29 November 2012

Doa tidak bercanggah enakmen

15 Muharram 1433H. [MOD] -

Tuan Ibrahim Tuan Man

Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
 
SHAH ALAM – Doa dalam Enakmen Jenayah Syariah Kelantan ditujukan kepada individu, bukan pertubuhan.

Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, doa 'KO BN' yang dibacakan adik Mursyidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat, tidak bercanggah dengan enakmen itu.

Jika bercanggah, katanya, ia boleh diadukan kepada Majlis Agama Islam Kelantan.

“Pas mendoakan (terhadap kemusnahan) Barisan Nasional (BN) kerana parti itu adalah lawan kami. Ia doa biasa terhadap lawan supaya ia lemah dan musnah.

“Ia tidak mendoakan (terhadap kemusnahan) ahli-ahli Umno, individu atau tokoh politik tertentu. Jika mendoakan ahli Umno, kita mendekati mereka dan mendoakan supaya mereka diberikan petunjuk,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

sinar/-

No comments: