19 February 2012

Makna Kebahagiaan Dalam Keluarga

24 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
By: Muhamad Agus Syafii

Makna bahagia di dalam keluarga berkaitan dengan tingkat problem yang dihadapinya. Kebahagiaan sesungguhnya dalam kehidupan keluarga bukan ketika akad nikah, bukan pula ketika bulan madu, tetapi ketika pasangan itu telah membuktikan mampu mengarungi samudera kehidupan hingga ke pantai tujuan, dan di pantai tujuan ia mendapati anak cucu yang sukses dan terhormat. Hidup berumah tangga bagaikan mengarungi bahtera di tengah samudera luas. Lautan kehidupan seperti tak bertepi, dan medan hamparan kehidupan sering tiba-tiba berubah. Memasuki lembaran baru hidup berkeluarga biasanya dipandang sebagai pintu kebahagiaan. Segala macam harapan kebahagiaan ditumpahkan pada lembaga keluarga. Akan tetapi setelah periode impian indah terlampaui orang harus menghadapi realita kehidupan.

Sunnah kehidupan ternyata adalah problem Kehidupan kita, tak terkecuali dalam lingkup keluarga adalah problem, problem sepanjang masa. Tidak ada seorangpun yang hidupnya terbebas dari problem, tetapi ukuran keberhasilan hidup justeru terletak pada kemampuan seseorang mengatasi problem. Sebaik-baik mukmin adalah orang yang selalu diuji tetapi lulus terus, khiyar al mu'min mufattanun tawwabun.(hadis).

Problem itu sendiri juga merupakan ujian dari Allah, siapa diantara ,mereka yang berfikir positif, sehingga dari problem itu justeru lahir nilai kebaikan, liyabluwakum ayyukum ahsanu amala (Q/67:2) liyabluwakum fi ma a ta kum (Q/6:165) Menurut hadis Nabi, menemukan pasangan yang cocok (saleh/salihah) dalam hidup berumah tangga berarti sudah meraih separoh urusan agama, separoh yang lain tersebar di berbagai bidang kehidupan.

Hadis ini mengambarkan bahwa rumah tangga itu serius dan strategis. Kekeliruan orientasi, keliru jalan masuk, keliru persepsi, keliru problem solving dalam hidup rumah tangga akan membawa implikasi yang sangat luas. Oleh karena itu problem hidup berumah tanga adalah problem sepanjang zaman, dari sejak problem penyesuaian diri, problem aktualisasi diri, nanti meluas ke problem anak, problem mantu, cucu dan bahkan tak jarang suami isteri yang sudah berusia di atas 60 masih juga disibukkan oleh problem komunikasi suami isteri, hingga kakek dan nenek itu bisa meraih kebahagiaan.

Oleh sebab Itu makna bahagia di dalam keluarga berkaitan dengan tingkat problem yang dihadapinya. Kebahagiaan sesungguhnya dalam kehidupan keluarga bukan ketika akad nikah, bukan pula ketika bulan madu, tetapi ketika pasangan itu telah membuktikan mampu mengarungi samudera kehidupan hingga ke pantai tujuan, dan di pantai tujuan ia mendapati anak cucu yang sukses dan terhormat.

Sungguh orang sangat menderita ketika di ujung umurnya menyaksikan anak-anak dan cucu-cucunya nya sengsara dan hidup susah, meski perjalanan bahtera rumah tangganya penuh dengan kisah keberhasilan. Kebahagiaan di dalam keluarga hadir setelah kita mampu mengatasi problem sepanjang kehidupan rumah tangga.

Menurut hadis Nabi ada empat pilar kebahagiaan dalam mengarungi bahtera rumah tangga (1) isteri/suami yang setia (2) anak-anak yang berbakti (3) lingkungan sosial yang sehat dan (4) rizkinya dekat. Kesetiaan membuat hati tenang dan bangga, anak-anak yang berbakti menjadikannya sebagai buah hati, lingkungan sosial yang sehat menghilangkan rasa khawatir dan rizki yang dekat merangsang optimisme, idealisme dan kegigihan.

