20 May 2012

Annuar Musa dipecat dari Umno?

28 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

Ahh !! kasar bunyi tajuk ini...

Tetapi ia ada berkemungkinan beliau di pecat atau menghadapi jawatan kuasa disiplin Umno ..kerana sekeping gambar ini memperlihatkan Tan Sri Anwar telah menyertai satu kumpulan NGO (Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Kelantan ) semalam dalam usaha menyokong kerajaan negeri menuntut duit royalti dari Petronas.Lebih 20,000 tanda tangan telah berjaya di perolehi termasuk salah satu dari Anwar musa sendiri ( gambar atas) .

Dengan menandatangani sokongan ini seolah olah Anwar Musa menyokong usaha kerajaan negeri yang di terajui oleh Parti Pas, sudah tentu akan menimbulkan kemarahan dari puak puak Umno ( kita tunggu dan lihat ) .Umum mengetahui dalang di sebalik kemelut duit royalti minyak ini datangnya dari Umno Parti yang di sertai oleh Anwar Musa bukannya dari Petronas.Sebagai yang terjadi dan apa yang pernah berlaku diTerenganu bila mana perjanjian di cabuli oleh Kerajaan Pusat (UMNO) apabila mereka tewas pada Pru ke 10 pada tahun 1999 dengan merampas hak kerajaan baru Trangganu di bawah Pas pada masa itu.

Menjadi tanda tanya adakah Anuar Musa menongkah arus didalam polemik isu Royalti diantara kerajaan pusat dan kerajaan negeri Kelantan ? sedangkan kita mengetauhui bahawa Anwar Musa adalah diantara orang kuat Umno Kelantan dan pernah menjadi Adun Merlor serta pernah memegang jawatan Menteri Belia dan Sukan serta pernah menjawat jawatan ahli majlis tertinggi Umno.

Adakah tindakan Anwar Musa benar benar ikhlas atau hanya sekadar dia menagih sokongan dari peminatnya di Bukit Jalil ,kerana kerana kita tahu pada 5 april 2012 beliau telah di gantung oleh FAM selama 30 bulan dari bergiat dalam bola sepak negara. Ianya menjadi satu tanda tanya buat diri saya . Jika Anwar Musa benar benar ikhlas menanda tangani saya ucapkan syabas kepada beliau.

Sebaiknya Tan Sri Anwar Musa sebagai anak jati negeri Kelantan sepatutnya mengenepikan sentimen parti dalam isu tuntutan ini, Umno atau Pas yang memerentah yang penting kembalikan wang kepada yang hak .

Jangan kamu (Umno Pusat ) mencabuli perjanjian yang di menterai demi dendam kesumat serta berpolitik sempit.Kerana esok apa yang di lakukan akan di persolakan oleh Allah di Akhirat kelak. Di akhir kata apa yang berlaku du bukit jalil semalam akan membuka lembaran baru di dalam kemelut ini tuntutan royalti antara negeri dan pusat.
** Taniah Kelantan kerana menjadi juara piala FA semalam.
wallahualam..

HARAKAHDAILY/-

Dilema: Kerajaan BN hanya pertahan Menteri Wanita

28 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

PULAU PINANG, 20 Mei: Sayap Wanita Pakatan Rakyat (PR) masih merasa dilema pentadbiran kerajaan persekutuan yang mempunyai masalah serius dalam urus tadbir negara dengan amalan korupsi dan rasuah yang ketara sehingga mencengkam dan mencacatkan pembangunan wanita di negara ini.

“Masalah ini wujud kerana Barisan Nasional hanya mempertahankan Menteri Wanita yang hanya memfokuskan amalan rasuah dan pecah amanah serta mengejar hartanah untuk kepentingan keluarganya sahaja.

“Syabas dan tahniah wanita PR yang berjaya membongkarkan kes NFC dan rasuah Menteri Wanita BN,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semasa berucap pada Konvensyen Wanita Pakatan Rakyat negeri di Dewan MPSP, hari ini.

Katanya, akibat kegagalan mewujudkan kepimpinan wanita cekap dan amanah oleh BN maka pada hari ini mereka ketandusan pemimpin wanita sehingga jawatan Menteri Wanita disandang oleh Perdana Menteri yang gender lelaki.

Beliau berkata, walaupun menghadapi dilema besar, BN masih tidak sedar dan masih berdegil melakukan anasir-anasir kotor dan keji dengan memanipulasikan SPR demi kepentingan politik mereka.

