07 December 2011

Naib Presiden UMNO Menyindir Ketua Menteri Sarawak

WW Muharram 1433H. [MOD] -
PAS Miri

Memetik kenyataan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam utusan borneo yang  mengatakan “Pembangkang tak mahu beri laluan kepada yang muda” secara tidak langsung menyindir ketua menteri Sarawak yang sudah berumur lebih 75 tahun dan juga sudah lama memerintah Sarawak lebih dari 30 tahun. Kenyataan Shafie Afdal juga secara tidak langsung menyindir Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak (TYT) Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin bin Abang Barieng yang sudah berumur 90 tahun tapi masih lagi dilantik menjadi TYT seolah-olah tiada orang muda yang boleh mengantikannya.

Menurut Mohd Shafie, pendirian Nik Abdul Aziz, 80, ini bertentangan dengan langkah Barisan Nasional (BN) yang bersedia meletakkan lebih ramai calon muda dalam PRU akan datang. “Kita sudah bersetuju untuk mengetengahkan calon muda supaya dapat menjadi barisan pelapis kepada kepimpinan yang sedia ada,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan projek Bekalan Air Luar Bandar di Kampung Kuala Sibuti di sini, semalam.

Kita mempertahan Tok  Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai pemimpin sebab beliau seorang yang jujur, amanah, ikhlas  dan tidak menyalahgunakan kuasa sepanjang beliau memerintah negeri Kelantan. Sekiranya Ketua Menteri atau menteri besar Barisan Nasional  juga boleh membuat demikian rakyat tiada masalah untuk menerima pimpinan mereka.  Ini bukan persoalan umur tetapi lebih kepada integrity yang perlu diambil kira.

Kita minta pemimpin Umno/BN jangan membandingkan pemimpin mereka dengan pemimpin PAS/Pakatan Rakyat sebab selama ini banyak berlaku penyelewengan dan penyalahguna kuasa oleh pemimpin Umno/Bn yang sudah didedahkan oleh blog dan media tetapi mereka masih tetap juga memegang tampuk pemerintahan tanpa rasa malu dan bersalah.

Rakyat mahu mereka yang jujur,amanah dan mereka yang ikhlas memikul tanggungjawab sebagai pemimpin mereka tidak kira tua atau muda tetapi integriti yang lebih penting. Rakyat mahu peminpin yang adil untuk semua rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik untuk memimpin mereka bukan mereka yang pentingkan diri sendiri.

PAS Miri
Jofri Jaraiee
 

MB Selangor merasmikan bantuan pendidikan Sekolah SRJKC dengan menyampaikan replika cek 

Muharram 1433H. [MOD] -
Editor : Khaulah Azwar

SHAH ALAM : Kerajaan Negeri Selangor, Pakatan Rakyat (PR) sekali lagi terus memberi bantuan kepada semua Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) degan memperuntukkan berjumlah RM1.56 juta bagi 46 buah sekolah.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Insan Dr Halimah Ali berkata pada tahun 2011, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM 6 juta untuk diagihkan kepada SRJK (C) demi menyediakan mutu perkhidmatan terbaik dan meningkatkan lagi Hub Ilmuan dan Hub Pendidikan berdasarkan konsep hasil rakyat untuk rakyat.

" Pada Fasa Pertama,sebanyak 75 buah sekolah yang telah menerima bantuan pendidikan yang berjumlah RM2.35 juta pada Fasa kedua, kita telah meluluskan permohonan sebanyak 46 buah sekolah yang akan menerima bantuan secara direct grant daripada kerajaan negeri Selangor.

"Bantuan ini telah menyebabkan kerajaan persekutuan bersetuju memberikan RM100 juta kepada SRJK(C) , RM100 juta kepada SRJK (T) dan juga RM 100 juta untuk sekolah agama , jadi kerajaan negeri mulakan dahulu dengan memberi bantuan baru kerajaan persekutuan ikut," kata Dr Halimah dalam sidang media tengahari semalam di perkarangan Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah Alam (SASS) disini.

Majlis penyerahan cek bantuan pembangunan pendidikan ini disempurnakan oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor .

