutkan masyarakat untuk menerima hukum dan syariat Islam secara menyeluruh.

Ketujuh, PAS akan terus menyeru kepada perlaksanaan syariat Islam yang menyeluruh. Ia adalah keadilan, kesaksamaan dan keharmonian yang diimpikan oleh rakyat seluruh negara. Jika majoriti umat Islam dan walau sedikit daripada non muslim berjaya memberi sokongan majoriti kepada PAS, maka ia adalah pembuka pintu besar kepada kedaulatan Islam di negara tercinta. Umno sepatutnya merasa malu dengan sikap mereka sendiri yang mencemarkan kesucian syariat Islam.

Hari ini, sokongan kepada perlaksanaan hukum hudud dan syariat Islam semakin bertambah. Anak-anak muda dan generasi baru mula melihat keindahan Islam yang tidak dapat dihalang lagi. Paling menarik, masyarakat non muslim, di sebalik kehangatan perbincangan, semakin terbuka untuk bertanya dan berbicara mengenai Islam dan kesaksamaan syariatnya.

Adapun Karpal Singh itu, maka ia adalah.. adapun Tun Dr Mahathir itu..

Apa beza? Ya, agama bezanya. Saya tidak bertanya soal agama. Saya tanya soal penentangan mereka terhadap hukum hudud.

Justeru hujah-hujah yang dihulurkan kepada Karpal Singh, itulah yang dihulurkan buat Tun Mahathir. Jika Karpal Singh terus menentang, apa bezanya dengan Tun? Bahkan apa bezanya dengan Mmno? Bahkan lagi, perhatikan, selama mana DAP menentang hudud, udara keruh berjerebu itu akan dihirup segamaknya oleh Umno.

Siapa boleh menghalang PAS? Allah bersama orang-orang yang membantu agama-Nya. Jika anda mahu bersama Allah, maka PAS sentiasa mahu bersama Allah. Mengapa kita harus berbeza? Undilah PAS untuk hukum hudud, hukum Islam, syariat Islam dan keadilan Islam yang agung.

http://nikabduh.com

MB beri sumbangan hamper kepada pesakit

27 Ramadhan 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, meluangkan masa melawat dan menyampaikan hamper sempena Hari Raya Aidilfitri kepada pesakit di Hospital Raja Perempuan Zainab ll, semalam.

Turut mengiringi Tuan Guru, Timbalan Pengarah HRPZ ll, Selasawati Ghazali, Pakar Orthopedic, Dr Zainuddi Mat Zahari serta pegawai perubatan yang lain.

Tuan Guru ketika ditemui memberitahu, Islam mengajar penganutnya menziarahi pesakit, bagi mengembalikan kegembiraan mereka.

Katanya ini, kerana orang sakit telah putus hubungan dengan kesihatan yang telah mengembirakan jiwanya selama ini.

Jadi tambahnya, untuk menimbal kelemahan jiwa, umat Islam diminta melawat orang sakit sama ada mereka itu anak-anak, orang dewasa atau orang tua.

“Saya selaku ketua kerajaan serta mewakili rakyat Kelantan bersimpati pada orang sakit," katanya.

Pandu cermat

Sementara itu, beliau turut mengingatkan anak Kelantan di perantauan yang mula pulang ke kampung halaman hari ini agar berhati-hati dalam perjalanan.

“Saya selalu nasihatkan agar perkara ini tidak berlaku, kerana bahaya kalau kita terkejar-kejar, nak cepat dan sebagainya,” ujarnya lagi.

Semalam, beliau turut mengumumkan keputusan kerajaan negeri mengeluarkan arahan agar semua lori mengangkut bijih besi, batu batan, pasir dan kayu balak di semua laluan di negeri ini dihentikan bermula empat hari sebelum hari raya dan empat hari selepas hari raya.

Tuan Guru berkata, tindakan itu dibuat untuk mengurangkan kesesakan jalan raya serta kemalangan jalanraya khususnya di laluan utama itu.

Beliau memberitahu, tahun ini buat pertama kalinya kerajaan negeri mengeluarkan larangan itu dengan tujuan untuk mengurangkan kesesakan.

HARAKAHDAILY/-

Saya tidak gesa keluar parti - Nik Aziz

27 Ramadhan 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan beliau mengeluarkan kenyataan menggesa sesiapa keluar dari parti seperti yang dikeluarkan oleh sebuah portal semalam.

Apa yang beliau katakan hanya tidak hairan jika mana-mana tokoh mahu keluar parti sebagaimana bekas Presiden PAS, Datuk Asri Muda dahulu.

"Soal keluar parti bergantung kepada individu itu sendiri atau keputusan PAS Pusat.

"Apa yang saya nyatakan hanyalah saya tidak hairan jika mana-mana tokoh mengambil keputusan untuk keluar dari parti," kata Tuan Guru Nik Aziz dalam kenyataan ringkasnya hari ini.

Beliau mengulas berita sebuah portal yang melaporkan berita dengan tajuk 'Nik Aziz: Lebih baik Nasha keluar PAS'.

Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Akhbar beliau, Fadli Shaari kepada Harakahdaily.

Bismillah, saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan menggesa sesiapa keluar dari parti seperti yang dilaporkan oleh portal-portal tertentu.

Soal keluar parti bergantung kepada individu itu sendiri atau keputusan PAS Pusat.

