21 July 2011

Ibu, isteri Teoh tolak keputusan s'jaya diraja

19 Syaaban 1432H. [MOD] -

Isteri Teoh Beng Hock - Soh Cher Wei - menganggap penantian berbulan-bulan hasil siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menentukan punca kematian suaminya sebagai 'mimpi' yang baru berakhir.

selayang hospital teoh beng hock family test 191009  wife su shu huiSambil mengucapkan 'terima kasih' kepada suruhanjaya yang diarah ditubuhkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana memberi harapan palsu itu, Soh Cher Wei berkata rumusan itu ibarat 'tamparan' yang mengejutkannya dari lena dibuai mimpi.

"Terimakasih RCI kerana membiarkan saya dibuai mimpi untuk selama beberapa bulan. Sekarang selepas ditampar (dikejutkan), sekarang masa untuk bangkit,” katanya dalam sms kepada media.

[Baca berita penuh]Sementara itu, Bernama melaporkan ibu kepada mendiang Teoh Beng Hock, juga menolak hasil siasatan dan keputusan Suruhanjaya Diraja Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock, bahawa kematian anaknya berpunca daripada bunuh diri.

Suruhanjaya siasatan terdiri daripada lima anggota diketuai oleh seorang hakim Mahkamah Tinggi telah menjalankan prosiding siasatan selama 50 hari dan memanggil 70 saksi.

Teng Huw Hoi, 58, berkata beliau tetap yakin bahawa Teoh tidak membunuh diri atas alasan anaknya itu seorang yang baik.

"Saya seorang ibu, saya tidak boleh terima anak saya mati bunuh diri," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Alor Gajah hari ini.

NONETeng yang enggan mengulas lanjut, sebaliknya menyerahkan kepada pihak peguam untuk mengeluarkan kenyataan.

Kata Teng, beliau dan suaminya Teoh Leong Hwee serta anggota keluarga lain akan ke Kuala Lumpur pada petang ini untuk menemui peguam mereka.

Kematian Teoh Beng Hock, pembantu khas seorang anggota Exco kerajaan negeri Selangor dikenal pasti berpunca daripada bunuh diri.

Keputusan mengenai punca kematian Teoh itu terkandung dalam laporan setebal 124 muka surat prosiding Suruhanjaya Diraja Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock yang didedahkan kepada umum hari ini.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, plaza berkenaan.

Malaysiakini/-

S'jaya diraja: Teoh Beng Hock bunuh diri

19 Syaaban 1432H. [MOD] -

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz mengumumkan bahawa Suruhanjaya Diraja Siasatan kematian Teoh Beng Hock mendapati setiausaha politik DAP itu membunuh diri.

NONEKatanya, suruhanjaya tersebut memutuskan tindakan bunuh diri itu akibat soalsiasat yang agresif dan berterusan oleh pegawai Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tiga pegawai SPRM didapati telah menggunakan taktik soal siasat yang "agresif, tidak wajar, maka langgar peraturan", kata Nazri dalam satu sidang akhbar di bangunan Parlimen petang ini.

Laporan suruhanjaya itu menyebut bahawa tindakan yang dilakukan ketiga-tiga pegawai berkenaan iaitu Hishamuddin Hashim, Mohd Anuar Ismail dan Mohd Ashraf Mohd Yunus, berkemungkinan besar berbentuk soal siasat secara intensif sekali lagi ke atas Teoh untuk memaksanya membuat pernyataan bahawa Yong yang mengarahkannya untuk melakukan tindakan yang menyalahi undang-undang dalam mengendalikan peruntukan tersebut.

Laporan itu menyebut sesi itu pastinya membebankan Teoh dari segi fizikal dan mental memandangkan dia telah dinafikan tidur sepanjang malam dan pagi dan perlu menanggung soal siasat yang berterusan, agresif dan tidak wajar.

Suruhanjaya itu dalam laporannya berpendapat soal siasat keempat telah menjadi faktor pencetus yang membawa kepada kejadian berkenaan.

Pegawai SPRM telah memberitahu inkues dan siasatan suruhanjaya diraja bahawa soal siasat terhadap Teoh tamat pada jam 3.30 pagi dan setiausaha politik DAP itu dibebaskan. Bagaimanapun, mereka mendakwa Teoh tidak pulang tetapi sebaliknya memutuskan untuk tidur di atas sofa di pejabat SPRM.

Tetapi laporan RCI menyatakan Teoh tidak dibebaskan selepas sesi soal siasat SPRM.

Bagaimanapun, Nazri berkata, pegawai SPRM itu tidak mempunyai niat untuk membunuh Teoh.

"SPRM memulakan siasatan berikutan terdapatnya maklumat yang mengatakan bahawa ADUN Selangor dan Pakatan Rakyat terlibat dalam mengemukakan tuntutan palsu dan menggunakan peruntukan demi kepentingan parti politik mereka dan bukan bagi faedah orang ramai.

"Teoh sepatutnya menjadi saksi utama bagi SPRM yang menyiasat dakwaan penyelewengan tersebut yang melibatkan seorang ahli exco kerajaan Selangor dari DAP.

azlan"Siasatan SPRM telah memberi tekanan kepada Teoh untuk membuat pengakuan sebagai bukti," katanya.

Bagaimanapun, tambah Nazri, suruhanjaya diraja mendapati pegawai-pegawai SPRM tiada niat dan tiada sebab untuk membunuh Teoh.

Menurut Nazri, hasil siasatan suruhanjaya itu mendapati Teoh bukan dibunuh tetapi dia merasa terbeban dan tertekan dengan sesi soalsiasat yang agresif dan berlarutan, disokong dengan perwatakannya yang lemah, telah menyebabkan dia membunuh diri.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan memberi jaminan bahawa tindakan sewajarnya akan diambil ke atas para pegawai yang terbabit yang melanggar prosedur SPRM berdasarkan peraturan dan undang-undang sedia ada.

Laporan prosiding suruhanjaya diraja setebal 124 muka surat itu merupakan keputusan sebulat suara oleh kesemua anggota panelnya yang dipengerusikan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong.

azlanTeoh, 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, plaza berkenaan.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 Januari lepas, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner Shah Alam yang mengendalikan inkues membuat keputusan terbuka berhubung kes berkenaan.

Prosiding suruhanjaya itu bersidang selama 50 hari dan membabitkan 70 saksi di Mahkamah Tinggi Sivil Baharu (NCvC) di Kompleks Mahkamah di sini sejak 14 Februari dan berakhir pada 10 Mei lalu.

Laporan hasil siasatan suruhanjaya itu telahpun diserah kepada Yang
di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada bulan lepas.

Berikut adalah kenyataan penuh Nazri

Jemaah Menteritelahbersetuju supaya Laporan Suruhanjaya Diraja Untuk Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock (TBH) diumumkan kepada orang ramai pada 21 Julai 2011 (Khamis).

Laporan itu boleh diperolehi daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri dengan harga RM45 senashkah bermula jam 10.00 pagi 22 Julai 2011 (Jumaat).

Saya mewakili Kerajaan Malaysia ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli Suruhanjaya Diraja yang dipengerusikan oleh YA Tan Sri Datuk Seri James Fong Cheng Yuen yang telah dapat menjalankan siasatan secara telus, adil dan teliti.

Suruhanjaya Diraja ini telah ditauliahkan pelantikannya oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 26 Januari 2011 dan telah mempersembahkan Laporan Suruhanjaya kepada baginda pada 22 Jun 2011.

Siasatan dan penyediaan Laporan Siasatan ini telah berjalan selama hampir lima bulan. Dalam mempastikan siasatan dijalankan secara

menyeluruh, telus dan adil, Suruhanjaya telah memanggil seramai 70 orang saksi yang antaranya terdiri daripada para pegawai Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, pakar-pakar forensik dari dalam dan luar negara, ahli keluarga, majikan serta rakan-rakan mendiang TBH.

Suruhanjaya Diraja telah diamanahkan menjalankan siasatan ke atas dua terma rujukan. Terma rujukan yang pertama ialah untuk menyiasat sama ada berlakunya apa-apa perbualan yang tidak wajar semasa pemeriksaan dijalankan ke atas TBH dan membuat syor-syor apa-apa tinadkan sewajarnya di mana perlu.

Hasil siasatan Suruhanjaya mendapati bahawasanya tiga pegawai penyiasat yang terbabit dalam kes ini telah menggunakan taktik soal siasat yang berterusan, agresif dan tidak wajar ke atas TBH yang didapati melanggar prosedur sedia ada (para 197 laporan).

Suruhanjaya Diraja juga telah mengusulkan supaya SPRM meneliti dan mengambil tindakan penambahbaikan dalam aspek-aspek berikut:

i. kelayakan masuk ke perkhidmatan dan latihan pegawai.

ii. infrastruktur dan kemudahan asas pejabat; dan

iii. mengkaji semula prosedur-prosedur sedia ada supaya ianya lebih mantap dan berkesan.

Terma rujukan yang kedua ialah untuk menyiasat kematian TBH dan hal keadaan yang menyelubungi dan menyumbang kepada kematiannya.

