27 June 2012

Murad Khalid pernah minta maaf kepada Anwar

7 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Sebelum isu tuduhan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai master akaun berlarutan, PKR menasihatkan Datuk Murad Khalid meminta maaf seperti mana yang pernah beliau lakukan secara peribadi kepada Anwar sebelum ini.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dalam kenyataannya berkata, Murad mempunyai masalah tersendiri dan jika dibongkarkan akan menyusahkan beliau sendiri.

Menurut Rafizi, hasil siasatan beliau mengenai latar belakang Murad, menimbulkan dakwaan-dakwaan berikut:

1. Bahawa ketika beliau menjadi pegawai tinggi Bank Negara Malaysia, seawal tahun 1991 beliau menerima habuan dalam bentuk pembayaran keahlian kelab golf dan yuran bulanan dari pihak ketiga yang melanggar etika dan peraturan Bank Negara Malaysia;

2. Bahawa ketika beliau menjadi pegawai tinggi Bank Negara Malaysia, insuran kediaman beliau bagi perlindungan berjumlah RM3.1 juta dibayar oleh pihak ketiga yang melanggar etika dan peraturan Bank Negara;

3. Bahawa melalui satu syarikat yang berhubung kait dengan beliau, Datuk Murad Khalid mempunyai kepentingan dan mendapat manfaat dari 15 unit kondominium di Pelangi Indah Condo; dan

4. Pelbagai salah laku lain yang akan dibongkarkan dari satu masa ke satu masa kelak.

Pendedahan ini, katanya, adalah hasil
inisiatif sendiri meneliti semua fakta dan dakwaan yang dibuat terhadap beliau.

"Atas nama kebenaran dan keinginan untuk membongkar perkara sebenar, saya telah menyelidik perkara ini secara peribadi," kata Rafizi ketika mendedahkan hal ini.

Dakwaan Anwar mempunyai banyak akaun saham dan hartanah sehingga mencecah nilai RM3 bilion ini timbul dari perakuan bersumpah (statutory declaration) yang dibuat oleh Murad Khalid, bekas Penolong Gabenor Bank Negara di antara tahun 1994 dan 1994.

Perakuan bersumpah beliau tidak memberikan fakta dan senarai semua harta yang didakwanya dimiliki oleh i Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, ia hanyalah dakwaan dengan menyebut beberapa nama yang kemudiannya dikaitkan dengan Anwar.

"Oleh yang demikian, saya berpendapat untuk mengesahkan sama ada dakwaan beliau benar atau tidak, saya tidak ada pilihan lain kecuali menyiasat latar belakang Dato’ Murad Khalid sendiri," kata Rafizi yang meletakkan jawatan sebagai CEO di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor yang diketuai Anwar.

Jika rekod beliau sendiri pun tercalar dengan dakwaan rasuah dan salahguna kuasa, ini menimbulkan keraguan bahawa perakuan bersumpah yang dibuat beliau adalah tidak benar, terutamanya apabila beliau tidak menyenaraikan pun harta atau saham yang kononnya dimiliki oleh Anwar Ibrahim, kata Rafizi.

Harakah Daily

Bekas Pengarah Jabatan Perpaduan Sabah sertai PAS

7 Syaaban 1433H. [MOD] -

BEAUFORT: PAS Sabah mencatatkan sejarah tersendiri apabila bekas Pengarah Jabatan Perpaduan Negeri Sabah dan Labuan, Ahmad Kambar (baju hijau) menyertai parti itu dan menerima bendera PAS sebagai simbolik panji-panji bagi membebaskan negeri ini daripada cengkaman Umno Barisan Nasional.

Beliau menerima bendera berkenaan daripada Ketua Pemuda PAS Sabah merangkap Yang Dipertua PAS Kawasan Beaufort, Lahirul Latigu di kediamannya, dekat Lumadan, di sini sambil disaksikan Ketua Pemuda PAS Kawasan Azlan dan ahli jawatankuasanya.

Ahmad berkata, beliau menyertai PAS atas pilihan sendiri dan yakin bahawa PAS bukan hanya sebuah parti politik semata malah bertindak sebagai badan dakwah dan tarbiyah yang memberi penekanan berdasarkan agama Allah.

"Kehidupan kita ini merupakan kehidupan yang bermakna dan kita perlu membawa ummah ini kearah Islam.

"Kita juga perlu untuk menjaga nasib rakyat dan mendidik rakyat untuk takut kepada Allah semata-mata,” kata beliau ketika ditemui selepas itu.

Beliau yang juga pernah menjawat Pengarah Dakwah Bersepadu Negeri Sabah dan Penolong Pengarah Perancangan dan Penyelidikan di Ibu Pejabat Jabatan Perpaduan Negara serta berperanan penting dalam Jawatankuasa PsyWar semasa usaha Kerajaan Persekutuan menjatuhkan Kerajaan Sabah di bawah Parti Bersatu Sabah (PBS) pada awal 90an.

“Saya melihat banyak kelompongan dalam Umno dan BN. Mereka bercakap soal pembangunan tetapi apa yang berlaku di Sabah jauh dari apa yang mereka perkatakan.

“Masalah asas seperti elektrik, jalanraya pun masih banyak belum selesai seperti di kawasan pedalaman di Parlimen Sipitang ini. Kampung Weston contohnya walaupun mempunyai jumlah pengundi yang besar majoriti muslim tetapi tidak mendapat bekalan air bersih yang sewajarnya. Ini cukup memalukan,” ujarnya dalam nada kecewa.

Beliau turut bertekad untuk memastikan PAS lebih dikenali ramai terutama di kawasan sekitar Sipitang dan seluruh Sabah.

“Sebab itu saya tekad. Rakyat pun sudah mula membuka mata dan sudah dapat menerima PAS terutamanya di Lumadan, salah satu Dun di bawah Parlimen ini,” jelasnya.

Beliau yang juga merupakan bapa saudara kepada Lahirul turut yakin dengan berdasarkan perkembangan terkini akan lebih ramai lagi bekas pegawai-pegawai tinggi kerajaan Sabah yang akan menyertai perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat.

Harakah Daily

‘Demokrat palsu’ kerana Najib rahsia tarikh PRU

7 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertenang di sebalik tuduhan bahawa pentadbiran beliau sebagai ‘demokrat palsu’ seperti yang dituduh oleh ketua biro Beijing, Mark Mackinnon dalam akhbar The Globe and Mail.

Tulisan Mark Mackinnon bertajuk A 21st-century checklist of the new autocrats disiarkan pada 8 Jun 2012 oleh akhbar tersebut.

Antara alasan penulis ini melabelkan PM sebagai ‘demokrat palsu’ adalah dengan menyatakan “pemimpin ini mengadakan pilihan raya tetapi tiada hasrat memberikan kuasa" dan "penentang politik seriusnya dipenjara dan parti mereka diharamkan atas alasan teknikal".

“DPPM berpandangan, kerajaan Malaysia tidak perlu melenting dengan tuduhan tersebut, sebaliknya kerajaan perlu bermusabah diri melihat kebenaran di sebalik label yang ditakrifkan terhadap PM,” kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor.

Beliau berkata, secara faktanya penulis ini bukan sebarangan individu kerana beliau pernah menjadi pemenang anugerah kewartawanan serta sudah mewawancara sebahagian pemimpin paling kontroversi dan terkemuka di seluruh dunia.

“Sudah tentu, beliau tidak menulis secara semberono dan menulisnya tanpa fakta atau persepsi yang kukuh.

“Seharusnya PM menyedari hakikat diri dan pentadbiran beliau sehingga dilabelkan sedemikian.

“Beliau harus sedar, selama pemerintahan beliau dan partinya, mungkin segala tindakan yang beliau dan pemimpin sebelumnya lakukan adalah bersamaan dengan apa yang dilabelkan itu,” katanya.

Riduan berkata, kepincangan itu bukan sahaja rakyat sahaja merasainya, malah masyarakat antarabangsa juga sudah mula membuka mata dan mengata beliau secara terbuka di khalayak dunia.

“Antaranya, sikap berat sebelah pemerintahan beliau dan pemimpin Umno sebelum beliau terhadap parti-parti politik pembangkang, liputan media yang amat tidak adil- bahkan fitnah yang melampau terhadap pemimpin Pakatan Rakyat, pembantaian terhadap rakyat dalam perhimpunan awam yang mereka anjurkan, menangkap pemimpin dan aktivis ke dalam ISA atau akta yang seumpama dengannya, kekangan terhadap penjawat awam dan mahasiswa serta lain-lain lagi,” ujarnya.

Tambahan pula, kata beliau sikap PM yang merahsiakan tarikh pilihan raya menjadi sebab beliau dilabel sebegitu.

Justeru, ujarnya DPPM meminta PM sekiranya beliau berkeras menolak label yang ditohmah itu, beliau perlu menafikannya dengan tindakan.

Menurutnya, antara tindakan yang perlu dilakukan segera adalah melakukan perubahan daripada menjadi ‘demokrat palsu’ kepada ‘demokrat tulen’.

“Antaranya berlaku adil terhadap semua parti politik, memulihkan agensi kerajaan khususnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya benar-benar berwibawa, memberikan liputan yang adil melalui media kepada semua parti politik dan menghentikan politik fitnah dan kotor,” katanya lagi.

Riduan menambah, paling penting beliau bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan kekalahan dalam PRU ke 13 dengan hati terbuka tanpa usaha melakukan penipuan dalam sistem pilihan raya di negara ini.

Harakah Daily

PAS sampaikan masalah rakyat, bukan berbohong

7 Syaaban 1433H. [MOD] -

MIRI: Isu permohonan Mykad dibangkit semata-mata untuk kebaikan penduduk Sengkabang bukan tujuan untuk meraih undi seperti tuduhan kaunselor Engkamat.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee menyatakan demikian merujuk kepada kenyataan Kaunselor Engkamat Juna dalam Utusan Borneo berkata, bahawa PAS membuat tuduhan liar dan pembohongan dalam isu memohon MyKad penghuni rumah Sengkabang.

“Untuk pengetahuan Kaunselor Engkamat, kami mendapat maklumat dan bertanya sendiri dengan penduduk terbabit dan ini bukan tuduhan liar tetapi kenyataan kerana mereka sudah lama menanti Mykad dan ada di antara mereka tiada memiliki surat beranak sejak lahir sehingga dewasa,” katanya yang juga Yang Dipertua PAS Miri dalam satu kenyataan.

Katanya, kalau pihak PAS tidak menyuarakan masalah itu sudah pasti perkara itu tidak diambil perhatian oleh pihak berkuasa.

Sepatutnya, ujar beliau wakil rakyat atau pihak yang diamanah untuk menjaga kebajikan masyarakat pergi turun padang dan menyelesaikan masalah ini bukan menuduh dan menyalahkan PAS kerana menyuarakan masalah rakyat.


