21 July 2012

705 wanita terbunuh di Pakistan dalam ‘pembunuhan bermaruah’

1 Ramadhan 1433H. [MOD] -

ISLAMABAD 21 Julai - Sekurang-kurang 705 wanita terbunuh di sini tahun lalu dalam kes jenayah yang dikenali ‘pembunuhan bermaruah’, lapor media tempatan.

Pembunuhan bermaruah itu biasanya dilakukan oleh golongan lelaki terhadap ahli keluarga wanita yang disyaki mempunyai mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain ataupun yang berkahwin tanpa restu keluarga.

Media Pakistan yang memetik Yayasan Aurat, sebuah badan organisasi yang mempertahankan hak-hak wanita, berkata dalam satu laporan bahawa, kes-kes pembunuhan bermaruah itu meningkat sebanyak 6.7 peratus pada tahun lalu berbanding daripada tahun sebelumnya. - DPA

Ramadhan: Kelantan tekan 5 aspek

1 Ramadhan 1433H. [MOD] -

(Anggota exco kerajaan negeri Datuk Abdul Fatah Mahmood, bergambar kenangan bersama dua imam dari Mesir)

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menekan lima aspek penting untuk diamalkan oleh rakyat di negeri itu sebagai tema Ramadan.

Kurangkan makan, perbanyakkan sedekah, perbanyakkan bacaan al-Quran dan tahajjud dan berlumba-lumba menjejaki malam lailatul qadar.

Bagi mengingatkan masyarakat tentang hasrat kerajaan negeri itu, setiap banting yang dikeluarkan, akan tertera tulisan tersebut untuk dihayati serta diamalkan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Ahmad, ketika ditemui selepas solat sunat itu memberitahu, peringatan itu dibuat hasil cetusan idea Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Tuan Guru sebagai seorang ulama sentiasa mengingatkan kita supaya merebut peluang itu sebaik mungkin agar ianya tidak berlalu dengan begitu sahaja,”ujarnya.

Sementara itu, seramai 3,000 jemaah menunaikan solat sunat Tarawih pada malam pertama di Qaryah Ramadan malam tadi.

Solat berkenaan diimamkan oleh Sheaik Ramadan Ahmad dari Kaherah, Mesir.

Kata Takiyuddin, beliau dipilih oleh kerajaan negeri untuk mengimamkan solat sunat itu buat kali ketiga tahun ini dan Sheikh Hisyam Abdul Bari, dari Iskandariah. Beliau merupakan tahun kedua menjadi imam di sini.

Sambungnya, sambutan orang ramai untuk turut serta menunaikan solat sunat di situ begitu memberangsangkan pada malam pertama ini.

Menurutnya, tahun sebelumnya termasuk tahun lalu hanya 1,500 hingga 2,000 peserta sahaja yang hadir pada majlis ini, berbanding mala mini.

“Kebetulan kita telah menambah satu lagi khemah terbuka yang besar untuk kemudahan peserta qaryah untuk menunaikan solat di sini,”ujarnya.

Beliau turut memberitahu beberapa program menarik telah disusun untuk orang ramai antaranya Sepetang Bersama Imam Muda pada 7 Ramadan, Bicara Ramadan bersama Ustaz Azhar Idrus pada 14 Ramadan.

Selain itu katanya, motivasi armalah bersama Abby Abadi pada 19 Ramadan termasuk program qiyam with me bersama Sultan Kelantan di Istana Negeri, Kubang Kerian.

harakahdaily/-

RM1 juta untuk program Ihya' Ramadhan di Kelantan

1 Ramadhan 1433H. [MOD] -

(Takiyuddin menyampaikan amanat kepada anggota Aamilin dan Aamilat sempena Ihya Ramadhan)

KOTA BHARU: Program Ihya’ Ramadhan 1433 Hijriah bersamaan 2012 dijangka berlangsung lebih meriah berbanding tahun lepas di Kelantan.

Ini kerana pada program yang memakan perbelanjaan dianggarkan RM1 juta itu akan diisi dengan program ‘mantap’ termasuk Ijtimak Ulama Nusantara yang menghimpunkan ulama Pondok dari Pondok-Pondok di Nusantara.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Datuk Takiyuddin Hassan berkata sambutan Ihya’ Ramadhan tahun ini juga dikemaskinikan sempena Tahun Melawat Kelantan 2012.

Bahkan pengisianya dimeriahkan dengan pakej ‘Qiam With Me’ yang dijangka pada ‘upacara hadapan’ turut berangkat Sultan Muhammad V, Tengku Mahkota Kelantan, Kerabat D’Raja dan kakitangan kerajaan.

Program bermula 10.00 malam hingga waktu Subuh itu diadakan pada 20 Ramadhan bersamaan 9 Ogos di Istana Kubang Kerian dekat sini. Dijangka disertai 5,000 orang.

Selain itu, program Akademi Tarannum Al-Quran yang ‘berkonsepkan’ Akademi Fantasia diadakan, disertai pelajar tahfiz Al-Quran yang sudah pun mengikuti program Al-Quran.

“Pada 26 Ramadhan akan diadakan ‘Sejuta Selawat Zikir Munajat Lailatul Qadar diketuai tokoh ulama dari dalam dan luar negara.

“Tidak ketingalan program Imam Muda, program Bersama Selebriti disertai selebriti termasuk Bob Lokman dan Abby Abadi (untuk peserta muslimat)," katanya.

Dalam satu kenyataan medianya di sini hari ini, Takiyuddin berkata bagi menjayakan program Solat Terawih sepanjang Ramadhan tahun ini, diimamkan syeikh tersohor dari tanah Arab.

