08 August 2011

Tentera Syria terus gempur kubu penentang

09 Ramadhan 1432H. [MOD] -


SEBUAH kereta kebal Syria di tengah bandar Hama semasa serangan ke atas kubu penentang kerajaan dalam imej video pada 3 Ogos lalu. - REUTERS

NICOSIA 7 Ogos - Beratus-ratus kereta kebal tentera Syria hari ini melancarkan serangan ke atas Deir Ezzor, bandar terbesar di timur laut negara ini, menurut aktivis hak asasi kemanusiaan yang beribu pejabat di London.

Ketua Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria, Rami Abdel Rahman berkata, kereta kebal memasuki beberapa kawasan di sungai Euphrates di bandar itu, kira-kira 450 kilometer dari ibu negara Damsyik, dan bedilan kedengaran dari sekurang-kurangnya tiga pinggir bandar.

Katanya, kira-kira 250 kereta kebal dan kenderaan perisai terlibat dalam serangan tersebut.

Jawatankuasa Koordinator Tempatan bagi Syria yang memantau protes anti-rejim memberitahu, tentera telah memasuki sembilan kawasan di bandar itu, di mana kedengaran 'bunyi letupan kuat'.

Di bandar Hula di wilayah tengah Homs, tentera Syria yang disokong oleh kereta kebal membunuh sekurang-kurangnya empat orang dalam satu operasi mematahkan tunjuk perasaan.

Semalam, Abdel Rahman memberitahu beratus-ratus kereta kebal dan kenderaan perisai ditempatkan di Deir Ezzor dan sekitar Homs di tengah Syria.

Menurutnya, beberapa penduduk turut melarikan diri dari bandar itu kerana menjangka akan berlaku serangan.

Serangan itu berlaku beberapa jam selepas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon menggesa pemimpin Syria, Bashar al-Assad segera menamatkan kempen tenteranya ke atas kumpulan penentang.

"Dalam perbualan melalui telefon itu semalam, Ki-moon menyuarakan kebimbangan kuatnya ke atas peningkatan keganasan dan angka korban di negara ini sejak beberapa hari lalu," kata jurucakap PBB, Martin Nesirky lewat semalam.

Panggilan itu dibuat selepas pemimpin Amerika Syarikat, Perancis dan Jerman berjanji untuk mempertimbangkan langkah baru bagi menghukum Syria selepas melancarkan serangan berdarah kelmarin. - AFP




Tottenham jadi medan rusuhan luar biasa di London


09 Ramadhan 1432H. [MOD] -

LONDON 7 Ogos - Polis Britain berusaha memulihkan ketenteraman awam hari ini selepas perusuh mengamuk di utara London dengan membakar kereta-kereta polis, van, bas, bangunan-bangunan disusuli kejadian mencuri yang semakin berleluasa.

Seorang pegawai polis terpaksa dikejarkan ke hospital sementara tujuh yang lain turut cedera dalam rusuhan tersebut.

Kekacauan yang berlaku di Tottenham petang semalam itu tercetus selepas seorang lelaki terbunuh dalam satu kejadian berbalas tembakan dengan anggota polis.

Beberapa buah kereta peronda polis dan sebuah bas dua tingkat dibakar ketika beratus-ratus perusuh mengamuk di pekarangan balai polis di Tottenham High Road. Ulasan yang bersifat menghasut keadaan menerusi Twitter juga dibimbangi boleh memburukkan lagi kekacauan.

Polis antirusuhan hari ini berusaha mengawal keadaan di jalan-jalan ketika anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan api dan perusuh terus mengamuk.

Perusuh memecah masuk kedai-kedai di High Road melalui tingkap sebelum dilihat menolak troli yang penuh dengan muatan barangan curi.

Kekacauan turut merebak ke kawasan penempatan berhampiran yang menyaksikan beberapa buah van dibakar.

Ia berlaku selepas satu perarakan secara aman diadakan ke balai polis di Tottenham bagi membantah kematian seorang penumpang teksi yang ditembak mati polis dalam satu kejadian berbalas tembakan Khamis lalu.

Bapa kepada empat anak, Mark Duggan, 29, maut di tempat kejadian.

Kawasan London Tengah sering menyaksikan demonstrasi oleh golongan pelajar dan kesatuan pekerja dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini, tetapi kekacauan terbaru ini merupakan yang terburuk pernah berlaku dalam masa bertahun-tahun di kawasan pinggir bandar. - AFP

Penggodam bertindak balas

09 Ramadhan 1432H. [MOD] -

LAS VEGAS 7 Ogos - Satu kumpulan penggodam semalam mendakwa menggodam dan memusnahkan sejumlah laman web milik agensi polis di Amerika Syarikat (AS) ekoran penahanan rakan-rakan mereka yang dituduh menggodam Agensi Perisikan Pusat (CIA), agensi jenayah Britain SOCA dan Sony,

Kumpulan dikenali AntiSec (bermaksuk antikeselamatan) berkata, ia akan mendedahkan maklumat yang dicuri dari lebih 70 agensi polis tempatan dalam serangan siber.

''Kami bakal menyiarkan maklumat rahsia yang akan memalukan dan menunjukkan kesalahan pegawai polis di seluruh AS.

''Kami lakukan ini bersama defendan Topiary dan Anonymous Paypal LOIC dan juga tahanan politik lain yang menghadapi tuduhan dalam sistem perundangan yang berat sebelah,'' kata kumpulan itu dalam mesej yang disiarkan secara talian.

Ia berkata, pihaknya akan mendedahkan data sebanyak 10 gigabite termasuk pertukaran e-mel peribadi, kata laluan, nombor kad kredit, alamat pegawai dan maklumat pemberi maklumat.

''Anda mungkin menangkap sejumlah kecil daripada kami, tetapi jumlah kami ramai dan anda tidak dapat menghalang kami memusnahkan sistem perundangan dan membocorkan data kamu,'' kata AntiSec.

Antisec berkata, mereka tidak peduli dengan keselamatan pegawai polis atau pemberi maklumat apabila maklumat peribadi itu didedahkan.

Pada awal minggu ini, seorang remaja Britain berumur 18 tahun, Jack Davis dipercayai seorang penggodam dengan nama Topiary, dibebaskan dengan jaminan oleh sebuah mahkamah di London.

Davis yang dipercayai menjadi jurucakap kepada kumpulan penggodam Lulz Security (LulzSec) dan Anonymous, didakwa menggodam pelbagai laman web termasuk SOCA.

LulzSec dan Anonymous mengaku bertanggungjawab melakukan serangan siber terhadap agensi kerajaan dan perniagaan antarabangsa termasuk CIA, Dewan Senat AS dan Sony, selama 50 hari pada awal tahun ini. - AFP

China larang Uighur berpuasa

09 Ramadhan 1432H. [MOD] -


DUA anggota polis menjamu selera di gerai makanan etnik Uighur di Kashgar, provinsi Xinjiang, China dalam gambar yang dirakam 2 Ogos lalu. - REUTERS

URUMQI 7 Ogos - Bulan Ramadan kali ini tidak bermakna bagi masyarakat Islam Uighur di Urumqi, Xinjiang, barat laut China selepas kerajaan mengharamkan mereka menunaikan ibadah puasa, bersolat tarawih atau menjalankan sebarang aktiviti keagamaan.

Penganut Islam di Xinjiang dilarang daripada menunaikan ibadah tersebut selepas kerajaan memaksa mereka menandatangani satu 'dokumen' yang melarang mereka daripada berbuat demikian.

Larangan terbaru itu menekankan lagi layanan buruk kerajaan China terhadap penduduk minoriti Uighur yang sering berdepan tindakan keras pihak berkuasa sebelum ini dan dinafikan hak mereka.

Jurucakap Kongres Sedunia Uighur yang beribu pejabat di Munich, Dilxat Raxit berkata, syarikat-syarikat swasta di sini turut menyediakan makanan tengah hari buat pekerja beragama Islam dan mereka boleh kehilangan kerja atau bonus tahunan sekiranya enggan makan.

"Tokoh agama juga boleh kehilangan lesen menyampaikan ceramah sekiranya mereka mengadakan aktiviti keagamaan atau menyeru penganut Islam berhimpun bagi menjalankan kegiatan agama," katanya kepada agensi penerbitan dalam talian, Eurasia Review.

Jelasnya, pegawai turut menyasarkan golongan pelajar beragama Islam dengan menyediakan bekalan makanan semasa waktu rehat sepanjang bulan Ramadan.

Seorang penduduk Uighur yang enggan dikenali berkata, restoran-restoran di kawasan yang mempunyai ramai penduduk Islam juga diarah menjalankan perniagaan walaupun ketika hari siang.

"Orang ramai juga sukar memasuki masjid untuk bersembahyang. Mereka perlu menunjukkan kad pengenalan diri dan mendaftar jika ingin masuk ke masjid," katanya.

