30 December 2011

PDRM sudah bersedia hadap PRU13

5 Safar 1433H. [MOD] -

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah bersedia daripada semua aspek bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13, kata Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Salleh Mat Rasid.

Beliau berkata pasukan itu akan digerakkan sebaik sahaja menerima maklumat daripada Suruhanjaya Pilihan Raya.

"Persiapan ini termasuk dari segi pegawai dan keanggotaan serta pengetahuan," katanya kepada pemberita selepas melawat Markas Pasukan Gerakan Am (PGA), di Tawau hari ini.

Mengenai penstrukturan semula fungsi Pasukan Gerakan Marin (PGM), Salleh berkata proses dijangka siap Januari ini.

Beliau bagaimanapun menegaskan PGM tidak akan berkubur, tetapi diberi tugas tambahan yang sebelum ini dilaksana pasukan lain dalam PDRM.

Pihak kami kini sedang menjelajah ke seluruh negara bagi menjelaskan fungsi PGM kepada anggota yang masih kekal dengan agensi ini selepas beberapa peranannya diambil alih Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), katanya.

Salleh berkata di bawah penstrukturan terbabit, PGM Sabah dan Sarawak akan diletakkan di bawah pesuruhjaya polis kedua-dua negeri tersebut, manakala di Semenanjung pasukan itu diletak di bawah ketua polis negeri.

"Marin tetap ada. Saya nafikan dakwaan kononnya Marin sudah terkubur. Kita hanya serah perjawatan Marin kepada APMM sebanyak 570 keanggotaan, 60 buah bot dan kapal dan tujuh pangkalan. Sedikit sahaja.

"Saya amat berbangga dengan pegawai Marin yang masih setia dan berada dengan PDRM. Bukan senang kita cari orang-orang yang mempunyai kesetiaan (kepada pasukan mereka) walaupun menerima tawaran menyertai agensi lain," katanya.

- Bernama

Kepala babi ditemui di pintu masuk masjid di Johor

5 Safar 1433H. [MOD] -

Lima kepala babi ditemui di luar pintu pagar masuk utama Masjid Al-Falahiah, Taman Desa Jaya, Johor Bahru, pagi ini.

NONEKepala babi itu, dalam satu bungkusan, disedari seorang penjaga masjid itu pada kira-kira jam 6.30 pagi tadi.

Tiga lagi bungkusan yang dipercayai mengandungi tulang, juga ditemui dekat situ, tetapi polis kemudiannya mengesahkan ia mengandungi batu.

Ketua Polis Johor Datuk Mokhtar Mohd Shariff berkata polis menubuhkan sebuah pasukan siasatan yang diketuai timbalannya, Datuk Ismail Yatim untuk menyiasat kejadian tersebut.

NONEKetua Polis Johor , Datuk Mokhtar Mohd Shariff (kanan dalam gambar) berkata, satu pasukan khas yang diketuai timbalannya, Ismail Yatim, ditubuhkan untuk menyiasat perkara itu.

Mokhtar juga mengingatkan semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menyerahkannya kepada polis untuk siasatan lanjut.

Ini ekoran satu lagi kejadian di mana dua bungkusan yang disyaki mengandungi tulang, ditemui pada jam 5.30 petang semalam di masjid yang sama.

Malaysiakini/-

Mungkinkah ini "lembu" yang dihitamkan ?

5 Safar 1433H. [MOD] -

Seorang ahli peniagaan didakwa bergelar "Datuk", hari ini mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan menipu pengerusi National Feedlot Corporation (NFC), Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail.

Shamsulbahrin Ismail, 45, didakwa mengikut Seksyen 402 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

NONEBagi pertuduhan pertama, Shamsubahrin didakwa menipu Mohamad Salleh iaitu dengan sengaja menjanjikan suatu perkhidmatan rundingan dan nasihat bertujuan memperdayakannya sehingga mendorong Mohamad Salleh bersetuju membayar wang perkhidmatan kepadanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Samsubahrin Resources Sdn Bhd itu didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Bukit Tunku di ibunegara pada jam 6 petang 20 November lepas.

Bagi pertuduhan kedua pula, Shamsubahrin didakwa menipu Mohamad Salleh dengan memperdayanya hingga mendorong Mohamad Salleh menyerahkan cek-cek berjumlah RM1.755 juta.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan Solaris, Mont Kiara, Kuala Lumpur pada 25 November hingga 6 Disember lepas.

Kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

Lelaki yang memiliki beberapa syarikat termasuk perkhidmatan limosin itu direman oleh polis dan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas ditahan pada 22 Disember.

Shamsulbahrin yang kelihatan ceria ketika dibawa ke mahkamah hari ini berdepan hukuman sebat, denda serta penjara antara satu hingga sepuluh tahun sekiranya didapati bersalah.

Tidak bayar jamin

Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain menetapkan ikat jamin RM300,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh juga diarahkan untuk menyerahkan pasport beliau.

NONEKetua pengarah eksekutif Shamsulbahrin Ismail Resources Sdn Bhd itu tidak dapat membayar jaminan tersebut hari ini.

Mahkamah turut menetapkan kes berkenaan untuk disebut semula pada 31 Januari.

Tertuduh yang kini masih dalam siasatan polis – dilaporkan disiasat untuk 10 kes penipuan berasingan.

Peguam J Rao memohon supaya mahkamah mengurangkan jumlah jaminan kerana aset tertuduh telah dibekukan mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1997 pada 23 Disember.

Aset berkenaan juga mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 pada 27 Disember. MK/-

11 terkorban akibat Taufan Thane di India

5 Safar 1433H. [MOD] -

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 11 terkorban apabila ribut kencang membawa hujan dan angin ke kawasan pantai di tenggara India sehingga menumbangkan pokok dan merosakkan kediaman.

Jabatan Meteorologi India berkata, Taufan Thane yang berpusat di Lautan Hindi, 35 kilometer barat daya bandar Pondicherry yang juga dikenali sebagai Puducherry.

Pejabat Ramalan Cuaca berkata, taufan itu mungkin lemah dan akan bergerak ke barat. - AP

Khutbah Jumaat : Tahun Mesihi 2012

5 Safar 1433H. [MOD] -

(05 Safar 1433 / 30 Disember 2011)

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ،

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَلْتَنظُرْ نَفْسٌۭ مَّا قَدَّمَتْ لِغَدٍۢ ۖ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرٌۢ بِمَا تَعْمَلُونَ ﴿١٨﴾

أَشْهَدُ أَنْ لَّآإِلهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ, وَرَسُوْلُهُ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ

أَمَّا بَعْدُ فَيَا عِبَادَ اللَّهِ ! اتَّقُواْ اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَاتَمُوْتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُّسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah sekelian!

Saya berpesan kepada diri sendiri dan berpesan kepada sidang jemaah sekalian, marilah kita bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benarnya, dengan melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangannya. Sesungguhnya hanya dengan taqwa mampu memberikan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat sebagaimana firman Allah yang bermaksud :

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِۦ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ ﴿١٠٢﴾ – آل عمران : 102

Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati melainkan kamu berada dalam Islam.

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah,

2 hari lagi akan memisahkan kita dengan tahun masihi 2011. Sesungguhnya pelbagai cabaran dan rintangan telah kita hadapi sepanjang tahun ini, sama ada kita telah menunaikan amanah kita sebagai Khalifah Allah ataupun kita terus alpa dengan kenikmatan dunia. Manusia sifatnya berubah, dan kita perlukan perubahan untuk meneruskan kehidupan. Ianya merupakan Fitrah yang dijadikan oleh Allah sepertimana firmanNYA dalam surah ar Rum ayat ke 54,

ٱللَّهُ ٱلَّذِى خَلَقَكُم مِّن ضَعْفٍۢ ثُمَّ جَعَلَ مِنۢ بَعْدِ ضَعْفٍۢ قُوَّةًۭ ثُمَّ جَعَلَ مِنۢ بَعْدِ قُوَّةٍۢ ضَعْفًۭا وَشَيْبَةًۭ ۚ يَخْلُقُ مَا يَشَآءُ ۖ وَهُوَ ٱلْعَلِيمُ ٱلْقَدِيرُ ﴿٥٤﴾

Allahlah yang telah menciptakan kamu bermula dari keadaan yang lemah, kemudian dia telah menjadikan kamu daripada keadaan lemah kepada keadaan kuat dan memiliki keupayaan tenaga, kemudian dia menjadikan kamu dari keadaan kuat kepada keadaan lemah semula. Sesungguhnya Alllah menciptakan sesuatu apa yang Ia kehendaki.

