18 August 2011

Hikmah adanya siang dan malam

18 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Syukur ke hadrat Allah Subhanahuwataala kerana masih memberikan kita nyawa untuk hidup dan otak yang masih boleh berfikir serta tenaga fizikal yang masih membolehkan kita berusaha memenuhi kehidupan kita di dunia ini.

Sedar tak sedar kita kini sudah berada di pertengahan fasa kedua bulan Ramadan yang dikenali sebagai fasa keampunan.

Marilah kita cuba halusi beberapa pengajaran dan pedoman yang boleh diambil dari dua potong ayat AL-Quran di bawah semoga diberkati Allah:

“ Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam, Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kapada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya””. Ali Imraan 27

“ Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kehahagiaan hari ahkirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan “ AL Qasas 77

1. Allah adalah Pencipta atas segala-galanya di dunia ini, matahari (waktu siang), bulan (waktu malam), syurga dan neraka (akhirat) dan bagaimana keadaan dan pergerakan tiap sesuatunya. Allah Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana.

2. Dialah juga yang menjadikan manusia iaitu dari mati menjadi hidup iaitu daripada sebelumnya tiada kepada ada dan dari ada kemudiannya menjadi tiada iaitu kita akan mati. Jangan ada sebarang keraguan terhadap kerja Allah.

3. Kita akan dihisab oleh Allah atas apa yang dilakukan sewaktu hidup di dunia dengan melihat apakah nilai bekalan yang kita bawa untuk berjumpaNya di akhirat nanti, jika cukup bekalan bahagialah kita.

4. Jika dalam perhitungan Allah bekalan tidak cukup, iaitu banyak perbuatan kita ke arah kerosakan dan berdosa maka tunggulah balasan azab yang akan menanti di akhirat nanti.

5. Dengan terbahaginya waktu, ada siang dan ada malam maka kita juga perlu mengagihkan waktu kepada perkara-perkara yang sewajarnya, antara keperluan hidup di dunia dan keperluan untuk hari akhirat mengikut jalan yang diredhai Allah.

Contohnya: “ Wahai orang-orang yang beriman, Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan solat jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu ); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya ). “ Al Jumu’ah 9

6. Janganlah tamak dalam mengejar keduniaan, mengumpul harta misalnya, kerana semua rezeki dari Allah, Dia yang menentukan semua usaha akan mendapat hasil atau tidak, Dia akan memberi rezeki pada siapa yang dikehendakiNya.

Oleh itu berpada-padalah dalam apa sahaja yang kita lakukan, jika sampai waktu solat, berhentilah sebentar dari bekerja untuk dunia dan segeralah kehadratNya. Jika perlu rehat maka berehatlah supaya kita akan lebih bersedia untuk hari seterusnya. Membuat kerja tanpa perancangan yang betul boleh mendatangkan akibat yang hanya akan merugikan diri sendiri.

7. Jika kita beroleh harta kekayaan , utamakanlah hak Allah dahulu iaitu dengan mengeluarkan zakat dan bakinya adalah bersih maka bolehlah digunakan untuk keperluan kita di dunia asalkan tidak kepada yang haram yang dilarang Allah.

8. Jika ada dikurniakan lebih rezeki oleh Allah, janganlah kedekut untuk menginfakkan sebahagiannya ke jalan Allah kerana sifat kedekut tidak menguntungkan, sedangkan Allah melimpahkan rezeki kepada manusia tanpa menghitungnya, samaada manusia itu beriman atau tidak beriman.

9. Hendaklah sentiasa berbuat baik sesama makhluk, bukan sahaja sesama manusia kerana Allah sentiasa berbuat baik kepada kita. Sekiranya kita ditimpa musibah itu mungkin dari perbuatan kita sendiri dan Allah ingin menguji kesabaran kita.

10. Mestilah sentiasa bersyukur atas segala limpah kurnia Allah. Jika kita tidak bersyukur mungkin rezeki tersebut akan ditarikNya semula kerana Allah boleh menarik balik apa-apa rezeki bila dikehendakiNya.

11. Sambil berusaha, jangan lupa untuk sentiasa berdoa kepada Allah supaya sentiasa mendapat tambahan rezeki yang halal di dunia dan berdoa supaya mendapat balasan baik untuk hari akhirat.

12. Sebanyak mana pun harta yang dikumpulkan tidak akan dapat menandingi harta dan rezeki Allah, oleh itu janganlah ada sebarang sifat sombong dan takbur dalam diri kita, sesungguhnya sifat-sifat begitu amat dimurkai Allah.

13. Tidak perlulah membuang masa untuk menghitung rezeki dan rahmat Allah kerana kita tidak akan mampu menghitungnya, cukuplah dengan taat kepada perintah Allah dan Rasulnya dengan mengerjakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang.

14. Elakkan dari melakukan perkara-perkara yang merosakkan kerana Allah tidak suka mereka yang membuat kerosakan. Sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui.

15. Sentiasa muhasabah diri dengan menilai adakah seimbang apa yang kita lakukan antara usaha keduniaan dan usaha untuk akhirat. Mengikut hukum perbandingan, ayat-ayat di atas menentukan bahawa usaha untuk akhirat mesti dilebihkan dari sebarang usaha keduniaan.

16. Sekiranya kita menginfakkan harta ke jalan Allah janganlah pula lupa akan tanggungjawab kita atas dunia seperti kepada diri sendiri, anak isteri dan keluarga serta saudara-mara yang memerlukan pertolongan. Juga simpanlah sebahagiannya untuk keperluan hari-hari yang mungkin nanti kita menghadapi kesukaran

17. Sentiasalah memperbanyakkan berselawat ke atas Rasulullah sebagai tanda syukur kita mendapat petunjuk dari Allah melaluinya. Tanpa Rasulullah siapalah kita. Syukur kerana dilahirkan dan dibesarkan dalam Islam yang dibawa oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Hanya agama Islam yang diterima Allah sebagai pegangan semua umat manusia.

Dalam satu riwayat ada mengatakan Rasulullah pernah satu ketika sewaktu menaiki mimbar untuk berkhutbah, berhenti sebentar di setiap satu dari tiga anak tangga mimbar dan menyebut Amin sekali setiap kali berhenti sebelum memulakan khutbah.

Selepas turun dari mimbar baginda ditanya apakah yang berlaku, apakah perintah baru yang diterima? Baginda menjawab bahawa baginda mengaminkan tiga doa yang dibaca oleh Jibril, salah satunya ialah “Celakalah sesiapa yang bila disebut namaku tidak berselawat ke atasku.”

18. Sentiasa bermaaf-maafan sesama kita dan sentiasa memohon keampunan dari Allah samaada pada waktu siang, lebih-lebih lagi pada waktu malam kerana bila tidur kita tidak tahu adakah esok kita masih hidup atau pun sebaliknya. Banyakkanlah solat taubat kerana amat besar ganjarannya disisi Allah.

Di samping perkara-perkara di atas sudah tentu banyak lagi yang boleh kita ambil pengajaran dari ayat-ayat tersebut kerana sesungguhnya ilmu Allah amat luas seluas-luasnya.

Sejak dua tiga hari ini, jumlah jemaah masjid dan surau sudah mula berkurangan tetapi sebaliknya jumlah pengunjung pasaraya-pasaraya sudah meningkat dengan banyaknya, apakah selamanya kita melakukan perkara yang bertentangan dengan maksud ayat-ayat di atas. Sama-samalah kita fikirkan, di manakah kita ? Tidak malukah kita kepada tetamu Istimewa yang akan datang bila-bila masa dari sekarang iaitu Lailatul-Qadar.

Kalau pun atas sebab-sebab tertentu kita tidak mampu ke masjid atau surau pada setiap malam, sebenarnya kita masih boleh melakukan banyak perkara yang baik di rumah. Tepuk dada tanyalah iman. Solat tarawih bukan hanya di masjid dan surau sahaja.

Sesungguhnya orang-orang Yahudi dan Nasrani telah bersumpah tidak akan redha dengan Islam selama-lamanya. Oleh itu dengan baki bulan Ramadan yang masih ada ini marilah kita tingkatkan ibadat mudah-mudahan kita termasuk ke dalam golongan yang mendapat rahmat dan perlindungan Allah serta mendapat anugerah Lailatul-Qadar tahun ini, Insyaallah, Amin.

md zainal mzd

Ajaran Kristian: Jabatan Pelajaran siasat sekolah

18 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Berikutan laporan Utusan Malaysia bahawa seorang guru sekolah berbangsa India mendakwa terdapat murid beragama Islam sekolahnya yang mampu menyanyikan lagu memuji kebesaran Nabi Isa, Jabatan Pelajaran Kuala Lumpur dikatakan telah memulakan siasatan.

