19 October 2011

Apa rasional burukkan PAS di kursus imam, bilal

21 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 19 Okt: Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar mempersoal rasional kerajaan mewajibkan imam, bilal dan siak masjid di Kedah dan Pulau Pinang menyertai kursus berunsurkan politik khususnya memburuk-burukkan PAS.

Menurut Firdaus, beliau menerima maklumat daripada beberapa imam, bilal dan siak bahawa mereka diwajibkan hadir ke Kursus Pemantapan Nilai Islam di Institut Pembangunan Desa Infra, Bangi pada 10 hingga 13 Oktober yang lalu.

Namun katanya, mereka terpaksa mendengar ceramah brain wash memburuk-burukkan PAS dan Pakatan Rakyat termasuk ditayangkan video perhimpunan Bersih 2.0, Jemaah Islam (JI) dan Al-Maunah.

"Saya meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagitahu siapa yang gunakan imam dan bilal untuk kepentingan politik," kata Firdaus ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Beliau yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Pusat mempertikai perkara itu apabila Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom berkata bahawa elaun dan kursus adalah perkara berbeza.

Firdaus sewaktu mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat sebelum itu meminta Jamil menyatakan pihak mana yang terlibat menganjurkan kursus tersebut.

Beliau dalam soalan asalnya meminta Perdana Menteri menyatakan adakah kerajaan berhasrat menaikkan elaun siak masjid selari dengan kenaikan elaun imam dan bilal, baru-baru ini.

Jamil bagaimanapun tidak menjawab soalan Firdaus mengenai kursus tersebut sebaliknya berkata kerajaan pusat hanya bertanggungjawab terhadap elaun imam dan bilal manakala elaun siak tertakluk di bawah kuasa kerajaan negeri.

Ekoran jawapan itu, Firdaus membangkitkan mengenai kursus melibatkan ketiga-tiganya itu.

"Kalau menteri kata elaun imam dan bilal berbeza dengan elaun siak, kenapa libatkan siak dalam kursus ini?

"Saya ada bukti bergambar, rakaman mengenai apa yang diperkatakan dalam kursus ini," katanya.

Tambahnya, peserta kursus turut diberikan buku berjudul PAS bukan parti Islam.

Elaun bagi imam dan bilal ialah RM750 daripada Kerajaan Pusat dan RM50 daripada kerajaan negeri.

Manakala elaun bagi siak ialah RM290 yang dibayar kerajaan negeri.

harakahdaily/-

Solar Ranger 2 Uniten sertai cabaran dunia

21 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

PESERTA pasukan Solar Ranger 2 Uniten membuat persiapan terakhir sebelum menyertai pertandingan Cabaran Kereta Solar 2011 di Darwin, Australia kelmarin.

KUALA LUMPUR - Pasukan Solar Ranger 2, Universiti Tenaga Nasional (Uniten) kini dalam misi perlumbaan kereta solar pada Cabaran Kereta Solar 2011 di Darwin, Australia yang berlangsung selama tujuh hari bermula kelmarin.

Uniten dalam satu kenyataan di sini semalam memberitahu, cabaran itu bermula di Darwin sehingga ke Adelaide yang kesemuanya melibatkan sebanyak 42 pasukan dari seluruh dunia.

Menurut kenyataan itu, para peserta harus menghabiskan perjalanan sejauh 3,000 kilometer (km) dengan menggunakan tenaga solar bagi menjana kuasa keseluruhan kereta mereka.

"Pasukan kami telah tiba di Darwin pada 4 Oktober yang lepas untuk persiapan akhir perlumbaan. Uniten Solar Ranger 2 telah berjaya melepasi dua ujian yang ditetapkan iaitu ujian statik dan dinamik.

"Pada hari pertama perlumbaan, pasukan kami telah berada 300km dari Darwin dan masih berusaha memperbaiki kedudukan," ujar kenyataan itu.

Jelas kenyataan itu lagi, Uniten mengharapkan kereta Solar Ranger 2 akan memperolehi kemenangan pada perlumbaan itu.

Antara pihak yang terlibat dalam pembuatan kereta solar tersebut ialah Tenaga Nasional Berhad, Malaysia Airlines Berhad dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

kosmo/-

Tiada Persidangan Dewan Rakyat Pada 25 Oktober

21 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Tiada persidangan Dewan Rakyat pada 25 Oktober depan iaitu sehari sebelum sambutan perayaan Deepavali pada 26 Oktober.

Keputusan tersebut diumumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada permulaan sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat.

"Saya menerima perutusan daripada Perdana Menteri bahawa tidak akan diadakan persidangan Dewan Rakyat hari Selasa, 25 Oktober berikutan sambutan Deepavali keesokkan harinya.

"Sehubungan itu saya ingin meminta bahawa semua soalan lisan pada hari berkenaan dijawab secara bertulis," katanya di sini, Khamis.

Minggu lalu, Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran meminta pertimbangan kerajaan agar menangguhkan persidangan pada 25 Oktober kerana ia akan menyukarkan ahli Parlimen terutamanya yang beragama Hindu untuk membuat persediaan menyambut perayaan tersebut.

Mstar/-

77 kes cerai setiap hari

21 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

PENYANYI Kumpulan OAG, Mohd. Radhi Razali adalah antara senarai pasangan yang bercerai tahun lalu selepas mengambil keputusan untuk berpisah dengan Shazlin Sharif selepas lima tahun berkahwin.

KUALA LUMPUR – Masalah keruntuhan institusi keluarga Islam di negara ini semakin menjadi-jadi apabila rekod Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati, sebanyak 28,035 pasangan bercerai sepanjang tahun lalu.

Statistik itu bermakna, secara purata 77 kes perceraian sehari atau tiga kes bagi setiap jam didaftarkan di Malaysia berbanding 135,548 pasangan yang berkahwin tahun lalu.

Angka itu mencatatkan peningkatan 144 kes berbanding 27,891 pasangan yang bercerai sepanjang tahun 2009.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim ketika dihubungi semalam mengakui, sekali pandang jumlah kes perceraian pasangan Islam cukup tinggi dan membimbangkan.

Katanya, kebanyakan daripada perceraian itu berlaku selepas pasangan terbabit gagal mencapai persefahaman yang sepatutnya wujud di antara suami isteri.

Beliau bagaimanapun berpendapat, walaupun kes perceraian ditegah dalam Islam, ada pihak mungkin melihatnya dari perspektif yang berbeza.

“Sekali pandang bilangan kes perceraian memang tinggi tetapi kita juga perlu melihatnya daripada sudut lebih positif.

Kosmo

Kisah Pemuda Yang Mengawal Nafsu

21 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Nabi s.a.w berbda dr Abi Hurairah: "Tujuh golongan yg Allah Naungi pd hari tiada naungan melainkan Naungan Allah: (diantranya) dan lelaki yg diajak membuat maksiat oleh wanita yg cantik serta berkedudukan tetapi lelaki itu menjawab "Sesungguhnya aku takut kpd Allah tuhan semesta alam.(Bukhari dan Muslim)

Nabi s.a.w menceritakan tiga orang yg masuk ke dalam gua dan mereka terperangkap di dalamnya setelah pintunya tertutup dgn batu besar. salah seorang bertawassul dgn amalannya seperti berikut: "Ya Allah sesungguhnya aku mempunyai sepupu perempuan yg amat ku cintai. Aku meminta untuk menggaulinya tetapi dia enggan .

Suatu hari dia dlm kesusahan dan meminta kepadaku seratus dinar. Aku pun mencari wang sebanyak yg diminta dan memberinya dgn syarat dia menyerah tubuhnya. Dia pun menyerahkan tubuhnya dlm keadaan terpaksa.

Ketika aku berada dicelah kedua pehanya; dia pun berkata "Hai Abdullah hendaklah kamu bertakwa kpd Allah dan janganlah dicabut dara melainkan dgn pernikahan.

" Lantas aku terus bangkit meninggalkannya bersama wang seratus dinar. Sekiranya engkau tahu aku melakukannya itu kerana Mu ya Allah maka bukalah pintu gua ini." Maka Allah membukanya sebahagian.(Hr Bukhari dan Muslim)

Nabi s.a.w bersabda: "Tuhanmu kagum dgn pemuda yg tidak mengikut keinginan hawa nafsunya." (Hr Ahmad) Pada zaman dulu di kufah, Iraq ada seorang pemuda yg cantik dan sgt kuat beribadat dan melawan hawa nafsu. Pada suatu hari dia tutun bersama kaumnya dan terpandang seorang wanita yg sgt lawa; lalu terpikat dan sgt cinta kpd wanita itu.

Wanita itu juga terpikat dgn pemuda tadi. Pemuda itu terus meminangnya tetapi ditolak kerana dia sudah bertunang dgn sepupunya. Apabila cinta mereka berdua telah membuak-buak sehingga menyiksa batin mereka; wanita itu terus menghantar surat yg tertulis "Sesungguhnya aku telah mengetahui begitu mendalamnya cintamu padaku dan sesungguhnya aku juga teramat mencintaimu.

Jika kamu setuju aku akan menziarahimu ataupun aku akan memudahkan kamu supaya kamu datang berjumpa dgnmu." Lalu si lelaki itu menjawab "Aku tidak memilih salah satu dr 2 pilihan ini. (ayat Quran)aku takut azab pd hari kiamat yg agung sekiranya aku membuat maksiat kpd tuhanku."(15: Al-Anam) aku takut api neraka yg tidak akan terpadam dan tidak hilang kepanasannya.

" Apabila wanita itu mendengar kata2 lelaki tadi terus dia menjawab "Aku merasakan dia memilih demikian kerana dia takut kepada Allah. sepatutnya semua hamba perlu ada sifat takut kepada Allah kerana semua hamba adalah sama." Kemudian wanita itu terus meninggalkan dunia dan beribadat sungguh2.

Walaupun begitu cinta pemuda itu makin memuncak sehingga akhirnya mati kerana cintanya. Pemuda itu menziarahi kubur wanita itu sambil berdoa dan menangis sehinggalah dia tertidur.

Dlm tidurnya dia bermimpi menjumpai wanita itu dlm keadaan yg amat baik sekali. Perempuan itu bertanya "Bagaimana dgn keadaanmu dan apa yg kamu buat setelah kematianku." dan wanita itu mendedangkan satu rangkap syair:

"Sebaik2 cinta wahai permintaanku adalah cinta kpdmu ; cintamu membawa kepada kebaikan dan ihsan" Lelaki itu bertanya "Apa yg engkau dapat sekarang?" Wanita itu menjawab:

"Mendapat nikmat dan kehidupan yg tidak akan hilang di dalam syurga yg kekal dan kerajaan yg tidak akan musnah"

Lelaki itu berkata "Ingatlah aku disana kerana aku tidak melupakanmu." wanita itu menjawab "Demi Allah aku tidak pernah melupakanmu dan aku telah meminta kpd Allah supaya kita dapat disatukan. Hendaklah kamu bersungguh2 utk mendapatku.

" Lelaki itu bertanya "Bila aku boleh berjumpa dgn mu?" Wanita itu menjawab "Engkau bertemu dgn ku tidak lama lagi." Setelah tujuh hari pemuda itu pun meninggal dunia. Semoga Allah merahmatinya.

Marilah kita bersama2 meninggalkan hubungan cinta melainkan setelah kita berkahwin. Jauhkanlah maksiat dan wujudkan hubungan Allah dgn inteam.

-khalifah

Ada sesuatu tidak kena dengan Himpun

21 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 19 Okt: Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Shah Alam pada Sabtu ini.

Perhimpunan tersebut adalah anjuran NGO Islam yang akan membawa isu-isu Islam untuk diperjuangkan bersama oleh umat Islam.

Walaupun tujuan murni perhimpunan bawah tema memelihara aqidah umat Islam adalah sesuatu yang wajar namun demikian, namun beliau berhak untuk berasa bimbang perhimpunan akan lari dari hasrat murni penganjur.

“Saya berasa ada sesuatu yang tidak kena pada perhimpunan ini bukan kerana usaha mengumpulkan sejuta umat tetapi persolannya ialah sifatnya yang mungkin mengancam usaha-usaha keharmonian hubungan antara agama di negara ini,” ujarnya yang juga Pengerusi Dialog Antara Agama Rantau Asia Tenggara kepada Harakahdaily.

Beliau menggariskan lima alasan untuk berasa khuatir dalam konteks hubungan antara agama di negara ini.

Katanya, perhimpunan itu diadakan dalam suasana hubungan antara agama di negara ini dalam keadaan rapuh dan apa sahaja suasana permusuhan tidak akan membantu usaha usaha mewujudkan keharmonian hubungan antara agama di negara ini.

Di samping itu, ujarnya perhimpunan itu dikhuatiri akan dieksploitasikan oleh pihak tertentu yang sememangnya mahu mencetuskan keadaan tegang dalam hubungan antara agama.

“Lebih buruk ia dikhuatiri satu perancangan jahat yang menjadi agenda parti yang terdesak untuk terus berkuasa dengan cara mencetuskan ketegangan,” ujarnya yang juga AJK PAS Pusat.

Selain itu, tambahnya dikhuatiri nama baik Islam tercemar dan sekaligus membawa imej Islam sebagai agama permusuhan dan menggalakkan benci membenci antara satu sama lain.

Baginya, tema memelihara aqidah tidak salah tetapi mempersoalkan apakah dengan sekadar perhimpunan akan menyelesaikan masalah.

Bukankah, katanya dialog antara agama adalah lebih berkesan untuk menegaskan sikap Islam kepada pemurtadan dan isu-isu sensitif yang lain.

“Dan akhirnya saya merakamkan rasa kesal saya terhadap pihak polis yang double standard memberikan permit dalam perhimpunan ini dan melarang Bersih untuk berhimpun dalam bilangan peserta yang lebih kecil.

“Jelas ia satu sikap yang di bawah telunjuk pihak tertentu,” katanya.

HARAKAHDAILY/-

Kerajaan Negeri Sokong Muzakarrah Perkasa Sekolah Agama

21 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 19 OKT : Usaha Majlis Permuafakatan Institusi Pendidikan Islam Selangor (Mappis) bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan aktivis pendidikan seluruh negara yang menganjurkan Muzakarrah Pertubuhan Pendidikan Islam NGO disokong penuh oleh kerajaan negeri.
Ini kerana muzakarrah ini bertujuan mengangkat pendidikan Islam sebagai keutamaan dalam bidang akademik.

Selaini itu kata, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, ia juga bertujuan membincangkan kedudukan Sekolah Agama Rakyat (SAR) di Selangor yang tidak diberikan tumpuan khas berbanding sekolah jenis kebangsaan (SJK) lain semasa pembentangan Bajet 2012 oleh Perdana Menteri baharu-baharu ini.

