24 October 2011

UIA tarik balik penggantungan Aziz Bari

26 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 24 Okt: Penggantungan tugas terhadap pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Abdul Aziz Bari ditarik balik serta-merta hari ini.

Peguam beliau Dr Zulqarnain Lukman berkata, makluman penarikan balik itu diberitahu unit perundangan menerusi satu surat yang difakskan petang tadi.

Sehubungan itu juga Aziz Bari diarah melapor diri kepada dekan Kulliyah Undang-undang kampus itu esok.

“Surat diterima petang sekitar 6.30 petang, selepas kami hantar respons kepada surat tujuk sebab petang tadi, ia ditandatangani oleh pegawai unit perundangan... UIA arah Prof Abdul Aziz Bari lapor diri kepada dekan Kulliyah Undang-undang,” kata Zulqarnain dipetik The Malaysian Insider.

Bagaimanapun kata beliau, surat petang ini menyebut bahawa siasatan akan dijalankan tetapi hanya penggantungan tugas ditarik balik.

Zulqarnain memberitahu, beliau telah dimaklumkan oleh pegawai unit perundangan hari ini bahawa siasatan pihaknya sudah selesai dan akan meneliti penjelasan Aziz yang diserahkan petang tadi.

“Berdasarkan apa yang diperkatakan oleh pegawai dari unit perundangan UIA, mereka akan meneliti penjelasan Prof Aziz dan akan memberikan jawapan... keputusan mereka sama ada akan mengambil tindakan susulan, meneruskan tindakan, berhenti di sini (setakat surat tunjuk sebab) atau sebaliknya,” kata Zulqarnain.


Beliau menghantar surat penjelasan Aziz, menjawab surat tunjuk sebab UIA, kira-kira 3 petang tadi.

Ibu pertimbang semua pilihan bagi lindungi Anya

26 Zulkaedah 1432H. [MOD] -


Ibu kepada gadis muda yang gambarnya digunakan oleh blog pro-Umno untuk menuduh anak ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meramas buah dada teman sekelasnya berkata beliau akan menimbangkan semua pilihan dalam melindungi kepentingan anak perempuannya.

NONEIni, termasuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak-pihak yang menyebarkan khabar angin ke atas Anya Ann Corke, yang berusia 21 tahun, kata ibunya, Mei Sun.

"Sebagai ibu bapa Anya, saya akan semak pilihan yang ada untuk melindunginya daripada gangguan seumpama ini," katanya yang dipetik dalam akhbar South China Morning Post hari ini.

Anya, yang satu ketika dulu adalah juara catur satu Hong Kong kini menuntut di Amerika Syarikat. Beliau didakwa oleh penulis blog pro-Umno telah dicabul oleh anak remaja Lim dan akibat itu terpaksa dipindahkan dari sekolah SMK Heng Ee.

Ketua Menteri itu juga didakwa telah membayar wang pampasan kira-kira RM200,000 kepada ibu bapa Anya untuk menutup skandal berkenaan.

NONEAnya, Lim dan pengetua SMK Heng Ee semuanya telah menafikan kejadian berkenaan.

Bagi Lim, celaan itu bertujuan memusnahkan kerjaya politiknya yang sekaligus cubaan meranapkan kehidupan anak remajanya yang dianggap “cukup keji dari segi moral dan tidak bertamadun”.

Anya, pelajar tahun ketiga di sebuah kolej berkata beliau tidak pernah melawat Malaysia selama tujuh tahun lalu dan juga tidak pernah berjumpa ataupun mengenali nama-nama orang yang yang disebutkan dalam blog berkenaan.

“Saya juga nafikan bahawa pernah secara fizikal diserang dalam apa-apa cara sekalipun,”katanya.MK/-

TAHUKAH ANDA SIAPA MUAMMAR GADDAFI ?

26 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

( Siapa pun dia sebenarnya dia lebih baik dari Pemimpin kita...Itulah sebab didibenci Amerika dan Yahudi...)

Presiden Muammar Muhammad Al-Qaddafi, adalah satu nama yang sangat digeruni dan ditakuti Barat, termasuk Yahudi Zionis la'natullah. Keberanian Al-Qaddafi, terutama apabila berdepan dengan Barat sudah dikenali dunia. Kelantangan beliau sehingga mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu mencatat sejarah tersendiri, membuktikan kelantangan dan sikap tidak tolak ansur dan tiada kompromi beliau kepada Barat!

Malang sekali apabila ada rakyat Libya yang terpengaruh dengan dakyah Barat, mempertuhankan demokrasi dan hak kebebasan manusia tanpa batas acuan barat, memilih untuk menggulingkan pemerintah yang banyak berjasa kepada mereka!

Cuba lihat apa yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Mua'mar Al Qaddafi:

1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Tak payah nak tuntut royalti dah! Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!

2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%;

3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah/ riba';

4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah;

5.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak;

6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma;

7. Tidak ada bil elektrik di Libya;

8. Pendidikan adalah percumn;

9. Kemudahan perubatan adalah percuma;

10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000-00 dinar daripada Kerajaan;

11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 cents per liter;

12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah;

13. satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar;

14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.

15 Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.

16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi;

17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%);

18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/ tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;

19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan;

Sebenarnya Qaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa bergantung dan menjadi hamba kepada tamaddun dan cengkaman Barat dan Yahudi zionis la'natullah. Sebenarnya apa yang dibawa oleh Qaddafi adalah ciri-ciri sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk na'am kepada kafir harbi dan musuh-musuh Islam. Qaddafi boleh membuatkan Barat ketar lutut kepada kekuatan ekonomi negaranya!

Malahan Qaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas. Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la'natullah tidak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukup untuk membayarnya. Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan atas kertas sahaja.

Maka Amerika, Barat dan Yahudi la'natullah tidak ada pilihan melainkan menyingkir Qaddafi. Dan mereka berjaya memperkudakan segelintir rakyat Libya dan memperlengkapkan mereka dengan senjata dan dengan bantuan pesawat gempur Nato, memerangi Kerajaan mereka sendiri!

Begitulah peranan yang dimainkan oleh kaum kafir harbi la'natullah, sentiasa tidak redho dengan umat Islam, dan sentiasa mencari-cari jalan untuk menghancurkan umat Islam. Dan mereka akan sentiasa mencari jalan memperkudakan segelintir umat Islam untuk melakukan khianat terhadap agama dan bangsanya sendiri.

Amat malang apabila ada umat Islam yang rela diperkudakan, malahan sanggup mati demi untuk kafir harbi! Na'zubillah min zalik....

Nazri enggan jawab peruntukan untuk MP Pakatan

26 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 24 Okt: Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof (gambar) meminta Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menjelaskan kenapa peruntukan yang dikhususkan kepada setiap kawasan parlimen yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat tidak disalurkan terus kepada ahli parlimen yang dipilih.

"Saya ingin penjelasan dari kerajaan kenapa peruntukan yang sepatutnya disalurkan kepada setiap kawasan parlimen tidak disalurkan terus kepada ahli parlimen yang dipilih terutamanya kawasan yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat.

"Apa yang kita lihat kerajaan lebih fokus menyalurkan peruntukan tersebut menggunakan Jabatan Pembangunan Persekutuan dan apa bezanya kawasan yang dimenangi Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat," tanyanya sewaktu sesi penggulungan kementerian itu.

Nazri yang bertindak tidak mahu menjawab pertanya tersebut memberi alasan bahawa soalan tersebut selalu dijawab setiap kali sidang parlimen berlangsung dan meminta Siti Zailah merujuk kepada hansard parlimen sebelum ini bagi mendapat jawapan.

Dalam pada itu beliau juga mengatakan jawapannya tetap sama dengan apa yang telah diberitahu sebelum ini sambil menegaskan tiada perubahan jika ia ditanya sekarang.

Tambah Siti Zailah lagi, cadangan kerajaan terhadap kenaikan elaun dan juga peruntukan yang lain kepada ahli parlimen merupakan perkara yang baik tetapi persoalan pertama kenapa peruntukan sebelum ini tidak disalurkan terus.

"Nak beri peruntukan itu cadangan yang baik tapi kerajaan perlu jawap terlebih dahulu kenapa peruntukan yang perlu diberikan kepada kawasan parlimen Pakatan Rakyat disalurkan terus kepada agensi kerajaan.