7 pintu neraka untuk diketahui

26 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - Diriwayatkan dalam Anwar Nu maniyah dan Biharul Anwar bahwa ketika Jibril turun membawa ayat di atas tadi, Nabi saw memintanya untuk menjelaskan kondisi neraka. Jibril menjawab: Wahai Nabi Allah, sesungguhnya di dalam neraka ada tujuh pintu, jarak antara masing-masing pintu sejauh tujuh puluh tahun, dan setiap pintu lebih panas dari pintu yang lain, nama-nama pintu tersebut adalah:

1. Hawiyah (arti harfiahnya: jurang), pintu ini untuk kaum munafik dan kafir.

2. Jahim, pintu ini untuk kaum musyrik yang menyekutukan Allah.

3. Pintu ketiga untuk kaum sabian (penyembah api).

4. Lazza, pintu ini untuk setan dan para pengikutnya serta para penyembah api.

5. Huthamah (menghancurkan hingga berkeping-keping), pintu ini untuk kaum Yahudi.

6. Sa (arti harfiahnya: api yang menyala-nyala), pintu ini untuk kaum kafir.

Tatkala sampai pada penjelasan pintu yang ketujuh, Jibril terdiam. Nabi saww maminta Ia untuk menjelaskan pintu yang ketujuh, Jibril pun menjawab:Pintu ini untuk umatmu yang angkuh; yang mati tanpa menyesali dosa-dosa mereka.

Lalu, Nabi saw mengangkat kepalanya dan begitu sedih, sampai beliau pengsan. Ketika siuman beliau berkata:Wahai jibril, sesunggguhnya engkau telah menyebabkan kesusahanku dua kali ganda. Akankah umatku masuk Neraka?

Kemudian Nabi saw mulai menangis. Setelah kejadian itu, beliau tidak berbicara dengan siapapun selama beberapa hari, dan ketika sholat beliau menangis dengan tangisan yang sangat memilukan. Karena tangisannya ini, semua sahabat ikut menangis..

Mudah-mudahan kita semua ditempatkan dikalangan golongan orang-orang yang beriman dan menjadi orang yang bertaubat serta dijauhkan dari api nereka.

Pemandu rempuh tiang elektrik

26 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - KULIM - Seorang lelaki berusia 40-an nyaris maut apabila kereta jenis Volvo yang dipandunya hilang kawalan dan merempuh sebatang tiang elektrik di pekan Kulim, kira-kira jam 1.30 pagi, kelmarin.

Saksi yang berada di tempat kejadian berkata, mangsa memandu kereta dengan laju sebelum memasuki selekoh dan terbabas.

Menurutnya, akibat rempuhan kuat itu, kereta mangsa remuk di bahagian hadapan, bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Unit MPV yang berada di tempat kejadian menyatakan mangsa memandu kereta di bawah pengaruh alkohol. Mangsa kemudiannya diarahkan untuk mendapatkan rawatan sebelum membuat laporan polis di Balai Trafik,” katanya.

Orang ramai yang berada di tempat kejadian turut kecewa dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) kerana datang ke lokasi kejadian terlalu lewat.

Ketika kemalangan, tiang elektrik yang dirempuh patah dan tumbang di atas jalan raya mengakibatkan laluan itu ditutup.

Untuk memastikan tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini, Polis terpaksa berkawal lebih dua jam untuk memastikan tiada kenderaan masuk ke laluan terlibat memandangkan kebal elektrik yang masih aktif berada di atas jalan.

Sementara itu, Ketua Trafik Kulim, Asisten Superintendan Ismail Ayob berkata, kemalangan yang berpunca daripada pemandu mabuk boleh mengakibatkan kecederaan serius.

Katanya, ini kerana pemandu tidak memberikan tumpuan 100 peratus terhadap pemanduan dan ia membahayakan pemandu dan pengguna jalan raya lain.

“Mereka yang di bawah pengaruh alkohol atau mabuk diharap tidak memandu kenderaan mereka, sebaliknya meminta bantuan kawan atau balik dengan teksi.

“Memandu di bawah pengaruh alkohol adalah satu kesalahan trafik serius. Saya sangat berharap semua golongan yang sering minum minuman keras lebih berhati-hati ketika memandu kerana kecuaian dilakukan boleh mengakibatkan maut,” katanya.(SH)

Budak genius dedah kejayaan menerusi buku

26 Rabi'ul Awal 1433H - LOS ANGELES - Satu perkara yang tidak digemari Moshe Kai Cavalin, 14, adalah apabila orang menggelarnya sebagai genius.