Sehari sebelum Ramadan, seramai 18 maut dan 31 yang lain cedera dalam dua pertempuran etnik terbaru di Xinjiang, dua tahun selepas insiden berdarah di wilayah ini mengakibatkan 200 maut sementara 1,700 yang lain cedera.

Xinjiang dicemari pergolakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, melibatkan pertempuran antara etnik Uighur dengan kumpulan majoriti China Han di ibu negara, Urumqi pada Julai 2009. - Agensi

Ulasan :

Pihak kami sedang mencari berita yang lebih jelas mengenai pergolakan yang berlaku di wilayah yang majoriti penganut Islam di China ini.

Jika ianya benar seperti yang diberitakan oleh pihak agensi maka sejarah berulang kembali di zaman gelap Islam di China semasa zama Mao satu masa dulu.

Bonus setengah bulan untuk penjawat awam, RM500 untuk pesara

09 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," katanya.

Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas itu akan membabitkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion. - BERNAMA

Ulasan :

Tahniah dan terima kasih kepada pihak kerajaan yang melakukan dasar yang perihatin kepada rakyat dengan memahami keperluan semasa kakitangan awam yang memerlukan perhatian hasil dari kerja gigih yang diberikan untuk negara selama ini.

Selain itu jangan lupa kepada mereka yang bukan kakitangan kerajaan yang terus dihimpit masalah dan kemiskinan kesan dari kenaikan harga barang yang akan berlaku setiap kali kenaikan gaji atau bonus dikeluarkan.

Saya juga menjangkakan inilah tanda-tanda yang agak jelas bahawa PRU 13 akan diadakan dalam masa yang tersekat September atau Oktober 2011.

530,625 PATI didaftar sejak 1 Ogos

09 Ramadhan 1432H. [MOD] -

PUTRAJAYA: Sejumlah 530,625 pendatang asing tanpa izin (PATI) didaftarkan di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah, bermula pada 1 Ogos sehingga semalam, kata Timbalan Ketua Setiausaha (Kanan) Pendaftaran dan Imigresen Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Alwi Ibrahim.

Beliau berkata, pendaftaran Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) dilaksanakan di 206 pejabat Imigresen di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah serta 1,934 kaunter pendaftaran yang dikendalikan 336 syarikat pengurus.

"Berdasarkan pecahan mengikut negeri, Sabah mencatatkan rekod pendaftaran PATI paling tinggi dengan jumlah 152,588; diikuti Selangor, 126,094; Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (103,075); Johor (33,451); Pulau Pinang (27,046); Perak (19,999); Pahang (18,390); Wilayah Persekutuan Putrajaya (13,400); Negeri Sembilan (13,065); Kedah (12,703); Melaka (5,842); Kelantan (2,150); Terengganu (1,761); Perlis (962); dan terendah, Wilayah Persekutuan Labuan, 99," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Alwi berkata, kerajaan memberi amaran keras kepada semua syarikat pengurus supaya tidak mengeluarkan sebarang maklumat mengelirukan, sama ada kepada PATI, majikan, ataupun orang ramai, khususnya membabitkan aspek bayaran.

"Terdapat syarikat yang dilapor mengenakan bayaran pakej lebih RM35 dengan memaklumkan bahawa mereka bertindak atas arahan KDN.

"Sehubungan itu, syarikat diminta menghentikan tindakan tersebut kerana KDN tidak pernah mengubah keputusan bayaran perkhidmatan kepada syarikat pengurus seperti yang telah ditetapkan kerajaan iaitu RM35 untuk pendaftaran dan RM300 untuk pemutihan tetapi bayaran itu hanya perlu dibayar jika PATI terpilih untuk diputihkan," katanya.

Bagi memastikan tidak berlaku penyelewengan, Alwi berkata pegawai Imigresen dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuat pemantauan agar syarikat-syarikat ini mematuhi peraturan dan undang-undang.

Beliau berkata, perkhidmatan sama yang diberikan syarikat pengurus turut diberikan secara percuma oleh kerajaan menerusi pejabat Imigresen di seluruh negara.

"Justeru, tidak timbul isu KDN mengeluarkan arahan bayaran tambahan selain daripada yang telah ditetapkan," katanya.

Alwi berkata, sebarang aduan boleh menghubungi Bilik Gerakan KDN di talian 03-8886-8110/8112 beserta maklumat terperinci untuk tindakan lanjut di pihak KDN.

"Amaran akan dikeluarkan dan pemantauan akan dibuat terhadap operasi syarikat berkenaan. Jika didapati berulang, hak kebenaran untuk mereka beroperasi menerusi program ini akan dibatalkan," katanya. - BERNAMA

Ulasan :

Selepas mereka didaftar, kemana pula data mereka disimpan dan untuk tujuan apa sebenarnya pendaftaran PATI, semuanya menjadi persoalan besar yang sedang berligar dalam kebanyakan benak pemikiran kita.

Rusuhan London: Lebih 100 ditahan

08 Ramadhan 1432H. [MOD] -

LONDON: Polis Britain menahan lebih 100 individu selepas kejadian kecurian kedai dan serangan ke atas pegawainya pada malam kedua keganasan yang tercetus ibu kota negara itu.

Sembilan polis dilaporkan cedera dalam kejadian di beberapa tempat di London, hari ini.

Bagaimanapun, kadar kerosakan yang dialami berada pada skala kecil berbanding rusuhan Sabtu lalu di Tottenham.

Timbalan Datuk Bandar London, Kit Malthouse mendakwa, aktiviti keganasan kecil itu didorong sifat tamak berbanding bimbang tindakan pihak polis.

Beliau berkata, ia kemungkinan dipengaruhi masalah sosial susulan pemulihan ekonomi di Britain dicatatkan pada momentum lembap. - REUTERS

Mesin ATM dilarikan.

08 Ramadhan 1432H. [MOD] -

JAKARTA: Sekumpulan perompak semalam melarikan sebuah mesin pengeluar wang tunai automatik (ATM) milik Bank Negara Indonesia (BNI) bersama-sama wang berjumlah lebih Rp100 juta (RM35,800) di dalamnya.

Setiausaha Korporat BNI, Putu B Kresna berkata, mesin ATM yang terletak di Pondok Kelapa, Jakarta Timur tiba-tiba terputus hubungan dengan pusat pengawasan yang mengawal semua kegiatan setiap ATM selama 24 jam.

“Kami menghantar juruteknik ke tempat itu sebelum menyedari mesin berkenaan dengan wang di dalamnya ghaib,” kata Putu.

Dia juga berkata, pihaknya sudah mengemukakan rakaman CCTV kepada polis untuk membantu siasatan. Menurut Putu, walaupun jumlah wang yang dicuri itu cukup banyak, pihak bank tidak rugi atau perlu menanggung kerugian dalam hal kewangan kerana ia diinsuranskan. - AFP

Nazri akan jumpa PM berhubung sidang tergempa

08 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, beliau akan membincangkan dengan perdana menteri hari ini berhubung usul Pakatan Rakyat meminta diadakan sidang tergempar Dewan Rakyat untuk membincangkan isu 'Mismah'.

NONEKatanya, beliau akan membangkitkan perkara itu dengan Datuk Seri
Najib Tun Razak semasa majlis berbuka puasa, yang difahamkan akan diadakan di kediaman perdana menteri di Putrajaya.

Bercakap dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini, Nazri berkata beliau masih belum membaca kandungan usul tersebut.

Bagaimanapun, tambahnya, selepas membincangkan perkara dengan PM, kemungkinan pihaknya akan memberi respons.

Katanya, beliau tidak mahu mendahului perdana menteri berhubung isu tersebut.

Sementara itu Bernama memetik Nazri berkata pakatan pembangkang perlu mengemukakan bukti-bukti dakwaan mereka bahawa terdapat sejumlah pemilih yang disenaraikan di dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) bagi suku kedua tahun ini, adalah berstatus Penduduk Tetap (PR), kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk disiasat.

Katanya, ini kerana adalah mustahil untuk seseorang PR didaftarkan sebagai pengundi memandangkan mereka tidak mempunyai kad pengenalan berwarna biru.

"Saya tidak tahu bagaimana orang yang tiada kad pengenalan biru boleh menjadi pengundi, saya tidak jangka ia boleh berlaku kerana untuk mendaftar sebagai pengundi kena ada kad pengenalan biru, tetapi kalau mereka ada bukti bawalah kepada SPR untuk disiasat," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen selepas menerima surat rasmi mengenai usul tersebut.

Mohamed Nazri berkata pada umumnya, seseorang itu boleh memohon menjadi PR iaitu pemegang kad pengenalan merah setelah tinggal di Malaysia selama 12 tahun mengikut prosedur yang ditetapkan.

Malayskaini/-


‘Bazar Ramadhan’ Jangan Jadi ‘Bazir Ramadhan’!