Hasil siasatan Suruhanjaya mendapati bahawa TBH BUKAN DIBUNUH tetapi beliau yang merasa terbeban dan tertekan dengan sesi soal siasat yang agresif dan berlarutan, disokong dengan perwatakan beliau yang lemah telah menyebabkan beliau membunuh diri.

SPRM memulakan siasatan berikutan terdapatnya maklumat yang mengatakan bahawa ADUN Selangor ari Pakatan rakyat terlibat dalam mengemukakan tuntutan palsu dan menggunakan peruntukan demi kepentingan parti politik mereka dan bukan bagi faedah orang ramai.

TBH sepatutnya menjadi saksi utama bagi SPRM yang menyiasat dakwaan penyelewengan tersebut yang melibatkan seorang Ahli majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO) dari parti DAP. Siasatan SPRM telah memberi tekanan kepada TBH untuk membuat pengakuan sebagai bukti.

Suruhanjaya Diraja mendapati bahawa pegawai-pegawai SPRM tiada niat dan tiada sebab untuk membunuh TBH, sebaliknya bertujuan agar mendiang membuat pengakuan sebagai bukti agar beliau boleh menjadi saksi bagi kes penyelewengan penggunaan peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri di Selangor tersebut.

Fakta mengenai bunuh diri ini telah disokong oleh testimoni pakar psikitri forensik, Profesor Paul Edward Mullen yang telah diambil khidmat oleh Majlis Peguam Malaysia. Prof Mullen mengatakan TBH benar-benar membunuh diri berdasarkan perwatakan yang telah bertukar dari kumpulan berisiko ternedah bagi pembunuhan diri kepada kumpulan berisiko tinggi setelah melalui sesi soal siasat yang agresif dan berlarutan.

Oleh itu, TBH BUKAN DIBUNUH oleh orang lain.

KESIMPULAN


SPRM akan meneliti dan mengambil tindakan penambahbaikan sebagaimana disyorkan oleh Suruhanjaya Diraja.

Saya ingin meminta semua pihak untuk tidak mempolitikkan isu ini dan memutarbelitkan fakta yang dilaporkan dalam Laporan Suruhanjaya Diraja dan seterusnya meminta semua pihak menghormati dan menerima hasil Laporan Suruhanjaya Diraja demi menghormati keluarga TBH.

Bagi pihak Kerajaan, saya ingin melahirkan rasa yang amat kesal kepada keluarga mendiang TBH di atas kematian mendiang. Kerajaan turut bersedih dengan kejadian tersebut dan kehilangan beliau. Dengan selesainya siasatan oleh Suruhanjaya ini, saya amat berharap semua pihak, termasuk keluarga TBH dapat membawa episod ini kepada penutup dengan laporan ini.

Kerajaan memberi jaminan bahawa tindakan sewajarnya akan diambil ke atas para pegawai yang terbabit yang melanggar prosedur SPRM berdasarkan peraturan dan undang-undang sedia ada.

Suka saya memaklumkan bahawa keputusan siasatan Suruhanjaya Diraja adalah dicapai secara sebulat suara (unanimous).

Dalam laporannya, Suruhanjaya Diraja mengiktiraf kepentingan SPRM sebagai agensi yang berwibawa dalam menangani rasuah serta salah

guna kuasa dan mempunyai keyakinan bahawa SPRM akan menjadi sebuah agensi penguatkuasaan yang disegani dan diteladani oleh pihak lain.

Akhirnya, saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan akan terus memastikan keutuhan perundangan negara terus dipelihara, usaha membanteras dan memerangi rasuah di semua peringkat dilaksanakan secara tegas dan telus, dan Kerajaan penuh yakin dan percaya dengan kewibawaan dan integriti SPRM dalam memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa di negara ini.

Malaysiakini/-

Australia Perkenal Undang-Undang Lindungi Hak Privasi

19 Syaaban 1432H. [MOD] -

SYDNEY: Australia pada Khamis akan memperkenalkan undang-undang yang memperketatkan hak privasi individu selepas satu skandal menggodam panggilan telefon berlaku di Britain.

Undang-undang itu membolehkan orang awam menyaman media jika hak privasi mereka dicabuli media.

Menteri Dalam Negeri, Brendan O’Connor berkata beliau mengambil tindakan itu kerana kebimbangan mengenai skandal akhbar News of the World semakin memuncak.

“Pada masa ini, tiada undung-undang yang betul mengenai hak privasi di Australia dan ini bermaksud tiada kepastian bagi mereka yang dicabuli hak privasi dalam mengambil tindakan undang-undang,” katanya.

O’Connor berkata Canberra akan mendapatkan pandangan umum secepat mungkin dalam memperkenalkan undang-undang hak privasi tersebut dan akan bertindak dari situ.

“Privasi muncul sebagai isu penting dalam era moden ini terutamanya dengan teknologi-teknologi baru yang menyediakan lebih banyak peluang untuk berkomunikasi malah banyak cabaran baru dalam privasi.”

Australia juga menerima tempias dalam skandal yang dicetuskan oleh News of the World dengan menteri-menteri kanan negara ini mengecam akhbar tempatan, Daily Telegraph milik taikun media Rupert Murdoch yang dikatakan cuba menjatuhkan kerajaan melalui laporan-laporan mereka. -AFP

Source: mStar

Waran tangkap: Husam, Hatta tak pernah dihubungi

19 Syaaban 1432H. [MOD] -

Naib presiden PAS Datuk Husam Musa hairan mengenai berita yang melaporkan polis akan mendapatkan waran tangkap terhadapnya dan 12 lagi individu kerana gagal hadir membantu siasatan berhubung perhimpunan 9 Julai.

Setakat ini, katanya, beliau tidak pernah dihubungi polis sama ada dari dari Bukit Aman, ibu pejabat polis Dang Wangi atau ibu pejabat polis Kelantan untuk tujuan tersebut.

"Jadi saya hairan mengapa berita ini (bahawa polis akan mendapatkan waran tangkap). (Saya) tidak dihubungi polis.

"Saya rasa polis kena ikut trend semasa dengan lebih canggih seperti menghubungi melalui SMS, Facebook atau melalui emel," katanya kepada Malaysiakini.

Husam yang juga exco kanan kerajaan Kelantan mendakwa tindakan polis itu tidak wajar dan "mensensasikan keadaan".

"Saya bersedia untuk (memberi keterangan) tetapi polis kena tinggalkan pesan ataupun SMS," katanya

Berita Harian hari ini melaporkan, selain Husam dan Anwar, polis akan mendapatkan waran tangkap ke atas 12 individu lain. Manakala seorang lagi, ahli parlimen TItiwangsa Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali meninggalkan dunia Ahad lalu akibat barah.

Yang lainnya termasuk Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, timbalan pengerusi DAP Perak V Sivakumar, aktivis Wong Chin Huat, pengendali blog Haris Ibrahim, peguam Latifah Koya dan aktivis Badrul Hisham Shaharin.

Sementara anggota parlimen Pakatan Rakyat pula termasuk R Sivarasa (Subang), Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai) dan Dr Hatta Ramli (Kuala Krai).

Turut tersenarai ialah ketua penerangan Pemuda Umno, Datuk Reezal Merican Naina Merican.

Sementara itu, A Samad - dalam SMS kepada Malaysiakini - berkata: "Kini semuanya di tangan peguam saya".

Manakala Dr Hatta yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat, juga dalam SMSnya - berkata beliau tidak tahu menahu mengenai usaha polis untuk mendapatkan keterangan daripadanya.

"Saya tidak pernah dihubungi sama ada melalui telefon atau surat oleh pihak polis," katanya sambil menyifatkan kenyataan bahawa beliau gagal memberi kerjasama, sebagai berniat jahat.

malaysiakini/-

Dalam Islam ada tradisi demonstrasi

19 Syaaban 1432H. [MOD] -

AMPANG, 21 Julai: Pemimpin Ikhwan Al-Muslimin Kuwait, Dr Tareq Mohammed Al-Suwaidan berkata, Islam sendiri menganjurkan tradisi demonstrasi atau perhimpunan aman, sekaligus menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa ia menyalahi hukum, lapor KeadilanDaily.

“Dalam Islam sendiri ada tradisi demonstrasi. Demonstrasi pertama dalam sejarah Islam ialah pada hari ketiga perisytiharan negara Islam oleh Nabi Muhammad (SAW) ketika berhijrah ke kota Madinah.

“Muaz Ibnu Umair mengumpulkan orang Islam untuk mengalukan ketibaan Muhammad. Mereka bernyanyi dan mengalu-alukan ketibaan baginda. Inilah demonstrasi,” jelas Dr Tareq yang juga jurucakap Ikhwan Al-Muslimin Kuwait.

Beliau yang kini dalam rangka lawatan kerja selama 3 minggu ke Malaysia, berkata demikian ketika ditemui dalam satu program di sebuah hotel di sini, 20 Julai.

Menurut Dr Tareq, beliau berpendapat demonstrasi anjuran Bersih pada 9 Julai lalu, hanya proses biasa yang dilakukan rakyat untuk memastikan sistem pilihan raya di negara ini bebas, adil dan bersih.

“Mereka (rakyat) tidak boleh dirempuh (penguasa).