"Tindakan mengelak untuk memberi jawapan pada soalan saya ini menggambarkan kerajaan tidak ikhlas untuk turut sama membantu kawasan parlimen Pakatan Rakyat," sambungnya lagi.

Nazri yang tetap bertegas tidak mahu menjawab persoalan tersebut malah meminta ahli parlimen yang ingin tahu jawapan perlu merujuk kepada hansard terdahulu.

HARAKAHDAILY/-

Lawatan PM ke UIA esok bakal disambut demo

26 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Kumpulan mahasiswa, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan mengambil peluang atas kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA) esok untuk mengadakan demonstrasi.

Rancangan berkenaan bertujuan menggesa UIA menarik balik tindakan penggantungan ke atas pakar undang-undangnya, Professor Dr Abdul Aziz Bari.

SMM juga akan menghantar satu memorandum kepada perdana menteri berhubung isu tersebut, esok, kata Pengerusi SMM Ahmad Syukri Ab Razab (kanan sekali, duduk) lagi.

"Kita akan minta perdana menteri campur tangan untuk lepaskan Aziz Bari dari tindakan gantung tugas.

"(Kita minta perdana menteri) beri maklum balas terhadap isu ini dan supaya perdana menteri gesa kementerian pengajian tinggi bertegas dalam isu kebebasan akademik.

Ahmad Syukri juga berkata gabungan kumpulan pelajar itu turut merancang untuk membuat satu lagi perhimpunan berhubung isu sama pada November.

Demonstrasi berkenaan merupakan kemuncak kepada kempen "solidariti kebebasan akademik," katanya lagi.

"Kami bertegas dalam hal ini kerana tidak mustahil (penggantungan pensyarah) boleh berlaku di kampus lain," tambahnya dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini.

Terdahulu beliau bersama berapa orang wakil pertubuhan pelajar menghantar satu memorandum kepada wakil menteri pengajian tinggi di bangunan sama.

Turut hadir ialah wakil pertubuhan yang menganggotai SMM -- Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya, Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional, Pro-Mahasiswa Nasional, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia dan juga Persatuan Pelajar Kebangsaan Islam Malaysia.

Pada 21 Oktober lalu, ratusan mahasiswa menyertai SMM berdemonstrasi di masjid UIA selepas solat Jumaat berhubung isu yang sama.

MALAYSIAKINI/-

Dunia Gaddafi telah tamat

26 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

NASIB Muammar Ghadafi telah diketahui semua. Sebagai pemimpin dunia Arab dan Afrika yang terkemuka, dia mengakhiri pimpinan dan kuasa dengan cara yang tragis.
Dia dibunuh oleh rakyatnya yang memberontak. Azamnya untuk mati melawan hingga titis darah terakhir berlaku. Dia berlawan hingga akhir dalam negaranya sendiri.

Tetapi dia di saat dia berlawan. Dia sudah ditangkap hidup. Sebagai tawanan itulah dia dihukum.

Tamat dunianya. Tinggal dia dengan Tuhannya saja.

Tiada nampak sejarah akan mengingatinya sebagai seorang yang disukai termasuk oleh bangsanya. Tentangan tegasnya terhadap penindasan kolonialis barat dan zionis tidak cukup baginya untuk menjadi seorang yang dikenang.

Apa pun hukuman yang diterimanya, dia tidak lagi terpaksa menghadapi derita mental dan pysikal gara-gara kegagalannya mempertahankan kuasa dan regimnya.

Hukum yagng diterimanya amat tragis, tetapi dia tidak terpaksa menanggung beban dan siksaan sebagai orang kalah yang ditawan.

Dia tidak menglami lagi apa yang dialami oleh dua rakan sejawatnya dulu, Hosni Mubarak dan Zaine el Ebidene Ben Ali. Dia tidak dengar dan tidak alami kutukan penentangnya dan segala kesannya.

Tetapi dua rakan sejawatnya dari Mesir dan Tunisia yang sedang dihukum oleh rakyatnya sekarang terus menderita baik dari segi mental dan tubuh badan.

Sekali pun Ben Ali dapat melepaskan diri lari keluar negeri, tetapi kehidupannya sejak hilang kuasa adalah amat menderita. Sekali pun dia tidak mengalami deraan pysikal, tetapi tekanan derita mental oleh seorang bekas pemimpin negara adalah amat pahit untuk dilalui.

Pertama dia tidak lagi dilayan sebagai semasa berkuasa dulu. Banyak kepayahan terpaksa dilalui dalam hidup baru itu.

Aib dengan apa yang terjadi. Bagaimana hendak menghadapi semua orang yang ditemui? Segala cerca, maki hamun dan kutukan rakyat jelata datang tidak henti-henti.

Ancaman yang datang, sama ada boleh kekal dalam buangan atau akan dihantar pulang bagi diadili dalam negeri, sentiasa merawang dalam fikiran hingga menyusahkan untuk tidur dan jaga juga tidak senang.

Setiap kali terbaca apa yang dialami oleh Hosni Mubarak, akan tambah rasa derita.

Akan Hosni Mubarak pula, dalam usia yang lanjut dan uzur itu sepatutnya menjalani rawatan yang seadannya sesuai dengan khidmatnya sebagap pesara tentera dan pemimpin selama 30 tahun.

Tetapi sebagai pesakit tua yang dirawat, dia adalah tawanan yang terpaksa menghadapi segala masalah yang alami oleh seorang tawanan. Terpaksa brdepan dengan soal siasat terhadap segala tuduhan berat yang dikenakan.

Orang muda yang sihat pun akan terasa azab yang pedih dengan tekanan seperti itu, maka apa lagi bagi seorang tua yang uzur yang sepatutnya rehat sepenuhnya.

Derita di tempat dia ditahan tidak dapat dibayangkan, apa lagilah apabila dipaksa dihusung ke mahkamah bagi menjawab segala pertuduhan.

Dia mungkin dirasakan lebih teruk dari yang dialami oleh Ben Ali. Ben Ali tidak berdepan dengan penyiasat dan mahkamah, tetapi Hosni dipercayai dapat juga layanan isteri dan dapat melihat anak-anak yang juga ditawan sepertinya.

Ben Ali tidak diketahui dapat layanan keluarga terdekat.

Selagi kedua-duanya ada usia, tidak dapat dibayangkan segala serba susah dan tekanan fikiran yang dihadapi.

Ghadapi juga menghadapi berbagai soalan yang mengganggu ketenangan sebagai lapan bulan pemberontakan rakyatnya. Sekali pun tempoh pergelutan itu lebih panjang dari yang dihadapi oleh Ben Ali dan Hosni sebelum hilang kuasa, tetapi Ghadapi sepanjang tempoh itu adalah bertindak sebagai seorang panglima tentera yang sihat tubuh badan.

Tetapi payahnya banyak juga tetapi dia bergerak dari setempat ke setempat ssebagai pemimpin tentera. Sekalipun berakhir dengan kekalahan dan dia dihukum bunuh sebaik dia ditawan.

Dia tidak menghadapi segala tekanan seperti yang dihadapi oleh Hosni dan Ben Ali. Cerita dunianya sudah berakhir. Tetapi Ben Ali dan Hosni terus menghadapi azab dunia entah sampai bila.

Apa yang dihadapi di akhirat itu adalah antara dua dengan Tuhannya, tetapi siksaan di dunia sesama manusia amat menyukarkan pada pandangan manusia. Apakah Gahdafi lebih senang dari Ben Ali dan Hosni Mubarak? Tuhan saja yang tahu.

HARAKAHDAILY/-

Lagi korban pertempuran ganas di Yaman

26 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

SANAA - Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dalam pertempuran antara tentera kerajaan dan pemberontak di Sanaa, Yaman, kelmarin.

Keganasan masih berterusan di sebalik kenyataan kerajaan Yaman mengumumkan bersedia memenuhi resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menuntut Presiden Ali Abdullah Saleh menandatangani rundingan,

Jumaat lalu. Rundingan itu menggesa Ali meletak jawatan bagi menamatkan keganasan di Yaman dan sebagai balasan, beliau akan diberikan kekebalan antarabangsa.

sinar harian/-

Tergamak tak tuntut jenazah ibu bapa

26 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU: Sedih dan amat memilukan apabila ada segelintir anak enggan menuntut jenazah ibu bapa mereka di Pusat Penjagaan Harian kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebaliknya hanya datang meminta surat pengesahan kematian untuk menuntut harta pusaka.