Mereka ialah Sheikh Ramadhan, Ayub Musa dan Sheikh Hisham Abdul Bari.

Sementara program Ustaz Azhar Bersama Remaja akan diadakan pada 14 Ramadhan, mulai 5.00 petang.

Terdahulu pada hari sama (mulai 3.00 petang) diadakan program Jejak Kasih Remaja Ramadhan di mana menerusi program itu remaja bermotorsikal akan membawa bahan-bahan makanan dan akan mengagihkannya kepada golongan miskin sepanjang penjelahannya ke kawasan tertentu di Kota Bharu.

“Alhamdulillah, pada tahun ini Tahun Melawat Kelantan, dan keadaan ini menambah rezeki baru kepada pengusaha hotel di Kota Bharu khasnya dan di negeri ini amnya.

“Biasanya pada bulan Ramadhan, hotel kurang pelanggan, namun pada tahun ini lebih meriah, bahkan ada antara hotel berkenaan memberi diskaun khas istimewa sempena Ramadhan kepada pengunjungnya," katanya.

Program Ihya’ Ramadhan yang diadakan setiap tahun itu merupakan produk pelancongan Kelantan, bahkan prodak pelancongan agama dengan menarik ramai pelancong dalam bulan Ramdhan sama ada dari dalam dan luar negara.

Takiyuddin berkata tahun ini seperti juga tahun lepas, pelancong luar negara itu menghubungi penganjur Ihya Ramadhan memaklumkan mereka akan memabawa rakan-rakan mereka ke negeri ini bagi menyaksikan persembahan program Ihya Ramadhan, ini kerana bagi mereka unik dan tidak ada di tempat lain.

harakahdaily/-

Imej polis tercemar kerana dakwaan ektremis

1 Ramadhan 1433H. [MOD] -

PAS memandang berat kenyataan bersifat politik yang dikeluarkan oleh Ketua Penolong Pengarah E2 (M) Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin yang bertentangan dengan etika kepolisian dan perkhidmatan awam.

Pendedahan awam yang dibuat jelas bersifat tidak berasas, berat sebelah dan tidak profesional.

Sebagai Pegawai Risikan Cawangan Khas, tindakan beliau kini mengesahkan bahawa Cawangan Khas kini menjadi alat kepada BN untuk menjamin kesinambungan kuasa BN.

Pendedahan beliau dilihat untuk menakutkan rakyat ysng kini mulai muak dengan gaya hidup melampau, pembaziran, rasuah, serta salahguna kuasa kerajaan BN.

Apakah ini cara untuk mendedahkan maklumat risikan sulit kepada awam? Jelas tidak, maka motif ledakan ini amat mencurigakan.

Sepatutnya ia mesti bertindak terus bukan mendedahkan maklumat tanpa bertindak. PAS mencabar beliau mendedahkan siapa yang beliau maksudkan kerana ia kini menjadi tandatanya kepada orang awam.

PAS juga mendesak Ketua Polis Negara bertindak di atas pendedahan maklumat sulit siasatan dan beranggapan beliau tidak layak berada di Cawangan Khas.

Mungkin beliau lebih sesuai diletakkan di jabatan Biro Tatanegara atau Kemas.

PAS ingin tegaskan bahawa kami menentang sebarang eleman ekstrem di dalam parti. Kita mengambil jalan politik demokrasi dengan menyertai pilihanraya dan menuntut sistem pilihanraya yang adil dan telus.

Sebagai contoh, himpunan rakyat yang disertai PAS samada dalam Himpunan Kuning atau Himpunan Oren adalah berlandaskan demokrasi dan penyataan rakyat yang menuntut sistem pilihanraya yang adil dan usaha menyelamatkan tanah ribuan hektar dari dicagar kepada Felda Global Venture Holding.

PAS kesal kerana himpunan pembangkang dilabel sebagai petanda resapan Jemaah Islamiah (JI) dan komunis. Sedangkan yang banyak mengadakan hubungan dengan parti komunis ialah Umno sendiri, samada secara rasmi atau tidak.

Namun, sikap double standard dan tidak profesional Sofian telah menyebabkan imej Cawangan Khas kini turut tercemar teruk seperti yang dialami polis atas tindakan ganasnya di himpunan-himpunan yang dianjurkan Bersih dan penyiasatan berat sebelah yang ketara dalam kes melibatkan BN dan Pakatan Rakyat.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat

Bahaya Tipu Rakyat

1 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Rasulullah s.a.w melalui sebuah hadis riwayat Muslim :
ما من عبد يسترعيه الله رعية يموت يوم يموت وهو غاش لرعيته إلا حرم الله عليه الجنة
Maksudnya: Bukan daripada hamba yang mati di mana Allah meminta dia menjaga rakyat dimana pada hari kematiannya sedangkan dia menipu rakyatnya melainkan Allah mengharamkan ke atasnya syurga.

hadis/-

Masjid: Bukan fitnah tetapi sebar kebenaran

1 Ramadhan 1433H. [MOD] -

(Orang bukan Islam turut sumbang untuk Ihya' Ramadhan di Kelantan)

KOTA BHARU: PAS setuju bersetuju supaya tidak ada pihak menggunakan masjid untuk menabur fitnah, mengadu-domba, bahkan bercakap dusta dalam masjid tetapi kebenaran Al-Quran dan As-Sunnah mestilah disebarkan di masjid.

“Ini kerana masjid juga tempat untuk memberi kefahaman tentang ilmu kepada masyarakat terutama pada bulan Ramadhan ramai orang (ahli jemaah) berhimpun.

“Maka sesuailah kita mengambil peluang untuk menyebarkan kebenaran Islam kepada masyarakat," kata Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Nik Mohamad Amar Abdullah.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan itu berkata, dalam Islam masjid bukan tempat sembahyang saja, tetapi adalah juga pusat ilmu.

