29 June 2012

BB Plaza: Hilang satu lagi aset bumiputera

9 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) berasa kesal dan kecewa dengan tindakan kerajaan yang ingin merobohkan bangunan Bukit Bintang Plaza (BB Plaza) bagi memberi laluan kepada projek pembinaan stesen MRT.

Ketuanya, Kamaruzaman Mohamad berkata, BB Plaza merupakan aset kepada UDA Holding yang rata-ratanya mempunyai 60 peratus penyewa di kalangan orang Melayu.

Apatah lagi, ujarnya UDA itu sendiri bertujuan untuk membantu golongan usahawan bumiputera.

Menruutnya, BB Plaza yang telah berusia 33 tahun ini juga bukan sahaja sebagai pusat beli belah yang berkedudukan strategik malahan menjadi tumpuan pelancong samada tempatan mahupun antarabangsa.

“DPPWP melihat dengan perobohan bangunan BB Plaza ini, bagaikan menabur pasir ke dalam periuk nasi para peniaga Melayu/Bumiputera di sini.

“Bagaimanakah nasib para peniaga ini nanti?,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, tempoh pembinaan Stesen MRT di tapak BB Plaza itu pula memakan masa selama 5 tahun.

Katanya, walaupun terdapat cadangan usaha beberapa pihak untuk membangunkan semula BB Plaza, persoalannya ialah mampukah para peniaga Melayu menampung kos sewa yang mahal.

Sebelum ini, ujar beliau UDA telahpun menjual 2 asetnya paling bernilai iaitu Plaza Warisan dan UO Superstore.

Aset-aset itu, tambah Kamaruzaman telah memberikan keuntungan kepada UDA yang menjaga golongan usahawan Melayu.

Kini, katanya BB Plaza pula ingin dilupuskan.

“Di manakah peranan kerajaan UMNO BN yang kononnya ingin menjaga hak dan keistimewaan orang Melayu?” tanya beliau.

DPPWP, katanya difahamkan bahawa laluan pembinaan stesen MRT yang asal tidak melibatkan bangunan BB Plaza.

Hanya apabila tidak mampu membayar pampasan, maka aset orang Melayu ini dikambinghitamkan, ujarnya.

Justeru, kata beliau DPPWP mendesak agar kerajaan mengkaji semula dan menarik balik cadangan merobohkan bangunan BB Plaza demi survival pengusaha-pengusaha Melayu di Kuala Lumpur.

“Kita tidak menolak sebarang usaha untuk membangunkan dan memajukan bandar Kuala Lumpur ini tetapi janganlah sehingga menindas sesetengah pihak terutama peniaga-peniaga bumiputera yang masih memerlukan bantuan untuk terus bersaing dengan peniaga-peniaga lain,” katanya.

Harakah Daily

'Masuk PAS kerana prinsip, rezeki Allah tentukan

9 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Menyertai parti PAS bukanlah satu keputusan yang mudah bagi hero filem Leftenan Adnan, Hairie Othman malah beliau mengakui tindakan yang diambilnya itu mengundang risiko dalam dunia lakonannya yang diceburi selama 20 tahun ini.

Bagi Hairie, keputusannya hari ini adalah keputusan yang paling tepat walaupun beliau yakin akan hilang pekerjaan selepas menyertai PAS.

"Nak masuk Umno ramai yang berani, nak masuk PAS satu keputusan kena fikir lama-lama. Kalau nak masuk Umno tidak jadi isu. Kalau masuk PAS habis!!

"Masuk PAS? Nak makan apa? Saya yakin yang bagi rezeki kepada saya bukan BN tetapi Allah Taala. Saya dapat rasa dan saya yakin," ujar beliau ketika berucap dalam forum Artis Berpolitik: Sekadar Glamor atau Kerana Prinsip? anjuran Akademi Pak Sako di Dewan Himpunan Cina KL-Selangor.

Malah Hairie mengakui sejak menyertai PAS beliau tidak lagi menerima tawaran berlakon dan keadaan ini seperti sudah dijangka namun tidak sekali-kali mematahkan semangatnya untuk bersama-sama parti pimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Justeru, pelakon berusia 41 tahun ini memberitahu beliau mungkin tidak akan meneruskan kerjaya sebagai pelakon selepas ini.

"Saya tanya orang ramai dalam Himpunan Hijau, selepas ini saya nak buat apa? Nak mana apa? Mereka ramai-ramai jawab, apa lagi ceramahlah!" ujarnya.

Hairie juga tidak bimbang kehilangan kerjayanya sebaliknya beliau kini sedang giat aktif memenuhi undangan-undangan ceramah di merata tempat.

"Dari hari ini hingga bulan puasa, jadual ceramah saya penuh. Dan lepas raya pun saya ada 'job' (ceramah) lagi," katanya.

Bagaimanapun, Hairie menolak dakwaan bahawa penyertaan artis dalam dunia politik hari ini kerana tidak dapat projek dan kerjaya yang semakin malap.

"Sekarang ini saya rasa lebih popular, kalau dulu rakan 'facebook' saya hanya 4000, hari ini rakan saya mencecah 12 000, naik mencanak dan orang lawat laman saya itu dekat 200,000. Tidak popularkah itu?" tegas beliau.

Turut hadir sebagai panel ialah Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parit Sulong yang juga merupakan penulis lirik lagu Awan Nano, Hasmi Hashim atau popular dengan nama pena, Budi Hikayat. Serta wakil daripada parti UMNO iaitu Presiden Persatuan Seniman, pelakon Zed Zaidi.

Bercakap di hadapan hampir 100 hadirin, Hairie yang mewakili parti PAS berkata keputusannya untuk menyertai parti berkenaan bukan kerana meraih populariti sebaliknya ia adalah prinsip.

Jelasnya, untuk mengejar glamor lebih sesuai berada dalam bidang seni bagaimanapun ia menjadi satu kelebihan memandangkan beliau adalah seorang pelakon.

"Secara dasarnya kalau kita bercakap soal politik mestilah atas dasar prinsip. Saya ni masih baru jer lagi dalam dunia politik. Saya pilih untuk menyertai parti atas dasar prinsip. Perjuangan PAS berlandaskan Islam. Pada mulanya tujuan saya adalah mahu mengubah diri daripada kurang baik kepada menjadi seorang insan yang lebih baik. Jadi saya merasakan parti PAS sesuai dengan jiwa saya", hujah Hairie.

Hairie juga merelakan PAS menggunakan khidmatnya untuk berkempen bagi menarik ramai undi dalam pilihan raya nanti.

"Saya rela membenarkan rakyat menggunakan khidmat saya untuk tawan Putrajaya," tegasnya yang merasakan tidak timbul isu artis dijadikan alat politik.

Harakah Daily

Mohon maaf kepada Ambiga, bukan BN

9 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad menyifatkan penarikan balik kenyataan ‘gantung Ambiga’ oleh Datuk Mohamad Aziz semalam sebagai 'tidak cukup'.

Katanya, alasan ahli parlimen Sri Gading itu yang menarik balik kenyataannya itu 'jika menyinggung perasaan pemimpin rakan-rakannya dari MIC atau PPP', dilihat tidak tepat kerana yang menjadi mangsa ancaman adalah Pngerusi Bersih, Datuk S. Ambiga sendiri.

“Ringkasnya, saya tidak boleh terima sama sekali penarikan balik kenyataannya begitu sahaja.

“Saya kira sebutan atau kritikannya itu tidak boleh diambil ringan sehinggalah beliau sendiri membuat permohonan maaf secara terbuka dan menerangkan hal sebenar kepada Ambiga,” katanya.

Dzulkefly yang juga AJK PAS Pusat berkata, Mohamad sepatutnya membuat permohonan maaf secara terbuka dan menjelaskan hal sebenar kepada Ambiga mengenai ancaman yang didakwa beliau.

Ini kerana mengancam 'digantung seperti Ma'unah' kata Dzulkefly, satu kenyataan yang sangat serius dan menyinggung keharmonian kaum.

Katanya Dato Ambiga juga dilihat sebagai ikon bukan sahaja bagi kaum India tetapi masyarakat sivil dan rakyat yang pro-perubahan.

"Menyamakan tindakan Bersih 3.0sama dengan Ma’unah yang setaraf dengan pendurhakaan kepada Agung dan wajar dihukum gantung adalah sesuatu yang memburukkan lagi imej Umno-BN yang tersedia tercalar di kacamata kaum India.

"Nyata MP Umno ini, tidak memahami ruang-lingkup tindakan demokrasi (hak bersuara, berpersatuan dan berhimpun) adalah hak yang bukan sahaja dizinkan bahkan dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Harakah Daily

Shabery Cheek bakal MB Terengganu?

9 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dikatakan sedang merancang untuk melantik Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (gambar) sebagai Menteri Besar Terengganu selepas pilihan raya umum nanti.

Ini kerana, beliau dianggap faktor pengimbang antara dua kem Umno yang bergaduh di Terengganu sekarang iaitu Kem Datuk Seri Idris Jusoh dan Kem Datuk Ahmad Said.

Shabery, bekas orang kuat Tengku Razaleigh Hamzah dikatakan tidak memihak di dalam kedua-dua kem itu.

Selain Shabery, turut disebut adalah nama anggota Parlimen Hulu Nerus, Datuk Nasir Ibrahim Fikri.

Namun, Harakadaily difahamkan, istana Terengganu masih mahukan Ahmad Said kekal sebagai MB.

Di pihak PAS pula, lain ceritanya. Walaupun Shabery pernah aktif di dalam PAS sebelum menyertai Umno, beliau dianggap tidak akan mengubah apa-apa di Terengganu.

Biarpun Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Shabery Cheek dikatakan bakal menjadi Menteri Besar Terengganu, bagi PAS ia tidak memberi jaminan Terengganu akan lebih baik.

Selagi dasar pentadbiran Umno dan Barisan Nasional masih dipenuhi dengan rasuah, kronisme, nepotisme, sesiapapun yang menggantikan Datuk Seri Ahmad Said sebagai menteri besar, ibarat dua kali dua.


Sikap PAS

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohamad Abdul Wahid Endut, berkata keadaan Umno di Terengganu semakin parah dengan beberapa insiden yang mencemarkan pentadbiran menteri besar-menteri besar negeri itu.

Ketika zaman pemerintahan Datuk Seri Idris Jusoh, pelbagai penyelewengan wang rakyat dilakukannya, di samping penarikan semula wang royalti kepada negeri tersebut.

Ketika BN mengambil pentadbiran negeri dari PAS pada 2004, segala pemberian kerajaan negeri PAS sebelum itu ditarik balik seperti pemberian geran kepada rakyat.

Justeru itu, bagi Abdul Wahid, mana-mana pemimpin yang terdiri dari kalangan Umno yang dikatakan akan menggantikan Ahmad, tetap tidak boleh membaiki segala kerosakan yang sekian lama dilakukan.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Muhyiddin Abd Rashid berkata tidak timbul soal siapa pengganti Ahmad Said.

Ini kerana katanya momentum rakyat di Terengganu sudah menunjukkan Pakatan Rakyat semakin mendapat tempat di hati rakyat negeri itu.

Apa yang diharapkan PAS, bukanlah pengganti Ahmad Said yang dikatakan boleh membersihkan segala kekotoran di negeri tersebut, sebaliknya rakyat negeri itu memerlukan seorang menteri besar di kalangan Pakatan Rakyat.

Harakah Daily

Penternak rugi RM120,000

9 Syaaban 1433H. [MOD] -

ALOR GAJAH - Seorang penternak lembu tenusu terpaksa berputih mata dan mengalami kerugian kirakira RM120,000 setelah seekor demi seekor ternakannya mati disyaki terkena jangkitan penyakit kuku dan mulut (FMD), selepas menerima lima ekor lembu pada program khas.

Saravana Kumar, 36, berkata, pada awal Mac lalu dia menerima lima lembu betina daripada jabatan berkenaan sebagai usaha untuk menambah pengeluaran susu negara.