Menurut Dr Halimah, menerusi muzakarrah ini juga, NGO dan aktivis pendidikan yang terlibat telah bersatu bagi membincangkan kedudukan SAR sekaligus bertindak sebagai suara padu yang akan dibawa ke hadapan untuk memberi indikasi kepada pihak kerajaan yang mengatur dana bagi tujuan pendidikan.

"Jadi sudah tentunya kerajaan negeri mendengar rintihan daripada NGO yang mengusahakan SAR dan kita melihat mereka perlu dibantu serta disokong dan kita juga memberikan ruang serta peluang untuk bersama-sama memikirkan bagi menilai semula ke arah mana sebenarnya aliran pendidikan Islam ini di dalam agenda kerajaan Malaysia yang memerintah.

"Jadi kita juga telah mewujudkan Mappis ini sebagai usaha serius untuk memastikan SAR mendapat perhatian yang sewajarnya sama ada daripada kerajaan persekutuan mahupun kerajaan negeri," katanya.

Tambah beliau, sebagai menghargai pengupayaan Mappis yang bertindak sebagai sendi penting dari perspektif kerajaan Selangor, kerajaan negeri turut menyumbangkan dana tambahan bagi tujuan pembangunan pendidikan supaya NGO yang turut terlibat boleh bersatu dan memperkasakan lagi pendidikan Islam di masa hadapan.

Sementara itu, Pengerusi Mappis, Profesor Madya Zainal Abidin Kidam berkata, beberapa resolusi telah dicapai semasa muzakarrah itu antaranya mengenalpasti kelemahan yang wujud dalam sistem pendidikan Islam khususnya di Selangor selain mengupas tujuh isu utama untuk diketengahkan, digarap serta dibincang selanjutnya menerusi Konvensyen Pendidikan Islam Malaysia yang bakal berlangsung bulan depan di Shah Alam.

Bercakap lanjut mengenai isu yang bakal dibincangkan semasa konvensyen nanti, Zainal menjelaskan ia termasuk mempertimbangkan sama ada sistem pendidikan Islam sedia ada harus kekal sebagai sistem pendidikan sampingan atau dijadikan sistem pendidikan arus perdana(utama).

TV NEWS/-

Lelaki tangkap 13,000 burung liar dipenjara

21 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

SEJUMLAh burung dan ayam yang dikurung di dalam reban ayam di rumah Pierre Johansson di Hudiksvall, Sweden.

STOCKHOLM - Seorang lelaki Sweden yang menangkap 13,000 burung liar dan mengurung hampir ratusan haiwan itu di dalam sebuah rumah telah disabitkan atas kesalahan menyeksa haiwan dan pemburuan haram.

Mahkamah Daerah Hudiksvall kelmarin menjatuhkan hukuman penjara satu tahun enam bulan terhadap lelaki berkenaan, Pierre Johansson, 39, kerana menggunakan jaring dan perangkap yang menyalahi undang-undang untuk menangkap burung-burung tersebut.

Antara burung yang ditangkap ialah burung hantu, helang, pipit, ayam, dan belatuk.

Selepas merakamkan aktiviti penangkapan tersebut, dia telah membebaskan beberapa ekor burung tersebut tetapi masih bersalah atas kesalahan mengurung ratusan burung lagi di dalam sangkar dan dikunci termasuk sebuah reban ayam di garaj rumahnya.

Johansson mengaku tidak bersalah dengan menyatakan perbuatannya itu adalah untuk memberi perlindungan kepada burung-burung tersebut pada musim sejuk dan tidak berniat untuk menyeksa haiwan itu. - Agensi

Warga Asing Dipaksa Ikrar Undi BN

21 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Kuala Lumpur: PAS mendakwa 240 warga asing yang dikesan cuba mendaftar menjadi warga negara Malaysia di Astana Dugang Country Resort dekat Putrajaya pada 12 Oktober lalu telah dipaksa berikrar mengundi parti kerajaan.

Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda PAS Suhaizan Kaiat berkata, ikrar secara lisan itu dilihat saksi yang berada dalam bas yang dipenuhi warga asing terbabit ketika dalam perjalanan dari Pasir Gudang ke Putrajaya.

Suhaizan mendakwa, berdasarkan saksi itu terdapat seorang wanita yang memakai jaket Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah menaiki bas daripada hentian Rehat dan Rawat (R&R) Kulai.

“Wanita itu kemudiannya memberi taklimat tanpa menggunakan mikrofon, namun tidak bersama kumpulan warga asing ini semasa di Astana Dugang Country Resort,” katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS di sini hari ini.

Beliau berkata, arah perjalanan warga asing ini juga berubah-ubah kerana tujuan asalnya adalah bermesyuarat di Putrajaya, kemudian dipecahkan d ibeberapa lokasi di Johor.

Apabila sampai di Putrajaya bas terbabit berlegar-legar disekitar dan kemudian diarahkan membawa sekumpulan warga asing itu ke Astana Dugang Country Resort.

Sehubungan itu, Suhaizan mahu satu badan siasatan bebas ditubuhkan bagi menyiasat kejadian berkenaan selain jaminan saksi yang terlibat bebas tampil untuk memberi keterangan dan bukannya secara paksaan.

“Kementerian Dalam Negeri (KDN), JPN dan agensi yang berkaitan dengan permohonan kewarganegaraan tidak perlu terlibat dalam jawatankuasa bebas ini,” kataya.

Himpunan di Parlimen

Beliau berkata Dewan Pemuda PAS (DPP) akan membuat himpunan beramai-ramai di hadapan bangunan Parlimen pada pagi Isnin 24 ini bagi mendesak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein menjelaskan isu terbabit.

Suhaizan berkata, beliau dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu akan menyerahkan memorandum kepada Hishamuddin di Parlimen pada hari berkenaan,

Sementara itu, Suhaizan turut menyelar kenyataan Hishamuddin yang seolah-olah lepas tangan dalam isu ini apabila mhu menyerahkan kepada Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC).

Katanya, PSC ditubuhkan untuk memperbaiki sistem perjalanan pilihan raya dan bukannya bertujuan untuk memperbaiki sistem permohonan kad pengenalan warga asing yang melibatkan JPN.

“Menteri Dalam Negeri juga tak tahu apa tujuan warga asing berkenaan berada di sana sedangkan Ketua Polis Daerah Sepang tahu.

“Ini memberi isyarat bahawa Menteri Dalam Negeri seolah-olah melindungi pihak tertentu dalam hal yang berkaitan dengan mempermudahkan pemberian kad pengenalan kepada warga asing bagi tujuan tertentu,” katanya. -FMT

Remaja Maut Dipanah Petir

21 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

PENDANG: Seorang remaja lelaki maut dipanah petir ketika berteduh di bawah pokok kelapa, kira-kira 500 meter dari rumahnya ketika hujan di Kampung Alor Kumbang, Bukit Jenun di sini, petang Selasa.\

MsTAR/-

Pesawat Tentera Terhempas: Enam Dikhuatiri Maut

21 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KATHMANDU: Sebuah pesawat tentera yang membawa enam orang terhempas pada Selasa di kawasan simpanan berburu di tengah barat Nepal, kata pihak tentera.

Pesawat Britten-Norman Islander dalam perjalanan pulang ke Kathmandu selepas menamatkan misi menyelamat di barat daya sempadan India apabila terputus hubungan dengan menara kawalan.

Kedudukan tempat pesawat terhempas dan nasib enam penumpang serta anak kapal, kesemuanya rakyat Nepal tidak dapat dipastikan ketika anggota penyelamat bergegas selepas saksi terdengar letupan sebelum ternampak kapal terbang itu terhempas di tepi bukit dan terbakar. -AFP

PAS Perak bantah UMNO tayang video lucah.

21 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
Hafez Sabri

IPOH:Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir menyatakan Umno dan BN Perak dilihat kian terdesak apabila bertindak menggunakan program rasmi kerajaan untuk menayangkan video lucah bertujuan untuk mengaibkan pemimpin tertentu, sekaligus untuk memburukkan Pakatan Rakyat.

Beliau menyatakan tindakan saperti ini jelas menunjukkan pemimpin UMNO tidak bermoral apabila menayang Video Lucah mirip Anwar Ibrahim dalam majlis penerangan perdana anjuran kerajaan Negeri Perak di dewan Jubli Perak Kuala Kangsar baru-baru ini.

Majlis atas nama Taklimat Perdana dihadiri pegawai-pegawai kerajaan, guru-guru, ketua-ketua kampung dan ramai lagi. Pemimpin UMNO yg hadir antaranya Naib Presiden UMNO Shafie Afdhal, Ketua Penerangannya Ahmad Maslan , Husni Hanadzlah dan juga Zambry Abdul Kadir.

Memetik ucapan beliau, "PAS Perak kesal majlis rasmi kerajaan yg sepatutnya digunakan untuk menerangkan bajet negara atau yang berkaitan dengan polisi kerajaan sebaliknya digunakan oleh UMNO untuk memfitnah Pakatan Rakyat, dan yg paling jejek menayangkan video lucah".

Menurut beliau PAS Perak mahu pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan ke atas UMNO yang menggunakan majlis dan premis kerajaan untuk menayangkan video lucah tersebut.

PAS mensifatkan UMNO dan pemimpinnya adalah parti yang tidak bermaruah, tidak bertamadun apabila sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan politik mereka, katanya.

Sehubungan itu beliau menyifatkan Umno sudah kehabisan modal untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat yang lebih berwibawa.

"Rakyat perlu menolak parti dan pemimpin UMNO yang tidak ada harga diri dalam pilihanraya umum ke 13 nanti," ujar beliau.

Buku Kisah Najib Tak Laku Dipasaran!!!.

21 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Korang ingat tak lagi buku mengenai Najib yang bertajuk ‘Najib Razak : Prime Minister of Malaysia’ yang diterbitkan pada 15 June 2009 dan ditulis oleh Chamil Wariya?

Dari synopsis buku tersebut yang kelihatan hanyalah ayat-ayat mengampu Najib sahaja, antaranya Najib dikatakan beliau telah mengikuti jejak langkah Ayanhnya Tun Razak sebagai seorang Ahli Politik yang berjaya, malah melebihi pencapaian Ayahnya Tun Razak’..

Buku tersebut dikhabarkan oleh seorang sahabat kini dijual di MPH dengan potongan harga 50% dari harga asalnya iaitu RM19.90..

Bagaimanapun biarpun telah diberikan potongan hingga 50% buku tersebut masih gagal menarik pembeli.. atau dalam lain ayat TAK LAKU.

Kesian kat Najib.. tak ramai rakyat Malaysia yang nak tahu pasal dirinya biarpun dah berpuluh juta ringgit dihabiskan untuk membina imej..

Kenapa 3 Juta Ahli UMNO itu tidak berminat memilikinya agaknya?

-Anaksungaiderhaka

SPR tiada alasan lengah guna dakwat kekal

21 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 19 Okt: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia (SPR) agar segera melaksanakan tuntutan rakyat iaitu penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya umum ke-13.

Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor menganggap proses menunggu ‘lampu hijau’ dari Majlis Fatwa Kebangsaan telah selesai kerana Majlis Fatwa Kebangsaan telah lama mengeluarkan kenyataan mengenai hukum tersebut.

Justeru, jelasnya DPPM memetik kenyataan daripada Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, Cetakan Kedua 2010, terbitan JAKIM,

m/s 144 yang menyebut bahawa: “Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 8 Ogos 2007 telah membincangkan Hukum Penggunaan Inedible Ink Dalam Pilihanraya Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa berdasarkan penjelasan dan hasil ujikaji yang telah diberikan oleh pakar-pakar dalam bidang kimia serta hujah-hujah dan pandangan ahli-ahli Jawatankuasa,

Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Inedible Ink tidak mengandungi bahan-bahan najis yang diharamkan syarak, tidak mendatangkan mudharat kepada kesihatan dan tidak menghalang air untuk sampai ke kulit apabila digunakan.

Oleh itu penggunaan Inedible Ink adalah dibenarkan oleh syarak kerana ia tidak akan menimbulkan masalah kepada umat Islam. Walau bagaimanapun, keputusan Jawatankuasa terhadap kandungan dan tahap ketelapan Inedible Ink ini hanya tertakluk kepada bahan yang sama dengan yang telah diuji oleh pakar-pakar berkenaan sahaja.”

“Bagi DPPM, Fatwa ini terang dan jelas bahawa tiada masalah dakwat kekal dilaksanakan dalam PRU ke-13 nanti,” katanya.

Justeru, tegasnya SPR tidak perlu berlengah dan tidak perlu bimbang kerana hukum dari pihak yang berautoriti dalam bidang agama telah dikeluarkan lebih awal.

Beliau menambah, rakyat khususnya umat Islam akan selamat dengan kaedah ini kerana ia tidak akan mengganggu amal ibadat serta mengandungi perkara yang syubhat mahupun haram.

Menurutnya, DPPM mengingatkan bahawa SPR sedang menjadi bahan cemuhan dan mendapat krisis ketidakyakinan bukan setakat rakyat di Malaysia, bahkan masyarakat dunia.

Bagi mengelakkan prasangka yang lebih buruk, katanya SPR perlu melaksanakan sistem celup jari secepat mungkin.

Setidak-tidaknya, ujar beliau rakyat akan memberi sedikit harapan dan kepercayaan bahawa SPR sedang berusaha menjadikan sistem pilihan raya di Malaysia bebas, bersih dan adil.

Justeru, tambahnya DPPM meningatkan agar SPR tidak mencari dalih lain bagi melengahkan pelaksanaannya dalam PRU ke-13 nanti.

Jika tidak, katanya SPR akan dianggap gagal dan rakyat tidak akan memaafkan kesalahan besar ini buat selama-lamanya.

“Jangan hampakan harapan rakyat Malaysia yang inginkan satu sistem pilihan raya yang bersih, adil, telus dan diyakini.

“Usahalah agar sistem pilihan raya di Malaysia menjadi antara yang terbaik di dunia,” ujarnya.

harakahdaily/-

Zionis enggan kendur kepungan

21 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

RAMALLAH: Tentera Israel tidak akan mengendurkan kepungan terhadap Semenanjung Gaza walaupun selepas pembebasan anggota tenteranya, Gilad Shalit sebagai pertukaran kepada pembebasan 1,027 tahanan Palestin.

Radio Tentera Israel memetik pegawai rejim berkenaan sebagai perkata, kepungan tetap diteruskan untuk menghalang penyeludupan senjata ke Semenanjung Gaza.

