09 January 2012

Hasan perlu menjelajah seluruh negara buktikan kekotoran Anwar !

16 Safar 1433H. [MOD] -
Oleh: umnopenyangak

Assalamualaikum, Bercakap kepada Malaysia kini, Hassan Ali menyalahkan Anwar menjadi punca kenapa dia dipecat dari PAS.Antara katanya, "Saya tidak mahu beliau (Anwar) mengheret rakyat menjunjung perjuangannya yang saya rasa amat kotor, ini yang saya perjuangkan".Berita lanjut di sini Sikap seorang doktor falsafah menuding kepada orang lain atas apa yang menimpa dirinya.Apa sebenarnya maksud perjuangan kotor DSAI kurang pasti pula.Apakah perjuangan untuk Malaysia yang baru yang diusahakan DSAI itu kotor?

Apakah janji untuk menurunkan harga minyak itu kotor?Apakah janji untuk memberi perkhidatan kesihatan yang lebih baik kepada rakyat itu kotor?Apakah janji mentadbir negara bebas dari rasuah dan penyelewengan itu kotor?

Hassan kena bukti kesemua ini kotor, bukan bertegas kepada kes liwat yang belum tentu hujung pangkalnya sudah dikira kotor.Untuk itu Hassan perlu menyaingi kemampuan DSAI menarik sokongan rakyat.Tidak ada gunakan mendakwa mahu menyelamatkan rakyat dari kekotoran DSAI cuma dengan bercakap kepada media dan TV sahaja tetapi Hassan kena menjelajah negara seperti DSAI membawa segala hujah dan bukti untuk ditunjukkan kepada rakyat.

Masa untuk membuktikan dakwaannya demi untuk rakyat.Begitu juga orang orang yang menyokong perjuangannya harus bersama sama menjelajah negara membawa bersama hujah dan bukti yang ada untuk ditunjukkan kepada rakyat.Hassan tidak seharusnya menjadikan dirinya "one time Hero" dengan muncul di TV saban malam untuk satu tempoh waktu yang terhad dan kemudian hilang, kalau benar dia mahu menyelamatkan rakyat dari kekotoran DSAI.Hassan perlu berjanji dengan rakyat untuk kehidupan yang lebih baik dari apa yang dijanjikan oleh DSAI.

http://www.tranungkite.net/-

Ulasan :

Datuk Hasan Ali seingat saya masuk PAS semasa Reformasi meledak dalam negara berlaku pada tahun 1998. Semasa itu bukan dia sahaja yang masuk PAS tetapi ramai lagi yang menyokong dan menyatakan simpati keatas DSAI. Ada yang masuk PAS dan ada yang bersama dengan Keadilan.

Akhirnya selepas sekian lama selepas beberapa kali konspirasi keatas DSAI dan demi untuk melemahkan Pakatan Rakyat, rupanya ada yang berkelulusan PHD sudah terpengaruh dengan arus dan gelombang permainan musuh dan sanggup menari sumbang dalam partinya sendiri.

Akibatnya dia dikeluarkan sesuai dengan peraturan permainan bila cubaannya beberapa kali untuk menyumbat bola ke gol sendiri dan bukannya ke gol lawan. Keputusan Muktamar mengenai Negara Berkebajikan ditolak semudahnya.

Penyokong menjadi panik dan hairan, dan akhirnya pemain seperti Hasan Ali dikeluarkan.

Seperti kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang menjawab pertanyaan wartawan dengan katanya mana ada parti di dunia yang tidak pecat ahlinya yang tidak senonoh.

Rasanya adalagi yang masih tidak senohon seperti dikatakan Mursyidul Am, kita tunggu kalau ada yang nampaknya semacam ada harapan untuk dipecat lagi ?

Ucapan Anwar Selepas di Bebaskan

16 Safar 1433H. [MOD] -

Berikut adalah rakan ucapan DSAI selepas beliau diumumkan oleh Hakim dibebaskan dari tuduhan di Mahkamah Jalan Duta pagi tadi.

Kelantan jadi hub barangan halal

15 Safar 1433H. [MOD] -
Rizal Tahir,

(Husam di The 16th Chinese New Year Shopping Festival In Sinchuan)

CHENGDU, China, 9 Jan: Kelantan dicadangkan menjadi hub barangan halal di rantau Asia Pasifik memandangkan negeri itu berupaya mencapai hasrat tersebut.

Bagi menjayakan hasrat itu juga, Pertubuhan Islam Asia Pacific (PIAP) perlu ditubuhkan untuk memberi tumpuan kepada barangan halal khususnya kesedaran pengguna terhadap barangan halal dan kualiti.

Pengarah The Economic Development Administrative Center Of Cheng Du Municipal Islam Association PRC, Moussa Ma Jian Xue, berkata demikian sewaktu perjumpaannya dengan exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa, di sini baru-baru ini.

“Bagi mencapai hasrat itu, kerjasama persijilan halal antarabangsa khususnya barangan dari negara China serta latihan dalam indutri pengeluaran produk halal perlu diadakan bersama,”ujarnya.

Katanya lagi, bagi menjayakan hasrat berkenaan, satu expo pameran produk halal di peringkat antarabangsa sebanyak dua kali setahun perlu diadakan di Kota Bahru.

“Expo barangan halal ruang pameran halal dari seluruh dunia dua kali setahun di Kota Bahru dengan menyediakan ruang pameran yang besar untuk barang halal dari seluruh dunia juga perlu diadakan,”ujarnya lagi.

Dalam lawatan tiga hari itu juga, deligasi kerajaan negeri turut dibawa melawat The 16th Chinese New Year Shopping Festival In Sinchuan, salah satu expo sempena tahun baru Cina.

Rumah kos rendah dalam taman

Sementara itu, sebanyak 1,000 rumah kos rendah dan sederhana mampu bilik dijangka akan dibina di negeri ini oleh sebuah syarikat terkemuka di wilayah tersebut.

(Gambar: Husam melihat model pembangunan perumahan yang dibuat oleh Jindi)

Syarikat Sichuan Jindi Co. Ltd. telah menyatakan kesediaan mereka untuk melaksanakan pembinaan berkenaan sewaktu pertemuan dengan exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa, baru-baru ini, di sini.

“Syarikat Jindi Co. Ltd secara asasnya telah menyatakan persetujan mereka untuk membina projek perumahan mampu milik di Kelantan.

“Sekurang-kurangnya 1,000 unit rumah kos rendah dan kos sederhana akan dibina oleh syarikat ini,” ujar Husam selepas pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Jindi Co. Ltd. Weijie Zeng.

Tambahnya, perbinaan itu nanti akan diterapkan dengan falsafah rumah dalam taman seperti yang digunakan di wilayah tersebut.

“Konsep rumah dalam taman sangat harmoni dan akan memberi ketenangan kepada penduduk nanti,” ujarnya lagi.

Husam adalah dalam lawatan balas kerajaan negeri ke wilayah aitu selepas di jemput oleh Weijie Zeng yang melawat Kelantan sebelum ini.

Manakala Weijie Zeng dijangkakan akan melawat Kelantan dua minggu lagi untuk melawat lokasi yang dijangka bagi membina projek perumahan berkenaan.

Turut serta dalam sesi lawatan itu, CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Ir Mustapha Salleh dan Ahli Lembaga Kelantan Gold Trade, Dr Hanapi Mohamad.

Surat pemecatan telah dihantar kepada Hasan Ali

15 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 9 Jan: PAS telah menghantar surat pemecatan sebagai ahli kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali tengahari tadi.

Surat itu telah disampaikan dengan tangan oleh kakitangan Pejabat Agung PAS ke rumah Hasan Ali di Pinggiran Taman Tun Dr Ismail.

(Gambar: Presiden PAS ketika mengumumkan pemecatan Hasan Ali)

Surat yang ditanda tangani oleh Setiausaha Agung PAS itu telah diserahkan kepada anak Hasan Ali kira-kira jam 12 tengahari tadi.

"Melalui surat itu, kita telah nyatakan beliau telah dipecat sebagai ahli namun dia berhak membuat rayuan kepada Majlis Syura Ulama dalam tempoh 30 hari," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Musatafa kepada Harakahdaily.

Mesyuarat AJK PAS Pusat semalam membuat keputusan memecat Hasan.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang mempengerusikan mesyuarat itu berkata, Hasan dipecat berdasarkan Fasal 82(9) Perlembagaan PAS.

(Gambar: Hasan menyerang pemimpin PAS lagi dalam ucapan di rumah beliau malam tadi sebagaimana yang dilaporkan oleh Astro Awani)

"Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Datuk Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS," katanya dalam kenyataan ringkas kepada Harakahdaily semalam.

Malam tadi, Hasan sekali lagi menyerang PAS dengan mendakwa PAS bertindak berdasarkan seorang iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam ucapan yang dibuat di rumahnya, Hasan mendakwa, PAS memecatnya kerana mengkritik Anwar.

Harakahdaily/-

Adam Adli digantung 3 semester

15 Safar 1433H. [MOD] -
Harakahdaily,
TANJUNG MALIM, 9 Jan: Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abdul Halim (gambar) digantung tiga semester oleh universiti itu selepas didapati bersalah kerana menurunkan gambar Datuk Seri Najib Razak.

Menurut maklumat yang Harakahdaily terima, keputusan menggantung Adam diputuskan oleh pihak jawatankuasa tatatertib UPSI hari ini.

"UPSI ada tiga pilihan, memberikan amaran, menggantung pengajian atau memecat Adam dari UPSI...nampaknya UPSI memilih hukuman pertengahan iaitu menggantung beliau tiga semester," kata sumber kepada Harakahdaily.

