28 July 2012

Subhanallah: Budak 2 tahun kena tembak, wajahnya seperti biasa

8 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Kepala terbelah kena tembak

Subhanallah inilah kekuasaan Allah, budak 2 tahun ditembak mati pecah kepala ..tapi dikafan nampak seperti sediakala.. ini adalah kekuasaan Allah.. Apa yang terjadi adalah kehendaknya Allah Maha Kaya dan Maha Pengampun..

dewasa ini masyarakat Islam ramai dibunuh...Allah sahaja yang tahu...senjata kita adalah berdoa dan berserah kepada Allah... Kirimkan doamu teman...kita mengadu hanya kepada Allah Yang Maha Kuasa...

nukilan dari Abu Luqman..

harakahdaily/-

Isu air: Rakyat Selangor mesti bersatu

8 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Isu bekalan air terawat menjadi isu dan modal ‘desperado’ UMNO untuk menawan kembali Selangor, negeri terkaya negara ini oleh BN dalam pilihanraya yang akan datang. Isu ketidakmampuan Syabas untuk merawat air dengan ‘capacity’ secukupnya menjadi umpan bagi BN untuk merendahkan kredibiliti kerajaan pimpinan TS Khalid Ibrahim dengan satu ‘ultimate’ iaitu untuk mendapatkan kembali Selangor di bawah tadbiran BN dan UMNO dalam pilihanraya yang akan datang.

Kerajaan Pusat telah mengugut rakyat Selangor yang negeri itu akan kekurangan air dalam tahun 2014 dan akan menghadapi kekeringan air yang paling buruk dalam sejarah negara, kononnya. Kita memahami apa tujuan Kerajaan Persekutuan untuk menyebelahi Syabas walaupun Syabas telah menyeleweng daripada asas dan matlamat penubuhannya.

Sekarang kerajaan Selangor sedang mendesak supaya Tan Sri Razali Ismail dan Ketua Eksekutifnya untuk meletakkan jawatan kerana mereka adalah bertanggungjawab di atas segala kelemahan yang ada pada syarikat Syabas ini. Razali yang sedang dibayar sebanyak RM5.1 juta gaji setahun harus meletakkan jawatan kerana dengan perletakan jawatan mereka ini sahaja Selangor akan membelanja peruntukan sebanyak RM225 juta untuk mitigasi 2 bagi meningkatkan kecekapan dan kapasiti untuk merawat air bersih untuk Selangor dan Wilayah yang berhampiran.

Kerajaan Persekutuan sedang menyebelahi Syabas bukan kerana apa tetapi semata-mata kerana politik BN untuk mengambil alih kerajaan negeri Selangor. Tidak ada siapa yang menahan Putrajaya untuk mengambil alih kerajaan negeri Selangor asalkan sahaja pengambilalihan itu dilakukan dengan sistem demokrasi dan semangatnya yang tulen.

Tetapi Putrajaya memilih untuk mengambil alih secara kotor kerana dengan cara ini sahaja mereka beranggapan sebagai cara yang ada untuk menumbangkan kerajaan Selangor yang sedang berhempas pulas untuk membersihkan kekotoran yang dilakukan oleh BN semasa memerintah negeri itu selama lima dekad yang lalu. UMNO terlalu sibuk untuk mengambil alih kerajaan yang telah disalahtadbir selama lima dekad. Apa yang anehnya orang-orang yang telah merosakkan UMNO dan kerajaan Selangor dahulu pula yang sibuk untuk kembali memerintah.

Dalam konteks ini kerajaan Selangor wajar mengambil alih Syabas yang di belakangnya adalah ‘warlord-warlord’ UMNO yang mahu mengambil kesempatan dengan pembekalan air ke Selangor. Sebab dan alasan bagi Selangor mengambil alih Syabas ini mempunyai asas yang amat kukuh. Syabas telah melanggar banyak klausa-klausa dalam perjanjian dengan kerajaan negeri Selangor.

Konsesi ini sepatutnya boleh dibatalkan begitu sahaja dan Selangor mengambil alih Syabas tanpa ragu-ragu lagi. Syabas telah tidak menghormati perjanjian untuk mendapatkan bekalan paip dari sumber tempatan tetapi sebaliknya meng’import’nya dari Indonesia dan jumlah harga bekalan itu hampir mencecah RM400 juta. Syabas juga telah membelanjakan wang sejumlah lebih dari RM50 juta berbanding dengan jumlah RM23 juta sebagaimana dalam perjanjian itu.

