07 October 2011

Kadar inflasi naik

9 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Kadar inflasi di Malaysia terus meningkat kepada 3.1 peratus pada tujuh bulan pertama tahun ini daripada 1.7 peratus tahun lepas, berikutan lonjakan harga komoditi global terutamanya bahan api dan komoditi makanan.

Menurut Laporan Ekonomi 2011/2012 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan, tiga penyumbang utama kepada kenaikan inflasi ialah kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol, pengangkutan serta perumahan, air, elektrik, gas dan bahan lain, yang keseluruhannya telah menyumbang kepada 2.5 mata peratusan kepada peningkatan Indeks Harga Pengguna (IHP).

Selain faktor bekalan, kenaikan inflasi juga disumbang sebahagiannya oleh rasionalisasi subsidi bagi beberapa barangan keperluan pengguna termasuk gula, petrol RON97 dan tarif elektrik.

Kadar inflasi di Malaysia dalam wajaran makanan IHP termasuk minuman bukan alkohol kekal antara terendah di rantau ini berbanding negara lain seperti Singapura (5 peratus), Filipina (4.8 peratus) dan Thailand (3.6 peratus).

Prihatin terhadap kesan kenaikan harga makanan yang membebankan rakyat, terutamanya golongan isi rumah miskin dan berpendapatan rendah, kerajaan melaksanakan pelbagai langkah bagi mengurangkan kesan kenaikan inflasi.

Antaranya ialah menjadikan kenaikan kos sara hidup sebagai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), dengan tujuan utama mengenal pasti langkah bagi membantu dan meringankan bebanan kos sara hidup yang dihadapi rakyat.

Bagi menangani kesan kenaikan harga makanan, kerajaan antara lain melancarkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang bermula di Lembah Klang. KR1M menawarkan 250 barangan runcit berjenama 1Malaysia pada harga 40 peratus lebih rendah daripada harga pasaran bagi meringankan beban kumpulan mudah terjejas di kawasan bandar.

"Menu Rakyat 1Malaysia" juga diperkenalkan tahun ini dan sehingga kini 728 pengendali restoran seluruh negara telah menyertai program ini yang menawarkan hidangan set sarapan pagi pada harga RM2 dan makan tengah hari RM4.

Langkah lain termasuklah melaksanakan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010 bagi mengawal harga barangan dan caj perkhidmatan serta menghalang aktiviti pencatutan.

malaysiakini/-

Hadi kecewa UMNO fitnah hudud ciptaan PAS

9 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Datuk Seri Abdul Hadi Awang melahirkan rasa kecewa selepas mendapati UMNO cuba memfitnah PAS dengan mendakwa hukum hudud yang ingin dilaksanakan itu merupakan hukum ciptaan PAS.

“Di Parlimen penggal 1990-1995 saya pernah mengemukakan usul supaya diselesaikan perkara ini tetapi ditolak begitu sahaja. Di sana ada pula tuduhan bahawa undang-undang itu ciptaan PAS. Walaupun semua tahu bahawa undang-undang syariat yang dinaskan dalam al-Quran dan hadis adalah jelas, tetapi PAS tetap dituduh dan difitnah,” katanya.

Bagaimanapun isu tersebut kembali bangkit menjelang pilihan raya umum ke-13 dan kini gabungan Pakatan Rakyat yang dianggotai DAP telah menjadikan isu tersebut semakin rumit.

malaysia today/-

Cabut gigi semurah RM6.50

9 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

SRINAGAR, India - Penduduk di bandar ini, wilayah Kashmir tidak gemar mengunjungi klinik-klinik gigi untuk mendapatkan rawatan pergigian.

Mereka sebaliknya lebih suka menemui doktor-doktor gigi tidak bertauliah yang beroperasi di tepi jalan-jalan sekiranya mahu gigi mereka dicabut.

Berbekalkan beberapa peralatan asas termasuk pahat, doktor-doktor gigi jalanan tersebut hanya mengenakan caj sekitar AS$2.03 (RM6.50) untuk perkhidmatan mereka. - Reuters

Najib bentang Bajet 2012

9 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini membentangkan Belanjawan 2012, belanjawan yang kedua di bawah tempoh pelan pembangunan lima tahun Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10).

Berpakaian baju Melayu serba merah hati, Najib yang juga Menteri Kewangan mula berucap pada pukul 4 petang di Dewan Rakyat dengan tema "Belanjawan Transformasi: Membela Rakyat, Mensejahtera Negara".

Ucapan Perdana Menteri itu disiarkan secara langsung melalui stesen-stesen utama radio dan televisyen.

Belanjawan 2012 dilihat sebagai dokumen yang menggariskan strategi kerajaan dalam menjayakan agenda transformasi negara ke arah mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Setelah memperkenalkan Program Transformasi Kerajaan, Prorgam Transformasi Ekonomi dan langkah transformasi politik, pembentangan Belanjawan 2012 dianggap sebagai memenuhi keperluan menjayakan hasrat Gagasan 1Malaysia.

Dewan Rakyat dijadual mula membahaskan Belanjawan 2012 minggu depan.

INTIPATI BAJET 2012

Jumlah bajet - RM232.8 bilion

Perbelanjaan Operasi - RM181.6 bilion

Perbelanjaan Pembangunan - RM51.2 bilion.

malaysiakini/-

Banjir lumpur

9 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA KANGSAR – Penduduk yang tinggal di Simpang Lawin, Jalan Taiping, di sini, berdepan masalah apabila kawasan penempatan mereka dinaiki air dan dilanda banjir lumpur, sejak kebelakangan ini.

Bukan sahaja penduduk, para petani yang berkebun turut terkena musibah apabila tanaman mereka musnah ditenggelami air banjir.

Penduduk mendakwa, masalah berkenaan timbul berikutan wujudnya projek perumahan di bahagian atas bukit berhampiran penempatan itu dan sebahagiannya masih dalam pembinaan tetapi tidak mempunyai sistem saliran secara sistematik.

Penduduk, M.Ravindran, 38, berkata, dia sudah tinggal di kawasan itu sejak sepuluh tahun lalu tetapi tidak pernah berdepan masalah sedemikian sehinggalah kejadian pertama pada Mac lalu.

Menurutnya, beberapa hari lalu, rumah dan kawasan pertanian milik penduduk sekali lagi dilanda banjir dan keadaan itu semakin teruk.

“Di bahagian atas penempatan ini terdapat satu projek perumahan dan di situ ada satu kawasan tadahan air tetapi pemaju tidak membina sistem saliran yang baik.

“Bila hujan, air akan turun ke bawah dan mengalir ke kawasan rumah dan kebun penduduk, tahun ini sudah dua kali banjir lumpur berlaku.

“Sepatutnya aliran air berkenaan dihalakan ke sungai tetapi ia dibiarkan begitu sahaja dan kami menerima kesannya,”katanya kepada sinar Harian, di sini, kelmarin.

Katanya, berikutan masalah itu, dia bersama beberapa lagi penduduk bertindak membuat laporan polis bagi menggesa pihak berwajib mengambil tindakan dan meminta bayaran ganti rugi.

“Kami sudah membuat laporan polis secara berasingan dan sebelum ini, masalah ini pernah diadukan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tetapi sehingga kini tiada perubahan berlaku.

“Pihak berkaitan juga ada membuat lawatan di kawasan ini selepas kejadian banjir Mac lalu tetapi tindakan sewajarnya masih kami tunggu,”katanya.

sinar harian/-

Suami rimas didekati isteri

9 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Soalan

Saya sudah berbulan-bulan tidak tidur bersama suami kerana dia menjauhkan daripada saya. Setiap kali saya mendekatinya dia merungut “panas, rimas dan jauh daripada aku, aku tidak boleh mendekati kamu.” Apabila saya mengajaknya berubat dia enggan, sebaliknya mendakwa saya yang sakit dan perlu diubati. Ramai pengubat yang saya temui mengatakan suami saya disihir. Jika benar, apakah yang perlu saya lakukan untuk mengatasi masalah ini yang semakin genting.