Katanya, segala tuntutan rakyat mengenai kelemahan-kelemahan dan cadangan untuk penambahbaikan SPR harus dilaksanakan segera sebelum menjelang PRU 13.

Justeru, ujarnya tuntutan Bersih yang dipengerusikan oleh seorang wanita, Datuk Ambiga Sreenevasan menunjukkan komitmen golongan wanita untuk pentadbiran negara dan mempertahankan hak rakyat.

“Tahniah PR kerana berjaya melahirkan kepimpinan wanita yang berjuang secara bersungguh-sungguh demi pertahankan hak wanita Malaysia,” ujarnya yang juga Setiausaha Agung DAP.

Tambahnya, pada tahun ini wanita PR berjaya mencipta sejarah dalam negeri dengan penubuhan Penang Women Development Corporation (PWDC) yang akan melaksanakan agenda dan dasar-dasar demi pembangunan gender, keadilan gender dan sosial di peringkat negeri.

“Bajet khas tahunan sebanyak RM1.5 juta telahpun diluluskan untuk PWDC,” katanya lagi.

HARAKAHDILY/-

Perpecahan MCA mudahkan Pakatan di Johor

28 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: PAS optimis peluang Pakatan Rakyat semakin cerah untuk menggantikan BN di Johor ekoran perpecahan yang berlaku dalam parti komponennya, MCA.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, kepercayaan masyarakat Cina beralih kepada Pakatan Rakyat selepas MCA Umno BN dilihat gagal membela nasib mereka khususnya dalam isu alam sekitar di negeri itu.

"MCA tidak lagi mendapat kepercayaan kaum Cina dalam menentukan nasib mereka terutamanya melibatkan isu keselamatan mereka.

"Jadi ini ini merupakan tanggungajawab besar kepada pakatan Rakyat," katanya kepada Harakahdaily, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan sepuluh pemimpin MCA Pengerang, Johor keluar paerti akibat tidak berpuas hati dengan kepimpinan MCA pusat.

Salahuddin juga berkata, PAS khususnya harus berjiwa besar dalam membuktikan bahawa parti itu benar-benar berjuangan untuk semua kaum dan agama.

"PAS harus membuktikan yang kita berjuang untuk semua tanpa berasaskan kaum," katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

harakahdaily/-

Pemimpin mogok: Sama ada permintaan kami dipenuhi atau kami syahid

28 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

Jawatankuasa Pusat bagi Pemimpin Mogok di penjara-penjara milik rejim Zionis mengesahkan bahawa mereka hanya mempunyai 2 pilihan iaitu permintaan dipenuhi ataupun mati syahid.

Menurut jawatankuasa terbabit dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, bahawa keadaan mereka kini sangat kritikal di mana pihak pentadbiran penjara memaksa mereka menerima sebahagian rundingan bagi mengakhiri perjuangan kemanusiaan demi sebuah keadilan.

Mereka juga mengesahkan bahawa para tahanan penjara bertekad untuk meneruskan mogok lapar sehingga permintaan mereka dipenuhi. “Kami menunggu syahid demi maruah kami, dan kami telah mempersiapkan diri menghadapi 2 pilihan iaitu kemenangan hak asasi dan maruah kami ataupun syahid.”

harian metro/-

Khianat Pada Bangsa Melayu: Kaji Nama Melayu Pada UMNO

28 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) berpandangan sudah sampai masanya untuk mengkaji semula penggunaan nama Melayu pada nama UMNO (United Malay National Organization) berdasarkan situasi hari ini bahkan tidak menolak kemungkinan bahawa istilah tersebut perlu ditarik balik dan dihalang dari digunakan oleh UMNO.

2. Ini kerana jelas terbukti bahawa UMNO telah mengkhianati bangsa Melayu sekian lama dengan pelbagai dasar pragmatik yang diamalkan sehingga ke hari ini.

Di antara pengkhianatan UMNO yang jelas kepada bangsa Melayu ialah dengan mengubah mengubah persempadanan pilihanraya pada tahun 2003 selepas tewas dalam banyak kerusi majoriti Melayu dalam pilihanraya 1999.

