20 January 2012

Drs. Khalil Idham Lim : Duta Pen Digital Al Quran


26 Safar 1433H. [MOD] -

PARIT BUNTAR, 20 Jan :- Mulai hari ini Drs. Khalil Idham Lim dan blog Cina Islam akan menjadi Duta kepada Program jualan Digital Al Quran yang sedang hangat diperkatakan di pasaran Umat Islam di seluruh dunia khususnya di Malaysia.

Program ini bermula dengan pelancaran rasmi Website rasmi Pen Digital Al Quran . Ianya dapat dilayari pada http://digitalaq.blogspot.com/

Pelancaran pada hari ini cuma melibatkan sebuah model terkini yang menjadi pilihan ramai untuk pelbagai kegunaan termasuklah sebagai hantaran perkhawinan.

Berikutnya terdapat beberapa program yang berterusan termasuklah mencari pasaran keluar negara khususnya di Indonesia dalam masa yang terdekat.

Selain itu kami akan mengadakan promosi jualan terkini dengan 6 model terbaru dengan Pakej Istemewa yang akan dilancarkan tidak lebih sebulan dari sekarang.

Team blog Cina Islam semasa dihubungi menyatakan keyakinan kepada perlantikan tersebut disebabkan pengalaman selama 5 tahun Drs. Khalil berada di China iaitu Pengeluar Pen Digital Al Quran .

Dengan Program ini kami berkeyakinan untuk mensasarkan jualan sehingga mencecah sekurang-kurangnnya 1000 unit dalam bulan pertama jualan.

Pembacaan Al Quran & Muqaddam Melalui Pen Digital
ADA KELULUSAN KDN (KEMENTERIAN DALAM NEGERI)

MEMPUNYAI TERJEMAHAN DALAM BAHASA MELAYU. Sangat Sesuai Untuk :
  1. Semua umat Islam
  2. Semua peringkat umur
  3. Mudah digunakan dan dikendalikan
  4. Sesuai untuk kegunaan sendiri atau sebagai hadiah
  1. Cara Penggunaan :
- Hanya dengan menyentuh ayat, pen akan membacakan ayat2 Al-Quran yang dibacakan oleh qari yang terkenal.

Spesifikasi Produk :
  1. Utmanic fond
  2. Boleh memilih qari
  3. Build in speaker dan earphone
  4. Pembacaan hanya dengan menyentuh ayat-ayat
  5. Pembacaan hanya dengan menyentuh Surah-Surah
  6. Repeat feature
  7. Forward & Rewind feature
  8. Terjemahan dalam Bahasa Melayu
  9. Pelbagai koleksi Doa Harian
Aksesori Lengkap Dalam Satu Kotak :

  1. Kitab Al Quran
  2. Muqaddam
  3. Pen Reader
  4. Earphone
  5. Set Charger/USB
  6. Kamus Perbualan Harian (14 Bahasa utama)
  7. Sahih Al Bukhari
  8. Kad Manual

Harga Promosi : RM500.00
BELI SATU PERCUMA SATU
Kos Penghantaran PERCUMA ke seluruh Malaysia.

Kepada yang berminat memiliki naskhah Al-Quran bersama Pen Digital, sila hubungi saya
samada melalui EMAIL, SMS atau BERHUBUNG TERUS KE :

Email : digitalaq@yahoo.com.my
Hotline : 016 4951221
Fax : 05-7165382

MB: Pupuk Persaudaraan Dan Hormati Kepelbagaian

26 Safar 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM 20 Jan: Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam perutusan sempena Tahun Baharu Cina berharap rakyat berusaha lebih gigih untuk menambahbaik segenap aspek kehidupan sebagai individu, keluarga, masyarakat dan negara.

Abdul Khalid juga berkata sambutan Tahun Baharu Cina diharap akan mengukuhkan persaudaraan sesama manusia dan mengenali realiti kepelbagaian bagi membolehkan keunikan hidup bermasyarakat terpelihara.

"Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina kepada seluruh masyarakat Cina khususnya di Negeri Selangor, sempena Tahun Naga yang dikatakan membawa manfaat kepada semua.

"Semoga dengan itu kita semua akan dapat menikmati manfaat yang banyak, keunikan budaya kaum Cina ini mestilah dihormati sebagai sebahagian daripada ciri Malaysia," kata Abdul Khalid.

Sempena menyambut perayaan ini juga, Abdul Khalid mengingatkan rakyat agar memastikan aspek keselamatan ketika meninggalkan rumah atau semasa memandu pulang ke kampung.

Beliau juga menjemput rakyat untuk bersama dalam sambutan tahun baharu Cina peringkat negeri yang akan diadakan di Jalan Maxwell, Rawang pada 4 Februari 2012 ini bermula pada 6 petang sehingga 10 malam.

tv news/-

300 pesakit mental dirantai

26 Safar 1433H. [MOD] -

DENPASAR - Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Pulau Bali mendedahkan seramai 300 pesakit mental diperlakukan seperti haiwan kerana masih dirantai oleh ahli keluarga mereka tanpa rasa belas kasihan.

Institut Kesihatan Mental Suryani turut menggesa pentadbiran wilayah tersebut untuk menggunakan pendekatan lebih berperikemanusiaan terhadap pesakit mental ke­rana kebanyakan daripada mereka tidak mendapat rawatan pada peringkat awal.

Setiausaha pertubuhan itu, Tjokorda Bagus Jaya Lesamana berkata, faktor bajet yang terhad menyebabkan mereka hanya dapat membantu 60 daripada 300 pesakit di seluruh pulau tersebut.

“Kebanyakan pesakit mental itu berumur 20 hingga 45 tahun. Ada juga yang dikurung dalam bilik berhampiran rumah keluarga mereka,” katanya.

Laporan pertubuhan tersebut menunjukkan sekurang-kurangnya 7,000 penduduk di Bali mengalami masalah mental sehingga menyebabkan golongan itu mahu membunuh diri.

“Kami menggesa penubuhan kumpulan sokongan untuk membantu membebaskan pesakit mental ini kerana mereka berhak mendapat layanan lebih baik dengan mendapat bantuan dari ahli keluarga dan ketua masyarakat,” katanya.

sinar harian/-

Negeri diminta tidak serah tanah kepada FGVH

26 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 20 Jan: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) menyeru kerajaan negeri tidak menandatangani perjanjian penyerahan tanah Felda Plantation kepada Felda Global Ventures Holding (FGVH) yang akan disenaraikan ke Bursa Malaysia April ini.

Melalui perjanjian itu, tanah Felda seluas 360,067 hektar di bawah kuasa kerajaan negeri akan dipajak selama 99 tahun kerana FGVH kekurangan aset bagi membolehkan penyenaraiannya.

Presiden Anak, Mazlan Aliman berkata, kerajaan negeri yang mempunyai Felda sudah menerima surat perjanjian tersebut untuk ditandatangi.

"Kita dimaklumkan, ketika ini surat telah dihantar kepada kerajaan negeri dan terserah kepada negeri untuk menandatanginya.

"Pajakan tanah ini akan menjejaskan aset peneroka sedangkan Felda terus mendapat keuntungan," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Semua negeri kecuali Pulau Pinang mempunyai tanah Felda dan Pahang mempunyai tanah Felda paling luas iaitu sebanyak 143,584 hektar.