Namun, dua hari kemudian seekor demi seekor lembunya mati dipercayai dijangkiti FMD.

“Selama tiga tahun saya menternak lembu jenis Thailand dan Australia ini, belum pernah ternakan mati dijangkiti FMD. Malah, sentiasa peka dengan ubatan yang diberi,” katanya.

Saravana mendakwa, dia menyedari ternakannya dijangkiti FMD selepas mencampurkan lembu bantuan berkenaan dengan ternakannya di dalam kandang yang sama.

“Semua lembu saya sihat kerana setiap hari saya akan membuat pemantauan, namun dua hari selepas menerima saya lihat seekor lembu saya lemah.

“Saya lihat hingus pada hidung juga meleleh hingga lembu kelihatan tidak selesa malah hanya makan dalam kuantiti yang sangat sedikit sehingga menjadikan ia terlalu kurus dan mati,” katanya ketika ditemui, kelmarin.

Menurutnya, dalam tempoh tiga bulan, 13 lembunya mati manakala enam lembunya mengalami keguguran dan menunggu masa untuk mati sahaja.

“Akibatnya, hasil pengeluaran susu juga merosot daripada 180 kilogram sehari kepada 48 kilogram sahaja,” katanya.

Katanya, laporan dan aduan telah dibuat kepada pihak berkaitan, namun hingga kini masih tiada tindakan dilakukan.

“Saya kesal dengan sikap pihak berkenaan yang lepas tangan. Saya terima atas niat membantu peningkatan hasil susu namun ini yang saya terpaksa terima,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Umar Ali Shaifuddin Shaharuddin mengesahkan laporan berkenaan dan menyerahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Haiwan untuk tindakan selanjutnya.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Malaysia, Datuk Dr Abd Aziz Jamaluddin, ketika dihubungi menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan maklumat yang disampaikan tidak tepat.

“Pihak kami akan menyiasat terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan diambil,” katanya.

Sinar Harian

Euro 2012: Statistik kejohanan

9 Syaaban 1433H. [MOD] -

BERIKUT fakta ringkas dan statistik perlawanan kejohanan Euro 2012 setakat hari ke-18 semalam. Kejohanan bermula 8 Jun lalu dan perlawanan separuh akhir sudah selesai. Saingan akhir akan menyusul - Ahad ini (awal pagi Isnin waktu Malaysia).



PENJARING:

3 gol - Mario Balotelli m-20 m-36 m-90 (Itali),Cristiano Ronaldo m-28, m-74, m-79 (Portugal); Alan Dzagoev m-15, m-79, m-37 (Rusia), Mario Gomez m-72, m-24, m-38 (Jerman); Mario Mandzukic m-3, m-72 (Croatia).


2 gol - Fernando Torres m-4, m-70 (Sepanyol), Andriy Shevchenko m-54, m-61 (Ukraine), Cesc Fabregas m-64, m-83 (Sepanyol), Zlatan Ibrahimovic m-52, m-54 (Sweden), Michael Krohn-Dehli m-24, m-24 (Denmark), Nicklas Bendtner m-41, 80 (Denmark), Dimitris Salpingidis m-51, m-88 (Greece), Petr Jiracek m-3, m-72 (Republik Czech), Vaclav Pilar m-54, m-6 (Republik Czech), Xabi Alonso m-18
m-90 (Sepanyol); Olof Melberg m-49, m-59 (Sweden), ; Giorgos Karagounis m-47, m-45.


1 gol - Roman Pavlyuchenko m-83, Roman Shirokov m-24 (Rusia), Giorgos Samaras m-55, Theofanis Gekas m-53, (Greece); Robert Lewandowski m-17, Jakub Blaszczykowsl m-57 (Poland), Antonio Di Natale m-60, Andrea Pirlo m-39, Antonio Cassano m-36, Nikica Jelavic m-43 (Croatia), Sean St Ledger m-19 (Republik Ireland), Joleon Lescott m-30, Andy Carroll m-23, Theo Walcott m-64, Danny Welbeck m-78, Wayne Rooney m-48 (England), Samir Nasri m-39, Jeremy Menez m-53, Yohan Cabaye m-56 (Perancis); Helder Postiga m-36, Kleper Pepe m-24, Silvestre Varela m-84 (Portugal), Robin Van Persie m- 72, Rafael Van Der Vaart m-10 (Belanda); David Silva m-49 (Sepanyol); Jesus Navas m-88 (Sepanyol); Sebastian Larsson m-93 (Sweden); Marko Reus m-74, Miroslav Klose m-68, Sami Khedira m-60, Phillip Lahm m-38, Lars Bender m-80, Lukas Podolski m-19 (Jerman)



PERCUBAAN TEPAT KE PINTU GOL:

15 - Cristiano Ronaldo (Portugal)

12 - Mario Balotell (Itali)

13 - Andres Iniesta (Sepanyol)

12 - Karim Benzema (Perancis); Mario Balotelli (Itali)

7 - Vaclav Pilar (Republik Czech); Robin Van Persie (Belanda); Antonio Di Natale, Claudio Marchisio (Itali); Zlatan Ibrahimovic (Sweden), Antonio Casaano (Itali)

6 - Alan Dzagoev (Rusia); David Silva, Fernando Torres (Sepanyol), Cesc Fabregas (Sepanyol), Mesut Ozil (Jerman), Xavi Hernandez (Sepanyol).


5 - Alessandro Diamanti (Itali), Robert Lewandowski (Poland); Nicklas Bendtner (Denmark); Yohan Cabaye (Perancis); Andrea Pirlo (Itali)

4 - Jeremy Menez (Perancis), Marco Reus (Jerman), Andriy Shevchenko (Ukraine); Mario Gomez, Lukas Podolski, Mesut Ozil, Bastian Schweinsteiger (Jerman); Mario Mandzukic, Nikica Jelavic (Croatia); Wesley Sneijder (Belanda); Keith Andrews (Republik Ireland); Sebastian Larsson (Sweden); Michael Krohn-Dehli (Denmark); ; Xabi Alonso (Sepanyol), Sami Khedira (Jerman), Mats Hummels (Jerman).

3 - Christian Eriksen, Niki Zimling (Denmark); Florent Malouda, Alou Diarra, Franck Ribery (Perancis); Tomas Rosicky, Roman Shirokov (Rep Czech), Arjen Robben (Belanda); Luka Modric, Nikica Jelavic (Croatia); Eugen Polanski, Jakub Blaszczykowski (Poland); Christian Wilhelmsson (Sweden); Nani, Fabio Coentrao (Portugal); Yevhen Konoplyanka (Ukraine); Miroslav Klose (Jerman), ; Daniele De Rossi (Itali); Igor Denisov (Rusia), Jesus Navas ( Sepanyol), Ivan Perisic (Crotia), Riccardo Montolivo (Itali), Dimitris Salpingdis (Greece),


2 - Silvestre Varela (Portugal), Roman Pavlyuchenko, Yuri Zhirkov (Rusia); Darjio Srna, Ivan Rakitic (Croatia); Claudio Marchisio (Itali); Markus Rosenberg, Olof Melberg (Sweden); , Fanis Gekas, Giorgos Karagounis (Greece); Nelson Oliviera, Helder Postiga, Raul Meireles, Joao Moutinho, ; Milan Baros, Petr Jiracek, Jaroslav Plasil (Republik Czech); , Alvaro Arbeloa (Sepanyol); Wayne Rooney, Danny Welbeck, Steven Gerrard, Scott Parker, Ashley Young, Glen Johnson, Andy Carroll (England); Phillipe Mexes, Mathieu Debuchy, Samir Nasri (Perancis); Robbie Keane (Rep Ireland); Andriy Yarmolenko, Marko Devic (Ukraine); Simon Kjaer (Denmark); Mats Hummels, Phillip Lahm, Marco Reus, Andre Schurrle (Jerman); Sebastian Boenisch, Marcin Wsilewski, Lukasz Piszczek (Poland);


1 - Aleksandr Kokorin, Aleksandr Kerzhakov, Aleksandr Anyukov, Andrey Arshavin (Rusia); Lasse Schone, Tobias Mikkelsen, Daniel Agger (Denmark); Antonio Cassano, Tobbias Mickelsen, Federico Balzaretti, Christian Maggio, Thiago Motta, Antonio Nocerino (Itali); Klass-Jan Huntelaar, Mark Van Bommel, Ibrahim Afellay, Rafael Van Der Vaart, Joris Mathijsen (Belanda); Jan Rezek, Michal Kadlec, Theodor Gebre Selassie, Tomas Sivok (Rep Czech); Kevin Doyle, Simon Cox, Aiden McGeady, Sean St Ledger, Richard Dunne (Republik Ireland); Pepe, Miguel Veloso, Joao Pereira (Portugal); Santi Cazorla, Xabi Alonso, Gerard Pique, Sergio Ramos (Sepanyol); Theo Walcott, James Milner, John Terry, Ashley Cole, Joleon Lescott, (England); Niko Kranjcar, Danijel Pranjic, Ivan Strinic (Croatia); Lars Bender, Andre Schurrle, Thomas Muller, Holger Badstuber, Philipp Lahm (Jerman); Kostas Fortounis, Vssilis Torossidis (Greece); Yann M'Villa (Perancis); Andriy Voronin (Ukraine); Dariusz Dudka, Rafal Murawski, Ludovic Obraniak (Poland); Rasmus Elm, Martin Olsson, Kim Kallstrom (Sweden); Kyriakos Papadopoulos, Giorgos Fotakis, Kostas Fortounis, Grigoris Makos, Sotiris Ninis, Giorgos Samaras, Vassilis Torossidis (Greece);





PERCUBAAN TEPAT KE PINTU GOL:

DIBUANG PADANG:

Sokratis Papastathopoulos (Greece), Wojciech Szczesny (penjaga gol Poland), Keith Andrews (Republik Ireland)


JUMLAH GOL DIJARING:

- Tujuh (hari pertama) - Kumpulan A: Rusia (4); Poland (1); Greece (1); Republik Czech (1)

- Dua (hari kedua) - Kumpulan B: Denmark (1); Belanda (0); Jerman (1); Portugal (0)

- Enam (hari ketiga) - Kumpulan C: Sepanyol (1); Itali (1); Croatia (3); Republik Ireland (1)

- Lima (hari keempat) – Kumpulan D: Perancis (1); England (1); Ukraine (2) Sweden (1)

- Lima (hari kelima) - Kumpulan A: Greece (1); Republik Czech (2); Poland (1); Rusia (1)

- Lapan (hari keenam) - Kumpulan B: Denmark (2); Portugal (3); Belanda (1); Jerman (2)

- Enam (hari ketujuh) - Kumpulan C: Itali (1); Croatia (1); Sepanyol (4); Republik Ireland (0)

- Tujuh (hari kelapan) - Kumpulan D: Ukraine (0); Perancis (2); Sweden (2); England (3)

- Dua (hari kesembilan) - Kumpulan A: Rusia (0); Greece (1); Republik Czech (1); Poland (0)

- Enam (hari ke-10) - Kumpulan B: Portugal (2); Belanda (1); Denmark (1); Jerman (2)

- Tiga (hari ke-11) - Kumpulan C: Croatia (0); Sepanyol (1); Itali (2); Republik Ireland (0)

- Tiga (hari ke-12) - Kumpulan D: England (1); Ukraine (0); Sweden (2); Perancis (0)

- Satu (hari ke-13) - Suku akhir: Republik Czech (0); Portugal (1)

- Enam (hari ke-14) - Suku akhir: Jerman (4); Greece (2)

- Dua (hari ke-15) - Suku akhir: Sepanyol (2); Perancis (0)

- Tiada (hari ke-16) - Suku akhir: England (0); Itali (0); (Itali menang penalti 4-2)

- Tiada (hari ke-17) - Separuh akhir : Portugal (0); Sepanyol (0); (Sepanyol menang penalti 4-2)

- Tiga (hari ke-18) - Separuh akhir : Jerman (1); Itali (2)