Aniza,
Kuala Lumpur

Jawapan

Masalah dalam rumah tangga memang banyak. Salah satu daripadanya berkenaan kisah yang puan paparkan. Permasalahan sebegini banyak berlaku dan saya selalu diadukan hal-hal seperti ini.

Ramai ahli perubatan mudah menyimpulkan dan mengaitkan masalah ini dengan sihir. Bagaimanapun saya sendiri tidak pandai untuk mengatakan bahawa suami disihir kerana saya tidak mengetahui perkara yang sebenar.

Sebenarnya tiada orang yang boleh tahu ia adalah fenomena daripada sihir.

Sihir memang wujud. Ia perkara ghaib. Nama atau istilah sihir itu sendiri bermakna sesuatu yang disembunyikan atau tersembunyi daripada orang ramai.

Jika ia sihir, ia dilakukan secara sulit dan penuh rahsia. Jika ia rahsia, bagaimana para pengubat boleh mengatakan ia adalah sihir.

Jika pengubat berkenaan memberitahu bahawa suami puan terkena sihir, maka ertinya dia mengetahui perkara ghaib.

Saya pernah menjelaskan dalam ruangan ini sebelum ini, bahawa insan mana pun tidak akan mengetahui perkara yang ghaib kerana Allah berfirman (mafhumnya): "Katakanlah ‘Tiada sesiapapun mengetahui perkara yang ghaib sama ada yang menghuni langit atau bumi, melainkan Allah SWT sahaja...(hingga akhir ayat)." - Surah an-Naml ayat 65

Firman Allah (mafhumnya): "Allah sahajalah yang mengetahui segala yang ghaib, maka ada yang dizahirkan keghaiban itu kepada sesiapapun.” - Surah al-Jinn, ayat 26.

Dalam peristiwa lain dalam hadis sahih diceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. disihir seorang Yahudi yang bernama Labeed bin al-A'ksam dan baginda sendiri tidak mengetahui disihir sehinggalah diberitahu oleh Jibril a.s.

Jika Rasulullah s.a.w. sendiri tidak mengetahui disihirkan, bagaimana kita mudah-mudah mengetahui ada orang disihirkan?

Oleh yang demikian saya berfikir kes puan ada kaitannya dengan permasalahan suami isteri.

Ada kalanya saya bersetuju, apa yang dipaparkan ia ada kena mengena dengan sihir. Salah satu senario sihir seperti Firman Allah (mafhumnya): "...Dalam pada itu ada yang mempelajari ilmu sihir daripada Harut dan Marut, dengannya boleh menceraikan antara suami dan isteri...(hingga akhir ayat)." - Surah al-Baqarah, ayat 102.

Ayat ini jelas menunjukkan wujudnya ilmu sihir dan antara perkara yang boleh berlaku adalah (dengan izin Allah) memusuh, melaga-lagakan sehingga mencerai beraikan suami isteri.

Apa yang puan alami adalah kerengangan yang merosakkan fungsi perkahwinan. Seolah-olah telah hilang kemesraan dan kasih sayang sudah bertukar kepada permasalahan yang membawa keadaan yang tidak diingini.

Kejadian seperti ini tidak semestinya daripada sihir perbuatan orang. Jika tidak kerana disihirkan pun, boleh terjadi kejadian sedemikian itu.

Mungkin antaranya adalah kerana suami berpenyakit mati pucuk (sebagai contoh), dia malu memberitahu isterinya, lalu bersikap dingin, menyalahkan orang lain, kononnya dia disihirkan.

Atau, suami hilang minat kepada isteri di atas kelemahan-kelemahan isteri yang suami tidak tahu untuk mengatasinya dan tidak mahu membincangkannya.

Atau, kerana perangai-perangai isteri yang keterlaluan hingga menyebabkan suami menyampah terhadapnya.

Atau dengan sebab-sebab lain seperti ada campur tangan pihak ketiga dan sebagainya yang menyebabkan suami hilang minat terhadap isteri, maka berlakulah perkara yang puan sebutkan tadi.

Saya tidak bermaksud untuk meletakkan hal-hal yang sedemikian itu berlaku kepada puan. Saya sekadar ingin mengajak puan dan semua yang berlaku kes seumpama ini pada diri mereka, melihat dahulu faktor-faktor fizikal melanda kehidupan kita.

Sekalipun berlaku apa yang puan sebutkan itu, maka ubatilah masalah itu dengan bersungguh-sungguh tanpa melabelkan ia perbuatan sihir.

Ada kemungkinan bahawa hal seperti ini berlaku kerana gangguan syaitan yang tidak disuruh mana-mana atau dipergunakan ilmu sihir yang berinsusiasi dengan makhluk halus.

Sememangnya syaitan itu musuh utama yang sentiasa berusaha memporak perandakan kehidupan anak Adam. Pun demikian tidak dikatakan sihir, walaupun tanda-tandanya semacam sihir. Jika mudah-mudah dianggap sebagai sihir, ia menimbulkan satu lagi penyakit iaitu sakit hati kepada orang yang buat sihir.

Lebih malang lagi jika ada yang menuding jari 'si pulan itu membuatnya, si anu itu membuatnya' atau lebih teruk mendakwa jiran, kawan sepejabat atau orang terdekat melakukannya. Keparahan itu menyebabkan penyakit tidak terlerai, penyakit tidak disembuhkan.

Apapun puan perlu cuba mengubati orang yang berpenyakit, cuba berjumpa orang yang diyakini boleh menolong, tiada penyakit yang tiada penawarnya.

Sekurang-kurangnya puan dan suami berdoa ke hadrat Allah untuk disembuhkan, beramal dengan ayat-ayat al-Quran seperti yang tersebut dalam hadis-hadis sahih.

"Nabi menyuruh keluarganya beramal dengan membaca Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah an-Naas, ayat al-Kursyi dan lain-lain." (Hadis riwayat A'ishah r.anha)

Atau puan dan suami boleh tambah membawa 11 ayat dalam Surah al-Baqarah, ayat 1, 2, 3, 4 dan 5, baca ayat 255, 256, 257 dan 284, 285 serta 286.

Berbuatlah demikian, lakukan cara yang disarankan oleh syarak untuk mengubati penyakit suami puan.

Wallahua'lam.

Datuk Dr Haron Din

Pokok beracun

9 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit.

Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumboh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam.

Biaqpila/-

DVD Perjalanan Purba Hina nabi, umat Islam

9 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

JOHOR BAHRU: Siri lengkap cakera padat digital (DVD) selama 15 jam bertajuk ‘Perjalanan Purba’ mengisahkan hidup nabi dipercayai dihasilkan di Timur Tengah dalam Bahasa Arab, dikhuatiri boleh memesongkan akidah umat Islam negara ini berikutan ia melakonkan semula pengalaman dilalui pesuruh Allah ketika berdakwah.

Siri lengkap dengan sari kata bahasa Inggeris itu dipercayai menjalani penggambaran di Maghribi, Palestin dan Jordan, sekitar 2003 hingga 2006, dikatakan sudah berada di negara ini melalui pengedarnya yang dipercayai beroperasi di Kuala Lumpur.

Lebih mengejutkan, orang ramai boleh menonton sedutan filem itu melalui Internet yang menggambarkan kisah hidup dan dugaan ditempuh nabi dimaksudkan.

Antara tajuk siri itu termasuk Adam and Hawa (Dibalik Pintu Tertutup), Ishaak dan Yacoub (Dua Brothers), Nabi Nuh dan Bencana, Nabi Ibrahim (Janji) Nabi Yusuf (Sang Pemimpi), Nabi Musa (40 Tahun Kemudian), Nabi Daoud (Seorang Raja Warrior), Nabi Elia (Nabi Api) dan Nabi Samu’eel (Resah Satu).

Dalam siri Adam and Hawa, ia melakonkan watak Nabi Adam dan isterinya, Hawa dihalau dari syurga selepas memakan buah ‘Khuldi’ yang dilarang Allah, namun tetap dilakukan hasil hasutan syaitan.

Mereka kemudian digambarkan sampai ke dunia melalui sebuah pintu sebelum pintu itu ditutup, menyebabkan kedua-duanya kekal hingga dikurniakan anak. Manakala siri Nabi Nuh dan Bencana menggambarkan usaha Nabi Nuh membina bahtera bagi menghadapi banjir selepas mendapat alamat daripada Allah.