Dia menerima gelaran sebegitu kerana kepintaran luar biasanya telah membolehkan remaja itu menamatkan pengajian di kolej seawal umur 11 tahun dengan gred purata 4.0.

Pada umur 14 tahun, Cavalin kini bakal bergelar graduan Universiti California, Los Angeles (UCLA) dan dia juga baru sahaja menerbitkan buku versi bahasa Inggeris pertamanya setebal 100 muka surat berjudul We Can Do.

Buku yang mengambil masa selama empat tahun untuk disiapkan tersebut mendedahkan rahsia kejayaannya yang dicapai menggunakan pendekatan mudah iaitu fokus dan sentiasa bekerja keras.

Jurutera maut dalam nahas

26 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - PONTIAN – Seorang jurutera sebuah kilang di sini, maut dalam kemalangan di Kilometer 45.7 Jalan Johor Bahru - Pontian, kira-kira satu kilometer dari rumahnya di Kampung Pengkalan Raja Pekan Nenas, pagi semalam.

Mangsa, Rozaimah Mohd Badawi, 24, meninggal dunia di tempat kejadian selepas kereta Toyota SE yang dipandunya bertembung dengan sebuah Proton Wira yang datang dari arah bertentangan.

Ibu mangsa, Rosnah Bedu, 47, berkata, sebelum kejadian, Rozaimah dalam perjalanan pulang ke tempat kerja selepas menghantarnya mengambil wang BR1M di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, di sini.

“Saya terkejut menerima berita kemalangan yang menimpa arwah. Masih terbayang arwah menghantar saya mengambil wang BR1M sebanyak RM500,” katanya kepada Sinar Harian di pekarangan rumah mayat, Hospital Pontian, semalam.

Menurutnya, Rozaimah baru sahaja bekerja selama lapan bulan sebagai jurutera di kilang berkenaan setelah tamat pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam jurusan Kejuruteraan Awam.

Manakala, pemandu Proton Wira, seorang lelaki berumur lingkungan 30-an hanya cedera ringan dan dirawat di Hospital Pontian sebagai pesakit luar.

Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba Pekan Nenas, Mohd Yazed Othman berkata, bumbung kereta mangsa terpaksa dipotong dengan menggunakan alat pemotong hidraulik.

Menurutnya, enam anggota mengambil masa kira-kira 20 minit bagi mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit.

Bagaimanapun, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu tetapi enggan mengulas lanjut kemalangan berkenaan. (SH)

Lapan suspek ditahan termasuk isteri mangsa

26 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - PETALING JAYA - Polis menahan lapan suspek, termasuk isteri mangsa, dalam kes pembunuhan seorang pemandu lori di rumahnya di Flat Taman Petaling Utama, Jalan PJS 1/52 Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata motif pembunuhan dipercayai mempunyai kaitan dengan hubungan isterinya, yang berusia 34 tahun, dan seorang lelaki berumur 22 tahun, yang dihalang mangsa.

Arjunaidi berkata empat remaja termasuk dua pelajar sekolah menengah yang ditahan polis sehari selepas kejadian, mendakwa isteri mangsa merancang pembunuhan itu dan berpakat dengan teman lelakinya untuk mengupah mereka melakukan perbuatan tersebut serta menjanjikan bayaran RM5,000 untuk setiap orang.

"Pada hari mangsa dibunuh, empat remaja terbabit bersama teman lelaki isteri mangsa telah masuk ke dalam rumah dengan bantuan isteri mangsa yang membuka pintu, sebelum menyerang mangsa yang sedang tidur," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya hari ini.

Beliau berkata mangsa mati akibat kecederaan parah di belakang badan dan tangan setelah diserang dengan sebilah parang.

"Polis turut menahan ibu bapa suspek utama (teman lelaki isteri mangsa) bagi membantu siasatan berikutan mereka merupakan jiran mangsa, dan dipercayai membantu kedua-dua suspek utama merancang komplot pembunuhan itu," katanya.

Arjunaidi berkata semua suspek direman selama seminggu mulai semalam dan polis sedang memburu seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam pembunuhan itu.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Dalam insiden yang berlaku pada 3 pagi itu, M. Ganesan, 35, mati akibat diserang beberapa lelaki menggunakan parang dan mayatnya dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.- Bernama

Nada dering telefon boleh lemahkan otak

26 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - Penggunaan lagu popular, jejas pembelajaran. Sekumpulan penyelidik berkata penyelesaian masalah atau mengingati sesuatu perkara menjadi lebih mudah dilakukan, jika telefon bimbit dalam keadaan senyap kerana nada dering terutama lagu yang menarik boleh mengurangkan keupayaan kuasa otak.