Mengikut perjanjian kontrak-kontrak sepatutnya diberikan melalui tender terbuka tetapi Syabas telah memberikan kerja-kerja kontrak itu melalui rundingan terus dan jumlahnya lebih dari setengah billion ringgit.

Justeru usaha kerajaan Selangor untuk mengambil alih Syabas itu adalah wajar dan mengikut lunas-lunas undang-undang semata-mata untuk menjamin kestabilan pembekalan air bersih yang secukupnya menjelang tahun 2015 nanti. Tetapi kerajaan dan pemimpin-pemimpin persekutuan memilih untuk memihak kepada Syabas semata-mata kerana mahukan ‘mileage’ politik dan sanggup menjadikan rakyat Selangor sebagai mangsa kerakusan mereka.

Sekarang Syabas dan Kerajaan Persekutuan sendiri memberikan gambaran yang bercanggah-canggah di antara satu dengan yang lain. Muhyiddin berkata tidak perlu dilakukan catuan air bagi negeri Selangor sedangkan Syabas telah memberikan pandangan yang catuan air itu perlu dilakukan sekarang.

Saya tidak mahu menulis tentang isu ini dengan panjang tetapi memadai untuk mengingati rakyat Selangor dan yang lain-lain supaya menolak sahaja kerajaan BN Persekutuan sekarang ini kerana kerajaan BN lebih mementingkan kerakusan kuasa mereka daripada memberikan tumpuan untuk melestarikan kehidupan rakyat khususnya rakyat negeri Selangor semata-mata kerana hendak berkuasa di negeri ini.

BN telah memerintah Selangor selama lima puluh tahun sebelum rakyat Selangor memindahkan kuasa kerajaan itu kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya lalu dan nyata tindakan rakyat Selangor itu adalah tepat dan betul. Rakyat Selangor mesti kekal dengan kerajaan PR yang ada pada hari ini untuk membetulkan dan membersihkan kerja-kerja kotor BN selama lima puluh tahun memerintah Selangor sebelum ini.

Saya ucapkan syabas kepada TS Khalid Ibrahim kerana kesabaran beliau menghadapi cabaran-cabaran yang dilakukan terhadap kerajaan pimpinan beliau oleh UMNO dan BN yang sudah boleh dikategorikan sebagai makhluk perosak itu.

Ramai mempunyai keyakinan yang beberapa baki kerusi yang masih dipegang oleh BN di Selangor itu akan jatuh ke tangan PR dalam pilihanraya yang akan datang ini. Rakyat Selangor wajar membantu usaha semua rakyat negara ini yang ingin mengubah dan menganjak pimpinan di Putrajaya sekarang ini dengan pimpinan yang lebih bertanggungjawab.

Kerajaan Selangor wajar menggunakan Akta Industri Pembekalan Air 2006 (WSIA) dengan mengambil alih Syabas dari cengkaman kroni BN yang telah digunakan untuk mengugut rakyat Selangor untuk pilihanraya yang akan datang ini. Semua pihak wajar bersatu untuk menolak cengkaman yang sedang dilakukan oleh Putrajaya terhadap negeri Selangor kerana politik 'desperado' mereka (BN).

Saya berharap TS Khalid bersama-sama barisan pimpinan PR Selangor hari ini menolak dan mengenepikan niat jahat BN itu jauh-jauh semata-mata untuk kelestarian kehidupan rakyat Selangor yang beliau pimpin. Saya yakin TS Khalid mampu untuk mengendalikan isu ini dengan baik dan berjaya.

Jatuhnya BN di Putrajaya maka akan hilanglah tekanan terhadap rakyat keseluruhannya, khususnya rakyat Selangor. Percayalah. - http://aspanaliasnet.blogspot.com

195 penduduk Sg Sireh terima geran tanah

8 Ramadhan 1433H. [MOD] -

KLANG: 195 keluarga di Kampung Sungai Sireh Utama, Kampung Sungai Sireh Tambahan dan Kampung Sungai Sireh Tambahan 2 menerima dokumen yang mengesahkan permohonan tanah mereka telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri.


(Ketibaan Khalid, Halimah dan Iskandar di sambut penduduk tempatan)

Dokumen ini disampaikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim kepada mereka hari ini.

Turut serta dalam majlis ini adalah Adun Selat Kelang Dr. Halimah Ali dan Adun Cempaka, Iskandar Abdul Samad yang juga Exco kerajaan negeri.