Turut hadir dalam majlis tersebut Exco Selangor Ronnie Liew,Teresa Kok, Elizabeth Wong, Ean Yong Hian Wah, Adun Sekinchan Ng Suee Lim,Adun Meru Dr Abdul Rani Osman, Adun Lembah Jaya Khasim Ahmad, Adun Seri Muda Shuhaimi Shafie dan juga penyelaras - penyelaras DUN .

Menurut Dr Halimah lagi, permohonan bantuan pendidikan bagi Fasa 1 tahun 2012 sudah dibuka sejak 5 Disember dan tarikh tutupnya pada 3 Februari 2012.

" Borang permohonan boleh diperolehi melalui website Kerajaan Negeri Selangor iaitu www.selangor.gov.my atau di pejabat Exco Pendidikan atau Pusat Khidmat Masyarakat dan Pejabat Daerah di kawasan masing-masing.

"Adun-Adun dan Pusat Khidmat Masyarakat disarankan untuk membantu sekolah-sekolah dalam membuat urusan permohonan. Pihak Adun dan Pusat Khidmat juga diminta untuk memantau sekolah-sekolah yang menerima bantuan daripada kerajaan negeri," katanya.

MB Selangor merasmikan bantuan pendidikan Sekolah SRJKC dengan menyampaikan replika cek 

Muharram 1433H. [MOD] -
Editor : Khaulah Azwar
 
SHAH ALAM :  Kerajaan Negeri Selangor, Pakatan Rakyat (PR) sekali lagi terus memberi bantuan kepada semua Sekolah Rendah  Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)  degan memperuntukkan berjumlah RM1.56  juta bagi 46 buah sekolah.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Insan Dr Halimah Ali berkata pada tahun 2011, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM 6 juta untuk diagihkan kepada SRJK (C) demi menyediakan mutu perkhidmatan terbaik dan meningkatkan lagi Hub Ilmuan dan Hub Pendidikan berdasarkan konsep hasil rakyat untuk rakyat.

" Pada Fasa Pertama,sebanyak 75 buah sekolah yang telah menerima bantuan pendidikan yang berjumlah RM2.35 juta pada Fasa kedua, kita telah meluluskan permohonan sebanyak 46 buah sekolah yang akan menerima bantuan secara direct grant daripada kerajaan negeri Selangor.

"Bantuan ini telah menyebabkan kerajaan persekutuan bersetuju memberikan RM100 juta kepada SRJK(C) , RM100 juta kepada SRJK (T) dan juga RM 100 juta untuk sekolah agama , jadi kerajaan negeri mulakan dahulu dengan memberi bantuan baru kerajaan persekutuan ikut," kata Dr Halimah dalam sidang media tengahari semalam di perkarangan Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah Alam (SASS)  disini.

Majlis penyerahan cek bantuan pembangunan pendidikan ini disempurnakan oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor  .

Turut hadir dalam majlis tersebut Exco Selangor Ronnie Liew,Teresa Kok, Elizabeth Wong, Ean Yong Hian Wah, Adun Sekinchan Ng Suee Lim,Adun Meru Dr Abdul Rani Osman, Adun Lembah Jaya Khasim Ahmad, Adun Seri Muda Shuhaimi Shafie dan juga penyelaras - penyelaras DUN .

Menurut Dr Halimah lagi, permohonan bantuan pendidikan bagi Fasa 1 tahun 2012 sudah dibuka sejak 5 Disember dan tarikh tutupnya pada 3 Februari 2012.

" Borang permohonan boleh diperolehi melalui website Kerajaan Negeri Selangor iaitu www.selangor.gov.my atau di pejabat Exco Pendidikan atau Pusat Khidmat Masyarakat dan Pejabat Daerah di kawasan masing-masing.

"Adun-Adun dan Pusat Khidmat Masyarakat disarankan untuk membantu sekolah-sekolah dalam membuat urusan permohonan. Pihak Adun dan Pusat Khidmat juga diminta untuk memantau sekolah-sekolah yang menerima bantuan daripada kerajaan negeri," katanya.

