01 August 2011

MB Kedah stabil, dirawat di IJN

02 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 1 Ogos: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Razak yang dimasukkan di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur untuk pemeriksaan jantung berada dalam keadaan stabil.

Bernama yang memetik kenyataan Setiausaha Akhbar beliau, Mohd Helmi Khalid sebagai berkata menteri besar itu yang menghidap penyakit darah tinggi dimasukkan ke IJN Jumaat lalu selepas mengadu sakit jantung.

"Doktor yang memeriksa beliau mendapati satu saluran ke jantungnya ada masalah (tersumbat) dan menasihatkan Menteri Besar tinggal lebih lama untuk dirawat, selain bagi menstabilkan tekanan darahnya.

"Kesihatan Menteri Besar dalam keadaan stabil sekarang, tetapi saya tidak tahu bila doktor akan membenarkan beliau keluar dari IJN," katanya.

Mohd Helmi berkata doktor juga tidak membenarkan Azizan menerima pelawat bagi mengelak gangguan terhadap proses rawatan dan membolehkan tekanan darah beliau kembali normal dengan lebih cepat.

Bagaimanapun, beliau berkata Sultan dan Sultanah Kedah serta beberapa anggota Exco kerajaan negeri itu sempat menziarahi Azizan di IJN hari ini.

PAS tampil ke hadapan rakyat untuk menuju ke arah Negara berkebajikan

01 Ramadhan 1432H. [MOD] -
PAS Miri

Dr Hatta bersama rombongan PAS Miri melawat salah sebuah pondok yang masih dalam proses pembinaan

Lawatan Dr Mohd Hatta Ramli Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat bersama rombogan PAS Miri baru-baru ini ke Kampung Tukau Usaha Jaya untuk bertemu dengan salah seorang penghuni yang mana pondok barunya yang masih dalam pembinaan perlu sedikit bantuan dari orang ramai. Dengan keadaan pondoknya yang serba kekurangan beliau terpaksa berusaha sedaya upaya untuk membina sebuah pondok baru untuk memberi keselesaan dari kena hujan dan panas. Beliau terpaksa bekerja sendiri dan kadang-kadang memohon bantuan rakannya untuk menyiapkan pondok baru tersebut. Beliau pernah memohon bantuan dari badan kebajikan dan juga baitulmal tetapi sehingga ke hari ini belum lagi ada sebarang bantuan dari pihak tersebut.

Walaupun keadaan jalan masih lagi teruk dan tiada kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air bersih dengan sokongan orang ramai dan juga PAS Miri dapatlah beliau membina pondok baru beliau dalam keadaan yang serba kekurangan. Menjelang ramadhan dan bulan syawal yang akan tiba beliau sangat berharap agar ada pihak-pihak yang berwajib dapat memberi bantuan bulanan agar dapat mengurang bebanan yang beliau tanggung selama ini. Beliau hanya bekerja kampong seperti bercucuk tanam dan memotong rumput dalam kawasan kampong tersebut.


Dr Hatta bersama YDP PAS Miri dengan penghuni rumah yang serba daif tanpa ada bekalan air bersih dan elektrik (masih menggunakan generator)

Sebuah lagi keluarga yang rombongan PAS Miri kunjungi sudah pun tinggal di situ belasan tahun tetapi masih lagi hidup dalam keadaan kemiskinan disebabkan tanah yang mereka diami sekarang kemungkinan akan di ambil oleh sebuah syarikat kroni yang memerintah. Walaupun menurut penduduk tersebut tanah yang mereka diami sekarang adalah tanah NCR tetapi dengan adanya sambungan bekalan elektri ke kawasan perumahan mereka bukan bermakna pihak kerajaan sudah memberi kemudahan asas kepada penduduk dalam kampong tersebut tetapi lebih bersifat sementara.

Bila-bila masa saja tanah tersebut akan dirampas oleh syarikat yang mempunyai kepentingan dalam kawasan tersebut untuk membina projek perumahan atau projek kelapa sawit. Sekiranya perkara ini terjadi di kemudian hari sudah pasti keluarga yang tinggal di dalam kampong tersebut akan hidup lebih menderita lagi sebab sekarang hampir semua tanah-tanah di Sarawak dimiliki oleh syarikat-syarikta yang mempunyai kepentingan dengan pihak pemerintah. Orang kampong yang sudah tinggal bertahun-tahun di kawasan tersebut memohon tanah yang bergeran susah untuk mendapatkannya sedangkan syarikat yang mempunyai kepentingan dengan mudah memiliki tanah orang kampong yang sudah lama meneroka tanah tersebut dari datuk nenek mereka dahulu. Inilah yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Sarawak sekarang. PAS sungguh simpati dengan keadaan yang menimpa nasib penduduk yang tersebut di atas.

Di mana slogan “Rakyat didahulukan, pencapaian di utamakan?” PAS dengan konsep menuju ke arah Negara berkebajikan sedang berusaha sedaya upaya untuk membantu golongan yang tertindas ini. Walaupun PAS masih belum memerintah sepenuhnya tetapi usaha ke arah Negara bekebajikan tetap diberi ke utamaan kepada semua masyarakat tanpa mengira golongan bangsa dan agama.

Ketua Pakatan hanya yang berada dalam Pakatan

01 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 1 Ogos: Pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat tidak sekali-kali dipilih dari para pemimpin NGO dan parti-parti politik lain, sebaliknya hanyalah terbuka kepada pemimpin-pemimpin yang berada dalam Pakatan Rakyat sendiri.

Oleh itu, dakwaan yang mengatakan Tengku Razaleigh Hamzah akan dilantik menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat, ternyata tidak berasas dan hanyalah disifatkan sebagai permainan politik Umno semata-mata.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar menjelaskan, dakwaan yang ditimbulkan media itu sebenarnya adalah mahu memberi tekanan kepada Tengku Razaleigh agar beliau menyatakan pendiriannya berhubung kedudukannya dalam parti kini sama ada mahu terus bersama Umno atau tidak.

Menurut beliau, di pihak Pakatan Rakyat, perkara itu tidak berbangkit kerana Tengku Razaleigh bukannya berada dalam Pakatan Rakyat.

Katanya, bagaimanapun sehingga kini Tengku Razaleigh tidak pula menjawab dakwaan itu bagi menyatakan pendiriannya, walaupun ia merupakan satu tekanan kepada beliau sendiri untuk menjawabnya.

"Sungguhpun begitu, tindakan Tengku Razaleigh yang menubuhkan sebuah NGO baru, Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) amat kita persetujui dan alu-alukan kerana ia akan membangkitkan satu lagi suara di tanah air kita.

"Tapi kalau sekadar pemimpin NGO, tidak berada dalam barisan kepimpinan Pakatan Rakyat, tidak berbangkit untuk Tengku Razaleigh hendak dilantik sebagai pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat," katanya ketika menjawab soalan Harakahdaily pada majlis tazkirah di pejabat Harakah, di sini, hari ini.

Perlantikan Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang sebagai pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat, menurut beliau, tidak pernah dibincangkan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat kerana perkara itu tidak pernah berbangkit dalam gabungan tersebut.

"Malah dakwaan mengenainya disifatkan oleh Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai 'lawak jenaka' seperti yang disiarkan Harakahdaily hari ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Ahli Parlimen Bayan Baru (Bebas), Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang mengatakan beliau telah mendapat maklumat bahawa Pakatan Rakyat mempelawa Tengku Razaleigh Hamzah untuk dilantik sebagai ketua pembangkang bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Zahrain yang merupakan bekas ahli PKR itu mendakwa pelawaan terhadap Tengku Razaleigh itu dibuat oleh Pakatan Rakyat sebagai persiapan Pakatan Rakyat menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 tidak lama lagi, ekoran Anwar berhadapan masalah berhubung kontroversi video seks dan dipercayai akan dipenjarakan berikutan kes liwat.

Ekoran dakwaan itu, beberapa blogger Umno kemudiannya menuduh Tuan Guru Nik Abdul Aziz adalah dalang utama yang merancang untuk membawa Tengku Razaleigh ke dalam Pakatan Rakyat.

Mereka mendakwa terdapat satu pertemuan di kediaman Menteri Besar Kelantan antara Tuan Guru Nik Abdul Aziz dengan anak-anak pejuang Umno termasuk anak kepada bekas Menteri Besar Selangor, Harun Idris, Mazlan Harun bersama anak Tun Ghafar Baba, Tamrin Ghafar serta seorang pegawai berkerja di rumah Tengku Razaleigh.

"Lawak jenaka!, Itulah saja yang boleh saya sifatkan kepada khabar angin yang mengaitkan saya dengan perbincangan rahsia untuk melantik YBM Tengku Razaleigh sebagai Ketua Pakatan Rakyat menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya nasihatkan, sempena bulan Ramadhan ini, tulislah perkara-perkara yang betul dan benar. Ingatlah, apa yang ditulis dan diucap akan menjadi bahan untuk dihisab oleh Allah SWT di akhirat kelak," kata Nik Aziz mengulas perkara itu melalui Facebook.

Mengulas perkara itu dengan lebih lanjut, Kamarudin yang juga Ahli Parlimen Tumpat turut menasihati para pemimpin dan ahli-ahli Pakatan Rakyat agar tidak terpengaruh dengan permainan politik Umno itu.

"Dakwaan yang tidak berasas itu tentunya turut mempunyai maksud untuk melaga-lagakan antara para pemimpin Pakatan Rakyat dengan sesama pemimpin Pakatan Rakyat, Tengku Razaleigh dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sebagainya.

"Jadi para pemimpin dan ahli-ahli parti yang berada dalam Pakatan Rakyat perlu berhati-hati agar tidak terpengaruh dengan permainan Umno itu demi kepentingan Pakatan Rakyat," tegas beliau.