08 Ramadhan 1432H. [MOD] -

" Apabila datang Ramadhan yang mulia, banyak tempat akan mengadakan pasar yang menyediakan banyak pilihan makanan dan juadah untuk berbuka puasa. Pasar ini yang juga lebih dikenali sebagai ‘Bazar Ramadhan’ sangat memberi faedah buat masyarakat terutamanya buat pasangan suami isteri yang bekerja. Kesuntukan masa dan kepenatan balik dari tempat kerja tidak mengizinkan mereka untuk menyediakan juadah berbuka puasa dengan sendiri. Justeru, ‘Bazar Ramadhan’ adalah jawapannya.

Adanya ‘Bazar Ramadhan’ bukan sahaja menyediakan kemudahan buat masyarakat, malah peluang seperti ini sangat dinanti-nantikan oleh para peniaga. Betapa Ramadhan menyediakan peluang buat mereka untuk menggandakan pendapatan. Syukur alhamdulillah.

Masing-masing tahu akan kebaikan ‘Bazar Ramadhan’. Jadi, tulisan ini bukanlah mahu membincangkan tentang kebaikannya. Kerana kebaikannya semua sudah maklum.

Tulisan ini dibuat bagi memberi peringatan kepada pembaca sekalian supaya berhati-hati tatkala menghadiri ke ‘Bazar Ramadhan’. Kerana sangat jelas pembaziran banyak berlaku kepada setiap orang yang masuk ke sana. Supaya ‘Bazar Ramadhan’ tidak menjadi ‘Bazir Ramadhan’.

Pembaziran Wang

Sebut sahaja menu apa pun, tentu boleh dijumpai di Bazar Ramadhan. Samada ala-kampung, ala-bandar, ala-arab, ala-cina, ala-barat atau lain-lain ala, boleh dikatakan ada tersedia di Bazar Ramadhan. Lelaki atau perempuan yang selama ini mengidam sesuatu jenis makanan, menggunakan masa ini untuk menyampaikan hajat masing-masing.

Disebabkan perut sedang lapar dan tekak sedang haus, jadi ramailah yang terlajak tatkala membeli-belah. Itu nak, ini pun nak. Kesemua sepuluh jari hampir dipenuhi dengan plastik-plastik bungkusan makanan untuk dibawa pulang berbuka puasa. Sedangkan yang diperlukan hanya dua atau tiga jenis makanan sahaja untuk berbuka puasa. Maka berlakulah pembaziran wang.

Pembaziran Makanan

Akibat dari pembelian yang terlebih, kadang-kadang seseorang tidak dapat menghabiskan makanan-makanan yang dibeli. Kuih lima biji, hanya 2 biji dimakan. Nasi sebekas, hanya suku diusik. Juadah-juadah yang lain hanya diusik sepertiga sahaja. Hasilnya, banyaklah makanan yang terbiar begitu sahaja yang akhirnya ke tong sampah destinasinya. Menyedihkan.

Dari pembaziran wang, terjadi pula pembaziran makanan. Alangkah baiknya jika wang yang lebih itu dibeli makanan untuk golongan anak yatim, miskin atau yang susah kehidupannya. Betapa sayunya hati mereka jika mereka melihat perbuatan sesetengah kita yang membazirkan makanan. Sedangkan mereka sangat susah untuk mendapat sesuap nasi.

Pembaziran makanan ini bukan sahaja terjadi kepada si pembeli, malah si peniaga juga kadang-kadang terpaksa membuang makanan yang tidak habis dijual ke dalam tong sampah. Mungkin jika makanan itu masih dalam keadaan baik, boleh dipertimbangkan untuk ia diberikan kepada surau atau masjid untuk dijadikan juadah moreh atau minum malam golongan-golongan yang susah.

Pembaziran Masa

Ramai yang membazir masa di Bazar Ramadhan. Terutama para remaja yang sekadar ingin berjalan-jalan di pasar tersebut. Ada yang cuma hendak berjumpa dengan rakan-rakan atau mungkin juga ingin ‘mencuci mata’. Yang dewasa juga kadang-kadang meluangkan masa sehingga sejam atau dua jam berjalan-jalan di Bazar Ramadhan bagi mencari makanan untuk berbuka puasa. Kadang-kadang sudah dua pusingan berjalan, masih belum berjumpa lagi dengan juadah yang berkenan di hati.

Masa yang terluang itu dibazirkan begitu sahaja. Sedangkan lebih baik masa itu diluangkan untuk berada di rumah bersama keluarga. Diisi dengan ramah mesra dengan ahli keluarga atau sesi tadzkirah bersama keluarga. Ataupun membaca al-Quran sehelai dua. Perbuatan sebegini tentunya lebih melahirkan faedah yang banyak buat diri.

Pembaziran Tenaga

Hasil dari pembaziran masa, berlakulah juga pembaziran tenaga. Disebabkan masa yang diluangkan untuk berjalan-jalan di Bazar Ramadhan terlalu lama, jadi banyak tenaga dibazirkan di situ. Badan mudah menjadi letih dan ini dikhuatiri akan memberi kesan kepada ibadah yang bakal yang dilakukan pada sebelah malam. Sedangkan banyak lagi aktiviti yang lebih bermanfaat yang boleh dilakukan dari menggunakan tenaga yang ada untuk terlalu lama berada di Bazar Ramadhan.

Pembaziran Pahala

Seperti yang kita ketahui, Bazar Ramadhan selalu dihadiri oleh berbagai lapisan masyarakat dan kaum. Mengikut pengalaman yang lepas, apabila hadir ke Bazar Ramadhan, cabaran untuk menjaga pandangan mata amat tinggi, terutama buat lelaki muslim. Memang lumrah dan fitrah lelaki suka melihat wajah dan susuk wanita. Jika gagal menjaga pandangan mata, maka terbazirlah pahala-pahala puasa Ramadhan begitu sahaja.

Ramainya orang di sana juga menyebabkan lidah juga kadang-kadang tidak terkawal. Minda juga berfikir yang bukan-bukan. Ditambah pula aktiviti berlanggar bahu antara lelaki dan perempuan yang kadang-kadang tidak dapat dielakkan. Bukan itu sahaja, malah persentuhan kulit antara penjual dan pembeli yang bukan mahram juga selalu terjadi. Pahala yang penat lelah sudah dikutip sejak pagi jatuh satu persatu diganti dengan dosa.

Si peniaga pula kadang-kadang untuk melariskan jualan, mulalah ‘menanam tebu di pinggir bibir’. Cakap itu dan ini. Sebahagiannya ada yang tidak benar. Maka, terbazirlah pahala puasa si peniaga.

Justeru, para pembeli dan peniaga mesti hati-hati sungguh dalam bab ini. Jika ingin ke Bazar Ramadhan untuk membeli keperluan untuk berbuka puasa, ya silakan. Tetapi mesti ditundukkan pandangan mata, dijaga lidah dan lain-lain pancaindera. Apabila semua keperluan sudah dipenuhi, keluarlah dari Bazar Ramadhan dengan segera supaya tidak berlaku pembaziran pahala.

Pembaziran Peluang

Ramadhan datang dalam setahun hanya sekali. Disebabkan oleh ia datang sekali setahun, maka peluang untuk mengutip semua kebaikan di dalam bulan Ramadhan tidak boleh dilepaskan begitu sahaja.

Sayang sekali, ramai di kalangan penjual terlepas ibadah-ibadah sunnat yang utama kerana mereka terlalu menumpukan perhatian mereka kepada peluang untuk mendapat keuntungan di Bazar Ramadhan. Peluang untuk mendapat pahala yang besar di dalam bulan Ramadhan seperti solat fardhu secara berjemaah khususnya pada waktu Asar dan Maghrib dibazirkan dan dilepaskan begitu sahaja. Malah kadang-kadang amalan seperti membaca al-Quran dan berdzikir juga tidak dilakukan disebabkan oleh persiapan untuk berniaga yang dilakukan sejak dari pagi lagi.

Alangkah bagusnya jika para peniaga dapat mengambil cakna dalam hal ini. Kita doakan agar mereka semua diberikan hidayah dan taufiq oleh ALLAH agar mempunyai sifat ingin berlumba-lumba untuk mengejar keuntungan di akhirat juga, bukan setakat keuntungan di dunia.

Jangan Membazir

Semoga dengan tulisan ini bisa menjadikan kita semua lebih berhati-hati tatkala berada di Bazar Ramadhan. Janganlah kebaikan yang terdapat di Bazar Ramadhan itu memberikan keburukan buat diri kita, terutama dalam bab pembaziran.

ALLAH Subhanahu wa Ta`ala berfirman yang maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.” (Surah Al-Isyra’, ayat ke 27)

Pembaziran adalah perbuatan Syaitan. Dan orang-orang yang terlibat dengan pembaziran adalah tergolong di dalam kalangan saudara kepada Syaitan. Moga kita semua dijauhi dari sifat yang buruk ini, amin.

Ambillah peluang Ramadhan yang hanya hadir sekali dalam setahun ini sebaik-baiknya. Janganlah kita bazirkan wang, makanan, masa, tenaga, pahala dan peluang berada di bulan yang mulia ini dengan sesuatu yang tidak mendatangkan faedah. Mudah-mudahan kita semua bertaqwa, amin.