Apa yang saya nyatakan hanyalah saya tidak hairan jika mana-mana tokoh mengambil keputusan untuk keluar dari parti.

Dalam hal kontroversi yang melibatkan pemimpin PAS yang dikatakan bersama-sama pemimpin UMNO di Mekah, saya tidak mahu membuat apa-apa komen.

Pada saya, sikap saya sudah jelas dan semua pihak sudah memahaminya....

HARAKAHDAILY/-

كجيأن حاصيل ككاغن هوى نفسو

27 Ramadhan 1433H. [MOD] -

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ،
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ،
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَِلله ِالْحَمْدُ
اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا، وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً.

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ أَنْزَلَ عَلَى عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَلْ لَهُ عِوَجًا.
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.
وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ وَنَصَرَهُ وَوَالاَهُ. أَمَّا بَعْدُ.
فَيَا عِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ، وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.
واهي همب-همب الله،

برتقواله كيت كفد الله دغن سبنر-بنر تقوى، دان جاغنله كيت ماتي ملأينكن دالم كادأن كيت بنر-بنر سباضاي اورغ-اورغ إسلام.

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَِلله ِالْحَمْدُ،
سيدغ حاضرين سكلين،

عيد الفطري دنضارا كيت فد تاهون اين ماسيه دسمبوت دالم سواسان سمبوتن هاري اولغ تاهون كمرديكأن نضارا. كضمبيرأن مثمبوت ا شوال دان كمرديكأن نضارا اداله ساتو نعمة الله كفد كيت سموا. تيدق سموا أومة اسلام دسلوروه دنيا دافت مراسإي كدوا-دوا كضمبيرأن ترسبوت سباضايمان يغ كيت راسإي فد هاري اين. مك كمرديكأن نضارا دان كضمبيرأن هاري رايا عيد الفطري اين واجب كيت فرتاهنكن سلاضي حياة دكندوغ بادن.

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَِلله ِالْحَمْدُ،
سيدغ حاضرين سكلين،

ممفرتاهن دان مغحياتي كمرديكأن تيدق بوليه دساماكن دغن ممفرتاهنكن لوضو دان تيما سمبوتن كمرديكأن يغ دتتفكن. ممفرتاهنكن كمرديكأن ممرلوكن كإخلاصن دالم ممبواغ سضالا فونخا كموركأن الله يغ موغكين مثببكن الله مناريق كمبالي كمرديكأن يغ تله دبريكنث كفد كيت. مراعيكن عيد الفظري مستي برلندسكن شريعة الله سرتا ممبواغ سضالا فونخا لعنة الله يغ اكن منجادي سبب اونتوق كيت ترخمفك كنراك الله.

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَِلله ِالْحَمْدُ
مسلمين يغ درحمتي الله سكلين،

دانتارا قيصه تربإيك يغ ممافركن كجايأن يغ دخافاي اداله قيصه نبي الله يوسف يغ منجادي مغسا حسد دغكي، دندم كسومت دان ايري هاتي اديق براديقث سنديري. بلياو دخمفق كدالم فريضي سهيغضا دسلامتكن اوليه قبيلة فداضغ لالو دباوا كنضري مصر دان دجوال كفد كلوارض اَلعَزِيْز، فمبسر كراجأن مصر كتيك ايت. عقيبة روفا فارسث يغ امت مناون استري اَلعَزِيْز تله ضاضل مغاول نفسوث دان خوبا مغضودا نبي يوسف. فرمان الله سبحان وتعالى :

وَلَقَدْ هَمَّتْ بِهِۦ ۖ وَهَمَّ بِهَا لَوْلَآ أَن رَّءَا بُرْهَـٰنَ رَبِّهِۦ ۚ كَذَ‌ٰلِكَ لِنَصْرِفَ عَنْهُ ٱلسُّوٓءَ وَٱلْفَحْشَآءَ ۚ إِنَّهُۥ مِنْ عِبَادِنَا ٱلْمُخْلَصِينَ ﴿٢٤﴾ وَٱسْتَبَقَا ٱلْبَابَ وَقَدَّتْ قَمِيصَهُۥ مِن دُبُرٍۢ وَأَلْفَيَا سَيِّدَهَا لَدَا ٱلْبَابِ ۚ قَالَتْ مَا جَزَآءُ مَنْ أَرَادَ بِأَهْلِكَ سُوٓءًا إِلَّآ أَن يُسْجَنَ أَوْ عَذَابٌ أَلِيمٌۭ ﴿٢٥﴾ -سورة يوسف.

دان وانيتا ايت بركإيغينن ساغت كفداث، دان يوسف جوض ﴿موغكين اكن﴾ تيمبول كإيغينن ترهادف وانيتا ايت، كالاوله دي تيدق مثداري كثاتأن توهنث ﴿يغ مغحرامكن فرزنأن﴾. دان دمكينله كامي جاوهكن يوسف دري كبوروقكن دان فربواتن كجي، كران سسوغضوهث دي دري همبا-همبا كامي يغ إخلاص. دان كدواث بركجارن كفينتو لالو وانيتا ايت مناريق باجو يوسف دري بلاكغ هيغض كويق، لالو ترسرمفقله كدواث دغن سوامي وانيتا ايت دموك فينتو. وانيتا ايتوفون لنتس بركات : تياد بالسن باضي اورغ يغ بربوات جاهت ترهادف استريمو ملإينكن دفنجاراكن اتاو دكناكن عذاب يغ مثيقساكن.