Bagaimanapun, baginda mendapat tentangan daripada anak serta isteri yang menganggap perkara itu tidak masuk akal dan mengarut.

Mengulas kewujudan siri berkenaan, Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ), Datuk Noh Gadut berkata, perkara itu dianggap satu penghinaan kepada rasul dan nabi serta umat Islam amnya, berikutan nabi dan rasul manusia istimewa di sisi Allah,

insan kamil dan maksum serta tidak dicatatkan dosa dan terlalu bersih. Kerana itu, katanya, jika watak mereka dilakonkan ia seolah-olah berlaku penghinaan kepada batang tubuh, identiti, sahsiah nabi dan rasul itu sendiri kerana pemegang watak itu insan biasa.

Beliau menyatakan kekesalannya kerana tindakan itu dianggap memperdagangkan nabi dan tidak patut berlaku.

“Nabi utusan sempurna yang menyampaikan wahyu kepada umat Islam dan tidak boleh disamakan dengan manusia biasa dengan apa cara sekalipun. Lakonan dibuat mungkin tidak tepat daripada segi penyampaian sejarah dan fakta kerana nabi ciptaan Allah yang terpuji.

“Perkara boleh dipertikaikan pemegang watak itu sendiri, adakah dia seorang Islam sedangkan Muslim ditegah berlakon sebagai seorang nabi, ditambah lagi tahap keimanannya tidak boleh disamakan dengan mana-mana nabi atau rasul.

“Ini boleh jejaskan akidah umat Islam kerana risau ada perkara ditokok tambah atau dikurangkan untuk menyedapkan jalan cerita,” katanya.

Harian Metro/-

Muka Melecur Akibat Rawatan Laser

9 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Impian seorang suri rumah untuk mencantikkan wajahnya melalui rawatan laser bertukar menjadi mimpi ngeri apabila mengalami kesan melecur dan kerugian RM5,000.

Wanita dikenali sebagai Chao, 45, mendakwa beliau menjalani rawatan tersebut di pusat kecantikan di Kluang.

Menurutnya, dia melakukan rawatan tersebut dengan lima peringkat.

Bagaimanapun, selepas menjalani pembedahan kelima, hidungnya mengalami kesan melecur.

“Saya membuat aduan kepada doktor tersebut dan dia menawarkan rawatan dua rawatan percuma bagi mengatasi masalah tersebut malah berjanji keadaan akan pulih selepas itu.

“Tetapi pada 13 Mei lalu, selepas menjalani rawatan terakhir kesan melecur tersebut bertambah teruk,” katanya di Wisma MCA di sini semalam.

Menurutnya, dia mengadu mengalami rasa sakit serta mukanya kepanasan tetapi tidak diendahkan doktor.

“Saya membuat aduan sekali lagi, tetapi pusat kecantikan tersebut menasihatkan saya supaya menjalani rawatan muka dan memujuk untuk membeli produk kecantikan wajah bagi tagani masalah itu, ” katanya.

Menurutnya, dia menerima surat peguam mendakwa, tindakannya membuat aduan itu menjejaskan nama baik pusat kecantikan itu.

Dalam perkembangan sama, Ketua Jabatan Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong berkata, pihaknya akan melihat apa tindakan sewajarnya yang boleh diambil bagi membantu mangsa. berhubung perkara itu.

“Kita harap pusat kecantikan tersebut dapat menyelesaikan masalah itu secara baik bersama mangsa.

“Jika tidak kita akan mengambil tindakan yang perlu,” katanya.

KELAB GREENBOC/-

Rujuk pakar sebelum komen hudud

9 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: “Saya sarankan kepada rakan artis supaya tidak memberikan pandangan mengenai hukum hudud berbentuk peribadi, sebaliknya rujuk kepada pakar (ulama) terlebih dulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan,” kata pengacara TV3, Wardina Saffiyah Fadlullah Wilmot, 32.

Itu antara luahan hati Wardina berhubung laporan sebuah akhbar bertarikh 25 Oktober lalu, apabila beberapa selebriti tempatan memberikan pandangan peribadi mengenai hukum hudud sama ada wajar atau tidak dilaksanakan di negara ini.

Antara artis memberikan pandangan mereka adalah Datuk Aziz Sattar, Ayu Raudhah, Enot, Alif Satar, Cat Farish dan Heliza AF.

Menurut Wardina, hukum hudud satu perkara sensitif yang seharusnya dirujuk kepada ulama dan pengamal undang-undang bukannya boleh dikeluarkan pandangan sesuka hati saja.

“Kita (artis) perlu tahu bahawa analogi hudud adalah perkara yang sangat teknikal dan sensitif yang mana sekiranya pendapat yang dikeluarkan salah, maka ia boleh menyinggung hati banyak pihak,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, artis dan selebriti sewajarnya memberikan fokus hanya pada bidang yang diceburi mereka seperti pengalaman, seni, filem, muzik dan lakonan.

Harian Metro

Hasilkan baju dengan gentian susu

9 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

ENAM liter susu diperlukan untuk menghasilkan sehelai baju.

HANOVER, Jerman - Seorang pereka fesyen yang juga merupakan pakar mikrobiologi, Anke Domaske mengejutkan dunia fesyen apabila berjaya mencipta baju daripada gentian susu. Domaske, 28, menemui cara menggabungkan susu tepung dengan bahan lain untuk menghasilkan sejenis fabrik istimewa. Rekaan pakaiannya diberi nama Qmilch.

ANKE DOMASKE bergambar bersama model dan pakaian yang dihasilkan daripada gentian susu.

"Fabrik susu ini mengandungi protein yang berperanan memastikan kulit anda berada dalam keadaan sihat. Pakaian bio merupakan satu trend baharu yang akan bermula dalam industri fesyen dan kami kini berada di hadapan," kata Domaske yang membangunkan gentian susu tersebut dalam tempoh hanya dua tahun.

Dia juga percaya teknik yang dibangunkan dengan kerjasama Institut Fiber Bremen itu boleh diaplikasikan ke dalam industri lain termasuklah ubat-ubatan.

Sebelum ini, beberapa buah syarikat Eropah seperti H&M dan C&A telah menghasilkan pakaian yang diperbuat daripada kain kapas organik. Tetapi kebanyakan material organik adalah mahal untuk dipasarkan ke pasaran antarabangsa.

Gentian susu tersebut mengandungi 18 asid amino yang memberi faedah kepada kesihatan. Untuk menghasilkan sehelai baju, Domaske memerlukan sehingga enam liter susu. - Agensi

Tujuh Terbunuh Bom Meletup Di Iraq

9 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

BAGHDAD: Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh dalam serangan senjata dan bom di Baghdad dan tengah Iraq pada Khamis manakala seorang ulama Syiah cedera, kata pegawai tempatan. Dalam serangan dahsyat tersebut,

bom magnet dilekatkan kepada sebuah kereta di kawasan Al-Utaifiyah utara Baghdad diikuti pengeboman di tepi jalan, menyebabkan lima terbunuh dan 21 lagi mengalami kecederaan. Empat anggota polis adalah antara yang cedera dalam serangan itu. -AFP

Nato akan terus bom Libya

9 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

BRUSSELS - Serangan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) ke atas Libya yang kini memasuki tempoh tujuh bulan akan tetap diteruskan walaupun pemerintahan Muammar Gaddafi telah ditamatkan, menurut pegawai Nato, semalam.

Menteri Pertahanan Perancis, Gerard Longuet berkata, serangan udara akan diteruskan sehingga semua tentera yang masih menyokong Gaddafi berjaya dihapuskan.

“Kami akan menamatkan serangan di Libya jika diminta kerajaan baru negara itu,” katanya di persidangan menteri pertahanan negara anggota Nato di Belgium, semalam.

Libya kini diperintah pemberontak tetapi beberapa kawasan masih dikuasai Gaddafi.

SINAR HARIAN/-

Penasihat ekonomi persoal kenaikan gaji

9 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Spekulasi bertiup kencang bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan kenaikan gaji yang signifikan bagi 1.2 juta kakitangan awam negara pada pembentangan Bajet 2012 petang ini.