Menurut laporan itu, isu kepungan tidak dibangkitkan ketika perbincangan Kabinet untuk meluluskan perjanjian berkenaan.

Rejim Zionis itu berkata demikian sehari selepas Presiden Mahmod Abbas menggesa Israel menarik balik kepungan itu. - Agensi

Program SEJATI Bantu Warga Tua, OKU

21 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

PETALING JAYA :Sekurang-kurangnya dua buah keluarga miskin dari kalangan orang kelainan upaya (OKU) terpilih menerima bantuan menerusi Program Sejahtera Komuniti (SEJATI) yang dianjurkan oleh Pejabat Dun Taman Medan dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya(MBPJ) di sini hari ini.

Adun Taman Medan, Haniza Talha ketika berucap pada majlis pelancaran program SEJATI berkata pihaknya sentiasa mencari ruang dan peluang untuk membantu penduduk yang memerlukan bantuan seperti hari ini.

Namun mengingatkan penduduk agar bersikap tidak hanya menerima sebaliknya berusaha untuk mencari kehidupan yang lebih terjamin selaras dengan corak bantuan negeri Paktan Rakyat yang memberi joran dan bukannya memberi ikan.

"Kita mesti bantu diri kita sendiri dalam mencari kehidupan yang lebih baik, jadi apa yang saya harapkan kita sama-sama semai benih bantu membantu, benda yang berat menjadi ringan dan yang sedia ringan bertambah ringan,"katanya.

Sementara itu, Puan Fatimah Raihan Ayop, 64, yang terpilih menerima bantuan hari ini menzahirkan rasa bersyukur dan berterima kasih di atas keperihatinan MBPJ dan Adun Taman Medan.

Beliau bergantung harap sepenuhnya kepada kerusi roda akibat mengalami sakit lutut yang kritikal sejak tujuh tahun lalu. Keadaan ini menyukarkan pergerakkan beliau untuk ke tandas.

"Susah juga pergerakan mak cik, terpaksa berpaut pada kerusi roda untuk melakukan apa-apa kerja, sampai pintu bilik air, kerusi roda ini tidak boleh lalu, jadi perkara seperti ini menyukarkan mak cik untuk mandi dan buang air," jelasnya.

Melihat kepada keperluan ini, MBPJ menaiktaraf kemudahan tandas sedia ada di kediaman Fatimah yang melibatkan kerja-kerja mengubahsuai tandas cangkung kepada tandas duduk, penyambungan paip, pemasangan jubin dan pemegang (handrail) yang menelan belanja sekitar RM1,900.

Kegembiraan yang sama turut dikongsi N.Vasanthimalar A/P P.Narayanan, 45, ibu kepada seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang lumpuh dan hilang daya penglihatan akibat demam panas ketika berusia enam bulan apabila menerima bantuan kerusi pancuran (Shower Chair)

"Selepas anak saya kena demam panas, dia diserang sawan dan dimasukan ke wad icu selama hampir sebulan, sejak dari kejadian itu sehinga sekarang keadaan fizikalnya kekal seperti hari ini," ceritanya sayu.

Dua keluarga yang terpilih menerima bantuan SEJATI hari ini, merupakan keluarga perintis sebelum program ini diteruskan ke atas 110 keluarga miskin OKU yang telah tersenarai menerima bantuan dikawasan pentadbiran MBPJ.

tv news/-

Pembohongan & Fitnah Blogger Umno Terdedah Luas

21 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
http://greenboc.blogspot.com

Berikutan pendedahan bahawa ada anak seorang VVIP meraba tetek rakan sekolahnya, beberapa blog pro-Umno dengan membabi buta membuat spekulasi bahawa identiti orang kenamaan yang dimaksudkan itu adalah Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang.

Dan amat malang dan lucu sekali, apabila Ahmad Maslan, Ahli Parlimen Pontian turut percaya dengan berita pembohongan tersebut.Macam mana seorang menteri begitu mudah percaya dengan spekulasi bodoh macam itu? Jelas, dia ni memang tidak patut jadi seorang menteri pun!Elok join Beraim Ali tidor kat Parlimen ajerrr!

Beriya-iya benar blogger pencacai Umno memaparkan gambar budak-budak tersebut seperti diatas yang di mulakan oleh blogger ini di sini dan diikuti oleh yang lain- seperti di sini dan di sini .

Saya tidak pasti sama ada gambar budak lelaki tu benar anak LGE.Rakan-rakan lain tentu boleh tolong komfomkan nanti. Tetapi gambar budak perempuan tu adalah dari gambar asalnya seperti dibawah:


Anda boleh tengok sendiri, budak ini tiada
kaitan degn isu tersebut. Klik sini

Kantoi blogger pencacai Umno! Lim Guan Eng telah pun menafikan cerita merepek mereka.Tidak ada bukti yang kukuh seperti mana gerombolan itu nyatakan yang kononnya LGE cuba menutup isu tersebut dengan RM200ribu!


Kita minta Mat Indon Mali (blogger MiM) yang mendakwa dengan berkata, "Jangan risau! Bukti sudah ada dan jangan bimbang kesahihan cerita MiM !" supaya membuktikan kata-katanya itu. Nampak sangat gerombolan pencacai Umno ini munafiq! -al-husseyn

Guan Eng berang anaknya dijadikan mangsa politik



Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berang dengan tindakan penulis blog pro-Umno yang cuba menamatkan kerjaya politiknya dengan mengheret kehidupan anak remajanya dengan segala pembohongan yang “keji serta tidak bertamadun”.

Dalam satu kenyataan media, Lim menuntut bahawa Umno bertindak ke atas mereka yang bertanggungjawap melakukan perbuatan itu bagi membuktikan bahawa parti itu tidak menggunakan taktik "terdesak, berbahaya dan kotor" untuk terus berpaut pada kuasa.

“Dalam zaman moden ini, adalah sangat sukar bagi anak-anak muda yang membesar, terutamanya apabila ayahnya merupakan seorang Ketua Menteri yang setiap hari menjadi sasaran media pro-Barisan Nasional,” kata Lim.

Beliau juga mengutuk tindakan beberapa pemimpin Umno yang memuat-naikkan artikeji yang keji itu di blog mereka. Antara yang dinamakan adalah naib ketua Umno bahagian Bukit Gelugor Dr Novandri Hasan Basri dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin.

Khairy yang juga ahli parlimen Rembau, sebelum itu telah menulis di tweeter @ PapaGomo Mungkin dia roboh Kampung Buah Pala sebab nak ganti dengan Kampung Buah Dada.”

"Saya berharap mereka yang menabur dusta ini tentang anak muda saya boleh melihat diri mereka sendiri di cermin sebagai seorang bapa, dan bertanya sama ada mereka mahu anak mereka menderita trauma pembohongan seumpama itu," kata Lim.

"Keluarga saya dan saya berhak mengambil apa-apa tindakan selanjutnya untuk melindungi diri kami daripada apa-apa ancaman. Buat masa ini, isteri saya dan saya akan cuba mententeram dan memulihkan anak muda saya dan berdoa bahawa dia akan pulih daripada dilakukan sebegitu kejam”.

Lim berkata jika seteru politiknya mahu ‘menghabiskan’ kerjayanya, mereka boleh berbuat apa sahaja terhadap dirinya tetapi anak-anaknya tidak harus diusik.

Katanya, ahli-ahli politik Umno juga mempunyai anak-anak, tetapi DAP tidak pernah tergamak mengganggu mereka dan tidak menaruh sebarang niat bagi membalas perbuatan itu.

“Anak saya resah gelisah dan mengalami trauma kerana pembohongan ini. Dia juga sudah tidak ke sekolah dua hari. Saya sedih kerana gagal melindungi anak saya daripada pemimpin dan blogger Umno yang bersifat binatang ini,” kata Lim dengan kesal.

Jelasnya, anaknya itu berpindah sekolah bukan kerana masalah disiplin seperti yang didakwa oleh blog pro-Umno tetapi kerana mahu menyimpan rambut yang lebih panjang.

Di sekolah asalnya, SMJK Heng Ee, pelajar lelaki diwajibkan menggunting pendek rambut mereka.

“Anak saya telah ditukarkan ke Sekolah St Xavier di Pulau Pinang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Cina Heng Yee kerana saya telah berjanji kepadanya bahawa dia boleh berpindah sekolah mengikut pilihannya jika mendapat memperoleh keputusan sekurang-kurangnya 6A dalam PMR.

“Apabila dia berjaya mendapat keputusan itu, dia telah dipindahkan pada awal penggal persekolahan tahun ini iaitu pada bulan Januari 2011.

“Anak saya juga mahu pergi ke St Xavier kerana dia tidak mahu rambutnya dipotong menjadi crew cut (seperti rekrut askar) yang diwajibkan terhadap pelajar-pelajar di Heng Yee,” katanya. -mk

Somalia serah PM laporan jurukamera Bernama mati ditembak

21 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Selasa menerima laporan terperinci daripada kerajaan Somalia mengenai insiden yang mengorbankan jurukamera Bernama TV (BTV) allahyarham Noramfaizul Mohd Nor semasa menyertai misi bantuan kemanusiaan, 2 September lepas.

Laporan itu diserahkan oleh Timbalan Perdana Menteri Somalia Mohamed Mohammud H Ibrahim ketika melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri di pejabatnya di Bangunan Parlimen hari ini.

Ketika pertemuan itu, kerajaan Somalia turut menyatakan permohonan maaf secara terbuka kepada kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia atas kejadian terbabit.

Allahyarham Noramfaizul terkorban akibat terkena tembakan curi ketika berada di Mogadishu untuk membuat liputan misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia bagi membantu mangsa kebuluran Somalia.

Dalam kejadian itu, jurukamera TV3, Aji Sarigar Mazlan turut mengalami kecederaan di lengan akibat terkena serpihan peluru yang menembusi bahu Noramfaizul.

Dipetik Bernama Online, Mohamed yang juga Menteri Luar Somalia memberikan jaminan bahawa kerajaannya akan mengambil semua usaha untuk melindungi rakyat Malaysia apabila mereka pergi ke Somalia di masa depan.

“Saya dengan tulus ikhlas mengucapkan takziah kepada seluruh rakyat (Malaysia) dan kerajaan Malaysia berhubung insiden itu. Saya hari ini telah serahkan bagi pihak kerajaan saya, laporan dan juga ucapan takziah kami kepada beliau (Perdana Menteri).

“Saya berada di sini khusus untuk menyampaikan permohonan maaf kepada rakyat Malaysia atas apa yang telah berlaku. (Dalam) kapasiti saya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar,

saya akan mengambil semua langkah dan usaha untuk melindungi saudara kami di masa depan apabila mereka datang untuk membantu kami di Somalia,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan kira-kira 30 minit dengan Perdana Menteri.

Mohamed, yang diiringi Timbalan Menteri Sumber Laut dan Alam Sekitar Somalia Ahmed Hassan Aden, berkata lawatan mereka itu juga bertujuan menjalin hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Pada perjumpaan itu, Mohamed berkata Najib turut menyatakan kesediaan untuk membantu Somalia dalam membangunkan semula negara itu.

“Kami berharap Malaysia akan terus menghulurkan bantuan mereka kepada Somalia.

“Ini merupakan lawatan pertama saya ke Malaysia...terima kasih kepada Perdana Menteri yang memberikan sambutan mesra kepada kami,” katanya.

malaysian insider/-

TV tak sesuai untuk budak

21 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

NEW YORK: Kanak-kanak berusia kurang dua tahun tidak digalakkan menonton televisyen atau video kerana ia boleh menjejaskan perkembangan dan melambatkan keupayaan mereka bertutur, kata sekumpulan pakar pediatrik Amerika Syarikat (AS) dalam satu kajian disiarkan semalam.

Pakar pediatrik dari Akademi Pediatrik Amerika (AAP), Ari Brown, berkata ibu bapa seharusnya bercakap dengan anak, menggalakkan mereka bermain secara bebas, bertujuan menggalakkan perkembangan dan pertumbuhan minda kanak-kanak.

Berdasarkan kajian dikemas kini, kami memperoleh bukti media elektronik seperti televisyen dan video berpotensi memberi kesan negatif kepada kanak-kanak berusia kurang dua tahun. Justeru, itu AAP tidak menggalakkan mereka menonton televisyen dan video, katanya.

Kajian terbaru itu bagaimanapun, tidak merujuk kepada permainan interaktif seperti permainan video, telefon pintar atau peralatan lain, hanya menjurus kepada media tontonan pasif ke atas mana-mana jenis layar sama ada telefon, komputer, televisyen atau lain.

Brown berkata, pemantauan diperlukan berikutan ledakan DVD bayi menyasarkan kumpulan usia dari satu hingga dua tahun, selain pengakuan 90 peratus ibu bapa yang menjadi responden bayi mereka menonton media elektronik.

Apa yang jelas ramai ibu bapa tidak peduli dengan hasil kajian ini. Dalam dunia layar yang berada di mana-mana, saya fikir kita perlu mencari jalan mengendalikan dan menjadikan satu diet media sihat.

AAP menggesa pakar pediatrik membincangkan penggunaan media dengan ibu bapa dan menyatakan golongan dewasa perlu sedar betapa terganggunya mereka apabila televisyen bersiaran. - AFP

Projek Pembesaran Mina bermula tahun depan

21 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

MAKKAH: Amir Makkah, Putera Khaled al-Faisal mengumumkan, semalam, Projek Pembesaran Mina akan bermula tahun depan dan bakal menyaksikan ‘bandar raya khemah’ dapat menyediakan kemudahan kepada lebih ramai jemaah.

Dalam sidang akhbar, pagi semalam selepas merasmikan kempen kesedaran ‘Haji adalah ibadah dan tingkah laku bertamadun’, Khaled berkata, sebilangan pakar sudah direkrut bagi menangani masalah perkhidmatan yang diberikan kepada tetamu Allah.

Keputusan penyelidikan akan dimasukkan dalam pelan Projek Raja Abdullah bagi pembangunan Makkah. Beliau berkata, bilangan jemaah yang menunaikan haji tanpa permit sudah berkurangan tahun lalu. Menurutnya, mereka yang menunaikan haji tanpa permit seperti merampas hak orang lain.

Harian Metro

Jerung bermata satu ditemui di Teluk California

21 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

CALIFORNIA: Seorang nelayan menemui seekor jerung bermata satu di tengah-tengah muka haiwan itu.

Janin anak jerung yang bersifat albino itu dikeluarkan dari perut ibu jerung yang ditangkap di Teluk California pada musim panas lalu. Jerung bermata satu itu semakin terkenal sejak Pisces Fleet Sportfishing menerbitkan gambarnya Julai lalu, meningkatkan khabar angin mendakwa mungkin ia adalah palsu.