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَِلله ِالْحَمْدُ،
مسلمين مسلمات يغ درحمتي الله،

الله منجلسكن بهاوا كاخلاصن همباث ترهادف الله اداله فكتور ترفنتيغ يغ ممفو مغهالغ مأنسي دري ترجبق كدالم كموركأن الله. مأنسي افابيلا عقلث سوده دكواسإي نفسو اكن سغضوف ملاكوكن اف سهاج. ماله افابيلا مراسا ترسفيت، مأنسي سغضوف ممفتنة دان مثالهكن اورغ لاين دمي منوتوفي كسالهنث سنديري.

اد كتيكاث كيت فرلو مميليه كسوكاران دان فندريتأن اونتوق مندافتكن كريضأن الله. نبي الله يوسف تله مميليه فنجارا باضي مثلامتكنث دري ضودأن نفسو وانيتا-وانيتا دبندر مصر.
قَالَ رَبِّ ٱلسِّجْنُ أَحَبُّ إِلَىَّ مِمَّا يَدْعُونَنِىٓ إِلَيْهِ ۖ وَإِلَّا تَصْرِفْ عَنِّى كَيْدَهُنَّ أَصْبُ إِلَيْهِنَّ وَأَكُن مِّنَ ٱلْجَـٰهِلِينَ ﴿٣٣﴾

يوسف بركات: "واهاي توهنكو! اكو لبيه سوك دفنجارا دري اف يغ اكو دسرو أوليه فرمفوان-فرمفوان ايت كفداث. دان جك اغكاو تيدق منجاوهكن درفداكو تيفو داي مريك، موغكين اكو اكن خندروغ كفد مريك، دان اكو فستي اكن ترضولوغ دكالغن اورغ-اورغ يغ بودوه".

بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.

خطبة كدوا

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ ، اللهُ أَكْبَرُ ،
اللهُ أَكْبَرُ ، اللهُ أَكْبَرُ ، اللهُ أَكْبَرُ ،
اللهُ أَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ.

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُوْنَ.
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكَ عَلَى حَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَذُخْرِنَا وَقُدْوَتِنَا وَأُسْوَتِنَا مُحَمَّدٍ إِمَامِ الْمُتَّقِيْنَ وَقَائِدِ الدُّعَاةِ الْمُجَاهِدِيْنَ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ سَارَ عَلَى نَهْجِهِ وَجَاهَدَ جِهَادَهُ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ. أَمَّا بَعْدُ.
فَيَا عِبَادَ اللهِ، أُوْصِيكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُونَ. وَتَزَوَّدُوْا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى.
مسلمين دان مسلمات يغ درحماتي الله سكلين،

برتقواله كفد الله تعالى دغن سبنر-بنر تقوى. سسغضوهث برجاياله اورغ-اورغ يغ برتقوى ددنيا دان دآخرة. خاريله بكالن، كران سسغضوهث بكالن يغ تربأيك اياله برتقوى كفد الله.
فد هاري راي عيدالفطري يغ مليا اين، كيت بركمفول درومه الله انتوق ممبسركن الله، برتحميد دان برتكبير مننداكن كشكوران يغ تيدق ترهيغض كفد الله يغ تله مغورنياكن نعمة ايمان دان اسلام. كيت جوض برشكور دان برضمبيرا كران برجاي منجالني ساتو عبادة، يأيت عبادة فواس يغ فنوه دغن اوجيان. دهارفكن بضيتوله جوض دغن عبادة-عبادة لأين يغ كيت لقسناكن دغن فنوه كإخلاصن كفد الله.

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَِلله ِالْحَمْدُ،
سيدغ حاضرين سكلين،

دسباليق حق كيت مراعيكن عيد الفطري دان مغنغ كمرديكأن نضارا، سسوغضوهث اد امانه دان تغضوغجواب يغ دببنكن دأتس كفالا كيت. سباضاي خليفة الله دموكا بومي، كيت واجب ممستيكن بهوا دنيا اين دتدبير مغيكوت كتنتوان الله دان اياث هاث بوليه دلقسناكن اوليه مريك يغ ممهامي دان مياقيني شريعة الله.
سسوغضوهث نفسو سنتياس اكن مغاجق مأنسي ملاكوكن كجاهتن. مأنسي يغ برجاي دان ممفو مميمفين مأنسي كأره كجايأن اداله مريك يغ دبري رحمة اوليه الله كران كجايأن مريك مغكغ هاوا نفسو. دالم فرجواغن منضقكن كبنرن ادكالاث كيت ترفقسا منمفوه برباضاي فندريتأن سام ادا دخاخي دان دهينا، دفتنة دان دأدو دومبا، دبلاسه دان دفنجارا.

جك كيت برجاي مغكغ هاوا نفسو، مك كيت برحق منونتوت سسواتو أمانه باضي مثلامتكنث درفد تروس برادا دتاغن ضولوغن يغ دكواسإي نفسو. اينله يغ ممباوا كجايأن كفد نبي يوسف يغ اخيرث دلانتيق سباضاي منتري كواغن نضارا يغ كمدينث مثلامتكن نضارا سلوروهث.