Bagaimanapun, penasihat ekonomi kerajaan mempersoalkan sejauh mana keberkesanan langkah yang bertujuan memancing undi dalam menangani isu kos hidup yang terus meningkat.

"Bagaimana pula nasib mereka yang bukan dalam perkhidmatan awam? Isu gaji lebih mendesak dalam sektor swasta, "kata Mahani Zainal Abidin, anggota Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC), semasa menjadi tetamu radio BFM pagi ini.

Beliau juga melahirkan kebimbangannya sama ada kenaikan gaji untuk kakitangan awam adalah penyelesaian terbaik bagi menangani isu-isu ekonomi yang dihadapi oleh Malaysia.

NEAC adalah badan yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk menasihatkannya mengenai dasar-dasar ekonomi. Mahani adalah juga ketua eksekutif Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (Isis), sebuah badan pemikir yang menyediakan perkhidmatan perundingan kepada kerajaan.

Satu lagi tetamu yang diketengahkan pada rancangan pagi ini ialah Teh Chi Chang, pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan Untuk Kemajuan Masyarakat (REFSA). Beliau pernah menjadi penasihat ekonomi kepada setiausaha agung DAP Lim Guan Eng.

Kedua-dua Teh dan Mahani diminta mengulas mengenai kenaikan gaji perkhidmatan awam yang dispekulasikan akan naik.

Teh mempersoalkan sama ada kerajaan mengambil kira kesan dan akibat kenaikan gaji berkenaan sebelum mahu melaksanakannya kerana tindakan itu akan berakhir dengan jumlah pencen yang besar apabila kakitangan awam terbabit bersara.

“Ini soalan yang mesti kita jawab,” katanya.

Kedua-dua mereka juga ditanya sama ada jumlah kakitangan awam yang sebegitu ramai, iaitu kira-kira 10 peratus daripda tenaga kerja di negara ini perlu dikurangkan.

MALAYSIAKINI/-

Robot cuci rambut warga emas

9 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

TOKYO - Ia kelihatan seperti kerusi salon, tetapi robot terbaharu di Jepun itu boleh mencuci rambut yang sentuhannya seperti jari-jari manusia untuk membantu golongan tua dan kurang upaya.

Robot itu dibangunkan oleh firma elektronik terkemuka, Panasonic. Menurut Panasonic, robot itu mengetengahkan teknologi robotik terkini.

"Dengan menggunakan teknologi tangan robotik dan 24 jarinya, robot ini mampu mencuci rambut golongan kurang upaya seperti seorang manusia. Ini dapat membantu mereka menjalani kehidupan seharian dengan lebih sempurna," kata wakil Panasonic, Tohru Nakamura.

Pengguna hanya perlu berbaring di atas sebuah kerusi. Robot itu kemudian akan menyampu rambut, mengurut kulit kepala dan membilas rambut dalam tempoh tiga minit. Meletak perapi dan mengeringkan rambut pula akan mengambil masa lima minit lagi.

Pada masa ini, mesin tersebut masih belum berada di pasaran. Panasonic merancang untuk memulakan jualannya pada tahun depan. Ia menyasarkan produknya itu kepada rumah-rumah penjagaan orang tua dan hospital.

- Reuters

11 penumpang maut bas terhumban ke gaung di Peru

9 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

LIMA 7 Okt. - Sekurang-kurangnya 11 penumpang termasuk empat kanak-kanak terbunuh, manakala 22 lagi cedera, beberapa orang daripadanya kritikal, apabila bas yang dinaiki terhumban ke sebuah gaung di tengah Peru, awal pagi semalam.

"Buat masa ini, kami melaporkan 11 orang maut selepas bas yang dinaiki terhumban ke gaung sedalam 200 meter di Matucana, kira-kira 60 kilomter di timur ibu negara, Lima," kata seorang anggota polis, Luis Diaz.

Katanya, pemandu bas terbabit yang turut terbunuh, hilang kawalan ketika cuba mengambil selekoh di lebuh raya tersebut.

Kesemua mangsa cedera parah, kebanyakan kanak-kanak dan dibawa ke hospital di Lima. - AFP

Derita serangan kutu beras

9 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

MOHD. TAHIR menunjukkan kutu beras yang menyerang penduduk di Pasir Gudang semalam.

PASIR GUDANG - Lebih 5,000 penduduk yang tinggal berhampiran gudang beras Padi Beras Nasional (Bernas) di Jalan Gangsa di sini tertekan dengan gangguan dan serangan kutu beras sejak awal tahun ini.

Lebih merimaskan, kutu beras tersebut turut memasuki bilik tidur penghuni termasuk di Perjiranan 10 dan Flat Malaysia Marine and Heavy Engineering (MMHE).

Seorang penduduk, Ainon Endud, 65, berkata, setiap hari lebih 100 ekor kutu beras muncul di rumahnya terutama pada awal pagi dan lewat petang.

"Kutu beras berada atas lantai, katil, dinding, dapur, dalam makanan, bekas minuman dan di mana-mana sahaja sehingga kami buntu dan tidak tahu apa hendak dibuat untuk mengatasinya.

"Setiap hari saya terpaksa menyapu dan mengutip kutu beras ini tetapi masalah ini masih berterusan," ceritanya ketika ditemui di sini semalam.

Dakwanya, masalah itu pernah diajukan beberapa kali kepada pihak Bernas dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) tetapi hingga kini tiada sebarang tindakan diambil.

Mohd. Tahir Ibrahim, 59, pula memberitahu, serangga itu bukan sahaja memenuhi ruang rumahnya malah turut merayap dan menggigit badannya sehingga menyebabkan kulit menjadi kemerah-merahan.

"Bagi yang alah, gigitannya boleh menyebabkan kulit bermasalah berminggu-minggu lamanya.

"Kutu beras juga masuk ke telinga dan hidung kanak-kanak pada malam hari," terangnya lagi.

Shari Basir, 41, berkata, kutu beras biasanya terdapat di bawah bantal dan tilam dalam jumlah yang banyak.

Katanya, keadaan itu menyebabkan mereka tidak dapat tidur dengan nyenyak dan berharap tindakan segera diambil oleh pihak terbabit.

Dalam pada itu, Yang Dipertua MPPG, On Jabbar @ Jaffar berkata, pihak Bernas telah mengambil tindakan termasuk memusnahkan semua palet di gudang itu yang dikatakan menjadi punca utama pembiakan kutu beras.

"Langkah ini akan dilakukan secara berperingkat-peringkat kerana perlu mengalihkan beras yang berjumlah 32,000 metrik tan.

"Selain itu, Bernas akan memasang jaring dan melakukan proses asapan atau melepaskan gas untuk membunuh kutu-kutu beras," katanya selepas melawat gudang beras Bernas berkenaan.

KOSMO/-

15,993 penderma organ Perak

9 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

IPOH – Perak menduduki tangga keempat senarai penderma organ negara dengan jumlah keseluruhan 15,993 orang sejak tahun 2000 hingga Ogos 2011.

Jumlah itu adalah sebahagian daripada 179,789 orang yang mendaftar sebagai penderma organ di seluruh negara sejak 1997 hingga kini.

Pengarah Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Dr Raja Ahmad Lope Raja Ariffin berkata, melalui jumlah itu pesakit buah pinggang adalah yang tertinggi dalam senarai menunggu dengan jumlah 14,015 orang.

Menurutnya, bagi Perak seramai 23 penderma sebenar sudah menjalani pemindahan organ sejak 2008 hingga tahun lalu.

“Selain itu, sebanyak 25 pesakit lagi memerlukan pemindahan hati, jantung dan paru-paru di seluruh negara.

“Bagaimanapun, bagi pesakit jantung kebanyakannya pemindahan organ gagal dilakukan kerana pesakit yang berada dalam senarai menunggu meninggal dunia sebelum sempat untuk melakukan pembedahan itu,” katanya di bilik mesyuarat Pusat Rawatan Harian HRPB, semalam.

Dalam perkembangan sama, umat Islam juga boleh menjadi penderma organ memandangkan Majlis Fatwa Kebangsaan menetapkan hukum penderma organ adalah harus.