Ramadhan bulan tarbiyah

Sebelum itu, dalam tazkirahnya, beliau turut mengingatkan setiap umat Islam agar berusaha mempertingkatkan tahap keimanan dan ketakwaan kepada Allah sempena ketibaan bulan Ramadhan tahun ini.

"Setelah Ramadhan demi Ramadhan kita lalui, sepatutnya Ramadhan tahun ini menjadikan iman dan ketakwaan kita kepada Allah semakin meningkat.

"Begitu juga dengan perkara-perkara lain yang meliputi perjuangan untuk akhirat dan keduniaan, selaras dengan tuntutan Allah yang perlu terus kita pertingkatkan lagi dari semasa ke semasa terutama dengan ketibaan Ramadhan tahun ini," katanya.

Cabaran Ramadhan, katanya, antara lain adalah agar setiap muslimin dan muslimat menjadi hamba Allah yang lebih baik dalam pelbagai aspek, sejajar dengan latihan dan praktikal ibadat puasa itu sendiri yang memberikan pelbagai bimbingan, ilmu dan pengalaman kepada setiap orang dari segi kerohanian.

Katanya, pengalaman itu pula tidak terkecuali sama ada yang dikumpulkan dengan hanya melibatkan individu itu sendiri sahaja dan menerusi jemaah, termasuk melalui solat tarawih dan berbuka puasa secara berjemaah.

Harakahdaily/-

Ulasan:

Zahrin sudah habis modal nak niaga dalam BN maka keluarlah alasan dan isu baru yang tidak masuk akal.

Gempa 6.8 magnitud gegar Papua New Guinea

01 Ramadhan 1432H. [MOD] -

SYDNEY: Kepulauan Pasifik Papua New Guinea awal hari ini digegarkan dengan gempa kuat 6.8 magnitud yang kemungkinan membawa tsunami kecil.

Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS), berkata gempa berlaku di delaman 16 kilometer (km) di 131km di timur Wewak dan 706km di utara ibu negara Port Moresby.

Setakat ini belum ada laporan mengenai kerosakan dan mereka yang cedera. - AFP

Balu Allahyarham Baharudin fail notis usul esok

01 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 1 Ogos: Balu Allahyarham Baharudin Ahmad akan memfail notis usul di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, petang esok.

Harakahdaily difahamkan tindakan itu diambil untuk memohon satu siasatan khas dibuat berhubung kematian suaminya.

Ini kerana hingga hari ini pihak majistret atau Jabatan Peguam Negara masih tidak memberi maklum balas kepada surat peguam yang dihantar.

Walaupun Baharudin Ahmad meninggal dunia ketika perhimpunan Bersih 2.0 berdekatan KLCC pada 9 Julai lalu, namun keluarga beliau masih menunggu laporan post mortem dari Hospital Kuala Lumpur untuk mengetahui apa punca sebenar kematiannya.

Ini kerana, sehingga kini mereka masih belum mendapat laporan itu walaupun sudah beberapa kali diminta dari pihak hospital.

Pihak polis mendakwa, Baharudin mati kerana komplikasi jantung.

Namun keluarganya tertanya-tanya, apa punca empat tulang dadanya patah di samping tiga batang giginya juga patah.

Semasa hari pengebumian, anak saudara Baharudin, Azhar Kassim ketika bercakap kepada Harakahdaily melahirkan rasa ragunya mengenai punca tulang dada dan gigi yang patah itu akibat dari CPR yang dibuat ke atas Baharudin.

Harakahdaily/-


Bagaimana Menyambut Bulan Ramadhan..?

01 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Pertanyaan:

Bagaimana kita mempersiapkan diri menyambut bulan Ramadhan? Amal apa yang paling utama di bulan yang mulia ini?

Jawaban:

Alhamdulillah.

Pertama: Sungguh bagus sekali pertanyaan anda wahai saudaraku yang mulia. Karena anda bertanya tentang cara mempersiapkan diri menyambut kedatangan Ramadhan, yang banyak di antara manusia menyimpang dari hakekat puasa. Mereka menjadikannya sebagai musim untuk makan, minum, menghidangkan kue-kue, begadang atau menonton televisi. Mereka mempersiapkan makanan jauh-jauh hari sebelum Ramadan, karena khawatir kehabisan atau harganya naik, maka mereka memborong makanan dan minuman. Kemudian mereka mencari-cari informasi di chanel televisi untuk mengetahui acara apa yang menarik diikuti dan yang layak ditinggalkan. Mereka sungguh telah bodoh –dengan sebenarnya- hakekat puasa di bulan Ramadan. Mereka abaikan ibadah dan ketaqwaan, dan kemudian hanya memenuhi kebutuhan perut dan pandangan matanya semata.

Kedua: sebagian yang lain sadar akan hakekat puasa di bulan Ramadan, maka mereka mempersiapkan dirinya sejak bulan Sya’ban. Bahkan ada yang telah mempersiapkan sebelum itu.

Di antara persiapan yang terpuji untuk menyambut bulan Ramadhan adalah :

1. Bertaubat dengan jujur.

Taubat pada dasarnya wajib setiap saat. Akan tetapi karena akan (menyambut) kedatangan bulan yang agung dan barokah ini, maka lebih tepat lagi jika seseorang segera bertaubat dari dosa-dosanya yang diperbuat kepada Allah serta dosa-dosa karena hak-hak orang lain yang terzalimi. Agar ketika memasuki bulan yang barokah ini, dia disibukkan melakukan ketaatan dan ibadah dengan dada lapang dan hati tenang.

Allah ta’ala berfirman:


( وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعاً أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ) سورة النور: 31

“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (QS. An-Nur: 31).

Dan dari Al-Aghar bin Yasar radhiallahu ’anhu dari Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam, beliau bersabda: “Wahai manusia! Bertaubatlah kepada Allah, sesungguhnya aku bertaubat (kepada Allah) dalam sehari seratus kali” (HR. Muslim, no. 2702)

2. Berdoa.

Diriwayatkan dari sebagian (ulama) salaf, bahwa mereka berdoa kepada Allah selama enam bulan agar dapat berjumpa dengan bulan Ramadan, kemudian mereka berdoa lagi lima bulan setelahnya semoga amalnya diterima. Seorang muslim hendaknya berdoa kepada Tuhannya agar mendapatkan bulan Ramadan dalam keadaan baik, dari sisi agama maupun fisik, juga hendaknya dia berdoa semoga dibantu dalam mentaati-Nya serta berdoa semoga amalnya diterima.

3. Gembira dengan semakin dekatnya kedatangan bulan yang agung ini.

Sesungguhnya mendapatkan bulan Ramadan termasuk nikmat Allah yang agung bagi seorang hamba yang muslim. Karena bulan Ramadan termasuk musim kebaikan, pintu-pintu surga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup. Ia adalah bulan Al-Qur’an serta bulan terjadinya peperangan-peperangan yang sangat menentukan dalam (sejarah) agama kita.

Allah berfirman, artinya: “Katakanlah, 'Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Karunia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan." (QS. Yunus: 58)

4. Menyelesaikan tanggungan (qadha) kewajiban puasa.

Dari Abu Salamah, dia berkata, saya mendengar ‘Aisyah radhiallahu ’anha berkata: “Aku memiliki kewajiban berpuasa dari bulan Ramadan lalu, dan aku baru dapat mengqadanya pada bulan Sya’ban.” (HR. Bukhari, no. 1849, dan Muslim, no. 1146)

Al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah berkata: “Dari keseriusan beliau (mengqadha) pada bulan Sya’ban disimpulkan bahwa hal itu menunjukkan tidak diperkenankan mengakhirkan qadha sampai memasuki bulan Ramadan berikutnya.” (Fathul Bari, 4/191)

5. Membekali diri dengan ilmu agar dapat mengenal hukum-hukum puasa dan mengetahui keutamaan Ramadan.

6. Segera menyelesaikan pekerjaan yang boleh jadi (jika tidak segera diselesaikan) dapat mengganggu kesibukan ibadah seorang muslim di bulan Ramadan.

7. Berkumpul bersama anggota keluarga, dengan istri dan anak-anak untuk menjelaskan hukum-hukum puasa dan mendorong si kecil untuk berpuasa

8. Mempersiapkan sejumlah buku yang layak untuk dibaca di rumah atau menghadiahkannya kepada imam masjid agar di baca (di depan) jamaahnya pada bulan Ramadan.

9. Berpuasa pada bulan Sya’ban sebagai persiapan untuk berpuasa di bulan Ramadan.


عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ حَتَّى نَقُولَ لا يُفْطِرُ وَيُفْطِرُ حَتَّى نَقُولَ لا يَصُومُ ، فَمَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَكْمَلَ صِيَامَ شَهْرٍ إِلا رَمَضَانَ ، وَمَا رَأَيْتُهُ أَكْثَرَ صِيَامًا مِنْهُ فِي شَعْبَانَ . (رواه البخاري، رقم 1868، ومسلم، رقم 1156)

Dari ‘Aisyah radhiallahu ’anha: “Rasulullah sallallahu ’alaihi wa sallam berpuasa sampai kami mengatakan (mengira) dia tidak pernah berbuka. Dan (lain waktu) beliau tidak berpuasa sampai kami mengatakan (mengira) dia pernah berpuasa. Dan aku tidak melihat Rasulullah sallallahu ’alaihi wa sallam menyempurnakan puasa sebulan penuh selain di bulan Ramadan dan aku tidak melihat Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam memperbanyak berpuasa selain di bulan Sya’ban”. (HR. Bukhari, no. 1868, Muslim, no 1156)

Dari Usamah bin Zaid radhiallahu ’anhu, dia berkata: “Saya bertanya, Wahai Rasulullah saya tidak pernah melihat anda berpuasa di antara bulan-bulan yang ada seperti engkau berpuasa pada bulan Sya’ban?” (Beliau) bersabda: “Itu adalah bulan yang sering diabaikan orang, antara Rajab dan Ramadhan. Yaitu bulan yang di dalamnya diangkat amal (seorang hamba) kepada Tuhan seluruh alam. Dan aku senang saat amalanku diangkat, aku dalam kondisi berpuasa.” (HR. Nasa’i, no. 2357, dinyatakan hasan oleh Al-Albany dalam shahih Nasa’i).

