18 May 2012

Isu debat : TPM perlu berjumpa pakar Psikiatri ?

26 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
KENYATAAN MEDIA

Budaya debat sememangnya tidak boleh dinafikan adalah suatu medium atau pengantara bagi percambahan fikiran yang sihat, jika sesuatu premis kenyataan berkenaan sesuatu isu itu mahu diajukan ke peringkat pemikiran umum, premis tersebut perlu dicabar faktanya.

Selain itu ia boleh menjana pemikiran kritis, kreatif dan analitik tetapi lain pula dan malang sekali apabila isu debat sampai kepada pemimpin Umno.

Timbalan Perdana Menteri berkata tidak perlu berdebat dengan pembangkang kerana ia tidak mendatangkan faedah, kata beliau pembangkang sudah menetapkan dalam minda tidak menerima apa sahaja yang dibuat oleh BN.

Jika begitulah cara pemikiran beliau, amat malang sekali bagi negara Malaysia kerana golongan manusia yang sempit pemikiran sebegini masih lagi diberi peluang memimpin nega

Jika benar kerajaan pusat BN telah berada di landasan yang benar, ayuh berdebat supaya BN boleh kemukan hujah-hujah sebagai‘dakwah’ kepada pihak Pakatan Rakyat.

Para pemimpin BN seperti TPM perlu berjumpa pakar Psikiatri untuk rawatan kerana sejak akhir-akhir ini mereka mengalami kecelaruan pemikiran sehingga telah mengakibatkan rakyat yang menjadi mangsanya .

PRU13 ini adalah waktu yang sesuai untuk menggantikan pemimpin yang sedang mengalami kecelaruan pemikiran kepada pentadbiran baru iaitu Pakatan Rakyat bagi menjamin Malaysia yang lebih selamat.

18 Mei 2012

Drs. Khalil Idham Lim
ADUN Titi Serong

Ahmad Maslan : Lihat diri sendiri sebelum kritik pihak lawan.

26 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
KENYATAAN MEDIA.

Nasihat saya kepada Ahmad Maslan jangan cuma pandai mengkritik dasar parti lawan, lihatlah parti sendiri terlebih dahulu, perbetul dahulu parti Umno yang di katakan ‘hebat’ kemudian dipersilakan memberi kritikan terhadap parti lawan.

Sebelum dakwa DAP tidak demokrasi, sebagai parti pemerintah beliau perlu dalami Slogan BN rakyat didahulukan percapaian diutamakan sebelum mengulas sinario parti lawan, sebenarnya beliau tidak berani mengkritik parti sendiri yang banyak masalah kerana khuatir kepentingan diri tergugat.

Realitinya rakyat tidak didahulukan dalam banyak isu, dasar dan slogan ini cuma berada ‘dalam peti cermin’ sahaja, BN terlalu mengutamakan kroni berbanding rakyat, buktinya terlalu banyak jika hendak didedahkan.

Terbaru anak Menteri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dikaitkan dengan konspirasi tender bernilai lebih RM30 juta, jika benarlah dakwaan ini, sememangnya tepat slogan umno kroni didahulukan.

Sejak akhir-akhir ini umpama ada suatu yang tidak kena dengan telatah pimpinan Umno, mereka kelihatan pelik, mereka dakwa parti mereka telah berjaya meraih semula keyakinan rakyat, tetapi bila dicabar supaya umumkan bilakah PRU13 mereka terus membisu.

Lebih malang berita ahli Umno menyerahkan borang keahlian kepada parti dalam Pakatan Rakyat biasa didengari malah ia bukan suatu yang pelik, telah ada menteri BN yang menyertai Pakatan, Pagawai-Pegawai tertinggi ATM dan PDRM juga tidak ketinggalan menyertai PR.

Adalah menjadi berita yang amat pelik dimana media Umno menyatakan rakyat telah beralih sokongan kepada BN dan himpunan mereka telah mencapai sasaran kehadiran 200,000.

Satu negara boleh lihat bagaimana kehadiran himpunan raksasa sempena sambutan 66 tahun Umno di Stadium Bukit Jalil baru-baru ini, kapasiti stadium cuma boleh menampung 90 ribu hadirin manakala tempat duduk paling atas tidak dipenuhi, bagaimana mereka dakwa telah sasaran 200,000 kehadiran, mungkin Umno fikir rakyat malaysia tidak pandai mengira.

Saya akui kehebatan parti tersebut (Umno), tetapi sekurang-kurangnya buktikan, malang Presidennya sendiri tidak yakin dan tidak berani untuk mengumumkan tarikh pilihanraya, kalau benar ‘anak jantan’ saya cabar dan dipersilakan untuk buat pengumuman bilakah tarikh pilihan raya.

18 Mei 2012

Drs. Khalil Idham Lim
ADUN Titi SeRong

Kalau media bebas bersuara, BN telah lama berkubur dari peta politik negara.

26 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
KENYATAAN MEDIA.

Akhbar, RTM, TV dan radio yang berada di dalam negeri di perintah PR tidak memberi peluang kepada pimpinan negeri yang telah dipilih secara sah oleh rakyat untuk berucap walaupun untuk beberapa minit sahaja, pemberitaan dalam akhabar pro kerajaan ternyata sangat berat sebelah.

Buktinya Menteri Besar Kelantan sendiri tidak diberi peluang untuk ke udara di RTM Kota Baharu walau hanya untuk menyampaikan salam aidil fitri , Nasib yang sama juga berlaku di negeri yang dimenangi oleh PR.
.
Pelawaan debat Anwar Ibrahim terhadap Najib Razak pun dikatakan tidak relevan oleh pemimpin tertinggi tersebut, saya ingin bertanya demokrasi apakah yang diperjuang Umno selama ini ? Kerana apa yang berlaku menggambarkan kearah menutup ruang demokrasi seperti yang telah diamalkan dibanyak negara.

Oleh itu saya kira sangat wajar tindakan kerajaan negeri Pakatan Rakyat memutuskan supaya tidak melanggan dan melarang pengedaran akhbar "pengampu" di beberapa tempat, pada perkiraan saya Utusan Malaysia misalnya perlu tengok dan nilai semula entiti akhbar tersebut adakah benar mereka mahu menyampaikan maklumat yang bermanfaat kepada masyarakat atau ada agenda selain kebebasan maklumat.

Lagi malang apabila akhbar tersebut tanpil tanpa nilai akhlak Islam dan moral dengan menyiarkan berita dan gambar berunsur lucah demi merealisasikan hasrat pemimpin BN yang ingin mempertahankan kuasa yang berada dihujung tanduk. Segalanya dihalalkan tanpa peduli nilai agama dan moral.

Indeks kebebasan media dalam ranking dunia (yang telah merudum teruk) ditentukan oleh kuasa politik BN yang berimej buruk.

Topik kebebasan bersuara ala BN juga telah menghasilkan generasi yang mandom, dalam isu AUKU misalnya, kita telah saksikan bagaimana baru-baru ini pihak universiti yang telah menghukum beberapa orang mahasiswa dengan hukuman disebabkan kelantangan mereka bersuara menentang tindakan kerajaan.

Begitu juga negara telah menyaksikan bagaimana nasib para penjawat awam yang menyokong parti pembangkang, mereka telah menerima tekanan dalam pelbagai bentuk seperti tukar lokasi bertugas dan macam-macam lagi, adakah ini kebebasan bersuara yang BN kata sebagai demokrasi? Inilah tanda ‘kebodohan’ BN dan juga medianya.

Mereka mengutarakan isu untuk melawan semula hujah dari Pakatan Rakyat, sedangkan hujah mereka sendiri telah menzahirkan ‘kebodohan’ mereka, inilah yang dikatakan ‘ludahan sendiri terpalit semula ke muka si peludah’.

Nampaknya akhbar pro BN cuba mengambil contoh yang tidak kena dengan isu demokrasi yang dibawa, isu pemecatan dan perletakan jawatan ahli politik Pakatan Rakyat tidak sesuai dengan topik demokrasi, walhal BN lah telah menutup ruang demokrasi yang ada sehingga telah menyebabkan ranking negara dalam isu kebebasan media merudum teruk dan berada di bawah kedudukan Myanmar.

Secara ringkas, saya mencabar BN supaya membuka akses media kepada Pakatan Rakyat untuk bersuara di televisyen dan radio dan adakan debat antara Pimpinan BN dengan Pimpinan Pakatan Rakyat secara langsung setiap minggu.

BN melalui lidah rasmi mereka terutamanya Utusan Malaysia seakan ‘buta’ makna demokrasi, umpama penjaga gol yang diikat badannya pada tiang gol semasa sepakan penalti, penjaringnya Umno BN, pengadilnya pula SPR yang juga ahli Umno, itulah makna peraturan bola sepak yang sah menurut mereka.

Rakyat Malaysia telah dimomokkan dengan ucapan pimpinan BN, hujah, laporan media yang berat sebelah selama puluhan tahun, jika sekatan ini dibuka, saya pasti BN telah lama berkubur dari peta politik negara.