Kebanyakan penerima dokumen ini adalah mereka yang dikategorikan sebagai setinggan sebelum ini.

Dengan pemberian dokumen ini, mereka terkeluar dari status setinggan selepas puluhan tahun tinggal di atas tanah yang mereka teroka itu.

harakahdaily/-

Pertemuan Cuepac - Guan Eng selesai banyak isu

8 Ramadhan 1433H. [MOD] -

GEORGETOWN: Pertemuan Presiden Cuepac, Datuk Omar Osman dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng baru-baru ini membuka sinar baru untuk program dua hala bagi kebaikan keseluruhan Penjawat Awam di negeri ini.

Selama ini isu yang ditimbulkan kononya Lim engan menerima perlawaan Omar berikutan terlalu sibuk dan terdapatnya pegawai di pejabat Ketua Menteri yang engan mengatur pertemuan sudah tidak berbangkit ekoran kedatangan rombongan Cuepac baru-baru ini.

Bagi Ketua Menteri, Lim Guan Eng perbezaan tidak membawa apa-apa halangan tetapi bagi Barisan Nasional (BN) ia satu masalah besar.

Manakala penjawat awam pastinya senyum lebar menyaksikan jalinan mesra antara CUEPAC dan Kerajaan Negeri terjalin erat kerana pertemuan itu sendiri akan memberikan peluang CUEPAC bersuara mewakili penjawat awam untuk menuntut apa-apa kehendak yang bersesuai.

Pertemuan muhibbah kedua dua belah pihak melakar satu lagi sejarah persengketaan berjaya diselesaikan oleh Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri.

Fenomena itu itu pastinya terus menjadi 'mimpi ngeri' bagi kepimpinan Umno dan komponen BN kerana tidak dapat meneruskan agenda jahat untuk melihat Pakatan Rakyat punah sekaligus gagal menapak ke Putrajaya selepas Pilihanraya Umum ke 13 nanti.

Bagi Umno dan kuncu-kuncunya dalam BN sikap berbaik dengan agensi Kerajaan Pusat menambah parah untuk parti itu menapak kembali sebagai parti teras orang melayu dipersada politik tanahair.

Sekaligus memberi lampu hijau untuk Pakatan Rakyat terus memerintah Pulau Pinang ekoran kejayaan cemerlang menghalang usaha buruk kepimpinan Umno dan BN yang hampir setiap hari mencipta isu untuk mengembalikan sokongan orang Melayu, Cina dan India.

Walaupun masih ada lagi isu yang sengaja dibawa ramai pihak mengagak isu yang ditampilkan 'makan diri' tuanya kembali.

Banyak isu seperti kontraktor Melayu akan golong tikar kerana keenganan Lim untuk memberikan tender kepada bumiputra, orang Melayu terus ditindas dalam bidang perniagaan, isu perlantikan YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), perjualan tapak Masjid Bayan Mutiara, perkampungan melayu terhakis, penghijrahan orang melayu dari Pulau Pinang dan sebagainya.

Tetapi, akhirnya apa yang dibawa tidak tahan lama sebaliknya memalukan sipembawa isu.

Mereka jadi terkapai-kapai dibawa arus deras menuju ke jeram yang dalam.

Perkembangan pertemuan bersejarah itu benar-benar menghiris perasaan mereka yang terlibat dengan niat menjatuhkan Pakatan Rakyat.

Apa pun syabas kepada Presiden CUEPAC, Datuk Omar Osman dan Lim Guan Eng kerana berjaya membawa satu lagi lembaran baru menjelang PRU 13 yang bakal menyaksikan BN akan kehilangan lebih banyak kerusi ataupun merudum sebagai sebuah kerajaan yang pernah bertahan lama di Malaysia.

harakahdaily/-

Labu air luar biasa

8 Ramadhan 1433H. [MOD] -

PASIR MAS - Kebiasaannya, buah labu air mencapai kepanjangan tidak lebih daripada 30 sentimeter (cm). Berbeza pula dengan labu air di Kampung Belukar, apabila ia mencapai ketinggian lebih 150 cm.

Guru al-Quran, Pak Su Mail berkata, dia tidak mengesyaki sebarang perubahan, ketika mula menanam buah labu air di belakang madrasah.

Namun katanya, dia mula berasa pelik, apabila mendapati buah itu tidak berhenti membesar, setiap kali melihatnya selepas mengajar al-Quran di madrasah tersebut.