خصوص بوات أنق-أنق مودا دفرانتاون !
باثق لاضي توضس دان أمانه يغ سفاتوتث كيت لاكوكن تتافي سلاما اين كيت ابايكن بضيتو سهاج. كباثقكن كيت ماسيه لاضي باليك ككمفوغ سمات-مات أونتوق ملفسكن كريندوأن ترهادف كمفوغ هالامن دان برسوكاريا برسام كلوارضا دان صحابة هانداي. دالم ماس يغ سام كيت ممبياركن سهاج كأدأن دكمفوغ سباضيمان بياس

دان كمبالي ككوتا –كوتا تنفا منيغضلكن سبارغ جاسا دان سومباغن. مسجد يغ سمنجق كيت كخيل دهولو مثدياكن اساس اضام كفد كيت، ماسيه لاضي سفرتي سديا ادا تنفا ادا راسا أونتوق ممفربإيقكيث دان منيغكتكن فغعماراهنث. كهيدوفن دكمفوغ يغ سربا ككوراغن هاث دأغضف سباضاي وسيلة مغمباليكن كناغن سيلم تنفا ادا أوسها اونتوق ممباغونكنث. تارف هيدوف، فميكيرن دان فغحياتن اضام سباهاضين فندودوق كامفوغ يغ فرلوكن فروباهن، كيت بياركن سهاج تنفا ادا أوسها أونتوق ممفربايكي كادأن.

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آَلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آَلِ إِبْرَاهِيْمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آَلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آَلِ إِبْرَاهِيْمَ، فِى الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَّجِيْدٌ.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، وَالْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ اْلأَحْيَآءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ. اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا وَعَنْ وَالِدِيْنَا وَعَنْ جَمِيْعِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.
اَللَّهُمَّ أَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا وَارْزُقْنَا اتِّبَاعَهُ، وَأَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَهُ.
اَللَّهُمَّ لاَ تُؤَآخِذْنَا بِمَا فَعَلَ السُّفَهَآءُ مِنَّا، وَلاَ تَحْرِمْ عَلَيْنَا بِذُنُوْبِنَا فَضْلَكَ، وَلاَ تُسَلِّطْ عَلَيْنَا بِذُنُوْبِنَا مَنْ لاَ يَخَافُكَ وَلاَ يَرْحَمُنَا.

اَللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ. وَأَذِلَّ الشِّرْكَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَالنِّفَاقَ وَالْمُنَافِقِيْنَ، وَالظُّلْمَ وَالظَّالِمِيْنَ، وَدَمِّرِ الْكَفَرَةَ أَعْدَآءَكَ أَعْدَآءَ الدِّيْنِ.

اَللَّهُمَّ أَصْلِحْ سُلْطَانَنَا السُّلْطَان أزلن محب الدين شاه ابن المرحوم سلطان يوسف عز الدين شاه غَفَرَ اللهُ لَهُ، كَمَا نَسْأَلُكَ اللَّهُمَّ أَنْ تُصْلِحَ أَئِمَّتَنَا وَوُلاَتَ أُمُوْرِنَا، وَاجْعَلْ وِلاَيَتَنَا فِيْمَنْ خَافَكَ وَاتَّقَاكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ.
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ إِمَامًا.

Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Perak

Pandu cermat, jiwa selamat dan sayangi dompet anda dari Speed Trap

27 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Seperti mana yang kite semua tahu, Akta Pengangkutan Jalan 1987 dipinda pada sesi Parlimen lepas iaitu dengan menaikkan kadar saman trafik antara RM300 hingga RM2,000 bagi setiap kesalahan.

Sehubungan dengan itu, pemasangan perangkap had laju atau speed trap ditambah di beberapa lokasi. Dibawah adalah senarai lokasi-lokasi pemasangan sistem baru perangkap hadlaju atau speed trap 2012 yang telah dipasang oleh pihak PDRM.
PLUS North Bound (ke Utara)

- Di bawah jambatan di kira-kira 456km, Sg Buloh simpang.
- Di bawah jambatan di kira-kira 459km, Bukit Lanjan interchange.
- Di bawah restoran jejantas di Sg Buloh.

- Di bawah jambatan terakhir sebelum tol Sg Besi pada 309.2km.
- Di bawah jambatan di 296.5km, persimpangan Bangi.
- Di bawah jambatan baru dibina di 289.0km, selepas simpang Utara Penilaian.
- Di bawah jambatan di 286.5km, Penilaian Utara simpang.
PLUS South Bound (ke Selatan)

- Di bawah papan tanda pada kira-kira 454.6km dan 455.2km, Sg Buloh layby.
- Di bawah jambatan selepas simpang Subang pada 11.3km.
- Di bawah jambatan di 22km, simpang Bukit Lanjan
- Di bawah jambatan sebelum Mint hotel, Sg Besi Tol. 80km / h sahaja!
- Di bawah jambatan di 302.8km, persimpangan Kajang.

- Kira-kira 1km selatan persimpangan Bangi
- Di 296.5km and 297km, persimpangan Bangi
- Di bawah jambatan yang baru dibina di 289.0km, sebelum simpang Nilai Utara .
- At 285.5km dan 285.8km, persimpangan Nilai Utara.