18 Mei 2012.

Drs. Khalil Idham Lim
ADUN Titi Serong.

Sukar Gambarkan Perhimpunan di Padang Mahsyar

26 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

الْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ،
أَيَحْسَبُ ٱلْإِنسَـٰنُ أَلَّن نَّجْمَعَ عِظَامَهُۥ ﴿٣﴾ بَلَىٰ قَـٰدِرِينَ عَلَىٰٓ أَن نُّسَوِّىَ بَنَانَهُۥ
“Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)? Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain)”.

أَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلهَ الاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلىَ رَسَوْلِكَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ .
اَمَّا بَعْدُ, فَيَا عِبَادَ الله اِتَّقُوْ اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ اِلاَّ وَاَنْتـُمْ مُسْلِمُوْنَ.

Wahai hamba-hamba Allah sekelian,
Marilah kita sentiasa memuji Allah Subhanahu wa Ta’ala yang menjadikan hidup dan mati, untuk menguji hamba-hamba-Nya sehingga dapat dibezakan siapakah yang paling baik amalannya di antara mereka.

Maka berbahagialah orang-orang yang bertakwa dan rugilah orang-orang yang berbuat maksiat kepada-Nya.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

MAKHLUK dan alam luas ciptaan Allah SWT akan tiba masanya menempuh saat kemusnahan dan kehancuran. Lihatlah tumbuh-tumbuhan menghijau di sekeliling kita akhirnya akan kuning layu, besi yang keras berkarat dan menjadi reput, makanan segar menjadi basi, manusia dimamah usia, akhirnya menemui ajal.

Dunia yang kita duduki dan diami hari ini pun semakin tua. Suasana yang berlaku bukan terjadi secara kebetulan tetapi suatu perkhabaran dan petanda awal bahawa seluruh ciptaan Allah SWT akan menemui ajalnya pada suatu detik dinamakan kiamat.

Tiupan sangka kala pertama tanda bermulanya kiamat, manakala tiupan sangka kala kedua menandakan kebangkitan manusia yang mati sejak zaman nabi Adam sehingga manusia terakhir ketika berlaku kiamat dimana roh dan tubuh badan manusia yang berpisah ketika di alam barzakh bercantum semula hingga lengkap seperti tubuh sebelum mati untuk menghadapi hari pengadilan.

Dahsyatnya kiamat dijelaskan Allah SWT dalam firman:

إِذَا ٱلشَّمْسُ كُوِّرَتْ ﴿١﴾ وَإِذَا ٱلنُّجُومُ ٱنكَدَرَتْ ﴿٢﴾ وَإِذَا ٱلْجِبَالُ سُيِّرَتْ ﴿٣﴾

yang bermaksud: “Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap). Dan apabila bintang gugur berselerak dan apabila gunung-ganang diterbangkan ke angkasa (selepas dihancurkan menjadi debu).” (Surah at-Takwir, ayat 1-3)

Muslimin Mukminin yang dirahmati,

Kebangkitan semula manusia selepas kiamat akan dihimpunkan di padang Mahsyar untuk menghadapi perbicaraan atau timbangan amalan di dunia. Setiap sudut padang Mahsyar penuh sesak dengan manusia dan jin untuk bersama mengharungi hari hisab.

Menurut Imam Ghazali, padang Mahsyar itu suatu dataran bumi yang luas, saujana mata memandang tidak dapat dihitung dengan ilmu manusia, keadaan bumi yang putih dan rata, tiada gunung ganang dan tiada pokok kayu untuk dijadikan tempat berteduh.

Pada dataran putih itulah manusia yang baru dibangkitkan semula dihalau ke sana seperti binatang ternakan keluar dari kandangnya atau seperti kanak-kanak baru lahir, dengan keadaan berkaki ayam dan bertelanjang bulat tanpa pakaian.

Dalam keadaan terlalu gawat menghadapi cabaran Mahsyar itu manusia terlupa dirinya tidak berpakaian kerana memikirkan bagaimana hendak menyelamatkan diri masing-masing.

Abu Hurairah berkata, beliau mendengar Rasulullah SAW berpidato di hadapan sahabat bahawa manusia di padang Mahsyar akan dibangkitkan kelak dalam tiga bentuk.
Pertama, dibangkitkan dengan keadaan kenderaan sudah tersedia untuk membawa mereka.

Kedua, manusia yang berjalan kaki dan

ketiga, manusia yang berjalan dengan mukanya tertungging ke tanah.


Sidang Jemaah yang berbahagia,

Digambarkan juga suasana hiruk-pikuk dan kucar-kacir yang menyelubungi manusia kerana masing-masing sibuk dengan hal tersendiri. Ada yang berjalan, merangkak dan bermacam lagi dalam suasana panas cahaya matahari berada hanya sejengkal di atas kepala. Ada sesetengah manusia ditenggelami dengan peluh yang banyak dan berbau busuk bergantung kepada tahap amalan semasa di dunia.

Ketika sedang terlalu dahaga, datang malaikat Zabaniah membawa air untuk ahli Mahsyar. Pada mulanya ahli Mahsyar amat gembira, malangnya air itu tersangat panas sehingga apabila mangkuk air didekatkan ke bibir, maka daging bibir luruh berguguran kerana air terlalu panas.

Persoalan besar timbul dalam kalangan ahli di padang Mahsyar ialah berapa lama mereka mesti berada di dataran itu? Ada pendapat mengatakan selama 300 tahun mengikut tahun akhirat.

Walaupun tidak ada pohon untuk memberi perlindungan dari bahan panas terik, tetapi Allah SWT menyediakan bayang Arasy yang redup. Mereka yang mendapat naungan Arasy antaranya ialah golongan al-Muqarrabun iaitu orang yang dekat dengan Allah SWT.

Golongan al- Muqarrabun merujuk kepada mereka ketika hidupnya di dunia sentiasa patuh arahan Allah SWT serta meninggalkan perkara yang dilarang sama ada dalam soal akidah atau syariah.

Yakinlah bahawa setiap manusia di padang Mahsyar nanti akan melalui perbicaraannya, disoal dan diperiksa satu persatu, tidak akan terkecuali sesuatu pun dari hidupnya di dunia sekalipun yang sulit dan tersembunyi. Bahkan semua anggota dan bahagian kecil tubuh pun ditanya.

Rasulullah SAW bersabda:
لَاتَزُولُ قَدَمَا ابْنِ آدَمَ يَوْمَ الْقِيَاَمَةِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ خَمْسٍ : عَنْ عُمْرِهِ فِيمَا أَفْنَاهُ ، وَعَنْ شَبَابِهِ فِيمَا أَبْلَاهُ ، وَعَنْ مَالِهِ مِنْ اَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيْمِ أَنْفَقَهُ ، وَمَاذَا عَمِلَ فِيْمَا عَلِمَ .
yang bermaksud: “Seorang anak Adam sebelum menggerakkan kakinya pada hari kiamat akan ditanya tentang lima perkara: Tentang umurnya untuk apa dihabiskannya; Tentang masa mudanya apa yang dilakukannya; Tentang hartanya dari mana diperolehi dan bagaimana dibelanjakannya: Tentang ilmunya apa yang diamalkannya.” (Hadis riwayat Ahmad)

Muslimin Mukminin yang dikasihi,

Insaflah dan sedarlah bahawa kegawatan dan kesengsaraan di padang Mahsyar yang memakan masa ratusan tahun itu amat dahsyat. Marilah kita semasa masih sihat, bertenaga dan ada peluang melakukan muhasabah diri serta sentiasa bertaubat kepada Allah SWT.

Muhasabah penting supaya buku rekod catatan amalan menunjukkan amalan yang cemerlang dan digolongkan sebagai kumpulan al-Muqarabbun.

Firman Allah SWT:
وَلَا تَحْسَبَنَّ ٱللَّهَ غَـٰفِلًا عَمَّا يَعْمَلُ ٱلظَّـٰلِمُونَ ۚ إِنَّمَا يُؤَخِّرُهُمْ لِيَوْمٍۢ تَشْخَصُ فِيهِ ٱلْأَبْصَـٰرُ ﴿٤٢﴾ مُهْطِعِينَ مُقْنِعِى رُءُوسِهِمْ لَا يَرْتَدُّ إِلَيْهِمْ طَرْفُهُمْ ۖ وَأَفْـِٔدَتُهُمْ هَوَآءٌۭ ﴿٤٣﴾

yang bermaksud: “Dan janganlah engkau menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka. Mereka terburu-buru sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip, dan hati mereka tidak bersemangat kerana bingung dan cemas.” (Surah Ibrahim, ayat 42-43)

خطبة كدوا
اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقَائِلِ :
فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًۭا يَرَهُۥ ﴿٧﴾ وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍۢ شَرًّۭا يَرَهُۥ ﴿٨﴾
(7) Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (8) Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.
عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Terdapat 3 fakta penting yang boleh sama-sama kita hayati pada khutbah yang pertama tadi iaitu:

1- Makhluk dan alam luas ciptaan Allah SWT akan tiba masanya menempuh saat kemusnahan dan kehancuran.