“Ramai juga yang bertanya mengenai buah ini, namun ia hanya buah biasa seperti yang diperoleh di pasar.

“Saya juga tidak meletakkan sebarang baja, sebaliknya membiarkannya tumbuh di belakang madrasah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, selepas mendapati buah ini berhenti membesar, dia dapati buah ini, mencapai lebih kurang 1.8 meter panjang.

Katanya, dia tidak menyangka, akan mendapat buah labu air panjang, dan menyifatkannya sebagai rezeki daripada ALLAH SWT kepadanya.

sinar harian/-

Jika yakin, Najib perlu buat PRU sekarang

8 Ramadhan 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dalam masa terdekat, sekiranya yakin dengan kaji selidik peningkatansokongan pengundi Cina terhadap pentadbirannya yang dijalankan Merdeka Center.

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, semua pihak perlu melihat secara keseluruhan kajian itu, yang turut menunjukkan penurunan sokongan pengundi Melayu dan India.

Menurutnya, walaupun kajian ini memberi sedikit implikasi, namun beliau tidak melihat peningkatan sokongan ini sebagai petanda besar yang mampu memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN).

"Jika Najib yakin sokongan pengundi berdasarkan kajian ini, beliau wajar adakan PRU13 sekarang.

"Kesemua usaha Perdana Menteri hanya bersifat memancing undi semata-mata dan tidak memberi kesan sokongan jangka panjang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas berhubung peningkatan sokongan pengundi Cina terhadap Najib daripada 37 peratus Mei lalu kepada 42
peratus bulan lalu.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, Kajian Merdeka Center tidak semestinya memberi gambaran sebenar sokongan masyarakat Cina terhadap pentadbiran Najib.

"Kajian ini dilakukan ke atas responden terhad dan bukannya keseluruhan rakyat," katanya.

Menurutnya, berdasarkan tinjauan beliau, masih ramai rakyat tidak berpuas hati pentadbiran Kerajaan Pusat.

"Kajian ini tidak semestinya tepat. Tidak wajar kita ambil sebagai keputusan muktamad," katanya.

sinar harian/-

Kawan rapat Najib akan sertai PAS?

8 Ramadhan 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: PAS bakal menerima seorang lagi warga baru apabila kawan rapat Presiden Umno, Najib Tun Razak akan mengisytiharkan menyertai parti itu.


Penulis blog politik, Mohd Sayuti Omar menyatakan perkara itu di dalam blognya http://www.msomelayu.blogspot.com/

Berikut adalah tulisan beliau.

PAS bakal menerima seorang lagi warga baru apabila seorang lagi orang kuat Umno akan mengisytihar menyertai Pas.


Tokoh itu sudah pun begitu mesra dengan Pas dan menyertai majlis-majlis Pas selama ini tetapi masih belum terbuka menyertai Pas. Namun sempena dengan Ramadhan atas semangat perang Badar, tokoh berkenaan telah mengambil keputusan nekad akan menyertai Pas di dalam Ramadhan ini juga.


Katanya dia telah membuat istikharah akhirnya Tuhan menunjukkan bulan kepadanya.


Satu majlis penyerahan borang Pas akan dilakukan tidak lama lagi.


Dengan penyertaan tokoh ini ia memberi tekanan dan aib besar kepada Umno. Dunia akan melihat Umno sudah tidak dipercayai bukan saja oleh anak-anak muda, golongan cerdik pandai tetapi oleh ahlinya sendiri. Tokoh berkenaan pernah menjawat beberapa jawatan dalam parti dan juga menjadi ahli Parlimen.


Tokoh ini juga sebelum ini merupakan kawan rapat kepada presiden Umno, Ha Najib Razak.


Mudah-mudahan dengan penyertaan tokoh berkenaan ia akan menambahkan kekuatan Pas dan ahli baru itu pula akan mendedahkan lebih banyak lagi kepincangan parti yang disertai sejak lebih 50 tahun itu untuk dijadikan maklumat dan panduan kepada umum.

harakahdaily/-

BN Putar Belit Isu Lesen Hospital Swasta Di P. Pinang

8 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Exco Kesihatan, Kebajikan Dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh membidas dan mendedahkan penipuan yang dibuat oleh Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow berhubung kes tanah 0.4 hektar di Jalan Zainal Abidin dan keengganan Kementerian Kesihatan untuk memberi lesen untuk hospital swasta multidisiplin.