Pertuduhan tersebut berkait tindakan Adam Adli menurunkan bendera bergambar muka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di bangunan PWTC, 18 Oktober lalu dan keterlibatannya dalam demonstrasi di hadapan UPSI, 31 Disember lalu.

Sebelum ini, tindakan Adam Adli menurunkan bendera Najib sebagai tindakan protes terhadap sistem pengajian tinggi telah menerima pelbagai ugutan termasuk ugutan bunuh, pukul, ludah dan cacian.

Ugutan yang dihantar kepada Adam Adli termasuk daripada beberapa blogger Pro Umno, kiriman SMS malah video melalui youtube yang mengugut ingin meludah dan memukul mahasiswa ini.

Adam Adli, Koordinator Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) merupakan pelajar semester kelima dan berbaki satu semester pengajian.

Sementara itu, Solidariti Mahasiswa Malaysia akan memfailkan kes penggantungan Adam Adli di Mahkamah Tinggi.

Pertuduhan tersebut berkait tindakan Adam Adli menurunkan bendera bergambar muka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di bangunan PWTC, 18 Oktober lalu dan keterlibatannya dalam demonstrasi di hadapan UPSI, 31 Disember lalu.

Adam Adli merupakan pelajar semester kelima dan berbaki satu semester lagi sebelum menamatkan pengajian.

Sementara itu, Solidariti Mahasiswa Malaysia akan memfailkan kes penggantungan Adam Adli di Mahkamah Tinggi.

MB Selangor nasihat Hasan Ali letak jawatan secara sukarela

15 Safar 1433H. [MOD] -

Kerajaan Negeri menghormati keputusan PAS memecat Datuk Dr Hasan Ali dan Dato' Menteri Besar telah mendapat nasihat daripada Pejabat Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri berkenaan status Dr Hasan sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO).

Pejabat Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri telah menasihatkan bahawa Dato' Menteri Besar mempunyai kuasa untuk menggugurkan Dr Hasan sebagai ahli Exco kerana beliau tidak lagi mewakili Pas dalam Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

Namun begitu, Dato' Menteri Besar menyeru supaya Dr Hasan melepaskan jawatannya secara sukarela kerana adalah amat jelas beliau tidak lagi mewakili Pas.

"Saya berpendapat beliau sebagai seorang 'gentleman' perlu melepaskan jawatan ahli Exco secara sukarela kerana ini adalah untuk kebaikan beliau sendiri dan mereka yang terlibat," kata Menteri Besar, Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim.

Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri juga berpandangan bahawa meskipun perkenan DYMM Sultan Selangor diperlukan dalam pelantikan Ahli EXCO, namun perkenan DYMM Sultan tidak diperlukan untuk pelucutan atau pengguguran jawatan EXCO.

Dato' Menteri Besar akan mengadap DYMM Sultan Selangor pada Jumaat ini untuk memberi taklimat kepada baginda berhubung perkembangan terbaharu dan berbincang dengan baginda mengenai calon-calon penganti yang sesuai bagi jawatan EXCO.

Dikeluarkan oleh
SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO' MENTERI BESAR

Lelaki ditahan bersama syabu RM2.88 juta

Safar 1433H. [MOD] -

BUTTERWORTH — Seorang lelaki rakyat tempatan ditahan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 11.55 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM2.88 juta di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), dekat sini malam tadi.

Pengarah JKDM Pulau Pinang, Datuk Zulkifli Yahya berkata, lelaki berusia 40-an itu ditahan pada pukul 10.30 malam setelah pegawai kastam dari Unit Khas Pemeriksaan Penumpang (UKPP) mengesan imej yang meragukan dalam bagasi miliknya.

"Lelaki itu baru tiba di balai ketibaan LTAPP dari Guang Zhou, China dan pemeriksaan rapi oleh pegawai kastam dari cawangan Penguatkuasaan Narkotik menemui lima kotak dalam bagasinya.

"Setiap kotak itu mengandungi serbuk kristal dipercayai dadah jenis syabu, kesemuanya seberat 11.55 kilogram dan bernilai RM2.88 juta,” katanya pada sidang akhbar di Stor Penguatkuasaan JKDM Pulau Pinang di Bagan Jermal, di sini hari ini.

Beliau berkata, menurut rekod perjalanan, lelaki terbabit telah beberapa kali pergi ke China dan pihaknya tidak menolak kemungkinan ia mempunyai kaitan dengan aktiviti pengedaran dadah.

Zulkifli berkata, lelaki itu kini direman selama 14 hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu dalam kes berasingan beliau berkata, pihaknya merampas 69,984 tin minuman keras (bir) bernilai RM869,551.20 yang cuba diseludup masuk pada 3 Januari lepas menerusi Pelabuhan Kontena Butterworth Utara (NBCT).

Beliau berkata, pihaknya menahan sebuah kontena di luar pintu keluar NBCT pada pukul 3.55 petang dan hasil pemeriksaan, sejumlah minuman keras ditemui.

Susulan itu sebuah lagi kontena yang berada dalam kawasan pelabuhan ditahan.

"Kedua-dua kontena itu telah diikrarkan berisi ”yf-ry flexographic printing machine” . Susulan itu, kami menahan seorang lelaki berusia 70-an iaitu wakil agen penghantaran bagi membantu siasatan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Zulkifli berkata, 1,478 kilorgam mercun dan bunga api bernilai RM24,710 termasuk cukai dirampas dalam pemeriksaan terhadap sebuah lori di Bandar Darul Aman, Kedah pada pukul 9.45 malam 5 Januari lepas.

"Kami menahan pemandu lori terbabit berusia 40-an bagi membantu siasatan,” katanya.

— BERNAMA

Najib pulang daripada lawatan ke Afrika Selatan

15 Safar 1433H. [MOD] -

SEPANG 9 Jan. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pulang ke tanah air selepas menamatkan lawatan rasmi dua hari ke Afrika Selatan atas undangan Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma.

Perdana Menteri bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba dengan pesawat khas di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada 2.40 petang.

Najib adalah antara 46 pemimpin negara yang berhimpun di Bloemfontein, kira-kira lima jam perjalanan dari Johannesburg, pada Ahad, bagi menyaksikan sambutan ulang tahun ke-100 parti pemerintah Afrika Selatan, Parti Kongres Kebangsaan Afrika (ANC).

Kehadiran Perdana Menteri pada sambutan itu melambangkan sokongan Malaysia kepada ANC yang berjuang ke arah pembebasan Afrika Selatan daripada dasar aparteid, yang dicapai pada 1994.

Turut sama menyambut kepulangan Najib di lapangan di sini ialah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. — BERNAMA

Remaja didera mahu suami dipenjara

15 Safar 1433H. [MOD] -

KEADAAN Sahar Gul dengan kesan deraan pada muka dan lehernya ketika mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Kabul.
Gadis berusia 15 tahun enggan jadi pelacur diseksa keluarga mentua hingga patah jari

KABUL: Seorang remaja berusia 15 tahun mahu suami dan keluarga suaminya dikenakan hukuman penjara kerana menderanya selama beberapa bulan selepas dia berkahwin dan tinggal dengan mereka.

Mengulas pengalaman buruknya buat kali pertama selepas diselamatkan, Sahar Gul menyalahkan suami, ibu dan bapa mentua serta kakak ipar atas penderitaannya.“Saya mahu mereka dipenjarakan. Mereka mengenakan kejutan elektrik terhadap saya. Mereka juga memukul saya dengan kabel dan mendera.”

Satu suruhanjaya dibentuk bagi menyiasat kes yang mendedahkan masalah yang dihadapi wanita Afghanistan selepas kejatuhan Taliban. - Hamid Karzai, Presiden Afghanistan

Sahar memberi temu ramah itu kelmarin dari sebuah hospital di sini dengan keadaan mukanya yang lebam dan berdarah. Dia kini dianggap sebagai ‘wajah hak asasi wanita’ di Afghanistan selepas diselamatkan lewat Disember lalu daripada perkahwinan yang diatur itu apabila bapa saudaranya menelefon polis.

Dia dirawat untuk pelbagai kecederaan termasuk jarinya yang patah dan kuku yang dicabut.

Polis di wilayah Baghlan tempat Gul diselamatkan, mendedahkan keluarga mentua mengunci dan mendera Sahar selepas dia enggan bekerja sebagai pelacur.
Ibu bapa suami dan kakak iparnya sudah ditahan tetapi mereka menafikan melakukan sebarang kesalahan. Pihak berkuasa turut mengeluarkan satu waran tangkap ke atas suaminya yang berkhidmat dalam tentera Afghanistan.

Doktornya, Feriba Omarzada, berkata Gul dalam proses untuk pulih namun masih trauma dengan apa yang menimpanya.

Kisah Sahar mengejutkan Afghanistan dan mencetuskan gesaan supaya lebih banyak usaha menamatkan perkahwinan bawah umur dilakukan.

Usia perkahwinan sah di Afghanistan ialah 16 tahun, namun agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Wanita menganggarkan separuh daripada gadis berusia bawah 15 tahun dipaksa berkahwin.

Presiden Hamid Karzai sudah membentuk satu suruhanjaya untuk menyiasat kes itu yang mendedahkan masalah yang dihadapi wanita Afghanistan, 10 tahun selepas kejatuhan Taliban.

Kecederaan pada anggota badan Sahar dan perkahwinannya pada usia masih muda juga mengingatkan penderaan wanita masih berleluasa di Afghanistan.

Sahar masih dalam jagaan doktor selepas dipindahkan dari sebuah hospital di Baghlan untuk dirawat sehingga pulih sepenuhnya. – AP

Bayi digilis lori

15 Safar 1433H. [MOD] -

KEMAMAN –“Sejak tiga hari lepas Syakir kerap nangis, saya pelik juga sebab dia bukan budak mudah nangis dan waktu bawa pergi pasar minggu dia tiba-tiba muntah.

