11 July 2011

Musuh sebenar negara ialah Umno-Bn.

8 Syaaban 1432H. [MOD] -

KENYATAAN MEDIA
PEJABAT ADUN TITI SERONG/
KETUA SEKRETARIAT PAKATAN RAKYAT PERAK

Saya ingin menegaskan bahawa Najib perlu meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri kerana kecuaiannya membiarkan Polis melakukan keganasan terhadap peserta perhimpunan aman BERSIH 2.0 Sabtu baru-baru ini.

Tindakan pasukan keselamatan tersebut bercanggah dengan ucapan Najib yan menyebut dan beria-ia menegas dan meyakinkan kepada rakyat bahawa kerajaan tidak akan menunjukkan keganasan terhadap rakyat dalam apa jua keadaan dan situasi.

Sebenarnya apa yang telah berlaku di ibu kota pada 9 Julai baru ini telah menjawab segala yang diperkatakannya.

Rakyat boleh melihat dengan mata kepala mereka sendiri samada yang hadir mahupun yang tidak sempat hadir iaitu melalui media baru facebook,twitter,blog dan di youtube. malah ianya mendapat liputan yang meluas dari media antarabngsa.

Rakyat bukan sahaja telah diperlakukan dengan ganas serta zalim, bahkan sehingga menyebabkan kehilangan seorang nyawa salah seorang peserta BERSIH 2.0 kerana terhidu gas pemedih mata yang ditembak polis ke arahnya.

Ada juga peserta BERSIH yang dizalimi sehingga patah tulang kaki kerana dibelasah terlebih dahulu sebelum ditahan polis zalim ini, perkembangan ini amat menyedihkan buat seluruh negara yang dikatakan mengamalkan sistem demokrasi yang tulen.

Tindakan ganas itu memperlihatkan tindakan yang tidak sepatutunya berlaku kepada rakyat yang turun untuk menyelamatkan negara Malaysia yang semakin rosak dibawah pentadbiran BN sekian lama. Malah melihat kepada beberapa rakaman yang tidak sepatutnya diperlakukan walaupun kepada bintang sekalipun.

Umno-Bn telah meletakkan imej mereka pada tahap yang sama taraf dengan "binatang" bahkan lebih teruk dari itu, mereka sanggup mempergunakan kuasa yang ada untuk mengarahkan pasukan keselamatan bertindak zalim terhadap rakyat Malaysia yang menyertai BERSIH 2.0.

Malah Umno-Bn telah manzalimi diri mereka sendiri apabila seluruh dunia melihat kezaliman yang berlaku dalam negara di media terutamanya melalui internet.

Tindakan sebegini adalah satu tragedi malang bagi negarat dan Umno-Bn saya yakini bakal menerima padah besar sesudah ini.

Bagi menutup kejayaan Himpunan Aman Bersih, Najib memberi kenyataan yang lucu dengan berkata bahawa PR sebenarnya perlu khuatir dengan suara majoriti senyap .

Saya amat yakin, suara mejoriti senyap yang dimaksudkan Najib ialah para pengundi hantu yang diimport khas dari pasukan pendatang tanpa izin dengan diberinya kad pengenalan biru berstatus tetap kepada PATI tersebut.

Pakatan Rakyat sedang mempergiatkan usaha untuk melakukan bantahan terhadap isu ini dan ia akan diselesaikan supaya semua anasir tersebut akan lenyap.

Rakyat, ayuh jadikan perhimpunan aman BERSIH 2.0 sebagai muqaddimah kearah lonjakan perbersihan musuh sebenar negara ialah Umno-Bn.


DRS KHALIL IDHAM LIM
PARIT BUNTAR, 11 JULAI 2011

Polis tangkap luar kawasan perintah mahkamah

8 Syaaban 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 11 Julai: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub masing-masing membuat laporan polis hari ini berhubung penahanan tanpa sebab ke atas mereka di Setesen Sentral Kuala Lumpur pada tengahari 9 Julai lalu.

Mahfuz yang hadir berbaju kuning bercetak "Bersih 2.0" bersama Salahudin membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, Sri Petaling kira-kira jam 10.40 pagi ini.

Kedua-duanya diiringi peguam masing-masing.

(Salahudin dan Mahfuz bersama peguam masing-masing menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat)

Bercakap kepada pemberita selepas itu, kedua-duanya sekali lagi mempersoal berhubung penangkapan tanpa dinyatakan alasan kepada mereka pada hari tersebut.

"Saya tanya apa alasan saya ditahan. Seorang anggota polis bertanya pula kepada saya adakah saya tak tahu hari ini (9 Julai) saya tidak dibenarkan masuk KL," kata Mahfuz.

"Saya kata, KL sentral tidak tidak termasuk dalam kawasan yang disebut dalam perintah larangan itu," tambahnya yang juga ahli parlimen Pokok Sena.

Tidak mengindahkan penjelasan itu, polis kemudiaan dakwanya terus menangkap mereka.

Dalam kejadian Sabtu lalu, Mahfuz dan Salahudin antara pemimpin terawal Pakatan Rakyat ditahan dalam usaha pihak polis menggagalkan himpunan Bersih 2.0.

Mereka ditahan kira-kira jam 11.45pg ketika berada di Stesen Sentral KL.

Kedua-duanya juga adalah antara 91 nama yang dilarang mahkamah berada di beberapa kawasan di Kuala Lumpur pada tarikh tersebut.

Bagaimanapun, dalam perintah larangan yang diperolehi polis dari mahkamah Majistret itu, KL Sentral adalah tidak termasuk.

"Saya tidak buat apa-apa kesalahan. Saya ditahan ketika berada di pintu masuk KL Sentral, bukan di mana-mana himpunan," katanya.

Selain tidak diberitahu alasan ditahan, mereka juga memberitahu, polis tidak membenarkan mereka menghubungi keluarga dan peguam.

Tindakan tersebut ujarnya bertentangan dengan seksyen 28 A (2) Kanun Prosedur Jenayah.

Sehubungan itu, beliau dan Salahudin akan memfailkan saman sivil untuk menuntut gantirugi berhubung tangkapan itu.

"Kami akan failkan saman malu menuntut ganti rugi terhadap penangkapan saya, keresahan isteri, anak dan keluarga saya, serta memalukan imej saya kepada pengundi kawasan saya dan masyarakat antarabangsa,"jelasnya.

Tubuh suruhanjaya pembaikan SPR

Sementara itu, Salahudin ayub berkata, perjuangan menuntut reformasi pilihan raya akan diteruskan biarpun berdepan halangan dari pihak berkuasa.

Tuntutan itu akan ditumpukan kepada reformasi dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu sendiri dahulu selaku penyelia proses pilihan raya di negara ini.

"Perjuangan ini akan diteruskan oleh parti-parti politik. Kita akan mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Pembaikan SPR secepat mungkin,"katanya yang juga ahli parlimen Kubang Kerian.

harakahdaily/-

Mat Sabu: Land Rover polis rempuh saya

8 Syaaban 1432H. [MOD] -

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini mendakwa polis menggunakan trak merempuh motosikal yang diboncengnya ketika dalam perjalanan menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 kelmarin.

Melawat Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam dengan berkerusi roda, pemimpin yang selalu ceria itu kelihatan serius menceritakan kembali pengalamannya itu.

Mohamad (kiri) berkata, ketika dalam perjalanan dari Masjid Negara, tiba-tiba sebuah Land Rover merempuhnya.

Ketika itu, tambahnya, beliau tidak tahu bahawa kenderaan itu dipandu pihak polis.

Dalam sidang media itu, Mohamad berkata, setelah terjatuh di jalan, beliau dan penunggang motosikal itu dibawa dengan Land Rover itu ke klinik di Jinjang sebelum kes itu dirujuk ke hospital.

malaysiakini/-

Pejuang BERSIH : PAS Perak ucap takziah.

8 Syaaban 1432H. [MOD] -

IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menyeru kepada semua muslimin dan muslimat agar sama-sama menghadiahkan Al-Fatehah kepada Allahyarham Baharuddin Ahmad yang telah tekorban sewaktu himpunan Besrsih 2.0. Baharuddin yang mengalami sesak nafas setelah terhidu gas pemedih mata, pengsan dan kemudiannya meninngal di perkarangan KLCC.

Beliau juga menyifatkan tindakan ganas beberapa anggota polis yang disiarkan di laman web Malaysiakini dan Al Jazeera sebagai zalim dan tidak berperikemanusiaan. Justeru itu, Pesuruhjaya PAS Perak itu menggesa pihak berkuasa agar menyiasat kes tersebut dan mengadili dengan sebaiknya. Menurut beliau lagi, komitmen yang ditunjukkan oleh semua peserta Bersih 2.0 yang sanggup datang dari jauh sebagai bukti bahawa rakyat mahukan perubahan.


Sebelum mengakhiri ucapan beliau, beliau membacakan sepotong ayat Al-Quran yang berbunyi :

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).

(Al-Baqarah: 214)

Sebagai pengakhir bicara, beliau menuntut supaya semua ahli PAS di seluruh Malaysia memperhebatkan lagi gerak kerja tarbiah, dakwah dan siasah agar momentum Bersih 2.0 ini dapat dimanifestasikan ke segenap rakyat Malaysia dan menjadi pemangkin kemenangan pada Pilihanraya Umum ke 13.

ustazabubakar.wordpress.com

Tekad terjun sungai

8 Syaaban 1432H. [MOD] -

MUAR – Niat seorang wanita untuk mencederakan dirinya dengan menggunakan pisau dan terjun di jambatan pintasan Muar tidak kesampaian selepas berjaya dipujuk suaminya.

Insiden penuh cemas jam 4.30 petang semalam mendapat perhatian orang awam dan kemudiannya bertindak melaporkannya kepada pihak polis.

Pihak polis yang tiba di tempat kejadian kira-kira lima minit kemudian berusaha memujuk wanita berkenaan tetapi tidak diendahkannya.

Sebaliknya wanita yang hanya dikenali sebagai Suriani itu meminta supaya suaminya datang ke tempat kejadian untuk memujuknya.

