06 February 2012

MIC Mengaku Lemah Di Perak

10 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
Kenyataan Media YB V.Sivakumar , Timbalan Pengerusi DAP Perak, ADUN Tronoh pada 6/2/2012 di Ipoh.

MIC merupakan antara parti politik yang paling lemah dalam komponen Barisan Nasional di negeri Perak. Dalam PRU 12, MIC telah bertanding 4 kerusi di DUN negeri Perak iaitu Pasir Panjang, Behrang , Hutan Melintang dan Sungkai. Di kerusi Pasir Panjang MIC dikalahkan oleh DS Nizar daripada PAS yang kemudiannya dilantik menjadi Menteri Besar negeri Perak. Manakala calon-calon MIC yang bertanding di DUN Behrang dan Hutan Melintang pula tewas kepada PKR. Begitu juga calon MIC di Sungkai dikalahkan oleh calan daripada DAP. Ini bermaksud MIC telah tumbang 100% dalam pilihanraya DUN negeri Perak pada 8 Mac 2008.

Manakala MIC juga bertanding 2 kerusi Parlimen di Perak iaitu Sungai Siput dan Tapah. Pertama kali MIC dijatuhkan di Parlimen Sungai Siput oleh calon PSM Dr Jayakumar yang bertanding di atas tiket PKR. Kekalahan Persiden MIC Dato Seri S.Samy Vellu di Sungai Siput telah membuktikan bahawa MIC ditolak sama sekali oleh rakyat negeri Perak. MIC hanya berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Tapah kerana mempunyai undi orang asal yang sangat signifikan di kawasan itu. Dalam kata lain, hanya seorang wakil MIC sahaja di Perak yang berjaya dipilih masuk ke Parlimen.

Kekalahan MIC di negeri Perak adalah akibat keangkuhan pemimpin-pemimpin yang sentiasa mempunyai rekod kemenangan 100% dalam pilihanraya-pilihanraya sebelum itu. MIC Perak gagal memperjuangakan hak orang-orang India di Perak. Mereka memperdayakan orang-orang India dengan pelbagai janji kosong semata-mata untuk mendapatkan sokongan di piliharaya. Rakyat Perak sudah muak dengan janji-janji ini dan akhirnya membuat keputusan untuk mengalahkan semua calaon-calon MIC dalam PRU 12. Ini membuktikan bahawa rakyat Perak bijak dan berani untuk membuat perubahan ini.

Tetapi, Kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang dipilih oleh Rakyat telah dirampas oleh Barisan Nasional selepas 11 bulan pemerintahannya. Selepas itu, Barisan Nasional menubuhkan kerajaan haram melalui ‘pintu belakang’. Kerajaan haram itu tidak mempunyai wakil rakyat India. Oleh yang demikian, tidak ada wakil orang India dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak. Banyak juga usaha dilakukan oleh Barisan Nasional untuk membeli wakil rakyat kaum India daripada Pakatan Rakyat. Setelah semua usaha itu gagal, maka Barisan Nasional telah melantik Dato Veerasingam yang mengetuai MIC negeri Perak untuk menjawat jawatan Penasihat kepada Menteri Besar Perak berhubung dengan hal-ehwal orang-orang India.

Selepas 3 tahun merampas kuasa, Barisan Nasional sedar bahawa MIC tidak mempunyai pimpinan yang berkemampuan untuk menyelesaikan masalah kaum India di Perak. Selama 3 tahun pemimpin MIC tidak dapat menguasai pengundi-pengundi India. Mereka hanya memberi sumbagan wang kepada Kuil, sekolah dan NGO. Selain daripada itu, MIC gagal menaikkan status sosio-ekonomi kaum India di Negeri Perak. Kelemahan MIC diakui oleh Barisan Nasional apabila Dato Seri Palanivel menggantikan Dato Veeerasingam sebagai Ketua MIC Negeri Perak semalam. Tindakan ini diambil serta-merta oleh pucuk pimpinan MIC kerana MIC Perak gagal membuktikan apa-apa kecemerlangan dalam tempoh 3 tahun yang lepas.

Walaupun perlantikan Dato Seri Palanivel akan memecah belahkan lagi MIC negeri Perak tetapi parti itu terdesak mengambil keputusan tersebut. Pada pandangan saya MIC terperangkap dalam jerat politik perkauman kerana jika ‘ditelan mati emak, diluah mati bapa’.