“Saya ada berjumpa (Datuk Seri) Anwar, dia cedera akibat demonstrasi itu dan pengawal peribadinya luka teruk. Saya ketawa. Inikan Malaysia, sebuah negara maju. Kamu tak boleh mempunyai rakyat yang maju tanpa sistem demokrasi yang bebas dan bersih,” kata Dr Tareq.

Ketika ditanya berhubung hadis dari sahih riwayat Muslim mengenai ketaatan kepada pemimpin, yang seringkali dijadikan modal oleh ‘ulama Umno’, Dr Tareq menjelaskan ia bergantung kepada keadaan.

“Hadis Imam Muslim itu benar. Tetapi banyak hadis dan riwayat dari sahabat yang merakamkan sabda Nabi Muhammad bahawa perkara ini sebenarnya bergantung kepada keadaan.

“Jika kerajaan menjalankan kewajipannya sebagai pemerintah dan menyelesaikan hak rakyat, maka rakyat perlu patuh,” kata Dr Tareq merujuk peristiwa teguran Salman Al Farisi terhadap Saidina Umar.

Ketika ditanya tentang pandangan perbicaraan kes fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau berpendapat kes itu kini menjadi bahan ketawa dunia.

“Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad disanjungi di dunia Arab. Namun berhadapan kes fitnah dan perbicaraan terhadap Anwar, ia menjadi tuduhan yang melucukan. Ia menjadi bahan ketawa.

“Dalam sebuah sistem yang korup kita tidak akan mendapat keadilan. Bagaimana keadilan akan muncul jika para hakim berada dalam poket pemerintah?,” kata Dr Tareq.

Harakahdaily

Telefon pintar beri kesan buruk?

19 Syaaban 1432H. [MOD] -

SUATU ketika dulu, agak mudah untuk kita menyapa mereka yang tidak dikenali kerana pada masa itu masyarakat lebih mesra dan mudah bertegur sapa.

Tetapi kini, orang ramai lebih gemar 'membayar' untuk menghubungi kenalan yang jauh walaupun ada orang yang lebih dekat untuk dijadikan teman berbicara.

Pada masa lalu, makan bersama keluarga adalah satu situasi yang mana ibu menunjukkan kebolehannya memasak manakala abang akan bangga bercerita tentang perlawanan bola sepak di sekolahnya.

Ketika itu jugalah si adik akan 'menyambar' ketulan ayam goreng di pinggan kakaknya.

Itulah gambaran kemesraan dalam satu keluarga.

Kini, 'masa berkualiti' bersama keluarga makin pudar kerana keriuhan waktu makan menjadi sepi dan dingin kerana masing-masing lebih gemar memberi perhatian kepada peralatan komunikasi canggih milik mereka.

Jika dulu, barang kemas dan perhiasan badan seperti emas dan batu permata dijadikan ukuran simbol kekayaan seseorang, perkara itu bukanlah lagi satu-satunya kayu pengukur di masa sekarang.

Kini peralatan komunikasi canggih seperti Blackberry, telefon Android, iPhone, iPad dan komputer peribadi adalah simbol status individu di dalam masyarakat.

Walau terdapat berita positif tentang bagaimana peralatan canggih ini dapat meningkatkan produktiviti, persoalan yang masih tidak terjawab tetap timbul tentang impak daripada gajet-gajet ini terhadap rentak hidup sosial masyarakat.

Semakin popular

Penggunaan telefon pintar sudah semakin popular dalam kalangan masyarakat Malaysia. Suatu masa dulu ia hanya mampu diguna oleh warga korporat dan ahli perniagaan tetapi kini gajet ini mampu dimiliki kebanyakan orang.

Telefon kini menjadi semakin 'pintar' setiap hari. Setiap model peralatan ini disesuaikan dengan keperluan komunikasi, kerja serta hiburan.

Pelbagai e-mel serentak juga boleh diterima oleh gajet ini. Perisian seperti MS Office dan PDF reader juga boleh dimasukkan ke dalam telefon pintar untuk kegunaan semasa.

Satu kajian pada tahun 2007 dijalankan oleh Research In Motion (RIM) mendapati pengguna biasa Blackberry boleh memberi satu jam dari masa muat turun mereka untuk keperluan produktif setiap hari dan ini meningkatkan darjah efisien sebanyak 30 peratus.

Elemen hiburan merupakan satu lagi faktor yang membuatkan telefon pintar hangat di pasaran. Keupayaan menyimpan serta memainkan video/filem, video YouTube dan juga hubungan dengan situs jaringan sosial selain pelbagai permainan yang menarik merupakan satu lagi aspek yang perlu 'dipunyai' oleh generasi masa kini.

Sehingga kini terdapat lebih 350,000 aplikasi iPhone dan sehingga bulan Januari tahun ini sebanyak 10 bilion aplikasi dimuat turun sejak produk ini memasuki pasaran pada tahun 2008.

Dibandingkan dengan 10 tahun dulu, mereka yang menggunakan gajet itu kini boleh mencipta aplikasi telefon mereka sendiri dan menjadikan satu peralatan serba boleh. Antaranya bertindak sebagai sebuah e-buku, menjadi 'terminal' permainan sehinggakan ada juga yang menjadi penghalau nyamuk.

Debat tentang kesan telefon pintar terhadap kehidupan penggunanya tetap berterusan.

Bagi kebanyakan badan korporat, mereka mahukan komunikasi 24 jam untuk mempertingkat kecekapan dan produktiviti. Tetapi adakah ini adil bagi pekerja mereka?

Bila difikirkan, situasi jaringan sosial yang membuatkan pengguna menggunakan gajet tangan mereka secara berterusan. Sekilas pandang ini boleh memberi kemudaratan.

Bila individu dapat 'diheret' dari kehidupan mereka untuk bekerja (luar dari masa bekerja) sudah cukup buruk, mengeluarkan mereka dari suasana sekeliling akan lagi memburukkan keadaan.

Adakah kita akan bergantung kepada teknologi untuk berhubung dengan orang lain walaupun beliau berada tidak jauh dari diri kita?

Inilah aspek di mana imbangan perlu wujud. Tak akan ada sesiapa yang mahu ke stadium dan dikelilingi oleh penonton yang bersorak bagi satu gol yang dijaringkan sedangkan pada masa yang sama mereka juga sibuk menghantar teks laporan kerja kepada majikan.

Menguruskan gajet anda

Gajet-gajet ini dicipta dengan niat yang baik iaitu menyenangkan komunikasi antara satu sama lain. Seperti juga makanan, terlebih penggunaan akan membawa kepada kemudaratan.

Memilih keutamaan pada masa yang sesuai adalah kunci bagi penggunaan telefon pintar. Seseorang itu mesti bertindak bijak bergantung pada situasi.

Bila seseorang itu hadir di majlis pengkebumian, adakah beliau perlu menjawab e-mel atau hantaran Twitter.

Kalau berbuat sedemikian sudah tentu beliau akan dianggap tidak sensitif dan tidak hormat terhadap keluarga simati. Tambah buruk lagi, ini akan mendatangkan kemarahan ahli keluarga individu yang meninggal dunia itu.

Tetapi pada seminar di mana penceramahnya membuatkan anda 'mengantuk', jelingan terhadap perkara terkini yang muncul di telefon anda akan membuat hari anda lebih 'ceria'.

Belajar menjauhkan diri dari gajet anda juga merupakan satu pendekatan yang baik. Seseorang itu harus belajar 'menyimpan' gajet kesayangannya ketika melakukan aktiviti seperti senaman, menunaikan ibadat serta keperluan agama ataupun ketika makan bersama keluarga.

Berikan masa bagi telefon kesayangan anda untuk 'berehat' . Ini akan membolehkan anda memberi tumpuan kepada kerja-kerja lain yang juga memerlukan perhatian sepenuhnya.

Juga cuba elak daripada bertindak membalas dan memberi respons untuk e-mel yang diterima berkaitan dengan kerja sebelum masuk tidur. Kalau anda berbuat demikian, ia akan memberi impak yang signifikan terhadap kesihatan fizikal dan juga mental kerana ini akan mengurangkan masa rehat.

Cabaran berterusan

Perkembangan teknologi akan terus rancak. Begitu juga permintaan untuknya. Ini akan membawa cabaran baru bagi setiap individu.

Keupayaan menimbang serta membuat keputusan yang baik bagi mencapai imbangan kerja dan kehidupan sememangnya diperlukan. Ini memerlukan perubahan sikap selain dari proses pembelajaran dan percubaan.

Tetapi perkara ini adalah sesuatu yang mesti dan memang perlu dilakukan. Sememangnya hidup ini adalah lebih bermakna daripada hanya menjawab e-mel dan melayari laman Facebook. - Bernama

Rumah hangus, Quran elok

19 Syaaban 1432H. [MOD] -

TAIPING: Sepasang suami isteri terkejut apabila mendapati senaskhah al-Quran yang disimpan dalam rumah masih dalam keadaan elok walaupun rumah kayu itu hangus terbakar, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, pemilik rumah, Siti Fauziah Abdullah, 44, dan dua anaknya tidak menyedari rumah mereka di Kampung Kurnia Jaya, Kamunting, di sini, terbakar mendadak dipercayai akibat litar pintas.