Kelantan, Terengganu dan Kedah masing-masing mempunyai pertambahan pemilih 16.2 peratus, 21.76 peratus dan 17.4 peratus tetapi tidak ada pertambahan kerusi. Manakala negeri-negeri di pantai barat, selatan, Sabah dan Sarawak yang bukan majoriti Melayu ditambah kerusi Parlimen pada persempadanan tersebut. Sehingga ke hari ini, pemimpin UMNO gagal menjelaskan kenapa mereka tidak mengambil kesempatan daripada persempadanan tersebut untuk menambah kerusi Melayu di Parlimen!

3. Selain itu, UMNO juga yang bertanggungjawab memperkenalkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada tahun 2003 yang ditentang hebat oleh seluruh cendikiawan Melayu. Anak-anak Melayu di luar bandar menerima kesan kemerosotan akademik hasil daripada dasar yang dianggap gila oleh Prof DiRaja Ungku Aziz ini.

Pemuda PAS telah menyaman Kementerian Pendidikan dalam isu ini. Saudara Hasni Abas, Pengerusi Kesatuan Sekerja Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP) telah berjumpa dengan Pemuda PAS bagi membangkitkan gerakan untuk memansuhkan PPSMI pada akhir tahun 2008. Pejuang-pejuang bahasa seperti Dato A. Samad Said, Dato Hassan Ahmad, Dr Shahrir Mohd Zin , Prof Emeritus Abdullah Hassan dan ramai lagi bersama Pemuda PAS menubuhkan Gerakan Rakyat Membantah PPSMI (GMP).

PAS telah mengarahkan semua ahlinya turun dalam Himpunan 100 ribu rakyat membantah dasar PPSMI pada 7hb Mac 2009 di Kuala Lumpur. Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS dan pimpinan utama PAS yang lain telah bersama dalam himpunan ini. Akhirnya dasar ini terbukti gagal dan ditarik balik sekarang. Negara kerugian hampir RM5 billion kerana langkah ‘tidak cerdik’ UMNO ini.

4. Begitu juga dengan kegagalan UMNO untuk memperuntukkan kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang kepada orang Melayu sekalipun UMNO mendapat majoriti di DUN Pulau Pinang berbanding MCA dan GERAKAN. Satu perkiraan politik yang cukup bacul sekali lagi berlaku apabila jawatan Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang diberikan dengan hormatnya kepada Setiausaha Agung GERAKAN, Teng Chang Yeow sedangkan GERAKAN tewas begitu teruk di Pulau Pinang di dalam pilihanraya umum yang lepas berbanding dengan UMNO. Hairannya, tidak kedengaran pejuang-pejuang Melayu yang hebat menjulang keris membantah keputusan ini.

5. Hakikatnya, banyak lagi senarai pengkhianatan UMNO kepada bangsa Melayu boleh disenaraikan sepanjang lebih 50 tahun UMNO menjadi tulang belakang kerajaan Malaysia pada hari ini. Sesuai dengan namanya sendiri di dalam bahasa Inggeris, UMNO sewajarnya menerima hakikat bahawa parti itu bukan lagi mewakili Melayu bahkan tidak berhak untuk mendakwa memperjuangkan bangsa Melayu.

6. Justeru, DPPNK menggesa agar nama Melayu yang dipakai di dalam nama UMNO dikaji balik dan dibuang terus sebagai mengelakkan salah faham masyarakat terhadap perjuangan UMNO yang pada hakikatnya tidak pernahpun meletakkan agenda perjuangan Melayu sebagai agenda utama.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,
AHMAD FADHLI BIN SHAARI,
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK)

Polis Mabuk Atau Mengantuk Rempuh Pagar Rumah Najib Di Putrajaya

28 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

5 anggota polis cedera rempuh pagar Kompleks Seri Perdana

KUALA LUMPUR – Lima anggota polis cedera dalam kejadian merempuh pagar Kompleks Seri Perdana, yang juga kediaman rasmi Perdana Menteri di Presint 10, Putrajaya, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, dua mangsa mengalami kecederaan teruk termasuk patah hidung dan kaki sementara, tiga yang lain cedera ringan.

Semua mangsa yang berusia 20 dan 22 tahun kini dirawat di Hospital Putrajaya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, ketika kejadian, lima anggota terbabit yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam sedang bersiar-siar di kawasan tersebut.

Menurutnya, siasatan terperinci akan dilakukan bagi mengenal pasti punca kemalangan sehingga merempuh pagar Seri Perdana.

“Ada kemungkinan mereka ini mengantuk atau mabuk tetapi kita akan meneliti melalui rakaman kamera litar tertutup di kawasan kediaman itu dan menyiasat punca sebenar.