Perlantikan Dato Seri Palanivel untuk mengetuai MIC Perak adalah satu tindakan yang lambat, nasi sudah menjadi bubur. Pada hemat saya, perlantikan ini adalah satu gimik politik untuk menipu orang India dengan mengatakan bahawa MIC Perak mempunyai pemimpin baru yang akan membawa harapan baru. Ini merupakan taktik kotor Barisan Nasional untuk meraih undi orang-orang India di negeri Perak. Dato Seri Palanivel sudah pasti akan turun padang untuk menaburkan banyak janji-janji kosong kepada kaum India di negeri Perak. Seperti biasa Dato Seri Palanivel dan pemimpin-pemimpin MIC yang bermula dengan ungkapan “Kalau BN menang, kita akan…..” Rakyat Perak harus bersedia untuk mendengar semua janji-janji kosong mulai hari ini daripada pimpinan MIC negeri Perak.

Saya mencabar pimpinan MIC Perak supaya jangan hanya memberi janji kosong pilihanraya. Kalau benar mereka memperjuangkan hak orang-orang India, buat segala yang mungkin sebelum pilihanraya. Lima puluh tahun rakyat Malaysia sudah muak dengan janji pilihanraya MIC yang sudah lama basi.

Gempa kuat di tengah Filipina, seorang maut

13 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

MANILA: Gempa kuat berukuran 6.8 magnitud melanda tengah Filipina awal hari ini dengan seorang kanak-kanak terkorban manakala amaran tsunami tempatan dikeluarkan.

Institut Gunung Berapi dan Seismologi Filipina mengeluarkan amaran tsunami berkenaan dengan ombak mencecah sehingga satu meter. Bagaimanapun, Pusat Amaran Tsunami Pasifik tidak mengeluarkan sebarang amaran.

Pusat Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS) mengesahkan gempa berlaku di 72 kilometer di utara Bandar Dumaguete di Pulau Negros di tengah Filipina.

Orang ramai dilaporkan bergegas keluar dari bangunan sekolah, pusat beli-belah dan pejabat kerana panik akibat gegaran kuat itu.

Kanak-kanak yang maut itu dilaporkan akibat terkena dinding konkrit apabila rumahnya runtuh di pekan Taysan di Wilayah Negros.

Gempa itu juga dapat dirasai di Bandaraya Cebu, bandar raya kedua terbesar di Filipina dengan gegaran berlanjutan selama 30 saat. - AP

Sultan Kelantan lawat mangsa tembak

13 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU: Seorang suri rumah yang menjadi mangsa tembakan oleh perompak di Kampung Slow Machang, Pasir Mas, minggu lalu, melahirkan rasa teruja kerana nasib malang yang menimpanya mendapat perhatian Sultan Kelantan Sultan Mohammad V, yang melawatnya, di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), di sini hari ini.

Che Hasmah Awang, 50, menganggapkan keberangkatan Sultan Kelantan itu menyuntik semangatnya untuk pulih daripada dihantui trauma berikutan kejadian rompakan di rumahnya pada jam 5 pagi, 30 Januari lalu.

"Saya amat bersyukur kerana selain menerima sumbangan, saya juga dapat bertemu dan bercakap secara dekat dengan baginda Sultan yang tidak pernah saya impikan sebelum ini.

"Inilah apa yang dikatakan orang, Sultan berjiwa rakyat," katanya sambil menyifatkan berpuas hati kerana dapat berbual mesra dengan baginda Sultan walaupun sekejap. - BERNAMA

OIC kesal resolusi Syria diveto

13 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
ORANG ramai melihat mangsa-mangsa yang mati akibat serangan tentera Syria di wilayah Homs kelmarin.


JEDDAH - Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) semalam menyatakan ia berasa amat kesal dengan tindakan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang gagal mencapai kata sepakat untuk mengutuk tindakan memerangi para penunjuk perasaan oleh tentera Syria.

Menurut OIC dalam satu kenyataan, ia berasa amat kesal selepas Rusia dan China menggunakan kuasa veto berhubung draf resolusi Syria di PBB kelmarin.

Pertubuhan itu juga memberi amaran bahawa perang saudara akan berlaku di Syria.

