20 February 2012

Parti pimpinan Susilo merosot

27 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

JAKARTA: Kajian terbaru yang dijalankan oleh Institut Kaji Selidik Indonesia (LSI) menunjukkan sokogan terhadap Parti Demokrat pimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono semakin merosot, hanya 13,7 peratus berbanding 21 peratus pada 2009.

Kajian itu sebaliknya mendapati Parti Golkar meraih lebih banyak undi berbanding Demokrat.

“Jika pilihan raya diadakan hari ini, Golkar akan meraih undi paling banyak, sehingga 15.5 peratus. Parti Demokrat akan berada di tempat kedua dengan 13.7 peratus,” kata penyelidik LSI, Burhanuddin Muhtadi pada sidang akhbar di Jakarta, semalam.

Kemerosotan sokongan terhadap parti pemerintah itu dilihat berpunca daripada beberapa kes rasuah yang terbongkar sejak kebelakangan ini.

Bagaimanapun, parti pimpinan Presiden Susilo itu masih berada dalam keadaan lebih baik berbanding Parti Demokratik Indonesia-Perjuangan (PDIP) pimpinan bekas Presiden Megawati Sukarnoputri. - JP

Keladi Bumbu Pedas

27 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Bahan-bahan:

10 batang keladi - dipotong panjang

Dikisar halus:

100 gm udang kering
3cm belacan
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia

2 batang serai
10 tangkai cili kering
3 keping asam gelugur
1 kuntum bunga kunyit - dibelah empat
4 helai daun kunyit - dihiris
6 helai daun bebuas - dikisar halus
200 gm kulit lembu
100 gm bumbu bubur pedas
Garam, gula dan serbuk perasa.

Bahan Membuat Bumbu Pedas:

1 cawan kelapa hiris
1 cawan beras
Sedikit sebuk kunyit
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
10 tangkai cili kering
1 batang serai
Sedikit lengkuas
2 cm halia

Cara Menyediakan Bumbu:

1. Sangai beras hingga kekuningan, kemudian sangai pula kepala hiris hingga kering. Kisar halus bahan-bahan ini secara berasingan.

2. Kisar pula bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga cengkih.

3. Kisar juga serai, cili, lengkuas dan halia berasingan.

4. Gaulkan beras kisar, kelapa dan serbuk kunyit. Campurkan bahan-bahan lain.

5. Gunakan cuma 10 gm campuran bumbu pedas untuk menyediakan sayur keladi. Selebihnya simpan dalam bekas kedap udara untuk digunakan lain kali.

Cara Menyediakan Sayur Keladi:

1. Didihkan air dan masukkan batang keladi.

2. Apabila lembut, masukkan bahan kisar, asam keping, kulit lembu, garam dan gula. Didihkan hingga kulit lembu empuk.

3. Masukkan bumbu pedas diikuti daun bebuas, daun kunyit serta bunya kunyit.

sajionline/-

Najib ajak rakyat pilih PAS

27 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 20 Feb: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyarankan umat Islam di negara ini memilih parti politik yang benar-benar dapat memartabat dan menjamin kesucian agama Islam di negara ini.

Justeru, DPPM menganggap Datuk Seri Najib baru sedar atau insaf bahawa menjadi kewajipan serta tanggungjawab umat Islam untuk memilih pemimpin dan parti politik yang benar-benar memartabatkan agama Islam.

“Selama ini, pemimpin-pemimpin Umno lebih bercakap soal politik dengan mengenepikan kepentingan Islam dalam politik. Malah Islam dianggap terpisah dari pemerintahan dan pentadbiran negara

“Islam dianggap perkara sampingan yang hanya duduk di masjid dan upacara keagamaan dan tidak boleh dicampurkan dengan politik,” kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor (gambar) kepada Harakahdaily.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Najib yang menyebut demikian sewaktu berucap di majlis Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaaan di Kuala Lumpur, semalam.

Tambahnya, pemimpin PAS yang bercakap soal Islam dituduh mempergunakan agama demi kepentingan politik sedangkan itulah tuntutan agama Islam.

Oleh yang demikian, ujarnya DPPM menyarankan supaya umat Islam memilih PAS sebagai wadah perjuangan dan pilihan mereka.

Ini, katanya kerana PAS sejak dahulu sehingga kini memperjuangkan Islam sebagai teras perjuangannya.

“Dengan namanya Parti Islam Se-Malaysia, latar belakangnya Islam, Perlembagaannya serta dasarnya untuk menegakkan agama Islam di negara ini, malah kepemimpinannya diterajui Majlis Syura Ulamak,” jelasnya lagi.

Beliau menambah, sifat perjuangan PAS juga menyeluruh dengan menjadikan semua umat Islam sebagai saudara seperjuangannya tanpa mengira warna kulit mahupun bangsa atau kaum.

“Justeru, apakah alasan lain bagi menafikan PAS sebagai parti Islam yang wajar diterima dan dipilih oleh rakyat?” tanya beliau.

Selain itu, katanya kepemimpinan yang amanah dan bersih diterapkan sesuai dengan dasar Islamnya.

Menurutnya lagi, Negeri Kelantan yang diperintah oleh PAS sejak 20 tahun dahulu memperlihatkan kebersihan pemimpinnnya dari rekod rasuah atau penyalahgunaan kuasa.

Katanya, Negeri Kedah menyusul kini dengan juga mencatat rekod bersih pemerintahannya.

Jelasnya, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Mursyidul Am PAS juga memperlihatkan kehidupan seperti yang dituntut oleh Islam dengan hidup serba sederhana, sifat itu juga dicontohi oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Sebaliknya, kata beliau Umno bukanlah parti yang boleh memartabatkan dan menjamin kesucian agama Islam di negara ini kerana ia parti perkauman yang hanya khusus untuk bangsa Melayu semata-mata, dasar dan matlamat perjuangannya hanyalah untuk bangsa Melayu sahaja.

Lebih dari itu, ujarnya pemimpin-pemimpin mereka sering dipalitkan dengan kesalahan rasuah, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan, pemborosan, bermewah, ketirisan dan lain-lain lagi.

Pemimpin Islam, jelasnya tidak akan bersikap sedemikian kerana ianya jelas melanggar syariat Islam dan sunnah Rasulullah s.a.w.

Justeru, katanya kenyataan Najib secara jelas meminta umat Islam memilih PAS sebagai parti politik pilihan menjelang PRU13 nanti.

Justeru, umat Islam khususnya penyokong Umno tidak perlu lagi berfikir panjang kerana presidennya sendiri telah meminta PAS sebagai parti pilihan rakyat.

harakahdaily/-

Pemimpin BN, Pakatan mahu lebih banyak debat

27 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Pelbagai pihak mahu menyaksikan lebih banyak perdebatan terbuka mengenai isu-isu negara terutama yang membabitkan ekonomi, untuk kepentingan bersama.

NONEAntara sememangnya ditunggu-tunggu adalah perdebatan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (kanan) sambil menambah dengan bersemuka, masing-masing tidak lagi perlu melontarkan pelbagai dakwaan antara satu sama lain.

“Najib perlu bersedia untuk berdebat secara terbuka, bukannya berceramah ke seluruh negara tanpa berhadapan dengan Anwar.

“Melalui debat, Najib dan Anwar boleh bertemu, Mereka boleh melontarkan buah fikiran masing- masing mengenai isu yang diketengahkan supaya memberikan kesan lebih baik kepada masyarakat,” katanya dipetik akhbar Sinar Harian.

Menurut Mahfuz, debat dua pemimpin tertinggi itu perlu, terutama bagi Najib menjelaskan pendirian mengenai isu ketirisan ekonomi yang berlaku, sebelum pilihan raya umum akan datang supaya rakyat boleh menilai kewibawaan mereka.

“Jangan hantar wakil. Rakyat mahukan debat antara Najib dan Anwar, bukannya wakil mereka seperti sebelum ini apabila Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dihantar untuk berdebat dengan Anwar,” katanya lagi.

NONESinar juga memetik naib presdien PKR, Nurul Izzah Anwar (kiri) yang bersetuju supaya perdebatan diadakan antara Najib dengan Anwar.

“Ia merupakan kesinambungan yang paling tepat setelah debat selepas Guan Eng dan Soi Lek,” katanya.

Anwar sebelum ini telah berulang kali mencabar perdana menteri untuk berdebat pada bila-bila masa tetapi Najib hanya berdiam diri tidak mahu menyahut cabaran berkenaan.

Sabtu lalu, dua tokoh politik masyarakat Cina bersemuka dalam debat yang disiar secara langsung dengan presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek berdepan dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Tajuk debat tersebut ialah 'Kaum Cina di persimpangan: Apakah sistem dua parti menjadi sistem dua bangsa?'

Sementara itu, Bernama pula melaporkan pemimpin BN berkata mereka bersikap terbuka terhadap cadangan untuk mengadakan lebih banyak debat.