DIPETIK: http://muzir.wordpress.com/2011/08/04/bazar-ramadhan-jangan-jadi-bazir-ramadhan/

--

Tazkirah Ramadhan : Jangan tangguh tunai zakat

08 Ramadhan 1432H. [MOD] -
Dicatat oleh Naim Qlate

Soalan 1:

SESEORANG yang telah cukup segala syarat wajib zakatnya tetapi dengan sengaja menangguhkannya tanpa sebarang keuzuran sehingga berlaku kebakaran menyebabkan hartanya rosak, apakah dia masih wajib berzakat?

Jawapan:

Seorang muslim yang baik ialah mereka yang bersegera melaksanakan kewajipan apabila telah cukup syaratnya. Jika sudah mempunyai harta melebihi nisab dan menggenapi haul tetapi sengaja menangguhkannya tanpa sebarang alasan, bermakna seseorang itu bersikap acuh tak acuh kepada perintah Allah SWT.

Apabila hartanya rosak kerana sesuatu musibah, maka dia ditakrifkan sebagai muslim yang lalai dalam kewajipannya, kerana bertangguh-tangguh sehingga hartanya rosak baharu teringat untuk berzakat.

Dalam kes ini, dia dianggap berhutang dengan Allah SWT dan wajiblah membayar zakatnya apabila dia sudah memiliki kemampuan dalam hartanya.

Inilah pandangan ulama yang dianggap rajih (kuat), seperti pandangan Ibn Hazm, Imam Ahmad, Abu Hanifah Syafiie, Ibn Qudamah dan ramai lagi.

Ini kerana, ia adalah satu hutang kepada Allah SWT, maka ia wajib dilunasi seperti mana hutang manusia sesama manusia. Wallahua'lam. (Rujuk Sayid Sabiq, Fikih Sunah, Jilid 3, hal. 82).

Soalan 2 :

DI DALAM sebuah buku fikah, saya pernah terjumpa bahawa asas pengiraan nisab zakat bukanlah dinilai kepada 85 gram emas; sebaliknya dinilai kepada berat 94 gram emas. Saya keliru, kenapakah ada perbezaan dan berat emas manakah yang lebih tepat di sini?

Jawapan:

SUKACITA dimaklumkan, nisab emas di Malaysia khususnya di Selangor, disandarkan kepada berat 85 gram emas semasa sebagaimana yang dikeluarkan oleh pihak Bank Negara Malaysia. Walau bagaimanapun, memang ada beberapa buah negara lain yang menyandarkannya kepada berat yang berbeza, misalnya 94 gram emas.

Hal ini terjadi, disebabkan wujudnya variasi kepada kualiti emas berdasarkan campuran logam lain ke dalamnya.

Misalnya terdapat emas tulen (99.99 peratus emas), emas 24 karat (97 - 98 peratus), emas 23 karat (96.5 peratus), emas 22 karat (91.6 peratus), emas 18 karat (75 peratus) dan emas 14 karat pula 58.5 peratus. Ada juga emas dinamakan emas 999, emas 950 dan emas 916 berdasarkan mutunya.

Perbezaan kualiti emas ini menyebabkan berbeza harga. Maka, harga-harga itulah yang digunapakai oleh pihak berkuasa agama bagi sandaran nisab zakat di tempat mereka.


Tanda-tanda awal kanser

08 Ramadhan 1432H. [MOD] -

(1) Kanser pangkal rahim
- sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.

(2) Kanser payudara
- bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

(3) Kanser usus besar
- perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

(4) Kanser paru-paru
- batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.

(5) Kanser perut
- hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.

(6) Kanser limpa
- sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

(7) Kanser ovari
- haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.

(8) Kanser otak
- sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/ pitam, pelupa, perubahan personaliti.

(9) Kanser prostat
- sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

(10) Kanser darah (leukimia)
- letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).

(11) Kanser tekak
- suara garau/ serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.

10 PENYEBAB UTAMA KANSER

1) Makanan
2) Alkohol
3) Sinaran cahaya matahari
4) Pengambilan ubat
5) Perokok yang tidak aktif
6) Tembakau
7) Radiasi
8) Pekerjaan
9) Pencemaran air dan udara
10) Keturunan

DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA

1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng
2) Hindari makanan ringan yang masam
3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
5) Ambil makanan mengandungi vitamin E, B-6, dan evening primrose oil

Produk Pengguna dan Makanan yang signifikan mendatangkan kanser

1. SATAY bersama dengan timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Karsinogen adalah Suatu keadaan yang menyebabkan barah, Timun adalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan udang selepas mengambil Pil Vitamin C. Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. "Bah Kut Teh" (daging babi)
Cuba tuangkan Coke (minuman bersoda) atas kepingan daging babi tu dan tunggu sekejap, anda boleh nampak ulat berenyut-renyut keluar dari sana . Fakta diperolehi dari "Health Corporation of Singapore ".

4. Barah - akibat penggunaan bahan dalam shampoo.
Jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah:- Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal.

Meskipun pertanyaan telah dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.

5. makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi, koayteow dsb)

6. Bawang Goreng segera .
Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman, yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah Straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.

Email : farahharyani@yahoo.com

Keutamaan Meninggalkan Kejelekan

08 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pada hadits yang beliau riwayatkan dari Rabbnya Azza wa Jalla. Beliau Bersabda:

إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الْحَسَنَاتِ وَالسَّيِّئَاتِ ثُمَّ بَيَّنَ ذَلِكَ فَمَنْ هَمَّ بِحَسَنَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً فَإِنْ هُوَ هَمَّ بِهَا فَعَمِلَهَا كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ عِنْدَهُ عَشْرَ حَسَنَاتٍ إِلَى سَبْعِ مِائَةِ ضِعْفٍ إِلَى أَضْعَافٍ كَثِيرَةٍ وَمَنْ هَمَّ بِسَيِّئَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً فَإِنْ هُوَ هَمَّ بِهَا فَعَمِلَهَا كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ سَيِّئَةً وَاحِدَةً

“Sesungguhnya Allah telah menetapkan semua kebaikan dan kejelekan, kemudian menerangkannya. Barangsiapa yang meniatkan satu kebaikan lantas tidak jadi ia amalkan, maka Allah telah mencatatnya sebagai satu kebaikan disisi-Nya secara sempurna, dan jika ia berniat lantas ia amalkan, maka Allah mencatat untuknya 10 kebaikan sampai 700 kali lipat, bahkan sampai pelipatgandaan yang tidak terbatas.

Dan barangsiapa yang berniat melakukan kejahatan kemudian tidak jadi ia amalkan, maka Allah telah mencatat hal untuknya sebagai satu kebaikan disisi-Nya secara sempurna, dan jika ia berniat kejahatan dan jadi ia lakukan, maka Allah mencatat itu untuknya sebagai satu kejahatan saja.”(HR. Al-Bukhari no. 6491 dan Muslim no. 131)

Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Allah Ta’ala berfirman:

إِذَا أَرَادَ عَبْدِي أَنْ يَعْمَلَ سَيِّئَةً فَلَا تَكْتُبُوهَا عَلَيْهِ حَتَّى يَعْمَلَهَا فَإِنْ عَمِلَهَا فَاكْتُبُوهَا بِمِثْلِهَا وَإِنْ تَرَكَهَا مِنْ أَجْلِي فَاكْتُبُوهَا لَهُ حَسَنَةً وَإِذَا أَرَادَ أَنْ يَعْمَلَ حَسَنَةً فَلَمْ يَعْمَلْهَا فَاكْتُبُوهَا لَهُ حَسَنَةً فَإِنْ عَمِلَهَا فَاكْتُبُوهَا لَهُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِ مِائَةِ ضِعْفٍ

“Jika hamba-Ku ingin melakukan kejahatan maka janganlah kalian (para malaikat) catat hingga ia melakukannya, dan jika ia telah melakukannya maka catatlah sebagaimana adanya (yakni satu dosa), tapi jika ia meninggalkannya karena Aku maka catatlah itu sebagai satu kebaikan baginya. Jika ia berniat melakukan kebaikan sedang ia belum melakukannya maka catatlah itu sebagai satu kebaikan baginya, dan jika ia melakukannya maka catatlah itu untuknya sebagai 10 kebaikan sampai 700 kali lipat.” (HR. Al-Bukhari no. 7501)

Penjelasan ringkas:

Di antara rahmat Allah serta keluasan keutamaan dan kemurahan-Nya, Dia menetapkan bahwa siapa saja yang sudah hendak berbuat suatu kebaikan lalu dia mengamalkannya maka Allah akan membalasnya dengan minimal 10 kali lipat sampai 700 kali lipat, bahkan bisa lebih dari itu. Tapi jika dia tidak jadi mengamalkannya dan meninggalkannya karena ada sesuatu uzur yang menghalanginya maka kehendak dia tadi sudah dicatat sebagai 1 kebaikan untuknya. Akan tetapi jika dia meninggalkan amalan itu karena memang dia berubah menjadi membenci amalan itu atau karena membatalkan niatnya tadi tanpa ada uzur, maka niat dan kehendaknya tadi tidak akan terhitung sebagai kebaikan sama sekali.

