08 February 2012

Azizan nafi letak jawatan

16 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

ALOR SETAR 8 Feb. - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini berkata, beliau tidak meletakkan jawatan seperti yang dilaporkan oleh beberapa portal berita.

Azizan, yang menyifatkan laporan portal berita itu sebagai kebudak-budakkan, berkata, spekulasi beliau meletakkan jawatan itu adalah serangan psikologi oleh orang yang takut akan kepimpinan dan tindakan tegas beliau.

"Sejak malam tadi, saya terima panggilan berkenaan perkara itu. Saya tidak akan melayan perkara itu... ini macam budak-budak. Mereka serang saya kerana mereka tidak yakin dengan diri mereka,” katanya ketika dihubungi.

Azizan ditanya mengenai laporan portal KL-today.com semalam memetik sumber yang kononnya mendapat maklumat daripada Pejabat Menteri Besar mendakwa beliau sedang menyediakan surat peletakan jawatan dan akan meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar dalam beberapa jam lagi.

Spekulasi itu adalah serangan terbaru terhadap Azizan berkenaan kenyataannya mengenai Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 dan penggantungan lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN).

Ditanya pihak yang mungkin menyebarkan spekulasi itu, Azizan berkata, ia mungkin kumpulan sama yang mahu beliau disingkirkan daripada parti.

"Boleh jadi... saya tak tahu. Ia mungkin juga orang di luar parti kerana mereka mahu melihat kerajaan negeri pimpinan Pas menjadi lemah. Semalam, saya ada di pejabat sampai pukul 6.30 petang... saya hairan bagaimana perkara seperti itu boleh keluar,” katanya.

Katanya, ini bukan pertama kali perkara seumpamanya beliau alami sejak menjadi Menteri Besar Kedah pada 2008.

Azizan berkata, spekulasi sama pernah timbul apabila beliau dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) tahun lepas, sehinggakan ada khabar angin beliau meninggal dunia.

Azizan berkata, tumpuan beliau kini hanyalah kepada pilihan raya umum ke-13 dan menggerakkan jentera pakatan pembangkang mempertahankan negeri ini. — BERNAMA

FAM umum penggantungan 11 pemain Piala Presiden

16 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 8 Feb. - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan penggantungan 11 pemain skuad Piala Presiden Negeri Sembilan musim lepas daripada sebarang aktiviti bola sepak tempatan antara setahun dan lima tahun kerana terlibat dengan skandal rasuah.

Penggantungan itu berkuat kuasa sejak 30 November lalu.

Kenyataan FAM hari ini menyebut, siasatan Jawatankuasa Tatatertib FAM ke atas pegawai dan pemain skuad Piala Presiden pasukan itu mendapati terdapat unsur-unsur rasuah dan gejala mengatur perlawanan melibatkan pasukan berkenaan.

Empat pemain iaitu Mohd. Yatim Abdullah, D. Adrian, Norhairi Abdul Rahman dan Muhammad Zulfadhlie Mohamad A'ashari dikenakan penggantungan setahun daripada aktiviti bola sepak dan hukuman tersebut tidak boleh dirayu.

Tujuh lagi pemain iaitu Muhammad Zaidi Othman, Hamirul Fahamie Abu Yazid, Anwarul Hafiz Ahmad, Muhammad Haikal Mohamad Nazri, Suhairy Johari, Muhammad Rizqi Azman dan Mohd Hafiz Mohd Nor digantung selama lima tahun dan tidak dibenarkan terlibat dalam aktiviti bola sepak di peringkat kebangsaan.

"Rayuan hanya boleh dibuat selepas satu tahun dan rayuan hendaklah dibuat secara bertulis kepada FAM," kata badan induk bola sepak negara itu.

FAM turut menyatakan bekas ketua jurulatih Piala Presiden Negeri Sembilan musim lepas Yusarman Yusof digantung seumur hidup daripada sebarang aktiviti bola sepak dan beliau hanya boleh membuat rayuan bertulis kepada FAM selepas 10 tahun.

Kenyataan itu menyebut pemain dan pegawai Piala Presiden pasukan SDM Pulau Pinang, Johor MP Muar dan Terengganu T-Team 2010 turut digantung sementara sehingga mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM yang akan datang.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad baru-baru ini mendedahkan 18 pemain skuad Piala Presiden negeri dan seorang jurulatih terlibat dengan gejala rasuah musim lepas.

Kesemua 18 pemain tersebut terdiri daripada enam pemain dari pasukan Piala Presiden Negeri Sembilan, pasukan T-Team (enam) dan pasukan MP Muar (enam). - BERNAMA

Dun Selangor bersidang 19 Mac depan

15 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM, 8 Feb: Dewan Undangan Negeri Selangor akan memulakan persidangan kali pertama bagi sesi 2012 selama empat hari mulai 19 Mac nanti.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim menjelaskan Tuanku Sultan Selangor telah berkenaan serta akan merasmikan pembukaan persidangan pada tarikh tersebut.

"Persidangan ini telah ditetapkan pada 19 Mac nanti dan akan berlangsung selama empat hari.

"Tuanku Sultan Selangor telah perkenaan dan baginda akan hadir bagi merasmikan persidangan tersebut," jelasnya pada sidang media selepas mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri Selangor di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, pada persidangan kali ini kerajaan negeri akan membentangkan keadaan kewangan negeri dan program-program pembangunan yang akan diadakan.

Beliau juga memberitahu, menurut laporan Jabatan Kewangan Negeri menyatakan bahawa rizab negeri telah bertambah lebih 26 peratus iaitu secara terkumpul sebanyak RM1.9 bilion bagi akhir tahun 2011.

"Jumlah ini lebih tinggi jika dibandingkan pada akhir tahun 2007 yang mana jumlah terkumpul hanya RM500 juta sahaja.

"Apa yang saya maklumkan ini belum lagi diaudit tetapi laporan kewangan tersebut akan dihantar kepada Ketua Audit Negara untuk mendapat pengesahan terhadap angka-angka yang telah diberitahu," jelasnya.

Rafizi dakwa NFC ditakdir gagal sejak awal lagi

15 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata, kali pertama beliau mendengar mengenai National Feedlot Corporation (NFC) bukanlah melalui laporan Ketua Audit Negara tetapi melalui majalah gaya hidup masyarakat kelas tinggi – Malaysia Tatler.

tenang by election nomination day 220110 shahrizat abdul jalil
"Sangat glamour," fikirnya apabila melihat anggota keluarga
Menteri Pembangunan Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil ditampilkan dalam majalah berkenaan sekitar empat atau lima tahun lalu.

Keluarga menteri itu nampaknya seronok dengan perhatian seperti itu, kata Rafizi lagi dalam wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu.

Beliau berkata demikian apabila ditanya sekiranya projek National Feedlot Centre yang diusahakan syarikat berkenaan merupakan satu projek 'gajah putih.'

Rafizi ditanya demikian susulan dakwaannya bahawa projek itu ditakdirkan untuk gagal sejak awal lagi.

"Jika ia merupakan satu projek gajah putih, yang mereka tahu sebagai satu sabotaj kepada mereka, saya tidak fikir mereka akan berseronok dengan glamour...," katanya lagi.

Beliau juga mendakwa, keluarga menteri itu sejak awal lagi mengetahui bahawa projek ternakan lembu itu tidak akan berjaya.

"Tapi saya fikir mereka tahu sejak awal lagi bahawa untuk mencapai sasaran 276,000 ekor lembu setahun adalah mustahil dan sebab itulah saya fikir mereka menghabiskan banyak masa membuat perkara lain," katanya.

Rafizi mendakwa projek NFC itu hanyalah satu "samaran", sedangkan suami dan anak-anak menteri berkenaan menggunakan pinjaman RM250 juta itu sebagai modal untuk perniagaan yang lebih "glamour" seperti pelaburan hartanah dan juga kedai makan kelas tinggi.

"Jadi apabila anda dapat orang yang mendapatkan kontrak dan pembiayaan bukan untuk tujuan sebenar dasar tersebut, tentulah ia ditakdirkan gagal sejak awal lagi," katanya.

Beliau juga mendakwa, keluarga menteri itu telah menggunakan kawalan mereka ke atas pinjaman mudah RM250 juta yang diberikan kerajaan itu untuk perniagaan lain.

nfc office story
Akauntan berkanun itu memberi alasan mudah – walaupun
seseorang itu tidak dilantik sebagai pemegang saham dalam sesuatu syarikat, individu berkenaan boleh membuktikan bahawa mereka mempunyai kawalan ke atas dana yang besar seperti pinjaman RM250 juta dari kerajaan.

"...Itu saja sudah cukup sebagai jaminan kepada bank untuk memberikan anda pinjaman untuk membeli begitu banyak hartanah," dakwanya.

Rafizi juga sangsi dengan kenyataan yang diberikan oleh salah seorang anak Shahrizat – Wan Shahinur Izmir Salleh – ketika menafikan dakwaan bahawa beliau serta anggota keluarganya rakus membelanjakan pinjaman wang tersebut.

NONE
Wan Shahinur antara lainnya berkata dakwaan itu tidak
munasabah kerana keluarganya masih perlu membayar pinjaman tersebut.

Rafizi yang melihat isu tersebut dari sudut akauntabiliti berkata, penjelasan itu tidak sah di sisi undang-undang.

"Saya setuju jika setiap orang (pemilik National Feedlot Corporation) meletakkan jaminan peribadi ke atas pinjaman RM250 juta, letakkan semua aset atas nama mereka sebagai cagaran kepada RM250 juta itu, barulah kita bercakap dengan masuk akal sedikit," katanya.