Dakwat kekal: Jangan hanya janji kosong

11 Muharram 1433H. [MOD] -
Harakahdaily



KUALA LUMPUR, 7 Dis: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyambut baik pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menggunakan dakwat kekal bagi Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

Timbalan Ketua DPPWP, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz mengharapkan penggunaan dakwat kekal akan direalisasikan pada PRU ke-13, dan tidak tinggal sekadar janji kosong sebagaimana yang berlaku pada tahun 2008 lalu.

“DPPWP berpendapat, penggunaan dakwat kekal amat relevan dan perlu digunakan sekarang,” katanya.

Menurutnya, dengan pelbagai isu yang berlaku yang menimbulkan kecurigaan rakyat terhadap sistem pilihanraya di Malaysia seperti pengundi yang mempunyai dua kad pengenalan, kad pengenalan bertindih atau klon, pengundi dari kalangan warganegara asing, pengundi yang tidak dapat dikesan dalam Jabatan Pendaftaran Negara tetapi wujud di SPR, pengundi yang sudah mati kembali turun mengundi serta lain-lain lagi, nampaknya SPR tidak boleh berdalih lagi untuk mengelakkan dari menggunakan dakwat kekal.

Bagi DPPWP, katanya SPR tidak perlu berlengah masa untuk melaksanakan sistem itu kerana ia tidak memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi.

Tambahan pula, katanya penggunaan dakwat kekal itu selaras dengan keputusan Dewan Rakyat yang meluluskan 10 cadangan dalam laporan awal yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) berhubung pembaharuan sistem pilihan raya di negara ini yang dibentangkan awal bulan ini.

Selain itu, ujarnya DPPWP meminta SPR agar membersihkan segera senarai daftar pemilih seperti telah diumumkan oleh SPR semalam.

Selama ini, kata beliau senarai daftar pemilih di Malaysia menjadi pertikaian banyak pihak yang mendapati banyak kepincangan yang timbul.

Beliau berkata, ia juga menjadi hasrat seluruh rakyat yang mahukan sistem pilihanraya di Malaysia ke-13 nanti adalah yang terbaik dan paling bersih dalam sejarah.

Untuk itu, tambahnya SPR perlu bersikap adil pada semua pihak tanpa membezakan antara parti pemerintah mahupun pembangkang.

Akhirnya, ujar beliau SPR perlu buktikan PRU ke 13 nanti adalah pilihanraya yang adil dan telus dan boleh dipercayai bukan sahaja terhadap warga tempatan malah terhadap masyarakat antarabangsa.

“Semua ini perlukan pengorbanan dan kejujuran, kerana keadilan tidak boleh ditegakkan pada sebuah sistem korup yang tempang dan pincang, yang penuh didalamnya unsur penipuan,” katanya.

PRU13: Kerusi PAS, PKR di Kelantan kekal

11 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 7 Dis: Pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, antara PAS dan PKR di Kelantan selesai sepenuhnya.

Mengesahkan perkara itu Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (gambar) berkata, kedua-dua parti masing-masing telah bersetuju untuk mengekalkan 'staus quo' seperti PRU ke-12 pada 2008 lalu.

"Ya, kita sudah selesai dengan kedua-dua parti bersetuju untuk kekalkan status quo seperti sebelum ini.

"Kita (PAS) setuju dan PKR pun setuju," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Menurut beliau lagi, keputusan yang dicapai kira-kira dua bulan lalu itu juga bersetuju untuk mengekalkan kerusi kawasan bertanding masing-masing seperti mana 2008 tanpa sebarang perubahan.

"Dari sudut kawasan bertanding juga kita setuju kekal dan tiada perubahan," katanya lagi sambil memberitahu keputusan itu sudah dimaklumkan kepada Pakatan Rakyat di peringkat Pusat,

Pada PRU 2008, PAS bertanding di 51 kerusi iaitu 11 kerusi Parlimen dan 40 kerusi Dun, manakala PKR pula bertanding di lapan kerusi iaitu tiga Parlimen dan lima Dun.

13 kerusi parlimen yang ditandingi PAS adalah, Kuala Krai, Gua Musang, Kota Bharu, Pasir Mas, Rantau Panjang, Kubang Kerian, Bachok, Pasir Puteh, Tumpat, Pengkalan Chepa dan Jeli.