Dalam satu kenyataan media kepada TVSelangor, Boon Poh mendedahkan, BN Pulau Pinang cuba mengalihkan perhatian rakyat berhubung hakikat keadaan Kerajaan PR Pulau Pinang yang harus menebus balik lebih RM10 juta jika lesen hospital swasta tidak dapat diperolehi.

Teng sebelum ini mendakwa lesen hospital swasta telah diluluskan untuk tanah Jalam Zainal Abidin seluas 0.4 hektar.

Menurutnya lagi, Teng telah menipu sekali lagi bahawa kerajaan negeri telah memberi jaminan kepada pemenang tender bahawa kelulusan daripada Kementerian Kesihatan akan diberi untuk pengendalian hospital swasta.

Tegas beliau, Kerajaan Negeri PR tidak pernah memberi apa-apa jaminan sedemikian sebaliknya kekal dengan pendirian bahawa tanah yang dijual itu hanya boleh digunakan untuk pembangunan sebuah hospital dan bukan untuk projek komersial.

“Sebagai salah satu usaha untuk memastikan Pulau Pinang kekal sebagai nombor satu dalam pelancongan kesihatan, kerajaan negeri Pulau Pinang tidak membayangkan kesukaran dan keengganan Kementerian Kesihatan untuk memberi lesen hospital swasta walaupun terdapat kekurangan katil hospital di kalangan hospital-hospital swasta.

“Jika lesen hospital swasta tidak diluluskan, adalah adil jika tanah itu dikembalikan kepada kerajaan negeri dengan penebusan apa-apa bayaran yang sudah dibuat. Tindakan Teng untuk mengkritik kami kerana ingin mengambil balik tanah tersebut adalah tidak munasabah dan mengelirukan kerana dahulu beliau telah mengkritik kami kerana menjual tanah tersebut,” katanya.

Ujar beliau lagi, jika Teng tidak terdesak untuk membantu UMNO memenangi kembali Pulau Pinang, beliau harus memberi tekanan kepada Kementerian Kesihatan untuk memberi kelulusan untuk lesen hospital swasta selain memastikan Pulau Pinang kekal sebagai negeri nombor satu dalam pelancongan kesihatan di Malaysia.

selangorku/-

Ramai sokong umur persaraan 55 sahaja

8 Ramadhan 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: PAS dan Pakatan Rakyat patut memperjuangkan agar umur bersara kakitangan kerajaan 55 tahun sahaja.

Ini kerana, banyak manafaat yang boleh diperolehi dengan umur persaraan ini berbandingnya masalah yang ditimbulkan darinya.

Lagipun, penetapan umur persaraan ini sangat sesuai dengan sambutan 55 tahun kemerdekaan negara.

"Apabila pegawai kanan bersara, ramailah pegawai bawahan boleh naik pangkat.

"Ia juga akan membolehkan banyak jawatan akan kosong dan memberikan peluang kepada graduan yang belum mendapat pekerjaan untuk bekerja pula," kata salah seorang dari 31,836 pembaca facebook Harakahdaily.

Harakahdaily telah memasukkan satu soalan ke dalam facebooknya dan meminta pendapat orang ramai mengenainya.

"55 tahun bersara yang wajar bagi seseorang. Tahun ini pula kita menyambut hari Kemerdekaan ke 55..." ditulis pada wall Harakahdaily dan hampir semua pemberi komennya termasuk cyber trooper Umno menyokong cadangan ini.

Kerajaan sebelum ini telah menetapkan umur bersara kakitangan swasta kepada 60 tahun namun kakitangan kerajaan kepada 57 sahaja.

Selain umur persaraan, cadangan agar umur untuk mengeluarkan KWSP kepada 60 tahun sebagaimana yang dicadangkan KWSP sebelum ini telah mendapat bantahan yang menyeluruh.

Kerajaan dianggap mahu menggunakan duit rakyat jika melanjutkan umur untuk membolehkan pencarum mengeluarkan kesemua wangnya.

"Sepatutnya 50 tahun pun dah ok.. boleh bagi peluang pada yang lain untuk bekerja," kata seorang pelayar dengan identiti AEp Kdh.

Zarina Baharin pula menulis, "Bagi yang faham, terima kasih.....sebab dah lanjut usia ni, kita nak tumpu pada ibadah.....bukan duniawi lagi dah...tetapi adakah si PEMBUAT DASAR itu prihatin?"