Sehubungan itu Nik Amar mendakwa, selama ini Kerajaan Barisan Nasional menjadikan masjid tidak lebih hanya untuk tempat sembahyang, untuk beribadat dalam pengertian sempit.

“Sedangkan fungsi masjid yang sebenar pada zaman Nabi saw ialah sebagai pusat pentadbiran, pusat ilmu, pusat sosial.

“Semuanya berada di masjid, bahkan Nabi Muhammad saw bermesyuarat untuk berperang pun adalah di dalam masjid. Menerima deligasi-deligasi asing dan memutuskan sesuatu serta mesyuarat untuk pergi berperang pun di dalam masjid," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendakwa kesucian masjid tidak seharusnya dicemarkan semata-mata kerana ingin mencari pengaruh atau mengaut keuntungan politik.

Media melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan umat Islam agar tidak menjadikan masjid sebagai gelanggang memfitnah pemerintah.

Beliau bersetuju kalau fungsi masjid itu diperluaskan, dikembalikan seperti zaman Rasulullah saw.

Ramadhan

Dalam pada itu, Nik Amar berkata, orang yang berfikiran sekular dan hidup secara sekular sering merasa gerun dengan kedatangan Ramadhan Al-Mubarak terutama pada program pengisian dan pengimarahan masjid dan tempat beribadat.

(Orang ramai menyumbang untuk Ihya' Ramadhan)

Ini kerana pengimarahan masjid biasanya tidak lepas daripada tazkirah dan ceramah yang disampaikan ilmuan Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan itu mendakwa golongan itu sering menganggap masjid hanya untuk tempat beribadat semata-mata.

“Boleh jadi ada orang bimbang sebab kita memanfaatkan bulan Ramadhan untuk mempertingkatkan kefahaman Islam di kalangan masyarakat dan ahli jemaah tentang kebenaran Al-Quran dan As-Sunnah.

"Mungkin ada orang yang tidak senang dengan keadaan ini terutama mereka mempertahankan pemikiran sekular dan hidup (secara) sekular, dan orang menganggap masjid ini hanya untuk tempat beribadat semata-mata," katanya.

Justeru Nik Amar mendakwa pihak Kerajaan Negeri cuba memecahkan kefahaman yang salah itu sekaligus membetulkan tanggapan masyarakat terhadap fungsi masjid dan peranan masjid yang sebenar.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan bercakap kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Tabung Ihya’ Ramadhan 1433 bersamaan 2012 di Medan Ilmu di sini pagi semalam.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Datuk Takiyuddin Hassan.

Hadir sama Timbalan Setiausaha Kerajaan Kelantan Dato’ Ismail Samah dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) Fauzi Mat.

Majlis tersebut dilancarkan Nik Amar yang mewakili Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

harakahdaily/-

Dentuman gegar dapur

1 Ramadhan 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU: “Saya dengar bunyi dentuman dan terkejut apabila melihat kedai makan ayah runtuh serta ada sebuah kereta terperosok dalam dapur,” kata Abdul Hadi Hamzah, 21, anak pemilik kedai makan yang dirempuh kereta seorang anggota polis di Jalan Sultan Mahmud di sini, awal pagi, semalam.

Mangsa, Mohd Shahrizal Muhammad, 30, terbunuh selepas kereta Proton Inspira dipandunya merempuh kedai makan berkenaan di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Ibai, di sini, pada jam 3.05 pagi semalam.

Kejadian berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman itu meranapkan kedai makan itu dan gerai menjual pisang goreng selain merosakkan lima kenderaan iaitu dua kereta dan tiga motosikal.

Menurut Abdul Hadi, bunyi rempuhan itu amat kuat menyebabkan mereka sekeluarga terjaga daripada tidur lalu bergegas keluar rumah selepas bekalan elektrik terputus.

Penuntut kimpalan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Wakaf Tapai, Marang, itu berkata ketika kejadian bapanya, Hamzah Harun, 51, dan ibu, Zainon Abdullah, 51, serta kakak tidur dalam bilik manakala dia dan dua adik tidur di ruang tamu. katanya.

sinar harian/-

Berdoalah..

1 Ramadhan 1433H. [MOD] -
Oleh: Jarjani Usman

“Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi? Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)? Amat sedikit lah kamu mengingat(Nya)” (QS. an-Naml: 62).

Susah dan senang merupakan bagian tak terpisahkan dari hidup di dunia ini. Sesenang-senangnya hidup, pasti akan ada susah sewaktu-waktu. Demikian juga sebaliknya. Namun, ada manusia yang merasa lebih banyak susah dalam hidupnya dibandingkan senangnya. Inilah perasaan yang kerap mengiring manusia menjadi putus asa.

Padahal tak seharusnya demikian. Allah tidak pernah tidur. Allah senantiasa terjaga dan siap mendengar segala keluhan hamba-hambaNya. Bahkan dalam kitab suci Alquran, disebutkan bahwa Allah berjanji akan menuruti kemauan-kemauan hamba-hambaNya. Sebagaimana firmanNya: “Berdoalah kepada-Ku niscaya akan Kuperkenankan bagimu” (Qs. al-Mu’min: 60).

Namun sayangnya, tawaran Allah yang teramat penting bagi manusia, seringkali dilupakan. Tak sedikit yang enggan berdoa. Inilah di antara bentuk keangkuhan manusia. Orang-orang demikian, langsung atau tidak langsung, termasuk golongan yang meragukan kemampuan Allah untuk memberikan jalan keluar terhadap permasalahan hidupnya. Keraguan ini sungguh keterlaluan. Sebab, sangat tidak mungkin Sang Pencipta tidak mampu menyelesaikan permasalahan ciptaaNya. Langit dan bumi beserta segala isinya sanggup diciptakan, apalagi permasalahan permasalahan kecil manusia.