“Pagi semalam (kelmarin) pula dia makan nasi goreng banyak sangat dan turut ambil nasi dalam pinggan abangnya, kemudian lepas makan dia terus naik ke dalam bakul motosikal abahnya sebelum abahnya sempat naik motor,” luah Zuriah Ismail, 36, mengimbas kembali keletah berlainan anak bongsunya sebelum menerima berita buruk anaknya itu maut digilis lori.

Muhammad Syakir Zufayri Mohd Asri yang manja dipanggil Syakir bakal menyambut ulang tahun kelahiran kedua pada 26 Februari depan maut serta merta di tempat kejadian selepas motosikal yang dinaiki bersama bapanya, Mohd Asri Nawi, 36, dirempuh lori hantu yang sedang mengundur dan tidak sedar akan kehadiran mereka dalam kejadian di Kuari Terengganu Tengah Sdn Bhd, Ibok, Kijal, kelmarin.

Zuriah yang masih lesu kerana terlalu terkejut dengan musibah itu berkata, ketika duduk di dalam bakul motosikal untuk mengikut suaminya keluar ke kawasan kuari Syakir tidak banyak bercakap dan lebih banyak berdiam diri sementara kakak dan abang Syakir, Nor Anis Farhana, 7, dan Muhammad Luqman Rafiqin, 5, tidak ikut.


“Adik jangan tinggal ibu”

Kata ibu tiga anak ini, suaminya ketika itu hanya memakai seluar pendek dan tidak memakai baju kerana hanya mahu pergi sekejap sahaja ke kawasan kuari itu untuk me-ngambil minyak gris kerana mahu membaiki motosikal yang rosak dan dua beranak itu keluar rumah kira-kira jam 8.40 pagi.

“Syakir memang suka mengikut jika abahnya nak ke mana-mana. Saya menerima berita malang kejadian ini selepas dikejutkan dari tidur oleh abang ipar yang datang memberitahu kerana semalam saya demam, namun waktu sampai tempat kejadian orang ramai tak bagi saya lihat dari dekat keadaan anak yang masih berada di bawah tayar belakang lori dan suruh saya balik,” luahnya ketika dikunjungi Sinar Harian di rumah ibunya di Batu 9, Ibok, semalam.
Sejak Syakir baru dilahirkan, Zuriah juga mengakui naluri keibuannya terdetik bahawa anaknya tidak panjang umur tambahan lagi Syakir juga kerap tidak sihat kerana menghidap asma menyebabkannya memiliki fizikal yang kecil dan berat badannya tidak sampai sembilan kilogram.

“Dan saya pernah cakap padanya…adik jangan tinggal ibu…,” kata Zuriah dengan air mata laju mengalir.

Katanya, kehilangan Syakir amat dirasai dan kesedihan tidak dapat diluahkan dengan kata-kata tambahan lagi anaknya itu masih menyusu badan.

Menurutnya, apa yang paling tidak dapat dilupakan karakter anaknya yang agak istimewa iaitu gemar bermain dengan ayam dan kucing berbanding bermain dengan alat permainan serta pandai bercakap dalam loghat Besut seperti memanggil aye (ayam) dan ike (ikan) meskipun suaminya sendiri yang berasal dari Besut loghatnya tidak sepekat itu.


Lihat anak digilis tayar lori

Tragedi menyayat hati itu berlaku tanpa diduga sehingga Mohd Asri yang melihat sendiri Syakir digilis lori dan darah memercik meraung kesedihan sambil cuba mahu mengalihkan anaknya itu yang berada di bawah tayar lori hantu penuh dengan muatan batu kuari.

Bagaimanapun, cubaan Mohd Asri untuk mengalihkan anaknya yang telah kaku untuk dihantar ke hospital dihalang penduduk yang datang memenuhi kawasan kejadian kerana keadaan bayinya itu yang tersepit bersama motosikal di bawah tayar lori itu.

Zuriah berkata, sebelum musibah itu terjadi sebenarnya suaminya sudah mahu pulang ke rumah kerana sudah mengambil minyak tetapi bapa saudaranya, Mohamad Daud, 36, yang bekerja di kuari itu datang ke arah suaminya yang ketika itu berada di atas motosikal kerana mahu bermain dengan Syakir.

Namun, walau Mohamad puas mencuit, Syakir hanya mendiamkan diri sebelum Mohamad dan Mohd Asri terkejut melihat lori mengundur laju ke arah mereka.

“Ketika itu motosikal Honda EX5 yang dinaiki suami saya enjinnya masih hidup tapi walau pedal minyak telah ditekan motosikal tidak bergerak dan dalam keadaan panik itu, suami sempat mencapai tangan Syakir sambil melompat dari motor tapi kata suami yang cerita kejadian itu kepada saya, tangan Syakir licin seperti minyak,” katanya

Bila berpaling lihat anak, Mohd Asri yang sudah jatuh ke depan sedikit hanya mampu melihat percikan darah anaknya.

Akibat musibah itu, kepala bayi malang itu pecah selain patah kaki manakala motosikal yang terpelosok pula terputus dua.

Jenazah Syakir dikebumikan jam 2 petang kelmarin bersebelahan pusara neneknya di Tanah Perkuburan Batu 9.


Otak bertaburan

“Ya Allah Ya Tuhanku apalah salah budak sebesar ini,” itu yang terdetik di hati Safiah Mamat, 71, ketika tersentak melihat Syakir yang juga merupakan cicit saudaranya terpelosok bawah tayar lori.

Ketika tiba di tempat kejadian polis masih lagi belum sampai dan hatinya luluh apabila melihat keadaan otak yang bertaburan sebelum orang ramai kemudian kutip otak dan letakkan dalam plastik.

Sementara itu, kakak Syakir, Nor Anis yang sudah mengerti apa yang berlaku ketika ditanya ke mana adik bongsunya berkata, “Adik tak dok, adik mati”.

Sinar Harian

Hampir putus kaki ditetak

15 Safar 1433H. [MOD] -

BUTTERWORTH - Macam dalam filem KL Gangster, itulah yang dapat disimpulkan oleh sebahagian pelanggan yang sedang menikmati sarapan di sebuah restoran di Jalan Raja Uda di sini awal pagi semalam apabila mereka menyaksikan seorang remaja hampir maut ditetak oleh tiga lelaki berparang.

Kejadian pada jam 4.15 pagi itu bukan sahaja mengejutkan bahkan dilihat amat menyedihkan kerana mangsa ditetak berulang kali dibahagian dua belah kakinya hingga menyebabkan kaki kanannya hampir putus.

Lebih dasyat, tiga suspek berkenaan masih sempat memastikan mangsa mereka itu benar-benar cedera parah sebelum berhenti menetaknya dan selamba meninggalkan lokasi kejadian tanpa sedikit pun merasa belas kasihan melihat mangsa mengerang kesakitan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Zulkifli Alias yang dihubungi berkata, mangsa, remaja berusia 20 tahun itu minum berseorangan ketika diserang oleh tiga lelaki bersenjatakan parang yang tiba-tiba muncul menaiki dua kereta.

“Tiga penyerangnya dikatakan terus meluru ke arah mangsa yang duduk di dalam restoran berkenaan sambil menetaknya bertalu-talu menggunakan tiga bilah parang yang dibawa mereka tanpa sepatah pun mengeluarkan suara.

“Pelanggan lain yang berada di dalam restoran berkenaan tidak berani menolong malah mengambil keputusan lari menyelamatkan diri masing-masing selepas mendapati tiga lelaki berkenaan sukar dikawal dan bertindak kejam seolah-olah dirasuk,” katanya.

Beliau berkata, suspek hanya berhenti menetak selepas mendapati mangsa yang rebah mengalami kecederaan parah termasuk hampir putus kaki kanannya sebelum selamba berjalan menuju ke kereta yang diletakkan dihadapan restoran dan berlalu pergi.

“Mangsa yang dalam keadaan berlumuran darah dan separuh sedar kemudiannya dihantar mendapatkan rawatan di Hospital Seberang Jaya oleh orang ramai.

“Pihak kita difahamkan mangsa masih belum sedarkan diri dan berada dalam keadaan kritikal kerana mengalami kecederaan parah dan kehilangan darah yang banyak,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu sengaja mendatangkan kecederaan parah dan berdasarkan siasatan awal pihaknya tidak menolak kemungkinan kejadian itu bermotifkan balas dendam.

Zulkifli turut meminta saksi yang melihat kejadian itu tampil membantu pihaknya mengesan suspek terlibat dengan menghubunginya terus atau membuat lapuran dimana-mana balai polis terdekat.

Sinar Harian

Anwar Bebas: Dedah bukti Konspirasi kotor Umno/BN

15 Safar 1433H. [MOD] -

Keputusan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari pertuduhan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan sebentar tadi memberi kesan yang amat besar terhadap masa depan Pakatan Rakyat membabitkan kesedaran rakyat berhubung budaya jijik musuh-musuh politik beliau.

Membebaskan Anwar dari hukuman penjara juga memberikan persepsi bahawa segala konspirasi untuk menfitnah dan mengaibkan beliau selama ini telah gagal.

Keputusan tersebut sekali gus menunjukkan Anwar adalah seorang yang bersih. Manakala pelbagai deretan konspirasi untuk mengaibkan beliau selama ini adalah rekaan yang sengaja direkacipta oleh musuh-musuh politik Anwar.