Menurut laporan akhbar milik Umno itu, hari ini, sepasukan pegawai dari Bahagian Sektor Pendidikan Islam, jabatan itu mengunjungi sekolah di Jalan Kuchai Lama di Kuala Lumpur itu, semalam, bagi mengambil keterangan seorang murid tahun satu berhubung dakwaan murid itu cuba dipengaruhi dengan ajaran Kristian.

Pertemuan antara murid dan pegawai dari Jabatan Pelajaran Kuala Lumpur itu, disahkan oleh guru besar sekolah berkenaan tetapi beliau enggan mengulas lanjut, lapor Utusan.

Dalam Ruangan Cuit, Penolong Ketua Pengarang Utusan Malaysia Datuk Zaini Hassan semalam mendakwa seorang guru sekolah berbangsa India memberitahunya, terdapat murid tahun satu dan enam sekolahnya mampu menyanyikan dengan bersemangat lagu memuji kebesaran Nabi Isa.

Lagu dinyanyikan adalah 'Yes, I know Jesus loves me' dan lagu 'Hari Ini Ku Rasa Bahagia' yang memuji Nabi Isa sambil menunjukkan isyarat tangan simbol salib, selain boleh bercerita kisah-kisah Nabi Isa termasuk kisah Nabi Isa disalib.

Menurut Zaini, difahamkan, para murid diterapkan ajaran agama Kristian secara halus ketika belajar di kelas tuisyen yang diberikan percuma oleh sekumpulan pemuda-pemudi bukan berbangsa Melayu di kawasan itu.

malaysiakini/-

Iklan 'Seksi' : Pemuda Pas Desak Ia Ditarik Balik

18 Ramadhan 1432H. [MOD] -


SHAH ALAM 18 OGOS : Dewan Pemuda PAS menegaskan bahawa pihak yang bertanggungjawab menerbit dan meluluskan iklan menjolok mata, seksi dan separa lucah menarik balik iklan mereka dan memohon maaf kepada ummat Islam segera mungkin.

Ketuanya, Nasrudin Hassan dalam kenyataan medianya di Facebook berkata, semua pihak perlu mengambil peranan, bermula dari pihak berkuasa negeri Pakatan Rakyat sebagai tauladan, kemudian pihak berkuasa kerajaan persekutuan turut mengambil langkah berkesan untuk memerangi gejala negatif yang kian menular.

“Jangan kerana keghairahan mempromosi sesuatu produk menjelang Aidil Fitri, individu atau syarikat terbabit tergamak melampaui sentimen beragama dan kemuliaan bulan Ramadan al Mubarak.

“Mengaut keuntungan dalam perniagaan adalah dibenarkan oleh syara' namun memperalatkan aurat wanita dan mengeksploitasinya untuk melariskan sesuatu produk adalah suatu yang bertentangan dengan agama dan mengundang kemurkaan Allah SWT,” tulis Nasrudin.

Beliau berkata demikian merujuk kepada iklan pelangsingan badan yang disiarkan di beberapa media arus perdana, khususnya yang berbahasa Melayu sepanjang bulan ramadan ini.

Katanya, iklan menjolok mata itu telah 'membakar' perasaan umat Islam dan tidak mustahil boleh mencetus kemarahan mereka.

Lebih malang, katanya ia diiklankan pada bulan Ramadan dengan memaparkan model yang juga beragama Islam.

“Tindakan ini dilihat keterlaluan dan memcabar kesucian agama Islam itu sendiri.

“Lebih malang, pihak berkuasa seperti tidak peka dengan apa yang berlaku. Bagaimana iklan seperti ini boleh lulus siar dan lulus terbit ? Ke mana perginya Kementerian Pembangunan Wanita yang selama ini bercakap soal maruah wanita.

“Apakah iklan seperti ini yang jelas memperaga dan memperalatkan wanita tidak mencarik maruah?” soal Nasrudin.

Ketua pemuda PAS itu juga membidas pihak berkuasa agama seperti JAKIM yang didakwa tidak peka dengan lambakan iklan menjolok mata sebegini yang dipasang pada billboard, banting dan banner pada laluan dan tempat awam.

“Selain budaya, hiburan keterlaluan, pergaulan bebas dan sebagainya, iklan sebegini juga boleh menjadi penyumbang kepada berlakunya perlecehan moral dan peribadi muslimah yang bermaruah.

“Kita mahu negara kita sejahtera dan aman serta mendapat keampunan Allah SWT. Bukan sahaja kita mahu negara kita indah dengan hijau dan segar dengan flora, tetapi juga kita mahu negara yang berkat dan diredhai oleh Allah dengan bebas dari unsur-unsur mungkar dan perkara yang boleh mengundang kemurkaan Allah,” katanya lagi.

Menurut Nasrudin, tidak hairanlah jika semakin hari semakin ramai anak gadis dan wanita Islam tidak menutup aurat malah semakin seksi mereka berpakaian sekali pun di khalayak ramai kerana terpengaruh dan terikut-ikut rentak idola mereka yang dipotretkan pada iklan dan juga lakonan-lakonan menerusi filem dan video klip yang turut menonjolkan cara berpakaian yang sangat menjolok mata.

“Selaku pihak berkuasa, kerajaan melalui kementerian, agensi atau jabatan terbabit mestilah mengambil tanggungjawab untuk membersihkan negara dari rambu - rambu dosa dan mungkar seperti ini,” katanya.

tv news/-

Penjual karpet cedera ditikam

18 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUANTAN: Seorang penjual karpet warga Pakistan cedera selepas ditikam dalam kejadian samun oleh sekumpulan remaja, di kawasan Bazar Ramadan Taman Kerang, di sini awal hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Zulkifli Taha berkata kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 1 pagi dan melibatkan sekurang-kurangnya 10 orang termasuk tiga wanita.

"Ketika kejadian, Sher Zaman Khan, 30, sedang tidur berseorangan dalam gerai karpetnya di bazar itu apabila dikejutkan beberapa remaja lelaki dan wanita yang masuk ke dalam gerai dan mengepungnya," katanya kepada pemberita, di sini.

Beliau berkata kumpulan remaja itu kemudian menyamun peniaga tersebut sebelum menikamnya di bahagian belakang dan melarikan diri dengan menaiki motosikal bersama wang berjumlah RM750 dan pasport mangsa.

Katanya mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil. - Bernama

Mentega DNA babi masih tidak diasing

18 Ramadhan 1432H. [MOD] -

MENTEGA yang mengandungi DNA babi (paling kanan) masih bercampur dengan mentega halal yang lain di salah sebuah pasar raya di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Walaupun pihak berkuasa meminta agar pengusaha pasar raya dan peruncit mengasingkan segera mentega mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi ke seksyen tidak halal, namun masih ada yang tidak peduli.

Tinjauan Kosmo! di beberapa pasar raya mendapati mentega jenama Pure Creamery Butter-Golden Churn yang disahkan tidak halal oleh Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) Isnin lalu masih diletakkan bersama produk halal lain di pasar raya.

Sebuah pasar raya di Jalan Cheras di sini didapati seolah-olah tidak peka dengan arahan terbabit kerana mempamerkan produk itu bersama mentega halal lain.

Selain hanya mengasingkan produk itu beberapa sentimeter dari produk halal, tiada sebarang notis tidak halal ditampal pada bahagian mentega DNA babi terbabit.

Bagaimanapun, tinjauan di empat lagi pasar raya terkemuka di Ampang, Taman Midah, Jalan Peel dan Jalan Loke Yew di sini tidak menemui produk mentega babi yang dijual pada harga RM7.99 itu.

Kosmo! semalam melaporkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) meminta semua pengusaha pasar raya dan peruncit mengasingkan segera mentega terbabit ke dalam rak seksyen tidak halal.

kosmo/-

Umno halang rakyat faham al-Quran

18 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 18 Ogos: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib berkata, Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa yang sangat penting kerana kitab suci itu merupakan perlembagaan kehidupan umat Islam.