Serambi/-

PR yakin tawan hingga 12 kerusi Parlimen di Johor

1 Ramadhan 1433H. [MOD] -

MARANG – Perkembangan Pas dan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat (PR) cukup baik bagi pembangkang untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, berlaku kebangkitan rakyat dan peningkatan sokongan pengundi Cina dan bukan Islam kepada Pas dan PR di Johor yang selama ini dianggap sebagai deposit Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Saya ditarbiahkan ulama kita (Pas) supaya berjuang dengan realiti dan bukan fantasi. Di Johor, berlaku kebangkitan rakyat. Sokongan orang Cina kepada Pas dan Pakatan Rakyat cukup baik sekarang ini.

“Di Johor, saya yakin PR boleh menang antara 10 dan 12 kerusi Parlimen," katanya ketika berceramah di Pekan Kedai Buloh, di sini. Salahuddin mendakwa Umno dan BN juga bakal kehilangan banyak kerusi di Johor, Sabah dan Sarawak.

“Kita (Pas) bagi dia (BN) 'stroke' di Johor. Pada PRU13, jika kita (PR) boleh runtuhkan setengah (kerusi BN) pun sudah boleh ke Putrajaya, Insya- Allah,” katanya.

Sementara itu,Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata, parti itu menerima apa sahaja sasaran PR di Johor, namun ia perlu bersandarkan pada track record sedia ada.

“Dulu mereka (PR) yakin akan menang di Sarawak. Kemudian sebulan berkampung di sana semasa pilihan raya negeri, tetapi tidak ada satu kerusi pun yang menang. Saya lihat orang di Kelantan yang sudah tidak mahu mereka.

“Bagi saya kita berperang dulu baru tahu siapa menang. Ini baru hendak berperang dah cakap apa sahaja,” katanya

sinar harian/-

Menggapai Keutamaan Ramadhan

1 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Puasa merupakan ibadah yang dilaksanakan dengan jalan meninggalkan segala yang menyebabkan batalnya puasa sejak terbit fajar kedua (shadiq) hingga terbenam matahari.


Puasa Ramadhan merupakan salah satu rukun Islam yang agung, sebagaimana sabda Nabi, “Islam itu didirikan di atas lima hal; Bersaksi tiada sesembahan yang hak melainkan Allah dan bersaksi bahwa Muhammad itu utusan Allah, mendirikan shalat, mengeluarkan zakat, puasa Ramadhan dan berhaji ke Baitullah.” (Muttafaq ‘alaih)

Keutamaan Puasa Ramadhan

1. Dengan puasa Ramadhan Allah mengampuni dosa orang yang berpuasa dan memaafkan semua kesalahannya, Nabi bersabda, “Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadhan karena iman dan mengharap pahala dari Allah, maka Allah mengampuni dosanya yang telah lalu.” (HR. al-Bukhari dan Muslim).

2. Puasa Ramadhan tidak terhingga pahalanya, karena orang yang berpuasa akan mendapatkan pahala tanpa batas. Setiap muslim amalannya akan diganjar sebesar 10 hingga 700 kali lipat, kecuali puasa. Firman Allah di dalam hadits qudsi, “...Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu untuk-Ku dan Aku sendiri yang akan mengganjarnya, ia menahan nafsu dan makan karena-Ku.” (HR. Muslim)

3. Puasa dapat membuka pintu syafa’at nanti pada hari Kiamat. Rasulullah bersabda,“Sesungguhnya puasa dan al-Qur’an memberi syafa’at kepada pelakunya pada hari Kiamat. Puasa berkata, “Ya Tuhanku aku telah menahan hasrat makan dan syahwatnya, maka berilah aku izin untuk memberikan syafa’at kepadanya. Berkata pula al-Qur’an, ”Wahai Tuhanku, aku telah menghalanginya dari tidur untuk qiyamullail, maka berilah aku izin untuk memberikan syafa’at kepadanya. Nabi bersabda, “Maka keduanya diberikan izin untuk memberi syafaat.” (HR. Ahmad)

Meraih Keutamaan Ramadhan

Allah telah mengistimewakan bulan Ramadhan dari bulan-bulan lainnya dengan berbagai keutamaan. Maka sepatutnya kita menyambutnya dengan taubat nasuha dan tekad meraih kebaikan sebanyak-banyaknya di bulan suci ini. Berikut kiat-kiatnya,

1. Berpuasa dengan benar

Rasulullah bersabda, “Barangsiapa berpuasa karena keimanan dan semata-mata mengharap pahala, niscaya diampuni dosanya yang telah lalu.” (HR. al-Bukhari dan Muslim).
Yang perlu diperhatikan agar bisa berpuasa dengan benar;

(a) Menjauhi kemaksiatan, perkataan dan perbuatan sia-sia.

Rasulullah bersabda, “Barangsiapa yang tidak menahan diri dari ucapan dusta dan perbuatan buruk maka sedikit pun Allah tidak sudi menerima puasanya meskipun ia menahan diri dari makan dan minum.” (HR. al-Bukhari).