Mereka hanya datang seminggu selepas jenazah dikebumikan semata-mata untuk mengambil surat pengesahan.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri, Datuk Yahya Khatib Mohamad, berkata urusan pengebumian jenazah yang tidak dituntut terpaksa diserahkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), tanpa kehadiran anak atau waris terdekat.

Beliau berkata, walaupun kes anak mengabaikan ibu bapa di negeri ini masih kecil, kerajaan dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan negeri termasuk JKM, JHEAT dan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) sedang menyiapkan kertas cadangan menganjurkan kursus kesedaran bagi membendung masalah itu.

“Kebanyakan penghuni terutama warga tua dihantar ke pusat penjagaan harian oleh anak mereka. Mereka bertanggungjawab untuk meluangkan masa menziarahi atau mengambil ibu atau bapa mereka walaupun sekali seminggu.

“Tetapi tanggungjawab itu diabaikan menyebabkan semua urusan termasuk membawa penghuni yang sakit ke hospital diuruskan petugas pusat itu. Paling menyedihkan apabila anak penghuni tidak datang melawat biarpun bapa atau ibu mereka dalam keadaan nazak,” katanya selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Negeri di sini, semalam.

Berita Harian

Budak 7 tahun mati tercekik bebola daging

26 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

BUKIT MERTAJAM: “Dia cukup gembira ketika menunjukkan komen cemerlang yang ditulis gurunya pada kertas peperiksaan ketika pulang sekolah Selasa lalu.

“Tapi kegembiraannya selepas mencatatkan keputusan baik dalam peperiksaan akhir tahun tidak berpanjangan apabila menemui ajal pada malam sama,” kata Sim Cheng Ang, 36, ibu kepada Ugo Teoh, 7, yang maut tercekik bebola daging.

Menurutnya, dia juga terkilan kerana anaknya itu tidak berpeluang menerima sendiri piala selepas berjaya menempatkan diri dalam kelompok lapan terbaik bagi pertandingan menulis karangan Bahasa Cina.

Katanya, Ugo mencatatkan keputusan lapan terbaik bagi keseluruhan murid tahun satu sekolahnya dalam mata pelajaran itu.

“Saya terpaksa mewakilinya untuk menerima piala itu dari pihak sekolah hari ini (Jumaat) dan saya merancang akan letak bersama abu mayatnya sebagai kenangan,” katanya.

Dalam kejadian Selasa lalu, murid Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Keow Kuang, itu disahkan maut ketika menerima rawatan kecemasan di Hospital Bukit Mertajam (HBM), kira-kira jam 9 malam.

Mangsa sebelum itu dikatakan bersama ibu bapanya dan seorang adik lelakinya, Udix, 4, keluar makan di sebuah restoran di Jalan Tembikai, di sini, kira-kira jam 7.30 malam.
Bagaimanapun, mangsa dikatakan tersedak selepas menelan bebola daging sebelum tercekik dan mengalami kesukaran untuk bernafas.

Ugo kemudiannya mengalami kancing gigi hingga menyebabkan mulutnya berdarah sebelum rebah.

Mangsa kemudian diberikan bantuan oleh orang ramai yang makan di restoran berkenaan sebelum dikejarkan ke sebuah klinik swasta.

Mangsa kemudian dirujuk ke HBM untuk rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia sejurus tiba di hospital berkenaan.

Menurut Sim, dia yang memberi bebola daging kepada Ugo tetapi tidak sedar sewaktu kanak-kanak itu memakannya sebelum melihatnya tersedak.

“Mulanya saya tidak tahu dia tercekik apa, tetapi hanya dapat mengetahuinya selepas pihak hospital mengeluarkan bebola daging itu,” katanya yang turut mempunyai seorang lagi anak perempuan, Peyi, 2.

Menurutnya, anak sulungnya itu tidak menghidap sebarang penyakit kronik tetapi sejak kecil kerap batuk.

Katanya, dia pernah diberitahu doktor yang pernah merawat anaknya sebelum ini, kerongkong Ugo agak kecil berbanding saiz normal.

Harian Metro

Pedoman: Hati mati tanpa al-Quran, sunah

26 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

AL-QURAN dan sunah Rasulullah SAW adalah panduan yang perlu digunakan umat Islam dalam memandu kehidupan di dunia dan di akhirat.

Kedua-duanya adalah harta paling berharga bagi umat Islam kerana al-Quran merujuk kepada perintah secara langsung daripada Allah SWT kepada manusia yang diwahyukan kepada Rasulullah SAW.

Sunah Rasulullah SAW pula merujuk kepada penjelasan Baginda mengenai sesuatu perkara secara lebih jelas. Kebanyakan sunah yang ada pada masa ini berpandukan kepada penjelasan baginda terhadap soalan yang ditanyakan sahabat pada zaman itu.

Adalah jelas bahawa kedua-duanya sangat penting kepada umat Islam sebagaimana sabda Baginda sendiri yang bermaksud: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara. Sekiranya kamu berpegang pada kedua-duanya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunahku.

” (Riwayat Imam Malik) Jadi, tidak hairanlah al-Quran dan sunah ini ibarat udara serta air yang sememangnya diperlukan oleh manusia. Jika air dan udara diperlukan manusia untuk hidup di dunia, al-Quran dan sunah pula diperlukan manusia untuk menghidupkan hati agar penuh dengan keimanan.

Tanpa panduan dan pegangan daripada al-Quran dan sunah, maka matilah hati seseorang itu dan hiduplah dia dalam kekufuran serta dalam kegelapan baik di dunia mahupun di akhirat kelak.

Namun, dalam kita berpegang pada al-Quran dan sunah ini, hendaklah kita berhati-hati kerana pada masa ini, wujud banyak cetakan atau petikan daripada ayat al-Quran yang disalah cetak serta dipalsukan.

Sebagai umat Islam, kita perlu peka bahawa tidak semua ayat yang ditulis dalam kaligrafi bertulisan jawi itu adalah ayat al-Quran, walaupun lazimnya ia kelihatan cantik untuk dipandang dan sebagai perhiasan di dalam rumah.

Janganlah kita butakan hati, akal dan fikiran dengan menganggap semua kaligrafi jawi itu adalah petikan ayat al-Quran dan janganlah pula sewenang-wenangnya membeli atau mempamerkan ayat berkenaan tanpa memeriksa kebenaran ayat berkenaan.

Ini kerana, jika ada satu baris yang diletakkan secara salah dalam ayat berkenaan, ia akan membawa maksud berbeza sekali gus akan mencemarkan kesucian kalam Allah.

Periksa dan telitilah ayat berkenaan dengan sebaik-baiknya. Jika kita tidak mengetahui atau fasih mengenainya, adalah lebih baik supaya tidak membeli atau mempamerkannya sebelum merujuk kesahihan ayat berkenaan kepada mereka yang pakar sebagaimana terkandung dalam al-Quran.

Janganlah kerana ingin menunjuk bahawa kita Islam, kita butakan hati dengan membeli perhiasan yang diperindahkan dengan kaligrafi sedangkan kita sendiri tidak fasih untuk membaca serta memahaminya.

Begitu juga halnya hadis yang dikatakan berdasarkan sunah Rasulullah SAW. Pada masa ini, wujud hadis yang dipalsukan serta diadakan- adakan oleh pihak tertentu.

Walaupun secara pandangan mata kasarnya hadis itu mungkin nampak elok serta baik, kesan hadis palsu ini sebenarnya akan mengelirukan umat Islam dalam menentukan kedudukan perkara paling telus dan benar.

Janganlah sewenang-wenangnya mencedok hadis serta petikan ayat al-Quran ini jika kita kurang ilmu mengenainya. Cara yang terbaik adalah dengan mempelajarinya daripada seorang guru yang dipastikan layak dan bukan berdasarkan pembacaan daripada buku atau carian di Internet semata-mata.