2- Setiap manusia di padang Mahsyar nanti akan melalui perbicaraannya, disoal dan diperiksa satu persatu, tidak akan terkecuali sesuatu pun dari hidupnya di dunia sekalipun yang sulit dan tersembunyi.

3- Manusia di padang Mahsyar akan dibangkitkan kelak dalam tiga bentuk.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ،
وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَاجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَاْلحِكْمَةَ وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ
اَللَّهُمَّ دَمِّرِ اْلكَفَرَةَ وَاْلُمشْرِكِيْنَ وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ .
اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ.
اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ
اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ اْلكِتَابِ وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ.

Ya Allah kurniakanlah sepenuhnya taufiq dan hidayahmu terhadap Raja kami Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah.

رَبَّنَا آتنِاَ فِيْ الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِيْ اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى الِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
اِنَّ الله يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ.
فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللهِ أَكْبَرُ.

Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Perak

Lelaki dituduh dera bayi berusia dua bulan

26 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan melakukan penganiayaan dan pengabaian terhadap seorang bayi berusia dua bulan.

Majistret, Arif Mohd Shariff membenarkan tertuduh, Muhamad Zaidi Jaafar, 31, dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM9,000 dengan seorang penjamin.

Muhamad Zaidi dituduh melakukan penganiyaan terhadap Muhamad Iskandar Zulkarnain Abdullah hingga menyebabkan kecederaan fizikal dan emosi pukul 9.30 malam, 9 Mei lepas di sebuah rumah di Mukim 3, Kampung Pelet.

Perbuatan itu diketahui selepas bayi itu dibawa ke hospital oleh ibunya, dan hasil pemeriksaan doktor mendapati terdapat kesan kecederaan pada tubuh mangsa, dipercayai didera.

Laporan polis kemudiannya dibuat doktor berkenaan.

Muhamad Zaidi didakwa di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya, J G Kaameni Jaya Raman. Mahkamah menetapkan 25 Jun depan untuk sebutan semula kes. - BERNAMA

Guan Eng ajak Palanivel bincang isu kuil Muniswaran

26 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (gambar) mengajak Presiden MIC Senator Datuk Seri G. Palanivel duduk bersama bagi menyelesaikan isu perobohan kuil Hindu Sri Muniswaran.

Lim Guan Eng dalam suratnya kepada Palanivel berkata, perjumpaan tersebut sebagai usaha mencari jalan bagi membina semula kuil berkenaan agar dapat membela martabat kaum India dan agama Hindu khususnya di Negeri Pulau Pinang.

"Pertemuan boleh diadakan di pejabat saya di Pulau Pinang atau pejabat Senator Datuk Seri di Putrajaya," katanya.

Guan Eng juga menafikan kerajaannya terlibat dalam perobohan kuil berkenaan sebaliknya ia adalah tindakan Penang Port Sdn Bhd (PPSB) yang terletak di bawah Kerajaan Persekutuan.

"Yang sepatutnya meminta maaf bukanlah Saya tetapi YB Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya sebagai Pengerusi PPSB dan YBhg. Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek sebagaě Pengerusi (Penang Port Commission) PPC," jelas Guan Eng.

Beliau juga memaklumkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang memandang serius dan mengutuk tindakan PPSB dan PPC kerana tidak menghormati sensitiviti agama dengan membenarkan kuil yang menjadi tempat ibadat pekerja-pekerja India PPSB yang terletak di Prai BCT dirobohkan.

Terdahulu, Palanivel dalam kenyataan di sebuah akhbar Bahasa Inggeris mendesak Guan Eng meminta maaf ekoran kenyatannya dalam Mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang berkaitan dengan perobohan Hindu Sri Muniswaran oleh PPSB pada 20 April 2012 tanpa sebarang notis diberikan.

Bagaimanapun, Guan Eng menegaskan beliau membuat kenyataan tersebut ekoran keengganan Adun Umno Hilmi Yahya meminta maaf dalam mesyuarat Dun kepada penganut agama Hindu atas kesilapan itu apatah lagi masih tidak membina semula kuil tersebut.

Harakah Daily

Nik Aziz sarung selendang cinta untuk isterinya

26 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyarungkan selendang tanda cinta yang tidak berbelah bagi pada isterinya Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.

Tuan Guru menyarungkan selendang berkenaan sempena majlis Himpunan Isteri Pimpinan dan Muslimat Kelantan – Gempur PRU 13, di Pusat Tarbiah Islamiah PAS Kelantan (PUTIK) tengahari tadi.

(Tuan Guru Nik Aziz menyarungkan selendang cinta untuk isterinya, Tuan Sabariah)

Sebelum ini Tuan Guru menghadiahkan bunga kepada isterinya yang tercinta itu, namun hari ini ianya agak berlainan menjadikan majlis bertambah ceria.

Program sehari itu anjuran Dewan Muslimat PAS negeri Kelantan dengan kerjasama Dewan Muslimat PAS Kawasan Pengkalan Chepa.

Tuan Guru ketika merasmikan majlis ini mengingatkan para isteri mencontohi isteri-isteri pimpinan terdahulu yang telah banyak mengorbankan masa, kewangan dan sebagainya untuk perjuangan Islam.

Sambungnya, apa yang penting para isteri atau muslimat wajib mengikut perintah Allah kerana akan memperolehi hasil yang manis masa depan.

“Bonda Nabi Musa diperintahkan Allah membuang anaknya itu ke laut selepas disusukan hingga kenyang, walaupun hati begitu pilu berpisah dengan anak apa lagi mesti dibuang ketika masih bayi, namun kerana perintah Allah, dia berbuat demikian.

“Akhirnya Nabi Musa membesar dalam istana Firaun yang dibesarkan oleh ibu angkatnya sendiri Asiah,”ujarnya.

Ketika berucap pada majlis penutup, Ketua Dewan Muslimat PAS negeri, Siti Zailah Yusof, juga turut menyeru para isteri mengambil contoh para isteri pimpinan khasnya yang dikenakan tahanan ISA.

Menurutnya, walaupun hidup mereka sengsara sepanjang suami mereka tiada, namun kekentalan jiwa mereka sentiasa kukuh.

Program separuh hari itu turut dihadiri Normah Alwi (isteri timbalan Presiden PAS) dan beberapa orang pimpinan muslimat PAS Pusat yang lain, selain Timbalan Purnama, Siti Zubaidah Abdul Hamid dan lain-lain pimpinan.

Harakah Daily

Muzakarah: Muhyidin tak faham atau buat tak faham

26 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yassin tidak faham dengan muzakarah yang dicadangkan oleh PAS atau berpura-pura tidak faham.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, muzakarah yang ditawarkan kepada semua NGO dan parti politik jelas untuk menerangkan pendirian PAS mengenai isu-isu yang tidak difahami oleh sesetengah pihak.

"Jadi tidak berbangkit soal PAS hendak bermuzakarah dengan Umno atas dasar untuk penyatuan politik. Isu itu sudah lama mati," kata Mustafa kepada Harakahdaily.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebelum ini menyatakan kesediaan PAS untuk bermuzakarah dengan mana-mana pihak termasuk NGO dan parti politik.

Muzakarah terbaru yang dicadangkan oleh Tuan Guru Nik Aziz adalah lebih kepada membincangkan isu perkataan Islam pada nama PAS.

Tuan Guru Nik Aziz berkata, sudah lama PAS tunggu muzakarah.

Ini ekoran kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan perjuangan PAS kini sudah menyeleweng dan beliau mencadangkan Majlis Fatwa Kebangsaan mempertimbangkan diadakan muzakarah bagi membincangkan kewajaran PAS menggunakan perkataan Islam.

Namun, semalam Muhyidin menyebut Umno sedia menyahut seruan PAS untuk bermuzakarah asalkan tujuannya adalah untuk kepentingan ummah, masyarakat Islam dan negara.

Menurut Sinar Harian, walaupun agak terkejut dengan pelawaan PAS itu, beliau, yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, perkara itu telah dan pernah disuarakan parti itu sebelum ini, namun ditolak keras, khususnya oleh Nik Abdul Aziz.

"Kalau ikut yang lepas, Nik Aziz tak pernah setuju. Masa itu dia kata Umno tak boleh dipercayai, tapi kalau hasrat dia ikhlas, tujuan untuk kebaikan ummah, masyarakat Islam dan negara Malaysia kita tidak jadi masalah," katanya.

Harakah Daily

Petani bimbang pokok kepala diserang ulat

26 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

MARANG — Sekumpulan pengusaha tanaman kelapa di Kampung Tengah, Jambu Bongkok dekat sini, berdepan masalah serangan ulat yang menyebabkan pokok kelapa kering dan kurang mengeluarkan buah sejak dua bulan lepas.

Ketika ditemui Bernama hari ini, Aminah Mohd, 60, berkata serangan ulat tersebut bukan sahaja merosakkan daun tetapi juga menyebabkan air buah kelapa muda terasa payau dan busuk.