Sehubungan itu Mazlan berkata, Gerakan Selamatkan Felda (GSF) akan memulakan siri jelajah ke setiap negeri bagi memberikan penerangan mengenai perjanjian tersebut.

Hujung bulan ini, Anak dan GSF akan mendedahkan semua isi kandungan perjanjian tersebut kepada peneroka supaya mereka menyedari bahaya yang menanti jika perjanjian itu diteruskan.

"Bayaran pajakan hanya pada kadar RM251 juta sahaja setahun sedangkan perolehan (Felda) ketika ini sekitar RM2 bilion dan tiada jaminan nilai pajakan boleh dipertahankan jika berlaku kejatuhan harga komoditi," kata Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat itu.

Selain turun menemui peneroka, Anak juga akan bertemu dengan menteri besar dan ketua menteri sendiri bagi membincangkan mengenai perjanjian tersebut sebelum ia ditandatangani.

Mengadap Sultan Pahang

Mengulas gesaan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob agar peneroka menyokong penyenaraian FGVH yang dikatakan bertujuan memperluaskan aktiviti perniagaan Felda, Mazlan menyifatkan ia sebagai agenda tersembunyi.

"Kita yakin kerajaan mempunyai agenda tersembunyi di sebalik penyenaraian ini dan peneroka akan menjadi mangsa.

"FGVH sudah banyak gagal dalam pelaburannya di luar negara, tapi masih diberi kepercayaan," katanya.

Beliau berkata, perbincangan sudah dibuat dengan Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk mengadap Sultan Pahang berhubung isu ini.

"Kita akan mengadap Sultan Pahang supaya perjanjian ini sampai ke pengetahuan Tuanku dan langkah pencegahan boleh diambil," katanya.

harakahdaily/-

700 bekas tentera sertai Kerabat di P.Pinang

26 Safar 1433H. [MOD] -

KEPALA BATAS, 20 Jan: Seramai 700 orang bekas tentera mendaftarkan diri dengan Sekretariat Kebajikan Rangkaian Bekas Angkatan Tentera Malaysia (Kerabat) di Pulau Pinang setakat tahun 2011 kata, Pengerusinya, Saudara Azizan Salleh.

Ketika ditemui pada program penerangan Kerabat di Pongsu Seribu, Kepala Batas semalam beliau menambah, Kerabat kini sedang menjelajah ke seluruh pelusuk negeri ini untuk menyampaikan penerangan betapa pentingnya bernaung di bawah Kerabat berbanding Persatuan Bekas Perajurit yang dilihat tidak mampu mengubah nasib ahli.

"Kerabat bakal menjadi penaung pada bekas tentera pula nampaknya sejak akhir-akhir ini apabila ramai yang membuat keputusan mendaftarkan diri. Sikap itu satu petanda yang baik, " katanya.

Hasil penerangan di Pongsu Seribu 23 orang bekas tentera datang mendaftar dan bersedia menjadi ahli yang aktif bagi membantu Kerabat di Pulau Pinang cuma sekadar memberikan mereka wang pencen.

Menurutnya, Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak bertindak secara kolektif menyedarkan bekas tentera untuk bangun meneruskan penghidupan selepas bersara.

Lazimnya, pesara tentera dalam dilema apabila ingin bersara selepas memberikan perkhidmatan bertahun-tahun lamanya, ekoran bimbang bagaimana untuk meneruskan kehidupan selepas itu.

"Kenapa bekas tentera tidak mengambil peluang yang terbuka luas di depan mata kerana Kerabat bertekad membantu bekas tentera yang selama ini tidak terbela, " tegasnya.

Mereka yang masih dibelenggu pemikiran sempit katanya, tidak perlu bimbang kerana Kerabat akan bertindak dengan adil tidak mengira latar belakang politik bila memberikan bantuan dari Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

Lagipun tentunya bekas perajurit tahu bahawa perjuangan dalam ATM bukan mengikut telunjuk orang politik sebaliknya akur di bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang Dipertuan Agung.

Beliau sendiri sedih katanya, apabila melihat ada bekas perajurit terpaksa kerja jadi pengawal keselamatan atau kerja yang tidak sepatutnya.

"Tidak dinafikan memang ada yang bekerja sedemikian berbanding dulu dalam tentera mereka orang yang berpangkat.

Tetapi nak buat macam mana bila bersara pendapatan tidak setinggi mana. Ada yang lebih malang bila keluar tentera belum punyai rumah sendiri, " jelasnya.

harakahdaily/-

Tragedi Genting Sempah

26 Safar 1433H. [MOD] -

BENTONG – Niat seorang penumpang bas ekspres berpindah tempat duduk dari belakang ke bahagian hadapan bertukar tragedi apabila maut dalam kemalangan petang semalam.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Mohd Rizal Zaharon, 39 beralamat di Rumah Murah Peramu Jaya, Pekan menaiki bas ekspres dari Kuala Lumpur ke Kuantan.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kemalangan berlaku di Kilometer 40.1 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak melibatkan sebuah bas ekspres dan lori treler membawa muatan kayu kira-kira jam 4 petang.

Menurutnya, bas dinaiki oleh 39 penumpang termasuk mangsa bersama seorang pemandu.

“Setibanya di tempat kejadian iaitu di kawasan menuruni bukit selepas terowong Genting Sempah, bas yang dipandu dipercayai terlanggar bahagian belakang lori treler itu.

“Akibat perlanggaran itu, mangsa yang duduk di bahagian hadapan kiri tempat duduk penumpang tersepit,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Yusri berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Menurutnya, mangsa terpaksa dikeluarkan oleh anggota bomba dan penyelamat sebelum dibawa ke Hospital Bentong untuk dibedah siasat.

“Selain mangsa, sembilan lagi penumpang dan pemandu dihantar ke Hospital Bentong untuk menerima rawatan akibat kecederaan ringan dan kesemuanya berada dalam keadaan stabil.

“Kes kemalangan masih disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

sinar harian/-

Hukum puasa sunat pada hari Jumaat

26 Safar 1433H. [MOD] -

Di dalam mahzab Syafie, hukum berpuasa sunat pada hari Jumaat tanpa disertakan puasa sunat pada hari Khamis atau tidak disertakan puasa sunat pada hari Sabtu adalah makruh.

Dari Muhammad bin Abbad bin Ja’far, “Aku pernah bertanya kepada Jabir: Adakah Nabi melarang berpuasa sunat pada hari Jumaat ? Jabir menjawab: Ya." (HR Muslim).

Dari Juwairiah, “Bahawa Rasulullah SAW masuk kepada saya pada hari Jumaat sedang saya berpuasa. Maka sabdanya: “Adakah engkau sudah berpuasa kelmarin? Saya menjawab: Tidak. Sabdanya: Adakah engkau akan berpuasa esok? Saya menjawab: Tidak. Baginda bersabda: Hendaklah engkau berbuka.” (HR Bukhari)

Nabi bersabda, “Hari Jumaat itu adalah hari Eid (hari raya), maka janganlah jadikan Eid kamu itu sebagai hari kamu berpuasa, kecuali kamu berpuasa sebelumnya atau sesudahnya.” (HR Ahmad)

Dari Abi Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah kamu berpuasa pada Jumaat, kecuali bersama satu hari sebelumnya atau satu hari sesudahnya". (HR Muslim).

tazkirah/-

Wanita terkaya dihukum mati

26 Safar 1433H. [MOD] -

Wu Ying diiringi dua anggota polis ketika dihadapkan ke mahkamah di Zhejiang atas tuduhan menipu. - AGENSI

SHANGHAI 19 Jan. - Mahkamah Agung China hari ini mengekalkan hukuman mati ke atas seorang wanita yang pernah tersenarai sebagai wanita terkaya di China selepas dia didapati bersalah melakukan penipuan melibatkan AS$60 juta (RM186 juta).