Ini kerana, adat untuk belajar hendaklah dengan berguru. Rasulullah SAW sendiri diajar oleh Malaikat Jibril untuk membaca menerusi wahyu pertama iaitu surah al-Alaq, ayat 1-5 yang bermaksud: “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan.

Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu yang paling pemurah. Yang mengajar manusia dengan perantaraan kalam. Dia mengajar manusia apa yang tidak tahu.

” Selepas itu juga Jibril kerap kali datang membawa wahyu Allah, selain ada antara wahyu itu diterima sendiri Baginda secara langsung daripada Allah SWT selain pengalaman waktu Israk Mikraj.

Jadi, sebagai manusia yang lemah, janganlah kita mengambil sesuatu perkara itu tanpa pengesahan daripada mereka yang benar-benar layak untuk mengajar atau sekadar melalui pembacaan.

Ini kerana tanpa penunjuk yang betul, seseorang itu boleh diibaratkan sebagai mereka yang sesat dalam cahaya tanpa mengetahui di manakah sumber cahaya itu yang sebenarnya.

Harian Metro

Kaki mertua patah dipijak menantu

26 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

IBRAHIM ditenteramkan anak-anaknya (dari kanan) Rozita, Kamariah danJamaliah di Kampung Pengkalan Rama, Melaka semalam.

MELAKA – Seorang warga emas yang cacat penglihatan patah kaki kanan akibat dipijak menantunya dalam pertengkaran di Kampung Morten di sini baru-baru ini.

Pada kejadian pukul 3.30 petang 10 Oktober lalu itu, Ibrahim Omar, 65, yang menetap di rumah anak keduanya, Jamilah, 46, di Kampung Pengkalan Rama Pantai, pergi ke rumah pusakanya di Kampung Morten untuk mengambil baju.

“Tiba di rumah itu, isteri saya, Arah Mahmud, 64, menghalau saya dari rumah tersebut sehingga berlaku pertengkaran di antara kami berdua.

“Pertengkaran itu semakin teruk apabila menantu saya yang berusia 38 tahun dan tinggal di rumah itu masuk campur,” katanya ketika ditemui di Kampung Pengkalan Rama Pantai di sini semalam.

Ibrahim berkata, menantunya itu tiba-tiba bertindak ganas lalu memukulnya dari belakang.

“Dia menghumban saya ke luar rumah sebelum memijak kaki kanan saya dengan kuat sehingga patah,” katanya.

Menurut Ibrahim, jirannya yang menyaksikan kejadian itu terus menghubungi Jamilah yang kemudian datang untuk membawa Ibrahim pulang.

Katanya, pada malam selepas kejadian, kakinya berasa sakit dan beliau terus ke Hospital Melaka untuk menjalani pemeriksaan.

Kosmo

Kurang pegangan agama

26 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: “Bagi remaja dilanda masalah, orang pertama ditemui mereka sebagai rujukan adalah penentu sama ada mereka boleh mengambil jalan penyelesaian baik atau buruk terhadap diri mereka.

“Andai orang pertama yang dia jumpa ialah ustaz sudah tentu dia pilih jalan baik. Tetapi jika dia memilih nasihat rakan terbabit dalam gejala tidak sihat pastinya perkara yang berlaku adalah sebaliknya,” kata Pengarah Bahagian Kaunseling dan Psikologi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Roslan Baba.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Harian Metro semalam mengenai gadis berusia 16 tahun dipercayai menjual diri, bagi memenuhi ketagihannya menghidu gam.
Gadis yang tidak bersekolah dan mengalami tekanan akibat perceraian ibu bapa itu dikatakan tidak peduli untuk melayani individu yang sanggup membayar harga satu tin gam asalkan dia dapat memuaskan ketagihannya.

Menurut Roslan, setakat ini pihaknya turut bertanggungjawab melindungi remaja terbabit andai terdapat perintah mahkamah mengarah JKM berbuat demikian.

“Perintah mahkamah hanya diperoleh sebaik pihak berkuasa menahan remaja itu dalam operasi tertentu atau ibu bapanya memohon dia diletakkan di bawah perlindungan kerana tidak dapat mengawal remaja terbabit.

“Kemudian barulah remaja berkenaan diletakkan di bawah bidang kuasa kami dalam usaha membimbingnya. Biasanya kita akan menggunakan kaedah kaunseling untuk memulihkannya daripada ketagihan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Institut Sosial Malaysia, Prof Madya Dr Mohamed Fadzil Che Din berkata, sebahagian besar remaja mudah terjebak dalam gejala itu kerana jati diri dan pegangan agama rendah lalu mereka mudah dipengaruhi persekitaran dan rakan negatif.

“Remaja memang cenderung memilih jalan mudah. Sebagai contoh apabila tertekan mereka akan mengambil dadah atau gam untuk menenangkan diri. Sedangkan ada pilihan lebih baik daripada itu,” katanya.

Saranan beliau agar isu ini dibendung dengan beberapa usaha pencegahan supaya golongan muda dapat diselamatkan daripada terus menjadi mangsa kepada gejala negatif yang wujud di persekitaran.

“Antara usaha boleh kita lakukan ialah kawalan didikan dan penjagaan terhadap anak perempuan oleh ibu bapa. Malah, remaja perlu diberi pendedahan mengenai keselamatan diri dan kemahiran menangani konflik.

“Tidak lupa juga peranan sekolah dalam menyediakan pendidikan kesihatan seksual serta peranan komuniti agama bergerak aktif menjadi dorongan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Harian Metro

Satelit ROSAT Jatuh Di Asia Tenggara

26 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Berlin: Satelit penyelidikan Jerman, ROSAT yang tidak lagi berfungsi terhempas di Asia Tenggara awal pagi tadi, menurut seorang saintis Amerika Syarikat, tetapi tiada seorang pun yang pasti di mana.

Menurut Pusat Aeroangkasa Jerman, kebanyakan bahagian satelit sebesar van mini itu dijangka hangus apabila memasuki atmosfera pada kelajuan sehingga 450 kilometer sejam tetapi kira-kira 30 serpihan seberat 1.7 tan metrik mungkin selamat dan terhempas.

Jonathan McDowell dari Harvard-Smithsonian Center for Astrophysics di Cambridge, Massachusetts, berkata satelit berkenaan mungkin jatuh di Asia Tenggara.

Katanya, dua bandaraya China dengan jutaan penduduk iaitu Chongqing dan Chengdu, berada di laluan satelit itu sewaktu kemasukan semula.

“Tetapi jika ia jatuh di kawasan berpenduduk, sudah tentu kita sudah memperoleh laporan sekarang," katanya.

Pengiraan berdasarkan data tentera AS menunjukkan serpihan satelit itu mungkin terhempas di Lautan Hindi di timur Sri Lanka atau di Laut Andaman di luar pantai Myanmar atau di pedalaman Myanmar atau China. - AP

Harga Beras Naik

26 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Miri - Kita dapati harga beras sudah naik di Pasaraya di Miri. Contoh harga Beras Ratu Huma yang dulunya harga dalam RM17.50 – RM18 (5 kilo) sekarang sudah naik ke RM19.50 (5 Kilo). Ini menunjuk barang keperluan harian kita sudah meningkat naik secara mendadak. Kenaikan ini menjadi bebanan dan akan menyebabkan para pengguna terpaksa belanja lebih khususnya golongan yang berpendapatan rendah.

Kita mendesak agar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak teragak-agak untuk mengambil sebarang tindakan tegas ke atas mana-mana pemborong dan peniaga yang mengenakan harga yang lebih tinggi bagi mendapatkan keuntungan lebih terutama sekali pada musim tengkujuh.

Pihak kerajaan juga perlu memantau para peniaga yang mencari kesempatan dengan menaikkan harga barang kawalan terutama sekali musim tengkujuh dan isu kekurangan bakalan beras impot dari Thailand yang dilanda banjir besar baru-baru ini.

Oleh kerana kebanyakan beras kita di impot dari luar maka pihak kerajaan seharusnya mengalak lebih ramai lagi penduduk tempatan terutama sekali di Sarawak menanam padi untuk mengelak kekurangan bakalan beras untuk penduduk tempatan.