Fuad Ishak pula menulis: "Kepada yang berkesempatan cubalah cari Research Paper oleh Dr Sing Ling (Chinese Institute Engineers-New York Chapter) bertajuk "Optimum Strategies for Creativity and Longevity".

"Semakin bertambah umur persaraan, semakin singkat umur seseorang. (Hidup mati ketentuan Allah, namun kita boleh gunakan sebagai rujukan & bantuan untuk masa depan sejagat)."

Bagaimanapun, Mohd Faisal Alias mempunyai pandangan berbeza. Beliau mencadangkan umur persaraan dibuat pilihan.

"Jangan sempitkan pandangan, ramai lagi pekerja kerajaan memerlukan masa menyelesaikan hutang piutang.

"Siapa yang tak memerlukan bolehlah bersara awal," tulisnya.

harakahdaily/-

Rohingya: Kerajaan digesa guna saluran diplomatik

8 Ramadhan 1433H. [MOD] -

MARANG: PAS menggesa kerajaan Malaysia agar dapat menggunakan saluran diplomatik dan pertubuhan antarabangsa bagi menekan kerajaan Myanmar yang disifatkan zalim serta kejam ke atas etnik Rohingya.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendesak agar tindakan zalim dan kejam pihak pemerintah Myanmar terhadap umat Islam Rohingya yang minoriti dihentikan segera.

“Kita mengajak supaya pihak kerajaan menggunakan saluran diplomatik dan pertubuhan antarabangsa untuk menekan kerajaan Myanmar supaya berhenti dari tindakan yang zalim dan kejam itu.

“Satu tindakan antarabangsa perlu diambil terhadap rejim Myanmar dan pihak pertubuhan antarabangsa perlu melakukan penyiasatan yang bebas dan mereka yang terlibat dengan jenayah kemanusiaan perlu dibawa ke mahkamah antarabangsa,” tegas beliau.

Beliau berkata demikian selepas Ceramah Isu Semasa sempena kepulangannya dari lawatan ke Maghribi, Tunisia dan Mesir di pekarangan Masjid Rusila, semalam.

Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang mengajak semua pihak agar menunjukkan rasa simpati terhadap bencana yang dialami oleh penduduk Islam Rohingya di Myanmar.

“Di atas nama kemanusiaan dan Islam, PAS mendesak semua pihak supaya menunjukkan simpati yang sesungguhnya terhadap bencana yang dialami oleh penduduk Islam di Burma, yang diperlakukan di luar perikemanusiaan.

“Tindakan yang diambil oleh rejim Burma dengan membunuh, membakar kediaman, meroboh rumah ibadat, menghalang beramal dengan agama adalah satu tindakan yang tidak bertamadun dan tidak patut berlaku di zaman sekarang,” ujarnya.

Hadir sama pada majlis tersebut Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Timbalan Pesuruhjaya (I) dan Setiausaha PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat dan Yahaya Ali.

harakahdaily/-

MB: Program air percuma bukti S'gor urus air dengan baik

8 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Program pemberian air percuma yang membolehkan rakyat menikmati 20 meter padu pertama secara percuma setiap bulan adalah bukti keupayaan pengurusan Kerajaan Negeri dan kesungguhan untuk memastikan industri air di Malaysia diuruskan dengan menjadikan kebajikan rakyat menjadi keutamaan, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Secara purata, keluarga yang mendiami rumah bertanah di Selangor menikmati penjimatan RM1,200 setahun sejak program ini diperkenalkan pada Jun 2008.

"Manakala keluarga yang tinggal di rumah bertingkat pula menikmati penjimatan secara purata hampir RM900 setahun dalam tempoh itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kerajaan negeri, tambahnya, telah membekukan cadangan untuk menaikkan tarif air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) sebanyak dua kali iaitu untuk 2009 dan 2012.

"Kerajaan Selangor telah membelanjakan RM550 juta setakat ini untuk Program Pemberian Air Percuma. Namun begitu, kerajaan negeri masih berupaya meningkatkan rezab negeri kepada RM2.1 billion pada 2012 berbanding hanya RM400 juta pada 2008," kata menteri besar.

Ini, tegas Abdul Khalid, adalah hasil dasar kewangan mesra rakyat yang mematuhi prinsip-prinsip integriti dan tadbir urus yang baik.

"Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor membuat banyak usaha untuk memastikan rakyat berhak untuk berkongsi keuntungan, aset dan sumber negeri," tambahnya.

malaysiakini/-