02 March 2012

Takut debat, maka sepak terajang pilihan Umno

9 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Semakin hari semakin terserlah sikap pemimpin dan penyokong Barisan Nasional, khususnya Umno dan pecacai mereka, yang menyerang serta menimbulkan kekacauan di majlis-majlis majlis anjuran masyarakat madani dan rakyat prihatin.

Antara peristiwa yang menonjolkan sifat ganas para pecacai Umno adalah:

* Kekacauan yang ditaja oleh Perkasa dan UMNO pada hari keputusan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Jalan Duta sehingga adanya letupan yang mencederakan orang awam;

* Kekacauan program Hindraf dan NGO Asalkan Bukan UMNO (ABU) oleh samseng-samseng pro-Umno di Dewan Orang Ramai Jalan Kebun, Klang;

* Kekacauan semasa ceramah Pakatan Rakyat yang diadakan dalam kawasan Parlimen yang diwakili oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Johor sehinggakan kereta Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalami kerosakan teruk;

* Keganasan samseng pro-UMNO di Sudut Pidato Pulau Pinang sewaktu Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng turun padang untuk menyatakan sokongan beliau terhadap gerakan anti-Lynas, di mana beberapa peserta perhimpunan aman cedera manakala Guan Eng diserang dan dirosakkan para pengacau;

* Percubaan untuk mencederakan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar di Pahang; dan

* Perbuatan membakar rumah dan kereta Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor Zulkifli Ahmad.

Kesederhanaan Najib?

Adakah semua perbuatan ganas ini yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri sebagai “kesederhanaan yang berpotensi menjamin keamanan dan keharmonian”? Apakah jaminan Datuk Seri Najib Razak tentang budaya demokrasi dan politik matang yang diwarwarkannya hanya sekadar omongan kosong?

Bukan sahaja Najib berdiam tidak mengutuk trend ganas oleh kumpulan-kumpulan penyokong dan pecacai Umno, malah gerak dan gayanya bagaikan menghalalkan segala yang berlaku.

Budaya baling batu dan sembunyi tangan sememangnya bukanlah budaya baru, lebih-lebih lagi daripada pihak yang ekstrem dalam Umno dan BN. Kita akui masih ramai ahli UMNO-BN tidak suka kepada keganasan tetapi jika mereka berdiam diri dengan budaya keji yang sedang berlaku sekarang, ia seolah-olah mencerminkan UMNO-BN menyokong perbuatan ganas ini.

Mengapakah tidak kelihatan sebarang usaha daripada kerajaan Najib untuk mengutuk kegiatan samseng tersebut yang ditujukan, bukan sahaja kepada para pemimpin Pakatan Rakyat tetapi juga terhadap rakyat prihatin yang tidak menyertai mana-mana parti seperti ribuan orang yang menentang projek sisa toksik Lynas?

Jika keganasan berleluasa, bagaimana Najib mahu perkenalkan demokrasi matang?

Bagaimanakah Malaysia boleh mengorak langkah ke arah sebuah demokrasi yang matang jika kejadian-kejadian ini boleh terus dibiarkan oleh kerajaan?

Jika seorang pemimpin pembangkang boleh dibakar kereta dan rumahnya, bahkan kereta seorang Ketua Menteri boleh diserang dan dirosakkan, apakah jaminan keselamatan yang boleh diberikan kepada rakyat biasa?

Jelas keganasan seperti ini menunjukkan betapa rendahnya tahap kematangan dan daya intelektual parti pemerintah. Malah, para pemimpin kerajaan Umno-BN menyatakan bahawa berdebat itu budaya barat.

Kita tanya pula, samseng dan keganasan itu budaya siapa? Jelas sekali kerajaan UMNO-BN yang semakin terdesak hanya mengharapkan sokongan fanatik dan pelampau perkauman sebagai tunjang politik mereka.

Di mana perginya intelek? Di mana perginya budi pekerti? Di mana perginya rasa hormat? Entah ke mana. Hanya tinggal papan tanda usang yang tercatat kata-kata “sopan santun budaya kita”.

Kasihan sungguh mereka yang berada di penghujung usia kuasa. Mereka ketandusan idea, kekuranga pimpinan berwibawa dan merendahkan akhlak sendiri dengan perbuatan ganas yang kurang cerdik.

Jalan keluar untuk Umno-BN sebenarnya tidak sukar. Tunaikanlah segera janji-janji transformasi politik dan kerajaan. Bersihkan negara dari rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Utamakan rakyat dengan mengurangkan beban ekonomi seperti tol, cukai dan pelbagai bayaran yang tidak perlu dibayar oleh rakyat.

Jika UMNO-BN masih degil, maka pilihannya tentulah Pakatan Rakyat. – Roketkini.com

Lelaki didenda RM4,000 kerana tampal iklan tanpa permit

9 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Seorang pekerja sebuah syarikat pinjaman kewangan tidak berlesen didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi kesalahan menampal kertas iklan pinjaman secara haram, lima hari lepas.

Majistret Azmil Muntapha Abas menjatuhkan hukuman denda itu ke atas Terry Tham Chong Guan selepas dia mengaku salah melakukan perbuatan itu.

Tham, 22, dari Pulau Pinang mengaku menampal kertas iklan pinjaman tanpa permit di Jalan Radin Anum di Brickfields, di sini pada 4.30 petang, 27 Feb lepas.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Siti Aishah Ahmad manakala Tham tidak diwakili peguam.- Bernama

Jus Idaman

9 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Bahan-bahan:

60 ml jus oren
60 ml jus nanas
60 ml jus mangga
60 ml jus tembikai
10 ml susu cair
10 ml kordial limau
10 ml sirap gula (ros)

Cara Menyediakan:

1. Campurkan kesemua jus kecuali sirap. Tuangkan ke dalam gelas.

2. Kemudian tuang pula sirap secara perlahan-lahan melalui tepi gelas. Cara ini boleh mengelakkan sirap bercampur dengan jus lain.

3. Jika suka boleh dicampurkan dengan ketulan ais. Hias dan hidangkan.

saji online/-

Tokoh PPP akan sertai PAS

9 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 2 Mac: Seorang bekas ahli majlis tertinggi Parti Progresif Penduduk (PPP) akan menyerahkan borang menyertai PAS secara rasmi dalam masa terdekat.

Beliau dijangka mengetuai penghijrahan beramai-ramai ahli PPP ke dalam PAS termasuk menjadi ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Difahamkan, beliau yang juga bekas ketua salah satu bahagian PPP di SElangor itu akan menyerahkan borang keahlian PAS berserta lebih 500 yang lain secara rasmi kepada Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu pada satu majlis di Klang pada 10 Mac ini.

Kesemua mereka adalah ahli PPP daripada 15 cawangan di Klang.

Malam tadi, individu berkenaan dibawa ke Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut bagi diperkenalkan kepada pimpinan dan AJK PAS Pusat yang berkebetulan bermesyuarat malam tadi.

Antaranya beliau bertemu dengan Mohamad Sabu, Dr Siti Mariah Mahmud dan juga Mazlan Aliman.

Beliau telah bersama PPP lebih empat tahun. Sebelum bersama PPP, beliau bersama Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) selama 13 tahun dan pernah menjawat jawatan sebagai setiausaha agung.

harakahdaily/-

Ya Allah, Kuatkan Hamba

9 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

"Ya Allah, kuatkan hamba," ucap lirih seorang laki-laki yang hatinya hancur. Laki-laki itu separuh baya. Wajahnya terlihat lebih tua daripada usianya sendiri. Awalnya ketika pernikahannya cukup membahagiakan sampai istrinya hamil dan melahirkan. Diusia anak laki-lakinya berumur sembilan bulan, istrinya meninggalkannya dan anak laki-lakinya.

Istrinya meninggalkan karena kehidupan yang susah, 'aku menikah agar aku hidup bahagia bukan hidup susah.' begitu kata istrinya. Dalam seorang diri tanpa istri, dirinya merawat anak dan mengasuh. Apapun pekerjaan dilakukan untuk menghidupi sang buah hati.

Kepergian istrinya telah membuat luka dihati, Peristiwa itu membuat dirinya menjauh dari Allah. Ibadah yang biasa dilakukan, tidak dilakukannya lagi. 'Buat apa sholat bila hidup menderita.' begitu tuturnya. Dengan hati yang terluka, perjalanan hidup ada kemudahan. Rizkinya lancar, anaknya tumbuh besar sampai menginjak kelas dua SD.

Anaknya menjadi kebanggaan. disekolah selalu ranking satu. Semua surat dalam Juz Amma' telah dihapal. Bahkan anaknya sudah mampu membaca al-Quran dengan lancar. Kebahagiaan menyelimuti hidupnya, terkadang terselip kekecewaan, kemarahan dan perih dihatinya belumlah hilang.

Sampai suatu hari anak laki-laki yang dicintainya sakit keras dan seminggu kemudian dipanggil oleh Sang Pecipta. Meninggal anak yang dicintainya benar-benar membuat hati terasa hancur, tidak ada lagi yang tersisa senyuman dibibir. Air matanya mengalir. 'Sudah tidak ada yang tersisa Mas Agus. Saya sudah tidak punya apapun dalam hidup ini kecuali hanya Allah.' Ucapnya malam itu di Rumah Amalia. Matanya basah, beberapa kali ia nampak mengusap air mata yang yg mengalir dipipi.

"Saya mengira dengan cara menjauhi Allah, saya akan menemukan kembali apa yang hilang, yang terjadi malah sebaliknya, makin banyak kehilangan demi kehilangan. Saya kehilangan Allah, kehilangan istri, saya kehilangan anak dan saya kehilangan diri saya sendiri.' desahnya panjang memilukan, terasa perih dihati. 'Ya Allah, ampunilah hamba, Astaghfirullah,' ucapnya lirih. Malam semakin larut. Ditengah hatinya hancur, ia telah menemukan secercah cahaya, karena hanya kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala dirinya memohon pertolongan.

http://agussyafii.blogspot.

Antara 'gadai akidah' Najib dan 'syirik' Zambry

9 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 2 Mac: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menyokong cadangan agar satu garis panduan untuk berkunjung ke rumah-rumah ibadat bukan Islam dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) seperti yang dicadangkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria (gambar).

Timbalan ketuanya, Dr Raja Ahmad al-Hiss berkata cadangan tersebut wajar dikemukakan berdasarkan kenyataan awal Harussani berikutan kekeliruan terhadap kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada perayaan Thaipusam baru-baru ini sebagai ‘menggadai akidah’.

Katanya, banyak pihak dan umat Islam keliru dengan kenyataan Harussani terhadap kehadiran Najib ketika itu, pada awalnya mengatakan ‘haram’ dan pada hari berikut pula mengatakan sebaliknya.

Beliau berkata, seperti mana juga yang pernah Pemuda PAS kemukakan aduan dahulu berikutan perbuatan ‘syirik’ Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ketika majlis perasmian pembinaan rumah di Manong, Kuala Kangsar dengan meletakkan ancak ketika menaikkan tiang seri rumah.

“Pada awal kenyataan Tan Sri Harussani juga sama iaitu mengatakan perbuatan tersebut sebagai ‘syirik’.