Dalam hadits di atas dijelaskan hikmah berpuasa pada bulan Sya’ban, yaitu bulan diangkatnya amalan. Sebagian ulama menyebutkan hikmah lainnya, yaitu bahwa puasa (pada bulan Sya’ban) kedudukannya seperti sunnah qabliyah dalam shalat fardhu. Agar jiwa merasa siap dan bersemangat dalam menunaikan kewajiban. Demikianlah yang dikatakan terhadap puasa di bulan Sya’ban sebelum Ramadan.

10. Membaca Al-Qur’an.

Salamah bin Kuhail berkata: Dahulu dikatakan bahwa bulan Sya’ban adalah bulan bacaan (Al-Qur’an).

Adalah Amr bin Qais apabila memasuki bulan Sya’ban, beliau menutup tokonya, lalu berkonsetrasi membaca Al-Qur’an.

Abu Bakar Al-Balkhi berkata: “Bulan Rajab adalah bulan menanam, bulan Sya’ban adalah bulan menyirami tanaman dan bulan Ramadan adalah bulan memanen tanaman."

Dia juga berkata: "Perumpamaan bulan Rajab bagaikan angin, sedangkan perumpamaan Sya’ban bagaikan mendung dan perumpamaan Ramadan bagaikan hujan. Barangsiapa yang tidak menanam di bulan Rajab dan tidak menyiram pada bulan Sya’ban, bagaimana dia akan memanen di bulan Ramadan."

Kini bulan Rajab telah berlalu, lalu apa yang akan anda kerjakan pada bulan Sya’ban jika anda ingin bertemu dengan bulan Ramadan. Demikianlah halnya keadaan Nabi anda dan salaf (pendahulu) umat ini di bulan yang barokah. Maka, dimana posisi anda dari amalan dan derajat tersebut?

Ketiga: untuk mengetahui amalan-amalan yang selayaknya dilakukan seorang muslim pada bulan Ramadhan, silakan melihat soal jawab no. 12468 dan 26869. Wallahul muwafiq

[Sumber: Soal Jawab Tentang Islam di www.islamqa.com]

Sikap Seorang Muslim Di Bulan Ramadan

01 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Pertanyaan:

Nasehat apa yang layak ditujukan kepada umat Islam berkaitan dengan masuknya bulan Ramadan?

Jawaban:

Alhamdulillah. Allah berfirman:


( شهر رمضان الذي أنزل فيه القرآن هدى للناس وبينات من الهدى والفرقان فمن شهد منكم الشهر فليصمه ومن كان مريضاً أو على سفر فعدة من أيام أخر يريد الله بكم اليسر ولا يريد بكم العسر ولتكملوا العدة ولتكبروا الله على ما هداكم ولعلكم تشكرون ) البقرة / 185

“(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur”. (SQ.AL-Baqarah: 185).

Ini adalah bulan penuh barakah, waktu yang mulia dan bulan nan agung untuk melakukan kebaikan, barokah, ibadah dan ketaatan. Bulan dilipatgandakannya kebaikan, kemaksiatan menjadi sangat tercela, pintu-pintu surga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup serta diterima taubat kepada Allah bagi orang berdosa dan berbuat salah. Maka bersyukurlah (kepada Allah) terhadap kenikmatan yang diberikan kepada anda semua di musim kebaikan dan barokah ini serta berbagai keistimewaan yang khusus diberikan kepada kalian berupa sarana meraih keutamaan dan berbagai macam kenikmatan yang berlimpah. Maka manfaatkanlah waktu yang mulia dan musim yang agung ini dengan semarak ketaatan serta meninggalkan perkara yang haram, agar kalian beruntung dengan meraih kehidupan yang indah dan bahagia setelah meningggal dunia.

Orang mukmin yang benar dengan keimanannya, semua bulan baginya adalah waktu untuk beribadah, dan seluruh umurnya adalah waktu melakukan ketaatan. Akan tetapi pada bulan Ramadan semangatnya berlipat ganda untuk melakukan kebaikan dan lebih bersemangat untuk melakukan ibadah, dan dia menghadap (sepenuh hati) kepada Tuhan-Nya subhanahu wa Ta’ala. Dan Tuhan kita dengan Kebaikan dan kedermawanan-Nya, melipatgandakan pahala di saat yang mulia ini kepada kaum beriman yang berpuasa, sebagai balasan atas amal shaleh mereka.

Hari-hari berlalu dengan cepat seakan hanya sesaat. Dahulu kita menyambut datangnya bulan Ramadan kemudian dia meninggalkan kita. Dan kini, kita sudah akan menyambut lagi bulan Ramadan. Maka kita harus bersegera menunaikan amal-amal shaleh di bulan yang agung ini dan mengisinya apa yang Allah ridai serta sesuatu yang dapat mendatangkan kebahagiaan saat kita bertemu dengan-Nya.

Bagaimana Kita Menyambut Bulan Ramadan?

Menyambut bulan Ramadan dilakukan dengan melakukan introspeksi diri terhadap kekurangan dalam merealisasikan dua kalimat syahadat atau kekurangan dalam menunaikan kewajiban atau kekurangan karena tidak meninggalkan perbuatan (terlarang), baik karena syahwat atau syubhat.

Hendaknya seorang hamba meluruskan akhlaknya di bulan Ramadan agar meraih derajat keimanan yang tinggi, karena keimanan bertambah dan berkurang. Bertambah dengan melakukan ketaatan dan berkurang dengan melakukan kemakasiatan. Ketaatan pertama yang seharusnya direalisasikan seorang hamba adalah ubudiyah (ibadah) hanya kepada Allah semata dengan keyakinan jiwa bahwa tidak berhak disembah selain Allah. Sehingga dia mengarahkan semua bentuk ibadah hanya kepada Allah dan tidak menyekutukan -Nya kepada siapa pun dalam ibadahnya. Selain itu, kita pun harus yakin bahwa apa yang (ditakdirkan akan) menimpanya tidak akan meleset, dan apa yang (ditakdirkan) meleset darinya, tidak akan menimpa dirinya, dan bahwa segala sesuatu telah di takdirkan.

Kemudian kita menghindari segala sesuatu yang bertentangan dengan nilai yang terkandung dalam dua kalimat syahadat, yaitu dengan menjauhi dari bid’ah, perkara baru dalam agama. Merealisasikan sikap wala (loyalitas) dan bara (berlepas diri) dengan memberikan loyalitas kepada orang-orang mukmin dan memusuhi orang-orang kafir serta munafik, senang dengan kemenangan orang-orang Islam terhadap musuh-musuhnya. Meneladani Nabi sallallahu’ alaihi wa sallam dan mengikuti sunnahnya dan sunnah khulafaurrasyidin yang mendapat petunjuk setelahnya. Kami mencintainya dan mencintai orang yang berpegang teguh dengan (sunnah Nabi) dan membelanya di negeri manapun, apapun warna kulit dan kewarganegaraannya.

Setelah itu kita intropeksi diri terhadap kekurangn dalam menjalankan ketaatan. Seperti kekurangan dalam menjalankan shalat jama’ah, zikir kepada Allah Azza wa Jalla, memenuhi hak tetangga, kerabat dan orang-orang Islam, menyebarkan salam, amar ma'ruf dan nahi munkar, saling berwasiat terhadap kebenaran dan bersabar terhadapnya. Kemudian hendaknya kita bersabar untuk tidak melakukan kemunkaran dan (bersabar dalam) menunaikan ketaatan serta menerima takdir Allah Azza wa Jalla. Kemudian kita introspeksi dari perbuatan maksiat dan menuruti syahwat serta menahan diri agar tidak terus menerus melakukannya. Baik kemaksitan yang berasal dari baik (dosa) besar maupun kecil. Baik kemaksiatan mata, dengan memandang apa yang Allah haramkan, atau mendengarkan lagu-lagu atau melangkah menuju sesuatu yang tidak diredai Allah Azza wa Jalla, atau melalui tangan dengan melakukan yang tidak Allah ridai, atau memakan apa yang Allah haramkan, baik berupa riba, suap atau lainnya, termasuk memakan (mengambil) harta orang lain dengan batil.

Hendaknya yang menjadi fokus perhatian kita adalah bahwa Allah membuka tangan-Nya waktu siang untuk menerima taubat orang yang berdosa di waktu malam hari, dan Dia membuka tangan-Nya di waktu malam untuk menerima taubat orang berdosa di waktu siang hari.

Allah subhanahu wata’ala telah berfirman:


{ وسارعوا إلى مغفرة من ربكم وجنة عرضها السموات والأرض أعدت للمتقين .الذين ينفقون في السراء والضراء والكاظمين الغيظ والعافين عن الناس والله يحب المحسنين . والذين إذا فعلوا فاحشة أو ظلموا أنفسهم ذكروا الله فاستغفروا لذنوبهم ومن يغفر الذنوب إلا الله ولم يصروا على ما فعلوا وهم يعلمون . أولئك جزاؤهم مغفرة من ربهم وجنات تجري من تحتها الأنهار خالدين فيها ونعم أجر العاملين }.

“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, (yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema'afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui. Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan surga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal”.( QS. Ali Imran: 133-136).

Firman Allah lainnnya,


{ قل يا عبادي الذين أسرفوا على أنفسهم لا تقنطوا من رحمة الله إن الله يغفر الذنوب جميعاً إنه هو الغفور الرحيم }

Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (QS.Az-Zumar: 53).

