13 February 2012

Hadapilah Dengan Senyuman!

20 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Hadapilah dengan senyuman! Ketika datang rasa sakit yang mendera kita hanya bisa menangis, memohon dan berdoa pada Allah, kekuatan dan mustajabnya doa ditengah sakit hanya akan dipercaya oleh mereka yang pernah mengalami sakit dan putus asa, Itulah yang dirasakan seorang ibu separoh baya yang bertutur di Rumah Amalia. Dokter memvonis bahwa cairan diparu-paru harus dibuang! Paru-paru sebelah kiri terlihat tiga jari tetapi kemudian menjadi enam jari, disaat dirinya terserang flu, flunya sembuh namun batuknya masih.

Bila sedang berbaring menjadi terbatuk-batuk. Tidur harus miring bila terlentang seperti ada yang menekan, hal itu membuatnya terbatuk-batuk. Perkiraan dokter umurnya tinggal tujuh bulan lagi. Suaminya menangis melihat batuknya yang berkepanjangan dan paru-parunya semakin terendam. Suami dan anak-anaknya seolah berpikir inilah akhir dari hidupnya.

Proses penyedotan cairan di Rumah Sakit dilaluinya. Beliau merasakan sakit yang luar biasa, selang yang dimasukkan ternyata lebih besar dari yang dibayangkan dan lebih kaku. Kalau salurannya dibuka untuk membuang cairan membuat dirinya terlonjak bangun dan terbatuk-batuk, bagian dada atas sampai perut bagian kanan sakit sekali. Tidak tergambar rasa sakitnya. Penuh rasa syukur,

doa dan harapan selalu dipanjatkan untuk kesembuhan dan kasih sayang dari suami, anak-anak dan saudara juga teman-temannya. Apalagi ketika penyakitnya bertambah, maagnya kambuh karena tidak tahan dengan obat penahan nyeri yang diberikan dokter. Bahkan beliau menolak diinfus karena susah mencari vena yang telah rusak kemoterapi yang pernah dilakukan. Menolak ditusuk-tusuk, tidak mau tangannya dipasang selang infus. cairan yang dikeluarkan dari paru-parunya lebih dari tiga liter.

Alhamdulillah, selesai mengeluarkan cairan dari paru-paru, kondisi tubuhnya lebih cepat pulih dan dokter memperkenan pulang. Disaat Suami mengurus administrasi bertanya kepada perawat mengenai hasil laboratorium cairan itu. Perawat mengatakan, "Hasilnya bersih Pak.." Suaminya tidak percaya itu, "Yang benar sus, karena dulu ada sel ganas." Perawat itu menjawab dan menunjukkan,

"Bapak, silahkan baca sendiri aja.." Begitu suaminya membaca, air matanya menetes, memanjatkan puji syukur kepada Allah, ia berlari menuju kamar istrinya mengabarkan berita bahagia, mereka berdua menangis, bersyukur atas kasih sayang Allah yang telah disembuhkan dari penyakitnya, sel ganas telah hilang. Subhnallah..!

"Yaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram." (QS. ar-Raad : 28).

posted by :agussyafii

Perbicaraan Suspek Utama Pengeboman Bali 2002 Bermula

20 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

JAKARTA: Perbicaraan terhadap suspek utama pengeboman Bali 2002 oleh militan Islam yang dikenali sebagai "Demolition Man" yang terkenal dengan kepakaran bahan letupan, bermula Isnin, di ibu kota Indonesia.

Umar Patek dibicarakan kerana didakwa terlibat dalam pengeboman kelab malam di Bali dan lain-lain perbuatan berkaitan keganasan disusuli sembilan tahun tuntutan keadilan beliau dari Indonesia ke Filipina dan Pakistan, yang mendakwa beliau dengan peluang keganasan.

Beliau ditangkap pada Januari 2011 di bandar yang sama di Pakistan di mana tentera Amerika Syarikat (AS) membunuh Osama bin Laden hanya selepas beberapa bulan kemudian.

Beliau dituduh membuat bahan letupan yang digunakan dalam letupan di Bali yang mengorbankan 202 orang dan kebanyakannya pelancong asing.

Patek, yang dikawal ketat ketika beliau memasuki Mahkamah Daerah Jakarta Barat pada hari Isnin, tersenyum kepada pemberita dan jurugambar tetapi tidak bertindak balas terhadap soalan-soalan yang dilaungkan oleh wartawan.

Memakai jubah putih dan berketayap putih, Patek, 45, duduk berdiam diri ketika dakwaan dibaca oleh pendakwa raya negeri, yang diketuai oleh Bambang Suharijadi.

Patek, atau nama sebenarnya Hisyam Bin Alizein dan mempunyai beberapa nama samaran, boleh dijatuhkan hukuman mati jika disabitkan kesalahan terhadap pelbagai tuduhan berkaitan keganasan dan pembunuhan dirancang terlebih dahulu.

mstar/-

Anak aktivis didakwa hina raja Thai nekad mogok lapar

20 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

BANGKOK - Anak kepada aktivis yang ditahan selama 10 bulan atas kesalahan menghina sistem pemerintahan beraja Thailand nekad mogok lapar sebagai membantah undang-undang kontroversi yang dikenakan terhadap bapanya.

Pelajar perundangan, Panitan, 20, memulakan mogok lapar, kelmarin di hadapan Mahkamah Jenayah Bangkok dan berhasrat untuk meneruskan tindakan itu untuk tempoh 112 jam.

Bekas editor majalah Baju Merah yang telah dihentikan terbitannya, Somyot Pruaksakasemsuk, ditahan April lalu dan didakwa di bawah Seksyen 112 Tatacara Jenayah atau undang-undang lese majeste (menghina institusi beraja Thai) berhubung dua artikel yang dianggap mengkritik kuasa Raja Bhumibol Adulyadej.

Penipu jual boneka Sesame Street berkuasa ‘ajaib’ ditahan

TAIPEI - Penjaga kuil di utara Taoyuan, Taiwan, yang didakwa menipu seorang ahli perniagaan dengan menjual boneka Sesame Street, kononnya berkuasa ajaib telah ditahan, menurut polis, Jumaat lalu.

Suspek yang dikenali sebagai Lin dituduh menjual patung Elmo dan boneka Sesame Street yang lain dengan harga kira-kira NT$3 juta (RM307,000) selepas mendakwa patung itu ‘suci’ dan membawa tuah.

Selain menawarkan pemilikan harta alam ghaib kepada mangsa, Lin turut meneruskan kegiatan menipunya dengan menjual barangan palsu tersebut kepada beberapa individu lain dengan nilai melebihi NT$1 juta (RM102,000) dan mendakwa kononnya ia dapat menyembuhkan penyakit.

sinar harian/-

Penerbangan Dari Jepun Ke New Zealand Tergendala Gara-Gara Virus Influenza

20 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

WELLINGTON: Pihak berkuasa kesihatan New Zealand pada hari Isnin mengakui mengambil tindakan keterlaluan terhadap penerbangan Jepun yang dikhuatiri mempunyai influenza dengan mengkuarantin pesawat di landasan Lapangan Terbang Auckland selama beberapa jam.

Penerbangan Air New Zealand dari Tokyo diasingkan selepas ia mendarat pagi Isnin, apabila syarikat penerbangan itu memaklumkan pegawai-pegawai kesihatan bahawa kira-kira 60 orang pelajar Jepun menunjukkan simptom selesema.

Perkhidmatan Kesihatan Awam Auckland Serantau meletakkan hospital tempatan dalam keadaan bersiap sedia untuk kemasukan pesakit, manakala pasukan perubatan memasuki Boeing 777-200 untuk memeriksa penumpang yang sakit.

Selepas kira-kira tiga jam pemeriksaan, diberi imunisasi dan dipastikan tidak mempunyai virus, mereka akhirnya dibenarkan keluar.

"Secara amnya kami kelihatan bertindak keterlaluan tetapi inilah yang lebih baik daripada bertindak seperti biasa. Kami perlu untuk memastikan keselamatan semua," kata Pegawai Perkhidmatan Perubatan Kesihatan, Richard Hoskins.

Beliau berkata pihak berkuasa mempunyai tanggungjawab untuk merawat semua virus yang menakutkan secara serius.

mstar/-

Melayu terus terpinggir di bawah Umno

20 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

IPOH, 13 Feb: Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain (gambar) berkata rakyat khususnya orang Melayu akan terus dibelengu kemiskinan selagi Umno BN dibiarkan memerintah negara.

Menurutnya, sudah lebih 50 tahun Umno BN diberi mandat memerintah, namum keadaan ekonomi rakyat kebanyakan, khasnya orang Melayu tetap tidak berubah.

Umno yang mendakawa membela Melayu katanya hanya membela pemimpin Melayu Umno untuk terus mengumpul kekayaan mereka.

“Sebenarnya pemimpin Umno yang kononnya berjuang mempertahankan 30% pemilikan orang Melayu, sebenarnya mengeksploitasikan hak-hak tersebut untuk diri sendiri.

“Pemimpin elit Umno itulah yang sebenarnya yang menjadi perasuah dan pengampu yang berselindung disebalik ketuanan Melayu," katanya.

Beliau turut mengambil contoh kenyataan bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir sendiri bahawa Umno sudah menyimpang jauh dari perjuangan asal mereka dan menegur sikap Umno yang mengunakan rasuah politik untuk membeli undi.

Umno juga dakwa Abdul Kader sebelum ini, telah gagal menjaga sosio ekonomi Bumiputera termasuk telah memansuhkan kemudahan pinjaman 30% kepada syarikat kecil bumiputera.

“Cuba kita lihat baru-baru ini, bekas Menteri Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir mendakwa beliau sendiri pernah memberi RM200 hingga RM1,000 kepada rakyat dalam kempen pilihan raya Barisan Nasional (BN) untuk mendapat undi”

"Di sini jelas menunjukkan bahawa Umno sebenarnya tidak ikhlas dalam mempertahankan hak orang Melayu, semua tindakan mereka hanyalah semata-mata untuk mempertahankan kepentingan peribadi pemimpin Umno yang terus ingin membolot harta rakyat," kata Ustaz Abu Bakar lagi.

Abdul Kader yang juga Timbalan Presiden NGO Amanah sebelum ini turut menasihatkan pemimpin Umno agar tidak menuding jari kepada pihak lain berhubung kegagalan perlaksanaan agenda bumiputera.

"Jangan persalahkan orang Cina atau parti-parti politik Cina di atas kegagalan pimpinan kita (Umno) sendiri untuk meletakkan kedudukan sosio-ekonomi Bumiputera ditempat yang adil dan sepatutnya," kata bekas menteri Penerangan dan Komunikasi itu.

Harakah Daily

Sesat: Kenyataan Ahmad Said pecah belah rakyat

20 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 13 Feb: Persatuan Anak-anak Terengganu di Perantauan (Perantau) memandang serius kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said bahawa PAS sebuah 'parti ajaran sesat'.


Setiausahanya, Suhaimi Embong berkata, ini kerana ia seolah-olah menyamakan PAS yang diiktiraf sebagai satu-satunya parti politik Islam di negara ini sebaris dengan kumpulan-kumpulan ajaran sesat lain yang difatwakan sesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan serta majlis-majlis fatwa negeri.