Saintis di Universiti Washington, di St Louis mendapati sekumpulan pelajar mendapat markah lebih 25 peratus kurang dalam ujian apabila didedahkan dengan nada dering telefon bimbit.Keputusan terburuk itu ditunjukkan selepas mendengar lagu yang diketahui atau disukai mereka.

“Kebanyakan kita beranggapan, deringan telefon bimbit di tempat awam adalah satu gangguan yang tidak disukai , tetapi kajian ini mengesahkan gangguan bunyi itu juga memberi kesan dalam hidup,” kata Jill Shelton.

Kajian termasuk eksperimen dijalankan Shelton menggunakan sekumpulan pelajar di dalam kelas syarahan psikologi yang padat di Universiti Louisiana, dan mereka dibenarkan membiarkan telefon bimbit di dalam beg berdering secara berterusan dengan kuat selama 30 saat.

Hasil ujian mendapati, pelajar yang terdedah kepada deringan telefon bimbit mendapat markah 25 peratus lebih rendah berbanding n sebelum gangguan itu. Pelajar yang diuji sukar mengingati semula kandungan kursus yang dibentangkan ketika gangguan, walaupun maklumat yang sama disampaikan profesor sebelum deringan telefon termasuk dalam teks melalui slaid sepanjang gangguan.

Pelajar mendapat markah lebih teruk apabila Shelton menambahkan gangguan, kerana panik mencari telefon di dalam beg sebagai cubaan untuk menghentikan deringan berkenaan.

Pada peringkat eksperimen ini, pelajar di sebuah makmal diuji dengan ujian pengenalan perkataan mudah ketika didedahkan dengan gangguan bunyi seperti nada tidak relevan, deringan telefon bimbit standard dan sebahagian lagu yang biasa di kalangan pelajar terbabit.

Lagu dalam versi instrumental sebuah gubahan lagu bagi menyokong pasukan American Football university itu dimainkan sekejap-sekejap. Lagu itu juga menjadi satu deringan telefon bimbit yang popular.

“Apabila kami memainkan lagu semangat itu dalam ujian makmal, faktor gangguan bertahan lebih lama.

“Ia memperlahankan prestasi membuat pilihan mereka untuk tempoh lebih lama berbanding ketika deringan telefon bimbit biasa.

“Bergantung bagaimana kebiasaan seseorang terhadap lagu itu, ia boleh memberikan kesan lebih buruk terhadap keupayaan kognitif mereka,” kata Shelton.

Kajian itu menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai yang cuba memberi perhatian ketika mereka diganggu dengan bunyi deringan daripada e-mel atau mesej teks. – Agensi

Minum teh elak serangan jantung

26 Rabi'ul Awal 1433H. LONDON - Pengambilan tiga cawan teh setiap sehari cukup untuk mengelak anda daripada serangan jantung dan diabetis jenis 2, menurut satu kajian terkini.

Kajian diketuai Dr. Carrie Ruxton itu menunjukkan pengambilan teh hitam secara teratur, sama ada ditambah dengan susu atau tidak, boleh mengurangkan masalah jantung dengan memotong paras kolestrol jahat dan juga gula dalam darah.

Beliau yang merupakan Pakar Pemakanan berkata, manfaat teh terletak pada kandungan flavonoid, iaitu bahan anti-oksidan yang berfungsi mengawal penyakit kardiovaskular.

“Sebenarnya banyak manfaat yang terkandung dalam minuman kegemaran ramai ini daripada apa yang kita jangkakan,” kata Ruxton, yang juga merupakan anggota Panel Penasihat Teh (TAP).

Menurutnya, secawan teh menyediakan antara 150 dan 200 miligram flavonoid dan ia merupakan sumber anti-oksidan terbaik berbanding hidangan-hidangan lain.

Sebagai perbandingan, kandungan anti-oksidan dalam dua cawan teh bersamaan dengan lima bahagian sayur-sayuran.

Seorang lagi anggota TAP, Dr. Tim Bond pula berkata, masalah kronik seperti sakit jantung, strok dan diabetis berkait rapat dengan proses keradangan dan kehadiran radikal bebas pro-oksidan yang berlebihan dalam badan.