Di mata rakyat pula, pembebasan Anwar akan memperjelaskan lagi bahawa Anwar tidak bersalah. Di masa yang sama rakyat akan mengutuk pelbagai 'adegan' samaada pertuduhan yang disabitkan dengan Saiful Bukhari Azlan atau filem prono yang dikaitkan dengan 'skuad' trio Datuk 'T' sebelum ini.

Kesimpulannya, Pembebasan bukan hanya sekadar kemenangan besar terhadap personaliti Anwar sahaja malah kepimpinan serta parti yang beliau wakili turut mendapat kemenangan saikologi.

Atau dalam lain perkataan, seluruh rakyat akan percaya bahawa segala tindak tanduk selama ini adalah perancangan yang sengaja di atur oleh pemimpin-pemimpin Umno/BN untuk mengenakan Anwar.

Secara terus, keputusan pembebasan Anwar mengheret pencemaran yang lebih kronik kepada musuh-musuh politik beliau yang terdiri dari pemimpin-pemimpin Umno/BN.

Daya tahan pemimpin ulung

Pembicaraan selama 87 hari sejak 2008 merupakan suatu tempoh yang memenatkan bukan sahaja dari kudrat tenaganya tetapi lebih perit kepada tekanan mental mereka yang cuba disabitkan kesalahan.

Inilah realiti yang telah di lalui oleh Anwar. Konspirasi fitnah 1 yang ditempuh ketika era Dr Mahathir dan disambung pula ketika era Najib telah memberi pengalaman dan kekentalan yang bukan sedikit.

Sebagai seorang ahli politik, ketua pembangkang dan pemimpin komponen pakatan Rakyat untuk menyongsong diri dan membawa muka keseluruh ceruk rantau disaat beliau diaibkan oleh musuh serta media bukan sesuatu yang mudah.

Segala penghinaan tersebut telah dibawa dan diterima oleh Anwar.

Pengorbanan Wan Azizah

Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, isteri Anwar ketika berucap malam tadi di Kampong Baru Kuala Lumpur berkata bahawa beliau terpaksa menerima hakikat bahawa Anwar bukan sahaja milik beliau malah milik seluruh rakyat yang cintakan keadilan.

Katanya, beliau terpaksa menerima hakikat bahawa samaada Anwar di penjara atau dibebaskan bukan persoalannya. Beliau telah berpengalaman menanggung beban selama 13 tahun hidup bersama Anwar yang tidak henti-henti difitnah dengan pelbagai konspirasi.

"Saya rela biarkan Anwar di penjara sekiranya perjuangan beliau tersebut untuk membela keadilan untuk semua rakyat negara ini. Biarlah saya, anak-anak dan Anwar menjadi korban asalkan rakyat sedar dan bangun menghancurkan segala kezaliman yang dilakukan oleh pemerintah yang zalim.

"Andai kesabaran dan pengorbanan ini yang perlu saya bayar maka inilah yang saya akan lakukan."

Gelombang kebangkitan Rakyat

Mungkin hari ini, esok dan beberapa hari ini pemimpin-pemimpin Umno/BN akan mengeluarkan kenyataan bahawa pembebasan Anwar membuktikan kerajaan tidak campurtangan atau mempengaruhi institusi kehakiman negara sebagimana sangkaan pembangkang.

Mungkin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pula akan berkata pembebasan Anwar juga membuktikan tranformasi yang sedang beliau lakukan dalam negara termasuk dalam bidang kehakiman telah terbukti dan tidak memilih bulu.

Skrip-skrip inilah yang digunakan oleh pemimpin-pemimpin Umno/BN sejak 54 tahun menguasai negara apabila sesuatu isu yang tidak memihak kepada mereka.

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu ketika berucap dipentas yang sama bersama wan Azizah malam tadi berkata sejak kebelakangan ini media kerajaan memainkan isu berhubung siapa pemimpin pembangkang yang layak menjadi perdana menteri.

"Ini bukti jelas bahawa pemimpin serta media milik Umno/BN sendiri tidak yakin lagi untuk menang dalam pilihanraya akan datang. Sedangkan dalam pilihanraya sebelum ini isu ini tidak pernah timbul.

"Ini juga bukti bahawa kita penuh yakin pilihanraya akan datang pakatan Rakyat akan tawan Putrajaya kerana kebangkitan rakyat sudah tidak boleh dihalang lagi," katanya dihadapan lebih 5,000 penyokong.

Kenyataan beliau sememangnya ada kebenarannya. Ini memandangkan ramai pengundi senyap yang terdiri dari pegawai-pegawai kerajaan sudah berani menyokong PR. Pendedahan pelbagai transaksi dan lapuran-lapuran kewangan yang diserahkan kepada pemimpin PR supaya didedahkan kepada pengetahuan rakyat membuktikan rakyat sudah benci kepada pemimpin-pemimpin korap.

persoalannya apakah dengan pelbagai pendedahan berhubung isu NFC, PKFZ dan sebaginya oleh kakitangan kerajaan membuktikan kejayaan tranformasi Najib.

Apakah dengan tertawannya lima negeri kepada PR membuktikan Umno/BN berjaya membela nasib rakyat sehingga akhirnya rakyat menolak mereka.

Seharusnya sikap 'syok sendiri' dikalangan pemimpin Umno/BN ini dibiarkan berterusan.

Kita tidak boleh menolak bahawa keputusan yang diputuskan oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah juga kesan dari kesedaran oleh para hakim sendiri untuk memastikan integriti kehakiman negara dihancurkan oleh pemimpin-pemimpin Umno.

Sekiranya rakyat berani berarak dijalanan dan tidak takut dengan ugutan maka mustahil para hakim yang pintar, bijak dan mampu menilai kebaikan disebalik melaksanakan proses keadilan itu tidak sanggup untuk berubah.

Keberanian para hakim ini didorong oleh kebangkitan rakyat yang mahu memastikan negara ini berdaulat melalui perlaksanaan sistem pengadilan yang berteraskan keadilan dan kebenaran.

Ramai yang percaya sekiranya hakim Datuk Mohamad Zabidin dipecat atau diperlakukan sesuatu oleh pemimpin-pemimpin Umno ekoran keputusan membebaskan Anwar, rakyat akan membela mereka.

Kebangkitan rakyat diseluruh dunia akan meletakkan paksi kebenaran, keberanian dan keadilan sebagai simbol yang akan diberi dokongan dan idola kepimpinan.

Selain Anwar telah wujud nama-nama seperti Adam Adli yang dilihat sebagai simbol perjuangan mahasiawa membebaskan diri dari cengkaman AUKU.

Atau dalam kata lain. sesiapa sahaja yang menjadi musuh kepada Umno/BN akan dianggap wira oleh rakyat. Inilah gerakan yang sedang bertiup di negara ini. Hinggakan segala kepincangan kerajaan terbocor satu demi satu kepada rakyat.

Siapa Perdana Menteri terjawab

Polimik berhubung siapa perdana Menteri sekiranya Anwar di penjara bermula dengan mainan politik murahan pemimpin-pemimpin serta media milik mereka yang cuba memecahbelah parti-parti komponen pakatan Rakyat.

Mereka sedar Anwar adalah 'pengikat' kepada PAS-DAP dalam PR. Tanpa Anwar kewujudan PR tidak akan menjadi realiti. Dalam kebanyakan mesyuarat pimpinan tertingi PR, Anwarlah yang menjadi pengerusinya.

Andai Anwar dipenjara maka hilanglah meteri pengikatnya. Lalu isu siapa perdana menteri apabila ketiadaan Anwar sengaja dimainkan dengan harapan ia sebagai cubaan melaga-lagakan antara PAS dan DAP.

DAP telah mengistiharkan semasa konvensyen parti itu semalam bahawa DAP akan tetap meletakkan Anwar sebagai perdana menteri walaupun beliau dipenjara.

Manakala PAS pula bersetuju untuk meletakkan perdana menteri sementara bagi membolehkan Anwar dibebaskan.

Akhirnya dengan pembebasan Anwar maka secara tidak langsung isu yang cuba diketangahkan itu mematikan harapan strategi pecah perintah yang dilakukan kepada kepada pembangkang selama ini.

Himpunan Aman

Berdasarkan kepada laporan beberapa wartawan TVSelangor yang berada disekitar kawasan mahkamah jalan Duta hari ini ada memaklumkan berlaku satu letupan yang mencederakan dua orang.

Letupan itu didakwa berlaku berhampiran sebuah kereta sejurus selepas hakim memutuskan pembebasan Anwar.

Manakala sebelum keputusan tersebut diputuskan berlaku suasan tegang antara orang yang memberi sokongan kepada Anwar dengan kumpulan Saiful yang terdiri dari anggota Perkasa dan Pekida.

Sementara itu sejak semalam Perkasa dan Pekida pula mengadakan majlis Qiamulai di Masjid Wilayah persekutuan berdekatan dengan bangunan mahkamah Jalan Duta.

Namun dengan kerjasana pihak polis dan Skuad marshal AMK keadaan tersebut terkawal.

Masej dari perhimpunan aman tersebut amat besar ertinya. Sebagaimana berlaku dalam himpunan aman yang dianjurkan tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini sekiranya tanpa sabotaj dari mana-mana pihak.

Bimbang dan takut untuk menyaksikan himpunan yang besar adalah dari pemimpin-pemimpin Umno/BN kerana himpunan yang besar akan memberikan sokongan yang besar terhadap penganjurnya.

Masej ini yang cuba dihindarkan oleh pemimpin-pemimpin tersebut dengan memperkuda institusi polis. Sedangkan sekiranya Umno/BN pula dibenarkan menganjurkan pelbagai perhimpunan seperti himpunan sejuta belia, himpunan sejuta umat dan perayaan hari kemerdekaan atau perarakan maulidurrasul.

