20 October 2011

Tindakan UIA gantung Dr Aziz tak bertamadun

22 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KOTA BHARU, 20 Okt: Pelbagai pihak di negeri ini meluahkan rasa terkilan dan menganggap sebagai tidak bertamadun di atas tindakan Universiti Islam Antarabangsa UIA) menggantung tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari.

“Saya cukup terkilan, sepatutnya pakar undang-undang perlembagaan itu sebagai aset negara kerana berani mengupas dalam konteks yang sedikit berbeza.

“Tetapi UIA terpaksa akur kepada BN, menghalang percambahan pemikiran. Inilah malangnya apa yang berlaku sekarang.

”Kerana tindak tanduk seumpama itulah UIA sehingga kini gagal dan terhalang daripada menjadi universiti yang berkualiti,” kata anggota Exco kerajaan negeri, Dr Muhammad Fadzli Hassan.

Beliau yang juga bekas pensyarah kanan di UIA meluahkan terkejut di atas tindakan tersebut, sepatutnya ia tidak berlaku dalam masa begitu pantas.

Semalam Dr Abdul Aziz dilaporkan menerima surat tunjuk sebab daripada UIA berkaitan pandangannya sebagai seorang ahli akademik terhadap titah Sultan Selangor berhubung pemeriksaan JAIS di sebuah gereja di Petaling Jaya baru-baru ini.

Ahli akademik yang agak lantang itu juga disiasat polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) ekoran laporan polis dibuat pemimpin Umno termasuk Senator Ezam Mohd Noor.

Difahamkan juga Dr Abdul Aziz digantung gaji sehingga notis selanjutnya dikeluarkan. Selain itu menurut laporan Malaysiakini beliau juga tidak dibenarkan memasuki pejabatnya di kampus Gombak.

Prof Dr Abdul Aziz berkhidmat di UIA sejak 22 tahun lalu.

Timbalan Ketua Penerangan PAS Kelantan, Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, tindakan dilakukan UIA itu merupakan satu langkah yang tidak bertamadun.

“Ini jauh sekali daripada merelaikan setiap masalah yang timbul. Sepatutnya hujah akademik dibalas dengan pandangan yang sama bagi menggambarkan kewibawaan ilmu seseorang,” ujarnya.

Anggota parlimen Ketereh, Abdul Aziz Kadir berkata, apa yang dilakukan UIA terhadap Dr Abdul Aziz sebagai strategi dan proses ke arah 'melenyapkan' golongan intelektual yang berani menyatakan kebenaran.

Menurutnya tindakan agresif tanpa siasatan rapi itu menjelaskan kepada rakyat, Umno dan BN sekarang mahu kemandulan intelektual terus berlaku di negara ini.

HARAKAHDAILY/-

Anwar mahu rayuan sepina Najib, Rosmah didengar dulu

22 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu rayuannya terhadap pembatalan sepina terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor untuk memberi keterangan dalam perbicaraan kes liwat terhadapnya, didengar terlebih dahulu, sebelum hujahan akhir daripada pihak pembelaan dan pendakwaan dilakukan.

"Kami telah membuat rayuan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Datuk Mohamad) Zabidin (Mohd Diah) untuk membatalkan sepina yang diberikan kepada Najib dan Rosmah.

"Saya juga tidak mahu kes ditangguhkan lagi... tetapi Mahkamah Rayuan perlu mendengar rayuan saya terlebih dahulu. Dalam kes-kes lain, rayuan diputuskan dengan cepat," kata Anwar.

Ketua pembangkang itu juga mempersoalkan kredibiliti badan kehakiman dan mendakwa kelewatan dalam mendengar rayuan beliau hanya mencerminkan pendakwaan yang tidak adil terhadap dirinya.

MALAYSIAKINI/-

Umno ditempelak kata 'binatang' kepada sultan

22 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 20 Okt: Para pemimpin Umno ditemplek pada persidangan Dewan Rakyat hari ini kerana pernah mengatakan 'binatang' kepada Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada satu kejadian di Kuala Terengganu beberapa tahun lalu.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut (kanan) berkata, kejadian itu tidak dapat dilupakan oleh beliau apabila bercakap mengenai keperluan setiap rakyat negara ini mempertahankan dan menghormati sultan atau raja-raja Melayu.

Menurut beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu, namun apabila menyebut atau menyentuh tentang raja-raja, di Terengganu, pemimpin Umno sanggup kata "menatang" (binatang) kepada Tuanku Sultan.

"Inikah yang dikatakan menghormati atau mempertahankan raja-raja?" kata beliau ketika mencelah sewaktu Ahli Parlimen Maran (BN), Datuk Ismail Abdul Mutalib berucap pada persidangan Dewan Rakyat di bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Perkataan "Natang" atau "Menatang" yang bermaksud "binatang" itu diucapkan oleh pemimpin Umno yang ditujukan kepada Tuanku Mizan, ketika kumpulan pemimpin parti itu yang menyokong Datuk Idris Jusoh menentang perlantikan Datuk Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru.

Ucapan yang amat keterlaluan itu dipaparkan oleh mereka menerusi sepanduk yang dibawa ke sekitar kawasan istana, pada satu tunjuk perasaan bagi menggambarkan protes mereka terhadap tindakan Tuanku Mizan yang mahu melantik Ahmad sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru untuk menggantikan Idris.

Perbuatan keterlaluan para pemimpin dan penyokong-penyokong Umno itu juga bukan sekadar tidak dapat dilupakan oleh rakyat Terengganu, malah seluruh rakyat negara ini.

Persoalan tersebut ditimbulkan oleh Abdul Wahid sebagai ingatan kepada para pemimpin Umno agar mengingatkan mereka dan penyokong parti itu sendiri terlebih dahulu supaya sentiasa menghormati dan mempertahankan sultan atau raja-raja Melayu sebelum mengingatkan orang lain.

Menjawab perkara yang dibangkitkan itu, Ismail yang ketika itu sedang berucap melibatkan keperluan setiap rakyat negara ini tanpa mengira bangsa dan agama menghormati raja-raja Melayu berkata, ingatan beliau itu sememangnya ditujukan kepada semua pihak.

Beliau kemudiannya menyalahkan pula kepada Abdul Wahid kerana membangkitkan perkara itu yang seolah-olah sengaja mahu mengenakan pemimpin Umno tanpa kononnya melihat kesalahan sendiri.

Sikap beliau yang seperti enggan menerima realiti itu menyebabkan beberapa orang ahli Parlimen lain dari Pakatan Rakyat turut menempleknya dengan ketawa sinis.

HARAKAHDAILY/-

Manila rampas 25 bot China

22 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Tentera Filipina bertindak selepas bertembung di Laut China Selatan

MANILA: Filipina semalam berkata ia merampas 25 bot kecil China selepas tentera lautnya bertembung dengan kapal nelayan besar di perairan Laut China Selatan yang menjadi rebutan.

Pertembungan kelmarin menyusul siri kejadian antara kedua-dua negara di Laut China Selatan tahun ini yang membawa kepada ketegangan hubungan diplomatik.

Pihak berkuasa Filipina berkata, kapal China yang lebih besar menunda 25 perahu kayu enjin berhampiran Tebing Reed, kira-kira 150 kilometer dari kepulauan Palawan di barat negara Filipina.

Kapal China itu tersesat ke dalam perairan kami, kata jurucakap Jabatan Luar Filipina, Raul Hernandez.

Bagaimanapun, dia tidak memandang serius pertembungan itu, menyifatkan ia sebagai kejadian kecil dan berkata Filipina mempertimbangkan untuk mengembalikan bot kayu berkenaan, yang tiada orang ketika ditemui.

Kapal lebih besar melepaskan perahu berkenaan apabila didekati kapal tentera laut Filipina, kata ketua tentera wilayah, Mejar Jeneral Juancho Sabban.

Kami mahu menjelaskan tiada niat buruk di pihak kami. Prosedur normal ialah mendekati mereka dan memberitahu mereka berada dalam wilayah kami, dan jika menangkap ikan, mereka perlu ada kebenaran daripada kerajaan.

Ketika tentera laut mendekati, induk kapal tiba-tiba memutuskan tali tunda dan meninggalkan bot kecil. Kami mungkin menakutkan mereka, katanya sambil menyangkal laporan media tempatan kapal tentera laut sengaja melanggar kapal nelayan China.

Pihak berkuasa Filipian berkata, mereka tidak tahu mengapa kapal berkenaan menunda banyak bot kecil.

Jurucakap Kedutaan China, Sun Yi, berkata pegawai hubungan tentera negaranya ke Filipina masih belum memberikan laporan mengenai kejadian itu.
Sehingga itu, saya tidak dapat memberi komen mengenainya, katanya.