“Keterangan daripada mereka akan diambil dalam masa terdekat untuk siasatan,” katanya selepas merasmikan Sukan Rakyat Polis Bersama Masyarakat Sempena Hari Polis ke-205 di Kerinchi, hari ini.

Mohmad turut menegaskan supaya tiada spekulasi yang dibuat berhubung kejadian tersebut kerana pihaknya akan menjalankan siasatan secara menyeluruh. -SH

Gempa kuat di pantai timur Honshu

28 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 pada skala Richter melanda pantai timur Honshu di Jepun pada 3.19 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata pusat gempa bumi itu adalah 172km tenggara dari Morioka di Jepun dan 4,490km timur laut dari Kudat di Sabah.
Gempa itu tidak membawa sebarang ancaman tsunami. - BERNAMA

Kempen sokong tahanan Palestin

28 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

Tindakan nekad kira-kira 1,600 tahanan Palestin mogok lapar secara besar-besaran pada 17 April lalu sebagai protes terhadap ketidakadilan rejim Zionis berjaya mendapat perhatian ‘netizen’(komuniti pengguna dalam talian) yang prihatin dengan nasib mereka.

Ini kerana, ratusan ribu pengguna laman sosial, Facebook dan laman blog mikro, Twitter di seluruh dunia telah menukar gambar profil mereka sejak awal minggu ini sempena dengan Hari Tindakan Antarabangsa untuk Tahanan Palestin anjuran Kesatuan Perdagangan Bebas dan Persekutuan Am di Genting Gaza.

Ia bertujuan untuk menggesa media dalam talian bagi menyokong tahanan Palestin menerusi kempen elektronik, ‘Perpaduan antara Tahanan Palestin’.

Gambar berlatarbelakangkan warna coklat memaparkan tahanan lelaki dan wanita Palestin dengan mata tertutup itu didakwa sebagai simbol kepada ribuan orang Islam yang teraniaya di penjara Israel.

Pelbagai halaman yang menyokong perjuangan tahanan Palestin turut diwujudkan dan mendapat reaksi positif pengguna.

Kempen dalam talian tersebut dimaklumkan akan diteruskan sehingga semua tahanan Palestin menamatkan mogok lapar.

Dalam perkembangan terbaru, dua tahanan Palestin dilaporkan masih tetap meneruskan mogok lapar walaupun Israel telah menandatangani perjanjian untuk memenuhi beberapa tuntutan hak asas termasuk menghentikan hukuman kurungan seorang diri (solitary confinement) yang diperjuangkan oleh mereka sebelum ini.

sinar harian/-

Samseng Bermaharajalela: Najib Butakah?

28 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

Ambiga Sreenevasan terpaksa membatalkan hasratnya untuk berucap di majlis High Tea anjuran Kelab Penyokong PAS di Merlimau , Melaka apabila pihak polis gagal untuk memberikan perlindungan keselamatan kepadanya.

Sekumpulan 200 samseng berpakain T-Shirt merah telah merusuh dan menganggu majlis tersebut.

Kumpulan tersebut dipercayai dari samseng Melayu, Perkasa, telah menghalang jalan masuk ke majlis tersebut menyebabkan hadhirin terpaksa menggunakan jalan kampung.

Ambiga membatalkan rancangannya apabila polis hanya mampu menasihatkannya supaya tidak menghadiri majlis tersebut tanpa berbuat apa-apa terhadap kumpulan samseng tersebut.

Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong telah diserang. Begitu juga Adun Bandar Hilir , Tey Kok , sewaktu mereka mahu meninggalkan majlis tersebut.

“Sebutir batu mengenai saya, dan beberapa biji telor mengenai kereta kami. Cermin tingkap kereta seorang ahli kami telah pecah,” katanya (lihat gambar atas)

Inikah yang dimegahkan? Kononnya Malaysia ini selamat? Apa polis kita buat? Nak kata duduk-duduk goyang telor pun tak mungkin, sebab polis kita ni nampaknya sudaah tidak ada telor!

Dan bertambah pelik lagi, para pemimpin Umno/BN senyap sepi seolah-olah mereka merestui kerja-kerja ganas samseng begini. SUMBER

Wanita tertua tawan Everest

28 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

TAMAE Watanabe (kanan) bersama jurugambar, Noriyuki Muraguchi di kaki Gunung Everest.
Tamae Watanabe berusia 73 tahun kali kedua tiba di kemuncak

KATMANDU: Seorang wanita Jepun berusia 73 tahun berjaya menawan kemuncak Gunung Everest buat kali kedua semalam, memecah rekodnya sendiri untuk muncul sebagai wanita paling tua mendakigunung tertinggi dunia itu.