Firman Allah :
Artinya, “Barangsiapa yang (melakukan) kejelekan atau berbuat zalim kepada diri sendiri kemudian memohon ampun kepada Allah, (dia akan) dapati Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.

Beginilah seharusnya kita menyambut bulan Ramadan, dengan muhasabah (introspeksi), bertaubat dan memohon ampun. “Orang yang cerdas adalah orang yang menundukkan jiwanya dan beramal untuk setelah kematian, sedangkan orang yang lemah adalah orang yang dirinya mengikuti hawa nafsunya dan hanya berangan-angan kepada Allah.”

Sesungguhnya bulan Ramadan adalah bulan ghanimah dan penuh keberuntungan. Pedagang yang cerdas akan memanfaatkan kesempatan yang baik untuk menambah keuntungannya. Maka gunakanlah kesempatan bulan ini dengan beribadah, memperbanyak shalat dan membaca Al-Qur’an, memaafkan orang dan berbuat baik kepada orang lain serta bersedekah kepada orang-orang fakir.

Di bulan Ramadan pintu-pintu surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan setan-setan dibelenggu. Pada setiap malamnya ada penyeru yang menyeru: ”Wahai pencari kebaikan datanglah! Wahai pencari keburukan, berhentilah! Maka jadilah hamba Allah yang menyukai kebaikan dengan mengikuti para salaf yang shaleh dan mengambil petunjuk sunnah Nabi kalian sallallahu ’alaihi wa sallam agar kita keluar dari bulan Ramadan dalam keadaan dosa terampuni dan amal shalehnya diterima. Ketahuilah bahwa bulan Ramadan adalah bulan paling mulia.

Ibnu Qoyyim rahimahullah berkata: “Di antaranya –adanya keistimewaan di antara ciptaan Allah-, Dia mengistemewakan bulan Ramadan dibandingkan bulan yang lain, dan mengutamakan sepuluh (malam) terakhir di antara seluruh malam”. (Zadul Ma’ad, 1/56)

Keutamaan Bulan Ramadan dibanding bulan lain, ada empat:

Pertama: Di dalamnya ada malam yang lebih baik di antara malam-malam setahun, yaitu Lailatul Qadar. Allah berfirman :


{ إنا أنزلناه في ليلة القدر . وما أدراك ما ليلة القدر . ليلة القدر خير من ألف شهر . تنزّل الملائكة والروح فيها بإذن ربهم من كل أمر . سلام هي حتى مطلع الفجر }

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.” (QS.Al-Qadar: 1-5).

Maka ibadah pada malam ini lebih baik (dibandingkan) beribadah seribu bulan

Kedua: Di bulan ini diturunkan kitab yang paling mulia (Al-Quran) kepada nabi yang paling mulia alaihimus salam (Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam).
Allah berfirman:


{ شهر رمضان الذي أُنزل فيه القرآن هدى للناس وبيّنات من الهدى والفرقان } البقرة / 158

“(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil).” (QS. Al-Baqarah: 185)

Allah juga berfirman:


{ إنا أنزلناه في ليلة مباركة إنا كنا منذرين .فيها يُفرق كل أمر حكيم . أمراً من عندنا إنا كنا مرسِلين } الدخان / 3-5

“Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah. (yaitu) urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah yang mengutus rasul-rasul.” (QS. Ad-Dukhan: 3-5)

Diriwayatkan oleh Ahmad dan Thabrani dalam Kitab Mu’jam Al-Kabir dari Watsilah bin Al-Asyqa’ radhiallahu’anhu, dia berkata: Rasulullah sallallahu’alaihi wa sallam bersabda:


أُنزلت صحف إبراهيم أول ليلة من شهر رمضان ، وأُنزلت التوراة لِسِتٍ مضت من رمضان ، وأُنزل الإنجيل لثلاث عشرة مضت من رمضان ، وأُنزل الزبور لثمان عشرة خلت من رمضان ، وأُنزل القرآن لأربع وعشرين خلت من رمضان ) . حسنه الألباني في السلسلة الصحيحة (1575)

“Shuhuf (lembaran-lembaran wahyu) Ibrahhim diturunkan pada awal bulan Ramadan, Taurat diturunkan setelah enam hari bulan Ramadan, Injil diturunkan setelah tiga belas hari bulan Ramadan, Zabur diturunkan setelah delapan belas hari bulan Ramadan dan Al-Qur’an diturunkan setelah duapuluh empat bulan Ramadan”. (Dihasankan oleh Al-Albany dalam kitab Silsilah Al-Ahadits As-Shahihah, no. 1575)

Ketiga: Pada bulan ini pintu-pintu surga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup serta para setan dibelenggu.

Dari Abu Hurairah radhiallahu’anhu sesungguhnya Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam bersabda: ”Apabila bulan Ramadan datang, pintu-pintu surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan setan-setan dibelenggu.” (HR.Muttafaq’alaih)

Diriwayatkan oleh Nasa’i dari Abu Hurairah radhiallahu’anhu, sesungguhnya Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam bersabda: ”Ketika bulan Ramadan datang, pintu-pintu rahmat dibuka, pintu-pintu jahanam ditutup dan syetan-syetan dibelenggu”. (Dishahihkan oleh Al-Albany dalam kitab shahih Al-Jami, no. 471)

Diriwayatkan oleh Tirmzi, Ibnu Majah dan Ibnu Huzaimah, dalam sebuah riwayat:


( إذا كان أول ليلة في شهر رمضان صُفِّدت الشياطين ومَرَدَة الجن ، وغلقت أبواب النار فلم يُفتح منها باب ، وفتحت أبواب الجنة فلم يغلق منها باب ، وينادي منادٍ : يا باغي الخير أقبل، ويا باغي الشر أقصر . ولله عُتقاء من النار وذلك كل ليلة ) . وحسنه الألباني في صحيح الجامع (759)

“Ketika awal malam bulan Ramadan tiba, setan dan jin pembangkang dibelenggu, pintu-pintu neraka ditutup, tidak ada satupun pintunya yang dibuka, pintu-pintu surga dibuka dan tidak ada satu pun pintunya yang ditutup. (Kemudian) ada penyeru yang berseru: “Wahai pencari kebaikan datanglah! Wahai pencari keburukan, berhentilah! Dan Allah menetapkan (orang-orang yang) dibebeskan dari siksa neraka, dan hal itu (terjadi pada) setiap malam.” (Dinyatakan hasan oleh Al-Albany dalam shahih Al-Jami’, no. 759).

Jika ada yang berkata, mengapa masih kita saksikan keburukan dan kemaksiatan banyak terjadi di bulan Ramadan, padahal setan-setan telah dibelenggu. Mengapa hal itu dapat terjadi?

Jawabnya adalah bahwa perkara tersebut sedikit terjadi pada orang yang menjaga syarat-syarat dan adab berpuasa. Atau bahwa yang dibelenggu adalah sebagian syetan yaitu setan yang membangkang bukan semuanya. Atau maksudnya adalah berkurangkan keburukan, dan hal ini sangat tampak sekali. Atau bahwa yang terjerumus dalam kemaksiatan pada bulan lebih sedikit dibandingkan pada bulan-bulan lainnya, karena pembelengguan semua setan tidak berarti harus tidak terjadi sama sekali keburukan dan kemaksiatan, karena ada sebab-sebab selain setan yang menyebabkan hal tersebut, seperti nafsu buruk, adat jelek dan setan (dari jenis) manusia. (Al-Fath, 4/145).

Keempat: Di bulan Ramadan banyak sekali ibadah-ibadah yang tidak dijumpai di bulan lain seperti puasa (wajib), qiyam (taraweh), memberikan makanan (berbuka), i’tikaf, shadaqah dan membaca Al-Qur’an.

Saya memohon kepada Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung semoga kita mendapat taufiq dan pertolongan untuk menjalankan ibadah puasa, qiyam, melakukan ketaatan dan meninggalkan kemunkaran. Segala puji hanya milik Allah (Tuhan) seluruh alam .

[Sumber: Soal Jawab Tentang Islam di www.alsofwah.or.id]

SPRM sahkan Bazar Tok Guru bebas rasuah

01 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KOTA BHARU, 1 Ogos: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan mengesahkan tiada unsur rasuah dalam isu Bazar Tok Guru selain tidak menerima laporan rasuah daripada mana-mana pihak mengenai isu Ladang Rakyat.

Pengarahnya, Nasaruddin Mohd Noor seperti dilapor Sinar Harian berkata, pihaknya menjalankan siasatan rapi dan telus terhadap kes terbabit dan menyangkal dakwaan pihak tertentu bahawa SPRM tidak melakukan siasatan.

“Saya ingin ulangi kenyataan sebelum ini bahawa tiada elemen korupsi dalam isu Bazar Tok Guru dan kami menyangkal tidak buat kerja berhubung kes ini. Jika ada rasuah dan penyalahgunaan kuasa kami masuk, tapi setakat ini tidak terima (laporan berasas mengenainya)," katanya pada sidang media di Bangunan SPRM, Jalan Sultan Yahya Petra, di sini.

Sebelum ini ada pihak termasuk Umno Kelantan mempolitikkan isu Bazar Tok Guru dengan mendakwa kerajaan negeri kerugian RM50 juta untuk projek itu.

Mereka juga telah membuat laporan kepada SPRM agar kes itu disiasat.

“Mengenai isu Ladang Rakyat pula, setakat ini tiada mana-mana pihak yang membuat laporan mengenainya, tetapi kami menjalankan siasatan berdasarkan laporan dalam media dan pemantauan masih dilakukan,” katanya lagi.

Katanya lagi daripada 174 maklumat yang diterima berhubung kes rasuah di negeri itu, hanya 17 kertas dibuka untuk siasatan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Pengerusi Orang Muda Berpadu Anti Korupsi Kelantan (Ombak) yang juga Ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian, bahawa terdapat pegawai SPRM Kelantan lebih berpihak kepada PAS.