“Bahan anti-oksidan dan anti- keradangan yang terkandung dalam flavonoid teh hitam memberi kesan positif kepada tubuh,” katanya. - AGENSI

Remaja, rakan disimbah asid ketika tidur

26 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - MARANG: Seorang remaja yang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan seorang rakannya melecur selepas disimbah cecair, dipercayai asid, dalam satu insiden awal pagi ini di Kampung Padang Merchang di sini.

Ketika kejadian 5.10 pagi itu, Mohd Fadzil Hanafi Idrus, 18, dan Shahurzaman Salim, 38, sedang nyenyak tidur bersama empat lagi rakan mereka di sebuah rumah bujang selepas menonton perlawanan bola sepak di televisyen.

Mohd Fadzil melecur di bahagian muka, badan serta kaki manakala Shahurzaman, yang bekerja sebagai nelayan, cedera di muka serta mata, dan mereka kini dirawat di unit kebakaran Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan dilaporkan stabil.
Seorang penyewa di rumah itu, Mohd Harmizi Hussin, 29, berkata ketika kejadian, dia dalam perjalanan pulang dari tempat kerja dan dihubungi seorang rakannya mengenai kejadian tersebut.

"Setibanya di rumah, saya terkejut melihat keadaan (Mohd) Fadzil yang melecur di muka sambil menggelupur menjerit kesakitan.

"Saya terus menghantar kedua-dua mangsa ke Klinik Kesihatan Mercang sebelum mereka kemudiannya dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Mohd Harmizi, seorang pemandu bas kilang, berkata Mohd Fadzil biasa datang ke rumah sewanya untuk menonton perlawanan bola sepak.
"Saya percaya suspek melontar cecair berkenaan melalui tingkap yang tidak ditutup dan kebetulan pula (Mohd) Fadzil dan Shahurzaman tidur di atas katil berhampiran tingkap tersebut," katanya.

Pada mulanya, Mohd Harmizi menyangkakan cecair itu adalah sejenis minyak namun sangkaannya meleset setelah melihat kesan terbakar pada tilam dan kain pelekat yang dipakai Mohd Fadzil.

Bapa Mohd Fadzil, Idrus Mohd Nor yang ditemui di HSNZ berkata dia terkilan dengan kejadian itu, yang belum diketahui motif sebenarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung perkara tersebut.

Beliau berkata, polis masih mengenal pasti motif sebenar kejadian dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Layakkah Najib tanding sebagai MP Pekan?


26 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - Benarkah populariti Datuk Seri Najib Abdul Razak kini lebih baik berbanding populariti Datuk Seri Anwar ibrahim pada masa ini? Maksud "popular" di sini boleh jadi positif atau negatif.

Seseorang yang didakwa terlibat dengan kes pembunuhan berprofil tinggi boleh juga menjadi begitu popular di kalangan rakyat yang tertipu di sebalik topeng seorang ahli politik yang berjaya menduduki kerusi nombor satu di sesebuah negara itu.

Dan sebaliknya seorang pejuang rakyat yang sebenar boleh juga menjadi begitu popular apabila didakwa difitnah dan diaibkan sedemikian rupa kepada sekalian rakyat jelata apabila dituduh seorang peliwat atau kaki seks pelacur.

Jadi interpretasi "popular" boleh membawa makna yang positif atau negatif. Namun ‘positif juga boleh dimanipulasikan menjadi negatif’, begitulah sebaliknya, ‘negatif juga boleh dimanipulasikan menjadi positif’.

Rakyat kini ternanti-nanti debat di antara Anwar dengan Najib. Di zaman serba canggih dan telus ini di mana kredibiliti dan kebijaksanaan seseorang pemimpin itu dinilai daripada cara dia berfikir dan menyampaikan buah fikirannya, maka debat merupakan suatu cara paling tepat bagaimana kita boleh menilai cara pemikiran dua orang pemimpin itu tentang sesuatu dasar yang ingin mereka terajui di dalam sistem pentadbiran negara.

Dengan berdebat, rakyat dapat menilai secara adil dan saksama tahap pemikiran dua orang pemimpin besar sesebuah negara itu mengenai pandangan kedua-duanya tentang cara mentadbir sesebuah negara, serta menjawab pelbagai isu-isu berkaitan tuduhan yang saling dilemparkan di antara kedua-dua belah pihak.

