03 December 2011

Polis halang Pak Samad baca puisi di KLCC

7 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 3 Dis: Himpunan aman bacaan puisi oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said bagi membantah Rang Undang-Undang (RUU) Perhimpunan Aman di KLCC hari ini dihalang oleh pihak polis.

A Samad yang mesra dengan panggilan Pak Samad yang berucap sebelum memulakan bacaan puisi memberitahu negara ini sudah diselubungi kegelapan demokrasi.

"Perlaksanaan RUU ini jelas mengelapkan demokrasi negara dan kita tidak mahu ia berlaku, kerajaan perlu sedar hak rakyat bukannya menghalang kebebasan rakyat.

"Kita sebagai rakyat mahu berhimpun secara bebas bukannya dihalang mahupun dinafikan hak, kenapa ini perlu berlaku tidakkah kerajaan faham apa itu demokrasi dalam perlembagaan.

"Kembalikan hak rakyat jangan dicuri atau dicabuli kerana kita juga rakyat Malaysia, kerajaan perlu celik mata bukan buta mata dan buta hati," jelasnya.

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang turut hadir perhimpunan itu juga berharap agar rakyat bangkit menuntut hak mereka.

"Hak berhimpun ini bukan sahaja tertumpu kepada parti-parti politik sahaja dan semua rakyat perlu mendapatkan hak mereka.

"RUU merampas sepenuhnya apa yang telah kita miliki selama ini, kenapa ia perlu kita lepaskan dan secara jelas kerajaan perlu sedar dan bangkit menentang jangan tidur.

"Saya desak agar pendengaran awam dilakukan terlebih dahulu, dengar apa yang rakyat hendak serta apa jua cadangan barulah kerajaan boleh menilaikannya apa sebenarnya diperlukan bukannya terus menikam hak rakyat.

"Jelas kerajaan mencabul kebebasan demokrasi negara serta merompak hak asasi perlembagaan negara ini," ucap Lim Kit Siang.

Sebelum itu, A.Samad Said sempat membaca beberapa buah puisi dan juga beberapa orang awam turut mengikut serta membaca puisi sebagai tanda sokongan sebelum pihak polis menghalang perhimpunan tersebut.

Lebih kurang 200 orang hadir sebagai tanda sokongan terhadap bantahan RUU Perhimpunan Aman yang telah diluluskan oleh kerajaan dan ia berlaku secara aman tanpa ada sebarang kekacauan.

Harakahdaily/-

Fidlot: Kenyataan polis tak mampu selamatkan Umno

7 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 3 Dis: Percubaan polis untuk menghalang huru hara di dalam Umno berikutan kontroversi Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) tidak akan berjaya, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"(Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri) Khalid (Abu Bakar) dakwa tiada unsur pecah amanah atau penyelewengan dalam penggunaan dana untuk NFC.

"Kenyataan Khalid itu mungkin menyelamatkan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) dan (Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) yang berhempas pulas membela projek suami (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri) Shahrizat (Abdul Jalil) itu dari menghadapi huru hara dalam perhimpunan agung Umno serta dipersoalkan oleh perwakilan-perwakilan yang berlakon kononnya mahu ketelusan dan amalan yang bersih dalam pemberian projek itu.

"Tetapi ia tidak mungkin menyelamatkan Umno dari menghadapi huru hara yang lebih besar lagi selepas ini," katanya.

Menurut Mahfuz, masalah terbesar yang dihadapi bukannya ketegasan ahli-ahli Umno kepada prinsip menentang kronisme, penyalahgunaan kuasa atau amalan yang tidak bersih dalam pemberian mana-mana projek.

"Semua itu mereka tidak peduli dan tidak pernah ambil peduli. Huru hara akan berlaku kerana semakin ramai ahli Umno yang akan mempersoalkan mengapa pemimpin tertinggi atau keluarga mereka mendapat habuan yang banyak sedangkan mereka hanya mendapat tulang-tulang sahaja.

"Tak mungkin boleh berpuas hati dengan sedikit suapan yang dihulurkan ketika pemilihan parti itu.

"Tentu mereka juga mahu habuan besar seperti keluarga Shahrizat kerana bagi mereka, mereka dan keluarga mereka juga berkerja keras dan berhak mendapat apa yang dinikmati oleh keluarga Shahrizat," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Begitu juga dengan ahli-ahli Umno yang mendapat upah lima enam puluh ringgit memasang poster ketika pilihan raya, mereka juga teringin hendak mendapat habuan besar seperti dinikmati keluarga Ketua Wanita Umno, kata Mahfuz.