Terdahulu beliau menyerahkan tugas kepada Pengarah SPRM negeri yang baru, Nor Rasmi Shari, disaksikan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Putrajaya, Datuk Sutinah Sutan.

Nasaruddin juga menolak dakwaan pertukarannya ke ibu pejabat SPRM Putrajaya sebagai Pengarah Bahagian Kecemerlangan dan Profesionalisme disebabkan tekanan pihak tertentu.

Blog hampir pulih sepenuhnya.

01 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Sehingga jam 12.00 tengahari ini blog Cina Islam dikesan hampir pulih sepenuhnya dari gangguan yang mungkin telah menyebabkan ketidak selesaaan pengunjung sejak beberapa hari lepas.

Namun begitu kami sangat berhati-hati dalam memantau kembali segala permasalahan yang timbul dan menganggu posting.

Drs. Khalil Idham Lim

Dulu PATI, kini dah jadi pengundi?

01 Ramadhan 1432H. [MOD] -
http://darisungaiderhaka.blogspot.com

Antara tuntutan BERSIH 2.0 yang terkandung dalam memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong adalah penggunaan dakwat kekal sebagai tanda bahawa seseorang pegundi itu telah mengundi dan juga pembersihan Daftar Pemilih.

Bagaimanapun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kelihatan tidak berminat langsung dengan penggunaan dakwat kekal seperti yang dicadangkan oleh BERSIH 2.0 itu tetapi mereka lebih berminat dengan penggunaan Sistem Biometrik yang bagi mereka ianya lebih praktikal.

Mungkin kerana jika dibandingkan Sistem Biometrik dan Dakwat Kekal, kos untuk menyediakan prasarana dan peralatan sokongan untuk Sistem tersebut adalah tinggi jadi komisyen yang dijanakan bagi membolehkan system tersebut digunakan juga adalah tinggi..

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menggunakan sistem biometrik yang kini diguna pakai ke atas warga asing.

Kementerian Dalam Negeri dilaporkan telah memulakan program pemutihan dan pengampunan terhadap hampir dua juta pendatang asing tanpa izin di negara ini mulai 1 Julai lalu.

Objektif pemutihan itu adalah untuk mengumpul data pendatang asing tanpa izin di negara ini termasuk berapa ramai yang bekerja dalam sektor yang dibenarkan mengambil pekerja asing dan memberi peluang kepada pendatang asing tanpa izin untuk pulang ke negara asal tanpa dikenakan tindakan tetapi terhad kepada tempoh yang dibenarkan.

Dan tempoh terakhir bagi warga asing untuk mendaftar ialah pada 31 Julai 2011.

Memandangkan sehingga hampir ke tarikh 31 Julai hanya sekitar lebih kurang 300,000 orang PATI yang mendaftar dan ianya jauh tersasar dari sasaran iaitu 2,000,000 orang PATI.

Tanpa memberikan sebarang alasan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan proses Pendaftaran Biometrik bagi pekerja asing tersebut telah dilanjutkan ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak.

Apa yang terlalu penting bagi UMNO/BN dalam hal pendaftaran Pendatang Tanpa Izin ini hingga membuatkan mereka sanggup melanjutkan tempoh akhir pendaftaran tersebut, sedangkan sebelum ini Hishamuddin telah berkata pendaftaran ini akan dapat menyelesaikan masalah pendatang asing tanpa izin, di samping menangani jenayah merentas sempadan dengan membendung kegiatan haram termasuk penyeludupan dan pemerdagangan manusia.

Tidakkah melanjutkan tempoh pendaftaran ini akan memberikan lebih masa bagi aktiviti jenayah merentas sempadan seperti yang Hishamuddin katakana diatas?

Kelihatan juga ianya lebih penting dari mengistiharkan pendapatan tahunan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri kerana tarikh akhir bagi menyerahkan penyata pendapatan yang menjadi sumber kewangan Negara tidak pernah dilanjutkan sepertimana proses pendaftaran PATI ini dilanjutkan.

Ahli parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar, yang mempertikaikan cadangan penggunaan system Biometrik ini berkata penggunaan system ini adalah cara bagaimana untuk menghalalkan pendatang asing mengundi pada pilihan raya akan datang.

"Sebab mereka dalam usaha memberikan taraf kerakyatan kepada sebabahagian besar pendatang asing dan akhirnya mereka memberi kad pengenalan dan borang akaun bersumpah kepada warga asing ini untuk menyokong BN dalam pilihan raya akan datang," kata Mahfuz.

Samada benar atau tidak dakwaan Mahfuz itu, cuba perhatikan nama-nama yang tersenarai jika nombor-nombor MyKad yang disenaraikan dibawah disemak di SEMAKAN DAFTAR PEMILIH SPR..

Nama-nama yang jelas bagi kita adalah nama warga asing yang kini boleh mengundi di kawasan Parlimen Hulu Langat, antaranya..

Ku Li ganti Anwar hanya lawak jenaka

01 Ramadhan 1432H. [MOD] -
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 1 Ogos: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan khabar angin yang disebar oleh cyber troopers Umno yang mengaitkan beliau dengan perbincangan melantik Tengku Razaleigh Hamzah sebagai ketua Pakatan Rakyat menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai lawak jenaka.

Sambil menafikan perkara itu, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menasihatkan mereka yang menyebarkan fitnah itu agar segera menghentikannya sesuai dengan bulan Ramadhan yang mulia.

"Lawak jenaka!, Itulah saja yang boleh saya sifatkan kepada khabar angin yang mengaitkan saya dengan perbincangan rahsia untuk melantik YBM Tengku Razaleigh sebagai Ketua Pakatan Rakyat menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya nasihatkan, sempena bulan Ramadhan ini, tulislah perkara-perkara yang betul dan benar. Ingatlah, apa yang ditulis dan diucap akan menjadi bahan untuk dihisab oleh Allah SWT di akhirat kelak," katanya melalui Facebook.

Penjelasan itu sekaligus menolak khabar angin yang tersebar itu.

Sebelum ini Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendakwa telah mendapat maklumat bahawa Pakatan Rakyat mempelawa Tengku Razaleigh Hamzah untuk dilantik sebagai ketua pembangkang bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang merupakan bekas ahli PKR itu mendakwa pelawaan terhadap Tengku Razaleigh itu ekoran Anwar yang berhadapan masalah berhubung kontroversi video seks dan dipercayai akan dipenjarakan berikutan kes liwat.

Menurutnya ianya juga sebagai persiapan Pakatan Rakyat bagi menghadapi Plihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Ekoran dakwaan itu, beberapa blogger Umno kemudiannya menuduh Tuan Guru Nik Abdul Aziz adalah dalang utama yang merancang untuk membawa Tengku Razaleigh ke dalam Pakatan Rakyat.

Mereka mendakwa terdapat satu pertemuan telah berlaku antara Tuan Guru Nik Abdul Aziz dengan anak-anak pejuang Umno termasuk anak kepada bekas Menteri Besar Selangor Harun Idris, Mazlan Harun bersama anak Tun Ghafar Baba, Tamrin Ghafar serta seorang pegawai berkerja di rumah Tengku Razaleigh.

Pertemuan itu didakwa berlaku di kediaman Menteri Besar Kelantan.

Mengulas lanjut tuduhan tidak berasas itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata beliau hairan kenapa dakwaan tersebut timbul, atau keputusan untuk memenjarakan Anwar sememangnya benar.

"Apa yang peliknya, ada akhbar yang boleh membuat cerita bahawa cadangan ini timbul kerana dijangka Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ke penjara ekoran kes liwatnya yang sedang dibicarakan.

"Adakah benar keputusan mahkamah di negara ini sudah boleh dijangka atau sememangnya keputusan tersebut sudah bocor?" soalnya.


BN hilang Perak, NS di pilihan raya olok-olok

01 Ramadhan 1432H. [MOD] -
http://mimpi-senja.blogspot.com

Barisan Nasional (BN) boleh kehilangan Perak dan Negeri Sembilan pada pilihan raya umum ke-13, demikian menurut keputusan pilihan raya olok-olok melainkan parti-parti komponennya meletakkan muka-muka popular yang berpotensi dan memastikan jentera di peringkat akar umbi menjana sokongan pengundi.

The Malaysian Insider difahamkan pilihan raya latihan yang diadakan baru-baru ini menunjukkan BN boleh kehilangan sehingga 15 daripada 56 kerusi di Johor, dikuasai Pakatan Rakyat (PR).

Persekitaran itu tidak pernah diduga tetapi BN telah hilang enam kerusi di Johor pada pilihan raya umum 2008.

Daripada enam kerusi itu PAS menguasai dua manakala DAP pula empat.

Difahamkan Perlis, di mana BN menguasai 14 daripada 15 kerusi, kemungkinan akan kehilangan beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri dan salah satu daripada tiga bahagian Parlimen di tangan Pakatan Rakyat disebabkan kemarahan penduduk negeri itu mengenai isu Wahabi termasuk tindakan meletakkan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dalam senarai pengganas.

“Pilihan raya olok-olok ini menunjukkan banyak kelemahan. Dan, isu Wahabi tidak membantu,” kata satu sumber Umno kepada The Malaysian Insider.

Seorang pemimpin Umno yang semakin meningkat juga memberikan sentimen yang sama sambil menegaskan, BN perlu meletakkan muka-muka baru untuk menyegarkan kedudukan perikatan itu sementara memastikan jentera peringkat bawah peringkat aktif bagi mendapatkan sokongan menyeluruh.

“Masalahnya ialah jentera Umno boleh bekerja jika diberikan motivasi, tetapi ahli parti komponen kelihatan tidak diberikan motivasi,” kata pemimpin Umno itu.