NONETimbalan Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn berkata para pemimpin BN pernah bersemuka dalam debat dengan tokoh pembangkang sebelum ini dan mereka bersedia berdepan lagi dengan pembangkang asalkan ada forum serta isu yang bersesuaian untuk didebatkan.

"Pada Ogos 2008, Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon juga berdepan dengan Lim Guan Eng dalam debat di auditorium DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka), beberapa bulan selepas beliau kalah dalam pilihan raya umum.

"Banyak lagi pemimpin lain dalam BN seperti Setiausaha Agung Gerakan Teng Chang Yeow, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek turut berdebat dengan pemimpin pembangkang sebelum ini," katanya.

Presiden LDP Datuk VK Liew (kiri) pula dipetik berkata beliau menyambut baik cadangan untuk mengadakan lebih banyak debat antara ahli politik dan berharap debat seperti itu akan diperluaskan supaya merangkumi pelapis kedua dalam kepimpinan parti.

"Dalam sebuah demokrasi yang matang, anda tidak boleh menghalang pemimpin parti daripada mengambil bahagian. Ini perkembangan yang sihat terhadap demokrasi. Ia satu peluang untuk memperjelaskan tentang perbezaan kita," katanya.

Beliau berkata ahli politik tidak boleh mengelak sentimen penyokong mereka dan memang sifat semula jadi untuk mereka menaruh harapan agar pemimpin masing-masing mengeluarkan hujah bernas, lebih-lebih lagi membabitkan isu kepentingan bersama.
Sementara itu, bendahari agung Parti Bersatu Rakyat Sarawak Datuk David Teng dipetik Bernama sebagai berkata beliau mengalu-alukan sebarang usaha untuk mengadakan perdebatan yang sihat antara pemimpin politik untuk menyuarakan pandangan atau dasar yang mereka galakkan.

"Bagaimanapun, perdebatan seperti itu tidak boleh digunakan sebagai platform untuk memarahi orang lain atas apa jua sebab. Jika tidak, ia tidak akan membawa apa-apa makna. Setiap orang yang mengambil bahagian dalam debat ini mesti memahami tujuan perdebatan," katanya.

malaysiakini/-

Keajaiban Dibalik Ujian

27 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Sore itu angin bertiup. Dedaunan berjatuhan. Suara anak-anak Amalia sedang bercengkarama. Seorang Ibu sedang bertandang di Rumah Amalia. Beliau bercerita dengan genangan air mata. Suaminya terkena stroke diusianya yang masih produktif, tidak tahu apa yang harus dilakukan hanya bisa pasrah dan berserah diri pada Sang Khaliq.

Berdoa memohon kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala agar diberikan kesembuhan untuk suami tercinta dan ketabahan bagi dirinya dan sang buah hatinya. Peran ganda kepala rumah tangga dan sebagai pengurus rumah tangga dikerjakan semuanya. Sementara anaknya yang masih duduk dibangku TK diantarnya berangkat sekolah. dan dijemput oleh tetangga. Begitu pulang sekolah,

anaknya sudah mandiri mengurusi keperluannya sendiri. Sejak suaminya sakit, dulunya yang biasa aja kini menjadi masalah. Dirinya bekerja sebagai karyawan swasta dengan penghasilan standar UMR, sementara suaminya seorang wirausaha yang cukup berhasil,

ketika suaminya sakit, sumber penghasilannya terasa mampet. Kehidupan keluarganya hanya mengandalkan gajinya. 'Tahun pertama kami bisa melewatinya, mengijak tahun kedua saya benar-benar panik, tak tahu apa yang saya harus lakukan,' ucapnya lirih. Listrik nunggak, sudah diancam hendak diputus, SPP sekolah anaknya tidak terbayar tiga bulan. 'Yang saya bisa lakukan hanya berdoa memohon kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Ditengah kepanikan beliau sebagai istri, tiba-tiba ada seorang teman yang datang, dia mengajarkan membuat kue dan membantu menjualkan kue-kue ditokonya.

'Sungguh saya tidak menyangka Mas Agus, ditengah himpitan hidup, Allah memberikan jalan keluar yang begitu indah tanpa saya duga,' ucap sang ibu dengan bercucuran air mata. 'Alhamdulillah, Kasih sayang Allah menunjukkan kepada saya ada hikmah dibalik ujian, saya baru tersadar bahwa saya mempunyai kemampuan dibidang usaha tanpa harus berharap belas kasihan orang lain. Pikiran saya terbuka, saya menjadi bersemangat dan optimis.

Allah memberikan jalan keluar yang begitu indah.' tuturnya. Sore itu beliau berkenan berbagi rizki bersama anak-anak Amalia didampingi oleh sang suami yang telah pulih kembali dari strokenya dan sekarang telah memiliki toko kue sendiri dikelola bersama suami tercintanya. Subhanallah..

posted by :agussyafii

Banjir di Perak: 150 penduduk terjejas

27 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

IPOH — Lebih 150 penduduk dari 50 buah keluarga di Gugusan Manjoi dan Buntong di sini terpaksa dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara akibat kejadian banjir kilat berikutan hujan lebat sejak malam tadi.

Kesemua mereka dari Kampung Dato Ahmad Said, Kampung Tengku Hussein dan Kampung Manjoi dipindahkan berikutan paras air di beberapa batang sungai antaranya Sungai Pari dan Sungai Tapah melimpah.

Kesemua mangsa ditempatkan di Sekolah Agama Rakyat Tengku Hussein dan Dewan Orang Ramai Kampung Manjoi di sini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, yang meninjau kawasan terjejas di Kampung Manjoi di sini, pagi tadi, berkata kejadian banjir itu dianggap luar biasa berbanding sebelum ini.

Beliau meminta Majlis Keselamatan Negeri dan agensi kerajaan lain menyalurkan segala bentuk bantuan dengan segera terutama keperluan harian dan makanan kepada kesemua mangsa banjir.

"Pihak yang bertanggungjawab juga perlu mengambil langkah segera bagi menghubungkan kawasan ini termasuk jalan raya di kampung-kampung yang rosak,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan menyumbang sejumlah peruntukan kepada semua mangsa banjir bagi mengurangkan beban terutama untuk membaik pulih kediaman mereka. —BERNAMA

Lebih 20 rumah rosak dilanda ribut

27 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KANGAR: Lebih 20 buah rumah dan gerai makanan di kawasan Sena, Bintong dan Tambuan Tulang di Perlis mengalami kerosakan dalam kejadian ribut petang semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang ketika hujan lebat namun setakat ini tiada kecederaan dilaporkan manakala Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) masih menjalankan bancian kerosakan.

Seorang jurucakap JKM Perlis berkata, sehingga kini jabatan itu merekodkan lebih 20 buah rumah mengalami kerosakan terutama pada bahagian bumbung dan nilai kerugian belum diketahui.

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Sena, Abdul Jamil Saad berkata lebih lapan buah rumah dan gerai rosak dalam kawasan Sena.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Belia dan Sukan Perlis berkata kejadian berlaku begitu pantas. - Bernama

Mekanik: Pistol diajukan agar saya mengaku curi kereta

27 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Seorang mekanik berusia 42 tahun mendakwa bahawa lapan anggota Rela menahannya semasa dia mengisi minyak keretanya di Kajang empat hari lalu.

Selain itu, ketika diserahkan kepada anggota polis di balai Taming Jaya, dia juga dibelasah oleh empat anggota yang mahu beliau mengakui mencuri kereta dan lori.

Mogan (kiri) dari Balakong, berkata pengalaman ngerinya itu bermula pada kira-kira jam 5 pagi selepas dia hendak berjumpa dengan seorang rakan yang meminta bantuannya di sebuah bengkel juga di Balakong.

"Sebelum dia tiba, saya mengambil keputusan untuk mengisi petrol kerana saya mahu menghantar anak-anak saya ke sekolah selepas ini. Sebaik sahaja mengisi petrol, saya ditahan oleh anggota Rela yang menuduh saya mencuri kereta.

"Mereka mengeledah kereta Nissan Sunny saya dan mendapati bahawa saya mempunyai banyak alat-alat ganti. Saya beritahu mereka bahawa saya seorang mekanik tetapi seorang daripada mereka menggunakan batang besi dan memukul kaki kiri saya. Kemudian anggota Rela yang lain menyerang saya, mereka tumbuk dan tendang saya di belakang dan badan."

Selepas itu, Mogan mendakwa dia dibawa ke balai polis Taming Jaya oleh anggota Rela berkenaan yang menuduhnya sebagai seorang penagih dadah.

Beliau berkata semasa di balai polis berkenaan, anggota polis itu pula membelasahnya dengan menggunakan paip getah dan memukul kakinya. Mereka mahu dia mengaku mencuri kereta dan lori.