China menuntut semua tapak bersejarah Laut China Selatan termasuk perairan yang hampir dengan pantai Filipina dan negara Asia Tenggara lain. Taiwan, Vietnam, Brunei dan Malaysia turut bersaing menuntut sebahagian kawasan perairan itu.

AFP /-

Motosikal guna najis manusia

22 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

GAMBAR yang disiarkan di laman YouTube menunjukkan sebuah motosikal menggunakan najis manusia di Jepun.

TOKYO - Sebuah motosikal di Jepun menggunakan najis manusia sebagai sumber kuasa.

Ia yang dinamakan Motosikal Tandas Neo, dibina oleh firma tandas, Toto, dalam usaha membantu mengurangkan asap karbon dioksida sebanyak 50 peratus dalam tempoh enam tahun.

Dilengkapi tandas modifikasi dan makmal bergerak untuk memproses najis, kenderaan beroda tiga itu boleh bergerak selaju 80 kilometer (km) sejam.

Jika semua itu tidak cukup canggih, motosikal berkenaan juga boleh bercakap dan menulis mesej di udara dengan menggunakan sistem pengimejan cahaya.

Ia kini dipandu uji dalam sesi jelajah sejauh 960km di Jepun dan dijadualkan tiba di Tokyo pada 2 November ini.

Pada awal tahun ini, seorang lelaki melakukan perjalanan sejauh 20,000km mengelilingi Australia dengan menaiki sebuah motosikal berkuasa lemak ikan dan jejari kentang. - Agensi

KOSMO/-

4 lokasi panas denggi

22 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

PETALING JAYA: Empat lokasi dikenal pasti sebagai 'kawasan panas' oleh Kementerian Kesihatan kerana mencatatkan kes demam denggi tertinggi sehingga menyebabkan kematian dan dijangka terus meningkat dengan kedatangan musim hujan tidak lama lagi.

Empat lokasi itu adalah dua dari daerah Hulu Langat iaitu Flat Pandan Perdana dengan 10 kes dan Pangsapuri Taman Bukit Mewah dengan empat kes serta dua lokasi lain dari Kuala Lumpur iaitu Kondominium Bintang Mas dengan 11 kes di zon Cheras dan Kondominium Corenthian dengan sembilan kes di zon Pusat Bandar.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Hassan Abdul Rahman berkata, kawasan dengan kepadatan penduduk tinggi lebih berpotensi mendapat penyakit denggi dan jika tiada langkah pencegahan diambil, kes itu akan terus meningkat.

“Masyarakat perlu mengambil pengajaran daripada dua kematian akibat denggi minggu lalu dan jika dapat dihapuskan pada peringkat awal, ia dapat menghalang penyakit itu daripada merebak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis Ridsect CSR Aedes Advise Mission Activity, di Pangsapuri Blok A Impian Baiduri, di sini, semalam.

Pengarah Kawasan Asean SC Johnson, Miguel Angel De Gracia berkata, mereka ingin menekankan kepada masyarakat mengenai pentingnya mengambil langkah proaktif menentang Aedes untuk menjaga keselamatan diri, keluarga dan jiran tetangga.

Seramai 50 kakitangan syarikat pemilik jenama racun serangga itu mengambil masa setengah hari menziarahi penghuni pangsapuri terbabit dengan memberi produk mereka dan risalah sebagai ingatan supaya berjaga-jaga dengan masalah itu.

METRO/-

Mahkamah bebas anggota polis dari tuduhan rasuah

22 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Seorang anggota polis dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini atas dua tuduhan menerima suapan wang tunai, tahun lepas.

Hakim Mohd Zairan Aman membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Lans Koperal Zakaria Ahmad, 49.

Mengikut pertuduhan pertama, Zakaria, dituduh meminta suapan sebanyak RM2,000 daripada Mohd Zaini Ahmad pada kira-kira pukul 7 malam 17 Ogos tahun lepas sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap Mohd Zaini yang dikatakan telah melakukan kesalahan memiliki dadah.

Zakaria didakwa melakukan perbuatan itu di hadapan kilang Kim Yong Cement Bricks Sdn Bhd, Jalan Berapit, Bukit Mertajam, dekat Butterworth.

Bagi pertuduhan kedua, Zakaria didakwa memperoleh suapan sebanyak RM900 dari Mohamad Hairilnizam Husim pada kira-kira pukul 10 malam pada tarikh dan tempat yang sama sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap Mohd Zaini atas kesalahan memiliki dadah.

Bagi pertuduhan pertama Zakaria didakwa mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 manakala bagi pertuduhan kedua dia didakwa mengikut Seksyen 17 (a) akta yang sama.

- Bernama

"Si Tanggang" Dihukum Denda RM3,000 Kerana Ugut & Cuba Tikam Ibu Sendiri

22 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Kangar – Seorang anak yang tergamak mengugut untuk menikam ibu kandung sendiri menggunakan besi penebuk susu semata-mata melebihkan teman wanitanya dijatuhi hukuman denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.

Muhammad Fuad Halipah, 22, dari Kampung Bunga Emas, Simpang Empat di sini didakwa di mahkamah atas tuduhan melakukan ugutan jenayah ke atas ibunya, Azani Saad, 53, mengikut kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Dia dituduh berniat menyebabkan ibunya berasa cemas apabila mengancam hendak menikam dengan alat penebuk susu dalam satu pertengkaran antara mereka di kantin pentadbiran Martikulasi Arau dekat sini pada 12 Oktober lalu.

Perselisihan antara dua beranak itu difahamkan berlaku setelah Azani tidak berpuas hati dengan tindakan Muhammad Fuad yang mahu memberi pinjam Toyota Vios kepada teman wanita anaknya itu.

Tertuduh yang merupakan seorang penganggur ditahan 13 Oktober lalu kira-kira pukul 6 petang di Taman Lanchang Jejawi, Arau setelah ibunya membuat laporan polis berhubung ancaman anaknya itu.

Tidak cukup dengan itu, beberapa hari kemudian pada 20 Oktober lalu tertuduh didakwa memaksa ibunya menyediakan wang sebanyak RM1,500 serta geran kereta kerana mahu dibawa ke Thailand.

Dalam pendengaran kes tersebut, Muhammad Fuad mengaku bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Zuhair Rosli. -kosmo

200 askar pertama tinggalkan Afghanistan

22 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KABUL - Seramai 200 anggota tentera Perancis menjadi pasukan pertama meninggalkan Afghanistan semalam, mengikut sebahagian daripada rancangan Pertubuhan Atlantik Utara (Nato) yang mahu menamatkan misi pertempuran mereka di negara itu menjelang 2014.

Baki 200 askar Perancis dijadualkan akan dipanggil pulang sebelum 25 Disember depan dan 600 lagi akan meninggalkan Kabul menjelang 2012.

Seramai 4,000 anggota tentera Perancis menyertai 130,000 tentera bersekutu di bawah misi ketenteraan Nato di negara tersebut.

sinar harian/-

[WASPADA] Van Putih Culik Nurin Muncul Semula

22 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Ampang: Tragedi kes culik dan pembunuhan kejam Nurin pada 20 Ogos 2007 hampir berulang apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun hampir diculik dua lelaki menaiki van putih persis kenderaan yang didakwa melarikan Nurin. Gambar fail

Menggunakan taktik hampir sama seperti kes penculikan sebelum ini, kanak-kanak lelaki terbabit diculik dan dibawa lari beberapa meter sebaik berjalan keluar dari sekolahnya berhampiran Kampung Melayu Ampang, Jumaat lalu.

Bagaimanapun, mangsa terselamat apabila sempat melarikan diri sebaik pintu van berkenaan terbuka akibat tindakannya yang meronta-ronta ketika ditahan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa baru tamat waktu persekolahan dan mahu pulang ke rumahnya yang terletak berhampiran.

“Ketika sedang berjalan tiba-tiba seorang lelaki tempatan memakai kemeja-T terus keluar dari van putih diletakkan di tepi jalan lalu menghampiri kanak-kanak berkenaan yang baru keluar dari pintu utama sekolah.

“Lelaki itu dikatakan memeluk lalu menangkap mangsa dari belakang. Akibat terkejut dengan tindakan itu, mangsa meronta dan cuba melepaskan diri,” katanya ketika dihubungi semalam.

Namun, mangsa dibawa masuk menaiki van dipandu seorang lagi lelaki tempatan dipercayai untuk dibawa lari.

“Dalam perjalanan itu, mangsa terus meronta-ronta melepaskan diri. Disebabkan keadaan van yang bergegar, pintu van itu terbuka.

“Mangsa segera melompat keluar dari van itu dan melarikan diri. Kedua-dua suspek yang panik dengan tindakan mangsa kemudian memecut van berkenaan,” katanya.

Berikutan itu, mangsa pulang ke rumahnya dan menceritakan kejadian itu kepada ibu bapanya sebelum dia dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya untuk membuat laporan.