Katanya, kenyataan itu adalah sangat keterlaluan dan bakal mengundang perpecahan yang lebih ketara di kalangan umat Islam khususnya di Terengganu ekoran Ahmad menyifatkan bahawa PAS sebagai "parti ajaran sesat"ketika berucap pada majlis menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia di Kijal pada 8 Februari lepas.

“Sebagai pemimpin sebuah kerajaan negeri, menteri besar wajar berhati-hati membuat kenyataan yang boleh memecah-belahkan masyarakat dan merujuk kepada pihak berkuasa agama terlebih dahulu sebelum menghukum sesuatu pihak sebagai sesat dan menyeru Ahmad Said segera menarik balik kenyataan tersebut serta memohon maaf kepada seluruh ahli dan pimpinan PAS yang telah dilabelkannya sebagai sesat,” katanya kepada Harakahdaily.

Mengenai kenyataan cabar mencabar atau debat antara Ahmad dengan Ketua Pemuda PAS Terengganu, Mohd Nor Hamzah berhubung tuduhan sesat itu yang dibalas pula Adun Bukit Payong itu dengan UMNO sebagai United Musyrik National Organization, kata Suhaimi tidak akan memberikan apa-apa faedah kepada rakyat Terengganu.

Beliau seterusnya menyarankan kepada pemimpin Umno dan PAS Terengganu segera menghentikan politik caci mencaci atau kata mengata antara satu sama lain, sebaliknya terus bekerja membangun dan memajukan rakyat negeri Terengganu yang jauh ketinggalan berbanding dengan jirannya Kelantan yang diperintah PAS dan Pahang yang diperintah Umno.

“Rakyat Terengganu tidak suka pemimpin politik yang keterlaluan dan mereka akan menentukan sikapnya dalam pilihan raya umum ke-13 nanti,” katanya.

Harakah Daily

Dakwaan bermotif politik: Gilani

20 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Yusuf Raza Gilani, Perdana Menteri Pakistan
Presiden Zardari mempunyai kekebalan sebagai ketua negara

ISLAMABAD: Perdana Menteri, Yusuf Raza Gilani, berkata dakwaan rasuah terhadap Presiden Asif Ali Zardari mempunyai motif politik sedangkan beliau mempunyai kekebalan sebagai ketua negara.

Kenyataan perdana menteri itu dalam satu temu bual kelmarin, disiarkan menjelang satu perbicaraan yang dihadapi beliau atas dakwaan menghina mahkamah berikutan keengganannya memenuhi perintah membuka semula kes rasuah membabitkan ketua Zardari.
Jika saya didapati bersalah, saya tidak sepatutnya menjadi seorang ahli parlimen. - Yusuf Raza Gilani, Perdana Menteri Pakistan

“Terlalu banyak kes terhadap beliau dan semuanya adalah bermotif politik,” kata Gilani kepada stesen televisyen Al Jazeera merujuk kepada Zardari.

“Presiden mempunyai kekebalan dan beliau bukan hanya mempunyai kekebalan itu di Pakistan sebaliknya ia merentasi sempadan malah di seluruh dunia.”

Ditanya jika beliau lebih memilih untuk meletak jawatan demi kepentingan presiden, Gilani berkata jika didapati bersalah menghina mahkamah, beliau secara automatik akan kehilangan kuasa, berikutan beliau tidak perlu meletak jawatan.

“Tidak perlu untuk meletak jawatan. Jika saya didapati bersalah, jadi saya tidak sepatutnya akan menjadi seorang ahli parlimen,” katanya.
Dalam satu temubual, Gilani juga mengkritik serangan Amerika Syarikat terhadap militan dan berkata bahawa Islamabad tidak memberikan kuasa kepada mereka.

“Saya ingin maklumkan kepada anda bahawa kami tidak membenarkan atau memberikan kebenaran menerbangkan pesawat dari Pakistan,” katanya.

“Kami turut berbincang dengan pentadbiran Amerika Syarikat bahawa kami melakukan banyak usaha untuk mengasingkan militan dari penduduk tempatan.

“Serangan pesawat itu mencetuskan reaksi negatif,” katanya sambil menambah bahawa kebanyakan kumpulan puak tinggal di kawasan sempadan Afghanistan.

“Kumpulan puak dan militan ini akan bersatu sekali lagi. Mereka akan menjadikan tugas kita semakin sukar malah kurang juga ruang politik bagi kami,” katanya.

Gilani berkata, beliau mempunyai hubungan baik dengan tentera setakat ini.

Ia merujuk kepada ketegangan antara kerajaan awam dengan tentera membabitkan satu memo yang dihantar kepada Pentagon bagi mendapatkan bantuan Amerika Syarikat untukmenghalang rampasan kuasa tentera selepas serbuan komando Amerika Syarikat di Pakistan yang membunuh pemimpin Al-Qaeda Osama bin Laden. – Reuters

Baitulmal: Jamil Khir mohon, dia sendiri lulus?

20 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 13 Feb: Dewan Pemuda PAS Malaysia mempersoalkan bagaimana orang yang sama iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir yang merupakan Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan memegang jawatan Pemegang Amanah Yayasan Taqwa boleh memohon dan meluluskan peruntukan dari Baitulmal MAIWP.

Ketuanya, Nasrudin Hassan pada sidang media di Ibu Pejabat PAS mendakwa, perkara tersebut menimbulkan persoalan bagaimana jumlah permohonan berjumlah RM1 juta tetapi diluluskan RM4 juta itu dilakukan oleh Jamil Khir yang merupakan pemohon serta yang meluluskan permohonan tersebut.

"Persoalan ini perlu dijawab dan kami mahu Jamil Khir menjelaskan perkara tersebut yang telah menimbulkan tanda tanya bagaimana beliau yang juga merupakan Pengerusi MAIWP dan juga Pemegang Amanah Yayasan Taqwa boleh meluluskan permohonan tersebut.

"Dalam pada itu juga permohonan yang dibuat oleh Yayasan Taqwa haya RM1 juta tetapi kelulusan dari Baitulmal MAIWP adalah sebanyak RM4 juta," jelasnya.

Dalam pada itu, Nasrudin berkata Yayasan Taqwa jua mendakwa bahawa RM2 juta yang dibelanjakan untuk pengurusan bukan sekadar perbelanjaan pengurusan tetapi meliputi semua perbelanjaan pentadbiran dan pengurusan program.

"Kita melihat perincian perbelanjaan tersebut telah diperakui dan disahkan mengikut skim mahupun peraturan yang ditetapkan malah ia diperakui oleh semakan audit.

"Tetapi demi kepentingan pembayar zakat dan sensitiviti seluruh umat Islam maka kita hari ini turut mendesak agar Jamil Khir membuat pendedahan secara terperinci perbelanjaan pengurusan RM2 juta itu, tindakan ini adalah sebagai menghapuskan keraguan yang timbul," katanya lagi.

Katanya lagi, untuk apa diwujudkan Yayasan Taqwa kerana pada masa sekarang peranan MAIWP dalam urusan menyampai bantuan zakat sudah mencukupi apatah lagi dengan bantuan kakitangan yang cekap dalam urusan tersebut termasuk segala maklumat penerima yang ada.

"Kita melihat permohonan RM4 juta itu kalau diberikan kepada mereka yang layak menerima zakat sudah tentu lebih ramai dapat merasakannya tetapi wang tersebut disalurkan kepada sebuah yayasan yang dilihat mempunyai kepentingan peribadi.

"Malah perbelanjaan RM2 juta itu juga satu yang besar, kalau dikira berapa ramai penerima zakat dapat menikmati wang tersebut jika ia disalurkan melalui sebuah badan yang layak," sambungnya lagi.

Dalam masa yang sama Dewan Pemuda PAS Pusat juga ingin penjelasan dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri atas tujuan apakah Yayasan Taqwa yang berada di bawah MAIWP itu ditubuhkan sedangkan sebelum ini segala urusan mengenai zakat telah dilakukakan oleh pihak Baitumal MAIWP.

Harakah Daily

Makin hampir PRU13, samseng menjadi-jadi

20 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 13 Feb: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melahirkan kekesalan di atas sikap segelintir pihak yang mengganggu ceramah yang diadakan oleh sekumpulan mahasiswa di atas isu kebebasan akademik yang diadakan di Kampung Idaman, Klang kelmarin.

Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor menganggap tindakan sekumpulan pemuda yang menggangu ceramah tersebut sebagai tindakan tidak bertamadun dan tidak rasional.

“Lebih mendukacitakan apabila kumpulan samseng itu mengganggu ceramah sekumpulan mahasiswa, yang sudah tentu mereka ini bukanlah lawan ‘fizikal’ yang layak bagi samseng terbabit,” katanya kepada Harakahdaily.

Justeru, ujarnya DPPM merasa kecewa kerana insiden itu berlaku buat kali kedua selepas ceramah ‘Asalkan bukan Umno (ABU)’ yang diadakan di Jalan Kebun, Klang (gambar) beberapa minggu lalu telah diganggu dengan serangan ganas oleh sekumpulan pemuda yang memukul dan mencederakan peserta ceramah tersebut.

Tambahnya, insiden kedua pula berlaku di kawasan yang tidak jauh dengan insiden pertama, seolah-olah ada kawasan tertentu menjadi ‘sarang kumpulan samseng’ yang akan menggangu ceramah siapa sahaja daripada pihak pembangkang atau rakyat.

Apa yang menghairankan, katanya bagaimana kumpulan samseng boleh dibiarkan hidup bermaharajalela tanpa pemantauan atau tindakan tegas dibuat.

“Adakah mereka ini sengaja ‘dibela’ atau ditaja oleh pihak tertentu dengan tujuan bagi ‘memutihkan’ kawasan berdekatan daripada ceramah aktivis atau pemimpin Pakatan Rakyat serta menghalang rakyat daripada mendengar ceramah mereka?” soalnya.

Lebih dari itu, kata beliau tindakan keganasan dilihat semakin menjadi-jadi menjelang pilihanraya umum ke 13, seakan-akan ada suatu tekanan daripada pihak tertentu yang merasa terancam dengan sokongan dan sambutan rakyat.

Katanya, lebih membimbangkan adalah budaya samseng dengan menjadikan keganasan, ugutan, pukul dan mencederakan semakin menular bagi menyekat kebebasan bersuara rakyat.

“DPPM menganggap ini merupakan langkah terdesak pihak tertentu bagi menghalang suara rakyat dalam menyampaikan pandangan mereka dan seterusnya menafikan rakyat daripada mendengar kebenaran daripada hujah yang dikemukakan.

“DPPM bimbang sekiranya budaya ini tidak dicegah, semakin kuat tindakan jahat dan kotor dilakukan oleh kumpulan samseng sehingga boleh membahayakan nyawa sesiapa sahaja,” ujarnya lagi.

Oleh itu, ujarnya DPPM meminta pihak keselamatan mengambil tindakan terhadap pelaku keganasan dalam insiden tersebut dan memastikan kejadian itu tidak berlaku lagi.

Sepatutnya, kata beliau insiden pertama menjadi panduan bahawa kawasan terbabit atau berdekatan dengannya memerlukan pengawasan ketat supaya mana-mana aktiviti yang dianjurkan oleh sesiapa juga perlu dilindungi bagi mengelakkan berlakunya kejadian tidak diingini.

Harakah Daily

Jeneral tentera Syria dibunuh

20 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

DAMSYIK - Ketegangan di Syria semakin memuncak selepas seorang jeneral askar ditembak mati kumpulan lelaki bersenjata di Damsyik, kelmarin dalam kejadian pembunuhan pertama melibatkan anggota tertinggi angkatan tentera di negara itu.