Ekoran itu, ia mendesak pemerintah Syria untuk menumpukan terhadap satu penyelesaikan politik dan mempromosikan pembaharuan seperti dijanjikan.

Rusia yang merupakan sekutu Syria dan China melakukan veto terhadap resolusi Majlis Keselamatan PBB berhubung tindakan ketenteraan di Syria yang menyebabkan para penunjuk perasaan yang menentang kepimpinan Presiden Bashar Al-Assad mati.

Kebangkitan penduduk Syria itu bermula pada tahun lalu selepas kejayaan penduduk Tunisia dan Mesir melakukan tunjuk perasaan sehingga kedua-dua presiden di negara tersebut meletakkan jawatan.

Di wilayah Homs, seramai 230 penduduk dilaporkan mati dalam tindakan ketenteraan itu yang bermula pada Jumaat lalu.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton juga marah dengan tindakan China dan Rusia yang tidak menyokong resolusi supaya Bashar meletakkan jawatan.

Sementara itu, Majlis Kebangsaan Syria yang menentang kepimpinan Bashar menyatakan, pihaknya mengambil kawalan Kedutaan Syria di Tripoli kelmarin tanpa sebarang tentangan.

Tunisia juga dilaporkan akan mengusir duta Syria dan tidak akan mengiktiraf rejim Bashar selepas keganasan yang berlaku di wilayah Homs. - Agensi


Presiden Mesir: Ikhwan tidak calon pemimpinnya

13 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 6 Feb: Ikwan Muslimin Mesir tidak sekali-kali akan mencalonkan pemimpinnya untuk menjadi presiden baru di negara itu pada pemilihan presiden Jun ini.

Sebaliknya, pertubuhan tersebut tidak akan menyokong jika ada di antara pemimpin dan ahli-ahlinya dicalonkan bagi memegang jawatan presiden.

Naib Mursyidul Am Ikhwan Muslimin Mesir, Dr Gomaa Ameen menjelaskan, mengikut peraturan di negara itu, presiden yang akan dipilih nanti bukanlah dari parti yang menang dalam pilihanraya Parlimen.

Namun, menurutnya, sekiranya terdapat juga pencalonan dari kalangan pemimpin dan ahli-ahli Ikhwan untuk jawatan presiden nanti, tindakan itu tidak pula dihalang oleh Ikhwan.

Katanya, sungguhpun begitu, pencalonan itu bukanlah atas nama Ikhwan, malah tiada sebarang kaitan dengan pertubuhan tersebut.

"Bagi Ikhwan Muslimin, itu semua bergantung kepada ketetapan yang dibuat oleh Majlis Syura', manakala ketetapan yang telah dibuat pula tidak akan mencalonkan pemimpin atau ahli Ikhwan untuk menjadi presiden," katanya pada temubual eksklusif Harakahdaily dan Harakah cetak dengan beliau, di sini, malam kelmarin.

Sepanjang Mesir berada di bawah pemerintahan kuku besi regim Hosni Mubarak, Ikhwan Muslimin dihalang dari terlibat dengan politik.

Bagaimanapun, setelah regim Hosni dijatuhkan oleh rakyat menerusi revolusi rakyat di Dataran Taharin pada 25 Januari tahun lalu dan pilihanraya Parlimen pertama diadakan, parti-parti beraliran Islam telah berjaya mencapai kemenangan dan menguasai dua pertiga kerusi Parlimen negara itu.

Keputusan akhir pilihanraya itu yang diumumkan pada 21 Januari lalu menyaksikan Ikhwan Muslimin menerusi partinya, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) mencapai kemenangan besar dengan meraih 47.18 peratus undi.

Dengan perolehan yang menepati ramalan pelbagai pihak tetapi turut mengejutkan sesetengah pihak itu, Suruhanjaya Pilihanraya Mesir pada 21 Januari lalu mengumumkan, FJP akan menguasai 235 kerusi di Majlis Rakyat (Parlimen).

Tempat kedua diduduki oleh kubu konservatif, Parti Salafi al Nur dengan 25 peratus undi atau 121 kerusi, sementara parti beraliran liberal, Parti Wafd meraih 36 kerusi dan parti sekular, Koalisi Mesir memiliki 33 kerusi.

Media melaporkan, Pengarah Suruhanjaya Pilihanraya Mesir, Abdul Moez Ibrahim ketika mengumumkan keputusan itu menjelaskan, jumlah pengundi yang keluar mengundi sebanyak 54 peratus.