Sarawak yang mempunyai keluasan tanah yang besar sepatutnya memberi ruang yang lebih kepada penanam padi agar beras boleh dijadi bahan komersil sampai ke peringkat antarabangsa agar Sarawak tidak bergantung dengan bakalan beras dari luar.

Perkara ini patut diberi perhatian serius oleh pihak kerajaan sekiranya mahu Sarawak jadi negara pertanian yang moden dan jadi sumber bakalan makanan asasi ke peringkat antarabangsa.

PAS Miri
Jofri Jaraiee

'Jaga Melayu gagal, jaga rakyat pun gagal'

26 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 24 Okt: "Jaga Melayu gagal, jaga rakyat pun gagal", itulah kesimpulan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar terhadap kerajaan Umno Barisan Nasional (BN).

"Sejak selepas pilihan raya 2008, seperti orang kerasukan Umno menjerit-jeritkan kepentingan Melayu.

"Tunjuk perasaan kononnya membela kepentingan Melayu dan mempertahankan Dasar Ekonomi Baru (DEB) selepas pilihan raya tersebut bermula di Pulau Pinang.

"Baru-baru ini gerombolan yang menunjuk perasaan itu mendapat habuan dan hadiah istimewa untuk mereka apabila (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Tun Razak) kata Umno tak perlu dan tak ingin menuntut kerusi ketua menteri Pulau Pinang dari Gerakan sekiranya BN berjaya merampas kembali negeri itu dalam pilihan raya akan datang," katanya.

Umno, kata Mahfuz, memang tegar mengetepikan kepentingan kuasa Melayu di Pulau Pinang.

Menurut beliau, dalam pilihan raya umum 1990, Umno memenangi 12 kerusi di Pulau Pinang manakala Gerakan hanya memenangi tujuh kerusi.

Keputusan itu membolehkan BN terus memerintah apabila mendapat 19 kerusi berbanding DAP yang hanya mendapat 14 kerusi.

Sepatutnya, kata Mahfuz, Umno yang mempunyai majoriti lebih besar di antara kedua-dua parti di dalam BN itu berhak mendapat jawatan Ketua Menteri. Bagaimanapun, Umno menyerahkan kuasa pemerintahan kepada Gerakan.

Begitu juga, katanya lagi, dalam pilihan raya umum 1995 di mana Umno menang 12 kerusi, Gerakan 10 kerusi, MCA 9 kerusi, MIC 1 sedangkan DAP menang 1 kerusi saja.

Umno, kata beliau, tetap tunduk di bawah telunjuk Gerakan dan jawatan Ketua Menteri terus diserahkan kepada parti itu.

"Apa yang berlaku di PulauPinang itu dengan jelas menunjukkan Umno mengorbankan kepentingan orang-orang Melayu dan semua orang tahu nasib orang-orang Melayu Pulau Pinang di bawah pemerintahan Gerakan. Ia menjadi bukti sejarah," kata Mahfuz.

Beliau juga menyifatkan kerajaan Umno gagal memainkan peranan yang berkesan dalam menjaga kepentingan rakyat apabila inflasi di Malaysia mendadak naik di luar jangkaan September lalu.

"Inflasi naik di luar jangkaan September lalu apabila harga makanan dan kos pengangkutan melonjak naik manakala ringgit yang semakin lemah pula mengakibatkan import lebih mahal," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Pada bulan September, katanya, indeks harga pengguna terus kepada naik 3.4 peratus selepas naik kepada 3.3 peratus pada bulan Ogos.

"Saya telah menyatakan sebelum ini bahawa sebahagian besar inflasi dan kenaikan harga barang di negara ini diakibatkan pemberian lesen-lesen monopoli kepada kroni-kroni Umno dan BN.

"Lesen-lesen monopoli seperti beras, gula, permit import (AP) kereta, konsesi tol lebuhraya dan lain-lain diberikan kepada kroni-kroni Umno dan BN," kata beliau.

Penyalahgunaan kuasa Umno dan BN seperti itulah yang menjadi antara penyumbang utama kenaikan harga barang dan inflasi di negara ini, katanya.

Menurut Mahfuz, bila tidak ada persaingan sihat dan monopoli dijadikan bermaharajalela oleh kerajaan Umno, harga dinaikkan tanpa mempedulikan kesusahan pengguna.

harakahdaily/-

Boleh tempah melalui SMS

26 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

SUBANG JAYA: Pilih wanita mengikut selera masing-masing melalui Internet dan tempah melalui SMS. Begitulah mudahnya khidmat disediakan `Pretty Women Club’ atau Kelab Wanita Cantik kepada lelaki hidung belang untuk mendapatkan teman sosial di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang dan Perak.

Lebih memeranjatkan, sindiket memperdagangkan wanita berusia 19 hingga 24 tahun dari China, Vietnam, Myanmar, Indonesia dan Filipina itu menawarkan khidmat secara terbuka dengan membuka blog khas yang boleh dilayari sesiapa saja.

Pelanggan hanya perlu melayari blog disediakan untuk memilih nama wanita yang turut disertakan gambar di lapan pusat operasi disediakan dan jika berkenan, terus hantar SMS kepada mereka tanpa melalui orang tengah atau bapa ayam.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner (ACP) Abdul Jalil Hassan ketika dihubungi berkata, kaedah digunakan Kelab Wanita Cantik adalah cara terbaru sindiket memperdagangkan wanita di negara ini.

Sehubungan itu, katanya, polis akan menjalankan siasatan lanjut mengenai sindiket berkenaan dalam usaha membasmi kegiatan tidak bermoral itu.

metro/-

Pengambilan Panadol Actifast Dan Soluble Memudaratkan Kesihatan

26 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Jangan ambil panadol actifast atau soluble jika anda rasa deman atau sakit kepala. Pengambilan panadol tersebut boleh memudaratkan kesihatan anda untuk pada masa akan datang.

“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun . Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Alternative Treatment ( Tips )

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak .

Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan.. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda,

seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.

Sumber : Pengalaman Seorang Blogger

Pemuda PAS bantah konsert Elton John

26 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

TEMERLOH, 24 Okt: Dewan Pemuda PAS Pahang (DPPNP) membantah konsert Greatest Hits Tour melibatkan penyanyi gay Elton John di Arena of Stars, Genting Highlands pada 22 November depan kerana dianggap tidak sesuai dengan budaya negara ini.

Ketuanya, Shahril Azman Abdul Halim Al-Hafiz, berkata walaupun mungkin penyanyi yang berkahwin sesama lelaki itu datang sekadar menghiburkan peminatnya, tetapi bimbang ikon muzik dunia itu akan menjadi ikutan negatif kepada generasi muda.

Sebuah akhbar harian semalam melaporkan Elton, 64, “top 10 artis paling terlaris dalam sejarah muzik” bakal mengadakan konsert sulungnya di Malaysia November ini bertempat di Genting Highlands.

“Pihak berkuasa kena sedar bahawa budaya hedonisme atau berhibur secara berlebihan dan melampau kian menular, merebak umpama racun berbisa yang semakin menyerang remaja Islam.

“Sedangkan budaya inilah yang lazimnya membawa kepada kerosakan sebuah masyarakat seperti pergaulan bebas, gejala arak, berzina, anak luar nikah dan melekakan mereka terhadap tanggungjawab beragama selama ini.

“Ini ditambah lagi dengan kemunculan pengamal seks sejenis. DPPNP tidak dapat bayangkan bagaimana penerimaan golongan muda apabila pihak berkuasa tidak menyekatnya dari awal,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Tambahnya lagi, sedangkan akta yang digubal oleh jabatan agama peringkat negeri seperti kesalahan orang Islam memasuki premis judi nombor ekor dan meminum arak di khalayak awam pun gagal ditangani pada masa ini.

“DPPNP memandang setiap perkara yang boleh membawa kemudaratan mestilah disekat lebih awal dengan kuasa yang ada demi kemaslahatan umum dan ini tidak boleh dianggap sebagai tindakan yang menyekat hiburan.

“Oleh itu sama ada Jabatan Agama Islam Pahang, Kerajaan Negeri Pahang, Majlis Daerah Bentong dan mana-mana pihak berkuasa, hendaklah menggembeleng tenaga supaya mencegah kemungkaran ini kerana gejala sosial dan kebejatan moral yang ada pada hari ini pun tidak mampu lagi ditanggung.”