Kerusi Dun pula adalah Kelaboran, Pasir Pekan, Wakaf Bharu, Kijang, Chempaka, Panchor, Tanjung Mas, Kota Lama, Bunut Payong, Tendong, Pengkalan Pasir, Chetok, Meranti, Gual Periok, Bukit Tuku, Salor, Pasir Tumboh, Demit, Tawang, Perupok, Jelawat, Melor, Kadok, Kok Lanas, Bukit Panau, Gual Ipoh, Kemahang, Selising, Limbongan, Semerak, Gaal, Pulai Chondong, Temangan, Kemuning, Bukit Bunga, Air Lanas, Mengkebang, Manik Urai, Dabong dan Galas.

Kerusi Parlimen bagi PKR pula adalah Tanah Merah, Ketereh dan Machang, manakala Dun pula adalah Paloh, Nenggiri, Guchil, Pengkalan Kubor dan Kuala Balah.

Selain Kelantan, Pakatan Rakyat Selangor juga sebelum ini memaklumkan telah selesai pembahagian kerusi di negeri itu.

Ketiga-tiga komponen parti iaitu PAS, PKR dan DAP juga masing-masing bersetuju mengekalkan jumlah kerusi mengikut pilihan raya umum yang lalu.

Harakahdaily/-

Tugas SPR bukan sekadar bersih daftar pemilih

11 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 7 Dis: Biarpun menyambut baik jaminan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membersihkan nama pemilih yang sudah meninggal, namun bagi Dewan Pemuda PAS Pusat, banyak lagi penambahbaikan yang perlu dilakukan suruhanjaya itu.

Ketuanya, Nasruddin Hassan (gambar) berkata, tindakan kecil SPR itu hanya salah satu daripada tuntutan banyak pihak yang mahu melihat proses pilihan raya di negara ini berlangsung dengan bebas dan adil.

"Masih banyak perkara yang perlu dilakukan termasuklah membersihkan daftar pemilih dari nama yang bertindan atau yang memiliki nama dan nombor kad pengenalan hampir serupa dan mencurigakan, membersihkan senarai nama yang berkod 71 dimana jumlahnya yang terlalu ramai dan mencurigakan tanpa klasifikasi yang jelas menunjukan maklumat pemilih yang tepat, membersihkan senarai nama pemilih yang terdapat di dalam dua daftar iaitu daftar pemilih biasa dan satu lagi tersenarai sebagai pengundi pos," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas jaminan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar bahawa daftar pemilih yang akan digunakan oleh suruhanjaya itudalam Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang adalah daftar pilihan raya yang bersih.

Malah katanya akan bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membersihkan nama mereka yang sudah meninggal dunia.

Mengulas lanjut beliau berkata, SPR juga mestilah turut sama memberi jaminan mereka untuk melakukan pembersihan pada sistem dan kaedah pengendalian pilihanraya agar tidak menimbulkan kesangsian dan kecurigaan ketara.

Ianya sekaligus menjamin ketelusan dan keadilan dalam pengurusan pilihanraya.

"Antaranya penggunaan dakwat kekal yang dituntut oleh rakyat bagi memastikan pengundian berlangsung dengan telus dan meyakinkan, pemansuhan undi pos," katanya lagi.

Tanggungjawab memastikan berlangsung satu pilihanraya yang baik, adil dan telus katanya tidak sahaja terletak pada bahu SPR atau JPN tetapi juga kerajaan yang memerintah mesti mempunyai komitmen yang tinggi dan meyakinkan dengan satu tindakan yang benar-benar berkesan seperti
membenarkan semua parti politik yang menyertai pilihanraya berkempen menggunakan televisyen sebagaimana yang dinikmati hanya oleh Umno dan
BN sebelum ini.

"Pilihanraya bukan sekadar daftar pemilih.