Sementara siapa saja yang sudah berkehendak untuk melakukan kejelekan lalu dia melakukannya maka itu hanya dihitung sebagai 1 kejelekan pula sebagaimana jumlah kejelekan yang dia lakukan. Akan tetapi jika dia meninggalkannya KARENA ALLAH maka ini akan dicatat untuknya sebagai 1 kebaikan. Adapun jika dia meninggalkannya bukan karena Allah, misalnya karena takut atau malu kepada manusia atau memang dia membenci kejelekan itu secara tabiat atau karena ada penghalang yang menghalanginya yang seandainya bukan karena halangan itu dia akan melakukannya, maka dia tidak dianggap sebagai suatu kebaikan akan tetapi tetap dicatat sebagai satu kejelekan.http://al-atsariyyah.com/keutamaan-meninggalkan-kejelekan.html#more-3179

Menyayangi Kedua Ibubapa

08 Ramadhan 1432H. [MOD] -
Oleh : Zainal Dahari

“ Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya , atau kedua-duanya sekali , sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan-santun) Al-Israa’ 23

“ Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil” Al_Israa’ 24.

Disamping ayat-ayat di atas banyak lagi ayat-ayat Al-Quran dan Hadis berkaitan kemestian berbuat baik kepada kedua ibubapa.

Namun dua ayat di atas sudah memadai untuk kita tahu bagaimana pentingnya dan besarnya peranan mereka dalam urusan hidup dan mati kita. Tanpa mereka siapalah kita. Sepanjang masa eloklah sentiasa bermuhasabah bagaimana telah dan seharusnya kita memelihara hubungan dengan kedua ibubapa kita.

Tidak ada alasan untuk tidak berbuat baik kepada kedua ibubapa samaada mereka masih hidup, masih sihat apatah lagi jika mereka sudah uzur atau pun setelah mereka meninggalkan kita.

Oleh kerana ini adalah ayat Al-Quran maka ia adalah perintah untuk berbuat baik, tidak kurang ajar dan disamping itu mendoakan kepada mereka kesudahan yang baik agar dianugerahkan Allah kebaikan dunia dan akhirat.

Ramai Ulama mengatakan bahawa jika kita tidak mendoakan mereka walau tercicir satu hari pun maka kita sudah tergolong dalam golongan orang yang derhaka kepada Allah dan kepada kedua orang tuanya . Oleh itu jadikanlah berdoa untuk kebaikan kedua orang tua ini sebagai amalan kita setiap masa, janganlah kita kikir untuk menadah tangan untuk berdoa. Berdoa boleh dilakukan tidak sahaja dalam solat, lepas solat, sewaktu berjalan, dalam kenderaan, sewaktu hendak tidur, bangun dari tidur malahan dimana sahaja selagi kita berupaya.

Dalam satu riwayat ada mengatakan Rasulullah pernah satu ketika sewaktu menaiki mimbar untuk berkhutbah, berhenti sebentar di setiap satu dari tiga anak tangga mimbar dan menyebut Amin sekali setiap kali berhenti sebelum memulakan khutbah.

Selepas turun dari mimbar baginda ditanya apakah yang berlaku, apakah perintah baru yang diterima? Baginda menjawab bahawa baginda mengaminkan tiga Doa yang dibaca oleh Jibril, salah satunya ialah “Celakalah sesiapa yang mengabaikan kedua ibubapa semasa mereka masih hidup.”

Kebelakangan ini dalam media cetak, seperti akhbar dan majalah, melalui TV, Radio dan Media Internet dan sebagainya, sudah banyak berita sedih termasuk yang bergambar, memaparkan layanan buruk anak-anak terhadap ibubapa mereka. Bukan sahaja ibubapa tidak dilayan dengan baik tetapi hinggakan ada yang sanggup mencederakan dan membunuh mereka.

Sudah banyak tulisan dan ulasan cerdik pandai dan guru-guru agama berbicara tentang perkara ini tetapi kadangkalanya terlalu umum dan juga kerana kesibukan kita tiada masa untuk membaca buku atau tidak tersampai fikiran kita tentang apa yang boleh dilakukan dalam memenuhi tuntutan Allah ini.

Justeru itu, di sini dikemukakan semula beberapa contoh yang dapat dikutip dari pengalaman, pembacaan, kuliah, pemerhatian dan juga kupasan beberapa para ilmuan. Apa yang pasti, ambillah, dan hayatilah serta sesuaikanlah dengan situasi di mana yang perlu.

Sesungguhnya dunia ini amat luas dan penuh dengan pengajaran jika kita mahu berfikir dan mahu mengambil pengajaran daripadanya.

“Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan akhirat). AL-Jumaah 10

Sewaktu seorang atau keduanya masih hidup.

1. Jika keduia ibubapa kita tinggal bersama kita, jagalah adab sopan, layanlah dan gembirakanlah mereka dengan sewajarnya. Janganlah kita menyempitkan hidup mereka. Elakkan menjadikan mereka seperti hamba atau orang suruhan dengan melakukan sebarang kerja yang sepatutnya kita lakukan. Cukuplah segala kesusahan yang mereka hadapi sewaktu memelihara dan membesarkan kita.

2. Jika mereka keuzuran atau sakit, pujuklah mereka dengan kata-kata yang baik dan lemah lembut untuk mendapatlkan rawatan walaupun ramai orang tua tidak mahu dengan berbagai alasan yang kadangkalanya hanyalah rekaan semata-mata.

3. Jangan menampakkan sebarang perselisihan jika berlaku antara mana-mana pasangan suami isteri atau adik beradik di hadapan ibubapa, sembunyikanlah semua masalah sedapat mungkin hatta kalau perlu sehingga terpaksa berlakon sekalipun kecualilah kalau sudah tidak dapat diperbaiki lagi. Cuba selesaikan masalah tersebut tanpa melibatkan mereka.

4. Sekiranya tinggal berasingan, gembirakan mereka dengan sentiasa mengunjung jika ada kelapangan. Dengan media telekomunikasi yang pelbagai hubungilah mereka sekerap yang mungkin Jika berpeluang berkunjung jangan sekali-kali menceritakan masalah kita kepada mereka, kita bukan sahaja tidak dapat menggembirakan malahan akan menambah berserabut pula fikiran orang yang sentiasa perlukan ketenangan itu.

5. Jika menghadapi apa-apa masalah, kewangan contohnya, cubalah elakkan dari menambah beban kewangan mereka, cubalah selesaikan dengan kaedah dan cara sendiri yang tidak menyusahkan mereka kecualilah mereka benar-benar mampu membantu kita.

6. Sebagai contohnya dalam bulan Ramadan ini, kalaupun tidak dapat selalu, sekali sekala bawalah keluarga, bawalah isteri atau bagi isteri pula pujuklah suami dan anak-anak pulang berbuka puasa dengan ibubapa, bawalah sedikit buah tangan berupa makanan dan kuih-muih untuk dinikmati bersama. Semua anak tentu tahu makanan kegemaran ibubapa mereka.

7. Lebih molek dan lebih mulia barakahnya jika sewaktu berkunjung, kita dapat solat berjemaah, solat maghrib contohnya secara bersama..

8. Lebih tinggi nilai bakti kita di sisi Allah jika dapat pula membawa mereka terutama yang agak uzur yang tak mampu pergi sendiri ke masjid atau surau untuk bersolat tambahan pula solat Isyak dan tarawih di bulan Ramadan ini. Sesungguhnya ibubapa tidak akan meminta berlebihan, tetapi perihatinlah bahawa jiwa orang Islam mana yang tidak mahu mendekatkan diri mereka dengan masjid dan surau bila telah berusia tua..

9. Tidak semestinya mereka tiada wang, tetapi apalah salahnya kita beli sehelai dua pakaian untuk menggembirakan dan menyejukkan hati mereka, contohnya, sehelai dua tudung kepala untuk ibu dan songkok atau kopiah untuk bapa, mustahil kalau tidak tahu saiz dan warna kegemaran mereka, sedangkan harganya pula tidak seberapa.

10. Jika hendak pulang berbuka puasa di bulan Ramadan ini, pulanglah awal sedikit jangan sudah hampir masuk maghrib baru sampai kerana jika awal, kita ada banyak masa yang boleh digunakan untuk berbual sedikit sebanyak bertanya khabar dan mengetahui jika ada masalah yang mereka hadapi. Jika sebaliknya, kita akan kesuntukan masa kerana selepas berbuka kita akan disibukkan dengan makanan, solat dan lain-lain keperluan.

Mungkin ada anak-anak akan berkata, ini sukar dilakukan kerana pendapatan kami rendah, gaji kami kecil, anak-anak kami ramai, banyak keperluan lain lagi perlu diselesaikan, ataupun ada yang berkata, orang tua kami orang senang, tak kurang apa-apa, rumah mereka besar, tak pernah dengar mereka merungut apa-apa pun dan lain-lain lagi.