Begitu juga malam sambutan tahun baru yang dibanjiri oleh ribuan rakyat ke bandar-bandar yang tidak menimbulkan sebarang ancaman walaupun tidak diberi permit.

Perhimpunan aman yang berlangsung membuktikan tanpa provokasi dari mana-mana pihak akan menghasilkan himpunan yang aman.

Apa pun pembebasan Anwar hari ini akan membuka ruang yang lebih luas bagi PR menghadapi PRU13 akan datang dalam usaha menyelusuri laluan menuju ke Putrajaya.

tv selangor/-

Lintas Langsung Mahkamah Jalan Duta (27)


15 Safar 1433H. [MOD] - DATUK Seri Anwar Ibrahim bertemu penyokongnya di luar pekarangan mahkamah selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebas dan melepaskan beliau daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, hari ini.

Penduduk bantah Bazar Sore 1Malaysia

15 Safar 1433H. [MOD] -

Wee Choo Keong (kanan) menunjukkan poster cadangan Bazar Sore 1Malaysia yang dibantah penduduk di Jalan Prima Setapak, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Penduduk di Jalan Prima Setapak di sini mengadakan demonstrasi aman bagi membantah cadangan untuk mewujudkan Bazar Sore 1Malaysia berdekatan kediaman mereka kerana ia bakal mengakibatkan kesesakan lalu lintas.

Mereka mendakwa, kesesakan lalu lintas yang amat teruk bakal berlaku pada waktu puncak sekiranya bazar tersebut memulakan operasi di tanah lapang milik Kementerian Pendidikan itu pada 10 Januari ini.

Mereka juga mendakwa bazar yang akan beroperasi selama 12 jam bermula pukul 2 petang itu bukan sahaja mengganggu ketenteraman penduduk malah meningkatkan gejala sosial serta meningkatkan masalah kesihatan.

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong berkata, sekiranya cadangan itu diluluskan, ia akan mengakibatkan kesesakan di laluan tersebut lebih teruk berbanding Bazar Larut Malam Danau Kota.

Menurutnya, keadaan jalan sedia ada juga sempit kerana dikelilingi banyak kawasan perumahan.

"Kami akan berusaha untuk mengumpulkan seberapa banyak tanda tangan peniaga dan penduduk bagi mendapatkan sokongan bantahan terhadap projek ini.

"Diharap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar tidak meluluskan permohonan untuk mewujudkan bazar itu.

"Sebaliknya kami mencadangkan supaya tapak itu dijadikan kawasan permainan kanak-kanak dan rekreasi bagi penduduk sekitar," katanya ketika ditemui pemberita.

Beliau sudah menulis dua pucuk surat kepada DBKL untuk siasatan lanjut berkenaan bazar itu tetapi sehingga kini, tiada sebarang jawapan diterima.

Sementara itu, wakil penganjur bazar berkenaan, Low Kok Heng, 34, berkata, aktiviti bazar itu mampu menjana ekonomi penduduk dan peniaga kerana mereka akan disatukan dalam komuniti Bazar 1Malaysia.

Menurutnya, sebanyak 350 gerai bakal dibuka melibatkan peniaga Melayu, Cina serta India.

kosmo/-

Hanya 50 turun sokong Saiful

15 Safar 1433H. [MOD] -

Hanya sekitar 50 orang penyokong Saiful Bukhari Azlan – pengadu dalam kes Liwat II – hadir dalam perhimpunan di kawasan Masjid Wilayah Persekutuan ketika mahkamah menyampaikan keputusan perbicaraan melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Kehadiran penyokong itu, di bawah panji Pertubuhan Permufakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas), bagaimanapun sudah cukup untuk mencetus kekecohan dan juga pergaduhan kecil apabila mereka mula berarak ke kawasan mahkamah.

NONESetiausaha agung Permas, Zulkifly Shariff yang mengetuai perhimpunan hari ini, sebelum dilaporkan bahawa pertubuhan itu akan menggerakkan sehingga 5,000 orang untuk menyertai perhimpunan itu.

Ratusan para penyokong Anwar kemudiannya mula mendekati kumpulan tersebut apabila pasukan berbaju kuning dengan slogan "anti sex bebas 901" itu mula keluar daripada kawasan masjid tersebut dan menuju ke mahkamah.

Perang mulut kemudiannya tercetus apabila kumpulan penyokong Anwar mula membantah tindakan kumpulan penyokong Saiful yang membawa kain rentang antaranya dengan slogan "tolak Anwar", "pertahankan sistem dan institusi kehakiman" serta "liwat tetap liwat."

Polis antara lain menetapkan syarat supaya peserta perhimpunan hari ini tidak membawa apa-apa kain rentang.

Tolak menolak dan pergelutan kecil kemudiannya berlaku di antara beberapa orang kumpulan penyokong berkenaan apabila beberapa orang penyokong Anwar berusaha untuk merampas kain rentang berkenaan.

Keadaan kelam kabut itu juga menyebabkan beberapa orang terjatuh.

Pergelutan di kawasan jalan berhampiran pusat penjaja medan selera itu berlaku sejurus sebelum mahkamah memutuskan untuk melepaskan dan membebasakan Anwar daripada tuduhan tersebut.

Kumpulan penyokong Anwar ketika yang berang itu turut menghalau penyokong anti-Anwar itu supaya "balik."

Kumpulan pro-Saiful kemudiannya terpaksa berundur dan memasuki kawasan masjid semula apabila terus diasak oleh kumpulan pro Anwar.

Sekumpulan anggota polis yang tiba beberapa minit selepas itu kemudiannya bertindak menutup pintu pagar masjid dan menghalang kumpulan pro Anwar yang melaungkan slogan reformasi, bertakbir dan berselawat.

malaysiakini/-

Anwar Akan Jadi PM Tak Lama Lagi - Karpal

15 Safar 1433H. [MOD] -

Karpal Singh

KUALA LUMPUR: Ketua pihak pembelaan, Karpal Singh berharap pihak pendakwa tidak mencabar keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah daripada pertuduhan kes liwat kerana tiada asas yang kukuh.

Dalam pada itu Karpal yang juga Penasihat DAP berkata, keputusan berkenaan merupakan petunjuk kepada masa depan Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang.

"Ini adalah petunjuk kepada apa yang akan berlaku nanti terutamanya dalam pilihan raya.

"Anwar akan jadi Perdana Menteri seterusnya dan kita akan berada di Putrajaya sedikit masa lagi," kata Karpal.

Menurut beliau, pada dasarnya kes berkenaan bukan merupakan tuduhan yang jelas apabila pendakwa gagal mengemukakan bukti kukuh berhubung dakwaan yang dibuat oleh bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd SaifulBukhari Azlan tiga tahun lepas.

"Keputusan ini telah kita jangkakan, kerana pada peringkat awal lagi beliau tidak sepatutnya didakwa. Bukti Saiful telahpun ditolah oleh mahkamah.

"Saya harap Peguam Negara tidak memfailkan rayuan kerana ini bukan kes yang sempurna untuk dirayu.

mStar/-

Kantin SMK Clifford K.Kangsar Terbakar

15 Safar 1433H. [MOD] -

IPOH: Kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Kuala Kangsar yang terletak 50km dari sini musnah dalam satu kebakaran awal pagi ini, mengakibatkan kerugian lebih RM160,000.

Penolong Kanan Penguasa, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Ismail Darus berkata, anggota bomba dan penyelamat mengambil masa kira-kira 45 minit untuk memadamkan kebakaran itu.

"Kejadian pada pukul 4.32 pagi itu disedari oleh warden sekolah berkenaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Bagaimanapun, katanya ketika bomba tiba di tempat kejadian, kantin berkenaan telah musnah sama sekali.

Beliau berkata, pengusaha kantin yang baru beroperasi sejak seminggu lepas mengalami kerugian sebanyak RM60,000 membabitkan dapur, periuk, pinggan, mangkuk, kerusi dan meja yang baru dibeli.

Ismail berkata punca kebakaran masih disiasat.Bernama

Dua remaja maut nahas motosikal

15 Safar 1433H. [MOD] -

BUKIT MERTAJAM – Dua remaja berusia 17 tahun maut dan tiga lagi cedera dalam dua kemalangan berasingan di kilometer 132.3 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) menghala utara dan di kilometer 143.3 Lebuhraya sama menghala selatan, awal pagi kelmarin.

Kejadian pertama berlaku kira-kira jam 1.15 pagi, apabila mangsa, Muhamad Nasir Masri, 17, maut di tempat kejadian selepas bergesel dengan sebuah motosikal lain.

Saksi kejadian, Mohd Nasir Mohd Shariff berkata, kemalangan berlaku selepas seorang daripada mereka cuba mengelak motosikal Honda EX5 yang menunggang amat perlahan dan tidak mempunyai lampu belakang.

“Motosikal yang membawa seguni hampas soya itu dipotong lalu kedua mereka bertembung dan terjatuh.

“Sebuah treler yang datang dari arah belakang tidak sempat mengelak lalu merempuh mangsa. Treler itu tidak memberhentikan kenderaan, sebaliknya meneruskan perjalanan ke arah utara,” katanya.

Mohd Nasir berkata, dia segera mendapatkan mangsa yang ketika itu sudah nyawa-nyawa ikan dan mengajar mangsa untuk mengucap dua kalimah syahadah.

Namun, ia sudah terlambat kerana mangsa didapati meninggal dunia sejurus kemudian di tepi pembahagi jalan.

Ambulans tiba kira-kira 15 minit kemudian dan membawa mayat dan mereka yang cedera dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat dan rawatan lanjut.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang remaja juga berusia 17 tahun meninggal dunia selepas motosikal jenis Kawasaki 150RR yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ.