Bagaimanapun menurut laporan MSNBC, penyelidik yang memeriksa haiwan itu berkata ia adalah asli walaupun sukar baginya untuk terus hidup selepas dilahirkan. Pakar ikan jerung, Felipe Galvan Magana dari Centro Interdisciplinario de Ciencias del Mar di Mexico berkata: “Spesies itu memang jarang ditemui. Setakat yang saya tahu, kurang daripada 50 contoh spesies tidak normal seperti itu sudah direkodkan.”

metro/-

Lapangan terbang angkasa pertama dunia dibuka

21 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KAPAL induk White Knight TWO yang membawa kapal angkasa SpaceShipTwo dipamerkan di hangar Lapangan Terbang Spaceport di New Mexico kelmarin.

UPHAM, Amerika Syarikat (AS) - Bilionair Britain, Richard Branson (gambar kecil) dan Gabenor New Mexico, Susana Martinez mengalu-alukan kehadiran beratus-ratus orang semasa perasmian Lapangan Terbang Angkasa Lepas pertama di AS dikenali sebagai Spaceport America kelmarin.

Pada majlis tersebut, orang ramai berpeluang menyaksikan penerbangan pesawat utama, White Knight TWO yang akan membawa pelancong mengelilingi orbit di angkasa lepas.

Ibu Branson, Eve turut hadir pada majlis tersebut.

Wanita itu berkata, dia sebelum ini tidak pernah terfikir bahawa orang awam akan dapat berkunjung ke angkasa lepas.

Mennurutnya, dia merancang untuk menaiki penerbangan White Knight TWO.

Syarikat penerbangan angkasa lepas milik Branson, Virgin Galactic dijadual memulakan penerbangan komersial angkasa lepas dari terminal ini yang dibina di sebuah gurun di Sierra.

Spaceport America akan menempatkan kapal angkasa lepas Virgin Galactic, pusat kawalan dan tempat persediaan untuk pelancong-pelancong angkasa lepas yang menempah penerbangan ke orbit bumi. - Agensi

Laut Bergelora Menjadi Tenang "Menerima" Abu Al-Quran

21 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Lumut: Abu pembakaran puluhan ribu naskhah al-Quran seberat satu setengah tan yang dibuang ke laut berhampiran Pulau Sembilan di sini, pagi semalam, mempunyai warna kelabu walaupun dibakar yang dianggap pelik dan jauh berbeza berbanding kertas biasa yang menjadi hitam apabila dibakar.

Kejadian itu disaksikan lebih 30 ahli rombongan diketuai Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ketika melakukan proses melupuskan abu al-Quran di sekitar perairan pulau berkenaan yang pertama kali dilakukan di kawasan laut dalam.

Abu al-Quran yang dibakar itu dikumpul Syarikat Percetakan Saufi di Batu 10, Jalan Cheras, Kajang, Selangor, sebelum dihantar ke dermaga Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut pada jam 9.30 pagi semalam menggunakan van milik syarikat berkenaan.

Sebanyak 170 plastik hitam mengandungi abu itu dipindahkan ke kapal KM Marlin milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebelum dibawa ke tengah laut kira-kira 8.2 batu nautika dari pangkalan TLDM.

Proses memindahkan abu al-Quran itu dilakukan dengan tertib apabila semua plastik seberat lapan kilogram setiap satu itu disusun teratur dengan bantuan anggota APMM.

Tugas membuang abu al-Quran itu seolah-olah dipermudahkan apabila laut yang mulanya agak berombak tiba-tiba menjadi tenang sebaik petugas terdiri dari pegawai Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) cawangan Perak, Pegawai Pejabat Mufti dan Majlis Agama Islam Perak memulakan proses membuang abu.

Harusssani yang memberi taklimat ringkas berhubung tugas itu kemudian menjatuhkan bongkah abu berkenaan satu persatu ke laut.

Tugas menjatuhkan bongkah abu Al-Quran itu kemudian dilakukan beramai-ramai dalam masa 10 minit.

Harussani yang juga Pengerusi Lembaga Teks dan Pelesenan al-Quran, berkata ulama sebelum ini bersependapat membuang abu al-Quran ke dalam laut adalah kaedah terbaik walaupun cara menanam di dalam tanah juga dibenarkan.

“Bagaimanapun kaedah menanam abu al-Quran di dalam tanah dibimbangi boleh tercemar jika ada aktiviti dilakukan di atas tanah berkenaan. Oleh itu, kaedah membuang abu al-Quran ke laut paling selamat dan akan diteruskan pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Syarikat Percetakan Saufi, Rahmat Mahdan, yang turut mengikuti proses membuang abu al-Quran itu memberitahu berkata, proses pembakaran dan mengumpul abu dimulakan sejak tiga bulan lalu. -hm

Ulasan GB

Al-Quran itu adalah "kalamullah". Justeru itu Allah sendiri yang menjaganya.

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ
Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Az-Zikra (Al-Qur'an), dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya. -Al-Hijr:9

Itulah diantara tanda-tanda kebesaran Allah dan membuktikan Al-Quran itu adalah mukjizat yang besar.

Abu Al-Quran menjadikan laut bergelora tiba-tiba menjadi tenang, bagaimana jika Al-Quran itu sendiri agaknya?

Tetapi manusia leka dan lalai, meninggalkan Al-Quran dan ajaran yang terkandung di dalamnya.

Lebih dasyat, ada pula yang hendak menipu Allah, RasulNya dan orang beriman, cuba menjadi wira ajaran Al-Quran sedangkan mereka sebenarnya penentang utama ajaran dan hukum Allah dan RasulNya.

KELAB GREENBOC/-

Drebar teksi jadi mumia

21 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

MAYAT Billis yang sudah diawet menjadi mumia.
LONDON: Seorang memerintah kerajaan yang besar dari istananya di tebing Sungai Nil. Manakala, seorang lagi menguasai jalan raya sebagai pemandu teksi di Torquay.

Walaupun kehidupan dua individu berkenaan berbeza dan dipisahkan oleh jarak ribuan tahun, namun Raja Tutankhamun dan Alan Billis mempunyai persamaan dalam satu perkara utama.

Billis yang sudah meninggal dunia adalah lelaki pertama yang diawet menjadi mumia mengikut cara penduduk Mesir kira-kira 3,000 tahun lalu. Menggunakan teknik yang mengawet mayat Tutankhamun selepas kematiannya pada 1323 SM, saintis mengawet lelaki berusia 61 tahun terbabit ekoran kematiannya akibat kanser paru-paru.

Billis yang gemar menonton dokumentari bersetuju supaya tubuhnya diawet selepas menyaksikan iklan syarikat televisyen yang berhasrat merakam proses pengawetan itu. Isterinya, Janet, 68, memberitahu suaminya berkata: “Saya baru menghubungi seseorang mengenai proses pengawetan mayat. “Saya terkejut kerana ia sesuatu yang dijangka akan dilakukan oleh Billis,” katanya.

Bagaimanapun, Janet dan tiga anak mereka merestui keputusan Billis dan hasilnya: - Proses Mumia Alan: Rahsia Terakhir Mesir - dijangka ditayangkan pada Saluran 4, Isnin ini.

Billis yang digelar Tutankhamun Torquay menjelaskan keputusan luar biasanya itu dalam dokumentari berkenaan sambil berkata: “Manusia menyerahkan tubuh mereka kepada sains sejak bertahun-tahun lamanya dan jika mereka tidak menawarkan diri untuk kajian tiada penemuan dapat diperoleh,” katanya.

Sejak beberapa bulan ekoran kematiannya Januari lalu, organ dalaman Billis diambil dan disimpan di dalam balang kecuali otak dan jantungnya. Kulitnya dilumur dengan campuran minyak serta resin dan dimandikan dengan natron, sejenis garam ditemui di dasar sungai kering di Mesir.

Selepas sebulan berada dalam tangki kaca di Pusat Perubatan di Sheffield yang menempatkan rumah mayat di bandar raya itu, mayatnya dikeluarkan, diletakkan di kamar kering serta dibalut dengan kain.

Dr Stephen Buckley dari Universiti York yang membantu melakukan penyelidikan mengenai teknik pengawetan mumia sebelum program itu berkata, mayat Billis kini dapat bertahan hingga beberapa milenium lagi.

metro/-

Himpun: Tidak sertai bukti PAS beretika

21 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 19 Okt: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menyambut baik keputusan mesyuarat Lajnah Politik PAS Pusat yang menegaskan tidak akan menyertai Himpunan Sejuta Ummat (Himpun) Mempertahankan Aqidah yang akan diadakan di Shah Alam pada 22 Oktober ini.

Timbalan ketuanya, Mohd Sany Hamzan berkata, pihaknya menyifatkan tindakan PAS Pusat untuk tidak menyertai majlis Himpun tersebut kerana menghormati pihak penganjur yang tidak mahu majlis himpunan tersebut dijadikan pentas politik telah menunjukkan bahawa PAS adalah parti yang sangat beretika dan bertanggungjawab.

“Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengharapkan semoga pihak penganjur himpunan tersebut akan dapat mengawal suasana majlis supaya tiada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ‘merosakkan’ suasana himpunan tersebut dengan mainan politik murahan dan perkauman,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Justeru, ujar beliau, pihaknya mendoakan semoga majlis Himpun akan berjalan dengan lancar dan baik dan akan menatijahkan satu resolusi yang akan memperkasakan kehidupan beragama yang syumul kepada seluruh warga Muslim di dalam negara ini.

Selain itu, tambahnya peserta himpunan perlu mendesak pihak kerajaan supaya dapat menggubal dan melaksanakan undang-undang hudud untuk mempertahankan aqidah umat Islam masakini yang telah semakin ‘rosak’ bersama arus perubahan semasa.

PAS Selangor menyeru penganjur Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun), menjauhkan diri dari sebarang usaha melaga-lagakan penganut agama hanya disebabkan dakwaan tanpa bukti mahkamah.

Kelmarin, Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Abd Rani Osman berkata, biarpun Kristianisasi adalah satu ancaman, namun ancaman lebih besar yang sedang merosakkan akidah majoriti rakyat di negara ini adalah doktrinasi fahaman perkauman, sekularisme dan materialisme.

"Sebarang usaha melaga-lagakan antara penganut pelbagai agama dengan tidak beserta sebarang bukti kesalahan yang diputuskan mahkamah perlu dijauhi.

"Tindakan sebegini hanya bertujuan untuk menutup masalah sebenar yang menimpa umat Islam, di mana aqidah mereka dicemari oleh fahaman sekularisme dan sebagainya yang pada akhirnya meletakan kesalahan itu dibahu pihak lain," katanya pada sidang media di Pejabat PAS Selangor di Shah Alam.

harakahdaily/-

Bapa marah lapor kastam

21 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

MELAKA - Gara-gara terlalu marahkan peniaga sewenang-wenangnya menjual rokok seludup sehingga anaknya turut terjebak dengan tabiat merokok, seorang bapa bertindak melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Bapa terbabit yang sudah tidak tahan lagi kerana rokok berkenaan mudah diperolehi kanak-kanak termasuk anaknya, malah dapat dibeli dengan harga murah.

Berikutan itu, sepasukan anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Melaka bertindak melakukan serbuan di beberapa premis sekitar pekan Umbai, semalam. – SH MNS/ Amran Ali

Wanita Filipina temui nur Islam

21 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

BANDAR SERI BEGAWAN, Majlis pengislaman seorang wanita warga Filipina hari ini disempurnakan Bahagian Pengislaman Pusat Da’wah Islamiah, di kediaman Awang Haji Mohd Jaafar Haji Jeludin.

Dayang Precy Insigne Tanael dengan nama Islamnya, Dayang Zaarifah Faizah Abdullah Tanael mengucapkan dua kalimah syahadah pada pukul 3 petang.

Beliau yang percaya Tuhan itu satu merasa gembira selepas memilih Islam sebagai pegangannya.Menurutnya, beliau mempelajari Islam daripada suaminya yang sudah memeluk agama Islam sejak dua tahun lalu. Dayang Zaarifah, 32, sebelumnya beragama lain dan setelah tiga bulan di negara ini, terbuka hati memeluk agama Islam untuk mengikut jejak suaminya.

Beliau mempelajari Islam secara perlahan-lahan dan selepas memahami keindahan Islam, beliau dengan ikhlas terbuka hati menjadikannya agama pegangannya.
Fight HIV from affecting children and adolescents.

Dayang Zaarifah dan suami beliau, Awang Junaidi Tanael Abdullah juga berbangsa Filipina sudah berkahwin sejak 15 tahun dan akan berkahwin semula secara Islam pada waktu terdekat ini.

Permata Online

Bajet Kelantan 2012: Kesejahteraan Bersama Keberkatan

21 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Bismillahir Rahmanir Rahim

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آَمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَكِنْ كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

(Surah Al-A'raf, ayat 96)

Bermaksud: “Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan..”

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Marilah sama-sama kita melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya jua dapatlah saya berdiri di dalam Dewan yang mulia ini bagi persidangan kali Yang Ketiga (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Yang Keempat Dewan Negeri Kelantan Yang Kedua belas.

Saya juga ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadhrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan limpah kurniaNya Kerajaan Negeri Kelantan telah dapat melaksanakan tugasnya dengan baik walaupun terpaksa menghadapi pelbagai halangan dan ujian terutamanya dari segi kewangan. Alhamdulillah, kita masih dapat mengharunginya dengan sabar.

Pulau kesejahteraan yang selama ini menjadi impian kita, semakin hari semakin jelas terbayang, berkat istiqomah semua pihak. Marilah kita terus berdoa agar segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wata’ala kepada kita akan berkekalan malah bertambah lagi di tahun-tahun yang akan datang.

Kepada seluruh rakyat negeri ini, izinkan saya merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan atas segala sokongan dan dokongan yang telah diberikan selama ini. Kerajaan amat menghargai semangat bersama yang telah ditunjukkan oleh rakyat jelata sekalian dalam membangunkan Negeri Kelantan yang sama-sama kita cintai ini.

Di kesempatan ini juga, saya ingin menyeru semua Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk sekali lagi memperbaharui azam bagi menyumbang khidmat yang terbaik, demi memikul amanah Allah serta melaksanakan harapan rakyat dan tanggungjawab ummah. Marilah kita sama-sama berbincang dan berbahas sesuatu isu dengan penuh tertib dan adab susila, serta memberi cadangan-cadangan yang bernas bagi memajukan negeri demi kesejahteraan rakyat.