“Dan umum mengetahui pada hari berikutnya pula, Tan Sri Harussani mengatakan sebaliknya dan sekali lagi umat Islam agak keliru dengan kenyataan yang tidak konsisten tersebut,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Tambahnya, umum mengetahui, ramai kalangan ulama yang melihat sendiri perbuatan Zambry melalui rakaman video dan gambar tersebut yang dibekalkan ketika itu jelas mengatakan perbuatan tersebut sebagai ‘syirik’, tetapi tiba-tiba sahaja Harussani mempertahakan kenyataan awalnya dengan mengatakan sebaliknya sehingga kini.

“Sepatutnya garis panduan yang sama perlu dikemukakan oleh Jakim kerana ianya jelas satu perbuatan ‘syirik’ yang dilakukan oleh pimpinan utama negeri iaitu Datuk Seri Zambry ketika itu,” katanya.

harakahdaily/-

Tu Dia - Lantik Soi Lek jadi 'Presiden Umno', Mahathir dicabar

9 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Shah Alam – Penasihat DAP, Lim Kit Siang mahu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang disifatkannya sebagai "lidah bercadang" agar menamakan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebagai Presiden Umno.

"Ada dicadangkan agar respons kepada cadangan Tun Dr Mahathir bahawa saya sepatutnya dijadikan Presiden Pas, adalah sama ada Mahathir akan mengesyorkan agar Datuk Seri Chua Soi Lek menjadi Presiden Umno," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Dr Mahathir ekoran Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad yang bersetuju jawatan Timbalan Presiden Pas dipegang oleh bukan Islam jika ada tuntutan dan keperluan.

“Apapun, kenyataan Dr Mahathir yang mengatakan semua ‘Tun serta anak dan cucu’ mereka perlu disiasat ekoran dakwaan negara kehilangan RM100 bilion sepanjang 22 tahun pemerintahannya lebih menarik perhatian saya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen veteran ini berkata, semua Tun dari zaman Dr Mahathir seharusnya bersuara sama ada mereka bersedia menyokong penyiasatan penuh kehilangan wang ini sepanjang pemerintahan Perdana Menteri ke empat.

“Biarlah (bekas Perdana Menteri) Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tun Musa Hitam, Tun Daim Zainuddin, Tun Ling Liong Sik dan Tun Lim Keng Yaik bersuara sama ada menyokong atau tidak (penyiasatan ini),” katanya.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur turut mempersoalkan kenyataan Dr Mahathir sama ada ia melibatkan semua bekas Perdana Menteri termasuk anak mereka yang memegang jawatan dalam kerajaan sekarang.

“Biarlah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bercakap dan menjelaskan perkara ini, mereka berdua anak Perdana Menteri kedua dan ketiga,” katanya.

Jelas Kit Siang lagi, dengan kenyataan Dr Mahathir itu, adakah beliau benar-benar sudah bersedia disiasat bersama-sama dengan semua berpangkat Tun serta anak dan cucu mereka.

“Tun serta anak dan cucu yang lain tidak akan sesekali bersetuju dengan sebarang penyiasatan penuh yang dicadangkan ini. Jadi adakah Dr Mahathir terlalu yakin bahawa beliau akan memperoleh kekebalan dan sewenang-wenangnya bebas dari dakwaan kehilangan RM100 bilion ini?” katanya.

grennboc/-

Exco desak KDN jamin keselamatan Guan Eng

9 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

GEORGETOWN - Mesyuarat Exco Pulau Pinang hari ini mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengarahkan polis menjamin keselamatan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan petugas media di negeri ini daripada diancam ahli Umno dan Perkasa.

Ini perlu berikutan inisiden pergaduhan Himpunan Hijau 2.0 antara penyokong anti-Lynas dengan ahli Umno dan Perkasa yang didakwa cuba membuat kacau ganggu dengan menolak, menghalau dan memukul peserta yang hadir.

Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman berkata, Exco juga mahu Kementerian Dalam Negeri mengarahkan polis Pulau Pinang mengambil tindakan tegas terhadap perusuh yang dipercayai daripada kumpulan Umno dan Perkasa yang mengancam keselamatan Guan Eng dan petugas media pada perhimpunan itu.

Beliau berharap polis mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bersalah agar peristiwa seperti itu tidak berulang lagi di Pulau Pinang.

"Kegagalan polis mengambil tindakan terhadap individu tertentu sebelum ini dipecayai antara punca mereka 'naik minyak' dan tidak takut untuk melakukan ancaman terhadap petugas media.

"Jika tiada tindakan tegas daripada polis, ia seolah-olah membuka ruang kepada mereka untuk mengulangi tindakan sama atau lebih daripada itu termasuk mengancam Ketua Menteri dan memukul wartawan pada masa akan datang," katanya pada sidang media di pejabatnya semalam.

Semalam, Sinar Harian melaporkan Guan Eng mahu Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengambil tindakan tegas bagi mengelakkan insiden sekumpulan pemuda, didakwa ahli Umno dan Perkasa, mengepung keretanya dan menyerang orang ramai ketika Himpunan Hijau di Georgetown, daripada berulang.

Selain itu, beliau mahu Ismail mengambil tindakan ke atas anggota polis yang tidak berbuat apa-apa untuk menghalang kumpulan pemuda terbabit daripada menghampiri kereta dan cuba menyerangnya.

sinar harian/-


SUKARELAWAN PRIHATIN MASALAH DADAH TERBELA

9 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Saya berseru kepada diri saya dan sidang jumaat sekalian marilah kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa dan beriman serta selamat di dunia dan di akhirat.
Bersempena dengan sambutan Hari AntiDadah Peringkat Kebangsaan pada 19 Februari setiap tahun, mimbar jumaat pada hari ini akan membicarakan khutbah dengan tajuk ‘Sukarelawan Prihatin Masalah Dadah Terbela’.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Kesukarelawanan merupakan tulang belakang kepada pembangunan sesebuah organisasi atau negara.Tanpa semangat kesukarelawanan yang tinggi dalam kalangan individu dan kumpulan dalam sesebuah organisasi,kejayaan tidak akan dapat dicapai dengan sempurna. Di Malaysia semangat kesukarelawanan sememangnya telah lama berakar umbi dalam kalangan masyarakat.Ini dapat dilihat daripada kata-kata dan ungkapan yang sering diucapkan menggambarkan semangat kesukarelawanan dan kerjasama. Sebagai contoh: yang buta meniup tepung; yang pekak membakar meriam: yang capek menghalau ayam; yang kurap menyiang buluh.

Ia menggambarkan keperluan setiap anggota masyarakat memainkan peranan masing-masing ke arah pencapaian matlamat bersama.

Islam amat menggalakkan dan menuntut kita supaya hidup saling tolong-menolong, bantu-membantu ke arah kebaikan secara ikhlas dan sukarela kerana perbuatan demikian boleh menimbulkan perasaan hormat-menghormati, kasih-mengasihi dan sayang-menyayangi di antara satu sama lain. Jika sifat sedemikian wujud di kalangan umat Islam, maka akan terbinalah kehidupan yang aman damai, sejahtera dan harmoni. Inilah faktor kekuatan kesatuan komuniti umat Islam.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Maaidah ayat 2:
وَتَعَاوَنُوا۟ عَلَى ٱلْبِرِّ وَٱلتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا۟ عَلَى ٱلْإِثْمِ وَٱلْعُدْوَ‌ٰنِ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلْعِقَابِ

Yang bermaksud: "Hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebaikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa dan maksiat dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah maha berat azab seksa-Nya."

Sifat tolong-menolong dan semangat kesukarelawan bantu-membantu bukan hanya tertumpu kepada kewangan atau harta benda semata-mata tetapi ia juga boleh dilaksanakan dengan sumbangan tenaga dan nasihat seperti bantu-membantu dalam mencegah kemungkaran kerana masyarakat juga memainkan peranan penting bagi mewujudkan kesejahteraan dalam sesebuah negara.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah Sekalian,

Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, Agensi Antidadah Kebangsaan merupakan agensi yang telah bertanggungjawab dalam menguruskan permasalahan yang berkaitan dengan dadah. Peranan utama Agensi AntiDadah Kebangsaan ialah untuk menentukan segala usaha negara menangani ancaman dadah berjalan secara terancang, berarah dan selaras demi mewujudkan satu masyarakat yang bebas daripada dadah.

Tugas untuk membebaskan masyarakat dan negara yang bebas dadah adalah sangat mencabar, tanggungjawab ini tidak mampu dilakukan oleh Agensi AntiDadah Kebangsaan secara bersendirian, namun usaha ke arah itu akan lebih berjaya dengan adanya sokongan dan bantuan daripada semua pihak.

Apa yang lebih penting ialah kerjasama dari orang ramai membantu Agensi AntiDadah Kebangsaan dalam membanteras permasalahan dadah dan mengekalkan kesejahteraan dalam masyarakat.

Maka dalam hal ini, pihak Agensi AntiDadah Kebangsaan mengharapkan supaya masyarakat sama-sama berganding bahu dan terlibat sama-sama dalam menjaga permasalahan dadah yang ada dalam komuniti masing-masing. Tidak kiralah sama ada masyarakat yang tinggal di bandar, pedalaman ataupun di perairan negara ini, mereka perlu membantu Agensi AntiDadah Kebangsaan dengan memberi nasihat mereka yang terlibat dengan permasalahan dadah untuk mendapatkan perkhidmatan yang disediakan oleh AADK, atau menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa mengenai permasalahan dadah yang berlaku di tempat masing-masing.

Rasulullah SAW bersabda :

Maksudnya: “Barang siapa di antara kamu yang melihat sesuatu kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya (mencegahnya) dengan tangannya, dan jika ia tidak berkuasa maka dengan lidahnya, dan jika ia tidak berkuasa, maka dengan hatinya, yang demikian itu adalah selemah-lemah iman."

Jika berlaku kemungkaran seperti penyalahgunaan dadah, maka masyarakat juga tidak terlepas dari mengambil inisiatif mencegahnya mengikut kemampuan masing-masing.Tetapi jika tidak berkemampuan mencegahnya, maka laporkanlah kepada pihak berkuasa, kerana ini juga berupa suatu pencegahan dan bantuan kepada pihak Agensi AntiDadah Kebangsaan.

Sidang Jumaat Yang Dikasihi Allah Sekalian,

Dalam usaha untuk memastikan semua pihak merasakan bertanggungjawab untuk membanteras permasalahan dadah, maka dengan itu, Agensi AntiDadah Kebangsaan telah menubuhkan Sukarelawan Antidadah (SKUAD 1MALAYSIA). Matlamat utama penubuhan Sukarelawan Antidadah (SKUAD 1MALAYSIA) ialah supaya semua sukarelawan ini bertindak dan bergerak sebagai satu pasukan yang membantu pihak kerajaan khususnya AADK dalam menangani masalah dan ancaman dadah.Objektif Skuad 1Malaysia adalah seperti berikut:

1. Membantu pihak kerajaan khususnya AADK di dalam membanteras penyalahgunaan dadah;
2. Menggerakkan program-program dan aktiviti pencegahan dadah di dalam komuniti;
3. Memberi sokongan dan membantu bekas-bekas penagih dadah bagi mengekalkan kepulihan total; dan
4. Memastikan penglibatan anggota masyarakat di dalam merealisasikan masyarakat bebas dadah.