"Pilihanraya yang adil dan telus bermula dengan kebebasan parti politik untuk berkempen tanpa dikekang oleh peraturan yang tidak masuk akal dan bertentangan dengan semangat demokrasi yang dianut oleh Umno dan BN sendiri seperti RUU Perhimpunan Aman, AUKU bagi golongan mahasiswa, [walaupun telah dipinda beberapa perkara tetapi masih terdapat beberapa perkara yang masih ditakuk lama.] Akta Polis, Akta Rahsia Rasmi, Akta Cetak dan lain - lain yang tidak menepati semangat demokrasi apatah lagi perkara yang bertentangan dan bercanggah dengan syariat Islamiah seperti penipuan, sogokan, ugutan, tekanan dan 1001 perkara yang negatif," katanya.

Harakahdaily/-

'Bangsa UMNO'. perompak wang rakyat.

11 Muharram 1433H. [MOD] -
KENYATAAN MEDIA

Perkembangan terkini isu rasuah di Malaysia amat membimbangkan, saya sifatkan sedemikian kerana situasinya makin parah dari tahun ke tahun berikutan kelemahan pentadbiran BN, persoalannya apakah wajar kita hanya berpeluk tubuh setelah dapat tahu mengenai Indeks rasuah negara yang telah jatuh dari kedudukan 56 ke tangga 60.

Ini bukan statistik dari Ketua Cawangan UMNO, tetapi dari TI-M (Tansparency Inernational Malaysia.

Kajian yang dilakukan oleh Transparensi Antarabangsa-Malaysia juga menunjukkan generasi baru di Malaysia suka pada rasuah, fakta ini menunjukkan bahawa golongan muda telah belajar sesuatu dari Pemimpin negara, ini amat mendukacitakan.

Umno kononnya berikrar mahu mempertahankan rakyat dari terpalit dengan perkara negatif seperti rasuah, tetapi malangnya pemimpin itu jugalah yang sering terlibat dengan rasuah yang ditukar istilah kepada politik wang khususnya setiap kali pemilihan jawatan parti disemua peringkat.

Umno juga pada realitinya juga tidaklah menjaga kaum Melayu seperti yang dilaung-laungkan , begitu juga kaum lain yang mempunyai taraf warganegara yang sah dinafikan haknya dalam pelbagai aspek dan bidang.
.
Sudahlah mereka (Umno) tidak menjaga hak bumiputera, lebih memalukan lagi, berdasarkan perlakuannya langsung tidak menggambarkan bahawa Umno menjaga hak kaum lain yang juga merupakan rakyatnya.

Dalam negara kita semacam wujudkan ' bangsa Umno' , sebab Umno telah membuktikan ia bukan pembela seluruh kaum di Malaysia, yang dibela sebenarnya cuma beberapa kerat elit dan kroni umno seperti Shahrizat Jalil dan lain-lain individu tertentu yang berkepentingan.

'Bangsa Umno' ini bukan sahaja dibantu secara terancang, malah "mereka-mereka" ini semacam diberi "kebenaran" untuk merompak wang rakyat secara mewah.Malah paling mendukacitakan semacam kebal undang-undang ?

Individu yang terkait dengan Bangsa Umno ini bukan sahaja gemar berbelanja mewah disamping mereka juga seronok merompak wang rakyat secara halus dan terancang.
.
Pakatan Rakyat konsisten untuk membela hak dan nasib rakyat dengan terus menyuarakan kezaliman BN terhadap rakyat melalui Dewan Rakyat (Parlimen) dan pelbagai media alternatif lain dengan segala bukti dan segala dokumen.

Umno BN telah diberi peluang sekian lama, hasilnya, rakyat semakin susah dan merempat di tanah air sendiri, PRU13 adalah medan perubahan total kepada rakyat untuk jatuhnya BN dengan memberi harapan kepada PR membela hak rakyat tanpa mengira agama dan bangsa.

Drs. Khalil Idham Lim
Parit Buntar, 7 Dis 2011

Masjid Luak Perlu ada Van Jenazah Sendiri

11 Muharram 1433H. [MOD] -
PAS Miri

MIRI - Masjid Luak yang terletak dipinggir jalan pantai Miri ke Bintulu adalah salah sebuah masjid terbesar di Miri. Pada setiap hari jumaat dan juga musim bulan puasa ramadhan ramai umat Islam solat berjamaah di Masjid Luak. Kawasan dalam Masjid Luak agak luas dan besar dan boleh memuatkan hampir seribu orang dalam suatu masa.