(b) Berniat puasa pada malamnya, mengakhirkan sahur dan menyegerakan berbuka dengan membaca doa berbuka,


ذَهَبَ الظَّمَأُ، وابْتَلَّتِ الْعُرُوقُ، وثَبَتَ إِنْ شَاءَاللهُ

“Telah hilang rasa haus dan urat-urat telah basah serta pahala akan tetap, Insyaallah.” (HR. Abu Dawud)

2. Shalat Tarawih

Nabi bersabda, “Barangsiapa menunaikan qiyamullail pada bulan Ramadhan, karena keimanan dan mengharapkan pahala, niscaya diampuni dosanya yang telah lalu.” (HR. al-Bukhari dan Muslim)

“Siapa saja yang shalat Tarawih bersama imam hingga selesai, akan ditulis baginya pahala shalat semalam suntuk.” (HR. Abu Dawud, at-Tirmidzi, an-Nasa’i dan Ibnu Majah).

3. Bershadaqah

Rasulullah adalah orang yang sangat dermawan; kebaikan dan kedermawanan beliau pada bulan Ramadhan melebihi angin yang berhembus. Rasulullah bersabda,“Seutama-utama shadaqah adalah shadaqah di bulan Ramadhan.” (HR. at-Tirmidzi)

Shadaqah ini di antaranya adalah:

(a) Memberi makan

Para Salafush Shalih senantiasa berlomba dalam memberi makan kepada orang lapar dan yang membutuhkan. Nabi bersabda, “Siapa saja di antara orang mukmin yang memberi makan saudaranya sesama mukmin yang lapar, niscaya Allah akan memberinya buah-buahan Surga. Siapa saja di antara orang mukmin yang memberi minum saudaranya sesama mukmin yang haus, niscaya Allah akan memberinya minuman dari Rahiqul Makhtum.” (HR. at-Tirmidzi dengan sanad hasan).

(b) Menyediakan makanan berbuka

Nabi bersabda, “Barangsiapa menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, niscaya ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikitpun.” (HR. at-Tirmidzi, hasan shahih).

Dalam riwayat lain dikatakan, “…menjadi penghapus dosanya dan menjadi pembebas dirinya dari api Neraka…”

4. Banyak membaca al-Qur’an

Malaikat Jibril memperdengarkan al-Qur’an kepada Rasulullah pada bulan Ramadhan. Utsman bin Affan mengkhatamkannya pada setiap hari Ramadhan. Sebagian Salafush Shalih mengkhatamkan setiap 3 malam sekali dalam shalat Tarawih. Imam asy-Syafi’i dapat mengkhatamkan 60 kali di luar shalat dalam bulan Ramadhan.

5. Tetap duduk di dalam masjid hingga terbit matahari

Rasulullah bersabda, “Barangsiapa shalat fajar berjama’ah di masjid, kemudian tetap duduk berdzikir mengingat Allah, hingga terbit matahari lalu shalat dua raka’at (Dhuha), maka seakan-akan ia mendapat pahala haji dan umrah dengan sempurna, sempurna dan sempurna.” (HR. at-Tirmidzi, dishahihkan oleh al-Albani).

6. Mencari malam Lailatul Qadar

Terutama pada malam-malam ganjil di akhir Ramadhan dengan memperbanyak doa,


اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan menyukai untuk mengampuni, maka ampunilah aku.” (HR. at-Tirmidzi)

“Barangsiapa shalat di malam Lailatul Qadar karena keimanan dan mengharapkan pahala, niscaya akan diampuni dosanya yang telah lalu.” (HR. al-Bukhari dan Muslim).“Diampuni juga dosa yang akan datang.” (dalam Musnad ahmad dari ‘Ubadah).

7. I’tikaf

Yakni menetapi masjid dan berdiam di dalamnya dengan niat mendekatkan diri kepada Allah.
Dalam sebuah hadits disebutkan, “Bila masuk 10 (hari terakhir bulan Ramadhan) Nabi mengencangkan kainnya (menjauhkan diri dari menggauli istrinya), menghidupkan malamnya dengan ibadah dan membangunkan keluarganya.” (HR. al-Bukhari).

“Bahwasanya Nabi senantiasa ber’itikaf pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan hingga Allah mewafatkan beliau.” (HR. al-Bukhari dan Muslim)

8. Umrah di bulan Ramadhan

Rasulullah bersabda, “Umrah di bulan Ramadhan sama seperti ibadah haji.” Dalam riwayat lain, “...sama seperti menunaikan haji bersamaku.” (HR. al-Bukhari dan Muslim)

9. Memperbanyak istighfar, dzikir dan doa

Terutama di saat sahur, berbuka, hari Jum’at, dan sepertiga malam terakhir sepanjang bulan Ramadhan.

Hukum dan Golongan Manusia Dalam Berpuasa

1. Puasa diwajibkan kepada setiap muslim, baligh, mampu dan bukan dalam keadaan safar(bepergian).
2. Orang kafir tidak diwajibkan berpuasa dan jika ia masuk Islam tidak diwajibkan mengqadha’(mengganti) puasa yang ditinggalkannya selama ia belum masuk Islam.
3. Anak kecil di bawah usia baligh tidak diwajibkan berpuasa, tetapi dianjurkan untuk dibiasakan berpuasa.
4. Orang gila tidak wajib berpuasa dan tidak dituntut untuk mengganti puasa dengan memberi makan, walaupun sudah baligh. Begitu pula orang yang kurang akalnya dan orang pikun.
5. Orang yang sudah tidak mampu untuk berpuasa disebabkan penyakit, usia lanjut, sebagai pengganti puasa ia harus memberi makan setiap hari satu orang miskin (membayar fidyah).
6. Bagi seseorang yang sakit dan penyakitnya masih ada kemungkinan untuk dapat disembuhkan, jika ia merasa berat untuk menjalankan puasa, maka dibolehkan baginya tidak berpuasa, tetapi harus mengqadha’nya setelah sembuh.
7. Wanita yang sedang hamil atau sedang menyusui jika dengan puasa ia merasa khawatir terhadap kesehatan dirinya dan anaknya, maka dibolehkan tidak berpuasa dan kemudian mengqadha’nya di hari yang lain.
8. Wanita yang sedang haidh atau nifas, tidak boleh berpuasa dan harus mengqadha’nya pada hari yang lain.
9. Orang yang terpaksa berbuka puasa karena hendak menyelamatkan orang yang hampir tenggelam atau terbakar, maka ia mengqadha’ puasa yang ditinggalkan itu pada hari yang lain.
10. Bagi musafir boleh memilih antara berpuasa dan tidak berpuasa. Jika memilih tidak berpuasa, maka ia harus mengqadha’nya di hari yang lain. Hal ini berlaku bagi musafir sementara, seperti bepergian untuk melaksanakan umrah, atau musafir tetap, seperti sopir truk dan bus (luar kota), maka bagi mereka boleh tidak berpuasa selama mereka tinggal di daerah (negeri) orang lain dan harus mengqadha’nya. (Redaksi)