“Sehubungan itu, orang ramai yang berminat untuk menjadi pengikrar pendermaan organ boleh melayari laman sesawang www.agiftoflife.gov.my atau menghubungi Pusat Sumber Pemindahan Organ HRPB di talian 05-522 2324,” katanya.

SINAR HARIAN/-

Banyakkan selawat pada hari Jumaat

9 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda : "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (Riwayat Al Baihaqi)

tazkirah/-

Dr Asri : Enakmen boleh dipertikai, tapi bukan hudud

9 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan umat Islam boleh mempertikaikan undang – undang ciptaan manusia tetapi bukan hukum hudud yang digariskan di dalam Al-Quran.

“Saya tengok, dalam laporan media sejak kebelakangan ini, mereka mempertikaikan hudud, mereka tidak boleh mempertikai asas hukum hudud yang ada, dibawa oleh al-Quran. Namun mereka boleh mempertikaikan enakmen yang digubal oleh manusia, yang membabitkan hukum hudud, misalnya yang digubal oleh Kelantan, Terengganu atau Arab Saudi, mana-mana negara lain,” katanya.

Beliau menjelaskan hukum hudud perlu dinilai dengan lebih komprehensif di mana ianya mampu mengurangkan kadar jenayah yang berlaku. “Kalau hendak mempertikaian enakmen, kita boleh mempertikaikan, misalnya prosedur, tidak lengkap, tidak mengapa.”

MALAYSIA TODAY/-

Berlian 110 karat bakal dilelong

9 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

HONG KONG - Salah satu berlian terbesar di dunia akan dilelong bulan depan di Geneva, Switzerland dan dijangka mampu dijual pada harga AS$15 juta (RM45.3 juta).

Berlian berbentuk seperti buah pear berwana kuning seberat 110.3 karat itu disifatkan oleh firma lelongan, Sotheby's sebagai berlian terbesar yang mempunyai bentuk dan berwarna sebegitu.

"Berlian ini benar-benar mengagumkan. Ia juga merupakan berlian paling besar yang pernah dilelong," kata pengerusi bersama Sotheby's, David Bennett dalam satu sidang media di Hong Kong.

Hong Kong menjadi lokasi pertama dalam siri jelajah antarabangsa pameran batu berharga yang dipanggil Sun-Drop itu sebelum ia dilelong pada 15 November depan. - AFP

Pemandu ambulans ditumbuk didakwa lambat tiba dirumah pesakit

9 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

BESUT - Seorang pemandu ambulans dari Hospital Daerah Besut lebam mata kiri setelah ditumbuk seorang lelaki kerana didakwa lambat tiba untuk membawa isteri lelaki itu ke hospital.

Kejadian di Taman Abdullah, Alor Lintah, dekat Jerteh pada 2.45 pagi tadi, disaksikan seorang Pegawai Perubatan dan dua jururawat yang datang bersama dalam ambulans itu yang dipandu Mahadi Mohd Jaafar, 39.

Mahadi, yang turut cedera di pipi kiri, memberitahu pemberita bahawa pada 2.30 pagi beliau menerima arahan daripada pegawai bertugas untuk mengambil seorang wanita yang sakit untuk bersalin di kawasan perumahan itu.

Katanya sebelum ke rumah berkenaan, beliau terlebih dahulu mengambil seorang Pegawai Perubatan serta dua jururawat dan tiba di rumah pesakit 15 minit kemudian.

"Sebaik tiba di rumah itu, seorang lelaki terus marah dengan mengatakan kami lambat sampai dan dia secara tiba-tiba menumbuk muka saya sekali di bahagian pipi dan mata kiri," katanya.

Katanya lelaki itu bagaimanapun ditenangkan anggota keluarganya yang lain. Ketika kekecohan berlaku, Pegawai Perubatan dan dua jururawat itu membantu wanita berkenaan melahirkan sepasang anak kembar.

Mahadi berkata beliau membuat laporan polis mengenai kejadian itu di Balai Polis Jerteh 40 minit kemudian selepas menghantar wanita dan dua bayi kembar itu ke hospital.

Ketua Polis Daerah Besu, Supt Kamaruddin Mohd Zakaria yang dihubungi mengesahkan pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian.- Bernama

Tentera, pembelot bertempur, 12 maut di Syria

9 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

DAMSYIK 7 Okt. - Kira-kira 12 orang terbunuh dalam pertempuran membabitkan tentera Syria dan pembelot di perkampungan di wilayah Idlib, barat laut Syria hari ini.

"Tujuh tentera dan lima pembelot terbunuh dalam pertempuran yang berlaku di kampung di barat Jabal al-Zawiya," kata kumpulan pemerhati hak asasi manusia Syria.

Sementara itu, di GENEVA, Suruhanjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu melaporkan lebih daripada 2,900 orang terbunuh sejak enam bulan lalu apabila demonstrasi anti kerajaan tercetus di Syria.

Menurut jurucakap suruhanjaya tersebut, Rupert Colville, jumlah tersebut mungkin meningkat kerana 'lebih ramai orang' dilaporkan hilang di Syria sejak tunjuk perasaan menentang Presiden Bashar al-Assad bermula pada pertengahan Mac lalu. - AFP

Pakar: Mustahil bagi Anwar meliwat kerana keadaannya

9 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim diberitahu, berdasarkan ujian ke atas ketua pembangkang itu dan keputusan imbasan MRI (Pengimejan Resonans Magnetik), adalah tidak mungkin bagi tertuduh meliwat.

Menurut pakar bedah orthopaedik Dr Thomas Hoogland yang menyambung keterangannya hari ini, penilaiannya dibuat dengan mengambil kira usia Anwar.

"Bekalan darah adalah masalah utama apabila berlaku kerosakan kepada saraf...

"Apabila kita andaikan hubungan seksual, ia tidak mungkin boleh dilakukan.

"Berdasarkan pemeriksaan ke atas Anwar dan keputusan MRI, ini mustahil dilakukan (tindakan meliwat) kerana usianya," kata Hoogland.

Menjawab soalan Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, Hoogland berkata meskipun pembedahan dijalankan dan terdapat perubahaan, namun ia tidak sembuh sepenuhnya.

malaysiakini/-

Laungan mahukan hudud bergema di stadium

9 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KOTA BHARU, 7 Okt: Puluhan ribu rakyat Kelantan menyatakan dengan tegas mahukan hukum hudud dilaksanakan di negeri ini, ketika perundangan Islam itu cuba dipertikai sesetengah pihak.

Tanpa tolenrasi lagi mereka melaungkan perkataan mahu hudud berkali-kali. Puluhan ribu rakyat Kelantan berhimpun di Stadium Sultan Mohammad Ke IV malam tadi bagi meluahkan keinginan mereka.

Program yang dinamakan Himpunan Kesyukuran ekoran penerimaan rakyat Kelantan terhadap Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) membuatkan stadium bola menjadi sesak dengan lautan manusia.

Program bermula jam 5 petang dengan jamuan rakyat. Sebelum itu jam 2 petang diadakan Wacana Pelaksanaan Hudud khusus untuk kakitangan dan pegawai kerajaan negeri bertempat di Kota Darulnaim.

Selain itu selepas solat Asar Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil institusi pondok agama dari seluruh Kelantan di JKR 10.

Kemuncaknya solat hajat diimamkan sendiri Menteri Besar di atas padang berbumbung langit berselimut tiupan angin malam selepas solat Isya.

Program itu bermula dengan solat Maghrib, diikuti kuliah agama disampaikan Senator Datuk Dr Johari Mat.

Biar pun malam sebelumnya hujan turun hampir setiap malam, namun malam tadi suasana cerah, seakan-akan membawa doa puluhan ribu rakyat Kelantan mengadap Allah Taala.

Kerajaan dan rakyat Kelantan sudah menunaikan tanggungjawab mereka mendaulatkan hukum Islam sebagaimana dituntut agama, cuma pelaksanaannya terhalang kerana tidak mendapat kerjasama pemerintahan di Putrajaya.