Tanpa akauntabiliti seperti itu, kata Rafizi, tindakan yang dapat dijalankan hanyalah dengan menutup syarikat induk yang mengawal NFC – Agroscience Industries Sdn Bhd yang juga dimiliki keluarga menteri berkenaan.

Wan Shahinur juga sebelum ini telah mengemukakan hujah bahawa langkah menubuhkan syarikat pengedar untuk daging dan juga rangkaian restoran mewah Meatworks dibuat untuk menyokong pusat ternakan fidlot itu.

NONE
Penjelasan itu dicabar oleh Rafizi yang berkata, kerajaan dan
syarikat NFC sendiri tidak mempunyai hak ke atas dua anak syarikat tersebut – National Livestock dan Meat Corporation dan Real Food Company – yang telah menerima pemindahan wang daripada syarikat NFC.

National Livestock and Meat Corporation bertanggungjawab mengeluarkan produk lembu daripada daging tersebut dan Real Food Company pula mengedarkan produk berkenaan, selain menguruskan rangkaian restoran mewah Meatworks.

"Anda tanya sesiapa saja dalam syarikat runcitan, bukan saja dalam (industri) daging. Mereka tidak tubuhkan begitu banyak operasi (tapi) mungkin hanya satu bahagian atau seksyen pemasaran di dalam syarikat itu.

"Tapi yang paling penting, anda tidak boleh bercakap mengenai membina rangkaian pengedaran produk lembu seperti didakwa, apabila mereka tiada lembu.

"Anda perlu ada jumlah lembu yang perlu sebelum anda boleh mula buat (perkara ini)," katanya.

Malaysiakini/-

Shahrizat dipanggil SPRM

MENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil disambut Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mustafar Ali ketika hadir di bangunan SPRM dipercayai bagi memberi keterangan berkenaan siasatan dakwaan penyelewengan dalam Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) di Putrajaya, hari. - Foto Mohd Fadli Hamzah

15 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang kembali bertugas hari ini selepas bercuti selama tiga minggu, telah dipanggil ke ibupejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya.

NONE
Menurut seorang saksi, Shahrizat - yang merupakan ketuaWanita Umno - tiba sekitar jam 4 petang

Dipercayai beliau sedang disoalsiasat berkaitan dengan siasatan yang sedang berjalan terhadap skandal National Feedlot Corporation, yang didakwa melibatkan anggota keluarganya.

NFC dipengerusikan oleh Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail - yang merupakan suami Shahrizat.

'Syarikat Johor berdagang minyak sawit dengan Israel'

15 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Bercanggah dengan kempen Malaysia yang pro-Palestin, sebuah NGO mendakwa bahawa dua syarikat di Johor berdagang minyak sawit dengan rakan perniagaan mereka dari Israel.

NONE
Menurut Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin (kiri), dua syarikat tersebut didakwa
mengeksport minyak sawit ke Israel melalui Tanjung Pelepas dan Pasir Gudang.

Minyak sawit itu dihantar ke sebuah pelabuhan terbesar di Israel, Ashdod, dakwa Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard.

Chegubard berkata dia mempunyai borang Kastam dan pengesahan tempahan membabitkan syarikat-syarikat pengeksport minyak sawit di Johor untuk menyokong dakwaannya itu.

Beliau mendakwa, pihaknya juga mempunyai bukti bergambar bahawa pegawai kerajaan Israel telah datang ke Johor untuk memeriksa penghantaran minyak sawit sebelum dihantar kepada Israel.

Sepatutnya, tegas Chegubard, ianya menyalahi undang-undang kerana negara tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

Malaysiakini/-

Bayi Seberat 7 Kilogram Dilahirkan Di China

15 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

BEIJING: Seorang ibu di bandar China telah melahirkan bayi dengan berat 15.52 paun(7.04kg), mungkin menjadi bayi baru lahir terbesar mengikut pada rekod sejak 1949.

Akhbar 'Tianjin Post' yang dikendalikan oleh kerajaan pada Rabu berkata ibu berusia 29 tahun di Wilayah Henan melahirkan bayi lelaki pada hari Sabtu melalui pembedahan. Proses melahirkan mengambil masa hanya 20 minit dan kedua-dua, ibu dan bayi, yang bernama Chun Chun, berada dalam keadaan baik.

Menurut akhbar itu, ibu bapa Chun Chun bersaiz normal dan tidak terdapat sebarang tanda-tanda luar biasa tentang kehamilan atau diet ibunya.

Akhbar itu bagaimanapun berkata masih tidak jelas sama ada kelahiran Chun Chun mencatatkan rekod di China.

Berdasarkan Rekod Dunia Guinness, bayi yang baru lahir yang paling berat pernah dicatatkan dilahirkan oleh wanita Ohio pada tahun 1879 dengan berat 23.7 paun (10.77kg).

Provokasi: PAS Johor serah memo kepada KPN

15 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 8 Feb: PAS Johor hari ini menyerahkan memorandum kepada Ketua Polis Negara (KPN) di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman berhubung insiden kebakaran rumah Timbalan Pesuruhjayanya, Dzulkefly Ahmad dipercayai cubaan membunuh.

Memorandum tersebut menuntut Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Unit Khas diketuai pegawai kanan Bukit Aman dan melibatkan pakar-pakar tertentu bagi mempercepatkan siasatan dan memantau kes-kes provokasi melampau.

Seorang lagi Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Mazlan Aliman berkata, pihaknya mengalu-alukan tindakan polis Johor menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kejadian tersebut namun pihaknya mahu polis Bukit Aman terlibat sama kerana kejadian itu sangat berbahaya.

"PAS Johor menggesa PDRM menyiasat, memantau dan mengambil tindakan segera berdasarkan peruntukan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang melakukan kejadian sebegini," kata beliau selepas menyerahkan memorandum kepada Supretendan Perhubungan Awam, Norisah Abd Hamid.

Dalam kejadian awal pagi 3 Februari lalu, sebuah kereta BMW milik Dzulkefly serta tingkat bawah rumahnya di Taman Universiti, hangus terbakar.

Beliau juga berkata, memorandum itu bukan sahaja memfokuskan kejadian kebakaran rumah Dzulkefly namun pihaknya turut menyatakan contoh-contoh perbuatan provokasi yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab sebelum ini.

Antaranya gangguan oleh pemuda bermotosikal dalam ceramah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di Labis tahun lalu serta kekacauan dalam ceramah Pakatan Rakyat di Jalan Kebun, Shah Alam Januari lalu.

"Dalam pertemuan tadi, saya nyatakan beberapa perbuatan khianat terhadap pemimpin politik, rumah ibadat dan orang awam yang mencetuskan keadaan tidak aman di antara kaum," kata beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Selain itu, provokasi agama turut berlaku dalam kejadian membakar Gereja Metro Tabenacle di Taman Desa Melawati tahun lalu dan insiden meletakkan kepala babi di beberapa buah masjid sekitar Lembah Klang baru-baru ini.

"Kejadian-kejadian ini dilaporkan kepada polis dan siasatan dijalankan tapi senyap begitu sahaja.

"Sudah sampai masanya PDRM menyemak kembali peranan Unit Risikan PDRM agar lebih efisien dalam mencari bukti dan menjejaki dalang perbuatan ini," katanya.

Tegasnya, PDRM tidak harus terikat dengan mana-mana pihak semasa menjalankan siasatan.

"PDRM jangan tunduk dengan tekanan pemimpin politik tertentu demi menjaga keselamatan negara," katanya.

Sementara itu, ahli jawatankuasa perhubungan PAS Johor, Onn Jaafar melahirkan rasa dukacita dengan kejadian yang menimpa keluarga Dzulkefly.

"Kejadian ini melibatkan nyawa Dr. Dzulkefly dan keluarganya. Bayangkan ada enam nyawa dalam rumah ketika kejadian itu berlaku.

"Apa akan jadi kalau mereka tidak sedar api yang merebak. Ini perkara yang serius dan siasatan yang bersungguh-sungguh amat diperlukan," katanya.

Tambahan pula katanya, beberapa penemuan oleh forensik bomba menggambarkan unsur jenayah terancang terhadap keluarga Dzulkefly.

Sehubungan itu, pihaknya akan turut menyerahkan memrandum kepada polis Johor menuntut kes itu tidak dipandang sepi.

harakahdaily/-

Menyamar jadi penoreh getah

15 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

SUNGAI KOB - Lima anggota polis dari Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Sungai Kob di Ketuai Sarjan Salleh Yaakub terpaksa membuat penyamaran sebagai penoreh getah bagi membolehkan mereka menahan dua lelaki berusia 29 dan 39 tahun di
Ladang Getah Bukit Sedim kira-kira jam 4.30 petang kelmarin, dipercayai terlibat dalam aktiviti mencuri getah beku.

Ketua Polis Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, operasi bermula jam 11 pagi dan berakhir kira-kira jam 5 petang.

Menurutnya, sebelum ini penduduk kampung dan pemilik ladang pokok getah sering membuat aduan di mana getah beku mereka dicuri individu tidak bertanggungjawab.

Bagi memastikan kegiatan kumpulan itu dilumpuhkan, polis membuat pemantauan sejak empat bulan lalu sebelum lokasi terlibat diserbu.

Ketika serbuan dibuat, polis berjaya merampas lebih 100 kilogram getah beku yang diletakkan dalam dua guni berbeza. Selain itu polis turut menemui semula motosikal jenis SYM yang dilaporkan dicuri di Serdang pada 11 Januari lalu.

“Kira-kira jam 4.30 petang empat lelaki yang menunggang dua motosikal berasingan dilihat membawa getah beku di atas motosikal masing-masing.