JUMLAH KAD KUNING:

Empat pada hari pertama kejohanan (Kumpulan A; Poland lawan Greece)

Tiga pada hari kedua (Kumpulan B; Denmark lawan Belanda); Empat ketika Jerman melawan Portugal (juga Kumpulan B)

Enam pada hari ketiga (Kumpulan C; Sepanyol lawan Itali); Tiga ketika Republik Ireland melawan Croatia (juga kumpulan C)

Dua pada hari keempat (Kumpulan D; Perancis lawan England); dua ketika Ukraine melawan Sweden (juga Kumpulan D)

Enam pada hari kelima (Kumpulan A; Greece lawan Republik Czech); empat ketika Poland melawan Rusia (juga Kumpulan A)

Empat pada hari keenam (Kumpulan B; Denmark lawan Portugal); tiga ketika Belanda melawan Jerman (juga Kumpulan B)

Tiga pada hari ketujuh (Kumpulan C; Itali lawan Croatia); lima ketika Sepanyol melawan Republik Ireland (juga Kumpulan C)

Lima pada hari kelapan (Kumpulan D; Ukraine lawan Perancis); empat ketika Sweden melawan England (juga Kumpulan D)

Enam pada hari kesembilan (Kumpulan A; Greece lawan Rusia); lapan ketika Republik Czech melawan Poland (juga Kumpulan A)

Tiga pada hari ke-10 (Kumpulan B; Portugal lawan Belanda) tiada ketika Denmark melawan Jerman (juga Kumpulan B)

Lima pada hari ke-11 (Kumpulan C; Croatia lawan Sepanyol) enam ketika Itali melawan Republik Ireland (juga Kumpulan C)

Lima pada hari ke-12 (Kumpulan D; England lawan Ukraine) tiga ketika Sweden melawan Perancis (juga Kumpulan D)

Tiga pada hari ke-13 (Suku akhir) Republik Czech lawan Portugal

Dua pada hari ke-14 (Suku akhir) Jerman lawan Greece

Tiga pada hari ke-15 (Suku akhir) Sepanyol lawan Perancis

Dua pada hari ke-16 (Suku akhir) England lawan Itali



KAD KUNING:

3 - Sokratis Papastathopoulos (Greece), Keith Andrews (Republik Ireland)

2 - Jeremy Menez (Perancis), Giorgos Karagounis, Jose Holebas (Greece); Eugen Polanski (Poland); Alan Dzagoev (Rusia); Jetro Willems (Belanda); Keith Andrews, Sean St Ledger (Republik Ireland); Anatoly Tymoshchuk (Ukraine); Phillipe Mexes, , Yohan Cabaye (Perancis); Anders Svensson (Sweden); David Limbersky (Rep Czech); Christian Maggio, Andrea Barzagli (Itali), Thiago Motta (Itali), Anatoliy Tymoshchuk (Ukraine), Mario Balotelli (Itali), Jerome Boateng (Jerman), Leonardo Bonucci (Itali), Daniele De Rossi (Itali), Xabi Alonso (Sepanyol), Miguel Veloso (Portugal), Sergio Ramos (Sepanyol), Alvaro Arbeloa (Sepanyol), Joao Pereira ( Portugal).

1 - Helder Postiga, Fabio Coentrao (Portugal); Kyriakos Papadopoulos, Vassilis Torossidis, Dimitris Salpingidis, Sokratis Papastathopoulos, Giorgos Samaras (Greece); Mark Van Bommel, Nigel de Jong, Robin Van Persie (Belanda); Jerome Boateng, Holger Badstuber (Jerman); William Kvist, Simon Poulsen, Lars Jacobsen, Jakob Poulsen (Denmark); Glenn Whelan, Robbie Keane, John O'Shea (Republik Ireland); Luka Modric, Niko Krancjar, Gordon Schildenfeld, Vedran Corluka, Darijo Srna, Ivan Strinic, Mario Mandzukic, Nikica Jelavic (Croatia); Jordi Alba, Fernando Torres,,Javi Martinez,Giorgio Chiellini, , Riccardo Montolivo, , Gianluigi Buffon, Federico Balzaretti (Itali); Alex Oxlade-Chamberlain, Ashley Young, James Milner, Steven Gerrard, Ashley Cole (England), Kim Kallstrom, Rasmus Elm, Jonas Olsson, Olof Melberg, Samuel Holmen (Sweden); Tomas Rosicky, Petr Jiracek, Daniel Kolar, Jaroslav Plasil, Tomas Pekhart (Republik Czech); Igor Denisov, Aleksandr Anyukov, Yuri Zhirkov, Pavel Pogrebnyak (Rusia); Robert Lewandowski, Rafal Murawski, Marcin Wasilewski, Damien Perquis, Jakub Blaszczykowski (Poland); Cristiano Ronaldo, Raul Meireles, , Nani, Mathieu Debuchy (Perancis); Echen Selin, Yaroslav Rakitskiy, Andriy Shevchenko (Ukraine)


OFSAID:

Fernando Torres (6, Sepanyol)

Dimitris Salpingidis (6, Greece)

Robbie Keane (6, Republik Ireland)

Antonio Di Natale (4, Itali)

Miroslav Klose (4, Jerman)

Milan Baros (3, Republik Czech)

Ola Toivonen (3, Sweden)

Karim Benzema (3, Perancis)

Antonio Cassano (3, Itali)

Alvaro Arbeloa (3, Sepanyol)

Dennis Rommedahl (3, Denmark)

Mario Gomez (3, Jerman)

Helder Postiga, Hugo Almeida (3, Portugal)

Christian Maggio (2, Itali)

Cesc Fàbregas, David Silva (2, Sepanyol)

Simon Poulsen (2, Denmark)

Andrey Arshavin (2, Rusia)

Vaclav Pilar (2, Rep Czech)

James Milner, Ashley Young (2, England)

Fanis Gekas (2, Greece)

Cristiano Ronaldo (2, Portugal)

Andriy Shevchenko, Christian Wilhelmsson (2, Ukraine)

Mesut Ozil, Andre Schurrle (2, Jerman)

Aiden McGeady (2, Republik Ireland)

Kostas Fortounis, Giorgos Samaras, Kostas Katsouranis, Giorgos Fotakis (1, Greece)

Jeremy Menez, Olivier Giroud (1, Perancis)

Jan Rezek, Milan Petrzela, Theodor Gebre Selassie (1, Republik Czech)

Javi Martinez, Alvaro Negredo (1, Sepanyol)

John Heitinga (1, Belanda)

Luka Modric, Nikica Jelavic (1, Croatia)

Danny Welbeck, Joleon Lescott (1, England)

Markus Rosenberg (1, Sweden)

Andriy Voronin, Artem Milevskiy (1,Ukraine)

Roman Pavlyuchenko, Aleksandr Kerzhakov (1,Rusia)

Arjen Robben, John Heitinga (1,Belanda)

Antonio Nocerino, Federico Balzaretti, Thiago Motta (1, Itali)


SEPAKAN SUDUT:

Portugal (41)

Sepanyol (40)

Belanda (22)

Perancis (28)

Republik Czech, Rusia (21)

Ukraine (18)

Croatia (14)

Jerman (34)

England (16)

Greece (10)

Poland (14)

Itali (27)

Denmark (16)

Sweden (7)

Republik Ireland (8)

Sinar Harian

Tak sempat nikmati sarapan

9 Syaaban 1433H. [MOD] -

MELAKA TENGAH - Hasrat seorang warga emas mahu menikmati sarapan pagi di sebuah warung berhampiran rumahnya tidak kesampaian apabila dia maut dirempuh sebuah motosikal, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa, Haron Osman, 83, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Mangsa yang berjalan kaki dirempuh dirempuh ketika mahu melintas jalan ke warung berkenaan, yang terletak kira-kira 150 meter dari rumahnya di Kampung Pulau Samak, berhadapan Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam, di sini.

Anak saudara mangsa, Yaakub Gantang, 42, berkata, dia hanya mengetahui kejadian itu selepas dimaklumkan oleh pekerja warung makan terbabit.

“Pekerja terbabit berlari ke arah saya sambil menjerit memberitahu bapa saudara saya yang masih bujang dilanggar ketika sedang melintas jalan.

Kebetulan saya berada tidak jauh dari situ. “Semua orang di kawasan berkenaan memang kenal dengan arwah yang sudah menjadi rutin hariannya bersarapan di gerai berkenaan setiap pagi," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman berkata, mangsa dirempuh motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang Abdul Hafiz Yahya, 19.

“Remaja terbabit yang datang dari arah simpang lampu isyarat Taman Sutera Wangi menuju bulatan Batu Berendam cuba membrek namun gagal kerana jarak mangsa yang terlalu dekat.

“Abdul Hafiz yang cedera dihantar ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sinar Harian

Didenda RM800 biak nyamuk Aedes

9 Syaaban 1433H. [MOD] -

GEORGETOWN - Gara-gara membiarkan jentik-jentik nyamuk Aedes membiak di dalam kolam mandi, seorang wanita didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.

Majistret, Noor Aini Yusof mengenakan hukuman itu terhadap Rafidah Abdul Razak, 24, selepas membuat pengakuan salah terhadap pertuduhan yang dikemukakan Pegawai Pendakwa, Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut, Ahmad Yahya Zainoon.

Mengikut pertuduhan, Rafidah didakwa telah membiarkan jentik-jentik nyamuk Aedes membiak di dalam kolam mandi bilik air di rumahnya di Perumahan Polis Fasa 2, Lebuhraya Thein Teik pada 7 Julai tahun lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 13 (2) Akta Pemusnah Serangga Pembawa Penyakit 1975 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh yang hadir ke mahkamah dengan berbaju kurung memohon mahkamah meringankan hukuman terhadapnya berikutan ini adalah kesalahan yang pertama yang dilakukannya.

Dia yang hadir ke mahkamah dengan ditemani ahli keluarga kelihatan termenung selepas hukuman denda dikenakan terhadapnya.

Difahamkan, Rafidah membayar denda berkenaan dan dibebaskan. Sementara itu dalam kamar yang sama, seorang lelaki didenda RM400 selepas didapati bersalah menghisap rokok di kawasan larangan.

Lim Song Khoon, 35, dari Taman Indrawasih, Perai didakwa melakukan kesalahan itu di pekarangan Hospital Lam Wah Ee disini pada 22 Disember tahun lalu kirakira jam 11.15pagi.

Dia yang didakwa Seksyen 11(1)(b) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2011 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 bagaimanapun mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Sinar Harian

Barang kemas RM300,000 lesap

9 Syaaban 1433H. [MOD] -

IPOH – Dua beradik berputih mata apabila beg berisi barang kemas bernilai RM300,000 dilarikan oleh sekumpulan penjenayah ketika mereka sedang menukar tayar kereta di Jalan Sultan Azlan Shah di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.30 malam, dua beradik berkenaan dikatakan membeli pelbagai barang kemas di Tangkak, Johor sebelum memandu pulang ke arah Pulau Pinang.

Bagaimanapun singgah di Ipoh untuk berehat dan menjamu selera.

Mangsa menyedari kehilangan beg yang diletakkan di bahagian tempat duduk hadapan setelah mempercayai di curi oleh lelaki berusia 40-an yang sebelum itu memberhentikan kereta berhampiran dengan mereka.

Difahamkan, kumpulan terbabit mengetahui gerak geri mangsa dan mengetahui barang kemas bernilai tinggi yang dibawa dua beradik yang juga merupakan ahli perniagaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, pihaknya menerima laporan tersebut dan masih menjalankan siasatan dijalankan di bawah Akta 479 Kanun Keseksaan membabitkan kes curi.

“Setakat ini polis belum melihat rakaman litar tersembunyi (CCTV) daripada pemborong emas iaitu tempat mangsa membeli barang kemas berkenaan. Siasatan awal mendapati mangsa mengalami kerugian besar akibat kes cuti itu,” katanya.