Siti Fauziah berkata, dia yang pulang ke rumah terkejut apabila mendapati semua perabot, perkakas rumah, pakaian termasuk buku sekolah anaknya musnah dalam kebakaran itu.

Bagaimanapun mereka sekeluarga terkejut apabila menemui naskhah al-Quran terselamat dalam kebakaran itu.

“Mungkin ini kebesaran Tuhan. Hanya kulit al-Quran itu saja terbakar manakala helaian kertas di dalamnya masih boleh dibaca,” katanya.

Menurutnya, kejadian kebakaran berlaku ketika dia sedang bekerja di sebuah kilang berhampiran rumahnya manakala anak bongsunya pergi mengaji al-Quran.

“Saya hanya mengetahui kejadian itu selepas dihubungi adik ipar mengatakan rumah kami duduki sejak 27 tahun lalu, terbakar. Saya sangka ia gurauan sebelum mendapati ia benar-benar berlaku,” katanya.

Dia bersyukur dua anak yang baru balik dari mengaji tiada di rumah sebaliknya ke rumah ibunya berhampiran.

Anak mangsa, Wan Yusriffa Wan Hassan, 23, berkata dia yang baru pulang kerja terkejut mendapati rumahnya dijilat api.

“Saya berlari masuk ke kawasan kebakaran kerana menyangka adik saya masih berada dalam rumah tetapi dihalang dan diberitahu adik selamat,” katanya.

Sementara itu, anak bongsu mangsa, Wan Mohd Izdiham Wan Hassan, 10, berkata dia singgah ke rumah neneknya untuk melihat telefon bimbit baru yang dibeli ibu saudaranya, Norlia Abdullah, 52.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting, Penolong Penguat Kuasa Bomba, Halid Md Zin berkata, pihaknya menerima panggilan jam 8.51 malam dan tiba di lokasi kejadian empat minit kemudian.

Menurutnya, rumah diperbuat daripada kayu menyebabkan api marak dengan pantas dan kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya kira-kira jam 10 malam.

Harian Metro

Bersih 2.0 Beri Momentum Baru Kepada PR, Kata Anwar

19 Syaaban 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 21 JULAI : Kejayaan Bersih 2.0 menggembling suara rakyat dan kemarahan awam terhadap tindakan kuku besi pemerintah untuk membatalkan perhimpunan aman itu menguatkan keyakinan Pakatan Rakyat untuk memenangi pilihanraya umum ke 13, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata sokongan untuk gagasan pembangkang itu makin meningkat susulan tindakan Umno-Barisan Nasional merestui penggunaan kekerasan untuk menyuraikan perhimpunan itu yang menuntut pilihanraya umum yang adil dan telus.

"Rejim pemerintah kini di tahap terakhir untuk mengekalkan kuasa dalam keadaan terdesak. Kami kini mendapat momentum baru. Ada kemungkinan besar kami akan berjaya (dan) kami akan memang," beliau dipetik berkata oleh agensi berita antarabangsa Associated Press.

Puluhan ribu orang awam pelbagai kaum menongkah tembakan gas pemedih mata dan air berkimia oleh polis untuk menyertai perhimpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu.

Lebih 1,600 orang ditangkap, termasuk pemimpin-pemimpin kanan Pakatan Rakyat.

Seorang peserta mati manakala Anwar dan pengawal peribadinya adalah antara yang tercedera dalam asakan polis untuk menyuraikan perhimpunan itu.

Enam penyokong perhimpunan itu ditahan di bawah Ordinan Darurat yang menetapkan penahanan tanpa perbicaraan.

Bersih 2.0 menganjurkan perhimpunan aman itu setelah Suruhanjaya Pilihanraya dilihat gagal bertindak di atas lapan tuntutan gabungan 62 pertubuhan bukan kerajaan demi memastikan proses pilihanraya berjalan secara adil dan telus.

Antara tuntutan itu termasuk tempoh berkempen 21 hari, rombakan undi pos, pembersihan senarai pengundi dan penghapusan rasuah politik.
Umno-BN bagaimanapun tidak melayan tuntutan itu dan mengishtiarkan Bersih sebagai pertubuhan haram dan sesiapa yang memakai baju dengan logo Bersih ditangkap oleh polis.

Anwar memberitah AP bahawa Perdana Menteri Najib Razak dijangka memanggil pilihanraya umum lebih awal daripada pertengahan 2013, apabila mandat lima tahun kerajaan berakhir.

Pemerhati politik tidak menolak kemungkinan pilihanraya umum diadakan tahun ini atau awal tahun depan dengan prestasi ekonomi negara menjadi paksi kepada kempen Najib untuk mendapatkan sokongan.

Anwar menegaskan bahawa pentadbiran Najib hanya berjaya mencipta pelbagai slogan.

"Selain dari slogan, tidak ada apa-apa perubahan," kata beliau.

tv news/-

Seramai 8,303 PATI sudah daftar di Sabah

19 Syaaban 1432H. [MOD] -

SANDAKAN: Seramai 8,303 pendatang asing tanpa izin (PATI) telah mendaftar di bawah program 5P (pendaftaran, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran) dalam tempoh tiga hari bermula Isnin lepas.

Proses pendaftaran akan berakhir 1 Ogos.

Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Mohammad Mentek berkata daripada sembilan pusat pendaftaran yang dibuka di seluruh negeri, jumlah PATI paling ramai mendaftar ialah di Lahad Datu seramai 2,440 orang, diikuti di Sandakan (1,619), Tawau (1,412) dan Kota Kinabalu (1,222).

"Ramai PATI yang mendaftar adalah dari sektor perladangan hasil kerjasama yang diberikan oleh majikan di sektor itu yang membawa pekerja mereka dalam kategori PATI mendaftar di bawah program 5P," katanya kepada pemberita semasa melawat pusat pendaftaran 5P di Dewan Sibuga Batu 5 di sini hari ini.

Mohammad berkata pada hari ketiga semalam, seramai 3,051 orang PATI mendaftar yang membabitkan 2,478 warga Indonesia, Filipina (557) Pakistan (10), India (lima) dan lain-lain (satu).

metro/-

Pakistan lantik Menteri Luar wanita pertama

19 Syaaban 1432H. [MOD] -

ISLAMABAD - Pakistan melantik menteri luar wanita pertama bagi mengisi jawatan penting itu beberapa hari sebelum rundingan damai dijadual berlangsung antara negara itu dengan India.

Hina Rabbani Khar, 34, juga mencipta rekod sebagai menteri luar paling muda dalam sejarah Pakistan selepas mengangkat sumpah, kelmarin.

Jawatan tertinggi di Kementerian Luar India itu kosong sejak Februari lalu apabila menteri terdahulu, Shah Mahmood Qureshi meletak jawatan.

S'jaya diraja: Teoh Beng Hock bunuh diri

19 Syaaban 1432H. [MOD] -

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz mengumumkan bahawa Suruhanjaya Diraja Siasatan kematian Teoh Beng Hock mendapati setiausaha politik DAP itu membunuh diri.

Katanya, suruhanjaya tersebut memutuskan tindakan bunuh diri itu akibat soalsiasat yang agresif dan berterusan oleh pegawai Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tiga pegawai SPRM didapati telah menggunakan taktik soal siasat yang "agresif, tidak wajar, maka langgar peraturan", kata Nazri dalam satu sidang akhbar di bangunan Parlimen petang ini.

Bagaimanapun, Nazri menambah, pegawai SPRM itu tidak mempunyai niat untuk membunuh Teoh.

tv selangor/-

‘Tolong wan, adik sakit...’

19 Syaaban 1432H. [MOD] -

SAKIT...keadaan mangsa yang cedera parah.

IPOH: “Tolong wan, adik sakit..., tolong adik...,” jerit kanak-kanak berusia tiga tahun kepada neneknya selepas diseret sejauh hampir 100 meter oleh van dinaikinya menyebabkan kulit kepalanya terkoyak sehingga menampakkan tempurung kepala, pagi kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 11.30 pagi di Bandar Baru Putra, Bercham di sini, turut mengakibatkan Muhammad Haziq Aqasha Muhamad Sazali, cedera di perut dan tangan kirinya. Mangsa diseret di depan neneknya, Timah Sukaimi, 70, yang sedang menunggu di pintu untuk menyambut kepulangan cucunya taska.

Menurut Timah, ketika kejadian dia mahu membuka pagar sebelum dikejutkan dengan jeritan Muhammad Haziq. “Saya sangka adik (nama timangan mangsa) diculik kerana dia tidak kelihatan di tepi jalan selepas van dinaikinya bergerak pergi. “Jeritannya bertambah nyaring menyebabkan saya panik dan seperti orang tidak siuman mencarinya sekitar kawasan rumah,” katanya ketika ditemui di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, semalam.

Warga emas yang uzur dan berjalan menggunakan tongkat itu hampir pengsan selepas dimaklumkan jiran yang turut terdengar jeritan itu bahawa cucunya diseret van.

Kejadian dipercayai berlaku apabila beg galas dibawa mangsa tersangkut pada pintu van ketika menutupnya dan pemandu van yang menyangka mangsa sudah turun, memecut kenderaannya.