Menurut akhbar Daily Shanghai, mahkamah agung wilayah timur Zhejiang semalam menolak rayuan yang dikemukakan Wu Ying, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bense Holding yang terlibat dalam mengutip dana secara haram.

"Hukuman yang dijatuhkan setimpal dengan perbuatan pesalah," kata mahkamah.

Wu disenaraikan sebagai wanita keenam terkaya di China pada 2006, menurut Laporan Hurun yang disiarkan dalam majalah-majalah ternama di China.

Agensi berita Xinhua melaporkan, syarikatnya, Bense, menjalankan pelbagai perniagaan dari perhotelan hingga bahan-bahan binaan.

Dalam kesnya, Wu mengutip dana daripada golongan pelabur dengan menjanjikan pulangan sebanyak 80 peratus, namun dia menyalahgunakan wang tersebut untuk membayar hutangnya.

Hukuman mati tersebut, bagaimanapun perlu diteliti Mahkamah Agung Rakyat.

Pihak berkuasa menahan Wu pada 2007 dan dia didapati bersalah buat kali pertama pada 2009 dan dibicarakan sejak April tahun lalu selepas mengemukakan rayuan. - AFP

NFC: PKR Tak Akan Tutup Mulut

26 Safar 1433H. [MOD] -

PETALING JAYA: Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin menegaskan bahawa beliau tidak akan sama sekali berdiam diri malah akan terus memperhebatkan kempen pendedahan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC)walaupun menerima injunksi mahkamah agar tidak terus memperkatakan isu tersebut buat masa ini.

Menurut Ahli Parlimen Ampang itu, sebagai seorang wakil rakyat, beliau tidak gentar untuk terus memperjuangkan isu NFC sama ada di dalam atau luar Dewan Rakyat.

"Shahrizat tidak berhak menghalang kami untuk bersuara. Selaku Ahli Parlimen saya berhak membela dan memperjuangkan isu rakyat. Demi rakyat saya akan terus bersuara," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Jumaat.

Pada Khamis, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap Zuraida dan Pengarah Strategik PKR, Mohd Rafizi Ramli.

Shahrizat juga memohon perintah injuksi bagi menghalang Zuraida dan Mohd Rafizi daripada terus membuat sebarang pernyataan atau kenyataan secara bertulis terhadapnya dan NFC atau syarikat-syarikat bersekutunya.

Bagaimanapun Zuraida menegaskan bahawa beliau tidak akan membuat sebarang pendedahan baru berhubung skandal NFC walaupun mengakui masih mempunyai pelbagai maklumat mengenainya.

"Selepas terkeluarnya berita saman RM100 juta ini, ramai yang menawarkan diri untuk memberi maklumat-maklumat baru yang luar dari rekod kami.

"Kita akan kumpul, kita ada maklumat baru. Tapi kita akan simpan dan akan keluarkan di mahkamah nanti," katanya.

Dalam pada itu Zuraida memberitahu bahawa beliau dan Mohd Rafizi akan diwakili barisan peguam PKR yang antaranya terdiri daripada Naib Presiden PKR, N. Surendran dan R. Sivarasa. mStar/-

Lawatan PM: Penduduk Kg Baru tunggu kehadiran Najib

26 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 20 Jan: PAS Wilayah Persekutuan mengharapkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang turun melawat ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini, tidak hanya menabur janji kosong buat rakyat.

Ketua Penerangannya, Suhaimi Abdul Aziz berkata, paling dinanti adalah kehadiran perdana menteri di Kampung Baru bagi mendengar bantahan penduduk terhadap Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (RUUPPKB).

"Jika Menteri Besar Selangor sanggup turun dan bersemuka dengan rakyat dengan usaha membantu penduduk, apakah PM pula berani mendengar pertikaian penduduk Kampung Baru terhadap Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru yang diluluskan oleh kabinetnya.

"Apakah PM sanggup membaca sendiri sepanduk dan kain rentang yang membantah tindakan kerajaan meluluskan RUU tersebut," soalnya.

Selain itu, PAS Wilayah Persekutuan katanya mahu lawatan perdana menteri itu menginsafkan dirinya betapa kehidupan sebahagian warga KL tertinggal jauh dari arus kemodenan dan memisahkan jauh antara mereka dengan golongan berada.

Turup diharap katanya, agar Najib sedar bahawa betapa penting melantik pemimpin yang berwibawa menjaga rakyat dan bukannya di kalangan mereka yang berusaha menggadai hak rakyat khususnya di Kampung Baru.

"Mungkinlah lawatan ini menjadikan PM lebih prihatin dengan masalah rakyat disamping bertegas untuk membanteras segala penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dan rasuah yang sedang membarah di dalam parti dan pemimpin kanannya seperti yang didakwa ramai hari ini.

"PM perlu jadikan lawatan ini untuk mengajar beliau supaya melantik pemimpin-pemimpin bawahannya yang benar-benar membela rakyat dan mengerti kesusahan mereka, bukan mengkayakan diri mereka sendiri," katanya lagi.

Sebelum ini, Menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan untuk melakukan penambahbaikan terhadap Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS) di Kampung Baru bagi menjaga kepentingan penduduk tersebut.

Antaranya ialah dengan membuka keanggotaan MAS kepada pelbagai kelompok masyarakat dan kumpulan profesional supaya ia lebih berkesan dalam memastikan kepentingan pemilik tanah dapat dipertahan.

Hari ini pula Najib memulakan lawatan kerjanya ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan kunjungan ke kawasan Parlimen Wangsa Maju.

Selepas itu beliau dijangka melawat Kampung Puah Lembah di Jalan Gombak dan akan ke kawasan Parlimen Bandar Tun Razak untuk bersama penduduk di situ bersolat Jumaat di Masjid Az-Zubair.

Selepas itu, beliau akan menghadiri majlis jamuan makan tengah hari bersama rakyat di Padang Bola Sepak Sri Johor, Bandar Tun Razak, sebelum meneruskan program lawatannya ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinci di Lembah Pantai pada petang.

harakahdaily/-

Jangan sekongkol dengan Amerika Syarikat: Ali Akbar

26 Safar 1433H. [MOD] -

ANKARA: Menteri Luar Iran semalam memberi amaran kepada negara jiran Arabnya supaya tidak menempatkan diri mereka dalam ‘kedudukan berbahaya’ dengan bersekutu dengan Washington berhubung sengketa mengenai aktiviti nuklearnya.

Iran mengancam menutup Selat Hormuz jika tindakan Barat mengharamkan eksport minyak mentahnya melumpuhkan sektor tenaganya.