Menurutnya, polis akan meneliti beberapa perkara membabitkan kejadian itu serta akan memanggil individu tertentu untuk ambil keterangan

Sinar Harian

Kempunan hasil curi

9 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Seorang warga Columbia tidak sempat menikmati hasil curi selepas polis berjaya menahannya di Solaris Duta, malam kelmarin.

Lelaki berusia 30 tahun itu cuba melarikan diri selepas polis mengesyaki tindakannya yang mencurigakan kirakira jam 9.30 malam itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Othman Abu Bakar berkata, suspek sempat mencampakkan dua beg galasnya dan polis menemui alatan pecah rumah, telefon bimbit, MacBook, sarung tangan, wang tunai RM1,000 dan beberapa keping mata wang Thailand dalam beg tersebut.

“Siasatan awal mendapati, suspek terlibat dalam kes pecah rumah jenis kondominium mewah dan dipercayai dia berniat untuk melakukan jenayah dalam negara ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, di sini, semalam.

Beliau berkata, suspek yang dipercayai sudah beberapa kali masuk ke negara ini masih menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur sebelum direman bagi siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Sinar Harian

Polis cari 11 lelaki

9 Syaaban 1433H. [MOD] -

SEGAMAT - Polis daerah ini mencari 11 lelaki bagi membantu dan melengkapkan siasatan kes pergaduhan yang dilaporkan berlaku pada 21 Jun, lalu.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Hanafi Daud berkata, dalam kejadian sekitar jam empat pagi itu, beberapa lelaki telah bergaduh di tempat letak kereta Jalan Kekwa, di sini.

Menurutnya, akibat pergaduhan itu, tiga lelaki cedera di bahagian badan dan tangan dipercayai terkena besi serta sabit yang digunakan semasa kejadian.

“Setakat ini, polis sudah menahan sembilan lelaki, manakala, 11 lagi masih dicari bagi membantu siasatan.

“Mereka yang ditahan berumur lingkungan 19 hingga 33 tahun dan telah direman selama empat hari berakhir hari ini (semalam) untuk disoal siasat,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Segamat, semalam.

Dalam pada itu, beliau turut mengulas berkaitan kes tembakan terhadap seorang pemandu trak tunda di Segamat Baru, 22 Jun lalu.

Hanafi berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan kejadian itu ada hubung kait dengan kes pergaduhan tersebut.

“Dalam kes tembakan itu, kita difahamkan suspek menggunakan pistol jenis Revolver untuk menembak mangsanya, namun ia masih lagi dalam siasatan polis,” katanya.

Beliau berkata, semua lelaki yang dicari dipercayai adalah orang tempatan. Hanafi berkata, beliau meminta kerjasama awam yang mengenali atau mempunyai maklumat 11 individu yang dicari ini agar menghubungi hotline rasmi IPD Segamat di talian 07-9324222

Sinar Harian

Pencuri tidak serik curi motorsikal

9 Syaaban 1433H. [MOD] -

DAMANSARA - Tidak serik! Meskipun pernah dipenjarakan tiga kali seorang pencuri berusia 43 tahun ini masih tidak insaf dan ditangkap sekali lagi ketika sedang leka meleraikan motosikal yang dicuri di sebuah bangunan tinggal di Kampung Sungai Kayu Ara semalam.

Dalam tangkapan jam 10 pagi itu, dua lagi rakan suspek sempat melarikan diri sejurus anggota polis Balai Damansara Utama menyerbu lokasi terbabit selepas mendapat maklumat awam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, siasatan mendapati suspek mencuri motosikal jenis Yamaha 135 LC yang ditinggalkan pemiliknya yang ketika itu mahu bersembahyang Maghrib di perkarangan sebuah masjid di Jalan Klang Lama, 7 Jun lalu.

“Berdasarkan rekod suspek sebelum ini pernah ditahan atas kesalahan dadah dan pernah dipenjarakan,” katanya. Menurutnya, ketika ditemui keseluruhan bahagian badan motosikal itu telah ditanggalkan dan semua bahagian motosikal itu akan dijual sebagai alat ganti.

“Suspek dipercayai menyembunyikan motosikal itu di kawasan bangunan sebelum bertindak meleraikan komponennya untuk dijual,” katanya. Suspek ditahan untuk siasatan lanjut sebelum diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields untuk tindakan selanjutnya.

Sinar Harian

Misteri bau busuk terungkai

9 Syaaban 1433H. [MOD] -

KLUANG - Misteri bau busuk di belakang sebuah warung tidak bernombor di Kampung Baru, di sini, membawa kepada penemuan bungkusan plastik berwarna merah yang mengandungi serpihan tulang dipercayai bayi yang ditanam di kawasan terbabit, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Abdul Majid Mohd Ali berkata, sepasukan polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang telah ke tempat kejadian setelah mendapat
laporan daripada orang awam yang terhidu bau busuk di belakang warung berkenaan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan tanah yang ditimbus di lokasi terbabit sebelum bertindak menggalinya.

“Polis menjumpai bungkusan plastik merah yang di dalamnya berisi tengkorak dan tulang yang telah reput dipercayai manusia.

“Hasil laporan siasat yang diterima daripada pakar patalogi di Johor Bahru mendapati serpihan tulang tersebut adalah bayi yang baru dilahirkan danmayat bayi tersebut sudah ditanam dua bulan yang lalu,” katanya dalam sidang media yang diadakan di IPD Kluang, semalam.

Berikutan maklumat dan siasatan yang dilakukan katanya, polis menahan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dipercayai ibu kepada bayi malang terbabit.

Beliau berkata, remaja terbabit masih direman hingga esok dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan jika sabit kesalahan boleh
dikenakan penjara sehingga dua tahun.

Katanya, polis juga mendapati remaja yang sudah tidak bersekolah dan tinggal bersama bapanya itu pernah membuat laporan di balai polis kerana mendakwa dirinya dirogol.

“Pada masa ini pasukan dari Jabatan Patalogi dan polis masih membuat siasatan ke atas suspek sama ada bayi yang baru dilahirkan itu ditanam dalam keadaan hidup ataupun sudah mati sewaktu dilahirkan,” katanya.

Abdul Majid berkata, polis kini juga sedang mengesan teman lelaki remaja terbabit bagi membantu siasatan.

“Jika dilihat dalam rekod jenayah, kes seumpama ini adalah kes pertama berlaku di Kluang dan berharap kes tersebut tidak akan berulang lagi di sini,” katanya.

Sinar Harian

Hapus anjing liar

9 Syaaban 1433H. [MOD] -

MENTAKAB - Pihak berkenaan diminta menghapuskan atau menangkap anjing liar yang berkeliaran di taman perumahan, dekat sini, kerana mendatangkan banyak masalah kepada penduduk.

Penduduk, Roziah Jaafar, 35, berkata, tong sampah di hadapan rumahnya habis diterbalikkan anjing liar berkenaan yang menyelongkar untuk mencari makanan.

“Kami sudah tidak tahan dengan keadaan ini, malah anjing liar semakin banyak berkeliaran. “Kami bimbang keselamatan kami terutama anak-anak yang bermain pada waktu petang, takut digigit dan dikejar anjing tersebut,” katanya.

Justeru penduduk berharap perkara itu diberi perhatian serius.

Agency

Warga emas terpedaya serah wang tunai, subang emas

9 Syaaban 1433H. [MOD] -

BANDAR MARAN - Bermodalkan kata-kata manis dan tawaran bantuan RM15,000, seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai ‘orang pejabat’ berjaya memperdaya seorang warga emas dengan meminta mangsa menyerahkan wang tunai RM300 dan sepasang subang emas.

Namun, wanita berusia 42 tahun yang kemas berpakaian baju kurung itu berputih mata apabila diberkas sepasukan anggota polis kira-kira 10 minit selepas dia memulangkan kembali wang tunai dan subang milik mangsa.

Mangsa, Yang Minah Osman, 72, berkata, dia yang tinggal sendirian di Kampung Senggora, dekat sini, didatangi wanita itu pada jam 11 pagi dan memperkenalkan diri sebagai ‘orang pejabat’ sebelum bertanyakan mengenai wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Menurutnya, wanita itu kemudiannya memaklumkan bahawa penerima BR1M akan menerima bantuan lanjutan daripada kerajaan sebanyak RM15,000. “Tapi dia beritahu mak cik perlu buka buku akaun bank kerana wang bantuan itu kan dimasukkan terus ke akaun terbabit.

“Dia tawarkan diri untuk tolong buka akaun baru itu dan minta RM300 sebagai wang pendahuluan. Kemudian dia tanyakan pula mengenai barang kemas dan mak cik beritahu, mak cik cuma ada subang sahaja,” katanya kepada Sinar Harian.


Mangsa dakwa dipukau

YANG MINAH berkata, dia tidak mengesyaki apa-apa kerana sebelum kedatangan wanita itu, pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ke rumahnya bagi menyerahkan surat bantuan warga emas yang diterima setiap bulan.

Katanya, tanpa membantah dan mendakwa seperti dipukau, dia menyerahkan wang tunai RM300 dan sepasang subang di telinga kepada wanita terbabit yang selepas itu meminta diri dengan alasan mahu segera masuk pejabat.

“Dia beritahu akan datang semula jam 6 petang selepas menyelesaikan urusan membuka buku akaun baru. “Wanita itu menghilangkan diri dengan menaiki sebuah kenderaan berwarna merah dipandu seorang lelaki yang hanya menunggu di luar rumah,” katanya.

Yang Minah berkata, selepas mengiringi wanita itu, dia ke kedai runcit berdekatan milik anak saudaranya lalu menceritakan khabar berita mengenai bantuan RM15,000 tersebut.

Menurutnya, anak saudaranya terkejut dengan perkara itu dan memberitahu dia sebenarnya menjadi mangsa pukau. “Mak cik pulang ke rumah dalam keadaan keliru dan tidak lama kemudian, wanita berkenaan datang semula untuk menyerahkan kembali wang RM300 dan subang kepada mak cik.

“Dia beri alasan pembukaan buku akaun baru tidak boleh dilakukan jika pemilik akaun tiada bersama,” katanya.


Pengamal perubatan tawar bantuan

ANAK mangsa, Halias Abdul Aziz, 48, berkata, kejadian yang menimpa ibunya itu diketahui selepas dihubungi anak saudaranya ketika dia sedang berjumpa seorang pengamal perubatan Islam untuk bertanyakan rawatan berhubung masalah dihadapi isterinya.

Menurutnya, pengamal perubatan Islam itu menawarkan diri untuk membantu selepas terdengar tanpa sengaja perbualan telefon bersama anak saudaranya.

“Dia minta saya dapatkan air masjid (kolah) bagi tujuan perubatan dan menjejaki orang yang melakukan pukau terhadap ibu saya. “Kemudian, kami ke rumah ibu saya dan dimaklumkan wanita yang memukau ibu saya baharu sahaja beredar selepas menyerahkan kembali wang tunai dan subang yang diambil.

Saya bergegas ke jalan utama dan berjaya memintas kenderaan dinaiki wanita berkenaan di simpang masuk Lubuk Paku,” katanya. Halias berkata, bagi melengahkan masa sementara menunggu ketibaan anggota polis, dia berbual-bual dengan wanita terbabit dengan meyakinkan bahawa ada rakan berminat untuk melakukan urusan perniagaan.

Dua suspek direman tiga hari SEMENTARA itu, Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Ahmad Johari Shabudin berkata, pihaknya berjaya memberkas dua suspek berhubung kejadian itu selepas menerima maklumat daripada anak mangsa. Menurutnya, kedua-dua suspek anak-beranak berusia 42 dan 26 tahun itu ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan menipu,” katanya.

Sinar Harian

Pokok ancam nyawa pengguna

9 Syaaban 1433H. [MOD] -

SUNGAI MANIK - Pengguna jalan raya dari Sungai Manik ke Kampar serta ke Pekan Langkap terdedah dengan bahaya apabila lima pokok jenis bungor dan durian di kiri kanan laluan Kampung Sungai Kucing Kunci Air 12 Head Work, di sini didapati telah reput malah akan tumbang pada bila-bila masa.