Agensi berita SANA melaporkan tiga lelaki dipercayai melepaskan beberapa das tembakan ke arah Jeneral Issa al-Khawli semasa beliau meninggalkan kediamannya di kawasan kejiranan Rukn-Eddine.

Dalam satu kenyataan, Kapten Ammar al-Wawi berkata, kumpulan pemberontak yang mahu menjatuhkan rejim dengan cara kekerasan menafikan penglibatan mereka dalam insiden tersebut.

Sementara itu, akhbar McClatchy mendedahkan kononnya kumpulan militan Al-Qaeda berpusat di Iraq bertanggungjawab melancarkan serangan pengeboman berani mati berkembar di Aleppo sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya 28 terbunuh manakala ratusan lagi cedera pada Jumaat lalu.

Difahamkan, akhbar tersebut memetik kenyataan seorang perisik Amerika Syarikat (AS) yang mengesahkan dakwaan Presiden Bashar al-Assad bahawa ‘orang luar’ adalah dalang sebenar mencetuskan kekacauan dan huru-hara di Syria.

Akhbar itu mendakwa kewujudan rangkaian Al-Qaeda di negara tersebut juga menunjukkan kemungkinan kumpulan pelampau akan melancarkan pemberontakan lebih buruk untuk menggulingkan rejim Assad.

“Perisik AS memaklumkan kejadian pengeboman di Syria baru-baru ini dilancarkan selepas menerima arahan pemimpin Al-Qaeda, Ayman al-Zawahiri,” menurut kenyataan akhbar tersebut lagi.

sinar harian/-

Shahrizat senasib dengan Najib

20 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

MENTERI Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil muncul setelah menghilang diri seketika dari kegawatan isu penggembalaan lembu oleh suami dan anak-anaknya rupanya menunaikan umrah.

Ia satu amal bagi mendekatkan diri kepada Allah, mengadu kepadaNya pada masa kepayahan, moga-moga dapat membersihkan diri atas sebarang salah silap dengan Allah. Mekah dan umrahlah tempat terbaik berdoa.

Bagaimana pun masalah dengan negara, rakyat saja yang dapat mengampunkan kiranya berdosa. Mengadu kepada Allah di Mekah melalui umrah atas kekecohan isu lembu itu, jika ada dosa mengenainya kena sebutkan kepada Allah dan minta Allah lembutkan hati sekalian rakyat untuk memaafkan.

Sekembalinya ke tengah masyarakat Shahrizat mengaku tidak bersalah atas kekecohan perniagaan suami dan anak-anaknya, bahkan dia semua pihak dikira menuding jari terhadapnya, iaitu pembangkang yang mendakwanya melanggar adab anggota kabinet dan orang-orang UMNO yang mintanya mengambil tanggungjawab melepaskan jawatan kabinetnya.

Dia dalam kesusahan gara-gara kesan penternakan besar suami, sepatutnya disokong bulat oleh gerakan wanita yang dipimpinnya, tetapi ada yang tidak membantunya, mencabarnya melepaskan pimpinan Wanita UMNO.

Itulah senario reaksi Shahrizat atas masalah yang dihadapinya gara-gara penglibatan suaminya mendapat kemudahan tidak terhingga dari kerajaan.

Biar kita lupakan orang lain yang terlibat dalam pemberian lesen dan pinjaman dari kerajaan kepada suaminya dalam penggembalaan itu. Kita tumpukan kepada suaminya saja.

Suaminya baik betul mahu pun tidak cara memperoleh persetujuan dari kerajaan, dikira oleh semua telah mendapat sesuatu dari kedudukannya sebagai seorang menteri yang berpengaruh.

Shahrizat memimpin sayap Wanita UMNO yang anggotanya 1.3 juta orang dan menjadikannya menteri yang berpengaruh.

Suaminya mendapat kemudahan dari kedudukannya yang berpengaruh itu. Semua merasakan, seorang yang tiada pengalaman dalam gembalaan besar sukar memperoleh anugerah dari kerajaan. Maka orang terasa dia dapat kemudahan dari kedudukan isterinya. Mungkin orang boleh menyangka dia dapat kesempatan atas kedudukan isterinya.

Masalah yang Shahrizat hadapi mungkin sama dengan Perdana Menteri Najib hadapi. Suami Shahrizat mudah dapat sesuatu dari kedudukan Shahrizat manakala isteri Najib pula mudah dapat apa saja dari kedudukan dan pengaruh suaminya.

Suami Shahrizat dikira bertuah kerana beristerinya seorang menteri dan Ketua Wanita UMNO yang berpengaruh, manakala isteri Najib pula bertuah kepada dapat bersuaminya seorang Perdana Menteri yang amat berpengaruh.

Semua kata isteri Najib seolah-olah lebih berkuasa dari suaminya. Apa dia mahu semua dapat dan dia minta dari kerajaan sama ada Najib tahu atau tidak tahu, payah kerajaan tidak meluluskannya.

Kalau adab, tingkah laku dan perbuatan isteri itu menjadi masalah kepada Najib sebagai suami dan Perdana Meneri, maka masalah yang sama terpaksa dihadapi oleh Shahrizat atas suaminya.

Akan kelangsungan isteri Najib ke atas kerajaan dan suaminya telah diketahui oleh semua dan bising semua kerananya. Macam-macam orang kata tentangnya dan kerana itulah ramai mahu Najib tidak menjadi Perdana Menteri lagi.

Kalau orang yang tidak senang dengan suami Shahrizat mahu Shahrizat berhenti dari menteri dan pimpinan Wanita UMNO, orang yang tidak senang dengan isteri Najib mahu Najib meninggalkan kuasa. Sekurang-kurangnya dua bekas ADUN UMNO menyertai DAP kerana tidak percaya kepada Najib dan UMNO.

Maka kira-kira sama masalah yang Shahrizat hadapi dengan Najib. Tetapi Shahrizat tidak secerdik Najib. Apa yang isteri Najib buat itu tidak sekencang yang dibuat oleh suami Shahrizat. Tetapi Shahrizat menghadapi masalahnya seperti ibu ayam bertelur. Riuh sekampung.

Shahrizat hentam orang itu dan orang ini yang bising atas suaminya. Tetapi Najib diam seribu bahasa atas apa saja orang kata pada isterinya. Najib sama seperti tembok. Katuklah tembok semahunya tembok tetap membisu.

Oleh itu Najib tidak berbalah dengan sesiapa yang mengata isterinya begitu dan begini. Tetapi Shahrizat mengamuk bila suaminya disentuh.

Najib tidak ada reaksi atas nasib Shahrizat kerana dia juga menghadapi nasib yang sama.

Harakah Daily

Makin hampir PRU13, samseng menjadi-jadi

20 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 13 Feb: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melahirkan kekesalan di atas sikap segelintir pihak yang mengganggu ceramah yang diadakan oleh sekumpulan mahasiswa di atas isu kebebasan akademik yang diadakan di Kampung Idaman, Klang kelmarin.

Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor menganggap tindakan sekumpulan pemuda yang menggangu ceramah tersebut sebagai tindakan tidak bertamadun dan tidak rasional.

“Lebih mendukacitakan apabila kumpulan samseng itu mengganggu ceramah sekumpulan mahasiswa, yang sudah tentu mereka ini bukanlah lawan ‘fizikal’ yang layak bagi samseng terbabit,” katanya kepada Harakahdaily.

Justeru, ujarnya DPPM merasa kecewa kerana insiden itu berlaku buat kali kedua selepas ceramah ‘Asalkan bukan Umno (ABU)’ yang diadakan di Jalan Kebun, Klang (gambar) beberapa minggu lalu telah diganggu dengan serangan ganas oleh sekumpulan pemuda yang memukul dan mencederakan peserta ceramah tersebut.

Tambahnya, insiden kedua pula berlaku di kawasan yang tidak jauh dengan insiden pertama, seolah-olah ada kawasan tertentu menjadi ‘sarang kumpulan samseng’ yang akan menggangu ceramah siapa sahaja daripada pihak pembangkang atau rakyat.

Apa yang menghairankan, katanya bagaimana kumpulan samseng boleh dibiarkan hidup bermaharajalela tanpa pemantauan atau tindakan tegas dibuat.

“Adakah mereka ini sengaja ‘dibela’ atau ditaja oleh pihak tertentu dengan tujuan bagi ‘memutihkan’ kawasan berdekatan daripada ceramah aktivis atau pemimpin Pakatan Rakyat serta menghalang rakyat daripada mendengar ceramah mereka?” soalnya.

Lebih dari itu, kata beliau tindakan keganasan dilihat semakin menjadi-jadi menjelang pilihanraya umum ke 13, seakan-akan ada suatu tekanan daripada pihak tertentu yang merasa terancam dengan sokongan dan sambutan rakyat.

Katanya, lebih membimbangkan adalah budaya samseng dengan menjadikan keganasan, ugutan, pukul dan mencederakan semakin menular bagi menyekat kebebasan bersuara rakyat.

“DPPM menganggap ini merupakan langkah terdesak pihak tertentu bagi menghalang suara rakyat dalam menyampaikan pandangan mereka dan seterusnya menafikan rakyat daripada mendengar kebenaran daripada hujah yang dikemukakan.

“DPPM bimbang sekiranya budaya ini tidak dicegah, semakin kuat tindakan jahat dan kotor dilakukan oleh kumpulan samseng sehingga boleh membahayakan nyawa sesiapa sahaja,” ujarnya lagi.

Oleh itu, ujarnya DPPM meminta pihak keselamatan mengambil tindakan terhadap pelaku keganasan dalam insiden tersebut dan memastikan kejadian itu tidak berlaku lagi.

Sepatutnya, kata beliau insiden pertama menjadi panduan bahawa kawasan terbabit atau berdekatan dengannya memerlukan pengawasan ketat supaya mana-mana aktiviti yang dianjurkan oleh sesiapa juga perlu dilindungi bagi mengelakkan berlakunya kejadian tidak diingini.

harakahdaily/-













Penganggur mengaku curi besi

20 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

GEORGETOWN - Seorang penggangur didenda RM1,500 selepas didapari bersalah mencuri enam keping besi aluminium dan dua batang spring di sebuah perumahan terbengkalai di Paya terubong, Air Itam. 2 Febuari lalu.

Azimirol Aziz, 24, dari Taman Paya Terubong didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira jam 2.30 petang dengan mencuri barang milik syarikat Deliote Sdn Bhd, dianggarkan bernilai RM100.

Dia didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam mengaku salah apabila pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Majistret, Noor Aini Yusof menjatuhkan hukuman denda RM1,500 atau penjara tiga bulan sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan selepas mendengar pengakuannya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Azizah Jaafar.

Sinar Harian

Rasuah: Ketua Pendakwa Syarie dipenjara 8 tahun

20 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

IPOH - Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Perak dijatuhi hukuman penjara berjumlah lapan tahun dan didenda RM55,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah terhadap empat pertuduhan rasuah berkaitan kes khalwat melibatkan seorang anggota polis lima tahun lepas.

Hakim Tan Hooi Leng membuat keputusan itu terhadap Shahrunnazri Abdul Samad, 43, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Bagi pertuduhan pertama, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM25,000, dan bagi pertuduhan kedua hingga keempat, hukuman penjara dua tahun dan denda RM10,000, atau dua bulan penjara jika gagal membayar.