“Ketika ditahan, berlaku pergelutan dan dua suspek melarikan diri manakala dua lagi berjaya ditahan dan dibawa ke Balai Polis Sungai Kob untuk siasatan lanjut. Ujian saringan air kencing dijalankan terhadap kedua-dua suspek mendapati mereka positif dadah dan ditahan reman,” katanya.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Ghuzlan meminta kerjasama orang ramai supaya memaklumkan sebarang kejadian jenayah yang berlaku di kawasan terlibat kepada polis.

“Jangan mengambil keputusan sendiri dengan menahan atau mencederakan suspek terlibat,” katanya.

sinar harian/-

Kapten kapal Costa Concordia boleh dipenjara 2,500 tahun

15 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Francesco Schettino

ROME: Kapten kapal persiaran mewah Costa Concordia yang karam Januari lalu Francesco Schettino, 52, boleh dijatuhkan hukuman penjara lebih 2,500 tahun jika disabitkan bersalah menyebabkan tragedi itu, meninggalkan kapal dan beberapa kesalahan menyebabkan kematian.

Tempoh hukuman itu dikira oleh akhbar Itali, yang menambah hukuman penjara yang dihadapi Schettino jika disabitkan bersalah atas semua tuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Dia berdepan hukuman penjara lapan tahun bagi setiap seorang daripada 300 penumpang dan krew yang ditinggalkan di atas kapal berkenaan ketika ia karam di perairan pulau Giglio pada malam 13 Januari lalu.

Schettino, dilaporkan melarikan diri dengan bot keselamatan dan menyaksikan usaha menyelamat dijalankan dari pantai. Schettino berdepan tambahan 15 tahun penjara jika disabitkan bersalah menyebabkan kematian dan 10 tahun jika didapati bersalah menyebabkan kemalangan itu.

Seramai 32 orang dikhuatiri mati dalam kemalangan itu, yang berlaku ketika kapal berkenaan belayar terlalu dekat dengan pantai Giglio yang berbatu pada awal pelayaran ke Mediterranean.

Mahkamah di Florence kelmarin mendengar permohonan pendakwa dalam kes memindahkan Schettino, 52, dari dikenakan tahanan dalam rumah ke penjara.

Pendakwa berkata, ada risiko dia cuba melarikan diri atau menjejaskan bukti sebelum perbicaraannya bermula.

Namun, mahkamah turut mendengar hujah peguam Schettino, 52, yang memohon dia dibebaskan dari tahanan dalam rumah di Meta, Sorento dan dikenakan ikat jamin dan menegaskan anak guam tidak akan mengulangi kesilapan.

“Tidak mungkin dia melakukan jenayah lagi kerana buat masa ini mustahil dia diberi arahan mengemudikan kapal. Kami harap mahkamah akan membebaskannya,” kata peguamnya, Salvatore Parascandola.

Mahkamah akan membuat keputusan mengenai perkara itu Khamis. – Agensi

Tubuh Suruhanjaya Diraja siasat Proton rugi RM3.4b

15 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Semalam akhbar New Straits Times melaporkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah berkata bahawa Proton Holdings telah kehilangan sejumlah besar simpanan tunainya dari nilai RM4 bilion kepada jumlah yang begitu rendah sebanyak RM600 juta untuk menampung kerugian syarikat.

Menurut Dr Mahathir, pembuat kereta nasional, Proton telah mengumpul RM4 bilion sepanjang tempoh khidmat Tengku Tan Sri Mahaleel Ariff sebagai CEO, tetapi jumlah tersebut telah menyusut ke paras RM600 juta sewaktu perkhidmatan penggantinya Datuk Mohammed Azlan Hashim.

Dr Mahathir juga menambah bahawa kerugian yang dialami juga disebabkan oleh penjualan MV Augusta kepada sebuah syarikat yang tidak dikenali bernama Gevi SpA pada tahun 2006 dengan harga 1 Euro, sungguhpun Proton telah membelanjakan lebih RM300juta untuk pegangan sebanyak 57%. Berikutan penjualan MV Augusta oleh Proton, BMW telah membayar 93 juta Euro atau RM446 juta pada waktu yang sama untuk pegangan satu pertiga dari MV Augusta.

Harley Davidson pula membeli baki pegangan MV Augusta untuk USD109 juta atau RM 360 juta pada waktu itu. Dalam kata lain, syarikat yang dijual oleh Proton pada harga 1 Euro atau RM4.80, telah dijual semula kepada BMW dan Harley Davidson pada harga berjumlah RM800 juta.

Seperti yang dikatakan oleh Dr Mahathir, kejatuhan Proton adalah disebabkan pengurusan yang lemah.

Oleh yang demikian, DAP menyeru supaya satu Suruhanjaya Siasatan Diraja dibentuk untuk menyiasat salah urus Proton dan kerugian berbilion ringgit yang dialami sepanjang waktu ini, terutamanya kerugian berjumlah RM3.4 bilion dalam bentuk simpanan tunai. Ini adalah satu perkara serius, memandangkan Proton adalah pembuat kereta nasional.

Siasatan haruslah menentukan sama ada kerajaan boleh mengurangkan kerugian dengan menggulung syarikat Proton secepat mungkin, atau mengambil risiko kerugian yang lebih besar seperti yang terjadi dalam perjanjian MV Augusta. Ini adalah satu keputusan yang sangat penting yang mesti dikaji dalam siasatan tersebut kerana rakyat Malaysia pastinya tidak mahu Proton terus kerugian.

Siasatan juga mesti melihat sama ada Khazanah Nasional, badan pelaburan kerajaan Malaysia, mendapat harga yang baik apabila ia menjual pegangan 42.7% dalam Proton kepada DRB-Hicom Bhd. Khazanah telah menjual pegangannya pada harga RM1.3 bilion atau RM5.50 satu saham, iaitu separuh daripada nilai book value Proton iaitu RM9.81 satu saham dan juga nilai asal yang dibayarnya iairu RM8 satu saham. Sekali lagi, ini adalah satu contoh pengendalian buruk kerajaan yang mengakibatkan kerugian kepada pembayar cukai.

Salah seorang individu yang bertanggungjawab membina simpanan tunai Proton sehingga berjumlah RM4 bilion ialah Tengku Tan Sri Mahaleel Ariff. Oleh yang demikian, kami mencadangkan supaya Tengku Tan Sri Mahaleel Ariff menjadi salah seorang ahli panel siasatan memandangkan beliau lebih memahami isu tersebut.

Siasatan itu akhirnya mestilah mencadangkan langkah-langkah yang perlu diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab untuk kerugian yang begitu besar, dan langkah-langkah untuk membendung kerugian pada masa akan datang, terutamanya apabila membabitkan dana awam.

harakahdaily/-

NFC: Lagi aset mewah di Singapura

15 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Seperti yang didedahkan sebelum ini, pengurusan NFC telah menubuhkan beberapa syarikat di Singapura bagi menjalankan perniagaan peribadi milik keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil tetapi dibiayai melalui pemindahan wang yang berasal dari dana rakyat berjumlah RM250 juta yang diberikan kepada NFC.

Sebelum ini, KEADILAN telah mengemukakan bukti bahawa sejumlah S$530,000 (bersamaan RM1.3 juta) telah dipindahkan dari dana NFC kepada Meatworks (Singapore) Pte Ltd bagi tempoh 3 bulan antara Oktober hingga Disember 2010. Saya percaya banyak lagi pemindahan wang seperti ini berlaku untuk membiayai perniagaan milik keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil di Singapura.

KEADILAN juga mengesyaki perniagaan-perniagaan ini digunakan untuk mengumpul harta peribadi di Singapura, termasuklah mendapatkan pinjaman bagi membeli kondominium-kondominium mewah di Singapura.

Pada 17 Januari 2012, saya menerima satu maklumat bahawa keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil mendapat pembiayaan dari Maybank untuk membeli satu kondominium mewah di Singapura. Berdasarkan maklumat ini, saya turut bekerjasama dengan rakyat Malaysia yang berada di Singapura termasuk menggunakan khidmat penyiasat persendirian untuk mengenalpasti unit-unit yang dibeli.

Hasil siasatan mengesahkan bahawa selain dari satu unit kondominium mewah Orchard Scotts, keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil telah membeli dua lagi unit kondominium mewah di Marina Bay Suites, Singapura.

Butir-butirnya adalah seperti berikut:

Alamat

#08-01

Marina Bay Suites

3 Central Boulevard

Singapore 018965

Hakmilik

Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail

Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh

(rujuk muka surat 6, Sijil Hakmilik yang dikeluarkan Singapore Land Authority)

Harga

S$7,114,000 bersamaan RM17,205,209

Tarikh dibeli

27 Mei 2010

Pembiaya

United Overseas Bank Limited (UOB)

Alamat

#11-01

Marina Bay Suites

3 Central Boulevard

Singapore 018965


Hakmilik


Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail

Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh

(rujuk muka surat 6, Sijil Hakmilik yang dikeluarkan Singapore Land Authority)


Harga


S$7,177,000 bersamaan RM17,357,575


Tarikh dibeli


27 Mei 2010


Pembiaya


Malayan Banking Berhad (Maybank)


Kedua-dua unit ini terletak berhampiran dengan sebuah restoran mewah yang dimiliki dan dikendalikan oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil di Singapura, iaitu Brawn Steakhouse.

Kemudahan pembiayaan untuk membeli 2 buah kondominium berjumlah RM34,562,784 dipercayai diluluskan oleh bank-bank terbabit sebagai urusan timbal balik kerana NFC dan syarikat-syarikat berkaitan yang dimiliki oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil mempunyai deposit yang besar di bank-bank tersebut. Deposit tersebut adalah sebahagian dari dana RM250 juta yang diluluskan bagi tujuan operasi Pusat Fidlot Kebangsaan yang gagal mencapai sasaran yang ditetapkan.