Wanita terbabit juga mengugut jika permintaannya tidak dipenuhi, dia akan terjun dari jambatan selain mahu mengelar lehernya menggunakan senjata yang dibawa.

Difahamkan, wanita terbabit bertindak sedemikian kerana mengetahui suaminya mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain.

Dia yang tidak berpuas hati dengan perbuatan suaminya itu nekad bertindak melarikan diri dari rumahnya di Tanjong Agas, Ledang sebelum menuju ke jambatan terbabit.

Pihak polis bagaimanapun akur dengan permintaan Suriani dan segera memanggil suami wanita tersebut.

Kira-kira 10 minit kemudian suaminya yang berusia sekitar 30-an tiba di tempat kejadian dan berjaya memujuk isterinya supaya bertenang serta menyelesaikan masalah secara damai.

Kehadiran suaminya berjaya menenangkan Suriani yang kemudian turun dari jambatan sebelum bertindak menyerah diri kepada pihak polis.

Kedua-dua pasangan suami isteri itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli mengesahkan insiden tersebut.

Menurutnya, pihaknya masih menjalankan siasatan mengenai punca sebenar wanita terbabit bertindak sedemikian.

“Pihak polis turut merampas pisau yang digunakan suspek dalam cubaannya untuk membunuh diri,” katanya.

Mohamad Nasir berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan untuk membunuh diri dan jika sabit kesalah boleh dikenakan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

sinarharian/-

Temui rakan mati di belakang pasar

8 Syaaban 1432H. [MOD] -

Muka, kepala mangsa berlumuran darah

ALOR GAJAH: Seorang lelaki ditemui mati dengan kesan kecederaan pada muka dan kepalanya dipercayai dibunuh dalam sebuah pondok di belakang Pasar Awam Masjid Tanah, dekat sini, malam kelmarin.

Mayat Nasafri Ismail, 41, ditemui terbaring oleh pencari barang terpakai yang juga rakan karibnya pada jam 10.30 malam.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharudin yang mengesahkan kejadian itu berkata, siasatan awal mendapati, lelaki terbabit dipercayai meninggal dunia akibat dipukul menggunakan objek tumpul di kepalanya.

“Setakat ini, kita belum mengenal pasti motif pembunuhan dan kejadian itu tiada kaitan dengan samun kerana semua barang berharga termasuk dompet dan jam tangan mangsa tidak diambil.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah di talian 06-5562222 atau balai polis berhampiran,” katanya.

Sementara itu, pencari barang terpakai dikenali sebagai Zali, 50-an, berkata ketika tiba di pondok itu, be-liau pada mulanya menyangka rakannya yang dipanggil Pahang atau Bai itu sedang tidur.

“Dia terbaring di atas kotak dan kertas yang saya kumpulkan siang tadi (kelmarin) dengan kedua-dua seliparnya dijadikan bantal.
“Saya kemudian mencuit kakinya tetapi dia tidak bergerak. Selepas itu saya menyalakan pemetik api dan terkejut apabila melihat muka dan kepala mangsa berlumuran darah,” katanya.

Zali berkata, beliau segera memberitahu seorang lagi rakannya yang kebetulan berada di kawasan kejadian sebelum menghubungi polis bagi memaklumkan penemuan mayat terbabit.

berita harian/-

BERSIH 2.0 : Ibrahim Ali Mengarut, Kata SUARAM

8 Syaaban 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 11 JULAI : Suara Rakyat Malaysia (Suaram) hari ini membidas Presiden Perkasa Ibrahim Ali kerana mencadangkan kerakyatan Pengerusi Bersih Ambiga Sreenevasan dilucutkan.

Kesal dengan laungan sumbang pemimpin bersuara lantang itu, Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) hari ini membidas dan menyifatkan gesaan agar kerakyatan Ambiga dilucutkan adalah sebagai "mengarut".

Menurut Sektariat Suaram Fadiah Nadwa Fikri, gesaan yang dibuat Ibrahim itu adalah "karut' dan "ketinggalan zaman".

"Gesaan itu adalah sesuatu yang ketinggalan zaman, kalau kita duduk di zaman batu atau zaman gelap ia boleh (dilucutkan) tapi kita duduk dalam negara yang ada perlembagaan.

"Ia adalah sesuatu yang mengarut untuk melucutkan kerakyatan," katanya pada sidang media di Dewan Himpunan Cina Wilayah Persekutuan Selangor hari ini.

Tegas beliau, Himpunan Bersih 2.0 yang didakwa disertai lebih 50,000 peserta sama sekali tidak melanggar titah Yang di-Pertuan Tuanku Mizan Zainal Abidin.

"Kita tidak melanggar perintah, kita nak berjalan ke Stadium Merdeka tapi dihalang...kita bukan boleh terbang dan tiba-tiba jatuh di stadium.

"Kita tidak melanggar apa-apa perintah," katanya.

Selain mengesa kerakyatan Ambiga dilucutkan, Ibrahim turut dilaporkan sebagai berkata peserta perhimpunan baru-baru ini juga sebagai penderhaka kerana mengingkari titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Tambah Fadiah Nadwa, pihaknya kini sedang mengumpul bukti keganasan polis yang menangani perhimpunan itu sebelum tindakan susulan diambil.

Beliau juga meminta mana-mana peserta yang dikasari polis agar memaklumkan perkara itu kepada SUARAM.

"Kita dalam langkah mencari fakta dan bahan bukti seperti video dan gambar yang menunjukkan keganasan polis terhadap rakyat, dalam pada itu kami juga memohon kerjasama orang ramai yang dikasari polis tempoh hari untuk tampil kepada kami (SUARAM),"ujar beliau.

malaysiakini/-

Tahniah kepada peserta Bersih 2.0

8 Syaaban 1432H. [MOD] -

Assalamu'alaikum, saudara pengarang, para sahabat setugas dan sahabat pembaca sekalian.

Memulakan bicara, saya ingin mengkalungkan ucapan tahniah kepada Perhimpunan Bersih 2.0 dari semua peringkat, termasuk kepada media massa seperti kalian yang sentiasa memaparkan kisah benar lagi sahih akan peristiwa bersejarah ini.

Semoga kita sekalian yang dahagakan kebenaran dan keadilan serta bencikan kemungkaran dan kezaliman akan beroleh bantuan dan rahmat-Nya, insya Allah.

Juga, takziah kepada saudara kita yang syahid dalam perhimpunan itu. Semoga Allah mengira saudara kita tersebut dalam golongan para hamba-Nya yang mukhlasin dan beroleh redha-Nya selama-lamanya, insya Allah.

Jelas terang tanpa bersuluh, ibarat kata pepatah, "Siapa yang makan cili, dia yang terasa pedasnya." Begitulah yang dapat kita saksikan sepanjang hari itu. Mana tidak? Jika benar kita ini benar lagi bagus, mengapa bila ada orang mahu bertemu kita menceritakan masalahnya kepada kita, kita perlakukan sesuka hati pula?

Umpamanya, jika saudara datang bertemu saya untuk menuntut hutang, wajarkah saya menghalau saudara hanya kerana isu hutang itu? Sebab itulah, rasanya tidaklah keterlaluan kalau saya katakan, sebenarnya kerajaan yang ada hari ini telah berhutang kepada rakyat jelata sejak merdeka lagi.

Ya, tidak dinafikan, negaa turut membangun pesat dengan taraf hidup yang juga meningkat maju dari masa ke masa. Namun begitu, jika kita lihat dari aspek yang lain, adakah kemajuan material itu seiring dengan kemajuan akhlaq dan kerohanian? Malah, boleh saya katakan, kita kini sebenarnya sedang hanyut dilanda arus kebaratan hatta soal pembangunan moral insani seolah-olah kelihatan remeh -- ala, suka hatilah ... Contohnya, peningkatan kes pelajar sekolah merokok sahaja, sepatutnya diberi perhatian serius oleh Kementerian Pelajaran.

Ini tidak, asyik menuding jar kepada pihak bawahan, khasnya ibu bapa. Soalnya, adakah yang menyalahkan ibu bapa itu juga, bukan ibu bapa kepada anak-anak mereka sendiri? Rasanya, punca kepada segala kesulitan yang semakin meruncing ini ialah pelaksanaan dasar yang tiada atau rapuh prinsip; hanya ikut trend semasa aja.

Oleh sebab itulah, saya boleh katakan, jika dengan sebab kecil sebegitu pun mereka tak ambil peduli, atau pelaksanaan dasar yang tidak "consistant", maka akibatnya begitu membarah hatta merosakan sistem politik dan pemerintahan. Walaupun tidak mampu membaca akhbar, setidak-tidaknya dengan era keterbukaan maklumat pada zaman IT sebegini, saya serta rakan-rakan senasib, alhamdulillah, mampu memperoleh sumber maklumat alternatif yang lebih benar lagi sahih.

Sejarah sebenarnya telah membuktikan berkali-kali, pentadbiran yang ada sekarang ini acap kali merampas hak rakyat untuk bersuara menerusi pelbagai bentuk pilihanraya. Namun begitu, persoalan utama mereka sering menang mudah, antara lain, ketidaktelusan penyampaian maklumat itu sendiri.

Bayangkan, hanya para menteri sahaja yang dibenarkan mempelopori media arus perdana negara, sedangkan mereka yang dipanggil "pembangkang" itu, nak berucap untuk 10 ke 15 minit menyatakan hasrat dan manifesto pun, terhalang lagi dihalang ... Nah, inikah kemajuan
namanya?

Sedangkan, kita lihat sahaja negara-negara maju yang mana kerajaan kita berkiblatkan (AS, Britain, Jepun, Korea ...), rakyat bebas memilih parti atau kepimpinan lain apabila kerajaan yang ada didapati khianat, kan? Malah, di Jepun, misalnya, apabila seseorang menteri itu rasuah, umpamanya, kemudian heboh diperkatakan dalam masyarakat, dia dengan segera meletak jawatan. Tapi, bagaimana pula di Malaysia, negara yang sering diwar-warkan sebagai negara Islam misali ini?