"Pada satu ketika, seorang daripada mereka mengajukan pistol di kepala saya dan mengancam mahu menembak jika saya tidak berterus terang."

malaysiakini/-

BM-Premium B IP BM-Premium C IP BM-Premium D IP Pemuda PAS Perak terus perkukuh Pakatan

27 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

IPOH, 20 Feb: Misi Dewan Pemuda PAS Negeri Perak untuk mengukuhkan hubungan di dalam Pakatan Rakyat diteruskan dengan mengadakan kunjungan hormat ke pejabat DAP negeri bertemu Pemuda Sosialis DAP, kelmarin.

Kunjungan yang diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Perak, Zawawi Hassan itu banyak membincangkan kerangka kerja bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke - 13 nanti.

Hadir sama adalah timbalannya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss, setiausahanya, Salman Saleh dan beberapa Exco Pemuda PAS negeri.

Bagi pihak Pemuda DAP Perak pula diketuai oleh ketuanya, Wong Kah Woh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Canning bersama beberapa orang exco.

Perbincangan mesra tersebut sebahagian daripada pertemuan yang telah dilakukan sebelum ini bersama Angkatan Muda PKR Negeri Perak.

Antara perkara yang turut dibincangkan adalah berkaitan Manifesto Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Perak yang akan ditawarkan kepada generasi muda Perak di dalam PRU13 nanti.

harakahdaily/-

Penduduk datang terima beras diumum sertai Umno

27 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

TANAH MERAH, 20 Feb: Jangan terkejut apabila nama penduduk kampung yang disenarai mendapat bantuan beras tiba-tiba diisytihar pula menyertai Umno.

Inilah yang berlaku di beberapa kampung di sini apabila nama penduduk yang disenarai mendapat bantuan beras 5 kg setiap seorang, diumumkan pula dalam senarai menyertai Umno.

Lebih memalukan lagi setelah selesai majlis penyampaian bantuan beras dan Maulidur Rasul, program lain pula berlangsung iaitu menyerah borang menyertai Umno.

Penghulu Mukim Batu Hitam, Abidin Awang, 51 berkata, baru-baru ini wakil kepada Ketua Umno Bahagian, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz datang menyenarai nama-nama penduduk termasuk armalah bagi mendapat bantuan beras.

Katanya, ramai penduduk terutamanya ibu tunggal memberi nama mereka kerana dijanjikan bantuan beras 5 kg.

“Mereka diminta hadir pada program penyampaian beras dan Maulidur Rasul yang diadakan di rumah seorang penyokong Umno di Kampung Kenerak.

“Namun saya difahamkan senarai yang dikutip untuk menerima bantuan beras tiba-tiba diumumkan pula menyertai Umno pada majlis berkenaan,” katanya di sini.

Akhbar hari ini melaporkan seramai 47 bekas ahli PAS menyertai Umno apabila menyerah borang pada program Selamat Tinggal PAS dan Maulidur Rasul di Kampung Kenerak.

Pada majlis itu seorang penduduk berlakon menyerah borang menyertai Umno kepada Ketua Umno Tanah Merah.

Abidin yang juga Setiausaha Majlis Tindakan Dun Batu Hitam berkata, gambar seorang penduduk disiarkan akhbar menyerah borang kepada Ikmal bukan penyokong PAS.

Malahnya katanya, sebahagian besar yang terdapat dalam gambar bukan penduduk tempatan, dan kemungkinan datang dari tempat lain.

Kata beliau juga Umno bahagian Tanah Merah difahamkan sudah merancang mengadakan program berkenaan bulan lepas lagi, namun gagal diadakan kerana tidak mendapat kerjasama penduduk.

“Saya diberitahu seorang penduduk tidak membenarkan rumahnya dijadikan tempat program tersebut,” katanya.

Beliau juga mendakwa wakil Umno Bahagian dikatakan datang ke kantin sebuah sekolah di kawasan berdekatan mengutip nama pekerja-pekerja wanita untuk didaftar sebagai puteri Umno.

harakahdaily/-

Kapal Israel berlabuh di Pelabuhan Klang

27 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

PETALING JAYA, 20 Feb: Jingga 13 hari ini mendedahkan bahawa Kerajaan Malaysia mempunyai hubungan dagang dengan negara rejim Israel.

Pendedahan hubungan tersebut dibuktikan apabila terdapat sebuah kapal hak milik rejim Israel, Zim Atlantic dan juga Zim USA telah berlabuh di West Port, Klang pada 16 Februari lepas.

Koordinator Jingga 13, Fariz Musa menjelaskan pada 16 Februari, dua buah kapal milik ZIM Integrated Shipping Services Ltd telah berlabuh di West Port, Pelabuhan Klang.

"Kita telah dapatkan bukti jelas hubungan antara Kerajaan Malaysia dan rejim Israel telah wujuh walaupun pemimpin Umno menafikan wujud hubungan dagang.

"Kehadiran ZIM USA yang sebelum ini didaftarkan di Haifa, Israel pada 25 Oktober 2010 dan kini didaftarkan di Republic Of Liberia pada 2 Februari 2012 dan ZIM Atlantic yang turut didaftarkan di Republic Of Liberia adalah milik Israel melalui Israel Corporation dengan pegangan saham sebanyak 98 peratus iaitu salah satu syarikat besar dimiliki oleh Israel," jelasnya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR, di sini.

Tambahnya lagi, ZIM USA dan ZIM Altantic yang tiba di West Port telah disahkan berdasarkan oleh sebuah laman web yang menyatakan jadual ketibaan kapal-kapal dagang.

Malah, katanya pihak Kastam Diraja Malaysia cawangan Pelabuhan Klang Barat melalui salinan dokumen "K1 CHIT Customa Station (B18) resit nombor B18102009813 yang diterima pada 15 Februari 2012 juga mengesahkan kehadiran Z8937 ZIM Atlantic di Voyage Nombor YAC5.

"Atas maklumat tersebut Jingga 13 telah membuat penyiasatan bagi mengesahkan kewujudan hubungan dagang antar

"Dalam pada itu beberapa dokumen sulit diperolehi dari individu yang tidak diketahui mengirim salinan Sijil SHIP Clearence yang dikeluarkan oleh Ashdod Port Company LTD "The Economic Gateway Of Israel" juga mengesahkan bahawa kapal ZIM Atlantic telah berlayar secara terus dari Ashdod Port, Haifa Israel ke Pelabuhan Klang," katanya lagi.

Fariz memberitahu, bukti tersebut menunjukkan bahawa penafian yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin adalah tidak benar.

"Tindakan mewujudkan hubungan erat ini adalah langkah melampau dan zalim apabila Malaysia turut sama sebagai penyumbang ekonomi negara rejim itu dan juga sebagai penyumbang peluru dan senjata bagi merobek rakyat Palestin," sambungnya lagi.

Sementara itu, Naib Ketua AMK Pusat, Azmizam Zaman Huri berkata, perkara ini perlu diperjelaskan oleh kerajaan terutamanya Najib dan juga Muhyidin bagaimana hubungan dagang boleh wujud sedangkan Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara tersebut.

"Kita cabar penjelasan dari kedua-dua pemimpin tersebut, kerajaan perlu bertanggungjawab kerana kebenaran memasuki negara ini hanya dapat dilakukan apabila kerajaan memberi kelulusan.

"Operasi Pelabuhan Klang ditadbir terus dibawah Kementerian Pengangkutan Malaysia bukannya Kerajaan Negeri Selangor, maka kalau tuduhan mengatakan Kerajaan Selangor terlibat ia tidak benar sama sekali," jelasnya.

Sebelum itu, Jingga 13 telah melihat sendiri kewujudan kapal kargo milik ZIM Integrtated Shipping Services Ltd pada 16 Februari lalu apabila telah mengambil gambar serta merakamkan video ketibaan kapal tersebut di West Port pada hari tersebut.

harakahdaily/-


Kereta Anwar Dihentak Dan Dilontar Batu

27 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Alhamdulilah saya bersama Dr Wan Suhaimi Wan Daud dan Mohd Zaki Abdul Rahman selamat sampai dari mengikuti program ceramah dan majlis muhibbah tahun baru Cina bersama Anwar di Endau dan Semberong Johor.

Ingat tadi terus hendak letakkan kepala, tidur kerana eosk harus bagun pagi kerana ada dua appoitment, tetapi mata tidak mahu lelap pula.

Peristiwa yang berlaku kira-kira empat jam tadi di mana kereta yang dinaiki Anwar Ibrahim diserang oleh kira-kira 200 sekumpulan manusia liar. Kejadian itu berlaku di Semberong iaini kawasan Parlimen Hihsmuddin Hussein.

Kejadian itu berlaku sebaik kereta Anwar memasuki ke kawasan ceramah di pejabat PKR Semberong, kira-kira jam 11:30 malam ia diserbu oleh kumpulan manusia liar itu yang sudah sedia menanti sejak awal lagi.