Kejadian menyebabkan mangsa, Muhamad Samir Sareh yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan (SPS) terjatuh di laluan tengah lebuh raya dan meninggal dunia sejurus kemudian.

Dalam pada itu, rakan mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ijan, 22, berkata, mereka sempat menjamu selera bersama-sama rakan yang lain di kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Bagan Ajam sebelum kejadian berlaku.

Menurutnya, mangsa mengajak mereka pulang selepas selesai makan, dan mangsa menunjukkan kelainan apabila bersikap lebih ramah, selain suka tersenyum.

“Kami semua sedih dengan pemergiannya kerana dia seorang rakan yang baik,” katanya.

Sementara itu, Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Tengah (SPT), Asisten Superintendan S Manogaran ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Beliau berkata, hasil bedah siasat mendapati kedua-dua mangsa maut akibat kecederaan parah di kepala.

Justeru, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya tampil bagi membantu siasatan.

Sinar Harian

Teruskan pertuduhan qazaf terhadap Saiful

15 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 9 Jan: Mahkamah Syariah digesa meneruskan pertuduhan qazaf yang dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan (gambar).

Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Dewan Pemuda PAS Malaysia (Juham), Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata, pertuduhan qazaf itu harus diteruskan memandangkan Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan Anwar bebas daripada tuduhan meliwat Saiful.

"Keputusan mahkamah hari ini menunjukkan tidak berlaku dakwaan liwat.

"Kes ini (qazaf) telah difailkan tetapi sengaja ditangguhkan tanpa sebab, kononnya untuk menunggu keputusan mahkamah dan hari ini mahkamah membuktikan tidak berlaku liwat," kata beliau ketika ditemui di lobi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi memutuskan Anwar yang merupakan Ketua Umum PKR, bebas daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukjari Azlan di sebuah kondominium, empat tahun lalu.

Mahkamah memutuskan demikian selepas mendapati wujudnya elemen tiada integriti dalam sampel DNA.

Menurut Ahmad Zamri, dengan keputusan tersebut, Saiful berhak didakwa di bawah kesalahan qazaf kerana memfitnah Anwar meliwat tanpa membawa saksi.

"Ini merupakan kesalahan jenayah syariah dan saiful boleh dituduh di bawah akta kesalahan jenayah Wilayah Persekutuan," katanya.

Pertuduhan qazaf ialah membuat tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat saksi lelaki, dan jika sabit kesalahan boleh dihukum maksimum penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Anwar memfailkan tuntutan qazaf tersebut pada 8 Julai 2008 namun ditolak.

Harakah Daily

Nik Aziz puasa sunat, minta penuduh Anwar mohon maaf

15 Safar 1433H. [MOD] -

PENGKALAN CHEPA, 9 Jan: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menasihatkan pihak yang telah memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini memohon maaf dengan segera.

Katanya, ianya termasuk pihak media yang seolah-olah telah menggambarkan Anwar bersalah walaupun mahkamah belum membuat sebarang keputusan sebelum ini.

“Para wartawan yang turut membuat fitnah terhadapnya selama inipun perlu memohon maaf dari Anwar.

"Berdosa besar dan tidak akan masuk syurga selagi tidak memohon maaf darinya,” ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian kepada media sekembalinya dari Kuala Lumpur, di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, di sini pagi ini.

Sementara itu beliau yang juga Menteri Besar Kelantan memberitahu akan menunaikan solat sunat ‘syukur’ malam ini ekoran keputusan mahkamah yang memutuskan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, tidak bersalah.

Beliau juga akan berpuasa sunat sehari esok bagi melahirkan rasa syukur terhadap fitnah yang dilemparkan terhadap Anwar yang akhirnya ditamatkan dengan keputusan mahkamah hari ini.

“Mudah-mudahan fitnah politik di negara ini tidak akan berlaku lagi,” ujarnya.

Harakah Daily

Harakahdaily berwajah baru

15 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 9 Jan: Harakahdaily hari ini memaparkan rekabentuk yang diperkasakan untuk memberikan khidmat yang lebih baik untuk semuya pembaca.

(Gambar: Kamarudin melancarkan rekabentuk baru Harakahdaily hari ini)

Pelancaran disempurnakan oleh Pengarah Urusan Harakah, Datuk Kamarudin Jaffar dalam majlis ringkas hari ini.

Ia dibuat di pejabat beliau kira-kira jam 12 tengahari tadi.

Rekabentuk baru ini mempunyai beberapa ciri khas. Yang paling utama adalah memaparkan lebih banyak berita di samping menghentikan kolum Berita Negeri.

Mulai hari ini, semua berita negeri akan dinasionalkan untuk menaikkan kualiti berita berkenaan.

Warna yang digunakan juga lebih lembut seiringan dengan penggunaan warna laman web berita utama di peringkat antarabangsa.

"Dengan rekabentuk baru ini juga, lebih banyak berita akan di paparkan di muka depan," kata Kamarudin yang juga anggota Parlimen Tumpat.

Sebelum ini, Harakahdaily hanya memaparkan 10 berita utama di muka depan. Dengan rekabentuk baru ini, 16 berita akan dipaparkan di muka depan.

"Melalui berita yang lebih banyak ini akan mendorong atau mendesak para petugas kita untuk mendapatkan lebih banyak berita pada setiap hari," kata Kamarudin.

Sehubungan itu, beliau memohon semua pihak memberikan kerjasama kepada Harakahdaily untuk membolehkannya melaporkan lebih banyak berita.

"Kita juga mempelawa semua pihak untuk memberikan maklum balas dan pandangan kedua bagi memperkemaskan lagi laman ini," kata Kamarudin.

Harakah Daily

Bebas Anwar tingkat motivasi pendukung PR

15 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 9 Jan: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menganggap keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat akan menyemarakkan lagi kebangkitan rakyat menuju ke Putrajaya dalam Pilihanraya Umum ke 13.

Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, keputusan Mahkamah Tinggi hari ini disambut dengan laungan takbir dan kesyukuran dari rakyat segenap peringkat.

Tambahnya, terbukti dakwaan terhadap Anwar Ibrahim merupakan suatu tuduhan tidak berasas dan direka-reka bagi memburukkan imej dan peribadi pemimpin Pakatan Rakyat.

Katanya, rakyat pula yang berhimpun dari seluruh negara memberikan sokongan padu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bukti bahawa rakyat sudah jemu dengan budaya politik lucah dan melampau.

“Politik kotor seperti ini tidak boleh diterima dalam sebuah negara yang kaya dengan adab resam serta kental dengan amalan Islam oleh umat Islam di negara ini,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Katanya lagi, keputusan mahkamah Tinggi dibuat dalam keadaan negara ini berada di ambang pilihan raya umum ke 13.

Sudah tentu, ujarnya mood rakyat akan bergantung hasil daripada keputusan tersebut.

Beliau menambah, dengan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim ia akan meningkatkan lagi motivasi dan semangat bekerja rakyat seluruh peringkat khususnya pendukung Pakatan Rakyat.

“DPPM yakin, dengan keputusan ini kebangkitan rakyat akan berada di kemuncaknya dan sukar bagi Umno BN menyekat arus ini,” ujarnya.

Malah, tambahnya rakyat sudah membayangkan Pakatan Rakyat akan memimpin Putrajaya selepas PRU ke 13 dan telah mengangkat pemimpin Pakatan Rakyat sebagai bakal Perdana Menteri ke 7 nanti.

Justeru, ujarnya DPPM bersama Pemuda Pakatan Rakyat bertekad dengan penuh keazaman menjadikan keputusan Mahkamah Tinggi hari ini sebagai bekal untuk bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh bagi memastikan kemenangan manis tercipta dalam PRU ke 13.

“Sudah menjadi tanggungjawab besar Pemuda Pakatan Rakyat bagi memimpin kebangkitan anak muda bagi mewarnai landskap politik baru menjelang PRU ke 13,” ujarnya.

Harakah Daily

Bersiap sedia untuk PRU 13 – Tuan Ibrahim

15 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 9 Jan: Sambil mengalu-alukan keputusan Mahkamah Tinggi pagi ini yang membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan ahli-ahli PAS untuk bersiap sedia untuk bertempur dalam pilihanraya yang dipercayai akan diadakan dalam masa terdekat.

“PAS juga mengingatkan petugas parti agar menumpukan kepada gerak kerja parti, kerana dengan keputusan ini dijangka pilihanraya akan diadakan dalam masa terdekat.

Keputusan ini juga boleh dilihat dari satu sudut yang boleh digunakan media milik Umno untuk berhabis-habisan menaikkan imej Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri,” kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, katanya, seluruh jentera parti mesti menggandakan upaya untuk membawa kemenangan kepada parti pada PRU13.

Di samping itu, Tuan Ibrahim juga berharap dengan keputusan mahkamah hari ini, nama baik DSAI akan dibersihkan dan segala tohmahan liar terhadap beliau dan keluarga beliau dihentikan.

“Dengan bukti yang cukup rapuh dari awal, sepatutnya tuduhan ini dibuang kes lebih awal, namun begitu keputusan hari ini membuktikan DSAI hanyalah mangsa tohmahan tuduhan liar yang dibuat oleh beberapa pihak,” tegas beliau.

PAS, katanya juga menggesa semua pihak khususnya umat Islam kembali kepada peringatan Allah bahawa qazaf adalah kesalahan dan dosa besar yang mesti bertaubat dan memohon maaf kepada yang dituduh.

BN tetap bersalah

Sementara itu, pakar perlembagaan Dr Aziz Bari berkata dari awal lagi rakyat - baik yang tahu undang-undang atau rakyat biasa - dapat melihat yang kes Anwar ini luar biasa dan tidak mengikut undang-undang.