Tamae Watanabe tiba di kemuncak Everest yang mempunyai ketinggian 8,850 meter dari sebelah utara pergunungan di Tibet pagi semalam bersama empat anggota pasukan yang lain, kata Ang Tshering dari Persatuan Mendaki Gunung Tibet China di Nepal.

Watanabe pernah memanjat Everest pada 2002 ketika berusia 63 tahun untuk menjadi wanita tertua memanjat gunung itu.

Berikutan kejayaan terbaru, dia mempertahankan takhtanya selain mengatasi sendiri rekod yang pernah dicatatkan kira-kira 10 tahun lebih awal.

Tshering berkata, Watanabe dan anggota pasukan yang lain dalam keadaan baik dan mereka dalam perjalanan pulang dari gunung itu.

Watanabe dan anggota pasukannya meninggalkan kem di paras tinggi terakhir pada ketinggian 8,300 meter pada malam Jumaat lalu dan mendaki sepanjang malam sebelum tiba di kemuncak pada awal pagi semalam.

Keadaan cuaca di kawasan pergunungan itu baik minggu ini. Pasukan itu mula tiba di kemuncak dari sebelah Nepal di selatan pergunungan, kata jabatan mendaki gunung Nepal.

Pasukan pertama dari Nepal tiba di kemuncak pada Jumaat dan lebih ramai tiba di kemuncak Everest pada waktu pagi semalam.

Keadaan cuaca di pergunungan dikatakan amat mencabar sepanjang tahun ini hingga memaksa beberapa ekspedisi membatalkan rancangan untuk ke kemuncak.

Bulan Mei disifatkan sebagai bulan terbaik untuk mendaki Everest apabila pendaki berhadapan dengan cuaca baik dalam usaha mereka untuk ke kemuncak.

Lelaki tertua mendaki Everest adalah seorang warga Nepal, Min Bahadur Sherchan, yang mendaki gunung itu pada 2008 ketika berusia 76 tahun. – AP

Mahasiswa Dakwa Kepala Retak Diganasi Polis

28 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

Seorang pemuda mendakwa retak di kepala akibat dipukul polis sewaktu himpunan BERSIH 28 April lalu - antara insiden paling serius diketahui setakat ini.

Mohd Najib Rahimi, 27, mendakwa dipukul kira-kira 30 anggota polis selepas ditangkap dan diseret polis dari kawasan Masjid Jamek ke Dataran Merdeka.

Menurutnya, beliau dipukul selepas cuba menghalang polis yang mahu merempuh peserta BERSIH yang berlindung di Masjid Jamek.

Beliau juga kesal dengan tindakan polis yang didakwa bertindak seolah-olah beliau melawan sewaktu ditangkap untuk membolehkan polis lain menyerangnya bertalu-talu.

"Dia tarik dan koyakkan leher baju saya dan menggoyang-goyangkan badan saya seolah-olah saya melawan.

"Sepanjang perjalanan (dari Masjid Jamek ke Dataran) saya ditumbuk, ditendang dan saya hanya mampu beristighfar sahaja," katanya.

Mohd Saufi Othman, 26 tahun, seorang pelajar politeknik pula mendakwa dihentak dengan gari dan bucu pistol pada bahagian tulang rusuknya.

"Sehingga kini setiap kali saya menarik nafas, saya terasa sakit di bahagian dada," katanya yang menyertai himpunan BERSIH bersama keluarganya.

Seorang agen insurans, Daniel Lee, 39 tahun mendakwa menerima lima jahitan di belakang telinganya selepas dipukul polis sewaktu menunggu tren berhampiran Masjid Jamek untuk pulang ke rumah

"Polis naik ke atas platform dan menarik dan membelasah saya sepanjang perjalanan dari stesen itu sehingga ke Dataran Merdeka," katanya. -mk

Beg berisi mayat bayi

28 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

SUNGAI MANIK: Hasrat seorang remaja lelaki memetik nenas di kebun buah-buahan keluarganya, di sini, petang kelmarin, terbantut apabila terserempak dengan sebuah beg pakaian berisi mayat bayi.