Kuat pohon kerana akar,

Kuat akar kerana tanah,

Kuat burung kerana sayap,

Kuat ketam kerana sepit,

Kuat lilit kerana simpul.

Kuat kita kerana muafakat.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

PENGURUSAN dan perancangan adalah suatu yang amat mustahak dalam semua urusan kehidupan lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan harta dan kewangan atau disebut sebagai ekonomi. Kegagalan mengurus dan merancang kewangan pada hakikatnya samalah dengan merancang untuk gagal. Ia boleh menjerumuskan seseorang kepada kehancuran. Dalam konteks sebuah negeri atau negara, gagal merancang ekonomi dengan baik boleh mengakibatkan negara berdepan dengan masalah inflasi, pengangguran, kenaikan harga barang dan seterusnya menuju ke arah muflis dan bangkrap.

Di dalam Islam, kita membaca bagaimana seorang tokoh kewangan yang terbilang bertaraf Nabi yang dirakamkan kisahnya di dalam al-Quran iaitu Nabi Yusuf alaihissalam. Al-Quran menukilkan bagaimana perancangan bijak Nabi Yusuf selaku Menteri Kewangan Mesir pada zamannya telah menyelamatkan Mesir dari krisis makanan akibat dari kemarau yang panjang iaitu selama tujuh tahun. Namun dengan perancangan ekonomi yang telah dilakukan tujuh tahun sebelumnya, Nabi Yusuf berjaya membantu Mesir menghadapi krisis makanan tersebut dengan jayanya.

Selain daripada mukjizat Nabi Yusuf yang diberikan kelebihan menafsirkan mimpi, kejayaan baginda juga dibantu oleh pengurusan sumber dan pembahagian kek ekonomi dengan adil dan saksama serta memastikan golongan yang berhak menerima bantuan terbela. Justeru, jika hanya perancangan sahaja yang baik tetapi tidak diikuti dengan pelaksanaan yang efisien, perancangan yang baik hanya tinggal angka dan data di atas kertas sahaja.

Mengambil ruh dan semangat dari pengurusan kewangan Nabi Yusuf itulah, Bajet Kerajaan Negeri pada kali ini akan bersifat amat berhati-hati,cermat dan berhemat serta benar-benar bersifat fokus ke arah meningkatkan kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Pada keseluruhannya, prospek ekonomi Negeri Kelantan bagi tahun 2011 dijangka akan terus kekal sederhana. Walaupun demikian, sektor-sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan dijangka masih mampu untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negeri dengan sokongan pertumbuhan perbelanjaan pengguna yang tinggi serta pertumbuhan dalam industri pelancongan dan kewangan.

TEMA BAJET 2012

Tema Bajet Tahun 2012 adalah “Kesejahteraan Bersama Keberkatan”. Tema ini menggambarkan hasrat Kerajaan untuk berbelanja secara bijaksana dan berhemat dengan bermatlamatkan kesejahteraan rakyat Kelantan keseluruhannya. Dalam masa yang sama, kita berikhtiar agar segala gerak kerja yang dilakukan di dalam berbelanja tidak melanggar syariat Allah SWT serta mendapat keberkatan daripadaNya. Sesungguhnya, keberkatan daripada Allah SWT hanya akan diperolehi apabila penduduk di sesebuah negeri itu beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT. Ini selaras dengan firman Allah SWT sebagaimana yang dipetik di dalam muqaddimah ucapan.

Belanjawan yang dibentangkan pada hari ini berdasarkan kepada hasil sumber sebenar Negeri bagi memenuhi keperluan dan kesejahteraan rakyat dengan cara memberi tumpuan kepada teras berikut:-

Pertama : Penjanaan ekonomi untuk semua rakyat;

Kedua : Pembinaan Insan yang berteraskan Islam;

Ketiga : Pembelaan golongan daif dan miskin, orang kurang upaya, anak yatim, armalah dan warga emas dan mereka yang memerlukan.

Berasaskan kepada tema tersebut, Bajet 2012 akan terus berpaksikan kepada strategi-strategi berikut :

a) Memastikan hasil dan tunggakan hasil Kerajaan Negeri dapat dipungut untuk pembangunan Negeri bagi kesejahteraan rakyat dengan memantapkan jentera kutipan hasil melalui pemantauan berjadual dan penguatkuasaan secara berterusan untuk menambahkan hasil negeri.

b) Memberi tumpuan untuk merancakkan ekonomi dan taraf hidup rakyat dalam memberi fokus kepada semua aspek pembangunan negeri untuk mengurangkan keadaan ketidakseimbangan sosioekonomi, terutamanya bagi memastikan matlamat membasmikan kemiskinan tegar.

c) Memastikan dasar perbelanjaan berhemah diteruskan supaya setiap perbelanjaan benar-benar dibelanjakan mengikut keperluan dan keutamaan sebenar untuk manfaat rakyat dan setiap projek yang bakal dilaksanakan dinilai dengan terperinci bagi mengelak ketirisan perbelanjaan.

d) Memastikan kesejahteraan rakyat dan peningkatan kualiti kehidupan rakyat di bandar dan luar bandar terbela untuk membendung gejala-gejala sosial yang semakin berleluasa pada masa kini dengan mengimbangi pembangunan fizikal dan rohani dalam kerangka pembangunan insan yang komprohensif serta menyeluruh.

e) Memastikan kemudahan infrastruktur asas terus berkembang dan diselenggara bagi meningkatkan tahap sosioekonomi dan kebajikan rakyat selaras dengan hasrat untuk melahirkan Negeri Kelantan sebagai Negeri Berkebajikan.

f) Mewujudkan urustadbir yang baik dengan mengutamakan ketelusan dan kecekapan menerusi pentadbiran yang berlandaskan Ubudi’yyah, Mas’ulliyyah dan Itqan.

TERAS PERTAMA : PENJANAAN EKONOMI UNTUK SEMUA RAKYAT

Pembangunan Infrastruktur Asas

Untuk tahun 2012 Kerajaan akan terus melaksanakan projek-projek pembangunan dengan memberi lebih tumpuan kepada langkah-langkah yang akan memastikan kesejahteraan rakyat terus terjamin. Ini meliputi program dan projek-projek pembangunan yang berorientasikan pengurangan beban kos sara hidup, terutama sekali ke atas golongan berpendapatan rendah dan kurang bernasib baik. Selaras dengan itu program sosioekonomi untuk meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup melalui penggubalan strategi dan program yang lebih jitu akan diusahakan. Tidak dapat tidak, Bajet 2012 akan diiringi dengan kesungguhan untuk melaksanakannya secara berkesan. Untuk itu, sejumlah RM 67.06 Juta telah diperuntukan di bawah program penyediaan kemudahan infrastruktur asas kepada rakyat.

Program pembangunan kemudahan infrastruktur asas kepada rakyat akan tetap menjadi pilihan utama Kerajaan.Ini kerana kita cukup yakin, pembangunan infrastruktur akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan dan pembangunan inter-sektoral dan boleh mencetuskan pelbagai “forward and backward linkages”(dengan izin Yang Berhormat Dato’ Speaker). Ini termasuklah seperti meningkatkan kemudahan infrastruktur pembinaan jalan dan jambatan baru bagi mempertingkatkan lagi keselamatan disamping memperluaskan sistem rangkaian jalan. Contohnya pada tahun 2012, sebanyak RM 29.65 Juta disediakan kepada Jabatan Kerja Raya Negeri untuk melaksanakan projek dibawah program kesejahteraan rakyat.

Bagi tahun 2011, diantara projek yang sedang giat disiapkan oleh Jabatan Kerjaraya Negeri (JKR) ialah Pembinaan Jambatan Merentasi Sungai Kemasin di Pengkalan China, Bachok Kelantan yang dianggarkan sebanyak RM2.6 Juta, Pembinaan Jambatan Kampung Tok Din, Pasir Puteh dengan anggaran kos sebanyak RM2.0 Juta dan Pembinaan Jambatan Lapan Pari bagi menggantikan yang sediada di Kampung Lapan Pari, Tok Sadang, Kota Bharu dengan anggaran RM2.8 Juta. Projek ini akan terus diberi keutamaan dan disambung ke tahun 2012.

Manakala projek yang telah berjaya disiapkan pada tahun 2011 ialah sistem rangkaian dan kemudahan jalan raya – Pembinaan Jalan Raya Bertingkat Merentasi Laluan Rel Keretapi dalam Bandar Pasir Mas yang telah menelan belanja sebanyak RM29.61 Juta termasuk kos pengambilan balik tanah terlibat yang berjumlah RM14.05 Juta. Ia dilaksanakan bagi melancarkan lagi perjalanan dan bagi menggelakkan kemalangan serta kesesakan lalu lintas. Jika tidak dipecahkan ruyong, masakan boleh kita dapatkan sagunya .Ini membuktikan “Kelantan boleh” YB. Dato’ Speaker dan sememangnya kita boleh !

Di antara program pembangunan jalan dan jambatan yang akan terus diberi keutamaan dan disambung ke tahun 2012 dengan tambahan perancangan dan pelaksanaan projek baru ialah cadangan Jalan & Jambatan Merentasi Landasan Keretapi di Bandar Pasir Mas, Kelantan (Fasa II) yang dianggarkan berjumlah RM4.8 Juta. Menerusi Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri pula, sebanyak RM800 Ribu disediakan bagi program pembinaan jambatan dan lintasan dan sebuah jambatan baru akan dibina bagi menggantikan jambatan lama di Pulau Kundor, Kota Bharu. Ia dijangka akan disiapkan pada penghujung tahun 2012.

Di samping itu, Kerajaan juga akan terus memastikan kebajikan rakyat dalam melaksanakan program-program menaiktaraf jalan-jalan kampung dan jalan-jalan pertanian di seluruh negeri ini berjalan lancar. Ini termasuklah sebanyak RM12.0 Juta diperuntukkan bagi pembinaan dan menaiktaraf jalan-jalan kampung, RM4.0 Juta untuk jalan-jalan di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan, RM500 Ribu untuk Penyelenggaraan Jalan Pertanian, RM300 Ribu lagi untuk pembinaan Jalan-Jalan di Kawasan Industri dan RM200 Ribu pula untuk Penyelenggaraan Jalan Penguasa-Penguasa Tempatan dan sebanyak RM1.0 Juta diperuntukkan bagi Penyelenggaraan Longkang dan Parit serta RM100 Ribu untuk Rancangan Perlongkangan Pekan-Pekan.

Selain itu, kerajaan juga sedang serius untuk menimbangkan pembinaan lebuhraya daripada Kota Bharu ke Kuala Krai melalui kerjasama dengan pihak swasta. Ini berikutan sikap kerajaan pusat yang dilihat tidak serius di dalam memenuhi keperluan rakyat Kelantan yang semakin mendesak termasuklah menafikan keperluan projek ini di dalam Rancangan Malaysia ke 9 dan ke 10. Justeru, cadangan membina Lebuhraya sepanjang 63 kilometer ini sedang diteliti untuk dilaksanakan. Untuk makluman, setakat ini kita sudah menerima banyak permohonan pihak swasta yang berminat untuk melaksanakan projek ini. Dengan izin Allah, kita yakin tidak mustahil ia dapat direalisasikan sekalipun tidak mendapat kerjasama dari kerajaan pusat. Jika tuan tidak sudi, apa guna kami meminang.

Kerajaan juga sentiasa mengutamakan kesejahteraan rakyat bagi memastikan semua rakyat dapat sama-sama menikmati sumber bekalan air yang bersih bagi menjalankan ibadah dan rutin harian. Sejajar dengan itu, pihak Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB) sentiasa diingatkan untuk mengambil tindakan lebih proaktif bagi memastikan semua projek yang diluluskan dapat dilaksanakan mengikut jadual. Di sini, Kerajaan ingin merakamkan ucapan tahniah kepada AKSB kerana sepanjang tempoh rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang telah berakhir pada tahun 2010, AKSB telah berjaya menyiapkan empat (4) projek utama iaitu, Projek Skim Bekalan Air Lojing yang berjumlah RM10.91 Juta, Projek Bekalan Air Jeli, Kelantan berjumlah RM26.58 Juta, Projek Membaikpulih dan Menaiktaraf Loji-loji dan Tangki Air Negeri Kelantan di Loji Rawatan Air Tanah Merah dan di Loji Rawatan Air Tanah Merah berjumlah RM27.70 Juta dan Projek Cadangan Membentuk dan Menyiapkan Projek GIS Bagi Sistem Bekalan Air berjumlah RM5.5 Juta. Ini adalah antara bukti kesungguhan kerajaan melalui AKSB bagi memastikan setiap projek dapat disiapkan seperti perancangan demi kesejahteraan rakyat. Pada tahun 2012, AKSB akan terus berusaha untuk menyiapkan beberapa projek yang sedang dalam pelaksaan iaitu projek Kerja Kajian dan Pelaksanaan Program NRW Seluruh Negeri kelantan berjumlah RM129.88 Juta, Projek Membaikpulih dan Menaiktaraf Loji-loji dan Tangki Air Negeri Kelantan berjumlah RM52.46 Juta dan Projek Menaiktaraf Loji Rawatan Air jajahan Gua Musang, Kelantan yang sedang dalam proses persediaan tender.

Selain dari peruntukan pinjaman dari Kerajaan Persekutuan bagi membiayai projek-projek bekalan air, bagi kawasan kampung dan desa yang tidak diliputi oleh bekalan air di bawah Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB), Kerajaan Negeri akan terus memberi perhatian dengan memperuntukkan sebanyak RM 1.0 Juta untuk melaksanakan Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di samping bantuan untuk elektrik bagi rakyat miskin. Di bawah Jabatan Air Negeri juga, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM4.2 Juta untuk paip agihan dan kawalan sumber air bagi tujuan membantu rakyat dikawasan perkampungan terpencil, mendapat sumber bekalan air yang bersih dengan adanya bantuan pemasangan paip-paip air daripada loji-loji air utama .


Sektor Pertanian

Sektor pertanian masih merupakan sektor terpenting dalam menjana ekonomi Negeri Kelantan. Oleh itu, bagi meningkatkan daya saing sektor pertanian, Kerajaan akan terus memberi galakan dan mempergiatkan usaha untuk meningkatkan pelaburan dalam aktiviti pertanian termasuk dalam pengeluaran bahan makanan berkualiti.