“Malah sejak awal lagi apabila Anwar disiasat oleh polis jadi keputusan ini tidak dapat lari dari dilihat sebagai kes politik dan bukan kes jenayah biasa,” kata beliau yang dipetik Merdeka Review.

Tetapi Aziz berpendapat pembebasan Anwar hari ini akan menyulitkan BN kerana ia akan menyebabkan BN dilihat memanipulasi mahkamah dan menyebabkan rakyat marah.

“Mengapa kes ini diteruskan sedangkan dari mula lagi hujah yang mempertikai kes ini telah disuarakan,” soal beliau.

Keputusan ini mengesahkan apa yang Anwar katakan selama ini, tegas Aziz Bari bahawa BN tetap bersalah meskipun ia akan mengatakan keputusan mahkamah ini menunjukkan mahkamah bebas.

“Dan kita jangan lupa yang selama ini UMNO menggunakan kes ini untuk mengejek dan mempertikai Anwar. Keputusan ini kemenangan buat Anwar dan BN masih berada di dalam parit; ia tidak melepaskan BN yang sedia terbelit dalam pelbagai masalah dan rasuah,” kata beliau.

Seiring pendapat dengan presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa masih terlalu awal untuk mengisytiharkan bahawa kehakiman negara sudah pulih, Aziz Bari berkata badan kehakiman masih belum bebas sebab kalau ia bebas ia tidak perlu memanggil Anwar membela diri.

“Dari satu sudut ia membuat kita tertanya-tanya; apakah keputusan itu akibat sikap rakyat yang menunjukkan kebencian dan penentangan terhadap apa yang berlaku ke atas Anwar? Ini menebalkan tanggapan bahawa mahkamah boleh ditekan dan dipengaruhi; ia tidak bebas. Dan kita jangan lupa bahawa kebebasan kehakiman ialah satu persepsi; kalau rakyat sangsi dan tidak yakin mahkamah tidak boleh berbuat apa-apa,” terang beliau lagi.

Harakah Daily

Saya akhirnya 'dibersihkan', kata Anwar

15 Safar 1433H. [MOD] -

Dalam keputusan yang kurang dijangkakan oleh banyak pihak, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23.


NONEHakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam penghakiman ringkasnya yang tidak melebihi lima minit berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan.

"Selepas meneliti bukti, saya tidak boleh pasti 100 peratus bahawa integriti bukti tidak diusik.

“Saya mendapati adalah tidak selamat untuk bergantung kepada bukti DNA. Justeru, mahkamah hanya ada keterangan Saiful.

"Justeru, mahkamah keberatan menerima bukti sedemikian dari SP1 Saiful.

"Oleh kerana ini adalah jenayah seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan berdasarkan keterangan Saiful. Tertuduh oleh itu dibebas dan dilepaskan," katanya.

Isteri Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail kelihatan menanggis sambil memeluk suaminya dalam kegirangan.

Seluruh mahkamah kecoh seketika dengan penyokong Anwar menjerit gembira.

Dalam reaksi spontannya, Ketua Pembangkang itu mengucapkan alhamdulillah dan bersyukur kerana kebenaran akhirnya dapat ditegakkan.

Terima kasih

“Saya berterima kasih kepada Wan Azizah dan keluarga kerana menyokong dan juga barisan peguam.

NONE“Saya akhirnya dibebaskan selepas diaibkan sedemikian,” katanya di luar mahkamah.

Beliau mengucapkan terima kasih atas sokongan pemimpin Pakatan dan ahli-ahli serta orang ramai yang menyokongnya.

Katanya, agenda reformasi bagi menentang rasuah dan kebebasan media mesti diteruskan.Anwar mengucapkan terima kasih kepada peguamnya.

Pada perbicaraan sejak tahun 2008 itu Anwar diwakili oleh pasukan peguam yang diketuai oleh Karpal Singh manakala peguam cara II negara Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden mengetuai pihak pendakwaan.

Beliau didakwa meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

NONEIni merupakan kes liwat kedua melibatkan beliau selepas didapati bersalah dan dihukum penjara sembilan tahun pada Ogos 2000 kerana meliwat pemandu, Azizan Abu Bakar.

Bagaimanapun, empat tahun selepas itu, beliau dibebaskan selepas Mahkamah Persekutuan menukar pensabitan itu kepada tidak bersalah dan mengetepikan hukuman penjara terhadapnya.

Malaysiakini/-

Apakah erti sayang anda jika…

15 Safar 1433H. [MOD] -

Masih teringat dalam benak ini kata-kata dan pesan pembimbing Tabung Haji dalam taklimatnya sebelum kami berangkat ke Arafah.

Pesan itu amat berkesan walaupun selama ini kita telah pun mengamalkannya. Saya titipkan kata-kata tersebut untuk perhatian pengunjung blok fikrah islamiah ini.

Kalau kita sayangkan Allah; berzikirlah kepada-Nya

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ اللهُ اَكْبَرُ

Kalau kita sayangkan Rasul; selawatlah kepadanya
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Dan jika kita sayangkan diri sendiri; isytighfarlah selalu
أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيمَ اَلَّذِي لَا إِلَهَ اِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ وَأَتُوبُ إِلَيهِ

Kalau sekadar menyebut subhanallah tidak mampu dilakukan apalah ertinya ucapan sayang kita kepada Allah.

Dan kalaulah sekadar ucapan Allahumasalliala Muhammad pun tidak mampu berada di bibir mulut, apalah ertinya anda mengaku sayangi Rasulullah.

Dan kalau ucapan astaghfirullah al-Azim tidak mampu disebut selalu, jelaslah anda tidak sayangkan diri sendiri.

Anda mungkin juga meminati:

Nasihat buat suami dan isteri poligami
Nasihat dan Panduan Akad Nikah di Masjid
Cabaran Idulfitri setelah sebulan ditarbiah

Dicatat oleh Ahmad Baei Jaafar
Fikrah Islamiah

Lintas Langsung Mahkamah Jalan Duta (26) : ‘Saya dibebaskan kerana tidak bersalah,’ kata Anwar

15 Safar 1433H. [MOD] -

Anwar keluar dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 9 Januari 2012. — Gambar oleh Jack Ooi
KUALA LUMPUR, 9 Jan — Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata “keadilan terbukti” apabila beliau didapati tidak bersalah dan dibebaskan dari tuduhan liwat dan berjanji akan “menumbangkan” Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13.

“Alhamdulillah, keadilan terbukti. Sekarang kita perlu beri tumpuan kepada pilihan raya umum,” katanya kepada pemberita selepas Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskannya daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan tiga tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Diah membuat keputusan itu dengan alasan tiada keterangan yang menyokong keterangan mangsa selain pihak pendakwaan gagal membuktikan Anwar melakukan perbuatan itu.

Anwar, 64, berdepan tuduhan liwat kedua di mana beliau didapati bersalah 10 tahun lalu dan dipenjarakan selama enam tahun sebelum dibebaskan .

Keputusan Mahkamah Tinggi itu dijangka akan mempengaruhi tarikh pilihan raya umum ke-13 yang mana dijangkakan sokongan terhadap Anwar dan Pakatan Rakyat akan meningkat.

“Saya ucap terima kasih kepada (Datuk Seri Dr Wan) Azizah (Wan Ismail) dan keluarga, barisan peguam yang hebat, pimpinan Keadilan, pimpinan PAS yang datang dengan penuh kekuatan,” kata Anwar.

Beliau turut ucapkan terima kasih kepada para pemimpin DAP dan PKR yang memberikan sokongan.

“Saya dibebaskan oleh mahkamah kerana didapati tidak bersalah,” kata Anwar.

Beliau menambah kemenangan ini adalah kemenangan rakyat tetapi perjuangan mesti diteruskan.

“Tugas kita sekarang bebaskan rakyat rakyat pula,” kata Anwar disambut laungan reformasi.

Sejak awal pagi tadi kawasan parkir kereta Kompleks Mahkamah Tinggi Jalan Duta dibanjiri penyokong Anwar dan Pakatan Rakyat untuk memberikan sokongan terhadap Ketua Umum PKR itu.

Dianggarkan seramai 5000 orang melaungkan slogan “Reformasi”, “Hidup Anwar”, “Keadilan”, dan “Allahuakbar”.

themalaysianinsider/-

Keajaiban Doa Hilangkan Penyakit

15 Safar 1433H. [MOD] -

Keajaiban doa itu begitu nyata bagi beliau, mampu menghilangkan penyakit yang diderita. itulah yang dituturkan oleh seorang bapak semasa sehat dirinya lupa namun disaat sakit telah membuatnya lebih bersabar karena dirinya yakin itu adalah wujud kasih sayang Allah pada dirinya.

Awalnya ia mengetahui bahwa dirinya menderita 'Verkalking', yakni sakit disebabkan pengapuran pada persendian kaki sehingga kalau digerakkan kakinya terasa sangat sakit menyiksa.

Menurut dokter ahli tulang tempat dimana ia berobat mengatakan jalan satu-satunya untuk menyembuhkan sakit adalah dengan operasi. Beliau tidak malah langsung melaksanakan saran dokter namun malah bersama anak dan istrinya malah bershodaqoh untuk Rumah Amalia.

Keyakinannya bahwa 'Obatilah orang-orang sakit dengan shodaqoh dan bentengilah harta kalian dengan zakat dan tolaklah bala' dengan doa' 'itulah satu-satunya cara kami memohon pertolongan Allah Subhanahu Wa Ta'ala agar diberikan kesembuhan.' begitu tuturnya.