Penduduk, Fatimah Yusoff, 55, berkata, usia kelima-lima pokok itu mencecah lebih 50 tahun sementara tingginya pula lebih kurang 40 meter ditanam penduduk di atas tanah rizab jalan raya.

Menurutnya, dua pokok bungor didapati telah reput manakala tiga pokok durian pula dahan dan ranting sudah mati.

“Penduduk berharap Jabatan Kerja Raya (JKR) dapat segera menebang pokok berkenaan supaya tidak mengancam keselamatan orang ramai dan pengguna jalan raya.

“Saya dan jiran yang tinggal berhampiran pula sentiasa dalam kebimbangan setiap kali berlaku ribut kerana ditakuti pokok berkenaan tumbang menghempap rumah kami,” katanya kepada pemberita, di sini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Degong, Aziz Mohamad 60 bersama Setiausaha JKKK Degong Salamah Busran 49 telah melawat ke lokasi dimaksudkan dan mengatakan perkara itu akan disampaikan kepada pihak berkenaan.

Katanya, masalah tersebut akan diberikan perhatian segera kerana melibatkan keselamatan penduduk dan pemandu yang sering berulang alik dari Teluk Intan ke Ipoh atau sebaliknya.

Sinar Harian

Rasuah: Pegawai kanan polis didakwa

9 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUANTAN - Seorang anggota polis berpangkat Deputi Superintendan dikenakan ikat jamin sebanyak RM4,000 dan seorang penjamin selepas di hadapkan ke Mahkamah Khas Rasuah di sini, semalam atas pertuduhan menerima suapan bernilai RM2,000.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh, R Sundralingam, 52 dari Taman KSM, Temerloh di sini didakwa secara rasuah memperoleh satu suapan bernilai RM2,000 daripada seorang peniaga pada 23 Mac lalu di sebuah restoran di Jalan Temerloh-Mentakab kira-kira jam 5.25 petang.

Tertuduh yang juga seorang Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Temerloh itu didakwa menerima suapan tersebut supaya tidak mengambil tindakan terhadap lelaki tersebut bersama lima pekerja kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 30 Enakmen Hiburan 1993 iaitu menjalankan perniagaan urut badan tanpa lesen.

Tertuduh boleh disabitkan di bawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman maksimum 20 tahun atau lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

Hakim Fathiyah Idris turut menetapkan perbicaraan kes tersebut bermula 1 Oktober depan selama lima hari. Bagaimanapun tertuduh membayar ikat jamin tersebut. Manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Shafinas Shabuddin.

Sinar Harian

Nicol akan pertahan gelaran juara Terbuka Australia

9 Syaaban 1433H. [MOD] -

MELBOURNE - Datuk Nicol David akan mempertahan gelaran juara Terbuka Australia pada kejohanan skuasy premier negara ini yang akan berlangsung di Canberra dari 13 hingga 19 Ogos.

Ratu skuasy dunia itu pertama kali menjuarai Terbuka Australia apabila mengalahkan pemain England Jenny Duncalf pada 2011.

Kemenangan itu meletakkan beliau sebaris dengan jaguh yang pernah menjuarai kejohanan berprestij ini seperti Heather McKay, Vicki Cardwell, Michelle Martin dan Sarah Fitz-Gerald.

Nicol akan ke Canberra bersama jurulatihnya dari Australia, Liz Irving, yang kecundang sebanyak tiga kali dalam percubaan untuk dinobatkan sebagai juara Terbuka Australia pada awal 1990-an.

Pengarah kejohanan Gary Hampson gembira kerana Nicol sekali lagi akan beraksi pada kejohanan itu yang akan berlangsung di Royal Theatre, Canberra.

"Tidak dapat dinafikan Nicol adalah bintang dalam sukan ini dan kami amat gembira apabila beliau membuat keputusan untuk mempertahankan gelaran. Saingan dalam kategori wanita pada tahun ini memang hebat, dengan lapan daripada 10 pemain handalan sah mengambil bahagian setakat ini walaupun penyertaan akan ditutup Selasa depan.

"Sesiapa saja yang datang ke Canberra untuk menontonnya diberi jaminan mereka akan berpeluang menyaksikan aksi hebat beberapa pemain terbaik dunia," katanya di sini.

Pemain nombor dua dunia, Duncalf, juga akan kembali mengambil bahagian pada tahun ini, di samping pemain England Laura Massaro (3), Madeline Perry dari Ireland (5), Annie Au dari Hongkong (6), Camille Serme dari Perancis (8) serta pasangan Australia Rachael Grinham (9) dan Kasey Brown (10).

Penyertaan Nicol akan menyaksikan kehadiran enam bekas juara pada kejohanan kali ini iaitu Perry (2010), Au (2008), Grinham (2005), Brown (2006) dan pemain New Zealander Joelle King (2009), yang kesemuanya pernah menjulang Piala Heather McKay.

Kategori lelaki pula akan menyaksikan penyertaan juara bertahan Ramy Ashour dari Mesir, dengan pemain nombor enam dunia dari England Peter Barker sebagai pemain pilihan kedua.

Terbuka Australia akan berlangsung di gelanggang kaca Royal Theatre, Canberra. - Bernama

Sinar Harian

Lori terbalik akibat 'kejar' lampu hijau

9 Syaaban 1433H. [MOD] -

MARANG – Tindakan seorang pemandu lori dipercayai memandu secara berbahaya kerana 'mengejar' lampu hijau membawa padah apabila dia gagal mengelak lalu merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah Perodua Kancil di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang, di persimpangan lampu isyarat Batu 9, Jalan Kuala Terengganu Ke Kuala Berang di sini, pemandu lori terbabit, Mohd Alias, 45, dan seorang kelindannya terperangkap di bahagian tempat duduk hadapan apabila kenderaan itu terbalik.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika pemandu lori itu dalam perjalanan untuk menghantar barang ke kedai runcit sekitar Kuala Berang. Pemandu lori terbabit dikatakan membawa lori dengan laju, namun sebaik lampu isyarat bertukar merah, dia dikatakan gagal untuk mengawal kenderaan lalu bertindak melencong secara melulu ke laluan kanan menuju ke Lebuhraya Pantai Timur.

Kedua-dua mereka tidak mengalami kecederaan serius manakala pemandu kenderaan empat pacuan roda, Chang Teck Seng, 58, terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah kerana mengalami kecederaan di bahagian kepala dan badan.

Dalam pada itu, pemandu Perodua Kancil, Aswad Yahya, 21, dan seorang penumpang berumur 24 tahun cedera ringan di bahagian dahi. Kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan itu turut menyebabkan lalu lintas terganggu selama 15 minit.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.

Sinar Harian

Awang Adek, apa hubungan anda dgn Hong Cheong?

9 Syaaban 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM: Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussain (gambar) menjelaskan beberapa keraguan berhubung hubungannya dengan ahli perniagaan, Chung Hon Cheong semasa beliau menjadi Penolong Gabenor Bank Negara.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, keraguan itu timbul ekoran beberapa fakta dan transaksi kewangan yang membabitkan mereka berdua.

Menurutnya, Hon Cheong yang juga pemilik serta pengarah syarikat SunPrestige Sdn Bhd didakwa memperoleh kontrak mencetak nota RM2 sebanyak 100 juta keping semasa Awang Adek memegang jawatan tersebut.

Ekoran itu timbul keraguan apa hubungan ahli perniagaan berkenaan dengan Awang Adek dan keluarganya yang didapati mempunyai hubung kait yang kuat dengannya.


“Mengapakah pada tahun 1999, Awang Adek menjual rumahnya di Damansara kepada Vertex United Sdn Bhd yang dimiliki Hon Cheong pada harga RM550,000?

“Kedua, mengapakah Hon Cheong menerusi Ultimate Holidays Sdn Bhd membuat pembayaran penerbangan Awang Adek ke Tokyo untuk trip penerbangan 28 Jun 1999 hingga 1 Julai 1999?.

"Ketiga Hon Cheong turut juga dikatakan membayar ansuran bulanan kereta Honda Civic 1.6 milik isteri Awang Adek sebanyak RM2,122 sebulan.

“Ada banyak lagi maklumat mengenai pelbagai pembayaran insurans hartanah, pembayaran cukai jalan, pembelian kereta, bayaran pengaturan permainan golf, pembayaran bil telefon yang membabitkan Awang Adek dengan Hon Cheong,” katanya.

Saifuddin memberikan tempoh tiga minggu kepada Awang Adek menjelaskan segala dakwaan dan mencabarnya menafikan mempunyai hubungan dengan individu dan syarikat terbabit.

Harakah Daily

Gantung Ambiga: Najib juga perlu mohon maaf

9 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mendesak perdana menteri turut memohon maaf di atas kenyataan ahli parlimen BN yang membangkitkan persoalan sama ada Datuk S Ambiga perlu digantung kerana menderhaka.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, Bersih mendakwa, Datuk Seri Najib Razak perlu bertanggungjawab di atas 'keceluparan' Ahli Parlimen Sri Gading, Mohamad Aziz yang membangkitkan perkara itu yang turut disokong Ahli Parlimen Lenggong Shamsul Anuar Nasarah.

"PM boleh memilih sama ada tidak mengambil peduli dan melihat sahaja kempen membenci pemimpin Bersih 2.0.

"Sejarah akan merekodkan sikap berdiam diri beliau kali ini sebagai penambahan kepada tuduhan 'demokrasi palsu' oleh wartawan Canada Mark Mackinnon," katanya.

Semalam Mohamad Aziz menarik balik kenyataan yang dibuat pada hari Selasa lalu di mana beliau bertanya sama ada Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S Ambiga perlu digantung kerana menderhaka.

Penarikan balik kenyataannya itu dibuat jika ia menyinggung perasaan pemimpin rakan-rakannya dari MIC atau PPP.

Mengulas lanjut perkara itu, Bersih 2.0 mendakwa alasan penarikan balik kenyataan oleh Mohamad itu hanya menunjukkan sikap angkuh ahli parlimen itu yang seharusnya perlu juga memohon maaf terhadap Ambiga.

Sehubungan itu, mereka tetap mendesak Najib bertanggujawab untuk mengambil tindakan terhadap kedua-dua ahli parlimen Umno itu dan memohon maaf kepada Ambiga serta 250,000 rakyat yang menyertai Himpunan Bersih 3.0.

Harakah Daily

Guan Eng saman Utusan lagi, kali ini RM50 juta

9 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Selepas menang dua saman terhadap Utusan sebelum ini, Lim Guan Eng memfailkan lagi saman terhadap akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian, News Straits Times dan Pertubuhan Pribumi Melayu Perkasa (PERKASA) berhubung laporan fitnah yang disiarkan.

(Lim Guan Eng bersama pemimpin DAP dalam sidang media mereka semalam)

Kali ini beliau menuntut RM50 juta dari media Umno berkenaan.

Dalam sidang media di Parlimen semalam, beliau menegaskan, laporan yang disiarkan itu menuduh seolah-olah beliau adalah pengkhianat negara dengan menjual maklumat kepada negara asing.

“Kedua-dua surat khabar dan Utusan memohon maaf kepada Datuk Kalimullah Hassan berhubung perkara ini tetapi saya tidak faham kenapa kedua-dua akhbar ini tidak memohon maaf kepada saya,” kata Guan Eng.

Tuduhan itu adalah berkenaan dakwaan wujudnya pertemuan di antara Guan Eng dengan pemimpin tertinggi di Singapura khususnya daripada PAP dalam satu majlis makan malam yang diadakan di negara itu.

Kata Guan Eng, saman malu itu dibuat kerana dakwaan yang dilemparkan amat serius.

“Menuduh saya menjual maklumat rahsia negara adalah dakwaan serius kerana kalau benar dituduh menjual rahsia negara itu adalah perbuatan khianat yang akan dihukum dengan hukuman yang berat (hukuman gantung).