“Jadi pihak penganjur tidak boleh berbangga dengan aktiviti yang mungkin dianggap membawa keuntungan tetapi sebaliknya merosakkan institusi mayarakat dalam jangka panjang,” menurut kenyataan tersebut.

Elton yang terkenal dengan lagu hits seperti Candle In The Wind, Rocket Man, Levon dan Your Son" telah mendirikan rumah tangga dengan rakan homeseksualnya David Furnish pada 21 Disember 2005, selepas kerajaan Britain membenarkan perkahwinan sejenis.

Anak mereka, Zachary Jackson Levon John, dilahirkan melalui ibu tumpang pada 25 Disember 2010 di California.

harakahdaily/-

Kelantan tubuh jawatankuasa kaji pelaksanaan hudud

26 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KOTA BHARU, 24 Okt: Kelantan meluluskan penubuhan Jawatankuasa Teknikal Enakmen Jenayah Syariah ll (Hudud), bagi membuat kajian tentang hukuman itu dapat dijalankan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah (gambar) berkata, jawatankuasa yang dianggotai seramai 19 orang ahli itu dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco yang dipengerusikan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di sini tengah hari ini.

Amar pula memberitahu beliau diamanahkan timbalan pengerusi jawatankuasa berkenaan.

Beliau seterusnya memberitahu, peranan jawatankuasa itu untuk melihat beberapa sudut tertentu bagi membolehkan hukuman berkenaan dapat dijalankan di negeri ini mengikut peruntukan undang-undang.

“Ada pandangan baru dari sudut undang-undang yang mengatakan ianya boleh dilaksanakan tanpa mengubah perlembagaan yang ada.

“Jadi jawatankuasa yang ditubuhkan ini akan melihat ruang-ruang tersebut sekiranya ada,” ujarnya.

Menurut beliau lagi, latar belakang mereka yang dilantik dalam anggota itu mengikut kesesuaian dalam bidang professional masing-masing khususnya dalam bidang agama, keselamatan seperti polis dan Jabatan Penjara.

Selain itu, katanya anggota Dewan Negara, Senator Mumtaz Mohd Nawi satu-satunya dilantik dalam jawatankuasa itu dari kalangan wanita.

“Apa yang penting sekarang setiap apa yang ingin dilakukan mengikut kerangka undang-undang,” ujarnya.

Antara anggota jawatankuasa yang dilantik ialah Penasihat Undang-Undang Kerajaan negeri, dua orang anggota exco kerajaan negeri dan Ketua Hakim Mahkamah Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad dan bekas anggota exco kerajaan negeri, Datuk Muhammad Daud.

HARAKAHDAILY/-

Monyet dan kucing tunggu janji Ali Rustam

26 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Monyet dan kucing di Merlimau sudah menunggu lebih 8 bulan untuk melihat taman mereka dibina di Merlimau. Ini kerana Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pernah berjanji pada kempen Pilihanraya Kecil Merlimau bahawa satu taman untuk mereka akan dibina di Jeti Merlimau.

Mohd Ali dalam kenyataannya pada 10 Februari lalu memberitahu bahawa kerajaan negeri bercadang mewujudkan taman rekreasi yang mengandungi habitat binatang ternakan berhampiran Jeti Muara Sungai Merlimau di pada masa depan.

Beliau berkata, rancangan tersebut termasuk dalam projek menaik taraf jeti berkenaan yang melibatkan perbelanjaan kira-kira RM5.6 juta.

Menurutnya, peruntukkan itu disediakan di bawah kerajaan Pusat selepas perlaksanaanya diluluskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengadakan lawatan ke jeti tersebut tahun lalu.

”Jeti Muara Sungai Merlimau ini akan menjadi salah sebuah taman rekreasi di negeri ini malah di situ bukan sahaja ada jeti tetapi ada taman hidupan monyet dan kucing,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan nelayan Jeti Muara Sungai Merlimau di Merlimau semasa berkempen untuk memancing undi pengundi Merlimau.

Saya yakin jika monyet dan kucing di Merlimau boleh berkata-kata dan menulis sudah tentu mereka akan membuat temujanji dan menghantar memorandum kepada Ketua Menteri untuk meminta pembinaannya disegerakan.

Nampaknya Ketua Menteri cuba memperdayakan bukan sahaja manusia malah binatang pun diperdayakan.

Saya menuntut beliau memohon maaf kepada kucing dan monyet.

HARAKAHDAILY/-

Rektor UIA, Karam Singh kini bergelar Datuk

26 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Iskandar mendahului senarai penerima darjah dan pingat kebesaran sempena ulang tahun keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah (bawah, kanan)yang ke-81, hari ini.

Sultan Johor menerima Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang (DK).

Seramai 15 orang menerima darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran "Datuk Seri", lima menerima darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP), 20 menerima Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) dan 100 menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP), yang masing-masing membawa gelaran "Datuk".

Penerima SSAP ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung; Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd Datuk Mohamad Salleh Ismail; Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Datuk Mohamed Apandi Ali; Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Hassan Abdul Rahman; Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abd Ghafar Mahmud; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom Datuk Zakaria Sulung.

Panglima Operasi Udara Left Jen Datuk Ackbal Abdul Samad; Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Prof Datuk Dr Zaleha Kamaruddin; Pengarah Arctiquator (M) Sdn Bhd Datuk Sunny Ung Eng Huat; Pengarah Eksekutif Syarikat Sarawak Pulp Industries Sdn Bhd Datuk Ibrahim Mahmud; Pengarah Urusan IRDK Group Of Companies Datuk Dr Ramasamy a/l Muthusamy.

Pakar Perunding Kanan Traumatologi dan Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur Prof Datuk Dr Abu Hassan Asaari Abdullah; Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia Datuk Subahan Kamal; Datuk Chin Seak Huat dan Pengarah Kiara Jujur Sdn Bhd Tan Kooi Chew.

Lima penerima darjah SIMP ialah Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia Paul W Jones; Timbalan Panglima Tentera Darat Lef Jen Datuk Wira Zulkifli Zainal Abidin; Ahli Lembaga Disiplin UMNO Datuk Mohd Zihim Mohd Hassan; Pengerusi Dr Mohamed Mydin dan Rakan-Rakan Sdn Bhd Datuk Dr Mohamed Mydin Mohd Musa dan Prof Ulung Universiti Malaysia Profesor Dr Looi Lai Meng.

Antara penerima DSAP ialah Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Noriah Kasnon; Timbalan Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Hasan Malek; Anggota Dewan Undangan Negeri Tahan, Pahang Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak; Pengarah Pelajaran Pahang Datuk Mazlan Mohamad; Pengarah Kesihatan Pahang Dr Nooraini Baba; Pengarah Perhutanan Pahang Datuk Mohd Paiz Kamaruzaman.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Markas Angkatan Tentera Malaysia Left Jen Datuk Pahlawan Abd Razak Md Yusoff; Panglima Angkatan Bersama Laksamana Madya Datuk Jamil Osman; Panglima 8 Briged Mejar Jen Datuk Abdul Rahim Mohd Yusuff;

Pakar Perunding Perubatan Kanan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan Datuk Dr Sapari Satwi; Pakar Perunding Bedah Jantung dan Paru-Paru Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Datuk Dr Mohd Ramzisham Abdul Rahman dan peniaga Datuk Chan Ang Ngan.

Bagi darjah DIMP, antara penerima ialah Ketua Penolong Pengarah (Latihan) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman SAC Datuk Paramasivam a/l Arunasalam; Ahli Dewan Negara Senator Muhammad Olian Abdullah;

Ketua Penolong Pengarah Risikan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Bukit Aman SAC Haris Wong Abdullah; Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Bukit Aman SAC Huzir Mohamed dan penyanyi serta penggubah muzik Syed Mohd Sobri Syed Kechik.

Seramai 27 menerima darjah Setia Ahmad Shah Pahang, 57 (Setia Mahkota Pahang), 69 (Ahli Ahmad Shah Pahang), 175 (Ahli Mahkota Pahang), 126 (Pingat Khidmat Cemerlang), dua (Pingat Gagah Perwira), 153 (Pingat Kelakuan Terpuji ), 264 (Pingat Jasa Kebaktian).