Gara-gara serangan yang dirancang itu menyebabkan kereta Mercedez Band dinaiki Anwar remuk cermin hadapan dan kemek pintu belakang di sebelah kanan. Selain itu beberapa buah kereta yang mengiring kereta Anwar juga turut menjadi mangsa. Seorang ahli PKR katanya Ketua Angkatan Muda (AMK) cedera kerana dibelasah kumpulan liar.

Saya dibekalkan dua keping gambar keadaan kereta berkenaan oleh salah seorang mangsa yang sempat merakam gambar kereta berkenaan.

Rasa bersalah kalau saya tidak postingkan dua keping gambar kereta berkenaan untuk menjelaskan betapa sadis dan 'beruknya' perangai pemuda liar di parlimen Semberong itu.

Saya akan ulas pagi esok mengenai kejadian tadi yang sungguh menyedih dan menyesalkan. Maaflah saya nak tidur dulu kerana badan terlalu letih sangat.http://msomelayu.blogspot.com

Presiden Yaman terpaksa undur

27 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

PENYOKONG Hadi ketika berkempen untuk jawatan Presiden Yaman di Aden, kelmarin.
Pungutan suara pilih timbalan tamatkan pemerintahan 33 tahun Saleh

SANAA: Pemerintahan Presiden Ali Abdullah Saleh selama 33 tahun berakhir minggu ini apabila timbalannya mengambil alih jawatan itu menerusi pungutan suara seperti pilihan raya, menjadikan Yaman sebagai negara Arab pertama di mana yang menyelesaikan isu kebangkitan rakyat menerusi perundingan.

Pengaruh Saleh bagaimanapun masih jelas dalam pengundian presiden Selasa apabila mengekalkan penguasaan terhadap pasukan keselamatan paling berkuasa di negara itu dan berkata beliau akan kembali ke tanah air dari Amerika Syarikat bagi rawatan perubatan menjelang pengundian.

Naib Presiden Abdrabuh Mansur Hadi, hanyalah satu-satunya nama dalam kertas undi, menjadikan pilihan raya itu semata-mata pengundian satu calon. Tentera berusia 66 tahun dari selatan itu dianggap kebanyakan pihak calon yang mendapat persetujuan semua.

Dua kumpulan pembangkang, pemisah Pergerakan Selatan dan di utara Zaidi, memulaukan pilihan raya itu. Pilihan raya satu calon itu adalah syarat peralihan kuasa yang ditaja negara Teluk dan ditandatangani Saleh pada November selepas 10 bulan protes besar-besaran dan menyebabkan tekanan antarabangsa mendesak beliau berundur.

Penyokong kebangkitan meminta rakyat Yaman untuk menyokong Hadi dan poster naib presiden ditampal di seluruh bangunan dan jalan di ibu negara, Sanaa.

“Hadi mempunyai sokongan tempatan, serantau dan antarabangsa serta pemimpin yang ada wawasan masa depan. Kami minta rakyat Yaman menyertai pilihan raya ini,” kata Jeneral Ali Mohsen al-Ahmar, yang belot pada Mac lalu kerana menyebelahi penunjuk perasaan.

Pemenang Anugerah Nobel Keamanan yang berpengaruh, Tawakkul Karman turut menggesa rakyat mengundi untuk naib presiden dan berkata pilihan raya ini adalah tanda kemenangan bagi kebangkitan popular golongan muda.

Sebaik Hadi mengambil alih jawatan itu, beliau dijangka melancarkan dialog nasional, langkah pertama dalam tempoh peralihan yang akan berakhir pada pilihan raya presiden dan perundangan dalam tempoh dua tahun.

Namun, ramai rakyat Yaman bimbang peranan pasukan keselamatan negara yang masih di bawah kawalan anak lelaki Saleh dan anak saudaranya yang bertanggungjawab terhadap pertumpahan darah sepanjang tindakan keras terhadap penunjuk perasaan. – AFP

Putera Belanda cedera parah runtuhan salji Austria

27 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

INNSBRUCK (Austria): Beberapa ahli keluarga diraja Belanda tiba di Innsbruck selepas anak lelaki permaisuri Beatrix, Putera Johan Friso, cedera parah dalam runtuhan salji ketika meluncur di kawasan itu.

Kenyataan yang dikeluarkan di The Hague, berkata putera diraja Belanda berada dalam keadaan stabil “tetapi masih dalam bahaya” susulan kemalangan di pusat peranginan Lech, barat Austria.
Putera Johan Friso terperangkap di bawah runtuhan salji kira-kira 20 minit sebelum berjaya diselamatkan. - A

Api mengalir di air terjun

27 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

YOSEMITE, Amerika Syarikat (AS) - Sekumpulan jurugambar akan berkunjung ke Taman Perkhidmatan Negara Yosemite di sini pada setiap pertengahan Februari.

Mereka akan merakamkan fenomena alam semula jadi yang akan menunjukkan seolah-olah api mengalir dari Glasier Point.

Fenomena itu terjadi apabila Bumi dan matahari berada dalan keadaan sejajar pada waktu matahari terbenam.

Pada waktu tersebut, cahaya matahari akan menyinari salah satu air terjun di taman ini.

Air terjun itu kemudian akan kelihatan seperti lahar yang mengalir. - AP

Nahas bas berasingan ragut 28 nyawa di China

27 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

BEIJING - Sekurang-kuranya 28 terbunuh dan ramai cedera selepas terlibat dalam tiga nahas bas berasingan di selatan China dalam tempoh sehari, semalam.

Dalam kejadian pertama, sebuah bas terbalik di sebatang jalan pergunungan di wilayah Yunnan dan menyebabkan sekurang-kurangnya sembilan penumpang terbunuh dan 24 yang lain cedera.

Kejadian kedua berlaku berhampiran wilayah Guizhou menyebabkan bas yang membawa 37 penumpang dari bandar Chuxiong ke bandar pelancongan Dali hilang kawalan berikutan salah satu tayar pengangkutan itu meletup dan mengorbankan 13 penumpang serta 22 yang lain cedera.

Nahas ketiga di selatan Guangxi menyebabkan enam penumpang terbunuh apabila bas yang dinaiki mangsa bertembung dengan sebuah trak.

Menurut statistik polis, kira-kira 70,000 orang terbunuh dan 300,000 yang lain cedera dalam kemalangan jalan raya setiap tahun di China.

sinar harian/-

Mesir setuju bekal bahan api ke Gaza

27 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

BANDAR GAZA, Palestin - Mesir telah berjanji akan menyediakan bahan api diesel untuk digunakan pada loji jana kuasa tunggal di Genting Gaza yang ditutup pada minggu lepas setelah kehabisan bahan api, kata seorang pegawai di sini kelmarin.

Pegawai Agensi Tenaga Gaza, Ahmad Abu al-Amrin berkata, pihak berkuasa minyak di Mesir telah memberi persetujuan untuk membekalkan bahan api.

Loji kuasa yang membekalkan kira-kira satu pertiga elektrik ke Gaza itu mengalami gangguan dan bekalan terputus di seluruh Gaza.

Menurut Agensi Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, jumlah bahan api yang dibawa melalui terowong dari Mesir ke Gaza telah menurun ekoran sekatan yang dikenakan oleh polis Mesir. - AFP

Ambil tindakan terhadap gejala penggunaan hadis palsu di Internet

27 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Kerajaan digesa mengambil tindakan sewajarnya terhadap penggunaan hadis palsu yang dilihat semakin menular dalam kalangan pengguna siber.

Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya berkata, tindakan itu wajar disegerakan memandangkan gejala tersebut boleh menyebabkan kesucian Islam dicemari perkara-perkara dogmatik, tidak masuk akal dan tidak benar.

Katanya, lambakan hadis palsu yang mudah diakses menerusi laman Facebook, blog dan YouTube dikhuatiri menggambarkan imej Islam sebagai sebuah agama yang rumit dan tidak konsisten dalam prinsip-prinsip amalannya.

"Banyak 'hadis' yang tersebar di internet, antaranya adalah bahawa jika seseorang itu menunaikan solat tarawih pada malam pertama akan dijanjikan syurga. Apakah dengan hanya sekadar satu solat sunat ini semata-mata akan ke syurga?

"Kalau kita ingin menggalakkan seseorang itu beragama sekalipun, galakkan mereka mengikut agama yang diajar Nabi Muhammad SAW iaitu agama yang mudah, serta membentuk nilai kejiwaan yang tinggi.

"Ia bukan hanya dibawa dengan nama semata-mata, namun perlu disusuli dengan isinya. Kalau kita hendak menggalakkan orang berdasarkan ganjaran semata-mata, kita akan melahirkan umat berfikiran subsidi yang tidak ikhlas dalam amalannya.

"Kita mahu seseorang umat itu membuat sesuatu yang mereka tahu akan tindakan tersebut. Setiap langkah mereka difahami dan menjurus kepada kebaikan, di samping menguatkan jati diri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi ahli panel program Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012 bersama Perdana Menteri di sini, hari ini.