Agensi AntiDadah Kebangsaan mengambil kesempatan melalui mimbar pada hari ini, menyeru seluruh masyarakat Malaysia untuk menyertai serta memberi sokongan dan kerjasama kepada Sukarelawan Antidadah (SKUAD 1Malaysia) dalam menyelesaikan permasalahan dadah. Dengan penyertaan,

sokongan dan kerjasama kepada Sukarelawan Antidadah (SKUAD 1Malaysia) ini diharapkan dapat membantu Agensi AntiDadah Kebangsaan melaksanakan tugas mengatasi permasalahan dadah negara. Semangat sukarelawan ini perlu diberi perhatian oleh semua masyarakat di Malaysia untuk membantu kerajaan memerangi permasalahan dadah.

Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis yang maksudnya:
"Dari 'Adi bin Hatim ia berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya Allah tidak akan mengazab orang ramai (orang awam) dengan perbuatan orang-orang yang sedikit sehingga orang ramai tadi melihat kemungkaran di hadapan mata mereka dan mereka berkuasa untuk mencegahnya, tetapi mereka tidak mencegahnya. Sekiranya mereka berbuat demikian, maka Allah akan menurunkan azab-Nya kepada orang-orang yang sedikit tadi dan orang ramai (orang awam)."

Daripada hadis tadi jelas kepada kita bahawa setiap individu adalah bertanggungjawab dalam mencegah kemungkaran dan menyuruh berbuat kebaikan dalam kehidupan bermasyarakat mengikut kemampuan dan kuasa masing-masing.

Oleh itu, marilah kita sama-sama berganding bahu berusaha menjaga kesejahteraan dan keharmonian negara kita daripada masalah dadah. Mudah-mudahan kehidupan kita aman sejahtera dan mendapat perlindungan daripada Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam Surah Ali 'Imran ayat 110 :
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِٱلْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ ٱلْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِٱللَّهِ ۗ وَلَوْ ءَامَنَ أَهْلُ ٱلْكِتَـٰبِ لَكَانَ خَيْرًۭا لَّهُم ۚ مِّنْهُمُ ٱلْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ ٱلْفَـٰسِقُونَ ﴿١١٠﴾

Yang bermaksud:
"Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi faedah umat manusia, kerana kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah, buruk dan keji, serta kamu pula beriman kepada Allah dengan sebenar-benar iman. Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman sebagaimana yang semestinya, tentulah iman itu menjadi baik bagi mereka. Tetapi di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasiq."

Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Perak

Abang, Bangun.. Jangan Tinggalkan Saya.

9 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Kereta tiba-tiba 'terbang'

LEDANG – “Mulanya saya nampak sebuah kereta 'terbang' disusuli dengan bunyi dentuman yang kuat. Saya bergegas keluar rumah dan nampak kereta kancil ini sudah masuk dalam parit,” kata saksi kejadian kemalangan maut di kilometer (KM) 1 Jalan Muar-Tanjung Agas, kelmarin.

Saksi, Sa’yon Hamid, 66, berkata, ketika kejadian kira-kira jam 4.45 petang itu, dia sedang berehat di ruang tamu rumahnya berhadapan jalan terbabit sebelum ternampak sebuah kereta Perodua Kancil dipandu seorang lelaki.

“Tetapi saya hairan apabila kereta ini secara tiba-tiba 'terbang' semasa menghampiri simpang berdekatan kedai makan di sini.

“Saya sangat terkejut lalu keluar rumah dan melihat kereta Kancil ini sudah masuk ke dalam parit berhampiran,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Sa’yon berkata, jarak rumahnya dengan tempat kejadian hanya pada jarak kira-kira 100 meter.

Katanya, setibanya di tempat kejadian, dia melihat pemandu itu berada dalam keadaan lemah di tempat duduk pemandu dengan buih keluar dari mulutnya.

“Mungkin lelaki ini sakit ketika memandu menyebabkan dia hilang kawalan lalu terbabas ke dalam parit.

“Orang ramai mula membanjiri tempat kejadian, lalu salah seorang rakannya menghubungi pihak ambulans Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar tetapi mangsa meninggal dunia beberapa minit kemudian,” katanya.

Isteri mangsa, yang mahu dikenali sebagai Yee, 40-an berkata, dia menganggap insiden yang menimpanya suaminya itu hanyalah mimpi.

“Saya masih tidak percaya dan tidak dapat terima berita ini kerana sebelum kejadian suami tidak menunjukkan sebarang perubahan yang aneh.

“Pagi tadi sebelum keluar bekerja, dia seperti biasa dengan sikap cerianya dan berbual bersama ketika sarapan pagi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris berkata, mayat mangsa, Low Kia Hin, 51, dari Jalan Kim Kee, Muar dibawa ke Hospital Tangkak untuk bedah siasat.

“Hasil bedah siasat mendapati kematian mangsa berpunca daripada tekanan darah tinggi.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. -SH

Pemimpin baik rakyat jadi baik – Abu Hassan Din

9 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU, 2 Mac: “Macam mana mahu menjadikan rakyat yang baik sekiranya pemimpin sendiri tidak mempamerkan sikap sedemikian,” kata pendakwah tersohor, Datuk Abu Hassan Din Al Hafiz (gambar).

Beliau berkata, ramai pemimpin bercakap mahu rakyat hidup dalam keadaan baik dan aman sentosa, namun tindak tanduk pemimpin tidak mencermin ke arah itu.

“Apabila kita berjaya menjana insan yang sempurna barulah keselamatan kehidupan manusia akan lebih terjamin,” katanya pada kuliah perdana di Medan Ilmu di sini, pagi tadi.

Program tersebut diadakan sempena pelancaran Tahun Melawat Kelantan 2012 (TMK@12) malam ini. Di tempat sama petang ini kuliah Asar pula akan disampaikan pendakwah popular masa kini Ustaz Azhar Idrus.

Manakala perasmian TMK@12 akan disempurnakan Tengku Mahkota Kelantan bertempat di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV.

Program tersebut akan diserikan konsert TMK@12 dengan menampilkan artis Ramli Sarip, OPIK dan kumpulan nasyid In-Team.

Medan Ilmu yang menjadi lokasi pembelajaran ilmu agama setiap pagi Jumaat, hari ini tambah sendat dengan program TMK@12.

Khemah besar yang dipasang memanjang di Jalan Dato’ Pati di mana setiap ruang dipenuhi orang ramai. Jalan terbabit ditutup lalu lintas sejak semalam.

Kuliah hampir sejam setengah itu mengupas tajuk Menjana Insan Kamil. Hadir sama anggota Exco, Datuk Takiyuddin Hassan dan Timbalan Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi negeri, Ahmad Baihaki Atiqullah.

Manakala kuliah agama disambung pula Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sehingga berakhir jam 10.35 pagi.

Suasana Medan Ilmu juga seperti pasar tani apabila ramai peniaga mengambil kesempatan berniaga. Fenomena tersebut dapat disaksikan setiap pagi Jumaat.

Ustaz Abu Hassan berkata, sebelum ini ada pemimpin negara sering bercakap mengenai modal insan bagi melahirkan rakyat yang mempunyai kekuatan dalaman.

Sementara itu program pelancaran TMK@12 hari kedua esok akan diserikan dengan perarakan kereta berhias bermula jam 8 malam.

Perarakan itu bermula dari Bandar Baru Tunjung akan melalui Jalan Kuala Krai, Jalan Sultan Ibrahim, Jalan Temenggong, Jalan Hilir Kota dan berakhir di Kota Sultan Ismail Petra.

Pada pagi esok juga diadakan sukan air di Dataran Lembah Sireh bermula jam 9 pagi. Pada 9 malam pula program Citrawarna Kelantan perarakan kebudayaan dan rakyat.

harakahdaily/-

Thaipusam: Perlu garis panduan Jakim elak keliru

9 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 2 Mac: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menyokong cadangan agar satu garis panduan untuk berkunjung ke rumah-rumah ibadat bukan Islam dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) seperti yang dicadangkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria (gambar).

Timbalan ketuanya, Dr Raja Ahmad al-Hiss berkata cadangan tersebut wajar dikemukakan berdasarkan kenyataan awal Harussani berikutan kekeliruan terhadap kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada perayaan Thaipusam baru-baru ini sebagai ‘menggadai akidah’.

Katanya, banyak pihak dan umat Islam keliru dengan kenyataan Harussani terhadap kehadiran Najib ketika itu, pada awalnya mengatakan ‘haram’ dan pada hari berikut pula mengatakan sebaliknya.

Beliau berkata, seperti mana juga yang pernah Pemuda PAS kemukakan aduan dahulu berikutan perbuatan ‘syirik’ Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ketika majlis perasmian pembinaan rumah di Manong, Kuala Kangsar dengan meletakkan ancak ketika menaikkan tiang seri rumah.

“Pada awal kenyataan Tan Sri Harussani juga sama iaitu mengatakan perbuatan tersebut sebagai ‘syirik’.

“Dan umum mengetahui pada hari berikutnya pula, Tan Sri Harussani mengatakan sebaliknya dan sekali lagi umat Islam agak keliru dengan kenyataan yang tidak konsisten tersebut,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Tambahnya, umum mengetahui, ramai kalangan ulama yang melihat sendiri perbuatan Zambry melalui rakaman video dan gambar tersebut yang dibekalkan ketika itu jelas mengatakan perbuatan tersebut sebagai ‘syirik’, tetapi tiba-tiba sahaja Harussani mempertahakan kenyataan awalnya dengan mengatakan sebaliknya sehingga kini.

“Sepatutnya garis panduan yang sama perlu dikemukakan oleh Jakim kerana ianya jelas satu perbuatan ‘syirik’ yang dilakukan oleh pimpinan utama negeri iaitu Datuk Seri Zambry ketika itu,” katanya.

harakahdaily/-

Sungai utama di timur laut India kering

9 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

GUWAHATI: Sebatang sungai utama di timur laut India yang berasal dari Tibet dilaporkan kering tiba-tiba, mencetuskan spekulasi bahawa China bertanggungjawab terhadap kejadian itu, lapor seorang pegawai tempatan kepada AFP semalam.

Sungai yang menjadi sumber keperluan di wilayah Tibet di barat laut China di mana ia dikenali sebagai Yarlung Tsangpo dan mengalir ke India di kawasan pergunungan dan negeri pedalaman Arunachal Pradesh dikenali sebagai Sungai Siang.
Ia mengalir dari negeri bersebelahan Assam dan menjadi sumber air penting untuk pertanian tempatan dan akhirnya menjadi Sungai Brahmaputra, satu daripada sungai terbesar Asia.
“Ia mengejutkan apabila mengetahui Sungai Siang kering dan batu di dasarnya jelas kelihatan di kawasan berhampiran bandar Pasighat,” kata ahli parlimen tempatan, Tako Dabi kepada AFP melalui telefon yang merujuk kepada sebuah bandar di daerah Siang Timur.

“Kami mengesyaki keadaan kering Siang secara tiba-tiba adalah disebabkan China sama ada mengubah aliran sungai di sebelah negara itu atau halangan buatan di bahagian atas,” kata Dabi, seorang penasihat kepada ketua menteri di negeri berkenaan.

Rakaman video dari tempat kejadian menunjukkan Siang, beberapa kilometer lebar di Pasighat, mengalir perlahan menerusi beberapa laluan sempit.