- Pada pembahagi pusat 251.8km dan 253km selepas simpang Senawang .
- Selepas simpang Alor Gajah at 213.9km, sebelah taman tema air.
- Di halangan kanan pada 198.4km.

Elite Central Link East / North Bound
- Pada sebelah kiri di 4.8km selepas Batu Tiga / Shah Alam keluar
- Di bawah restoran jejantas di persimpangan USJ / Hicom kira-kira 8.5km. 90km / h zone!
- Di bawah jambatan sebelum simpang USJ / Hicom di 10.5km.
Elite Central Link West / South Bound

- Di bawah restoran jejantas di persimpangan USJ / Hicom kira-kira 8.5km. 90km / h zone!
- Di bawah jambatan sebelum simpang USJ / Hicom di 10.5km.
- Selepas keluar dari tol KLIA ke lapangan terbang, di bawah Jalan Pekeliling
- flyover.90km / h

NKVE East / North Bound
- 300m sebelum tol Jalan Duta, 60km / h!
- Di sebalik halangan kemalangan di sebelah kiri apabila pergi ke arah tol Jalan Duta, di 24.9km 80km /h

- Di bawah jambatan di Damansara Junction, 17.5km NKVE West / South Bound
- Di sebalik halangan di sebelah kiri apabila keluar tol Jalan Duta dari KL, pada 25.3km dan 25.7km, 80km / h sahaja!

- Dari Jln Duta, di bawah jambatan, 23km, 80km / h sahaja!
- Dari Jln Duta, di terowong Sg Buloh persimpangan-Y, 22km.
- Di sebalik halangan n di Damansara Junction, 17.7km dan 16.8km
- Di bawah jambatan keretapi di 11.2km
- Di bawah jambatan di persimpangan Shah Alam.

Kesas East Bound
- Di bawah jambatan di 44.8km, turun bukit yang selepas simpang Puchong.
Kesas West Bound
- Di tepi Sg Besi Tol Bound Timur. Kuala LumpurCity
- Jalan Duta; di bawah jejambat di persimpangan Damansara, 70km / h zone.
Klang

- Jalan antara Klang dan Pelabuhan Klang. Ke Arah Klang arahan, pada kira-kira 13 km kilometer batu. 70km / h sahaja!
Pantai Timur

- Tanda Jalan di Karak lebuh raya adalah tidak mencukupi terutamanya di simpang Y; jika anda unfamilar, pergi perlahan.
- East terikat, turun bukit dijalankan selepas Raub persimpangan.
- Maran, 60km / h zone.

- Paya Bungor, 70km / h zone.
Perangkap Hadlaju DI JOHOR South Bound
- Persimpangan Tangkak.
- Di bawah jambatan selepas Yong Peng Utara persimpangan
- Pada 97.3km.

- Persimpangan Ayer Hitam
- Persimpangan Sedenak
Perangkap Speed trap DI PERLIS, KEDAH DAN PULAU PINANG
North Bound

- Around Ayer Hitam in 60km / h zone.
- Sebelum Perwaja Steel.
- Sg Petani persimpangan.
- Antara persimpangan Seberang Jaya dan Tol Sg Dua.
South Bound

- PenangBridgeisland akhir. Had laju 80km / j.
- Kira-kira 2 km sebelum Juru Toll Speed ??had 90km / j.
Perangkap HADLAJU @ Speed Trap 2012 DI PERAK North Bound
- Di bawah jambatan di 197.1km dan 198.8km, Simpang selepas Kamunting.
- Di bawah jambatan di 204.3km, selepas simpang Kamunting.

- Di bawah jambatan di 208km, sebelum simpang Junction.
- Di bawah jambatan di 214.8km, sebelum simpang Kamunting.
- Ipoh Vista Point pada kira-kira 263km. Had laju 80km / j.
- Di bawah jambatan di 271km,simpang utara Ipoh .

- Di bawah jambatan di 274.4km, simpang utara Ipoh South .
- Di bawah jambatan di 286.9km, Simpang Pulai .
- Di bawah jambatan di 296km, Gopeng.

- Di bawah jambatan di 352.6km, selepas Sungkai.
- Di bawah jambatan di 353km, Sungkai .
- Di bawah jambatan di 373km, Slim River.
South Bound

- Di bawah jambatan di 199km, sebelum simpang Kamunting simpang.
- Di bawah jambatan di 241.9km, at Kalau Kangsar.
- Di bawah post tanda di 296.1km, sebelum Gopeng.
- Di bawah jambatan di 297km, Gopeng .

- Di bawah jambatan di 300km, selepas simpang Gopeng.
- Di bawah jambatan di 308.6km, selepas Gopeng .
- Di bawah jambatan di 372.6km, di SlimRiver.
Sabak Bernam

- KM. 64 T / INTAN – KLANG,
- KM. 62 T / INTAN – KLANG,
- KM. 60 T / INTAN – KLANG, (KM.60 Sg.Nibong)
- KM. 54 T / INTAN – KLANG

- Kilometer 29.3th Jalan Klang-Teluk Intan;
- SUBANG JAYA KM 8,5 L / RAYA ELITE,
- Bentong KM40 L / RAYA KL-Karak,

- Spt (B / Mertajam) KM 142,6 LRUS,
- Hulu SELANGOR (KKB), KM 400 LRUS,
- S / RIVER (B / SANDAKAN) KM 122 JLN IPOH-K/LUMPUR
JALAN PERSEKUTUAN