Oleh itu, saya berpendapat, tibalah masanya kerajaan kita ditukar sama sekali; biar mereka yang ada sekarang ini pula yang jadi "pembangkang". Jutaan terima kasih kepada HarakahDaily yang turut menyediakan "real video" menggunakan laman YouTube yang memaparkan temuramah dan video kejadian sebenar. Tahniah dan teruskanlah memanfaatkan sumber terbuka ini demi faedah semua.

Akhirnya, bersamalah kita berdoa serta berazam sepenuh tekad untuk melakukan perubahan seiring tuntutan agama dan keharmonian negara kita, Malaysia yang tercinta ini. Tidak usahlah kita terpengaruh dengan segala janji manis mereka sekian lama, termasuk 1 Malaysia ini, yang terang jelas hanya sebagai dana kewangan haram mereka sekian lama. Semoga setelah ini, kita benar-benar mampu mensuci lagi membersihkan agama, diri, keluarga, bangsa, masyarakat dan negara.

Terima kasih.
Muhammad Adam Lee

Serangan DOS terhadap Malaysiakini berakhir

8 Syaaban 1432H. [MOD] -

Serangan Penafian Perkhidmatan (DOS) terhadap server Malaysiakini berakhir pagi semalam.

Serangan yang bermula pada jam 5 petang Jumaat lalu, serupa dengan serangan terhadap server Malaysiakini sewaktu pilihan raya Sarawak. Bagaimanapun, kali ini, server berita Malaysiakini kekal di talian sepanjang tempoh serangan tersebut.

"Terima kasih kepada pasukan teknologi kami, perubahan yang kita dibuat kepada server infrastruktur kami, mampu untuk menangkis serangan tersebut," kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysiakini, Premesh Chandran.

"Bagaimanapun, serangan masih menjejaskan perkhidmatan langganan Manage4me kami, jadi kami memutuskan untuk membuka akses kepada semua pembaca semasa serangan tersebut," jelas Premesh.

Malaysiakini akan mengembalikan semua perkhidmatan online petang ini.

Menurut Google Analytics, Malaysiakini dikunjungi 726,000 pembaca unik pada hari Sabtu. Ini termasuk 202,000 pembaca mengakses laman melalui peranti mudah alih.
Pembaca juga mengakses Malaysiakini di Facebook dan Wordpress, walaupun Malaysiakini tidak mengesan statistik laman-laman tersebut.

Video Malaysiakini juga sama popularnya. 'Yellow arrest' ditonton lebih 250,000 kali. Beberapa video BERSIH lain pada halaman YouTube Malaysiakini menerima lebih 100,000 tontonan.

MALAYSIAKINI/-

Gempa bumi kuat landa Jepun

8 Syaaban 1432H. [MOD] -Loji nuklear Fukushima terpaksa dikosongkan ekoran amaran tsunami

TOKYO: Gempa bumi kuat menggegarkan timur laut Jepun semalam, menyebabkan loji nuklear yang terjejas, Fukushima terpaksa dikosongkan tetapi tiada tanda kemusnahan berlaku di loji itu atau laporan kematian di sepanjang pesisir pantai.

Agensi Meteorologi Jepun mengeluar amaran tsunami selepas gempa dengan magnitud 7.1 melanda di kawasan sama yang musnah akibat gempa bumi kuat dan tsunami pada 11 Mac tetapi menarik amaran itu kembali.
Pegawai rasmi berkata ombak setinggi 10 sentimeter direkodkan. “Gegaran berlaku lebih lama dan kuat,” kata seorang pegawai kerajaan di bandar Iwaki, Fukushima memberitahu penyiar NHk.

“Rak buku bergoyang tetapi tiada yang jatuh, kami menasihati orang ramai supaya tidak menghampiri pantai,” katanya.

Sekurang-kurangnya 21,000 orang terbunuh atau hilang dalam malapetaka Mac lalu yang turut menjejaskan bekalan tenaga ke loji nuklear Fukushima.

Tiada laporan kecederaan atau kemusnahan akibat gempa bumi itu setakat ini. Agensi kaji cuaca berkata gempa bumi berlakui pada kedalaman 10 kilometer di luar timur laut pantai negara itu sebelum jam 10 pagi waktu tempatan.

Pegawai syarikat pengendali loji nuklear Fukushima, Tokyo Electric Power, berkata pekerja di loji berkenaan sudah diarahkan keluar dan pergi ke kawasan tinggi.

Beliau berkata, tiada kemusnahan di loji di mana pekerja bekerja keras membina sistem penyejukan untuk menstabilkan reaktor.

Syarikat itu berkata, walaupun dengan pengosongan itu, air masih dipam masuk ke rektor dan nitrogen turut dimasukkan ke dalam dua rektor untuk mengelakkan letupan hidrogen.

Akhbar Japan Today yang memetik agensi berita Kyodo melaporkan rombakan loji nuklear Fukushima Daiichi termasuk mengeluarkan bahan bakar nuklear, meruntuhkan reaktor dan bangunan di dalam loji itu, dijangka mengambil masa beberapa dekad. – Reuters/ Agensi

A Samad Said : PRU-13 Ada Sinar Harapan Baru

8 Syaaban 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 11 JULAI : Di sebalik perkembangan sosiopolitik semasa, Datuk A. Samad Said yang dilihat sebagai “ikon baru” berkata, sudah tiba masa tampuk kepimpinan negara memperlihatkan perubahan dengan diterajui oleh kalangan rakyat dan pilihan raya umum ke-13 akan membawa sinar harapan.
“Sudah tiba waktunya, rakyat pula yang berada di tampuk kuasa,” kata beliau pada satu ceramah di Taman Melewar dekat sini malam tadi.

Kata Sasterawan Negara itu, “selagi (golongan) bangsawan yang berada di atas, sampai bila-bila saya rasa mereka tidak akan dapat merasakan apa yang dirasai oleh rakyat.”

Sehubungan itu, seniman berusia 76 tahun ini yang menjadi tumpuan ketika perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara baru-baru ini menambah, pilihan raya umum ke-13 pasti akan ada sinar harapan untuk melihat perubahan tersebut.

Samad juga berkata sepanjang lima dekad Malaysia hanya dipimpin oleh golongan bangsawan seperti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Hussein Onn dan Tun Abdul Razak Hussein — kesemuanya golongan yang mempunyai harta dan pangkat.

Malaysia kini dipimpin oleh perdana menteri yang keenam iaitu Datuk Seri Najib Razak, anak kepada Razak.

Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi masing-masing merupakan perdana menteri keempat dan kelima.

Dalam ceramahnya, Samad juga berkata, seorang sasterawan tidak perlu hanya menulis semata-mata tetapi mereka juga perlu bertindak, lapor portal The Malaysian Insider.

Oleh itu jelas beliau, sebagai seorang sasterawan, mereka tidak perlu takut dengan penulisan yang dihasilkan, yang mampu bertindak ke atas sesuatu isu.

“Seorang sasterawan, tugasnya ialah mencipta dan merakamkan apa yang berlaku dalam masyarakat. Itu yang saya lakukan lebih 50 tahun. Merakam sahaja. Saya tidak berapa suka untuk merakam sahaja apa yang berlaku. Saya cemburu dengan masyarakat yang boleh bertindak dalam sesuatu perkara,” katanya.

Justeru kata Samad, apabila beliau dijemput menyertai Himpunan Bersih 2.0 secara rasmi, beliau menulis puisi yang bertajuk “Unggun Bersih”.

Samad berkata beliau ada dua lagi karya yang dihasilkan berkaitan Himpunan Bersih 2.

Samad telah membacakan sebuah puisi “Unggun Bersih” pada majlis pelancaran Himpunan Bersih 2.0 pada 19 Jun lalu di ibu negara, sekali gus membawa kepada tindakan pihak berkuasa menyoal siasat beliau atas dakwaan menghasut.

Di sebalik perhimpunan Bersih 2.0 kelmarin, Samad merupakan antara beberapa personaliti bersama 600 penyokong gabungan menuntut pembaharuan pilihan raya tiba di Stadium Merdeka di sebalik halangan dan sekatan ketat pihak polis.

Beliau menyifatkan perhimpunan Bersih 2.0 sebagai “satu kejayaan besar” kerana dapat menarik kehadiran begitu ramai, didakwa dalam lingkungan 50,000 orang.

Polis menganggap hanya 6,000 orang hadir kelmarin.

tv selangor/-

Undur Najib, kata warga internet

8 Syaaban 1432H. [MOD] -

Bukan sahaja ribuan rakyat membanjiri Kuala Lumpur kelmarin, pengguna internet juga mempunyai cara tersendiri menunjukkan bantahan mereka dengan mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.

Melalui laman "100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation" (100,000 rakyat tuntut Najib Tun Razak berundur), sudah 110,192 menyokongnya dengan menekan butang like (suka),

Hanya 48 jam selepas dimulakan, jumlah itu sudah melepasi sasaran yang 100,000 yang ditetapkan sebelum ini.

Sebahagian besarnya terdiri daripada penyokong BERSIH 2.0, berdasarkan lencana profil mereka.

Laman itu dimulakan pada Sabtu, hari yang sama dengan perhimpunan BERSIH 2.0, sebagaiu landasan untuk pengguna internet menyuarakan perasaan tidak puas hati mereka kepada kerajaan.

Bagaimanapun, tiada sebarang maklumat berhubung pencipta laman itu dipamerkan.

Penyokongnya yang rasa terkejut dengan sambutan luar biasa itu sekarang meletakkan sasaran baru untuk mencapai angka satu juta orang.

Laman itu juga memberi ilham dan merintis kepada beberapa laman lain yang menggunakan judul sama.

Ini bukan kali pertama tindakan politik menyebabkan kemarahan di alam maya. Tahun lalu pengumuman kerajaan untuk membina menara seratus tingkat juga meletus apabila mereka beranggapan tindakan itu bakal membazirkan wang rakyat.

Laman itu - "1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower" (1M rakyat Malaysia tolak menara seratus tingkat) - kini disukai 300,000 orang.

malaysiakini/-

Bersih 2.0: Pemuda PAS gesa siasat polis ganas

8 Syaaban 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 11 Julai: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menuntut agar satu siasatan dibuat kepada beberapa insiden keganasan pihak polis ketika cuba menghalang Himpunan Aman Bersih 2.0 9 Julai lepas.

Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, pihak polis harus mengambil tanggungjwab di atas kematian Allahyarham Baharudin Ahmad serta menjelaskan dua rakaman klip video dari Malaysiakini dan Al-Jazeera yang disebar di Youtube yang jelas membuktikan keganasan anggota polis.

Katanya, Allahyarham Baharudin Ahmad, 58, yang berada di KLCC meninggal dunia selepas terhidu asap bom pemedih mata yang ditembak oleh FRU.

Beliau menambah, bahan kimia 2-Chlorobenzalmalononitrile (CS) yang menjadi bahan utama bom berkenaan menjadi punca mangsa mengalami trauma, sesak nafas dan kegagalan fungsi jantung hingga menyebabkan kematiannya.

“31 Disember 2010 yang lalu, perkara yang sama berlaku kepada seorang wanita Palestin berumur 36 tahun, Jawaher Abu Rahmah yang mati selepas terhidu gas pemedih jenis yang sama digunakan oleh rejim Israel di Tebing Barat,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya lagi, Dr. Mohammed Aideh, Pengarah Perkhidmatan Perubatan Kecemasan, Kementerian Kesihatan Palestin telah mengesahkan perkara itu walaupun Israel enggan bertanggungjawab.

Kini, ujarnya perkara itu berlaku di Malaysia, dan polis mengulangi sikap Israel itu.

Justeru, katanya DPPP berharap agar satu siasatan dibuat bagi memberi keadilan kepada mangsa dan keluarganya.

Pemuda PAS juga, ujarnya mahu penjelasan polis berhubung klip video Malaysiakini bertajuk Police beating yang dirakamkan di Jalan Tunku Abdul Rahman yang memaparkan beberapa anggota polis berpakaian reman menumbuk, menendang, memijak serta memaki hamun seorang peserta bersih yang telah dibaringkan diatas jalan raya.

Katanya, klip Video Al-Jazeera bertajuk [BERSIH 2011] RIOT BY POLICE - Live Footage From Al-Jazeera yang dirakamkan di Jalan Pudu pula menunjukkan keganasan anggota Polis beruniform menembak gas pemedih mata dan kemudiannya meluru untuk menendang dan memukul peserta Bersih yang duduk.

Beliau berkata, beberapa insiden lain termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengawalnya yang dipukul polis hingga tercedera, begitu juga kepada seorang lelaki lain di Pudu yang pecah kepala diserang polis serta banyak lagi bukti-bukti keganasan polis menuntut pertanggungjwaban Ketua Polis Negara dan organisasinya.

“DPPP akan memastikan isu ini menjadi kes utama untuk pihak Suhakam serta disiasat secara lebih terperinci.

“DPPP yakin rakyat mahukan jawapan di atas ketidakjujuran Ketua Polis Negara yang menutup mata dan menafikan keganasan ini,” ujarnya.

harakahdaily/-.

KPT tunggu senarai siswa berdemo

8 Syaaban 1432H. [MOD] -

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata beliau masih menunggu laporan daripada polis berhubung pembabitan penuntut institusi pengajian tinggi awam dalam perhimpunan haram di Kuala Lumpur, Sabtu lepas.

Beliau berkata senarai pelajar itu nanti akan diserahkan kepada universiti terbabit untuk tindakan selanjutnya.

"Terpulanglah kepada universiti berkenaan untuk mengambil tindakan terhadap pelajar mereka," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah pemenang pertandingan bola sepak Piala Menteri Pengajian Tinggi di Stadium Universiti Teknologi MARA (UiTM), di Shah Alam malam tadi.

Sementara itu Naib Canselor UiTM Prof Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar yang turut hadir, berkata setakat ini pihaknya tidak menerima laporan pembabitan pelajar atau warga kerja UiTM.

Bagaimanapun jika ada, tindakan tatatertib seperti ditamatkan perkhidmatan boleh dikenakan kepada warga kerja, katanya.

Pada pertandingan itu, pasukan tuan rumah UiTM muncul johan dan menerima hadiah wang tunai RM30,000 selain piala dan hadiah iringan.

malaysiakini/-

Gadis tertekan panjat bumbung

8 Syaaban 1432H. [MOD] -

DUA anggota bomba dan penyelamat berjaya menyelamatkan seorang gadis dari atas bumbung di sebuah rumah di Machang, Kelantan semalam.

MACHANG – Seorang gadis yang dipercayai mengalami tekanan perasaan terpaksa dipujuk selama 10 hingga 15 minit supaya turun dari bumbung rumah di Jalan Bahagia dekat sini semalam.

Gadis berusia 21 tahun itu, dikesan berada di atas bumbung rumahnya pada pukul 11 pagi oleh orang ramai yang terkejut melihat mangsa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Che Mohd. Fauzi Che Omar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.06 pagi dan tiba di tempat kejadian empat minit selepas panggilan.

Menurut beliau, operasi yang diketuai oleh Che Zamri Che Ya bersama enam anggota dan satu jentera mengambil masa 44 minit untuk membawa turun gadis itu yang tidak bertindak agresif.

KOSMO/-

Terkejut lihat anak bergari, tak sedar diri

8 Syaaban 1432H. [MOD] -

ZAINUN menunjukkan gambar Mohd Azizul ketika ditemui di rumahnya di Kuala Terengganu, semalam.

Ibu persoal sebab kematian Azizul

KUALA TERENGGANU: “Hanya Allah yang tahu sedihnya perasaan apabila melihat Mohd Azizul tidak sedarkan diri dalam keadaan bergari ketika ditahan di lokap Balai Polis Gong Badak, bersama abangnya pada malam Rabu lalu.

“Saya juga kecewa apabila bertanya kepada anggota polis bertugas mengapa anak saya begitu, tetapi dijawab anak saya hanya berpura-pura tidak sedarkan diri dan akan sedar setengah jam lagi,” kata Zainun Mamat, 52, dari Kampung Tuan Mandak, Batu Enam di sini, semalam.

Zainun yang juga suri rumah, mempertikaikan kelewatan polis menghantar anaknya mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) hingga menyebabkan kematian Mohd Azizul Muda, 24, yang didakwa meninggal dunia kerana kecederaan akibat jatuh motosikal di Taman Semarak.

Beliau berkata, Allahyarham dan abangnya, Mohd Suhaimi, 38, keluar menaiki motosikal ke kedai makan di Taman Semarak, untuk menikmati roti canai selepas menonton siaran langsung perlawanan bola sepak kelayakan Piala Dunia antara Malaysia dengan Taiwan jam 11.30 malam Rabu lalu.

Katanya, kira-kira setengah jam kemudian, dia menerima panggilan telefon daripada rakan anaknya supaya datang ke Balai Polis Gong Badak kerana dua anak lelakinya itu ditahan polis dan Mohd Azizul cedera di kepala kerana dikatakan jatuh motosikal.

“Saya lihat Mohd Azizul kritikal akibat kecederaan di kepala, malah saya juga tidak mengetahui punca sebenar dia dan abangnya ditahan polis. Selepas berbincang dengan anggota polis di situ, seorang daripadanya memberi jaminan Mohd Azizul akan pulih dan saya diminta pulang tidak lama selepas itu,” katanya.

Zainun berkata, dia datang semula ke balai polis itu kira-kira jam 9 pagi keesokannya untuk melihat keadaan anaknya, tetapi terkejut apabila mendapat tahu Mohd Azizul sudah dihantar ke HSNZ pagi itu tanpa pengetahuannya.

“Saya bergegas ke HSNZ dan terkejut apabila mendapati kepala anak sudah dibedah dan doktor memaklumkan Mohd Azizul meninggal akibat terjatuh motosikal. Saya hairan kerana sebelum ini anggota polis memberi jaminan anak saya tiada sebarang masalah.

“Saya kesal kerana permintaan supaya Mohd Azizul dibawa ke hospital tidak diendahkan polis, sebaliknya berbuat demikian apabila dia sudah nazak dan ini menimbulkan keraguan berhubung punca kematiannya,” katanya.

Zainun berkata, keluarganya bercadang melantik peguam untuk mengenal pasti punca sebenar kematian anaknya dan mengambil tindakan lanjut.

beritaharian/-

Bersih 2.0: Rugi RM100 juta dan Najib turun padang

8 Syaaban 1432H. [MOD] -

PERANG psikologi sering berterusan selepas isu Perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai 2011 yang diharamkan walaupun pada mulanya ada saranan murni boleh berhimpun di dalam stadium. Sikap berdolak-dalik ini tetap tidak dapat dilupakan; baik mereka yang terbabit terus dengan kempen 'Bersih' atau sebaliknya. Najib oh Najib!

Najib Razak kononnya turun gelanggang sehari selepas peristiwa itu menemui warga kota Kuala Lumpur khususnya para peniaga.Ya, tanda seorang PM yang simpatis dan empatis! Eloklah dan moleklah begitu.

Hahaha....simpatis dan empatis kepada para pendokong kapitalisme. Rasa belas kepada golongan peniaga yang kononnya kerugian RM100 juta pada hari bersejarah, hari berangka ganjil '9.7.11' .

Fikirkanlah di sisi lain. Betapa pada tarikh tersebut banyak wang orang Melayu telah dapat diselamatkan. Kerana apa? Orang Melayu sememangnya sikapnya suka berbelanja (shopping). Membeli barangan yang telah sedia ada; bukan yang tiada. Sikap membazir sikap yang semacam sudah menjadi darah daging orang Melayu.

Oleh itu kenapa rugi? Sekurang-kurangnya orang Melayu dapat bertahan daripada wangnya mengalir sia-sia cuma satu hari sahaja pada hari itu. Orang Melayu telah membuktikan 'kuasa membelinya' ada 'power' menyebabkan kerugian RM100 juta sehari. Ha..ha..ha.. Apa ruginya?