Jelasnya, kalau selama ini penduduk terbabit tidak dapat pembelaan dari pihak berwajib sepatutnya mereka sendiri turun padang dan jangan menuduh pihak PAS datang semata-mata untuk meraih undi.

“Kita datang untuk membantu menyuarakan masalah rakyat supaya pihak kerajaan dapat bertindak dan mengatasinya,” ujarnya.


Beliau menjelaskan, kalau sebelum ini tiada pihak datang menyuarakan masalah rakyat maka sebagai sebuah parti untuk semua, PAS bersedia datang untuk membantu menyuarakan masalah rakyat agar pihak berkenaan dapat bertindak dengan sewajarnya.

Justeru, beliau berharap mereka yang menuduh PAS berbohong agar menarik balik kenyataan tersebut kerana PAS melaporkan isu-isu semasa berpandukan maklumat dari pihak yang terbabit dan bukannya rekaan semata-mata untuk meraih undi.


“Kita tidak pernah memaksa rakyat untuk mengundi kita, bukannya macam sesetengah pihak yang mengugut dan mengancam mereka yang tidak mahu mengundi mereka,” katanya lagi.

Beliau berkata, hak rakyat untuk memilih kerajaan terserah dengan kebijaksanaan pengundi masing-masing bukannya dengan rasuah seperti membeli undi dengan wang dan janji-janji kosong.

“PAS berjuang untuk kepentingan dan keadilan rakyat bukan untuk kepentingan peribadi. PAS untuk semua,” tegasnya.

Harakah Daily

Gantung Ambiga sampai mati: DAP mahu lapor polis

7 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 27 Jun: DAP mengarahkan wakil rakyatnya membuat laporan polis beramai-ramai terhadap Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz berhubung kenyataannya yang bersifat ekstrimis.

Aziz, wakil BN dalam ucapannya di Dewan Rakyat semalam meminta Pengerusi Bersama Gabungan Menuntut Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih), Datuk Ambiga Sreenevasan digantung sampai mati kerana didakwa mahu menggulingkan negara.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pihaknya tidak mahu membuang masa meminta Aziz menarik balik kenyataan tersebut tetapi mahu semua wakilnya membuat laporan polis agar Aziz dapat disiasat sewajarnya.

Katanya, laporan polis akan dibuat esok namun belum dinyatakan di balai polis mana.

"Semalam kita amat terkejut dengan kenyataan Sri Gading yang mengatakan bahawa kita harus gantung ambiga kerana menganjurkan Bersih.

"Ini adalah kenyataan yang menghasut dan bersifat ekstrimis dan mengancam nyawa Ambiga dan bersifat perkauman kerana ditujukan kepada seorang wanita berbangsa India dan beragama Hindu," kata Ahli Parlimen Bagan itu pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Guan Eng juga berkata, kenyataan Aziz itu sangat tidak relevan kerana penganjuran Bersih bukan satu kesalahan.

"Ini adalah saranan yang serius untuk minta gantung sampai mati. Tak pernah ada ahli parlimen di dunia minta seorang dibunuh.

"Apakah kesalahan Ambiga? Beliau hanya salah seorang penganjur Bersih yang merupakan perhimpunan aman.

"Kenapa hanya Ambiga? Kami yakin sebab Ambiga seorang India dan wanita. Sasaran yang mudah. Sikap ini harus dibantah," katanya.

Harakah Daily

Menanti natijah Tahrir Square di Dataran Merdeka

7 Syaaban 1433H. [MOD] -

Pengesahan secara rasmi Dr Mohamed Morsi, 61, sebagai presiden baru Mesir beberapa hari lepas disambut dengan linangan air mata kesyukuran dan laungan Allahuakbar oleh umat Islam bukan saja 26 jaziah Mesir tetapi di seluruh dunia. Mereka yang berjiwa Islam akan emosi dengan kemenangan itu.

Pengumuman itu yang hakikatnya kemenangan Ikhwan Muslim dianggap sebagai satu kejayaan besar umat di seluruh dunia yang mencintai tertegaknya hukum Allah dan syariah Muhammad di atas muka bumi ini. Ini kerana Ihwan Muslim dianggap sebagai siasah politik Islam yang bukan saja diterima pakai di Mesir tetapi di seluruh dunia. Jauh dari itu diharap perubahan atau kejayaan Islam di Mesir akan menjadi penyuntik semangat gerakan Islam di tempat lain termasuk Malaysia juga.
Apa lagi di Nusantara ini, Malaysia dan Indonesia, semangat jihad Ikhwan Muslimim sudah lama terhimbau ke mari, dibawa oleh pemuka-pemuka Islam Melayu yang menuntut di Timur Tengah tahun-tahun 30-an hingga 50-an. Keberanian orang Melayu melawan kolonialisme sedikit sebanyak dipandu oleh semangat Ikhwan Muslimim. Justeru kemenangan di Mesir itu juga dirai atau dirasakan kemenangan bersama harakah Islamiyah di Malaysia terutamanya mereka yang intim dan akrab dengan Ikhwan Muslimim.

Dari sisi lain kemenangan Ikhwan Muslimim dan pemilihan Dr Mohamed Morsi itu menjadi ubat kedukaan dan kekecewaan umat Islam di sebelah sini yang masih belum menggenggam kemenangan sebenar? Umno walaupun ianya ditonggaki Melayu namun kerana perjuangannya tidak berasaskan kepada Quran dan Hadith secara holistik, tepatnya sekular, sekular maknanya jahiliah, tidak dianggap sebagai gerakan dan siasah Islam.

Walaupun ada cendekiawan dan ulamak cuba mempertahankan Umno sebagai perjuangan Islam dan UBN kerajaan Islam namun penemuan dan bukti-bukti kemungkaran, rasuah, penyelewengan, politik fitnah dan sebagainya yang dipraktik oleh UBN menafikan Malaysia sebagai sebuah kerajaan Islam.

Sejajar itu maka harapan yang membunga akan berlaku perubahan di Malaysia sudah berputih dengan kejayaan induk mereka itu. Timbul harapan tinggi menggunung di dalam dada para mujahidin di sini yang gerakan Islam di Malaysia terutamanya badan siasah seperti PAS, NGO seperti Abim, Jim, dan lain-lain mengimpikan kemenangan itu dan ia akan juga akan tergapai.

Teori domino akan berlaku, yang dimulakan di Mesir itu. Atau kejayaan muqadimmahnya lebih awal dari itu ia bermula di Tunisia apabila diktator Zainal Abidin Ali dijatuhkan, ia merebak ke Mesir menumbangkan Hosni Mubarak kemudian ke Libya meranapkan kerajaan 'kuffar' moden Muammar Ghadafi. Kejayaan awal Ikhwan Muslimim ialah apabila berjaya menumbangkan Hosni Mubarak menerusi tunjuk perasaan besar-besar selama 18 hari di Tahrir Square. Kejatuhan Hosni memberi signifikan besar kerana Ikhwan Muslimim itu sendiri ditubuhkan di Mesir, 1928 M.

Himpunan di Tahrir Square itulah terilhamnya Bersih 3 di Kuala Lumpur? Ia menggerakkan semangat anak-anak muda untuk berhimpun dan membuat penentangan secara agresif dan terbuka. Pemerhati dan pemimpin politik kita juga percaya penyakit di Mesir itu akan berlaku di sini. Bukan saja pemimpin pembangkang melaungkan serunai itu semerdunya, tetapi pemimpin UImno juga naik menggeletar menyaksikan ledakan himpunan itu. Apa tidaknya Perdana Menteri Najib Razak sendiri bermimpi ada darah merah di Dataran Merdeka bakal menyumbatkan hidungnya lantas itu tunjuk perasaan yang dijanjikan secara aman, duduk dan bantah dilarang keras.

Kejayaan calon Ikhwan Muslimim dipilih sebagai Presiden Mesir itu menyemarakkan lagi semangat umat Islam dan Islam di Malaysia untuk menumbangkan kerajaan UBN yang dilihat tidak Islamik. Ini menyebabkan orang-orang di sini merasakan semangat Medan Tahrir dan aura perjuangan Ikhwan Muslimim itu sedang mara ke Malaysia. Gema perjuangan menuntut hak dan keadilan di Kaherah sedang terbang ke Kuala Lumpur. Semua pihak peka dan bangkit melambai kedatanagnnya. Persoalan kini apakah keadaan di Mesir itu akan berlaku di sini?

Jika dilihat secara fizikal dan geografi politik memang ada kemungkinan itu. Secara alaminya sesuatu kebangkitan itu akan berjangkit ke sebuah negara ke sebuah negara lain. Negara lain dijadikan cermin oleh rakyat negara lain untuk ditiru segala-galakannya baik politik, budaya, fesyen dan sosial. Kebangkitan rakyat, kesedaran rakyat persis penyakit atau wabak yang cepat menular, seperti Aids, ataupun wabak selesema burung atau H1N1 dan sebagai. Kelupaan atau kegagalan menyangkal menyebabkan penyakit akan mudah berjangkit dan akan berlaku kematian.

Justeru mereka atau individu kurang daya tahan, kurang antibodi akan cepat disinggahi penyakit. Soalnya apakah kita rakyat Malaysia mengalami kekurangan daya tahan dan mengalami sindrom untuk sedia menerima; kemarahan dan kemaraan rakyat seperti di Medan Tahrir?

Saya ada pandangan dan simpulan-simpulan sendiri di dalam soal ini. Secara adilnya saya bersetuju kalau berlaku kebangkitan yang kemudian merubah dan menggantikan apa yang ada. Lagipun sudah lebih setengah abad kerajaan yang bertakhta hari ini bermain dengan kuasa kotornya. Dalam kata lain kalau kerajaan ini adalah sultan atau raja ia sudah zalim yang tidak lagi wajar disembah tetapi patut disanggah.

Kita tengok apa yang berlaku di Mesir dahulu kemudian kita bandingkan kemungkinan-kemungkinan yang akan terjolor mari. Hanya persamaan suasana, persamaan keadaan, persamaan perasaan, persamaan tuntutan, persamaan kerjasama, persamaan keyakinan (tauhid) saja yang boleh memungkinkan itu. Tanpa persamaan-persamaan atau ruang-ruang itu ia tidak akan mudah terjadi, atau pun kalau ia marak, kemarakannya mudah ditangani.

Perkara pokok yang wajar direnungi apakah tapak perjuangan bangsa atau rakyat negara ini sama dengan tapak perjuangan Ikhwan Muslimim di Mesir itu. Apakah kebenaran ada dalam perjuangan rakyat negara ini sama dengan kebenaran dalam badang perjuangan Ikhwan Muslimim? Kita perhatikan ini secara ringkas pada perkara-perkara pokok.