“Penduduk tempatan bimbang kerana sungai berkenaan adalah sumber kehidupan mereka,” kata Dabi.
Ada spekulasi dalam media India mengenai risiko tindakan China mengubah aliran sungai dari Tibet itu dan mengalir masuk ke India atau mengganggu aliran dengan loji hidroelektrik.

Masalah berkenaan berlaku pada hari menteri luar China, Yang Jeichi mengadakan rundingan di New Delhi bersama rakan sejawatnya dari India, S M Krishna.

Mereka memutuskan bahawa 2012 akan menjadi ‘Tahun Kerjasama dan Persahabatan India-China” dalam usaha untuk memulihkan rasa tidak percaya dan syak wasangka yang menjejaskan hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Kedua-dua gergasi Asia itu mempunyai masalah pertikaian sempadan yang tidak dapat diselesaikan menjadi punca kepada pertelagahan berdarah pada 1962.

China mendakwa hampir seluruh Arunachal Pradesh adalah kepunyaannya. – AFP

6 suspek ditahan kes bakar lelaki di Gedangsa

9 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM - Polis Selangor hari ini menahan enam lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian membakar seorang lelaki sehingga tubuhnya melecur 80 peratus di ladang kelapa sawit di Sungai Tengi, Hulu Selangor Ahad lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata mereka yang berusia antara 20 dan 25 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Labu Kubong, Telok Intan Perak pada pukul 4.30 pagi ini.

Mereka kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh, katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata dua daripada mereka adalah penuntut sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), dua lagi jurujual sebuah butik dan bakinya seorang penjual burger dan penghantar surat.

Menurutnya mereka ditahan sepasukan 15 anggota polis Selangor yang menjejaki lokasi mereka di Perak.

Tun Hisan berkata kesemua lelaki itu diberkas hasil siasatan terhadap dua penuntut wanita universiti berusia 19 dan 20 tahun yang ditahan di Shah Alam pada 28 Feb lepas.

Kesemua mereka didapati mengenali satu sama lain dan motif mereka membakar Muhammad Syahirudin Mohd Shauki, 19, dari Kota Damansara disyaki akibat dendam.

Muhammad Syahiruddin kini dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Sementara itu, Tun Hisan berkata polis Selangor menyerbu sebuah unit rumah kedai di Jalan Rengas Taman Selatan Klang, yang beroperasi sebagai mini kasino pada pukul 7 malam tadi.

Polis menahan 20 lelaki berusia antara 39 dan 59 tahun yang leka berjudi dan merampas wang tunai berjumlah RM103,261, 660 keping cip pelbagai saiz dan warna, buku catitan pertaruhan dan 30 biji dadu, katanya.

Beliau berkata polis menerima maklumat mengenai kegiatan mereka sejak seminggu lepas dengan pertaruhan harian paling tinggi mencecah RM1 juta.

Kesemua mereka yang didakwa di Mahkamah Majistret Klang pagi ini mengikut Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, mengaku bersalah dan masing-masing membayar denda RM1,000. - Bernama

PAS dakwa kementerian belia seleweng duit untuk politik

9 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 2 Mac: PAS menuntut Kementerian Belia dan Sukan menjelaskan kewujudan Cawangan Strategik dan Urat Saraf di bawah kementerian itu yang didakwa digunakan untuk tujuan pilihan raya.

Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, kewujudan cawangan itu sangat diragui ketelusannya lebih-lebih lagi ia tidak mendapat kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Menurutnya, cawangan tersebut tiada organisasi khusus, malah peruntukannya diambil daripada bahagian lain dalam kementerian.

"Banyak peruntukan di bawah Kementerian Belia dan Sukan untuk kepentingan belia tapi hakikatnya cawangan ini digunakan untuk tujuan politik, bagi tujuan pilihan raya dengan mewujudkan unit-unit tertentu dalam kementerian.

"Saya angap ini satu penyelewengan apabila mengambil peruntukan dari bahagian lain.

"Semasa pilihan raya Sarawak, cawangan ini bermukim di Sarawak selama tiga bulan dan mengadakan pelbagai program gerak saraf belia yang memakan belanja sehingga RM40 juta. Saya minta Menteri Belia dan Sukan jelaskan perkara ini," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut menambah, Ketua Setiausaha Kementerian juga telah mengarahkan cawangan ini untuk mengadakan program politik di semua daerah lebih iaitu 2,000 program setiap negeri dengan kos RM30 juta untuk Pakar Motivasi, Datuk Dr. Hasan Ali berceramah kepada pengundi muda.

"Nampak sangat Umno guna peruntukan untuk kepentingan politik Umno. Sekarang mereka tak perlu turun padang, hanya guna Hasan Ali sebagai mata kapak dan hulu kapak," katanya.

Selain itu, beliau turut mempersoal "kehilangan RM8juta peruntukan yang sepatutnya digunakan untuk belia pada Himpunan Sejuta Belia 2011.

Menurut maklumat, hanya RM2 juta diterima oleh Majlis Belia.

"Saya setuju kalau peruntukan untuk pembangunan belia, tapi bukan dalam bentuk program himpunan sehari yang tidak memberi apa-apa kesan, hanya seperti Karnival Jom Heboh dan sebagainya," katanya.

Turut dipersoal beliau, kos yang terpaksa ditanggung kerajaan akibat pembatalan belia kreatif 2012 yang sepatutnya diadakan pada 10 hingga 12 Februari lalu serta sebab pembatalannnya.

"Karnival ini telah diiklan secara meluas di media massa tapi akhirnya dibatalkan. Kenapa program ini dibatalkan dan berapa pula kos yang terpaksa ditanggung kerajaan setelah pelbagai promosi telah dilakukan?" soalnya.

Dalam pada itu, beliau meminta Kementerian terbabit menjelaskan bagaimana projek perkhidmatan kafe di 17 Instititut Kemahiran Belia Negara (IKBN) hanya diberikan kepada sebuah syarikat yang berpangkalan di Kelantan.

"Kalau betul kerajaan ingin membangunkan syarikat bumiputera, kenapa hanya beri kepada sebuah syarikat? Sepatutnya kalau ada 17 IKBN, berilah kepada 17 syarikat," katanya.

harakahdaily/-

Hapus tol: Bukti Buku Jingga bukan retorik

9 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 2 Mac: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat tindakan kerajaan menghapuskan bayaran tol RM1 di Plaza Tol Batu 9 menghala Kuala Lumpur dan 90 sen di Plaza Tol Batu 11 menghala Kajang menunjukkan bahawa kerajaan sebenarnya mampu untuk menghapuskan tol di negara ini jika berbuat demikian.

Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, tindakan kerajaan itu membuktikan bahawa kerajaan tidak rugi sekiranya tol-tol di negara ini dihapuskan sebagaimana dakwaan pemimpin mereka sebelum ini.

Ini juga, katanya membuktikan bahawa perjuangan Pakatan Rakyat selama ini yang berusaha menghapuskan tol di negara ini sebenarnya adalah benar dan tidak sia-sia.

“Janji di dalam Buku Jingga bukanlah suatu retorik atau janji palsu, tetapi merupakan realiti yang mampu dilakukan sekiranya kerajaan meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Namun demikian, ujarnya DPPM merasa kesal kerana kerajaan tidak bersedia menghapuskan bayaran tol secara keseluruhan di kawasan terbabit.

Menurutnya, pengurangan sebanyak 50 peratus dianggap sebagai suatu kejayaan besar kepada negara dengan publisiti meluas seolah-olah mereka telah mendapat kemenangan yang dramatik.

Hakikatnya, kata beliau pencapaian kerajaan tidaklah boleh dibanggakan sangat memandangkan mereka hanya mampu mengurangkan bayaran sebanyak 50 peratus.

Itupun, ujarnya keputusan itu diambil setelah bertahun-tahun lamanya pengguna lebuh raya di kawasan terbabit menanggung bebanan membayar tol.

“Sedangkan Pakatan Rakyat (PR) telah berjanji sekiranya PR memenangi Putrajaya dalam PRU ke 13 nanti, keseluruhan kadar tol di kawasan terbabit malah di seluruh negara akan dihapuskan,” katanya lagi.

Malah, jelasnya PR telah mengkaji implikasi terhadap syarikat konsesi tol dan merasa yakin, tol secara keseluruhannya mampu untuk dihapuskan.

“DPPM melihat sendiri bagaimana sorakan ahli dan pemimpin Umno apabila tol di kawasan tersebut diumumkan dihapuskan semalam.

“Ia bererti ahli dan pemimpin Umno sendiri bersetuju bahawa tol adalah suatu bebanan kepada rakyat dan bergembira apabila tol dihapuskan atau dikurangkan,” katanya.

Jika demikian, ujar beliau sudah tentu mereka akan merasa lebih puas jika Pakatan Rakyat pula yang telah berjanji sekarang akan menghapuskannya apabila mendapat mandat kerajaan kelak.

Oleh itu, katanya DPPM mencabar kerajaan supaya mengkaji balik semua perjanjian dengan syarikat konsesi tol dan mengumumkan kepada rakyat bila untuk dihapuskan tol di kesemua lebuh raya secara berperingkat.

Jika tidak, tambah beliau mereka dianggap masih gagal menambat hati rakyat serta tidak mampu menandingi kemampuan Pakatan Rakyat dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

harakahdaily/-

Jutaan pekerja di India mogok

9 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

NEW DELHI - Berjuta-juta pekerja di India mengadakan mogok selama 24 jam, mendesak penambahbaikan terhadap hak-hak tenaga kerja erta penigkatan harga barangan, kelmarin.

Bantahan terbesar itu, disertai 11 kesatuan perdaga­ngan utama dalam negara termasuk gabungan Kongres Kesatuan Sekerja All India (KKSAI), Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan India (KKSKI) dan yang berkaitan dengan parti Kongres.

Beberapa wilayah dihujani protes iaitu New Delhi, Mumbai, timur Kolkata dan Hyderabad menyebabkan beberapa pejabat insurans dan pusat-pusat perniagaan ditu­tup selain kenderaan pengang­kutan awam ditinggalkan ditengah-tengah jalan raya.

sinarharian/-

Letupan bom gegar Selatan Thai

9 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

BANGKOK: Dua anggota tentera dan seorang penolong ketua kampung cedera dalam serangan di Narathiwat dan Yala pagi semalam , manakala beberapa kebakaran berlaku di Pattani, kata polis.

Di Narathiwat, pemisah meletupkan bom buatan sendiri ketika trak pikap yang membawa enam anggota tentera menuju ke kampung Kuching Rupa di daerah Chalerm of Rangae untuk bertugas.

Ketua pasukan itu, Leftenen Rapeepat Mongkol, 25, dan Sarjan Sompot Noochan, 32, cedera manakala kenderaan itu rosak.

Di Yala, penolong ketua kampung, Makruri Mani, 40, sedang dalam perjalanan ke kedai teh di kampungnya di Purong apabila seorang lelaki bersenjata yang menunggang motosikal melepaskan dua tembakan ke arahnya.

Beliau cedera di tangan dibawa ke hospital Yala untuk mendapatkan rawatan. Polis masih menyiasat kejadian itu.

Sementara itu, kebakaran berlaku hampir serentak di enam lokasi berbeza di Pattani, dua di daerah Muang, Khok Pho dan Sai Buri awal pagi, semalam.