Justeru, baik Najib Razak atau sesiapapun janganlah menyanyi lagu 'bangau oh bangau'. Tidak guna saling salah menyalahkan pihak lain. Mahu salahkan polis/PDRM yang menutup semua jalan pintu masuk utama ke KL yang menyebabkan tiada urus niaga? Hahaha...nanti pihak PDRM akan buka 'story' lain pula. Maka lebih baik semua pihak jadikan iktibar.

Apa gunanya Najib Razak turun ke gelanggang bersalaman dengan para peniaga kedai/toko seperti yang dibuat pada masa-masa lalu turun ziarah ke tumpuan umum di KL di Pudu Raya, Jalan Petaling, Jalan TAR, Chow Kit , Jalan Masjid lndia dan sebagainya tetapi bersalaman dengan para peniaga (pembantu kedai) dan orang ramai bukan warganegara Malaysia seperti pendatang Pakistan, lndia, Nepal, lndonesia, Bangladesh, Kazakhtan, Turkistan, Afghanistan yang bukan sahaja ada di KL bahkan di merata-rata seluruh negara sekarang.

Kesudahannya dikatakan orang 'PM kita syok sendiri'. Hahaha...malulah. Apalah sudah jadi oh Malaysia tanah airku, tanah tumpah darahku....

Lebih baik Najib Razak sekarang fikirkan berapakah bulan bonus gaji mahu diberikan kepada kakitangan kerajaan menjelang hari raya dan penghujung tahun ini. Adalah lebih baik Najib Razak tinjau dan kawal serta arahkan pemaju perumahan dan ejen hartanah menuruhkan harga rumah yang kini banyak dijual dengan harga yang tidak masuk akal.

Dan bertambah afdal jika Najib Razak bertanyakah kepada SN Pak Samad Said dari lubuk kalbu nuraninya tentang kejadian sebenar dan intisari peristiwa 9 Jula itu. Luahan hati seorang sasterawan adalah ketelusan dan kebenaran. Pak Samad bukan orang politik yang sering ditafsirkan dengan pelbagai wajah.

Dan lebih baik Najib Razak pantau harga 'barang naik' (BN) termasuk membetulkan stering dan kepala para CEO di setiap GLC khususnya TNB dan lain-lain. Praktikkan betul-betul 'Rakyat didahulukan, bukan Cukong didahulukan'. Janganlah buka bab PRU 13 buat masa ini, kelak cepatlah anda jatuh. Percayalah pandangan saya.

Dr Rajiee Hadi,

Kuala Lumpur, Malaysia.

Jari bayi rosak satu demi satu

8 Syaaban 1432H. [MOD] -

MACHANG – Hati ibu bapa mana tidak luluh dan kecewa apabila jari tangan kiri anak kesayangan yang dilahirkan sempurna tiba-tiba mengalami kerosakan satu demi satu berpunca daripada kelalaian orang lain.

Bagi Ismail Lee Abdullah dan isterinya, Zuhariana Baharum, kedua-duanya, 30, masalah tersebut sangat merisaukan apatah lagi apabila memikirkan bahawa anak mereka akan membesar tidak seperti kanak-kanak lain.

Dakwa mereka, jari dan tangan kiri Nur Ayreen Imanie, 6 bulan, tiba-tiba menjadi hitam dan mengecut selepas tiga minggu anaknya itu menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu kerana mengalami masalah pernafasan pada Mac lalu.

Ismail berkata, pada mulanya tangan kiri anaknya berubah menjadi hitam dan kebiru-biruan dari paras siku hingga ke jari.

Beliau kemudian terus merujuk anaknya itu ke HRPZ II sekali lagi sebelum dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk rawatan selanjutnya.

Menurutnya, ketika di HRPZ II, doktor menjalankan ujian imbasan dan mengesahkan terdapat saluran darah tersumbat pada bahagian bekas suntikan.

Bayi itu kemudian diberikan ubat pencair darah bagi mengatasi masalah tersebut namun tidak berkesan.

Menurutnya, setakat ini tiga batang jari tangan kiri sudah tanggal dan hilang akibat masalah tersebut manakala dua lagi batang jari sedang menghadapi masalah yang sama.

KOSMO/-

Lebih 70 Isteri Wakil Rakyat Keracunan Makanan

8 Syaaban 1432H. [MOD] -


KUALA TERENGGANU 10 JULAI : Lebih 70 isteri wakil rakyat yang menyertai Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia 2011 di semalam mengalami keracunan makanan.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr A. Rahman Mokhtar berkata kejadian bermula pada kira-kira 11.00 pagi apabila beberapa daripada mereka mengalami simptom muntah-muntah dan cirit birit dan dirujuk ke klinik statik di hotel mereka menginap.
Dr A. Rahman Mokhtar berkata daripada lebih 70 orang yang mengalami simptom itu, seramai 18 terpaksa dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
"Hanya 15 yang ditahan di wad kerana simptom yang dialami mereka lebih serius namun keadaan mereka stabil dan tidak membimbangkan,” katanya kepada Bernama selepas ditemui ketika melawat para isteri wakil rakyat berkenaan di HSNZ.
Menurutnya lagi, punca kejadian masih disiasat namun beliau tidak menolak ia mungkin berpunca daripada makanan yang dihidangkan dalam satu majlis makan malam sebelum itu.
"Semua sampel makanan sudah dihantar ke Jabatan Kimia untuk pemeriksaan
lanjut, katanya.
Sementara itu, isteri Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Selangor, Datin Norliah Mohd Nazir ketika ditemui di HSNZ memberitahu beliau mengalami muntah-muntah selepas majlis makan malam yang dihadiri bersama isteri wakil rakyat lain.
"Selepas muntah-muntah saya cuba dapatkan rawatan di Klinik Statik di Hotel Permai tapi keadaan saya tidak bertambah baik dan saya dihantar ke sini (HSNZ) untuk dapatkan rawatan lanjut," katanya.
Namun katanya, beliau menganggap peristiwa tersebut sebagai insiden tidak dijangka dan tidak menyalahkan pihak penganjur atas kejadian tersebut.

Kuasa Eksekutif Melampau, SPR Keliru

8 Syaaban 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 11 JULAI: Kuasa eksekutif di negara ini kini dilihat telah melangkaui institusi di-Raja dalam bentuk mengawal keputusan suruhanjaya yang sepatutnya berperanan sebagai badan bebas.

Menurut Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Urusan Ekonomi (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan, walaupun secara teori Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) misalnya terletak di bawah naugan Yang di-Pertuan Agong, namun realiti menggambarkan agensi itu lebih cenderung kepada kerajaan.

"Masalah yang kita ada ialah eksekutif terlalu berkuasa sampai ketahap badan yang bukan di bawah eksekutif pun menganggap mereka berada di bawah kuasa eksekutif," jelasnya.

Beliau yang dihubungi Tv Selangor mengungkap kegagalan kerajaan menyelesaikan tuntutan gabungan Bersih 2.0 dengan kaedah politik mengakibatkan Tuanku Mizan Zainal Abidin terpaksa membuat kenyataan.

Jelasnya, Agong merupakan rujukan terakhir bagi mana-mana pihak jika setiap rundingan menemui jalan buntu.

"Apa yang berlaku ini adalah isu politik dan saya rasa sepatutnya ianya boleh diselesaikan di peringkat politik dahulu sebelum institusi Di Raja.

"Jadi bila Tuanku Mizan buat kenyataan, bagi saya itu menunjukkan kegagalan kita di peringkat politik untuk menyelesaikan," ujar Wan Saiful.

Gabungan Bersih 2.0 yang dianggotai oleh 62 badan bukan kerajaan mengemukakan lapan tuntutan kepada SPR bersabit penambahbaikan sistem pilihan raya di negara ini.

Gesaan itu timbul setelah menemui pelbagai bukti menunjukkan suruhanjaya itu tidak bebas daripada pengaruh kerajaan memerintah demi mengekalkan kuasa.


Antara tuntutan yang dikemukakan termasuk menggunakan dakwat kekal, penghapusan undi pos, memanjangan tempoh berkempen dan mengekang gejala rasuah dan politik kotor.

Namun SPR berpendirian kesemua tuntutan tersebut tidak munasabah dan menolak sebarang perbincangan lanjut dengan gabungan itu.

Respon daripada kenyataan itu maka Bersih bernekad menganjurkan perhimpunan aman pada Sabtu untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong seperti yang telah diperkenan baginda.

Namun niat murni itu disalah erti oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri Najib Razak dan mengarahkan polis untuk menentang gabungan yang terdiri daripada golongan pertengahan dan rendah itu habis-habisan.

Hasilnya seramai 1,677 telah ditangkap dan puluhan penyokong turut cedera akibat kekasaran polis.

Menurut Wan Saiful, kedua-dua pihak harus dipersalahkan kerana memperlekeh perintah Tuanku Mizan yang mencadangkan supaya isu tuntutan itu dibawa ke meja rundingan.

Jelas beliau, setelah baginda bertitah maka Polis di-Raja Malaysia (PDRM) adalah entiti yang harus menggerakkan peranan mengemukakan cadangan berbincang dengan gabungan Bersih yang dipengerusikan Datuk S. Ambiga.

Namun apa yang berlaku, PDRM adalah agensi pertama yang menutup pintu rundingan menurut Wan Saiful.

Malah penganalisis itu menyifatkan kegagalan itu sebagai malang kepada sebuah negara yang berpegang kepada prinsip raja berpelembagaan.

"Ini masalah kita, institusi yang sepatutnya bebas sudah hilang akan kebebasan itu dan akhirnya semua orang ikut apa yang Perdana Menteri cakap dan tidak ada keberanian untuk menyatakan mereka badan bebas untuk mendengar tuntutan daripada masyarakat umum," katanya. TVS/-

Takut Kebangkitan Rakyat, Najib Pusing Cerita

8 Syaaban 1432H. [MOD] -

PETALING JAYA 10 JULAI : Setelah dunia semalam menyaksikan kebangkitan rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat untuk menuntut sebuah pilihan raya yang adil, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebaliknya melemparkan tuduhan fitnah bahawa Ketua Pembangkang yang menjadi dalang supaya rakyat bersuara menuntut keadilan.