"Putik kelapa pula gugur kerana kepanasan,” katanya yang menanam lebih 100 batang pokok di atas tanah seluas 1.2 hektar.

Katanya, serangan ulat terbabit pernah berlaku dua tahun lepas membabitkan semua tanaman kelapa di kampung tersebut, namun masalah itu hanya berlaku sekejap dan pokok terlibat kembali pulih.

"Kami bimbang jika masalah ini berterusan akan menjejaskan bekalan kelapa untuk musim raya nanti,” katanya yang bergantung hidup sepenuhnya pada kebun kelapa tersebut.

Aminah berkata, pada kebiasaannya kebun itu mampu mengeluarkan hasil 300 biji setiap kali dipetik dan dijual pada harga RM1 sebiji kepada peraih tempatan atau dijual sendiri.

"Kelapa merupakan hasil utama makcik dan mungkin penduduk sekitar kampung juga. Kalau serangan ulat ini berterusan, ia akan mengancam pendapatan kami.

"Sebenarnya makcik tidak tahu hendak mengadu kepada siapa mengenai masalah ini. Saya berharap pihak yang berkaitan seperti Pejabat Pertanian atau lain-lain agensi mengambil tindakan terhadap serangan ulat tersebut agar pokok-pokok berkenaan kembali pulih,” katanya. — BERNAMA

Gerhana matahari cincin 20 Mei

26 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Gerhana matahari Anulus atau gerhana matahari cincin dijangka berlaku Ahad ini (waktu tempatan di Hemisfera Timur) dengan magnitud 0.9439.

Namun sebahagian daripada gerhana matahari itu hanya boleh disaksikan di Sabah dan Sarawak.

Menurut Portal Pendidikan Sains Angkasa, gerhana itu juga dapat dilihat di Brunei dan sebahagiannya di Indonesia secara separa.

Kenapa DBKL 'main wayang' dengan 'protes burger'?

26 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan hari ini menuntut Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail memberi penjelasan ekoran membenarkan 'protes' penjual burger di hadapan rumah Datuk S.Ambiga minggu lalu.

Desakan itu dimuatkan dalam satu memorandum yang diserahkan kepada Pegawai Khas Datuk Bandar Md Aznan Md Zain pagi tadi.

Turut serta dalam penyerahan itu Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng, Ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai, wakil PKR Fahmi Fadzil dan PAS Mohd Suhaimi Abdul Aziz.

Memorandum tersebut dihantar sebagai tanda bantahan terhadap sikap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang lambat bertindak menghalang perkara itu berlaku.

Menurut Lim Lip Eng, DBKL sepatutnya peka kerana ia melanggar Akta Jalan Parit Bangunan 1974 kerana membuat kacau ganggu di jalan keluar masuk kediaman individu, menggangu privasi ketenteraman individu.
Sementara itu, Fahmi meminta Ahmad Fuad memberi penjelasan apakah tindakan selanjutnya akan diambil oleh DBKL jika tindakan perhimpunan dan gerai burger itu melanggar peraturan-peraturan DBKL.

"Sekiranya perbuatan tersebut adalah salah, apakah tindakan selanjutnya yang perlu diambil oleh DBKL," jelasnya.

Dalam pada itu, Mohd Suhaimi meminta agar pihak polis, DBKL menjalankan tugas mereka dan bertindak segera.

"Kita tidak mahu perkara ini terus berulang dan pihak polis mahupun DBKL perlu bertindak dengan tegas.

"Saya menyifatkan apa yang dilakukan oleh kumpulan tersebut adalah bersikap dendam terhadap pengerusi Bersih itu dan lebih menjurus kepada serangan peribadi," katanya.

Sebelum ini, Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) telah mencetuskan kontroversi apabila bertindak membuat 'protes burger' di hadapan rumah Ambiga yang juga merupakan seorang peguam.

Harakah Daily

Pengasas Melaka, Yusof Enjah meninggal

26 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

MASJID TANAH: Salah seorang pengasas PAS Melaka, Haji Yusof Enjah, 88 meninggal dunia jam 7.00 malam semalam di Hospital Terendak, Melaka.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Kampung Air Limau di sini jam 10 pagi semalam.

Antara yang hadir menziarahi jenazah Allahyarham ialah Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari; Setiausaha Perhubungan Negeri Melaka, Asri Shaikh Abdul Aziz, Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah, Ustaz Imran Abdul Rahman, pimpinan PAS Negeri dan Kawasan dari seluruh negeri Melaka.

Adly dalam kenyataan ringkasnya melahirkan rasa sedih dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Yusof Enjah.

"Beliau merupakan antara orang yang mengasaskan PAS Melaka, jasa dan
pengorbanan beliau tetap dikenang oleh pejuang Islam di Melaka," kata
Adly.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan bersama roh para anbia, solihin dan syuhada.

Al Fatihah.

Harakah Daily

Ketakutan siswa kembali semula

26 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

1. Sejarah mencatatkan bahawa ketika tahun – tahun akhir pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad, budaya takut atau ‘culture of fear’ menular dalam kalangan masyarakat termasuk para akademia dan mahasiswa.

2. Tambahan pula, dengan kehadiran Akta Universiti Kolej Universiti 1971, Akta 174 dan Akta 555 memanaskan lagi bahang ketakutan para cendekiawan ini.

3. Selama berpuluh tahun mahasiswa berada dalam ketakutan pabila hidup dalam undang-undang drakonian ini.

4. Namun begitu, perubahan dapat dlihat apabila beberapa gerakan mahasiswa di bawah Solidariti Mahasiswa Malaysia mula menunjukkan taring bagi memperjuangkan isu kebebasan akademik dalam negara ini.

5. Ditambah dengan kemenangan kes UKM4 yang menunjukkan keputusan AUKU tidak sah dibawah Perlembagaan membuatkan mahasiswa lebih berasa selesa.

6. Sehingga Adam Adli digantung, mahasiswa bertambah ligat memperjuangkan isu-isu yang melanda negara.

7. Selepas ditekan, Perdana Menteri Najib Razak juga membuat pindaan supaya dimansuhkan AUKU dan undang – undang seumpamanya.

8. Malangnya , selepas kononnya pindaan dibuat tiga mahasiswa(UM3) iaitu Muhammad Safwan Anang, Haziq Abdullah Abdul Aziz dan Muhammad Syahid telah dikenakan tindakan AUKU atas sikap dan tindakan mereka dalam demonstrasi Anti – PTPTN tempoh hari. Mereka dikatakan memalukan nama universiti serta mengganggu ketenteraman awam. Justeru , mereka digantung satu semester, dikenakan amaran keras serta denda RM200 setiap seorang.

9. Jadi, saya melihat gerakan mahasiswa yang mula konsisten ketika memperjuangkan kebebasan akademik hingga PTPTN mula malap apabila beberapa pemimpin ‘terkena’.

10. Besar kemungkinan pencerahan yang tegar belum dilaksanakan oleh Solidariti Mahasiswa, oleh itu mudah sahaja mereka dihinggapi ‘culture of fear’ pabila persekitaran dan atmosfera berubah.

11. Saya menyeru supaya mahasiswa kembali muhasabah. Apa yang kalian mahu sebenarnya?

12. Dan perjuangan ini akan diteruskan. Ia bukan sekadar disini, tetapi merupakan satu perjalanan yang masih panjang.

MEGAT HIDAYAT,
Fakulti Undang-undang
UiTM

Harakah Daily

Umno 'putus harapan' dengan Majlis Peguam, Suhakam

26 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Tindakan Umno yang mahu menubuhkan Akademi Undang-undang mungkin kerana mereka sudah 'putus harapan' terhadap Majlis Peguam yang tidak lagi boleh dijadikan 'pak turut' mereka.

AJK PAS Pusat Datuk Kamaruddin Jaffar (gambar) berkata, cadangan tergegsa-gesa kerajaan terhadap penubuhan akademi itu hanya selepas Majlis Peguam memberi pandangan tidak menyebelahi mereka mengenai Perhimpunan Aman Bersih 3.0 adalah dilihat tindakan sangat terdesak.

"Ini reaksi terdesak oleh Umno berhadapan dengan kecaman badan itu terhadap keganasan polis yang sudah tentu diarah kerajaan dalam menangani himpunan Bersih 3.0.

"Ini juga memperlihatkan Umno putus asa dan hilang keyakinan terhadap Majlis Peguam kerana pandangan badan itu tidak menyebelahi mereka," katanya yang juga Ahli Parlimen Tumpat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz kelmarin yang bersetuju jika agensi baru seperti Akademi Undang-undang ditubuhkan bagi 'mengimbangi' Majlis Peguam sedia ada.

Cadanagn Nazri itu dipercayai dibuat ekoran 12 usul tergempar yang diluluskan pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) Majlis Peguam pada 11 Mei lalu berhubung himpunan Bersih 3.0.