Tambahnya, tanpa Al-Quran hidup manusia tidak akan terarah dan pasti akan pincang.

“Sudah 54 tahun sejak kita merdeka, Umno telah mengkhianati amanah yang telah diberikan oleh rakyat Malaysia kepada mereka.

“Apa yang kita perhatikan adalah Umno telah gagal untuk melaksanakan Al-Quran dalam erti kata yang sebenar,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Katanya, di bawah pemerintahan Umno, Al-Quran hanya diperdengarkan untuk pertandingan sahaja.

Malah, ujarnya Umno telah menggunakan kuasanya untuk menghalang para alim ulamak untuk menyampaikan ajaran Al-Quran dalam erti katanya yang sebenar di rumah-rumah Allah di atas alasan kononnya tidak mahu mencampuradukkan di antara politik dan agama.

“Umnolah bertanggungjawab menghalang usaha-usaha untuk memahamkan rakyat tentang Al-Quran dalam erti kata yang sebenar,” ujarnya.

Menurutnya, sebagai contoh yang diketahui umum, iaitu usaha Negeri Kelantan untuk melaksanakan undang-undang Islam sepertimana yang dituntut oleh Al-Quran turut mendapat halangan oleh pemimpin Umno yang memerintah negara.

Umno juga, katanya turut menghalang Kerajaan Negeri Terengganu sewaktu pemerintahan PAS dulu daripada melaksanakan undang-undang Islam sepertimana yang dituntut oleh Al-Quran.

Justeru, katanya seluruh umat Islam di Malaysia hendaklah sedar tentang sikap sebenar Umno yang sebenar.

Oleh kerana itulah, tegasnya menjadi suatu kewajipan kepada seluruh umat Islam bangkit bangun dari lamunan yang berusia 54 tahun itu untuk mengembalikan kedaulatan Al-Quran yang telah gagal diperjuangkan oleh Umno.

“Bagaimana Umno ingin memperjuangkan Al-Quran di atas nama nasionalisme?

“Sejak dari mula lagi asasnya pun sudah tidak betul, tak mungkin benih nasionalis dan rasis akan membuahkan Al-Quran,” ujarnya.

harakahdaily/-

Pemuda Pas Adakan Himpunan Bantah Syria Esok

18 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 18 OGOS : Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan himpunan bagi membantah kekejaman tentera Regim Bashar Al Asaad terhadap rakyat Syria esok selepas solat Jumaat esok di hadapan pintu masuk Kedutaan Syiria (baru) di Jalan U Thant, Kuala Lumpur.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, beliau sendiri akan meyerahkan satu memorandum kepada kedutaan itu bagi mendesak tindakan membunuh rakyat di negara itu dihentikan segera.

Pada masa yang sama, beliau juga mendesak kerajaan Malaysia memberi tekanan kepada negara itu dengan memutuskan hubungan diplomatik dan menghantar pulang Duta Besar Syria ke Malaysia kembali ke negaranya.

Penderitaan dan kesengsaraan rakyat Syria masih berlarutan meskipun memasuki bulan Ramadhan al Mubarak.

Regim Bashar Al Asaad masih mengganas dan membunuh ribuan rakyatnya yang bangkit mendesak beliau meletakkan jawatan.

Menggunakan kekuatan pasukan tentera dan peralatan perang seperti kereta kebal dan helikopter, Regim Bashar al Asaad kata Nasrudin seperti dirasuk syaithan, membedil dan meletupkan rakyat sendiri di bumi Syam itu.

"Saya menyeru agar semua warga prihatin agar hadir mengiringi Dewan Pemuda PAS Malaysia menyerahkan memorundum bantahan tersebut," katanya.

tv selangor/-

Pengantin baru dibaham jerung

18 Ramadhan 1432H. [MOD] -

VICTORIA (Seychelles): Percutian dan bulan madu pasangan pengantin baru di pulau peranginan di Lautan Hindi bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka maut dibaham ikan jerung, semalam.

Baru berkahwin 11 hari lalu, Ian Redmond, 30, menjadi mangsa serangan ganas ikan jerung di depan isterinya.

Media melaporkan, Redmond sedang leka berenang kira-kira 30 meter dari pantai apabila dia tiba-tiba menggelepar dan menjerit meminta tolong.

Pasangannya, Gemma Houghton, dari Wigan, England, berbaring di pantai apabila dikejutkan dengan jeritan Redmond.

Gemma, 27, panik melihat suaminya dibaham ikan ganas itu.

Beberapa nelayan berjaya menarik Redmond ke sampan dan membawanya ke pantai.

Saksi berkata, lelaki terbabit cedera parah akibat gigitan ikan jerung berkenaan.

Katanya, ikan paus itu membaham sebahagian besar daging pada tubuh Redmond menyebabkan dia kehilangan banyak darah.

Katanya, Redmond menghembus nafas terakhir sebelum sempat pasukan paramedik tiba.

“Isteri lelaki itu hanya mampu menjerit dan menangis di sisi mangsa,” katanya.

Serangan jerung semalam adalah yang kedua dalam tempoh dua minggu di Pulau Praslin, Seychelles.

Ia terletak kira-kira 32 kilometer dari tempat Putera William dan Kate Middleton berbulan madu baru-baru ini.

Saksi berkata, Redmond kehilangan sebahagian besar kaki kirinya sehingga dia dapat melihat tulang paha mangsa.

“Seorang wanita meluru dan mula menjerit memberitahu mangsa adalah suaminya,” katanya.

Seorang penduduk tempatan berkata, Redmond berenang tidak jauh dari kawasan pantai apabila serangan berlaku.

“Tangannya dibaham jerung dan sebahagian daripada tubuhnya juga hilang.

“Air di kawasan itu merah akibat darah mangsa,” katanya. - TS

Kita di tipu melalui pemakanan??

18 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW.

Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum. Teruskan membongkar kebijaksanaan yahudi menipu umat Islam.

Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah:
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil"Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman.

Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara,

kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wani ta. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Allah Tuhanku, Muhammad Nabiku, Islam Agamaku, Al-Quran Imamku, Kaabah Kiblatku, Solat Kewajipanku, Sekelian Muslimin Saudaraku dan Ibrahim Al-Khalil Datukku. Aku hidup dan mati atas kalimah 'LAA ILAHA ILLALLAH'

-eSpAcE 9808-::

Tiga tahun hidup dengan cahaya lilin

18 Ramadhan 1432H. [MOD] -

AMPANG, 18 Ogos: Sasaran jejak Ramadan anjuran Editorial Harakah bersama Dewan Muslimat PAS Pusat kali ini tertumpu kepada golongan ibu tunggal dan warga emas yang terlantar sakit.

Di sebalik tirai kemegahan dan kegemilangan kota raya Kuala Lumpur, di Dun Lembah Jaya masih ramai lagi insan yang terpinggir dan amat memerlukan bantuan. Mereka memerlukan bantuan bukan sekadar sesuap nasi tetapi mahu mengubah nasib kehidupan anak-anak.

(Khasim menyampaikan sumbangan Harakah kepada suami Sofiah, warga emas yang lumpuh dan tidak mampu bercakap.)

Ibu tunggal, Roziah Livis, 30-an, yang tinggal di pangsapuri Taman Kosas terpaksa menggunakan lilin selama tiga tahun kerana tidak mampu membayar tunggakan bil elektrik yang mencecah RM2,000.

Beliau mempunyai tiga anak terpaksa berhenti daripada kerja membantu menjual ais kerana kuku dan kakinya rosak. Suaminya telah melafazkan cerai talak satu selepas beliau melahirkan anak ketiga.

Fauziah Ramli, 30-an, baru melahirkan anak kelima juga memerlukan bantuan kerana suaminya berada dalam penjara. Meringankan bebanan, Adun Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz menghulurkan bantuan.

Kesengsaraan dan penderitaan warga emas, Sofiah Abd Ghani yang lumpuh, tidak boleh bercakap dan tidak kenal sesiapa, turut memilukan.

Beliau terbaring di atas katil dan hanya mampu menggerakkan tangan sebelah kanan. Selama lima tahun beliau terbaring dan hanya minum susu melalui hidung.

Jejak Ramadan akan terus menyalurkan sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik. Tiga ibu tunggal, dua warga emas serta seorang pesakit kritikal turut mendapat sumbangan.