Amiruddin berkata, polis kini sedang giat memburu suspek dan menasihati orang awam supaya peka keadaan sekeliling dan memaklumkan polis sekiranya melihat keadaan mencurigakan menggunakan van putih.

Dalam kejadian sebelum ini, Nurin Jazlin Jazimin, 8, diculik selepas mengunjungi pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju pada 20 Ogos, 2007. Mayat mangsa ditemui disumbat dalam beg berhampiran PJS1, Petaling Jaya. Dua bulan selepas itu, seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun nyaris diculik berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju tidak jauh dari tempat Nurin dilaporkan hilang.

Dalam kejadian itu, mangsa yang cuba ditarik masuk ke dalam van sempat melawan sebelum dilepaskan penjenayah yang terkejut dengan jeritan ibu mangsa. Kejadian sama berulang apabila seorang lagi kanak-kanak perempuan, Sharlinie Mohd Nashar, 5, turut dilaporkan hilang pada awal Januari 2008 selepas didakwa turut dilihat bersama seorang suspek dalam sebuah van di Cheras. Mangsa gagal ditemui sehingga kini.

KELAB GREENBOC/-

Risalah fitnah dedah sikap bacul parti pemerintah

22 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 20 Okt: Pakatan Rakyat hari ini mengecam penyebaran risalah yang memfitnah pemimpin Pakatan dan Buku Jingga 'klon' yang dipercayai didalangi Umno BN.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan tersebut menyerlahkan sikap 'bacul' pemimpin parti pemerintah itu yang hanya berani memfitnah namun tidak berani berhujah melalui cabaran debatnya dengan Datuk Seri Najib Razak.

"Tajaan Umno ini menyerang saya, pemimpin PAS, DAP, Pakatan Rakyat. Ini cara kurang sopan seolah-olah kita ini penjenayah, perusuh.

"(Mereka) guna wang negara untuk mencaci dan menipu, sampaikan soal perut buncit saya pun dibangkitkan," katanya.

Beliau yang juga Ketua Umum PKR berkata demikian pada sidang media di parlimen hari ini.

Beliau mengulas penemuan risalah fitnah dan Buku Jingga palsu yang dipercayai sedang disebar kepada rakyat di seluruh negara.

Muka hadapan Buku Jingga palsu itu seratus peratus sama dengan Buku Jingga Pakatan Rakyat namun berbeza isi kandungannya.

Manakala risalah pula didakwa memfitnah pemimpin utama PKR, PAS dan DAP.

Menurut Anwar, risalah itu juga tidak ketinggalan secara khusus mempertahan Rosmah sebagai seorang wanita contoh, yang jaga kebajikan dan tidak membazir, tapi menghina orang lain.

"Saya tak nak bangkit ini (Buku Jingga palsu) sebagai satu masalah, cuma penipuannya ialah kerana dia guna buku ini seolah-olah Buku Jingga (Pakatan).

"Kalau dah begini sanggup Umno taja, adakanlah perdebatan mengenai Buku Jingga, ekonomi atau belanjawan supaya rakyat boleh menilai," katanya.

Anwar sebelum ini mengemukakan cabaran untuk berdebat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung belanjawan 2012.

Semalam, sebuah Akademi Penulisan yang dinamakan Akademi Pak Sako, bersedia menjadi penganjur debat antara kedua tokoh itu.

Bagaimanapun sehingga hari ini, masih belum ada sebarang respons daripada Najib.

harakahdaily/-

Rang Murtad boleh disokong

22 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

HUKUM terhadap orang murtad iaitu orang yang meninggalkan agama Islam dan orang Islam yang terkeluar dari agamanya ada dalam Islam dan Islam pernah menguatkuasakannya.

Justeru itu tiap-tiap negara Islam patut ada undang-undang itu dan tidaklah sempurna pentadbiran Islam sebuah negara Islam kira-kira tidak ada peruntukan melaksanakan hukum itu.

Tanah Melayu sebelum dijajah oleh kuasa barat – Portugis, Belanda dan Inggeris – ada peraturan itu. Perlembagaan Reid yang disediakan oleh British untuk kemerdekaan Tanah Melayu tidak memperuntukkannya, mungkin kerana bertaklid perlembagaan itu adalah untuk negara baru yang merdeka itu sedang murtad itu adalah terletak di bawah kuasa Raja-Raja.

Kerana undang-undang murtad itu adalah satu dari seribu dari ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi SAW, maka menjadi kewajipan bagi PAS menyokongnya tidak kira dari mana datangnya.

Kecuali jika dipastikan rangnya datang dari iblis. Jika rang itu dari iblis, kita sokong maka sokongan itu bukan kerana ia peraturan yang dituntut Allah, tetapi ia dibuat atas suruhan iblis. Mengikut perintah iblis adalah kufur.

Presiden PAS Ustaz Haji Abdul Hadi Awang semasa menjadi Timbalan Presiden dulu pernah membentang usul persendirian di Parlimen bagi menguatkuasakan undang-undang murtad. Rang usul itu dirangka oleh Almarhum Haji Idris Othman, seorang pegawai kanan Jabatan Peguam Negara yang pernah menjadi Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan dan Pesuruhjaya Hisbah semasa PAS memerintah Terengganu tahun 2000.

Percubaan PAS itu tidak pernah diberi laluan oleh Parlimen. Rang usul itu dimasukkan dalam jadual agenda sidang Dewan Rakyat berkali-kali. Tetapi ia tidak pernah dapat dibentangkan.

Disebabkan peraturan itu tidak ada, maka ramailah orang Islam yang murtad. Sekitar 20 tahun hampir setiap hari harian perdana brbahasa Inggeris menyiarkan iklan notis penganut Islam murtad. Semua notis itu diluluskan oleh mahkamah dan tiada cara jabatan pendaftaran dapat mengingkari keputusan mahkamah itu sekali pengarah pendaftarannya adalah orang Islam.

Sudah acap PAS sejak pimpinan Haji Yusof Rawa membangkit isu murtad itu hinggalah rang usul menghalang murtad itu dikemukakan untuk dibahas di Parlimen, kerajaan BN tidak pernah melayan malah tidak ada sedikit sensitiviti pun dari anggota UMNO yang berjuta itu tertarik dengannya.

Hanya selepas gereja diserbu Jais kerana ada orang Islam hadir dalam jamuan makannya bersemarak sedikit rasa anti murtad itu. Mufti Perak Tan Sri Harussani yang pernah membangkit isu beribu orang Islam murtad satu masa dulu, menggesa supaya akta murtad diperkenalkan.

Reaksi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Menteri (Agama) di Jabatan Perdana Menteri ialah cadangan itu mesti dibincang secara menyeluruh sebelum ia dibentangkan.

Adalah betul cadangan itu mesti dibincang secara menyeluruh. Bukan sesuatu undang-undang itu terus dibuat begitu saja apabila ada cadangan mengenainya.

Bukan sekadar rang murtad, apa jua undang-undang yang hendak dibuat di Parlimen mestilah dibincang secara serius dan menyeluruh. Parlimen Britian misalnya kadang-kadang mengambil masa bertahun membincangkan sesuatu isu dengan orang ramai dan semua pihak sebelum ia dijadikan rang.

Tidaklah seperti hendak mendakwa Dato Harun Idris, Menteri Besar Selangor satu masa dulu. Di bawah peraturan mana dia hendak didakwa kerana dikatakan rasuah, maka serta merta rang pindaan undang-undang dibentang dan diluluskan.

Atas isu murtad ini, orang Islam yang sah menentang hudud dan berkata itu dan ini tentang undang-undang itu boleh jadi murtad. Jika undang-undang itu ada, tiadalah lagi orang boleh berdalih dan mempersenda undang-undang hudud, satu dari seribu ajaran Islam PAS cuba perkenalkan.

Jika rang itu hendak diperkenalkan maka secara terbuka PAS bertanggungjawab menyokong. Jika ada perbezaan pendapat antara PAS dengan sekutunya dalam Pakatan Rakyat, maka perbezaan itu dibenarkan. Bolehlah masing-masing membuat pendirian sendiri tanpa mempengaruhi muafakat yang sudah terjalin.

Seperti isu hudud, sekutu Pakatan Rakyat bersetuju tentang perbezaan pendapat. Tetapi muafakat Pakatan tidak terjejas kerana banyak lagi yang mereka kongsi bersama.

Cuma yang menjadi perhatian ialah reaksi kerajaan mahu hal murtad itu dibincang secara menyeluruh dulu, tetapi ia mungkin tidak akan dibincang. Mungkin ia sekadar jawapan kepada pertanyaan media.

harakahdaily/-

Ilmu pengasih asap rokok

22 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

JOHOR BAHRU: “Din mengamalkan ilmu pengasih menggunakan asap rokok dan bagi menjadikannya lebih mujarab, ia perlu dihembus kepada mangsa di hentian bas,” kata seorang guru sebuah sekolah di bandar raya ini yang mendakwa menjadi mangsa kasanova berjari 17 dikenali sebagai ‘Din Kudung’, semalam.