“Saya terpaksa mengambil tindakan, ini bukan kali pertama Utusan Malaysia membuat tuduhan seperti ini, ia adalah usaha untuk mempertahankan nama baik saya,” katanya.

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 14 Disember tahun lalu mendapati Utusan memfitnah Lim Guan Eng dan diarahkan membayar RM200,000 kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu ekoran laporan fitnahnya.

Mahkamah itu juga mendapati Ketua Menteri Pulau Pinang itu tidak anti Melayu atau anti Islam tetapi itu adalah niat buruk Utusan.

Sebelum itu, pada 22 Jun, kerana laporan kononnya Lim Guan Eng mahu menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB), Mahkamah Tinggi Pulau Pinang juga mendapati lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia, telah melakukan fitnah.

Justeru, mahkamah mengarahkan Utusan membayar pampasan RM200,000 kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu serta RM20,000 kos mahkamah.

Guan Eng menyaman Utusan terhadap satu tulisan bertajuk “DEB: Guan Eng Tetap Berdegil” bertarikh 15 Mac 2008 yang mendakwa kononnya Setiausaha Agung DAP tersebut mahu menghapuskan DEB.

Harakah Daily

Saya akan sokong Mukhris jadi MB - Mahathir

9 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau akan menyokong jika anaknya, Datuk Mukhris Mahathir dicalonkan untuk menjadi Menteri Besar Kedah.

(Anak bapak...Mukhris dan Mahathir)

Dalam wawancaranya dengan sebuah stesen TV internet, Mahathir berkata, beliau juga akan menolong anaknya itu.

Mahathir juga berkata, dia tahu anaknya itu berminat dalam politik dan akan menolong beliau.

"Tetapi untuk jawatan apa, terserahlah kepada parti membuat keputusan. Jika dia dicalonkan untuk jadi MB, saya akan sokong," kata Mahathir.

Desas-desus bertiup kencang di Kedah kononnya Mukhris, anak ketiga Mahathir itu akan bertanding peringkat DUN dalam pilihan raya umum akan datang ini.

"Katanya dia akan bertanding di DUN Kota Seputeh," kata anggota Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria kepada Harakahdaily.

Adun Kota Seputeh sekarang, Datuk Abu Hassan Sarif (Umno - BN) sebelum ini didapati tidak layak menjadi Adun kerana gagal menghadiri sidang yang diadakan.

Menurut sumber lain pula, anggota Parlimen Jerlun itu tidak berapa berminat untuk bertanding peringkat DUN kerana takut kehilangan jawatannya yang ada sekarang.

Mukhris, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu tahu bukan mudah untuk beliau menjadi MB kerana terpaksa bersaing dengan lain-lain pemimpin Umno Kedah yang lebih senior.

"Dia boleh menang kerusi DUN Kota Seputeh itu tetapi adakah BN akan menang Kedah? Jika BN menang pun, adakah Mahathir Khalid akan setuju dia jadi MB. Di mana pula kedudukan Datuk Ahmad Bashah, Pengerusi Umno Kedah sekarang," kata seorang pengkaji politik antarabangsa kepada Harakahdaily baru-baru ini.

Menurut beliau, skala pertembungan dalaman Umno Kedah cukup tinggi iaitu 3.5 dari 5 markah penuh.

"Sebab itu, bagi saya, kalau Mukhris bertanding DUN pun bukan kerana dia yakin menang dan mahu sangat tetapi kerana tekanan ayahnya yang mahu legasi beliau diteruskan," kata pengkaji yang berasal dari Amerika itu.

Harakah Daily

Tun Mahathir tak perlu risau kalau tak buat salah

9 Syaaban 1433H. [MOD] -

JENGKA: Bekas perdana menteri Tun Dr Mohathir Mohamad tidak perlu bimbang beliau akan dipenjarakan jika Pakatan Rakyat memerintah, kata Timbalan Presiden PAS Muhamad Sabu.

Sebaliknya katanya, mereka yang melakukan kesalahan sahaja yang perlu bimbang kerana bakal diambil tindakan sewajarnya.

“Pakatan Rakyat bukanlah parti berasaskan dendam dan ingin membalas dendam kepada sesiapa,” katanya.

Mohamad Sabu berkata demikian ketika berucap kepada penduduk sekitar Jengka dalam majlis ceramah dan perasmian Ibu Pejabat PAS Kawasan Kuala Krau di Nadi Kota dekat sini.

Pakatan Rakyat ujarnya akan berlaku adil kepada semua rakyat tanpa mengira kaum warna kulit dan agama.

Kata beliau kebimbangan Dr Mahathir akan dipenjara itu membayangkan bekas perdana menteri itu mulai gerun BN akan kalah dalam dalam pilihan umum ke-13 akan datang.

Sebelum ini, kata Mohamad belum pernah Dr Mahathir melahirkan kebimbangan sebegitu rupa.

Menurutnya lagi, jika Pakatan Rakyat menang dan memerintah beberapa isu besar yang menjadi tanda tanya dan persoal kepada rakyat seperti isu wanita Monggolia yang dibunuh dan di letupkan, Altantunya Saribu akan terjawab.

Isu berkenaan sehingga kini belum terjawab dan masih menjadi persoalan kepada masyarakat dunia kerana kematianya dikatakan mempunyai kaitan dengan pemimpin ahli perniagaan dan politik Malaysia.

Harakah Daily

Marah buku diharam, Kassim ugut 'bunuh' Anwar

9 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Mungkin kerana kecewa dengan teorinya yang menolak hadis sebagai sumber kedua rujukan Islam ditolak, Kassim Ahmad (gambar - Malaysiakini) mahu mengantung Datuk Anwar Ibrahim sampai mati.

Dia juga berkata, "Saya bersedia untuk menembak dia," kata Kassim dalam wawancaranya dengan Malaysiakini.

Ugutan untuk menggantung sampai mati ini yang kedua keluar minggu ini selepas anggota Parlimen Umno, Datuk Mohamad Aziz mencadangkan agar Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S Ambiga digantung.

Namun cadangan itu ditarik balik beliau selepas mendapat serangan dari kerabat BN sendiri yang sedar tindakan menyerang Ambiga telah menyebabkan menyarakat India semakin benci kepada BN khasnya Umno.

Sikap ini menyebabkan kerabat BN iaitu MIC dan PPP yang akan kehilangan undi dalam pilihan raya umum akan datang sebagaimana yang berlaku dalam pilihan raya umum 2008.

Dalam PRU 2008, isu Hindraf dan peguam Uthayakumar menjadi isu penting orang India sehingga majoriti mereka memberikan undi kepada calon-calon Pakatan Rakyat termasuk PAS.

Namun Kassim agak berbeza dengan Mohamad Aziz.
Selain menyerang Anwar dengan bahasa kesat sehingga sanggup meludah mukanya, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz juga menjadi sasaran Kassim.

Beliau mengkritik keras Mursidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat. Walaupun tidak jelas apakah maksud sebenarnya, beliau menyebut tentang budaya "feudal ulama" dalam parti Islam itu.

Bekas Presiden PSRM yang kritis terhadap "kasta" ulama dalam Islam itu juga merasakan Nik Aziz terlalu didewa-dewakan di kalangan pengikutnya.

Anwar dan Nik Aziz dianggap orang penting yang menyebabkan teori hadis Kassim Ahmad ditolak ulama dan umat Islam.

Menurut Malaysiakini, Kassim percaya Anwar berpakat dengan 'ulama' bagi menekannya walaupun bersetuju 'secara prinsip' di peringkat awal.

Kassim juga mendakwa, sekitar 1990-an, cadangan dialognya dengan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berhubung kandungan bukunya tergendala apabila dihalang oleh Anwar walaupun Dr Mahathir didakwa sudah bersetuju.

Harakah Daily

TNB dituntut penjelasan ekoran bil elektrik melompat naik

9 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Kerajaan dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) diminta memberikan penjelasan segera ke atas aduan kenaikan bil elektrik ekoran sistem bil dua bulan sekali.

Ini kerana, sistem ini menyebabkan bil elektrik pengguna menjadi berlipat kali ganda.

Seorang pengguna elektrik menghantar satu surat aduan dan disiarkan oleh banyak blog termasuk dalam ruangan surat pembaca Harakahdaily sebelum ini.

Namun sehingga kini, TNB belum membuat sebarang penjelasan mengenainya sekurang-kurangnya tidak ada dalam pengetahuan pembaca Harakahdaily.

Berikut disiarkan sekali lagi surat yang ditulis oleh Mohd Fazli Hassan dari Meru, Klang itu:


Tidak lama dulu DS Najib mengumumkan kenaikan tarif elektrik baru. Seingat saya, beliau menyatakan bacaan bil bulanan di bawah 400 unit atau kurang dari RM90 tidak menerima kesan (tolong betulkan jika salah).

Oleh itu pengguna yang bil bulanan di bawah bacaan 400 unit atau kurang dari RM90 (jika tidak silap) tidak akan dikenakan kadar tarif elektrik baru. Mendengar pengumuman tersebut saya antara orang yang merasa lega kerana bil elektrik saya setiap bulan adalah kurang daripada RM90.

Perasaan lega itu hanya untuk sementara waktu sahaja atau beberapa bulan sahaja. Ada perancangan lain yang telah dilakukan bagi merealisasikan kadar tarif baru elektrik ini.

Beberapa bulan ini, pihak TNB (pembaca meter TNB) hanya melakukan bacaan meter dua bulan sekali sahaja ke rumah saya dan rumah-rumah jiran. Oleh itu bacaan meter elektrik yang dibuat dua bulan sekali, diselangi dengan bil anggaran yang dihantar melalui pos. Melalui cara ini, secara tidak langsung kadar tarif baru dapat dilaksanakan kepada pengguna, tanpa disedari.

Sebagai contoh bagi mereka yang menggunakan tarif elektrik sebanyak 350 unit sebulan, bayaran bil adalah sebanyak RM76.30. Melalui sistem bacaan meter DUA BULAN berserta BIL ANGGARAN (secara POS), penggunaan elektrik naik sekali ganda menjadi 700 unit (dua bulan).

Oleh itu, bayaran bil menjadi RM194.20, kiraan seperti berikut:

Penggunaan dua bulan 700 unit.

1. 400 unit X RM0.218 = RM87.20

2. 200 unit X RM0.334 = RM66.80

3. 100 unit X RM0.400 = RM40.00

JUMLAH = RM194.20

Bil bagi dua bulan menghampiri RM200. Berbanding jika bil dikenakan tiap-tiap bulan hanya antara RM70 ke RM80 sahaja. Jika dua bulan pun hanya RM140 ke RM160 sahaja jika pengguna membuat tunggakan bayaran.

Bagi bil anggaran yang dihantar melalui pos pula, jumlah yang dinyatakan hanya pada nilai RINGGIT MALAYSIA tetapi bukan pada jumlah UNIT elektrik yang digunakan. Maka bil dua bulan dalam jumlah ringgit ditolak dengan jumlah bil anggaran dalam nilai ringgit.

Kesimpulannya, TNB telah berjaya melaksanakan kadar tarif baru elektrik kepada pengguna yang pada asalnya bacaan tarif elektrik kurang dari 400 unit.

Sehubungan itu, saya meminta pembaca atau pengguna elektrik, renungkanlah....


Mohd Fazli Hasan
Taman Meru Damai, Kapar Klang.

Harakah Daily

Parlimen boleh bubar hari ini, kata Azmin

9 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU: Timbalan Presiden Parti KeADILan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali tidak menolak kemungkinan Parlimen akan dibubarkan oleh Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Tun Razak pada petang ini.

(Azmin Ali melakukan gimik pada Majlis Pelancaran Bahan Kempen PKR negeri Terengganu di Kuala Terengganu.)

Ini kerana, katanya PM telah mengarahkan satu mesyuarat khas tergempar yang melibatkan semua Ahli Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) pada pagi ini.