Dengan keputusan itu juga, FJP telah memutuskan untuk melantik seorang ahli politik kanannya, Saad al-Katatni sebagai ketua (speaker) Majlis Rakyat.

Menurut Gomaa, penglibatan Ikhwan dalam politik di Mesir bukanlah untuk merebut jawatan presiden, tetapi untuk menguasai Parlimen bagi membolehkan pihaknya memainkan peranan dalam penggubalan undang-undang yang selaras dengan kehendak Islam.

Katanya, meskipun parti-parti Islam lain bukanlah satu 'kapal' dengan Ikhwan, tetapi hubungan Ikhwan dengan parti-parti itu amat baik.

"Kesemua parti dan keseluruhan rakyat Mesir sendiri mempunyai tujuan yang sama, iaitu ingin menjatuhkan pemerintahan regim Hosni Mubarak bagi melakukan perubahan di Mesir," jelasnya.

Setelah berjaya menguasai Parlimen, tambahnya, Ikhwan Muslimin akan berusaha merealisasikan dasar-dasar perjuangannya dengan melaksanakan sistem perundangan Islam di Mesir.

Pada pertemuan yang turut dihadiri Mohd Faiz Nawi dari Lajnah Antarabangsa PAS Pusat dan Wartawan Kanan Harakah cetak, Zainuddin Hashim yang turut berperanan sebagai penterjemah itu, beliau menjelaskan, walaupun begitu, Ikhwan Muslimin tetap tidak dapat mengelak dari menghadapi cabaran dan halangan bagi melaksanakan undang-undang Islam di negara itu.

"Cabaran dan halangan untuk melaksanakan undang-undang Islam itu memang tetap ada dan itu semua sudah menjadi perkara biasa dalam perjuangan Islam.

"Perkara penting bagi Ikhwan, sekarang Ikhwan Muslimin dan perjuangannya telah diterima oleh rakyat Mesir. Jadi untuk melaksanakan perkara itu mestilah dibuat secara berperingkat-peringkat," tegasnya.

Peringkat pertama yang akan dilakukan oleh pihaknya dengan mendidik rakyat agar memahami undang-undang Islam menerusi proses tarbiyah yang akan dilaksanakan secara berterusan.


3 tahun tragedi hitam, kembalikan Perak kepada PR

13 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
Johari Jaafar, 06 Feb 2012

IPOH, 6 Feb: Hari ini genap 3 tahun peristiwa hitam menyelubungi Negeri Perak dengan`matinya' demokrasi apabila berlakunya 'rampasan kuasa' di negeri ini yang dilakukan oleh Umno BN.

Demokrasi yang dirobekkan oleh Umno BN di Perak telah membawa kepada sejarah hitam demokrasi menyebabkan Kerajaan Pakatan Rakyat digulingkan secara 'jahat' oleh Umno BN.

Demikian ditegaskan oleh Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming pada satu perhimpunan aman mengingati tragedi hitam tiga tahun yang diadakan di bawah 'pokok demokrasi' di sini, pagi tadi.

Pemimpin PAS, DAP dan PKR bersama ahli-ahli dan penyokong dengan berpakaian serba hitam berkumpul di sini untuk mengingati musnahnya demokrasi di negeri ini kerana perbuatan jahat Umno BN taga tahun yang lalu.

Pimpinan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin, Datuk Ngeh Kor Ham, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bajkar Hussein dan Naib Presiden PKR, Dr Lee Boon Chai telah berucap dengan nada penuh semangat meminta rakyat mengembalikan hak-hak yang dirampas oleh BN tiuga tahun yang lalu dengan memberi mandat sekali lagi kepada Pakatan Rakyat menerajui pemerintahan di negeri ini pada PRU13 nanti.

"Di sini kita berhimpun untuk sama-sama bersatu hati bagi mengembalikan hak rakyat, bekerja semakmima mungkin menumbangkan BN sekali lagi di negeri ini bagi kita wujudkan satu pemerintahan yang lebih adil melalui Pakatan Rakyat," ujar Ustaz Abu Bakar Hussein.