Di Muang, kebakaran berlaku di bahagian barangan pengguna di pusat beli belah di Pattani kira-kira jam 1.00 pagi.

Tiga kereta bomba dikejarkan ke tempat kejadian dan api berjaya dikawal 20 minit kemudian selepas menyebabkan kerosakan kepada bangunan dan sebahagian stok.

Seorang pengawal keselamatan, Abdulloh Naelee, berkata beliau mendengar bunyi letupan sebelum melihat api dan asap.

Polis kemudian berkata, kebakaran berpunca daripada bom yang dilemparkan ke dalam bangunan itu.

Pada masa sama, satu lagi kebakaran berlaku di depan pusat beli belah Big C di jalan Nong Chik di daerah Muang. Kebakaran berjaya dipadam pengawal keselamatan bagaimanapun, terdapat kerosakan di bahagian baju kanak-kanak.

Di daerah Khok Pho, kebakaran pertama berlaku di gudang Tanin Parawood Co di Ban Tharua manakala yang kedua berlaku di tingkat pertama Minimart KP.

Gabenor Pattani, Theera Mintrasak, berkata semua empat kebakaran di Muang dan Khok Pho berpunca daripada bom api.

Di Sai Buri, kebakaran tercetus di pejabat lebuh raya menyebabkan sebahagian bangunan dan sebuah bangunan berhampiran rosak.

Sebutir bom tangan turut ditemui di dalam tin dan berjaya dimatikan oleh polis yang tiba di tempat kejadian.

Satu lagi kebakaran berpunca daripada tayar trak yang diletakkan di tepi jalan di Ban Joh Kuyae, menyebabkan kerosakan kecil.

Polis percaya kebakaran dilakukan pemisah Islam. Lebih 5,000 maut dan 8,400 cedera dalam pergolakan di tiga wilayah paling selatan di Thailand sejak keganasan meletus pada Januari 2004. – Agensi

12 maut dalam puting beliung

9 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

FERRELL mencari barangan peribadi milik anak perempuannya yang terbunuh dalam puting di Harrisburg, Illinois, kelmarin. - Foto REUTERS

NASHVILLE: Puting beliung melanda kawasan tengah dan barat Amerika Syarikat semalam, menyebabkan sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh, termasuk enam di Illinois selepas sebuah rumah diterbangkan angin dan menghempap mereka, kata pihak berkuasa.

Cuaca buruk yang melanda enam negeri bermula di Kansas dan Missouri tengah malam kelmarin turut membabitkan kawasan Tennessee dan wilayah Cumberland Plateau, kira-kira sejam dari timur Nashville, menyebabkan dua wanita di Cumberland Countydan seorang di Dekalb County terbunuh, kata pegawai agensi kecemasan.

Tiga orang di Missouri juga terbunuh dalam kejadian ribut yang melanda ketika tengah malam. Satu puting beliau menyebabkan sebuah kelab hiburan terkenal di Branson, Missouri ditutup sementara.

Dua lelaki dan empat wanita maut dalam puting beliung awal pagi yang melanda Harrisburg, Illinois, sebuah bandar dengan hampir 10,000 penduduk, kata Datuk Bandar Eric Gregg yang menyifatkan kejadian ribut itu sebagai kemusnahan yang sungguh ‘dahsyat’.

Di Harrisburg, enam terbunuh akibat angin kencang yang menyebabkan sebuah rumah terbalik dan menimpa sebuah rumah lain.

“Beratus-ratus rumah rosak, manakala berjuta dolar kerugian dicatatkan. Hospital turut mengalami kerosakan. Sebuah pusat beli belah dengan sekurang-kurangnya 10 kedai juga mengalami kemusnahan,” kata Gregg.

Seorang kakitangan di perkhidmatan Perhutanan Amerika Syarikat Mike Hancock bersama beberapa rakannya cuba menyelamatkan mangsa dalam kejadian rumah runtuh yang menyebabkan enam orang terkorban.

“Kami cuba merangkak masuk ke dalam rumah itu tetapi ia tidak cukup stabil, seluruh tapaknya bergegar Kami terpaksa keluar dari situ,” katanya.

Gabenor Illinois, Pat Quinn mengisytiharkan darurat di negeri itu, begitu juga Gabenor Missouri, Jay Nixon yang mengisytiharkan darurat di negerinya, sementara Gabenor Kansas, Sam Brownback mengisytiharkan bencana darurat di Wabaunsee County.

Pusat ramalan ribut Perkhidmatan Kaji Cuaca Kebangsaan menganggarkan kekuatan puting beliung itu adalah EF-4, di mana ia membawa angin selaju 320 km sejam.

Kadar EF-4 meletakkan puting beliung itu setanding dengan kejadian yang membunuh 64 orang di Tuscaloosa, Alabama pada April lalu, dan satu takuk di bawah ribut Joplin dengan kekuatan EF-5 yang memusnahkan seluruh bandar Missouri. – Reuters

Sembilan Kedai di Wakaf Che Yeh Terbakar

9 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KOTA BAHARU: Sembilan buah rumah kedai sederet, hangus dalam satu kebakaran di Wakaf Che Yeh, di sini pada Khamis. Kejadian yang berlaku pada kira-kira jam 5.45 petang itu, disedari oleh orang ramai yang melihat api menjulang dari sebuah kedai yang dipercayai menjual barangan runcit.

Kedai lain yang musnah antaranya kedai tayar dan kedai kopi.

Pemilik kedai tayar, Tan Choong Siang, 40, berkata dia hanya menyedari mengenai kejadian tersebut selepas mendengar jeritan orang ramai selepas api semakin marak.

"Saya sedang berada di dalam kedai bersama seorang anak, Tan Lee Lian, 5, dan ayah, Tan Cheng Li, 80, serta empat orang pekerja yang ketika itu sedang menutup kedai.

"Sejurus mendengar jeritan tersebut, saya keluar dan melihat api di kedai sebelah dan terus mencapai alat pemadam api bagi memadam kebakaran tersebut, namun gagal berikutan api yang marak," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini.

Choong Siang berkata, dia kerugian kira-kira RM300,000 apabila 500 biji tayar dalam kedainya hangus.

Katanya, 300 biji dari tayar itu baru dihantar ke kedainya tengah hari tadi, namun bersyukur kerana semua anggota keluarga serta pekerjanya terselamat.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Penguasa Bomba Shahrin Yusmar Mat Yusof berkata, operasi memadam kebakaran itu diketuai oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kelantan, Azmi Osman.

"Kita menerima panggilan 6.05 petang dan berjaya mengawal api kira-kira 35 minit kemudian.

"Seramai 30 anggota dari Balai Bomba Kota Darulnaim, Balai Bomba Kota Baharu, Balai Bomba Pengkalan Chepa dan Bomba Sukarela Pengkalan Chepa dengan enam jentera, datang untuk memadam kebakaran itu," katanya.

Beliau berkata punca kejadian dan jumlah kerugian belum dapat dipastikan. - BERNAMA

Zambry diminta jelas projek pulau Matangor

9 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

IPOH, 2 Mac: Pemuda PAS Perak mempertikaikan pentadbiran kerajaan negeri Perak pimpinan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir yang masih gagal menjelaskan kegagalan projek marina di pulau Matangor, Pangkor.

Ini kerana, projek yang menelan belanja RM28 juta ini terbiar dan tidak digunakan walaupun sudah siap sejak lima tahun lalu.

Projek yang dilaksanakan oleh Jabatan Laut dan Kementerian Pengangkutan bagi kemudahan pelayar dari seluruh dunia yang melalui Selat Melaka perlu penjelasan lanjut daripada pihak Kerajaan Negeri Perak dan Kerajaan Persekutuan.

Walaupun ianya telah didedahkan awal bulan Oktober tahun lepas, tetapi hasil penyiasatan yang dimaklumkan oleh Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir masih belum menampakkan puncanya, kata Setiausaha Dewan Pemuda PAS Perak, Salman Haji Salleh (gambar kanan).

"Datuk Seri Zambry hanya mampu mengistilahkannya sebagai satu projek ‘Gajah Putih’ dan kini cuba membentuk satu Jawatankuasa Khas untuk memantau projek-projek yang akan dibina pada masa akan datang," katanya.

"Apa yang terjadi dengan projek marina di Pulau Matanggor hingga ke saat ini? Syarikat siapakah yang terlibat di dalam memastikan pelaksanaan projek marina tersebut?" soal Salman lagi.

Tetapi yang paling penting, katanya, siapakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Pangkor ketika pelaksanaan projek tersebut?

Bagi beliau, rakyat dan penduduk Pulau Pangkor tentu kesal dengan projek yang menelan belanja RM28 juta tersebut yang telah berlaku ketirisan sehingga merugikan wang rakyat seluruhnya.

"Sudah tentu nilai RM28 juta tersebut boleh digunakan sebagai bantuan khas kepada penduduk di Pulau Pangkor yang masih tidak mempunyai bekalan elektrik dan air yang sempurna sepertimana yang pernah kami dedahkan sebelum ini," katanya.

Bercakap tentang RM28 juta tersebut, kata Salman, jika digunakan untuk kebaikan rakyat sudah tentu kemudahan rakyat di sana akan lebih baik daripada hanya membina satu projek ‘Gajah Putih’ yang tidak mendapat manafaat rakyat seluruhnya atau penduduk Pulau Pangkor sedia ada di sana!

harakahdaily/-

Selepas NFC, skandal lembu Felcra pula

9 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Dalam sidang akhbar pada 29 Februari 2012 di Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut, Pengerusi Badan Bertindak Peserta Felcra Kebangsaan (BAPA), Tuan Haji Razman Haji Zakaria mendedahkan pelbagai kepincangan di dalam pengurusan projek penggemukan lembu dilaksanakan Felcra yang dimulakan pada hujung tahun 2008.

Projek ini melibatkan pembinaan 17 buah kandang lembu secara berperingkat-peringkat di 17 kawasan ladang yang telah dikenalpasti. Kos kandang ialah RM300,000 sebuah, bermakna jumlahnya ialah RM5,100,000. Ia dimulakan dengan projek perintis di Seberang Perak.

Merujuk kepada potongan laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 6 Jun 2010 yang diedarkan, tender telahpun dikeluarkan untuk pembinaan kandang berkenaan. Pada peringkat awalnya, sebanyak 2,000 ekor lembu akan dibekalkan kepada setiap ladang, bermakna, apabila semua kandang siap dibina, jumlah lembu yang diternak akan meningkat kepada 34,000 ekor, melibatkan kos – pada harga anak lembu RM400 se ekor - sebanyak RM13,600,000. Felcra Berhad memperuntukkan sebanyak RM18 juta untuk projek ini.

Dikatakan, bila dilaksanakan sepenuhnya, projek ternakan lembu ini berupaya menjana pendapatan tambahan sebanyak RM500-1,000 sebulan kepada setiap peserta Felcra yang berjumlah sekitar 92,000 itu (Petikan ucapan Datuk Tajuddin Abdul Rahman dalam potonga akhbar Utusan Malaysia bertarikh 7 Disember 2008 yang diedarkan berbunyi:

“Melalui program ini peserta Felcra diharap mampu menambah pendapatan di antara RM500 hingga RM1,000 sebulan.”) . Ini bermakna perojek ini mampu menjana jumlah pendapatan di antara RM46-92 juta sebulan atau RM552-1,104 juta setahun, amat bermakna bagi peserta Felcra yang rata-ratanya miskin.