"Ahli-ahli Umno juga tentu boleh berfikir, itu habuan untuk keluarga Sharizat, bagaimana pula dengan pemimpin Umno lain dan keluarga mereka?

"Sebab itulah huru hara yang ditumbulkan oleh lembu fidlot itu besar kemungkinan akan berpanjangan dan semakin buruk.

"Bila keluarga Sharizat daat habuan besar, tidak ada jaminan para penyokong (Tan Sri) Rafidah (Aziz) yang ditewaskan oleh Shahrizat dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Wanita Umno sebelum ini akan berdiam diri," katanya lagi.

Beliau juga mempersoalkan dakwaan Khalid kononnya tiada unsur pecah amanah atau penyelewengan dalam penggunaan dana untuk NFC.

"Khalid dan (Menteri Dalam Negeri Datuk Seri) Hishammuddin (Tun Hussein) sendiri berkata siasatan terhadap projek NFC masih diteruskan.

"Kalau masih disiasat bagaimana pula boleh mendakwa tiada unsur pecah amanah atau penyelewengan dalam penggunaan dana untuk NFC?" kata Mahfuz sambil menyatakan beliau merasa sangat kasihan melihat Khalid berusaha sungguh-sunguh memberi penjelasan dalam kes yang melibatkan para pemimpin Umno itu.

"Khalid tentu mahu menjadi Ketua Polis Negara," katanya lagi sambil tersenyum.

Harakahdaily/-

Gempa bumi 5.3 magnitud melanda Jepun

7 Muharram 1433H. [MOD] -

TOKYO: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.3 menggegarkan Jepun, awal pagi tadi.

Bagaimanapun, pihak beruasa negara itu berkata, tiada laporan kerosakan dan amaran tsunami dikeluarkan.

Jabatan Kajiselidik Geologikal Amerika Syarikat (USGS), berkata gempa yang melanda pada jam 5.55 pagi (waktu tempatan) dikesan di Chiba, iaitu 60 kilometer tenggara Tokyo.

Katanya, ia dicatatkan pada kedalaman 18 kilometer dan kawasan yang terbabit adalah Chiba dan kawasan lain berdekatan Tokyo.

Agensi Meteorologikal Jepun, berkata ia juga dikesan 200 kilometer dari Loji Janakuasa Nuklear Fukushima Daiichi. - AFP

Mangsa banjir di Kerian meningkat

7 Muharram 1433H. [MOD] -

IPOH: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di daerah Kerian meningkat kepada 156 orang pagi ini berbanding 97 orang semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Mat Fauzi Nayan, berkata mangsa banjir terbaru yang dipindahkan malam tadi membabitkan 59 orang dari Kampung Parit Mat Keling.

"Mereka ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Bukit Merah," kata ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, kampung yang masih terjejas dengan banjir ialah Kampung Padang Lalang, Kampung Batu 40 Bukit Merah, Kampung Perlis, Kampung Ban Abu Hasan, Kampung Batu 38 Bukit Merah dan kampung Parit Ayer Hitam. - BERNAMA

Jalan Ke Taman Negara Loagan Bunut Perlu di naiktaraf

7 Muharram 1433H. [MOD]
PAS Miri

MIRI - Taman Negara Loagan Bunut terletak di hulu Sungai Bunut kira-kira 130 km dari Miri merupakan salah sebuah tasik semula jadi yang terbesar di Sarawak dan hanya didapati di pulau Borneo. Nelayan tempatan Berawan mengelar tasik ini dengan panggilan tasik 'Logan Bunut'. Keluasan taman ini kira-kira 650 hektar, Tasik Loagan Bunut tidaklah besar mengikut piawaian dunia, tetapi, ia bukan tasik yang biasa. Ianya terkenal dengan kekayaan biodiversiti dan ekosistem akuatik yang unik.

Paras air di dalam tasik ini adalah betul-betul bergantung kepada paras air Sungai Bunut, Sungai Tinjar dan Sungai Baram. Paras air sungai-sungai ini berubah-ubah sepanjang tahun dan hasilnya, paras air di Loagan Bunut juga turun naik. Paras air di Loagan Bunut biasanya terendah dalam bulan Februari dan Mei atau Jun. Tempoh air yang rendah berlangsung selama kira-kira 2 hingga 3 minggu.

Populasi ikan juga berubah-ubah akibat situasi yang unik ini. Apabila tempoh kering pada waktu kemuncak, Loagan Bunut boleh menjadi kering lumpur retak yang besar. Anda sebenarnya boleh berjalan di atas lumpur kering tersebut.