Perjuangan di Mesir ialah menuntut agar syariat Islam dilaksanakan di atas muka bumi ini. Intipati perjuangan itu diterima oleh umum. Lantas itu Ikhwan Muslimim diwujudkan untuk menyediakan tentera atau pejuang-pejuang, para mujahid yang berani menuntut hak dan kewajiban itu. Dalam erti kata lain Mesir sudah ditabur dengan pejuang menegakkan Islam sejak lebih 80 tahun. Gerakan Ikhwan Muslimim yang diasaskan oleh Hassan Al Bana lah bertanggung jawab menyemaikan benih ini.

Apakah keadaan sama wujud di negara kita? Kalau pun ada benih-benih yang menyamai di Mesir itu ianya dilakukan oleh Parti Islam Se Malaysia (PAS). Dalam masa sama pula PAS menghadapi tentangan hebat dari Umno untuk membangkutkan benih yang PAS selam dalam baja itu selama ini. Usia benih yang disemai PAS baru berusia 60 tahun. Mungkin ia sudah pramatang tetapi PAS atau benih Islam menghadapi beberapa hambatan-hambatan lain yang tidak dialami oleh Ikhwan Muslimim.

Dari kira-kira 27 juta rakyat negara ini tidak sampai 5 juta yang tersemai dengan benih Islam itu. Ia berbeza dengan di Mesir dari 74 juta penduduknya 90% adalah beragama Islam dalam erti kata lain mempunyai agenda dan kepercayaan yang sama. Ertinya dari jumlah kualiti dan kuantiti benih Islam di Mesir yang ditanam Ikhwan Muslimim jauh lebih besar dari apa yang wujud di Malaysia. Selain itu juga konsep, semangat dan roh Ikhwan Muslimim itu terhimbau dan dikenali di seluruh dunia, sebaliknya PAS masih bergelewatan di bumi sendiri.

Perkara lain yang perlu difikirkan ialah mengenai keadaan sosial, jenis-jenis (kaum) rakyat negara kita dengan Mesir. Di Mesir negera itu tidak ada masalah kerana majoritinya bangsa Arab beragama Islam yang mempunyai akidah dan mazhab yang sama. Jadi kedudukan ini mudah untuk diuruskan kerana ia tidak ada pertikaian kepentingan dan konflik sesama sendiri.

Di Malaysia umat Islam hanya 15 atau 17 juta sahaja. Itu pun ia terbahagi kepada dua bahagian besar yang dipisahkan oleh fahaman dan mazhab politik PAS dan Umno. Walaupun kedua-duanya Islam tetapi mereka diasingkan atau terasing dengan ideologi politik di mana ideologi politik dilihat berada di atas dari kepercayaan agama. Ini tidak termasuk lagi perpecahan-perpecahan kecil yang membentuk dari sukuan fahaman Islam yang tidak sekata dengan kedua kelompok besar itu, Umno dan PAS.

Suasana atau perbezaan yang tidak seharus berlaku ini menjadi masalah dan sekaligus menjadi penghalang. Realiti ini boleh dilihat bila mana PAS ingin melaksanakan Islam syumul, Umno hanya menerima Islam sebahagian saja atau dari aspek atau juzuk-juzuk yang meyelesakan kehidupan atau menggemukkan amarah mereka. Dalam soal menamakan Islam pun wujud perbezaan di antara PAS dengan Umno. Umno kata Islam Hadhari (kini tukar kepada Islam Wasatiyah) Pas kata Hadarah Islamiyah. Dari sudut bahasa dan istilah pun masih belum berlaga.

Perbezaan dan ketidaksekata inilah yang menjadi penghalang dan dosa-dosa terhijab yang menyulitkan kepada pembentukan Islam syumul di Malaysia.

Hanya berdasarkan kepada dua faktor ini saja meletakkan sukar untuk Malaysia mewujudkan Tahrir Squarenya sendiri. Selain itu sedar atau tidak, bahawa mereka tidak beragama Islam terus berjuang menghalang tertegaknya Islam di negara ini. Golongan ini menyelit menjadi kawan baik dengan Islam menerusi parti-parti politik atau persepakatan politik yang tidak memberi untung dari konteks agama.

Selain dari perbezaan itu masih ada perbezaan lain yang tidak mudah untuk berlakunya kebangkitan seperti di Medan Tahrir itu. Seperti diketahui sistem ekonomi dan politik di Mesir sudah lama menekan rakyat bawahan. Penekanan itu sudah sampai peringkat zalim yang perlu diperangi hatta sampai nyawa tergadai. Kadar kemiskinan dan kemeranaan hidup rakyat begitu teruk sekali. Manifestasi kezaliman Firaun yang memerintah Mesir kuno telah terbawa ke zaman Mesir moden.

Kerajaan moden Mesir tidak ada program untuk memajukan rakyat seperti mana berlaku di Malaysia. Pembangunan tanah, DEB, pendidikan dan sebagainya tidak diwujudkan di Mesir. Berlainan di Malaysia, kerajaan melakukan apa saja terfikir untuk memajukan rakyat. Dalam kata lain kepedulian kepada rakyat dan nasib rakyat ada di sini tetapi tidak di Mesir.

Justeru tahap kemarahan rakyat negara ini kepada kerajaan kerana kemeranaan dan kemelaratan hidup tidak sampai seperti di Mesir. Rakyat di Malaysia masih boleh berbangga bahkan pencapaian kemajuan infrastruktur dan sistem pentabdiran jauh lebih baik dari Mesir. Realiti ini sekali lagi akan tidak menjadi faktor penyebab untuk rakyat bangkit seperti di Medan Tahrir itu atas asas-asas dan faktor yang berlaku di Mesir.

Tegasnya berdasarkan kenyataan dan suasana itulah maka saya berpandangan pembangkitan seperti di Medan Tahrir itu tidak mungkin akan berlaku di Malaysia ini. Kita hanya boleh mengangan-angankan tetapi tidak boleh mengharap ia akan berlaku. Kalau pejuang Islam termasuk PAS di Malaysia menunggu akan berlakunya kebangkitan seperti di Medan Tahrir itu, ia satu penungguan yang sia-sia sahaja persis mengharapkan air dari fotomargana. Melainkan sudah ada penyatuan zahir dan batin dari kalangan umat Melayu dan Islam dari semua cabang ideologi politik, dari semua aliran dan mazhab barulah kita akan menerima natijah seperti dari gelora di Medan Tahrir itu. - http://www.msomelayu.blogspot.com/

Harakah Daily

Dr Mursi Umum 4 Langkah Pertama Sebagai Presiden Mesir

7 Syaaban 1433H. [MOD] -

Presiden Mesir yang baru, Dr.Muhammad Mursi mengumumkan empat langkah pertamanya sebaik saja beliau dengan rasminya diisytiharkan sebagai Presiden.

Keempat-empat langkah itu ialah:

Pertama: Menyumbangkan wang gaji Presidennya untuk kebajikan rakyat Mesir


Kedua: Mengeluarkan arahan tidak menggantungkan gambarnya di bangunan kerajaan atau menerbitkan apa-apa iklan ucapan tahniah di dalam akhbar.

Ketiga: Semalam beliau menerima kunjungan ibu kepada Khaled Said dan keluarga mereka yang terbunuh pada perhimpunan 25 Januari, di Istana Presiden dan mengarahkan pengawal istana untuk tidak menghalang keluarga mereka yang syahid itu dari menemuinya pada bila-bila masa. Beliau juga berjanji untuk menghukum mereka yang membunuh para peserta perhimpunan dengan mendakwa semula bekas Presiden Hosni Mubarak dan menteri dalam negeri, Habib al-Adli, serta lain-lain defenden di atas kes membunuh para demonstran. (Lebih 800 orang terbunuh dan 6,000 cedera semasa perhimpunan 25 Januari Hizbut-Tahrir.)

Keempat: Mengarahkan pihak keselamatan mengurangkan bilangan kenderaan bagi mengiringinya bertujuan tidak mahu mengganggu pergerakan lalulintas rakyat awam dan rkata, pihak tertinggi pasukan keselamatan juga meminta Mursi dan menolak permintaan pihak keselamatan yang meminta keluarga beliau berpindah ke Villa As-Salam bersebelahan Istana Itthadiyah akan tetapi Mursi tetap mahu kekal tinggal di kediamannya sebelum ini di Tajammuk.

"Saya Tidak Mahu Rakyat Benci Saya Hanya Kerana Kenderaan Saya"- Mursi

Presiden Mesir, Dr.Muhammad Mursi ketika memasuki Istana Presiden Isnin semalam bagi meninjau keadaan istana yang dikosongkan lebih setahun lalu meminta pihak keselamatan mengurangkan bilangan kenderaan bagi mengiringinya bertujuan tidak mahu mengganggu pergerakan lalulintas rakyat awam.

Memetik sumber "Al-Masryl Youm" bahawa sewaktu melawat Istana Ittihadiyah semalam, Mursi meminta pihak keselamatan mengurangkan kenderaan pengiringnya. Beliau dipetik berkata, "Saya tidak mahu rakyat bencikan saya dengan sebab kenderaan Presiden."

Sumber dipetik sebagai berkata, pihak tertinggi pasukan keselamatan juga meminta Mursi dan keluarga beliau berpindah ke Villa As-Salam bersebelahan Istana Itthadiyah akan tetapi Mursi tetap mahu kekal tinggal di kediamannya sebelum ini di Tajammuk Khamis.

Sementara itu, Dr. 'Isom 'Iryan, Naib Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) dalam satu temuramah berkata, Dr.Mursi juga akan menyumbangkan gajinya untuk kebajikan rakyat Mesir.

Ulasan: Kepada mereka yang sempat di zaman Mubarak, bagaimana keadaan jalan raya jika Mubarak hanya akan melalui jalan tersebut?

1) Dua jam sebelum Mubarak tiba, jalan raya akan ditutup.
2) Amnu Daulah akan turun berkawal dan mereka akan berada di atas bumbung di tepi jalan bagi memastikan keselamatan Mubarak terjamin.
3) Polis dan tentera akan berdiri di sepanjang jalan dalam keadaan membelakangi jalan raya, tidak boleh melihat Presiden.

Ulasan GB

Demikian sikap seorang "pemimpin Islam" lebih kurang sama kisahnya dengan MB Kelantan dan Kedah. Itulah "wasatiyyah".

Mungkin Najib, Jamil Khir dan lain-lain pemimpin UMNO perlu belajar lagi apa itu wasatiyyah dengan mengunjungi Presiden baru Mesir selepas ini jika enggan untuk belajar dari MB Kelantan dan Kedah.

Harakah Daily

Import makanan, BN perjudi keselamatan rakyat

7 Syaaban 1433H. [MOD] -

Jawapan Timbalan Menteri Pertanian di Parlimen kelmarin yang menyatakan bahawa negara kita telah membelanjakan sejumlah RM221.81 bilion sejak 10 tahun lalu bagi tujuan pengimportan bahan-bahan makanan adalah suatu bukti jelas kegagalan kerajaan BN menjana pengeluaran sumber makanan dalam negara.