Mangsa mahu dikenali sebagai Siti, 32, berkata, melalui pengalaman dan cerita mangsa lain, semua perkenalan mereka dengan Din Kudung bermula sama ada di Terminal Pengangkutan dan Pasar Awam Larkin mahupun hentian bas lain.

Menurut Siti, pertemuan pertama dengan Din Kudung serta pengalaman mangsa lain membuktikan lagi telahan lelaki terbabit akan bertindak menghembus asap rokok ke muka mereka.

“Saya berkenalan dengan Din Kudung menerusi panggilan telefon dibuatnya pada awal September 2010 sebelum kami bertemu di hentian bas berhampiran sekolah tempat saya mengajar,” katanya.

“Kali pertama bertemu, Din Kudung banyak bercerita berkaitan diri saya seperti kehidupan peribadi serta mata pelajaran yang saya ajar, membuatkan saya menyenanginya dan mahu berkenalan lebih rapat,” katanya.

Lebih menghairankan, katanya, Din Kudung beberapa kali menghembuskan asap rokok ke mukanya dan mulanya terasa seperti mahu marah tetapi akhirnya hanya mendiamkan diri.

“Sejak pertemuan itu, saya kerap bertemu Din Kudung yang turut mendakwa bertugas sebagai kontraktor dan mempunyai beberapa projek dalam pembinaan sekitar bandar raya ini.
“Lelaki terbabit turut membawa saya ke beberapa lokasi projek pembangunan sekitar bandar raya ini yang konon miliknya.

“Din Kudung mendakwa berdepan pelbagai masalah seperti pekerja ditahan Jabatan Imigresen dan kekurangan wang untuk meneruskan projek.

“Terpedaya dengan helah lelaki berkenaan, saya bersetuju membuat pinjaman bank RM50,000 di sebuah institusi kewangan di pusat bandar raya ini, pertengahan September 2010,” katanya.
Bagaimanapun, Siti terkejut kerana kurang tiga jam, urusan pinjaman itu diluluskan dan dia menyerahkan wang berkenaan kepada lelaki itu.

Menurutnya, dua minggu kemudian, Din Kudung menghubunginya dan memaklumkan perlu RM50,000 lagi untuk menyelesaikan masalah kewangannya.

“Saya akhirnya setuju membuat pinjaman itu selepas didesak, ia diluluskan pada hari sama dan cek pula dikeluarkan atas nama seorang lelaki yang juga rakan kepada Din Kudung.

“Pertengahan Oktober pula, Din Kudung sekali lagi meminta saya membantunya dan saya menggunakan kad kredit untuk mengeluarkan RM8,000 sebelum menyerahkan wang berkenaan kepadanya,” katanya.

Menurut Siti, tidak lama kemudian, lelaki terbabit menghilangkan diri, malah turut menukar nombor telefon bimbitnya.

, Siti juga tertekan kerana Din Kudung berjanji konon mahu menjadikannya rakan niaga selain mengahwininya.

Siti berkata, awal tahun ini, dia mendapatkan rawatan di sebuah pusat rawatan Islam sebelum dimaklumkan sebenarnya terkena ayat guna-guna dan diminta mengamalkan bacaan ayat suci al-Quran.

Katanya, selepas beberapa kali berubat, baru dia dapat berfikir dengan waras.
“Saya akhirnya berjaya mendapatkan beberapa nombor telefon wanita lain yang menjadi mangsa Din Kudung dan apabila dihubungi, mereka turut mendakwa ditipu lebih RM100,000 seorang selain berkenalan di Terminal Pengangkutan dan Pasar Awam Larkin.

“Akibatnya, saya kini terpaksa menjelaskan hutang sebanyak RM1,200 sebulan kepada tiga bank dengan tempoh bayaran pinjaman antara 15 hingga 20 tahun,” katanya.

Menurutnya, disebabkan jumlah hutang yang banyak, dia tidak boleh membeli rumah mahu pun menukar kereta kerana separuh daripada gajinya digunakan untuk melunaskan bayaran terbabit.

Berikutan itu, Siti membuat laporan di Balai Polis Taman Perling, 25 Ogos lalu, dan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap Din Kudung bagi mengelak lebih ramai wanita menjadi mangsanya.

Harian Metro

Solat semai disiplin, sikap mulia

22 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

SOLAT adalah acuan terbaik bagi membentuk peribadi mulia kerana ia ibadat paling disukai Allah selain menjadi tiang agama Islam. Solat yang khusyuk menunjukkan kerendahan jiwa yang maksimum di depan Allah.
Bermula dengan berada pada kedudukan yang tinggi ketika berdiri, disudahi dengan kerendahan dan kehinaan ketika berada pada penghujung solat dengan keadaan duduk merendahkan diri di hadapan Allah.

Solat membawa pengertian doa terkandung dalamnya zikir dan tasbih memuji kebesaran Allah. Antara zikir paling utama dalam solat ialah tahiyyat yang dibaca dua kali pada rakaat kedua dan terakhir, penuh kepujian terhadap Allah dan Rasul-Nya serta penghormatan kepada hamba yang salih.

Ada berpendapat ia dialog ketika Baginda SAW naik ke langit semasa peristiwa Israk dan Mikraj.

Sahabat bernama Anas Masud berkata: “Ketika kami bersama Baginda SAW dalam solat, kami menyebut: Assalamu A’lallah (Selamat kepada Allah) lalu diubah Baginda dengan sabdanya: Jangan kamu menyebut Assalam kerana Allah adalah Assalam. Sebutlah Attahiyyatu Lillah, Wassalawat, Wattayyibat (Kesejahteraan, selawat serta kebaikan buat Allah dan Rasul-Nya) hingga akhirnya.

Jika kamu menyebut semua perkataan ini, ia ditujukan kepada semua hamba yang salih di langit dan mereka yang berada di antaranya lalu Allah berbangga dengan kata-kata ini dan memperkenankan doamu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Jika pembesar berasa gembira jika ada yang masuk menghadap dengan penuh hormat dan protokol ditetapkan, maka Allah adalah lebih gembira dan berbangga. Tahiyyat adalah protokol dan penghormatan ketika menghadap Allah dalam solat yang menyatakan ucapan kebesaran dan pengharapan hanya layak dipohon kepada-Nya.

Makna khusus bagi tahiyyat ialah kesempurnaan dan kebesaran hanyalah untuk Allah. Salawat ialah sifat rendah diri dan harapan seorang hamba yang boleh disandarkan hanya kepada Allah, rasul dan orang beriman.

Lafaz ‘tayyibat’ dalam tahiyyat ialah amalan suci dari Allah dan hamba yang salih kerana kesucian dan kebaikan adalah dari sifat Allah seperti sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah bersifat dengan kebaikan dan kesucian. Dia hanya menerima dari amalan yang baik dan suci saja.

” (Hadis riwayat Muslim)
Firman Allah bermaksud: “Kepada-Nya diangkat segala kebaikan dan kata-kata yang baik.” (Surah Fatir, ayat 10)

Selepas kepujian untuk Allah, maka diarahkan pula puji-pujian kepada Baginda Nabi SAW dengan ucapan yang bermaksud Allah yang memelihara dan memimpin Nabi SAW. Kemudian diucapkan tahiyyat dan salam buat diri sendiri, jemaah solat serta sekalian malaikat.
Ada pendapat mengatakan lafaz ini ditujukan kepada seluruh umat Muhammad SAW. Hamba salih yang dimaksudkan adalah dari manusia dan jin serta malaikat sama ada yang hidup atau sudah mati.

Kemudian disudahi dengan kalimah tauhid yang dibawa semua nabi dan rasul khususnya Baginda selaku penutup segala nabi dan rasul, manusia biasa yang dipilih oleh Allah, ditambah dengan selawat untuk Nabi Ibrahim.

Sahabat pernah bertanya kepada Baginda SAW: “Wahai Rasulullah, bagaimanakah caranya untuk kami berselawat kepadamu? Jawab Baginda SAW yang maksudnya: Salam sejahtera kepada Nabi Muhammad, Nabi Ibrahim dan seluruh keluarganya.” (Hadis riwayat Muslim)
Selepas mengucapkan selawat, maka kita dianjurkan untuk berdoa mengikut keperluan masing-masing. Diriwayatkan Ibnu Masud, Rasul SAW menyuruh berdoa dengan mengikut pilihan masing-masing.

Hadis sahih dari Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda bermaksud: “Apabila kamu selesai tahiyyat maka mohonlah perlindungan daripada empat perkara iaitu azab kubur, azab neraka, ujian ketika hidup dan selepas mati, serta Dajjal.”
Demikianlah diajarkan Baginda SAW kepada sahabat sehingga mereka menjadi generasi terpilih di sisi Allah.