Tasik dan kawasan sekitarnya yang meriah dan indah, semasa paras air yang tinggi dan rendah.

Tarikan kebudayaan yang utama di tasik ini adalah kaedah yang unik dan tradisional menangkap ikan ('Selambau') yang masih dikekalkan oleh nelayan Berawan.

'Selambau' telah dimajukan untuk menangkap ikan yang bergerak semasa paras air yang turun naik. Teknik ini telah digunakan selama berabad-abad dan telah membolehkan nelayan Berawan mengurus perikanan yang unik dan berkesan dan dapat bertahan untuk banyak generasi.

Kawasan sekitarnya dipenuhi dengan hutan paya gambut. Terdapat berbagai jenis burung dan juga hidupan liar terdapat di sini seperti rusa,kancil dan sebagainya.

Taman negara ini telah diwartakan pada 1 Januari, 1990 dan ia dibuka kepada orang ramai pada 29 ogos 1991.

Jalan perhubungan yang teruk

Sayang sekali keunikan dan keindahan seperti yang tersebut di atas sukar untuk dinikmati oleh pelancong tempatan dan juga pelancong luar negara disebabkan jalan perhubungan untuk menuju ke Taman Negara Loagan Bunut amat teruk sekali hanya sesuai untuk kenderaan berat dan juga lori-lori balak. Perkara semacam ini seharusnya diberi perhatian oleh pihak kerajaan sekiranya ingin memajukan sector pelancongan dan juga meningkat ekonomi Negara.

Kita cadangkan agar pihak kerajaan dapat membina jalanraya yang lebih elok dan, memberi kemudahan asas serta menjaga kawasan tersebut dari tercemar akibat aktiviti pembalakan yang tidak terkawal.

Memandangkan Sarawak kaya dengan sumber hasil dan juga mempunyai tempat yang indah serta menarik untuk pelancongan adalah disarankan kerajaan Sarawak membina lebih banyak infrastruktur serta membina jalanraya yang baik untuk kemudahan orang ramai melawat ke Taman Negara di Sarawak.

Hasil dari pelancongan dari dalam dan luar negara akan memberi banyak menafaat kepada semua rakyat. Ini antara perkara yang akan kita rancangkan jika diberi peluang mengambil alih kuasa dari kerajaan yang ada sekarang. Sarawak sudah jauh ketinggalan dari segi kemudahan asas, jalan perhubungan yang teruk serta ramai penduduk miskin.

Kemana perginya peruntukan dan hasil sumber bumi Sarawak yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat Sarawak selama ini? Kalau peruntukan yang berbilion ringgit tersebut dapat digunakan dengan baik dan sepenuhnya untuk kemudahan rakyat sudah pasti Sarawak sudah maju kehadapan berbanding dengan negeri-negeri lain dalam Malaysia.

Jadi rakyat kena berfikir siapa yang untung dan mendapat manafaat dengan peruntukan tersebut? Adakah rakyat biasa atau pihak yang tertentu saja? Fikirlah sendiri, kalau rakyat yang mendapat manafaat sudah pasti penduduk di luar bandar tidak merungut dengan masalah kemudahan asas dan juga infrastruktur selama ini. Kita semua tahu berapa puluh tahun kerajaan yang ada sekarang sudah memerintah.

Bukannya 5 atau 10 tahun mereka memerintah tapi sudah berpuluh tahun. Kalau hendak dikira peruntukan yang sudah disalur ke penduduk luar bandar sudah boleh mencecah berbilion ringgit dan tidak sepatutnya Sarawak masih jauh ketinggalan 20 tahun ke belakang.

Sudah tiba masanya Sarawak diberi kuasa kepada mereka yang benar-benar jujur,ikhlas, amanah serta perihatin akan masalah rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

PAS Miri
Jofri Jaraiee

Perhimpunan Agung UMNO masuki hari terakhir

7 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Umno 2011 yang masuk hari terakhir hari ini disambung semula pagi ini dengan perbahasan usul agama, pendidikan dan sosial.

Sebanyak 14 perwakilan dijadual membahaskan usul tersebut sebelum disusuli dengan sesi penggulungan oleh pimpinan Umno termasuk Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Turut dijadual menggulung perbahasan ialah ketiga-tiga naib presiden parti iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Penggulungan juga membabitkan ketua ketiga-tiga sayap Umno iaitu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Wanita), Khairy Jamaluddin (Pemuda) dan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (Puteri).

Perhimpunan itu yang bermula Selasa lepas melabuhkan tirainya hari ini. -- BERNAMA

Ulasan :

Saya yakin semua pimpinan Pakatan Rakyat sentiasa bersedia untuk "bertempur" dengan cerita dongeng yang akan di alunkan oleh pimpinan umno pada hari akhir persidangan.