Beliau mendedahkan bahawa Umno hanya boleh menang 27 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri di Perak meskipun BN memerintah semula negeri itu sejak awal 2009 ekoran tindakan melompat parti melibatkan tiga wakil rakyat dari Pakatan Rakyat.

Pada Jun lalu, Umno negeri itu yakin boleh menang 33 kerusi dengan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menolak laporan The Malaysian Insider bahawa kemenangan hanya boleh dipastikan jika calon yang betul dipilih kali ini.

Difahamkan beberapa pemimpin Umno bahagian di Perak keberatan untuk berkempen atau mendaftar pemilih baru melainkan mereka pasti akan menjadi calon pilihan raya umum ke-13.

“Umno Perak kuat dan boleh menang 33 kerusi negeri tetapi pemimpin-pemimpin bahagian tidak mahu bergerak kecuali mereka atau calon pilihan mereka diturunkan,” kata sumber Umno ketika itu.

Pada Mac 2008, Umno bertanding di 34 daripada 59 kerusi Dewan Undngan Negeri di Perak dan menang 27 kerusi manakala MCA pula satu. Pakatan Rakyat memperoleh 31 kerusi.

“Keadaan tidak berubah di Perak dan kini keadaan yang sama wujud di Negeri Sembilan memandangkan pembangkang menjadi semakin kukuh, melihat pada kemungkinan Datuk Seri Mohamad Hasan tidak akan kekal sebagai menteri besar,” kata sumber Umno.

Mohamad disebut-sebut akan bertanding kerusi Parlimen.

Kata sumber itu, mereka melobi dengan kuat untuk mendapatkan kerusi Menteri Besar Negeri Sembilan.

“Tetapi mereka lupa bahawa kemenangan ketika pilihan raya umum 2008 adalah tipis,” katanya lagi.

Di negeri itu, BN menguasai 21 daripada 36 kerusi manakala 15 dimenangi Pakatan Rakyat, yang yakin untuk mengambil alih negeri itu kali ini.

Pakatan Rakyat yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAS kini menguasai kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor selain memperoleh 82 kerusi Parlimen.

Perikatan itu menyasarkan akan memperoleh lebih banyak kerusi kali ini dan mengurangkan lagi majoriti BN pada pilihan raya umum ke-13.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak memberi bayangan bila pilihan raya umum akan diadakan tetapi timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberitahu BN agar bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum dalam waktu terdekat.

Kebanyakan penganalisis dan pemimpin pembangkang menjangkakan pilihan raya umum akan diadakan dalam tempoh setahun ini tetapi ada juga mengatakan ia kemungkinan diadakan seawal November ini selepas Bajet 2012 dibentangkan di Parlimen awal 7Oktober dan sebelum perhimpunan agung tahunan Umno.

Pakatan janji henti permit teksi pada syarikat

01 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Pakatan Rakyat sedia meluluskan sepuluh tuntutan bagi memperbaiki taraf hidup pemandu teksi, termasuk menghentikan pemberian permit kepada syarikat, kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, golongan pemandu teksi juga perlu berusaha bagi membolehkan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan, kata Anwar yang diuar-uarkan sebagai “bakal perdana menteri” dalam pertemuan pemandu teksi dengan pemimpin Pakatan Rakyat.

NONE"Saya tidak boleh janji nak beri mahligai kepada setiap orang, tapi saya boleh janji kereta yang saudara pandu itu, saudara ada hak ke atasnya.

"Saya beri komitmen, saya akan laksanakan. Tapi saudara saudari juga perlu pastikan perubahan berlaku.

"Kena teguh bekerja, barulah agenda kita akan berjalan," katanya lagi kepada hampir 500 orang yang hadir di majlis perhimpunan pemandu teksi Kuala Lumpur dan Selangor.

Jelasnya, pemandu teksi perlu menjadi ejen Pakatan dengan menjelaskan dasar-dasar gagasan itu dan mengedarkan lidah parti Pakatan – Harakah, Suara Keadilan dan Roket – kepada pelanggan mereka.

Sepuluh resolusi yang diluluskan dalam pertemuan itu termasuk tuntutan supaya kerajaan meluaskan skim keselamatan sosial pekerja (Perkeso), meminda perjanjian sewa beli antara pemandu dan syarikat teksi.

Turut dinyatakan dalam resolusi berkenaan ialah tuntutan supaya kerajaan merangka skim insurans dan pencen serta skim pinjaman perumahan persendirian khas bagi golongan pemandu teksi.

'100 permit untuk bekas menteri'

Kumpulan pemandu teksi berkenaan turut menuntut supaya kadar premium insurans bagi kenderaan teksi juga disemak semula supaya sesuai dengan kemampuan pemandu teksi.

Anwar berjanji bahawa beliau akan menyemak semula perjanjian yang dibuat antara syarikat teksi dan pemandu supaya syarikat berkenaan tidak dapat lagi menyewakan teksi mereka kepada kira-kira 30,000 pemandu berkenaan.

NONE"Kita nak tengok datuk-datuk dan tan sri-tan sri ini pula kerja bawa teksi," kata bekas timbalan perdana menteri itu lagi yang menambah, isu berhubung permit teksi sememangnya menjadi masalah sejak beliau masih di dalam kerajaan.

Tanpa menamakan sesiapa, Anwar mendakwa seorang bekas menteri juga telah diberikan sebanyak 100 permit teksi walaupun individu berkenaan telahpun menerima saham dalam syarikat bumiputera.

Keadaan itu memeritkan golongan pemandu teksi yang terpaksa menyewa teksi daripada syarikat berkenaan.

"Tapi menteri suruh (pemandu teksi) senyum. Macam mana nak senyum, bini duduk gaduh barang makan tak cukup. Senyum hotak kamu," katanya lagi yang disahut dengan "laungan hidup datuk seri" daripada hadirin.

Turut berucap dalam majlis anjuran Persatuan Kebajikan Pemandu Teksi Kuala Lumpur dan Selangor itu ialah penasihat DAP Lim Kit Siang, exco kerajaan Selangor Ronnie Liu dan juga ADUN Kampung Tunku Lau Weng San.

Sepuluh tuntutan berkenaan dirangka oleh penasihat undang-undang bagi majlis berkeanaan yang juga peguam bagi kumpulan pendesak Hindraf – R Kengadharan dan V Ganabatirao. MK/-

Ketua PBB gesa Syria tamatkan "keganasan"

01 Ramadhan 1432H. [MOD] -

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: Pemimpin Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-Moon hari ini meminta Presiden Syria, Bashar al-Assad supaya menghentikan keganasan tentera negara itu yang menyebabkan kematian kira-kira 140 orang awam.

Jurucakap PBB berkata, Ban mengutuk keras tindakan Assad yang enggan menunaikan cadangan pemimpin PBB yang disuarakan beberapa minggu lalu.

"Setiausaha Agung amat mengambil berat laporan di Syria bahawa ratusan penunjuk perasaan terbunuh dan cedera di Hama dan bandar lain serta bandaraya seluruh negara berkenaan.

"Beliau mengutuk kekerasan yang dilakukan terhadap orang awam dan meminta kerajaan Syria menghentikan segera tindakan ganas berkenaan," katanya. - AFP

Kapal terbang bawa 140 penumpang terhempas di Guyana

01 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Kapal terbang syarikat Caribbean Airlines yang dalam perjalanan dari New York terhempas dan terbelah dua ketika mendarat di Guyana ketika membawa 140 penumpang semalam menyebabkan beberapa orang cedera tetapi tiada kematian.

Presiden Bharrat Jagdeo berkata, pesawat Boeing 737-800 tersasar ketika pendaratan di landasan sepanjang 2,200-meter Lapangan Terbang Antarabangsa Cheddi Jagan International sewaktu hujan.

Beliau berkata, pesawat berkenaan nyaris terjunam ke dalam gaung sedalam 60 meter yang mungkin boleh menyebabkan banyak kematian.

"Kami bersyukur, amat bersyukur kerana tidak ramai yang cedera," katanya ketika pihak berkuasa menutup lapangan terbang berkenaan dan menyebabkan ratusan penumpang terkandas serta banyak penerbangan tertangguh. - AP

80 terbunuh dalam pertempuran di Syria

01 Ramadhan 1432H. [MOD] -

AMMAN: Kereta kebal Syria melepaskan tembakan meriam dan mesingan ketika menggempur bandar Hama semalam, menyebabkan 80 orang awam terbunuh, menurut aktivis hak asasi manusia.

Ia adalah antara hari paling buruk dalam penentangan umum terhadap Presiden Bashar al-Assad.

Serangan ke atas Hama, medan pembunuhan beramai-ramai pada 1982 di mana bapa Assad menghancurkan kebangkitan gerakan Islam, bermula pada waktu subuh menjelang Ramadan selepas pihak tentera mengepungnya hampir sebulan.

Penduduk Hama memberitahu Reuters menerusi telefon bahawa kereta kebal dan penembak tepat melepaskan tembakan ke arah kawasan perumahan di mana orang ramai mendirikan sekata bagi menyekat kemaraan tentera.

Agensi berita Syria melaporkan pihak tentera memasuki Hama bagi mengusir kumpulan bersenjata "yang mengganas terhadap rakyat".

Seorang pegawai Kedutaan Amerika Syarikat di Damsyik menyifatkan kenyataan rasmi itu sebagai "mengarut". - Reuters

Terkini :Gempa bumi kuat gegar Jepun

01 Ramadhan 1432H. [MOD] -

NEW YORK: Satu lagi gempa bumi kuat menggegarkan timur laut Jepun, iaitu wilayah sama ketika gempa bumi terburuk dan tsunami melanda negara itu, Mac lalu.

Jabatan Kaji selidik Geologikal Amerika Syarikat (USGS), berkata tiada mangsa yang terbunuh dilaporkan atau amaran tsunami dikeluarkan susulan kejadian itu.