Solat membentuk disiplin tinggi dan sikap yang baik dalam kehidupan. Ucapan dalam solat mengajar manusia menuturkan ucapan baik serta menghormati orang lain dan solat juga mengajar manusia mengikuti peraturan ditetapkan.

Solat menjadikan manusia sentiasa merendah diri terhadap sesama makhluk, membina masyarakat cemerlang sementara mengikut imam dalam solat mengajar manusia mentaati pemimpin yang baik.

harian metro/-

Tipu kad pengenalan

22 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

CHOON HUI (kiri) bersama Michael (tengah) dan Kian Fatt menunjukkan salinan kad pengenalan yang disalahgunakan untuk mendaftar perniagaan di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Dua pemuda mendakwa kad pengenalan mereka telah disalahgunakan oleh pihak tertentu bagi mendaftar syarikat perniagaan tanpa pengetahuan mereka.

Mangsa pertama, Thiang Choon Hui, 32, berkata, dia terkejut apabila kad pengenalannya digunakan bagi menjalankan perniagaan cakera padat video (VCD) dan cakera video digital (DVD) cetak rompak.

“Saya menerima surat daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang mengatakan saya menjalankan perniagaan haram pada September lalu.

“Saya hairan dengan dakwaan itu kerana saya tidak pernah menjalankan sebarang perniagaan dan hanya bekerja sebagai ejen insurans,” ujarnya pada sidang akhbar di Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA di sini semalam.

Turut hadir ketua biro tersebut, Datuk Michael Chong.

Jelas Choon Hui, dia melaporkan perkara tersebut kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia, namun didakwa pernah mendaftar sebuah syarikat pada 2009 yang mempunyai empat cawangan di sekitar Seri Kembangan dan Puchong.

Katanya, kad pengenalannya dipercayai disalahgunakan oleh pihak tertentu selepas ia hilang pada tahun 2007.

kosmo/-

Apa salahnya saya jadi alat Islam - Bob Lokman

22 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 20 Okt: "Apa salahnya saya menjadi alat kepada Islam yang merupakan the way of life?" tanya bekas selebriti terkenal, Bob Lokman atau nama sebenarnya Muhamad Hakim Lokman.

Bob ketika ditemui di majlis ceramah anjuran PAS di Taman Melewar malam tadi berkata, tidak timbul soal beliau dipergunakan PAS dan diheret ke setiap ceramah parti itu.

Namun tegasnya, apa yang dilakukan kini adalah atas kerelaan dirinya sendiri yang berazam untuk terus berjuang di lapangan dakwah bersama PAS.

"Soal dipergunakan ini, kita kena tau apa ini dunia. Dunia ini satu lapangan. Lapangan perlukan alat untuk membuka pintu akhirat dan agama alat menuju akhirat.

"Jadi orang kena fahamlah apa itu the way of life. Kalau orang tak boleh faham the way of life, maka dia menyembah dunia.

"Kita menyembah Allah, Islam itu Allah beri kepada kita untuk bagaimana kita nak guna. Bagaimana nak pakai umur, nak pakai harta kita, Islam itulah caranya...dan saya tak salah diperalat Islam untuk buka pintu akhirat," jelasnya panjang lebar.

Selepas menyerahkan borang keahlian PAS Februari lalu, Bob terus aktif menyertai program PAS, kebanyakannya diundang menyampaikan tazkirah dan sesi perkongsian pengalaman bergelumang dalam dunia artis.

Pada 10 Oktober lalu, Bob ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengikut seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Islam (Negeri Selangor) 2003 kerana didakwa menyampaikan ceramah tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat.

Ketawa apabila dituduh "degil" dan "tidak sopan" kerana nekad untuk tidak akan hadir ke pejabat Jais, beliau tetap dengan pendirian bahawa Jais bertindak atas arahan Umno.

"Sopan ini termasuk dalam bab akhlak. Akhlak ni kalau bab bersopan mesti dalam keadaan tertentu. Dalam kes (tangkapan Jais) ini, kita nampak Jais buat kerja kerana Umno.

"Jadi kalau saya duduk dalam PAS orang yang panggil saya itu orang Umno saya tak datanglah.

"Kalau dia bersifat neutral saya akan datang. Tapi ada kenyataan Jais menghina bahawa ahli PAS 85 peratus tak boleh baca Quran maka saya tau pendirian dia...maka saya pun kena nyatakan pendirian saya.

"Jadi kita kena tahu pendirian dan orang yang berjuang kena tahu prinsip," katanya bersahaja namun dalam nada tegas.

Cakap ada makna

Sambil mengakui kehidupan sekarang lebih bermakna berbanding ketika menjadi artis dahulu, beliau berkata apa yang dituturkan ini hanya untuk Islam.

"Hari ini pun macam dulu jugak banyak bercakap tapi sekarang cakap ada maknalah. Dari hati, cakap untuk mati," katanya.

Tambahnya, kehidupannya sekarang lebih kepada menguatkan jiwa untuk perjuangan Islam.

"Ini perjuangan yang menggunakan zahir dengan apa cara sekalipun tapi tujuannya ialah memperkukuhkan roh.

"Kalau dulu berlakon cari duit nak makan je. Sekarang bukan berlakon tapi cakap betul...tapi bukan cari duit nak makan. Kadang-kadang bukan dapat duit pun, bukan orang bayar pun," katanya berseloroh.

harakahdaily/-

Kubu bawah tanah di hotel Vietnam ditemui

22 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

HANOI, Vietnam - Sebuah kubu yang menjadi tempat berlindung aktres Hollywood, Jane Fonda, Jane Baez dan tetamu asing lain semasa Perang Vietnam ditemui di sebuah hotel bersejarah di sini.

Lokasi tepat kubu tersebut kekal misteri sehinggalah beberapa pekerja membuka atap konkrit Hotel Metropole semasa mereka mengubah suai sebuah bar di dalam bangunan itu pada musim panas tahun ini.

Seorang doktor tempatan yang telah bersara menyatakan, dia pernah berlindung di kubu berkenaan pada tahun 1972 bersama penyanyi Amerika Syarikat (AS), Baez dan Fonda.

Doktor wanita itu berkata, Baez menyanyikan sebuah lagu untuk menenangkan para tetamu apabila AS mengebom Hanoi semasa serangan udara yang dinamakan Pengeboman Hari Krismas.

Mengulas berhubung penemuan tersebut, pengurus besar Hotel Metropole berkata, beliau percaya kubu berkeluasan tujuh buah bilik itu perlu dipulihara sebagai sebahagian peninggalan bersejarah Vietnam. - Agensi

Senaraikan projek terbengkalai seluruh negara

22 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 20 Okt: Kerajaan perlu menjelaskan punca utama kelewatan atau tertangguhnya projek-projek berkepentingan awam di seluruh negara, kata Ahli Parlimen Teluk Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas.

Katanya, selain kerajaan perlu menyenaraikan semua projek terbengkalai, syarikat yang bertanggungjawab juga perlu diberikan amaran, lapor KeadilanDaily.

“Untuk makluman selepas tertangguh, kos untuk memulihkan semula projek meningkat kepada 50 peratus dari harga tender asal. Sedangkan sebahagian besar wang yang diperuntukkan itu telah pun digunakan.

“Apa yang menyedihkan ialah projek-projek itu adalah untuk kepentingan rakyat dan orang miskin,” katanya dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat.

Kamarul berkata antara projek terbengkalai termasuk Hospital Shah Alam, Lebuhraya Seremban-Linggi di Negeri Sembilan, Kem Tentera di Skudai, Johor dan Pelabuhan Tuna di Pulau Pinang.

“Jangan ulangi untuk beri projek kepada syarikat tertentu dan broker sahaja kerana kesannya membebankan,” tegas Kamarul.

Dalam pada itu, menyentuh kadar hutang semasa negara yang berjumlah RM437 bilion dengan kadar faedah 5 peratus setahun, Kamarul menjangkakan Malaysia akan mempunyai hutang terkumpul RM1 trilion pada tahun 2020.

“Apa langkah kerajaan untuk menyelesaikan hutang piutang, sedangkan belum tentu kita dapat mengawal jumlah hutang yang ada sekarang. Apakah pendapatan negara meningkat dengan kadar sama munasabah dengan hutang semasa?” soal Kamarul.

Tambahnya, budaya hutang kritikal dicerminkan melalui statistik 41 belia muflis setiap hari di negara ini kerana masalah kad kredit, hutang kenderaan dan bayaran pinjaman perumahan.

“Lebih separuh dari gaji mereka digunakan untuk membayar hutang. Ini sangat bahaya. Kita tak mahu generasi muda yang diharapkan untuk mentadbir negara ini terjebak dalam hutang.