Ini dilakukan melalui agensi-agensi, khususnya Jabatan Pertanian Negeri yang dipertanggungjawabkan untuk menyusun dan melaksanakan pelbagai program pembangunan secara lebih sistematik. Program pembangunan yang dirancang oleh Jabatan Pertanian yang berkesan akan meningkatkan pengeluaran hasil yang tinggi dan seterusnya memacu sektor pertanian ke arah pertumbuhan ekonomi Negara yang lebih baik. Untuk tujuan tersebut, antara program utama pembangunan yang telah dirancang dan dilaksanakan dalam tahun RMK 10 ialah Pembangunan Industri Padi, Pembangunan Industri Buah-Buahan, Pembangunan Industri Pelbagai Komoditi, Pembangunan Industri Sayuran, Pembangunan Industri Kelapa, Pembangunan Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan, dan Projek Latihan dan Pengembangan. Sejajar dengan ini, perkhidmatan pengembangan melalui pendekatan Sistem Pengembangan Tekno Pertanian (SPTP) akan menjadi teras kepada sistem penyampaian dan pemindahan teknologi untuk meningkatkan daya pengeluaran yang lebih tinggi, berkualiti dan selamat digunakan.

Pada tahun 2012 sejumlah RM2.30 Juta diperuntukkan di bawah Jabatan Pertanian Negeri, disamping peruntukan prasarana yang berkaitan pertanian turut diperuntukkan dibawah lain-lain agensi seperti Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri dan Pejabat Pembangunan Negeri. Program-program utama Jabatan Pertanian khususnya bagi pembangunan industri tanaman telah dilaksanakan secara berkelompok melibatkan keluasan 44,508 hektar tanah dengan bilangan peserta 35,851 orang dan dianggarkan mengeluarkan hasil sebanyak 10,000 metrik tan dengan nilai yang dianggarkan sebanyak RM100.00 Juta.

Dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10), Program Pembangunan Tanah Terbiar terus diberi penekanan iaitu bertujuan untuk memulihkan tanah terbiar di seluruh Negeri Kelantan dengan tanaman padi dan juga tanaman-tanaman lain seperti tembikai, sayur-sayuran, buah-buahan dan kelapa. Justeru itu,

Program Pembangunan Tanah Terbiar masih lagi diteruskan seiring dengan hasrat Kerajaan Negeri dalam mengoptimumkan penggunaan tanah terbiar bagi tujuan pertanian untuk meningkatkan pengeluaran makanan yang berkualiti, menjamin bekalan makanan yang mencukupi dan selamat dimakan. Sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan dari tahun 2005 hingga 2010, seluas 2,134 hektar tanah terbiar telah dipulihkan meliputi 768 hektar di tanam dengan tanaman padi dan 1,598 hektar dengan lain-lain tanaman. Bagi tahun 2011, seluas 63.60 hektar tanah terbiar telah dibangunkan dan bagi tahun 2012, dianggarkan sebanyak 100 hektar lagi tanah yang akan dibangunkan untuk mengoptimumkan penggunaan tanah terbiar bagi tujuan pertanian.

Walaupun pengeluaran beras negeri telah mencukupi bagi keperluan dalam negeri dengan mencapai 155% Tahap Sara Diri (SSL), padi masih merupakan tanaman yang penting dan diberi keutamaan untuk meningkatkan pengeluaran hasil padi di Negeri Kelantan bagi menyumbang ke arah mencapai Tahap Sara Diri (SSL) Negara kepada 86%. Pembangunan Industri Padi yang telah dirangka dalam RMK9 telah berjaya menyumbang ke arah merealisasikan matlamat Kerajaan Negeri menjadikan Kelantan sebagai Jelapang Makanan Negara. Hasrat ini juga akan diteruskan dalam RMK10 dengan berlandaskan “Bertani Satu Ibadat” untuk mengurangkan pergantungan kepada import bahan makanan dari luar Negara. Pada tahun 2012 juga Kerajaan terus memperuntukan sebanyak RM2.0 Juta bagi penyediaan subsidi baja padi kepada para petani dibawah kawalan Pejabat Pembangunan Negeri dan termasuk sebanyak RM500 Ribu bagi subsidi baja organik. Sebanyak RM400 Ribu juga disediakan untuk program input pertanian, dan RM400 Ribu bagi program pertanian contoh dan galakan pertanian organik. Dengan terlaksananya pelbagai program pertanian yang berteraskan “Bertani Satu Ibadah”, produktiviti sektor pertanian akan insya’Allah, dapat ditingkatkan selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan sektor pertanian sebagai ejen pertumbuhan yang utama dan mampu merealisasikan Kelantan sebagai Jelapang Makanan Negara menjelang tahun 2015.

Di samping projek-projek yang diusahakan oleh agensi Kerajaan, pihak swasta juga digalakkan untuk menjadi peneraju dan pemangkin dalam usaha mengkomersilkan sektor pertanian bagi mencapai matlamat menjadikan Negeri Kelantan sebagai pengeluar yang kompetitif bagi produk pertanian berkualiti tinggi, selamat dan memenuhi piawaian antarabangsa. Kerajaan juga berharap agensi-agensi Kerajaan seperti seperti Perbadanan Kemajuan Iktisas Negeri Kelantan (PKINK) dan Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB) memainkan peranan yang lebih proaktif sebagai perintis kepada pelaburan yang besar dalam sektor pertanian disamping mempelbagaikan pengeluaran produknya.

Pembangunan Sektor Penternakan

Dalam pembangunan sektor penternakan, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar akan terus memberi penekanan dalam pembangunan sektor penternakan khususnya dalam penyediaan kemudahan dan galakan agar lebih banyak pihak melibatkan diri dalam pengeluaran ternakan di negeri ini. Pelan strategik pembangunan industri ternakan Negeri Kelantan telah dirumus menjelang tahun 2015 untuk meningkatkan hasil ternakan dalam negeri.

Pada tahun 2012, antara fokus utama Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk memacu sektor peternakan adalah melalui beberapa strategi seperti, transformasi usahawan ternakan yang berdaya maju kearah bidangusaha secara komersial, perladangan secara integrasi di kawasan-kawasan tanaman utama, penternakan secara intensif (fidlot), aplikasi bioteknologi dalam bidang penternakan bagi tujuan menjaga kebersihan ladang serta kualiti alam sekitar, meningkatkan kecekapan kos, dan kualiti hasil ternakan. Galakan amalan perladangan yang baik bukan sahaja mengambilkira keuntungan pengusaha tetapi juga kesejahteraan alam sekitar, kesejahteraan ternakan dan keselamatan pengguna. Jabatan Perkhidmatan Veterinar juga akan menyediakan khidmat rundingcara dalam bidangusaha baru yang berpotensi seperti industri sarang burung walit. Kelantan kini muncul sebagai negeri kedua dalam pengeluaran sarang burung walit dengan anggaran sumbangan sebanyak 14% daripada keseluruhan nilai pengeluaran Malaysia yang dianggarkan bernilai RM1 Billion setahun.

Melalui pelbagai usaha yang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan melalui jabatan Perkhidmatan Veterinar, industri ternakan di Negeri Kelantan telah mencapai perkembangan dimana nilai pengeluaran hasil ternakan telah meningkat sebanyak lebih 1.65% iaitu dari RM334.21 Juta pada tahun 2010 kepada anggaran RM339.73 Juta pada tahun 2011 dan berdasarkan kepada kemajuan terkini, dianggarkan nilai pengeluaran hasil ternakan Negeri menjelang tahun 2012 akan terus meningkat sebanyak 4.81% iaitu dari RM339.73 Juta pada tahun 2011 kepada RM356.06 Juta pada tahun 2012.

Dalam membantu penternakan tradisional dan berskala kecil-kecilan, Kerajaan akan terus menyediakan peruntukan pembangunan bagi melaksanakan rancangan untuk kesejahteraan rakyat. Dalam Bajet 2012, sebanyak RM1.95 Juta telah diperuntukan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk melaksanakan program-program seperti Rancangan Operasi Induk Anak Lembu, Rancangan Pemeliharaan Kambing dan Bebiri, Rancangan Pembakaan serta Rancangan Perintis Pemeliharaan Rusa dan Anika Ternakan termasuk peruntukan sebanyak RM950 Ribu bagi Rancangan Perkembangan Perusahaan Pedagingan untuk pembelian dan pengagihan sebanyak 590 ekor induk lembu dimana seekor lembu pawah akan diberikan kepada setiap penghulu untuk diagihkan kepada setiap mukim di Negeri Kelantan.

Kerajaan juga meneruskan penyediaan peruntukan sebanyak RM1.82 Juta untuk Program Bantuan Ternakan Lembu secara ‘fidlot’, Program Jihad Ternak dan Rancangan Perkembangan Perusahaan Lembu dan Kambing Tenusu, Program Pembelaan Rakyat Miskin untuk Galakan Pertanian dan Penternakan dan Program Hari Peladang Peringkat Negeri dan Kebangsaan bagi memberi pendedahan kepada industri penternakan demi melahirkan lebih ramai penternak yang berjaya. Program-program ini diharap dapat meningkatkan pengeluaran makanan dalam negeri disamping membantu golongan rakyat yang miskin.

Memacu Pembangunan Sektor Perikanan

Satu lagi sektor yang akan diberi perhatian oleh Kerajaan adalah sektor perikanan. Sektor ini memainkan peranan besar sebagai salah satu sektor penyumbang utama sumber protein dan makanan Negara. Di Negeri Kelantan, industri perikanan tangkapan menyumbang sebanyak 63.93 Ribu Metrik Tan yang bernilai RM231 Juta pada tahun 2010. Subsektor perikanan telah menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih 10,797 orang nelayan di Negeri Kelantan. Pada tahun 2010, sebanyak 2,330 vesel menangkap ikan dan 297 buah bagi vesel laut dalam telah dilesenkan. Sehingga kini, industri perikanan laut dalam akan terus dipertingkatkan bagi memenuhi permintaan sumber perikanan di Negeri Kelantan. Kemudahan untuk industri Perikanan Laut Dalam, termasuk aktiviti hiliran dan huluan akan terus dipertingkatkan terutamanya di Taman perikanan Tok Bali.

Pengeluaran ikan makan di dalam industri akuakultur di Negeri Kelantan pada tahun 2010 adalah sebanyak 2.99 Ribu Metrik Tan dan dianggarkan ia akan meningkat pada akhir tahun 2011 kepada 3.14 Ribu Metrik Tan kerana terdapat pertambahan bilangan penternak di dalam industri ikan makan. Manakala industri ikan hiasan pula masih lagi baru di Negeri Kelantan dan sedang mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penternak, pelabur dan juga peminat-peminat ikan hiasan. Pengeluaran sebanyak 216 Ribu ekor telah dicapai pada tahun 2010. Sektor ikan hiasan di Negeri Kelantan dijangka akan terus berkembang pada tahun 2011 dan 2012 dengan adanya galakan pelaburan serta bimbingan teknikal daripada Jabatan Perikanan. Secara keseluruhannya, sehingga tahun 2011 bilangan pengusaha industri akuakultur adalah seramai 1,471 orang yang berbanding 1,336 orang pada tahun 2010 yang mengusahakan pelbagai sistem ternakan akuakultur seperti sangkar, kolam, tangki dan lain-lain.

Keseluruhannya pembangunan sektor perikanan Negeri Kelantan banyak disokong oleh program-program yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri. Jabatan Perikanan Negeri akan terus memberikan bantuan pinjaman peralatan pemprosesan dan khidmat nasihat kepada usahawan baru dan sedia ada untuk menggalakkan lebih ramai lagi pengusaha menceburi bidang ini dan seterusnya menggalakkan industri hiliran kearah lebih berdaya saing dan berdaya maju. Bagi tujuan tersebut, Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM500 ribu kepada Jabatan Perikanan Negeri bagi melaksanakan program-program seperti Perkhidmatan dan Galakan Teknologi Pengendalian Ikan, Galakan Pemindahan Teknologi Peralatan Perikanan, Projek Asuhan Benih Ikan Air Tawar, Pemulihan Spesis Ternakan Ikan Kelah, Ternakan Ikan Sangkar dan Pemulihan Semula Sangkar Terbiar di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), Pembangunan Tukun Tiruan dan Projek Ternakan Lobster Air Tawar Negeri Kelantan. Selain itu, Kerajaan Negeri turut menyediakan peruntukan sebanyak RM100 Ribu bagi Bantuan Nelayan Pantai/Sungai dan Akuakultur dan akan terus memastikan program bantuan pinjaman peralatan pemprosesan dan khidmat nasihat terus disediakan untuk menggalakkan lebih ramai peserta dapat menceburi bidang usahawan pemprosesan dan seterusnya menggalakkan perkembangan industri hiliran yang berdaya maju.

Pembangunan Usahawan

Bajet kali ini akan terus memberi penekanan kepada langkah-langkah untuk melahirkan generasi usahawan yang berkualiti tinggi dan berdaya saing. Ia diberikan penekanan dalam peruntukan yang lebih besar dengan harapan satu mekanisme pembinaan kumpulan usahawan kecil dan sederhana dapat dilakukan. Bagi menyokong hasrat kerajaan, bajet ini turut meliputi penyediaan infrastruktur dan kemudahan asas bagi menggalakkan aktiviti perniagaan.

Pada tahun 2012, sebanyak RM2.50 Juta diperuntukan di bawah Program Usahawan Berdikari berbanding RM2.0 Juta tahun 2011 yang menggabungkan lima program pembangunan usahawan termasuk Program Galakan Perindustrian dan Pembangunan Usahawan, Gerakan Berdikari Rakyat Kelantan, Program Khas Siswazah, Skim Kerjaya Penganggur, Dana Belia Niaga dan Tabung Usahawan Wanita. Peruntukan bagi program jaringan pasaran desa dan industri desa juga telah diperuntukan dengan masing-masing berjumlah RM200 Ribu dan RM800 Ribu. Kerajaan juga akan sentiasa prihatin untuk menyediakan kemudahan-kemudahan kawasan perniagaan seperti pasar/gerai serta membaiki atau menaiktaraf pasar-pasar sediada yang memerlukan penyelenggaraan dengan memperuntukan sejumlah RM2.0 juta dibawah kawalan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kelantan bagi memastikan para usahawan dapat memasarkan hasil perniagaan mereka dengan mampan.

Pembangunan Sektor Pelancongan

Sektor pelancongan masih kekal sebagai sektor utama dalam menjanakan ekonomi Negeri Kelantan serta memberi peluang pekerjaan dan pendapatan kepada rakyat tempatan. Sebagai contoh, pada tahun 2010, seramai 5.39 Juta berbanding 4.8 Juta dan 4.94 Juta orang pelancong pada tahun 2008 dan 2009 telah mengunjungi negeri ini yang menyumbang sebanyak RM1.80 Bilion kepada ekonomi negeri. Sehingga bulan Ogos 2011, seramai 3.35 Juta pelancong telah melawat Kelantan. Dari jumlah tersebut, 941,319 orang adalah pelancong antarabangsa.