Mereka mendapat bantuan wang tunai serta barangan asas beras, tepung, gula dan teh.

Dana Ramadan yang digerakkan Unit Editorial Harakah dengan kerjasama Dewan Muslimat PAS Pusat mendapat sambutan menggalakkan. Sumbangan yang diperolehi telah diagih-agihkan kepada golongan kurang bernasib baik.

Mereka yang bersimpati dan menyokong misi mulia ini boleh salurkan sumbangan atas nama DMPP ke akaun Maybank 564025400533.

harakahdaily/-

JK p’raya hanya untuk kaburi mata rakyat

18 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Imam sebuah masjid di Gelang Patah yang digantung kerja selepas ditahan dalam perhimpunan BERSIH 2.0 mempertikaikan alasan yang diberikan Majlis Agama Islam Jojor (MAIJ) berhubung tindakan itu.

Hassan Md Said (bawah), 40, mengesyaki alasan berkenaan bacaan khutbahnya sengaja ditimbulkan untuk menghalalkan tindakan menggantungnya.

"Mereka boleh kata (penggantungan) berkenaan khutbah, sedangkan semua orang kampung kata penggantungan saya disebabkan BERSIH.

"Lepas ini saya tak hairanlah kalau alasan lain keluar sama. (Contohnya) kata saya tidak datang mesyuaratlah," katanya sinis.

Penasihat MAIJ Datuk Noh Gadut dilaporkan berkata, penggantungan seorang iman baru-baru ini dibuat atas kesalahan tidak membaca teks khutbah yang disediakan majlis itu.

Tanpa menyebut nama Hassan, Noh berkata tindakan diambil terhadap imam tersebut "untuk mengundurkan diri dan ditarik balik pentauliahannya", lapor Sinar Harian hari ini.

Bekas mufti Johor itu juga dilaporkan berkata, tindakan terpaksa diambil kerana MAIJ telah beberapa kali menasihati dan memberikan banyak peluang tetapi kesalahan itu masih berulang.

'Saya bukan Mat Sabu'

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Hassan - imam utama Masjid Ladang - menafikan tidak membaca khutbah yang disediakan sebaliknya hanya "menyesuaikan" dengan masalah isu setempat di kampungnya.

"Khutbah ini kadang-kadang tidak semasa dan tidak sesuai dengan tempat. Kampung saya ini kampung nelayan. Masalah orang sini masalah akidah. Di sini muktazilah, Syiah, Wahabi semua ada. Khutbah saya kenalah menyentuh perkara ini," katanya.

Menurutnya lagi, beliau sudah lebih sepuluh tahun mengambil tindakan itu tetapi tiada sebarang teguran dibuat oleh pihak majlis atau pegawainya di peringkat daerah yang dilantik.

"Kenapa sekarang baru isu khutbah ini muncul? Kenapa tidak dua tahun lalu. Betullah saya kata, majlis agama ini tidak profesionallah. Saya sekarang ini kalau dipecat pun saya redalah," katanya.

Ditanya sama ada beliau mengkritik kerajaan dalam khutbahnya, Hassan menafikannya dengan alasan "saya bukan (timbalan presiden PAS) Mat Sabu".

"Saya juga bukan hendak main politik atau hendak jatuhkan kerajaan. Cuma saya ini bukan macam imam-imam lain yang ikut saja, (mereka) bila orang datang hendak kena tabik," katanya.

Hassan - bapa kepada dua anak - itu digantung kerja tiga bulan sehingga 2 November atas alasan "melanggar beberapa arahan" majlis agama negeri, yang dikeluarkan melalui Pejabat Kadi Johor Bahru.

Hassan percaya tindakan itu susulan beliau antara hampir 1,700 orang yang ditangkap polis pada 9 Julai lalu. Beliau menafikan menyertainya, sebaliknya hanya menziarahi saudara dan melawat ibu negara.

Pengidap kencing manis serius itu percaya elaun bulanan RM750 terhadapnya juga dibekukan, sekali gus menyebabkan pesakit kencing manis serius itu hilang mata pencarian.

Bantuan kewangan kepada Hassan boleh disalurkan melalui akaun Maybank dengan nombor akaun 151548003632 (Hassan bin Md Said).

harakahdaily/-

Bersyukur Kita

18 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Meningkatkan ketaqwaan kepada Allah swt dengan penuh keyakinan
dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhanNya dan juga
meninggalkan segala laranganNya, Mudah-mudahan kita menjadi
insan yang bertaqwa dan beriman serta selamat di dunia dan selamat
di akhirat.

Firman Allah swt yang bermaksud:
''Dan jika kamu menghitung nikmat Allah yang dilimpahkanNya kepada
kamu tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu, sesunguh-
nya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."
(An-Nahl:18)

Dari ayat tersebut jelas menunjukan bahawa Allah swt telah mengurnia-
kan berbagai-bagai kenikmatan kepada hamba-hambaNya di dunia ini,
nikmat kesenangan, kemakmuran, keselamatan, kesejahteraan dan
bermacam lagi nikmat yang tidak terkira banyaknya. Tetapi apakah
kita mensyukuri nikmat tersebut,

Firman Allah swt yang bermaksud:
"...Dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya
menyembahNya semata-mata."
(An-Nahl:114)

Syukur adalah merupakan pujian, ingatan dan terima kasih kepada Allah
terhadap pengurniaan nikmat kepada hamba-hambaNya, Sebagai tanda
syukur, seseorang hamba itu hendaklah taat mengerjakan segala suruhan
dan perintah Allah swt serta meninggalkan dan menjauhi segala larangan
dan tegahanNya, kita sebagai hamba hendaklah sentiasa reda dengan
qada' dan qadar Allah.

Amalan bersyukur kepada Allah itu hendaklah dilakukan melalui tiga perkara:

Pertama: Melalui hati, dengan cara mengiktiraf dan mengakui sepenuhnya
bahawa semua nikmat-nikmat tersebut adalah kurnia dan pemberian dari
Allah swt.

Kedua: Melalui lisan, iaitu menzahirkan di dalam kehidupan seharian
dengan memuji-muji Allah serta memperbanyakkan mengucap syukur
kepadaNya.

Ketiga: Melalui perbuatan iaitu berlaku taat kepada Allah yang mana
menggunakan segala nikmat-nikmat yang dikurniakan pada tempat-
tempat yang diredaiNya.

Allah tidak akan mengubah segala bentuk nikmat yang telah di-
kurniakan kepada hamba-hambaNya di dunia ini selagi nikmat
tersebut digunakan pada jalan yang diredhaiNya, Nikmat itu akan
berkekalan selagi mereka taat dan bersyukur kepada Allah, tetapi
sebaliknya jika mereka kufur nikmat,

menderhaka dan meninggal-kan segala suruhan dan perintahNya dan melakukan segala
larangan dan tegahanNya, maka buruklah balasan di dunia dan
juga di akhirat.

Firman Allah swt yang bermaksud:
"Balasan yang demikian itu ialah kerana sesungguhnya Allah
tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya
kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada
pada diri mereka sendiri. Dan ingatlah sesungguhnya Allah Maha
Mendengar lagi Maha Mengetahui.
(Al-Anfaal:53)

Allah Tuhanku, Muhammad Nabiku, Islam Agamaku, Al-Quran Imamku, Kaabah Kiblatku, Solat Kewajipanku, Sekelian Muslimin Saudaraku dan Ibrahim Al-Khalil Datukku. Aku hidup dan mati atas kalimah 'LAA ILAHA ILLALLAH'

Posted by tok_aji

Pertikaian Laut China Selatan tak jejas PBGEC

18 Ramadhan 1432H. [MOD] -

NANNING (Guangxi, China): Pertikaian mengenai Laut China Selatan antara China dengan negara Asean tidak memberikan kesan kepada perdagangan dua hala dan kerjasama ekonomi dalam Kerjasama Ekonomi Seluruh Teluk Beibu (PBGEC).

Timbalan Ketua Pengarah Suruhanjaya Perancangan, Pembinaan dan Pentadbiran Zon Ekonomi Teluk Beibu Guangxi, Chen Ruixian, berkata perbincangan dan rundingan antara negara-negara terbabit diadakan secara berterusan untuk menyelesaikan isu-isu yang timbul.

"Pertikaian Laut China Selatan tidak akan menjejaskan kerjasama antara Asean dengan negara-negara PBG.