Mahkamah memerintahkan hukuman bagi keempat-empat pertuduhan itu berjalan secara serentak mulai hari ini.

Peguam Yusri Kamaruddin, yang mewakili tertuduh, memohon mahkamah menangguhkan pelaksanaan hukuman itu untuk pihaknya mengemukakan rayuan ke Mahkamah Tinggi.

Tan kemudiannya membenarkan permohonan itu dan menetapkan jaminan terhadap tertuduh ditambah kepada RM20,000 dengan seorang penjamin.

Bagi tuduhan pertama, Shahrunnazri didakwa meminta suapan berjumlah RM5,000 sebagai dorongan tidak mendakwa anggota polis Mohamad Asri Bakar pada 11 pagi di Restoran Capati Medan Gopeng di sini.

Bagi tuduhan kedua, Shahrunnazri didakwa menerima suapan daripada anggota polis itu berjumlah RM1,000 di Malayan Banking Berhad, Jalan Sultan Idris Shah, di sini pada 3.25 petang 1 Ogos 2007.

Bagi tuduhan ketiga, Shahrunnazri didakwa menerima suapan daripada anggota polis sama berjumlah RM2,000 di Malayan Banking Berhad, Taman Ipoh Jaya, pada 11.30 13 Ogos 2007 manakala bagi tuduhan keempat, dia didakwa menerima suapan berjumlah RM2,000 juga daripada Mohamad Asri di Malayan Banking Berhad, Jalan Sultan Idris Shah, pada 4.25 petang 25 Sept 2007.

Pendakwaan dilakukan oleh Ketua Unit pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Abdul Razak Musa.- Bernama

Sinar Harian

Masih Punya Allah

20 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Pernah pada malam Jumat di Rumah Amalia sedang Yasinan bersama, kami kedatangan seorang Ibu. senyumnya yang lembut menyapa setiap orang dijumpainya. Tak lama kemudian saya menyapa beliau. "Ibu ini orang ceria ya..selalu tersenyum, kayaknya nggak pernah bersedih?" Beliau menjawab, "Pernah dulu, setahun yang lalu. Ketika saya kehilangan suami dan anak saya karena kecelakaan.

" Kami terdiam mendengarnya. "Lantas sejak kapan Ibu kembali tersenyum?" tanya saya. Beliaupun menjawabnya, "Sejak saya menyadari bahwa saya tidak sendiri, saya masih punya Allah."

Sahabatku, disaat cobaan dan penderitaan datang bertubi-tubi, kehilangan, kegagalan, difitnah, dicaci maki, dikhianati yang menyesakkan dada. Anda merasa tidak sanggup lagi menghadapi semua itu. Maka ingatlah, anda tidak sendiri. Anda masih punya Allah yang menemani anda dalam hidup ini. Datang, menangislah & memohonlah kepada Allah sehingga luka dan derita anda berubah menjadi senyum kebahagiaan. "Dan bertawakallah kamu hanya kpd Allah, jika kamu orang yang beriman." (QS. al-Ma'idah :23)

posted by :agussyafii

Suri rumah didenda RM1,000 kurung anak jiran

20 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

GEORGETOWN - Seorang suri rumah didenda RM1,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam, selepas didapati bersalah mengurung dua kanak-kanak secara salah Disember tahun lalu.

M Komathi, 26, dari Flat Padang Tembak, Air Itam, dituduh melakukan kesalahan itu dengan mengurung R Dass, 7, dan rakannya D Santiran, 8, selama 10 hari dari 14 Disember sehingga 23 Disember tahun lalu.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimun setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa.

Majistret Noor Aini Yusof menjatuhkan hukuman denda RM1,000 atau penjara tiga bulan jika gagal membayar denda. .

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Azizah Jaafar.

Sinar Harian

GERAK TAWAN PERAK PARLIMEN LENGGONG BERJAYA

20 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

LENGGONG- Jentera Pilihanraya Pas kawasan Lenggong turun bersama Pesuruhjaya Pas Perak, Ust Abu Bakar Hussian, Timbalan. Pesuruhjaya Pas Perak, Tn Hj. Razman Zakaria dan Ketua Penerangan Pas Perak, Ust Nuri Al Amin dengan pelan strategik, Gerak Tawan Perak (GTP) bagi menawan Parlimen Lenggong telah berjaya menepati sasaran.

Sebanyak 400 naskah risalah berbagai isu, berjaya diedarkan kepada orang-ramai disekitar pekan sehari dan disekitar majlis Sambutan tahun baru cina anjuran Umno-Bn Lenggong, yang kebetulan diadakan pada hari yang sama.

Pelancaran program Gerak Tawan Perak (GTP) peringkat Lenggong, ditumpukan di 5 buah kampung di DUN Kenering, yang berada didalam parlimen Lenggong, iaitu Kg. Lawin, Kg. Tawai, Kg. Air Ganda, Kg. Padang dan Kg. Tg. Kala sebagai permulaan.

Program ini juga dijalankan diseluruh Kawasan kerusi Parlimen ditandingi Pas di Negeri ini, bagi memperkenalkan Pas kepada masyarakat umum, khususnya di Perak.

Pelancaran logo dan slogan "Perakite", Rakyat Sepakat, Perak Berkat, bertujuan menggantikan logo dan slogan 1Malaysia tajaan Umno-Bn.

Dengan adanya logo dan slogan ini, masyarakat akan lebih mudah mempromosikan Pas tanpa menampilkan logo parti disemua tempat, terutamanya ketika memakai logo ini untuk masuk ke tempat mengundi sepertimana Umno-Bn menggunakan logo 1Malaysia untuk meraih undi didalam dewan mengundi ketika pilihanraya.

Seramai 100 orang jentera pilihanraya Pas Kawasan telah diberi taklimat khas mengenai strategi-strategi untuk mencapai kemenangan Pas pada pilihanraya akan datang, oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Ust Misbahul Munir Masduki, Ust Nuri Al Amin dan Setiausaha Jabatan Pilihanraya Pas Perak, sdr. Salman Salleh, di Kg. Lawin pada petang yang sama.

Program sehari ini turut diisi di 3 tempat berasingan dengan pengisian kuliah maghrib oleh Ust Misbahul Munir di masjid Kg. Air Ganda, dan Ust Nuri Al Amin di masjid Kg. Tg. Kala, manakala Pengarah Jabatan Pilihanraya Pas Perak, tuan Asmuni Awi, mengadakan dialog bersama bekas-bekas AC, Homeguard dan bekas-bekas polis di Kg. Padang pada masa yang sama.

Kemuncak program pelancaran (GTP) peringkat Parlimen Lenggong, ceramah umum pada jam 9 hingga 12 malam, disampaikan oleh Tn. Hj Razman, Ustaz Misbahul Munit, Ust. Nuri, dan Tn Haji Asmuni, diadakan di Kg. Tawai untuk memberi penerangan kepada masyarakat pengundi di Kg. Kenayat, Kg. Pdg. Jeri, Felda Papulut dan kampung-kampung berdekatan yang hadir dalam jumlah yang menepati sasaran.

pas perak/-

Bimbang kesan radiasi kilang Lynas

20 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD]

KUANTAN – Kebanyakan penduduk di sini bimbang terhadap keselamatan dan masa depan mereka berikutan khabar angin mengenai kewujudan bahan radioaktif di kilang Lynas di Gebeng.

Penduduk, Keow Ching Lin, 32, berkata, dia mengetahui mengenai kewujudan bahan radioaktif itu menerusi internet.

Menurutnya, kilang itu dipercayai mempunyai bahan radioaktif yang boleh memudaratkan bukan sahaja persekitaran, malahan kesihatan penduduk berhampiran.

Seorang lagi penduduk, Chow Ah Cai, 63 berkata, pembinaan kilang itu mengecewakan penduduk dan dia berharap ia tidak diteruskan.

“Saya sedih dan bimbang mengenai kesan pembinaan kilang itu terutama terhadap masyarakat sekeliling pada masa hadapan.

“Saya juga diberitahu kilang itu boleh membawa pelbagai masalah kesihatan terutama penyakit berbahaya kepada penduduk,” katanya.

Selain itu, Leong See Keong, 32 berkata, dia terpaksa membatalkan hasrat untuk membeli rumah di daerah ini bagi mengelakkan sebarang risiko membabitkan pembinaan kilang itu.

“Saya harap kilang itu akan dipindahkan ke tempat lain. Sebagai penduduk, saya bimbang jika berlaku sesuatu perkara tidak diingini jika terus tinggal di sini,” katanya.

Sementara itu, Kalidass, 34 berkata, kerajaan diminta membuat keputusan tepat berhubung tahap keselamatan kilang itu.

“Pencemaran akan berlaku jika pembinaannya diteruskan kerana sisa toksik dari kilang itu mungkin boleh mengakibatkan sungai dan alam sekitar tercemar.

“Sehubungan itu, penduduk merayu kerajaan mempertimbangkan semula mengenai risiko pembinaan kilang ini,” katanya.

Sinar Harian

Ibu tua rindu anak

20 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

PARIT TIGA BANAT - Seorang warga emas mengimpikan anak tunggalnya yang menghilangkan diri sejak tiga tahun lalu berikutan masalah kekeluargaan pulang tinggal bersamanya.

Menceritakan detik awal kisah silamnya, Zaleha Hasan, 73, berkata, anaknya Zakiyah Shabudin, 32 ketika kejadian berusia 18 tahun meninggalkan rumah kerana berlaku konflik dengan saudara dan ayahnya.

Zaleha berkata, selepas meninggalkan rumah dia dimaklumkan bahawa anaknya itu menumpang di rumah keluarga angkatnya di Setiawan, namun selepas ibu bapa angkat anaknya itu meninggal dunia lebih kurang empat tahun lalu Zakiyah masih tidak pulang.

“Sejak ibu dan ayah angkat Zakiyah meninggal dunia, saya berusaha mencari Zakiyah, namun malangnya saya difahamkan jirannya bahawa Zakiyah yang juga dikenali sebagai Intan di kawasan itu telah berpindah.

“Biarpun ayahnya sudah meninggal dunia sejak 10 tahun lalu, Zakiyah tidak pulang sementara nenek yang menjaganya sejak kecil yang sering rindu kepada cucunya itu meninggal dunia tiga tahun lalu,” katanya.

Walaupun berkecil hati tindakan anaknya itu, namun Zaleha tetap berharap anaknya itu akan pulang secara sukarela untuk tinggal kembali bersamanya.

“Saya sudah uzur, sudah tidak mampu ke sana ke mari dan menjadi impian saya untuk dia pulang tinggal bersama memandangkan saya diberitahu, sehingga kini dia masih belum berkahwin, dan tentunya sebagai ibu, saya bimbangkan akan keselamatannya.

“Kalau dia pulang bersama saya, dia boleh mencari pekerjaan di sini, dan saya tidak akan menyusahkannya untuk menanggung keperluan saya, kerana saya adalah penerima Bantuan Orang Tua sebanyak RM200 sebulan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat,” katanya.

Sinar Harian

Bekas pegawai KFA didakwa seleweng gaji

20 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

ALOR SETAR - Seorang bekas Pegawai Akaun Persatuan Bolasepak Negeri Kedah (KFA) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga tuduhan penipuan membabitkan wang berjumlah RM76,026 lima tahun lepas.