3 Naib Presiden UMNO Jilat Semula Ludah Mereka

7 Muharram 1433H. [MOD] -

Arahan tarik balik laporan naib presiden 'sedia undur'

Beberapa pertubuhan berita diberikan arahan supaya tidak menerbitkan laporan yang memetik kenyataan tiga naib presiden Umno supaya calon yang tidak boleh menang atau “winnable candidate” berundur pada pilihan raya umum akan datang.

Namun tidak semua pertubuhan berita mematuhi arahan dari Putrajaya itu supaya tidak menyiarkan berita berkenaan.

Ia berhubung reaksi tiga naib presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap ucapan dasar presiden.

Pada ucapan dasar Datuk Seri Najib Razak, semalam, beliau berkata calon boleh menang akan diletakkan pada pilihan raya umum akan datang dan meminta semua ahli mendahulukan kepentingan parti daripada peribadi.

Pada sidang media kemudiannya, ketiga-tiga naib presiden berkata mereka bersedia memimpin melalui teladan dengan berundur secara terhormat jika ahli dan rakyat merasakan khidmat mereka tidak lagi diperlukan, jika mereka bukan calon yang boleh menang.

Lewat petang semalam, agensi berita kerajaan, Bernama mengeluarkan notis kepada pelanggan memaklumkan bahawa artikel yang disiarkan telah dikemaskini.

“Nota kepada editor: Sila abaikan berita bertajuk Umno-Naib Presiden (calon) yang dihantar sebelum ini. Berita baru akan menyusul,” petik notis itu.

Berita baru yang menyusul bagaimanapun tidak melaporkan ketiga-tiga mereka akan berundur bagi memberi laluan kepada ahli lain diletakkan sebagai calon, tetapi sebaliknya memetik mereka mendesak orang lain berbuat demikian. -mk

Laporan sebelumnya

Ketiga-Tiga Naib Presiden UMNO Sedia Tarik Diri Bertanding PRU-13

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Ketiga-tiga Naib Presiden Umno Khamis menyatakan kesediaan mereka untuk menarik diri daripada bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) sekiranya mereka difikirkan tidak mampu menjadi calon yang boleh menang.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein membuat kenyataan tersebut dalam sidang akhbar bersama selepas perasmian Perhimpunan Agung Umno 2011 oleh Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak di sini pada Khamis.

Hishammuddin yang mewakili ketiga-tiga mereka berkata "tiada masalah" apabila ditanya adakah mereka sanggup melepaskan kerusi masing-masing jika difikirkan tidak mampu menjadi calon yang boleh menang.

Katanya ini adalah selaras dengan ucapan dasar presiden parti yang antara lain menyebut anggota parti perlu menilai sama ada mereka dapat membantu parti memenangi pilihan raya umum jika bertanding nanti atau hanya merugikan parti jika berbuat demikian.

"Presiden parti tidak mahu meletakkan parang yang tajam untuk memenggal leher orang yang tidak lagi boleh memberikan kemenangan kepada parti, namun kita sendiri mesti lakukan muhasabah pada diri. Kalau kita tidak boleh memberikan kemenangan kepada parti lagi maka kita perlu mengundurkan diri."

Najib semasa berucap pada perasmian Perhimpunan Agung Umno 2011 hari ini secara halus meminta para pewakilan mencontohi sifat sahabat Rasulullah, Khalid al-Walid yang taat mengundurkan diri sebagai panglima perang apabila diarahkan oleh khalifah, dan hanya berkerja sebagai tentera biasa sekalipun sedang berada di kemuncak kariernya yang tidak pernah kalah dalam sebarang peperangan. -Bernama


Ulasan GB

Sememang wajar ketiga-tiga Naib Presiden UMNO itu berundur. Paling tidak pun rakyat Malaysia khususnya ahli UMNO sendiri sudah melihat "kebebalan" mereka. Buat kenyataan sedia berundur, lepas tu baru tersedar risikonya bahawa ahli-ahli UMNO memang hendakkan ketiga-tiga berundur sehingga mengejutkan pimpinan tertinggi termasuk Presiden dan Timbalan Presiden. Akhirnya ketiga-tiganya tarik semula kenyataan yang dibuat bersama - yang lucunya - suruh orang lain pula berundur.

http://greenboc.blogspot.com

Seperti Binatang

7 Muharram 1433H. [MOD] -
Oleh Jarjani Usman

“Terangkanlah kepadaku tentang orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya. Maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara atasnya?, atau apakah kamu mengira bahwa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami. Mereka itu tidak lain, hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya” (QS. Al Furqan 43-44).