Pergantungan keterlaluan negara kita kepada sumber bahan-bahan makanan yang diimport, menghadirkan hakikat yang kita tidak sedari, bahawa ia adalah juga ancaman kepada keselamatan rakyat dan survival kehidupan mereka.

Fenomenanya jelas, sebarang bencana alam yang berlaku kepada negara lain akan turut memberi kesan kepada negara kita. Banjir di Thailand tetapi orang kita juga tumpang susah. Bukan setakat menyebabkan harga beras meningkat, malah berlaku juga kenaikan harga sayur-sayuran, ayam dan ikan. Semua ini disebabkan kita masih bergantung kepada sumber makanan dari luar khususnya negara jiran.

Bayangkan jika negara-negara yang menjadi tempat kita bergantung import makanan selama ini menghadapi bencana serentak - banjir, ribut, kemarau panjang, gempa bumi atau terlibat dalam kancah peperangan. Krisis makanan tentulah akan memuncak dan mampukah bekalan yang dihasilkan di dalam negara untuk menyuap mulut rakyat kita seramai 28.6 juta dan pendatang asing seramai 2.3 juta?

Dalam suatu lagi kemungkinan, bagaimana jika negara kita pula yang dikenakan sekatan ekonomi yang akan menghentikan sebarang urusan perdagangan dengan dunia luar sebagaimana yang pernah menimpa Iraq, akan kebulurankah rakyat kita?

Ahli hikmat ada berkata, ketika saat ketiadaan bekalan makanan, mereka yang mempunyai stok makanan adalah orang yang paling kaya. Lebih kaya dari mereka yang mempunyai emas berbongkah-bongkah. Lihatlah dalam sejarah, bagaimana pengeluaran sumber makanan Negara Mesir yang dirancang dan dilaksanakan dengan begitu bijak oleh Nabi Yusof a.s sehingga kemarau panjang selama 7 tahun tidak menyebabkan rakyatnya kebuluran malah mampu untuk membantu menyuap mulut rakyat negara-negara berdekatan. Beginilah Islam mengambil berat dengan keperluan asasi rakyat.

Di manakah silapnya sistem pertanian kita. Dengan keluasan dan kesuburan muka bumi anugerah Allah, berbilion ringgit peruntukan tahunan, sungai-sungai yang membelah daratan membentuk dataran yang subur, rakyat yang sedia membanting tulang, tetapi pertanian kita belum lagi mencapai tahap sara diri apatah lagi untuk dieksport.

Dengan kata lain, kerajaan telah gagal! Hujahnya, Malaysia telah membelanjakan sejumlah sekitar RM22 bilion setiap tahun untuk mengimport keperluan makanan seperti sayur, ikan, gandum, tepung, susu, koko, teh, daging, ubi kentang, bawang serta buah-buahan. Jumlah import beras dari Thailand sahaja mencecah 307,000 tan metrik setahun.

Bolehkah kita menerima alasan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Pertanian bahawa kebanyakkan komoditi yang diimport adalah tidak ekonomik untuk dihasilkan dalam negara berikutan kos pengeluaran tinggi. Kalau Negara asal di mana sumber komoditi itu diimport boleh menghasilkannya dengan kos pengeluaran yang rendah, kenapa kita tidak boleh?

Budak sekolah pun boleh faham sifir ini. Hasil yang kita tanam dan ternak sendiri sudah tentu lebih murah berbanding kita beli dari orang lain! Dulu pun ada kempen di pihak kerajaan yang menggalakkkan rakyat menanam sendiri sayur-sayuran di sekeliling rumah mereka untuk kegunaan sendiri agar ianya boleh membantu mengurangkan kos hidup seharian. Memang ini menepati kaedah, penghasilan sendiri lebih menjimatkan kos!

Ada isu besar yang perlu diteliti. Di Terengganu contohnya, masih banyak tanah sawah terbiar tanpa dapat diusahakan lantaran masalah infrastruktur seperti pengairan. Ada projek-projek yang dikira boleh menghasilkan sumber makanan negeri seperti projek ternakan kambing kaprima Telaga Papan Setiu, projek ternakan ikan dalam sangkar Zon Industri Akuakultur Tasik Kenyir, Projek tanaman kelapa pandan di Rhu Tapai semuanya gagal walaupun ratusan juta ringgit telah dibelanjakan.

Wang peruntukan lesap tapi di mana kambing, ikan dan kelapa pandan? Gahnya bunyi genderang projek dengan sasaran hasilnya akan dieksport, akhirnya melopong! Belum disebut lagi projek tanaman strawberi yang namanya pun dah dilupakan orang. Terkini projek udang Setiu. Sasarannya juga untuk dieksport sebagaimana Mat Said pernah bercita-cita untuk mengeksport kelapa pandan dari Rhu Tapai ke Jepun!

Belanda, sebuah negeri bersaiz kecil, muka buminya pula berada di bawah paras laut tapi mampu menjadi antara negara pengeluar sumber makanan dunia, walaupun di sana Umno tak dikenali…

Penulis ialah Pengerusi Lujnah Pengguna PAS Terengganu.

Harakah Daily

PM Pakistan mula buat perangai

7 Syaaban 1433H. [MOD] -

ISLAMABAD: Rumah peribadi milik perdana menteri Pakistan yang baru bakal dilengkapkan dengan sebuah tempat pendaratan helikopter menggunakan perbelanjaan kerajaan bertujuan mengurangkan kawalan keselamatan polis di kediaman sejauh 23 kilometer perjalanan darat dari ibu negara, kata pihak berkuasa.

Polis memberitahu AFP bahawa tempat pendaratan helikopter berkenaan adalah tambahan kepada kediaman peribadi presiden sebahagian daripada kawalan keselamatan orang kenamaan di sebuah negara di mana serangan Taliban berulang kali dan Osama bin Laden pernah tinggal di negara itu tanpa dapat dikesan selama satu dekad.

Bagaimanapun pengkritik melihatnya sebagai ‘mengecewakan’ selepas Raja Pervez Ashraf berkata keutamaan beliau adalah untuk mengurangkan pemotongan bekalan elektrik yang menyebabkan berjuta penduduk tidak menerima bekalan elektrik selama 18 jam sehari.

Ashraf yang bertugas pada Jumaat berpindah ke kediaman rasmi beliau tetapi seperti juga perdana menteri sebelum ini menjangkakan akan menghabiskan masa hujung minggu di rumah peribadi beliau sebuah rumah agam di Gujar Khan, 23 kilometer ke selatan ibu negara.

“Pegawai kanan melawat tempat itu kelmarin untuk urusan keselamatan. Satu kawasan dipilih untuk helipad dan pembinaan akan dilakukan secepat mungkin,” kata seorang pegawai polis kepada AFP.

Beliau enggan membuat spekulasi mengenai belanja tetapi berkata ia akan mengurangkan penggunaan polis yang perlu ditempatkan di 300 kawalan keselamatan antara Islamabad dan Gujar Khan.

Presiden Asif Ali Zardari terkenal mengenai kebimbangan beliau dengan keselamatan menyebabkan beliau sering menggunakan helikopter walaupun untuk perjalanan yang dekat ke lapangan terbang.

Seorang pegawai lain berkata sebuah helipad adalah satu daripada cadangan yang dipertimbangkan untuk keselamatan perdana menteri dan belum ada keputusan akhir.

Pengkritik berkata ia memberi mesej yang salah apabila berjuta-juta penduduk tinggal dalam kemiskinan, krisis kewangan yang boleh menyebabkan Pakistan memilih IMF ketika hubungan mereka dengan Washington dalam keadaan goyah.

“Beliau menikmati kedudukan tanpa menghiraukan masalah ekonomi negara,” kata seorang jurucakap parti pembangkang utama, PML-N, Siddiq-up Farooq. – AFP

167 peniaga tidak puas hati, rasa teraniaya

7 Syaaban 1433H. [MOD] -

MARAH...penyewa BB Plaza melahirkan perasaan tidak puas hati ketika sesi dialog bersama Uda diadakan, semalam.

KUALA LUMPUR: Terkejut dan tidak berpuas hati. Itu yang dirasakan kira-kira 167 peniaga yang menyewa di pusat beli-belah Bukit Bintang Plaza (BB Plaza) apabila mereka diberitahu perlu berpindah keluar daripada bangunan berkenaan sebelum hujung tahun ini.

Meskipun perasaan tidak senang itu sudah dilahirkan dalam satu memorandum dihantar minggu lalu menuntut perbincangan dengan pemilik bangunan, Uda Holdings Bhd (Uda), namun penjelasan syarikat berkenaan pada sesi dialog semalam tetap gagal menggembirakan hati mereka.

Wakil penyewa, Hassan Saad berkata, mereka rasa seperti teraniaya dan tiada keadilan apabila penjelasan Uda seolah-olah putus asa dan mahu menyerahkan bangunan pusat beli-belah itu bagi kerja pembangunan stesen Myrapid Transit (MRT) oleh MRT Corporation.

“Kami tidak menafikan pentingnya projek ini, ia agenda nasional dan kami tidak menghalang, tetapi penjelasan yang keluar daripada Uda mengejut, minta kami keluar menjelang hujung tahun sedangkan kenyataan MRT Corp sebelum ini mengatakan BB Plaza tak terbabit, hanya sebahagian saja.

“Itu pun kami baca daripada laporan media sebab itu desak perjumpaan (semalam) diadakan untuk tahu duduk perkara sebenar. Kita rasa tak adil kepada penyewa, tapi apa boleh buat.

“Kami berharap Uda sampaikan kepada MRT Corp supaya menangguhkan pembinaan projek sehingga selepas Aidilfitri kerana sedar jika kerja pembinaan dimulakan akan menutup sebahagian besar laluan masuk, ia boleh jejaskan perniagaan kami,” katanya.

metro/-

Lebih 20 anjing liar ditangkap

7 Syaaban 1433H. [MOD] -

SEGAMAT- Lebih 20 ekor anjing liar ditangkap dalam Ops Anjing Liar yang dijalankan Majlis Daerah Segamat (MDS) bersama Jabatan Perkhidmatan Vaterinar dan Ikatan Relawan Rakyat (Rela), dekat sini, petang semalam.

Yang Dipertua MDS, Ismail Abu berkata, berdasarkan aduan daripada masyarakat setempat, pihaknya mendapati gangguan anjing liar begitu ketara di Jementah terutamanya di kawasan taman dan kampung baru.

Menurutnya, tangkapan paling banyak dibuat ialah di sebuah rumah di Kampung Baru Jementah iaitu melebihi 10 ekor.