Ayat ini memberikan kita isyarat betapa al Quran telah awal-awal membicarakan persoalan kitaran hayat manusia yang akhirnya dibuktikan kebenarannya oleh pengetahuan sains dan teknologi. Manusia yang lahirnya dalam keadaan lemah, mempunyai anggota yang lengkap tetapi tidak mampu mempertahankan dirinya dari diperlakukan apa sahaja oleh manusia lain yang lebih dewasa. Ini amat berbeza dengan sesetengah haiwan yang sebahagiannya sudah mampu berdikari sebaik menjejakkan kaki ke muka bumi.

Manusia yang dilahirkan dalam keadaan tidak bermaya, kemudiannya menjadi dewasa, antaranya ada yang menyedari kelemahannya sebagai hamba, sebahagiannya pula mendabik dada melupakan Pencipta. Di saat usia semakin tua, tenaga dan upaya semakin berkurangan, akhirnya kita akan kembali kepada Tuhan.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Modal utama kita ialah masa. Atas dasar itu nabi bersabda mengingatkan kita :

اغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ : حَيَاتَكَ قَبْلَ مَوْتِكَ ، وَفَرَاغَك قَبْلَ شَغْلِكَ ، وَغِنَاك قَبْلَ فَقْرِكَ ، وَشَبَابَك قَبْلَ هَرَمِكَ ، وَصِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِك. – ابن أبي شيبة.

Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara, masa hidupmu sebelum matimu, masa lapangmu sebelum sibukmu, masa kaya atau berada sebelum papa, masa mudamu sebelum tuamu dan masa sihat sebelum sakit, .

Tahun-tahun yang berlalu, sama ada kita menggunakan kalendar Hijriyyah mahupun Masihiyyah, kita yang akan menentukan jatuh bangunnya sesebuah negara kita. Masa untuk kita melakukan perubahan tidak akan sentiasa menunggu kita. Tahun lalu telah menjadi sejarah yang tidak akan berulang kembali. Apa yang mampu kita lakukan hanyalah mengambil peluang untuk melakukan perubahan di tahun akan datang.

Sidang Jumaat Sekelian,

Pakar kemasyarakatan Islam silam, Ibnu Khaldun menyatakan dalam salah satu penulisannya;

Jatuh bangunnya sesuatu tamadun berpunca daripada dua faktor. Faktor tersebut ialah kesedaran agama dan ikatan persaudaraan.

Beliau melihat perkembangan sesuatu bangsa dan tamadun itu dalam lima tahap perubahan berdasarkan pengamatan dan kajian beliau terhadap jatuh bangunnya sesuatu bangsa dan sesebuah tamadun lampau. Antara tahap manusia yang disebutkan apabila sesuatu bangsa atau tamadun itu mencapai kemewahan dan tahap pencapaian kemajuan tertinggi sehingga membentuk sifat-sifat negatif dalam diri anggota masyarakat. Kesedaran agama semakin terhakis dan ikatan persaudaraan semakin terungkai. Apakah Islam tidak membenarkan umatnya maju dan mewah?

Sidang Jumaat Sekelian,

Islam tidak pernah menghalang mana-mana umatnya menjadi maju dan berusaha untuk mencapai kemewahan, asalkan ianya memenuhi syarat-syaratnya. Pertamanya, kekayaan yang diperolehinya adalah berdasarkan Hukum Syarak iaitu diperolehi secara halal dan tidak dibelanjakan pada yang haram. Kedua, melaksanakan tanggungjawab membelanjakan harta tersebut pada yang berhak. Ketiga, niat yang ikhlas dan keempat, tidak menyebabkan seseorang itu lalai dalam menjalankan tanggungjawab ibadahnya yang lain.

Sekiranya syarat tersebut dipatuhi, maka bukan sahaja kita beroleh kesenangan di dunia, malah akan mendapat ganjaran besar di akhirat.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Mengapa kita harus berubah? Kita wajib berubah dari sudut sikap, etika, matlamat, dan semua aspek dalam keperluan kehidupan. Rata-rata masyarakat barat memperkatakan soal azam tahun baru dan sebagainya. Ianya merupakan manifestasi keazaman dalam diri. Di dalam al Quran, perkataan azam merujuk kepada bukan sahaja niat dan angan-angan, tetapi usaha-usaha gigih yang telah dilakukan berlandaskan profesionalisme tugasan, ketajaman kemahiran, dan kemantapan ilmu pengetahuan itu sendiri. Maka apabila kita melafazkan azam baru, ertinya kita meletakkan cabaran dan menguji diri agar bersedia untuk memiliki niat dan tujuan-tujuan murni. Langkah harus dimulakan untuk merubah diri, keluarga, masyarakat dan negara tercinta. Perubahan juga perlu kerana ada matlamat dan objektif yang ingin kita capai di dalam kehidupan ini.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Perubahan mestilah bersumberkan perundangan yang muktabar iaitu al Quran dan al Sunnah. Perubahan yang paling unggul ialah perubahan yang menjurus kepada kejayaan dunia dan akhirat. Kita wajib melaksanakan perubahan agar seluruh kehidupan kita selaras dengan kehendak Al-Quran dan Al-Sunnah. Allah berfirman dalam surah al-A'raf ayat 96 :