Sementara itu, Juanda turut menyeru para ulama, cendekiawan Islam dan penulis blog supaya bersatu menjadi sebuah kumpulan pendesak yang memperjuangkan kesucian agama dan keadilan sosial di negara ini.

Bagaimanapun kata beliau. desakan tersebut harus mempunyai fakta-fakta tepat dan bernas yang membantu proses pembangunan masyarakat serta penambahbaikan dasar kerajaan.

"Pihak yang bawa agenda yang benar namun tidak tersusun dari sudut gerakan, idea dan fakta akan kalah. Sebaliknya, pihak yang membawa perkara tidak betul, sekiranya mereka tersusun mereka boleh mempengaruhi ramai orang," ujarnya.

utusan online/-

Muka melecur disimbah asid

27 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

MOHD. FAZIL masih lemah selepas disimbah asid di sebuah rumah di Marang, Terengganu ketika ditemui di HSNZ semalam.

MARANG – Dua sahabat cedera parah apabila masing-masing disimbah asid oleh individu tidak dikenali ketika sedang tidur selepas menonton perlawanan bola sepak di Kampung Padang Merchang dekat sini semalam.

Kejadian pukul 5.15 pagi itu menyebabkan Mohd. Fazil Hanafi Idrus, 18, melecur teruk di muka, tangan dan kaki manakala rakannya, Shahrulzaman Salim, 38, melecur di muka dan badan.

Mohd. Fazil sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia manakala Shahrulzaman, seorang nelayan. Mereka kini dirawat di Unit Kebakaran, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu dekat sini.

Mengimbau semula kejadian itu, Shahrulzaman berkata, pada mulanya dia tidak menyedari dirinya telah disimbah asid sehinggalah terdengar jeritan Mohd. Fazil.

“Dalam keadaan mamai saya tanya dia apa yang terjadi sebelum saya lihat tangannya melecur. Tidak lama selepas itu, baru saya rasa pedih dan rupanya saya juga telah disimbah asid,” ceritanya sambil memberitahu empat lagi rakannya yang turut tidur di situ tidak cedera.

Menurut Shahrulzaman, ketika tidur, tingkap rumah itu dibuka kerana cuaca panas dan percaya individu berkenaan menyimbah asid melalui ruang tersebut yang setinggi kira-kira dua meter.

Sementara itu, pemilik rumah berkenaan, Mohd. Hamizi Hussin, 29, memberitahu, rumahnya sering dijadikan tempat melepak oleh rakan-rakannya setiap hari sambil menonton perlawanan bola sepak.

Katanya, ketika kejadian terdapat enam rakannya bermalam di situ manakala dia keluar menghantar pekerja kilang di Chendering.

“Saya terus pulang sebaik dihubungi rakan dan membawa mereka yang cedera ke Klinik Kesihatan Merchang. Tilam turut terhakis terkena asid serta terdapat bau masam di dalam rumah,” katanya.

Ketua Polis negeri, Datuk Jamshah Mustapa mengesahkan kejadian yang disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan itu.

kosmo/-

PKR harap. Pas, Dap tidak termakan fitnah

27 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KANGAR - Pas dan DAP perlu mengetepikan fitnah berterusan yang dilemparkan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaliknya memberi fokus bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang."

Pengerusi PKR Perlis, Muhammad Faisol Abdul Rahman berkata, dakwaan terbaru kononnya Anwar menyokong kewujudan negara Israel sebagaimana dilaporkan wartawan Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini menyerlahkan kedangkalan Barisan Nasional (BN) dan Umno yang sanggup melakukan apa sahaja untuk melumpuhkan Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata, sebagai pemimpin yang memperjuangkan al-Quran dan Sunnah sejak menyertai Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) pada 1970-an, Anwar tidak pernah berkompromi dengan ejen Amerika Syarikat sehinggalah dipenjarakan atas pertuduhan yang tiada kaitan dengan­ fitnah seks.

“Sehingga hari ini, Anwar teruk dihentam media arus perdana dari pelbagai sudut sehingga maruah, kredibiliti dan integritinya dipermainkan tanpa diberi ruang memberi penjelasan.

“Saya yakin Pas dan DAP tidak akan termakan fitnah yang dilemparkan terhadap Anwar. Pengundi bukan Melayu kini lebih tidak sabar untuk memangkah calon PR pada PRU akan datang,” katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian semalam.

sinar harian/-

Israel akan buat keputusan serang Iran

27 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

BAITULMUQADDIS - Israel akan membuat keputusan sendiri berhubung serangan ke atas Iran, kata seorang pegawai kanan Amerika Syarikat (AS) kelmarin.

Pegawai itu, Leftenan Jeneral Benny Gantz memberitahu stesen televisyen Channel One bahawa Israel sepatutnya mempertahankan negaranya sendiri.

Sejak beberapa minggu lalu, terdapat spekulasi bahawa Israel semakin hampir melakukan serangan ke atas program nuklear Iran.

Namun, Israel menafikan akan melakukan serangan itu. - AFP

Iran henti jual minyak kepada Perancis, Britain

27 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

TEHERAN 20 Feb. – Iran semalam menghentikan jualan minyaknya kepada Britain dan Perancis sebagai tindakan balas terhadap larangan Kesatuan Eropah yang dikenakan ke atas minyak negara Islam itu.

Jurucakap Kementerian Petroleum Iran, Ali Reza Nikzad Rahbar berkata, jualan minyak Teheran kepada syarikat Britain dan Perancis telah dihentikan.

"Kami akan menjual minyak kepada negara lain untuk menggantikan syarikat kedua-dua negara terbabit," katanya. – AFP

Terus muflis angkara bank cuai

27 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

WAN ISMAIL menunjukkan laporan polis dan penyata bank ketika ditemui Kosmo! di Ampang Jaya baru-baru ini.

AMPANG JAYA – Seorang peniaga restoran bukan sahaja terpaksa menanggung status muflis sehingga ke hari ini malah wang berjumlah RM17,377.41 di dalam akaun sebuah bank di Pandan Indah di sini 'lesap' begitu saja akibat kecuaian bank tersebut.

Mengimbas sebelum kejadian itu, Wan Ismail Wan Muda, 36, mendakwa, dia diisytihar muflis oleh Jabatan Insolvensi Selangor pada tahun 2007 selepas menjamin seorang saudara yang membeli sebuah kereta Perodua Kancil berharga RM33,000.

“Mengikut prosedur, selepas diisytihar muflis semua wang dalam akaun saya akan diserahkan ke Jabatan Insolvensi Selangor.

“Tetapi apa yang berlaku pada September 2008, saya yang memeriksa penyata kewangan akaun di bank itu, terkejut mendapati wang RM17,377.41 dalam akaun telah dipindahkan ke Jabatan Insolvensi Kuala Lumpur.

“Lebih malang, duit yang dipindahkan ke Jabatan Insolvensi Kuala Lumpur itu atas nama individu lain (yang tidak dikenali),” dakwanya ketika ditemui Kosmo!.

Berikutan masalah itu, Wan Ismail berkata, dia berjumpa dengan pegawai bank berkenaan beberapa kali namun dalam tempoh lima tahun masalah tersebut tidak selesai malah telah banyak menyusahkan hidupnya.

Kata Wan Ismail, antara alasan diberikan pihak bank berhubung masalah tersebut seperti pihak bank perlu menyelesaikan perkara itu dengan berjumpa pihak Insolvensi.

“Tetapi apabila saya pergi ke Jabatan Insolvensi Selangor, pihak sana pula memberitahu bahawa saya perlu merujuk permasalahan tersebut kepada bank kerana wang RM17,377.41 tersebut telah dimasukkan ke akaun lain dan bukan ke jabatan itu.

“Sepanjang tempoh tersebut hingga sekarang, saya terpaksa berulang-alik ke bank dan Jabatan Insolvensi Selangor tetapi masalah ini tetap juga tidak selesai,” katanya yang juga telah membuat laporan polis berhubung masalah yang dihadapinya.

Sejak berhadapan dengan masalah itu, Wan Ismail berkata, dia merasakan dirinya dianiaya kerana pihak bank mengambil masa terlalu lama menyelesaikan kecuaian yang jelas disebabkan pihak bank.

Mengikut maklumat, kerani bank yang melakukan proses memindahkan wang dari dalam akaun miliknya telah bersara.

Bagaimanapun, pada 13 Februari lalu, Wan Ismail berkata, dia menerima sepucuk surat dari pihak bank terbabit yang mengaku berlaku kecuaian pihaknya ketika proses pemindahan wang.

“Dalam surat tersebut, menyatakan pihak bank telah membuat rayuan kepada Jabatan Insolvensi Kuala Lumpur supaya memindahkan duit dari Jabatan Insolvensi Kuala Lumpur ke Jabatan Insolvensi Selangor yang menguruskan kes saya,” kata Wan Ismail bapa kepada dua orang anak.

Katanya, dia merasa amat kecewa dengan sikap pihak bank yang hanya menghantar surat memaklumkan perkara itu dan bukannya mengambil inisiatif untuk berjumpa dengannya bagi menjelaskan masalah itu.

“Saya sebagai pelanggan bank dan disebabkan kecuaian bank saya terpaksa membazir masa selama lima tahun, pihak bank layan saya seperti masalah yang berlaku itu remeh,” katanya.

Sementara itu, jurucakap bank terbabit ketika dihubungi mengesahkan pihaknya telah menghantar sepucuk surat kepada Wan Ismail baru-baru ini dan proses untuk memindahkan wang ke Jabatan Insolvensi Selangor sedang diuruskan.

kosmo/-

Terperangkap dalam kereta selama dua bulan

27 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

SEORANG lelaki yang ditemui kelmarin terperangkap di dalam kereta ini yang dipenuhi dengan salji tebal di sebatang jalan di sebuah hutan tidak jauh dari bandar Umea, Sweden.

STOCKHOLM, Sweden – Seorang lelaki Sweden hidup dalam sebuah kereta yang ditimbus salji di sebatang jalan di dalam hutan selama dua bulan tanpa makan, kata polis dan media kelmarin.

Lelaki berusia 45 tahun dari selatan Sweden itu ditemui pada Jumaat lalu dan dia kelihatan sangat kurus dan terlalu lemah untuk bercakap beberapa patah perkataan.

Dia ditemui dalam kereta tidak jauh dari bandar Umea di utara Sweden.

Lelaki itu ditemui oleh beberapa orang yang menaiki skuter salji yang pada mulanya mereka menganggap mereka menemui sebuah bangkai kereta.

Namun, mereka menggali salji ke tingkap kereta tersebut dan melihat terdapat pergerakan di dalam kenderaan itu.

Lelaki itu duduk di tempat duduk belakang di dalam beg tidur dan dia menyatakan telah berada di dalam kereta tersebut sejak 19 Disember tahun lalu.

Seorang pegawai polis, Ebbe Nyberg berkata, pihaknya tidak meragui bahawa lelaki tersebut telah terperangkap di dalam kereta bagi tempoh yang lama.

Hospital Universiti Umea iaitu lokasi lelaki tersebut dirawat selepas diselamatkan oleh polis dan pasukan penyelamat berkata dalam satu kenyataan bahawa dia kini beransur baik.

Doktor-doktor di hospital itu berkata, manusia pada kebiasaannya mampu hidup selama kira-kira empat minggu tanpa makanan.

Menurut Dr. Stefan Branth kepada akhbar Vasterbottens-Kuriren, selain makan salji, lelaki itu mungkin hidup disebabkan dia tidak aktif.

“Seperti seekor beruang yang hibernasi. Manusia bolah melakukannya,” katanya.

Hibernasi merujuk kepada haiwan yang menghabiskan musim sejuk dalam keadaan tidur nyenyak.

“Dia (lelaki itu) mungkin mempunyai suhu badan kira-kira 31 darjah Celsius yang disesuaikanmengikut tubuh badannya.

“Disebabkan suhu yang kecil, tiada banyak tenaga yang digunakan,” kata Dr. Branth.

Polis berkata, kenapa lelaki tersebut berada di dalam kereta di hutan tersebut masih belum diketahui.

– Reuters

Lebih 30 orang cedera terdedah lebihan klorin

27 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

BANGKOK - Lebih 30 orang, kebanyaknya pelancong luar negara dikejarkan ke hospital Thailand selepas terdedah dengan cecair klorin yang melimpah masuk ke dalam sebuah kolam renang di sebuah hotel di Pulau Phuket, kelmarin.

Menurut polis, kejadian itu berlaku pada pukul 10 pagi (waktu tempatan) di Hotel Orchid Resort Phuket dan Spa yang terletak di pantain Karon.

Katanya, lebih 30 mangsa mengalami kecederaan kecil selepas badan mereka terdedah dengan kadar klorin tertinggi yang memudaratkan.

Pengarah Hospital Patong, Phumin Silapan memberitahu, pendedahan klorin berlebihan pada badan seseorang akan menyebabkan kegatalan pada kulit serta sakit mata.

sinar harian/-

Kecewa keluarga pemimpin boros, tak tutup aurat

27 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 20 Feb: Pensyarah Kanan Universiti Pertahanan Nasional, Profesor Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah berkata, pemimpin negara yang gagal mendidik anggota keluarga dengan ajaran Islam sebenar tidak boleh dijadikan role model kepada generasi akan datang.

Sambil melahirkan rasa kecewa, beliau berkata terdapat pemimpin di negara ini yang tidak berjaya membentuk sahsiah suami dan isteri mereka.

“Sekiranya ahli keluarga sendiri tidak menutup aurat misalnya, bagaimana dia hendak memimpin negara dan menyuruh orang lain berbuat demikian. Begitu juga anak-anak mereka perlu terlebih dahulu dijaga kerana ini memberi imej kepada pemimpin berkenaan.

“Manakala bagi wanita bergelar isteri yang menerajui parti politik dan sesebuah pertubuhan, sekiranya mereka tidak boleh menegur suami sendiri, saya rasa ia juga memang pelik,” katanya yang dipetik Sinar Harian.

Beliau dilapor berkata demikian semasa membentangkan kertas kerja berjudul 1Malaysia dan Penghayatan Islam sempena Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012, semalam.

Menurut Ridhuan Tee lagi, seseorang pemimpin perlu utamakan agenda bangsa dan negara, namun sekiranya si isteri dan anak-anak kepada pemim­pin hidup bermewah, perkara ini menunjukkan­ ada tidak kena.

Beliau berkata, tidak kena jika rakyat disuruh berjimat sedangkan isteri sendiri atau suami tidak berbuat sedemikian.

Ditanya sama ada menegur peribadi pemimpin dikatakan satu kesalahan, katanya, dalam Islam, ia digalakkan dan apa dilakukan pemimpin itu menjadi perbualan.

Malah, kata Ridhuan Tee, menegur keluarga pemimpin tidak melanggar hak asasi manusia kerana sekiranya ia dibiarkan, lama-kelamaan pemim­pin itu menjadi sasaran musuh politik dan beliau tidak mahu itu berlaku.

harakahdaily/-

Najib silap, bilionair bukan kebanggaan negara

27 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 20 Feb: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi tersilap membuat congakan politik ekoran kenyataannya tentang 30 bilionair seperti didedahkan dalam Majalah Malaysian Business disangkanya adalah satu yang baik baginya.

Najib menyinggung perkara itu ketika memberi ucaputama dalam debat antara Chua Soi Lek dan Lim Guan Eng kelmarin dan lebih malang lagi ketika beliau menyebutkan setiap seorang mereka menjadi kaya kerana dasar BN secara langsung atau tidak langsung.

Justeru, bagi AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar), sudah sampai masanya supaya pemimpin Umno BN khasnya Najib, memahami bahawa akibat dari urus-tadbir secara hubungan sumbang (incenstuous-relationship) antara segelintir pimpinan politik Umno BN dengan elit bisnes itulah yang dinamakan dalam bahasa ekonominya rent-seeking behaviour –crony capitalism atau bahasa mudahnya ‘amalan kronisme’, maka wujud pembolotan kekayaan yang keterlaluan di tangan beberapa individu yang hari ini bergelar ‘billionaires’.

Katanya, habuan elit politik mendapat ‘suapan balik’ atau kickbacks dalam pelbagai bentuk – langsung dan tidak langsung - dan susunatur hubungan ini kekal dalam satu amalan patronage dan kronisme yang berakhir dengan fenomena elit kewujudan super-rich.

“Golongan ini didakwa kemudian berperanan mengekalkan sistem ‘patronage’ dan amalan kronisme ini dengan ‘membiayai kantung politik pemerintah’,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor mengambil contoh musim pemberian projek mega-besar adalah juga seperti sekarang, yakni sebelum pilihan raya.

Menurutnya, lebih besar dan berbilion ringgit lepih baik untuk penguasa kerana ‘kickbacks’ atau‘payback’ atau ‘bayaran-balik’ pun besar.

“Kalau 10% yang dituntutseseorang menteri itu sudah di fikirkan banyak bagi rakyat – ini saya tahu sendiri amalan biasa sebab didedahkan oleh seorang pemaju yang saya kenal sendiri yang mengaku ‘membayarnya kickback’ (baca rasuah) sendiri kepada menteri kerjaraya itu secara ‘upfront’ maka ‘kickbacks’ untuk parti-parti pemerintah sebagai ‘wang politik’ untuk pilihanraya dikatakan biasa sahaja oleh mereka yang telah mendapat projek mega mewah ini,” jelasnya.