- 1- Bersebelahan Hotel Mint
- 2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
- 3- Berhadapan dengan Istana Negara
- 4- Berhadapan dengan Muzium Negara
- 5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
- 6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
- 7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)

- 8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)
- 9- Jalan Gambang – Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)
- 10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)
- 11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)

- 12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)
- 13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai
- 14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)
- 15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)

- 16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)
- 17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)

- 18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas
- 19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang
- 20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju
- 21- MRR2 berhadapan Mikro Cheras
Lain-lain

- 1. Kilometer 1.13.5th Lebuhraya Ayer Keroh
- 2. Kilometer 33 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan;
- 3. Kilometer 81 jalan Jerangau-Jabor;

- 4. Kilometer 51 Jalan Alor Star-Butterworth;
- 5. Kilometer 85.5th Jalan Kuala Lumpur-Ipoh;
- 6. Kilometer 29.3th Jalan Klang-Teluk Intan;
- 7. Kilometer 15 Jalan Tampin-Segamat;
- 8. Kilometer 36 Jalan Kuantan-Kemaman;

- 9. Seksyen 57, Jalan Kota Tinggi-Sg Rengit;Kilometer 10.184th Jalan Johor Bahru-Kuala Lumpur;
- 11. 83 Street dan kilometer 62 Gua Musang-Kuala Krai;
- 12. Jelutong Expressway di Pulau Pinang.

Disampaikan oleh Annuar Kamaruddin

Bagaimana anda mengenali kafir harbi?

27 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Pelik, sesudah sekian lama negara kita merdeka dan kehidupan rakyat negara ini semakin baik, tetapi secara tiba-tiba dikejutkan dengan isu kafir harbi. Kenapa muncul istilah itu di negara ini sedangkan orang bukan Islam masih mahu bekerjasama dengan orang Islam? Adakah isu ini benar-benar difahami oleh umat Islam?

Sebenarnya kafir harbi sudah jarang ditimbulkan secara terbuka kecuali sekadar perbincangan ilmiah di sekolah dan universiti. Perkataan atau istilah kafir harbi tidak lagi dibincangkan secara umum kerana suasana di negara ini sudah tidak lagi diancam oleh penentang yang berstatus kafir harbi.

Jadi, dalam keadaan ini mengapa timbul isu kafir harbi? Adakah hal ini ada kaitan dengan perkembangan politik yang sengaja dibangkitkan pihak tertentu untuk menimbulkan permusuhan dalam kalangan rakyat Malaysia? Kalau berlaku permusuhan siapakah yang akan mendapat untung?
Saya tidak pasti siapa yang memulakan isu ini.

Dan kenapa pula secara tiba-tiba seorang guru pondok boleh bercakap tentang kafir harbi ini? Apakah dia benar-benar faham isu ini atau sengaja dibesarkan pihak tertentu untuk menjatuhkan maruah guru berkenaan. Mungkinkah dia sedang diperalatkan oleh pihak tersebut untuk tujuan yang tidak baik?

Memang istilah itu tidak boleh dihilangkan kerana dari masa ke masa masih boleh digunakan lagi. Kalau sekarang tidak berlaku, namun tidak mustahil boleh berlaku pada tahun hadapan. Jadi, sebagai orang Islam mereka perlu tahu istilah itu dengan tepat agar boleh diletakkan istilah itu pada orang yang betul.

Saya percaya perbincangan ilmiah tentang kafir harbi itu wujud dalam pengajian pondok, tetapi secara realitinya kemungkinan mereka tidak jelas kerana belum pernah didedahkan realiti kehidupan orang kafir di negara ini. Mereka lebih banyak masa di pondok pengajian dan kemungkinan besar mereka tidak tahu perkembangan semasa di luar pondok.

Dakwaan

Untuk lebih jelas isu ini suka saya membawa keluar ke tengah masyarakat untuk mudah dilihat oleh semua pihak, sekali gus menolak fitrah masyarakat. Malaysia adalah contoh mudah yang boleh kita analisiskan. Pada dasarnya Islam telah memperkenalkan istilah kafir bagi membezakan dengan orang Islam.

Maksud kafir ialah, orang yang menentang hukum Allah atas kejahilannya. Dalam al-Quran golongan ini sebut sebagai yang ingkar hukum Allah dan mereka tidak mahu beriman dengan Allah. Dari istilah itu dipecahkan kepada dua iaitu harbi dan zimmi.

Kafir Harbi ialah orang bukan Islam yang terlibat dalam peperangan membunuh atau memusuhi orang Islam di daerah terbabit. Golongan ini boleh ditentang balas oleh orang Islam kerana kedudukan mereka amat membahaya kepada nyawa orang Islam.

Kafir Zimmi pula ialah orang bukan Islam yang menetap dalam negara Islam, mendapat kerakyatan, dan setia membayar cukai yang ditetapkan. Golongan ini mendapat jaminan keamanan sama seperti orang Islam.

Berdasarkan definisi di atas, tentu tidak ada lagi kafir harbi di negara ini. Hal ini kerana semua orang bukan Islam di negara ini sudah menjadi warga negara dan mereka membayar cukai, malah mereka patuh kepada undang-undang negara. Adapun orang bukan Islam yang belum menjadi warga negara termasuk pendatang asing, keberadaan mereka di sini masih terkawal dan tidak pernah berniat untuk menentang orang Islam. Maka mereka bukan kafir harbi.