Pembelian dua buah kondominium mewah di Singapura ini menjadi satu lagi bukti bagaimana dana RM250 juta telah digunakan bagi tujuan peribadi untuk megumpul harta, sedangkan tujuan asal dana tersebut diberikan tidak dipenuhi.

Persoalan yang lebih besar ialah bagaimanakah keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil mampu menanggung bayaran balik bulanan yang cukup besar. Anggaran saya berdasarkan kadar pinjaman semasa dan tempoh bayaran balik 25 tahun menunjukkan keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil perlu membayar RM173,000 sebulan untuk membiayai pinjaman kedua-dua kondominium tersebut.

Ini menimbulkan risiko besar berlakunya penyelewengan dalam pengurusan dana RM250 juta memandangkan mustahil Dato’ Seri Salleh Ismail dan anak beliau, Wan Shahinur Izran berpendapatan sebegitu tinggi untuk melangsaikan tanggungan hutang bulanan kepada bank-bank terbabit. Ada kemungkinan dana awam berjumlah RM250 juta itu diselewengkan kepada pelbagai syarikat yang dimiliki oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil di Singapura, sebahagiannya untuk menampung bayaran balik pinjaman kondominium yang dibeli.

Dengan pendedahan terbaru ini, jumlah keseluruhan harta peribadi keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil yang ditampung oleh dana awam RM250 juta yang diberikan kepada NFC (baik dibayar secara terus atau melalui urusniaga timbal balik berdasarkan pendepositan dana yang besar) yang telah didedahkan setakat ini adalah seperti berikut:

HARTA

JUMLAH (RM)

2 unit kondominium One Menerong


13,800,000

Mercedes Benz CLS 350 CGI


534,622

2 plot tanah PT1886 & PT1887 Presint 10, Putrajaya


3,363,507

1 unit kondominium Orchard Scotts


9,900,000

2 unit kondominium Marina Bay Suites


34,562,784


JUMLAH


62,160,913


Saya ingin merumuskan pendedahan kali ini dengan mengajukan 3 soalan masing-masing kepada pengurusan NFC, Dato’ Seri Shahrizat Jalil dan Dato’ Seri Najib Tun Razak:


1. Apakah bukti-bukti yang boleh dikemukakan oleh pengurusan NFC bahawa pinjaman-pinjaman yang diambil untuk membiayai 2 unit kondominium mewah di Marina Bay Suites ini tidak ada kena mengena dengan dana awam RM250 juta yang diamanahkan kepada NFC?


2. Beranikah Dato’ Seri Shahrizat Jalil tampil ke hadapan memperincikan pendapatan keseluruhan ahli keluarga beliau sehingga mampu mengumpul harta sedemikian rupa dalam masa 2-3 tahun kebelakangan ini?


3. Apakah Dato’ Seri Najib Tun Razak mempunyai kekuatan moral untuk menentang rasuah dan salahguna kuasa dengan mewajibkan setiap ahli kabinet mengisytiharkan keseluruhan harta yang dipunyai oleh mereka dan ahli keluarga mereka, berikutan pendedahan harta yang dimiliki keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil?


Rakyat akan terus memerhati dan menilai tindakan yang diambil oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak dalam menangani skandal NFC ini. Jalan terbaik untuk menjada kredibiliti kerajaan dan institusi berkuasa seperti SPRM dan PDRM adalah dengan menubuhkan satu Suruhanjaya diRaja secepat mungkin untuk menyiasat skandal ini.

Penulis adalah Pengarah Startegi PKR

K'jaan diminta kawal promosi Hari Valentine

15 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Kementerian Penerangan digesa supaya mengawal promosi sambutan Hari Valentine di media demi menjaga moral masyarakat Islam.

Ketika membuat gesaan tersebut, Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad berkata promosi yang berleluasa pada masa ini menunjukkan "seolah-olah kerajaan juga galak sambutan Hari Valentina."

Katanya, promosi berleluasa itu dibimbangi akan menggalakan orang Islam membuat sambutan dengan melakukan maksiat.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS hari ini, Kamaruzaman menjelaskan bahawa gesaan tersebut tidak bertujuan untuk menyekat sambutan di kalangan bukan Islam.

Satu memorandum berhubung usaha itu akan dikemukakan kepada menteri penerangan, Datuk Seri Rais Yatim pada hari Jumaat.

malaysiakini/-

NFC: Mengapa Najib takut dedah kepada rakyat?

15 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 8 Feb: Sekiranya kerajaan Umno bertanggungjawab, kandungan perjanjian berkaitan dana RM250 juta yang diluluskan bagi tujuan operasi Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) mestilah didedahkan kepada pengetahuan rakyat, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Jika benar seperti yang digambarkan bahawa keluarga (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri) Shahrizat (Abul Jalil) adalah pihak yang bertanggungjawab dan menggunakan dana tersebut untuk tujuan lain dari projek lembu di bawah NFC dan kerajaan Umno tidak bersalah sedikit pun, mengapa tidak didedahkan kandungan perjanjian tersebut?

"Apa yang kerajaan (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) takut sangat?" beliau mempersoalkan.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu mengulangi desakan supaya dinyatakan adakah dana tersebut diluluskan mengikut peraturan kewangan.

"Hari ini kita didedahkan lagi tentang perbuatan menyalahgunakan dana untuk projek lembu itu bagi membeli dua lagi kondominium bernilai RM34.6 juta di Marina Bay.

"Semua itu tidak pelik jika benar dana dikeluarkan sejak 2008 lagi tetapi perjanjian khabarnya hanya dibuat pada bulan Mac 2010.

"Tetapi persoalan terbesarnya, adakah perjanjian tersebut tidak menghalang keluarga Shahrizat yang menerajui projek lembu NFC itu dari menggunakan wang tersebut untuk tujuan lain termasuk membeli kondominium?" tanya Mahfuz.

Persoalan tersebut, tegas beliau, mesti dijawab oleh kerajaan Najib memandangkan pembelian kondominium itu dilaporkan dibuat pada bulan Mei 2010 manakala perjanjian mengenai dana tersebut dikatakan dibuat pada bulan Mac 2010.

"Penting untuk kerajaan Najib menjawab dari akaun mana wang untuk membeli kondominium itu diperolehi?

"Jika wang dikeluarkan dari akaun operasi projek lembu, adakah Jabatan Veterinar memberikan pengesahan untuk mengeluarkan wang membeli kondominium itu?

"Jika bukan dari akaun operasi, dari mana pula wang RM34.6 juta itu? Jika wang lain yang digunakan untuk membeli kondominium demi kondominium, itu tentu lebih menarik lagi," kata Mahfuz.

Beliau mengulangi penekanan, apa pun yang berbangkit dan apa jua perbelanjaan yang dibuat dari wang yang diluluskan bagi tujuan operasi NFC itu, persoalan penting yang mesti dijawab segera oleh kerajaan Najib ialah adakah wang RM250 juta itu diluluskan mengikut peraturan.

"Rakyat sudah mendengar cerita pelik bahawa dana diberikan dahulu dan perjanjian dibuat dua tahun kemudian, perjanjian tidak ada jadual pembayaran, hanya syarikat sahaja yang menjadi penjamin kepada perolehan dana tersebut malah terlalu banyak perkara pelik yang dilaporkan berlaku.

"Amat tidak bertanggungjawab kerajaan Najib terus membisu ketika pendedahan demi pendedahan dibuat," kata Mahfuz.

Hari ini, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendedahkan bahawa keluarga Shahrizat telah membeli dua lagi kondominium bernilai RM34.6 juta di Marina Bay Suites, yang terletak di kawasan mewah Pusat Kewangan Marina Bay, Central Boulevard, Singapura.

Beliau mendakwa, pembiayaan pembelian tersebut dipercayai diluluskan oleh bank-bank terbabit sebagai urusan timbal balik kerana National Feedlot Corporation dan syarikat-syarikat berkaitan yang dimiliki keluarga Shahrizat mempunyai deposit yang besar di bank-bank tersebut, yang didakwanya sebahagian daripada dana RM250 juta yang diluluskan bagi tujuan operasi.

harakahdaily/-

Pas desak Jamil Khir perjelas isu wang Yayasan Taqwa

15 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Pas mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom memberi penjelasan mengenai wang perbelanjaan Yayasan Taqwa RM800,000 yang tidak dicatatkan dalam laporan tahunan 2010 Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Exco Dewan Pemuda Pas Malaysia, Kamaruzaman Mohamad berkata, mengikut laporan tahun 2010 MAIWP, pendapatan Yayasan Taqwa berjumlah RM7.78 juta.

"Perbelanjaan bagi yayasan itu adalah sebanyak RM6.98 juta. Tetapi lebihan jumlah itu iaitu sebanyak RM800,000 tidak dilaporkan. Jadi kami ingin mendesak agar Datuk Seri Jamil menjawab ke manakah wang itu pergi?" kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat Pas, di sini hari ini.

sinar harian/-

Jumlah Korban Runtuhan Kilang Di Pakistan Meningkat Kepada 21 Orang

15 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

LAHORE: Lebih banyak mayat mangsa runtuhan bangunan kilang di sini telah berjaya dikeluarkan oleh pasukan menyelamat menjadikan jumlah kematian akibat kejadian itu kepada 21 orang.

Jumlah itu termasuklah 16 orang wanita dan empat kanak-kanak.

Bangunan tiga tingkat itu yang merupakan kilang mengeluarkan pil haiwan runtuh dipercayai akibat letupan silinder gas Isnin lalu.

Jaber Hussain, salah seorang jurucakap pasukan penyelamat mengesahkan sehingga hari ini mereka telah berjaya mengeluarkan 21 mayat mangsa kebanyakannya wanita.