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ ٱلْقُرَىٰٓ ءَامَنُوا۟ وَٱتَّقَوْا۟ لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَـٰتٍۢ مِّنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلْأَرْضِ وَلَـٰكِن كَذَّبُوا۟ فَأَخَذْنَـٰهُم بِمَا كَانُوا۟ يَكْسِبُونَ ﴿٩٦﴾

Maksudnya :

Dan kalau sekiranya penghuni satu-satu kariah itu beriman kepada Allah nescaya Allah bukakan keberkatan ke atas mereka dari langit dan bumi. Tetapi mendustakan Allah. Maka Allah siksakan mereka dengan perbuatan mereka sendiri.

Allah menjelaskan dari ayat di atas bahawa Allah menjamin kiranya satu-satu kawasan beriman dan berpegang dan mendapat keberkatan dari Allah ertinya dengan rezeki yang melimpah ruah dan memperolehi kehidupan yang hebat dan mendapat keberkatan daripada rezeki itu kiranya tidak tunggulah di sebaliknya.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Tidak ada perubahan yang lebih baik daripada berusaha merubah masyarakat kita menjadi masyarakat yang beriman dan bertaqwa. Masyarakat yang beriman dan bertaqwa hanya akan berkekalan dengan pengawasan dari pemerintah dan pemimpin yang beriman dan bertaqwa.

بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ , وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ , وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ , أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَ لِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.

*AMARAN!!! Pihak JAIPk tidak bertanggungjawab ke atas sebarang penambahan ayat selain dari kandungan khutbah yang dikeluarkan.

Pelik tapi benar , satu iktibar.

5 Safar 1433H. [MOD] -
Ahmad Baei Jaafar

Banyak perkara pelik yang sukar dijangka telah berlaku, namun ini bukanlah tanda-tanda khiamat. Suka saya senaraikan perkara tersebut untuk perhatian semua:

Bil
Tempat
Peristiwa
Komen
1
Makkah
Walaupun berada depan kaabah tetapi solat tidak mengadap kaabah.
Adakah dia tidak nampak kaabah itu
2

Walaupun orang ramai bertawaf di keliling kaabah, tetapi apabila turun dengan niat hendak tawaf ada ruang untuk kita
Kita tetamu Allah pasti Dia menerima kita
3

Walau panas terik, tidak terasa panas lantai tawaf.
Teknologi orang beriman
4

Walaupun masih ada ruang untuk masuk ke dalam masjid tetapi ada orang (Afrika dan Pakistan) yang lebih suka solat di luar masjid.
Mereka menolak fadilat yang Allah tawarkan sebaliknya menyangka semuanya sama
5

Selepas saei lelaki disunatkan bercukur, harga untuk satu kepala SAR10 di Makkah tetapi SAR35 di Mina
Demi sunnah mahalpun tidak mengapa.
6

Walau pun ada hukum hudud, ramai juga budak hitam tak takut mencuri
Itulah kalau tidak takut kepada Allah
7

Apabila azan dikumandangkan semua peniaga tutup perniagaan tanpa sebarang kunci
Allah menjaga barangan mereka daripada kecurian
8

Walaupun jauh jarak hotel dengan masjidilharam, jemaah haji sanggup menapak tanpa rasa letih
Niat kerana Allah akan dibantu
9

Setiap orang Asia yang datang mengerjakan haji akan merasai batuk, demam dan selesema
Ujian untuk mencari siapa yang sabar
10

Jarang nampak bangsa lain batuk, buktinya waktu solat tidak dengar suara batuk dalam kalangan mereka.
Cuaca mereka sama dengan Arab
11