“Apakah ini yang kita mahu ketika Malaysia mahu menjadi negara maju dalam masa 9 tahun?” soal Kamarul.

harakahdaily/-

Cadangan Serap 30,000 Guru KAFA Ke Jawatan Tetap

22 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Kerajaan diharap dapat mempertimbangkan untuk menyerap kira-kira 30,000 guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) ke jawatan tetap bagi menjamin masa depan dan kerjaya yang lebih baik dalam profesion perguruan.

Datuk Md Sirat Abu (BN-Bukit Katil) berkata menerusi penyerapan ke jawatan tetap, kebajikan guru KAFA akan lebih terbela di samping memberi pengiktirafan kepada sumbangan mereka dalam pendidikan agama kepada kanak-kanak.

"Guru KAFA adalah warga pendidik yang memainkan peranan besar dalam pendidikan Islam di negara ini.

"Tugas mereka sangat mulia dalam melahirkan generasi cemerlang ilmu dunia dan akhirat, disamping membentuk akidah dan sahsiah murid-murid dalam membentuk modal insan," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012.

Beliau berkata kebajikan guru KAFA perlu diberi perhatian agar mereka mendapat kemudahan setaraf dengan guru-guru sekolah dibawah Kementerian Pelajaran.

Pada masa kini, guru KAFA berkhidmat menerusi ikatan kontrak dan mereka tidak layak mendapat faedah seperti mana penjawat awam yang mendapat kemudahan perubatan dan pinjaman perumahan.

Persidangan Dewan bersambung pada Khamis.-BERNAMA

Penjual ayam ditembak lelaki tanya alamat

22 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

TELUK INTAN: Seorang penjual ayam cedera selepas ditembak dari jarak dengan pistol oleh seorang lelaki di depan rumah mangsa di Jalan Feri, Simpang Empat, dekat sini, semalam.

K Sooria Theymudu, 39, ditembak seorang lelaki bermotosikal yang mendekatinya sebelum berpura-pura bertanyakan alamat sebuah rumah di situ, kira-kira jam 7.30 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Mohamad Zaki Harun, berkata mangsa ditembak dari jarak antara dua hingga tiga meter dan siasatan polis di lokasi menemui empat kelongsong peluru jenis 9 milimeter.

Kita masih menyiasat motif kejadian. Polis melancarkan gerakan memburu suspek, katanya di sini, semalam.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi Asisten Superintendan K Balakrishnan di talian 05-6299222.

Sementara itu, Sooria Theymudu berkata, lelaki memakai topi keledar berpenutup yang melepaskan tembakan itu menghampirinya ketika dia mahu menaiki motosikal untuk ke gerai menjual ayam di Pasar Simpang Empat.

berita harian/-

BN akan terkubur dengan taktik kotornya.

22 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Saya ingin membuat kenyataan berkenaan pendedahan di media dimana satu pertemuan rasmi telah diadakan di Kuala Kangsar baru-baru atas nama Majlis Penerangan Perdana Kerajaan Negeri Perak yang dihadiri oleh Ketua Penerangan Umno Pusat, Datuk  Ahmad Maslan dan juga Menteri Besar Kudeta Perak.

Apa yang mengejutkan ialah para jemputan yang terdiri daripada ratusan pegawai kerajaan mereka telah disajikan dengan tayangan video yang jelas bertujuan untuk menyebarkan fitnah terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menghasut hadirin untuk membenci Pakatan Rakyat khususnya.

Taktik politik kotor sebegini telah membuktikan kepada kita betapa jijiknya cara Umno-Bn Perak untuk mendapat sokongan undi dari kalangan kakitangan kerajaan di Perak.

Majlis itu juga turut dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom iaitu orang yang bertanggungjawab dalam portfolio hal ehwal agama di Jabatan Perdana Menteri yang sepatutnya lebih arif dalam selok belok agama dan tahu bagaimana untuk menanganinya, malangnya fitnah ini dibiarkan sahaja.

Majlis yang sepatutnya mempunyai tujuan yang baik bertukar menjadi medan fitnah yang dahsyat,

Pada saya pegawai-pegawai yang hadir dalam majlis tersebut tidak sepatutnya dibabitkan ke dalam kancah fitnah kotor sebegini, seeloknya mereka perlu terus berada di pejabat masing-masing untuk bertugas dari melihat tayangan video tersebut yang sudah pastinya boleh terjebak kepada dosa.

Pakatan Rakyat Perak akan segera tangani isu ini di siri penerangan yang telah dijalankan dan yang bakal direncana di seluruh Perak untuk memastikan fitnah Umno-Bn di Perak dapat ditangani, apa yang pasti, BN Perak akan terkubur menjelang PRU 13 insyaallah.

Drs Khalil Idham Lim
Parit Buntar, 19
20 Oktober 2011

Penduduk Bandar Seri Iskandar Membantah Penubuhan Panggung Wayang

22 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Bandar Seri Iskandar , 20 Oktober 2011 – Penduduk di Bandar Seri Iskandar menyuarakan bantahan kepada penubuhan panggung wayang Lotus Five Star Cinemas di sebuah pasaraya yang sedang dibina di sini. Bantahan ini telah mendapat sokongan padu penduduk tempatan sejak papan tanda pembinaan wayang dinaikkan beberapa minggu lalu dan dibuktikan dengan kutipan ribuan tandatangan protes pembinaan panggung wayang tersebut.

Jawatankuasa bertindak penduduk telah mengambil langkah menyerahkan ribuan tandatangan protes penduduk beserta memorandum bantahan tersebut kepada En Roslan Mohd Lodin, Yang Di Pertua Majlis Daerah Perak Tengah di pejabatnya pada petang semalam.

Semasa ditemui selepas sesi penyerahan memorandum tersebut,  Ustaz Abid Mohd Nor,37 selaku Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Penduduk Bandar Seri Iskandar melahirkan rasa amat tidak bersetuju dengan pandangan En Roslan yang menyatakan keperluan untuk menubuhkan pusat hiburan dan panggung wayang sebagai penarik pelabur-pelabur untuk datang ke Bandar ini.

“Hiburan dan kemajuan adaah dua perkara yang berbeza. Adakah apabila wujud panggung wayang barulah kita akan menjadi maju? Ini adalah pemikiran barat yang mahu merosakkan umat Islam!” tambah Ustaz Abid lagi.

Ustaz Abid menegaskan lagi bahawa penduduk tempatan mahukan Bandar Seri Iskandar ini menjadi “Bandar Ilmu dan Pendidikan “dan bukannya Bandar Hiburan. Kewujudan beberapa Institusi Pengajian Tinggi di dalam Daerah Seri Iskandar dan lambakan sekolah menengah dan rendah seharusnya dilengkapi dengan kewujudan kedai-kedai buku, perpustakaan, dan akses-akses pendidikan yang perlu untuk menjadikannya sebagai “Bandar Ilmu dan Pendidikan “ dan bukannya dengan menubuhkan panggung wayang.

Di penghujung bual bicara dengan Ustaz Abid, beliau melahirkan rasa bimbang sekiranya penubuhan panggung wayang ini diteruskan akan merosakkan akhlak anak-anak penduduk dan remaja setempat dan dikhuatiri meningkatkan gejala sosial di sini.

Misteri kontena berat terungkai

22 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Toyota Hilux antara kenderaan yang banyak menjadi sasaran sindiket mencuri kenderaan antarabangsa untuk dieksport ke luar negara.

KUALA LUMPUR – Curiga dengan berat empat buah kontena yang diisytiharkan berisi peralatan pam air membawa kepada penemuan 12 buah trak pikap Toyota Hilux curi yang dalam proses dieksport ke luar negara.

Rahsia kegiatan jenayah itu terbongkar apabila polis membuat serbuan di Pelabuhan Klang di sini pada Isnin lalu.

Ketika ditemui, kesemua 12 buah kenderaan yang dianggarkan bernilai RM90,000 setiap sebuah itu dalam proses dieksport ke luar negara dipercayai untuk pasaran di Kingston, Jamaica.

Setiap sebuah kontena itu diisi dengan tiga buah kenderaan Toyota Hilux. Setiap kenderaan itu pula disusun atur dengan cara kenderaan itu digantung pada bumbung kontena.

Ia bertujuan menjimatkan ruang kontena bagi mengisi lebih banyak kenderaan curi untuk dieksport.

Difahamkan, perkara tersebut terbongkar selepas kakitangan yang bertugas di pelabuhan itu curiga dengan berat kandungan setiap kontena tersebut yang diisytihar berisi pam air.

Semua barangan itu disebut untuk dihantar ke Bangkok, Thailand.

Satu sumber berkata, polis sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti pemilik setiap kenderaan tersebut tetapi tidak menolak kesemua kenderaan itu dicuri di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan.

“Sebelum dieksport setiap kenderaan itu dihantar ke sebuah gudang di Kampung Baru Subang untuk tujuan pembungkusan sebelum dimasukkan ke dalam kontena.