Pengamal media iaitu wartawan penyiaran Eksekutif Kanan TV3 Karam Singh Walia menerima DIMP yang membawa gelaran Datuk manakala Pegawai Berita Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Rubiah Mohamed dianugerahkan AMP.

Majlis penyampaian anugerah pingat dan darjah kebesaran akan berlangsung di Istana Abu Bakar, Pekan.

- Bernama

KM Pulau Pinang: Lawatan rasmi k'jaan BN lebih mahal

26 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Kerajaan negeri membelanjakan RM1.2 juta untuk perjalanan luar negara sepanjang tempoh tiga setengah tahun memerintah di Pulau Pinang, kata ketua menteri Lim Guan Eng.

Beliau berkata dari Mac 2008 hingga Mac 2011, kerajaan membelanjakan RM146,284 bagi 20 lawatan yang membabitkan ketua menteri dan RM1,066.697 untuk 123 lawatan yang melibatkan timbalan ketua menteri dan negeri ahli-ahli majlis eksekutif (exco).

Menurut Lim, ketika Pulau Pinang di bawah pimpinan BN, kerajaan negeri berkenaan membelanjakan RM149,326 bagi sepuluh lawatan rasmi yang membabitkan ketua menteri dan RM782,988 untuk 56 lawatan yang melibatkan timbalan ketua menteri dan ahli-ahli exco yang lain.

Jumlah perbelanjaan itu adalah untuk tahun-tahun dari Mac 2005 hingga Feb 2008, kata Lim.

"Sebagai perbandingan, kos purata untuk lawatan rasmi ketua menteri di bawah kerajaan BN adalah RM14,932.60 berbanding dengan RM7,314.20 di bawah kerajaan Pakatan Rakyat," katanya.

Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bersidang hari ini dengan sesi soal soal jawab pada sebelah pagi dan akan dikuti pembentangan bajet negeri 2012 pada waktu petang.

Dewan akan akan ditangguhkan esok untuk perayaan Deepavali dan disambung semula pada 31 Okt hingga 4 Nov.

Lim, yang juga setiausaha agung DAP, sebelum itu menjawab soalan oleh ADUN Sungai Bakap Maktar Shapee, yang meminta perbandingan perbelanjaan kerajaan kerajaan BN dan Pakatan Rakyat sepanjang tempoh tiga tahun pemerintahannya.

malaysiakini/-

Mayat Gaddafi akan diserah kepada saudaranya

26 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

MAYAT Muammar Gaddafi dipamerkan di sebuah bilik sejuk di Misrata semalam. - Reuters

TRIPOLI – Kerajaan sementara Libya akan menyerahkan mayat Muammar Gaddafi kepada saudara-maranya selepas berunding dengan mereka, kata seorang penasihat pemerintah semalam.

“Keputusan telah dibuat untuk menyerahkan mayatnya kepada keluarganya yang besar kerana tiada keluarganya yaang rapat hadir buat masa ini,” kata penasihat itu, Ahmed Jibril.

“Terpulang kepada keluarganya untuk memutuskan di mana Gaddafi akan dikebumikan,” tambahnya.

Sementara itu, Ketua Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC), Mustafa Abdel Jalil menafikan bahawa mayat Gaddafi telah dirosakkan.

“Secara peribadinya, saya memilih untuk gaddafi terus hidup selepas penangkapannya bagi meletakkan dia di dalam perbicaraan,” katanya. – Agensi

Sekumpulan berhimpun untuk jambatan udara

26 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Penggunaan jambatan udara di Terminal Syarikat Penerbangan Tambang Murah yang baru (KLIA2) di Sepang akan memberi faedah kepada semua pengguna, dan bukan hanya orang kurang upaya.

Ingatan ini diberikan sekumpulan individu yang berhimpun di Petaling Jaya bagi melahirkan kebimbangan mereka terhadap isu berkenaan.

"Tujuan kami berkumpul di sini hari ini adalah untuk menegaskan desakan kami supaya jambatan udara disediakan di KLIA2 untuk keselamatan dan keselesaan semua penumpang," menurut satu kenyataan yang dikeluarkan kumpulan berkenaan.

Mereka terdiri daripada pengguna kerusi roda, individu yang mengalami kekurangan upaya, warga emas, wanita mengandung, sukarelawan dan pihak lain.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Persatuan Kristian Shuang Fu Untuk Orang Kurang Upaya Danny Tan, yang berkerusi roda berkata jambatan udara penting untuk penumpang kurang upaya.

"Kami golongan Orang Kurang Upaya. Kami tidak mahu menyusahkan orang lain untuk membantu kami menaiki pesawat," katanya dan menambah kata bahawa pihak berkenaan perlu melihat hal itu.

Bernama/-

Sindiket seleweng diesel subsidi tumpas

26 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

PERIKSA...anggota PGM) Wilayah 1 Pelabuhan Klang memeriksa lori tangki yang dirampas.
PELABUHAN KLANG: Pasukan Gerakan Marin (PGM) Wilayah 1 Pelabuhan Klang menumpaskan sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi di sebuah premis, di sini, Jumaat lalu dengan nilai keseluruhan rampasan RM22,000.

Pegawai Memerintah PGM Wilayah 1, Deputi Superintendan Norzaid Muhammad Said berkata, serbuan dilakukan selepas mendapat maklumat orang awam.

Menurutnya, serbuan pada jam 6.30 petang itu membabitkan tiga anggota daripada markas operasi PGM yang menyerbu premis di Jalan Emas, Jalan Tepi Sungai, di sini, apabila melihat sebuah lori tangki berwarna putih model Nissan yang mencurigakan.

“Operasi diketuai Inspektor Mohd Zamri Mohd Noor itu merampas sebuah lori tangki yang bermuatan diesel.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kira-kira 5,500 liter minyak diesel bersubsidi yang sudah dipam masuk ke dalam muatan lori berkenaan,” katanya.

Menurutnya, premis yang diserbu itu dipercayai dijadikan stor bagi menjalankan aktiviti pemindahan minyak diesel bersubsidi dari tong simpanan diesel ke dalam muatan lori tangki.

Norzaid berkata, dalam serbuan itu pasukannya turut menahan pemandu lori berusia 43 tahun dan tiga lelaki yang bekerja sebagai penjaga stor di premis itu kerana gagal menunjukkan bukti berdokumen berhubung kegiatan yang dijalankan.

“Empat suspek itu ditahan kerana gagal menunjukkan dokumen Jual Beli dan Menyimpan Minyak Diesel dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

metro/-

Laporan audit keluar selepas 17 hari Bajet

26 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 24 Okt: Laporan Ketua Audit Negara akhirnya dikeluarkan hari ini, selepas 17 hari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan Belanjawan 2012 di parlimen.

Kebiasaannya, ia diberikan kepada ahli parlimen ketika pengumuman belanjawan sepertimana terkandung dalam Peraturan Mesyuarat 20 (1), di mana Dewan Rakyat,

Speaker dan ahli mesyuarat mesti dibekalkan dengan laporan itu ketika Belanjawan berlangsung, lapor KeadilanDaily.

Kelewatan ini, menimbulkan kecaman ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat, yang menyifatkan ia sebagai usaha untuk tidak membahaskan dan menyorokkan maklumat kandungan laporan audit berkenaan.

Sebelum ini, Belanjawan 2012 juga dibentang tanpa meneliti laporan setengah tahun perbelanjaan dan prestasi kewangan negara sepertimana kebiasaan.

Minggu lalu, Pakatan Rakyat buat pertama kalinya menubuhkan satu jawatankuasa bagi mengkaji kandungan laporan berkenaan dan punca kelewatan yang sangat ketara.

Jawatankuasa itu akan turut mengkaji dan membandingkan Laporan Ketua Audit Negara dengan laporan lain termasuk laporan Bank Negara Malaysia (BNM) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

harakahdaily/-

Pakatan batal GST jika memerintah

26 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

PERMATANG PAUH, : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan tetap dibatalkan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya memerintah negara kerana ia membebankan rakyat.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis ramah mesra 'Sepetang Bersama Masyarakat' di Dewan Orang Ramai Batu 5, Permatang Janggus, Permatang Pauh, kelmarin.