Mengenai dakwaan tok guru pondok di atas, kemungkinan dia merujuk isu ini kepada komunis yang menentang negara dan Islam. Boleh jadi guru ini pernah hidup pada zaman itu maka dalam fikirannya masih tertanam persepsi begitu kepada orang bukan Islam sekarang. Untuk pengetahuan kalian, sebelum dan semasa peristiwa 13 Mei, golongan ini masih ada, mereka itu masih ada yang rasa tidak senang hati dengan orang kerajaan Melayu dan Islam.

Memang di negara kita pada masa sekarang masih ada orang bukan Islam yang tidak bersetuju dengan Islam tetapi tidak mengistihar perang dengan kita. Mereka hanya tidak suka jika anak mereka memeluk Islam tetapi mereka tidak musuhi Islam. Mereka tidak mahu hukum Islam kerana persepsi yang salah sahaja. Tetapi mereka tidak pernah terlintas dalam fikiran mereka untuk membunuh orang Islam atau menentang hukum Islam.

Orang bukan Islam buat masa ini walaupun tidak bersetuju dengan hukum Islam, mereka tidak sampai bangun memerangi orang Islam dan kerajaan. Mereka tidak bersetuju mungkin kerana kejahilan yang tidak pernah diajar oleh orang Islam atau pemerintah Islam. Jadi, mereka masih belum termasuk dalam kategori kafir harbi.

Pada zaman Rasulullah dahulu, pemerintah negara orang bukan Islam diajak kepada Islam, mereka diperkenalkan konsep ketuhanan. Tetapi kalau dengan sebab itu mereka terus menentang Rasulullah, barulah mereka diberi tiga pilihan sama ada menerima Islam atau membayar jizyah atau diperangi.

Persoalan sekarang, wujud atau tidak golongan yang memberi penjelasan hal Islam kepada mereka? Kalau mereka masih menentang atas alasan tidak pernah diberi penjelasan yang sebenar, maka yang salahnya ialah kita bukan mereka.

Sebenarnya berdasarkan pengetahuan saya, belum wujud dalam kalangan orang Islam khususnya pendakwah yang sanggup turun padang menjelaskan secara langsung kepada mereka yang mempertikaikan hukum Islam. Sebaran Islam melalui media belum cukup kerana jarang mereka akan mendengar atau menonton tv mengenai Islam.

Selain itu di dalam suasana politik sekarang belum wujud parti atas nama bukan Islam yang berniat untuk menentang Islam dan memerangi orang Islam. Kalau ada hanya sekadar seorang dua dalam parti tersebut bangun menentang Islam, belum boleh dihukumkan seluruhnya sebagai menentang Islam. Jadi, masih tidak boleh digelarkan mereka sebagai kafir harbi.

Atas penjelasan itu, saya mengharapkan semua orang Islam dapat faham kedudukan sebenar orang kafir yang berada di negara kita sekarang. Semoga dengan itu kita boleh fokus dalam dakwah dan terus maju dalam membangunkan agama di negara tercinta.

Ahmad Baei Jaafar

MANUSIA RABBANI ATAU RAMADHANI

27 Ramadhan 1433H. [MOD] -


اَلْحَمْدُ لله الْقاَئِلِ :

وَٱتَّقُوا۟ يَوْمًۭا لَّا تَجْزِى نَفْسٌ عَن نَّفْسٍۢ شَيْـًۭٔا وَلَا يُقْبَلُ مِنْهَا شَفَـٰعَةٌۭ وَلَا يُؤْخَذُ مِنْهَا عَدْلٌۭ وَلَا هُمْ يُنصَرُونَ ﴿٤٨﴾
Dan peliharalah diri kamu dari (azab sengsara) hari (akhirat), yang padanya seseorang tidak dapat melepaskan orang lain (yang berdosa) sedikitpun (dari balasan azab) dan tidak diterima syafaat daripadanya dan tidak pula diambil daripadanya sebarang tebusan dan mereka (yang bersalah itu) tidak akan diberi sebarang pertolongan. Al-Baqarah : 48.

أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.
عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.
Wahai hamba-hamba Allah !

Bertaqwalah kita kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kita mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Suasana sambutan hari raya sudah begitu terasa dengan pelbagai persiapan yang kita lakukan. Marilah kita sama-sama menghitung diri samada tarbiah sebulan Ramadhan telah mampu menundukkan hawa nafsu atau kita yang semakin tunduk pada hawa nafsu dan syaitan. Apakah masjid dan surau masih meriah sebagaimana sebulan yang berlalu atau kembali menjadi banguan sepi yang diisi oleh generasi yang sedang menunggu mati. Apakah amalan sunat seperti membaca al-Quran, bersolat witir dan sebagainya semakin bertambah, terus istiqamah atau semakin lemah. Apakah kita semakin menjaga makan minum kita agar tidak bercampur dengan yang haram atau syubhat sebagaimana kita bertahan meninggalkan makanan dan minuman yang halal sebulan Ramadhan.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Kita wajib berusaha untuk menjadi hamba Allah yang taat sepanjang tahun iaitu manusia Rabbani (رَباَّنِي) bukan setakat menjadi hamba Ramadhan iaitu manusia Ramadhani (رَمَضَانِي).
Marilah kita berazam untuk menunaikan puasa sunat 6 hari bulan Syawal sebagai menyahut sabda nabi s.a.w :