Namun, ramai meragui pandangan beliau ini kerana jangkaan mereka pilihan raya tidak lagi akan diadakan dalam masa yang terdekat.

Namun, ekoran sambutan hari pertama IPO FGVH positif, kemungkinan itu tetap ada kerana ramai mengandaikan saham ini akan menjunam jatuh sebagaimana saham Facaebook selepas ini.

Untuk permulaan ini, ia boleh naik dengan sokongan pelbagai jentera kerajaan BN dan bantuan syarikat GLC terhadap IPO ini.

“Pecutan terakhir kita (PKR) menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, tarikh kita belum tahu tetapi nampaknya terlalu dekat.

“Esok (29 Jun) parti kita (PKR) akan mengadakan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat, dan pada masa yang sama Perdana Menteri (Najib) juga memanggil satu mesyuarat khas tergempar Dewan Tertinggi Barisan Nasional.

“Hari esok (Jumaat) hari yang sama, tempat berbeza sebab parti berlainan. Sebab kita telah buat perkiraan, jika esok (29 Jun) Majlis Tertinggi BN bermesyuarat pagi, petang dia (PM) boleh bubar Parlimen.

“Sabtu (30 Jun) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) buat mesyuarat, dia terus umum tarikh penamaan calon dan pembuangan undi. Jika dia (BN) buat esok, masih ada kemungkinan (pilihan raya) sebelum Ramadan,” ujar Azmin dalam ceramahnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Sistem Menang Pilihan Raya (Sismep) 3.0 PKR Peringkat Negeri Terengganu, di sebuah hotel, dekat sini, semalam.

Sehubungan itu, katanya Pakatan Rakyat bakal menamatkan kemarau berhubung pertindihan kerusi antara PKR, PAS dan DAP di seluruh negara.

Azmin menyifatkan, jumlah kerusi terbabit terlalu kecil dan yakin perkara tersebut dapat diselesaikan dengan baik selepas beberapa siri rundingan berlangsung sebelum ini.

“Insya’Allah, dalam masa satu minggu atau dua minggu lagi, kita (Pakatan Rakyat) akan bersidang sekali lagi untuk meneliti beberapa kerusi yang masih bertindih dan jumlahnya terlalu kecil untuk kita pertimbangkan,” jelasnya.

Apa yang penting, katanya persiapan yang teratur dan terancang perlu dilakukan bagi menghadapi pilihan raya tersebut.

Menurutnya, semua pimpinan PKR Terengganu mesti memberikan tumpuan dan fokus lebih bersungguh di peringkat Cabang, Ranting serta dareah mengundi.

“Insya’Allah, dengan persiapan ini kita (PKR) akan lebih teratur dan terancang menghadapi pilihan raya yang ke-13. Saya berharap pimpinan-pimpinan di negeri Terengganu memberikan tumpuan dan fokus khususnya di peringkat Cabang, Ranting dan daerah mengundi.

Sementara itu, dakwaan pihak tertentu mengenai hubungan dingin beliau dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Ahli Parlimen Gombak tersebut menafikan desas-desus berkenaan yang sengaja diperbesar-besarkan media.

“Baru hari Ahad lepas, Tan Sri Khalid memilih untuk turun ke Batu Caves dalam Parlimen Gombak. Saya selaku Ahli Parlimen, selaku Ketua Cabang menyambut dan meraikan kehadiran Tan Sri Khalid.

“Utusan (Malaysia) tidak melaporkan, TV3 tidak melaporkan. Jadi hubungan saya dengan Tan Sri Khalid baik, tak ada masalah” ujarnya.

Sehubungan itu, Azmin turut mengakui bukan mudah untuk memimpin negeri ini yang hingga kini, telah 12 orang pernah jadi Pengerusi PKR di negeri Terengganu.

Hadir sama pada majlis tersebut Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Terengganu, Azan Ismail.

Harakah Daily

Ugut ibu dengan pisau, pemuda dipenjara, denda

9 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU – Seorang pemuda, Muhammad Sufian Roslan, 20, dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM3,500 selepas dia mengamuk dan mengacukan pisau kepada ibunya.

Dia juga boleh dipenjarakan dua bulan lagi jika gagal menjelaskan denda yang dikenakan Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Hukuman dijatuhkan selepas tertuduh mengaku bersalah mengikut Seksyen 503 Kanun Keseksaan kerana menakutkan secara jenayah dan boleh dihukum mengikut Seksyen 506 Kanun sama.

Muhammad Sufian mengaku mengacukan pisau bagi meminta wang kepada ibunya, Zaleha M Hussin, 46, di kediaman mereka di Kampung Losong Dato Amar, di sini, kira-kira jam 2.30 petang, 25 Jun lalu.

Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa, Inspektor Miky Anak Dunstan Muda di hadapan Majistret Noradila Ab Latif, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh telah meminta wang daripada ibunya dalam keadaan marah sambil mengacukan pisau dengan niat menakutkan ibunya itu agar memberikan wang yang diminta.

Pada masa sama, dia turut mengugut mencederakan ibunya jika enggan memberikan wang kepadanya dan disebabkan ketakutan, ibunya terpaksa mengikut kemahuannya itu.

Bagaimanapun, bimbang keselamatannya dan anak-anak lain terancam, ibu malang itu mengambil keputusan membuat laporan memandangkan Muhammad Sufian setiap hari akan mengamuk untuk meminta duit.

Susulan laporan dibuat, Muhammad Sufian ditangkap di kediamannya juga kira-kira jam 2.50 petang, keesokan harinya.

Sinar Harian

Kapal angkasa China Shenzhou-9 cipta sejarah kembali ke bumi

9 Syaaban 1433H. [MOD] -

BEIJING - Pesawat angkasa lepas China, Shenzhou-9, yang mencatatkan sejarah termasuk dengan membawa angkasawan wanita pertama, kembali ke bumi pagi ini selepas misi selama 13 hari.

Imej siaran televisyen menunjukkan kapsul yang membawa ketiga-tiga angkasawan mendarat di Inner Mongolia pada jam 10.05 pagi tadi waktu tempatan (10.05 pagi waktu Malaysia).

Laporan media sebelum ini menyebut mereka berjaya melabuhkan pesawat secara manual pada modul makmal Tiangong-1 dan menjalankan siri uji kaji.

Misi itu dilihat langkah penting bagi China mencapai matlamatnya membina stesen angkasa lepas menjelang 2020. Shenzhou-9 adalah kapal angka lepas China yang membawa manusia pertama berlabuh di modul makmal angkasa Tiangong-1.

China melancarkan kapal angkasanya dengan misi membawa angkasawan wanita pertama ke angkasa lepas pada jam 6.37 petang, 16 Jun lalu.

Sebelum ini misi angkasa lepas dikuasai oleh Rusia dan Amerika Syarikat. Shenzhou-9 berlepas dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di wilayah Gansu.

Misi selama 10 hari itu diketuai oleh angkasawan Jing Haipeng yang mempunyai pengalaman ke angkasa lepas sebanyak dua kali bersama Liu Wang dan angkasawan wanita pertama, Liu Yang, 33 tahun.

"Percubaan untuk melabuhkan kapal angkasa secara manual merupakan ujian terbesar buat kami, lebih-lebih lagi untuk memastikan jarak dan posisi yang tepat," kata Haipeng sebelum ini.

Kejayaan Liu Yang terpilih sebagai angkawasan pertama negara ini mendapat perhatian menyeluruh daripada pelbagai pihak dan beliau bertanggungjawab untuk melakukan eksperimen perubatan aeroangkasa.

Misi Liu Yang akan menjadikan China sebagai negara ketiga di belakang Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat yang menghantar angkasawan wanitanya menggunakan kecanggihan teknologi sendiri.

Sinar Harian

Pelajar maut ke sekolah

9 Syaaban 1433H. [MOD] -

SUNGAI UDANG - Seorang pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Agama Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) Al-Ahmadi, di sini, maut ketika dalam perjalanan ke sekolah, selepas motosikal ditungganginya terbabas di Lebuh SPA berhampiran Bertam Ulu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman berkata, kejadian berlaku pada jam 7.30 pagi apabila mangsa, Muhammad Hakimi Mohammad Tarmizi, 16, dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Bertam Ulu ke sekolah berkenaan.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggang mangsa dipercayai terbabas menyebabkan mangsa tercampak ke laluan bertentangan.

“Mangsa maut di tempat kejadian kerana parah di kepala," katanya, semalam.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Sesyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, datuk mangsa, Johari Yaakop, 54, berkata, dia mengetahui anak sulung daripada tiga beradik itu kemalangan selepas rakannya di warung makan memaklumkan ada seorang pelajar maut kemalangan berhampiran Bertam Ulu.

“Sebaik mendengar berita ini, hati saya mulai bimbang kerana cucu saya menggunakan laluan berkenaan untuk ke sekolah.

“Saya segera ke lokasi kejadian dan kebimbangan saya menjadi kenyataan sebaik sahaja saya lihat mangsa adalah cucu saya sendiri," katanya.

Rakan mangsa, Muhammad Faris Buang, 17, pula berkata, dia yang menunggang motosikal untuk ke sekolah ditahan oleh seorang lelaki ketika melalui lokasi kejadian yang bertanyakan
sama ada saya mengenali mangsa.

“Sebaik memberhentikan motosikal, saya terkejut melihat mayat yang terbaring adalah rakan sekolah saya," katanya.

Sinar Harian

Hujan lebat: Peniaga lelong barangan

9 Syaaban 1433H. [MOD] -

RANTAU PANJANG – Seorang peniaga di sini, berdepan kerugian kira-kira RM300,000, setelah khemah menempatkan barangan jualannya diterbangkan angin dalam kejadian kira-kira jam 7.20 malam Selasa lalu.

Kejadian ketika hujan lebat itu menyebabkan karpet, bingkai gambar dan pelbagai barangan jualan terpaksa dilelong, untuk mengelak mangsa berdepan kerugian lebih besar.

Alimudin Musa, 46, berkata, ketika itu dia dan enam pekerja berada di khemah terbabit kerana mereka beroperasi sehingga malam.

Menurutnya, hujan turun dengan lebat diikuti angin kencang, dan secara tiba-tiba enam khemah menempatkan lebih 4,000 karpet serta pelbagai barangan rumah yang lain diterbangkan angin.

“Kesemua barangan yang ditempatkan di khemah basah, menyebabkan kami terpaksa melelongnya dengan harga murah bagi mengelakkan kerugian lebih besar.

“Walaupun enam khemah diterbangkan angin, saya bersyukur kesemua enam pekerja yang berada di khemah ketika itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya kepada Sinar Harian, kelmarin.

Alimudin berkata, dia akan melelong kesemua barangan yang terkena hujan dalam tempoh 10 hari.

Menurutnya, kejadian dua hari lalu merupakan bencana ketiga berlaku ke atas dirinya, dan yang kedua di lokasi yang sama. “Saya berharap orang ramai yang sedang membuat persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri, dan ingin mendapatkan barangan pada harga murah boleh berkunjung ke premis kami.

“Setakat ini sambutan begitu memberangsangkan, memandangkan harga yang kami tawarkan agak jauh berbeza dengan harga asal, untuk memastikan barangan yang terkena hujan habis dijual dalam masa terdekat dan orang ramai harus ambil peluang ini,” katanya.

Sinar Harian

29 ditahan di kawasan kebun getah positif dadah

9 Syaaban 1433H. [MOD] -

BACHOK – Seramai 29 lelaki ditahan dalam Operasi Skuad Dadah di kawasan kebun getah Kampung Tok Likung, Tawang, awal pagi kelmarin. Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Ab Rahim Che Ghani berkata, operasi tersebut dijalankan hasil maklumat risikan untuk mencegah gejala penagihan dadah di daerah Bachok.

Beliau berkata, operasi tersebut diketuai Inspektor Inchuan Eplat bersama anggota Bahagian Narkotik dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok. “Operasi narkotik ini sentiasa dijalankan dari semasa ke semasa mengikut maklumat risikan yang kami terima dalam usaha menangani gejala dadah.