Izhan Abdullah Sani, 45, minta dibicarakan selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohd Rosli Osman.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Izhan didakwa memalsukan baucar bayaran gaji dan elaun 14 pemain Liga Super Kedah Musim 2006-2007, bagi bulan Julai dan Ogos 2007 yang dilampirkan bersama sekeping cek dan penyata kredit gaji bagi dua bulan itu, di pejabat KFA di sini.

Setelah dokumen itu ditandatangani oleh KFA, dia kemudiannya menyediakan penyata kredit gaji yang lain dengan memasukkan namanya sebagai salah seorang pemain sebelum menghantarnya ke bank dan dia menerima gaji berjumlah RM5,817 bagi bulan Julai dan Ogos 2007.

Bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa sengaja membuat bayaran gaji sekali lagi bagi tiga pemain import berjumlah RM64,392, bagi September 2007 sedangkan gaji mereka bagi bulan itu telah dibayar lebih awal.

Setelah baucar bayaran gaji tiga pemain import itu ditandatangani KFA, Izhan kemudiannya sekali lagi menyediakan penyata kredit gaji yang lain dan memasukkan namanya sebagai pemain bola sepak Liga Super Kedah dengan niat untuk memperoleh wang RM64,392 itu.

Izhan yang kini bertugas sebagai Pembantu Tadbir di sebuah institusi pengajian tinggi awam di negeri ini, dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 11 (c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang jika sabit boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda minimum RM10,000 bagi setiap pertuduhan.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Fieza Fazlin Fandi turut menawarkan pertuduhan pilihan terhadap Izhan iaitu melakukan tiga pemalsuan kira-kira bagi maksud hendak menipu KFA dan dengan itu akan didakwa menurut Seksyen 477A Kanun Keseksaan (Akta 575) yang jika sabit boleh dipenjarakan sehingga tujuh tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Hakim menetapkan jaminan RM17,000 dengan seorang penjamin dan 18 Mac sebagai tarikh sebutan semula kes serta menasihati Izhan mendapatkan khidmat peguam sebelum tarikh berkenaan.- Bernama

Sinar Harian

Taktik tiga premis berselindung perniagaan lain dibongkar

20 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

AMPANG JAYA - Berselindung di sebalik perniagaan lain untuk mengaburi pihak berkuasa, bagaimanapun taktik yang tiga premis yang dikesan menjalankan aktiviti tanpa lesen, di sini berjaya dibongkar Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) melalui satu Operasi Pusat Siber dan Siber Kafe.

Dalam operasi masing-masing di Taman Pandan Cahaya dan Pandan Indah itu, 30 set komputer turut dirampas.

Pegawai Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Norhayati Ahmad berkata, serbuan pertama mendapati, premis di Taman Pandan Cahaya berselindung di sebalik restoran, pelanggan yang ingin memasuki pusat siber berkenaan perlu terlebih dahulu memasuki restoran itu.

“Pintu masuk ke pusat siber ini dipantau menggunakan sistem kamera litar tertutup (CCTV), manakala semua pintu menggunakan kod rahsia sebelum dapat dibuka,” katanya kepada Sinar Harian.

Serbuan yang diketuai Penolong Pegawai Penguat kuasa, Mohd Rosli Jaafar bersama 15 anggota di premis kedua pula mendapati, pusat siber berkenaan berselindung dengan memaparkan iklan membekal peralatan bilik mandi, namun pemeriksaan anggota penguat kuasa mendapati, ianya merupakan pusat siber yang disyaki menjalankan aktiviti pertaruhan/perjudian berdasarkan kepada iklan-iklan yang dipamerkan dalam premis.

Norhayati berkata, serbuan premis ketiga yang terletak di Pandan Indah pula mendapati, premis berkenaan berselindung dengan memaparkan iklan menjalankan aktiviti urut kaki, bagaimanapun pemeriksaan lanjut membongkar aktiviti sebenar sebagai pusat siber.

Katanya, premis itu juga telah mengubahsuai pintu masuk dengan membina pintu di bahagian tepi premis bagi menunjukkan seolah-olah ianya tidak beroperasi.

Semua pemilik premis didapati telah melakukan kesalahan di bawah Undang-undang Kecil Pusat Siber dan Kafe Siber (MPAJ) 2007.

“Orang awam juga diharap dapat memberi maklumat sekiranya terdapat aktiviti meragukan memandangkan terdapat premis siber kafe yang menawarkan cabutan bertuah iaitu sebuah kereta bagi menarik pelanggan berkunjung ke premis mereka,” katanya.

Sebarang maklumat boleh menghubungi MPAJ di talian 03-4296 8100.

Sinar Harian

Guru wanita hilang kawalan rempuh Hilux

20 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

PASIR PUTEH - Akibat hilang kawalan, kereta seorang guru wanita merempuh sebuah kereta 4x4 jenis Hilux sebaik sahaja selesai mengisi minyak di Stesen Minyak Petronas Pasir Puteh Dua, di sini.

Kejadian yang berlaku jam 6 petang kelmarin itu dipercayai berlaku apabila Azizah Mat Noor, 44, memandu kereta Cherry miliknya merempuh dengan laju Hilux yang diletakkan di hadapan Petronas sehingga memasuki kedai tersebut.

Pemilik Hilux, Sufian Abdullah, 21, berkata, semasa kejadian tersebut berlaku dia baru sahaja memasuki kedai Petronas tersebut tidak sampai tiga minit sebelum dikejutkan dengan bunyi kuat.

“Semasa kejadian saya sedang berurusan di mesin wang di dalam kedai itu dan apa yang berlaku ini sangat mengejutkan,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam kejadian tersebut, kereta milik Azizah rosak teruk di bahagian hadapan akibat merempuh bahagian belakang kereta milik Sufian.

Azizah tidak mengalami sebarang kecederaan kerana semasa kejadian dia memakai tali pinggang keledar.

Sementara itu, Pengurus stesen minyak tersebut, Mohd Azli Abdullah berkata, sehingga sekarang pihaknya masih tidak dapat memberitahu berapa jumlah kerugian akibat kejadian tersebut.

“Ini kerana kami terpaksa menunggu wakil daripada pihak Petronas terlebih dahulu untuk datang menilai jumlah kerugian,” katanya.

Menurutnya, kejadian tersebut merupakan yang pertama berlaku di stesen minyak tersebut dan dia bersyukur kerana ia tidak melibatkan orang ramai dan pekerja.

Sinar Harian

EKONOMI ORANG MELAYU TIDAK PERNAH BERKEMBANG DI BAWAH KEPIMPINAN UMNO

20 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

IPOH, 13 Februari, Kemiskinan orang Melayu bukanlah berpunca dari tindakan kaum lain yang tamak dan mengambil kesempatan dari ekonomi Negara, jelas Pesuruhjaya PAS Perak.

Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussian mengatakan, yang sebenarnya perjuangan untuk membebaskan orang Melayu dari kemiskinan tidak dilakukan dengan bersungguh-sungguh oleh UMNO yang memerintah Negara selama ini.

Beliau menyatakan usaha mencapai saham bumiputera 30% daripada kekayaan negara sebenarnya tidak pernah berkembang.

Selain itu beliau juga menyatakan bahawa punca-punca kemunduran orang Melayu adalah disebabkan oleh tingkah laku pemimpin UMNO itu sendiri.

Memetik ucapan beliau “ sebenarnya pemimpin Umno yang kononnya berjuang mempertahankan 30% pemilikan orang Melayu, sebenarnya mengeksploitasikan hak-hak tersebut untuk diri sendiri”

“ Pemimpin Elit Umno itulah yang sebenarnya yang menjadi perasuah dan pengampu yang berselindung disebalik ketuanan Melayu”

“Cuba kita lihat baru-baru ini, bekas Menteri Umno, Tan Sri Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir A.Kadir Sheikh Fazir mendakwa Umno gunakan wang pada kempen pilihan raya lalu untuk membeli undi”

“Tan Sri Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir A.Kadir Sheikh Fazir menyatakan demikian dalam satu forum bahawa beliau sendiri memberi RM200 hingga RM1,000 dalam kempen pilihan raya Barisan Nasional (BN) untuk mendapat undi”

“Katanya beliau telah menjadi ketua dalam banyak kempen dan beliau diberikan wang dalam jumlah yang banyak untuk diagihkan dan ia secara terang-terangan untuk membeli undi”

Justeru disini jelas menunjukkan bahawa UMNO sebenarnya tidak ikhlas dalam mempertahankan hak orang Melayu,semua tindakan mereka hanyalah semata-mata untuk mempertahankan kepentingan peribadi pemimpin UMNO yang terus ingin membolot harta rakyat.

pas perak/-

Orang yang bijak

20 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud : "Orang yang bijak adalah orang yang mempersiapkan dirinya dengan beramal untuk bekalan selepas matinya. Manakala orang yang tidak bijak adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan kemudian mengharap pertolongan Allah". (HR Tirmizi)

tazkirah/-

Gaji RM450 habis diragut

20 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

PASIR MAS – Seorang wanita di sini, bukan sahaja cedera akibat diragut, malah kesemua wang gaji hasil kerja sebagai pembantu kantin, habis setelah diragut, pada jam 4.30 petang, kelmarin.

Mangsa, Wan Maheran Abdul Razak, 46, menerima lima jahitan di bahagian kening, bengkak di muka, kepala dan kaki setelah dicederakan­ seorang lelaki tidak dikenali.

“Hari itu, saya nak ke bank, tetapi tidak sempat kerana bank tutup, jadi saya ingat akan ke bank semula esok.

“Saya berhajat, hendak ke bank semula esok untuk menyimpan wang itu tetapi tidak kesampaian apabila wang gaji saya dilarikan peragut berkenaan,” katanya, semalam.

Wan Maheran berkata, kejadian bermula ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah, dengan menunggang motosikal secara bersendirian.

Menurutnya, ketika tiba di tempat kejadian, pandangannya tiba-tiba menjadi kabur dan berasa sakit akibat dihentak dengan objek keras.

“Akibat hentakan yang kuat, saya terjatuh ke dalam parit dan hanya sedarkan diri beberapa jam setelah menerima rawatan di Hospital Pasir Mas.

“Saya mendapati beg hilang, malah kesemua wang gaji sebanyak RM450 juga hilang.

“Loket emas dan pelbagai dokumen penting juga hilang dipercayai diragut oleh lelaki yang menyerang saya itu,” katanya.

Katanya, selepas menyedari kejadian­ itu, penduduk setempat membantunya dan menghubungi pihak polis.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Superintendan Tengku Azman Tengku Abdullah ketika dihubungi, mengesahkan ada menerima laporan berhubung­ kejadian itu.

Sinar Harian

Sekalipun Kelantan Dizalimi Kerajaan Pusat, Kelantan Tetap Bina Lebuhraya

20 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Kelantan bina lebuh raya tanpa bantuan Putrajaya

Kerajaan negeri Kelantan akan meneruskan projek pembinaan lebuhraya Kota Bharu- Kuala Krai yang diluluskan oleh kerajaan pusat di bawah Rancangan Malaysia ke-5 (1986-1990) tetapi belum dimulakan sehingga ke hari ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa berkata tender untuk projek berkenaan dibuka pada 2 Januari lalu dan ditutup pada 9 Februari. Hasilnya, pihak kerajaan negeri telah menerima tawaran dan kertas cadangan dari limayarikat.