Kerajaan juga telah bersetuju menjadikan tahun 2012 sebagai “Tahun Melawat Kelantan” bagi meningkatkan lagi kunjungan pelancong ke Negeri ini dan sekaligus meningkatkan pendapatan peniaga setempat. Justeru, kempen, promosi, pemasaran, pengiklanan dan program pelancongan perlu diperhebatkan lagi. Destinasi dan produk pelancongan samaada dibangunkan oleh kerajaan atau swasta perlu dilengkapi dengan infrastruktur yang lebih sempurna.

Untuk itu, budaya penyenggaraan produk dan kemudahan pelancongan wajar dipupuk dan dipertingkatkan sebaiknya. Jentera pemasaran dan promosi juga akan diperkasakan bagi menarik lebih ramai pengunjung ke Negeri Kelantan. Sejajar dengan itu, Kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM2.5 Juta bagi Galakan Kebudayaan, Kesenian & Pelancongan, Promosi dan Produk Pelancongan dan Pembangunan Seni dan Budaya.

Di samping program-program tahunan yang sedia ada seperti Permainan Tradisional, Kebudayaan dan Kesenian, Pertandingan Seni Suara Burung Ketitir, Pesta Wau Antarabangsa serta Program-Program Penghayatan Ramadhan. Program-program seperti Karnival Seni dan Budaya dan Festival Batik, Songket dan Kraf, Pesta Joran, Pelancongan Jejak Pusaka, Pesta Air Dataran Sireh, Pesta Masakan Kelantan, kerajaan akan terus merancang program yang lebih menarik dan tersusun untuk menjadi salah satu pemangkin bagi tarikan lebih ramai pengunjung ke Negeri Kelantan. Kerajaan juga akan terus berkerjasama dengan Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kelantan dalam menganjurkan beberapa program yang boleh merancakkan lagi kunjungan pelancong ke negeri ini.

TERAS KEDUA : PEMBINAAN INSAN MELALUI ISLAM

Program memartabatkan agama Islam:

Sejajar dengan keadaan semasa dan tuntutan global, Kerajaan telah lama meyakini lagi memahami betapa pentingnya memiliki sumber manusia dan modal insan yang berkualiti tinggi. Berkualiti disini bukan sahaja dari segi fizikal, tetapi turut mempunyai keperibadian dalaman yang tinggi. Ini menjadikan Pembangunan Kerajaan tidak pernah mengabaikan aspek pembangunan rohani dan sahsiah. Untuk itu, kerajaan Negeri telah menyediakan beberapa peruntukan bagi mengadakan kursus, bengkel latihan,

ceramah dan lain-lain bagi meningkatkan kualiti modal insan rakyat khususnya golongan muda.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Kerajaan telah berjaya membina Masjid Kota Darulnaim, Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra Rantau Panjang dan Masjid Keputeraan Sultan Ismail Petra Pulai Chondong dan Masjid Keputeraan Paloh 2, Gua Musang. Kerajaan juga dalam perancangan menyiapkan Masjid Keputeraan di Lojing yang dianggarkan sebanyak RM3.8 Juta.Ini termasuk juga perancangan untuk membina Masjid Sultan Muhammad V di Bandar Baru Tunjong. Masjid ini dijangka akan menjadi satu mercu tanda kepada rakyat Negeri Kelantan. Kejayaan-kejayaan ini akan menydiakan medan yang banyak manfaat dan memberikan impak yang besar kepada masyarakat sekitar dari sudut pembinaan akhlak,adab dab sakhsiah . Selain daripada berfungsi sebagai pusat penyibaran ilmu,dakwah dan pelbagai aktiviti ibadat, Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra Rantau Panjang juga berpotensi menjadi salah satu produk pelancongan dan bakal menjana hasil tambahan kepada pendapatan negeri dan rakyat setempat. Sejajar dengan itu, sejumlah RM3.0 Juta disediakan bagi projek pembinaan dan pembaikian masjid-masjid di seluruh Negeri Kelantan bagi pembangunan modal insan generasi muda berasaskan pegangan sistem nilai Islam yang diterjemahkan kepada bentuk gaya hidup berkualiti, berwawasan dan bermasa depan. Masa depan di sini yang kita maksudkan ialah merujuk kepada perancangan untuk mencari kebahagiaan di dunia yang tidak menyalahi syari’ah demi kebahagiaan abadi di akhirat kelak. Apa yang perlu ditakuti dan sama-sama dijauhi adalah bahaya azab neraka yang disediakan kepada rakyat, lebih-lebih lagilah pemimpin jika kita tersilap langkah dalam menentukan isi dan halatuju sebuah pembangunan.

Ingatlah,

Todak menyerang Singapura

Habis dikerat cincang lumat

Bila khianat pada manusia

Dunia akhirat tidak selamat.

YB. Dato’ Speaker,

Menerusi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, sebanyak RM5.57 Juta telah diperuntukan bagi menjalankan program-program berbentuk agama yang berterusan sepanjang tahun bagi menjamin kemaslahatan ummah Islam dan rakyat jelata pada amnya. Antara program-program yang bakal dijalankan adalah Program Dakwah, Penerbitan Bahan Dakwah, Kursus Pembangunan Keluarga, Kelas Akademik Al-quran, Kecemerlangan Solat, Membina Generasi Solat, Dakwah Orang Asli/Bukan Islam, Tahfiz Al-Quran, Perayaan Agama Islam dan Hijraturrasul, Ujian Tilawah Al-Quran, Pembangunan Islam Jajahan, Program Pembangunan Hududullah, Kursus Pra-perkahwinan, Bantuan Masjid Surau, Program Falak Syarie dan sebagainya.

Selain itu juga, Kerajaan akan terus melaksanakan program-program ke arah membudayakan Al-Quran sebagai satu prinsip yang seiring di antara pembangunan fizikal dan pembangunan kerohanian secara terancang dan mantap. Ia harus berkembang seluasnya merangkumi institusi masjid, surau, pejabat kerajaan, sekolah dan media dalam negeri.

Kerajaan percaya bahawa program-program pembangunan kerohanian yang bersistematik mampu mengimbangi dan menangani pengaruh gejala maksiat dikalangan remaja dan rakyat negeri ini. Program-program pengukuhan akidah diteruskan bagi membasmi mana-mana fahaman, ajaran dan amalan yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kerajaan juga akan terus memastikan pendidikan agama terus berkembang dan dengan pengemaskinian kurikulum, peningkatan pengetahuan dan kemahiran guru-guru serta kemudahan pengajaran dan pembelajaran dibawah Yayasan Islam Kelantan. Bagi tujuan tersebut, Kerajaan Negeri telah menaikan peruntukan kepada RM72.0 Juta kepada Yayasan Islam Kelantan (YIK) bagi melaksanakan program-program pendidikan, disamping RM2.0 Juta lagi bagi projek pembangunan baru, menaiktaraf dan menyelenggara bangunan sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan. Di samping itu, Kerajaan Negeri juga akan menyediakan peruntukan sejumlah RM2.0 juta kepada Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) untuk pembangunan dan pengurusan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).

Kerajaan Negeri juga akan terus memberi penekanan bagi memastikan langkah-langkah penambahbaikan pentadbiran Agama Islam dilaksanakan secara tersusun dan mengikut perancangan yang ditetapkan dan kemudahan persekitaran kerja yang sempurna haruslah dititik beratkan. Pada tahun 2012, beberapa buah kompleks Islam baru akan dibina di Pasir Puteh dan Bachok yang dianggarkan kos pembinaanya masing-masing berjumlah RM2.60 Juta, begitu juga satu bangunan blok baru iaitu blok 8 di Kompleks Kota Darulnaim yang dianggarkan menelan belanja sebanyak RM25.00 Juta bakal dibina bermula pada tahun 2012. Kompleks Baru Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas yang diangarkan kos pembinaanya berjumlah RM14.81 Juta sedang rancak dibangunkan dan sehingga September 2011, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM8.71 Juta bagi bayaran interim kemajuan projek berkenaan . Pada tahun 2012 juga kerajaan turut menyediakan peruntukan sebanyak RM3.0 Juta bagi program-program yang menjurus ke arah pembinaan Insan yang diperuntukan di bawah Pejabat Pembangunan Negeri.

TERAS KETIGA : PEMBELAAN GOLONGAN DAIF DAN MISKIN, ORANG KURANG UPAYA, ARMALAH DAN WARGA EMAS

Masyarakat Penyayang :

Yang berhormat Dato Speaker,

Sebagai sebuah kerajaan yang berpaksikan dasar Membangun Bersama Islam, kita sentiasa berusaha untuk menjadikan kebajikan sebagai agenda utama di dalam setiap gerak kerja. Antaranya ialah menyalurkan bantuan kepada golongan miskin dan yang berpendapatan rendah atau disebut sebagai dhuafa'. Selain ia merupakan tanggungjawab kerajaan. kita meyakini janji Rasulullah SAW bahawa dengan menolong golongan dhuafa', ia akan meraih keberkatan yang berpanjangan daripada Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW :

هَلْ تُنْصَرُونَ وَتُرْزَقُونَ إِلَّا بِضُعَفَائِكُمْ

yang bermaksud : "Tidakkah kamu ditolong dan diberikan rezeki kerana golongan dhuafa' yang ada bersama kamu..?" - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Justeru, untuk tahun 2012, kerajaan terus menyediakan peruntukan bagi Pembelaan Rakyat Miskin sebanyak RM1.2 Juta, sebanyak RM1.0 Juta untuk Bantuan Bekalan Air dan Elektrik. Manakala sebanyak RM5.5 Juta Bantuan Rumah Dhuafat untuk membantu rakyat miskin membaiki dan membina rumah. Ini menyaksikan pertambahan peruntukan sebanyak RM800 ribu berbanding sebelumnya. Untuk Program Bantuan Beras yang dikenali sebagai Skim Al it’am, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM2.5 Juta, manakala bagi program Gerbang Azziwaj iaitu bantuan menggadakan majlis perkahwinan untuk mereka yang kurang berkemampuan, RM2.0 Juta telah diperuntukkan. Untuk makluman, peruntukan bagi program Gerbang Azziwaj yang telah dimulakan pada tahun 2011 ini telah ditambah sebanyak setengah juta berbanding bajet pada tahun lepas.

Kerajaan Negeri juga akan terus memberi perhatian yang utama kepada golongan daif dan miskin, orang kurang upaya, armalah dan warga emas. Oleh itu, Kerajaan akan terus menyediakan peruntukan-peruntukan secukupnya untuk rakyat miskin dan yang memerlukannya. Dalam Bajet 2012, menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, Kerajaan turut meneruskan tradisi bagi membela golongan ARMALAH (wanita tanpa suami) dengan memperuntukkan sebanyak RM2.5 Juta, bantuan Anak Yatim sebanyak RM2.0 Juta, bantuan khas untuk orang miskin sebanyak RM1.0 Juta dan Bantuan Am (Bantuan Bulanan) sebanyak RM6.38 Juta. Peruntukan-peruntukan ini disediakan sesuai dengan hasrat memupuk masyarakat penyayang, selari dengan tuntutan Islam kearah mewujudkan masyarakat dan negeri sejahtera dan Kerajaan akan terus menyediakan peruntukan-peruntukan bagi tujuan pembelaan dan kesejahteraan rakyat.

Di dalam satu hadis, diriwayatkan bahawa Aisyah r.a. pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda di dalam rumahnya :

اللَّهُمَّ مَنْ وَلِيَ مِنْ أَمْرِ أُمَّتِي شَيْئًا فَشَقَّ عَلَيْهِمْ فَاشْقُقْ عَلَيْهِ وَمَنْ وَلِيَ مِنْ أَمْرِ أُمَّتِي شَيْئًا فَرَفَقَ بِهِمْ فَارْفُقْ بِهِ

yang bermaksud : Ya Allah siapa yang menguasai sesuatu dari urusan umatku,lalu mempersukar kepada mereka,maka persukarlah baginya. Dan siapa yang mengurusi umatku lalu berlemah lembut pada mereka, maka permudahkanlah baginya. (Hadith riwayat Muslim).

Memahami ruh hadith ini, Kerajaan akan meneruskan program membantu kesihatan rakyat miskin yang menghidapi penyakit kronik dimana sejumlah peruntukan telah dinaikkan kepada RM1.0 Juta. Disamping itu, RM1.0 Juta lagi diperuntukan kepada orang kurang upaya (OKU) bagi membantu golongan-golongan tersebut dalam pelbagai aktiviti memajukan diri mereka melalui pelbagai bidang ekonomi dan kerjaya. Kerajaan juga menyediakan peruntukan khusus kepada Penjaga Pesakit di Hospital dimana sebanyak RM50.0 Ribu diperuntukan.

Sebagaimana tahun-tahun yang lepas, Kerajaan juga tidak lupakan golongan belia dan akan terus melaksanakan program pembangunan belia yang bersesuaian dengan jiwa dan rohani mereka untuk melahirkan masyarakat, remaja dan belia yang sihat dan beriman serta mematuhi etika-etika sosial. Bagi mencapai matlamat tersebut, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM5.0 Juta kepada aktiviti belia dan pembangunan sukan. Peruntukan ini membuktikan bahawa Kerajaan tidak sesekali mengabaikan pembangunan sukan di Negeri Kelantan. Ini kerana kita sedar yang minda yang sihat amat bergantung kepada tubuh badan yang sihat.

Bagi memenuhi tuntutan dan keperluan anak muda di samping menghargai sokongan yang padu daripada peminat-peminat sukan di negeri ini, Kerajaan juga ingin memaklumkan cadangan untuk membina sebuah Kompleks Sukan Negeri Kelantan dan Bandar Baru Red Warriors di atas tanah seluas 126 ekar di Mukim Bukit Merbau, Pasir Puteh, Kelantan. Untuk itu, kita sedang di peringkat menerima cadangan yang telah dikemukakan oleh pelbagai pihak swasta yang berminat.

Di samping itu, Kerajaan juga menyediakan peruntukan sebanyak RM150 Ribu dibawah Program Bantuan kepada Badan-Badan Sukarela, RM1.70 Juta disediakan bagi sumbangan untuk kebajikan orang Bukan Islam dan Orang Asli. Bajet 2012 juga tidak mengetepikan kebajikan dan keperihatinan kepada kaum wanita, sebanyak RM2.5 Juta diperuntukkan bagi sumbangan untuk Kebajikan dan Pembangunan Wanita, dan RM500 ribu untuk Program Latihan Belia dan wanita.