Meskipun berjalan tegak, berpakaian bagus, beruang banyak, serta berkendaraan mewah, jangan disangka itu semuanya makhluk manusia berderajat mulia. Ada di antaranya sudah hina seperti binatang dan bahkan lebih buruk lagi. Ya, memang ada manusia seperti binatang, sebagaimana beberapa kali disebutkan dalam Alquran (QS. Al Furqan 43-44) dan (QS. Al Araf: 179).

Sebutan tersebut dialamatkan kepada orang-orang yang lebih mementingkan hawa nafsunya (QS. Al Furqan 43-44). Dalam ayat yang lain (QS. Al ‘Araf: 179), sebutan itu ditujukan kepada orang-orang yang tidak mempergunakan mata, telinga, dan hati untuk melihat, mendengar, dan menghayati kebenaran. Semua ini mengajak kita semua untuk memikirkan kembali diri sendiri agar (kembali) berusaha untuk kembali meraih martabat sebagai manusia yang telah diciptakan sebagai makhluk dalam bentuk yang sangat bagus (QS. At-Tiin: 4).

Dengan demikian, untuk mengembalikan marwah manusia atau memanusiakan manusia, perlu sekuat tenaga menghilangkan budaya memperturutkan hawa nafsu dan hidup layak sebagaimana terdapat dalam pedoman hidup dalam Alquran dan assunnah. Yang juga penting dilakukan adalah jangan terlibat dalam upaya mengangkat orang-orang yang mementing diri sendiri dan hawa nafsunya sebagai wakil atau pengurus rakyat. Sebab, yang demikian sama dengan mengangkat orang-orang yang manusia binatang, yang tak akan berjuang, kecuali kepada kepentingan dirinya sendiri. Bahkan dikatakan, orang-orang yang hanya mementingkan diri atau perutnya sendiri, tak ubahnya seperti apa yang keluar dari perut. Sungguh menjijikkan!

Serambi/-

Guru Kesederhanaan

7 Muharram 1433H. [MOD] -
Oleh Jarjani Usman

“Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebihan, dan tidak (pula) kikir, dan adalah (pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian” (QS. Al- Furqan: 67).

Guru tak semuanya dikenal di dunia ini. Yang banyak dikenal hanya guru-guru yang diangkat sebagai atau menyebut diri guru. Namun sebenarnya, ada sejumlah hamba Allah yang mendiami bumi ini yang layak untuk tempat berguru. Termasuk di antaranya orang-orang yang senantiasa hidup sederhana dalam keadaan memiliki harta yang memadai atau tidak. Rasulullah SAW juga mengingatkan bahwa tak akan menderita kesusahan orang yang hidup sederhana (HR. Ahmad).

Terbukti dalam kenyataan, pola hidup sederhana telah membuat banyak orang selamat dari berbagai prahara. Yaitu selamat dalam meniti jalan kesabaran. Kesabarannya diteguhkan di saat berbagai godaan datang. Mereka akan berhenti makan sebelum kenyang. Mereka tidak akan mencintai harta, kecuali yang sudah sanggup dimiliki.

Sebaliknya, pola hidup tidak sederhana telah menelan banyak korban di mana-mana. Hidup tak sederhana telah membuat banyak manusia menjadi panjang angan-angan. Karena hidup tak sederhana, banyak orang ingin tampil lebih dari orang lain, meskipun di saat tak memiliki kemampuan. Akibatnya, tak sedikit yang terjebak mengambil atau menggunakan yang bukan haknya.

Namun anehnya, dibandingkan dengan orang-orang yang hidup sederhana, orang yang hidup mewah lebih banyak dijadikan guru. Akibatnya, pola hidup sederhana dan orang-orang yang setia hidup seperti itu menjadi tak dikenal, meskipun mereka guru sejati karena telah memberi contoh melalui perilakunya bagaimana hidup sederhana.

Serambi/-

Keutamaan Wudhu

7 Muharram 1433H. [MOD] -

Islam adalah agama yang memiliki syariat yang indah. Faedah dan pahala melaksanakan syariat Allah akan kembali kepada umatnya. Di antara syariat Islam yang indah itu adalah wudhu. Wudhu disyariatkan ketika seseorang akan melaksanakan shalat, thawaf di Baitullah dan menyentuh mushaf.