Tindakan pemandu van itu menyebabkan Muhammad Haziq terseret sejauh hampir 100 meter di bahagian bawah kenderaan dalam keadaan terbaring.

Mujur tindakan berani seorang wanita yang juga jiran keluarga mangsa melangkah ke tengah jalan untuk memberhentikan van itu berjaya menyelamatkan Muhammad Haziq daripada maut.

Pemandu van, seorang lelaki berusia 50-an mendakwa tidak mendengar jeritan mangsa ketika ditanya jiran wanita itu.

Jiran itu kemudian meminta orang ramai mengangkat mangsa yang meraung kesakitan ke dalam van sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan. Bapa mangsa, Muhamad Sazali Yahaya, 30, anggota Batalion 1 Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta berkata, jirannya itu memaklumkan kejadian berkenaan kepadanya.

“Dia terlebih dulu memberitahu kejadian itu kepada ibu saya (Timah) sebelum menghubungi saya yang ketika itu berada di Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) bagi menghantar makanan kepada isteri yang bertugas sebagai jururawat di sana.

“Saya bersama isteri bergegas ke klinik berkenaan dan luluh hati kami melihat keadaan anak yang meraung kesakitan. Saya cuba tabahkan diri untuk menenangkan perasaan, tetapi gagal,” katanya sebak.

Muhamad Sazali berkata, dia bertambah sayu selepas Muhammad Haziq meminta dia dan isteri berhenti menangis.

“Haziq pintar biarpun baru berusia tiga tahun lima bulan. Dalam keadaan sakit dia masih sempat menasihatkan saya dan isteri supaya jangan menangis kerana dia tidak mahu mati lagi,” katanya.

Berikutan kecederaan parah dialaminya, Muhammad Haziq dimasukkan ke bahagian kecemasan HRPB sebelum menjalani pembedahan.

Muhamad Sazali berkata, menurut doktor, anaknya mungkin mengalami kecacatan kekal pada dua jari tangan kirinya selepas urat saraf di bahagian itu hancur dan putus.

Pembedahan awal yang dilakukan ialah untuk mengambil cebisan kulit paha bagi ditampal pada perutnya.

Muhamad Sazali tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemandu van terbabit, namun tumpuannya kini ialah terhadap anaknya yang bakal menjalani satu lagi pembedahan plastik bagi menutup tempurung kepala.

my metro/-

Rakyat bukan tagih janji BN tetapi. Rakyat tunggu tukar kerajaan kepada Pakatan Rakyat.

19 Syaaban 1432H. [MOD] -

Saya ingin mengulas mengenai perkembangan terkini parti umno yang menyatakan bahawa mereka sedia berubah menjadi sebuah parti yang menerajui pemerintahan Negara menerusi politik baru yang lebih merakyat.

Bagi saya kenyataan tersebut adalah kenyataan terdesak UMNO dipenghujung hayatnya kerana sebenarnya rakyat bukan menagih janji Umno-Bn berubah, kerana mereka sedang menunggu untuk menukar kerjaan dalan PRU akan datang kepada Pakatan Rakyat.

berdasarkan mood rakyat terutamanya generasi belia dan muda mudi khususnya yang mudah terdedah dengan maklumat yang secara terus dari media baru mereka sudah muak dan tidak percaya lagi dengan janji kosong dari pemimpin BN.

Generasi ini menolak sebarang bentuk penipuan yang secara terang-terangan, generasi ini juga celik terhadap kezaliman yang berlaku khususnya mengenai apa yang sebenarnya telah berlaku di Kuala Lumpur pada 9 Julai baru-baru ini.

Walaupun usaha ke arah manipulasi video oleh Umno-Bn yang cuba menayangkan kepada rakyat Malaysia bahawa yang ganas bukan polis tetapi usaha mereka itu sia-sia.

Umno-Bn mengambil masa hampir dua minggu untuk menyediakan bahan bukti palsu berbentuk video bertujuan membohongi rakyat untuk dipamerkan kepada rakyat bahawa polis tidak ganas.

Padahal rakyat telah melihat sendiri video keganasan polis (Umno-Bn) terhadap rakyat pada malam 9 Julai tersebut melalui internet, jika benar video itu palsu, mustahil kesemua video itu siap dalam masa setengah hari sahaja.

Kerajaan Umno-Bn adalah "hantu" yang suka berbohong perlu dilenyapkan dari lanskap politik Negara menjelang PRU 13 nanti, perbanyakkan doa kepada Allah swt supaya kezaliman Umno-Bn lenyap dengan kadar segera insyaallah.

Yb Drs Khalil Idham Lim
Parit Buntar, 21 Julai 2011

Simulasi pilihanraya tidak lebih dari lakonan dan sandiwara UMNO

19 Syaaban 1432H. [MOD] -

Saya ingin mengulas perkembangan terkini negara berkenaan simulasi pilihan raya dalaman versi Umno baru-baru ini yang diumumkan oleh SU Agung UMNO dengan katanya berjalan dengan lancar.

Satu sisi ianya memperlihatkan dan memberi tanda bahawa PRU13 amat hampir.
Saya melihat simulasi ini adalah persiapan Umno untuk menghadapai pilihan raya 13 tidak lama lagi.

Namun begitu sekiranya diteliti dengan baik mengenai simulasi itu, saya lihat ianya tidak lebih dari lakonan dan sandiwara UMNO kerana segalanya telah disalahgunakan bagi menghadapi pilihanraya dengan penyalahgunaan kuasa terhadap jabatan dan agensi serta kementerian yang berkaitan bagi membantu UMNO dalam segala hal yang berkaitan dengan pilihanraya.

Walau apapun yang telah diumumkan oleh umno, saya mencabar kepimpinan Umno untuk menerima kesemua lapan tuntutan Bersih dan umum awal tarikh pilihan raya kepada rakyat supaya poilihanraya di malaysia lebih adil dan bersih.

Kerana itu simulasi pilihanraya yang UMNO lakukan mestilah mengambil kira bahawa perhitungan yang dilakukan adalah salah kerana banyak penyelewengan dalam pilihanraya.

UMNO-BN dilihat terus mendiamkan diri apabila SPR tidak berbuat apa-apa setelah pendedahan demi pendedahan oleh Pakatan mengenai penyelewengan dalam pilihanraya termasuklah senarai daftar pengundi yang amat meragukan.

Saya amat ragu dengan senarai daftar pemilih yang dikeluarkan SPR dengan alamat yang tidak lengkap , mereka ada nombor rumah tetapi tidak memiliki lorong , jalan mahupun kampung.

Perdana Menteri khususnya perlu mempamerkan reaksi beliau mengenai isu ini, bukannya cuma berdiam diri.

Jelajah penerangan di seluruh pelusuk Negara telah selesai, jelajah ke luar Negara pula sedang dipergiat dan yang terbaru Najib Razak dan juak-juaknya ke Vatican untuk raih simpati penganut kristian di Malaysia.

Saya cadangkan beliau perlu pertimbang untuk ke negara-negara pendatang asing tanpa isin (PATI)pula bagi meraih sokongan pengundi hantu kerana ini sahaja yang belum beliau lakukan.

Saya berharap rakyat Malaysia cakna dengan taktik kotor dan jijik Umno-Bn untuk meraih sokongan rakyat.

UMNO-BN perlu ditolak pada PRU 13 bagi menjamin rakyat dan Negara ini dari cengkaman penjajah Umno-BN yang telah mengkhianati amanah itu selama 53 tahun.

Drs Khalil Idham Lim Parit Buntar, 21 julai 2011

KTMB lancar tren kargo terpanjang

19 Syaaban 1432H. [MOD] -

KERETA API kargo terpanjang di Asia Tenggara yang dilancarkan di stesen KTMB Padang Besar semalam.

PADANG BESAR – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mencatat sejarah apabila melancarkan Tren Kargo Terpanjang Menggunakan Lokomotif Tunggal yang menarik 50 gerabak di Stesen KTMB Padang Besar di sini semalam.

Pengurus Besar Perkhidmatan Kargo KTMB, Azman Ahmad Sharabi berkata, kargo terpanjang di Asia Tenggara itu membawa 100 TEU (unit bersamaan 20 kaki) sepanjang 900 meter itu berlepas dari Stesen KTMB di sini ke Pulau Pinang.

Katanya, itu mengambil masa sembilan jam untuk sampai ke Pulau Pinang dan tempoh itu dapat disingkatkan kepada di antara empat dan lima jam apabila landasan berkempar Ipoh-Padang Besar siap sepenuhnya pada 2013.

“Lazimnya sesebuah lokomotif menarik sehingga 20 gerabak dan boleh ditingkatkan kepada 25 gera- bak atas permintaan pada satu-satu masa.

“Namun, dengan pemilikan aset baru dengan loko- motif yang lebih berkuasa tinggi kelas 26 dan 29, ia dapat ditingkatkan dan boleh membawa sehingga 50 gerabak pada satu-satu masa,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Kargo Terpanjang Asia Tenggara di sini.