“Pembinaan lebuhraya sepanjang 73 kilometer yang bertaraf R5 dengansembilan persimpangan bertingkat serta dua buah kawasan Rehat dan Rawat (R&R) dengan tawaran kos sebanyak RM1.5 bilion hingga RM1.8 bilion.

“Pemilihan syarikat yang berjaya akan diputuskan oleh majlis mesyuarat kerajaan negeri Kelantan selepas jawatankuasa teknikal dan kewangan menilai cadangan-cadangan tersebut dalam masa terdekat,” katanya.

Menurut Husam, projek yang dicadangkan oleh kerajaan persekutuan tetapi tidak dilaksanakan itu, sekali lagi diluluskan pada Rancangan Malaysia Kesembilan (2006 -2010).

Walaupun, kerajaan BN telah melantik pemaju bagi menguruskan projek berkenaan namun sehingga kini tiada kerja-kerja yang dilakukan.

“Memandangkan laluan ini adalah sangat penting bagi kemajuan negeri Kelantan serta kemudahan untuk pengguna terutama sekali pada musim perayaan, kerajaan negeri memutuskan untuk mengambil langkah untuk melaksanakan pembinaan lebuh raya ini melalui inisiatif kerajaan negeri, kata Husam.

Sebelum ini, kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS seringkali mendakwa kerajaan pusat mengabaikan ekonomi negeri itu sejak parti Islam itu mengambil pemerintahan negeri ini pada tahun 1990.

Bantuan pusat diperincikan

Husam berkata beliau berharap dengan tindakan kerajaan negeri harapan rakyat Kelantan untuk mempunyai jaringan pengangkutan yang moden dan selesa akan dapat direalisasikan dalam masa yang terdekat.

Sementara itu, di Kota Bharu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan pusat akan memperincikan setiap peruntukan yang diberi kepada kerajaan Kelantan itu sejak beberapa tahun lepas agar rakyat mengetahui sejelas-jelasnya mengenai perkara berkenaan.

Beliau dipetik Bernama sebagai berkata mengikut kajian yang dilakukan, rakyat Kelantan masih belum mendapat gambaran jelas apa sumbangan kerajaan pusat terhadap kerajaan negeri pimpinan PAS itu dalam membangunkan negeri tersebut selama ini.

"Rakyat Kelantan masih tidak mengetahui secara terperinci peruntukan kerajaan Pusat kepada Kelantan selama ini. Ini perkara utama yang kita akan perjelaskan dalam tempoh terdekat.

"Untuk pengetahuan setiap tahun lebih 30 peratus peruntukan itu digunakan bagi tujuan perbelanjaan tadbir urus kerajaan negeri dan 70 peratus lagi bagi peruntukan perbelanjaan pembangunan kerajaan negeri dan ini perlu rakyat tahu," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Persekutuan negeri Kelantan di Jabatan Pembangunan Persekutuan di Kota Bharu, hari ini.

Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata rakyat negeri itu juga perlu mengetahui kerajaan pusat telah membina sebuah loji air di Pintu Geng di Kota Bharu dengan kos sebanyak RM52 juta.

"Bila siapnya loji ini nanti akan diserahkan kepada Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dan hasilnya akan diperolehi syarikat itu yang dibina demi untuk rakyat mendapatkan bekalan air bersih," katanya.

Beliau berkata selain itu sebanyak RM100 juta lagi diperuntukkan kerajaan pusat untuk membina jalan-jalan negeri.

Menurutnya tindakan memperincikan peruntukan tersebut bukan untuk membangga diri sebaliknya untuk menafikan tohmahan pembangkang kononnya kerajaan pusat berlaku zalim terhadap Kelantan dengan menganaktirikan mereka.

Mustapa juga menafikan dakwaan Pakatan Rakyat bahawa kerajaan pusat telah gagal melaksanakan beberapa projek di Kelantan sebaliknya projek berkenaan seperti Jambatan Kedua Sultan Ismail Petra hanya lewat disiapkan dan bukannya gagal.

"Kerajaan Pusat sendiri akan pastikan setiap projek yang kita laksanakan tidak gagal tetapi kelewatan yang berlaku ada sebab yang munasabah," katanya. -mk

Bisnes replika pedang filem Hollywood

20 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

FILOMENO DE GUZMAN memegang replika pedang dalam filem Braveheart di bengkelnya di bandar Pozorrubio di Filipina pada 19 Januari lalu.

POZORRUBIO, Filipina - Seorang tukang besi, Filomeno de Guzman bersama 15 orang petani yang menanam padi menghasilkan replika pedang seperti yang pernah digunakan dalam filem-filem Bollywood seperti Braveheart, Conan the Barbarian dan Rambo.

De Guzman yang juga seorang bekas sarjan tentera Filipina tidak pernah pergi ke universiti namun dia menghasilkan pedang tersebut selepas menonton filem.

Dia bersara daripada tentera pada 1980 dan mengambil kursus kemahiran kerja-kerja pertukangan logam anjuran pemerintah secara percuma.

Kilangnya terletak di bandar tanaman padi di sini, 180 kilometer ke utara Manila.

Apabila seorang rakannya membawa beberapa pedang buatannya pada satu pameran di Amerika Syarikat (AS) pada tahun 1990-an, de Guzman kemudian mempunyai hubungan dengan seorang pengedar menyebabkan perniagaan antarabangsanya bermula.

Menurut de Guzman, 63, dia menjual lebih 1,000 replika pedang Excalibur.

Pedang Excalibur terkenal di dunia kerana ia milik pemerintah England, Raja Arthur.

De Guzman berkata, dia memberikan nama salah satu pisau yang dihasilkannya, Rambo III.

"Saya mendapat sepucuk surat daripada para penerbit filem Rambo yang memberitahu saya supaya jangan menggunakan nama Rambo atau kami akan menyaman anda," katanya.

Namun, selepas pisau itu dinamakan The Stallone sempena nama aktor Sylvester Stallone, tiada lagi surat ancaman saman yang diterimanya, kata de Guzman. - AFP

Transformasi atau Reformasi?

20 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Sewaktu sambutan Tahun Baru Cina yang lalu, ahli-ahli politik BN dan Umno telah banyak memberikan pujian yang luarbiasa yang jarang kita dengar sebelum ini, khususnya kenyataan daripada menteri perdagangan antarabangsa dan industri Datuk Mustahpa Mohamad yang juga ketua perhubungan Umno Kelantan.

Ketika ditemuramah oleh beberapa wartawan sebelum ini, Mustapha telah mengakui bahawa kalangan ahli-ahli perniagaan berbangsa Cina di negara ini masih percaya bahawa dasar ekonomi dan perdagangan di negara selama ini memihak kepada orang-orang Melayu dan berlaku tidak adil terhadap masyarakat Cina pada keseluruhannya setelah Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan pada tahun 1970.

Keluhan tersebut tidak sepatutnya bertumpu pada hanya pendapat daripada masyarakat Cina terhadap dasar tersebut, bahkan ianya juga patut dilihat melalui pelbagai sudut, pendapat kaum-kaum yang lain, para pelabur asing dan masyarakat antarabangsa. Sememangnya ketelusan dan liberalisasi ekonomi juga dapat memanfaatkan negara dan rakyat pada keseluruhannya daripada dasar yang hanya boleh memuaskan dan menguntungkan satu kaum dan agama sahaja.

Implikasi daripada kenyataan Mustapha adalah negara ini sedang menuju ke arah liberalisasi dan keterbukaan pasaran di mana banyak rancangan transformasi telah membuahkan hasil yang memberangsangkan.

Oleh itu, marilah kita mengkaji beberapa siri transformasi tersebut untuk menentukan sama ada rancangan tersebut telah benar-benar berjaya atau sebaliknya.

Subsidi dan dasar perlindungan

Pada umumnya, kita semua sememangnya telah mengetahui bahawa rakyat jelata dan negara telah banyak membantu membayar subsidi kepada Proton sejak ianya dilancarkan dan kereta buatannya mula dipasarkan pada tahun 1985.

Bagi melindungi Proton daripada saingan, kereta-kereta import dikenakan cukai 100% yang mengakibatkan bebanan yang terpaksa dipikul oleh rakyat jelata lebih 20 tahun. Sejumlah 106,000 orang telahpun diisytiharkan bankrap daripada tahun 2005 sehinggalah September 2011 di mana 25% adalah disebabkan ole kerana peminjam untuk membayar balik pinjaman sewabeli kereta.

Selain daripada itu, DRB-Hicom juga telah mengambil-alih Proton. Dan kenapa pula sesebuah syarikat korporat yang besar ini dibenarkan untuk terus menikmati faedah subsidi tersebut daripada kerajaan?

Dan walaupun pengeluar kereta nasional itu telah lama menikmati kemudahan subsidi dan dilindungi, ianya masih mengalami kerugian yang begitu kritikal dah yang paling terbaru, berdasar laporan prestasi untuk tahun berakhir 2011, Proton telah mengalami kerugian yang paling teruk sekali, mencecah sehingga RM3.4 billion.

Jadi adakah dasar tersebut berkesan dan jika sekiranya dasar perlindungan itu ditarikbalik, apakah implikasinya dan daya saing dapat membangunkan semula Proton yang kini sedang tenat.

Ketelusan dan pengisytiharan harta

Pengisytiharan harta yang dilaksanakan oleh ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaan (Exco) negeri Pulau Pinang baru-baru ini telah membuka mata banyak pihak dan mengejutkan ramai pemimpin BN, khususnya daripada Umno yang kini serba salah sama ada perlu mengikuti jejak langkah Pulau Pinang ataupun sebaliknya.

Reaksi spontan beberapa pemimpin BN adalah pengisytiharan harta oleh menteri-menteri kabinet ini boleh mendedahkan mereka kepada risiko-risiko diancam penjenayah, kemungkinan diculik sebagai tebusan serta terperangkap dengan pelbagai tuduhan rasuah atau salahguna kuasa.

Walaubagaimanapun, pengisytiharan harta ini bukannya sesuatu yang baru di kebanyakan negara. Di Amerika misalannya, telahpun melaksanakan sistem tersebut sejak tahun 1978 dan daripada pengisytiharan itu didapati 11% daripada ahli kongresnya adalah terdiri daripada jutawan dan mereka yang kaya-raya.

Sementara di Taiwan pula, terdapat satu rang undang-undang yang mewajibkan para penjawat awamnya untuk mengisytiharkan harta mereka melalui internet portal kerajaan republik tersebut.

Kenapa pula para pemimpin Umno dan BN ini begitu takut? Kebimbangan mengenai rompakan dan penculikan ini haruslah pertanggungjawabkan kepada pihak polis dan tidak sepatutnya digunakan sebagai suatu alasan untuk tidak mengisytiharkan harta mereka.

Dan nampaknya, mereka ini sememang tidak berniat untuk berbuat demikian, apatah lagi melaksanakan Program Transformasi Kerajaan (GTP) secara menyeluruh.

Kredibiliti terjejas

Baru-baru ini, kementerian dalam negeri telah menetapkan 15hb Februari ini sebagai tarikh akhir untuk pendaftaran dan pemutihan para pendatang asing tanpa izin (PATI) yang bekerja di negara ini secara haram. Tarikh tutup asalnya adalah pada 10hb Januari yang lalu.

Sebelum ini, kerajaan telah menegaskan bahawa tarikh akhir pendaftaran dan pemutihan PATI itu tidak akan dilanjutkan lagi, namum masih ramai yang mengagak bahawa tarikh tersebut masih boleh dilanjutkan dan ternyata kerajaan telah sekali lagi berlembut dengan melanjukan tarikh akhir tersebut kepada sebulan lagi.