Pakar undang-undang perlembagaan dari UIA, Prof Dr Abdul Aziz Bari melahirkan keyakinan kemenangan besar Angkatan Perpaduan Ummah pada 1990 kerana kemahuan tinggi rakyat Kelantan terhadap hudud.

Oleh itu katanya kejayaan cemerlang itu boleh diulangi pada pilihan raya umum ke-13, apabila rakyat bekerja lebih keras untuk memastikan pelaksanaan perundangan Islam dapat dilaksanakan.

”Sama seperti sistem perbankan Islam yang dicetus pada 1970-an, pada peringkat awal mendapat tentangan hebat. Namun sekarang hampir kesemua institusi kewangan melaksanakan perbankan tanpa riba.

”Begitu juga dengan hudud di mana ada pihak yang menentang dan tidak yakin, namun lambat laun rakyat akan menerimanya.

”Kelantan boleh melaksananya dengan syarat tidak ada pihak yang cuba sabotaj dan menyekat,” katanya pada program berkenaan.

Hadir sama Ketua Pembangkang di parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan wakil-wakil rakyat.

Dr Abdul Aziz juga mencadangkan kerajaan meminda atau menghapuskan Akta Mahkamah Syariah pindaan 1985 bagi membolehkan perundangan hudud dilaksanakan.

Tuan Guru Abdul Hadi berkata, rakyat Kelantan memilih PAS sejak 1990 sehingga sekarang kerana mereka yakin kerajaan yang ada sekarang bertanggungjawab terhadap amanah Allah.

Bagaimanapun beliau melahirkan rasa hairan pemimpin Umno yang juga beragama Islam tidak bersetuju terhadap hukum tersebut.

”Kalau pemimpin DAP tidak bersetuju ia tidak menjadi persoalan sangat kerana mereka bukan beragama Islam,” ujarnya.

Anwar menegaskan setiap seorang Islam wajib mempunyai keyakinan terhadap perundangan Islam tanpa kompromi lagi.

Menurutnya negara sudah lama merdeka, namun kefahaman rakyat terhadap agama semakin bercelaru kerana tomahan dimainkan media massa.

hatrakahdaily/-

Gempa bumi berukuran 6.2 landa Argentina, tiada kematian dilaporkan

9 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

BUENOS AIRES 7 Okt. - Gempa sekuat 6.2 skala Ritcher menggegarkan daerah utara Argentina yang bersempadan dengan Bolivia dan Paraguay, semalam, namun tiada kematian dilaporkan.

Menurut Pusat Tinjauan Geologi Amerika Syarikat, gempa tersebut dikesan pada pukul 8.12 pagi (7.12 malam waktu Malaysia) dengan kawasan seluas 9.4 kilometer.

Gempa terbabit berpusat di kawasan pergunungan dan tidak mempunyai penduduk yang ramai di wilayah Jujuty, kira-kira 120 kilometer daripada bandar Saltas dan kira-kira 675 kilometer daripada ibu negara Paraguay, Asuncion. - AFP

Graduan ISMP terperangkap dengan pengangguran

9 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Ribuan graduan ijazah sarjana muda pendidikan (ISMP) kini seolah-olah terperangkap dalam dunia pengangguran apabila gagal ditempatkan sebagai guru dan dalam masa sama sukar diterima di sektor swasta.

Penyelaras Gabungan Graduan ISMP Malaysia (GGIM) Abdul Rahman Usman berkata, masalah itu berpunca daripada penempatan mereka sebagai Guru Sandaran Terlatih (GST) yang masih belum diumumkan.

"Pihak GGIM juga berpendapat graduan ISMP mempunyai latihan yang khusus dalam bidang pendidikan dan mereka tiada ada pilihan lain selain menjadi guru memandangkan ijazah mereka yang khusus dalam bidang pendidikan menjadikan mereka sukar untuk diterima dalam pasaran kerja semasa.

"Buktinya ramai Graduan ISMP di tolak mentah-mentah oleh majikan swasta atas alasan tidak kekal lama dan akan mengambil hak graduan bidang lain," Abdul Rahman.

malaysiakini/-

Kelantan buktikan pentadbiran ulama lebih baik

9 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KOTA BHARU, 7 Okt: Kejayaan PAS mentadbir negeri Kelantan khususnya dalam pengurusan kewangan sehingga dipuji oleh Jabatan Audit Negara membuktikan golongan agamawan juga berkemampuan mentadbir negeri.

Bukan itu sahaja, pentadbiran yang bersih daripada rasuah di negeri itu juga membuktikan betapa nilai agama dikalangan pemimpin mampu menjadikan pentadbiran negeri lebih efisyen dan mengelak dari ketirisan.

Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat negeri Kelantan, Mohd Hishamuddin Abu Bakar, ketika dihubungi berkata apa yang berlaku di Kelantan cukup membuktikan gandingan ulama dan profesional sebenarnya paling baik mentadbir negeri atau negara.

Jelasnya, pemimpin ulama akan memberikan kesan dalam pentadbiran khususnya pada rakyat yang dinaungi.

(Gambar: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyampaikan kuliah Jumaat di Medan Ilmu, Kota Bharu)

“Apabila pemimpin di atas amanah, melahirkan sifat-sifat ubudiyyah, pegawai di bawah juga secara tidak langsung akan mengikut juga.

“Kerana itu agensi-agensi atau jabatan kerajaan negeri turut menonjol prestasi pentadbiran dan kewangannya dan tidak hairan juga sekiranya pegawai kerajaan negeri tidak ada yang rasuah,”ujarnya.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri di atas penktirafan yang amat berharga itu.

“Semoga ianya menjadi contoh kepada kerajaan negeri khususnya di negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain sebagai usaha untuk menterjemahkan pada rakyat bahawa ini sebenarnya model pentadbiran Islam,”ujarnya.

Setiausaha Pemuda PAS negeri Kelantan, Mohd Nuri Yaacob, pula menyifatkan pengiktirafan itu sebagai kecekapan pentadbiran kerajaan yang negeri yang sifar ketirisan dan rasuah.

Beliau berharap rekod kecemerlangan itu dapat dikekalkan malah bertambah baik pada masa yang akan datang.

“Rakyat juga perlu didedahkan dengan kejayaan ini kerana mereka tidak akan mengetahuinya memandangkan media arus perdana tidak akan menghebohkan perkara ini,”ujarnya.

Semalam, pentadbiran kerajaan Kelantan diakui Jabatan Audit Negara sendiri sebagai pentadbiran yang baik khususnya berhubung mengurus sumber kewangan kerajaan negeri.

Bukan itu sahaja, empat agensi kerajaan negeri termasuk jabatan pula diiktiraf sebagai pengurusan kewangan negeri paling baik 2010, iaitu Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK), Majlis Daerah Gua Musang, Perbadanan Stadium dan PKINK.

Tak pernah silap

Sementara itu, Ahli Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Abdullah Mohd Jusoh, 48, pula berkata rakyat Kelantan tidak pernah silap dalam memilih kerajaan lebih 21 tahun lalu.

Katanya, kerana pemilihan yang tepat oleh rakyat setiap kali pilihanraya umum, menyebabkan mereka turut mendapat keharmonaian berada di bawah pentdbiran yang baik.

“Saya harap mereka tidak akan salah membuat pilihan setiapkali pilihanraya umum diadakan, jika tidak mereka tidak akan mendapat kerajaan yang baik, bebas dari rasuah dan sebagainya,”ujarnya.

Seorang pengusaha batik, Shafie Mamat, 49, pula berkata perkara itu wujud bukan sahaja bermula dari pentadbiran kerajaan negeri yang ditadbir oleh ulama.

Tambahnya, sebaliknya juga kerana sifat rakyat Kelantan itu sendiri yang mendapat pendidikan Islam sejak awal lagi.

harakahdaily/-

Bina Kompleks Haji di Kedah

9 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KEDAH bakal memiliki sebuah Kompleks Haji yang lengkap dengan hotel bertaraf empat bintang setinggi lapan tingkat bernilai kira-kira RM86 juta yang akan dibina di atas tanah seluas 4.4 hektar berhampiran Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH), Alor Setar bagi memenuhi keperluan jemaah haji di wilayah utara.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pembinaan kompleks berkenaan oleh Lembaga Tabung Haji (LTH) dianggap bertepatan berikutan lokasinya strategik berhampiran LTSAH mahupun Lebuhraya Utara-Selatan.