Pasukan menyelamat juga berjaya membawa keluar 17 mangsa hidup-hidup - iaitu tujuh lelaki, enam wanita dan empat kanak-kanak.

mstar/-

Kanak-kanak 18 bulan maut digilis kereta bapa

15 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 18 bulan maut digilis kereta yang sedang diundur bapanya di rumah mereka di Kampung Dusun, Kuala Lipis petang kelmarin.

Nurfazliyana Jais maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dalam kejadian kira-kira jam 6.05 petang itu.

Ketua Polis Daerah Lipis, Supt Abdul Razak Hassan berkata mangsa sebelum itu dikatakan sedang menikmati bubur bersama adik-beradiknya yang lain, manakala bapanya yang berumur 45 tahun berada di luar rumah untuk menghidupkan enjin kereta sebelum ke kebun.

"Apabila kereta sedang diundurkan, tiba-tiba kanak-kanak itu meluru keluar dari rumah dan pergi ke belakang kereta tanpa disedari bapanya.

"Mangsa dipercayai dilanggar dengan kepalanya terlenyek," kata Abdul Razak ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata kejadian itu disedari ibu mangsa yang berusia 39 tahun yang terdengar bunyi kuat seakan-akan ada benda terhantuk.

Jenazah dihantar ke Hospital Lipis sebelum dibawa pulang untuk dikebumikan.

- Bernama

Himpunan aman bantah pembunuhan rakyat Syria

15 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Satu perhimpunan aman akan diadakan di hadapan Kedutaan Syria di ibunegara Jumaat ini bagi membantah dan mengecam pembunuhan ke atas rakyat negara itu yang semakin meningkat.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata perhimpunan aman itu akan berlangsung selepas solat Jumaat.

Katanya, mereka akan bersolat Jumaat di Masjid Tabung Haji atau masjid berdekatan dan kemudiannya berarak ke Keduataan Syria di Jalan U Thant.

Semalam, kata Nasrudin, enam anggota Majlis Keselamatan Negara Teluk (GCC) telah bertindak mengusir diplomat Syria dan memanggil pulang duta masing-masing di Damsyik ekoran kematian orang awam yang terus meningkat di negara itu.

"GCC dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan turut mengutuk pembunuhan yang dilakukan terhadap rakyat Syria yang tidak bersenjata sejak demonstrasi menentang Presiden Bashar al-Assad tercetus 11 bulan yang lalu.

"Saya menyeru kepada seluruh ahli PAS, NGO dan seluruh rakyat yang prihatin agar keluar beramai-ramai untuk berhimpun menyatakan solidariti kita bersama rakyat Syria yang tertindas," tambahnya.

Himpunan tersebut, kata Nasrudin, akan dipimpin oleh Pimpinan PAS, NGO dan aktivis masyarakat yang prihatin.

malaysiakini/-

2 warga Mynmar maut dalam kemalangan

15 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

IPOH - Dua warga Mynmanr terbunuh apabila motosikal yang mereka naiki merempuh sebuah lori yang diletakkan di tepi jalan di Kolimeter 1.5 Jalan Setiawan-Kg Acheh, Manjung di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Trafik Negeri, Deputi Supritendan Mohamad Roy Hashim berkata, mereka yang terbunuh ialah pembonceng dikenali sebagai Mui Mg Mg, 25, namun penunggangnya belum dikenal pasti kerana tiada identiti ditemui pada mayat mangsa.

Mohamad Roy berkata, kejadian berlaku pada pukul 10.40 malam tadi apabila mereka dikatakan dalam perjalanan dari pekan Sitiawan ke Kampung Acheh merempuh belakang lori yang diletakkan di tepi jalan.

Kedua-dua mangsa yang mengalami cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Manjung untuk bedah siasat, katanya. - BERNAMA

Ketua Pengarah DBP: Awang Sariyan ganti Termuzi

15 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 8 Feb: Dr Awang Sariyan telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang baharu berkuat kuasa 1 Februari lalu.

Beliau menggantikan Datuk Termuzi Abdul Aziz yang telah tamat perkhidmatan sebagai Ketua Pengarah DBP pada 31 Januari yang lalu.

Jawatan tersebut telah disandang oleh beliau sejak 1 Februari 2009.

DBP dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan satu Majlis Serahan Tugas Ketua Pengarah telah diadakan pada 31 Januari yang lalu di Bilik Mesyuarat Tun Perak, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Prof. Datuk Dr. Md. Salleh Yaapar, Naib Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Pengarah-pengarah Jabatan dan juga Ketua-ketua Bahagian DBP.

Biodata ringkas Dr Awang

Prof. Dr. Awang bin Sariyan ialah Penyandang Pertama Kursi Pengajian Melayu Kerajaan Malaysia di Republik Rakyat China, yang berpangkalan di Beijing. Foreign Studies University, Beijing (Januari 2008 – Julai 2011).

Sebelumnya beliau merupakan Pengarah Jabatan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Profesor Bahasa di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putera Malaysia dan Profesor Bahasa di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, selain pernah menjadi tenaga akademik di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, universiti Brunei Darussalam dan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Beliau pernah dua kali menjadi Profesor Tamu di Universiti Frankfurt Jerman dan beberapa kali di Universiti Sumatera Utara, Indonesia.

Beliau turut dilantik menjadi Perunding Seberang Laut Kementerian Pendidikan Singapura sejak tahun 1992 dan telah membentangkan kira-kira 200 syarahan, kertas kerja utama, kertas dasar dan kertas kerja di dalam dan di luar negara (termasuk Australia, Belanda, Brunei Darussalam, Indonesia, Jerman, Kampuchea, Korea Selatan, Perancis, Republik Rakyat China, Singapura, Sri Lanka dan Thailand). Tulisannya meliputi lebih 60 judul buku dan ratusan makalah.

Beliau pernah menjadi Presiden Persatuan Linguistik Malaysia (2000 – 2008), Anggota Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM), Anggota Perwakilan Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) dan Eksekutif Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM).

Antara hadiah dan anugerah yang pernah diperolehnya termasuklah Hadiah Persuratan Sambutan 10 Tahun UKM, Anugerah Khidmat Cemerlang DBP, Hadiah bahasa PLM-Public Bank, hadiah dua Dekad UPM, Anugerah Tinta Kencana (kategori Makalah Ilmiah), Pengiktirafan Siswazah Cemerlang Sambutan 35 tahun UKM dan Kesateria Mangku Negara daripada Yang di-Pertuan Agong.

harakahdaily/-

Pameran 1,000 senjata tradisional Kelantan pada Jun

15 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KOTA BAHARU - Pameran 1,000 senjata tradisional Kelantan anjuran Perbadanan Muzium Negeri Kelantan pada Jun ini bakal dicatatkan dalam Malaysia Book of Records.

Pengarah PMNK Abdul Rahman Abdullah berkata pemeran seminggu itu, yang diadakan dengan kerjasama Persatuan Sejarah dan Seni Warisan Purba Negeri Kelantan (Purba) di Muzium Negeri, dijangka menarik 10,000 pengunjung sempena Tahun Melawat Kelantan 2012.

Bercakap kepada pemberita selepas menutup Pameran Kebudayaan Warisan Cina Kelantan di sini hari ini, beliau berkata pemeran itu adalah antara tujuh program anjuran PMNK sepanjang tahun ini untuk menarik pelancong ke Kelantan.

Antara bahan pameran itu nanti ialah senjata seligi, yang diperbuat daripada batang nibong diruncingkan, untuk dijadikan senjata melawan musuh pada zaman dahulu.

Peminat sejarah dan seni warisan yang memiliki artifak lama juga diminta turut menyertai pameran itu.- Bernama

15,000 penduduk terputus gas memasak

15 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

OSMAN menunjukkan stor simpanan tong gas yang kosong di sebuah premis di Felda Lepar Utara 3, Jerantut semalam.

JERANTUT – Lebih 15,000 penduduk di Gugusan Felda Lepar Utara di sini menghadapi kesukaran untuk memasak selepas bekalan gas memasak di kawasan tersebut terputus sejak tiga bulan lalu.

Masalah itu dipercayai berpunca daripada kekurangan bekalan gas memasak dari depot di Lembah Klang manakala pembekal di bandar lain enggan menghantar gas memasak ke kawasan itu dengan jumlah yang kecil.

Ketua Kampung Felda Lepar Utara 3, Osman Shaari, 46, berkata, senario dialami penduduk di situ bermula sejak tiga bulan lalu dan keadaan semakin kritikal bermula Disember tahun lepas.

“Bekalan gas memasak daripada pembekal di Bandar Tun Razak, Jengka yang terakhir dihantar ke kawasan ini adalah pada awal tahun ini.

“Kita memohon pembekal di bandar Jerantut menghantar bekalan gas memasak tetapi mereka enggan berbuat demikian kerana di luar kawasan operasi mereka,” katanya di sini semalam.

Peneroka Felda Lepar Utara 8, Sulaiman Nayan, 62, pula berkata, masalah bekalan gas memasak terputus turut menjejaskan pendapatan peniaga kedai makanan di kawasan itu.

“Peniaga terpaksa menghentikan operasi mereka berikutan ketiadaan bahan api itu di pasaran,” katanya.

Sementara itu peniaga kedai makan, Fatimah Jaafar, 48, berkata, dia terpaksa berbelanja lebih untuk memperoleh gas memasak di bandar Jerantut yang terletak sejauh 80 kilometer dengan Gugusan Felda Lepar Utara.

“Harga satu tong gas seberat 12 kilogram dijual RM23.50 tetapi ia melambung kepada RM24.70 satu tong akibat kekurangan bekalan dan ia menyusahkan penduduk di sini,” katanya.

kosmo/-

Calon: PAS belum buat keputusan muktamad

15 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 8 Feb: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, PAS belum membuat keputusan muktamad tentang calon-calon yang akan bertanding dalam pilihanraya umum nanti.