Dalam kejadian jam 6.30 petang di Lorong Tok Jingga, Kampung Sungai Lampam, mayat bayi dibalut dengan kain sarung batik itu dipercayai meninggal dunia beberapa hari lalu sebelum dicampak di ladang berkenaan.

Difahamkan, mayat bayi itu cuba dikebumikan berdasarkan penemuan satu ‘kubur’ kecil berhampiran sebuah pokok mengkudu di lokasinya ditemui.

Saksi kejadian, Khairudin Idris, 17, yang juga pelajar Sekolah Menengah Sultan Abdullah, di sini, berkata, sebaik terserempak dengan mayat bayi, dia bergegas pulang ke rumahnya di Parit 4/7R Chenderong Balai dan memaklumkan perkara itu kepada keluarganya.

Beliau berkata, dia bersama abangnya, Saharudin, 20, dan abang iparnya, Razlan Abu Bakar, 28, kembali ke lokasi penemuan mayat bayi itu untuk memeriksa.

“Kami membuka beg sebelum melihat mayat bayi itu berbalut dengan kain sarung batik. Kami percaya bayi itu meninggal dunia beberapa hari lalu kerana berbau busuk dan berulat,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Katanya, dia kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Simpang Empat bagi memaklumkan penemuan mayat bayi itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, pihaknya menyerahkan mayat bayi kepada Hospital Teluk Intan (HTI) untuk bedah siasat.

Beliau berkata, sehingga semalam, jantina mayat berkenaan belum dipastikan kerana masih dalam pemeriksaan pihak hospital.

metro/-

Gambar kemewahan pemimpin PAS terhangat

28 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 20 Mei: Artikel blog bergambar daripada http://addin77.blogspot.com membandingkan kemewahan pemimpin tertinggi PAS dengan Umno adalah artikel paling popular di Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke-20.

Di tempat kedua juga diungguli oleh artikel blog bergambar http://addin77.blogspot.com mengisahkan terkedunya perdana menteri Datuk Seri Najib Razak apabila disambut bunga kuning setibanya di London.

Keberanian bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin untuk menghadirkan diri mendengar ceramah Umno yang bertajuk 'Nizar Pembohong Bersiri' di Tualang Sekah menduduki tempat ketiga.

Artikel bergambar daripada http://omakkau.blogspot.com mengisahkan ‘kegagalan’ Himpunan Rakyat anjuran Pakatan Rakyat menduduki tempat keempat.

Di tempat kelima ialah artikel bergambar daripada http://www.tranungkite.net menunjukkan kepada Najib bahawa adalah perkara biasa untuk Pakatan Rakyat untuk membuat himpunan gergasi tidak seperti Umno yang terpaksa membazirkan duit untuk T-Shirt, makanan dan pengangkutan untuk menjayakan himpunan ulang-tahun 66nya di Stadium Bukit Jalil baru-baru ini.

Berikut ialah 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu, 13 Mei hingga 19 Mei, 2012.

1
Gambar Kemewahan Rumah Pemimpin PAS.. Umno Pun Kalah
2
Gambar Najib Terkedu Bila Terima Bunga Kuning Di London..
3
Kenapa Nizar hadir ceramah Umno malam tadi?
4
Himpunan Pekerja anjuran Pakatan Rakyat kena boikot...
5
Aduh NAJIB..PR kumpul di stadium mcm ceramah biasa je...
6
[Gambar] Najib, Altantuya, Skandal Scorpene Kini "Hot" di Kanada dan Dunia
7
Panas...Kedah akan jatuh ke tangan Umno BN
8
Hishammuddin, ini gambar Tonto atau anggota polis?
9
Hanya di China (1 gambar)
10
Hero senaman punggung mengaku beli 'datuk'

harakahdaily/-

Anuar Musa tuntut royalti minyak untuk Kelantan

28 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

(Anuar Musa menandatangani kain pemidang kempen menuntut royalti minyak untuk Kelantan)

KUALA LUMPUR: Pengerusi Kesatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Datuk Anuar Musa menambahkan lagi garam pada luka Umno apabila turut menurunkan tandatangan pada kempen menuntut royalti minyak untuk kerajaan negeri Kelantan.

Lebih 20,000 tanda tangan telah berjaya di perolehi termasuk salah satu darinya adalah dari Anwar musa sendiri (gambar atas).
Anuar berada di Stadium Bukit Jalil malam tadi untuk bersama-sama memberikan sokongan kepada pasukan Red Warior Kelantan. Mereka berjaya mengalahkan Sime Darby untuk menjadi juara Piala FA.