Malah terdesak untuk menutup tuntutan rakyat, Najib mendakwa ia adalah usaha terdesak Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menunaikan hasrat menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Najib yang juga Presiden Umno turut berkata, Anwar tergugat dengan sokongan rakyat yang semakin kuat terhadap kerajaan sehingga sanggup menganjurkan himpunan besar-besaran demi menjatuhkan imej negara di mata dunia.

Walau bagaimanapun hujah Najib itu mudah dipatahkan oleh Anwar yang ditemui media selepas menghadiri Dialog Ekonomi Profesional Muda di Hotel Crsytal Crown, di sini hari ini.

" Itu memang strategi Najib dan Rosmah, mereka tidak lihat pada isu pokok, yang mereka tahu mahu salahkan saya, dan saya adalah orang yang paling awal diserang dan sudah tentu saya orang yang paling awal yang terpaksa berundur, saya sebelum pukul 3 petang terpaksa dibawa ke hospital," jelas Anwar yang ditembak polis menggunakan gas pemedih mata ketika mahu memulakan perarakan di Stesen Sentral Kuala Lumpur.

Jelas Anwar, kenyataan Najib itu jelas satu reaksi terdesak oleh seorang pemimpin yang merasakan kedudukannya terancam oleh kebangkitan rakyat.

Paling penting, perhimpunan Bersih 2.0 sudah dijelaskan dari awal lagi dianjurkan oleh 62 badan bukan kerajaan dan Pakatan Rakyat hanya bertindak menyokong inisiatif Bersih.

Dalam insiden semalam, Anwar mengalami kecederaan di kepala dan lutut akibat tindakan anggota polis menembak gas pemedih mata tepat ke arah muka Ketua Pembangkang itu.

Tindakan pantas daripada pengawal peribadi Anwar, Fayad Al-Bakri bagaimanapun telah menyelamatkan Anwar daripada kecederaan lebih teruk.

Akibat melindungi Anwar, Fayad patah tulang pipi dan terpaksa menjalani pembedahan. Anwar turut dikejarkan ke Pusat Perubatan Pantai untuk rawatan lanjut.

Tidak cukup dengan cubaan mengaitkan Anwar sebagai dalang perhimpunan, media arus perdana termasuk Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar turut membohongi rakyat dengan fakta dan berita tidak telus demi kepentingan pemerintah.

"Penipuan angka peserta himpunan yang dilaporkan kononnya hanya 6,000 sahaja, ramai yang sudah tahu, dan pembohongan yang lain ialah laporan tidak ada yang tercedera, saya sendiri ditembak dari jarak dekat dan pengawal saya cuba bantu yang akhirnya mukanya pecah dan kini dia di hospital untuk jalani pembedahan besar esok,"kata Anwar.

Lebih malang dari itu, seorang daripada peserta himpunan Bersih 2.0 juga meninggal dunia ketika polis mengepung laluan perhimpunan berkenaan.

Dalam pada itu, Anwar turut mencabar Najib membubarkan parlimen disebalik keangkuhan pemimpin kerajaan itu kononnya boleh menang mudah pada pilihan raya umum ke-13.

"Saya mencabar Najib untuk sama-sama bertanding dalam satu pilihanraya yang adil, dan Najib perlu pastikan ianya dijalankan dengan adil dan bersih, jangan menipu dalam pilihan raya,"tegas Anwar.

Najib hari ini selain meremehkan kuasa rakyat, dengan penuh keyakinan berkata pihaknya akan memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan parlimen sebaik sahaja parti pimpinannya sudah bersedia.

Ironinya, kenyataan Najib itu umpama membuka pekung di dada bahawa gagasan itu masih belum bersedia manakala Pakatan Rakyat pula sedari awal lagi bersedia menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa.TVS/-

Azmin Desak Hishammudin, IGP Letak Jawatan Sebabkan Kematian Peserta Bersih 2.0

8 Syaaban 1432H. [MOD] -


HULU KELANG 10 JULAI: Kerajaan perlu dipertanggungjawabkan sepenuhnya terhadap kematian Allahyarham Baharuddin Ahmad, 59, yang meninggal dunia ketika menyertai Himpunan Bersih 2.0 semalam, kata Timbalan Ketua PKR, Azmin Ali.

Sehubungan itu, beliau mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar meletakkan jawatan kerana mengakibatkan orang awam kehilangan nyawa di tangan polis.

Azmin yang ditemui media ketika menziarahi keluarga Allahyarham yang juga merupakan suami kepada Ketua Wanita Cabangan PKR Setiawangsa di Keramat pagi tadi berkata, tindakan polis menzalimi rakyat yang berhimpun secara aman mendesak rombakan sistem pilihan raya tidak boleh diterima akal.

"Dan apa yang kita saksikan semalam bukan sahaja satu tuntutan untuk reformasi sistem pilihan raya tetapi sekarang rakyat akan terus bangkit untuk menuntut satu pembaharuan terhadap kezaliman polis terhadap rakyat," kata beliau.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur petang semalam selepas mengalami sesak nafas akibat terhidu bau gas pemedih mata yang ditembak oleh polis.

Malah polis turut didakwa sengaja menghalakan tembakan gas pemedih mata ke arah penyokong dan kumpulan kepimpinan dengan hasrat untuk mencederakan seseorang.

Hasilnya puluhan rakyat cedera termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengawal peribadinya yang mengalami patah tulang rahang.

Perhimpunan gabungan Bersih 2.0 yang dihadiri hampir 50 ribu rakyat seluruh negara semalam berakhir dengan pasukan polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) menyerbu serta menghalau penyokong yang berada di kawasan KLCC.

Turut kelihatan pasukan berkuda polis dikerahkan untuk menghalang penyokong daripada kembali semula ke kawasan tersebut.

Azmin kemudian menggesa suatu Suruhanjaya DiRaja (RCI) dibentuk bagi menyiasat keganasan polis terhadap rakyat di ibu negara semalam.

Beliau turut mengarahkan mana-mana individu yang mengalami kecederaan akibat dikasari polis supaya membuat laporan kepada sekretariat PKR.

"Sebab itu saya menyeru kepada semua pihak yang terlibat khususnya mangsa-mangsa samada mengalami kecederaan atau kematian melaporkan kepada seketeriat untuk kami mengambil tindakan undang-undang," tambah beliau.

Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lembah Keramat, di Taman Seri Keramat Kuala Lumpur tengah hari tadi. TVS/-

Pakistan, AS kerjasama hapus al-Qaeda

8 Syaaban 1432H. [MOD] -

ISLAMABAD 11 Julai – Pakistan semalam meminta Amerika Syarikat (AS) untuk berkongsi maklumat mengenai pemimpin baru al-Qaeda, Ayman al-Zawahri selepas Setiausaha Pertahanan AS, Leon Panetta percaya pengganti kepada Osama bin Laden kini berada di Pakistan.

Sehubungan itu, pasukan tentera Pakistan mengadakan operasi menyeluruh untuk membanteras al-Qaeda dan sekutunya yang dilihat boleh memberi ancaman kepada keamanan negara ini.

“Kami menjangkakan pihak perisikan AS akan berkongsi maklumat mengenai al-Zawahri dan pihak yang terlibat,” kata jurucakapnya. – Reuters

Kejam: PAS desak KPN, timbalan letak jawatan

8 Syaaban 1432H. [MOD] -

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 11 Julai: PAS hari ini mendesak Ketua Polis Negara dan timbalannya, Tan Sri Ismail Omar dan Datuk Khalid Abu Bakar supaya meletak jawatan ekoran kekejaman dan keganasan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap para peserta Bersih 2.0 kelmarin sehinggakan seorang terkorban dan puluhan lagi tercedera.

“PAS mengecam keras tindakan biadab polis ini sehingga menyebabkan kematian seorang peserta Saudara Baharuddin Ahmad dan puluhan lagi yang cedera semata-mata tindakan ganas mereka. Ratusan yang tercedera kerana dipukul, disepak dan diheret ke dalam trak adalah pandangan jijik anggota keselamatan, yang tidak sepatutnya berlaku.

"PAS mendesak agar Ketua dan Timbalan Ketua Polis meletakkan jawatan dan dihadapkan ke tribunal di atas jenayah yang dilakukan,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataannya hari ini.

Tindakan ganas dan melampau polis, kata Tuan Ibrahim langsung tidak mencerminkan slogan mereka Mesra, Cekap dan Betul – jauhlah lagi terpesong dengan piagam pelanggan mereka, Tegas, Adil dan Berhemah.

“Polis sepatutnya menjaga keselamatan rakyat dan bukannya menyebabkan mereka cedera secara sengaja.

"Kebiadaban anggota polis dan FRU dapat dilihat dengan jelas dari beberapa rakaman video rakyat yang dirakamkan oleh pelbagai sumber samada peserta Bersih 2.0 ataupun media antarabangsa telah membuktikan kegagalan mereka dalam menjamin keselamatan rakyat,” tambah beliau.

Perhimpunan aman Bersih 2.0 yang berlangsung 9 Julai yang lalu dicemari oleh tindakan polis yang agresif dengan serangan gas pemedih mata bertubi-tubi dan water cannon barangkali atas arahan kerajaan persekutuan pimpinan Barisan Nasional telah menyebakan seorang mangsa terkorban dan puluhan tercedera.

Mangsa terkorban ialah Allahyarham Baharudin Ahmad, 58. Antara yang cedera termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad. Di samping itu, polis juga telah menahan 1,667 orang sebelum melepaskan kesemuanya pada jam 9.30 malam hari Sabtu yang lalu.

Bagaikan spring yang melantun akibat ditekan, seramai 50,000 telah menghadiri perhimpunan Bersih 2.0 walaupun bermacam-macam cara yang digunakan kerajaan Barisan Nasional untuk menghalangnya.

Angka tersebut mungkin lebih kerana ada kumpulan-kumpulan yang tidak berjaya bergabung dengan kumpulan utama.

Ironisnya, ia merupakan satu senario yang kerajaan cuba nak elakkan dengan melancarkan pelbagai tangkapan awal dan satu serbuan terhadap segala yang berwarna kuning.