Katanya, gempa bumi bermagnitud 6.4 itu berlaku pada jam 3.53 pagi, iaitu sedalam 43.6 kilometer di timur-tenggara Iwaki, Kepulauan Honshu.

USGS juga melaporkan, pusat gempa dicatatkan 184 kilometer timur laut Tokyo. - AP

Benarkah ramai pengundi lebih 100 tahun

01 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 27 Julai: Capaian data atau maklumat pengundi dari pengkalan data sebelum ini melalui aplikasi teknologi maklumat atau sistem pengurusan maklumat jelas menunjukkan ada pengundi yang mempunyai 2 tempat malah beberapa tempat mengundi.

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan berkata, malah paparan berita yang dipetik dari Suara Keadilan pada 24 Julai lalu mendakwa bahawa terdapat lebih 1,600 pengundi yang berusia lebih 100 tahun di Perak.

Menurut beliau, daripada jumlah itu pula, dilaporkan seramai 1,447 orang pengundi warga emas di Perak yang berusia melebihi 100 tahun itu berumur di antara 100 sehingga 109 tahun.

"Adakah benar pengundi warga emas berusia dalam lingkungan itu seramai itu di Perak?

"Kalau dah seramai itu di Perak, bagaimana pula dengan pengundi warga emas yang berusia melebihi 100 tahun di seluruh negara?" soalnya.

Angka tersebut, menurut beliau, tentunya meragukan dan disebabkan keraguan itulah PAS dan Pakatan Rakyat serta Bersih 2.0 mahukan SPR menggunakan dakwat kekal dalam pilihanraya di negara ini.

"Penggunaan sistem biometrik tidak akan menyelesaikan masalah pengundian bertindih. Malah, proses pengesahan melalui sistem itu adalah usaha sia-sia, membazir dan tetap tidak selamat.

"Sebab itulah SPR diminta menimbang 8 cadangan Jawatankuasa Bersih 2.0 yang antara lainnya mendesak SPR menggunakan kaedah dakwat kekal dalam pilihanraya," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Namun beliau kesal kerana SPR tetap enggan menerima cadangan itu dan bercadang untuk menggunakan sistem biometrik yang dicadangkan oleh Perdana Menteri.

Cadangan SPR untuk menggunakan sistem bimometrik, katanya, diyakini tetap tidak berkemampuan menyelesaikan masalah pengundian bertindih dan masalah-masalah lain yang berlaku dalam pilihanraya di negara ini sejak dulu.

Menurutnya, jawapan yang mudah kepada masalah integriti data atau maklumat walaupun melalui aplikasi teknologi maklumat atau sistem maklumat yang telah lama digunapakai oleh SPR bukanlah kerana aplikasi itu, tetapi kerana data atau maklumat yang dimasukkan ke dalam pengkalan data.

"Kalau SPR tahu bahawa masalah utama adalah integriti data atau maklumat bukanlah kerana aplikasi capaian teknologi maklumat atau sistem maklumat itu, kenapa sistem biometrik pula yang dicadangkan?" tanya beliau hairan.

Sistem biometrik juga, tegasnya, adalah sebuah aplikasi teknologi maklumat atau sistem maklumat seperti aplikasi yang digunakan sekarang, cuma perbezaannya adalah cadangan baru itu menggunakan ‘hardware’ atau perkakasan serta perisian dan bukan ‘software’ atau perisian semata-mata untuk capaian data atau maklumat pengundi dari pengkalan data seperti yang digunakan hari ini.

Sehubungan itu, beliau amat bimbang dengan fenomena yang berlaku kerana ia tetap tidak akan menyelesaikan masalah pilihanraya yang tidak bersih dan tidak adil di negara ini, walaupun pihak kerajaan dan SPR telah diberikan pelbagai pandangan dan cadangan yang baik ke arah mengatasinya oleh rakyat negara ini.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa pada sidang medianya yang diadakan selepas perbincangan dengan para pemimpin PAS di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, semalam telah menegaskan PAS menolak sistem biometrik dan mahu SPR menggunakan kaedah dakwat kekal.

Husam turut menjelaskan, di Selangor sahaja sehingga kini, PAS dengan menggunakan sistem komputer telah mengesan seramai 500 orang pengundian bertindih.

Timbalan Presiden sebuah NGO yang baru ditubuhkan, Angkatan Amanah Merdeka (Amanah), Tan Sri Kadir Syeikh Fadzir ketika berucap pada majlis pelancaran NGO itu di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra, di sini, baru-baru ini, turut menyarankan kerajaan menerima cadangan yang baik dari rakyat bagi memperbaiki sistem pilihanraya di negara ini.

Beliau yang juga bekas Menteri Pelancongan berkata, cadangan Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S Ambiga agar SPR turut dianggotai wakil-wakil NGO sememangnya satu cadangan yang baik yang patut diterima oleh kerajaan.

"Sekiranya kesemua cadangan yang baik dari rakyat tidak juga diberikan pertimbangan oleh kerajaan dan SPR, tidak ada sebarang alasan lagi bagi pihak kerajaan dan SPR mempertikaikan keraguan rakyat mengenai perjalanan pilihanraya di negara kita yang sememangnya tidak bersih dan tidak adil sejak dulu," tegas beliau. -HD

Besar ganjarannya dan hebat sungguh bulan ini.


01 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Ramadhan menjelang lagi dalam kehidupan umat Islam sebagai anugerah yang tiada terperi tingginya yang tidak lain telah ditentukan oleh Allah SWT dengan kita mampu sekali lagi menikmati segala kebaikannya.

Kami seluruh warga blog Cina Islam dengan ini mengucapkan Selamat Beribadah di bulan Ramadhan kepada semua pengunjung setia blog di mana saja anda berada. Harapan kami semuga Ramadhan kita pada tahun terlebih baik dari Ramadhan dari sebelumnya.

Rasanya tidak ada cara yang terbaik untuk kita memastikan kita dapat menentukan Ramadhan ini lebih baik dari tahun sebelumnya dengan menginsafi dengan sedalam-dalamnya bahawa tidak ada jaminan dari kita sebagai insan yang kedil akan hidup dan masih berada di Ramadhan yang berikutnya.

Kerana itu gunakanlah seluruh tenaga dan fikiran pada kesempatan ramadhan ini untuk mencapai tingkatan takwa dan mendapat rahmat, keampunan serta pembebasan dari api neraka dari Allah SWT sebagaimana yang dijanjikan Nya.

Marilah kita budayakan juga pada setiap ucapan dan tuturkata kita dengan mengatakan ini adalah bulan Ramadhan bukannya sebagai mana ucapan biasa yang sering diiucapkan dengan mengatakan ini bulan puasa. Bila kita katakan ramadhan di sana terdapat banyak perkara yang terkadung pada penghulu segala bulan ini. Besar ganjarannya dan hebat sungguh bulan ini.

Drs. Khalil Idham Lim.

Kenapa masih pertikai acara tengok anak bulan?


01 Ramadhan 1432H. [MOD] -
Ust. Ahmad Baei Jaafar

Mungkin anda pernah berkata, kenapa nak bazirkan wang rakyat dengn pergi tengok anak bulan. Tentu banyak belanja; kos kenderaan, minyak dan makanan, padahal keputusannya sudah kita tahu.

Ada juga yang berkata, tengok anak bulan hanya syarat saja, sedangkan hari puasa atau raya sudah ditetapkan, tarikh itu tidak akan diubah kerana jika berlaku perubahan boleh merosakkan perancangan raya pada pihak kerajaan.

Tidak kurang juga yang berkata kenapa tidak ikut kelender sahaja, biasanya tepat. Dengan ini tidak banyak belanja.

Kata-kata ini lahir daripada mereka yang keliru dengan hukum Islam dan keputusan kerajaan. Sesetengah orang menyangka kerajaan ada kuasa sesegalanya. Malah mereka menyangka kerajaan yang buat keputusan dan ulama terpaksa ikut. Pandangan ini sebenarnya satu penghinaan terhadap kerajaan juga satu penghinaan terhadap ulama.

Sebenarnya dalam menentukan hari raya dan puasa telah dipersetujui satu kaedah yang menepati sunnah. Kaedah tersebut berbunyi, penentuan puasa dan raya berdasarkan rukyah dan hisab.

Hujah tersebut bersumberkan hadis Nabi Muhammad S.A.W.

عن أبي هريرة رضي الله عنه : أن النبي (ص) قال: صوموا لرؤيته وأفطروا لرؤيته، فإن غم عليكم فأكملوا عدة شعبان ثلاثين يوماً. رواه البخاري ومسلم.

Daripada Abu Hurairah R.A: Sesungguhnya Nabi S.A.W telah bersabda: “Berpuasalah kamu setelah kamu melihat anak bulan (Ramadan), dan juga berbuka puasalah (beraya) kamu setelah melihat anak bulan (Syawal), sekiranya ia terlindung dari pandangan kamu, maka sempurnakan bilangan hari bagi bulan Syaaban itu sebanyak 30 hari ).” (Riwayat Bukhari da Muslim)

Menurut hadis tersebut Ramadan dan Syawal perlu ditentukan dengan melihat anak bulan. Tetapi apabila tidak kelihatan maka cukupkan Syaaban atau puasa sebanyak 30 hari. Ertinya anak bulan perlu dilihat pada hari 29. Namun untuk merealisasikan ini, kepakaran ilmu falak diperlukan kerana mereka inilah yang menentukan kedudukan anak bulan ternasuk waktu yang sepatutnya dilihat.