Antara lain, usul itu mengutuk tindakan ganas polis sewaktu menyuraikan peserta.

Mengulas lanjut Kamaruddin berkata, adalah tidak mustahil nasib sama bakal menimpa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang juga menyatakan pandangan mengutuk tindakan ganas polis dalam himpunan Bersih 3.0 lalu.

Sebelum ini juga, jawatankuasa inkuiri Suhakam bagi menyiasat insiden Bersih 2.0 pada Julai tahun lalu juga merumuskan bahawa pihak polis telah melanggar hak asasi sewaktu menyuraikan peserta pada hari tersebut.

"Tak mustahil kerajaan akan umum tubuh Suhakam satu lagi untuk saingi suhakam sedia ada.

"Kalau semua nak dibuat ada dua, sudah tentu yang ada sekarang ini tidak akan lagi memihak kerajaan manakala yang baru akan pro kerajaan," katanya.

Harakah Daily

Silap-silap peneroka Felda lagi teruk!!!


26 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

Harakah Daily

Penulis terbit buku khas pertikai wasatiyyah Najib

26 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Penulis, S H Alattas menulis buku khas bertajuk 'Memo untuk Najib' bagi menceritakan wasatiyyah yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang tidak sedikit pun membayangkan orang nombor satu Umno itu memahami konsep yang dicadangkan.

Bagi beliau, wasatiyyah membawa maksud kesederhanaan dan harus dimanifestasikan dalam semua bidang kehidupan sama ada politik, ekonomi, sosial dan pendidikan termasuk juga mengelola pantadbiran negara.

Dalam tulisannya lagi, beliau menulis, Najib tidak patut lupa dengan kedudukan beliau sebagai Perdana Mentari yang mempunyai seorang isteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang cukup terkenal dengan pelbagai dakwaan mengenai sikap bermewah mewahan dalam berbelanja.

Rakyat pastinya tidak pernah lupa dengan laporan-laporan yang membabitkan Rosmah selaku 'wanita pertama' dalam pelbagai isu termasuk pembelian beg tangan ratusan ribu ringgit dan yang terbaru melibatkan kos perbelanjaan majlis pertunangan anaknya yang menelan belanja RM409,767 yang kemudiannya dinafikan oleh sebuah hotel terkemuka.

Jelas penulis itu lagi, rakyat tidak boleh hanya menutup sebelah mata dengan hanya penafian oleh pihak hotel berkenaan kerana apa yang berlaku dalam isu perbelanjaan mewah dan melampau keluarga Najib tidak boleh disembunyikan daripada pengetahuan awam.

Malah jika Najib menyatakan beliau mampu untuk membiayai majlis tersebut atas kapasiti peribadinya, namun ia bukan sesuatu yang boleh dibanggakan.

S H Alattas menceritakan di mata rakyat bawahan, ianya juga adalah simbol pembaziran dan melampau oleh pemimpin negara dan mungkin ia adalah simbol kebencian rakyat terhadap pemimpin negara yang suka hidup bermewah.

Menurut penulis, apalah ada pada ungkapan wasatiyyah yang disebutkan Najib jika dalam keadaan rakyat hidup tersepit dengan kos sara hidup, kedua suami isteri itu terus hidup bermewah.

Rakyat akan terus mempertikaikan konsep wasatiyyah Najib dengan merelakan Rosmah terkait dengan dakwaan membawa masuk cincin keluaran khas Jacob & co. RM24 juta kononya atas dasar pertunjukan sulit semata-mata.

Rakyat akan terus mengenang sikap wasatiyyah keluarga Najib yang hanya menunjukkan sikap bermewah terlampau yang cukup jauh bezanya dengan kehidupan rakyat.

Sementara itu melalui buku yang sama, penulis juga turut menceritakan '13 dalil kenapa Najib mesti letak jawatan'.

Harakah Daily

Syria tahan tentera upahan

26 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

Bashar al-Assad, Presiden Syria

Bashar dakwa ia bukti penentang kerajaan bukan aktivis prodemokrasi

BEIRUT: Syria menangkap tentera upahan asing yang membantu pembangkang negara itu sekali gus membuktikan tenteranya memerangi pengganas, bukannya aktivis prodemokrasi.

Presiden Bashar al-Assad mendedahkan perkara itu ketika ditemu bual kali pertama selepas hampir setengah tahun oleh stesen televisyen Russia, Rossiya-24.

Barat hanya bercakap mengenai keganasan oleh pihak kerajaan. Tiada yang diperkatakan langsung mengenai pengganas.

Bashar al-Assad, Presiden Syria Bashar berkata, negara Barat tidak mempedulikan keganasan oleh pengganas dan akan menuntut penjelasan daripada wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Liga Arab, Kofi Annan yang melawat Damsyik lewat bulan ini.

Katanya, sejak ketibaan pemerhati PBB, serangan pengganas meningkat sekalipun pertempuran secara langsung antara askar kerajaan dan musuh berkurangan.

“Negara Barat hanya bercakap mengenai keganasan oleh pihak kerajaan. Tiada yang diperkatakan langsung mengenai pengganas,” katanya.

Lebih 200 pemerhati PBB ditempatkan di seluruh Syria untuk memantau perjanjian gencatan senjata, yang berulang kali dicabuli oleh kedua-dua pihak sejak ia berkuat kuasa 12 April lalu.

Selain itu, katanya, keputusan pembangkang yang dikenali sebagai Majlis Kebangsaan Syria (SNC) untuk memulaukan pilihan raya Parlimen awal tahun ini mencemarkan nama baik SNC.

“Gesaan memulaukan pilihan raya, ia sama dengan desakan memulaukan rakyat. Bagaimana hendak memulaukan rakyat jika anda anggap mewakili mereka?

“Jadi, saya tidak rasa mereka mengutamakan kepentingan Syria ” katanya dalam kenyataan yang diterjemahkan ke dalam bahasa Russia.

Bashar berkata, pelampau agama dan anggota al-Qaeda dari luar negara adalah antara pasukan yang menentang kerajaannya.

“Ada tentera upahan asing, sebahagiannya masih hidup. Mereka ditahan dan kami sedia tunjukkan kepada dunia,” katanya.

Temu bual terakhir Bashar adalah dengan pengacara ABC, Barbara Walters, Disember lalu. Temubual terbaru dibuat dengan media Russia kerana negara itu menjadi sekutu paling setia Syria.

Agensi berita Associated Press (PA) menyatakan, Russia menjual senjata kepada Syria dan menghalang tindakan terhadap Damsyik di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Tambah menjejaskan lagi tentangan terhadap Damsyik ialah tindakan satu kumpulan aktivis mengancam untuk menarik diri daripada blok pembangkang atas alasan SNC sudah menjauhi semangat revolusi.

Kumpulan itu dikenali sebagai Jawatankuasa Penyelaras Tempatan (LCC) yang menuduh kepemimpinan SNC gagal berunding dengan anggota blok dan membuat keputusan sendiri dalam isu besar. – AP

Selangor ada kelebihan jika pilihan raya berasingan

26 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM: Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan memperolehi kelebihan sekiranya ia mengadakan pilihanraya bagi peringkat negeri secara berasingan daripada pilihanraya parlimen peringkat pusat.

Penganalisis politik Merdeka Center, Ibrahim Sufian berkata terdapat tiga faktor utama yang akan memberi kelebihan kepada Kerajaan Selangor sekirannya ini berlaku.

“Memang beri kelebihan kepada Kerajaan PR Selangor kerana terdapat beberapa kontroversi berhubung daftar pemilih dan perjalanan pilihan raya.

“Jadi sekiranya pilihan raya negeri tak dijalankan selari dengan peringkat parlimen, kelemahan-kelemahan ini akan timbul semasa pilihan raya umum berlangsung.

“Ia akan beri kesempatan kepada kerajaan negeri untuk mengenalpasti kelemahan perjalanan pilihan raya dan ada ruang untuk diperbaiki,” kata Ibrahim.

Menurut Ibrahim lagi, pilihan raya berasingan akan membolehkan pemimpin di peringkat negeri membantu rakan mereka di peringkat pusat.

“Walaupun pilihan raya negeri akan menyebabkan pemimpin Umno-BN lain bertumpu di Selangor, tetapi situasinya seimbang kerana pemimpin Pakatan dari negeri lain turut turun melakukan perkara yang sama.

Ketiga, kata Ibrahim, kerajaan negeri dapat meneruskan program seperti biasa walaupun kakitangan kerajaan pusat terlibat dengan pilihanraya.

“Di Selangor, dasar dan program kerajaan negeri masih dapat diteruskan seperti biasa.

“Menyalurkan peruntukan di Selangor oleh kerajaan negeri pun tak boleh dituduh sebagai pancing undi sebab mereka sedang menyalurkan pelbagai peruntukan daripada belanjawan 2012, geran Selangorku dan lain-lain,” ujar Ibrahim lagi.

Baru-baru ini, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau hanya akan membubarkan Dewan Selangor selepas daftar pemilih dibersihkan daripada pemilih yang statusnya meragukan.