Beliau menambah, projek penswastaan seperti lebuh raya, utiliti seperti air dan tenaga (IPP) dan perkhidmatan lain telekomunikasi, pelabuhan, pembentungan, Pos, perkhidmatan kesihatan, itu yang menjadikan kewujudan ‘super-rich’ segera itu fenomena yang menjadi rahsia umum.

Menurutnya lagi, meneliti setiap satu nama dari 30 bilionaire akan mendedahkan kepada umum , siapa sebenarnya entrepreneur yang bermula dari bawah dan akhirnya membina kekayaan dari titik-peluh mereka sehingga menjadi ‘bilionaire’.

“Yang ‘bilionaire segera’ ciptaan Tun hari ini punya hutang sepuluh kali keliling pinggang...nama-nama tak payah saya sebutkan dah jadi rahsia umum juga! Semasa zaman mewah atau ‘boom time’ dahulu ini, mereka digelar ‘harimau’ atau ‘tiger’ baru dunia korporat Malaysia tetapi tatkala ekonomi Asia mengalami ‘meltdown’ atau ‘merudum’ mereka dipanggil dengan joolokan ‘Fat Cat’ atau ‘Kucing Gemuk’,” katanya lagi.

harakahdaily/-

Pesawat jet simbol prestij jutawan Asia

27 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - SINGAPURA 19 Feb. - Bagi golongan terkaya di Asia memiliki sebuah jet peribadi kini menjadi simbol status paling berprestij kerana rumah agam, limousin dan kapal layar tidak lagi memadai untuk mereka menunjuk-nunjukkan kekayaan.

Pengeluar jet eksekutif yang ingin menarik pembeli dari kalangan bilionair dan jutawan yang semakin ramai di Asia memperagakan segala produk mereka pada Pameran Udara Singapura yang berakhir hari ini.

Syarikat Embraer dari Brazil menerbangkan jet peribadi Jackie Chan ke Singapura untuk pameran tersebut.

Jet Legacy 650 milik bintang filem Hong Kong itu memaparkan lakaran unik dalam warna putih, merah dan kuning yang diilhamkan daripada seekor naga dalam mitos Cina.

Chan dilantik pada bulan ini sebagai duta jenama pertama bagi Embraer.

Pesawat Chan yang dilengkapi 13 tempat duduk dan berharga AS$31.5 juta (RM98 juta) itu adalah antara beberapa pesawat eksekutif yang dipamerkan oleh pelbagai syarikat termasuk Bombardier dari Kanada dan Gulfstream Aerospace Corp. dari Amerika Syarikat (AS).

"Seperti yang kita semua ketahui, rantau Asia Pasifik ialah pasaran yang berkembang dengan sangat pesat," kata Presiden Embraer, Ernest Edwards pada pameran udara itu.

Asia kini mempunyai bilangan jutawan kedua terbanyak selepas AS, dengan pertambahan mereka di China dan India pada kadar yang menakjubkan, menurut kajian oleh Merrill Lynch Global Wealth Management dan Capgemini.

Pengeluar jet memberi fokus terhadap individu dan keluarga yang memiliki aset boleh labur sekurang-kurangnya AS$30 juta (RM93 juta), iaitu golongan yang dikategorikan sebagai memiliki 'nilai aset bersih sangat tinggi'.

Bilangan mereka di Asia meningkat kepada 23,000 orang pada 2010, menurut laporan itu, manakala majalah perniagaan AS, Forbes menganggarkan China sahaja mempunyai hampir 150 bilionair. - AFP

Mesir tetapkan tarikh pilihan raya Presiden Mesir awal Jun

27 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - KAHERAH : Pilihan raya Presiden Mesir akan diadakan pada awal Jun selepas bekas Presiden, Hosni Mubarak digulingkan dalam kebangkitan rakyat sejak setahun lalu, kata pegawai semalam.

Anggota suruhanjaya pilihan raya itu, Ahmed Shams El-Din berkata, pilihan raya akan bermula pada 1 Jun dan akan tamat pada minggu terakhir bulan tersebut jika terdapat jumlah undian yang sama.

Calon yang bertanding akan diberi masa tiga minggu bermula 10 Mac ini untuk mendaftar dan berkempen selama 45 hari sebelum proses mengundi dimulakan. - AFP

Kejam : Lelaki panggang, makan budak yang diculik

27 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - MEERUT: Seorang lelaki India yang ditangkap kerana menculik seorang kanak-kanak memeranjatkan pihak polis apabila mendakwa dia memanggang kanak-kanak yang diculik tetapi tidak dapat dijualnya dan kadang kala turut memakan daging mereka.

Ketua polis, Rajiv Krishna berkata, pihaknya akan melakukan siasatan terperinci sekiranya dakwaan lelaki berkenaan adalah benar. Polis berkata penduduk kampung menangkap lelaki berkenaan ketika dia cuba melarikan diri bersama seorang kanak-kanak yang diculik, Sadique, 12, dari Bhoor baral di daerah Meerut. Lelaki itu memberitahu polis bahawa dia sebelum ini pernah menculik beberapa kanak-kanak dan menjual mereka dalam keretapi yang bergerak. “Dia berkata, dia turut makan daging kanak-kanak yang tidak dapat dijualnya,” kata seorang pegawai polis itu.

Penduduk kampung sebelum itu mengadu kehilangan seorang kanak-kanak dari kampung terbabit, Azad yang sehingga kini tidak pernah ditemui.

“Kami akan menyiasat dakwaannya itu dan menghubungi pakar psikiatri di Agra dan Bareilly,” kata Rajiv Krishna. Polis menghantar suspek mendapatkan rawatan dan menantikan laporan kesihatan sebelum mengambil tindakan. – Agensi

Isteri dalang bunuh pemandu

27 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - Terdesak rancang komplot selepas suami dapat hidu hubungan terlarang

PETALING JAYA: Teka-teki mengenai motif pembunuhan seorang pemandu lori, M Ganesan, 31, yang ditikam di rumahnya di Flet Taman Petaling Utama, Jalan PJS 1/52 di sini, Khamis lalu terbongkar selepas polis mendapati pembunuhan itu sebenarnya didalangi oleh isterinya sendiri.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata wanita berusia 34 tahun itu dipercayai terdesak melakukan jenayah berkenaan kerana tidak mahu mangsa menjadi penghalang hubungan cintanya dengan seorang penganggur berusia 22 tahun yang terjalin sejak setahun lalu.

“Selepas hubungan terlarang itu dihidu oleh suaminya, wanita berkenaan panik dan merancang satu komplot untuk membunuh mangsa dengan dibantu ‘kekasihnya’ kerana tidak mahu mangsa menjadi penghalang hubungan cinta mereka.

“Mereka mengupah beberapa lelaki yang mana dua daripadanya adalah pelajar sebuah sekolah menengah, di sini berusia 16 tahun dengan menjanjikan upah lumayan sebanyak RM5,000 sekiranya berjaya membunuh mangsa,” katanya pada pemberita pada sidang media di sini, semalam.

Katanya, komplot berkenaan terbongkar melalui soal siasat yang dilakukan terhadap empat remaja berkenaan yang berjaya dicekup sehari selepas pembunuhan itu seterusnya menolak telahan orang ramai sebelum ini yang mengatakan mangsa mati akibat pergaduhan antara kumpulan samseng.

“Selepas hubungan sulit itu terbongkar, mangsa ada bertelagah dengan kekasih isterinya yang juga jiran mereka dan akibat rasa tidak puas hati, kedua-dua suspek (isteri mangsa dan kekasihnya) merancang membunuh mangsa.

“Sehingga kini, kita masih memburu seorang lagi suspek lelaki yang dipercayai ada kaitan secara langsung dengan pembunuhan ini selain berjaya menahan lapan suspek, termasuk pasangan kekasih itu untuk membantu siasatan,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, beliau berharap pendedahan hasil siasatan kes ini dapat meredakan keresahan orang ramai, terutama penduduk setempat yang sebelum ini berasakan kejadian itu ada kaitan dengan masalah gangsterisme atau kumpulan samseng.

Pada 16 Februari lalu, berlaku pergaduhan antara Ganesan dan beberapa rakannya sebelum dia ditikam di badan serta tangan di depan isteri serta anak perempuan berusia empat tahun di hadapan rumah mereka.

Mangsa yang cedera parah mati di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.(BH)

Sesat: PAS gesa siasat Ahmad di bawah takzir

27 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD]KUALA TERENGGANU,: PAS Terengganu membuat laporan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mengenai dakwaan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said menuduh PAS sebuah ‘parti ajaran sesat’.

Laporan tersebut diserah oleh Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik kepada Pesuruhjaya JHEAT, Mohd Rozali Saleh di pejabatnya di Kompleks Seri Iman, di sini, hari ini.

Mengikut laporan yang diserahkan kepada JHEAT itu, Ahmad boleh disiasat di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 pada Seksyen 38(1) dan Seksyen 51.