Teheran yang menyangkal dakwaan kononnya ia berusaha menghasilkan senjata nuklear, berang apabil Arab Saudi, berkata, ia mungkin menambah pengeluaran minyak untuk pelanggan penting jika perlu, jika eksport minyak Iran dikenakan sekatan.

“Kami inginkan keamanan di rantau ini. Tetapi beberapa negara jiran, mahu diarah oleh negara lain yang terletak sejauh 12,000 batu dari rantau ini,” kata Menteri Luar, Ali Akbar Salehi ketika melawat Turki. - AP

Siapa Yahudi!! Penceroboh atau pembela tanah rakyat?

26 Safar 1433H. [MOD] -

- Delegasi Lujnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pusat dicaci pegawai i-SHARP
SETIU - “Pelik Tapi orang yang ingin membantu serta mempertahankan tanah-tanah rakyat miskin yang ‘dirampas’ menjadi sasaran cacian pihak yang sebenarnya boleh disifatkan sebagai “PENCEROBOH” terhormat.

Delegasi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pusat yang diketuai oleh Pengerusinya, Zulkefly Mohamad Omar dilabelkan sebagai “Yahudi” hanya kerana kononnya kesalahan memasuki kawasan projek ternakan udang yang dikenali Taman Akuakultur Undang Bersepadu (i-SHARP) tanpa kebenaran pihak berkenaan.

Kejadian berlaku sekitar jam 1.00 tengahari Khams 19 Januari, setelah delegasi lajnah tersebut selesai membuat tinjauan turun ‘padang’ menemui para petani dan penduduk yang tanahnya dirampas oleh kerajaan BN Terengganu.

Lokasi tinjauannya sekitar Kampung RTB Kubang Labi, Kampung Nyatoh serta beberapa tempat yang terbabit dengan projek berkenaan.
Ketika rombongan yang diketuai oleh Encik Zul (Zulkefly) bersama hampir 15 orang ahli memasuki kawasan tapak projek i-SHARP, telah ‘dihalang’ oleh seorang kakitangan yang bertanggungjawab menjaga projek tersebut.

Katanya, pihak luar tidak dibenarkan memasuki kawasan tersebut tanpa kebenaran pihak pengurusan syarikat.
Beliau menyergah ketua delegasi dan ahlinya dengan nada suara yang tinggi serta menyifatkan sebagai “YAHUDI” kerana masuk tanpa kebenaran.

“Kamu semua ini siapa..? masuk tanpa kebenaran macam orang ‘YAHUDI’,” sergahnya dengan nada marah.

Menurutnya, sesiapa pun tidak dibenarkan masuk tanpa kebenaran kecuali para pekerja terbabit sahaja.

Suasana agak tegang seketika apabila pihak delegasi PAS memperkenalkan diri serta meminta pegawai berkenaan memohon maaf dan menarik balik perkataan “YAHUDI” yang dilabelkan itu.

Sehubungan itu, Encik Zulkefly menjelaskan bahawa rombongannya adalah dari Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat bagi membuat tinjauan serta melihat tapak projek i-SHARP.

Kata beliau, pihaknya menerima banyak aduan tentang kesan buruk yang dihadapi oleh penduduk akibat dari kewujudan projek kolam udang tersebut.
Menurutnya, pihak PAS dan rakyat secara umum tidak menentang sebarang bentuk projek pembangunan tetapi tidak mahu ‘mengundang’ 1001 masalah.

“Kami dari rombongan Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, masuk ke sini (tapak projek) untuk melihat sendiri keadaan kolam udang dan persekitarannya.

“Kami masuk pun tidak ada ‘sekatan’ atau ‘halangan’ dari mana-mana pengawal sekuriti dan apa salahnya.

“Penduduk mengadu dan mereka hadapi masalah sejak projek ini dimulakan dengan kesan banjir dan sebagainya. Itu yang kami hendak tengok (tinjau) di sini,” jelasnya kepada pegawai terbabit.

Sejurus selepas itu, masing-masing mengambil gambar (video dibawah) antara satu sama lain dalam usaha menghalang delegasi alam sekitar PAS berada lebih lama di lokasi kejadian tersebut.

Selepas kurang 10 minit, delegasi yang diketuai oleh Encik Zulkefly mula beredar bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku antara kedua belah pihak.

buletin online/-

Penstrukturan Exco Kerajaan Negeri Selangor

26 Safar 1433H. [MOD] -

Sekembali saya ke tanah air setelah berada di Saudi Arabia selama 16 hari, maka saya dapati beberapa perkembangan menarik sedang berlaku.

Oleh itu, saya ingin mengupas secara ringkas beberapa perkara yang saya akan mulakan dengan penstrukturan Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Pelantikan Dr Yunus mengemparkan ramai, termasuklah yang sudah pasti, Dr Yunus sendiri. Apabila ianya berlaku maka mula sibuklah pencacai UMNO yang telah terdiam terkedu setelah DSAI didapati tidak bersalah. Tiba-tiba ada isu, walaupun remeh dan kecil, yang memberi nafas baru kepada mereka untuk terus hidup.

Maka mulalah mereka menghasut setelah terbukti hasutan sebelum ini berhasil, supaya Dr Rani juga bertindak sepertimana sebelum beliau. “Tidak patut”, kata mereka, “Dr Rani PJ dan sepatutnya dialah yang dilantik menjadi Exco”.

Namun begitu, hasutan tukang hasut tidak berkesan ke atas manusia yang berjuang tanpa memikirkan jawatan atau pangkat. Atas sikap tidak peduli Dr Rani dalam soal hasutan ini, saya mengucapkan tahniah.

Jelas terbukti bahawa dakwaan beliau gilakan jawatan serta menjatuhkan mantan PJ kerana inginkan jawatanan Exco adalah tidak berasas dan amat meleset sama sekali.

Setiap individu di dalam PAS seharusnya mempunyai sifat tidak merajuk apabila tidak dipilih atau dilantik memegang sesuatu jawatan.

Malahan individu tersebut akan merasa lega apabila dilepaskan dari dipilih untuk menjawat sesuatu jawatan kerana dia faham bahawa jawatan itu adalah tanggung jawab dan amanah yang berat. Ianya bukan hadiah atau ‘ghanimah’. Ianya bukan pengiktirafan atau penghormatan, ianya adalah amanah.

Kita tidak lari dari tanggung jawab, tetapi kita tidak juga mencari-carinya sehingga menjadikan sesuatu jawatan itu sebagai impian hati dan matlamat perjuangan hidup.

Orang yang dikuasai keinginan jawatan akan dirosakkan oleh keinginan itu sendiri sehingga apabila ianya terlepas dari tangannya atau kelihatan semakin jauh darinya maka dia mula berhempas-pulas ketidak tentuan.

Segala yang dikatakan betul selama ini menjadi salah, segala rakan menjadi lawan sehingga; segala segala yang dimuntahkan sanggup dijilat balik.

Maka bermulalah dia mengorak langkah melalui ‘pendekatan baru’ untuk mendapatkan jawatan tersebut tanpa menghiraukan segala yang telah dikatakan dan diikrarkan sebelum ini, termasuklah yang dibaiahkan selama ini.