Oleh itu, sehingga kini belum putus lagi sama ada Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub akan bertanding di Johor atau kekal di Kelantan.

“Begitu juga soal siapa yang akan menjadi Menteri Besar Johor belum lagi dibincangkan di kalangan Pakatan Rakyat atau di peringkat pimpinan PAS Pusat.

“Ini kerana, soal siapa yang akan menjadi MB Johor hanya diputuskan setelah pilihan raya selesai dan Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya tersebut,” kata Mustafa dalam kenyataannya hari ini.

Sehubungan itu, katanya, pihak media khasnya Sinar Harian tidak sepatutnya membuat spekulasi siapa bakal menjadi MB Johor sebagaimana laporan mereka hari ini.

“Sehingga kini, kita hanya berbincang soal bagaimana mahu memperkuatkan PAS di Johor dalam pilihan raya umum akan datang dan nama Salahudin hanya disebut sebagai salah seorang calon untuk menjadi pemangkin PAS di Johor,” kata beliau.

harakahdaily/-

PKR dakwa keluarga Shahrizat beli dua lagi kondo

15 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini mendedahkan bahawa keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah membeli dua lagi kondominium bernilai RM34.6 juta di Marina Bay Suites, yang terletak di kawasan mewah Pusat Kewangan Marina Bay, Central Boulevard, Singapura.

Katanya, pembiayaan pembelian tersebut dipercayai diluluskan oleh bank-bank terbabit sebagai urusan timbal balik kerana National Feedlot Center dan syarikat-syarikat berkaitan yang dimiliki keluarga Shahrizat mempunyai deposit yang besar di bank-bank tersebut, yang didakwanya sebahagian daripada dana RM250 juta yang diluluskan bagi tujuan operasi Pusat Fidlot Kebangsaan.

Rafizi (dua dari kiri) berkata kondominium berkenaan, yang terletak di tingkat 8 dan 11, didaftarkan di bawah nama suami Shahrizat - Datuk Seri Mohd Salleh Ismail dan anaknya dan pengarah eksekutif NFC, Wan Shahinur Izran Salleh.

"Tingkat 8 telah dibeli melalui pinjaman dari Bank UOB bernilai S$7.114 juta (RM17.205 juta) manakala yang satu lagi - bernilai S$7,177 juta (RM17.357 juta) - adalah dari pinjaman Maybank," katanya.

"Pembelian tersebut dibuat pada bulan Mei 2010," kata Rafizi dalam satu pendedahan terbarunya.

Sebelum ini, didedahkan bahawa keluarga Shahrizat telah membeli kondominium mewah yang lain di Anthony Road Orchard Scotts di Singapura, juga pada tahun 2010.

Rafizi berkata ekoran pendedahan terbaru ini, maka jumlah pembelian yang didakwanya dikaitkan kepada pinjaman NFC, mencecah RM62 juta.

Ini termasuk dua unit di One Menerung, Bangsar, sebuah kereta Mercedes Benz, dua plot tanah di Putrajaya, sebuah kondo di Orchard Scotts dan kini dua lagi kondo di Marina Bay Suite.

malaysiakini/-

PAS Titiwangsa terus berbakti walau tanpa MP

15 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 8 Feb: Komitmen PAS Titiwangsa dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada orang ramai tidak pernah padam walaupun selepas kematian Ahli Parlimennya (MP), Allahyarhamuha Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali pada Julai tahun lalu.

Tanpa wakil rakyat, PAS Titiwangsa dilihat tidak tenggelam dalam mengenengahkan isu-isu penduduk di Parlimen tersebut khususnya isu pemilikan hartanah Kampung Baru yang telah berlarutan sejak bertahun-tahun lalu.

Selepas pemergian Allahyarhamuha Dr. Lo' Lo', Parlimen Titiwangsa dijadikan 'parlimen angkat' oleh tiga Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub.

Mereka bertiga bertanggungjawab memantau perkembangan di Titiwangsa termasuk meneruskan perjuangan Allahyarmuha Dr. Lo' Lo' membawa suara penduduk Kampung Baru ke Dewan Rakyat.

Organisasi PAS Titiwangsa dimantapkan dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa di Kampung Baru dipastikan terus berperanan sebagai tempat rujukan penduduk di parlimen itu.

Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad diamanahkan sebagai Penyelaras Pusat Khidmat Parlimen Titiwangsa, ahli jawatankuasa Lajnah Kebajikan PAS Pusat, Mohd Yusoop Abd Hamid sebagai Pengurus Pusat Khidmat dan di bawahnya ketua pemuda dan muslimat serta setiausaha perhubungan Wilayah Persekutuan.

Menurut Mohd Yusoop atau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Yusoop, Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa di Kampung Baru tidak pernah sunyi menerima kedatangan orang ramai atas pelbagai urusan.

Sehubungan itu, pejabatnya beroperasi seperti biasa dan dijaga oleh petugas tetap setiap hari.

"Pusat khidmat masih beroperasi seperti biasa dan orang ramai datang seperti biasa bagi mendapatkan bantuan seperti mendapatkan pengesahan borang-borang tertentu walaupun tanpa wakil rakyat di sini," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Beliau juga berkata, wakil-wakil di empat zon iaitu Pandan, Dato Keramat, Desa Rejang dan Kampung Baru masih komited dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan termasuk wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS hasil hubungan yang baik dengan Allahyarhamuha Dr. Lo' Lo' dahulu.

"Setiap zon masih aktif dengan program masing-masing malah semakin rancak.

"Wakil bukan Islam pun masih setia bersama PAS dan banyak membantu dalam menyalurkan maklumat mengenai masalah-masalah orang bukan Islam di parlimen ini," katanya.

Tambahnya, PAS Titiwangsa juga meningkatkan fokus terhadap program pendaftaran pemilih dengan membuka kaunter semakan dan pendaftaran pemilih pada setiap hujung minggu secara bergilir-gilir mengikut zon.

Selain itu, PAS Titiwangsa juga menjadikan program Sebersih iaitu pemberian bantuan barang keperluan dapur sebagai program berkala di setiap perumahan awam (PPR) yang kebanyakannya terdiri daripada golongan berpendapatan rendah.

"PAS bekerjasama dengan sebuah NGO menjalankan program Sebersih kepada golongan memerlukan kebanyakannya di PPR.

"Di kawasan Titiwangsa banyak PPR yang perlu diberi perhatian, jadi memerlukan komitmen yang tinggi dari sudut tenaga dan kewangan," katanya.

Isu PPR agenda penting selain Kampung Baru

Cikgu Yusoop berkata, masalah pemilikan PPR masih menjadi masalah utama di kalangan penduduk walaupun isu ini telah berkali-kali dibawa kepada kerajaan.

Kebanyakan penduduk masih menyewa dan tidak mampu memiliki unit sendiri kerana harganya yang tinggi.

(Gambar: Petugas Pusat Khidmat Masyarakat MP Titiwangsa menerima aduan rakyat.)

"Isu Kampung Baru memang PAS ada sekretariat sendiri tanpi selain itu isu PPR masih menjadi masalah utama dan kita sering terima aduan.

"Contohnya di Desa Rejang, penduduk dipindahkan ke PPR dari flat Pekeliling yang kononnya untuk dibangunkan tapi sehingga hari ini masih belum selesai," katanya.

Beliau juga berkata, peniaga di Dato Keramat juga membuat aduan mengenai perniagaan kian merosot setelah berpindah ke Keramat Mall.

Selain tempat yang tidak strategik, DBKL juga mengenakan sewa yang mahal.

"Peniaga barang basah di Keramat Mall mengadu perniagaan mereka bermasalah.

"Tempat tak strategik dan reka bentuknya juga kurang sesuai untuk jualan barang basah seperti ikan dan sayur-sayuran," katanya sambil menambah, peniaga lebih selesa berniaga di Pasar Keramat yang mempunyai kedudukan yang strategik iaitu berhampiran stesen LRT dan masjid.

Perbezaan sebelum dan selepas pemergian Allahyarhamuha Dr. Lo' Lo'

Meskipun PAS Titiwangsa tetap aktif selepas ketiadaan Allahyarhamuha, Cikgu Yusoop tidak menafikan Allahyarhamuha memiliki kelebihan tersendiri yang sukar dicari ganti.

"Memang Allahyarhamah mempunyai sentuhan peribadi yang berbeza dengan masyarakat.

"Sampai sekarang pun orang ramai yang biasa berurusan dengan dia akan cakap mereka rasa kehilangan dan mahukan wakil rakyat seperti itu," katanya.

Tambah beliau, selepas pemergian Allahyarhamuha, PAS Titiwangsa mengalami sedikit kesukaran berurusan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana tiada suara yang kuat.

"Hubungan dengan DBKL susah sikitlah sekarang ini sebab kita tak ada suara yang kuat untuk berbicang dengan DBKL.

"Kalau dulu Allahyarhamah berurusan terus dengan DBKL, kalau nak minta khemah ke peralatan untuk program senanglah," katanya lagi.

Namun begitu katanya, perkara itu bukanlah satu halangan untuk PAS Titiwangsa bekerja kuat bagi mempertahankan kemenangannya pada pilihan raya umum ke-13.

harakahdaily/-

Ferrari RM100 juta

15 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

LONDON: Sebuah kereta Ferrari dijual dengan harga �20 juta (RM100 juta), menjadikannya kereta paling mahal di Britain.

Ia satu daripada 39 model kereta siri 250 GTO yang dibuat dari 1962 hingga 1964.

Kereta berkenaan dipercayai dijual oleh pengumpul kereta Ferrari, Jon Hunt yang membelinya pada 2008 dengan harga �15.7 juta, rekod dunia ketika itu.