Kembalikan Royalti Kelantan adalah kempen untuk menyokong kerajaan negeri menuntut duit royalti dari Petronas.

Dengan menandatangani sokongan ini seolah olah Anwar Musa menyokong usaha kerajaan negeri yang di terajui oleh PAS yang sudah tentu akan menimbulkan kemarahan dari Umno.

Umum mengetahui dalang di sebalik kemelut duit royalti minyak ini datangnya dari Umno yang di sertai oleh Anwar Musa bukannya dari Petronas.

Sebagaimana yang berlaku di Terengganu, Umno menyekat pemberian royalti untuk kerajaan negeri Kelantan.

Di Terengganu, kerajaan pusat pimpinan Umno menarik balik pemberian royalti untuk kerajaan negeri selepas enam bulan PAS memimpin negeri itu pada tahun 1999.

Anuar Musa pula kini dalam keadaan tersepit apabila digantung dari sebarang kegiatan bola sepak selepas mengkritik FAM.

Kini ia menjadi tanda tanya adakah Anuar Musa menongkah arus didalam polemik isu royalti di antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri Kelantan?

harakahdaily/-

Piala FA: Tuan Guru Nik Aziz ucap tahniah

28 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

(Pasukan Kelantan menjulang piala FA)

KUALA LUMPUR, 19 Mei: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar bawah) mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak negeri itu yang berjaya merangkul Piala FA pada perlawanan akhir, malam ini.

“Tahniah diucapkan atas kejayaan pasukan The Red Warriors yang telah berjaya menjuarai Piala FA sebentar tadi,” tulisnya dalam Facebook beliau.

Kelantan berjaya menjuarai Piala FA selepas menewaskan Sime Darby 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.

Gol kemenangan pasukan Red Warriors itu dijaringkan oleh Mohammed Ghaddar pada minit ke-59 menerusi sepakan penalti.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan juga mengucapkan tahniah kepada Kelantan di atas kejayan itu.

“Tahniah Kelate atas tropi yang dimiliki malam ini setelah menewaskan Sime Darby. Sime Darby cuba lagi tahun depan,” tulisnya juga melalui Facebook.

Pemuda PAS Kelantan juga merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan bola sepak Kelantan The Red Warriors.

"Saya mengira bermula dari pemain, jurulatih, pihak pengurusan bahkan pegawai-pegawai KAFA berhak untuk diberikan penghargaaan di atas kejayaan yang bersejarah ini," kata ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman.

(Para penyokong Kelantan di Stadium Bukit Jalil malam tadi)

Namun, dalam masa yang sama, beliau memohon kepada semua pihak agar tidak mengambil kesempatan daripada kemenangan pasukan The Red Warriors menjulang Piala FA pada kali ini untuk kepentingan politik pihak-pihak yang tertentu.

"Sesungguhnya The Red Warriors ialah milik semua rakyat Kelantan tanpa mengira fahaman politik.

"Memperalatkan pasukan bola sepak negeri Kelantan untuk kepentingan politik mana-mana pihak hanya akan menyebabkan budaya tidak sihat menular ke dalam sukan bola sepak," kata Latif.

Justeru, beliau mengharap agar insiden yang pernah berlaku sebelum ini tidak berulang khususnya ketika negara dijangka berdepan dengan pilihanraya umum yang ketiga belas bila-bila masa sahaja dari sekarang.

harakahdaily/-

20 maut letupan terowong di China

28 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

BEIJING: Satu letupan di terowong tapak pembinaan lebuh raya ibu kota China meragut 20 nyawa dan mencederakan seorang pekerja, menurut pihak berkuasa biro keselamatan kerja wilayah.

Pihak berkuasa jabatan itu berkata, kejadian di wilayah Hunan itu berpunca daripada sebuah kenderaan yang sedang memunggah bahan letupan di terowong antara lebuh raya Yanling dan Rucheng yang dalam pembinaan.

Sementara itu, media rasmi China, Xinhua berkata, 20 pekerja terbunuh dalam kejadian itu dan satu mayat sudah ditemui.