“Kita percaya kesemua Toyota Hilux itu akan diseludup ke negara-negara luar termasuk di Asia Barat,” kata sumber itu kepada Kosmo! di sini semalam.

Namun Bangkok dipercayai dijadikan sebagai negara transit sebelum semua kenderaan curi itu dihantar ke negara-negara di Asia Barat.

kosmo/-

Singapura teratas negara mesra perniagaan: Bank Dunia

22 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

WASHINGTON: Singapura kekal untuk tahun keenam berturut-turut sebagai negara paling mudah dan mesra menjalankan perniagaan, demikian laporan yang diterbitkan Bank Dunia hari ini.

Kajian "Menjalankan Perniagaan" 2011 membabitkan 183 negara di seluruh dunia mendapati Singapura mempunyai reformasi perundangan yang mampu meledakkan perniagaan dan menawarkan pertumbuhan pasaran yang pesat.

Selepas Singapura dalam kedudukan lima terbaik dunia ialah negara sama seperti tahun lalu iaitu Hong Kong, New Zealand, Amerika Syarikat dan Denmark.

Antara negara utama dunia yang mempunyai kepesatan ekonomi ialah China yang berkedudukan ke-91, mengatasi Russia (120), Brazil (126) dan India (132).

Kajian itu menggabungkan aspek perubahan dalam sistem perundangan, pentadbiran prosedur dan halangan teknikal dalam aspek memula atau membesarkan perniagaan. - AFP

Isu hudud dibangkitkan atas ketakutan Umno Isu hudud dibangkitkan atas ketakutan Umno

22 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

ALOR SETAR - DAP mendakwa isu hudud dibangkitkan atas rasa ketakutan pemimpin Umno terhadap pelaksanaannya, bukan disebabkan oleh penolakan parti itu.

Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik berkata, DAP bukan menentang hudud, sebaliknya pada pandangannya, ia tidak sesuai dilaksanakan di negara berbilang kaum atas dasar keadilan.

“Sebenarnya yang takut pada hudud ialah ahli Umno. Pas ‘acah’ sahaja untuk lihat reaksi pemimpin Umno. Namun isu ini dijadikan umpan untuk mereka tarik pengundi sertai Umno, namun saya percaya cara ini tak berjaya alihkan pengundi, sebab rakyat bijak menilai,” katanya.

Menurutnya, pendirian DAP dalam isu ini jelas, selain ketiga-tiga sekutu Pakatan Rakyat (PR) memahami dasar masing-masing yang berbeza, di mana persefahaman yang menyatukan mereka dalam banyak perkara.

“Negara ini adalah sekular malah dalam perlembagaan pun tidak disebut. Termasuk polisi dalam PR yang langsung tidak menyentuh mengenai negara Islam. Bermakna isu ini tidak sepatutnya dibangkitkan menjadi isu politik,” katanya.

Guan Aik berkata, sekiranya terdapat dua undang-undang di negara ini, ianya tidak adil kepada dua individu berbeza agama yang dikenakan hukuman yang berbeza bagi kesalahan yang sama.

“Dari aspek keadilan tak sesuai dilaksana di negara masyarakat majmuk. Jika pada masa akan datang menyaksikan mendapat persetujuan 2/3 Parlimen untuk laksana hudud, kita tengok macam mana,” katanya.

Mengulas pendirian Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap mahu melaksanakan hudud di Kelantan, Guan Aik berkata, DAP percaya Nik Abdul Aziz mendapat tekanan daripada Umno, khususnya Tun Mahathir Mohamad yang membangkitkan isu ini.

“Ini cuma ketegasan Nik Abdul Aziz dalam isu ini untuk bidas Umno, sebab mereka yang banyak beri tekanan pada beliau supaya timbul pergeseran antara Pas dan DAP. Isu ini sengaja diapi-apikan untuk meretakkan hubungan dalam PR,” katanya.

Berikutan itu, pihaknya menggesa pemimpin PR supaya berhati-hati agar tidak terjebak dalam perangkap Umno, yang mahu melihat rakan sekutu PR bercakaran sesama sendiri.

“Apa jua isu selepas ini elok bincang secara tertutup. Saya percaya isu ini dibangkitkan ketika Umno bimbang undi orang Melayu kepada parti itu semakin hilang,” katanya. - SH Utara/ROSLINDA HASHIM

Jangan di Ambil Mudah Krisis Dalaman Parti Kompenan BN

22 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
PAS Miri.

Pertandingan merebut jawatan Presiden bagi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) memang sudah dijangka walaupun pada mulanya mereka menyatakan untuk memberi peluang kepada golongan muda memimpin parti tersebut. Sekarang ini Datuk Seri Peter Chin berjanji untuk memimpin parti itu selama tiga tahun bagi mengukuh dan mengembalikan sokongan kepada parti itu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang. Ini menunjukan bahawa Datuk Seri Peter Chin akan terus terlibat dalam politik walaupun pada mula dia menyatakan hasratnya mahu bersara dari politik. Ini kemungkinan besar dia akan terus bertanding dalam pilihan raya umum nanti.

Ini memang peluang baik buat Pakatan Rakyat untuk terus menyingkir SUPP dalam arena politik di Sarawak kalau Pakatan Rakyat (PR) dapat merancang dengan baik serta bekerjasama untuk menumbangkan kerajaan BN Sarawak pada masa akan datang. Apa yang penting sekarang PR kena bersedia untuk memberi laluan serta kerjasama erat dalam parti gabungan agar tidak berlaku pertandingan 3 penjuru. Bertolak ansur serta memberi sokongan padu pada calon yang bertanding sangat diperlukan.
Harus diingat walaupun sekarang parti kompenan BN Sarawak menghadapi masalah dalaman, PR jangan ambil mudah serta leka dengan masalah yang dihadapi oleh parti kompenan BN Sarawak tersebut sebab rakyat di pendalaman tidak begitu kisah dengan krisis dan masalah dalam parti kompenan Sarawak seperti SUPP dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).

Rakyat Sarawak di dalam kawasan pendalaman tetap setia dengan BN sebab mereka yakin walaupun ada krisis kepimpinan dalam parti kompenan BN ini bukan bermakna mereka akan beralih kepada PR sekiranya PR gagal menunjukan perpaduan serta mampu memberi mereka keyakinan yang PR adalah terbaik buat Sarawak.
Mungkin dalam kawasan Bandar PR dapat memenangi hati rakyat tetapi dalam kawasan luar Bandar dan pendalaman BN masih diperlukan walaupun banyak kes tanah yang dirampas oleh syarikat-syarikat kroni belum dapat diselesaikan kerana penduduk di pendalaman kebanyakannya hidup dalam kesempitan dan kesusahan dan perlu bantuan dari seseorang untuk meneruskan kehidupan seharian mereka.

Apabila pemimpin BN datang dengan memberi sedikit habuan segala usaha PR selama ini akan jadi sia-sia disebab PR belum mampu lagi memberi kebendaan serta kewangan kepada penduduk terbabit. DIsebab politik wang BN terus menguasai penduduk di luar bandar.
Harapan PR agar rakyat Sarawak untuk berubah memang mengambil masa yang agak lama mungkin setelah generasi tua sudah tiada lagi dimana golongan muda terpelajar dapat mengambil alih kepemimpinan di masa hadapan maka berlakulah perubahan yang dinanti-nanti. Sampai bila kita terus dijajah oleh BN kalau kita tidak melakukan perubahan sekarang. PR harus memikirkan bagaimana mereka boleh mengantikan BN pada masa akan datang. Jangan suka berebut kerusi disaat-saat akhir seperti mana berlaku pada pilihan raya umum Sarawak yang lalu. Jadikan ini pengajaran buat PR Sarawak kalau mahu rakyat menyokong mereka.

Semoga Pakatan Rakyat dapat mengambilalih kuasa dari kerajaan Barisan Nasional pada pilihanraya umum akan datang dengan syarat mereka dapat bersatu dengan mengeratkan perhubungan antara parti serta kerjasama yang kukuh.

Jofri Jaraiee

Tarikh lahir baharui lesen

22 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM - Kerajaan akan memperkenalkan sistem memperbaharui Lesen Me­mandu Kompeten (CDL) berpandukan tarikh lahir pemegang lesen bermula pertengahan bulan hadapan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, ia bertujuan bagi memudahkan pemandu me­ngi­ngati tarikh untuk mem­per­baharui lesen memandu.

Selain itu, katanya, ia dapat mengurang kes pemegang lesen tidak aktif, termasuk rayuan bagi memperbaharui lesen memandu yang telah tamat tempoh melebih tiga tahun.

“Bayaran bagi memperbaharui lesen memandu masih tidak berubah, bagaimanapun penyelarasan fi akan dikecualikan sekiranya tempoh tamat lesen sehingga tarikh lahir antara 12 hingga 18 bulan.