Projek dimulakan pada awal tahun 2009 dengan pelancaran projek perintis di ladang Felcra di Seberang Perak yang dikenali sebagai Bio Valley Felcra Berhad , Seberang Perak dengan 800 ekor lembu. Namun, lawatan yang dibuat oleh Haji Razman ke tapak projek baru-baru ini mendapati hanya ada di antara 10-15 ekor lembu yang diternak di situ membayangkan status projek itu sebagai “projek gagal.”

Namun, Felcra nampaknya mendakwa projek perintisnya berjaya. Hasil dari “kejayaan” projek perintis ini, maka itulah Felcra Berhad telah melancarkan projek ternakan lembu besar-besaran pada pertengahan tahun 2010 melibatkan pembinaan 17 buah kandang di 17 buah ladang. Betulkah ladang-ladang ternak lembu ini wujud?

Potongan akhbar Harakah keluaran 16-19 November 2009 yang diedarkan melaporkan bahawa Pengerusi BAPAK ketika itu Akmaluddin Mohd. Noor telah datang ke pejabat akhbar itu mengadu bahawa tambahan pendapatan sebanyak RM500-1000 sebulan kepada 92,000 peserta Felcra selepas enam bulan projek berjalan masih belum lagi dibayar walaupun semasa pengaduan dibuat masa sudah pun berlalu sepuluh bulan.

Beliau lalu menuduh bahawa Pengerusi Felcra, Dato Tajuddin Abdul Rahman telah membuat janji yang tidak munasabah kepada peserta Felcra. Betulkah? Mari kita lihat sama ada munasabah atau tidak janji untuk menambahkan pendapatan peserta Felcra sebanyak RM500-1000 sebulan melalui projek ternakan lembu ini.

Bilangan kandang 17

Bilangan lembu setiap kandang 2,000 ekor

Jumlah lembu 34,000 ekor (17 x 2,000)

Harga anak lembu RM400 se ekor

Kos penggemukan lembu selama 6 bulan RM1,000 se ekor

Lain-lain kos selama 6 bulan RM500 se ekor

Kos menggemukkan lembu selama 6 bulan RM1900 se ekor (400 + 1,000 + 500)

Jumlah kos menggemukkan lembu selama 6 bulan RM64,600,000 (RM1,900 x 34,000)

Harga jualan lembu RM3,000 se ekor

Jumlah hasil jualan RM102,000,000 (RM3,000 x 34,000)

Keuntungan projek dalam 6 bulan RM37,400,000

Bilangan peserta 92,000

Agihan keuntungan kepada peserta (6 bulan) RM406.52 se orang

Agihan kepada perserta setiap bulan RM33.88 se bulan

Ternyata kalau bilangan lembu yang dibela hanya 2,000 ekor setiap kandang setiap bulan, cita-cita untuk menambahkan pendapatan peserta Felcra sebanyak RM500 se orang tidak akan kesampaian. Untuk menambah pendapatan peserta sebanyak RM500 se orang setiap bulan, skala projek harus jauh lebih besar. Mari kita buat perkiraaan.

Tambahan pendapatan bulanan peserta RM500 se orang sebulan

Bilangan peserta 92,000

Jumlah tambahan pendaptan bulanan RM46,000,000 sebulan

Jumlah tambahan pendaptan untuk 6 bulan RM276,000,000

Keuntungan julan lembu RM1100 se ekor

Bilangan lembu yang perlu diternak 250,909 ekor setiap enam bulan

Bilangan lembu diternak dalam setahun 501,818 ekor setahun

Untuk menjana pendapatan tambahan sebanyak RM500 bagi setiap peserta, maka setiap enam bulan secara berterusan, Felcra Agro Industries Berhad kenalah membela dan menggemukkan 250, 909 ekor lembu setiap 6 bulan. Ini adalah satu projek yang amat besar. Harga membeli anak lembu sahaja – RM400 se ekor - sudah melibatkan kos sebanyak RM100,363,600 setiap enam bulan.

Kalau dimasukkan kos penggemukkan dan lain-kos yang terlibat (jumlahnya dianggarkan RM1,900 se ekor lembu), maka kos operasi projek ini boleh mencecah RM476,727,100 se tiap enam bulan. Kalau setahun kosnya menjadi RM953,454,200. Bukankah ini satu jumlah kos yang amat besar? Ini lebih besar dari projek fidlot nasional di Gemas. Kalau peruntukan kepada projek ternakan lembu ini hanya setakat RM18 juta, maka bolehkah di ramalkan projek in sudah gagal sebaik ia bermula.

Atas asas ini maka kata-kata Akmaluddin: “Inilah yang saya katakan projek mustahil Tajuddin” adalah tepat sekali.

Juga didedahkan pada Hari Raya Korban 2009 (sekitar bulan November 2009), Felcra Agro Induaries Berhad telah menjual 45 ekor lembu kepada syarikat induknya, Felcra Berhad pada harga RM3,000 se ekor untuk ibadah korban. Jumlah kosnya RM135,000. Felcra Berhad telah meletakkan perbelanjaan itu di bawah kod alaun keraian Pengerusi Felcra Berhad. Kesemua lembu-lembu itu diagihkan kepada ahli-ahli politik UMNO-BN. Pecahannya seperti berikut:

Ahli Parlimen Batang Sadong, Sarawak 5 ekor

Ahli Parlimen Lenggong, Perak 5 ekor

Ketua Wanita UMNO, Bahagian Padang Serai 5 ekor

Ahli Parlimen Pasir Salak 30 ekor

Walau bagaimana pun, berdasarkan rekod resmi penghantaran, hanya 37 ekor lembu sahaja dihantar ke pelbagai lokasi termasuk 10 ekor ke rumah kediaman Ahli Parlimen Pasir Salak yang juga Pengerusi Felcra. Tiada bukti penghantaran telah dibuat ke Batang Sadong, Sarawak (5 ekor) dan ke Bahagian UMNO Padang Serai (5 ekor). Kalau lembu dihantar ke kedua tempat ini, jumlahnya menjadi 47 ekor sedangkan pesanan hanya 45 ekor. Ini menimbulkan keraguan: Betulkah lembu telah diagihkan sehingga ke Sarawak? Bagaimanakah ia dihantar? Dengan kapal terbangkah?

Jelas di sini bahawa harta milik seramai 92,000 peserta Felcra telah disalahgunakan oleh pemimpin politik UMNO-BN untuk kepentingan politik mereka. Yang memberi lembu korban bukan ahli politik ini tetapi 92,000 peserta Felcra. Ia adalah satu bentuk penyalahgunaan kuasa di dalam pengurusan Felcra.

Dicadangkan peserta Felcra wajar membuat aduan polis akan hal ini. Juga, disyorkan peserta Felcra pergi melawat kesemua 17 kadang lembu bagi menentukan berapa ekor lembu yang ada. Betulkah ada? Jangan-jangan ini satu lagi projek auta UMNO-BN bertujuan menyelewengkan dana pembasmian kemiskinan.

Felcra Bela Lembu

Detik cemas ketika gadis mahu bunuh diri

9 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

CHANGSHA, China - Seorang gadis berusia 24 tahun gagal untuk membunuh diri dari sebuah bangunan selepas anggota-anggota polis berjaya menggagalkan rancangannya untuk terjun dari tingkat 32 di sini pada Isnin lalu.

Tangan, kaki dan paha gadis tersebut yang memakai seluar panjang ditarik masuk ke dalam sebuah tingkap di tingkat 32 bangunan itu oleh beberapa anggota polis.

Insiden yang berlaku lebih tiga jam itu bermula selepas gadis itu bertinggung di atas simen yang terdapat di atas sebuah tingkap.

Gadis itu mahu membunuh diri kerana dia tidak mempunyai pekerjaan dan kekasih manakala anggota keluarganya kerap menengkingnya. - Agensi

Nafi hudud dalam al-Quran bermakna tolak al-Quran

9 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 2 Mac: Menyatakan bahawa hukum hudud tidak terdapat dalam al-Quran dan hanya ciptaan manusia boleh menjejaskan aqidah.

Menurut Yang Dipertua Persatuan Ulama' Malaysia (PUM), Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir (gambar), kenyataan seperti itu juga bermaksud menolak al-Quran itu sendiri.

"Hukum hudud ini ditentukan oleh Allah, dalam al-Quran disebut secara jelas. Sepakat ulama juga tetap bahawa hukum hudud ada dalam al-Quran seperti hukum potong tangan dan bunuh balas (qisas).

"Sesiapa yang menidakkan hudud dalam al-Quran, maksudnya dia tolak al-Quran," tegasnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Sedangkan katanya rukun iman yang keempat adalah percaya kepada kitab Allah termasuk al-Quran.

Beliau yang juga bekas Mufti Kerajaan Terengganu berkata demikian ketika diminta memberi pandangan terhadap kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu program bersama mahasiswa baru-baru ini bahawa hudud tidak ada dalam al-Quran dan perlaksanaannya tidak adil.

Rakaman video ucapan Mahathir itu juga kini disebar meluas di internet khususnya di Youtube.

Dalam perkembangan lain, AJK PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik turut menggesa para alim ulama, mufti hingga ke Majlis Raja-Raja Melayu menegur Mahathir yang juga mantan Presiden Umno itu.

Ini kerana kenyataan Mahathir itu bukan sahaja boleh disifatkan teroesong dari ajaran Islam malah boleh mengelirukan umat Islam seluruhnya.

“Kenyataan Tun Dr Mahathir ini ‘besar’ (salah) apabila menafikan hudud atau mengatakan hudud tidak ada dalam al-Quran. Sedangkan perkataan hudud itu sendiri jelas disebut dalam al-Quran.

“Hukum hudud bermakna hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh al-Quran secara nas qat’ie iaitu nas yang putus seperti hukum mencuri, hukum berzina ada dalam al-Quran.

“Begitu juga dengan nas yang berhubung dengan murtad, nas berhubung dengan arak, qazaf dan semuanya ada jelas dalam al-Quran,” jelasnya.

Dalam pada itu, Dewan Pemuda PAS Pusat pula akan membincangkan perkara itu dalam mesyuarat mereka minggu depan.

"Insyaallah, minggu depan meeting DPPM, saya akan bincang dgn rakan-rakan bentuk tindakan wajar dan sesuai ke atas Tun Mahathir atas istiqamah kenyataannya yg menolak hukum hudud dan menyebutnya ia tdk terdapat di dalam al quran.

"Mungkin DPPM akan request untuk bertemu Tun Mahathir bagi menyampaikan betul duduk hukum hudud," kata ketuanya Nasruddin Hassan di laman Facebooknya.

harakahdaily/-

Dua lagi askar Amerika Syarikat maut ditembak di Afghanistan

9 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KABUL 2 Mac - Dua lagi askar Amerika Syarikat (AS) maut akibat ditembak di sebuah pangkalan bersama di selatan Afghanistan, semalam.

Kejadian itu dipercayai didalangi askar tempatan, berlaku tidak sampai seminggu selepas dua askar Pertubuhan Atlantik Utara (NATO) ditembak di Kementerian Luar Afghanistan, Sabtu lalu.