Sayugia kita berfikir dan faham bahawa dua ayat ini adalah ayat perintah. Tentulah banyak hikmah dan pengajaran yang terlindung di dalam keperluan taat dan berbuat baik kepada kedua ibubapa.

Kita harus sedar bahawa kita juga akan jadi seperti mereka. Bila anak-anak sudah dewasa, walaupun ada masalah, semua ibubapa akan cuba untuk tidak menyusahkan fikiran anak-anak, apatah lagi kalau hendak membebankan mereka dengan masalah yang dihadapi. Terpulanglah kepada anak-anak bagaimana mencampuri dan melayani kedua ibubapa mereka.

Yang masih bujang lihat dan tanyalah kepada rakan-rakan yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak-anak bagaimana susahnya mereka mendidik dan membesarkan anak-anak terutama dalam dunia serba mencabar sekarang ini.


Jika mereka telah meninggal dunia

1. Sedekahkanlah Al-Fatihah banyak-banyak dan sentiasalah memohon keampunan Allah untuk mereka. Dengan itu mudah-mudahan Allah akan mengampunkan dan menempatkan mereka bersama orang-orang yang Allah kasihi.

2. Infakkan sebahagian harta dan rezeki yang Allah kurniakan kepada kita atas nama mereka kerana tidak akan kerugian apa-apa, pahalanya tetap kita perolehi tanpa dikurangkan sedikit pun oleh Allah..

3. Langsaikan semua hutang mereka dan jika belum terlaksana tunaikan ibadat haji dan umrah ibubapa kita secepat mungkin.

4. Ziarahlah rakan dan sahabat kedua ibubapa kita kerana ini secara tidak langsung akan menambah jumlah orang yang akan berdoa untuk mereka.

5. Teruskanlah apa-apa kerja baik yang kedua orangtua kita lakukan semasa mereka hidup. Insyaallah, Allah akan tambahkan pahala kepada mereka seolah-olah mereka yang terus melakukannya

6. Maafkanlah apa-apa kesalahan mereka kepada kita jika ada, kerana sesungguhnya tidak ada ibubapa yang ingin berbuat keburukan kepada anak-anak kecuali dalam keadaan dipaksa, jahil dan pelupa.

7. Rujukkan nama mereka dengan perkara yang baik-baik sahaja dan jauhkan mengungkit-ungkit apa-apa yang tidak baik.

Diamping itu banyak lagi perkara-perkara yang mampu kita lakukan sama ada ibubapa kita masih hidup ataupun sudah tiada

Fikirkanlah sejenak bagaimana baginda Rasulullah melayan ibu susuannya (ibu angkatnya) sehingga berusia tua dengan layanan istimewa sedangkan kedua ibubapa baginda sudah tiada sejak baginda kecil lagi.

Sebagai penutup kali ini marilah kita hayati dua lagi ayat Al-Quran dan dua hadis baginda Rasulullah SAW semoga kita sentiasa mendapat rahmat Allah dunia dan akhirat.

”Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya, ibunya yang mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu, dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). “ Luqman 14

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah) Al-Kahfi 107

Hadis Pertama “Kebaikan yang dilakukan didunia adalah seperti sebuah pohon di mana ranting dan cabangnya di dunia dan akarnya di syurga, manakala kejahatan itu seperti sebuah pohon di mana ranting dan cabangnya di dunia manakala akarnya pula di neraka”

Hadis Kedua: “ Jika kamu mempunyai harta infaklah sebahagiannya kepada jalan Allah,
jika kamu mempunyai ilmu, sebarlah ilmu kamu untuk menfaatkan orang lain dan jika kamu mempunyai kekuatan gunakanlah kekuatan kamu untuk berbakti ke jalan ALLAH”

Bapa muda jual mercun dijel sehari

8 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU Seorang bapa muda berusia 30 tahun terpaksa menerima hakikat pahit apabila Mahkamah Majistret di sini menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM1,800 ke atas tertuduh kerana menjual mercun dan bunga api.

Lebih menyedihkan, Wan Mohd. Hafizal Wan Nawi memberi alasan bahawa dia terpaksa menjual mercun dan bunga api di bazar Ramadan Pekan Manir di sini pada pukul 6 petang lalu untuk mencari duit tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Bagaimanapun alasan tertuduh itu tidak diterima oleh Majistret Abdul Hayyi Salim setelah mengambil kira bahaya penggunaan bahan terlarang itu terhadap kepentingan awam.

Mengikut fakta kes, tertuduh ditangkap kira-kira pukul 6 petang kelmarin di tapak bazar Ramadan Pekan Manir oleh sepasukan anggota polis dari Balai Polis Manir yang menjalankan rondaan Operasi Payung.

Siasatan mendapati tertuduh menjual beberapa jenis bunga api. Pihak polis kemudian menemui mercun dan bunga api antaranya jenis 'mighty wisthing' sebanyak 50 batang, 'spring thunder' (20 batang)', 'whisthing moon' (90 batang) dan 'smart boy' (30 kotak).

kosmo/-

Biar Pemimpin Dari Kalangan Rakyat Tadbir Negara- A Samad Said

8 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 8 OGOS : Ketika negara sudah lama ditadbir oleh pemerintahan dari golongan bangsawan, Sasterawan Negara menggesa rakyat membuat anjakan seterusnya mengubah landskap politik negara demi masa depan yang lebih baik pada PRU ke-13 nanti.

Menurut Datuk A. Samad Said, setelah 54 tahun negara diperintah oleh Umno-Barisan Nasional, kini sudah tiba masanya negara bebas daripada cengkaman rejim yang membenarkan amalan salah urus negara terus berleluasa.

“Sudah tiba waktunya kita adakan perubahan rejim, kita sudah memberi masa kepada orang yang memerintah sekarang ini 54 tahun dan kita sudah tidak harus lagi memberikannya lebih daripada itu.

“Banyak perkara boleh dilakukan anak muda antaranya merubah, maksudnya sudah tiba masa kita adakan perubahan rejim ini, bilakan pemimpin daripada rakyat akan memimpin?,"soal beliau.

A Samad Said berkata demikian kepada kira-kira 100 hadirin pada pelancaran kempen Jom Baca Media Alternatif anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur, semalam.

Selain mahasiswa, turut kelihatan wakil media alternatif hadir bagi memeriahkan majlis.

Beliau semalam sempat mendeklamasikan sebuah sajak bertajuk "Kepada Cendekia Solidar" yang ditujukan khas kepada gerakan mahasiswa SMM.

Dalam pada itu,Ketua Pengarang web berita portal Malaysiakini, Fathi Aris Omar turut menyatakan, usaha SMM mengajak rakyat membaca media alternatif adalah contoh baik dan perlu disebarkan di seluruh peringkat akar umbi.

Beliau berkata pendekatan ini merupakan satu usaha yang sihat bagi menggalakkan persaingan di kalangan pengamal media.

"Negara demokrasi yang sihat perlu maklumat yang disampaikan oleh pelbagai sumber. Sekarang ini media alternatif banyak tertumpu di kawasan Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor," katanya.

Menurut Fathi, media alternatif diwujudkan bagi mengimbangi laporan media arus perdana yang terlalu pro kerajaan sehingga menyebabkan medium sebaran maklumat itu tidak lagi berteraskan prinsipnya yang sebenar.

tv news/-

Had umur Umno-BN makin pendek

8 Ramadhan 1432H. [MOD] -

MINGGU lepas saya diundang untuk mengisi program Lujnah Penerangan PAS Negeri Sembilan. Majlis diadakan di Markas PAS Kuala Pilah di bawah pimpinan Yang Dipertuanya, Zaharudin Othman.

Pada majlis tersebut saya pertegaskan kepada rakan-rakan PAS, bahawa kedudukan Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan dilihat termasuk dalam kategori 'A' untuk dimenangi Pilihan Raya Umum ke-13 yang bakal dipanggil pada bila-bila masa.

Dari segi faktanya, saya melihat potensi Negeri Sembilan lebih baik dari Terengganu untuk dimenangi kerana, Pakatan Rakyat hanya ketinggalan empat kerusi sahaja berbanding Barisan Nasional.

Di Negeri Sembilan, pada PRU 2008, daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri, BN menang 21 kerusi. PAS menang satu kerusi, DAP 10 kerusi dan KeADILan menang empat kerusi.

Pada PRU tersebut, PAS Negeri Sembilan bertanding 13 kerusi. BN menang hampir semua kerusi majoriti Melayu. Pakatan Rakyat menang semua kerusi majoriti Cina dan kawasan campuran.

Maka di sini, PAS menggalas cabaran yang lebih besar, bekerja keras untuk menang di kawasan Melayu, sekali gus membantu Pakatan Rakyat untuk menguasai Negeri Sembilan.