Alhamdulillah Dr Rani, tidak bersifat sebegitu. Beliau hadir pada majlis pelantikan Exco baru dan apabila ditanya, beliau menyatakan sokongan penuh terhadap pelantikan Dr Yunus.
Sememangnya sebelum ini pun Dr Rani pernah menzahirkan kekhuatiran beliau terhadap persoalan menjawat jawatan PJ dan Exco, dalam suasana di ambang pilihan raya, dikhuatiri dirinya tidak termampu.

Maka akhirnya apa yang telah terjadi diterima dengan hati terbuka, sebagai penentuan Allah yang terbaik bukan sahaja bagi dirinya, tetapi bagi jemaah.

Ada pula yang dari golongan yang agak jahil menyatakan bahawa perlantikan Dr Yunus sebagai Exco Belia dan Adat Melayu adalah sesuatu yang memalukan PAS.
“Tidakkah PAS parti Islam,” tanya mereka, “mengapa tidak diberikan portfolio Exco Agama seperti dulu?”

Bagi mereka ini Islam adalah apa yang terkandung di dalam kerangka Jabatan Agama Islam. Tiada Islam dalam urusan Belia atau Adat Istiadat orang Melayu. Itulah apa yang disebut sebagai fahaman sekular.

Bagi PAS, Islam releven di dalam semua portfolio, termasuklah belia. Memandangkan pengundi Selangor adalah majoritinya di bawah umur 40 tahun, maka portfolio ini amat berharga bagi PAS. Masa inilah PAS perlu menarik sokongan golongan muda dengan membuktikan “orang muda geng kita”.

Dari sudut praktikalnya, dalam tempoh 2 ke 3 bulan sebelum pilihan raya, lebih mudah diserahkan kepada Exco baru portfolio yang sedang dia jaga selama ini, walaupun bukan sebagai Exco pada ketika itu.

Dr Yunus salah seorang yang membantu MB menjaga portfolio belia dan sukan sebelum ini. Ianya tindakan yang praktikal bagi menjamin kesinambungan tugas serta kelicinan peralihan jawatan yang sedang dilalui secara mendesak dan di ambang pilihan raya.

Adalah agak sukar bagi Exco baru menguasai portfolio baru dalam suasana sebegini. Lebih-lebih lagi sekiranya ianya portfolio Exco Agama kerana sekarang ini JAIS dan MAIS ingin dijadikan bagaikan lubuk UMNO dan BN.
Ianya medan pertahanan terakhir mereka dan mereka ingin menggunakannya sehabis-habisnya untuk menggagalkan usaha PR mengekalkan kerajaannya di Selangor.

Tindakan mengekalkan mantan PJ PAS Selangor sebagai Timbalan Pengerusi MAIS, walaupun saya tahu ada yang mereka tidak begitu suka pada dirinya, jelas menunjukkan niat jahat mereka.

Dalam suasana yang ‘hostile’ sebegini, seorang Exco baru akan dihadapkan dengan bermacam-macam masalah. Jenis UMNO bukan faham soal menghormati keputusan rakyat. Mereka akan jadikan tempoh 3 bulan pertama satu tempoh yang sukar bagi Exco baru seperti Dr Yunus.

Oleh itu, memandangkan tempohnya singkat dan perjalanannya penuh dengan cabaran, maka adalah lebih baik MB sendiri yang memegangnya. Baru bertemu buku dengan ruas.

Ada pula yang berkata, “apa MB tahu pasal syariat Islam?” Jawab saya, “Exco Agama ini perlu keluarkan fatwakah?” Lagipun, bagi saya, beliau adalah jauh lebih baik dari Rahman Palil yang boleh duduk bersekongkol dengan Khir Toyo serta UMNO dan BN.

Mungkin juga lebih baik fahamannya berbanding mantan Exco yang mungkin hanya sekadar bersemangat dan bermotivasi tinggi sahaja tetapi sekarang sudah cukup jelas kefahamannya agak terencat.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Zuraida dakwa Shahrizat terdesak

26 Safar 1433H. [MOD] -

PETALING JAYA- Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin mendakwa Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kian terdesak sehingga terpaksa memfailkan saman RM100 juta terhadapnya dan Pengarah Strategi parti itu, Rafizi Ramli berhubung skandal projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, beliau tidak gentar dengan tindakan saman itu dan akan terus menggiatkan usaha melakukan jelajah kempen pendedahan mengenai isu NFC.

"Permohonan perintah injuksi beliau bagi menghalang saya dan Rafizi daripada membuat sebarang kenyataan lisan atau bertulis terhadapnya berkaitan NFC atau syarikat bersekutunya jelas menunjukkan beliau kini sedang tertekan dan terdesak.

"Beliau tidak berhak halang kami bersuara. Selaku Ahli Parlimen saya berhak membela dan memperjuangkan nasib rakyat sama ada di dalam atau diluar Dewan Rakyat. Demi rakyat, saya akan terus bersuara!," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini pagi ini.

sinar harian/-

Apa makna jawatan kalau wang zakat disalahguna?

26 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 20 Jan: “Apa makna jawatan tertentu kalau diserahkan kepada golongan agama sekalipun, jika wang zakat pun boleh disalahgunakan seperti yang diledakkan Ketua Audit Negara?”

Itulah jawapan ringkas berbentuk soalan daripada Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk membalas serangan bertubi-tubi media Umno terhadap PAS dalam isu exco agama kerajaan negeri Selangor.

Bagi beliau, serangan Umno menandakan pemikiran Umno masih berada di kotak lama kerana menganggap exco agama mesti diberikan kepada PAS, seolah-olah orang lain tidak layak; atau PAS hanya layak pegang exco agama; sedangkan portfolio lain tak layak.

Dalam memegang jawatan dalam apa bidang sekalipun, Tuan Ibrahim menegaskan yang penting ialah amanah seperti yang dinyatakan dalam satu nasihat Nabi Muhammad kepada Abu Zar Radiallahu'anhu.

“Dalam satu peringatan Rasulullah kepada Abu Zar Radiallahu'anhu, baginda menyatakan:

"Wahai Abu Zar, sesungguhnya kamu lemah, sedangkan jawatan ini adalah amanah, dan ianya adalah penyesalan di hari akhirat, melainkan kamu menerimanya di atas kelayakan kamu dan kamu menunaikan hak kepada yang berhak menerimanya (tunaikan amanahnya).

"Jelas apa yang penting penyandang adalah mesti seorang yang amanah. Apa makna jawatan tertentu kalau diserahkan kepada golongan agama sekalipun, jika wang zakat pun boleh disalahgunakan seperti yang diledakkan Ketua Audit Negara?” kata beliau.

Kenyataan beliau ini dipercayai merujuk kepada kontroversi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menggunakan dana zakat sebanyak RM63,650.00 untuk sebagai pendahuluan membiayai kos guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir dalam menangai kes permohanan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang turut berpendapat bahawa kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan perakuan untuk mengadakan perbincangan dengan PAS dalam isu-isu agama dan merujuk kepada pakar dalam isu-isu hukum telah menggambarkan kepada rakyat, sikap berhati-hati yang diambil kerajaan Selangor dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawab kepadanya.

Dalam perlantikan Dr Yunus dengan sokongan padu Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman, Tuan Ibrahim berkata ia memperlihatkan kepada umum betapa kepimpinan PAS bukanlah golongan yang mengejar jawatan.