Tuduhan kerajaan dan polis bahawa Bersih 2.0 mungkin cuba membuat huru-hara di sekitar Kuala Lumpur juga dibuktikan palsu apabila ketegangan diwujudkan polis sendiri setelah menjadikan kawasan sekitar Kuala Lumpur bagaikan medan perang sebelum perhimpunan bermula.

“Dalam perhimpunan aman Bersih 2.0, langsung tiada kejadian ganas oleh para peserta sebagaimana yang cuba digembar-gemburkan media arus perdana sebelum ini.

"Oleh itu, kezaliman dan keganasan polis yang menggunakan gas pemedih mata atau tembakan air asid sepatutnya tidak berlaku, kerana tiada langsung sebab untuk mereka menggunakannya,” bidas Tuan Ibrahim yang juga menyertai perhimpunan tersebut kelmarin.

Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang turut menyelar kenyataan Ismail yang kononnya mendakwa bahawa polis hanya bertindak ganas sedemikian selepas diprovokasi para peserta Bersih 2.0.

Dengan pelbagai gambar dan video yang terpapar, Tuan Ibrahim berkata kenyataan songsang Ismail and timbalannya sebaliknya hanya dapat berfungsi untuk mendedahkan pembohongan mereka sendiri.

Kepada para peserta Bersih 2.0, beliau mengucapkan syabas bagi pihak PAS dan mengingatkan mereka kuasa menentukan masa depan negara sudah berada di tangan mereka sekarang.

“Andaikan 50,000 dan setiap seorang menyebarkan pengalaman Bersih 2.0 mereka kepada 10 seorang – maka 500,000 rakyat akan terasa – dengan 500,000 setiap seorang berkongsi lagi dengan 5 orang – maka hasilnya 2.5 juta rakyat yang tidak dapat bersama dapat merasai bagaimana kita semua bersatu sebagai rakyat Malaysia pada 9 Julai yang lepas.

"Dengan perkongsian sedemikian, kita akan sedar bahawa permainan politik yang cuba gempar-gemburkan bahawa rakyat Malaysia berpecah hanyalah taktik licik Umno Barisan Nasional untuk mengekalkan kuasa mereka,” terang beliau.

Dalam kenyataannya, Tuan Ibrahim juga mengulangi peringatannya kepada Pakatan Rakyat bahawa sokongan rakyat terhadap Bersih 2.0 bukanlah petanda sokongan mereka kepada pakatan pembangkang negara.

“Rakyat menyokong Bersih 2.0 hanya semata-mata untuk memastikan undi-undi mereka tidak di’offset’kan secara tidak sah oleh pengundi hantu, pengundi pos yang tidak sah dan juga memastikan mereka mendapat maklumat yang tepat sebelum mengambil keputusan untuk mengundi siapa-siapa.

"8 tuntutan Bersih 2.0 adalah untuk memastikan wakil yang dipilih menang nanti di pilihanraya akan datang betul-betul adalah pilihan rakyat dan bukannya pilihan parti pemerintah yang memanipulasi sistem pilihanraya negara untuk kekal berkuasa,” terang beliau.

Pakatan Rakyat, katanya juga tidak harus terlalu yakin bahawa dengan pilihanraya yang lebih bersih, kita bakal dapat menewaskan Umno Barisan Nasional.

“Rakyat yang menyokong Bersih 2.0 tetap tidak akan mengundi kita sekiranya prestasi kita lemah dan tidak dapat memberikan keyakinan kepada mereka untuk menerajui negara,” kata beliau.

PAS juga merakam takziah kepada keluarga Saudara Baharuddin Ahmad, di atas kemalangan yang menimpa beliau.

“Semoga tragedi ini akan menyemarakkan kebangkitan rakyat bagi menukarkan kerajaan yang zalim ini,” tambahnya.

Peristiwa hitam Bersih 2.0

8 Syaaban 1432H. [MOD] -

Peristiwa hitam dan pahit menyelubungi Perhimpunan Aman BERSIH 2.0 kelmarin, 9 Julai. Walaupun diasak hampir sebulan melalui media massa tunggangan kerajaan zalim Barisan Nasional (BN) bahawa BERSIH 2.0 tidak bersih serta dibantu oleh pihak polis yang setiap masa menggugut serta dilihat cuba menakutkan semua penyokong gerakan itu dengan harapan perhimpunan semalam tidak mendapat sambutan, amat meleset sekali apabila dianggarkan hampir 50 ribu perserta perhimpunan berjaya membolosi hampir semua 30 sekatan jalan masuk ke pusat bandar Kuala Lumpur.

Jika tidak kerana tangkapan demi tangkapan di stesyen LRT, Monorail, dan KTMB serta tangkapan yang dibuat ketika cuba melalui sekatan jalan itu, dianggarkan beratus ribu lagi penyokong Bersih 2.0 akan bersama-sama dengan kumpulan utama berarak ke Stadium Merdeka untuk menyerahkan memorandum 8 tuntutan BERSIH 2.0 itu kepada wakil Istana.

120 NGO antarabangsa serta SUHAKAM mengutuk tindakan zalim kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada peserta pehimpunan AMAN itu kerana dilihat jelas melanggar hak asasi manusia serta perlembagaan negara.

Tindakan yang diibaratkan MEROGOL kebebasan bersuara serta MENGHERET nilai-nilai kemanusiaan ke tahap yang lebih rendah dan hina dari binatang itu jelas dapat dilihat ketika perarakan itu khususnya tindakan pihak FRU yang melepaskan gas pemedih mata dari jarak bahaya sehingga dikatakan oleh peserta-peserta lain sebagai faktor utama yang menyumbang kepada kematian suami kepada Ketua Wanita KEADILAN Setia Wangsa,

Allahyarham Baharudin Ahmad yang gugur syahid hanya kerana ingin menuntut keadilan yang sama rata dalam proses pilihanraya negara serta ingin menyuburkan demokrasi demi masa hadapan keseluruhan generasi Rakyat Malaysia. Hasil bedah siasat HKL yang tidak rasmi juga mendapati 4 tulang rusuk Allahyarham patah. Tambahan pula 2 peserta lain perhimpunan Aman itu juga dikatakan masih di ICU Hospital Kuala Lumpur dan nasib mereka masih tidak diketahui.

Malah komentar-komentar yang penuh emosi dan menyayat hati itu dari peserta-peserta yang dibebaskan malam kelmarin daripada tahanan di PULAPOL khususnya tindakan rakus dan kejam pihak FRU ke atas peserta wanita tidak dapat dijangkau oleh akal manusia yang waras.

Mereka diheret dengan tangan terikat dan digari dengan kasar serta ditolak dengan paksa seperti binatang-binatang ke kenderaan Polis tanpa langsung ingin melayani rintihan mangsa-mangsa untuk dilonggarkan ikatan tangan.

Dengan cortar-cortar mereka yang menyinggahi anggota badan peserta dan juga kaki mereka yang tidak henti menendang serta ada juga leher peserta yang diikat dan ditarik dengan bendera Malaysia yang dirampas cukup jelas satu kezaliman yang ternyata mirip tindakan ganas Polis Rahsia negara Komunis RUSIA iaitu GESTAPO.

Siapakah yang sanggup melakukan apa sahaja demi mengekalkan kuasa memerintah?

Malah tindakan ala-samseng pihak peronda POLIS yang melanggar motorsikal yang ditunggangi Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu hanya kerana ingin menahan beliau dilihat cukup tidak bertamadun, biadap dan bacul.

Tidak cukup dengan semua itu, hampir 8 gas pemedih mata dilepaskan oleh pihak FRU di dalam terowong pejalan kaki yang tertutup di KL Sentral di mana pemimpin utama BERSIH 2.0 berada walaupun tidak ada elemen provokasi langsung daripada pihak penganjur.

Adakah ini cubaan membunuh?

Yakinlah, Tsunami BERSIH 2.0 akan bertiup kencang di seluruh negara kerana tindakan drakonian pihak pemerintah yang zalim kepada peserta-peserta BERSIH 2.0 khususnya tindakan zalim kepada 60 NGO-NGO dan parti politik yang menyokong tuntutan BERSIH itu demi masa hadapan seluruh Rakyat Malaysia.

Saya meninggalkan perkarangan PULAPOL kelmarin dengan satu tangisan kerana mengenangkan seorang wanita yang terpaksa berdiri sambil mendukung bayi kecilnya di dalam kenderaan Polis. Walaupun beliau terpaksa melalui semua itu, terukir satu senyuman penuh semangat seorang rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan.

Ini hanyalah permulaan kepada segalanya. Umno dan Kerajaan Zalim Barisan Nasional (BN) kini sudah berada di penghujung usia. Rakyat Malaysia akan menamatkannya.

Wallahua’lam.

35 maut, 200 cedera nahas dua kereta api di India

8 Syaaban 1432H. [MOD] -

LUCKNOW: Dua kereta api penumpang tergelincir dalam kejadian berasingan di India hari ini mengakibatkan sekurang-kurangnya 35 maut manakala lebih 200 lagi cedera.

Nahas pertama berlaku di negeri utara Uttar Pradesh, apabila kereta api yang sarat membawa penumpang tergelincir dari landasannya menyebabkan 36 penumpang maut.

Satu lagi kejadian di negeri Assam membabitkan sebuah kereta api dipercayai diletupkan tetapi polis enggan mengesahkan kejadian itu angkara kumpulan pemisah militan di kawasan itu.

Kira-kira 100 penumpang dalam dua nahas itu dilaporkan cedera.

Pegawai berkata, pasukan penyelamat dan orang tempatan kini sedang berusaha mengeluarkan penumpang yang masih terperangkap.


"Kami sedang duduk apabila tiba-tiba gerabak kami berpusing dan terbalik," kata seorang penumpang lelaki ketika ditemubual rangkaian televisyen CNN-IBN di tempat kejadian di Uttar Pradesh, kira-kira 150 kilometer di selatan Bandar Lucknow.
Agensi berita Press Trust of India melaporkan, pemandu kereta api antara yang cedera.