Allah berfirman, artinya, “Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan shalat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki…” (QS. al-Maaidah: 6)

Rasulullah bersabda kepada ‘Aisyah (tentang wanita haidh), “Kerjakanlah seperti yang dikerjakan oleh orang yang mengerjakan haji kecuali berthawaf di Baitullah hingga kamu bersuci.” (Mutaffaq ‘alaihi)

Dalam hadits yang lain Rasulullah bersabda, “Tidak boleh menyentuh al-Qur’an kecuali orang yang suci.” (HR. al-Hakim)

Seperti kita ketahui bahwa setiap syariat Allah selalu dipenuhi dengan keutamaan yang sangat banyak. Demikian juga dengan syariat wudhu ini. Banyak sekali hadits-hadits Rasulullah yang menjelaskan keutamaan wudhu, antara lain:

1. Tanda bagi umat Muhammad ketika dipanggil pada hari Kiamat kelak. Rasulullah bersabda dalam hadits Abu Hurairah, “Sesungguhnya umatku akan dipanggil pada hari Kiamat dengan bertanda bulatan putih (pada dahinya) dan belang putih (pada kakinya) bekas wudhu.” (Mutafaq ‘alaih)

2. Allah akan memberikan ampunan dosa yang telah lalu, jika seseorang berwudhu sesuai dengan wudhu Rasulullah. Dalam hadits yang diriwayatkan oleh Utsman, Rasulullah bersabda, “Barangsiapa berwudhu seperti wudhuku ini lalu dia mengerjakan shalat dua rakaat, yang pada keduanya dia tidak berbicara pada dirinya sendiri, niscaya Allah akan memberikan ampunan kepadanya atas dosa-dosa yang telah lalu.” (Mutafaq ‘Alaihi)

3. Allah akan memberikan ampunan atas dosa yang terjadi antara wudhu dengan shalat yang berikutnya.Rasulullah bersabda, “Tidaklah seorang Muslim berwudhu lalu dia menyempurnakan wudhunya tersebut, kemudian mengerjakan shalat melainkan Allah akan memberikan ampunan kepadanya atas dosa yang terjadi antara wudhu itu dengan shalat yang berikutnya.”(HR. Muslim)

4. Wudhu akan menjadi kafarat (penebus) dosa yang lalu, selama tidak melakukan dosa besar. Rasulullah bersabda, “Tidaklah seorang Muslim yang telah tiba waktu shalat wajib, lalu dia menyempurnakan wudhu, kekhusyuan, dan rukuknya, melainkan itu akan menjadi kafarat (penebus) bagi dosa-dosa yang telah lalu, selama dia tidak melakukan dosa besar. Dan itu berlaku selamanya.” (HR. Muslim)

5. Dengan wudhu akan meraih surga. Rasulullah bersabda, “Tidaklah seorang Muslim berwudhu lalu dia menyempurnakan wudhunya kemudian mengerjakan shalat dua rakaat dengan hati yang khusyu dan wajah yang khudu (tunduk), melainkan telah diwajibkan baginya Surga.” (HR. Muslim)

6. Akan keluar dosa dari setiap anggota wudhu. Rasulullah bersabda, “Jika seorang hamba Muslim atau Mukmin berwudhu lalu membasuh wajahnya, akan keluar dari wajahnya setiap dosa yang dilakukan kedua matanya bersamaan dengan keluarnya air atau tetesan air yang terakhir. Jika dia membasuh tangannya, akan keluar dari kedua tangannya setiap dosa yang pernah diperbuat oleh kedua tangannya itu bersama air atau tetesan air yang terakhir. Jika dia membasuh kedua kakinya, akan keluar setiap dosa yang pernah diperbuat oleh kedua kakinya bersama dengan air atau tetesan air yang terakhir, sehingga dia akan keluar dalam keadaan benar-benar bersih dari dosa.” (HR. Muslim)
Rasulullah juga bersabda, “Barangsiapa berwudhu lalu menyempurnakan wudhunya maka kesalahan-kesalahannya akan keluar dari tubuhnya sampai-sampai dari bawah kuku-kukunya.” (HR. Muslim)

7. Meninggikan derajat.Rasulullah bersabda, “Maukah kalian aku tunjukkan sesuatu yang dengannya Allah menghapus dosa dan meninggikan derajat.” Para sahabat menjawab, “Mau ya Rasulullah.” Beliau bersabda, “Yaitu menyempurnakan wudhu pada saat yang tidak disukai (menyulitkan), banyak melangkah ke masjid, dan menunggu shalat setelah shalat. Itulah ar-ribath (perjuangan), dan itulah ar-ribath.” (HR. Muslim)