“Bahkan rela diberi kepada orang lain yang difikirkan sesuai dan layak demi memperkasakan jentera parti,” tambah beliau.

harakahdaily/-

Gabenor Texas tarik diri tanding pilihan raya Presiden AS

26 Safar 1433H. [MOD] -

WASHINGTON 20 Jan. – Gabenor Texas, Rick Perry semalam menarik diri daripada bertanding dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat dan menyokong bekas speaker Parlimen, Newt Gingrich untuk pencalonan dari Parti Republikan.

Kempen yang dijalankan Perry sebelum ini dilihat hambar tetapi sokongannya kepada Gingrich dapat merangsang semangat untuk mengatasi seorang lagi calon Republikan, Mitt Romney yang bertanding di kawasan penting di South Carolina.

Empat lagi calon yang tinggal iaitu Gingrich, Romney, Rick Santorum dan Raul Paul bakal meneruskan saingan dalam pilihan raya itu yang diadakan pada Sabtu ini. – AFP

Impak negatif i-SHARP semakin membimbangkan

26 Safar 1433H. [MOD] -

Umno khianat kepada rakyat,sengaja ‘tidak meneruskan’tanah TOL Kubang Labi
SETIU – Ketua Lujnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata impak negatif kesan perlaksanaan fasa 1 Taman Akuakultur Udang Bersepadu (i-SHARP) semakin membimbangkan.

Menurutnya, pemusnahan sumber ekonomi rakyat dan pemusnahan alam sekitar sedang berkembang, sebagaimana amaran awal yang telah dikeluarkan.

Kesan menyeluruh yang amat mengejutkan, katanya, adalah banjir yang telah melanda 14 buah kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri baru-baru ini.

“Amat mengejutkan, kita tidak menduga tentang ‘malapetaka’ buatan manusia, jalan serta kolam yang dibina menjadi empangan, menyekat aliran air, menyebabkan banjir melanda sehingga ke Hulu Setiu,

“dulu walaupun banjir tidak menyeluruh dan sekejap, ia pulih apabila air mengalir ke dalam sungai menerusi kawasan tadahan hutan gelam, sekarang hutan itu sudah tidak ada,”jelasnya ketika ditemui selepas mengadakan dialog dengan penduduk Kampung Penarek disini, semalam, Khamis 19 Januari.

[Gambar - Dr Azman paling kiri, di sebelah krinya Ketua Lujnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pusat, Haji Zulkefly Omar ketika melawat tanah RTB Kubang Labi yang telah dimusnahkan kerana membangunkan kolam udang]

Menurutnya, pertemuan dengan penduduk sekitar projek i-SHARP juga mendedahkan niat jahat Umno dan Barisan Nasional terhadap orang Melayu, rakyat Setiu yang telah diberikan tanah tersebut sebagai Rancangan tabah Berkelompok (Pertanian) pada tahun 2000 oleh kerajaan negeri Terengganu.

Katanya, beliau dimaklumkan peracangan awal i-SHARP, tidak memasukkan RTB Kubang Labi tidak ke dalam kawasan perlaksanaaan projek.

Namun menurutnya, setelah wakil rakyat Umno mengetahui ia termasuk kawasan yang akan dijadikan kolam udang, mereka tidak mahu menggantikan dengan kawasan lain, dan sengaja tidak meneruskan status ‘TOL’ tanah itu.

Sehubungan itu, beliau berkata, para nelayan juga kini gelisah dan bimbang, apabila projek kolam udang itu dilaporkan melepaskan air buangan pada 26 Disember tahun lalu ke dalam sungai Penarek.

“Mereka (para nelayan) melahirkan kebimbangan, air buangan yang ‘bertoksid’ dilaporkan telah dilepaskan ke dalam sungai Penarek,

“kesan pelepasan air tersebt kini, menurut para nelayan menyebabkan udang dan beberapa spesis ikan semakin kurang,”jelasnya,

Turut hadir dan berucap dalam pertemuan dan dialog dengan penduduk sekitar projek i-SHARP adalah Ketua Lujnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pusat (LPAS), Haji Zulkefly Mohd Omar.

Delegasi LPAS dalam rangka lawatan kerja selama 3 hari bermula semalam bagi membuat siasatan kemusnahan alam sekitar dalam perlaksanaan beberapa projek kerajaan Umno Terengganu termasuk i-SHARP dan pulau bebas cukai, di tasik Kenyir.

buletin online/-

Juruwang disuruh pegang daging babi tanpa lapik

26 Safar 1433H. [MOD] -

Hak kebebasan mengamalkan agama di tempat kerja di Malaysia ini seharusnya dikaji semula untuk mengelakkan ketidaksefahaman diantara para pekerja dan para majikan. Justeru itu Akta Pekerjaan 1955 atau Akta 265 yang digubal pada tahun 1955 dan telah dipinda hampir keseluruhannya pada tahun 1998 haruslah disemak semula selaras dengan perkembangan dunia semasa. Media juga harus memainkan peranan untuk memberi kefahaman kepada semua pihak dalam isu ini.

Juruwang disuruh pegang daging babi tanpa lapik

Utusan Malaysia , 18 Jan 2012

SAYA adalah salah seorang juruwang (cashier) yang bekerja di sebuah pasar raya di Kamunting, Taiping. Pada tarikh 11.01.2012, lebih kurang pukul 3 petang, pihak pengurusan telah membuat mesyuarat di antara semua juruwang.

Di dalam mesyuarat tersebut, pengurus kami menyatakan ada seorang pelanggan bukan Islam telah membuat aduan kepada pihak atasan mempertikaikan mengapa juruwang Melayu Islam memegang daging babi beralaskan plastik seolah-olah menghina makanannya.

Apa yang membuat kami semua terkejut, pengurus kami telah berkata, “Kenapa perlu berlapik? Jijik sangatkah? Geli sangatkah? Jangan terlalu ikutkan adat sangat. Yang bermasalah ini adalah juruwang Melayu. Kalau sudah tak boleh nak pegang, lebih baik saya mengambil pekerja bukan Melayu.

Selepas ini, saya tak mahu lagi kamu semua pegang barang-barang itu beralaskan pelastik. Saya mahu kamu semua pegang dengan tangan sahaja. Jika saya dapati kamu semua buat sekali lagi, saya akan tukarkan kamu semua ke bahagian lain.”

Bukan niat kami hendak menghina makanan orang bukan Islam. Menurut ajaran dan hukum Islam, daging itu adalah haram disisi agama Islam bukan setakat memakanya, malah menyentuhnya pun tak boleh. Jika tersentuh biarpun bekasnya sekali pun, ia perlu disamak.

Pengurus kami dan orang atasan kami bukan Islam. Tidakkah mereka tahu orang Islam amat sensitif dengan daging babi. Bahasanya seolah-olah mempersendakan agama Islam dan berbau perkauman. Mentang-mentanglah kami ini semuanya perempuan, tidak pandai hendak memberontak, senang benar mereka hendak mempersendakannya.

Saya cuba untuk berpakat dengan rakan-rakan kerja Melayu saya untuk melaporkan perkara ini di pejabat agama atau pihak berkuasa yang lain, tetapi mereka enggan untuk berpakat kerana takut ditukarkan atau kehilangan kerja. Inilah sifat kakitangan Melayu yang beragama Islam di sini.