[Sumber:

1. Brosur tentang Puasa Ramadhan, Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin.
2. Kaifa Na’isyu Ramadhan, Syaikh Abdullah ash-Shalih.

http://www.alsofwah.or.id/

PERANGI HAWA NAFSU SATU PENGORBANAN

1 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Peperangan menentang hawa nafsu adalah merupakan satu bentuk pengorbanan yang paling besar untuk membentuk jati diri sendiri dan kemaslahatan umat.
Perangi hawa nafsu menuntut kesabaran yang tinggi dan ketaqwaan yang teguh dalam mendidik jiwa sentiasa beristiqamah melakukan kebaikan dan menjauhi segala bentuk kejahatan.

Perkara ini jelas disebutkan di dalam ayat al-Quran, “Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: ‘Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun’.

Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. (Surah al-Baqarah ayat 155-157)
Perangi hawa nafsu adalah merupakan perjuangan yang paling besar. Ia adalah utama dari peperangan mempertahankan diri.

Hal ini bersesuaian dengan maksud sabda Rasulullah s.a.w ketika baginda pulang dari peperangan Badr, “Kita baru saja kembali dari jihad kecil menuju jihad yang besar. Para sahabat bertanya, “Apa jihad besar itu?, Nabi SAW menjawab, “Jihaad al-qalbi (jihad hati).

Setiap orang juga berpotensi memilliki keinginan untuk membuat kejahatan atau lebih dikenali sebagai hawa nafsu. Ini merupakan musuh utama anak adam dari syaitan.
Dengan ini kekuatan syaitan terletak pada hawa nafsu dan kelemahan manusia adalah berpunca daripada godaannya. Hawa nafsu selalu mengajak manusia kepada kemungkaran dan jika kita menuruti bisikannya, maka pasti kita akan menempuh kebinasaan.

Perkara ini telah dinyatakan oleh Allah s.w.t dalam ayat al-Quran, “Kemudian menggantilah selepas mereka pengganti-pengganti yang mensia-siakan solat, dan mengikuti hawa nafsu (syahwat); maka mereka akan menemui kesesatan.” (Surah Maryam, 59)

Kehidupan adalah satu bentuk perjuangan melawan hawa nafsu. Sesiapa yang mampu melawan hawa nafsu, maka Allah akan memberikannya kemenangan dan dipermudahkan segala urusan. Inilah rahsia untuk mendapat pembelaan dari Allah S.W.T.

Abu Hamid Imam al- Ghazali menyebut terdapat tiga bentuk perlawanan manusia terhadap hawa nafsu, iaitu Nafs al-Muthmainnah, Nafs al-Lawwamah, dan Nafs al-Ammarah al-Suu’.
Nafs al-Muthmainnah merupakan nafsu yang tenang yang mana ketika iman menang melawan hawa nafsu, sehingga perbuatan manusia tersebut lebih banyak yang baik daripada yang buruk. Dengan kata lain mereka yang mampu menguasai terhadap hawa nafsunya.

Manakala Nafs al-Lawwamah ialah nafsu yang gelisah dan menyesali dirinya sendiri. Keadaannya adalah ketika iman kadangkala menang dan kadangkala kalah melawan hawa nafsu, sehingga manusia tersebut perbuatan baiknya relatif seimbang dengan perbuatan buruknya. Mereka yang sentiasa dalam bertarik tali melawan hawa nafsu.

Adakalanya dia menang dan ada kalanya kalah. inilah orang yang sedang berjuang (mujahadah). Mereka ini menunaikan apa yang diperintahkan oleh Nabi Muhammad melalui sabdanya yang bermaksud: ”Berjuanglah kamu melawan hawa nafsumu sebagaimana kamu berjuang melawan musuh-musuhmu.

Nafsu yang ketiga adalah Nafs al-Ammaarah al-Suu’ iaitu nafsu yang mengajak kepada keburukan. Keadaanya adalah Ketika iman kalah dibandingkan dengan hawa nafsu, sehingga manusia tersebut lebih banyak berbuat yang buruk daripada yang baik. Mereka inilah yang hawa nafsu sepenuhnya telah dikuasai dan tidak dapat melawannya sama sekali.

Namun, dewasa ini, seringkali kita mendengar berita-berita tentang gejala sosial. Penyakit ini sebenarnya telah menular dalam kalangan masyarakat. Pelbagai kes dilaporkan setiap hari mengenai jenayah yang dilakukan, antaranya kes penderaan kanak-kanak, pembuangan bayi, samun, rogol, bunuh dan pelbagai kes yang melibatkan undang-undang negara.

Namun persoalannya, mengapa kes seperti ini semakin menjadi-jadi? Sudah tentu masyarakat terbiasa menjadikan hawa nafsu sebagai satu ikutan tanpa memikirkan kesan yang akan dihadapi oleh diri mereka sendiri.