Source: Kosmo

26 bom tangan ditemui di sekolah agama Jakarta

19 Syaaban 1432H. [MOD] -

JAKARTA: Polis menemui 26 butir bom buatan sendiri di timur Indonesia susulan letupan di sebuah sekolah berasrama Islam disyaki dijadikan kilang bom minggu lalu, kata jurucakap kelmarin yang dipetik akhbar, Jakarta Globe.

Selepas letupan membunuh seorang pengganas disyaki, polis menyerbu sekolah Umar bin Khatab di barat wilayah Nusa Tenggara dan mengakhiri kebuntuan tiga hari dengan pelajar dan guru bersenjatakan pedang, kayu dan parang.
“Sebanyak 26 butir bom paip dimatikan. Mereka merancang menggunakan bom ini untuk menyerang balai polis,” jurucakap polis nasional, Anton Bachrul Alam.

Polis berkata sekolah itu berkait dengan pendakwah radikal Abu Bakar Bashir, dihukum penjara 15 tahun bulan lalu kerana membiayai kumpulan pengganas yang merancang serangan terhadap warga Barat dan pemimpin politik.

Kebanyakan daripada 200 juta penduduk Islam Indonesia berfahaman sederhana tetapi negara itu berusaha membendung kegiatan radikal yang melancarkan serangan termasuk pengeboman Bali pada 2002 yang membunuh 202 orang. – AFP/ Agensi

Bangkai buaya.....

19 Syaaban 1432H. [MOD] -20 JULAI 2011: Seorang penduduk kampung, Mohd Faizul Abu Bakar membawa bangkai buaya menggunakan bot untuk ditanam selepas dipercayai mati ditembak oleh pihak berkuasa di hulu Sungai Seblak, di Kampung Mempelang, Kabong, Saratok, Sarawak.

Perarakan 1 juta bagi Palestin

19 Syaaban 1432H. [MOD] -

Sokong undian dapatkan keanggotaan sebagai sebuah negara di PBB

RAMALLAH (Tebing Barat): Pemimpin yang dipenjarakan, Marwan Barghouti meminta rakyat Palestin mengadakan perarakan besar-besaran September ini bagi menyokong undian untuk mendapatkan keanggotaan sebagai negara Palestin di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Barghouti, tokoh dihormati di kalangan rakyat Palestin berkata langkah membawa negara Palestin menjadi anggota PBB adalah sebahagian daripada strategi baru yang boleh membuka pintu kepada penentangan aman dan popular.

"Saya menyeru rakyat di tanah air dan di luar untuk keluar secara aman, mengadakan perarakan yang disertai jutaan rakyat pada minggu undian PBB pada September"

Marwan Barghouti

Pemimpin Palestin “Saya menyeru rakyat di tanah air dan di luar untuk keluar secara aman, mengadakan perarakan yang disertai jutaan rakyat semasa minggu undian PBB pada September,” kata Barghouti dalam kenyataan ditulis dari penjara di Israel.

Dengan rundingan damai yang masih buntu, rakyat Palestin yang disokong Liga Arab memutuskan mendapatkan penyertaan penuh PBB sebagai sebahagian daripada apa yang mereka jelaskan pendekatan baru untuk perjuangan nasional.

Israel bimbang undian pada September akan mencetuskan bantahan yang diilhamkan dengan kebangkitan di rantau itu.

Seorang panglima tentera Israel yang enggan namanya disiarkan kelmarin berkata Israel akan memperkukuhkan kawalan sempadan berikutan cadangan bantahan itu.

Amerika Syarikat yang juga menjadi penaja utama rundingan damai sejak dua dekad lalu, menolak langkah diplomatik Palestin berkenaan, sebaliknya mengusahakan semula rundingan damai yang menemui jalan buntu berikutan keengganan Israel menghentikan pembesaran penempatan Yahudi.

Tel Aviv berkata langkah Palestin itu bertujuan memencil dan mengharamkan negara Israel.

Kuasa veto Amerika di Majlis Keselamatan mungkin menggagalkan usaha Palestin untuk mendapatkan keanggotaan penuh PBB dengan negara Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, serta timur Baitulmaqdis.

Bagi mengelak veto berkenaan, Palestin menyatakan pihaknya akan membentangkan resolusi itu di Perhimpunan Agung PBB (UNGA) bagi mendapatkan keanggotaan negara Palestin berdasarkan sempadan sebelum Perang Enam hari pada 1967.

Mereka menjangkakan langkah itu boleh berjaya, berikutan sokongan yang sudah dinyatakan 120 negara yang jumlahnya dijangka meningkat sekurang-kurang 130 negara.

Barghouti, tokoh pergerakan Fatah yang diketuai Presiden Mahmoud Abbas, menggesa semua pihak bersatu padu melancarkan serangan diplomatik untuk berhadapan dengan kuasa veto Zionis Amerika.

Bagi ramai rakyat Palestin, Barghouti kekal sebagai simbol perjuangan negara mereka. Penyokongnya menyifatkannya sebagai Nelson Mandela Palestin, tokoh yang berkarisma yang mampu menyatukan Palestin dan merangsang usaha untuk mendapatkan negara.

Beliau disabitkan dengan pembunuhan kerana peranannya dalam serangan ke atas Israel dalam kebangkitan Palestin atau intifada dan dihukum penjara seumur hidup oleh Israel pada 2004.

Wakil Palestin di PBB, Riyad Mansour berkata kenaikan taraf status Palestin akan membawa faedah termasuk membenarkan Palestin mendapat keanggotaan agensi PBB. – Reuters

PAS tetap bantah !

19 Syaaban 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 21 Julai: Dewan Pemuda PAS Malaysia konsisten melahirkan rasa tidak bersetuju dan amat kesal dengan langkah penganjur yang mahu meneruskan Konsert MTV World Stage di I-City Seksyen 7, Shah Alam pada 24 Julai ini.

“Penganjuran konsert ini telah mengguris perasaan umat Islam apabila ia berlangsung hanya seminggu menjelang bulan Ramadhan al-Mubarak, saat umat Islam mempersiapkan diri menyambut bulan mulia dan bulan ibadah,” ujar ketuanya, Nasrudin Hassan at-Tantawi (gambar) kepada Harakahdaily.

Tambahnya, terdahulu pihak Pemuda PAS telah menghantar dua memorandum bantahan melalui Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor.

Menurutnya, pemorandum pertama pada bulan Jun dan memorandum kedua seminggu lepas kerana menganggap konsert tersebut bertentangan dengan Enakmen Kawalan Hiburan Negeri Selangor.

Malangnya, kata beliau memorandum tersebut tidak dipedulikan malah usaha pemuda PAS Selangor untuk menemui pihak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga gagal.

Katanya lagi, Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia Cawangan Selangor turut membantah apabila mereka juga menerima bantahan dan rungutan dari penduduk sekitar.

Beliau menambah, konsert MTV yang turut menampilkan kumpulan 30 Second To Mars yang merupakan pemenang Kumpulan Rock di MTV Europe Music Award 2010 dan kumpulan rock tempatan tidak selayaknya berlangsung secara terbuka pula tiada jaminan kawalan dari pihak penganjur untuk mengelakkan berlakunya pergaulan bebas lelaki dan perempuan.

Baginya, selayaknya konsert seperti itu dibuat di tempat yang tertutup dan tidak membenarkan anak-anak muda muslim hanyut di dalamnya.

Jelasnya, Dewan Pemuda PAS Malaysia tidak membantah hiburan, tetapi membantah elemen yang tidak sihat di dalam hiburan tersebut.

Justeru, ujarnya hiburan yang mahu dianjurkan mestilah hiburan yang tidak melekakan dan melalaikan generasi muda dan mendorong pula mereka ke kancah maksiat dan mungkar dengan berlakunya pergaulan bebas lelaki dan perempuan, sementara negara sedang kritikal berdepan dengan penyakit sosial yang kian tenat dan parah dalam negara kita hari ini khasnya negeri Selangor.

Menurutnya lagi, menjelang Ramadhan, selayaknya kerajaan negeri Selangor memperbanyakkan aktiviti yang mampu mendidik minda dan syakhsiah anak muda ke arah membentuk peradaban atau tamadun yang hebat, sementelah pula I-City adalah pusat ilmu bukan pusat hiburan.

“Berpada-padalah dengan hiburan. Saya setuju manusia perlu berhibur dan hiburan perlu bagi menyerikan hidup, namun hiburan yang keterlaluan hanya akan merosakkan minda dan peribadi manusia lantaran manusia mempunyai tanggungjawab yang jauh lebih penting untuk masa depan hidup mereka selain hiburan,” ujarnya.

Justeru, beliau menyeru agar umat Islam khasnya anak-anak muda muslim agar tidak menghadirkan diri ke konsert tersebut sebaliknya fokus kepada persiapan diri menghadapi Ramadhan Al-Mubarak dengan aktiviti penyucian jiwa dan minda serta mendalami ilmu agar ibadah puasa di bulan Ramadhan kelak akan dilangsungkan dengan faham dan penuh penghayatan.

“Insya Allah, Dewan Pemuda PAS Malaysia khasnya melibatkan anggota pemuda PAS Negeri Selangor dan Wilayah akan turun beramai-ramai untuk mengedar risalah dan berdakwah mengajak anak-anak muda mendekati Allah SWT dalam masa yang sama, menjauhkan diri daripada maksiat dan mungkar,” katanya.