Mengikut anggaran Abdul Khalid, usaha menjejaki pemilih di Selangor menerusi program “Selangorku Bersih” hanya akan selesai pada akhir bulan Julai.

Abdul Khalid juga berkata, Kerajaan Selangor mahu memastikan bahawa dana di dalam belanjawan negeri 2012 dan Geran Selangorku habis diagihkan sebelum pilihanraya negeri diadakan.

Harakah Daily

Muzakarah: Sudah bertahun Umno tak sahut

26 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 18 Mei: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri berkenaan pelawaan bermuzakarah antara Umno dengan PAS sebagai idea lapuk yang dikitar semula.

“Ini kerana Umno tidak pernah ikhlas mahu mengadakan muzakarah dan sudah bertahun idea ini dilontarkan namun tidak pernah mereka serius menyahutnya setiap kali cadangan ini dibuat,” kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor.

Katanya, DPPM menganggap pelawaan muzakarah dengan Umno adalah tindakan terdesak bagi menyelamatkan jangka hayat mereka yang sudah tinggal beberapa bulan sahaja lagi.

Menurutnya, mereka menganggap muzakarah akan memberikan kekuatan politik dan boleh memenangkan mereka sehingga menyebabkan keresahan di kalangan pemimpin, ahli dan penyokong PAS serta Pakatan Rakyat.

Hakikatnya, kata beliau umum telah memahami sepak terajang politik sedemikian dan tindakan ini hanya menambah kekuatan sokongan terhadap PAS.

Justeru, ujarnya DPPM merasa kesal kerana dalam keadaan terdesak begini barulah Umno mahu mengadakan muzakarah dengan PAS sedangkan selama ini PAS yang paling kuat difitnah dan dikutuk.

“PAS dan pemimpin tertingginya dituduh sesat, jumud, tidak bertamadun, konservatif, memecahbelahkan masyarakat, menyalahgunakan Islam demi kepentingan politik, serta tuduhan yang maha berat terhadap YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat – Mursyidul Am PAS sebagai ‘bapa kafir’.

“Dalam keadaan demikian tidak sekelumit pun PAS dibenarkan membela diri untuk menjawab tohmahan liar tersebut,” ujarnya.

Katanya lagi, agak menghairankan parti yang dituduh sesat, jumud dan lemah diajak berbincang pula.

“DPPM menegaskan bahawa pucuk pimpinan PAS bersedia mengadakan muzakarah dengan pemimpin Umno untuk kepentingan agama Islam, bangsa Melayu dan negara,” ujarnya.

Tegasnya, PAS sedia atas platform apa pun sama ada muzakarah, dialog, debat, forum dan lain-lain dan bersedia di mana-mana pentas sekalipun.

Beliau berkaya, yang hanya PAS inginkan adalah muzakarah tersebut diadakan secara terbuka supaya rakyat dapat menilai dan melihat isi muzakarah tersebut.

Jelasnya, PAS tidak mahu ianya dibuat secara tertutup kerana ia menghalang maklumat daripada pengetahuan rakyat.

Malah, ujarnya PAS secara konsisten mengajak Umno untuk berdebat dalam pelbagai isu termasuk politik dan pembangunan negara.

Beliau menegaskan lagi, PAS bersedia menawarkan pemimpin-pemimpin kanan untuk bermuzakarah dengan mana-mana pemimpin tertinggi Umno.

Selain itu, ujarnya DPPM juga mencadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin Pakatan Rakyat berdebat dengan Perdana Menteri dalam pelbagai isu.

Harakah Daily

Majlis sertai PAS di merata Sabah

26 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KINABATANGAN: PAS berkembang pesat di Negeri Bawah Bayu dengan majlis penyertaan menjadi ahli PAS berlaku di mana-mana sahaja pemimpin PAS pergi.

Yang menyertai PAS pula bukannya rakyat biasa tetapi para pemimpin masyarakat tempatan.

Di Kampung Bukit Garam, Kinabatangan, 15 menyertai PAS dengan diketuai oleh bekas Ketua Anak Negeri Dun Sukau, Sairin Muyang.

Beliau yang merupakan bekas Ketua Umno cawangan Bukit Garam menyerahkan borang penyertaan kepada Azman Shapawi Abdul Rani, AJK Lajnah Penerangan PAS Pusat.

Ia diadakan dalam satu majlis yang penuh meriah di rumah Sairin Muyang sendiri.

Turut serta di majlis itu adalah Yang Dipertua PAS Kawasan, wakil PKR dan Pengarah Piliharaya PAS Kawasan Kinabatangan, Encik Innah Tuton.

Sebelum itu, Azman memberikan tazkirah di Masjid Al-Ghaffar, Batu 8, Kota Kinabatangan.

Azman adalah salah seorang AJK Lajnah Penerangan PAS yang menyertai ekspedisi ke Sandakan, Sabah mulai 14 hingga 16 Mei lepas.

Pada 14 Mei, rombongan yang diketuai Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man itu merasmikan surau Al-Harakah di Pulau Shanghai, setengah jam menaiki bot dari perlabuhan Sandakan.

Di majlis itu, lebih 25 penduduk pulau itu menerima sijil keahlian PAS selepas mereka membuat permohonan menyertai PAS dalam kunjungan pertama rombongan pada Disember 2011 lalu.

Pada 15 Mei, 25 penduduk Pulau Tanjung Batu juga dalam Parlimen Kinabatangan mengisi borang permohonan untuk menyertai PAS.

Mereka diketuai sendiri oleh Ketua Kampung mereka, Selamat bin Abdillah.

Harakah Daily

Ganti Majlis Peguam gimik Umno - Aziz Bari

26 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Umno-BN makin terdesak apabila membangkitkan isu penubuhan akademi undang-undang bagi menggantikan Majlis Peguam yang mencetuskan pandangan tidak menyebelahi mereka mengenai Perhimpunan Aman Bersih 3.0.

Tegas pakar Perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari, isu ini telah banyak kali dibangkitkan tetapi ia hanya menjadi gimik Umno sahaja.

"Mereka melihat badan seperti itu hanya sebagai satu lagi institusi untuk menempatkan para pengampu dan kroni Umno sama seperti kebanyakan agensi termasuk universiti dan IPTA", ujarnya.

Apa pun, tambah Aziz, institusi seperti akademi undang-undang mempunyai peranan dan fungsi yang tertentu yang berbeza dengan fungsi Majlis Peguam.

"Majlis Peguam, sama seperti MMA dalam konteks doktor perubatan atau Lembaga Arkitek mempunyai peranan dan kuasa memantau profesyen berkenaan," katanya.

Beliau berasa hairan mengapa menteri-menteri Umno, termasuk yang berkelayakan sebagai peguam, boleh mengarut dan setuju dengan cadangan menubuhkan majlis peguam yang baru.

"Mungkin itu sebabnya mengapa menteri-menteri Umno yang berkelayakan sebagai peguam sering merepek dan bercakap tidak berdasarkan undang-undang," ujarnya sinis.

Bagi beliau, tidak perlu ada Majlis Peguam yang baru hanya kerana Umno-BN tidak senang dengan yang ada sekarang kerana isu ini bukan perkara baru.

"Ia telah berulang kali dibangkitkan oleh Umno, khususnya apabila Majlis Peguam mengambil pendirian yang tidak mereka sukai.

"Tetapi nanti apabila majlis mengeluarkan pendapat yang Umno suka parti itu akan berdiam diri dan isu itu akan mati begitu sahaja," tambah mantan profesor undang-undang UIAM itu.

Aziz berkata, Majlis Peguam bukanlah Badan Bukan Kerajaan atau NGO, sebaliknya, jelas beliau, ia adalah sebuah badan berkanun yang diwujudkan melalui akta parlimen.

Harakah Daily

Tiada kuasa: Peter Chin budak suruhan Umno?

26 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Menteri Tenaga, Teknoloji Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui disifatkan sebagai budak suruhan Umno sahaja apabila gagal melaksanakan tugasnya sebagai menteri.

Sehubungan itu, Exco kerajaan negeri Selangor, Dr. Xavier Jayakumar (gambar) menyarankan agar beliau meletakkan jawatan sebagai menteri.

Ini lanjutan kepada laporan akhbar Sinar Harian pada 16 Mei 2012 atas tajok : “Tak Boleh Paksa Syarikat Air” – Menteri Tiada Kuasa Minta Syarikat Konsesi Setuju Cadangan Struktur Semula Air”

Menurut Xavier, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Selangor, kerajaan negeri Selangor melahirkan rasa kesal dengan jawapan Peter Chin itu yang mengatakan bahawa beliau tiada kuasa berbuat demikian.

"Apa yang jelas kepada kita ialah beliau sebenarnya bukan tidak mempunyai kuasa sebagai Menteri Pusat tetapi kuasa beliau ‘tidak laku’ terhadap syarikat milik kroni UMNO/BN seperti syarikat konsesi Puncak Niaga dan Syabas, dua buah syarikat milik bekas Bendahari UMNO Selangor.