“Bertindak atas maklumat dan aduan, MDS selepas ini akan menangkap semua anjing liar yang didapati tidak mempunyai penjaga dan anjing berlesen yang gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

“Anjing liar yang ditangkap akan disimpan dalam tempoh satu minggu, tetapi jika ada yang berminat dengan anjing liar tersebut boleh mengambilnya daripada MDS setelah dihantar ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar terlebih dahulu untuk pemeriksaan kesihatan.

“Setiap kesalahan boleh dikenakan kompaun sehingga RM250 untuk seekor anjing mengikut kesalahan, manakala anjing yang tidak dituntut akan diberikan kepada pihak vaterinar untuk tujuan pelupusan,” katanya.

Katanya, setiap rumah teres dan rumah pangsa dibenarkan membela seekor anjing sahaja, berbeza dengan rumah banglo dibenarkan membela dua ekor, namun semuanya harus mempunyai lesen yang sah.

“Pemohon lesen anjing perlu mendapatkan rawatan kesihatan terlebih dahulu daripada pihak vaterinar sebelum berjumpa dengan pegawai MDS bagi proses memohon lesen dan pembelian fatil yang diwajibkan bagi anjing berlesen,” katanya.

Sinar Harian

Teheran tawar diri jadi orang tengah konflik Turki - Syria

7 Syaaban 1433H. [MOD] -

TEHERAN: Iran semalam menawarkan diri menggunakan hubungan baiknya dengan Damsyik bagi menjadi orang tengah dalam pertikaian Syria - Turki.

Syria menembak jatuh jet tentera Turki Jumaat lalu dan Kementerian Luar Iran berkata, isu itu menjadi sangat sensitif serta membimbangkan mereka.

Jurucakapnya berkata, Teheran akan menggunakan hubungan baiknya dengan kedua-dua negara bagi menyelesaikan isu berkenaan. Katanya. Iran berharap pihak yang terbabit di rantau itu mampu mengawal insiden berkenaan bagi mengelak negara lain memperbesarkannya.

“Pertikaian ini perlu diselesaikan melalui rundingan dan kedua-dua pihak mesti mengelak daripada mengambil langkah yang mengganggu keselamatan rantau itu,” katanya. - AFP

Sotong pilih nama Cora

7 Syaaban 1433H. [MOD] -

SEEKOR sotong kurita gergasi memilih bola yang mengandungi Cora sebagai namanya di akuarium Zoo Akron di Akron kelmarin.

AKRON, Ohio - Seekor sotong kurita gergasi yang menjadi daya tarikan pada pameran terumbu karang di Zoo Akron di sini memilih Cora sebagai namanya kelmarin.

Haiwan itu menarik keluar seekor udang daripada bola yang mengandungi nama Cora di dalam akuarium sotong tersebut.

Sotong tersebut memegang bola itu dengan sesungutnya.

Haiwan tersebut tidak mengeluarkan udang daripada dua lagi bola yang mengandungi nama Octavia dan Scarlet.

Satu senarai mengandungi 2,000 nama diterima pihak Zoo Akron dalam pertandingan menamakan haiwan berkenaan sebelum ini.

Namun, hanya tiga nama itu disenarai pendek.

Sotong betina itu seberat 9 kilogram dengan panjang 1.2 meter itu. - Agensi

Baling parang nyaris kena nenek

7 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU - Angkara tidak tahan sering dinasihati bapa, seorang anak bertindak bagai orang hilang kewarasan apabila sanggup mengamuk menggunakan sebilah parang dalam satu kejadian di Kampung Padang Sena, Pulau Musang, di sini, Jumaat lalu.

Perbuatan si anak, Shahrul Fadlisman Nawi, 21, itu bukan sahaja membahayakan nyawa bapa kandungnya sendiri, malah turut membabitkan nyawa neneknya yang sudah uzur.

Apa yang menyedihkan, semasa sedang mengamuk, dia telah bertindak membaling parang yang dipegangnya itu dan nyaris terkena neneknya yang turut berada
di lokasi kejadian.

Bagaimanapun, perbuatan Shahrul Fadlisman itu terbalas setelah dia dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam, dan bakal berdepan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Tertuduh semalam mengaku bersalah di hadapan Pendaftar Mahkamah Majistret, Rusli Ahmad, melakukan kesalahan menakutkan secara jenayah, bapanya sendiri di kediaman mereka
pada 22 Jun lalu kira-kira jam 4 petang.

Dengan itu, dia mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 503 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 506 Kanun sama.

Rusli menetapkan 19 Julai depan sebagai tarikh jatuh hukuman terhadapnya sejurus pengakuan direkodkan.

Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa, Inspektor Miky Anak Dunstan Muda manakala Shahrul Fadlisman tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, Shahrul Fadlisman mengamuk secara tiba-tiba dengan memegang sebilah parang dan terus membaling parang berkenaan sehingga hampir terkena neneknya yang kebetulan turut berada di tempat kejadian.

Melihatkan situasi itu, bapanya yang bimbang perkara tidak diingini berlaku, mengambil keputusan membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga, di sini.

Sinar Harian

Euro 2012: La Roja mampu sekat Ronaldo: Casillas

7 Syaaban 1433H. [MOD] -

PENJAGA gol Sepanyol, Iker Casillas yakin rakan-rakannya mampu menyekat pergerakan Cristiano Ronaldo dan Portugal meskipun tanpa diperkuat Carles Puyol menjelang pertembungan separuh akhir Euro, awal pagi Khamis ini.

Puyol yang menjadi nadi utama di bahagian pertahanan Sepanyol tidak disenaraikan ke kejohanan kali ini selepas mengalami kecederaan lutut beberapa hari sebelum tarikh sebenar Euro bermula.

Walaupun kehilangan pertahanan senior itu, gawang La Roja hanya dibolosi sekali sepanjang kejohanan dan Casillas yakin Gerard Pique mampu menggantikan Puyol dalam menahan asakan Ronaldo serta Portugal.

“Ketiadaan Puyol tidak datangkan masalah kepada kami kerana Pique lakukan tugas dengan baik,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai penampilannya selama 12 tahun bersama skuad senior Sepanyol, Casillas berkata:

“Ketika mula-mula menyarung jersi Sepanyol saya ‘kosong’. Tapi saya cepat belajar dan bersabar.

Sinar Harian

Curi 3 meter air dalam 3 minit

7 Syaaban 1433H. [MOD] -

KLUANG - Polis menahan dua lelaki dipercayai terlibat dalam kes kecurian meter air milik Syarikat Air Johor Holdings (SAJH) di sebuah kedai di Taman Desa, dekat sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Abdul Majid Abdul Ali berkata, kedua- dua suspek ditahan kira-kira jam 5 pagi hasil aduan awam dan serbuan yang dijalankan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang.

Menurutnya, ketika serbuan, suspek yang berumur antara 36 dan 60 tahun itu sedang membuat urusan jual beli di sebuah kedai barang lusuh di pinggir bandar Kluang.

“Hasil pemeriksaan, polis merampas satu beg sandang milik salah seorang suspek yang berisi 13 unit meter air.

“Malah, polis juga mendapati salah seorang suspek itu adalah pemilik kedai barang lusuh yang mahu membeli barang curi untuk dijual di kedainya,” katanya pada sidang media di IPD Kluang, semalam.

Beliau berkata, suspek mengambil masa kira-kira tiga minit untuk mencuri tiga meter air berdasarkan rakaman video yang diperoleh hasil risikan polis.

Katanya, kedua-dua suspek didakwa di bawah Seksyen 379/411 Kanun Keseksaan kerana memiliki barangan curi.

“Walau bagaimanapun, mereka masih dalam tahanan reman sehingga hari ini (semalam) dan soal siasat masih dijalankan ke atas mereka.

“Mengikut laporan polis dari Januari hingga bulan ini, sebanyak 230 unit meter air dilaporkan hilang dan diharap dengan tangkapan dua suspek ini, ia dapat menyelesaikan masalah
kecurian meter air di sekitar daerah ini,” katanya.

Abdul Majid turut mengingatkan kepada semua pengusaha kedai barangan lusuh agar tidak membeli barangan curi terutama sekali harta milik kerajaan kerana mereka yang terlibat juga boleh dikenakan hukuman kerana bersubahat membeli serta menjual barang curi.

Sinar Harian

Sang Bedal lain termakan jerat

7 Syaaban 1433H. [MOD] -

SANG BEDAL yang berjaya ditangkap dibawa ke rumah panjang bagi membolehkan Embol membunuhnya.

SARATOK – Peribahasa tidak dapat rotan akar pun berguna mungkin sesuai untuk menggambarkan nasib seorang tuai Rumah Panjang Nanga Sungai Anak, Embol Asum, apabila hasratnya untuk membalas dendam membunuh sang bedal bergelar Bujang Sebelak tidak kesampaian semalam.

Sebaliknya, Embol, 48, hanya dapat membunuh dua ‘orang kanan’ buaya tersebut yang dapat ditangkap selepas termakan umpan dipasang oleh pawang buaya tersohor di sini, Indet Sanabong, 49, di Sungai Anak dekat Pekan Kecil Roban di sini.

Difahamkan, buaya pertama merupakan buaya betina bergelar Dara Nanga berukuran 2.6 meter yang ditangkap pada pukul 9 pagi, kira-kira satu kilometer dari Kuala Sungai Anak manakala seekor lagi buaya jantan bergelar Bujang Muara sepanjang 1.6 meter ditangkap satu jam setengah kemudian.

Embol merupakan suami Siah Munsong, 42, yang mati selepas diserang seekor buaya berukuran lima meter panjang serta ukur lilit badan sebesar tong drum pada 19 Jun lalu. Buaya itu buta mata kirinya.

kosmo/-

Kenderaan hempap tuan

7 Syaaban 1433H. [MOD] -

IPOH – Kegagalan seorang lelaki menarik brek tangan kenderaan yang dipandunya memakan diri apabila maut akibat terperosok dalam longkang di sebuah tapak projek perumahan di Falim, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.00 malam itu, mangsa, Chang Wing Khoon, 58, meninggal dunia di tempat kejadian setelah kereta Toyota Hilux milik syarikatnya yang diparkir bergerak sendiri sebelum merempuh mangsa dari arah belakang.

Difahamkan mangsa cuba membuka pintu zink, ketika turun, dia lupa untuk menarik brek tangan sehingga tidak sedar kereta itu bergerak dan merempuhnya di hadapan menyebabkan mangsa tidak sempat untuk berbuat apa-apa.

Wing Khoon yang bekerja sebagai pengurus projek ditemui orang awam dalam keadaan warna kulit menjadi lebam akibat dihempap bahagian hadapan kenderaan berkenaan.

Isterinya yang ditemui di tempat kejadian, Wong Chee Yeng, 57, berkata, dia masih tidak percaya kejadian tragis yang menimpa suaminya ketika tiba di lokasi kejadian pada jam 2 pagi.