“Ia bermula dari jam 5 pagi sehingga 2 petang semalam (kelmarin) yang berjaya menahan 29 lelaki. Semuanya dibawa ke IPD Bachok untuk ujian saringan urin dan yang kesemuanya positif dadah. Manakala, seorang lagi lelaki ditahan kerana memiliki dadah jenis Heroin,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata, semua 29 lelaki yang ditahan mengikut Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya1952. Manakala seorang lagi yang memiliki Heroin ditahan di bawah Seksyen 12 Semua lelaki yang ditangkap dibawa ke IPD Bachok untuk ujian saringan air kencing. (2) akta yang sama

Sinar Harian

Kes curi: Peniaga tayar rugi RM10,000

9 Syaaban 1433H. [MOD] -

SALOR - Seorang peniaga kedai tayar mengalami kerugian RM10,000 apabila kedainya dipecah masuk dalam kejadian jam 1.30 pagi semalam di Padang Tengah, Kilometer Tujuh, Lebuhraya Salor-Pasir Mas di sini.

Hassan Mahmood, 60, berkata, dia menyedari kejadian tersebut ketika datang membuat rondaan bersama isteri dan anaknya ke kedai itu.

“Saya terkejut apabila melihat sebuah kereta jenis Honda CRV berada di hadapan kedai dan kelibat manusia antara tiga ke empat orang sedang berlegar-legar. “Terkejut dengan kehadiran kami, mereka terus melarikan diri dengan kereta tersebut menghala ke Pasir Mas,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, hasil pemeriksaan dia mendapati kesemua tayar yang ada habis dicuri termasuk minyak pelincir dan sebuah mesin pembuka tayar. Hassan berkata, ia merupakan kejadian pertama berlaku setelah hampir enam tahun beroperasi iaitu semenjak 2007.

Beliau kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Nilam Puri pada jam 2 pagi sebaik sahaja selesai membuat pemeriksaan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman mengesahkan pihaknya ada menerima laporan tersebut dan kes itu akan disiasat dibawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan pecah rumah dan curi.

Sinar Harian

Turki hantar bateri peluru berpandu

9 Syaaban 1433H. [MOD] -

ANKARA - Media tempatan, semalam melaporkan Turki telah menghantar bateri peluru berpandu ke sempadan Syria yang dianggap sebagai langkah 'koridor keselamatan', kira-kira seminggu selepas Damsyik menembak jatuh pesawat pejuang negara itu.

Kira-kira 30 kenderaan pasukan tentera mengiringi sebuah lori yang membawa bateri peluru berpandu tersebut dilihat meninggalkan wilayah tenggara Hatay.

Bagaimanapun, pasukan tentera tidak membuat sebarang pengesahan berhubung langkah itu walaupun negara tersebut didakwa sedang bersiap-sedia untuk mengambil tindakan ketenteraanke atas Syria.

Sinar Harian

Mursi bakal lantik wanita jadi timbalan

9 Syaaban 1433H. [MOD] -

KAHERAH - Presiden Mesir, Mohammed Mursi akan melantik wanita sebagai salah seorang timbalan presiden di negara itu.

Penasihat dasar beliau, Ahmed Deif berkata, untuk pertama kali dalam sejarah Mesir, wanita akan diberi kepercayaan untuk bersama beliau menerajui negara tersebut.

'Wanita yang dilantik untuk memegang jawatan timbalan beliau itu tidak hanya mewakili suara golongan mereka tetapi akan turut memainkan peranan sebagai penasihat kepada presiden," katanya.

Difahamkan, Mursi sebelum ini pernah melarang penglibatan wanita dalam politik tetapi pendiriannya berubah selepas pilihan raya pusingan kedua pada awal bulan ini.

'Wanita mempunyai hak setaraf dengan lelaki. Jadi, selagi ia tidak melanggar Perlembagaan, tidak perlu wujud jurang antara jantina di negara ini," menurut Mursi.

Sinar Harian

Liga Super: Bonus suntik semangat pemain Kelantan

9 Syaaban 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU – Pemain The Red Warriors menerima suntikan semangat menjelang pertemuan sengit Liga Super menentang musuh ketat, Selangor di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam ini.

Ganjaran wang tunai RM300,000 yang diterima semalam hasil kejayaan merangkul Piala FA pada 19 Mei lalu, menjadi tonik baharu kepada anak buah Bojan Hodak untuk mencapai misi memburu tiga mata ke atas juara Liga Super musim 2010 itu.

Ketua Pasukan Kelantan, Mohd Badhri Radzi berkata, pemberian bonus tersebut tepat pada masanya dan menjadi pembakar semangat kepada rakan sepasukan lain untuk mempamerkan aksi sebenar setelah dikritik hebat baru-baru ini.

“Malam ini kita akan bertemu Selangor, satu-satunya pasukan yang berjaya mengalahkan Kelantan dalam saingan liga musim ini.

“Saya percaya moral semua pemain berada dalam keadaan cukup baik bagi menghadapi Gergasi Lembah Kelang itu. “Kita tidak mahu tercicir mata seperti mana pada pertemuan dengan Terengganu tempoh hari. “Bukan sahaja turun dengan misi membalas dendam di atas kekalahan lalu tetapi kita juga mahu melengkapkan misi memburu tiga mata buat kali keempat di halaman sendiri.

“Peluang untuk mempertahankan kejuaraan liga terbentang luas. Dengan syarat kita perlu menewaskan Selangor dan Negeri Sembilan selepas ini.

“Jika kita memperoleh tiga mata daripada dua perlawanan tersebut, ia ibarat sudah sebelah tangan kita menjulang piala,” katanya. Namun jeneral padang berusia 30 tahun itu, tidak menyifatkan pertemuan ini sesuatu yang mudah bagi Kelantan apatah lagi Selangor yang dibimbing oleh jurulatih berpengalaman, Irfan Bakti Abu Salim sudah pasti bertandang ke Kota Bharu dengan misi yang sama untuk meraih tiga mata.

“Irfan Bakti merupakan seorang jurulatih yang penuh dengan tipu muslihat. Kita harus berwaspada dengan percaturan taktikal dan permainan psikologi beliau. “Jadi saya mahu semua rakan sepasukan berwaspada dan tidak memandang mudah pertemuan ini.

“Saya gandingan Mat Yo (Norshahrul Idlan Talaha), Mohammad Ghaddar, Mohd Norfarhan (Muhammad) dan Indra Putra (Mahayuddin) dapat melakukan sesuatu bagi memastikan misi kita tercapai,” katanya.

Malah Mohd Badhri atau dikenali panggilan Piya turut menamakan kelibat tiga tonggak Selangor iaitu Ketua Pasukan, Mohd Amri Yahyah, Shafiq Rahim dan Bosko Balaban antara pemain yang boleh memusnahkan impian Kelantan untuk meraih tiga mata pertemuan ini.

“Jangan beri sepakan percuma (di depan gol Kelantan) kepada Selangor. Itu cukup berbahaya dan menjadi senjata utama mereka menjaringkan gol. “Kelibat ketiga pemain itu harus dirantai oleh benteng pertahanan kita,” katanya.

Sinar Harian

Ibu muda rakam aksi dera bayi sendiri

9 Syaaban 1433H. [MOD] -

CONNECTICUT - Seorang wanita didakwa mendera anaknya berumur 10 bulan dan turut merakamkan aksi kejam itu, menurut polis, kelmarin.

Kellie Park, 20, dari West Haven, Connecticut ditahan minggu lalu selepas menerima laporan dari bapa bayi tersebut yang menerima 55 khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan dan rakaman perbuatan tidak berhati perut isterinya itu.

Mahkamah mendapati ibu kepada dua anak tersebut bersalah atas kesalahan mengancam dan melakukan kekejaman serta menyebabkan kecederaan ke atas orang lain.

Kedua-dua anaknya kini ditempatkan di bawah jagaan sementara Jabatan Keluarga dan Kanak-kanak di Hartford.

Dia dibebaskan dengan ikat jamin dan kes itu akan disebut semula 11 Julai depan.

Sinar Harian

Kerajaan sementara penyelesai konflik Syria?

9 Syaaban 1433H. [MOD] -

WASHINGTON - Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Liga Arab, Kofi Annan sekali lagi memberi cadangan yang diharap berhasil untuk meredakan ketegangan di Syria.

Kelmarin, Annan mencadangkan penubuhan kerajaan sementara yang akan menggabungkan penyokong Presiden Bashar al-Assad dan kumpulan pembangkang di negara itu.

Ringkasan pelan tindakan Annan tersebut menyebut kerajaan peralihan itu tidak akan menjejaskan kredibiliti kerajaan atau melemahkan usaha untuk menuju ke arah perdamaian.

Bagaimanapun, menurut diplomat PBB, Assad dan beberapa pemimpin pembangkang mungkin tidak tersenarai di bawah pelan yang dirangka bertujuan untuk menamatkan konflik semakin meruncing di negara tersebut.

Difahamkan, pelan 'Garis Panduan dan Prinsip Peralihan Pimpinan Syria' itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Menteri-Menteri Luar di Geneva pada Sabtu ini. April lalu, Syria didakwa gagal mematuhi syarat pelan damai termasuk gencatan senjata yang dipersetujui bersama Annan dan negara tersebut terus dikecam selepas angka korban semakin meningkat setiap hari.

Bashar turut mengakui Syria kini berada di dalam kancah peperangan sebenar selepas tercetusnya konflik yang telah menjejaskan hubungan diplomatik dengan Turki.

Sinar Harian

Red Warriors terima habuan

9 Syaaban 1433H. [MOD] -

KEJAYAAN Kelantan menjulang Piala FA buat pertama kali akhirnya dibalas apabila kesemua 27 pemain dan 10 pegawai pasukan mereka menerima ganjaran bonus RM500,000 daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) semalam.

Penasihat Kafa, Tan Sri Annuar Musa berkata, ganjaran bonus setengah juta itu diagihkan dalam dua bentuk iaitu bayaran wang tunai RM300,000 dan bakinya menerusi pakej pelancongan ke Eropah sebaik sahaja Liga Malaysia musim ini berakhir.

“Oleh sebab kita masih belum menerima bayaran daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), maka saya menasihati pihak Kafa untuk melunaskan segera pembayaran bonus tersebut kepada semua pemain.

“Kita memahami pemain juga mempunyai komitmen lain. Macam Mohammad Ghaddar mahu melangsungkan perkahwinan dan Piya (Mohd Badhri Radzi) kini dalam proses membina rumah. Jadi kita mendapatkan duit pembayaran bonus ini daripada tabung persatuan sendiri dan dibayar terus ke akaun masing-masing.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian bonus Piala FA, di sini, semalam. Penyampaian bonus tersebut disempurnakan oleh Bendahari Kafa, Nik Aminaldin Datuk Nik Jaafar kepada Ketua Pasukan, Mohd Badhri Radzi.

Kelantan muncul juara Piala FA edisi ke-23 setelah menewaskan Sime Darby FC 1-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 19 Mei lalu. Menurut Annuar, setiap pemain utama yang beraksi dalam empen final Piala FA menerima ganjaran maksimum bernilai RM20,000 meliputi wang tunai dan pakej pelancongan tersebut.

“Atas semangat kekeluargaan The Red Warriors, sebahagian pemain yang mengalami kecederaan atau tidak terlibat dalam kempen piala tersebut juga turut menerima bonus sagu hati.

“Setelah difikirkan, apa salahnya pemberian bonus tersebut diberikan kepada semua pemain. Ini merupakan penghargaan pihak Kafa kepada semua pemain yang berusaha membawa pulang piala tersebut buat pertama kali ke negeri ini,” katanya.

Mengenai pakej pelancongan ke Eropah, Annuar menjelaskan pihaknya merancang mengadakan percutian ke Poland, Ukraine dan Belanda dan tidak menolak untuk membawa bersama penyokong mereka ke negara tersebut.

Sinar Harian