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثٌمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ- رواه مسلم
Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Sesuai dengan sambutan hari raya pada tahun ini yang masih dalam susana sambutan hari Kemerdekaan Negara maka marilah kita sama-sama melihat perbezaan antara dua golongan iaitu golongan Rabbani (رَباَّنِي) dan golongan Ramadhani (رَمَضَانِي).
Golongan Ramadhani (رَمَضَانِي) adalah yang menjadi hamba kepada Ramadhan. Berakhirnya Ramadhan bermakna bebasnya mereka daripada siksaan selama sebulan dan mereka menggunakan kebebasan yang diperolehi sebebas-bebasnya.

Golongan ini hanya tahu bergembira dalam menyambut Aidil Fitri sebagaimana mereke bergembira menyambut perayaan lain samada perayaan agama lain, hari mengingati kekasih dan sebagainya. Mereka menzahirkan keseronokan dengan sambutan yang melambangkan kebebasan secara mutlak sehingga membebaskan diri dari terikat dengan hukum hakam Allah.

Bagi golongan Rabbani mereka sentiasa menjadi hamba Allah samada sepanjang sebulan Ramadhan mahupun sesudah berlalunya Ramadhan. Apa sahaja perayaan dan keraian yang mereka raikan, hukum hakam Allah tetap menjadi batas dan sempadan.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Kita masih menghadapi masalah di jalan-jalan raya setiap kali tibanya Aidl Fitri. Kebanyakkan kita menjadi manusia yang berbeza apabila berada di atas jalanraya. Kita berubah dari bapa yang penyayang, dari anak yang taat dan sopan, dari jemaah masjid yang warak dan dari pemimpin yang berwibawa kepada pemandu yang gopoh, tergesa-gesa dan panas baran ketika berada di atas jalanraya.

Walaupun banyak faktor lain yang menyumbang kepada kemalangan jalanraya, namun faktor kecuaian manusia dan sikap gopoh mereka tetap menjadi pencetus utama. Walaupun kita percaya kepada qada’ dan qadar yang sudah ditentukan Allah, namun sebahagian daripadanya secara zahirnya dilihat dapat dielakkan jika tolak ansur dan hati-hati menjadi amalan manusia.

Mengikut statistik PDRM, bagi tahun 2010, jumlah kematian akibat nahas jalanraya adalah sebanyak 6,872 orang dengan purata 19 kematian sehari. Dari jumlah tersebut sebanyak 4,036 kematian adalah penunggang motosikal. Bagi tahun yang sama, Negeri Perak mencatatkan jumlah kematian ke-3 tertinggi iaitu sebanyak 820 orang.
Sidang Jumaat sekelian,

Akhlak yang mulia bukan sahaja dilihat pada kehidupan bermasyarakat, namun ianya merangkumi akhlak kepada tuhan dan ihsan kepada alam. Adab dan akhlak dalam masa perjalanan sama sahaja hukumnya dengan adab dan akhlak dalam bermasyarakat. Kesombongan kita kerana kelajuan dan kehebatan kenderaan masing-masing tidak pernah menjadikan kita manusia hebat dan dimuliakan dalam masyarakat. Penegasan Allah dapat dilihat dalam Surah Al-Isra’ ayat 37 :
وَلاَ تَمْشِ فِي الأَرْضِ مَرَحًا إِنَّكَ لَنْ تَخْرِقَ الأَرْضَ وَلَنْ تَبْلُغَ الْجِبَالَ طُولاً - الأسراء : 37

Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang.

بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.
خطبة كدوا

َالْحَمْدُ للهِ اْلقَائِلِ :
وَعِبَادُ الرَّحْمَنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى اْلأَرْضِ هَوْنًا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلاَمًا - الفرقان : 63

Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun dan apabila orang-orang yang jahil biadab kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;

اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.
عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Saudara Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Janganlah kita jadikan Aidil Fitri pada tahun ini sebagai hari raya paling menyedihkan dalam hidup kita. Pesankanlah kepada anak-anak kita yang akan balik dari dari perantauan dan yang akan kembali ke kota selepas hari raya nanti agar sentiasa berhati-hati dan mengingati insan-insan tercinta. Nyawa mereka amat diperlukan bagi berjuang mempertahankan kedaulatan Bangsa, Negara dan Agama, bukan berjuang mencari kehebatan di jalan raya. Mudah-mudahan Aidil Fitri tahun ini tidak sama dengan tahun-tahun sebelumnya, dengan kegembiraan yang sepenuhnya tanpa sebarang nahas dan mala petaka.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ, وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَاجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَاْلحِكْمَةَ وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ.اَللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ

اَللَّهُمَّ دَمِّرِ اْلكَفَرَةَ وَاْلُمشْرِكِيْنَ وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ . اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ. اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ اْلكِتَابِ وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ.

Ya Allah kurniakanlah sepenuh taufiq dan hidayahmu terhadap Raja kami, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Ibni Al-Marhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah, Ghafarullah Lahu.

اِنَّ الله يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ . فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرْوْهٌ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللهِ أَكْبَرُ.