“Saya cuba hubungi dia sejak jam 7 malam tetapi tiada jawapan kerana selalunya jam 6.30 dia akan pulang untuk makan malam bersama keluarga sehinggalah saya diberitahu tentang kejadian ini,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Superitendan Ahmad Termizi Abd Haq berkata, berdasarkan laporan bedah siasat, kematian mangsa disebabkan oleh patah tulang belakang dan pendarahan dalaman.

“Mangsa tidak sedar kereta itu bergerak mungkin disebabkan faktor muka bumi lalu menghempap mangsa sehingga terperosok dalam longkang berhampiran.

“Kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya

Sinar Harian

Dirempuh ketika melintas

7 Syaaban 1433H. [MOD] -

TOK DOR - Seorang penunggang motosikal maut serta merta apabila motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah kenderaan dalam satu kejadian langgar lari di Kilometer 95 Jalan Kuala Terengganu-Jerteh dekat Kampung Tok Dor di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi tadi, mangsa, Poh Chian Wei, 27, berasal dari Kampung Renek yang terletak tidak jauh dari tempat kejadian mati akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi berkata, mangsa yang menunggang motosikal dari arah Kuala Terengganu telah memberhentikan motosikalnya di sebelah kanan jalan dan berjalan kaki melintas ke kiri jalan.

Menurutnya, pada masa sama tiba-tiba datang sebuah kereta dipercayai jenis Proton Saga dari arah Jerteh ke Kuala Terengganu telah melanggar mangsa menyebabkannya tercampak sejauh lima meter ke sebelah kanan jalan dan mati di tempat kejadian.

“Mangsa seorang mekanik kenderaan secara bergerak dan dipercayai telah melintas jalan untuk bertemu seorang rakannya di sebuah bengkel membaiki kenderaan yang terletak di sebelah kiri jalan,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Bilik Mayat, Hospital Besut untuk bedah siasat.

Mangsa juga telah memeluk Islam dan berkahwin dengan wanita Melayu dari Kampung Guntung, Permaisuri Setiu.

Sementara itu, polis telah memperoleh identiti kereta yang melanggar mangsa berdasarkan beberapa serpihan kereta yang berada di tempat kejadian.

Sinar Harian

Warga Singapura dijel miliki 5kg dadah

7 Syaaban 1433H. [MOD] -

IPOH – Seorang lelaki warga Singapura dijatuhkan hukuman penjara lima tahun dan denda RM40,000 oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam , selepas didapati bersalah memiliki 5.964 kilogram dadah jenis Eramin 5, dua tahun lalu.

Tertuduh, Tan Cheok Kwee didapati bersalah kerana memiliki dadah berkenaan yang ditemui di gudang miliknya di Laluan Kangsar 7, off Jalan Kuala Kangsar, kira-kira jam 3.30 petang pada 19 Ogos 2010.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Cheok Kwee ditahan di Air Itam, Johor selepas siasatan mendapati dia terlibat dengan kontena berisi sejumlah 1,015,500 pil Eramin 5 dari China yang berlabuh di Pelabuhan Klang, 15 Ogos 2010.

Hakim Datuk Zainal Adzam Abd Ghani membuat keputusan itu setelah mendapati tertuduh memiliki dadah pada jumlah yang banyak.

“Siasatan jelas mendapati, barang bukti ditemui tersembunyi dalam gudang berkenaan selain dibungkus rapi dengan longgokan pakaian,” katanya.

Tertuduh dikehendaki menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditahan.

Sebelum itu, peguam bela tertuduh, Datuk Naran Singh berkata, anak guamnya bersedia menjalani hukuman mengikut Seksyen 12 (3) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dijatuhkan hukuman maksimum lima tahun penjara dan denda sehingga RM100,000.

“Anak guam saya memberi kerjasama baik kepada siasatan kes malah, mengaku bersalah atas tuduhan yang dikenakan sekali gus membantu menjimatkan tempoh perbicaraan,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Aiza Khairuddin mahu mahkamah membuat keputusan sewajarnya terhadap tertuduh kerana ia melibatkan jumlah kuantiti dadah yang banyak.

Sinar Harian

Mati selepas 4 hari dibakar kekasih

7 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Wanita yang melecur 90 peratus tubuhnya selepas dipercayai dibakar teman lelakinya dalam pertengkaran di rumah mangsa di Taman Segar, Cheras di sini, Jumaat lalu, meninggal dunia, tengah hari semalam.

Mangsa berusia 23 tahun yang cedera teruk dan melecur seluruh badan selepas disimbah petrol sebelum dibakar, meninggal dunia jam 12.50 tengah hari semalam, empat hari selepas dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini.

Sehubungan itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, mengesahkan kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Sebelum ini kita siasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. Namun, berikutan kematian mangsa, kes kini disiasat mengikut Seksyen 302.

“Berdasarkan siasatan polis, kejadian itu bukan berlaku secara tidak sengaja, tetapi suspek mempunyai niat (membakar mangsa),” katanya, semalam.

Khairi berkata, teman lelaki mangsa berusia 35 tahun yang turut melecur di tangan dalam kejadian itu direman hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa dikatakan disimbah petrol sebelum dibakar oleh teman lelakinya selepas mereka bertengkar dipercayai berpunca masalah cinta menyebabkan wanita terbabit melecur 90 peratus bahagian badan.

Mangsa dikejarkan ke HUKM untuk rawatan oleh jirannya yang terdengar wanita itu menjerit meminta tolong.

metro/-

Umno-BN Patut Ukur Baju Di Badan Sendiri

7 Syaaban 1433H. [MOD] -

Umno-BN yang sebenarnya “tidak membayar hutang, tidak menepati janji dan tidak kenang budi” seperti kata pemimpin agungnya Datuk Seri Najib Razak.

Pemimpin Pakatan Rakyat berpendapat ketiga-tiga ciri di atas yang cuba dikaitkan dengan Pakatan oleh Najib, yang juga Perdana Menteri, sebenarnya mencerminkan cara pentadbiran Umno-BN.

MP Bukit Mertajam, Chong Eng, berkata, kerajaan Pulau Pinang Pakatan telah membawa banyak perubahan termasuk membayar semula hutang lama kerajaan Umno-BN kepada kerajaan pusat.

“Umno-BN sebenarnya yang lupa kepada jasa rakyat. Saya rasa PM dan BN masih tidak tahu rakyat mahu berubah kerana kerajaan BN tidak melakukan kerja-kerja mereka dengan baik,” katanya.

Minggu lalu, Najib di dalam ucapannya di Kuala Langat, menyatakan tiga nilai buruk Pakatan yang boleh menghakis keharmonian dan menjejaskan pembangunan negara.

Tiga nilai buruk yang disebut adalah “janji tidak ditepati, budi tidak dihargai dan hutang tidak dibayar”.

Manakala MP Machang, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata Umno-BN yang sebenarnya tidak menghormati asas kenegaraan.

Katanya, hubungan kerajaan negeri dan persekutuan menjadi kucar kacir angkara Umno-BN menarik hak negeri selain menyekat peruntukkan pembangunan kepada negeri.

Tegas Saifuddin, Najib sepatutnya bersifat jujur dan menyatakan apa terjadi kepada hutang yang tidak dibayar oleh kroni Umno-BN.

“Yang mewujudkan budaya berhutang dan tidak membayar semula hutang adalah amalan Umno-BN,” jelas beliau yang juga,

setiausaha agung PKR.

MP Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar pula berkata, rakyat kini mula merasakan keselesaan dibawah negeri-negeri pentadbiran Pakatan walaupun ia memerintah selama satu penggal.

Katanya, perubahan yang dibawa oleh PR meskipun melalui program bantuan kecil kepada rakyat masih tidak mampu dilaksanakan oleh kerajaan Umno-BN walaupun telah memerintah lebih 50 tahun.

“Pakatan Rakyat bukan bercakap mengenai soal bila kita memerintah tetapi kita telah membuktikan janji tersebut apabila kita telah memerintah,” kata Mahfuz yang juga Naib Presiden Pas.

“Najib masih beranggapan bahawa masyarakat yang kuno dan tidak punya pengetahuan sedangkan jurang maklumat yang besar telah dinikmati rakyat untuk mendapatkan informasi,” katanya.

selangorku/-

Parah dilibas penyamun

7 Syaaban 1433H. [MOD] -

PARAH...Suraya menunjukkan kecederaan yang dialami Rokiah.

ARAU: Seorang warga emas menerima 14 jahitan di kepala selepas ditetak dengan senjata tajam dipercayai pedang oleh penjenayah, hanya kerana ingin menyamun seutas gelang emas bernilai RM2,000.

Kejadian berlaku di Kampung Felda Chuping, di sini, ketika mangsa, Rokiah Sirun, 78, sedang memberi makanan kepada kucing di belakang rumahnya pada kira-kira jam 8 malam, Jumaat lalu.

“Saya langsung tidak sedar dia datang dari belakang dan melibas pedang ke kepala saya. Tiba-tiba saya rasa sakit dan basah di belakang kepala sebelum rebah,” kata Rokiah.

Akibat mukanya jatuh tersembam ke atas batu, wanita itu turut menerima tiga jahitan di dahi.

Rokiah berkata, selepas meragut gelang emas bernilai RM2,000 yang dipakainya, suspek melarikan diri kerana menyangka dia sudah mati berikutan berlumuran darah di kepala.

metro/-

Jambatan tercanggih selepas 54 tahun Umno BN memerintah

7 Syaaban 1433H. [MOD] -

TEMERLOH - Seramai 500 penduduk Kampung Mambang Berulang dan Sungai Dingin, dekat sini berhadapan risiko kemalangan berikutan jambatan gantung yang digunakan bagi menghubungkan kampung berkenaan dengan bandar Mentakab kerap mengalami kerosakan.

"Negara kita telah merdeka 54 tahun dan jambatan sepanjang 200 meter itu tidak lagi sesuai digunakan zaman sekarang. Tambahan pula, jambatan itu sudah uzur dan mengalami banyak kerosakan...

N'N:Tranformasi???

Harakah Daily

Subhanallah...Sujud syukur di lebuhraya

7 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Sebaik menerima berita kemenangan Dr. Mohamed Mursi (Presiden baru Mesir), mereka memberhentikan kereta lantas sujud tanda syukur di atas anugerah Allah.

Menurut seorang Imam yang baru pulang dari Mesir, beliau melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana lebuhraya yang beliau lalui dari ibu kota ke lapangan terbang Kaherah penuh dengan kereta berhenti.

Dan mereka berhenti bukan untuk membuang air kecil tetapi sujud syukur atas pengesahan kemenangan Dr Mohamed Morsi sebagai Presiden baru Mesir.

"Ikhwanul Muslimin menang pilihan raya ini selepas 40 tahun berdakwah untuk menyedarkan rakyat Mesir kepentingan politik dalam Islam," kata beliau kepada Harakahdaily.