“Sekiranya tamat lesen sehingga tarikh lahir antara 19 hingga 24 bulan pemegang lesen perlu membayar tempoh lanjutan bagi tempoh yang melebihi enam bulan tetapi kurang daripada 12 bulan,” katanya.

Cho Ha berkata, bagi kesalahan lewat memperbaharui lesen selepas penyelarasan itu dibuat, syarat fi pembaharuan akan dikenakan mengikut kadar biasa.

Menurutnya, kadar ini dikenakan selaras di bawah Seksyen 27 Akta Pengangkutan Jalan 1997.

“Bagi mereka yang ingin menambah kelas lesen memandu, termasuk pembaharuan lesen, tempoh sah lesen akan diselaraskan me­ngikut tarikh lahir mereka.

“Pemegang lesen yang tarikh lahirnya 29 Februari, tempoh sah dicadangkan 28 Februari, manakala tarikh pembaharuan pada 1 Mac, sekiranya mereka enggan menggunakan tarikh tersebut mereka perlu memperbaharui lesen bagi tempoh empat tahun berdasar tahun lompat,” katanya.

sinar harian/-

Hubungi kawan ketika tersepit

22 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki parah selepas teksi dipandunya merempuh belakang sebuah lori tiga tan di Jalan Bangsar, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.15 petang itu, mangsa, Alias Lazim, 49, yang memandu seorang diri dalam perjalanan ke Petaling Jaya.

Saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Amri, 35, berkata, ketika kejadian dia berada di belakang teksi berkenaan yang secara tiba-tiba merempuh belakang lori yang diletakkan di tepi jalan.

Katanya, akibat kejadian itu pemandu teksi berkenaan mengalami patah bahu kanan dan cedera di muka.

“Saya dan orang ramai cuba membantu mengeluarkan mangsa sebelum bomba dan penyelamat tiba,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, mangsa kemudian dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning mengesahkan kejadian itu dan siasatan dijalankan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

metro/-

Tebus talak demi kekasih

22 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

TEBUS TALAK...Normah sanggup tebus talak dengan bekas suami untuk berkahwin dengan teman lelaki.

JOHOR BAHRU: Untuk memastikan wanita dicintai menjadi milik mereka biarpun si dia sudah berkahwin, ada lelaki tidak kisah mengeluarkan puluhan ribu ringgit untuk membayar wang tebus talak.

Mungkin ada menganggap perbuatan itu ibarat `membeli isteri orang’ namun bagi lelaki dan wanita terbabit, itu bukan persoalan penting kerana segala urusan dilakukan mengikut prosedur termasuk proses di mahkamah.

Berkongsi pengalamannya, seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Normah, 31, mengaku teman lelakinya membayar RM20,000 kepada mahkamah untuk kos tebus talak bagi mengesahkan perceraiannya dengan bekas suami.

Normah berkata, selepas diceraikan dia terus berkahwin dengan teman lelakinya itu dan kini mereka bahagia sebagai suami isteri.

“Suami saya sekarang tidak kisah mengeluarkan RM20,000 sebagai bayaran tebus talak asal kami dapat bersama,” katanya yang berkahwin buat kali kedua hanya selepas empat bulan dicerai suami pertama.

metro/-

Surat tunjuk sebab kepada Aziz Bari hina UIA

22 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 19 Okt: Timbalan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) berkata, tindakan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada pensyarah undang-undang, Profesor Abdul Aziz Bari adalah tragedi baru serta satu penghinaan kepada institusi pengajian tinggi (IPT) yang dihormati di negara ini.

"Saya berpendapat tindakan tersebut adalah satu tragedi dan juga penghinaan kepada institusi pengajian tinggi terutamanya UIAM, yang mana kita tahu universiti tersebut adalah sebuah universiti antarabangsa yang mendapat pengiktirafan dunia.

"Saya melihat seolah-olah ada tangan-tangan tentu yang mengarah agar dikeluarkan surat tunjuk sebab kepada Abdul Aziz," jelasnya ketika ditemui di parlimen.

Tambah Nizar lagi, pemberian surat tunjuk sebab itu sebenarnya telah menaikkan martabat Abdul Aziz sebagai seorang profesor.

Katanya, ia merupakan penghinaan kepada tokoh-tokoh akademik yang telah menggunakan kebijaksanaan mereka untuk berbincang serta membahas isu-isu yang ada di negara ini tetapi dikenakan tindakan jika tidak disenangi oleh pihak-pihak tertentu.

"Saya tekankan di sini seolah-olah ada satu arahan yang dibuat oleh pihak atasan barangkali ada pihak dalam Umno Barisan Nasional yang merasakan apa yang didedahkan oleh Abdul Aziz itu akan memberi kesedaran yang meluas kepada warga akademik dan juga rakyat.

"Sepatutnya yang dilakukan oleh kerajaan mahupun institusi pengajian tinggi adalah memberi kebebasan untuk mereka meluahkan pendapat kerana ia tidak melibatkan politik, malah beliau merupakan seorang profesor dan pakar dalam Perlembagaan Malaysia sudah tentu ia mempunyai sebab tertentu untuk berhujah jadi kenapa ia dihalang," sambungnya.

Nizar juga berpendapat tindakan itu merupakan satu sekatan untuk tokoh akademik bebas berpendapat serta merupakan satu sejarah baru dalam dunia akademik negara ini dan akan menyebabkan seluruh dunia memandang serong kepada institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Sebelum itu, Abdul Aziz mengundang kontroversi berhubung kenyataan mengenai perlembagaan dan Raja-Raja Melayu.

Menurut sumber, Abdul Aziz diberikan surat tunjuk sebab itu petang tadi tetapi tidak jelas mengenai kandungan surat tersebut.

Abdul Aziz kini disiasat mengikut Akta Hasutan berikutan laporan polis Senator Ezam Mohd Nor pada 13 Oktober lalu.

Difahamkan sekurang-kurangnya lima laporan polis dibuat berhubung perkara yang sama.

harakahdaily/-

Anwar: PKR tak sertai Himpunan Sejuta Umat

22 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

PKR tidak akan menyertai Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) Sabtu ini di Stadium Shah Alam, Selangor.

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata keputusan itu dibuat selepas mengadakan mesyuarat semalam dan semua anggota pembangkang sebulat suara mendapati ia tidak akan memberi hasil yang positif kepada parti tersebut.

"PKR bimbang penyertaannya dalam Himpun kelak akan dipergunakan dan diperalatkan oleh pihak-pihak tertentu terutamanya daripada beberapa parti politik arus perdana," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Anwar yang juga ketua pembangkang berkata PAS turut mengikut langkah PKR dengan tidak menyertai himpunan tersebut.

PKR tidak mahu menimbulkan kegelisahan dan kecurigaan di antara agama dan kaum lain akibat penyertaannya dalam perhimpunan yang dijangka akan dihadiri seramai sejuta umat Islam di stadium tersebut, katanya.

Perhimpunan yang bertemakan "Selamatkan Akidah" itu adalah anjuran bersama badan bukan kerajaan (NGO), NGO Islam, institusi pendidikan, warga korporat, kelab sukan dan riadah, persatuan seni mempertahankan diri, pasukan beruniform, kelab belia, ahli jawatankuasa masjid dan surau, tenaga guru dan beberapa badan lain.

- Bernama

Pembangunan Islam bukan agenda utama Umno

22 Zulkaedah 1432H. [MOD]

KUALA LUMPUR, 20 Okt: Ulamak PAS kecewa kerana Bajet 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini nampaknya tidak menjadikan pembangunan Islam sebagai agenda utama negara sedangkan Islam adalah agama rasmi dalam perlembagaan.

Demikian kata Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Razali ketika mengulas kedudukan Islam di negara ini di bawah Umno BN yang tidak menjadikan Islam sebagai agenda utama negara.

“Kalau kita lihat secara lebih teliti dalam bajet yang dibentangkan oleh Najib, kita mendapati bahawa Umno di bawah pimpinan Najib tidak meletakkan Islam sebagai agenda utama negara sedangkan Islam adalah agama rasmi negara, tak ada apa yang istimewa untuk peruntukan pembangunan Islam,” katanya.

Katanya lagi, permasalahan sosial seperti anak luar nikah, buang bayi, dadah dan seumpamanya seolah-olah tidak dipandang penting dalam bajet kali ini.

Tambahnya, tiada peruntukan yang khusus dan istimewa diberikan kepada institusi tertentu untuk menangani masalah itu.

“Kita tidak mahu Islam hanya dijadikan agenda untk mengaut keuntungan politik semata-mata, kita tidak mahu Islam menjadi seperti pepatah Melayu ‘habis manis sepah dibuang’, isu Islam hanya diperbesarkan apabila ‘nyawa’ terancam atau nazak sahaja.” ujar beliau lagi.

harakahdaily/-