Sekurang-kurangnya lima askar pasukan itu dibunuh oleh pasukan keselamatan Afghanistan, sebagai tanda protes terhadap tindakan pembakaran al-Quran di pangkalan NATO bulan lalu. - REUTERS

Mahathir beri bayangan, 'Tun' lain juga terlibat

9 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

SEREMBAN, 2 Mac: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Zulkefly Mohamad Omar (gambar) berkata, gesaan Tun Dr Mahathir Mohamad agar semua Tun juga mesti diaudit, memberi gambaran bahawa mungkin pemimpin lain juga terlibat dengan skandal kewangan.

"Mahathir tidak menafikan dakwaan tersebut sebaliknya berkata siasatan dan audit juga harus dilakukan kepada semua individu bergelar Tun.

"Kenyataan Mahathir ini juga memberi petanda bahawa beliau mungkin menyimpan banyak rahsia tentang individu-individu yang bergelar Tun yang mungkin ada kaitan dengan pelbagai skandal kewangan", tegas Zulkefly.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mahathir baru-baru ini yang menggesa semua Tun perlu diaudit dan bukan dirinya sahaja.

"Bukan sahaja saya, semua Tun mesti diaudit.Begitu juga dengan anak-anak dan cucu-cicit mereka," kata Mahathir pada satu sidang media 29 Februari lalu.

Ianya sebagai respons terhadap desakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang supaya Mahathir diaudit ekoran kerugian RM100 billion ketika beliau menjadi perdana menteri.

"Jika dakwaan Kit Siang itu tidak benar, beliau boleh menafikan tetapi di sini beliau melontarkan bola kepada umum seolah-olah berkata bukan beliau seorang sahaja yang terlibat sebaliknya individu lain yang bergelar Tun juga harus disiasat dan diaudit," kata Zulkefly.

harakahdaily/-

Tiga Pendatang Baru Tersenarai Sebagai Orang Terkaya Di Malaysia

9 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

PETALING JAYA: Tiga pendatang baru kini tersenarai sebagai 40 orang paling kaya di Malaysia menurut senarai terbaru yang dikeluarkan oleh Majalah Forbes.

Muncul kali pertama dengan berada di rangking ke-22, doktor perubatan yang kini bergelar usahawan, Tan Sri Dr Ninian Morgan Lourdenadin, mencatatkan peningkatan secara mendadak dengan aset bersih bernilai US$500 juta (RM1.5 bilion).

Sebagai Ketua Pegawai Ekesekutif MBF Holdings, beliau menjalankan perniagaan haratanah, pelancongan serta perniagaan perkhidmatan industri perubatan dari Malaysia ke Fiji, Papua New Guinea dan Australia.

Seorang lagi pendatang baru adalah, Pengarah Urusan dan Pengerusi Crescendo Corp Bhd, Gooi Seong Lim yang kini berada ditempat ke-34 dengan aset bersih bernilai US$220 juta (RM660 juta).

Turut tersenarai, Pengarah Pacific Andes International Holdings, Ng Joo Siang yang mengambil alih perniagaan keluarga dari bapanya berada di tangga ke-37 dengan aset bernilai RMUS$185 juta (RM555 juta)

Kekayaan 40 hartawan Malaysia dianggarkan bernilai US$64.4 bilion (RM193 bilion) meningkat sebanyak US$2.3 bilion (RM6.9bilion) dari tahun lepas.

Malaysia kini memiliki 11 hartawan berbanding 10 pada tahun lalu. Adik beradik Lee Oi Han dan Lee Hau Hian yang mempunyai perniagaan kelapa sawit dan kilang larutan kimia Batu Kawan kini berjaya menduduki tangga ke-10 pada tahun ini.

Kekayaan mereka meningkat sebanyak 22 peratus di Batu Kawan kerana peningkatan harga kelapa sawit.

Walaupun terdapat beberapa pendatang baru, namun senarai teratas hartawan paling kaya serta berpengaruh di Malaysia berjaya mengekalkan kedudukan masing-masing biarpun selepas mengalami kemerosotan dalam nilai asset bersih yang dimiliki.

Tan Sri Robert Kuok kekal sebagai orang paling kaya di Malaysia dengan asset bernilai US$12.4 bilion (RM37.2 bilion) menurun sedikit dari US$12.5 bilion (RM37.5 bilion) pada tahun lalu.

Kuok, 88, telah tersenarai sebagai orang paling kaya sejak 2006 apabila Forbes Asia memperkenalkan senarai 40 orang paling kaya di Malaysia.

Beliau mempunyai empayar luas dalam industri gula, minyak sawit industri perkapalan serta hartanah di negara ini.

Ditangga kedua, taikun telekomunikasi, Ananda Krishnan, 72, kekal dengan denngan asset bersih bernilai US$400 juta (RM1.2 bilion).

Ditempat ketiga adalah, pemilik Genting Group, Puan Sri Lee Kim Hua yang mencacatkan penuruan asset bersih sebanyak 1.5 peratus daripada US$6.5 bilion (RM19.5 bilion) sementara anaknya Lim Kok Thay turut mencatatkan penurunan asset sebanyak 9 peratus daripada US$605 juta (RM1.8 bilion)

mstar/-

Pengecas bateri berkuasa air untuk telefon bimbit

9 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

SEBUAH pengecas FC PowerTrekk (kiri) berada di tepi sebuah telefon bimbit yang dipamerkan pada Kongres Telefon Bimbit Sedunia di Barcelona kelmarin.

BARCELONA, Sepanyol - Sebuah firma Sweden, MyFC mengeluarkan pengecas bateri berkuasa air yang boleh digunakan untuk mengecas telefon bimbit seperti iPhone di luar rumah.

Pengecas itu menukarkan air menjadi tenaga elektrik.

Ia yang dikenali sebagai FC PowerTrekk amat berguna kepada pengembara, pekerja bantuan dan anggota tentera.

Ketua Eksekutif MyFC, Bjorn Westerholm berkata, pengecas itu boleh menggunakan air laut dan air tawar. - Agensi

Pelantikan Yang Dipertua Maipp selesai 9 Mac

9 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KEPALA BATAS, 2 Mac: Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman berharap isu perlantikan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) selesai menjelang 9 Mac ini.

Ini, katanya apabila Yang di-Pertuan Agong menamakan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Datuk Saleh Man (gambar) mengisi kekosongan tersebut.

Beliau ketika ditemui di majlis penyampaian sumbangan mangsa ribut di Kampung Lahar Tiang, Pinang Tunggal, Kepala Batas semalam menjelaskan, keputusan mesyuarat exco baru-baru ini telah menamakan Saleh menggantikan Yang Dipertua Maipp sekarang, Ustaz Elias Zakaria.

"Nama Datuk Saleh Man sudah dipersetujui dalam mesyuarat exco dan telah pun dihantar untuk mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Insya Allah pada 9 Mac isu ini akan selesai," jelasnya.

Menurutnya, selagi perlantikan Yang Dipertua Maipp tidak diselesaikan secepat mungkin banyak perkara terbantut membabitkan peruntukan, program, kursus dan sebagainya.

Apa pun katanya, semua pihak hendaklah menunggu pengisytiharan jawatan Yang Dipertua Maipp terlebih dahulu barulah boleh menggerakkan, menyusun kembali dan mencadangkan program untuk menambah mutu Maipp.

Sebelum ini, Saleh yang juga Adun Permatang Pasir disebut-sebut memandangkan beliau merupakan Timbalan YDP Maipp dan sering menggantikan yang dipertua untuk merasmikan perbagai program ekoran masalah kesihatan Elias.

Semasa kempen Pilihan raya Kecil Permatang Pasir dua tahun lalu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah mengumumkan jika Saleh berjaya memenanginya, beliau merupakan individu paling layak menggantikan Yang Dipertua Maipp ketika itu, Shabudin Yahya.

HARAKAHDAILY/-

'Penyokong BN kasari kami di majlis Najib'

9 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Lee Kee Hiong dan beberapa yang lain mendakwa mereka telah dikasari di luar SRJK (C) Bandar Sungai Long, Selangor, beberapa minit sebelum ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk majlis pecah tanah sekolah tersebut hari ini.

Lee (kiri), seorang ahli DAP, berkata beliau pergi ke sana dengan rombongan kira-kira 20 ahli dan bekas ahli majlis perbandaran itu dan penduduk, dengan memakai baju hijau, tetapi mereka dihalang oleh seorang lelaki berbaju hitam selepas pemeriksaan keselamatan dibuat oleh pihak polis di tempat kejadian.

Pada masa itu, seseorang berteriak kepada kumpulan itu 'Bos kata tidak boleh masuk' dan menurut Lee, beliau, seorang anggota kumpulannya menjawab bahawa mereka hanya ke situ untuk makan.

Mereka kemudiannya didatangi kira-kira 30 hingga 40 orang, yang didakwanya memakai baju BN dan 1Malaysia, dan mengkasari empat orang dalam kumpulannya.

Lee berkata, polis yang berada di tempat kejadian cuba untuk meleraikannya, tetapi tidak mampu menghalang kumpulan yang ramai itu.

"Sejak (menyertai politik pada) 1993, inilah kali pertama saya rasa dilindungi oleh polis," kata Lee ketika dihubungi.

Beliau bimbang keadaan mungkin menjadi bertambah buruk sekiranya pihak polis tidak menghalangnya.

Lee mendakwa ketika kejadian itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar muncul dan menjerit 'Mengapa datang nak buat kacau?"

Seseorang menjawab yang mereka mendapat risalah yang menyatakan 'semua dijemput' dan menambah "kami hanya mahu makan, mengapa tak boleh?"

Seorang yang didakwa Lee sebagai pembantu kepada Noh, telah menolaknya.

Polis akhirnya mengiringi Lee dan kumpulannya beredar dari situ.

Malaysiakini telah cuba menghubungi Noh tetapi tidak berjaya.

Berucap di majlis itu kemudiannya, perdana menteri mengumumkan pemansuhan bayaran tol RM1 menghala ke Kuala Lumpur di Plaza Tol Batu 9 dan bayaran 90 sen di Plaza Tol Batu 11 menghala ke Kajang, berkuatkuasa tengah malam ini.

Katanya, keputusan kerajaan itu akan mengurangkan beban pengguna yang kerap menggunakan Lebuh Raya Cheras-Kajang sebanyak 50 peratus, atau pengurangan bayaran tol daripada RM3.80 kepada RM1.90 untuk dua hala.

Di majlis itu, Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan RM4.5 juta untuk membiayai sebahagian kos pembinaan sekolah berkenaan.

Sekolah itu akan dibina di tanah seluas 2.4 hektar. Ia mempunyai 36 buah bilik darjah untuk kemudahan 1,500 murid di kawasan berkenaan.

malaysiakini/-

Israel bina pusat perlindungan bom

9 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

SEORANG pengawal keselamatan membuka sebuah pintu kecemasan di kawasan meletak kenderaan di bawah tanah yang diubahsuai menjadi sebuah pusat perlindungan bom di Habima, Tel Aviv kelmarin.

TEL AVIV, Israel – Israel membina sebuah pusat perlindungan bom di bawah bangunan sebuah plaza dekat Teater Kebangsaan Habima di sini.

Kerja-kerja bagi membina pusat perlindungan itu kini memasuki peringkat terakhir.