"Lantaran itu kita melihat Peter Chin hanyalah bertindak sebagai ‘budak suruhan’ kepada UMNO/BN dan adalah wajar beliau melepaskan jawatannya sebagai seorang Menteri Pusat dengan kadar segera kerana gagal melaksanakan tanggungjawabnya," kata Xevier.

Kerajaan negeri, katanya, akan meminta Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri untuk menfailkan ‘judicial review’ bagi tujuan mendapatkan Mahkamah memperjelaskan ‘kuasa’ Menteri tersebut.

Harakah Daily

Daftar pemilih: JPN, SPR jangan ‘pekak badak’

26 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 18 Mei: Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menyifatkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia sebagai ‘pekak badak’ dan degil kerana masih lagi tidak mengambil peduli terhadap bantahan rakyat terhadap daftar pemilih yang masih ‘kotor dan tidak bersih’ dan perlu segera dibersihkan sebelum pilihanraya umum ke 13.

“Sehingga hari ini masih ada lagi kes-kes yang meragukan di dalam daftar pemilih dan ianya akan terus dibongkarkan oleh Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia,” kata Ketua Pengarahnya, Mohd Sany Hamzan (gambar).

Beliau berkata, pihaknya cukup risau dengan kes terbaru yang melibatkan ‘kecuaian’ JPN dan SPR telah menimpa Puan Tamil Malar a/p Subramaniam yang telah kehilangan hak beliau sebagai pengundi berdaftar kepada Mansor bin Jali kerana masing-masing mempunyai no kad pengenalan yang sama, 750516085360.

Selain itu tempat mengundi masing-masing pun berbeza dengan seorang pengundi di Perak dan Melaka.

Katanya, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat ‘kecuaian’ yang berlaku adalah disebabkan sikap tidak serius JPN dan SPR di dalam memastikan pilihanraya yang akan datang berjalan dalam suasana yang telus ataupun itu adalah salah satu ‘bantuan’ daripada pihak-pihak agensi kerajaan untuk membantu kemenangan Umno dan Barisan Nasional.

Justeru, ujarnya lagi Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia tidak menolak kemungkinan kes-kes sebegini juga berlaku di negeri-negeri lain.

Oleh itu, kata beliau Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta JPN dan SPR supaya jangan mengkhianati amanah rakyat untuk mendapatkan satu pilihanraya yang telus dan adil.

Tambahnya, JPN dan SPR perlu menjadikan diri sebagai agensi yang berwibawa dan tidak mudah menjadi lembu yang dicucuk hidung semata.

“Selain itu, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia mengarahkan kepada jentera pilihanraya di peringkat pemuda negeri dan kawasan-kawasan untuk melakukan semakan terhadap pengundi-pengundi sedia ada dan melaporkan sekiranya berlaku kes-kes yang meragukan supaya dapat diambil tindakan segera,” ujarnya lagi.

Harakah Daily

Berpusing sebelum terbakar

26 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

PERAI – Seorang lelaki berhadapan dengan detik cemas selepas kereta jenis Toyota Vios yang dipandunya terbabas sebelum terbakar dalam satu kejadian, awal pagi semalam.

Kejadian kira-kira jam 4.45 pagi itu berlaku ketika lelaki berusia 30an itu dikatakan gagal mengawal kenderaannya ketika melalui Kilometer 139 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah Utara, dekat susur keluar Perai lalu melanggar pembahagi jalan.

Akibat rempuhan kuat itu, kenderaan mangsa kemudiannya berpusing melawan arus sebelum terbakar.

Bagaimanapun, mangsa yang tidak diketahui identitinya itu tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan diselamatkan orang awam yang menghantarnya ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) sejurus kemudian untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Perai, Timbalan Penguasa Bomba A’azelan Hassan ketika dihubungi Sinar Harian berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada jam 4.54 pagi mengatakan ada sebuah kereta sedang terbakar di lebuh raya berkenaan.

Menurutnya, sebuah jentera dengan kekuatan tujuh anggota kemudiannya bergegas ke tempat kejadian dan tiba enam minit kemudian.

“Kemalangan membabitkan seorang lelaki Cina berusia lingkungan 30an. Kebakaran mengakibatkan kenderaan mangsa musnah 100 peratus. Namun, mujur mangsa sempat diselamatkan orang awam yang terlihat akan kejadian.

“Kita berjaya mengawal api dalam masa dua minit dan padam sepenuhnya pada jam 5.10 pagi,” katanya yang tidak kemungkinan mangsa memandu dalam keadaan mabuk.

A’azelan berkata, setakat ini punca kebakaran belum diketahui dan siasatan sedang dijalankan bagi tujuan itu.

Sinar Harian

Plat senget kelirukan JPJ

26 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KEMAMAN – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu mengesan ‘trend’ terbaru pemandu kereta di negeri ini yang menggunakan nombor plat hadapan yang diletakkan dalam kedudukan senget, sekali gus membuatkan ia sukar dilihat.

Keadaan itu mengelirukan serta menyukarkan penguat kuasa JPJ ketika operasi dilakukan selain nombor pendaftaran itu juga sukar dirakam oleh kamera di zon perangkap had laju.

Ekoran kesalahan terbabit yang dikategorikan dalam kesalahan teknikal, beberapa kereta turut dikenakan kompaun dan diberikan notis arah periksa oleh JPJ pada Operasi Pengarah yang dilakukan di sempadan Terengganu-Pahang, di Kampung Geliga, dekat sini, lewat petang kelmarin.

Pengarahnya, Abdul Rahman Emang Anyie berkata, pada operasi yang dilakukan bermula jam 4.30 hingga 6.30 petang itu sebanyak 12 kesalahan teknikal dikesan termasuk yang membabitkan penggunaan nombor pendaftaran senget.

“Untuk kesalahan penggunaan nombor plat sendeng atau senget ini kita turut kenakan hukuman mengikut Seksyen 14(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2010) iaitu kompaun sebanyak RM100 tetapi jika lewat dibayar dalam tempoh yang ditetapkan kompaunnya boleh meningkat kepada RM150 dan RM250.

“Selebihnya kesalahan teknikal dari segi penggunaan cermin gelap. Penggunaan cermin gelap dan juga plat senget ini kita berikan notis arah periksa dalam tempoh 10 hari mengikut Seksyen 61(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang sekiranya notis diingkari saman boleh dikeluarkan,” katanya ketika ditemui pada operasi berkenaan.

Pada operasi selama dua jam melibatkan 25 pegawai dan anggota JPJ itu, sebanyak 24 saman turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan iaitu tiada cukai jalan, tiada lesen memandu dan penggunaan tayar botak.

Mengulas lanjut, kata Abdul Rahman, Kemaman terpilih sebagai lokasi Operasi Pengarah itu memandangkan pada 13 dan 14 Julai depan, JPJ sekali lagi akan berkampung di daerah ini bagi perasmian Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) siri 2/2012.

“Melalui operasi sebegini pihak kami dapat mendekati masyarakat bagi menguar-uarkan program yang berkonsepkan mesra rakyat ini. Kami mahu masyarakat tahu JPJ bukan sekadar sebagai penguat kuasa undang-undang lalu lintas sahaja malah boleh juga mendekati masyarakat.

“Dengan cara operasi sebegini, rakyat boleh didekati secara terus oleh JPJ tanpa dimanipulasi. Masyarakat tidak seharusnya melihat operasi yang dijalankan itu sebagai halangan atau bebanan kepada mereka tetapi perlu melihat ia sebagai satu pendekatan kaedah mendidik,” katanya.

Menurutnya, perasmian SKSJ siri 2/2012 nanti akan diadakan di Felda Neram 2 membabitkan seramai 500 penduduk seluruh Kemaman termasuk dari Felda Seberang Tayor dan Seri Bandi akan mendapat lesen B2.

Sinar Harian

Bapa dua anak, lepas hukuman gantung

26 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU – Bapa kepada dua anak menarik nafas lega apabila terlepas daripada hukuman gantung sampai mati selepas dia dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi, di sini, kelmarin, daripada dakwaan mengedar heroin, tahun lalu.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Zalina Awang, gagal membuktikan kes prima facie terhadap Affandi Mohammad, 38, yang diwakili peguam bela Wan Zainuddin Wan Musa.

Sebelum ini, Affandi dituduh mengedar dadah jenis heroin seberat 52.45 gram di dalam sebuah kereta di hadapan Surau Haji Awang, Kampung Losong Haji Awang, di sini, 4 Januari 2011 kira-kira jam 9.45 malam.

Dengan itu, Affandi didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) Akta sama yang boleh digantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.

Mohd Yazid dalam penghakiman berkata, terdapat percanggahan dan kekeliruan keterangan mengenai pembuktian elemen pemilikan dadah oleh tertuduh.

“Selepas menimbang dan mengambil kira keterangan saksi pendakwaan, saya mendapati pihak pendakwa gagal membuktikan pertuduhan mengedar dadah, maka mahkamah melepas dan membebaskan tertuduh,” katanya.