Tambahnya, sementara untuk hiburan, insya Allah apabila tiba masa yang sesuai, akan ada penganjuran hiburan yang baik, terkawal, tidak melalaikan dan pada masa yang sama akan mendidik jiwa ke arah kebaikan.

Sebelum ini pun, katanya telah banyak kali Pemuda PAS menganjurkannya dan kita juga menyokong mana-mana penganjuran majlis hiburan yang tidak menjejaskan peribadi atau akhlak anak muda. (Hdaily/d)

PAS sasar tanding di 80 kerusi Parlimen - PRU13

19Syaaban 1432H. [MOD] -
Oleh Syed Mu’az Syed Putra
KUALA LUMPUR, 21 Julai — PAS meletakkan sasaran untuk bertanding di 80 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-13 — satu peningkatan sebanyak 14 kerusi berbanding tiga tahun lalu.

Ini termasuk harapan PAS agar Pakatan Rakyat mempertimbangkan kemungkinan menyerahkan kerusi-kerusi dimenangi pada pilihan raya umum 2008, tetapi wakil rakyatnya telah melompat keluar, kepada parti Islam itu, kata naib presidennya Salahuddin Ayub (gambar).

Pada pilihan raya umum ke-12, PAS bertanding di 66 kerusi Parlimen dan 232 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Parti itu menang di 23 kerusi Parlimen dan 83 kerusi DUN.

Dua komponen Pakatan Rakyat iaitu DAP dan PKR masing-masing bertanding di 47 dan 97 kerusi Parlimen. DAP menang di 28 kawasan dan PKR pula 31.

Mengulas lanjut, Salahuddin berkata mana-mana kerusi baik di peringkat DUN dan Parlimen harus diserahkan kepada parti yang dilihat boleh memenangi kerusi itu selain mahu mengelakkan “wakil rakyat lompat” berulang.

Perkara sama pernah dibangkitkan pada muktamar PAS bulan lalu yang mana Dewan Pemudanya mahu PKR dan DAP menyerahkan kerusi-kerusi yang wakil rakyat mereka telah melompat parti agar rakyat terus yakin dengan perikatan itu pada pilihan raya umum ke-13.

Sejak pilihan raya umum 8 Mac 2008, PKR dan DAP kehilangan sejumlah kerusi DUN dan Parlimen. Kerusi-kerusi itu membabitkan negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

“Pakatan beri ruang untuk kita berbincang kerusi dalam kategori ini (lompat parti) dan ia bukan satu pelanggaran untuk mereka buat kajian, analisis dan beri pandangan terbaik untuk kerusi ketegori ini.

“Malah kerusi yang PAS bertanding, kalau rakan Pakatan Rakyat berminat untuk bertanding, kita terbuka untuk berunding dan berbincang, dalam rundingan apa sahaja boleh berlaku,” kata Salahuddin kepada The Malaysian Insider ketika ditemui semalam.

Menurut Ahli Parlimen Kubang Kerian ini, pihaknya juga menambah bilangan kerusi Parlimen yang akan ditandingi termasuk di Sabah dan Sarawak pada pilihan raya umum ke-13, yang diramalkan akan diadakan tahun depan.

Bagaimanapun kata Salahuddin, pihaknya menyasarkan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan hujung tahun ini.

“Kita mahu kerusi tambahan, tidak kurang daripada 80 kerusi termasuk di Sabah dan Sarawak yang mana kita telah mengenal pasti kawasan-kawasan ini.

“Tapi kita lebih tumpukan kerusi di Semananjung (Malaysia) manakala di Sabah dan Sarawak kita tidak akan bertanding banyak kerusi,” katanya.

Tambah Salahuddin, pihaknya juga mahu mana-mana kerusi yang “dipinjam” dipertimbangkan untuk “dipulangkan” semula kepada parti yang layak.

Pada pilihan raya umum 2008, Pakatan Rakyat menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) di Parlimen dan menawan empat negeri tambahan iaitu Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang.

Negeri Kelantan kekal ditadbir sejak ia dikuasai PAS pada 1990.

Ekoran tindakan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) masing-masing dua dari PKR dan satu melibatkan DAP keluar parti, Perak diambil alih oleh BN.

Tahun lalu, DAP juga kehilangan satu lagi kerusi DUN di Perak.

Semalam, pemimpin DAP Zairil Khir Johari berkata pembahagian kerusi pilihan raya di DUN dan Parlimen antara ketiga-tiga parti itu akan dimuktamadkan hujung bulan ini. - (MI/d)

PAS Lancar Buku Negara Berkebajikan Bulan Depan

19 Syaaban 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 21 JULAI : Buku negara berkebajikan yang ditulis Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan dilancarkan pertengahan bulan depan dengan menekankan tiga aspek penting bagi menjawab kritikan pesaing politik parti itu.

Setiausaha Akhbar Abdul Hadi, Nasaie Ismail berkata, buku setebal 50 muka surat itu menekankan soal pentadbiran negara yang gagal dilaksanakan Barisan Nasional (BN) sepanjang lebih 50 tahun memerintah negara.

Jelas beliau, buku negara berkebajikan yang akan dilancarkan serentak dengan dokumen negara berkebajikan menekankan tiga aspek utama yang akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat memerintah.

Menurutnya lagi, buku negara berkebajikan itu tidak mempunyai sebarang percanggahan dengan Buku Jingga yang diterbitkan Pakatan Rakyat.

Buku Jingga antara lain menggariskan program 100 hari pertama, yang akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.

“Kandungan buku (negara berkebajikan) lebih kepada untuk memahami konsep negara berkebajikan kerana ada dua persoalan yang orang tanya sekarang ini, yang pertama adakah negara berkebajikan ini sama dengan ‘welfare state’ dan yang kedua Umno kata dah buat negara itu tapi yang kita jawab dalam buku itu tidak sama dengan apa yang Umno buat dan yang ketiga yang menjadi persoalan bagaimana dengan Buku Jingga.

“Negara berkebajikan ini bukan satu tawaran sehala bagaimana Buku Jingga, Buku Jingga adalah perkara-perkara yang ada dalam negara berkebajikan tetapi negara berkebajikan adalah konsep bernegara yang kita nak tunjukkan sebab yang kita hendak betulkan ini bukan satu bab sahaja.

“Kalau dalam Buku Jingga adalah janji 100 hari (pertama) Pakatan Rakyat tapi negara berkebajikan ini, kita nak tunjukkan konsep bernegara sebab yang rosak bukan aspek ekonomi sahaja, negara ini dirosakkan BN dalam semua aspek. Jadi kita nak gantikan negara yang BN bina sekarang ini dengan negara apa, negara berkebajikan,” kata Nasaie kepada The Malaysian Insider.

“Negara berkebajikan ini ada tiga ciri yang pertama negara berkebajikan ini mesti dipimpin oleh pemimpin dan rakyat yang berintegriti, berwibawa kalau dalam Islam kita sebut yang beriman.

“Pemimpin kalau dalam sudut agamanya dia jaga kemudian amalan-amalan yang diterima oleh semua pemimpin yang tidak rasuah, pemimpin yang tidak jadikan negara ini kepunyaan dirinya dan sebagainya.

“Yang penting pemimpin mesti berintegriti, kalau rakyat berintegriti tapi pemimpin tidak, tidak ada gunanya... kalau pemimpin berintegriti tapi rakyat porak-peranda tak guna juga,” katanya.

Panel pelaksana konsep negara berkebajikan dipengerusikan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

Difahamkan dokumen negara berkebajikan sudah berada di peringkat akhir perincian.

Panel khas itu akan mengadakan mesyuarat pertama hari ini untuk memperincikan konsep negara berkebajikan, yang diketengahkan dalam ucapan dasar Presiden PAS pada 3 Jun lalu.

Ucapan dasar itu bertemakan “Membangun Negara Berkebajikan”.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Nasaie yang juga Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan berkata, konsep negara berkebajikan turut memberi penekanan terhadap pengagihan ekonomi yang adil kepada keseluruhan rakyat.

“Yang kedua agihan ekonomi yang adil, di situ termasuk Buku Jingga tapi Buku Jingga untuk 100 hari jadi tiada pencanggahan di situ. Keadilan ekonomi yang kita nak beri bukan bermakna ada satu pihak didahulukan dan ada satu pihak di kemudiankan, maknanya sama rata.

“Yang ketiga, negara yang berakhlak, negara yang berakhlak ini dipimpin oleh pemimpin yang mempunyai ciri seperti tepati janji terutamanya dengan orang bukan Islam dan golongan minoriti, bersikap adil kepada semua, kalau mengenai ‘welfare state’, kita lihat pada hari ini, banyak yang sudah jatuh dari segi ekonomi tapi konsep yang kita nak bawa ini adalah konsep bernegara daripada pemimpin, rakyat dan agihan ekonomi,” katanya.

Selain itu, beliau berkata kandungan buku negara berkebajikan itu turut menyentuh agar pemerintah turut memberi tumpuan kepada hak minoriti dan rakyat kebanyakan yang diketepikan dalam pentadbiran BN.