Dengan kemenangan Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan, ia bakal menyumbang undi bagi kerusi Parlimen untuk membantu Pakatan Rakyat di peringkat Nasional menguasai Putrajaya.

Maka saya pertegaskan kepada rakan-rakan PAS, bahawa menguasai kerusi Melayu di Negeri Sembilan, bukan suatu perkara yang mustahil. Mereka harus melipatgandakan usaha menawan hati pengundi. Yang penting bagi PAS ialah memperkukuhkan saf kepimpinan, supaya ia lebih mantap dan bekerjasama erat dengan DAP dan KeADILan.

Miracle di Perak, boleh berulang di Negeri Sembilan, jika pemimpin PAS Negeri Sembilan berusaha dengan gigih.

Hakikat ini diperakui oleh Umno-BN. Dalam dry run atau pilihan raya olok-olok yang dijalankan BN, mereka memperolehi dapatan yang menggerunkan iaitu mereka bakal kehilangan Perak dan Negeri Sembilan pada PRU ke-13 nanti.

Malah dalam pilihan raya latihan yang diadakan itu juga, mencatatkan BN tidak mampu merampas semula Selangor dan bakal kehilangan sehingga 15 kerusi dari 56 kerusi Dun di Johor.

Persekitaran ini memang tidak pernah diduga BN. Pada PRU 2008 di Johor, Pakatan Rakyat menang enam kerusi Dun. Empat DAP manakala dua lagi PAS.

Manakala di Perak, dry run BN menunjukkan bahawa Umno hanya boleh menang 27 daripada 59 kerusi Dun meskipun BN memerintah semula negeri itu sejak awal 2009 ekoran rampasan kuasa secara haram. Walaupun dilapor pada Jun lalu, Umno negeri itu yakin boleh menang 33 kerusi.

Hasil dapatan ini juga menunjukkan bahawa kedudukan dan populariti Menteri Besar Perak lantikan mahkamah, Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir, terumbang-ambing dan semakin menjunam kerana tidak mendapat sokongan majoriti rakyat.

Pada Mac 2008, Umno bertanding di 34 darpada 59 kerusi Dun di Perak dan menang 27 kerusi manakala MCA pula satu. Pakatan Rakyat memperoleh 31 kerusi.

"Keadaan tidak berubah di Perak dan kini keadaan yang sama wujud di Negeri Sembilan memandangkan pembangkang menjadi semakin kukuh, melihat pada kemungkinan Dato' Seri Mohamad Hasan tidak akan kekal sebagai menteri besar,"kata sumber Umno yang dipetik media.

Hasil dapatan BN pada dry run yang dijalankan menunjukkan jentera BN dihambat dengan banyak kelemahan. Antaranya wujud sentimen ketua-ketua Umno yang mahukan nama mereka diletakkan sebagai calon, barulah jentera parti digerakkan.

Difahamkan beberapa pemimpin Umno bahagian di Perak keberatan untuk berkempen atau mendaftar pemilih baru melainkan mereka pasti akan menjadi calon pilihan raya umum ke-13.

"Umno Perak kuat dan boleh menang 33 kerusi negeri tetapi pemimpin-pemimpin bahagian tidak mahu bergerak kecuali mereka atau calon pilihan mereka diletakkan," kata sumber tersebut.

Masalah timbul di kalangan BN pula didapati jika parti boleh menggerakkan jenteranya, hanyalah Umno. Parti-parti komponen seperti MCA, MIC dan Gerakan masih tidak bergerak kerana pengaruh mereka di kalangan kaum yang mereka wakili sudah semakin pupus.

Kebanyakan penganalisis menjangkakan pilihan raya umum akan diadakan dalam tempoh setahun ini tetapi ada juga mengatakan ia kemungkinan diadakan seawal November ini selepas Bajet 2012 dibentangkan di Parlimen awal 7 Oktober dan sebelum perhimpunan agung tahunan Umno.

Namun hasil dapatan dry run BN amat menggerunkan BN. Jentera Umno yang sudah digerakkan pun penuh dengan kelemahan, manakala jentera komponen lain tidak boleh diharapkan. Maka barangkali dengan sebab itu Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Dato' Seri Najib Tun Razak, masih tidak dapat memberi bayangan bila pilihan raya umum akan diadakan.

Walaupun timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu BN agar bersedia untuk menghadapi PRU dalam waktu terdekat, namun jentera BN masih berada di tahap yang pasif.

Satu hakikat yang tidak boleh dinafikan, selama ini pun, dalam banyak pilihan raya, bukan jentera Umno-BN yang bergerak. Mereka hanya berlonggok untuk 'mengabihkan beras' di markas-markas, mengupah mat rempit melalak di jalan raya sambil mengibarkan bendera BN.

Yang bergerak dan dipergunakan sepenuhnya untuk membantu BN adalah media arus perdana, institusi istana, agensi kerajaan seperti SPR, polis, tentera, mahkamah, jabatan penerangan serta kementerian-kementerian lain.

Yang digembleng untuk melawan arus Pakatan Rakyat bukannya jentera Umno, tetapi jentera kerajaan. Umno-BN tidak pernah berdepan dengan Pakatan Rakyat secara 'anak jantan' sebab mereka macam 'pondan siam'.

Jentera pilihan raya Umno-BN, tidak mampu berhadapan dengan jentera pilihan raya Pakatan Rakyat secara gentleman. Mereka akan kalah jika bertembung one-by-one. Yang mereka tegak berkuasa selama ini hanyalah kerana dibantu seratus peratus jentera kerajaan. Tanpa bantuan jentera kerajaan Umno-BN sudah lama 'bungkus'.

Umno-BN bergantung kepada kejahatan pegawai kerajaan yang berperanan di agensi tertentu, seperti memanipulasi senarai daftar pengundi, pemalsuan kad pengenalan untuk membolehkan pendatang haram menjadi penggundi dan lebih jahat lagi mereka yang bersubahat memberikan kad pengenalan kepada pendatang asing untuk menjadi warganegara. Hanya cara ini sahaja Umno-BN boleh diselamatkan.

Oleh itu pegawai kerajaan seharusnya ingat, bahawa anda bukan hanya berhadapan dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang atau Lim Kit Siang sahaja. Ketiga-tiga pemimpin utama Pakatan Rakyat ini mewakili kuasa rakyat yang besar. Sekurang-kurangnya 48 peratus rakyat Malaysia mengundi Pakatan Rakyat pada PRU ke-12.

Ingatlah Pakatan Rakyat menguasai Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Perak (sebelum dirampas) dan menang 10 daripada 11 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pakatan Rakyat menguasai 82 kerusi Parlimen dan hampir 200 kerusi Dun. Kuasa rakyat yang besar ini tidak akan membenarkan kerakusan dan kemungkaran berterusan dalam negara.

Justeru, dengan kelemahan Umno-BN yang amat ketara sekarang, didorong kegagalan mereka memulihkan ekonomi negara, maka Pakatan Rakyat mempunyai peluang yang amat cerah untuk menguasai Putrajaya pada PRU ke-13 nanti dan memperbetulkan segala kepincangan yang diciptakan Umno-BN.

Kepada pemimpin Umno dan pegawai kerajaan yang bersekongkol dengan mereka, terimalah hakikat bahawa usia Umno-BN sebagai peneraju negara semakin pendek. Muzium dan liang lahad sudah menggamit mereka.

Pada ketika itu mana-mana pegawai kerajaan yang bersubahat dengan pemimpin Umno-BN, melakukan kejahatan dan pemalsuan, akan menerima hukuman yang setimpal daripada rakyat Malaysia.

harakahdaily/-

Istana Ala Bali : Khir Diarah Bela Diri

8 Ramadhan 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 8 OGOS : Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memerintahkan bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo bagi membela dirinya berhubung kes rasuah berkaitan pemilikan dua lot tanah termasuk sebuah banglo di Seksyen 7 di Shah Alam, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Mokhtaruddin Baki berkata pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan terdapat kes prima facie ke atas Khir.

Mokhtaruddin kemudiannya menetapkan perbicaraan pada 26 hingga 30 September ini.

Khir didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8&10, Jalan Suasa 7/1L di Shah Alam daripada Ditamas Sdn Bhd (Ditamas) melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni.

Hartanah yang terletak di Seksyen 7 di Shah Alam itu diperoleh dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 pada harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Khir yang melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang DUN Selangor itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang dibantu Ketua Unit Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah.

Khir diwakili peguam M.Athimulan dan Mohd Afifuddin Hafifi.

tv news/-

Kes Fitnah Liwat II : Mahkamah Benarkan PM, Rosmah Ditemubual

8 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 8 OGOS: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, isteri Rosmah Mansor dan 13 yang lain dipanggil menjadi saksi dalam kes fitnah liwat II ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika membacakan keputusan itu Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah menyatakan pihak pendakwaraya harus memastikan saksi yang dicadangkan hadir ke mahkamah.

"Apabila pendakwaraya menawarkan saksi kepada pihak pembelaan, adalah menjadi tanggungjawab pendakwa untuk memastikan saksi hadir ke mahkamah.