Sebagaimana tahun-tahun sebelum ini, Kerajaan Negeri juga akan terus memberi tumpuan dalam melaksanakan Program Perumahan Rakyat khususnya Program Perumahan Awam Kos Rendah dan Mampu Milik. Untuk tujuan tersebut, satu peruntukan berjumlah RM 4.0 Juta disediakan kepada Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri untuk melaksanakan usaha-usaha membangunkan kemudahan perumahan awam kos rendah. Di samping itu, Kerajaan Negeri juga akan mempertingkatkan lagi usaha bagi melaksanakan Program Usahasama dengan pemaju swasta dalam membangunkan kemudahan penempatan baru dengan memberi penekanan kepada perumahan kediaman mampu milik. Kerajaan amat menyedari masih ramai rakyat di negeri ini yang memerlukan kemudahan perumahan sedemikian rupa. Kerajaan juga menaruh harapan yang tinggi supaya Kerajaan Persekutuan dapat membantu Kerajaan Negeri dalam penyediaan peruntukan bagi melaksanakan Projek Perumahan Awam Kos Rendah dan Mampu Milik sebagaimana yang disediakan kepada Kerajaan negeri lain sejak sekian lama.

Sektor perkhidmatan Awam dan Pentadbiran Berasaskan prinsip Keislaman:

Kerajaan Negeri sentiasa menghargai sokongan dan komitmen kakitangan sektor awam dan sumbangan mereka dalam mencapai matlamat pembangunan negeri. Kerajaan akan terus memastikan kebajikan dan keselesaan mereka terus diberi perhatian yang utama dan Kerajaan sentiasa yakin bahawa pegawai dan kakitangan awam negeri akan terus mempertingkatkan kualiti perkhidmatan dengan cemerlang dan penuh tanggungjawab. Sebagai imbuhan awalan, Kerajaan Negeri bersetuju mengikuti sama langkah Kerajaan Persekutuan untuk membayar imbuhan tahunan dan bayaran khas prestasi sebanyak setengah bulan gaji atau minimun RM500.00 kepada semua anggota perkhidmatan awam negeri pada bulan Ogos 2011 dimana kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM6.12 Juta bagi tujuan tersebut tidak termasuk bayaran yang dibuat oleh agensi-agensi Negeri.

Di kesempatan ini juga, saya ingin mengumumkan tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011. Ini sebagai menghargai komitmen berterusan penjawat awam yang telah menyokong kerajaan negeri Kelantan selama ini. Alhamdulillah, sekalipun dikata orang kantung kerajaan Kelantan kempis, kita tetap mampu memberikan penghargaan dalam bentuk bonus kepada kakitangan.

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada jentera pentadbiran negeri kerana pada pertengahan tahun 2011, boleh dikatakan semua jabatan pentadbiran Kerajaan Negeri telah mengamalkan bacaan beberapa ayat suci al-quran dan terjemahan bacaan di setiap pagi hari bekerja sebelum memulakan rutin pentadbiran harian. Kita mengharapkan agar amalan ini diteruskan dengan penghayatan terhadap isi kandungan al-Quran untuk diterjemahkan di dalam urusan pentadbiran harian.

Dengan penambahbaikan dalam pengurusan dan pentadbiran tersebut, Kerajaan berharap ia bukan sahaja dapat membantu Kerajaan khususnya dalam melaksanakan program-program pembangunan kearah kesejahteraan rakyat di negeri ini, malah turut memastikan jentera Kerajaan dapat menyempurnakan peranannya supaya terus menyumbang kepada daya maju ekonomi negeri. Kerajaan berharap peruntukan pembangunan sebanyak RM254.94 Juta yang disediakan dalam Bajet 2012 ini akan dapat dirancang dan dilaksanakan sepenuhnya.

Semoga pembentangan Bajet pusingan ini mampu di hargai dan dirasai kehadiran setiap bilah dari spektrum keprihatinannya. Kami telah cuba menjenguk, menyelami dan menyeluruhi setiap segmen dari kehendak dan keperluan sektor demi masa depan rakyat dan Negeri Kelantan yang lebih berkebajikan.

Kata bersongsong jadi bantah,

Kata kemudian kata bercari,

Nan ditepati kata dahulu;

Petua alim nan sudah-sudah,

Lain di mulut lain di hati,

Hukumnya munafik kata guru.

Semoga kita tidak begitu. Wal iya zubillah.

YB.Dato’ Speaker,

BAJET NEGERI KELANTAN TAHUN 2012

Bajet Negeri Kelantan Tahun 2012 sekalipun merupakan belanjawan defisit namun dijangka dapat mengulangi rekod pada tahun 2010 di mana defisit sebenar jauh berkurangan berbanding angka defisit di dalam bajet. Menurut laporan Ketua Audit Negara, defisit di dalam bajet Kelantan 2010 dianggarkan berjumlah RM80 juta namun pada akhir tahun 2010, angka sebenar ialah RM3.4 juta iaitu pengurangan sekitar 95%.

Di dalam bajet kali ini, perolehan hasil yang dianggarkan bakal diperolehi ialah berjumlah RM430.27 Juta, manakala Perbelanjaan Mengurus dianggarkan berjumlah RM513.50 Juta. Oleh itu defisit bagi tahun 2012 dijangka berjumlah RM83.23 Juta, berbanding dengan defisit dalam bajet tahun 2011 yang berjumlah RM53.25 Juta.

Walaupun anggaran hasil tahun 2012 sebanyak RM430.27 juta telah menunjukkan kenaikan berbanding anggaran hasil tahun 2011 yang berjumlah RM410.89 Juta, namun kenaikan berkenaan masih tidak mencukupi untuk menampung anggaran perbelanjaan mengurus dan menyebabkan peningkatan defisit berbanding tahun 2011.


ANGGARAN HASIL TAHUN 2012

Anggaran Hasil Negeri pada Tahun 2012 dijangka akan diperolehi sebanyak RM 430.27 Juta yang meliputi Hasil Cukai sebanyak RM 88.49 Juta, Hasil Bukan Cukai sebanyak RM 196.24 Juta, sementara Terimaan Bukan Hasil sebanyak RM 145.54 Juta.

Jumlah tersebut menunjukkan berlakunya peningkatan dalam hasil sebanyak RM19.38 Juta ataupun sebanyak 5 peratus berbanding dengan Anggaran Hasil Tahun 2011.

Peningkatan hasil bagi pada Tahun 2012 adalah berpunca daripada beberapa penyemakan semula yang dibuat oleh jabatan-jabatan setelah mengambilkira pungutan sebenar hasil yang diperolehi bagi tahun 2010 dan sehingga Jun 2011. Hasil Tanah akan menjadi penyumbang terbesar dengan jumlah RM 109.46 juta atau 25.44 peratus daripada keseluruhan jumlah hasil. Ia menunjukan peningkatan sebanyak RM2.24 juta jika dibandingkan anggaran belanjawan tahun 2011 iaitu sebanyak RM107.21 juta. Hasil tanah meliputi pungutan Cukai Tanah sebanyak RM 36.97 juta, Premium Tanah RM 37.70 juta, Bayaran Pendaftaran RM 5.68 juta serta Bayaran Gadaian sebanyak RM 3.79 juta.

Manakala Perhutanan menyumbang sejumlah RM118.51 Juta atau 27.54 peratus daripada keseluruhan jumlah hasil. Hasil hutan meliputi Royalti Kayu Kayan yang akan menyumbangkan sebanyak RM 25.00 Juta, Tribute Konsesi Hutan sebanyak RM 4.20 Juta, Permit dan Lesen Perhutanan menyumbang RM1.71 Juta sementara Premium Perhutanan pula sebanyak RM 40.00 Juta.

Kerajaan akan meneruskan usaha-usaha untuk meningkatkan kesedaran kepada pemilik-pemilik tanah agar menjelaskan premium dan cukai tanah serta tunggakan menerusi kempen dan usaha bersepadu oleh semua Pejabat Tanah. Ini bertujuan untuk mempertingkatkan kecekapan dalam urusan kutipan hasil dan cukai disamping mengenalpasti punca-punca hasil baru. Kesungguhan Kerajaan menerusi penubuhan pasukan petugas khas serta peruntukan peralatan, kewangan dan kakitangan dijangka mampu menjana peningkatan pungutan hasil. Walau bagaimanapun kempen dan galakan promosi kutipan hasil perlu berjalan seiring dengan tindakan undang-undang seperti yang diperuntukkan dibawah Kanun Tanah Negara. Badan Penguatkuasaan perlu diperkemas lagi supaya benar-benar berkesan.

Selaras dengan usaha tersebut, Kerajaan Negeri juga berharap agensi-agensi negeri seperti Pihak Berkuasa Tempatan, YAKIN, Yayasan Islam Kelantan dan PKINK akan terus berusaha untuk mempertingkatkan hasil atau mencari punca hasil baru. Mereka perlu kreaktif dan proaktif dalam usaha ini supaya dapat berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada sumber bantuan Kerajaan Negeri. Mulai hari ini,mari kita sama-sama cuba berdiri dan berdikari setegaknya untuk mendapatkan bayang teduh yang selurusnya.

ANGGARAN PERBELANJAAN MENGURUS TAHUN 2012

Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tahun 2012 berjumlah sebanyak RM513.49 Juta berbanding sebanyak RM464.13 Juta dalam tahun 2011, iaitu meningkat sebanyak RM49.36 Juta atau 11 peratus, merangkumi Perbelanjaan Tanggungan sebanyak RM22.90 Juta dan Perbelanjaan Bekalan berjumlah RM490.60 Juta.

Dari jumlah tersebut, RM271.32 Juta atau 52.84 peratus adalah untuk Pemberian dan Kenaan Tetap, RM146.55 Juta atau 28.54 peratus untuk Emolumen, RM77.91 Juta atau 15.17 peratus bagi Perkhidmatan dan Bekalan, RM15.59 Juta atau 3.04 peratus untuk Aset dan RM2.12 Juta atau 0.41 peratus untuk Lain-Lain Perbelanjaan.

Selaras dengan dasar serta tema Bajet 2012 iaitu Kesejahteraan Bersama Keberkatan, Kerajaan telah meneliti secara terperinci anggaran belanjawan jabatan dan jabatan Kerajaan bagi memastikan peruntukan yang disediakan adalah merupakan keperluan sebenar jabatan dengan mengambilkira kenaikan kos-kos pengurusan. Oleh yang demikian, perbelanjaan mengurus bagi tahun 2012 telah dapat disediakan ke paras yang amat munasabah dan memenuhi keperluan sebenar setiap jabatan. Dengan demikian, pihak kerajaan berharap nilai akauntabiliti terus terpelihara di dalam pengurusan kewangan kerajaan. Ia seterusnya diharapkan dapat meraih keberkatan daripada Allah SWT. Oleh itu, setiap anggota perkhidmatan awam negeri perlu bersedia dan turut menyumbang ke arah peningkatan prestasi dan produktiviti kerja dalam usaha memenuhi kehendak rakyat selaku pelanggan utama kerajaan.

ANGGARAN PERBELANJAAN PEMBANGUNAN TAHUN 2012

Peruntukan Pembangunan bagi tahun 2012 adalah berjumlah sebanyak RM254.94 Juta yang dibiayai dibawah peruntukan negeri termasuk sebanyak RM113.00 Juta daripada sumber pinjaman. Kerajaan Negeri akan terus memberi fokus dan penekanan kepada usaha mempertingkatkan penyediaan prasarana dan kemudahan bagi memajukan tahap sosioekonomi rakyat jelata berasaskan kepada kemampuan kewangan Kerajaan Negeri. Ringkasnya, kita sedang menggunting baju ikut ukuran badan dan keutamaan kita sendiri. Ini selaras dengan pengertian bajet oleh seorang US Senator dari The State of Louisiana bernama Mary Landrieu berbunyi, (dengan izin YB.Dato’ Speaker) “A budget should reflect the values and priorities of our nation and its people”. Jika dihalusi, inilah pun, ruh keseluruhan Bajet Negeri Kelantan 2012 iaitu sebuah pancaran niat dan keikhlasan berteraskan nilai-nilai luhur agama Islam kita yang maha suci; dipadankan pula dengan senarai semak keutamaan fizikal yang menjadi hasrat rakyat semasa di seluruh negeri. Apa orang nak kata, tidak mengapalah.

Orang mengail berumpan lokan,

Sampan dikayuh terlalu laju,

Orang mengail dapat ikan,

Saya mengail dapat baju.

PENUTUP

Merancang sudah, membentangpun sudah. Hanya bahas saja yang belum. Semoga Allah sudi melimpahkan restu keberkatan dalam segenap ikhtiar yang kita sama-sama sedang usahakan ini. Akhir kalam, saya ingin mengambil kesempatan disini untuk menyampaikan ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat, Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun, Penguasa-Penguasa Tempatan, Pegawai dan Anggota Keselamatan, Pemimpin-Pemimpin Masyarakat dan seluruh rakyat negeri Kelantan ini yang telah sama-sama berusaha untuk mewujudkan perpaduan, keamanan, kemakmuran serta kesejateraan hidup di negeri yang kita sama-sama kita sayangi ini. Marilah kita sama-sama merendahkan diri dan berdoa dengan sungguh-sungguh agar Allah S.W.T menjadikan Belanjawan Negeri Tahun 2012 yang bertemakan “Kesejahteraan Bersama Keberkatan” yang kita bentang ini dilimpahi dengan petunjuk, rezeki dan keberkatan yang berpanjangan.

اللَّهُمَّ أَصْلِحْ لِي دِينِي الَّذِي هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِي وَأَصْلِحْ لِي دُنْيَايَ الَّتِي فِيهَا مَعَاشِي وَأَصْلِحْ لِي آخِرَتِي الَّتِي فِيهَا مَعَادِي وَاجْعَلْ الْحَيَاةَ زِيَادَةً لِي فِي كُلِّ خَيْرٍ وَاجْعَلْ الْمَوْتَ رَاحَةً لِي مِنْ كُلِّ شَرٍّ

Ya Allah, perbaikilah bagi kami agama kami sebagai benteng urusan kami, perbaikilah bagi kami dunia kami yang menjadi tempat kehidupan kami, perbaikilah bagi kami akhirat kami yang menjadi tempat kembali kami! Jadikanlah ya Allah kehidupan ini mempunyai nilai tambah bagi kami dalam segala kebaikan dan jadikanlah kematian kami sebagai kebebasan kami dari segala kejahatan!

Saya Pohon Mencadangkan.

Wabillahi Taufiq Wal Hidayah

Wassalamu Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

harakahdaily/-