Di sebabkan kepesatan penduduk di bandaraya Miri, keperluan harian juga akan meningkat. Begitu juga dengan pengangkutan awam dan keperluan kenderaan membawa jenazah ke tempat pengebumian. Jika hanya terdapat berapa buah saja van jenazah sudah pasti satu hari nanti apabila berlaku ramai kematian dalam satu masa perkara ini akan menyulitkan orang ramai yang memerlukan van jenazah.

Apabila berlaku kematian, umat Islam sangat memerlukan van jenazah untuk mengurus pengangkutan jenazah ke tempat perkebumian atau perkuburan. Kebanyakan masjid besar di Miri mempunyai van jenazah mereka sendiri seperti Masjid Al Taqwa, Masjid Piasau dan Masjid Lutong. Memandangkan Masjid Luak adalah diantara masjid yang utama dalam bandaraya Miri maka van jenazah sangat diperlukan untuk penduduk Islam di Luak. Mereka juga perlu ada van sendiri untuk kemudahan membawa jenazah penduduk Islam di Luak dan sekitarnya. Pihak majlis agama Islam atau badan kebajikan seperti Baitulmal juga perlu memainkan peranan penting dalam menjaga hal ehwal kebajikan umat Islam di seluruh negeri Sarawak.

Zakat, "sesuatu yang membersihkan" atau "sedekah", salah satu daripada Lima Rukun Islam, pemberian bahagian tetap kekayaan seseorang untuk kebajikan, secara amnya untuk golongan miskin dan golongan yang memerlukan. Duit zakat tersebut dan sumbangan orang ramai untuk kegunaan kebajikan umat Islam juga perlu digunakan sebaik mungkin, jangan biarkan duit tersebut disimpan begitu saja tanpa digunakan untuk kebajikan orang ramai kerana mereka yang memberi sumbangan tersebut juga mahu pahala dari Allah untuk setiap duit yang digunakan. Dari Abu Hurairah RA, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda: “Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus, kecuali tiga perkara : amal jariah, ilmu yang bermanfaat atau anak shalih yang mendo’akannya” (HR. Bukhari).

Kita minta pihak yang berkenaan dapat menyediakan sebuah van jenazah untuk Masjid Luak supaya dapat memberi perkhidmatan dan kemudahan kepada semua penduduk Islam yang tinggal di Luak dan juga disekitar kawasan Luak. Dengan adanya van jenazah tersebut penduduk Islam di Luak tidak perlu lagi menyewa atau meminjam van dari luar untuk membawa jenazah ke tempat perkuburan.

Kita yakin kerajaan Sarawak yang kaya dengan sumber hasil sudah tentu ada peruntukan dan mampu untuk menyediakan sebuah van jenazah untuk setiap Masjid besar di Sarawak. Adalah tidak patut untuk Sarawak yang kaya dengan hasil bumi tidak mampu memberi sedikit kemudahan dan kebajikan untuk rakyat mereka yang memerlukannya.

Kita sekali lagi mendesak pihak yang berkenaan dan yang menjaga hal ehwal Islam Sarawak agar dapat mengambil perhatian yang serius tentang masalah yang dihadapi oleh rakyat Sarawak. Jangan anggap perkara ini remeh tetapi perlu diberi perhatian yang sewajarnya demi menjaga kebajikan untuk semua tanpa mengira bangsa,agama dan fahaman politik.

PAS Miri
Jofri Jaraiee

Libya ikrar gencatan senjata di Tripoli

11 Muharram 1433H. [MOD] -

TRIPOLI 7 Dis. – Kerajaan Libya hari ini berikrar untuk melaksanakan gencatan senjata di Tripoli menjelang 31 Disember ini, kata ketua majlis perbandaran selepas mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Abdel Rahim al-Kib.

“Kerajaan Libya berikrar untuk melaksanakan gencatan senjata di Tripoli menjelang hujung tahun ini,” kata Abduk Razak Buhajar.