"Penyertaan pegawai-pegawai peringkat tinggi dalam Forum PBGEC Ke-6 menunjukkan negara-negara PBG berhasrat meningkatkan kerjasama bagi hubungan dua hala, memperluas kerjasama untuk saling mempercayai dengan prinsip memelihara kepentingan bersama semua pihak dan merealisasikan pembangunan sama menang.

"Kami amat yakin bahawa dengan usaha bersepadu kerajaan China, negara-negara anggota Asean dan negara-negara anggota PBG, Forum PBGEC akan membuahkan hasil dan akan lebih berjaya," katanya pada satu sidang media di sini semalam.

Forum PBGEC yang diadakan setiap tahun itu bermula di sini hari ini.

Kira-kira 200 peserta termasuk pegawai, pakar, cendekiawan dari institusi penyelidikan dan wakil-wakil dari institusi kewangan serta pertubuhan antarabangsa dari China dan Asean telah berhimpun bagi forum dua hari itu di ibu kota Wilayah Autonomi Guangxi Zhang Barat Daya China.

Chen berkata Forum PBGEC itu semakin meraih momentum kukuh sejak kali pertama diadakan pada 2006.

Tahun lalu, katanya, jumlah perdagangan China dengan negara-negara PBG lain mencecah US$285.835 bilion dan daripada jumlah itu, 97.63 peratus adalah antara China dengan negara Asean.

"Sebagai peneraju dalam kerjasama Asean-China, perdagangan Guangxi dengan negara-negara PBG lain menguasai 99.51 peratus daripada keseluruhan perdagangan dengan negara Asean tahun lalu," katanya.

Justeru kata Chen yang juga Timbalan Setiausaha Agung Jawatankuasa Penganjur Forum PBGEC Ke-6, berkata forum itu akan bertindak sebagai platform menyempurnakan tugas berat untuk menginstitusikan dan memajukan kerjasama PBG dengan mengadakan projek-projek baharu dalam bidang-bidang khusus.

"Forum ini akan memperluas lagi kerjasama dan perdagangan Asean-China, terutamanya dalam Kawasan Perdagangan Bebas China-Asean (CAFTA)," katanya, sambil menambah Forum PBGEC Keenam itu akan lebih pragmatik, dan perbincangan yang lebih mendalam akan diadakan mengenai sektor dan projek utama.

Tahun ini adalah ulang tahun kedua CAFTA. Sejak pelaksanaan CAFTA, perdagangan dua hala antara Asean dengan China telah berkembang dengan pesat.

"Perangkaan menunjukkan bahawa pada 1991, perdagangan dua hala antara Asean dengan China bernilai hanya US$7.96 bilion; bagaimanapun ia melonjak kepada AS$292.78 bilion tahun lalu.

"Bagi enam bulan pertama tahun ini, perdagangan dua hala meningkat sebanyak 25 peratus kepada AS$171.12 bilion. Menjelang akhir Jun tahun ini, pelaburan dua hala berjumlah hampir AS$80 bilion," katanya.

Chen berkata China adalah rakan dagang terbesar bagi Asean, manakala Asean menjadi rakan dagang ketiga terbesar bagi China, sekali gus mengatasi Jepun.

"Ini menunjukkan permulaan yang baik bagi CAFTA. Kerjasama ekonomi dan perdagangan Asean-China telah mencapai tahap baharu dan ini menjanjikan prospek yang lebih luas," katanya. - BERNAMA

Kes Qazaf : Anwar Tolak Zainul Rijal Sebagai Pendakwa

18 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 18 OGOS: Campurtangan politik dalam urustadbir mahkamah Syariah merupakan faktor utama kepada penangguhan kes Qazaf yang melibatkan Saiful Bukhari Adzlan dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menjangkau lebih daripada tiga tahun.

Malah hak Ketua Umum PKR itu terus diketepikan apabila peguam syarie Zainul Rijal yang mewakili kerajaan sering menggunakan pelbagai alasan teknikal bagi mengelak kes tersebut daripada didengari sejak 2008.

Sehubungan itu, Anwar bersama peguamnya Kamar Ainiah Kamaruzaman hari ini menfailkan permohonan kepada Mahkamah Syariah Kuala Lumpur bagi menolak Zainul daripada mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Ketua Jabatan Pendakwaan Jawi dan Pengarah Jawi.

Malah, menurut Anwar gesaan itu dibuat berdasarkan reaksi Zainul yang dilihat seolah-olah menjadi agen menghalang perlaksanaan Mahkamah Syariah dengan memberi alasan teknikal melibatkan Mahkamah sivil.

"Kita bangkit ialah menuntut supaya prosiding mahkamah syariah berjalan. Itu yang paling penting. Berulang kali diminta untuk dimulakan (prosiding). Tiga tahun belum mula kes dan orang yang pergi ke Suhakam termasuk Persatuan Peguam Muslim ini tidak peduli mahkamah Syariah. Dia guna tiket persatuan.

"Jadi mereka bercakap tentang keperluan menghormati Islam dan mahkamah syariah tapi mereka mengabaikan proses (Syariah) kerana alasan politik. Ia adalah arahan jelas daripada ketua politik. Dalam kes ini apa yang paling buruk adalah penyalahgunaan wang zakat," kata beliau kepada pemberita di perkarangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Zainul yang juga Presiden Persatuan Peguam Muslim pernah dikaitkan dengan pembayaran yuran guaman menggunakan wang zakat.

Malah perkara tersebut turut diakui oleh Timbalan Menteri pada sidang Parlimen Jun lalu.

Anwar kemudian menjelaskan beliau tetap dengan pendirianya untuk menolak amalan 'sumpah laknat' yang dilakukan sesetengah pihak.

Sebaliknya, Anwar tetap merujuk Mahkamah Syariah bersabit perintah Al-Quran dan Syariat.

Dalam pada itu, peguam Kamar yang ditemui turut menyifatkan tuntutan tersebut berpatutan memandangkan beberapa kenyataan Zainul kepada media sebelum ini didakwa telah menjejaskan kewibawaan dan sistem Mahkamah Syariah selain berlawanan dengan etika peguam syarie.

Malah, beliau turut menyifatkan tindakan Zainul tidak profesional selain wujudnya konflik berkepentingan terhadap responden.

Bagaimanapun beliau tidak dapat mendedahkan lanjutan butiran kod etika peguam yang telah dilanggar Zainul.

Namun Kamar yakin kedua-dua pihak boleh dipanggil ke sesi pendengaran pada bulan Oktober nanti.

"Saya tidak dapat memberitahu butiran terperinci kerana saya kena sampaikan dulu permohonan tersebut tapi antaranya beliau telah melanggar etika peguam syarie dalam perwakilan di mahkamah syariah,"

Anwar sebentar tadi ditemani isteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan rakan.

tv selangor/-

DAP kutuk bakar pejabat

18 Ramadhan 1432H. [MOD] -

GEORGETOWN, 18 Ogos: DAP Pulau Pinang hari ini mengutuk tindakan kejam kumpulan atau individu yang membakar ibu pejabat DAP Pulau Pinang di sini pada jam 3 pagi tadi.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menganggap perbuatan keji itu dilakukan oleh pengecut memandangkan pejabat yang sama telah disimbah cat merah empat hari lalu, lapor Roketkini.

“Serangan pengecut, cuba bakar Ibu Pejabat DAP awal pagi ini. Hanya selepas empat hari cat merah disimbah ke atas pejabat itu. Tolak keganasan!” katanya melalui mesej Twitter pagi ini.

Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow pula menyatakan rasa terkejut dan meluat dengan insiden itu yang disifatkannya sebagai perbuatan jahat bermotifkan politik.

Katanya jika ada mana-mana pihak tidak puas hati dengan DAP atau kerajaan negeri Pakatan Rakyat, mereka dipersilakan untuk membantah atau mengkritik melalui saluran yang sah.

“Kita sedia berdepan dengan rakyat yang mempunyai rasa prihatin, kita terbuka untuk dikritik dan kita sedia memberi jawapan kepada sebarang kritikan,” ujarnya.

Bagaimanapun, beliau berkata, media kawalan Kerajaan Pusat dan parti pemerintah tidak pernah menyiarkan penjelasan DAP dan Pakatan, sebaliknya digambarkan sebagai rasis dan pembuli walau pun DAP dan Pakatan menolak keganasan.