Walau bagaimanapun keadaan cuaca dan iklim di negara ini pada waktu ini tidak menentu dan keadaan ini menyukarkan anak bulan dilihat walaupun pada kiraan falak anak bulan boleh kelihatan, maka kaedah di atas ditambah seperti berikut, “jika mengikut perkiraan falak anak bulan boleh kelihatan tetapi secara rukyahnya tidak kelihatan maka pandangan falak diterima. Dan jika mengikut perkiraan falak anak bulan tidak boleh kelihatan, tetapi secara rukyah berjaya melihat anak bulan maka rukyah diambil kira.”

Berdasarkan itu, kalau anak bulan mengikut perkiraan ahli falak boleh nampak, maka esoknya sudah pasti berpuasa atau raya. Namun rombongan melihat anak bulan itu tetap wajib pergi untuk mengesahkan anak bulan boleh kelihatan. Tetapi jika mereka tidak nampak juga, maka perkiraan falak hendaklah dipakai.

Dalam keadaan lain pula kalau pada perkiraan falak anak bulan tidak boleh kelihatan kerana tidak cukup umur sebagai contoh, rombongan melihat anak bulan masih wajib pergi untuk melihat anak bulan pada hari 29. Mereka perlu mengesahkan sama ada nampak atau tidak. Jika dalam keadaan itu mereka boleh nampak anak bulan maka esoknya perlu puasa atau raya. Tetapi jika sebaliknya, tidak nampak anak bulan, maka esok adalah 30 Syaaban atau Ramadan.

Berdasarkan pengalaman dan kepakaran ahli falak sehingga ke hari ini yang mereka tidak pernah gagal dalam kajiannya, terutama dalam penentuan gerhana matahari dan bulan, juga penentuan wakut solat, maka kaedah dalam menentukan puasa dan raya boleh diterima pandangan falak.

Selain itu dengan kaedah ini juga mampu memberi peluang persiapan kepada umat Islam sama ada untuk berpuasa atau raya. Mereka tidak perlu lagi menunggu bila akan diistiharkan puasa atau raya. Sebagai asasnya mereka sudah boleh berpegang kepada pandangan falak.

Perutusan Ramadhan Pesuruhjaya PAS Perak

01 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Umat Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia menyambut kedatangan bulan yang paling mulia dalam kalendar Islam, Ramadan al-Mubarak dengan penuh kegembiraan dan keinsafan.

Ia bukan sekadar bulan diwajibkan berpuasa tetapi lebih penting pada bulan ini hukum dan perlembagaan tertinggi buat umat manusia, al-Quran, diturunkan Allah SWT.

“Bulan Ramadhan, yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah).” (maksud al Baqarah: 185)

Melalui al-Quran, maka Allah SWT menyelesaikan segala kemelut dan permasalahan manusia khasnya bagi mereka yang mahu menjunjung dan melaksanakannya.

Oleh itu bulan Ramadan ini bukan sekadar bulan ruhiyah (spiritual) bagi mereka yang tekun menghayatinya tetapi ia sebenarnya bulan siyasiyah (politik) kerana di bulan inilah hukum dan peraturan lengkap bagi manusia diperturunkan Allah SWT kepada Rasul-Nya SAW.

Di samping kita mengejar manfaat dan kelebihan Ramadan sebagai bulan ruhiyah kita juga wajar menghayatinya sebagai bulan siyasiah bagi mengembelengkan seluruh tenaga dalam meyakinkan segenap lapisan masyarakat bahawa formula untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negara kita hanyalah apabila kita kembali kepada al-Quran yang diturunkan pada bulan ini di samping berpegang teguh kepada Sunnah Rasul-Nya.

Di bulan penuh barakah ini jangan sekali-kali kita lupa nasib saudara-saudara kita di bumi Islam yang sedang bergolak khasnya di Palestin, Iraq dan Afghanistan, di samping mereka yang sedang bertarung nyawa di Chechnya, Selatan Filipina, Selatan Thai dan seluruh bumi umat Islam di dunia ini.

Titipkanlah doa di bulan yang penuh rahmat ini, mudah-mudahan Allah SWT memberikan kemenangan dan kejayaan kepada mereka setelah sekian lama hidup dan menderita dalam kesengsaraan, darah dan air mata.

Semoga Ramadan tahun ini mampu membangkitkan kesedaran kita untuk mempertingkatkan amal ibadat menuju keredaan Allah di samping menyedarkan kita bahawa hanya Islam penyelamat kita di dunia dan di akhirat, lantas marilah kita sama-sama kembali kepadanya, InsyAAllah dengan bantuan Allah SWT, PAS Perak akan memimpin rakyat Perak kearah keredhaan Allah SWT

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan “Ramadan Kareem” kepada semua umat Islam, mudah-mudahan kekuatan dan semangat yang terbentuk sepanjang Ramadan ini akan terus memperteguhkan iltizam kita untuk sama-sama membela, mempertahan dan memperjuangkan Islam hingga ke akhir hayat.

Ustaz Abu Bakar Hussain
(Pesuruhjaya PAS Perak)

DPPK Miri Seru Anak Muda Mendaftar Sebagai Pemilih

01 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Dewan Pemuda PAS Kawasan Miri menyeru semua pemuda pemuda Miri untuk mendaftar sebagai pemilih bagi persediaan menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 yang mendatang. Dalam pilihanraya negeri yang lepas, Miri menyaksikan kebangkitan rakyat dengan menyaksikan Pakatan Rakyat memenangi 2 daripada 3 DUN yang dipertandingkan. BN memenangi DUN Senadin selepas beberapa kontroversi yang menyaksikan Pakatan Rakyat melalui PKR kalah tipis kepada calon SUPP dalam pilihanraya lepas.Kebangkitan ini perlu diteruskan dan gelombang kesedaran rakyat di kalangan pemuda dan pemudi mestilah diterjemahkan melalui kertas undi di hari pengundian.

Statistik yang dikeluarkan SPR, lebih 4 juta warganegara yang layak mengundi belum mendaftar sebagai pemilih. Daripada jumlah itu, hampir lebih 2 juta merupakan bumiputera Melayu dan bumiputera Sarawak. Jumlah ini amat tinggi dan perlu diambil tindakan segera. Selaku anak muda yang mencorak masa depan Sarawak dan masa depan Malaysia, anak muda perlu mengambil tindakan segera mendaftar sebagai pemilih, bagi melayakkan diri sebagai penentu masa depan negara. Janganlah menunggu hingga ke saat akhir sebelum pilihanraya, kerana proses pendaftaran boleh memakan masa sehingga 3 bulan. Proses pendaftaran pemilih, boleh dibuat di Pejabat SPR dan Pejabat Pos terpilih. Selain itu, pendaftaran boleh dibuat dengan ajen-ajen pendaftar yang dilantik SPR.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Miri juga, melalui ajen-ajen daftar pemilih yang dilantik SPR akan terus memberikan komitmen terhadap usaha daftar pemilih ini. Dewan Pemuda PAS Kawasan Miri, akan secara membuka kaunter-kaunter daftar pemilih di setiap program bersama anak muda di sekitar Miri. Tindakan proaktif ini juga, akan diadakan secara berkala bagi membantu proses pendaftaran dan semakan daftar pemilih.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Miri juga menggesa SPR, sebagai badan bebas yang dilantik mengurus pilihanraya untuk mengambil langkah proaktif bagi menggalakkan pendaftaran pemilih di kalangan anak muda. SPR diseru untuk membuka kaunter pendaftaran pemilih di kawasan-kawasan tumpuan ramai, dan mendekati anak muda secara agresif. SPR sepatutnya tidak mengambil langkah tunggu dan lihat, dan hanya mengambil langkah kempen di saat-saat akhir pilihanraya diumumkan. Gunakanlah segala kemudahan dan infrastruktur yang ada bagi menjalankan tanggungjawab dalam menjalankan proses pilihanraya yang bersih.


Abdul Hadi Bin Alias
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Kawasan Miri

Pakatan Rakyat Miri sedia berkerjasama untuk Parlimen Miri

01 Ramadhan 1432H. [MOD] -
PAS MIRI

Pakatan rakyat Miri yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAS telah pun mengadakan mesyuarat baru-baru ini tentang kerjasama yang perlu diperkukuhkan lagi dengan mengadakan aktiviti bersama untuk menghadapi pilihanraya umum yang 13 nanti. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah YB Fong Pau Teck DAP(Pujut), Zulhaidah bt Suboh Timbalan Pengerusi PKR Miri dan juga YDP PAS Miri Jofri Jaraiee.

Dalam perbincangan tersebut turut di sentuh tentang kerusi parlimen Miri dimana mereka sepakat menyerah kepada kebijaksanaan pucuk pimpinan tertinggi pusat untuk tentukan siapa yang paling layak untuk bertanding dalam parlimen Miri nanti. Pada dasarnya pemimpin Pakatan Rakyat Miri sepakat untuk menerima siapa saja calon yang akan bertanding dalam parlimen Miri sekiranya telah diputuskan oleh pimpinan pusat. Keputusan muktamad hanya akan di ketahui setelah pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat mengadakan mesyuarat di peringkat pusat nanti.

Pakatan Rakyat Miri juga bersetuju memberi bekerjasama penuh dengan calon yang akan dipilih nanti samaada dari DAP,PKR dan PAS. Hanya dengan kerjasama yang erat dan kukuh saja pakatan rakyat Miri dapat mengambil alih kerusi parlimen Miri dari BN.

Apa yang penting sekarang adalah kerjasama yang erat bukan berpecah belah hanya disebabkan merebut sebuah kerusi semuanya akan memusnahkan segala harapan rakyat untuk melihat perubahan yang lebih besar selepas pilihan raya umum nanti. Kita tidak mahu kesilapan berulang seperti pilihan raya umum Sarawak yang lalu dimana akibat perebutan kerusi rakyat hilang kepercayaan kepada Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat Miri ingin membuat suatu sejarah dalam Malaysia yang Pakatan Rakyat adalah pilihan terbaik untuk semua rakyat demi kebajikan masa depan.

Jofri Jaraiee
PAS Miri