Kereta api berkenaan membawa lebih 1,000 orang dan dilaporkan sedang bergerak laju sehingga 108 kilometer sejam sebelum tergelincir. - AFP

Beratus dikhuatiri maut bot karam di Russia

8 Syaaban 1432H. [MOD] -

MOSCOW: Anggota penyelamat dan penyelam Russia masih meneruskan usaha menyelamat lebih 100 penumpang yang kebanyakannya kanak-kanak yang hilang apabila bot persiaran yang dinaiki mereka karam akibat ribut petir di Sungai Volga, awal hari ini.

Bagaimanapun, harapan untuk menemui mereka yang masih bernyawa agak tipis berikutan keadaan sungai yang bersuhu paras beku dengan setakat ini hanya dua mayat berjaya ditemui.

Bot persiaran yang dikatakan sudah berusia 56 tahun itu rasat membawa lebih 150 pelancong dan 30 lagi anak kapal yang menyusuri sungai yang sememangnya popular sabagai destinasi pelancong itu.

Pasukan penyelamat berkata, seramai 47 penyelam kini mengendalikan operasi mencari dan menyelamat mangsa tetapi sehingga tengah malam, usaha menemui mereka yang masih hidup amat tipis.


"Hasil operasi menyelamat itu, peluang untuk menemui mereka yang masih bernyawa amat tipis," kata pegawai Kementerian Kecemasan di Moscow kepada agensi berita
Interfax.

Penyelamat dan saksi menyifatkan kejadian pada petang Ahad itu amat mengejutkan apabila bot dua tingkat itu berpusing sebelum terbalik dalam hanya beberapa minit sahaja selepas ribut kuat. - AFP

AS menang penalti 5-3


Syaaban 1432H. [MOD] -PEMAIN Amerika Syarikat, Abby Wambach menjaringkan gol kedua pasukannya pada perlawanan suku akhir Piala Dunia Wanita menentang Brazil di Dresden, Jerman, awal pagi tadi. Keputusan AS menang penalti 5-3 selepas terikat 2-2 tamat perlawanan. - Foto AP

Gempa bumi gegar pantai timur Honshu

8 Syaaban 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 7.1 pada skala Richter berlaku di luar pantai timur Honshu, Jepun pada pukul 8.57 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya berkata pusat gempa itu terletak 4,380km di timur laut Kudat, Sabah dan kejadian itu tidak menimbulkan ancaman tsunami kepada Malaysia.

Kenyataan itu juga berkata satu gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter berlaku di Laut Banda, Indonesia pada pukul 3.02 pagi tadi.

Katanya gempa yang berlaku kira-kira 448km di tenggara Ambon, dan 1,799km di tenggara Tawau, Sabah, itu juga tidak menimbulkan ancaman tsunami kepada Malaysia.

Sementara itu, gempa bumi berukuran 2.2 pada skala Richter dikesan di Tambunan, Sabah pada pukul 3.34 pagi tadi.

Bagaimanapun, tiada gegaran dirasakan kerana ia berlaku kira-kira 25km di tenggara Tambunan, kata kenyataan itu. - BERNAMA

10 mayat tanpa kepala ditemui di Mexico

8 Syaaban 1432H. [MOD] -

MEXICO CITY 11 Julai – Kira-kira 10 mayat tanpa kepala ditemui di utara bandar Torreon yang dipercayai dibunuh beramai-ramai berhubung persengketaan kumpulan pengedar dadah, semalam.

Akhbar Reforma melaporkan, kesemua mayat tersebut ditemui di belakang sebuah trak dan kepala-kepala yang dipancung dibuang di sekitar bandar.

Sementara itu, lebih 40,000 maut akibat keganasan dadah di Mexico sejak akhir 2006. – Reuters

Kejam: PAS desak KPN, timbalan letak jawatan

8 Syaaban 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 11 Julai: PAS hari ini mendesak Ketua Polis Negara dan timbalannya, Tan Sri Ismail Omar dan Datuk Khalid Abu Bakar supaya meletak jawatan ekoran kekejaman dan keganasan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap para peserta Bersih 2.0 kelmarin sehinggakan seorang terkorban dan puluhan lagi tercedera.

“PAS mengecam keras tindakan biadab polis ini sehingga menyebabkan kematian seorang peserta Saudara Baharuddin Ahmad dan puluhan lagi yang cedera semata-mata tindakan ganas mereka. Ratusan yang tercedera kerana dipukul, disepak dan diheret ke dalam trak adalah pandangan jijik anggota keselamatan, yang tidak sepatutnya berlaku.

"PAS mendesak agar Ketua dan Timbalan Ketua Polis meletakkan jawatan dan dihadapkan ke tribunal di atas jenayah yang dilakukan,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataannya hari ini.

Tindakan ganas dan melampau polis, kata Tuan Ibrahim langsung tidak mencerminkan slogan mereka Mesra, Cekap dan Betul – jauhlah lagi terpesong dengan piagam pelanggan mereka, Tegas, Adil dan Berhemah.

“Polis sepatutnya menjaga keselamatan rakyat dan bukannya menyebabkan mereka cedera secara sengaja.

"Kebiadaban anggota polis dan FRU dapat dilihat dengan jelas dari beberapa rakaman video rakyat yang dirakamkan oleh pelbagai sumber samada peserta Bersih 2.0 ataupun media antarabangsa telah membuktikan kegagalan mereka dalam menjamin keselamatan rakyat,” tambah beliau.

Perhimpunan aman Bersih 2.0 yang berlangsung 9 Julai yang lalu dicemari oleh tindakan polis yang agresif dengan serangan gas pemedih mata bertubi-tubi dan water cannon barangkali atas arahan kerajaan persekutuan pimpinan Barisan Nasional telah menyebakan seorang mangsa terkorban dan puluhan tercedera.

Mangsa terkorban ialah Allahyarham Baharudin Ahmad, 58. Antara yang cedera termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad. Di samping itu, polis juga telah menahan 1,667 orang sebelum melepaskan kesemuanya pada jam 9.30 malam hari Sabtu yang lalu.

Bagaikan spring yang melantun akibat ditekan, seramai 50,000 telah menghadiri perhimpunan Bersih 2.0 walaupun bermacam-macam cara yang digunakan kerajaan Barisan Nasional untuk menghalangnya.

Angka tersebut mungkin lebih kerana ada kumpulan-kumpulan yang tidak berjaya bergabung dengan kumpulan utama.

Ironisnya, ia merupakan satu senario yang kerajaan cuba nak elakkan dengan melancarkan pelbagai tangkapan awal dan satu serbuan terhadap segala yang berwarna kuning.

Tuduhan kerajaan dan polis bahawa Bersih 2.0 mungkin cuba membuat huru-hara di sekitar Kuala Lumpur juga dibuktikan palsu apabila ketegangan diwujudkan polis sendiri setelah menjadikan kawasan sekitar Kuala Lumpur bagaikan medan perang sebelum perhimpunan bermula.

“Dalam perhimpunan aman Bersih 2.0, langsung tiada kejadian ganas oleh para peserta sebagaimana yang cuba digembar-gemburkan media arus perdana sebelum ini.

"Oleh itu, kezaliman dan keganasan polis yang menggunakan gas pemedih mata atau tembakan air asid sepatutnya tidak berlaku, kerana tiada langsung sebab untuk mereka menggunakannya,” bidas Tuan Ibrahim yang juga menyertai perhimpunan tersebut kelmarin.

Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang turut menyelar kenyataan Ismail yang kononnya mendakwa bahawa polis hanya bertindak ganas sedemikian selepas diprovokasi para peserta Bersih 2.0.

Dengan pelbagai gambar dan video yang terpapar, Tuan Ibrahim berkata kenyataan songsang Ismail and timbalannya sebaliknya hanya dapat berfungsi untuk mendedahkan pembohongan mereka sendiri.

Kepada para peserta Bersih 2.0, beliau mengucapkan syabas bagi pihak PAS dan mengingatkan mereka kuasa menentukan masa depan negara sudah berada di tangan mereka sekarang.

“Andaikan 50,000 dan setiap seorang menyebarkan pengalaman Bersih 2.0 mereka kepada 10 seorang – maka 500,000 rakyat akan terasa – dengan 500,000 setiap seorang berkongsi lagi dengan 5 orang – maka hasilnya 2.5 juta rakyat yang tidak dapat bersama dapat merasai bagaimana kita semua bersatu sebagai rakyat Malaysia pada 9 Julai yang lepas.

"Dengan perkongsian sedemikian, kita akan sedar bahawa permainan politik yang cuba gempar-gemburkan bahawa rakyat Malaysia berpecah hanyalah taktik licik Umno Barisan Nasional untuk mengekalkan kuasa mereka,” terang beliau.

Dalam kenyataannya, Tuan Ibrahim juga mengulangi peringatannya kepada Pakatan Rakyat bahawa sokongan rakyat terhadap Bersih 2.0 bukanlah petanda sokongan mereka kepada pakatan pembangkang negara.

“Rakyat menyokong Bersih 2.0 hanya semata-mata untuk memastikan undi-undi mereka tidak di’offset’kan secara tidak sah oleh pengundi hantu, pengundi pos yang tidak sah dan juga memastikan mereka mendapat maklumat yang tepat sebelum mengambil keputusan untuk mengundi siapa-siapa.

"8 tuntutan Bersih 2.0 adalah untuk memastikan wakil yang dipilih menang nanti di pilihanraya akan datang betul-betul adalah pilihan rakyat dan bukannya pilihan parti pemerintah yang memanipulasi sistem pilihanraya negara untuk kekal berkuasa,” terang beliau.

Pakatan Rakyat, katanya juga tidak harus terlalu yakin bahawa dengan pilihanraya yang lebih bersih, kita bakal dapat menewaskan Umno Barisan Nasional.

“Rakyat yang menyokong Bersih 2.0 tetap tidak akan mengundi kita sekiranya prestasi kita lemah dan tidak dapat memberikan keyakinan kepada mereka untuk menerajui negara,” kata beliau.

PAS juga merakam takziah kepada keluarga Saudara Baharuddin Ahmad, di atas kemalangan yang menimpa beliau.

“Semoga tragedi ini akan menyemarakkan kebangkitan rakyat bagi menukarkan kerajaan yang zalim ini,” tambahnya.

harakahdaily/-