“Ibu pejabat kami pula bukanlah banglo atau menara, kami berjiran dengan rakyat di kawasan perumahan. Percubaan melulu pagi tadi membakar pejabat kami boleh mengancam nyawa orang lain yang tinggal di unit berdekatan.

“Jika tidak kerana jiran-jiran berdekatan bertindak cepat, kebakaran ini mungkin akan membawa kepada kesan buruk,” katanya.

Chow yang juga Ahli Parlimen Tanjong, mengucapkan terima kasih kepada penduduk di kawasan tersebut yang bertungkus lumus membantu menyelamatkan keadaan.

Beliau juga dimaklumkan bahawa ibu pejabat Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) juga disimbah cat merah, di antara lewat malam tadi atau awal pagi ini.

Sementara itu, Setiausaha DAP Pulau Pinang, Ng Wei Aik berkata, sebiji botol, dipercayai digunakan sebagai molotov cocktail atau bom api, telah dijumpai di tempat kejadian.

Bomba yang tiba di tempat kejadian 15 minit setelah penduduk di kawasan itu menghubungi mereka dikatakan telah mengambil botol tersebut untuk diuji sama ada suspek menggunakan botol itu sebagai senjata.

Ng yang juga Adun Komtar berkata, laporan polis sudah dibuat dan sedang menunggu siasatan dari pihak berkuasa berkenaan.

harakahdaily/-

Kereta Skoda lebih laju berbanding Porsche 911

18 Ramadhan 1432H. [MOD] -

RICHARD 'Dickie' Meaden memandu kereta Skoda Octavia pada kelajuan 325.32 kilometer sejam di Bonneville Amerika Syarikat pada Sabtu lalu.

BONNEVILLE, Amerika Syarikat (AS) - Seorang pemandu lagak ngeri, Richard 'Dickie' Meaden menjadi pemandu pertama yang memecah paras kelajuan 321.86 kilometer sejam dengan memandu kereta Skoda, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebelum ini, kereta buatan Republik Czech itu kerap menjadi bahan ketawa kerana ia dianggap tidak setanding dengan jenama-jenama kereta utama di Eropah.

Namun, pihak Skoda mengambil masa selama enam bulan untuk melakukan pengubahsuaian pada kereta Skoda Octavia untuk cabaran tersebut.

Meaden memandu kereta itu dengan kelajuan 325.32 kilometer sejam dalam sesi pemanduan pada Minggu Kelajuan Bonneville di sini, negeri Utah pada Sabtu lepas.

Enjin kereta berkapasiti dua liter itu dilengkapi pengecas turbo gergasi untuk meningkatkan kuasa kenderaan itu daripada 200 kuasa kuda (bhp) kepada lebih 500bhp sekali gus lebih berkuasa daripada kereta sport Porsche 911. - Agensi

Kes Fitnah Liwat II : Bekas IGP Juga Enggan Jadi Saksi

18 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR : Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini enggan menjawab soalan yang dikemukakan oleh peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim - apabila mereka mengajukan pertanyaan mengenai merit kes semasa sesi temubual.

Menurut peguam Sankara Nair, pada mulanya Musa sedia bekerjasama dengan mereka, termasuk Anwar dengan menjawab beberapa soalan.

“Bagaimanapun, apabila kita tanya mengenai merit kes itu, Musa jawab beliau tidak mahu menjadi saksi pembela dan tidak mahu ditemubual,” kata Sankara.

Anwar mencelah dan berkata, “ Ia sudah dalam skrip.”

Sankara berkata pertemuan dengan Musa hanya berlangsung kira-kira lima minit apabila beliau muncul pada jam 2.30 petang.

Bersama Sankara yang mengendalikan temubual itu adalah peguam Ram Karpal dan Param Cumaraswamy.

Sankara berkata pihak pembelaan agak kecewa kerana meskipun hakim berkata saksi mempunyai hak untuk tidak menjawap, Musa sepatutnya membantu.

“Namanya secara langsung disebut oleh pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan. Justeru, beliau patut membantu kita,” katanya.

“Siapa tahu, apa yang diperkatakannya itu mungkin membantu pihak pembelaan. Tetapi Musa memilih untuk tidak berbuat demikian.”

Mohd Saiful dalam keterangannya sebelum ini berkata dia menelefon telefon bimbit ketua polis negara itu selepas mengadu kepada timbalan perdana menteri ketika itu, datuk Seri Najib Razak berhubung perbualan yang didengarnya.

Menurut Sankara, temubual dengan Musa berjalan dengan tenang meskipun beliau pernah disiasat berhubung dakwaan memalsukan bukti pada perbicaran kes liwat pertama yang membabitkan Anwar.

Seorang lagi saksi yang ditemubual oleh pihak pembelaan adalah bekas pembantu Anwar, Mohd Khoharullah Abdul Majid.-Malaysiakini

tv news/-

Tak tahu motif simbah asid

18 Ramadhan 1432H. [MOD] -

SIMPATI...Muhd Khairun (kiri) berbual dengan mangsa di HKL, semalam.
KUALA LUMPUR: “Sebaik menerima berita anak saya disimbah asid, badan saya menjadi lemah dan tak tahu nak buat apa. Sepanjang pengetahuan saya, dia anak yang baik dan tidak pernah bermusuh dengan sesiapa.

“Kejadian itu benar-benar mengejutkan saya. Saya sedih kerana pada tahun ini dia akan menyambut hari raya di hospital dalam kesakitan akibat kejadian ini. Saya harap pihak tidak bertanggungjawab diberi balasan setimpal,” kata Abdul Latiff Kassim, bapa kepada seorang lelaki yang disimbah asid ketika sedang menunggu rakannya berhampiran tandas awam di Jalan Raja Laut, 8 Ogos lalu.

Katanya, perasaan sedih tidak dapat dibendung apabila melihat kecederaan teruk di muka, badan dan dua tangan anaknya serta berdepan kemungkinan terjejas penglihatan selepas mata kanannya kabur manakala mata kiri belum dapat dibuka.

Abdul Latiff berkata, dia yang sedang menonton televisyen di rumah bersama isteri bergegas ke hospital sebaik menerima panggilan telefon daripada rakan Mohd Raffie yang berada bersamanya pada malam kejadian.

“Ketika tiba, saya terkejut mendapati dia dalam keadaan begitu teruk. Selepas bertemu rakannya, baru saya tahu dia menjadi mangsa simbahan asid oleh orang tidak dikenali ketika sedang menunggu di dalam kereta,” katanya pada sidang media bersama Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhd Khairun Aseh di Unit Rawatan Kebakaran Hospital Kuala Lumpur (HKL), semalam.

Menurut Abdul Latiff, dia sekeluarga menolak kemungkinan kejadian berkenaan bermotifkan dendam kerana anak ketiga daripada empat beradik itu tidak mempunyai masalah di tempat kerja, malah dia disenangi semua orang.

“Ini turut diakui majikan yang datang melawatnya baru-baru ini. Malah ramai rakan sekerjanya turut memberikan sokongan moral dan bersedih dengan kejadian itu. “Saya yakin ia bukan bermotifkan permusuhan dan sebagainya. Ia mungkin dilakukan individu bermasalah,” katanya.

Sementara itu, Muhd Khairun berkata, bironya akan menubuhkan Jawatankuasa Tabung Amanah bagi mencari dana membantu meringankan beban anggota keluarga selain menampung perbelanjaan yang mungkin diperlukan Mohd Raffie.

Katanya, beliau akan mempengerusikan jawatan itu yang dianggotai seorang peguam Mahkamah Tinggi, selain ahli keluarga yang akan ditentukan kemudian bagi mencari dana untuk menampung segala kos berkemungkinan.

metro/-

Dakwa dibogelkan, ahli PSM serah memo ke Bukit Aman

18 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Tiga anggota wanita Parti Sosialis Malaysia (PSM) membuat aduan rasmi kepada lembaga disiplin polis mengenai 'layanan buruk, pencabulan kuasa dan ganguan seksual” ke atas mereka semasa ditahan Jun lalu.

G Packialetchumy , P Indra dan P Jody membuat aduan di ibu pejabat polis Bukit Aman, Kuala Lumpur, dengan diiringi beberapa pemimpin PSM hari ini.

Mereka menyerahkan memorandum empat halaman bersama tujuh laporan berhubung dakwaan salah laku polis.