Waktu solat di surau hotel, tidak boleh seorang batuk nanti akan sahut menyahut batuknya
Pesta batuk fenomena biasa.
12
Arafah
Waktu orang ramai berzikir dan beribadah selepas zohor hingga terbenam matahari ada yang tidur atau bersembang
Mereka lupa doa dan ibadah di Arafah besar pahalanya
13
Muzdalifah
Jemaah haji wajib bermalam di Muzdalifah tapi sebahagian kami sampai berpagi malah hampir tengah hari.
Ini adalah ujian kesabaran
14
Mina
Ustaz sakit tekak sudi menjadi imam solat, dia terlupa yang makmum di belakang tidak dengar bacaan dan pergerakan iman
Imam perlu sedar diri tentang kemampuannya.
15

Tandas tidak banyak, tapi penggunanya waktu masuk ke dalamnya lupa ramai sedang menunggu di luar
Kena muhasabah
16

Jemaah lelaki yang tidak boleh tunggu giliran ke tandas sanggup kencing dalam botol, tetapi airnya tidak dibuang ke longkang.
Ibadah Haji tidak mempu mendidik jiwanya
17

Peminta sedekah dari Afrika tunjukkan tangan kudung untuk cari simpati tetapi sebenar sesikunya dilipat dalam lengan baju.
Penipu yang tidak takut kepada Allah
18
Madinah
Jemaah wanita ramai tetapi tempat untuknya tidak mencukupi
Pengurusan masjid perlu lihat semula keperluan jemaah
19

Walaupun dilarang polis, masih ada jemaah yang mencium mimbar di Raudhah dan pakar makam Rasulullah
Bayangkan kalau khurafat ini tidak dihalang oleh wahabi (sebenarnya itulah ajaran ahli sunnah wajamaah) pasti amalan ini berleluasa
20

Sepanjang saya di Madinah (9 hari) hanya dua waktu yang tidak ada solat jenazah
Mungkin jemaah sudah semakin kurang
21

Cuaca panas tetapi tiupan angin sejuk menyucuk sampai ke tulang.
Musim sejuk
22

Sebanyak-banyak kedai makan semuanya dikuasai oleh orang India Muslim atau Pakistan termasuk restoran bakso Indonesia
Orang Arab sebuk dengan bisnes lain
23

Nak beli makan waktu pagi dilayan seperti pengemis, wang baki dicampak sahaja
Nak sarapan juga perlukan kesabaran
24

Jemaah haji belanja makan pagi seperti orang kaya-kaya; roti canai SAR3 (3 rial), bakso SAR10 dan kebab SAR5
Mungkin kos import dari luar
25

Semua kedai terutama kedai pakaian dan kurma dipenuhi jemaah kecuali waku solat kerana ditutup
Kalau tidak tutup pasti ada jemaah yang membelinya.
26
Malaysia
Seorang Jemaah wanita (uzur) menangis kerana menyangka anak cucunya tidak menjemputnya, padahal dia masih di bahagian dalam
Terlalu rindu kepada keluarga kerana pergi seorang diri
27

Setelah 44 hari fikir soal ibadah, kini berserabut dengan masalah masyarakat, rumah tangga dan politik
Pening kepala sekejap
28

Hairan melihat wanita terutama janda/ibu tunggal mudah dipujuk berkahwin di Selatan Thailand
Dia tidak tahu kesan negatif
29

Hairan mendengar cerita lelaki bertitle ustaz pandai mengayatkan wanita untuk berkahwin di Selatan Thailand
Tak semua ustaz layak berpoligami
30

Hairan lelaki yang mengahwini isteri cantik tetapi setelah mengecap nikmatnya sanggup mendera tubuh isterinya
Tak takut kepada larangan Allah
31

Ada kawan yang dipercayai sanggup membuat fitnah sewaktu di belakang kita
Fenomena biasa golongan munafiq
32

Dalam politik, orang luar parti rajin mengulas isu parti lawan dan akan kecewa kalau isu itu ditutup
Ini politik dengki yang dilarang Islam
33

Isu dalam parti menjadi besar bukan kerana besar tetapi dibesarkan oleh pihak parti musuh
Inilah tindak politik yang tidak profesional

Sebagai umat Islam kita boleh menilai kisah di atas sama ada patut berlaku atau tidak. Kalau kita rasa perkara itu bukan pelik maka sukarlah kita berubah ke arah kebaikan. Jadi, contohlah yang terbaik dan buangkan yang tidak serasi dengan Islam. Anda harus jadi mukmin profesional dalam semua tindakan kita di dunia ini.