Imam ini meninggalkan rumahnya kira-kira jam 1 tengahari menuju lapangan terbang walaupun penerbangannya dari Kaherah ke Kuala Lumpur hanya pada jam 11 malam.

"Namun kerana bimbang jalan jam, saya keluar awal. Bila sampai tengah jalan dalam jam 3.15 waktu Mesir, saya lihat banyak kereta berhenti dan penumpang serta pemandunya sujud di atas jalan raya itu.

"Barulah saya sedar, mereka membuat sujud syukur atas kemenangan Dr Mursi secara rasmi," katanya

Dr Mursi diumumkan menang pilihan raya presiden Mesir kira-kira jam 10.30 malam waktu Malaysia Ahad lepas.

Kemenangan beliau diisytiharkan secara rasmi selepas seminggu pilihan raya itu selesai.

Kira-kira sejuta penyokong beliau berkumpul di Dataran Tahrir berkumpul bagi memastikan Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir mengumumkan Morsi sebagai pemenang kerana kiraan yang dibuat oleh Ikhwan sudah menunjukkan Morsi menang.

Harakah Daily

Curi kelapa, 2 sahabat dihukum 3 bulan kerja masyarakat

7 Syaaban 1433H. [MOD] -

AYER KEROH - Hanya kerana mencuri kelapa, dua sahabat diarah melakukan kerja khidmat masyarakat empat jam setiap hari selama tiga bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, semalam.

Majistret Ida Rahayu Sharif menjatuhkan hukuman Perintah Kehadiran Wajib (PKW) itu terhadap tertuduh, Mohd Syafiq Shariffudin, 26, dan Mohd Shahfaril Hidir Zailan, 27, selepas kedua-duanya mengaku bersalah terhadap pertuduhan disabitkan ke atasnya.

Berdasarkan pertuduhan, keduaduanya dari Sungai Rambai didapati mencuri 45 biji kelapa yang diisi dalam guni bernilai RM250 milik Tajuddin Hassan, 71, di kebun kelapa Kampung Air Tawar, Sungai Rambai, Jasin kira-kira 2.30 petang, 16 Jun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Terdahulu, kedua-duanya memohon hukuman terhadap mereka diringankan, sementara Mohd Syafiq memberi alasan isterinya sakit dan perlu mendapatkan rawatan setiap bulan di Hospital Muar.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Badariah Yusof meminta mahkamah memberikan hukuman setimpal.

Mengikut fakta kes, ketika kejadian, pengadu iaitu Tajuddin menerima panggilan daripada anak saudaranya memaklumkan terdapat dua lelaki memasuki kebunnya sebelum mengopek
buah kelapa.

Tajuddin kemudian pergi ke kebun dan melihat dua tertuduh, lalu menghubungi polis sebelum polis tiba membuat serbuan.

Pemeriksaan lanjut mendapati 45 biji buah kelapa yang telah dikupas kulit di dalam guni putih dan sebuah beg sandang mengandungi sebilah parang pendek dan dua mata pisau pengupas kelapa

Sinar Harian

Ibu menangis lihat bilik terbakar

7 Syaaban 1433H. [MOD] -

SENAWANG – Seorang ibu tunggal hanya mampu mengalirkan air mata sebaik saja melihat sebuah bilik rumah yang didiami sejak 20 tahun lalu terbakar,kelmarin.

Kejadian berlaku di Taman Tuanku Najihah, dekat sini, kira-kira 8 malam apabila mangsa, N.Sharojadevi, 52, bersama anak perempuannya berusia 14 tahun tiada di rumah.

"Ketika itu, jiran yang juga merupakan saudara saya memberitahu rumah saya terbakar.

“Saya bersama anak bergegas pulang untuk menyelamatkan barang-barang. Bagaimanapun, ketika sampai di hadapan rumah, bomba sudah tiba dan api kebakaran sudah dipadamkan,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Sharojadevi bagaimanapun bersyukur kerana jirannya bersikap prihatin membantu memadam kebakaran yang melibatkan hampir keseluruhan biliknya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rahang, Zakaria Amat berkata, bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira 8.15 malam.

“Sebuah jentera membabitkan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rahang dikejarkan ke tempat kejadian," katanya

Sinar Harian

Syiling lama cecah RM16 juta

7 Syaaban 1433H. [MOD] -

PASIR PUTEH - Pesara tentera mendakwa memiliki syiling lama berusia 242 tahun yang nilainya dikatakan boleh mencecah RM16 juta sekiranya, dilelong di pasaran Amerika Syarikat.

Duit syiling lama berukuran 3.8 sentimeter (sm) yang tertera perkataan `Vtraque Vnum’ itu tidak dapat dipastikan nilai sebenar mata wangnya, tetapi difahamkan ia merupakan antara yang paling sukar ditemui.

Abidin Ghani, 56, dari Taman Sri Aman, di sini, berkata, berdasarkan fakta sejarah, syiling lama termahal di dunia adalah American Silver Dollar keluaran 1794 yang dijual RM23.5 juta dalam acara lelongan baru-baru ini.

Bagaimanapun katanya, syiling yang dimiliki adalah 24 tahun lebih awal jika dibandingkan American Silver Dollar itu.

“Saya mendapatkan pengesahan daripada beberapa pakar mata wang termasuk pengumpul barangan antik dan mereka mengatakan duit syiling itu adalah asli.

“Walaupun ia merupakan koleksi paling lama usianya, syiling ini masih dalam keadaan baik dan sempurna,” katanya.

Selain syiling berkenaan, bapa kepada lima anak itu turut memiliki duit syiling lama satu sen berukuran 2.7 sm yang tertera perkataan Kerajaan Terengganu Berhad dalam tulisan Jawi.

Abidin turut memiliki 20 keping wang kertas lama termasuk wang kertas yang dikeluarkan pada masa pemerintahan Negeri-negeri Bersekutu.

“Semua ini adalah koleksi arwah ayah saya kerana dia sentiasa merantau ke negara luar semata-mata untuk mendapatkan syiling lama.

“Saya menyimpannya selama 40 tahun dan pernah didatangi beberapa lelaki yang berhasrat meminjam beberapa syiling lama untuk tujuan memuja nombor ekor, saya tidak bersetuju kerana
tahu perbuatan itu syirik,” katanya.

Abidin berkata, pengalamannya sebagai pengumpul syiling lama menemukannya dengan pelbagai peristiwa aneh termasuk gangguan makhluk halus.

“Saya tidak melupakan peristiwa di mana saya dan keluarga tidak dapat tidur kerana diganggu makhluk halus selepas berjaya mendapat syiling lama dari Indonesia,” katanya.

Sinar Harian

Bau meloyakan beri petanda

7 Syaaban 1433H. [MOD] -

SEREMBAN – Ragu dengan bau meloyakan menyebabkan seorang pemandu treler membawa muatan asid sulfurik bertindak memberhentikan kenderaannya, sekali gus menyelamatkan dia dan rakannya daripada maut, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 7.30 malam di Kilometer 259 Lebuhraya Utara - Selatan, berhampiran Plaza Tol Port Dickson, di sini, tong dalam treler membawa muatan berbahaya itu bocor.

Walaupun kebocorannya sedikit, namun asid berkenaan dikatakan boleh membawa maut kepada manusia walaupun hanya dengan menghidunya.

Pemandu treler, S.Saravana Kumar, 31, berkata, dia dalam perjalanan dari Bandar Teknologi Kulim, Kedah, untuk menghantar bahan berkenaan ke Singapura sambil ditemani pemandu kedua, S.Thiagaraj, 32.

"Saya tiba-tiba terhidu bau busuk membuatkan tekak saya rasa loya menyebabkan saya bertindak memberhentikan treler ke tepi jalan," katanya.

Menurutnya, dia mengesyaki sesuatu masalah berlaku kerana semasa menjalani kursus di Singapura dulu, dia ada diberitahu mengenai tanda-tanda kebocoran, antaranya adalah bau
kurang menyenangkan.

"Sebab itu, saya perlu bertindak segera. Jika saya berterusan menghidu bau bahan itu dalam tempoh lama, boleh menyebabkan hidung berdarah serta bawa maut,” katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.

Sementara itu, Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan 2, Sabarudin Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 7.55 malam.

“Seramai 21 anggota termasuk pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) membabitkan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 dan Senawang bergegas ke lokasi kejadian," katanya.

Katanya, bantuan Hazmat diperlukan kerana bahan berkenaan jenis menghakis.

"Sebanyak 26 tong berisi asid dipindahkan ke lori lain yang disediakan pihak syarikat.

Siasatan mendapati satu daripada tong berkenaan retak.

"Sebagai langkah keselamatan, tong yang retak ditampal semula sebelum dibawa lori syarikat berkenaan ke tempat lain," katanya.

Beliau berkata, operasi pemindahan bahan itu berakhir kira-kira 2 pagi dan tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

"Tindakan pemandu treler memberhentikan kenderaannya juga tepat kerana risiko amat tinggi sekiranya dia meneruskan perjalanan," katanya.

Sinar Harian

Liga Super: Tutup mulut skuad Kijang

7 Syaaban 1433H. [MOD] -

PASUKAN Terengganu berjaya mengikat kedudukan 2-2 ketika turun melayan kunjungan Kelantan pada saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.

Biarpun terpaksa berkongsi mata dengan juara Piala FA musim ini, nyata pasukan kendalian Peter Butler itu berjaya bangkit selepas ketinggalan, 1-2 bermula babak kedua perlawanan menerusi pemain pertahanan, Mohd Muslim.

Babak pertama perlawanan menyaksikan pasukan tuan rumah bermula garang mengasak kubu pertahanan lawan, namun pasukan kendalian Bojan Hodak tidak kurang aksinya apabila melancarkan serangan balas dan kedua-dua pasukan tampak agresif dalam memburu gol pembukaan.

Begitupun, serangan bertali arus pasukan pelawat akhirnya menemui sentuhan mendahului kedudukan, apabila penyerang Kelantan, Norfarhan Mohamad berjaya menewaskan penjaga gol tuan rumah, Mohd Sharimiza Yusof melalui rembatan kencang dari luar kotak penalti pada minit ke-6.

Tersentak dengan jaringan itu, skuad Penyu bangkit melancarkan serangan balas dalam menyamakan kedudukan melalui cubaan penyerang, Abdul Manaf Mamat dari luar kotak penalti, namun rembatan derasnya berjaya ditepis keluar penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-17.

Terengganu sekali lagi dikejutkan dengan ledakan gol kedua pelawat menerusi sepakan percuma terus ke dalam gol yang dilakukan kapten pasukan Kelantan, Badri Radzi selepas menerima sepakan itu daripada pengadil perlawanan ekoran tindakan pertahanan tuan rumah, Mohd Faizal yang menjatuhkan pemain import Mohd Ghadar pada minit ke-21.