Jangan cuma jadi pengecut apabila media massa milik Umno/BN diperlembukan untuk menyerang Pakatan Rakyat tanpa pihak Pakatan mampu menggunakan saluran yang sama untuk menepis serangan jahat serta fitnah yang dilemparkan itu?

Seorang pengecut dikatakan bukan “anak jantan sejati”, atau dengan sindiran yang lebih pedas seorang lelaki yang pengecut. telur". Tentulah Datin Seri Rosmah Mansor tidak mahu suaminya digelar sedemikian rupa.

Maka untuk membuktikan kejantanan Najib yang sebenarnya, maka beliau perlulah menyahut cabaran Anwar untuk turun berdebat untuk disaksikan oleh seantero rakyat 1Malaysia di kaca-kaca TV milik parti Najib sendiri juga!

Sekiranya Najib tetap tidak mahu berdebat juga, maka sudah pastilah rakyat akan melihat ada yang tidak kena tentang dirinya (“something is wrong somewhere”).

Mungkin kerana beliau memang tidak layak untuk jadi PM yang baik atas dakwaan pelbagai skandal salah laku orang-orang di bawah pimpinannya yang terlibat dengan pelbagai kes rasuah, pecah amanah serta salahguna kuasa.

Contoh terdekat, kes seorang menteri di bawah pentadbiran Najib yang terlibat dengan skandal perniagaan keluarganya iaitu NFC dengan pembiayaan RM250 juta yang masih belum dapat ditangani oleh Najib secara telus dan berkesan.

Program yang selalu dicanang-canangkan Najib kepada rakyat iaitu “transformasi” kini telah bertukar kepada “trans-for-money”. Betapa banyak projek-projek di negara ini dijalankan hanya kerana tujuan utamanya adalah untuk kekayaan kroni-kroni Umno/BN semata-mata.
Slogan “Rakyat Kena Dulu, Kroni Diutamakan” begitu relevan sekali untuk mengungkapkan persepsi rakyat terhadap apa yang sebenarnya terjadi.

Sekiranya Najib tetap tidak mahu berdebat dengan Anwar juga, maka apa lagi yang tidak kena tentang dirinya?

Slogan 1Malaysia yang diwar-warkan oleh Najib juga sudah tidak boleh dipakai lagi memandangkan masih wujud agenda-agenda perkauman di dalam Umno, ditambah pula kaitan pertubuhan PERKASA dengan Umno sebagai golongan ultra Melayu yang seringkali menghamburkan api perkauman, sehingga baru-baru ini wujud provokasi daripada pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang meletakkan kepada babi di depan masjid di dua tempat berasingan di Lembah Klang, iaitu dua buah kawasan yang diterajui oleh wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat.

Najib tidak boleh ‘menebus dosanya’ hanya dengan menziarahi perarakan kavadi di Batu Caves semasa hari Thaipusam akan datang sahaja semata-mata kononnya untuk mengambil hati orang berketurunan India atau penganut-penganut agama Hindu.

Kepada Najib, silalah bertanya kepada para mufti terlebih dahulu samada perbuatannya itu adalah betul atau boleh menjejaskan aqidah Islamnya kerana bersama-sama menyambut suatu perayaan berunsur agama tersebut?

Rakyat kini sudah muak dengan permainan kotor politik Umno/BN yang mengambil pendekatan fitnah seks kepada Anwar yang mana akhirnya masyarakat Malaysia terutama muda-mudi kini banyak yang musnah akhlak mereka terutama terlibat dengan gejala seks rambang, seks luar tabii, pembuangan bayi, dan bermacam-macam lagi kerosakan moral yang terbit daripada pelbagai gejala seks haram kelolaan Umno/BN.

Dan sekiranya Najib tetap tidak mahu berdebat dengan Anwar juga, maka apa lagi yang tidak kena tentang dirinya?

Tambahan pula daerah Pekan yang terletak berhampiran Kuantan bukanlah suatu tempat yang selamat untuk didiami rakyat lagi apabila kilang nadir bumi milik Lynas bakal didirikan di sana tidak lama lagi!

Najib sewajibnya mestilah membersihkan dirinya terlebih dahulu terhadap pelbagai isu dan skandal sebelum layak menjadi calon bertanding kerusi parlimen Pekan pada PRU-13 nanti. Najib sepatutnya mencerminkan dirinya dan bermuhasabah terlebih dahulu benarkah dirinya seorang calon yang "bersih"?