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 pada Seksyen 38(1) tersebut menjelaskan, mana-mana orang yang mengatakan atau menomohkan dengan perkataan, sama ada secara lisan atau bertulis atau dengan isyarat atau gambaran tampak atau dengan apa-apa perbuatan aktiviti atau perlakuan atau dengan menganjurkan, menaja atau membuat perkiraan bagi apa-apa aktiviti atau selainnya dengan apa-apa cara, bahawa mana-mana orang yang menganut agama Islam atau orang yang tergolong dalam apa-apa kumpulan, golongan atau perihalan orang menganut agama Islam.

“Pertama, adalah kafir. Kedua, tidak lagi menganut agama Islam. Ketiga, tidak sepatutnya diterima atau tidak boleh diterima sebagai menganut agama Islam atau Keempatnya, tidak mempercayai, mengikuti, menganuti atau tergolong dalam agama Islam.

“Adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau di penjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya,” jelas Abu Bakar pada sidang medianya selepas menyerahkan laporan tersebut .

Katanya lagi, menurut Seksyen 51 Enakmen yang sama pula mana-mana orang yang dengan sengaja mengeluarkan atau menyebarkan kata-kata yang bertentangan dengan Hukum Syarak yang mungkin boleh memecahkan keamanan di mana-mana tempat adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat mendakwa Ahmad Said telah mengeluarkan kenyataan dengan niat jahat dan sengaja.

Justeru, katanya kenyataan tersebut telah menimbulkan suasana tidak tenteram dan kurang senang di kalangan umat Islam di Malaysia.

Menurutnya, kenyataan tersebut boleh difahami secara tersurat dan tersirat bahawa pimpinan, ahli dan penyokong PAS adalah golongan yang terlibat dengan ajaran sesat. Justeru, beliau memohon supaya JHEAT menyiasat kenyataan itu di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001.(HD)

Imigresen Batam serah Helmi kepada polis

27 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - Suspek edar gambar bogel EXCO tunggu dakwaan

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia, Helmi Hazimin Malek, 37, yang dikaitkan dengan penyebaran gambar separuh bogel EXCO wanita kerajaan Selangor dan ditahan Imigresen Indonesia 3 Februari lalu, diserahkan kepada Polis Batam untuk siasatan susulan.

Jurucakap Kedutaan Besar Indonesia di sini, Suayana Sastradiredja, berkata Helmi diserahkan kepada polis Batam selepas siasatan ke atasnya berhubung dakwaan memalsukan dokumen perjalanan diri dan tinggal lebih masa selesai dijalankan pihak imigresen.

“Imigresen Batam menyerahkan Helmi kepada polis, Khamis lalu selepas siasatan terhadapnya selesai dan Helmi akan ditempatkan di bawah tahanan polis sementara menunggu proses pendakwaan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata, siasatan polis akan menjurus kepada dari mana suspek memperoleh dokumen palsu republik berkenaan dan tiada kemungkinan dia diekstradisi ke Malaysia dalam tempoh terdekat.

“Dia akan diadili di Indonesia kerana kesalahan menggunakan dokumen pengenalan pengenalan diri palsu,” katanya.

Helmi dipercayai memasuki Batam melalui pelabuhan antarabangsa Tanjung Balai, Karimun menggunakan pasport Malaysia pada 15 Februari 2009 sebulan sebelum waran tangkap terhadapnya dikeluarkan polis Malaysia berhubung siasatan penyebaran gambar separuh bogel Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor, Elizabeth Wong.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin, berkata polis Malaysia belum menerima maklumat mengenai kesalahan Helmi di sana dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa Indonesia.

“Kita harus menghormati undang-undang Indonesia, segala keputusan dan tindakan yang dibuat di sana (Batam) adalah di bawah kuasa mereka.

“Helmi perlu menjalani hukuman atas kesalahan yang dilakukan sebelum dia dihantar kembali ke negara ini untuk disiasat atas kesalahan di sini,” katanya.(BH)

'Latiff Ibrahim masih hidup', hentikan khabar angin beliau mati

27 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon Latiff Ibrahim kini masih dirawat di Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara (IJN), di sini, selepas diserang penyakit jantung kelmarin.

Sehubungan itu, keluarga Latiff meminta penyebaran khabar palsu kematian penyanyi dan pelakon itu dihentikan serta-merta. Adiknya yang juga penghibur terkenal, Datuk Khadijah Ibrahim berkata, khabar angin itu menimbulkan keadaan panik sekali gus membawa tekanan apabila ramai rakan serta sanak saudara terkejut dan menyangka mereka tidak dimaklumkan mengenai kematiannya itu.

“Saya harap tiada pihak membuat spekulasi atau menyebarkan perkara yang tidak tepat, apatah lagi membabitkan isu meninggal dunia. Abang saya memang dimasukkan ke hospital disebabkan serangan jantung, namun keadaannya masih dalam pemantauan.

“Sebenarnya sejak semalam lagi kami menerima banyak panggilan telefon. Apa pun dalam situasi begini, lebih baik kita mendoakan semoga dia cepat sembuh,” katanya ketika dihubungi semalam.

Latiff atau nama sebenarnya, Abdul Latiff Ibrahim, 62, pernah menjalani pembedahan pintasan jantung kira-kira 12 tahun lalu. Namun sejak kebelakangan ini kesihatannya tidak menentu apabila sejak tahun lalu sudah tiga kali dikejarkan ke hospital disebabkan serangan sama.

Daripada keluarga terdekat, difahamkan penyanyi 80-an yang popular dengan lagu Nora itu sepatutnya menjalani pembedahan jantung sekali lagi dalam tempoh terdekat.(BH)

Korea Utara ancam bom pulau Korea Selatan

27 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - SEOUL : Tentera Korea Utara semalam melaungkan amaran akan mengebom pulau-pulau berhampiran sempadan Laut Kuning jika tentera laut Korea Selatan mengadakan latihan ketenteraan menggunakan peluru hidup di kawasan pertikaian tersebut.

Ketumbukan Sektot Barat Korea Utara turut memberi amaran kepada penduduk di lima pulau terbabit supaya berpindah ke kawasan selamat sebelum latihan Korea Selatan dilaporkan bermula pada pagi hari ini.

Pihak tentera negara komunis itu berkata, kerajaan Seoul 'sepatutnya tidak lupa pengajaran' daripada pengeboman tentera Korea Utara terhadap pulau Yeonpyeong pada November 2010 yang mengorbankan empat penduduk awam Korea Selatan. - AFP

44 banduan maut dalam rusuhan penjara di Mexico

27 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - MONTERREY: Sekurang-kurangnya 44 banduan terbunuh dalam rusuhan yang tercetus di penjara Apodaca di Mexico, awal pagi tadi, beberapa hari selepas rusuhan yang berlaku di sebuah penjara di Honduras.

Ia sekali gus menyaksikan kesesakan teruk yang berlaku di penjara sekitar Amerika Latin.
Pembunuhan berlaku ketika pergaduhan tercetus antara kumpulan penjenayah di penjara Apodaca, berdekatan Monterrey, yang dihuni kira-kira 3,000 banduan walaupun kapasiti sebenar bagi penjara berkenaan hanya 1,500. - AFP

Salah petikan: Guan Eng tuntut Star mohon maaf

27 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - 7:30AM Feb 20, 2012
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menuntut akhbar harian berbahasa Inggeris the Star membuat permohonan maaf dan menarik balik petikan yang didakwanya salah semasa perdebatan beliau dengan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Dalam satu kenyataan medianya, Lim merujuk kepada petikan yang disiarkan menerusi artikel yang bertajuk “What they said” atau “Apa mereka katakan" yang diterbitkan pada halaman enam akhbar itu, semalam.

Lim menafikan bahawa beliau mengeluarkan kata-kata berikut: "Kami tidak bersetuju Perdana Menteri mesti sentiasa terdiri daripada orang Melayu kerana kami mahu rakyat yang membuat keputusan".

Walaupun Lim menerima hakikat bahawa Star condong bagi memihak kerajaan dan menerbitkan "laporan berat sebelah" mengenai perdebatan kerana ia dimiliki oleh MCA, namun beliau tidak boleh menerima petikan yang diada-adakan sedangkan kayanya, berliau tidak pernah berkata demikian.

"Petikan yang dikatakan dikeluarkan oleh saya adalah palsu dan tidak benar kerana tiada rujukan sekalipun pernah dibuat oleh saya mengenai isu ini yang tidak ditimbulkan semasa perbahasan.

"Oleh kerana perdebatan ini dijalankan dalam bahasa Mandarin, saya lebih suka untuk menganggap ini adalah satu kesilapan dalam pemahaman oleh akhbar Inggeris, walau pun Star dimiliki oleh MCA," katanya.

Lim menuntut Star menarik balik artikel itu dan membuat permohonan maaf sepenuhnya pada halaman yang sama enam.(MK)