Hunt yang mengasaskan agensi hartanah Foxtons sebelum menjualnya dengan harga �370 juta pada 2007, menjual Ferrari buatan 1963 itu pada harga �20.2 juta, mencatatkan keuntungan sebanyak �4.5 juta dalam masa hanya tiga tahun.

Kereta yang bernombor plat 5095 itu dilengkapi enjin V12 dan mampu mencapai kelajuan 287 kilometer sejam.

Harga baru kereta itu pada 1963 ialah �6,000, sama harga dengan sebuah rumah berkembar pada 1960-an. Ferrari 250 GTO itu kini adalah kereta kedua termahal di dunia selepas kereta Bugatti keluaran 1936 yang dijual pada harga �26 juta pada 2010. - Agensi

‘Geliga’ Profesor B

15 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KESAL...Azman dan isteri membuat aduan kepada Dr Izham.

KUALA LUMPUR: Hanya bermodalkan temberang dan dakwaan konon dirinya saintis dalam bidang perubatan menggunakan teknologi nuklear, seorang lelaki licik memperdaya beberapa pengusaha produk kosmetik untuk mendapatkan keuntungan.

Selain mendakwa dia saintis berdaftar dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lelaki itu juga memberitahu di dalam tubuhnya tertanam cip khas menyebabkan dia sentiasa menjadi buruan banyak pihak yang ingin menggunakan kepakarannya.

Berbekalkan semua dakwaan palsu itu, lelaki terbabit yang berusia 60 tahun meyakinkan mangsa untuk membeli secara pukal produk kosmetik yang kononnya dihasilkan daripada formula istimewa ciptaannya.

Akibatnya, seorang daripada mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Azman berkata, dia kerugian RM300,000 selepas bersetuju membeli produk daripada lelaki terbabit yang mereka gelar Profesor B.

Menurutnya, lebih mengejutkan, selepas aduan polis dibuat, Profesor B disahkan memiliki rekod jenayah dan namanya berada dalam senarai individu dikehendaki kerana terbabit kes tipu.

metro/-

Lynas: SLC sokong penuh Himpunan Hijau 26 Feb

15 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUANTAN, 8 Feb: Gabungan Hentikan Lynas (Stop Lynas Coalition – SLC) menyokong penuh seruan Himpunan Hijau 2.0 yang bakal diadakan pada 26 Februari ini pukul 9.30 pagi di Padang MPK 1, berhadapan Masjid Sultan Ahmad Shah, di sini.

Menurut Pengerusi SLC, Andansura Rabu program tersebut mesti disokong memandangkan matlamat Himpunan Hijau 2.0 ialah untuk menggabungkan usaha semua pihak dan pertubuhan yang berjuang untuk kesejahteraan, kelestarian dan keadilan terhadap alam sekitar selaras dengan Piagam Bumi (Earth Charter).

Menurutnya, mengambil kira ancaman serius terhadap alam sekitar yang bakal terhasil jika kilang Lynas beroperasi kelak, sekretariat Himpunan Hijau memutuskan untuk mengadakan Himpunan Hijau 2.0 dengan menjadikan matlamat mendesak penutupan operasi Lynas di Malaysia sebagai perjuangan yang utama Himpunan Hijau buat masa ini.

Justeru itu, katanya SLC amat menghargai sokongan padu dari sekretariat Himpunan Hijau dan akan menggerakkan semua ahli-ahli lebih 20 NGO di bawah gabungannya untuk menjayakan himpunan tersebut.

Menurut sekretariat Himpunan Hijau, Seet Ping masanya sudah tiba untuk segenap lapisan masyarakat di negeri Pahang untuk bangun menyuarakan bantahan mereka demi masa depan anak-anak mereka.

Pandangan beliau dikongsi oleh Clayment Chin yang merupakan aktivis masyarakat dalam isu ini yang mengatakan sudah tiba masanya rakyat mengajar kerajaan yang memerintah agar menghormati hak-hak rakyat dan kemahuan mereka.

Rakyat harus diberikan kebebasan untuk menolak sebarang projek yang bakal mengundang masalah kepada generasi akan datang walaupun tiada kesan pada masa sekarang.

harakahdaily/-

SPR jangka Parlimen bubar awal Mei 2012

15 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Jawatankuasa Pilihan Khas PSC selesai cadangan April

PUTRAJAYA: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memberi bayangan Parlimen mungkin dibubarkan seawal Mei 2012 bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan dalam tempoh 60 hari selepas itu sama ada pada Mei atau Jun.

Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mungkin membubarkan Parlimen dalam masa terdekat kerana Jawatankuasa Pilihan Khas Penambahbaikkan Proses Pilihan Raya (PSC) hanya dijangka selesai mengemukakan semua cadangan ke Dewan Rakyat untuk dilaksanakan SPR pada April depan.

Justeru, Abdul Aziz berkata, beliau berharap Perdana Menteri memberikan tempoh beberapa bulan kepada Ahli Panel SPR berbincang dan melaksanakan penambahbaikan proses pilihan raya seperti dicadangkan oleh PSC.

berita harian/-

Warga emas sesat semalaman di Bukit Larut

15 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Mangsa, Jaswant Singh, 73 dijumpai oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat Taiping pada jam 10 pagi dalam keadaan lemah selepas semalaman terperangkap di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Hasna Rashid berkata, Jaswant telah menghubungi sendiri Balai Bomba dan Penyelamat Taiping setelah menyedari dia tersesat semsa mendaki bukit berkenaan.

“Jaswant telah menghubungi sendiri Balai Bomba dan Penyelamat Taiping ada jam 8.06 malam untuk meminta bantuan setelah gagal menemui jalan keluar daripada kawasan bukit itu.

“Seramai 21 anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian dan operasi mencari telah dimulakan sebaik sahaja pasukan bomba tiba di sana,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Menurut Hasna, operasi mencari terpaksa ditangguhkan seketika berikutan keadaan sekeliling lokasi kejadian semakin gelap dan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

Katanya, operasi disambung kembali pada awal pagi semalam menggunakan bantuan dua anjing pengesan daripada Unit K-9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri.

“Jaswant ditemui di sebuah kawasan yang berjarak tiga kilometer daripada kaki Bukit Larut dalam keadaan lemah dan terpaksa dipapah keluar daripada lokasi berkenaan.

“Kami turut berterima kasih kepada 10 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan 12 anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia yang telah turut membantu operasi,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar menggunakan trek yang telah disediakan untuk mendaki Bukit Larut bagi mengelakkan risiko tersesat dalam kawasan bukit itu.

“Potensi untuk tersesat adalah lebih tinggi jika menggunakan jalan pintas kerana berdasarkan pengalaman saya, kebanyakan mereka yang menggunakan jalan pintas tidak dapat mengecam kawasan sekitar, menyebabkan mereka tersesat,” katanya.

sinar harian/-

Amerika tutup kedutaan di Syria

15 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Perancis, Britain turut panggil pulang duta ekoran pergolakan

WASHINGTON: Amerika Syarikat semalam menutup kedutaannya di Syria dan membawa keluar kakitangannya, termasuk duta Robert Ford berikutan kebimbangan terhadap keselamatan, kata Jabatan Negara semalam.

Pada masa sama, Perancis dan Britain memanggil pulang duta masing-masing berikutan pergolakan di negara itu.

“Amerika Syarikat menangguhkan urusan di kedutaan kami di Damsyik sejak 6 Februari. Duta Ford dan semua kakitangan Amerika Syarikat dibawa pulang ke tanah air,” kata jurucakap Jabatan Negara, Victoria Duland dalam satu kenyataan.

Sekurang-kurangnya 5,400 orang dibunuh dalam operasi selama 11 bulan kerajaan Syria terhadap penunjuk perasaan, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Pihak berkuasa Syria menyalahkan keganasan itu terhadap kumpulan bersenjata dikaitkan dengan Al-Qaeda dan berkata lebih 2,000 askar dan polis dibunuh.

Kenyataan Nuland dibuat ketika tentera Syria melancarkan satu serangan ke atas Homs. Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh sehingga semalam, lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC).

“Keganasan terbaru termasuk pengeboman di Damsyik pada 23 Disember dan 6 Januari meningkatkan kebimbangan bahawa kedutaan kami tidak lagi dilindungi daripada serangan bersenjata,” kata Nuland.

Kerajaan Syria gagal memberi maklum balas sebaiknya terhadap kebimbangan keselamatan Amerika Syarikat itu, katanya.

Jurucakap terbabit berkata, bahawa Ford meninggalkan Damsyik tetapi masih lagi kekal sebagai duta Amerika Syarikat ke Syria dan penduduknya.

“Sebagai wakil presiden, beliau akan meneruskan kerjanya dan bekerjasama dengan penduduk Syria sebagai ketua kepada pasukan Syria kami di Washington,” katanya.

Sementara itu, Perancis memutuskan untuk menarik balik dutanya dari Syria, berikutan pertumpahan darah berterusan menentang kebangkitan menggulingkan pemerintahan Bashar al-Assad.

“Kami memulakan perbincangan dengan rakan kongsi kami di Brussels untuk mengenakan sekatan sekali lagi,” kata Bernard Valero.

Britain turut memanggil semula dutanya ke Syria bagi perbincangan dalam protes berikutan regim meneruskan keganasan terhadap penunjuk perasaan, kata Setiausaha Luar, William Hague.

Dalam satu kenyataan kepada Parlimen selepas Russia dan China mengenakan kuasa veto bagi satu resolusi Majlis Keselamatan PBB, Hague berkata bahawa beliau memanggil semula wakil Syria ke London berikutan situasi bantahan di Syria. – Agensi

GCC usir diplomat Syria, Presiden bentuk draf Perlembagaan baru

15 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

RIYADH 8 Feb. - Enam anggota Majlis Keselamatan Negara Teluk (GCC) semalam bertindak mengusir diplomat Syria dan memanggil pulang duta masing-masing yang berada di Damsyik ekoran kematian orang awam yang terus meningkat di negara itu.