Kerajaan telah berkali-kali melanjutkan tarikh tutup tersebut dan perbuatan ini juga telah mengakibatkan kelewatan yang begitu ketara sekali untuk mengesahkan para pekerja asiing ini. Hasilnya, kredibiliti kerajaan di dalam menangani masalah tersebut terjejas.

Perdana menteri dan presiden Umno Datuk Najib Razak telah memperkenalkan beberapa rancangan transformasi kerajaan, politik dan ekonomi bagi menjana semula pendapatan negara dan rakyat, namum rancangan tersebut tidak menampakkan perlaksanaan yang menyeluruh di mana di sesetengah sektor ianya dilaksanakan serentak, manakala di kebanyakan sektor pula,

perlaksanaannya agak lembab dan ridak mendapat sambutan atau langsung tidak diberikan perhatian dengan sepenuhnya. Pemikiran dan budaya kerja yang lembap di beberapa jabatan dan agensi masih subur di mata umum, menjadikan sebarang pencapaian adalah begitu mustahil sekali.

Bagi meraih semula sokongan dan undi daripada rakyat jelata, kerajaan perlulah memastikan transformasi tersebut dilansanakan secara menyeluruh atau tidak ada sebarang pencapaian yang akan berlaku.

Jadi, yang manakah lebih berkesan? Transformasi ataupun Reformasi? Penentu kini berada di tangan rakyat.

Malaysia Chronicle

Ego Dan Dendam

20 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD]
Oleh: Mohd Fadly Samsudin

Pernahkah kita sampai ke tahap langsung tidak merasa bersalah dan menyesal melakukan dosa atau jenayah?

Jika itu yang berlaku, awas kerana semua itu adalah tanda hati terlalu 'berkarat' dan mati.

Hati yang mati itu sama seperti jasad yang tidak bernyawa. Jika dipukul, ditepuk dan dicubit berkali-kali pun, ia tidak akan mendatangkan kesan.

Perjalanan hidup yang diatur hanya mengikut kemahuan syahwat sendiri. Orang yang mati hatinya tidak dapat membezakan perbuatan baik dan buruk.

Bahkan, ada berbangga mereka bercerita perbuatan maksiat yang mereka lakukan seperti rogol-bunuh-bakar, berzina, menipu, rasuah dan berbuat zalim kepada orang lain.

Tidak hairanlah jika ada golongan yang sanggup membunuh sesama manusia, ayah menodai anak kandungnya sendiri, ibu mendera anak sehingga mati serta pelbagai perbuatan terkutuk lain tanpa rasa berdosa.

Daripada hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim: Ingatlah! Sesungguhnya dalam jasad (manusia) ada segumpal darah. Jika baik, baiklah seluruh jasadnya. Jika ia rosak, maka rosaklah jasad seluruhnya. Ingat! Itulah hati.

Setiap dosa dan maksiat yang dilakukan maka akan tumbuh satu titik hitam dalam hati mereka.

Perkara itu jelas digambarkan melalui hadis Rasulullah yang bermaksud: "Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Hadis riwayat Ibnu Majah).

Jelas sekali perwatakan golongan yang hati mati itu melalui sikapnya yang kejam, kasar dan tidak berperikemanusiaan.

Abdullah bin Abbas berkata: "Kebaikan itu mendatangkan sinar pada wajah, cahaya di hati, kelapangan dalam rezeki, kekuatan badan dan perasaan cinta di hati.

"Sedangkan dosa itu mendatangkan kesuraman pada wajah, kegelapan di hati, kelemahan badan, kekurangan rezeki dan kebencian di hati manusia".

Sifat pendendam antara punca kepada masalah hati. Mereka sentiasa tidak puas hati ibarat meminum air di lautan; walau banyak yang diminum, ia tetap tidak habis.

Sikap ego yang bersarang dalam hati menjadi ibu sifat mazmumah yang membuatkan seseorang tidak tenang.

Begitu juga dengan rakan atau orang di sekeliling kita. Jika kita berkawan dengan orang soleh, pasti dia membawa kita mengingati Allah manakala orang jahil kepada kesesatan.

'Kematian' hati juga boleh dilihat apabila seseorang itu sedih orang lain mengatasi kehebatannya.

Mereka akan memastikan tidak ada yang boleh lebih daripadanya. Ini menambah sifat dendam yang memalapkan cahaya imannya.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati. (Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi).

Jangan menjadikan ketawa keterlaluan sebagai cara menzahirkan perasaan gembira kerana boleh membawa kepada beku dan matinya hati.

Jika hati mati, syaitan mudah membawa kita ke lembah hina.

Sementara itu, antara mazmumah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah sifat pemarah.

Ego pula membuatkan golongan seperti ini memiliki sifat pantang dicabar. Allah mengunci mati hati dan pendengaran mereka dan penglihatan mereka ditutup.

Pemilik hati mati pasti menolak kebenaran dari Allah dan suka melakukan kezaliman terhadap sesama makhluk.

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakan dari jin dan manusia. Mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah). Mereka mempunyai mata, tetapi tidak digunakan untuk melihat (tanda kekuasaan Allah). Mereka mempunyai telinga, tetapi tidak gunakan untuk mendengar (ayat Allah). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (Surah al-Araaf ayat 179).

Ketahuilah apabila hati menjadi keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan.

Perunding Motivasi dan penceramah, Mohd Zawawi Yusoh, berkata hati yang mati akan menghilangkan rasa ketuhanan dalam diri seseorang.

"Sebab itu, mereka tergamak melakukan pelbagai jenayah dan salah laku yang bertentangan dengan agama akibat hati yang tidak ada tindak balas terhadap kebaikan.

"Jika terus membiarkan diri bergelumang dengan maksiat ia akan menjadi penghalang utama amalan tidak diterima Allah," katanya.

Mohd Zawawi berkata hati juga mempunyai beberapa sifat antaranya hati keras, degil dan berat untuk melakukan amal kebaikan.

"Hati mati paling dahsyat kerana membuatkan manusia hilang sifat kemanusiaan dan belas ihsan. Tidak hairan ada sanggup merogol anak atau adik sendiri, membunuh dengan kejam atau mendera isteri dan kanak-kanak.

"Rezeki haram menyumbang 'kematian' hati. Ia juga melahirkan individu yang berpenyakit," katanya.

Beliau berkata, makanan hati adalah ilmu. Imam al-Ghazali menyatakan apabila seseorang itu tidak mendengar majlis ilmu selama tujuh hari, hatinya menjadi keras.

"Justeru, didiklah diri supaya cintakan majlis ilmu, istiqamah membaca al-Quran, mengamalkan zikir setiap solat selain berkawan dengan orang beragama yang dapat mendorong kita berada di landasan agama yang benar," katanya.

Beliau berkata, orang yang banyak dosa doa mereka tidak diterima malah akan merosakkan.

"Hati orang yang banyak dosa pasti merasa sempit selain segala masalah yang dihadapi tidak dapat diselesaikan," katanya.

Allah berfirman yang bermaksud: "Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata." (Surah al-Zumar ayat 22).

Mohd Zawawi berkata, bagi meleburkan hati yang keras, sentiasa bertaubat, bersolat lima waktu secara berjemaah dan kerap melakukan qiamulail.

"Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan," katanya.

TERKINI! NAZRI ARAH SHARIZAT BAYAR BALIK RM250 JUTA. JIKA TAK SILA LETAK JAWATAN!!

20 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA KANGSAR – Menteri Pembangunan Wa­nita, Keluarga dan Masya­rakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dinasihatkan supaya membayar balik RM250 juta yang dipinjamkan kepada syarikat milik keluarganya untuk menjalankan projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz yang menasihatkan demikian berkata, itu adalah penyelesaian terbaik bagi masalah berkenaan tanpa perlu Shahrizat meletak jawatan.

“Beliau tak perlu letak jawatan. Apa yang paling utama, kembalikan semula wang itu kepada kerajaan,” katanya.

Nazri berkata, dengan penyelesaian seperti itu, kerajaan masih boleh meneruskan projek NFC.

“Tetapi selepas ini, adalah lebih baik dijalankan secara tender terbuka bagi mengelak masalah hal yang tidak diingini,” katanya kepada pemberita selepas melepaskan peserta Larian Ria di pekarangan pejabat Umno Bahagian Padang Rengas di sini, semalam.

penccai semalaysia/-

Penghalang Doa

20 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

DOA merupakan senjata bagi orang Islam. Ini sebenarnya adalah hadiah Allah untuk kita. Allah Maha Mendengar, Maha Pengasih, Maha Pemurah. Ada kalanya kita rasa kita telah berkali-kali berdoa tapi Allah belum memperkenankannya.

Selain itu adalah ujian dari Allah ingin menguji keikhlasan dan keimanan kita; kita juga perlu mengkaji di mana silapnya kita. Sebenarnya banyak perkara yang boleh menjadi hijab atau penghalang kepada doa-doa kita itu.

Biasanya terhijab doa adalah kerana dosa-dosa besar yang pernah kita lakukan dan salah satu cara untuk mengatasinya dengan bertaubat nasuha yakni taubat yang sungguh-sungguh.

Di sini dibentangkan lapan belas perkara yang menjadi hijab atau penghalang doa:

1. Orang yang membunuh orang lain tanpa tujuan.

2. Orang yang menaburkan cerita yang belum tentu sahih

3. Orang yang melakukan pekerjaan yang serupa binatang.

4. Orang yang mengekalkan minum arak atau benda-benda lain yang boleh memabukkan.

ALLAH telah berfirman: ”Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu dan menghalangi kamu dari mengingati ALLAH dan sembahyang, maka berhentilah kamu dari mengerjakan pekerjaan itu. ” (AI Maidah: 91).

Keterangan di atas sesuai dengan Hadis Rasulullah SA W yang bermaksud ’Semua minuman yang memabukkan adalah arak dan semua arak adalah haram. ” Riwayat Muslim

5. Orang yang mengekalkan zina, iaitu dosa besar yang tidak akan diampunkan selama-lamanya.

6. Orang yang menderhakai ibubapanya atau salah seorang daripadanya. ALLAH telah berfirman; ”Dan Tuhanmu telah mnnerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain dari-Nya dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa. Jika seseorang di antara keduanya atau kedua-duanya telah tua jangan kamu keluarkan perkataan kasar terhadap keduanya dan hendaklah kamu ucapkan perkataan yang mulia (lemah-lembut). Rendahkanlah sayap kehinaan kerana cinta kepadanya dan hendaklah engkau katakan

”Wahai Tuhan kasihilah kedua ibubapa kami dan berilah Rahmat-Mu. Biasanya terhijab doa adalah kerana dosa-dosa besar.....Untuk mengatasinya bertaubatlah dengan taubat nasuha; taubat yang sungguh-sungguh kepada keduanya, sebagaimana mereka mendidik kami di waktu kecil.”
Al Israk: 23-24

7. Orang yang mengerjakan suatu pekerjaan yang menyalahi syariat seperti bermain silap mata.

8. Ahli nujum yang mengkhabarkan nasib orang lain sedangkan kehidupan kita dari alam roh hingga ke akhir hayat telahpun ALLAH tetapkan sejak azali lagi.

9. Orang yang hasad dengki sesama umat Islam. Dia suka orang lain ALLAH timpakan bala malah mencemburui seandainya orang lain yang dikurniakan nikmat Tuhan.