Entahlah, apa yang sesungguhnya terjadi, begitu bangun untuk menunaikan sholat subuh, beliau tidak lagi merasakan sakit pada persendian kakinya.

begitu siangnya pak haji segera mendatangi dokter langgananannya untuk memeriksakan kesehatan kakinya. Setelah dipoto, ternyata pengapuran pada sendi kakinya telah hilang. Dokternya bertanya, apakah dia telah menjalani operasi?' Ia menjawab, 'saya tak pernah operasi, hanya meminta kepada Allah agar disembuhkan.

Sang dokter itu mengakui bahwa kalau Allah Subhanahu Wa Ta'ala berkehendak, semua pasti terjadi.' Dari berbagai peristiwa yang telah beliau alami, perubahan sifat yang dulunya pemarah sekarang menjadi lebih sabar dan penyayang terhadap keluarganya.

Sholat yang dulu tidak pernah dikerjakan, sekarang lebih tertib & tepat waktu. Zakat & shodaqoh lebih giat dilakukannya. Perubahan sikapnya semakin dirasakan oleh keluarganya sejak sakitnya parah.

Begitu luar biasanya Allah memberikan pelajaran kemudian juga menyembuhkan pada persendian yang dideritanya namun juga sekaligus menyembuhkan penyakit hatinya.

'Obatilah orang yang sakit dengan shodaqoh, bentengilah harta kalian dengan zakat dan tolaklah bencana dengan berdoa (HR. Baihaqi).

Wassalam,
Muhamad Agus Syafii

Buta hati buang ayah, ibu

15 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Bawa ibu atau bapa uzur ke wad kecemasan di mana-mana hospital kerajaan dan ketika pegawai perubatan sibuk membuat pemeriksaan, tanpa mendaftar dan merekodkan butir peribadi waris, si anak perlahan-lahan ‘angkat kaki’.

Taktik ‘Tanggang’ itu dikesan dilakukan segelintir anak yang sengaja mahu menyisihkan ibu bapa yang sudah uzur daripada hidup mereka, sekali gus meletakkan beban penjagaan 100 peratus ke bahu orang lain.

Cara itu juga dilakukan kerana berpendapat kemungkinan jika dihantar ke mana-mana pusat jagaan warga emas sama ada dikendalikan agensi kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO), mereka akan dikenakan bayaran terutama apabila ibu bapa terlantar disebabkan penyakit kronik.

Naib Pengerusi Pusat Jagaan Siti Nor Aini di Kajang iaitu sebuah pusat penjagaan warga emas yang terlantar, Dr Abdullah Noel Micheal berkata, beliau bimbang perbuatan itu menjadi trend anak zaman sekarang untuk membuang ibu bapa yang uzur kerana menganggap mereka sebagai beban.

“Pusat Jagaan Siti Nor Aini ditubuhkan sejak 2009 dan dalam tempoh itu saya menerima 130 penghuni. Daripada jumlah itu, 70 adalah warga emas dihantar hospital kerana gagal mengesan waris dan 22 sudah meninggal dunia, saya terpaksa menguruskan jenazah sehingga selamat dikebumikan,” katanya.

METRO/-

Lintas Langsung Mahkamah Jalan Duta (25) : Bom meletup, 2 cedera

15 Safar 1433H. [MOD] -



Dua individu cedera selepas bom buatan sendiri meletup dalam tiga kejadian berasingan selang 10 minit di pekarangan luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini hari ini.

Kejadian berlaku pada pukul 10.45 pagi selepas keputusan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Saari Sungip dipanggil dan diberi amaran

15 Safar 1433H. [MOD] -
Harakahdaily/-


KUALA LUMPUR, 9 Jan: Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungip dipanggil dan diberi amaran supaya tidak mendahului parti berhubung soal pencalonan dalam parti.

Amaran itu diberikan dalam satu pertemuan dengan beliau semalam.

Saari (gambar) telah dipanggil untuk bertemu dengan Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agong Datuk Mustafa Ali, Naib Presiden Salahuddin Ayub dan Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Ia ekoran kenyataan beliau berhubung soal percalonan bekas ahli PAS Datuk Dr Hasan Ali, yang dianggap mendahului parti.

“Beliau juga diingatkan agar lebih berhati-hati dengan sebarang kenyataan yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada parti pada masa akan datang,” kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily.

Sebelum ini, Saari dipetik sebagai berkata bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Hasan Ali kemungkinan tidak akan dicalonkan untuk pilihan raya umum ke-13 nanti kerana nama Hasan berada di bawah tiga individu lain yang dicadangkan oleh kawasan di mana kerusi yang disandang kini iaitu Gombak Setia.

Perkara tersebut kemudian dibesarkan media, dan mempergunakan kenyataan daripada Hasan untuk merosakkan imej PAS.

Sebelum ini, Mustafa menegaskan bahawa walaupun pemilihan PAS berdasarkan pendekatan demokratik di mana PAS mendengar suara akar umbi bagi memilih calon.

Namun pemilihan calon PAS ditentukan secara muktamad oleh PAS Pusat akhirnya.

“Pertamanya Setiausaha Agung akan pinta negeri-negeri menyediakan nama-nama calon itu bagi setiap wakil Dewan Undangan Negeri (Dun) dan Parlimen yang ditandingi paling kurang tiga orang.

"Sementara negeri pula dalam proses pilih calon akan ambil pandangan kawasan, dan kawasan ambil pandangan daripada cawangan," katanya.

Proses itu bermula dari bawah, namun tidak semestinya orang yang tiada nama di kawasan tidak menjadi calon kerana tapisan akhir akan dibuat PAS Pusat, jelas Mustafa.

"Ada berlaku keadaan di mana seseorang itu bukan memegang jawatan di cawangan tersebut,
tetapi PAS Pusat buat keputusan orang tertentu dicalonkan mewakili PAS bukan sahaja kerana pencalonan tetapi ada faktor lain,” terang beliau dalam interbiu bersama Harakah bulan lalu.

Tambahnya lagi, setelah PAS Pusat terima seluruh senarai dan ia akan diserah kepada Majlis Syura Ulama untuk pastikan calon ini layak menjadi calon PAS.

“Selesai Majlis Syura buat tapisan, majlis ini akan hantar kepada PAS Pusat dan PAS Pusat akan meletakkan keputusan siapa calon dan di mana calon itu layak bertanding.”

Mustafa menambah, sebagai orang lama dalam parti, Hasan sepatutnya faham akan perkara ini.

Lintas Langsung Mahkamah Jalan Duta (24) : Video ucapan DS Nizar.

15 Safar 1433H. [MOD] -

Lintas Langsung Mahkamah Jalan Duta (23) : Kawasan letupan ditutup dengan garisan kuning

15 Safar 1433H. [MOD] -

LAPORAN LANGSUNG

11.38am Saksi kejadian yang merupakan seorang peniaga memberitahu tidak nampak apa-apa berlaku ketika letupan berlaku.

11.20am Dua orang dipercayai tercedera akibat letupan sebelum ini.

11.15am Kawasan tempat letupan kedengaran yang ditutup dengan garisan kuning menempatkan tiga kenderaan penjaja dan beberapa buah kenderaan awam lain termasuk motosikal.

Polis membenarkan kenderaan yang diparkir di bawah medan selera keluar dripada kawasan berpagar kuning.

Polis juga membawa dua ekor anjing pengesan untuk memeriksa keadaan sekeliling.

11.10am
Orang ramai mula bersurai setelah diarahkan polis kerana keadaan tidak selamat.

11.04am
Keseluruhan tiga letupan kedengaran di kawasan mahkamah antara jam 10.15 hingga 10.55 pagi.

Lintas Langsung Mahkamah Jalan Duta (22) : Tahniah, permulaan baik keadilan di Malaysia - Presiden PAS

15 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 9 Jan: PAS mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pembebasan beliau hari ini dan harap ia permulaan baik untuk proses keadilan di Malaysia.

Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang berharap, keputusan ini menguatkan lagi Pakatan Rakyat.



Kenyataan itu disampaikannya ketika ditemui para wartawan di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Abdul Hadi berada di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bersama dengan puluhan ribu rakyat nyang berhimpun bagi memberikan sokongan moral kepada Anwar.

Anwar dibebaskan oleh mahkamah selepas pihak pendakwa gagal memberikan bukti tanpa keraguan dalam kes ini.

Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah berkata, pihak mahkamah tidak dapat menolak kemungkinan kesahihan sampel yang dikemukakan telah dikompromikan.

"Kita harapkan keputusan ini menguatkan lagi Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya akan datang," kata Abdul Hadi.

Beliau juga bagi pihak PAS melahirkan rasa shukur kepada Allah dan "kita ucap tahniah kepada Datuk Seri Anwar di atas pembebasan ini."

(Gambar: Ustaz Hadi ketika tiba bersama pemimpin PAS di perkarangan mahkamah hari ini)

Beliau berharap, ini permulaan baik kepada proses keadilan di Malaysia melalui sistem pemisahan kuasa antara legislatif, eksekutif dan kehaikaman yang di amal dalam negara demokrasi.

Bukan sahaja mahkamah ini, mahkamah rakyat juga perlu diberi keadilan dalam pilihan raya, katanya.

Ketika ditanya wartawan, adakah mahkamah sudah dilihat adil, Abdul Hadi berkata, "Masih terlalu awal, beribu-ribu kes lagi banyak lagi kes yang kita perlu tengok.


Harakahdaily/-

Lintas Langsung Mahkamah Jalan Duta (21) : Orang ramai mula bersurai

15 Safar 1433H. [MOD] -

LAPORAN LANGSUNG

11.08am Orang ramai mula bersurai setelah diarahkan polis.

Himpunan pada hari ini ternyata berjalan dengan aman walaupun satu letupan yang belum dapat disahkan siapakah yang tidak bertanggung jawab melakukan tindakan tersebut.