Wanita berkenaan mendakwa mereka dipaksa berbogel dan menanggalkan pakaian mereka kepada baju lokap di hadapan dua anggota polis lelaki di kawasan terbuka di balai polis Kepala Batas di Pulau Pinang.

Ini, kata mereka berlaku pada malam 25 Jun, di mana 31 anggota PSM ditangkap semasa dalam program jelajah parti itu. Tiga belas daripada mereka adalah wanita.

“Sebaik saja tiba di lokap, kami bergilir dibawa ke lobi. Saya nampak ada 10 anggota wanita dan dua lelaki,” kata Packialetchumy yang mendakwa beliau kemudiannya diarahkan untuk menanggalkan bajunya.

Dakwanya lagi, dua anggota polis lelaki berkenaan yang berdiri kira-kira sejauh dua meter kemudiannya menjerit "Buka, kenapa tak buka?”.

"Bila saya enggan buka, seorang anggota wanita mara ke depan dan tarik baju saya,” kata Pakialetchumy (kanan), 40, dengan berang.

Beliau kemudiannya berselindung di belakang anggota polis wanita lain dan menukar kepada pakaian lokap itu seperti yang diarahkan.

Dalam aduannya juga, Jodie, 51, mendakwa seorang anggota polis lelaki menyepak kakinya apabila pada mulanya dia enggan mematuhi arahan itu.

Indra, 53, pula mendakwa seorang anggota polis cuba melondehkan seluarnya.

Menurut ketiga-tiga mereka, nasib yang sama juga dialami tahanan wanita lain.

malaysiakini/-

Lebih banyak penyelewengan Felcra akan didedah

18 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR,: Kemenangan waris kepada peserta Felcra di Tapah dalam samannya terhadap Felcra Berhad baru-baru ini membuka jalan untuk lebih banyak penyelewengan didedahkan.

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, penyelewengan yang berlaku di Felcra lebih teruk berbanding Felda.

"Ini satu lagi kemenangan manis kepada peneroka di Felcra, satu lagi institusi pembangunan tanah.

"Ini membuka jalan kepada pendedahan lebih banyak penyelewengan dan salah guna kuasa yang berlaku di Felcra. Apa yang berlaku di Felcra lebih serius daripada Felda," kata beliau ketika ditemui di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini.

Mazlan berkata, Badan Bertindak Peserta Felcra (Bapa) sedang mengumpulkan bukti berkaitan kes-kes penyelewengan Felcra khususnya di Perak untuk didedahkan dan dilaporkan kepada pihak berwajib.

"Bapa sudah buat keputusan untuk mendapatkan beberapa sample kes penyelewengan yang berlaku yang sebahagiannya di Perak seperti di Pasir Salak dan baling, Kedah.

"Peserta Felcra sudah buat laporan kepada Bapa dan kita akan teliti kes-kes ini untuk dibawa kepada pihak yang bertanggungjawab," katanya.

Baru-baru ini, seorang waris kepada peserta Felcra di Tapah, Mohamad Ramly Sanji menang dalam samannya terhadap Felcra Berhad yang didakwa menceroboh tanah milik ibunya.

Mahkamah Tinggi Ipoh melalui Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Dr Hassan Abd Rahman yang memutuskan bahawa perjanjian yang dibuat oleh Felcra dengan ibu plaintif sebelum ini tidak sah.

Sehubungan itu pihak Felcra diarah membayar ganti rugi kepada plaintif dan kos tindakan itu akan ditaksirkan mahkamah.

Selain itu Hakim juga mengeluarkan perintah injuksi yang menetapkan bahawa pihak Felcra perlu mengosongkan tanah tersebut dalam masa 30 hari dan segala kos pengosongan itu perlu ditanggung pihak Felcra.

Plaintif menfailkan saman berkenaan pada 2008 selepas mendapati pihak defenden iaitu Felcra Berhad melakukan pencerobohan ke atas tanah seluas dua hektar dijalan Kacu Tapah, yang dibangunkan atas tujuan tanaman kelapa sawit.

Kes beliau antara yang mendapat bantuan dan sokongan Bapa, sebuah NGO yang memperjuangkan nasib peserta Felcra.

harakahdaily/-

Najib mesti umum terma penyelesaian Tajuddin

18 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mestilah mengumumkan kepada rakyat terma-terma penyelesaian antara bekas pengerusi Penerbangan Malaysia (MAS), Tan Sri Tajuddin Ramli dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terlibat.

"Najib diingatkan supaya jangan menyalahgunakan kuasanya dan mempermain-mainkan amanah rakyat kerana pertikaian antara Tajuddin dan GLC berkaitan melibatkan berbilion ringgit wang rakyat dan sudah lama berlanjutan," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau menyifatkan seluruh rakyat kini ditipu dan dipermain-mainkan jika benar laporan yang menyatakan bahawa hanya Tajuddin dan peguam Umno, Hafarizam Harun sahaja yang tahu terma-terma penyelesaian tersebut.

"Belum habis lagi kita menghadapi bencana di mana MAS berpindah milik dari rakyat kepada individu timbul pula isu terma penyelesaian yang digelapkan sehingga GLC berkaitan pun tidak tahu.

"Lebih buruk lagi, dilaporkan juga bahawa GLC berkenaan dimaklumkan bahawa terma penyelesaian global itu akan didedahkan kepada mereka hanya jika mereka bersetuju melantik Hafarizam sebagai peguam mereka.

"Jika benar, ia seperti ugutan kepada GLC berkenaan yang sekaligus bermakna ugutan kepada rakyuat kerana GLC hakikatnya milik rakyat," kata Mahfuz.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu mengingatkan Perdana Menteri bahawa beliau boleh dituduh terlibat mengugut rakyat melalui terma berbau ugutan kepada GLC berkaitan jika beliau tidak menyatakan kepada rakyat terma-terma penyelesaian antara GLC tersebut dengan Tajuddin.

Beliau juga menuntut bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir memikul tanggungjawab utama atas apa yang berlaku itu.

"Selain apa yang dilihat sebagai pengambilalihan MAS oleh Air Asia, off-site solution dengan Tajuddin yang dilihat ditaja oleh Najib hakikatnya adalah menifestasi kegagalan program penswastaan Dr Mahathir," tegas Mahfuz.

Beliau menyifatkan kedua-duanya sebagai bencana yang diakibatkan oleh amalan kronisme dan rasuah paling hebat iaitu penswastaan atas dasar "siapa yang kamu kenal".

"Walaupun Dr Mahathir telah bersara selama kira-kira tujuh tahun, tetapi rakyat masih dipaksa menanggung beban kebobrokan pemerintahan 22 tahunnya," kata beliau.

Mahfuz kesal, MAS dari sebuah syarikat penerbangan nasional kepunyaan rakyat, yang dahulunya setaraf Singapore Airline, Cathay Pacific dan Etihad kini menanggung kerugian serta tidak dapat bersaing maju dan lebih menyedihkan, berpindah hak milik daripada rakyat kepada individu.

"Tajuddin yang dilihat umum sebagai pihak yang dikaitkan sebagai bertanggungjawab menyebabkan MAS rugi besar terlepas bebas begitu sahaja," kata beliau.

harakahdaily/-

Bekas tentera dakwa mengundi 'sampai lenguh'

18 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Seorang bekas anggota tentera mendakwa, beliau telah menanda ribuan kertas undi pos semasa bertugas sebagai kerani tadbir ketika pilihan raya ketujuh dijalankan.

Kamarulzaman Ibrahim, 53, mendakwa beliau bersama beberapa lagi rakannya diarahkan supaya berbuat demikian oleh pegawai pemerintahnya.

Beliau (foto kanan) mendakwa berbuat demikian sepanjang tiga hari menjalankan tugas berkenaan di Kem Terendak, Melaka.

Beliau mendakwa telah menanda kertas undi berkenaan "sehingga lenguh tangan" dan turut menandatangan setiap borang yang dikepilkan bersama kertas undi tersebut.
Pendedahan berkenaan timbul selepas pemuda PAS membuat pendedahan sama selepas seorang anggota tentera mula membuka mulut berhubung dakwaan sama, awal bulan ini.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS hari ini, Kamarulzaman berkata, beliau berbuat demikian kerana "sekadar menurut perintah" sepanjang tempoh tiga hari tugasnya itu.
"Jadi ruang untuk manipulasi memang terlalu besar," katanya yang turut mendedahkan bahawa beliau turut diarahkan untuk memangkah undi bagi pembangkang.