“Negara berkebajikan juga memberi keutamaan kepada hak-hak minoriti sama ada ia berasaskan kaum atau etnik seperti di Sabah dan Sarawak atau Orang Asli ataupun jantina.

“Yang selama ini diketepikan adalah hak kebanyakan seperti petani, nelayan . . . mereka tiada slip gaji tapi perlukan rumah, nak kahwin dan golongan ini yang kerajaan perlu bagi inisiatif dalam negara berkebajikan. Kita nak buat lain daripada apa yang Umno dah buat, lawan kepada negara berkebajikan adalah negara keangkuha, ini adalah dalam buku itu,” katanya.

Kata Nasaie, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang dalam tulisannya turut membuat perbandingan antara negara berkebajikan iaitu negara keangkuhan.

“Negara keangkuhan ini contohnya Firaun, Namrud dan sebagainya kalau dalam sejarah tapi zaman sekarang Umno ini kita sebut negara keangkuhan,” katanya.

tv selangor/-

Gempa 6.2 magnitud gegar Kepulauan Solomon

19 Syaaban 1432H. [MOD] -

SYDNEY: Gempa berukuran 6.2 magnitud menggegarkan Kepulauan Solomon awal pagi ini tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan, menurut laporan Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS).

Gempa berlaku jam 8.05 pagi waktu tempatan di kedalaman 54 kilometer di timur ibu negara Honiara.
Jabatan GeoSains Australia pula berkata, setakat ini pihaknya belum dapat menentukan kerosakan yang berlaku di lingkungan 37 kilometer kawasan gempa.

Pada 2007 gempa berukuran 8.1 magnitud melanda Kepulauan Solomon menyebabkan tsunami dengan sekurang-kurangnya 52 orang terkorban manakala ribuan penduduk hilang tempat tinggal. - AFP

Capaian ke 13 juta klik blog cina islam


19 Syaaban 1432H. [MOD] - Bersyukur kepada Allah SWT yang telah mengizinkan blog ini terus diminati sebagai media pengumpul berita terkini, ilmu dan maklumat. Tidak ada ucapan yang selayaknya melainkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat sehingga blog ini mampu mencapai ke tahap 13 JUTA klik sekarang. Terima kasih juga diberikan kepada krew IT Cina Islam yang tungkus lumus memberikan update bahan berita terkini setiap hari.

Adalah diharapkan semuga blog ini terus mendapat nasihat dan bimbingan dari pelbagai pihak, serta sumbangan berterusan dari pelbagai pihak sebagai bahan paparan untuk kami terbitkan.

Semuga Allah SWT memberkati segala kerja kita.

DRS. KHALIL IDHAM LIM

Peguam: Serangan ke atas pengawal cubaan bunuh

19 Syaaban 1432H. [MOD] -

Pengawal peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengemukakan saman sivil ke atas polis berhubung kecederaan yang dialaminya ketika mengawal keselamatan ketua pembangkang itu.

Tulang pipi Fayyahd Afiq Albakqry, 25 dikatakan retak dan hancur semasa peserta perhimpunan BERSIH 2.0 itu melarikan diri daripada asakan dan serangan polis di terowong KL Sentral pada 9 Julai lalu.

Beliau terpaksa menjalani pembedahan pembinaan semula tulang pipinya menggunakan titanium, baru-baru ini.

"Bagaimanapun, saman sivil itu adalah berasingan daripada prosiding jenayah yang akan dimulakan ke atas polis,” kata peguam N Surendren yang bertindak bagi pihak Fayyahd.
Masih trauma

Surendren yang juga naib presiden PKR mengiringi Fayyadh membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi berhubung dakwaan kejadian itu sehingga menyebabkan kecederaannya.

Menurut Surendren, pengawal peribadi itu masih dalam trauma dan enggan melayan soalan wartawan.

Katanya, tindakan keterlaluan polis cuba menyuraikan peserta BERSIH 2.0 tempoh hari boleh diklasifikasikan sebagai cubaan membunuh.

"Kes ini harus disiasat ke atas siapa yang melakukan tugas dan siapa yang memberi arahan. Ini adalah satu perkara dan kes salah guna kuasa yang serius sehingga mencederakan orang awam," katanya.

Oleh itu, beliau menggesa polis menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

"Polis langgar prosedur ketika melepas tembakan. Gas pemedih mata dilepaskan pada kawasan tertutup (terowong), menembak tepat kepada orang awam dan tembak tanpa memberi amaran.

“Kami ada video sebagai bukti, polis melepas lebih kurang 12 das dalam kawasan tertutup dan jelas arahan pada kelongsong, tidak boleh tembak tepat ke arah orang awam," katanya.

Pada kejadian itu, Anwar juga dilaporkan cedera akibat terjatuh semasa melarikan diri akibat terkena tembakan gas pemedih mata dan terpaksa dikejarkan ke hospital bagi rawatan lanjut.

Turut hadir pada hari ini adalah peguam dari Lawyers For Liberty, Fadiah Nadwa Fikri, Pengarah Biro Guaman PKR, Latheefa Koya dan ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah.

malaysiakini/-

Kepala dicakar biawak

19 Syaaban 1432H. [MOD] -

PENDANG: “Biawak itu melompat ke arah anak saya menyebabkan kepalanya cedera dipercayai terkena kuku haiwan itu,” kata Nor Faizah Aziz, 17, ibu kepada bayi perempuan berusia dua bulan yang cedera kepala terkena kuku biawak yang memasuki rumahnya di Taman Seri Mas, di sini, pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, bayi terbabit, Eryna Insyirah Mohd Redzuan sedang tidur di atas katil dalam sebuah bilik di rumah itu manakala Nor Faizah sedang memasang langsir di ruang tamu.

Nor Faizah berkata, ketika sedang menggantung langsir dia terdengar bunyi sesuatu sedang mencakar tikar di bahagian tepi ruang tamu.

“Saya memeriksa dan terkejut mendapati seekor biawak sepanjang kira-kira satu meter di situ,” katanya.

Reptilia itu yang turut terkejut dengan kehadiran Nor Faizah, berlari masuk ke bilik tempat anak tunggalnya itu sedang tidur.

“Selepas memanjat katil anak saya, ia terus bersembunyi di bawah katil.

“Saya segera mendapatkan anak saya yang ketika itu sedang menangis selain terdapat kesan luka dan darah di kepalanya,” katanya yang membawa anaknya itu ke klinik berhampiran.

Sementara itu, Ketua Operasi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Pendang, Izzudin Inus Meah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam11.45 pagi dan sepasukan anggota dihantar ke tempat kejadian.

“Kami mengambil masa lima minit untuk menangkap biawak itu dan ia agak sukar kerana ia bersembunyi di bawah katil,” katanya.

my metro/-

6 ahli KWSP didapati bersalah menipu sejak April

19 Syaaban 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Enam ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikenakan tindakan undang-undang kerana kesalahan menipu atau cubaan menipu pengeluaran simpanan dengan menggunakan dokumen palsu antara April dan bulan lalu.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar, berkata semua mereka didapati bersalah dan didenda RM12,300 oleh mahkamah mengikut Seksyen 59, Akta KWSP 1991, dan seorang daripada mereka turut dikenakan hukuman penjara selama tiga bulan.

"Tiga yang lain berkemungkinan dipenjara sehingga dua bulan sekiranya mereka gagal menjelaskan denda tersebut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, penipuan pengeluaran membabitkan penyerahan dokumen palsu oleh ahli bagi pengeluaran dari akaun mereka adalah satu kesalahan serius mengikut Akta KWSP 1991.

"Mengikut Akta KWSP, mereka yang didapati bersalah melakukan penipuan atau cubaan menipu boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda RM10,000 atau kedua-dua sekali," katanya.

Nik Affendi berkata, KWSP juga sudah menfailkan 31 kes saman atas kesalahan yang sama di mahkamah dalam tempoh itu.

Beliau turut mengingatkan ahli KWSP yang kesempitan kewangan agar tidak dipengaruhi sindiket yang menawarkan untuk membantu mereka dengan mengeluarkan simpanan KWSP secara penipuan kerana ia satu kesalahan serius dari segi undang-undang.

Ahli KWSP yang mempunyai maklumat mengenai sebarang kegiatan penipuan boleh menghubungi talian hotline Anti-Fraud KWSP di 03-26162121. - Bernama

Kabinet baru Mesir dijangka angkat sumpah hari ini

19 Syaaban 1432H. [MOD] -

KAHERAH 21 Julai – Kabinet baru Mesir dijangka mengangkat sumpah hari ini, lewat tiga hari berbanding jadual asal selepas diadakan rundingan pada saat-saat akhir manakala Perdana Menteri, Essam Sharaf pula dimasukkan ke hospital.

“Menteri-menteri baru di bawah kerajaan pimpinan Essam Sharaf akan mengangkat sumpah hari ini di hadapan Pengerusi Majlis Angkatan Bersenjata Mesir, Hussein Tantawi,’’ lapor agensi berita MENA memetik sumber tentera.

Majlis angkat sumpah barisan Kabinet baru itu dijadual diadakan kelmarin tetapi ia ditangguhkan sehari selepas bantahan berhubung pemilihan bakal-bakal menteri. - AFP