Untuk menjawab pelbagai persoalan-persoalan di atas, maka sebagai seorang anak jantan yang tulen, Najib perlulah berhadapan dengan rakyat dengan berdebat dengan Anwar sepertimana yang selalu dilaksanakan di negara-negara maju khususnya sebelum pilihan raya umum bagi menentukan pemimpin utama mana yang selayak-layaknya diterima oleh rakyat.

Biarlah rakyat sendiri yang menentukan pemimpin pilihan mereka melalui suatu medium yang adil dan saksama. (MK)

Siapa Kak Tunda Chua ?

26 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - Aktivis MCA Selangor Jessie Ooi yang kurang dikenali kini menjadi sensasi baru Internet apabila kemunculannya dalam debat antara pemimpin nombor satu MCA dan DAP semalam berjaya mencuri tumpuan.

"Saya separuh orang Pulau Pinang. Anda sentiasa bercakap tentang mengurangkan beban rakyat. Tetapi cukai taksiran naik. Semua harga naik.

"Lagi pula, pada 10.30 malam, saya nampak dua kali dengan mata kepala saya sendiri, jam 10.30 malam di jalan yang tiada kereta, kamu masih minta pegawai penguatkuasa tarik kereta.

"Ini menyebabkan pergaduhan. Bagaimana anda hendak jelaskan isu keselamatan ini? Adakah ini maksudnya mengurangkan beban rakyat," katanya.

Harian berbahasa Cina Kwang Wah Jit Poh menggambarkan muka dan telinga Ooi merah padam dan suaranya pecah ketika menyoal Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semalam.

Video daripada debat yang disiarkan langsung di kaca TV itu semalam kini dikongsi meluas di pelbagai laman sosial.

Bagaimanapun, kritikan padanya menjurus kepada mempersendakan dengan memberikan gelaran ‘Ms Tow Truck' (Kak Tunda).(MK)

Isu hudud sudah tidak laku bagi kaum Cina

26 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 19 Feb: Isu hukum hudud diakui sebagai isu yang sudah tidak laku lagi bagi masyarakat Cina jika digunakan oleh Umno, MCA dan BN dalam kempen mereka bagi menghadapi sebarang pilihan raya di negara ini.

Sebaliknya, semakin meluas isu itu dimainkan, semakin meningkat pula sokongan masyarakat Cina kepada PAS dan Pakatan Rakyat sehingga menyebabkan BN akan mengalami kekalahan teruk.

Pensyarah di sebuah pusat pengajian tinggi tanah air, Ong Kian Ming berkata, realiti itu terbukti pada Pilihan Raya Umum Ke-12 tahun 2008 lalu, apabila Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memainkan isu tersebut dalam kempennya di kawasan Parlimen Bukit Gantang dan Dun Pasir Panjang, Perak yang ditandingi Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin bagi pihak PAS.

Menurutnya, disebabkan isu tersebut, pengundi-pengundi Cina di kawasan itu bukannya memberikan undi kepada BN, tetapi semakin menyokong PAS sehingga menyebabkan Nizar mencapai kemenangan besar.

Katanya, perkara itu perlu dijadikan pengajaran oleh MCA dan BN agar tidak terperangkap dengan kesilapan mereka sendiri dalam memilih isu dalam kempen mereka dalam pilihanraya termasuk untuk menghadapi PRU Ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

"Isu hudud sudah tak patut ditimbulkan lagi oleh Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Isu hudud sebenarnya dah tak laku bagi orang Cina sekarang," katanya ketika menjadi ahli panel bagi mengulas debat antara Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang disiarkan secara langsung di Astro Awani semalam.

Pada program debat selama dua jam yang bermula jam 4.30 petang itu, seorang peserta turut membangkitlkan mengenai isu hukum hudud untuk dijawab oleh Lim, dengan mengkritik keras DAP kerana menjalinkan kerjasama dengan PAS yang ingin melaksanakan hukum itu jika Pakatan Rakyat memerintah Malaysia pada PRU Ke-13 akan datang.