GCC dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan turut mengutuk pembunuhan yang dilakukan terhadap rakyat Syria yang tidak bersenjata sejak demonstrasi menentang Presiden Bashar al-Assad tercetus 11 bulan yang lalu.

Sementara itu, Syria bakal mengadakan pungutan suara untuk melakukan perubahan dalam Perlembagaan, kata Menteri Luar Rusia selepas mengadakan pertemuan dengan al-Assad di Damsyik.

"Presiden (al-Assad) memaklumkan kepada kami mengenai perkara itu selepas beliau berbincang dengan suruhanjaya yang ditugaskan menyediakan draf Perlembagaan baru," katanya. - AFP

Perlukah Perniaga Islam Dapatkan Sijil Halal?

15 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Baru-baru ini pihak Jakim mengeluarkan kenyataan, mulai 1 Jan, tahun 2012, hanya logo halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) saja boleh digunakan dan diiktiraf. Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata “Ini bermakna bahawa premis makanan, hotel dan lain-lain, yang sebelum ini, telah menggunakan logo halal, yang tidak dikeluarkan oleh Jakim, perlu membuat permohonan baru kerana logo yang sedia ada adalah tidak sah selepas 1 Januari 2012."

Ini adalah susulan kepada penguatkuasaan Akta Perihal Dagangan 2011, Akta yang diluluskan oleh Parlimen pada bulan Julai, dan yang akan mula berkuat kuasa pada 1 Nov, pada tahun yang lalu.

Kita ingin mengetahui, adakah pihak Jakim sentiasa memantau premis makanan, hotel dan lain-lain, yang sebelum ini menggunakan logo halal yang tidak dikeluarkan oleh Jakim, perlu membuat permohonan baru kerana logo yang sedia ada, adalah tidak sah selepas 1 Januari.

Adakah logo halal ini juga wajib keatas premis orang Islam yang berniaga makanan dan juga mereka yang menjalankan katering? Kalau syarat ini diperlukan oleh perniaga Islam, maka pihak Jakim perlu mengeluarkan surat arahan kepada semua operator makanan Islam di seluruh negara agar memohon sijil logo halal supaya mereka juga dapat bersaing untuk mendapatkan tender kerajaan.

Untuk mendapatkan sijil halal bagi perniagaan Islam saja memerlukan kos yang agak tinggi dan apakah ini semua perlu bagi perniaga Islam?

Kami ada mendengar rungutan dari operator makanan orang Islam yang mengatakan mereka tidak mendapat tender penyediaan makanan dari pihak kerajaan disebabkan mereka tidak memiliki sijil halal.

Mengapa orang Islam sendiri perlu ada sijil halal, sedangkan ramai umat Islam yakin yang operator makanan orang Islam, sudah semestinya halal tanpa rasa was-was kalau dibandingkan dengan makanan yang disediakan oleh orang bukan Islam.

Untuk mendapatkan sijil halal bagi perniagaan Islam saja memerlukan kos yang agak tinggi dan apakah ini semua perlu bagi perniaga Islam?

“Mengapa ada sesetengah pihak dalam kementerian kerajaan meragui kebersihan dan kehalalan makanan yang disediakan oleh umat Islam sendiri, sedangkan operator makanan orang bukan Islam pula mendapat tender dari kerajaan disebabkan mereka memiliki sijil halal?” rungut mereka lagi.

Adakah dengan mendapat sijil halal, pihak Jakim yakin sepenuhnya selepas itu semuanya makanan tersebut terjamin bersih dan halal? Adakah Jakim sentiasa memantau dan mengadakan pemeriksaan mengejut ke setiap premis makanan dan hotel yang memiliki sijil tersebut?

Inilah persoalan yang perlu diberi perhatian oleh Jakim, agar jangan berlaku, penyelewengan atau penyalahgunaan dalam isu pengeluaran sijil halal.

Kita menyarankan agar pihak Jakim mengeluarkan senarai nama-nama permis / operator makanan bukan Islam yang menggunakan sijil halal (tanda logo yang baru) untuk kemudahan masyarakat Islam.

Harap perkara ini diberi perhatian yang serius oleh pihak yang berwajib, agar kita tidak mudah tertipu dengan sijil halal yang digunakan oleh pihak tertentu yang mengelirukan, semata-mata untuk mendapat keuntungan tanpa memikir pantang larang (halal/haram) dalam agama Islam.

Kita mendesak pihak Jakim agar kerap melakukan pemeriksaan mengejut keatas premis makanan yang telah diberi sijil halal agar mereka ini betul-betul patuh dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Semua ini adalah untuk mengawal serta menjaga keselamatan pengguna dari segi kesihatan dan juga menjaga kebersihan dalam penyediaan makanan untuk semua tanpa mengira bangsa dan agama.

Semoga apa yang kita makan itu halal serta dijamin kebersihan agar kita mendapat makanan yang sihat untuk badan kita.

Jofri Jaraiee

PAS Miri, Sarawak

Bubar parti KITA pandangan peribadi Zaid

15 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Kenyataan akhbar ini bertujuan memperjelas pendirian rasmi parti mengenai saranan Ketua Parti, Datuk Zaid Ibrahim, untuk membubarkan parti, yang telah dilaporkan secara meluas di dalam media.

Parti KITA ditubuhkan bagi mengubah jenis politik di Malaysia kepada sebuah politik yang lebih sesuai demi mewujudkan sebuah masyarakat yang betul-betul demokratik, moden, berpendidikan dan progresif. Parti ini ditubuhkan bagi menyediakan rakyat Malaysia sebuah parti politik alternatif yang menggalakkan prinsip demokrasi,

kesederhanaan, toleransi serta menyediakan langkah-langkah yang berkesan untuk meletakkan Malaysia pada kedudukan yang lebih tinggi di pentas global. Matlamat ini hendak dicapai dengan cara mempromosikan dan menggalakkan dialog yang terbuka, bermakna dan membina yang memfokuskan isu. Parti ini TIDAK MEMBENARKAN taktik kotor dan politik jijik
(gutter politics).

Malangnya, apabila keahlian parti bertambah, ada sesetengahnya yang menyusup masuk menjadi ahli parti dengan satu-satunya agenda mereka iaitu untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang. Walaupun kami mengalu-alukan ahli-ahli yang benar-benar ingin bertanding dalam pilihan raya demi memperjuangkan manifesto dan prinsip parti,

kami tidak akan meletakkan calon-calon yang objektifnya adalah untuk "merosakkan undi", Parti juga tidak akan sekali-kali meletakkan calon yang diperalatkan oleh kumpulan-kumpulan tertentu yang hendak bertanding untuk mencapai matlamat politik mereka. Tindak-tanduk seperti itu adalah keji dan ia bertentangan dengan prinsip parti. Sudah tentu kami tidak akan membenarkan parti diperalatkan seperti itu.

Kenyataan ketua parti Datuk Zaid Ibrahim untuk membubarkan parti merupakan pandangan peribadi beliau dan adalah antara pilihan yang akan dibincangkan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat parti akhir bulan ini. Sekiranya parti boleh dibebaskan daripada serangan anasir-anasir yang tidak diingini dan oleh mereka yang menyusup masuk tanpa perlu membubarkan parti,

maka itu adalah satu pilihan yang akan diberi keutamaan. Akan tetapi jika kepimpinan parti berpendapat bahawa jalan terbaik untuk menghalang parti daripada dijadikan alat atau tunggangan bagi menyalahgunakan proses pilihan raya adalah dengan menutup parti, maka keputusan itulah yang bakal diambil kelak.

Mohamed Mazlan Abdul Manaf,
Ketua Penerangan Pusat Parti KITA

Menitis air mata terima sumbangan Harakah

15 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

MELAKA, 8 Feb: Seorang mangsa kemalangan hampir menitiskan air mata kerana terharu menerima kunjungan dan sumbangan daripada Tabung Kemiskinan Harakah (TKH) di rumahnya di Kampung Bukit Pegoh, Telok Mas, di sini, baru-baru ini.

Ahmad Khir Muhamad, 33, yang mengalami masalah lumpuh sejak 12 tahun lalu disebabkan kecederaan tulang belakang selepas kemalangan jalan raya mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan TKH dan Majlis Tindakan Dun (MTD) Telok Mas.

Menurut Penyelia MTD Telok Mas, Yusof Rahmat sumbangan dan kunjungan itu bertujuan meringankan kesusahan yang dialami mangsa dan sebagai tanda keprihatinan pihak MTD dalam membantu masyarakat setempat.

"Kami mengadakan konvoi bergerak dari rumah ke rumah di sekitar Telok Mas dan menyampaikan barangan keperluan harian serta wang tunai kepada golongan yang kurang bernasib baik dengan kerjasama TKH.

"Bila kita turun sebegini secara tak langsung kita dapat menyampaikan mesej PAS iaitu slogan Negara Berkebajikan dan kita dapat mendengar dengan lebih dekat lagi permasalahan orang kampung," ujarnya.

Beliau turut menyatakan bahawa program tersebut akan dilaksanakan dari masa ke semasa agar nasib golongan yang memerlukan itu terbela dapat dibantu termasuk memanjangkan permasalahan mereka kepada pihak yang bertanggungjawab.

Antara yang turut dikunjungi ialah Kasmani Resat, 77, yang terlantar disebabkan angin ahmar sejak sebulan lalu, manakala isterinya Rubiah Abdullah, 62, terpaksa dipotong sebelah kakinya kerana penyakit kencing manis.

harakahdaily/-