Wudhu Yang Sempurna

Setelah mengetahui keutamaan wudhu, kita hendaknya mengetahui bagaimana tata cara wudhu yang sempurna. Dalam hadits Humran bekas budak Utsman, beliau berkata: “Bahwa Utsman bin Affan meminta diambilkan air wudhu kemudian dia berwudhu dengan membasuh kedua telapak tangannya sebanyak tiga kali. Kemudian dia berkumur-kumur dan ber-istintsar (mengeluarkan air yang dihirup ke hidung). Kemudian dia membasuh wajahnya tiga kali. Kemudian dia membasuh tangan kanannya hingga siku sebanyak tiga kali. Kemudian dia membasuh tangan kiri seperti itu pula. Kemudian dia mengusap kepalanya. Kemudian dia membasuh kaki kanannya hingga mata kaki sebanyak tiga kali. Kemudian dia membasuh kaki kiri seperti itu pula. Kemudian Utsman berkata: Aku melihat Rasulullah dulu berwudhu seperti yang kulakukan tadi. Kemudian Rasulullah bersabda, “Barangsiapa yang berwudhu seperti caraku berwudhu ini kemudian bangkit dan melakukan shalat dua raka’at dalam keadaan pikirannya tidak melayang-layang dalam urusan dunia niscaya dosa-dosanya yang telah berlalu akan diampuni.” (HR. Muslim)

Secara lebih rinci tata cara wudhu yang sempurna adalah sebagai berikut,

1. Berniat dalam hati untuk berwudhu.Hal ini berdasarkan hadits Umar, “Amal perbuatan itu tergantung pada niat.” (Muttafaq ‘alaih)

Niat itu tidak perlu diucapkan atau dilafalkan karena Nabi tidak pernah melafalkan niat secara lisan dan karena Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati.

2. Mengucapkan, “Bismillah.”

Hal itu didasarkan pada hadits Abu Hurairah, dari Nabi beliau bersabda, “Tidak ada shalat bagi orang yang tidak berwudhu dan tidak ada wudhu bagi orang yang tidak menyebut nama Allah padanya.” (HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, dan at-Tirmidzi)

3. Mencuci kedua telapak tangan tiga kali

4. Mengambil air dengan telapak tangan kanan sambil sebagian dimasukkan ke dalam mulut (madhmadhah) dan sebagian dihirup ke dalam hidung (istinsyaq) kemudian membuangnya dengan tangan kiri (istintsar). Itu dilakukan tiga kali dengan tiga kali cidukan air dengan telapak tangan. Lalu menyempurnakan wudhu dan melakukan istinsyaq sedalam-dalamnya kecuali bagi orang yang sedang puasa. Rasulullah bersabda, “Dalam-dalamlah di dalam menghirup air dengan hidung, kecuali jika kamu sedang berpuasa.” (HR. Abu Dawud)

5. Membasuh muka tiga kali dari telinga yang satu ke telinga yang lain dengan skala melebar, dari rambut kepala paling depan sampai ke jenggot paling bawah dan dagu dengan skala memanjang. Selanjutnya, menyela-nyela jenggot sebagaimana hadits Anas bin Malik, bahwa Rasulullah dulu apabila berwudhu maka beliau mengambil air dengan telapak tangannya kemudian dia masukkan ke bawah dagunya dan menyela-nyela jenggotnya dengan air tersebut. Lantas beliau mengatakan, “Demikianlah yang diperintahkan oleh Rabbku” (HR. Abu Dawud)

6. Membasuh tangan kanan sebanyak tiga kali dari ujung jari sampai ke siku-siku, menggosok-gosok lengan, membasuh bagian siku, serta menyela-nyela jari-jari, kemudian membasuh tangan kiri seperti yang dilakukan terhadap tangan kanan.

7. Mengusap kepala sekali, yaitu dengan membasahi kedua tangan dengan air lalu mengusapkannya dari bagian kepala terdepan sampai tengkuk, kemudian membalikan tangan ke tempat semula. Selanjutnya memasukkan kedua jari telunjuk ke dalam telinga dan mengusapkan kedua ibu jari ke bagian luar telinga.

8. Membasuh kaki kanan tiga kali dari ujung kaki sampai ke mata kaki, membasuh mata kaki, menyela-nyela jari-jari. Dilanjutkan dengan membasuh kaki kiri seperti yang dilakukan terhadap kaki kanan.