"Sebab itu memang ada tempat yang PAS menang dengan undi pos," katanya yang menambah, kertas undi yang dibekalkan ke kem berkenaan bukanlah untuk sesuatu kawasan pilihan raya sahaja.

Selain Kamarulzaman, turut tampil membuat pendedahan hari ini ialah Mohamed Nasir Ahmad yang pertama kali muncul pada awal bulan ini dengan dakwaan berhubung penyalahgunaan undi pos di Kem Sandakan pada 1986.

Mohamed Nasir Ahmad, 50, mendakwa pernah memangkah lebih 400 kertas undi pos dalam tugasnya di kem itu.

Apa yang menghairankannya, tidak sampai 100 orang daripada setiap batalion didakwa telah mendaftar sebagai pengundi pos, namun kertas undi tetap dikeluarkan atas nama mereka, dakwanya lagi.

Tambahnya (foto kiri), kertas undi berkenaan mungkin dikeluarkan untuk anggota yang bakal bersara dan menjalani latihan peralihan.

"Mereka ini duduk berterabur di serata negeri. Mana ada masa untuk balik ke kem," katanya lagi yang berkata anggota tentera telah menerima arahan melalui perintah tetap supaya tidak terlibat dalam politik.

"Kita tidak ambil penting sangat apa yang kita buat itu. Bila ada gelombang BERSIH, barulah kita ada kesedaran," katanya lagi.

Turut bercakap dalam sidang media tersebut ialah seorang bekas pegawai tentera, Mejar (B) Risman Mastor dan seorang bekas anggota komando tentera udara, Mohd Kamil Omar.

Mohd Kamil mendakwa, beliau pernah ditawarkan satu "habuan" oleh pegawai atasannya untuk tugas menanda "sekotak kertas undi."

Mohd Kamil bagaimanapun mendakwa, beliau tidak menjalankan tugas berkenaan kerana mengetahui perkara itu "tidak betul."

Risman (kiri) pula mendakwa beliau pernah menanda kertas undi ketika bertugas semasa pilihan raya dijalankan pada tahun 1978.

"Tapi saya tidak ingat berapa sebab nak cepat," katanya lagi yang menganggarkan jumlah yang ditanda itu didakwa tidak lebih daripada 100 kertas undi.

Risman yang bersara pada tahun 1996 itu mendakwa telah berbuat demikian ketika bertugas di Kem Majidee, Johor.

Mengulas dakwaan yang dilakukan bekas tentera berkenaan, ketua pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat berkata pergerakan itu akan meneruskan usaha mendedahkan masalah dalam sistem pengundian pos.

Mekanisme sedia ada tidak membolehkan SPR dan juga wakil parti politik mengesan kesemua kertas undi yang dibekalkan kepada pengundi pos, katanya.

Beliau juga berharap kerajaan akan dapat melaksanakan perubahan ke atas sistem pilihan raya, sebelum pilihan raya ke-13 dijalankan.

malaysiakini/-

Harga rumah di Miri terlalu mahal

18 Ramadhan 1432H. [MOD] -

RAMAI penduduk di Miri dan juga di Sarawak merungut tentang harga rumah yang terlalu mahal di bandaraya Miri. Bagi yang berpendapatan rendah dan sederhana tentu sukar sekali untuk memilikirumah sendiri disebabkan harga sebuah rumah teres sekarang boleh mencecah sampai Rm300 ribu keatas.

Untuk mendapat rumah kos dibawah RM200 ribu ke bawah sekarang sukar sekali. Pemaju perumahan sering memberi alasan disebabkan harga bahan binaan yang semakin meningkat menyebabkan mereka menaikkan kos harga rumah sekarang.

Kita minta pihak kerajaan supaya dapat mengawal harga kos rumah yang terlalu tinggi sekarang ini dapat di kurangkan ke minima supaya golongan yang berpendapatan rendah dapat membeli dan memiliki rumah sendiri.

Sepatutnya Sarawak yang mempunyai tanah yang luas sebesar semananjung Malaysia tidak mempunyai masalah untuk membina rumah kos rendah dan juga rumah yang mempunyai tempat keluasan yang luas bukan seperti sekarang dimana terlalu kecil dan sempit. Mengapa pihak kerajaan hanya membiarkan pihak pemaju perumahan mengambil keuntungan yang melampau dengan membina rumah yang kecil dalam kawasan yang sempit?

Mengapa perlu membina rumah flat dan teres sedangkan kalau kerajaan benar-benar perihatin sudah pasti kerajaan dapat memberi tanah lot kepada semua rakyat di Sarawak ini sebab tanahnya luas. Kalau kerajaan serah kepada pemaju perumahan sudah pasti rakyat akan menanggung semua kos pembinaan dan juga yang untung bukan rakyat tetapi pemaju. Sedangkan pihak pemaju mendapat keuntungan yang tinggi hasil dari jualan mereka dan yang jadi mangsa sekarang adalah rakyat. Dimana tanggungjawab kerajaan untuk membantu masalah rakyat ini?

Kita minta kerajaan Sarawak jangan biarkan masalah ini berlarutan, kita perlu membina lebih banyak rumah kos sederhana dan rendah untuk rakyat yang kurang berkemampuan. Kalau kerajaan benar-benar ikhlas untuk membantu rakyat sepatutnya perkara semacam ini tidak berlaku dalam Sarawak yang mempunyai keluasan tanah yang boleh menampung semua rakyat Sarawak yang tinggal dalam Negara ini.

Kalau pihak kerajaan gagal untuk mengatasi masalah dan membantu rakyat yang sudah sekian lama ingin memiliki rumah sendiri, kita jangan biarkan mereka terus berkuasa kerana ini adalah tanggungjawab kerajaan atas kelemahan system pentabiran mereka sendiri yang hanya mementingkan kepentingan pihak pemaju dan pihak yang mempunyai kepentingan sehingga membiarkan rakyat hidup sengsara di tanah
sendiri.

Miri juga tercatit sebagai Bandar yang mempunyai penduduk setingan yang ramai. Inilah antara puncanya mengapa Miri ramai penduduk mendiami kawasan setinggan disebabkan rata-rata yang tinggal dalam setinggan adalah penduduk yang datang dari daerah lain dan ada juga penduduk asal Miri. Mereka tidak mampu untuk membeli rumah dengan kos yang terlalu tinggi maka dengan sebab itu mereka membina rumah dalam kawasan tanah kerajaan demi untuk menyambung kehidupan seharian.

Apakah pihak kerajaan sudah merancang untuk memindah mereka ke suatu tempat yang lebih selesa dan selamat? Sepatutnya pihak kerajaan memperuntukan suatu tempat perumahan yang sesuai untuk didiami bukan macam sekarang dimana ada sesetengah tempat perumahan rakyat terpaksa

ditimbus tanah disebabkan kawasan berpaya dan dalam kawasan belukar dan di pinggir hutan dimana mereka terpaksa menimbus tanah-tanah paya serta memerlukan kos yang tinggi. Sudah pun tanah kena bayar ini belum lagi membeli bahan binaan rumah dan sebagainya. Tentu ini akan menjadi bebanan pada mereka yang kurang berkemampuan.

Sekiranya mereka hendak membeli rumah kos rendah pun mereka memerlukan dana yang cukup sebab ada diantara mereka yang di temui mengatakan rumah kos rendah sekarang harganya boleh mencecah sampai RM100 ribu ke atas. Dimana slogan kerajaan mengatakan “Rakyat di Dahulukan, Pencapaian dI utamakan”?

Sekali lagi kita menyeru agar pihak kerajaan dan pemaju perumahan boleh menyediakan rumah yang sesuai dan selamat untuk didiami serta dengan harga kos yang sederhana yang mampu dimiliki oleh golongan yang mempunyai pendapatan sederhana dan rendah.

Semoga amalan menuju ke arah Negara berkebajikan yang di tunggu-tunggu oleh rakyat marhean selama ini akan menjadi kenyataan sekiranya berlaku perubahan kuasa selepas PR 13 nanti, Insya-Allah

**Jofri Jaraiee adalah Yang DiPertua PAS Miri merangkap Timbalan Pesuruhanjaya PAS Sarawak

harakahdaily/-