Pada himmpunan itu pimpinan kanan Pakatan Rakyat negeri, Mohamad Nizar, Ngeh Ko Ham, Lee Boon Chai, V Sivakumar dan Ustaz Abu Bakar melepaskan 300 belon hitam ke udara sebagai simbolik kepada rampasan kuasa bagi satu permerintahan yang baik dan adil bersama Pakatan Rakyat.

Gempa bumi 6.5 magnitud gegar Kepulauan Vanuatu

13 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

HONG KONG: Gempa bumi berukuran 6.5 magnitud menggegarkan Republik Vanuatu, dekat Lautan Pasifik Selatan semalam tetapi tiada laporan tsunami dikeluarkan.

Gempa bumi pada kira-kira jam 4.40 petang waktu tempatan itu dirasai kira-kira 81 kilometer barat daya ibu negara Vanuatu, Port Vila.

Bencana dengan kedalaman kira-kira empat kilometer itu dikesan oleh Kajian Geologi Amerika Syarikat selepas bacaan dicatatkan melepasi 6.0 pada skala Richter. - AFP

Gempa bumi 6.5 magnitud gegar Kepulauan Vanuatu

13 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

HONG KONG: Gempa bumi berukuran 6.5 magnitud menggegarkan Republik Vanuatu, dekat Lautan Pasifik Selatan semalam tetapi tiada laporan tsunami dikeluarkan.

Gempa bumi pada kira-kira jam 4.40 petang waktu tempatan itu dirasai kira-kira 81 kilometer barat daya ibu negara Vanuatu, Port Vila.

Bencana dengan kedalaman kira-kira empat kilometer itu dikesan oleh Kajian Geologi Amerika Syarikat selepas bacaan dicatatkan melepasi 6.0 pada skala Richter. - AFP

17 terkorban, 13 diselamatkan selepas bot bawa pendatang terbalik

13 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

SABANA DE LA MAR: Pasukan penyelamat menemui 17 mayat dan berjaya menyelamatkan 13 orang selepas bot yang sarat dengan pendatang terbaik dari Republik Dominican terbalik, kata pegawai semalam.

Pengarah Risikan Tentera Laut Dominican, Luis Castro, berkata mayat 12 lelaki dan lima wanita itu ditemui ketika laut bergelora.

Kapten bot yang membawa pendatang itu ditahan dan disoal siasat oleh penyiasat.

Jumlah pendatang yang terkorban dijangka meningkat kerana penyelamat yang menggunakan dua bot tentera dan kapal pemadam kebakaran serta nelayan tempatan masih mencari kira-kira 40 orang yang berada dalam bot berkenaan ketika kejadian awal pagi kelmarin ketika dalam perjalanan ke Puerto Rico sebelum terbalik. - AP

Angka kematian akibat cuaca sejuk di Eropah melepasi 300 orang

13 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KIEV: Angka kematian akibat cuaca sejuk yang mencengkam Eropah lebih seminggu lalu kini melepasi 300 orang selepas ia mencetuskan kekecohan di serata benua itu semalam pada ketika perkhidmatan kecemasan bertungkus lumus bekerja dan jadual penerbangan dibatalkan.

Jumlah golongan gelandangan yang menderita apabila ramai yang kesejukan di rumah transit dan ada yang mati dalam pangsapuri yang tiada alat pemanas, laluan menyelamatkan diri daripada kebakaran atau tempat berlindung sementara di tepi jalan.

Pihak berkuasa Perancis semalam menemui mayat lelaki gelandangan yang mati kesejukan menjadikan jumlah kematian kepada 306 orang di seluruh benua berkenaan. - AFP

Ratu Elizabeth II rai ulang tahun ke-60 di atas takhta

13 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KING’S LYNN: Ratu Elizabeth II meraikan ulang tahun ke-60 menduduki takhta England hari ini dengan program sederhana termasuk lawatan ke timur negara itu sepanjang perancangan lima bulan majlis jubli emasnya.

Ratu itu akan melawat bandar King's Lynn dan kemudiannya ke sekolah berdekatan, kira-kira enam dekad sejak baginda mengambilalih takhta selepas bapanya, Raja George VI meninggal dunia secara tiba-tiba pada 6 Februari 1952.