Skuad Penyu yang terdesak dalam mencari gol bagi merapatkan kedudukan akhirnya menemui hasil apabila penyerang tuan rumah, Abdul Hadi Yahaya berjaya memanfaatkan peluang terhidang pada minit ke-40 menerusi hantaran lintang yang dilakukan penyerang import, Francis Forkey Doe di depan gawang pelawat.

Masuk babak kedua perlawanan, kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan yang lebih agresif dalam memburu gol, namun skuad kendalian Peter Butler tampil dengan gaya permainan yang lebih kemas dan berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan menerjah terus ke jaring gol oleh Mohd Muslim Ahmad, hasil sepakan percuma yang dilakukan Ismail Faruqi pada minit ke-50.

Gol penyamaan itu ternyata membangkitkan semangat anak buah Peter Butler untuk mendahului kedudukan seterusnya memberi tekanan kepada pasukan pelawat dan perlawanan menjadi semakin sengit dengan masing-masing berbalas asakan, namun tiada jaringan berjaya dihasilkan sehingga wisel penamat ditiup.

Pada pertemuan sengit antara dua pasukan dari Pantai Timur itu, empat kad kuning dilayangkan oleh pengadil perlawanan, Mohd Zamzaidi Katmin kepada tiga pemain Kelantan, Indra Putra Mahyuddin (minit ke-35); Rizal Fahmi (minit ke-67) dan pemain gantian Nurul Izuan (minit ke-80) manakala satu kepada tuan rumah, Mohd Faizal pada minit ke-19.

Sinar Harian

Sepanyol bakal muncul lagi di final Euro

7 Syaaban 1433H. [MOD] -

SELAKU pasukan pilihan dan juara bertahan, langkah Sepanyol sukar untuk digugat.

Satu persatu lawanya ditumpaskan. Di peringkat kumpulan, Republik Ireland menjadi mangsa pertama dengan kemenangan besar 4-0 diikuti Crotia, 1-0. Hanya Itali yang mampu mengikat keputusan seri 1-1 semasa perlawanan pembukaan Kumpulan C.

Menjuarai Kumpulan C, Sepanyol bertemu dengan Perancis yang menduduki tangga kedua Kumpulan D. Dua gol jaringan Xabi Alonso melayakkan La Roja ke peringkat separuh akhir.

Lawan skuad berjersi merah pada awal pagi esok adalah Portugal yang sebelum ini menumpaskan Republik Czech, 1-0.

Cesc Fabregas mengibaratkan pertembungan separuh akhir antara Sepanyol dengan negara jiran, Portugal sebagai El Clasico bagi Euro 2012.

Pemain Barcelona itu percaya corak permainan Portugal mencerminkan gaya serangan balas yang diamalkan Real Madrid iaitu menggunakan kelebihan larian pantas Cristiano Ronaldo dan Nani.

Sepanyol pula menitikberatkan corak hantaran pendek, seperti yang diperagakan Barcelona dalam mendominasi pentas La Liga dan Liga Juara-Juara dalam beberapa tahun ini.

Barisan bintang Nou Camp iaitu Gerard Pique, Xavi, Andres Iniesta, Sergio Busquets dan Fabregas membentuk tunjang pasukan mantap bimbingan Vicente Del Bosque.

Sekali pun turut dianggotai empat bintang seteru utama Barca, Real Madrid termasuk Iker Casillas, Alvaro Arbeloa, Sergio Ramos dan Xabi Alonso, pasukan kebangsaan Sepanyol dilihat lebih membayangkan 'Pep Guardiola' daripada 'Jose Mourinho'.

Kedua-dua pasukan dilihat mempunyai potensi untuk melayakkan diri ke perlawanan akhir Euro 2012.

Bagaimanapun, kelebihan masih berpihak kepada La Roja. Sekiranya anak buah del Bosque mampu mengunci pergerakan Ronaldo, maka tidak keterlaluan diungkapkan, Portugal bakal dirantai.

Bakal mengekalkan formasi sama, 4-3-3, Vicente del Bosque tetap optimis dengan jenteranya.

Iniesta, David Silva dan Fabregas bakal menggalas tugas selaku penggempur hadapan seperti lawan sebelum ini.

Penyerang sensasi Chelsea, Fernando Torres juga bakal diturunkan bagi merobek jarring lawan. Dia setakat ini bersama Fabregas masing-masing menjaringkan dua gol bagi membantu La Roja mara ke separuh akhir.

Barisan pertahanan Sepanyol juga tidak kurang hebatnya. Mereka ada formula sendiri untuk mematahkan sebarang percubaan daripada penggempur Portugal.

Mengamalkan permainan total football, Portugal dilihat bakal menjadi mangsa seperti lawan Sepanyol sebelum ini.

Tanpa sebarang penyerang, del Bosque meletakkan enam pemain tengah sebagai pemain utama. Fabregas dilihat menjadi penggempur palsu yang mampu mengelirukan pasukan lawan.

Bagi Portugal, perlawanan ini amat penting untuk mereka melayakkan diri ke peringkat akhir seperti yang pernah dilakukan sewaktu menjadi tuan rumah Euro 2004. Ketika itu, mereka tewas di tangan Greece.

Dalam aksi kompetitif sebelum ini, Sepanyol pernah menumpaskan Portugal 1-0 pada Piala Dunia 2010 dan kini tiba masanya buat Seleccao membalas dendam terhadap kekalahan tersebut.

Bagaimanapun, itu tidak menjadi halangan untuk Sepanyol berjuang dalam memastikan edisi Euro 2012 ini menjadi milik mereka.

Viva Espana!

Sinar Harian

Label ‘demokrat palsu’: Anggaplah sebagai cabaran

7 Syaaban 1433H. [MOD] -

Tulisan bertajuk A 21st-century checklist of the new autocrats disiarkan pada 8 Jun oleh The Globe and Mail oleh ketua biro Beijing Mark Mackinnon, pemenang anugerah kewartawanan yang sudah mewawancara sebahagian pemimpin paling kontroversi dan terkemuka di seluruh dunia mengkategorikan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai “demokrat palsu”, meletakkannya sebaris dengan autokrat lain dunia. Ia kemudian dipetik oleh portal Malaysiakini.

Antara yang menarik Mackinnon menulis, pemimpin ini “mengadakan pilihan raya tetapi tiada hasrat memberikan kuasa” dan “penentang politik seriusnya dipenjara dan parti mereka diharamkan atas alasan teknikal”.

Saya tertarik dengan kata-kata di atas ‘mengadakan pilihanraya tetapi tiada hasrat memberikan kuasa’. Adakah ia bola tanggung buat kerajaan BN yang Umno sebagai teras dan Najib Razak sebagai pengerusi BNnya?

Malaysia sedang menuju Pilihan raya Umum ke 13. Tuntutan 8 perkara Bersih 3.0 dibakulsampahkan. Persempadanan kawasan pilihanraya semenjak lama dibuat sedemikian rupa supaya sentiasa berpihak kepada BN. Senarai daftar pemilih yang kotor, undi pos dan undi awal dan pelbagai peraturan dan perkara yang berkait dengan urusan pilihan raya hanyalah menidakkan lawan politik BN, bukannya berhasrat menyuburkan demokrasi.

Mungkin disebut kalau tidak beri kuasa, bagaimana dengan Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang. Kita jawab barang kali kalau demokrasi berjalan secara telus, sudah lama BN bungkus.

Justeru, label ‘demokrat palsu’ ada kebenarannya. Elok juga Najib ambil label ini sebagai cabaran dan buktikan bahawa ianya salah. Caranya? Bersihkan semua perkara yang berkaitan dengan urusan pilihanraya dan kepincangan sistem demokrasi yang berjalan sekarang.

Kalau BN kalah di semua tempat akibat kejujuran dan ketelusannya mengadakan pilihanraya, Najib dan pemimpin BN boleh mengurut dada sambil berkata: ‘Lihat! Apa yang kamu labelkan itu sebenarnya salah.’

Harakah Daily

Jaga dituduh bunuh wanita

7 Syaaban 1433H. [MOD] -

BALIK PULAU - Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh seorang wanita awal bulan ini semalam.

Mohamad Basri Ayob, 42, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan kerana menyebabkan kematian Prihatin Komsari pada 9 Mei lalu.

Tiada pengakuan diambil daripada tertuduh selepas pertuduhan dibacakan kepadanya.

Majistret Muhammad Hidayat Wahab menetapkan 17 Ogos sebagai sebagai tarikh sebutan semula kes selepas dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Charanjit Singh Mahinder Singh bahawa pihaknya masih belum menerima laporan bedah siasat mangsa.

Terdahulu, Sinar Harian menyiarkan bahawa mayat seorang wanita tanpa dokumen pengenalan diri ditemui terapung dalam Sungai Kluang berhampiran kawasan perindustrian Bayan Baru.

Mangsa yang dipercayai berusia lingkungan 30-an itu ditemui kira-kira jam 1.30 petang dengan kesan luka serta calar pada pipi dan bibirnya

Sinar Harian

Dipenjara 5 tahun rompak guna spanar

7 Syaaban 1433H. [MOD] -

GEORGETOWN - Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan dua kali sebatan ke atas seorang lelaki selepas didapati bersalah melakukan rompakan bersenjata ke atas seorang wanita dua tahun lalu.

Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Fadzil Hashim, 27, dari Pangkalan Batu, Tasek Gelugor yang dituduh melakukan kesalahan itu bersama tiga lagi rakan yang masih bebas, kira-kira jam 8.15 malam, 13 Januari 2010.

Mengikut pertuduhan pindaan, Mohd Fadzil didakwa melakukan rompakan berkumpulan itu di tepi jalan berhampiran kawasan Persiaran Sungai Ara 1, Bayan Lepas dengan bersenjatakan sbatang spanar sehingga menyebabkan kecederaan dan kerugian terhadap Lim Ai Geok, 52 tahun.

Kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami trauma selain terpaksa menanggung kerugian apabila beberapa barangan termasuk wang tunai dilarikan.

Antara barangan yang dilaporkan hilang adalah wang tunai RM900, dokumen pengenalan mangsa, dua keping kad kredit dan mata wang asing bernilai RM500.

Mohd Fadzil didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat.

Mengikut keterangan kes, Mohd Fadzil dan tiga rakannya mengepung kenderaan mangsa dari arah depan dan belakang sebelum memecahkan cermin tingkap kereta mangsa.

Selepas memecahkan cermin kereta, keempat-empatnya didakwa memukul mangsa dan melarikan beg tangannya.

Terdahulu, Mohd Fadzil yang memakai kemeja T putih hanya dilihat duduk dalam keadaan murung di kandang tertuduh.

Ketika pertuduhan dibaca, lelaki itu mengangguk kepalanya menandakan mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Mohd Fadzil tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, S Selvaranjini.

Sinar Harian