Menurutnya, kewujudan kompleks itu yang dijangka siap tiga tahun lagi bertujuan meningkatkan perkhidmatan kepada jemaah haji terutama dari Kedah, Perlis serta Utara Perak sepanjang musim haji.

Ia pusat sehenti bagi operasi musim haji kerana hotel berkenaan mempunyai 210 bilik yang boleh menampung kehadiran jemaah termasuk ahli keluarga.

“Jemaah haji dari kawasan ini tidak perlu lagi pergi ke Kompleks Haji Bayan Lepas, Pulau Pinang manakala pada luar musim haji, bilik hotel berkenaan boleh diduduki pengunjung luar termasuk ibu bapa yang mahu melawat anak masing-masing di institusi pengajian tinggi berhampiran,” katanya pada majlis pecah tanah Kompleks Haji Alor Setar yang disempurnakan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, di Kedah, semalam.

metro/-

PKR: Serangan gas pemedih mata keterlaluan

9 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Jumlah 262 kanister gas pemedih mata yang digunakan untuk menyuraikan peserta perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu adalah tidak seimbang dengan keperluan sebenar untuk memantau demonstrasi aman, kata naib presiden PKR, N Surendran.

"Tidak boleh dinafikan, bukti-bukti menerusi video dan gambar menunjukkan perhimpunan tersebut adalah aman," katanya.

Surendran yang juga seorang aktvis hak asasi manusia, berkata jumlah kelongsong gas pemedih mata yang begitu banyak menunjukkan bahawa pihak polis melepaskan tembakan sewenang-wenangnya dengan tujuan untuk menakut-nakutkan rakyat dan menghukum mereka yang menyertai perhimpunan itu.

Katanya, ini tidak sepatutnya berlaku kerana rakyat semata-mata menyatakan hak mereka untuk berhimpun mengikut Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Disusuli cubaan kerajaan untuk memburuk-burukkan imej BERSIH 2.0, Surendran berkata polis juga telah disalahgunakan untuk memenuhi agenda BN.

"Polis digunakan bagi memastikan kegagalan perhimpunan tersebut dan meranapkan pergerakan BERSIH yang menuntut supaya pilihan raya yang adil dan bebas di adakan di negara ini.

"Ini adalah penyalahgunaan kuasa yang jelas untuk melanjutkan agenda politik sempit BN untuk terus berkuasa," katanya.

malaysiakini/-

Siasat syarikat monopoli benih padi

9 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 7 Okt: Malaysia mungkin berhadapan dengan kekurangan bekalan beras apabila petani di Kedah dan Perlis tidak dapat mengikut jadual penanaman yang dikeluarkan oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).

Kegagalan petani mengikuti jadual penanaman yang disediakan oleh MADA itu disebabkan kegagalan syarikat yang dilantik oleh Kementerian Pertanian Malaysia dalam membekal benih padi kepada petani.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar melahirkan rasa kekesalan kerana kegagalan serta kelembapan pihak kementerian mengatasi masalah kekurangan benih padi di sana.

"Perkara ini sudah hampir sebulan berlaku di Kedah dan Perlis terutama di kawasan MADA.

"Kebanyakan petani tidak dapat mengikuti jadual penanaman padi yang disediakan oleh pihak MADA kerana kegagalan syarikat terbabit membekal bekalan benih padi kepada petani," jelasnya ketika ditemui di lobi Parlimen, petang semalam.

Mahfuz juga memberitahu faktor ketiadaan benih padi ini adalah disebabkan faktor monopoli kerana hanya dua syarikat sahaja dilantik oleh kerajaan.

"Faktor utama berlakunya isu ketiadaan benih padi adalah kerana hanya dua syarikat sahaja dilantik oleh kerajaan dan dalam keadaan ini akan wujud sistem monopoli," katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Beliau difahamkan dua syarikat terbabit adalah Seri Merbok dan juga Haji Mohd Nor dari Sungai Besar.

"Apa yang kita tahu kedua-dua syarikat tersebut tidak memproses benih padi tapi sebaliknya padi benih itu diproses menjadi beras untuk dijual.

"Walaupun mereka tidak memproses benih padi tetapi mereka tetap menuntut subsidi dari kerajaan," katanya.

Tambahnya lagi, kerajaan perlu menyiasat segera kedua-dua syarikat terbabit yang dilihat telah menimbulkan masalah kepada sektor pertanian padi di Utara Semenanjung.

"Siasatan perlu dilakukan segera kepada syarikat tersebut agar masalah kekurangan benih padi ini dapat diatasi selain itu juga tindakan hendaklah diambil jika terdapat penyelewengan yang dilakukan oleh mereka ke atas padi benih yang dibekalkan oleh mereka.

"Sikap berlengah atau pandang ringan yang diambil oleh kerajaan akan menyebabkan negara ini mengalami kekurangan beras pada masa yang akan datang," sambungnya lagi.

harakahdaily/-

Gaddafi seru rakyat Libya tentang kerajaan baru

9 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

TRIPOLI 7 Okt. – Bekas pemimpin Libya yang digulingkan, Muammar Gaddafi menyeru rakyatnya supaya mengadakan demonstrasi menentang pemerintah baru negara ini, lapor stesen televisyen Arrai yang berpangkalan di Syria.

"Saya menyeru berjuta-juta rakyat Libya, lelaki dan wanita, untuk turun (tunjuk perasaan) di dataran dan jalanan serta seluruh bandar untuk menolak Majlis Peralihan Kebangsaan," katanya dalam satu rakaman suara berkualiti rendah yang disiarkan stesen televisyen tersebut. – AFP

Samun di KLIA: Pegawai SPRM didakwa hari ini

9 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Tiga anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa menyamun seorang pengurup wang rakyat asing membabitkan wang berjumlah kira-kira RM900,000 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 15 September lalu akan didakwa hari ini.

Mereka dijangka akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Sepang di Bandar Salak Tinggi di mana mereka yang akan dikenakan dakwaan oleh seorang timbalan pendakwaraya kanan.

Sumber awal pagi ini, mengesahkan bahawa mereka akan menghadapi pertuduhan menyamun.

Ketiga-tiga pegawai - berusia antara 20 hingga 25 tahun itu - memegang jawatan pemangku penolong pesuruhjaya (Gred P48), penolong kanan penguasa (Gred P32) dan penolong penguasa (Gred P29).

Mereka dikatakan telah digantung tugas dan kemudian dipindahkan ke bahagian pentadbiran suruhanjaya berikutan penangkapan itu.

Adalah difahamkan bahawa kes berkenaan akan dikendalikan oleh Pejabat Peguam Negara di Putrajaya dan bukannya Pejabat Pendakwa Raya Selangor.

malaysiakini/-

Malaysia terkeluar dari senarai 400 universiti terbaik

9 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Tiada universiti di Malaysia yang berjaya disenaraikan dalam majalah Times Higher Education (THE) yang memuatkan nama 400 universiti terbaik di dunia.

Sehubungan itu, supremo DAP Lim Kit Siang berkata adalah sia-sia bagi kerajaan yang begitu bangga dengan prestasi Malaysia dalam ranking dunia QS 200 World University 2011/12.

Penarafan QS itu telah meletakkan Universiti Malaya di tangga 167, - naik 40 tempat berbanding tahun 2010.

Empat universiti Malaysia lain yang disenaraikan oleh QS - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) - semuanya mencatatkan kemerosotan.

Menurut ranking THE, sepuluh universiti terbaik di dunia diduduki oleh California Institute Technology, Harvard dan Stanford (2), Oxford (3), Princeton (5) Cambridge (6), Institut Teknologi Massachusetts (7), Imperial College London (8), Chicago (9) dan Berkeley (10).

Bagi jiran serantau, enam universiti di Hong Kong dan dua dari Singapura berjaya disenaraikan.

Universiti Mahidol di Thailand juga berjaya disenaraikan tetapi dalam kategori 351-400.