Katanya, empat pekerja binaan yang lain mengalami cedera ringan serta seorang mangsa dalam keadaan kritikal dan sudah dikejarkan ke hospital. - AP

Azan dan sujud di Padang Kota

28 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

(Padang Kota Lama, tempat berhibur menjadi tempat sujud)

GEORGETOWN: Hari ini dalam sejarah tercatat semalam (19 Mei 2012) apabila buat pertama kalinya azan berkumandang dan solat jemaah Magrib dan Isyak diadakan di Padang Kota Lama sempena Program Pameran Pengguna Pulau Pinang 2012.

Ia diikutiwacana santai bersama Ustaz Azhar Idrus, Ali XPDC, Sham Kamekaze dan Bob Lokman.

Selalunya Padang Kota Lama dilaksanakan program bercorak hiburan yang melalaikan masyarakat, tempat muda mudi bercengkerama dengan pasangan masing-masing, tempat riadah bagi warga emas, memancing di tepi laut atau datang menghirup udara segar di tebing laut sambil makan serta minum bersama keluarga di medan selera yang disediakan.

Namun, situasi program anjuran kerajaan negeri menerusi Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Haji Abdul Malek Abdul Kasim itu berjaya mengubah landskap dengan lautan manusia yang datang.

(Ribuan manusia tekun mendengar tazkirah dari Ustaz Azhar Idrus)

Mereka mendengar persembahan bekas pencipta lagu, Bob Lokman, Penyanyi Ali XPDC, Gitaris Sham Kamekaze, pemain bass Spring, Jon, Imam Muda, Asraf yang menyampaikan kuliah magrib serta Ustaz Youtube, Ustaz Azhar Idrus.

Kesemuanya gembira setelah melihat lautan manusia datang membanjiri padang yang pernah menjadi lokasi mereka membuat persembahan hiburan sebelum ini.

Hanya Ustaz Azhar Idrus yang hanya melintasi kawasan ini ketika di jemput mengadakan kuliah bulanan di Pulau Pinang atau keluar bersama rakan merakam gambar terindah sekitar Georgetown.

Sepanjang pemerintahan Umno dan Barisan Nasional (BN) program seumpama ini tidak pernah diadakan dan yang mereka tahu hanyalah hiburan kononya untuk mendekati anak muda.

Lebih memalukan kepada pihak yang selalu membuat kacau terhadap pemerintahan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang serta taburan fitnah yang berterusan mengatakan pemerintahan Ketua Menteri, Lim Guan Eng anti Islam akhirnya suara azam boleh berkumandang di Padang Kota iaitu luar kawasan masjid.

Jiwa anak muda kini walaupun mereka 'rock' tetapi dalam hati mereka terbuka luas untuk Islam dan mahukan perubahan politik yang telah lama membelenggu kehidupan rakyat dengan kenaikan harga barangan, petrolium, kemudahan asas dan seumpamanya.

Bob Lokman dalam ucapan permulaan majlis berkata, berbelas kali beliau memijak kaki di Padang Kota tetapi malam ini satu kelainan yang tidak pernah terbayang dipemikirannya.

Tapak untuk muda muda bersuka ria malam itu penuh dengan insan yang mahukan pembersihan jiwa.

"Dulu kami sebagai penghibur gembira bila ramai yang datang memberikan sokongan dengan jiwa yang kosong.

Malam ini lebih gembira sebab ramai yang datang dengan jiwa yang tenang untuk mengisi soal keagamaan, " jelasnya.

Begitu juga Sham Kamekaze, Ali XPDC dan Jon dari Spring walaupun mereka bukan penceramah atau ustaz tetapi alunan bunyi gitar dan kemerduan suara sudah cukup menyentuh perasaan bahawa kemunculan mereka di pentas sedemikian ada kelainan berbanding dulu.

Suara lunak Ali yang pernah menjadi vokalis Terarossa di era rock 1990 an tiada bezanya apabila menyampaikan lagu-lagu berirama ketuhanan hasil ciptaan Ustaz Azhar Idrus sendiri.

Para hadirin yang datang bukan hanya untuk mendengar jawapan dari berbagai persoalan yang ditanyakan oleh para pengunjung malahan dapat membeli barangan yang dijual peniaga.

Program berbentuk santai itu, membolehkan keluarga duduk makan minum di atas padang bahkan terdapat pengunjung bukan Islam datang untuk mendengar sendiri apa yang diperkatakan.

Walaupun antara mereka tidak memahaminya namun mereka percaya golongan yang hadir pada program tersebut merupakan golongan yang baik jauh dari sikap ganas sepertimana yang digambarkan.

harakahdaily/-