30 August 2011

ADUN cina takbir Raya rumah ke rumah

1 Syawal 1432H. [MOD] -
bumiperak.blogspot.com

IPOH 1 Syawal : ADUN Simpang Pulai YB Chan Ming Kai turut serta dalam majlis ziarah dan bertakbir dari rumah ke rumah di Taman Panglima Ipoh bersama dengan lebih 50 orang penduduk di sini.

Chan Ming Kai berpakaian baju Melayu bersongkok telah bersama dari awal hingga ke 12 rumah terakhir. Tuan rumah menyambut penuh mesra dengan tetamu istimewa wakil rakyat dari Keadilan ini turut serta dalam rombongan penduduk. Turut bersama anak-anak yang lebih ceria dengan duit raya yang diterima.





Majlis Rumah Terbuka Yang di-Pertuan Agong.


1 Syawal 1432H. [MOD] -Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin (tiga,kiri) dan Raja Pemaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah (lima,kiri) bersalaman bersama tetamu pada Majlis Rumah Terbuka kepada orang ramai sempena Hari Raya Aidilfitri di Istana Negara di Kuala Lumpur, Selasa.

Berita bergambar ADUN Titi Serong.

1 Syawal 1432H. [MOD] -

Drs. Khalil Idham Lim sedang menyampaikan khutbah Hari Raya Aidil Fitri di Surau Hj Asmawi Kedai 4 Sungai Kota dalam DUN Titi Serong.
Penyampaian duit raya kepada kanak-kanak yang hadir selepas solat aidil fitri.
Isteri ADUN Titi Serong, Pn. Nor Ainah menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak perempuan yang hadir.
Jemaah yang hadir sedang mengikuti khutbah hari raya yang disampaikan oleh Drs. Khalil.
Bergambar bersama Isteri dalam kunjungan kerumah Ibu mertua di Parit Tok Ngah
Gambar keluarga sempena Aidil Fitri tahun ini.
Drs. Khalil Sedang menyampaikan Khutbah Raya.

Bergambar dengan Isteri.

Indonesia sambut Aidilfitri Rabu ini

1 Syawal 1432H. [MOD] -

Umat Islam di Indonesia akan menyambut Hari Raya Aidifitri pada Rabu ini, demikian diumumkan oleh Menteri Agama Suryadharma Ali malam semalam.

Keputusan itu merupakan kesimpulan daripada pandangan wakil-wakil kumpulan Islam, yang sebilangan daripada mereka berpendapat 1 Syawal jatuh pada hari Rabu, berdasarkan hasil pemantauan anak bulan Syawal di 96 tempat di seluruh republik itu.

Daripada sejumlah tempat itu, sebanyak 30 tempat menghasilkan keputusan tidak melihat anak bulan dan cuma tiga tempat yang menyatakan melihat anak bulan namun ketiga-tiga hasil penemuan itu ditolak kerana ia tidak sesuai secara keilmuan.

Walaupun kerajaan telah menetapkan 1 Syawal pada Rabu, para anggota Muhammadiyah, salah satu kumpulan Islam terbesar di Indonesia akan tetap merayakan Aidilfitri hari ini.

Wakil Muhammadiah pada mesyuarat itu telah memohon izin daripada Suryadharma untuk kumpulan itu menyambut Aidilfitri hari ini.

Kumpulan itu juga meminta pihak berkuasa melindungi keselamatan para anggota kumpulan itu yang akan menunaikan solat Aidilfitri mendahului sehari lebih awal daripada umat Islam lain.

Sambutan Aidilfitri kumpulan itu sesuai dengan penetapan yang dibuat oleh pimpinan pusat Muhammadiah berdasarkan kaedah kiraan falak yang mereka gunakan.

Najib memasuki fasa 'Pak Lah', kata DAP

1 Syawal 1432H. [MOD] -

Tahap kepopularan atau puas hati dengan kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak yang telah merosot enam mata kepada 59 peratus, menunjukkan perdana menteri itu sedang mengalami nasib yang serupa dengan pemimpin yang digantinya, kata penganalisis DAP Liew Chin Tong.

NONEMenurut badan banci bebas dan pusat penyelidikan pendapat, Merdeka Center hari ini, sokongan terhadap Najib itu merudum kepada paras terendah dalam tempoh hampir dua tahun.

"Saya fikir Najib sedang memasuki fasa Pak Lah fasa. Perkara sama berulang, seperti semasa era Pak Lah," kata Liew (kiri).

Rakyat mempunyai harapan yang besar ke atas bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi, atau ldebih mesra dengan panggilan Pak Lah selepas beliau mengambil alih pemerintahan kuku besi 22 tahun di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu telah berikrar untuk membasmi rasuah yang menyaksikan beliau meraih sokongan besar dan peratus rakyat yang menyokongnya naik kepada 91 peratus apabila beliau mengambil alih jawatan pada tahun 2004, mengikut badan bancian yang sama itu.

Last day of Abdullah Ahmad Badawi. Najib Abdul Razak takes over as prime minister in PutrajayaWalau bagaimanapun, kegagalan Abdullah untuk mengotakan janji-janjinya menyebakan parti-parti komponen BN yang diterajuinya pada pilihan raya umum 2008, kehilangan majoriti dua pertiga di dalam Parlimen buat kali pertama. Pada bulan September tahun itu, tahap puas hati dengan kepimpinannya terus merosot secara menadadak kepada hanya 43 peratus.

Liew, yang juga ahli parlimen Bukit Bendera, berkata kemerosotan populariti Najib membuktikan dasar-dasar yang telah dan cuba diperkenalkannya telah gagal.

"Ia adalah isyarat jelas bahawa dia perlu melakukan pusingan U, kerana apa yang dia cuba lakukan tidak berhasil," katanya.

Malaysiakini/-

Ulasan :

Najib juga menjadi PM yang pertama memiliki seorang isteri yang bermati-matian mendakwa dia sebagai first lady dengan berbagai cara dan helah serta penipuan.

Selain itu PM Najib sangat terbeban dengan isterinya yang menjadi pengacau kepada kerajaan dengan melangkaui tugasnya sebagai isteri PM dengan menganggu berbagai kementerian.

Satu masa saya pernah cadangkan kepada Najib untuk lantik isterinya sebagai menteri kerana saya sudah sangat bosan dengan tingkah Rosmah yang berlagak lebih sudu dari kuah.

Noda sah PM baru Jepun

1 Syawal 1432H. [MOD] -

TOKYO: Yoshihiko Noda (Gambar) dilantik sebagai Perdana Menteri Jepun keenam dalam tempoh lima tahun dengan misi besar untuk memulihkan negara berkenaan daripada bencana alam, krisis nuklear dan meningkatkan tahap ekonomi.

Beliau menggantikan Naoto Kan yang hanya memegang jawatan selama 15 bulan dan Kabinet meletak jawatan pagi ini bagi memberi laluan kepada Noda, bekas Menteri Kewangan dilantik sebagai Perdana Menteri baru.

Noda, 54 — yang menewaskan empat pencabar dalam Parti Demoktratik Jepun dalam undian dijangka memilih barisan Kabinet baru dan pemimpin kanan parti itu dalam sedikit masa lagi. - AFP