Ketika kunjungan diraja ke Norfolk pula, beberapa acara turut diadakan seperti konvoi 1,000 bot belayar di Sungai Thames pada 3 Jun nanti diketuai Ratu Elizabeth menaiki bot yang dipenuhi bunga-bungaan. - AFP

3 perkara yang memungkinkan tambahan sokongan Orang Muda

13 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
Oleh Annuar Kamaruddin

PRU 13 bakal bergegar dalam masa tak lama. Berita-berita angin dan ribut menyatakan tahun ini juga. Antara Jun dan Disember. Masing-masing BN dan PR perhebatkan jentera. Masa ni BN Umno tak ragu undi orang tua. Yang karat dan ketegar tentu undi depa.

Masalahnya nak pikat orang muda. Sebab orang mudalah sebenarnya kuasa ketiga. Yang atas pagar, biasanya ikut angin semasa. Kalau tak hati-hati, isu saman pun boleh buat parti yang bertanding sengsara. Tambah-tambah la ni PR pun ada kerajaan juga. Silap-silap terlalu jaga kerajaan, undi jadi mangsa.

Apa yang orang muda suka. Banyak juga yang nak minta. Tapi kali ini nak bagitau tiga saja.

Orang muda tak berapa faham kalau janji-janji pilihan raya sebut dasar-dasar saja. Contoh kata nak bantu orang muda. Bantu macam mana. Janji kena terang dan nyata. Kena kata begini caranya. Kalau PR menang dan tawan Putrajaya, kerajaan baru PR akan bagi budak-budak tingkatan enam otomatik habis periksa terus boleh masuk universiti jadi mahasiswa. STPM tu jadi syarat untuk tentukan bidang dan jurusan saja. Bukan tiket masuk universiti pilihan depa. La ni tingkatan enam kata Pra U tapi layan macam budak sekolah saja. Layanlah macam calon mahasiswa, Cepat masuk U cepat tamat, cepat dapat kerja. Cepat kawin cepat mak bapak dapat tayang cucu sini sana. Mak bapak depa tentu suka. Nak undi BN lagi buat apa. Baik undi PR boleh hantar anak masuk universiti dengan bangga. Bab yuran dan lain-lain tu boleh rujuk buku jingga.

Yang kedua orang muda-muda bila nak kemana-mana selalu nak sampai dulu. Itu sebab kalau naik mutu jadi laju. Nanti kerajaan PR yang baru boleh upgrade kami punya lesen mutu. Lesen P dua tahun tu kami setuju. Lepas lima tahun lesen B2 jadi B1. Kalau ada yang kena tangkap pasai dok rempit hilir ke kulu, denda 24 bulan lepas lima tahun kena tunggu kalau nak upgrade ke B1. Barulah budak-budak muda jadi warganegara yang bermutu. Tak mau buat pasal nanti rekod lesen rugi lagu tu. Lepas tu lima tahun lagi kalau rekod bersih lesen B2 terus upgrade ke Bfull lala tu. Orang Kelantan kata buleh selalu.

Yang ketiga pula, orang-orang muda ni minda terbuka. Kalau dapat TV dunia hati mesti gembira. Boleh tengok berita dunia sini sana. Kerajaan BN la ni tak mau rakyat tau hal dunia di luar sana. Sebab tu kerajaan PR kena janji terang dan nyata, Kalau menang boleh pakai TV parabola. TV parabola ni sebenar TV satelit saja. Senang dapat siaran TV mana-mana saja di dunia. Semua negara la ni siaran TV boleh pakai parabola. Bangladesh yang orang kata miskin pun siaran TV dia pakai parabola. Ni kita mengaku taraf dunia, siaran TV buat meniaga. TV kerajaan pancar dari bukit saja. Satu perkara yang perlu bagi tau rakyat supaya jangan salah sangka. TV satelit ni untuk dapat siaran TV kerajaan saja. Bukan hiburan macam Astro yang orang dok suka. Rancangan siaran TV kerajaan ni yang semua orang boleh tengok sebab untuk semua. Orang dok ingat kalau parabola mesti ada siaran yang tak kena dan untuk dewasa saja. Itu cuma anggapan saja sebab selama ini kerajaan BN dok sorok dan sembunyi perkara yang sebenarnya. Kalau yang otak kotor tu memang anggap TV parabola boleh rosakkan akhlak dan minda. Yang sebenarnya yang tak elok tu yang kena bayar. Macam Astro punya la.
-----------------------------
Tulisan diatas adalah pandangan penulis yang dilulus terbit oleh blog cina islam dan ianya adalah pandangan peribadi penulis.