Sinar Harian

Hodak tidak teruja kehebatan Ronaldinho

26 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

“SAYA tidak teruja dengan kehebatan Patrick Ronaldinho Wleh. Itu komen ringkas Ketua Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak yang dilihat melancarkan perang psikologi menjelang perlawanan akhir Piala FA edisi ke-23, Sime Darby FC menentang pasukannya di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok, lapor MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD.

Sambil membayangkan pasukannya mempunyai ramuan lengkap bergelar juara kali ini, Hodak menjelaskan tiada apa perlu dibimbangi di sebalik ancaman berbahaya penyerang import Sime Darby FC seperti yang digembar-gemburkan akhbar sebelum ini.

“Dia mungkin bagus dalam Liga Premier apabila menjaringkan gol yang banyak. Tetapi saingan Liga Premier dan Liga Super adalah berbeza.

“Fokus saya hanyalah mempersiapkan pasukan Kelantan bagi perlawanan ini. Tiada siapa mampu menghalang cita-cita Kelantan memandangkan kami merupakan pasukan berkualiti dan menjadi pilihan bergelar juara.

“Pemain saya sudah bersedia sepenuhnya daripada segi fizikal dan mental. Malah jika penentuan juara terpaksa ditentukan dalam masa tambahan atau sepakan penalti sekali pun itu bukan menjadi masalah besar kepada kami,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sesi latihan terakhir Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, petang semalam. Skuad The Red Warriors berlepas ke ibu negara pagi ini.

Dalam pada itu, Hodak mengakui berdepan kesukaran untuk menyenaraikan kesebelasan terbaik memandangkan rata-rata barisan pemainnya kini bersaing hebat untuk merebut tempat di dalam pasukan.

“Dalam kepala saya sudah ada lapan pemain yang bakal disenaraikan. Tiga kekosongan lagi saya belum dapat ilham....mungkin esok (hari ini) atau menjelang hari perlawanan. Saya tahu mungkin ada pemain yang kecewa (tidak disenaraikan), tetapi apa pilihan yang saya ada kerana hanya perlu menyenaraikan 18 pemain terbaik sahaja,” katanya.

Sinar Harian

Penguat kuasa wanita nyaris ditetak

26 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU – Seorang anggota penguat kuasa syariah wanita daerah Kuala Terengganu berdepan detik mencemaskan apabila nyaris ditetak dengan sebilah parang semasa menjalankan tugas ‘berwaran’ di sebuah rumah di Kampung Tok Kaya, di sini, malam kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.20 malam, mangsa bersama seorang pegawai dan enam anggota lain telah menyerbu rumah suspek untuk menahannya kerana mempunyai waran tangkap kes khalwat.

“Bagaimanapun, suspek, 27, yang ketika itu sedang asyik menonton televisyen bersama seorang perempuan dipercayai tiada hubungan pertalian darah, naik berang sejurus mengetahui kehadiran anggota berkenaan yang sebelum itu telah mengetuk pintu rumahnya beberapa kali.

“Suspek yang dikenali sebagai Abang John itu pada mulanya cuba menyembunyikan diri di dalam almari, namun setelah cubaannya gagal, dia mula menunjukkan ‘belang’ dengan mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota terbabit,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Manoharan berkata, suspek bertambah berani setelah melihat anggota berkenaan tidak melawan, lalu terus meluru ke bahagian dapur mendapatkan sebilah parang dan cuba mengugut akan menetak salah seorang penguat kuasa terbabit.

“Bagaimanapun, mangsa sempat mengelak daripada terkena hayunan parang oleh suspek yang datang secara melulu. “Tidak puas dengan itu, suspek bertindak lebih melampau dengan menetak cermin van jabatan yang diparkir di hadapan rumahnya,” katanya.

Menurutnya, suspek, seorang peniaga, berjaya ditangkap kira-kira jam 11 pagi semalam di hadapan sebuah kedai makan di Jalan Hiliran, di sini.

“Barang kes iaitu sebilah parang berjaya dirampas dan kini suspek akan direman untuk disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat, Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah, Seksyen 353 Kanun Keseksaan dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana halang tugas penjawat awam,” katanya.

Sinar Harian

BAM sangkal dakwaan Yong Sung

26 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) menafikan dakwaan bekas Jurulatih beregu lelaki kebangsaan, Yoo Yong Sung berikutan kenya­taan pedas yang dilemparkan kepada badan induk itu, kelmarin.

Dakwaan kononnya jurulatih Korea Selatan itu tidak diberi peluang dan hak melatih pemain tertentu dikatakan tidak benar, sebaliknya mendakwa peletakan jawatan Yong Sung dibuat selepas BAM menolak permintaan menaikkan gaji beliau.

Menurut BAM, awal Mac lalu, Yong Sung mengadakan perte­muan dengan Setiausaha Kehormat BAM, Ng Chin Chai dan Pengurus Besar BAM, Kenny Goh meminta gajinya dinaikkan selain memohon pemain tertentu berada di bawah kendaliannya.

Ketua Jurulatih beregu lelaki, Tan Kim Her kemudiannya mengadakan perbincangan dengan semua jurulatih beregu termasuk Yong Sung bagi menentukan peranan mereka.

“Hasil mesyuarat jurulatih beregu lelaki pada 20 Mac lalu, Yong Sung ditugaskan melatih pemain antaranya Mak Hee Chun, Teo Kok Siang, Chooi Kah Ming dan Ow Yao Han.

“Yong Sung sekali lagi bertemu pengurusan BAM dan meminta perkara sama ditunaikan dan ini permintaan beliau untuk kali ketiga,” katanya dalam satu kenyataan kepada media, semalam.

Menurut BAM, penjelasan sudah dibuat kepada Yong Sung, termasuk menetapkan senarai pemain untuk setiap jurulatih, selain menambah baik program kejurulatihan dan peranan mereka untuk pertandingan antarabangsa.

Manakala permintaannya untuk kenaikan gaji akan diusul pada mesyuarat Exco 27 April, lalu. Bagaimana mesyuarat memutuskan untuk menyambung kontrak tetapi tiada sebarang kenaikan gaji dibuat.

“Disebabkan itu, dia meletak jawatan,” katanya.

Sementara itu, pada majlis berasingan semalam, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong enggan mengulas lanjut masalah dalaman BAM.

“Saya tidak ada terima apa-apa laporan daripada BAM mengenai perkara itu. Biarlah mereka selesaikan masalah mereka sendiri,” katanya kepada media di Bukit Jalil, semalam.

Sinar Harian

Tevez perlekeh Fergie

26 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

CARLOS Tevez memanjangkan siri pertelagahannya dengan Sir Alex Ferguson apabila mengeluarkan kenyataan ‘Saya tidak menyesal’ ketika ditemu bual portal ole.com.ar yang berpangkalan di Argentina.

Tevez, 28, mem­buat kenya­taan itu selepas ditanya wartawan adakah dia menyesal atas tindakannya menunjukkan pos­ter bertulis R.I.P Fergie (bersemadi dengan aman, Fergie) ketika Manchester City meraikan kejayaan menjuarai EPL, baru-baru ini.

“Setiap kali dia (Ferguson) mengkritik pemain atau bercakap negatif mengenai saya, tiada siapa yang tampil untuk memintanya meminta maaf.

“Tapi bila dia diejek atau dijadikan bahan lawak, semua orang mahu anda meminta maaf kepadanya.

“Apa pun saya tidak menyesal dan tidak akan meminta maaf kepadanya,” katanya.

Sinar Harian

Hodgson pertahan Terry

26 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

PENGURUS kebangsaan England, Roy Hodgson tetap dengan keputusannya menyenaraikan pemain kontroversi, John Terry ke dalam skuad The Three Lions ke Kejohanan Euro 2012 di Poland-Ukraine bermula Jun ini.

Hodgson percaya, kehadiran kapten Chelsea itu ke dalam skuadnya mampu memperkuatkan kubu England di kejohanan itu nanti.

Terry sebelum ini dilucutkan jawatan selaku kapten England selepas dakwaan perkauman terhadap Anton Ferdinand (QPR) ketika aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), Oktober tahun lalu.

Perkara itu dibawa ke mahkamah dan perbica­raannya hanya akan berlangsung selepas Euro 2012 berakhir, Julai nanti.

“Terry pemain yang boleh diharap dan kehadirannya amat diperlukan.

“Lagipun dia menampilkan aksi baik terutamanya di pusingan kedua EPL,” katanya.

Dalam pada itu, Hodgson membidas kritikan peminat yang mempertikaikan keputusannya menyenaraikan pemain muda Arsenal, Alex Oxlade-Chamberlain ke Poland-Ukraine.

“Saya tahu dia tiada kaps bersama skuad senior. Tapi aksinya bersama Arsenal sepanjang musim ini amat memukau.

“Saya tidak boleh singkirkan pemain seperti Chamberlain. Nanti, saya juga yang rugi,” katanya.

Sinar Harian