"Pihak pembelaan mempunyai hak untuk menemuramah saksi," kata Zabidin.

Sebelum ini kesemua mereka enggan ditemuramah peguambela lalu menyatakan hanya akan hadir sekiranya mahkamah mengemukakan sepina.

Sementara itu, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden memohon tempoh seminggu untuk pihak pendakwaan mengaturkan sesi temuramah berkenaan kerana dua daripada saksi kini berada di Indonesia.

Zabidin kemudiannya bersetuju menangguhkan perbicaraan kepada 15 Ogos depan.

Selain Najib dan Rosmah, 13 lain yang akan dipanggil termasuk bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Mohd Rodwan Mohd Yusof.

Terdahulu empat individu ini memberitahu sedia memberi keterangan di mahkamah dalam kes fitnah liwat ke atas Anwar sekiranya pihak pembelaan mensepina nama mereka sebagai saksi.

Perkara itu dimaklumkan oleh Yusof sebelum ini.

“Menurut afidavit DPP Mohd Hanafiah (Zakaria), mereka (4 saksi itu) enggan datang kerana mereka bukan saksi utama.

“Justeru, mereka hanya akan datang ke mahkamah jika disepina sebagai saksi”, katanya.

Beliau berkata demikian menjawab hujah peguam Anwar, Karpal Singh bahawa pihak pendakwaan sepatutnya membawa saksi berkenaan ke mahkamah untuk di temubual oleh pihak pembelaan berikutan pihak pendakwaan menawarkan mereka kepada pasukan pembelaan.

Karpal berkata pasukan pembelaan sepatutnya diberikan hak untuk menemu bual mereka sepertimana ketetapan undang-undang.

Sehubungan itu, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan hari ini iaitu 8 Ogos untuk memutuskan sama ada permohonan Anwar memanggil 15 orang saksi termasuk Najib dan Rosmah untuk dibawa ke mahkamah bagi ditemubual dibenarkan atau sebaliknya.

Ketua Pembangkang itu juga mahu menemubual 10 saksi alibi sebelum beliau memberikan keterangan.

Kesemua 15 saksi berkenaan ialah antara 25 saksi yang mahu ditemubual oleh pihak pembelaan dalam membuat persediaan bagi kes pembelaan yang dijadualkan dari 8 hingga 26 Ogos.

tv news/-

Serangan tentera Syria, 52 penduduk awam maut

8 Ramadhan 1432H. [MOD] -

NICOSIA 8 Ogos – Sekurang-kurangnya 42 penduduk di bandar Deir Ezzor terbunuh manakala 10 maut di bandar Hula selepas kereta kebal pasukan tentera Syria menggempur dua bandar tersebut hari ini.

“Seramai 42 penduduk di Deir Ezzor terbunuh dan lebih 100 cedera apabila pasukan keselamatan melancarkan tembakan.

“Manakala di Hula, 10 maut selepas pihak tentera menggempur kawasan tersebut,” kata Ketua Liga Hak Asasi Manusia Syria, Abdel karim Rihawi. – AFP

PAS rakam takziah kepada mangsa tanah runtuh

8 Ramadhan 1432H. [MOD] -

TEMERLOH, 8 Ogos: PAS Pahang merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di Brinchang, Cameron Highlands dan berharap kerajaan negeri berbuat sesuatu supaya kemalangan tidak berulang.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, dalam kenyataan medianya turut melahirkan rasa simpati dengan kematian tujuh orang termasuk empat wanita maut dan dua cedera parah dalam kejadian tersebut petang semalam.

“PAS Pahang ingin merakamkan ucapan takziah dan rasa simpati kepada keluarga mangsa dan dalam masa terdekat akan ke sana menyampaikan sumbangan.

“Serentak dengan itu juga kita meminta kerajaan negeri segera memantau penerokaan tanah di kawasan tanah tinggi itu kerana biasanya banjir lumpur dan hakisan tanah berlaku akibat operasi penebangan balak yang tidak terkawal,” katanya.

Tambahnya, PAS tidak menolak takdir tetapi kesilapan manusia mesti diminimakan supaya peristiwa buruk tidak kerap berulang.

Terdapat 60 keluarga di perkampungan Orang Asli berkenaan.

Dalam kejadian 5.45 petang semalam, berlaku banjir lumpur dan tanah runtuh selepas hujan lebat sejak 5 petang sehingga menimbus tiga rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin di perkampungan berbukit berkenaan.

Mereka yang terbunuh dikenali sebagai Normadiah Lasik, 69, Ali Hassan, 50; Jaafar, 49; Mohd Ikbal Jaafar, 15; Sara Gunung, 37; Norma Gunung, 51; dan Yusnizan Yusof, 22, manakala yang parah pula ialah Bah Anjang Besar a/l Anjang, 39, dan Serry Priary a/p Suri, 15 tahun.

Enam orang daripada mereka dilaporkan beragama Islam.

Tuan Ibrahim yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat berkata, sudah sering kali berlaku malapetaka tanah runtuh di kawasan tanah tinggi itu yang menyebabkan kehilangan nyawa.

“Sebab itu PAS Pahang mendesak supaya kerajaan negeri berhati-hati meluluskan kawasan penebangan balak dan penggondolan bukit kerana implikasinya boleh mengorbankan nyawa manusia,” tegasnya.

harakahdaily/-

Tanah Runtuh Di Kampung Orang Asli : 7 Maut, 2 Parah

8 Ramadhan 1432H. [MOD] -

CAMERON HIGHLAND 8 OGOS : Tujuh termasuk empat wanita maut, manakala dua parah dalam kejadian tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di Brinchang, Cameron Highlands petang semalam.

Mereka yang terbunuh dikenali sebagai Normadiah Lasik, 69, Ali Hassan, 50, Jaafar, 49, Mohd Ikbal Jaafar, 15, Sara Gunung, 37, Norma Gunung, 51, dan Yusnizan Yusof, 22, manakala yang parah pula ialah Bah Anjang Besar a/l Anjang, 39, dan Serry Priary a/p Suri, 15 tahun.

"Segala operasi mencari dan menyelamat telah dihentikan pada 1.50 pagi. Bagaimanapun pihak polis meneruskan bagi menjalankan operasi kawalan di kawasan kejadian," kata Ketua Polis Cameron Highlands DSP Wan Zahari Wan Busu kepada pemberita.

Beliau berkata mangsa terakhir ditemui 1.20 pagi.

Semua mangsa yang maut dibawa ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom untuk bedah siasat manakala yang parah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh untuk rawatan lanjut, katanya.

Wan Zahari berkata berkata kedua-dua mangsa yang cedera itu dilaporkan stabil, lapor Bernama.

"Sebanyak 248 anggota pelbagai agensi antaranya polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, pasukan SMART dan Rela terlibat dalam operasi di kawasan kejadian," katanya.

Beliau berkata semua 60 keluarga yang mendiami rumah di kawasan berisiko sudah dipindahkan ke Dewan Serba guna Brinchang di Cameron Highlands.

Dalam kejadian 5.45 petang itu, banjir lumpur dan tanah runtuh selepas hujan lebat sejak 5 petang, menimbus tiga rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin di perkampungan berbukit berkenaan.

Sementara itu, tinjauan Bernama di Dewan Serba guna Brinchang pada 4.30 pagi tadi mendapati proses pemindahan kesemua keluarga terbabit masih berjalan di bawah penyelenggaraan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Cameron Highlands.

Pemindahan kesemua keluarga itu, yang dibuat secara pukal, dibantu oleh pengangkutan pihak polis.

Jurucakap JKM memberitahu mereka akan tinggal di situ sementara menunggu pengesahan status kawasan kediaman mereka di Sungai Ruil selamat untuk diduduki semula.

tv news/-

Rakyat Libya berpuasa dalam kekurangan

8 Ramadhan 1432H. [MOD] -

TRIPOLI - Kekurangan sumber tenaga dan petrol terutama pada bulan Ramadan ini meningkatkan kekecewaan penduduk di ibu negara Libya terhadap campur tangan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) di negara itu.

Penduduk Tripoli, bandar kediaman pemimpin Libya, Muammar Gaddafi terpaksa berhadapan catuan elektrik yang semakin kerap sejak beberapa minggu lalu.

Kebanyakan rumah tidak dapat menggunakan penghawa dingin dan peti sejuk semasa kemuncak musim panas serta bagi menyediakan hidangan sahur dan berbuka sempena Ramadan.

Bekas Menteri Kesihatan Libya, Mohamed Abu Ajeela Rashid yang kini menjadi pegawai perubatan di sebuah hospital di Tripoli berkata, kekurangan tenaga elektrik menyebabkan masalah serius di bandar itu.

“Sabtu lalu, bekalan diputuskan semasa saya sedang melakukan pembedahan ke atas pesakit menyebabkan saya terpaksa bergantung kepada lampu telefon bimbit untuk meneruskan pembedahan,” katanya.

sinar harian/-