Pusat perlindungan itu mempunyai tempat tinggal untuk lebih 1,600 orang.

Ia merupakan sebahagian daripada infrastruktur pertahanan di sini.

Pusat perlindungan itu mempunyai sistem penapisan bagi memastikan orang ramai yang berlindung masih dapat menghirup udara yang tidak tercemar walaupun terdapat satu serangan kimia.

Ia dibina sebagai sebahagian daripada kerja-kerja pengubahsuaian sebuah bangunan pawagam yang siap dilakukan pada lewat tahun lalu.

Jurucakap Kementerian Pertahanan, Roi Flyshman berkata, pusat perlindungan itu amat canggih.

Pusat perlindungan itu merupakan tempat meletak kereta bawah tanah yang telah diubahsuai.

“Sejumlah tempat meletak kenderaan di negara ini boleh menjadi pusat perlindungan dan kami akan mencontohi pembinaan pusat perlindungan bom itu,” katanya.

Ketua Pengarah Pusat Perubahan Sourasky di sini, Gabi Barbash berkata, sebuah tempat meletak kereta bawah tanah boleh diubah menjadi sebuah wad kecemasan dengan 1,000 buah katil dalam tempoh 48 jam.

Pusat perlindungan bom itu dibina ketika timbul spekulasi bahawa Israel akan menyerang Iran ekoran isu program nuklear. – Agensi

'Papa, mama... tolong saya!'

9 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

SUBANG JAYA – Para ibu bapa yang mempunyai anak-anak bersekolah dinasihatkan supaya tidak terjerat dengan panggilan telefon “papa, mama... tolong saya!” kerana itu hanya taktik penjenayah yang cuba mendapatkan wang tebusan tanpa ada mangsa diculik.

Sindiket penipuan itu dikesan masih berterusan dan sepanjang tahun lalu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang menerima 10 kes dengan empat mangsa tertipu membabitkan kerugian berjumlah RM57,000.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Serdang, Asisten Superintendan Azani Saupi berkata, siasatan polis daripada kes-kes culik palsu itu mendapati sindiket jenayah terbabit didalangi warga tempatan yang akan menghubungi ibu bapa mendakwa anak mereka diculik.

“Penjenayah ini kemudian menggunakan suara kanak-kanak menangis yang dirakam menyebabkan ibu bapa yang menerima panggilan itu akan panik dan mengikut arahan penjenayah itu kerana mahu menyelamatkan anak mereka,” kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

kosmo/-

Tauke-tauke tidak mahu sponsor Najib untuk PRU13

9 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Najib dan Umno sekarang ini sedang berusaha mencari Dana Pilihanraya yang dianggarkan mencecah berbilion Ringgit. Setiap seorang calon ahli parlimen sahaja akan diberi peruntukan RM2.5juta… itu belum lagi wang yang hendak di’rasuah’kan kepada pengundi… kos logistik, kos menggerakkan jentera dan sebagainya…

Dan yang paling merunsingkan Najib dan Umno sekarang ini adalah masalah mendapatkan sumber kewangan, terutamanya dari ‘tauke-tauke’ besar sepertimana yang berlaku pada pilihanraya2 yang lepas.

Dahulu, ‘tauke-tauke’ ini memberikan sumbangan kepada UmnoBn. Tetapi kali ini, masalah besar timbul apabila mereka tidak lagi mahu memberi sumbangan kepada UmnoBn atas sebab-sebab yang agak rahsia, tetapi berkaitan dengan kepentingan diri mereka sendiri.

Najib Sedang Kais Pagi Dan Petang

Sekarang ini sudah jelas kelihatan Najib dan konco-konconya sedang berusaha untuk mengaut sebanyak mungkin dana yang diperlukan untuk menghadapi pilihanraya.

Dengan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGVH) sahaja, dijangkakan modal berbayar pada nilai par FGVH ialah RM6 billion dan dijangkakan akan melonjak kepada RM20-21 billion dalam jangkamasa terdekat pasca penyenaraian.

Walaupun terbukti penyenaraian FGVH ini akan menghancurkan kehidupan peneroka di masa akan datang, tetapi dalam masa penyenaraian itu, peneroka-peneroka akan diberi puluhan ribu ringgit untuk mengaburi mata mereka.

Najib dan UmnoBn juga akan menggunakan RM1.5 bilion daripada dana KWSP untuk membantu membiayai skim pembelian rumah kos rendah.

Wang ini sudah semestinya akan disalurkan sebaik sahaja projek perumahan itu diluluskan untuk pembinaan. Dalam masa pembinaan yang memakan masa bertahun, wang RM1.5 bilion tersebut akan digunakan dahulu sebagai dana pilihanraya.

Business Times melaporkan semalam bahawa Khairy telah dimanfaatkan untuk mengetuai Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB), sebagai satu langkah untuk memastikan Ketua Pemuda Umno itu yang tidak mempunyai jawatan rasmi di luar UmnoBn mendapat jawatan di dalam kerajaan bagi mengukuhkan kedudukannya menjelang PRU13.

Perlantikan Khairy sebagai Pengerusi PUNB akan memberi manfaat kepada Umno bukannya kepada Melayu dan ia akan menjadi satu langkah ke belakang untuk masyarakat Bumiputera, kerana dengan perlantikan itu jelas menunjukkan bahawa kepentingan fahaman politik, tidak berkeupayaan dan pengalaman diberi jawatan tertinggi dalam GLC kerajaan.

Kerugian Melampau

Dalam satu kenyataan, syarikat pengeluar kereta nasional Proton Holdings Bhd telah mencapai kerugian sebelum cukai sebanyak RM84.054 juta bagi suku ketiga berakhir 31 Dis, 2011. Dan pendapatan syarikat telah berkurangan kepada RM1.432 bilion daripada RM1.833 bilion tahun sebelumnya.

Scomi Engineering Bhd mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM70.721 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2011. Pendapatan susut kepada RM303.65 juta.

Scomi Marine Bhd pula mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM116.47 juta bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Dis, 2011. Hasil jatuh kepada RM390.82 juta daripada RM409.029 juta setahun yang lalu.

Semalam satu pengumuman mengejutkan apabila kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ahmad Jauhari Yahya, Malaysian Airline System Bhd (MAS) yang menyatakan bahawa MAS mencatatkan kerugian besar sebanyak RM2.52 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2011. Bagi suku keempat, syarikat penerbangan nasional itu mencatatkan RM1.28 bilion dalam kerugian bersih, pada perolehan sebanyak RM3.68 bilion.

Apakah segala kerugian besar yang diumumkan ini ada kaitan dengan PRU 13 yang akan datang ?!!!

Segala-galanya ada berkaitan dengan dana Pilihanraya umnoBn ?!!!

harakahdaily/-

Pertemuan mahabbah PAS Pusat, Kedah malam esok

9 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 2 Mac: Semua ahli jawatankuasa PAS Pusat akan mengadakan pertemuan mahabbah dengan PAS Kedah malam esok bagi mendengar segala permasalahan di pihak kepimpinan parti negeri itu.

Naib Presidennya, Salahudin Ayub (gambar) berkata, pimpinan tertinggi PAS termasuk Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan turun ke Kedah bagi bertemu dengan kedua-dua pihak iaitu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Exco, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi.

"Kami mengambil keputusan untuk mengadakan pertemuan pada Sabtu di Alor Setar, Kedah di mana kami akan mengadakan perjumpaan mahabbah di antara kedua-dua belah pihak iaitu Ustaz Azizan dan Datuk Phahrolrazi," kata beliau selepas mesyuarat khas jawatankuasa PAS Pusat yang berlangsung kira-kira empat jam di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut malam tadi.

Mesyuarat kira-kira empat jam itu diadakan bertujuan menyelesaikan kemelut di Kedah selepas Phahrolrazi enggan dilantik semula sebagai exco kerajaan negeri.

Sementara itu, Timbalan Presiden, Mohamad Sabu berkata, PAS Pusat yakin isu tersebut dapat diselesaikan dengan baik setelah mengadakan 'pertemuan mesra' dengan semua peringkat di Kedah.

"Malam ini kami telah mengadakan perjumpaan secara harmoni, dan mengambil berat apa yang berlaku.

"Oleh itu, PAS akan turun bermesra dengan semua peringkat iaitu Dewan Ulama, Pemuda dan perhubungan negeri dan akan dengar semua pandangan dan penyelasain sedang diatur dan saya yakin PAS akan muncul lebih kuat selepas ini," katanya.

Turut bersama pada sidang media, setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali.

Selasa lalu, Mohamad Sabu, Salahudin Ayub dan Penolong Setiausaha Agung, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi mengadakan pertemuan hati ke hati dengan Azizan dan Phahrolrazi secara berasingan bagi menyelesaikan masalah mereka.

Hasil pertemuan tersebut dibawa ke mesyuarat malam tadi.

Selasa lalu, lapan Exco Kedah mengangkat sumpah jawatan masing-masing di depan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah.

Dua lagi exco iaitu Phahrolrazi dan Datuk Dr Ismail Salleh dijangka akan mengangkat sumpah jawatan mereka selepas ini.

Bagaimanapu, Phahrolrazi dikatakan enggan menyambung jawatannya.

harakahdaily/-

Erykah: The Star bakal terima hukuman hari ini

9 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 2 Mac: Lima editor akhbar The Star termasuk yang bertanggungjawab memasukkan gambar penyanyi Erykah Badu yang bertatu perkataan 'Allah' dalam akhbar itu 27 Februari lalu dipanggil berjumpa dengan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya, pagi ini.

Mereka dijangka akan menerima hukuman daripada KDN berhubung penyiaran gambar kontroversi Erykah itu yang menimbulkan kemarahan umat Islam.

Akhbar The Star di dalam halaman Star 2 - Music pada muka surat 17 pada artikel bertajuk Living off the wall menyiarkan gambar penyanyi Neo-Soul kelahiran Texan, Amerika Syarikat itu yang jelas menampakkan tatu perkataan 'Allah' dalam tulisan Arab di dadanya.

Artikel itu berkaitan dengan konsert Erykah yang diadakan di Pusat Konvevsyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 29 Februari.

Ekoran bantahan umat Islam termasuk Pemuda PAS Malaysia, pihak Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan membatalkan konsert itu.

harakahdaily/-

Putrajaya, Bangi putus bekalan elektrik

9 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

STESEN pencawang TNB di Bandar Baru Bangi terbakar malam tadi menyebabkan bekalan elektrik terganggu di Bangi dan Putrajaya.

KUALA LUMPUR - Sebahagian besar kawasan di Bandar Baru Bangi dan Putrajaya dekat sini bergelap kira-kira sejam semalam apabila sebuah pencawang elektrik di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi terbakar kira-kira pukul 9.20 malam tadi.

Gangguan tersebut turut melibatkan kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana di Putrajaya.

Jurucakap Tenaga Nasional Berhad (TNB) ketika dihubungi memberitahu, bekalan elektrik di dua kawasan tersebut bagaimanapun dipulihkan semula secara berperingkat-peringkat mulai pukul 10.30 malam.

"Gangguan elektrik di kedua-dua kawasan tersebut bermula kira-kira pukul 9.20 malam tetapi bekalan elektrik mula disambung semula secara berperingkat-peringkat 50 minit kemudian," katanya ketika dihubungi Kosmo! malam tadi.

kosmo/-