10. Orang yang suka mengadu domba, memukul canang kepada orang lainsupaya timbul pecah-belah antara kedua belah pihak. Kadangkala mengakibatkan kedua-dua pihak itu tidak bertegur sapa selama lebih dari tiga hari tanpa keuzuran syarie.

11. Orang yang suka mengumpat hal orang lain terutama terhadap orang-orang alim yang cinta dengan ALLAH

12. Orang yang mengambil cukai dari harta manusia tanpa redha mereka. Inilah perkara yang paling ditakutikerana ketika di dalamkubur lagi akan ditimpakan azab yang pedih.

13. Orang yang menjual barang dengan cara yang haram, mengangkat jual beli dengan sumpah yang dusta, contohnya menaikkan harga barang-barang dua tiga kali gandanya dari harga asal. Menipu dalam sukatan dan timbangan dan memakan harta riba.

14. Orang yang membenci para sahabat Rasulullah SAW.

15. Orang yang menunjuk-nunjuk diri dengan gayanya yang lemah-longlai seperti mayang di depan orang lain supaya mereka merasa kagum dengan kecantikkannya.

16. Orang yang bermain catur dan judi.

17. Orang yang bermain gendang yang kecil di tengahnya, luas di kedua tepinya tetapi tepi yang ada kulit itu lebih luas daripada yang tiada berkulit. Kalau di zaman sekarang ini kompang dan gendang yang dibubuh lingkaran rotan di dalamnya supaya terdengar bunyi gentanya yang mengasyikkan.

18. Orang yang bermain rebab, biola dan seruling (serunai). Oleh itu sebagai nasihat kepada kita bersama, jika kedapatan perkara-perkara yang dibentangkan itu pada diri kita, bertaubatlah segera dengan taubat nasuha. Agar kita mendapat falah (kemenangan) di Akhirat sebelum datangnya maut.

Tinggalkanlah perkara-perkara yang boleh melalaikan kita dari mengingati ALLAH juga perkara-perkara yang menjauhkan diri kita dari-Nya. Semuga ALLAH SWT menggantikan dengan sebesar-besar kurnia dan RahmatNya sebagai penutup segala perbuatan jahat yang lampau. Allah telah berfirman; ”Sesungguhnya segala amal yang baik menghapuskan akan segala perbuatan yang jahat. ”

"Siapalah aku di sisi MU ya Allah"

http://penjagakubur96.blogspot.com

Benarkah Felda dan Sime Darby jual sawit ke Israel?

20 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 13 Feb: Syarikat berkaitan kerajaan, Sime Darby dan Felda diminta memberikan penjelasan apakah benar mereka menjual minyak sawit mereka ke Israel.

Penjelasan ini dipohon Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SMMM), Badrul Hisham Shaharin atau che'GuBard melalui satu kenyataan terbuka hari ini.

Terbaru, kata che'GuBard, ialah dokumen di perolehi dari "Index Mundi" dan IMF yang cukup mudah dicari melalui internet.

Link yang ini menunjukkan bagaimana penjualan minyak sawit Malaysia dalam matawang New Israeli Syeqel dan harga minyak sawit Malaysia telah di senaraikan dalam futures trading (harga masa depan) sehingga Januari 2012 juga dalam New Israeli Sheqel.

Tertera dengan jelas, katanya, adalah nama Sime Darby dari Malaysia.

"Kini rakyat Malaysia harus mendapatkan penjelasan dari pihak Felda dan Sime Darby samada mereka ada terlibat dalam apa-apa penjualan minyak sawit Malaysia kepada Israel," kata beliau dalam kenyataannya.

Sebelum ini, SAMM telah membuat pendedahan awal mengenai wujudnya dagangan Sawit terus oleh syarikat tempatan dan penghantaran secara terus dilakukan dari Johor ke Israel.

Namun regim terus mendiamkan dari memberikan jawapan rasmi, katanya.

Hari ini, kata che'GuBard, satu surat rasmi dari SAMM telah dihantar kepada Kemneterian Perdagangan Antarabangsa dengan dihantar salinan ke Perdana Menteri Malaysia serta pihak media untuk memberikan respon mengenai perkara ini.

Namun dalam media baru ramai 'pemain cyber upahan' cuba memberikan penafian lemah, katanya.

Bagi beliau, rakyat harus membuka mata dengan fakta ini kerana di depan rakyat tempatan regim menuduh orang itu dan orang ini sebagai 'agen Amerika' dan sebagainya tetapi hakikat sebenarnya Malaysia terus menerus menjadi pembantu ekenomi Israel.

Pada 8 Febuari lepas, SAMM telah menunjukkan kepada pihak wartawan mengenai beberapa dokumen perniagaan termasuk dokumen rasmi kerajaan yang menunjukkan dua buah syarikat yang menghantar terus minyak sawit ke Israel.

Dua syarikat tersebut ialah Mewaholeo Industries Sdn. Bhd dan IOI Croklaan Sdn Bhd yang mana kedua dua syarikat tempatan tersebut punya alamat beroperasi di Johor.

Bagi beliau, kenyataan sebelum ini yang menyatakan kononya Malaysia tidak mampu menghalang perdagangan terus Malaysia dan Israel kerana ia melibatkan syarikat asing yang melabur di Malaysia ialah bertujuan menipu dan mengelirukan.

"Sudahlah kenyataan tersebut menunjukkan kelemahan negara hanya kerana untuk menarik pelaburan asing maka kita gadaikan prinsip membela Palestin dan usaha pembebasan kiblat pertama umat Islam.

"Malang lebih dari itu regim menyelindungkan urusan bahawa wujud juga perdagangan terus libatkan syarikat tempatan," dakwa beliau.

Harakah Daily

Hari Valentine Hanya Haram Untuk Islam

20 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Setiap hari kita perlu menunjukkan perasaan kasih sayang antara satu
sama lain tanpa perlu menunggu hari-hari tertentu. Sikap sesetengah
pihak yang cuba membuat fitnah terhadap saranan PAS melarang penganut
agama Islam dari menyambut Hari Valentine telah disalah ertikan dengan
mengatakan PAS menyekat kebebasan hak orang ramai.

Mereka memberi gambaran seolah-olah PAS cuba menyekat kepercayaan
agama lain dari menyambut Hari Valentine dengan menuduh PAS tidak
sepatutnya menyekat mereka yang hendak meraikan Hari Valentine
tersebut.

Akibat salah faham, mereka ini menuduh PAS sudah menyimpang dari
perjuangan mereka selama ini iaitu memberi kebebasan beragama kepada
semua penganut agama di negara ini.

Sebenarnya tiada Isu PAS melarang penganut agama lain untuk meraikan
Hari Valentine. Kalau penganut yang bukan beragama Islam hendak
meraikannya terserah kepada kepercayaan masing-masing dan mereka bebas
melakukannya.

Apa dilarang oleh PAS ada bersesuaian dengan larangan agama Islam
sendiri kepada penganut agama Islam bukannya melarang penganut agama
lain dari melakukannya.

Jadi jelas, PAS tidak pernah mengatakan Hari Valentine mesti dilarang
kepada semua. Mungkin ada sesetengah pihak tidak faham atau sengaja
buat tidak faham maksud PAS melarang menyambut Hari Valentine.

Berdasarkan kepada pandangan sebahagian besar tokoh-tokoh agama telah
menyatakan bahawa menyambut atau meraikan Sambutan Hari Valentine ini
adalah bertentangan dengan Syarak. Menurut Panel Kajian Aqidah (PKA)
dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia amalan
ini adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam.

Maka bagi orang Islam sudah jelas meraikan Hari Valentine adalah
bertentangan dengan akidah Islam dan bagi yang bukan Islam terserah
kepada kepercayaan masing-masing.

Diharap perkara sebegini tidak akan menimbulkan salah faham, antara
penganut Islam dan bukan Islam dalam Negara ini sebab kita kena
menghormati kepercayaan agama masing-masing.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

ABU akan dilancar seluruh negara

20 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 13 Feb: Asal Bukan Umno (ABU) akan dilancarkan seluruh negara mulai 17 Februari ini di peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Ia akan dilancarkan di Madrasah Ehsaniah Taman Bukit Anggerik @ METBA (Bersebelahan Padang), Bandar Tun Razak, Cheras.

Antara pemidato yang akan menyertai program ini adalah Haji Mohamd Sabu (Timbalan Presiden PAS), Badrul Hisham Shaharin atau CheGuBard (Ketua Penyelaras SAMM), Tan Sri Samad Said (Sasterawan Negara), Adam Adli (Aktivis Mahasiswa).

Pada 23 Februari pula pelancaran ABU peringkat negeri Selangor akan diadakan di Semenyih iaitu di Dewan Orangramai Beranang, Selangor.

Pada majlis ini, pemidatonya adalah Arulchelvan (PSM), Khalid Samad (PAS), Haris Ibrahim (NGI) dan Adam Adli (Aktivis Mahasiswa).

Selepas itu, ABU Melaka akan dilancarkan di Masjid Tanah pada 24 Februari manakala ABU Perak pula akan dilancarkan di Ipoh pada 25 Februari.

Pada 26 Februari pula, ABU Johor akan dilancarkan di Pasir Gudang dengan Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub akan mengetuai pemidatonya.

Pada 3 Mac pula, pelancaran ABU Terengganu akan disempurnakan di Kuala Terengganu manakala pada 4 Mac akan dilancar ABU Kelantan iaitu di perkarangan Stadium Sultan Mohamad ke 1V di Kota Bharu.

Pelancaran pentas ABU seterusnya adalah Negeri Sembilan - Rantau 6hb Mac, WP Kuala Lumpur - Wangsa Maju 9hb Mac, Pahang - Bera 10hb Mac, Penang - Balik Pulau 14hb Mac, dan Kedah- Alor Star 20 Mac.

Harakah Daily

Israel bedil kandang lembu

20 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KANDANG lembu yang musnah akibat terkena bedilan peluru berpandu pesawat tentera Israel di bandar Gaza semalam.

GENTING GAZA - Satu serangan tentera udara Israel semalam membedil kandang lembu milik seorang penduduk Palestin di sini.

Beberapa ekor haiwan itu cedera dan terbunuh akibat serangan berkenaan.

Dalam serangan itu, seorang penduduk Palestin dilaporkan terbunuh.

Tentera Israel menyatakan serangan tersebut dilancarkan bagi membalas dendam terhadap satu serangan roket yang dilakukan para pejuang Palestin.

Pertubuhan Pusat Palestin Untuk Hak Asasi Manusia yang beribu pejabat di bandar Gaza menyatakan, penduduk yang maut itu ialah seorang petani, Wyad Abdul Hadi Rajab yang berusia 71 tahun.

Menurut pertubuhan itu, dia merupakan pemilik kandang lembu yang terletak kira-kira tiga kilometer dari sempadan Israel.

Kandang lembu itu diserang dengan peluru berpandu.

Menurut pertubuhan tersebut, semasa serangan, petani itu berada di dalam biliknya yang musnah.

Seorang anak lelakinya mengalami luka.

Beberapa ekor haiwan ternakan lain turut terbunuh manakala beberapa peralatan lain juga musnah.

Pada Sabtu lalu, satu serangan roket yang dilancarkan para pejuang Palestin mengenai bandar Ashkelon, selatan Israel menyebabkan seorang wanita negara itu cedera ringan. - Agensi