Awal pagi ini, berpuluh-puluh penunjuk perasaan mengadakan sekatan di beberapa jalan utama di Tripoli sebagai mendesak kerajaan untuk mengusir keluar kumpulan pemberontak lain dari bandar ini. – AFP

Pemburuan haram badak sumbu meningkat

11 Muharram 1433H. [MOD] -

JOHANNESBURG 7 Dis. – Sekurang-kurangnya 405 badak sumbu diburu secara haram di Afrika Selatan pada tahun ini sekali gus mencatat peningkatan sebanyak 21.6 peratus berbanding tahun lepas.

Menurut Taman Negara Afrika Selatan, sebanyak 333 ekor badak sumbu diburu secara haram pada tahun lepas dan dari 2009 hingga 2010, kegiatan tersebut meningkat sebanyak 173 peratus.

Afrika Selatan merupakan habitat terbesar haiwan tersebut dan bagi mengekalkan populasinya, pihak berkuasa mengambil tindakan keras terhadap sindiket yang memburu haiwan itu bagi mendapatkan sumbunya. – dpa

Spesies Ikan Terkecil Di Dunia Ditemui Di T'gganu

11 Muharram 1433H. [MOD] -

DUNGUN: Spesies ikan paling kecil di dunia, 'Paedocypris' dari keluarga 'Cyprinidae' dengan saiz 7.8 milimeter ditemui di kawasan paya Bukit Bauk, di sini.

Pengarah Jabatan Perhutanan negeri Azmi Nordin berkata, ikan tersebut ditemui semasa ekspedisi Bukit Bauk yang dianjurkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia pada 2006.

"Beberapa ekor ikan dari famili Cyprinidae itu, spesis ikan paling kecil di dunia, ditemui di kawasan ini," katanya kepada Bernama di sini, Selasa.

Azmi berkata, berdasarkan kajian yang dibuat oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), ikan tersebut tidak terdapat di tempat lain termasuk di luar negara setakat ini.

Beliau berkata, pihaknya sedang mengambil langkah untuk membiak ikan itu supaya tidak pupus dan mungkin dijadikan daya tarikan pelancong pada masa akan datang.

Menurut Azmi, buat masa ini pihaknya belum dapat menunjukkan ikan itu kepada umum kerana dibimbangi ada pihak yang akan mencarinya dan dijual dengan harga yang tinggi.

Lagipun, katanya, kawasan ikan itu ditemui terdedah kepada pengunjung dan besar kemungkinan orang akan tertumpu ke situ sekiranya kawasan itu dihebahkan.

"Ini satu aset untuk negeri dan jika ia pupus, rugilah negara," katanya.

Beliau berkata selain itu, Bukit Bauk seluas 7,596 hektar juga mempunyai pelbagai khazanah berharga seperti pokok-pokok bunga yang masih belum dieksploitasi sepenuhnya

mStar/-

Parlimen Kuwait dibubarkan.

11 Muharram 1433H. [MOD] -

KUWAIT 6 Dis. – Amir Kuwait, Sheikh Sabah al-Ahmad Al-Sabah membubarkan Parlimen buat kali keempat dalam tempoh kurang dari enam tahun, lapor televisyen kebangsaan, semalam.

“Parlimen dibubarkan selepas berdepan dengan pelbagai masalah pentadbiran yang dilihat boleh mengancam Perlembagaan negara,” kata Al-Sabah menerusi dekri yang dikemukakan.

Pengumuman tersebut dibuat selepas seminggu Al-Sabah menerima peletakan jawatan bekas Perdana Menteri Sheikh Nasser Mohammad al-Ahmad berhubung konflik rasuah dengan Parlimen. – AFP

Liga Juara-Juara Eropah : Olympiakos 3, Arsenal 1.


11 Muharram 1433H. [MOD] -PEMAIN Arsenal, Tomas Rosicky cuba merampas bola daripada pemain Olympiakos FC, Olof Melberg (kiri) pada perlawanan Liga Juara-Juara Eropah di Stadium Karaiskaki, Athens, awal pagi ini. Keputusan Olympiakos 3, Arsenal 1. - Foto AFP