Bagaimanapun, persoalan itu tidak dijawab dengan panjang lebar oleh Lim disebabkan kesuntukan masa, sehingga Soi Lek juga turut menyuarakan kekesalannya terhadap Lim kerana tidak memberikan respon yang baik terhadap soalan itu ketika tiba giliran beliau berhujah sejurus selepas itu.

Ketika program ulasan mengenai debat itu berlangsung yang diadakan sejurus selepas tamatnya debat yang julung-julung kali diadakan itu, Kian Ming berkata, sikap Soi Lek yang turut membangkitkan isu hudud pada program tersebut ternyata usaha yang sia-sia.

"Apabila Soi Lek bangkitkan isu hudud, ia tak menguntungkan MCA atau BN lagi. Malah tak guna. Rakyat perlukan isu-isu penting, bukannnya isu yang sudah tak laku lagi seperti itu," katanya.

Beliau dan dua orang lagi panel bagi mengulas debat tersebut, Markus Lim dan Wan Firdaus, yang juga disiarkan secara langsung menerusi saluran tersebut turut menyarankan agar program debat seperti itu diadakan lagi pada masa akan datang kerana ia memberikan kesan cukup baik kepada rakyat.

Menurut Markus Lim, pemimpin-pemimpin kerajaan tidak seharusnya takut untuk berdepan dengan pemimpin-pemimpin pembangkang menerusi debat jika masing-masing jujur untuk berbakti kepada rakyat.

Manakala Wan Firdaus pula menyarankan agar program debat seperti itu diadakan dengan melibatkan audien dari kaum yang berbeza dengan pemimpin terbabit jika mahu program tersebut menjadi lebih menarik dan memberikan kesan yang lebih baik kepada rakyat.

"Kalau pemimpin yang terbabit itu sama ada dari pembangkang dan kerajaan adalah dari kaum Cina, audiennya mestilah dari kaum Melayu. Kalau pemimpin Melayu, audiennya dari kaum Cina. Jika pemimpin itu dari kaum Indian,
audiennya mestilah dari kaum Melayu," katanya.

Sementara itu, Naib Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat bagi kaum Cina, Vincent Lee dalam satu temubual dengan Harakahdaily baru-baru ini turut mengakui isu hukum hudud sudah semakin difahami oleh masyarakat Cina di negara ini.

Malah, katanya, sokongan kaum Cina terhadap PAS atas kesedaran mereka sendiri dengan posisi PAS dalam politik tanah air selaku satu-satunya parti yang berasaskan agama di negara ini.

"Semua agama menekankan kepada sikap bertanggungjawab, keadilan dan ketelusan. Selaku parti yang berasaskan agama, PAS juga pasti menekankan kepada ketelusan dan keadilan kepada semua kaum.

"Kaum Cina di negara ini yakin PAS pasti akan memberikan ketelusan dan keadilan kepada semua kaum termasuk kepada kaum Cina jika diberikan peluang memerintah negara ini bersama Pakatan Rakyat pada PRU Ke-13 ini, malah diyakini jauh lebih baik berbanding Umno atau BN," ujar beliau.(HD)

Geran Selangorku RM300 juta mula dibelanja Mac

26 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - SHAH ALAM, 19 Feb: Geran Selangorku yang berjumlah RM300juta akan dilaksanakan dengan penekanan nilai kepada wang (value for money) pendekatan rakyat terbanyak dan kecekapan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata, geran tersebut yang diselenggarakan oleh Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) akan mula dibelanjakan pada bulan Mac dengan proses yang telus dan bertanggungjawab.

"Geran ini akan dirasai oleh rakyat sepenuhnya dalam tempoh tujuh bulan dan kerajaan negeri komited untuk memberi penambaikan kepada rakyat kerana geran ini adalah tambahan kepada bajet negeri sebanyak RM1.6 billion," katanya yang dikeluarkan Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan retreat Exco selama tiga hari di Melaka yang berakhir hari ini bagi memperincikan mekanisme pelaksanaan dan pemantauan Geran Selangorku.

Ketika retreat tersebut, Menteri Besar diberi taklimat oleh Bendahari Negeri yang memaklumkan bahawa simpanan Kerajaan Negeri Selangor telah meningkat sebanyak 25 peratus.

"Dari segi angka dan data menunjukkan prestasi kewangan adalah melebihi tahap biasa. Ini menunjukkan Kerajaan Negeri dan bukan sahaja mengawal perbelanjaan dengan baik tetapi juga menjaga sumber negeri," katanya. (HD)