Hanya dengan ugutan mereka sangup menggadaikan agama demi wang. Kita sebagai orang Islam sepatutnya mempertahankan kesucian agama kita. Tahukah mereka perkara ini tidak boleh dipandang remeh kerana membabitkan kesucian diri untuk beribadat kepada Allah SWT.

Saya kecewa dengan sikap segelintir bangsa Melayu yang beragama Islam ini. Sepatutnya pihak pengurusan pasar raya tempat saya bekerja mengadakan kaunter ‘Tidak Halal’ untuk scan barang-barang tidak halal dan dijaga oleh juruwang bukan Islam. Kadangkala saya terfikir, bekas diletakkan barang tidak halal di kaunter ini, kemudiannya diletakkan pula barang-barang yang dibeli pelanggan lain beragama Islam.

Bagaimana tahap kesuciannya? Saya ingin mengadukan perkara ini kepada jabatan agama atau pihak berkuasa lain, tetapi saya tidak pandai untuk membuat sendirian. Tolonglah sesiapa yang membaca artikel ini, bantulah kami orang Islam yang ditindas di pasar raya ini, juga pelanggan Islam yang mengunjungi pasar raya ini.

JURUWANG TERANIAYA

Taiping, Perak

Adakah sekat royalti prinsip wasatiyyah Umno?

26 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 20 Jan: Umno diseru agar tidak mencemarkan kefahaman kesederhanaan di dalam Islam dengan perlaksanaan yang songsang.

Konsep kesederhanaan di dalam Islam adalah satu prinsip yang mulia dan ianya tidak boleh dieksploitasikan mengikut kehendak pemerintah.

Demikian tegas Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nazmi Nik Din sebagai mengulas perkembangan terkini yang seolah-olah Umno BN memperjuangkan dan menjuarai prinsip kesederhanaan (wasatiyyah) dalam Islam.

Menurut beliau, Umno jangan hanya pandai bercakap tetapi perlaksanaannya jauh berbeza daripada apa yang diungkapkan oleh mereka bahkan bertentangan sama sekali.

“Kita ingin bertanya kepada Umno yang memerintah negara ini, adakah menyekat royalti Kelantan juga termasuk dalam ajaran kesederhanaan Umno?” soalnya.

Beliau juga mempersoalkan adakah menarik semula royalti kerajaan negeri Terengganu sewaktu ianya diperintah oleh PAS juga satu ajaran kesederhanaan dalam Umno sedangkan kedua-dua negeri itu ditadbir dua orang Tok Guru yang amat disegani.

Katanya, adakah mengenakan kekangan kebebasan juga adalah ajaran wasatiyyah Umno dan adakah tidak mendengar dan tidak bertindak terhadap rungutan rakyat berkenaan ketelusan pentadbiran juga termasuk dalam ajaran kesederhanaan Umno.

“Kalau inilah yang maksudkan dengan ajaran kesederhanaan dalam Umno, kita bimbang persepsi masyarakat bukan Islam terhadap Islam akan tercemar dan orang Islam sendiri akan keliru,” tegas beliau.

Beliau yakin dan percaya bahawa seluruh rakyat Malaysia telah sedar bahawa itu adalah tipu daya Umno untuk meraih sokongan rakyat Malaysia ketika parti itu sedang bertarung dengan ‘nyawanya’ sekarang menjelang pilihanraya PRU yang akan datang.

“Kita berharap Umno tidak termasuk di dalam ungkapan kalimatul haq turodu biha al-batil” yang bermaksud kata-kata yang benar tetapi disebaliknya terselindung kebatilan dan kejahatan," ulas beliau lagi.

harakahdaily/-

Logo halal swasta kena tanggal

26 Safar 1433H. [MOD] -

SEORANG pekerja sebuah restoran di dalam sebuah pasar raya menanggalkan logo halal yang tidak diiktiraf Jakimdi Seremban 2, Negeri Sembilan semalam.

SEREMBAN - Sebanyak lima buah premis makanan di sebuah pasar raya di Seremban 2 di sini semalam diarah menanggalkan logo halal kerana tidak diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Arahan tersebut dikeluarkan selepas premis berkenaan diperiksa sepasukan pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri.

Pengarah JHEAINS, Johani Hassan berkata, dalam pemeriksaan kira-kira pukul 12 tengah hari itu, premis makanan tersebut didapati menggunakan logo halal swasta dan tidak diiktiraf oleh Jakim.

Katanya, pihaknya juga telah mengeluarkan notis amaran dan meminta pengusaha terbabit supaya tidak lagi menggunakan logo halal terbabit.

kosmo/-

Mengapa Hutan Simpan Kekal Kemasul boleh diceroboh?

26 Safar 1433H. [MOD] -

BENTONG, 20 Jan: Kerajaan Negeri Pahang digesa mendedahkan bagaimana boleh meluluskan lesen pengeluaran balak di Hutan Simpan Kekal Kemasul dekat sini sedangkan ia berstatus kawasan tadahan juga sumber air bagi daerah ini dan Bera.

Setiausaha Perhubungan PAS Pahang, Roslan Zainal berkata rakyat perlu tahu bagaimana khazanah alam itu boleh dimusnahkan dengan rakus sedangkan kesannya boleh menjadi malapetaka besar kepada generasi akan datang

“Berdasarkan aktiviti penggondolan yang boleh disaksikan dengan jelas, mustahil pihak berkuasa tidak tahu. Memang ada diletakkan nombor lesen kelulusan iaitu proses untuk menghalalkan pembalakan tapi siapa pula yang meluluskannya?

“Justeru PAS Pahang berharap Jabatan Hutan, Jabatan Alam Sekitar dan Pejabat Tanah dan Daerah Bentong tidak memejamkan mata terhadap aktiviti pembalakan dan penggondolan yang begitu rancak pada masa ini, sebelum berlaku malapetaka akibat kerakusan,” katanya ketika melawat sendiri kawasan berkenaan.

Turut mengiringi ialah Yang Dipertua PAS Bentong, Abdul Hamid Bahatim.

Balak-balak yang sudah ditebang dilonggokkan di tepi jalan utama dari Felda Kemasul ke Simpang Pelangai menghala ke jalan keluar menuju Karak dan Kuala Pilah di mana dapat disaksikan dengan jelas kawasan hutan yang telah digondolkan.

Sementara kebanyakan balak yang ditebang didapati bersaiz kecil, yang sepatutnya tidak dimusnahkan begitu awal.

Roslan berkata, lebih mendukacitakan kawasan tersebut terletak dalam Dewan Undangan Negeri Pelangai yang diwakili Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob tetapi yang peliknya tersergam papan tanda Hutan Simpan Kekal di situ.

“Kami mendapat aduan aktiviti pembalakan sudah berjalan kira-kira dua bulan dan lori yang membawa kayu balak keluar mengikut jalan kampung Chemomoi dan Felda Bukit Mendi termasuk pada waktu malam.

“Di sini terdapat Sungai Pertang dan Sungai Triang. Sejak beberapa bulan lalu penduduk telah mengadu air begitu keruh akibat pembalakan di kawasan ulunya.