Perkara ini dinyatakan oleh sebahagian orang bijak “Barang siapa menyirami anggota badannya dengan hawa nafsu, maka ia menanam pohon penyesalan dalam hatinya.” [Imam Al-Ghazali, Mukâsyafah al-Qulûb, h. 17]

Kehidupan yang berlandaskan syariat mampu menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat. Perangi hawa nafsu mampu memberi jaminan kebahagiaan kehidupan. Jaminan kebahagiaan ini adalah ditentukan oleh diri sendiri kerana diri sendiri berhak memilih jalan yang harus ditempuh.

Jika jalan yang diambil adalah jalan kebahagiaan di akhirat, maka sudah pasti kebahagiaan dunia akan dapat dikecapi oleh setiap individu muslim. Perkara ini disebut oleh Allah s,w,t di dalam ayat al-Quran,

“Barang siapa beramal soleh sama ada lelaki dan wania sedang dia mukmin, maka Kami akan hidupkan dia dengan kehidupan yang baik (bahagia) dan Kami akan tunaikan kepada mereka dengan ganjaran mereka yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan.”(An-Nahl: 97)

Cerminan hati juga diukur dari sudut ketaqwaan kepada Allah s.w.t. Hati dilahirkan fitrah dan suci serta menjadi kewajipan kepada hamba-hambaNya mengisi kekosongan hati dengan beribadah kepadanya.

Pengisian jiwa dengan syariat Islam serta keindahan akhlak Islam mampu mendidik hati melawan diri daripada melakukan perkara-perkara mungkar yang ditegah oleh Allah s.w.t. Setiap muslim harus melaksanakan tuntutan-tuntan Allah s.w.t..

Kewajipan ini dinyatakan oleh Allah Taala dalam surah al-Imran ayat 104, “Dan hendaklah ada di kalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada makruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang-orang beriman.”

Istiqamah dalam melakukan amalan-amalan kebaikan mampu menghindarkan diri daripada terjerumus ke dalam kancah kebinasaan. Diri mampu terdidik dengan kebiasaan melakukan kebaikan dan merasa akan sentiasa perlu menjaga hati daripada segala bentuk kemaksiatan.

Istiqamah dalam penjagaan diri dan hati perlu diselaraskan dengan panduan pegangan agama agar kehidupan mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah.

Di dalam surah Hud ayat 12, Allah s.w.t berfirman, “Maka beristiqamahlah kamu sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah bertaubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.”

Kesimpulannya, peperangan melawan hawa nafsu merupakan peperangan yang paling utama kerana ia melibatkan penjagaan hati, diri dan iman.

Setiap Muslim berkewajipan melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai hamba Allah dengan menjaga anugerah diri dan hati sebaik mungkin. Dengan memerangi hawa nafsu, kehidupan akan mendapat keberkatan dan kerahmatan daripada Allah.

Seperti firman Allah S.W.T yang bermaksud, “Mereka bersukacita (bergirang hati) kerana memperoleh nikmat dan kurnia dari Allah. Dan (kerana) sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan ganjaran orang-orang yang beriman.” (Ali-Imran: 171)

Tulisan Nusaibah Mimi

Cerai: Dengar sendiri dari mulut Pok Yo

1 Ramadhan 1433H. [MOD] -

PASIR MAS: Selepas Harakahdaily, Sinar Harian pula telah menebual sendiri Yahya Ibrahim, 78, atau lebih dikenali penduduk tempatan dengan nama Pok Yo bagi mengetahui kesah penceraian beliau dengan isterinya, Mok Yam.

Ia dibuat selepas media pro Umno melaporkan Pak Yo menceraikan Mok Yam atau nama sebenarnya Che Hasnah Che Ahmad, 61 kerana fahaman politik.

Menurut Pok Yo, beliau mengahwini Mok Yam ketika wanita itu sudah bergiat aktif dalam Umno.

"Saya berkahwin dengannya, ketika dia masih lagi aktif dalam politik, maka tidak timbul perbezaan fahaman, sehingga berlakunya perceraian ini," kata Pok Yo kepada Sinar Harian.

Sebelum ini, Harakahdaily telah melaporkan, Pak Yo menceraikan Mok Yam setelah dia dicabar agar menceraikan isterinya dengan talak tiga.

Namun, Mok Yam menafikannya. Dalam wawancara ini, Pok Yo berkata, dia ada saksi apabila mendakwa hal ini.

Berikut adalah temubual sepenuhnya.


Bolehkah Pok Yo terangkan apa sebenarnya berlaku?

Yahya: Saya kesal kerana bekas isteri saya (Che Hasnah Che Ahmad, 61, atau dikenali sebagai Mok Yam), mengaitkan perpisahan ini dengan perbezaan politik.

(Pok Yo - gambar Sinar Harian)

Dalilnya, saya berkahwin dengannya, ketika dia masih lagi aktif dalam politik, maka tidak timbul perbezaan fahaman, sehingga berlakunya perceraian ini.

Saya ceraikan dia dengan talak satu, kerana sikapnya yang tidak taat, meninggi suara, tidak bertanggung jawab dan bercakap guna emosi.

Mok Yam terkeliru apabila saya menyuruh dia ikut ajaran Islam, tetapi disalah anggap sebagai ikut fahaman politik. Saya tegaskan agar dia ikut ajaran Nabi, malah tidak mengaitkan langsung nama-nama ahli politik di Kelantan.

Baru-baru ini, Mok Yam menafikan dia pernah minta diceraikan dengan talak tiga.