Menurut beliau lagi, GST adalah satu bentuk paksaan yang dikenakan oleh pemerintah kepada rakyat yang sedang menghadapi masalah bebanan dengan kenaikan harga barangan.

"Sekiranya cukai ini dikenakan kepada rakyat, ia bukan saja membebankan mereka, tetapi menjadikan rakyat terpaksa tunduk kepada hasrat kerajaan untuk menekan dan menzalimi secara hormat.

"Oleh itu, seandainya PR berjaya memenangi kerusi pilihan raya umum yang akan datang, kita berjanji akan membatalkan GST yang tidak memberi manfaat kepada rakyat, khususnya golongan yang berpendapatan rendah," ujarnya yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh.

Anwar yang juga merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh, turut menyelar kepimpinan Datuk Seri Najib kerana mempermainkan rakyat apabila menangguhkan GST sehingga selepas pilihan raya yang akan datang.

Katanya, apabila cukai yang hendak dikenakan ditangguhkan sebelum pilihan raya, adalah tidak mustahil ianya akan dilaksanakan selepas ini.

"Ini membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ada tidak prihatin terhadap keperluan rakyat, sebaliknya memberi prioriti terhadap keperluan mereka bagi memeras dan mencekik darah rakyat," tambahnya lagi.

Dalam pada itu, beliau juga membidas BN yang cuba mempolitikkan isu berkaitan pelajar sekolah yang didakwa terlibat dalam kes serangan seksual dikaitkan dengan anak Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Jelasnya lagi, cara politik yang dimainkan bukan saja mempamerkan kedangkalan modal oleh BN, sebaliknya memperlihatkan bahawa parti tersebut senantiasa menjadikan kelucahan sebagai modal politik terdesak.

"Adalah sesuatu yang merbahaya sekiranya, BN terus diberi mandat untuk menerajui kepimpinan dalam negara apabila mereka tidak dapat menjustifikasikan mana yang baik dan mana yang buruk untuk dipolitikkan," tambahnya lagi.

harakahdaily/-

Chong Wei tumbang lagi

26 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 24 Okt - Perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei gagal buat kali kedua berturut-turut untuk menjinakkan pemain China, Chen Long dalam perlawanan akhir Terbuka Denmark Siri Super Perdana Persekutuan Badminton Dunia (BWF), semalam.

Kali ini pemain Nombor 1 dunia itu menyerah 15-21, 18-21 dalam tempoh 49 minit pada perlawanan di Odense Sport Park seperti mana dia dikecewakan lawan yang sama dalam perebutan kejuaraan Terbuka Jepun, bulan lalu. - Utusan

Pemuda Pas Parit Menggesa Kerajaan Negeri Mendengar Rintihan Penduduk

26 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Bandar Seri Iskandar – Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit menggesa agar kerajaan negeri Perak yang dipimpin Y.A.B Dato’ Seri Dr Zambry Abdul Kadir segera membatalkan pembinaan panggung wayang Lotus Five Star Cinemas di sebuah pasaraya di sini seperti yang diminta oleh Jawatankuasa Penduduk di Bandar Seri Iskandar.

Projek pembinaan panggung wayang itu mula mendapat perhatian orang ramai sejak beberapa minggu ini selepas papan tanda pembinaannya diletakkan di tepi jalan raya dan mengundang ribuan tandatangan bantahan penduduk setempat.

Semasa ditemui oleh pemberita, Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit, Ustaz Hakimi Mohamad Nor menegaskan bahawa “Islam sama sekali tidak menghalang kepada kemajuan. Namun kemajuan itu hendaklah seimbang antara dunia dan akhirat.

Kejadiaan yang terjadi di Bandar Seri Iskandar amatlah mengecewakan terutamanya apabila sejak sekian lama Bandar ini telah lama diwarwarkan sebagai Bandar Pendidkan dengan kewujudan beberapa Insitusi Pengajian Tinggi dan Sekolah, secara tiba-tiba ada usaha mengubahnya kepada Bandar Hiburan dengan penubuhan panggung wayang ini.”

Tambah beliau lagi, “ Sekiranya kerajaan negeri mengambil sikap berdiam diri dan tiada tindakan yang diambil untuk membatalkan pembinaan panggung wayang ini, jelaslah bahawa pemimpin negeri memang tidak mahukan rakyat menjadi cerdik dan hanya mahu melahirkan generasi yang suka berhibur!”

Tegashaki beliau lagi, “Penduduk di Bandar Seri Iskandar ini semuanya telah sepakat untuk menghalang penubuhan panggung wayang ini, dan jika bantahan penduduk ini ditolak, maka kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional perlu bersedia pula untuk ditolak oleh rakyat pada PRU yang ke 13 ini!”

SU DPP Parit

Kuburkan hasrat BN mahu rampas Selangor

26 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 24 Okt: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengalu-alukan kenyatan Timbalan Pengerusi BN Selangor yang juga merupakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar untuk merampas kembali negeri Selangor daripada Pakatan Rakyat.

Begitupun, ketuanya, Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan (gambar) menegaskan pihaknya mempastikan hajat Noh ingin mengembalikan semula negeri Selangor kepada pentadbiran yang korup dan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa,

keuntungan kekayaan negeri berlegar di sekeliling pemimpin Umno serta kerosakan-kerosakan yang lain akan ‘dikuburkan’ di dalam pilihan raya umum yang akan datang dengan sokongan dan dokongan padu rakyat negeri Selangor yang bersama-sama dengan Pakatan Rakyat.

“Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merasakan impian Noh Omar hanyalah angan-angan kosong kerana Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor setakat ini walaupun baru sepenggal memerintah negeri Selangor telah menunjukkan pemerintahan yang mempunyai sistem urus tadbir yang jauh lebih baik, telus, bebas rasuah, cakna kebajikan rakyat serta telah meningkatkan hasil kerajaan dan simpanan negeri Selangor,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Katanya, rakyat negeri Selangor kini telah dapat banyak manfaat daripada agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

“Oleh itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor bersama-sama kepimpinan pemuda PAS di semua peringkat dan kepimpinan Pemuda Pakatan Rakyat akan menjadikan impian Noh Omar sebagai ‘mimpi ngeri’ Barisan Nasional di negeri Selangor dengan izin Allah Taala, insya Allah,” katanya.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga, katanya melahirkan rasa kebimbangan di atas keyakinan Noh Omar menzahirkan hasrat BN merampas negeri Selangor daripada Pakatan Rakyat sudah pasti akan ada taktik dan teknik ‘kotor dan jahat’.

Katanya, Umno BN Selangor yang akan mengguna pakai cara jahat bagi mencapai maksud tersebut selain kemungkinan daripada kerja kotor yang dibuat oleh pemimpin Umno BN di peringkat Pusat dengan memberikan kerakyatan mudah kepada pemastautin tetap serta mengeluarkan kad pengenalan palsu kepada pendatang tanpa izin seperti yang telah didedahkan oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia, baru-baru ini.

Menurutnya, dengan pertambahan pengundi baru yang cukup luar biasa untuk negeri Selangor bagi tahun ini kemungkinan berlaku penipuan adalah sangat besar seperti mana yang dilakukan oleh Umno BN semasa merampas negeri Terengganu dahulu.

Oleh itu, katanya Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengharapkan semoga seluruh jentera Pemuda PAS di semua peringkat memperkasakan jentera pilihanraya di semua peringkat dengan memberikan khidmat terbaik dari segi penerangan terhadap kecemerlangan pengurusan dan pentadbiran serta kerja-kerja kebajikan kepada rakyat yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tanpa mengira fahaman politik, budaya dan agama.

Selain itu, katanya perlu meningkatkan kewaspadaan terhadap sebarang taktik kotor Umno BN yang sedang terdesak untuk merampas kembali negeri Selangor.

“Seluruh rakyat negeri Selangor juga dinasihatkan untuk melaporkan sebarang kecurigaan dan salah laku pemimpin Umno BN yang cuba untuk memberikan kad pengenalan palsu kepada pendatang tanpa izin, pemastatutin tetap ataupun kepada mereka yang tidak layak bagi menjadi pengundi di dalam pilihan raya yang akan datang,” katanya.

harakahdaily/-