Naib Canselor Universiti Malaya (UM) Profesor Datuk Ghauth Jasmon pernah dilaporkan sebagai berkata bahawa universiti tempatan perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM200 juta dalam penyelidikan sebelum mampu diangkat sebagai antara universiti terkemuka di dunia.

malaysiakini/-

Raja Muzwin mangkat, PR Perak rakam takziah

9 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 7 Okt: Pakatan Rakyat Perak mengucapkan takziah kepada keluarga Diraja Perak berikutan kemangkatan Raja Perempuan Raja Muzwin Raja Ariff Shah, yang mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur, semalam.

Bekas Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin berkata, pemergian balu kepada Almarhum Sultan Idris Shah II itu dirasai seluruh rakyat negeri itu.

"Saya mewakili Pakatan Rakyat negeri Perak mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Diraja Perak.

"Secara peribadinya, saya saya kenal dengan Almarhumah dan anak-anaknya," katanya kepada Harakahdaily.

Menurut, jurucakap Istana Iskandariah, Raja Muzwin mangkat pada pukul 4.20 petang.

Jenazah bonda kepada isteri Sultan Johor, Raja Zarith Sofiah itu dibawa ke Istana Riswin di Jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak malam semalam dan akan disemadikan di Makam Diraja Kuala Kangsar, Perak selepas solat Jumaat hari ini.

harakahdaily/-

12 pekerja kilang maut ditimpa besi lebur

9 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

BEIJING: Seramai 12 pekerja kilang besi terbunuh apabila ditimba besi lebur yang melimpah dari sebuah relau di Nanjing, lapor Xinhua, semalam.

Agensi berita itu melaporkan, pekerja berkenaan sedang cuba menghentikan operasi di kilang berkenaan apabila kemalangan berkenan berlaku.

“Siasatan masih dijalankan pihak berkuasa,” lapor Xinhua. - AFP

Kampong Bharu : Nasi sudah menjadi bubur....

9 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Ekoran daripada kekalahan Pakatan Rakyat menyekat Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011 apabila rang undang-undang itu diluluskan menerusi undi belah bahagian, blogger Greenboc telah menyenaraikan ahli parlimen PR yang hadir dan yang tidak hadir.

Seingat saya sudah banyak kali kejadian di dalam undi belah-bagi, PR kalah di dalam Dewan Rakyat yang sepatutnya tidak berlaku jika kesemua ahli parlimen PR komited dan tidak ponteng. Siapapun boleh memberi alasan yang berjela-jela tetapi nasi sudah menjadi bubur.

Apapun sebagai seorang yang beriman, saya yakin apa yang terjadi mesti mempunyai hikmatnya tersendiri. Allahuaklam.

Terasa sedih dan pilu dengan usaha yang ditinggalkan oleh bekas ahli Parlimen Ttitwangsa, Arwah Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali bila sampai dikemuncaknya gagal dengan mudah dan mengecewakan banyak pihak. Jelas kekalahan ini bukan satu kesilapan teknikal .

Dipenghujung hayatnya beliau masih keluar dengan keadaan uzur dan bertongkat untuk menemui rakyat di Kg Baru dalam parlimennya bagi mempertahan legasi Melayu yang berada dfi tengah ibu kota itu.

Contoh yang nyata dan sama sebelum ini PR gagal dalam kelulusan Akta DNA, penggantungan Gobind dari Dewan Rakyat, penolakan Bajet 2010 dan kini Akta Kg. Baru.

Undian itu yang diminta sendiri oleh pihak Pakatan Rakyat menyaksikan 72 ahli parlimen menyokong manakala hanya 28 yang tidak bersetuju rang undang-undang itu dibacakan untuk kali kedua.

Undian belah bahagian dibuat selepas Dr Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai) mengemukakan usul itu kepada Yang DiPertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia (kiri), yang kemudiannya membenarkan undian itu selepas berpuas hati usul itu memenuhi syarat Peraturan Mesyuarat yang memerlukan persetujuan 15 anggota parlimen.

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang hadir ialah seramai 28 orang iaitu:

PAS :

Mahfuz Omar
Salahuddin Ayub
Mohd Firdaus bin Jaafar
Mohd Hayati Othman
Che Uda Che Nik
Dr Siti Mariah Mahmud
Dr Mohd Hatta Ramli
Khalid samad
Siti Zailah bt Mohd Yusuf
Wan Abd Rahim Wan Abdullah
Muhammad Husin
Che Rosli Che Mat
Mohd Nasir Zakaria

PKR :

Tian Chua
Zuraida Kamaruddin
Yusmadi Yusof
Azmin Ali
Loh Gwo Burne
Ahmad Kassim
Azan Ismail

DAP :

M Kulasegaran
Lim Lip Eng
Charles Santiago
Sim Tong Him
M Manogaran
Er Teck Hua
Fong Po Kuan
Fong Kui lun


SEMENTARA YANG TIDAK HADIR IALAH:

Kedah
P14 - Merbok - Rashid Din (PKR)
P15 - Sungai Petani - Johari Abdul (PKR)
P16 - Baling - Taib Azamudden Md Taib (PAS)

Kelantan
P19 - Tumpat - Kamaruddin Jaafar (PAS)
P20 - Pengkalan Chepa - Abdul Halim Abdul Rahman (PAS)
P25 - Bachok - Nasharudin Mat Isa (PAS)
P26 - Ketereh - Ab Aziz Ab Kadir (PKR)
P27 - Tanah Merah - Amran Ab Ghani (PKR)
P29 - Machang - Saifuddin Nasution Ismail (PKR)

Terengganu
P36 - Kuala Terengganu - Mohd Abdul Wahid Endut (PAS)
P37 - Marang - Abdul Hadi Awang (PAS)

Penang
P44 - Permatang Pauh - Anwar Ibrahim (PKR)
P43 - Bagan - Lim Guan Eng (DAP)
P45 - Bukit Mertajam - Chong Eng (DAP)
P46 - Batu Kawan - Ramasamy Palanisamy (DAP)
P48 - Bukit Bendera - Liew Chin Tong (DAP)
P49 - Tanjong - Chow Kon Yeow (DAP)
P50 - Jelutong - Ooi Chuan Aun (DAP)
P51 - Bukit Gelugor - Karpal Singh Ram Singh (DAP)

Perak
P57 - Parit Buntar - Mujahid Yusof Rawa (PAS)
P59 - Bukit Gantang - Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS)
P60 - Taiping - Nga Kor Ming (DAP)
P62 - Sungai Siput - Michael Jeyakumar Devaraj (PKR) - PSM contest on PKR ticket
P64 - Ipoh Timor - Lim Kit Siang (DAP)
P68 - Beruas - Ngeh Koo Ham (DAP)
P71 - Gopeng - Lee Boon Chye (PKR)

Pahang
P83 - Kuantan - Fuziah Salleh (PKR)

Selangor
P96 - Kuala Selangor - Dzulkefly Ahmad (PAS)
P97 - Selayang - William Leong Jee Keen (PKR)
P102 - Serdang - Teo Nie Ching (DAP)
P103 - Puchong - Gobind Singh Deo (DAP)
P105 - PJ Selatan - Hee Loy Sian (PKR)
P106 - PJ Utara - Tony Pua Kiam Wee (DAP)
P107 - Subang - Sivarasa Rasiah (PKR)
P109 - Kapar - Manikavasagam a/l Sundaram (PKR)
P112 - Kuala Langat - Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR)

Wilayah Persekutuan
P114 - Kepong - Tan Seng Giaw (DAP)
P121 - Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar (PKR)
P122 - Seputeh - Teresa Kok Suh Sim (DAP)
P123 - Cheras - Tan Kok Wai (DAP)
P124 - Bandar Tun Razak - Abdul Khalid Ibrahim (PKR)

Negeri Sembilan
P128 - Seremban - John Fernandez (DAP)
P130 - Rasah - Loke Siew Fook (DAP)
P132 - Telok Kemang - Kamarul Bahrin Abbas (PKR)

Sabah
P172 - Kota Kinabalu - Hiew King Chew (DAP)

Sarawak
P195 - Bandar Kuching - Chong Chieng Jen (DAP)
P212 - Sibu - Wong Ho Leng (DAP)