Yahya: Saya juga ada saksi, ketika kami bergaduh mengenai isu ini, malah saksi itu juga adalah seorang lelaki, baligh, berakal dan memahami setiap tutur kata Mok Yam.

Sesat adalah satu kesalahan besar, tetapi apa yang dilakukan oleh Mok Yam sehingga didakwa sesat?

Yahya: Saya kata dia sesat, bukan disebabkannya pergi ceramah (Datuk) Dr Hasan Ali (bekas Naib Presiden Pas) atau kerana memakai baju merah, tetapi sikapnya yang terlalu menyimpang dengan ajaran Nabi. Ia bukanlah setakat solat lima waktu, memakai tudung dan mengaji al-Quran, tetapi perbuatan lain, juga dikira sebagai amalan, dan tidak terhad dalam satu perkara sahaja. Paling mengecewakan saya, apabila dia memburuk-burukkan seorang ulama, dan terkilan kerana tidak dapat membentuk isteri yang solehah.

Memandangkan usia semakin lanjut, lama berkahwin dan Islam sendiri tidak sukakan penceraian, tiada ada jalan lain selain cerai?

Yahya: Selama ini, saya cuba pelbagai cara untuk membentuknya sebagai seorang isteri solehah, namun selepas semua usaha saya tidak berjaya, saya yakin perkahwinan ini tidak akan berjaya sekiranya tiada persefahaman lagi. Puas saya beri dia masa untuk berfikir dan berubah, namun dia tetap melihat nasihat saya dari sudut politik.

Adakah masih ada sifat sayang yang memungkinkan boleh bersatu kembali?

Yahya: Saya mengucap syukur sekiranya dia berubah sikap, dengan menjalankan apa yang disuruh agama dan meninggalkan apa yang dilarang.

Saya masih sayangkannya, tetapi tidak akan meneruskan silaturahim sebagai sepasang suami isteri. Apa yang ditakdirkan, sudah ditentukan Ilahi.

harakahdaily/-

Pelajar Rakam Aksi Cikgu

1 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Berita terbaru yang mengejutkan ramai pihak telah dikeluarkan oleh KPM melalui media perdana kelmarin. Telefon bimbit akan dibenarkan di sekolah mulai tahun 2013.

Bagi sesetengah pihak terutamannya pelajar dan ibubapa, berita ini merupakan berita baik untuk mememudahkan perhubungan ibubapa dengan anak-anak.Faktor keselamatan pelajar yang selama ini menjadi runcing berikutan pelbagai tragedi terutama culik dan bunuh yang kian menjadi igauan ngeri ibu bapa dapat diminimakan.

Di sebalik segala tanggapan positif tentang berita tersebut, perlu diambilkira juga pandangan guru-guru yang pastinya tidak dapat menolak keputusan kerajaan. Guru-guru pastinya dalam dilema apabila peraturan baru ini dilaksana kelak.

Masalah besar mungkin tidak akan berlaku di sekolah-sekolah elit kerana pelajar di sana terdiri daripada pelajar terpilih yang pastinya lebih berotak dan berdisiplin.

Tetapi bagaimana pula dengan sekolah-sekolah menengah biasa, yang pelajarnya terdiri daripada pelbagai tahap IQ?

Apa kesan peraturan baru itu kepada pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran?
Penyebaran gambar-gambar dan filem porno, leka bermain game dan berbalas sms dengan rakan ketika guru mengajar akan memburukkan disiplin sesbuah sekolah.

Pengajaran dan pembelajaran tidak akan mencapai objektif kerana tumpuan pelajar tidak kepada pengajaran guru sebaliknya leka dengan telefon dan gadget yang dibawa.Perlu maklum bahawa telefon pintar dan gadget canggih memang 'berhantu'

Kecurian telefon bimbit atau gadget juga akan membawa masalah kepada guru-guru terutama guru disiplin.Kecurian telefon bimbit bukan seperti kecurian pen dan pensel kerana ia adalah barang berharga yang boleh dijual. Apabila kes kecurian berlaku guru akan terpaksa menangani kes. Ini sebenarnya adalah bebanan baru kepada guru.

Guru akan hadapi banyak masalah sebelum, semasa dan selepas waktu pengajaran. Apatah lagi sekolah-sekolah di Malaysia kini hanya terdapat beberapa orang guru lelaki berbanding guru wanita yang memonopoli kerjaya perguruan. Masalah disiplin akibat membawa telefon bimbit ke sekolah pastinya sukar dikawal.

Guru disiplin yang sebelumnya macho habis dalam menangani kes-kes disiplin bakal menjadi tikus mondok atau kura-kura yang menyorokkan kepalanya. Segalanya akan berubah kerana pastinya guru disiplin tidak mahu aksinya dirakam dan dimuat naik ke youtube. Bebudak sekarang punya dajjal- Nauzubillah!!!

Banyak masalah disiplin yang dihadapi para guru hari ini tidak dapat diselesaikan. Pelajar yang dibuang sekolah kerana pelbagai kesalahan berat juga akan kembali bersekolah di sekolah yang sama setelah membuat rayuan di peringkat atasan.

Ini membuatkan guru sering dipermainkan kerana kembalinya pelajar itu ke sekolah yang sama menggambarkan seolah-olah tiada undang-undang yang dapat dikenakan terhadap pelajar demikian. Pelajar bermasalah ini menjadi semakin berpengaruh di sekolah dan menjadi ikutan ramai pelajar lain.

Diharap pihak kerajaan melalui KPM akan meneliti baik buruknya memberi kebenaran kepada pelajar membawa telefon dan gadget lain ke sekolah.

harakah/-

Gaya lelaki macho dengan payung (gambar)

1 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Mampu menarik perhatian mana2 wanita.

harakahdaily/-