“Namun yang lebih ditakuti ialah akan berlaku krisis bekalan air di sini, seperti yang berlaku kepada empangan Sungai Langat akibat aktiviti yang sama,” katanya.

Justeru bagi pihak PAS Pahang Roslan mahu pihak berkuasa diminta bertindak segera sebelum terlambat atau kehidupan generasi akan datang terus terancam menghadapi kepupusan sumber air.

harakahdaily/-

Kena samun ketika solat

26 Safar 1433H. [MOD] -

SUNGAI MANIK - Bukan sahaja dipukul, dipijak dan dibelasah tanpa belas kasihan, malah seorang warga emas berusia 64 tahun turut disamun dua lelaki setelah selesai menunaikan solat Subuh di rumahnya, di Parit 8B, awal pagi semalam.

Akibat tindakan ganas penyamun yang hanya mengenakan seluar dalam berwarna kuning itu, warga emas berkenaan terpaksa menerima lima jahitan di bibirnya akibat ditumbuk di bahagian muka dan dipijak berkali-kali.

Warga emas, Aminah Awang berkata, ketika kejadian kira-kira 6.30 pagi itu, dia yang baru selesai solat Subuh dan mahu berdoa, terkejut apabila secara tiba–tiba diacukan parang di lehernya.

“Makcik terus menjerit meminta tolong tetapi penyamun tersebut membelasah bertubi-tubi tanpa belas kasihan meskipun mengetahui makcik tidak mampu melawan.

“Dalam keadaan kesakitan, lelaki yang tidak mengenakan topeng muka itu memberikan amaran supaya tidak menjerit sambil mengambil barang kemas dan wang sebelum melarikan diri,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Hadir sama, Pegawai Khas Adun Sungai Manik, Halim Mat Jelani

Aminah yang masih trauma akan kejadian itu, mengalami kecederaan agak parah di bahagian muka dan bibir serta menerima rawatan di Hospital Teluk Intan.

Adik Aminah turut ditumbuk

Kejadian malang yang menimpa Aminah turut dialami adiknya, Aisyah Awang, 63, yang tinggal serumah.

Aisyah berkata, dia tidak menyedari kejadian itu kerana sedang solat Subuh di bilik bersebelahan kakaknya.

Jelasnya, setelah selesai solat, secara tiba-tiba, dia ditumbuk di bahagian muka oleh seorang lelaki berusia lingkungan 40-an yang turut mengenakan seluar dalam berwarna kuning sambil mengacukan parang di lehernya.

"Takut dicederakan lebih teruk, makcik menyerahkan barang kemas dan duit kepada lelaki seperti mana diminta, pada masa yang sama makcik terdengar jeritan kakak meminta tolong.

“Kejadian itu berlaku dengan pantas dan saya hanya mampu berdoa kepada ALLAH supaya keselamatan kami adik-beradik selamat," katanya.

Kata Aisyah, kedua-dua lelaki berkenaan sempat mengunci kembali pintu rumahnya sebelum melarikan diri.

“Kedua-dua lelaki itu sempat mengunci kembali pintu sebelum anak saudara kami, Nazri Zakaria, 43, datang untuk mengambil umpan itik yang disimpan di rumah kira-kira jam 6.50 pagi tadi (semalam), ”katanya.

Aisyah berkata, anak saudaranya mereka terus membawa kedua-dua warga emas itu ke Hospital Teluk Intan untuk menerima rawatan dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak sebaik sahaja menyedari ibu saudaranya disamun serta dicederakan.

“Kejadian awal pagi tadi (semalam) menakutkan malahan kami adik-beradik masih trauma akibat kejadian itu.

“Mungkin dalam tempoh tertentu kami akan berada di rumah saudara kerana bimbang kejadian itu akan berulang kembali,” katanya.

Dua lelaki diburu

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Superitendan Mohamad Zaki Harun ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian itu berlaku.

Beliau berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 pagi itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka dan membuat laporan di IPD Hilir Perak, kira-kira jam 1 petang, semalam.

Jelasnya, pihaknya masih menjalankan siasatan berkenaan kes itu dan anggaran kerugian yang dialami warga emas berkenaan kira-kira RM2,500.

“Kes disiasat di bawah Sekyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata dan usaha mencari suspek sedang giat dijalankan oleh pihak kami,” katanya.

Kejadian malang yang dialami dua warga emas berkenaan mendapat perhatian Ketua Kampung Permatang, Abdul Halim Abdul Rashid, 50.

Beliau turut melahirkan rasa kesal terhadap kejadian itu dan berharap

permohonan kampung tersebut memasang lampu jalan dapat diluluskan dengan segera.

Menurutnya, keadaan beberapa jalan di kawasannya gelap pada waktu malam menyebabkan rumah penduduk berhampiran laluan berkenaan menjadi sasaran penjenayah.

"Kami sering mengadakan rondaan pada setiap malam, tetapi tidak menyangka penjenayah akan bertindak pada awal pagi.

“Mungkin selepas ini saya akan memastikan rondaan akan dijalankan lebih kerap supaya kejadian seperti ini tidak berulang kembali,” katanya.

sinar harian/-

Fenomena Rosmah telah membarah , liabiliti buat umno

26 Safar 1433H. [MOD] -
KENYATAAN MEDIA

Fenomena “penjimatan” oleh Rosmah telah mencetus suasana baru politik tanah air, memandangkan beliau (Rosmah Mansur) merupakan isteri kepada Perdana Menteri, maka atas nama itu isu ini telah menjadikannya sebagai tarikan luar biasa sehingga muncul aplikasi permainan telefon pintar yang mirip kisah Rosmah dengan cara belanjanya.

Saya lihat isu salahguna wang kerajaan ini telah tersebar luas, tidak cukup dengan cincin yang dikatakan dimiliki oleh Rosmah Mansur, ditambah pula lagi dengan koleksi bag tangan berjenama yang menjadi miliknya, maklumat sebegini amat luar biasa berbanding isteri-isteri PM sebelum Najib Razak.

Gaya serta minat berbelanja mewah dan melampau seperti yang dipamerkan oleh DS Rosmah telah memberi inspirasi kepada penghasilan aslikasi permainan telefon pintar yang diberi nama AKU JIMAT, pengguna boleh muat turun dan pasang di iphone serta android.

Pengguna yang bermain dengan aplikasi ini pasti boleh kenal pasti apakah item yang mahu dibeli dengan wang yang disimpan sejak kecil, jika kita lihat, senarai barangan yang boleh dibeli dalam aplisaksi ini adalah aksesori yang ada dalam senarai koleksi produk berjenama mahal milik Rosmah.

Situasi Umno nampaknya semakin genting dengan perkembangan ini, manakan tidaknya, isteri Presiden Parti sendiri merupakan liabiliti terhadap Umno-BN, dalam masa sama para ahlinya masing-masing membuat pendekatan "yes sir" dan tidak berani kemuka usul itu yang bercanggah dengan kehendak Presiden.

Aplikasi permainan ini tidaklah khusus direka sempena nama DS Rosmah, tetapi saya yakin ahli Umno dan Rosmah khususnya jika pandang cermin pasti nampak siapakah watak sebenar dalam permainan AKU JIMAT.

Drs. Khalil Idham Lim
Parit Buntar,20 Januari 2012.