9. Kemudian membaca,


أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللَّهُمَّ اجْعَلْنِي مِنَ التَّوَّابِينَ ، وَاجْعَلْنِي مِنَ الْمُتَطَهِّرِينَ

“Aku bersaksi bahwasannya tidak ada ilah selain Allah, yang tiada sekutu bagi-Nya dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba sekaligus Rasul-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku termasuk orang-orang yang bertaubat dan menyucikan diri.”(HR. at-Tirmidzi)

Demikianlah tata cara wudhu yang sempurna. semoga bermanfaat. Wallahu a’lam bish shawab (Redaksi)

http://www.alsofwah.or.id/?pilih=lihatannur&id=651

Tukang Masak Jadi Guru lebih 100 orang remaja dari keluarga miskin

7 Muharram 1433H. [MOD] -

Inilah Kak Maireyemuhan, sedang memberikan tunjuk ajar kepada para perantis tentang kemahiran membuat kuih-muih tradisional Kirgiz. Beliau sudah berjaya mengembangkan urusniaganya kepada satu kilang kuih-muih yang besar yang mempunyai lebih 30 orang pekerja dalam tempoh masa 15 tahun.

Sebelum ini, beliau hanya mempunyai satu kedai kecil sahaja. Setelah mencapai kejayaan dalam kerjayanya, Kak Maireyemuhan menumpukan perhatian kepada penduduk yang miskin di kawasan terpencil, dan membantu lebih 100 orang remaja dari keluarga miskin mengikuti latihan secara percuma, malah membantu mereka mendapatkan kerja dalam pemasakan kuih-muih.

Kata Maireyemuhan, beliau pernah mendapatkan bantuan besar dari kerajaan tempatan dan masyarakat, maka, patut membalas budi tersebut melalui menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan.

China Tingkatkan Bantuan Kewangan Kepada Kawasan Miskin

7 Muharram 1433H. [MOD] -

Kerajaan China baru-baru ini telah mengumumkan "Program Penerokaan dan Pembasmian Kemiskinan di Kawasan Luar Bandar Negara China (Tahun 2011-2020)". Kerajaan pusat dan kerajaan tempatan akan meningkatkan jumlah bantuan kewangan kepada kawasan yang miskin.

Menurut program itu, usaha membasmi kemiskinan yang dilaksanakan dalam tempoh 10 tahu ini menyasarkan penduduk yang miskin mempunyai makanan dan pakaian yang mencukupi, mendapat pendidikan wajib, perubatan dan rumah kediaman menjelang tahun 2020.

Kawasan pergunungan di Liupanshan, Qinba, Wuling, Wumeng, dan kawasan sempadan barat Yunnan, Tibet, kawasan yang didiami oleh penduduk etnik Tibet di empat provinsi, Daerah Sandi wilayah Xinjiang telah ditetapkan sebagai keutamaan program ini.

Individu tertua di Jepun meninggal dunia

7 Muharram 1433H. [MOD] -

TOKYO 3 Dis. – Individu tertua di Jepun, Chiyono Hasegawa (Gambar)meninggal dunia pada usia 115, semalam.

"Hasegawa merupakan wanita kebanggaan Jepun dan kehilangannya amat dirasai," kata Gabenor daerah Saga, Yasushi Furukawa.

Gelaran individu tertua Jepun kini menjadi milik seorang lelaki, Jiroemon Kimura yang berusia 114 dan beliau turut memegang gelaran lelaki tertua di dunia. – AFP

Gempa bumi: 300 rumah musnah di China

7 Muharram 1433H. [MOD] -

BEIJING 3 Dis. – Gempa bumi sederhana berukuran 5.2 Skala Richter menggegarkan barat laut China sekaligus meranapkan beratus-ratus rumah dan bangunan, semalam.

Menurut Kementerian Hal Ehwal China, hampir 300 rumah di wilayah Kashi musnah dalam kejadian tersebut namun tiada sebarang kecederaan atau kematian dilaporkan.

Sehubungan itu, kira-kira 1,500 penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara sehingga keadaan kembali stabil. – AFP

Seorang lagi pelajar Malaysia di Malang meninggal dunia

7 Muharram 1433H. [MOD] -

Selepas kira-kira sebulan, seorang lagi pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Malang, Indonesia meninggal dunia malam tadi.

Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) Pusat menerusi laman Facebooknya bagaimanapun berkata, punca kematian pelajar tersebut masih belum dipastikan tetapi dipercayai akibat masalah kesihatan.

Ini merupakan kematian kedua pelajar Malaysia di kota di Jawa Timur itu selepas awal bulan lalu seorang pelajar perubatan di Universiti Brawijaya, Adrian Jay Pereira maut akibat ditetak di leher ketika cuba menghalang seorang lelaki mencuri motosikalnya