03 July 2011

Agung titah selesai masalah dengan rundingan

1 Syaaban 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 3 Julai: Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin menitahkan agar kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan rakyat secara adil dan bijaksana serta menyelesaikan masalah dengan rundingan.

Titah ini dikeluarkan baginda seminggu menjelang perhimpunan Bersih 9 Julai ini dengan kira-kira 100 orang sudah ditangkap kerana dikaitkan dengan perhimpunan itu.

Timbalan Ketua Polis Negara pula telah mengeluarkan kenyataan pintu rundingan sudah ditutup dan akan menahan pihak yang terlibat dengan perhimpunan ini.

Menurut Tuanku Mizan, baginda mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Bersih 2.0 yang didokong oleh berpuluh-puluh NGO dan parti politik merancang untuk mengadakan perhimpunan 9 Julai ini di Kuala Lumpur bagi menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agung memohon baginda membantu mendapatkan pilihan raya yang bersih dan adil untuk rakyat negara ini.

Lapan tuntutan dikemukakan untuk tujuan tersebut iaitu:-

Tuntutan Segera Perhimpunan BERSIH 2.0

1. Bersihkan senarai undi

• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.

• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.

2. Mereformasikan undi pos

• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.

• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.

• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.

3. Gunakan dakwat kekal

• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.

4. Masa kempen minima 21 hari

• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.

• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.

5. Akses media yang bebas dan adil

• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.

• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.

• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.

6. Kukuhkan institusi awam

Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.

Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.

Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.

Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

7. Hentikan rasuah

Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.

Pembelian undi harus dihentikan!

Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.

8. Hentikan politik kotor

BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.

Tuntutan ini adalah kesinambungan Bersih pertama yang dibuat menjelang pilihan raya ke 12 lalu.


Berikut adalah kenyataan penuh baguida.

TEKS PENUH KENYATAAN YANG DIPERTUAN AGUNG

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran".

Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara.


Himpunan Bersih : Nik Aziz seru semua hadir tanpa rasa takut.

1 Syaaban 1432H. [MOD] -

MADINAH, 4 Julai: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz menolak tuduhan dan anggapan beliau sengaja melarikan diri dengan mengerjakan umrah untuk mengelak dari menyertai himpunan Bersih 9 Julai ini.

Bercakap di Madinah yang disiarkan menerusi Youtube beliau berkata tuduhan itu tidak tepat dan tidak betuL, lapor penulis Mohd Sayuti Omar melalui blognya.

Kata Nik Aziz, tidak timbul beliau melarikan diri kerana beliau sudah menegaskan himpunan Bersih itu halal dan perlu disertai oleh orang ramai untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil di negara ini.

"Himpunan itu atau demostrasi itu sama dengan kita berjemaah dalam melalukan ibadat," katanya.

Baginya himpunan untuk menuntut supaya pilihan raya diadakan dengan adil sangat perlu kerana keadilan itu tidak pernah dirasai sendiri oleh beliau.

"Setiap kali saya serta pilihan raya, saya tidak merasakan ia adil, tetapi selalu berat sebelah," katanya.

Dengan penjelasan itu tidak timbul kalau Menteri Besar Kelantan itu sengaja melarikan diri bagi mengelakkan daripada menghadiri himpunan terbesar tahun ini.

Beliau sekali lagi menyeru supaya orang ramai menghadirinya tanpa merasa takut dan gerun kepada polis.

"Yang menangkap (polis) orang yang kena tangkap pun orang. Semuanya akan menghadap Allah," tegasnya.

Apa yang hendak disampaikan bahawa tindakan polis itu bukan sesuatu yang perlu ditakut dan menjadi halangan kerana semua pihak ada tanggungjawab dan tugas masing-masing dan akan berhadapan dengan Allah s.w.t.

Sama ada apakah polis benar atau orang ramai salah kerana menghadiri himpunan itu Allah yang akan menentukan.

"Sebelum ini saya mendapat tahu beliau dan setengah rombongannya akan pulang pada 10 Julai sehari selepas himpunan Bersih.

"Apakah dengan kenyataan itu Tok Guru akan mempercepatkan pemulangannya bagi membolehkan beliau bersama dalam himpunan yang kini dalam keadaan krtikal itu?" tulis Sayuti dalam blognya.

Harakahdaily/-

Parti pembangkang Puea Thai Party menang di Thailand.

1 Syaaban 1432H. [MOD] -

Parti pembangkang Pheu Thai yang diketuai pemimpin de facto bekas perdana menteri, Thaksin Shinawatra, menang majoriti mudah dalam pilihanraya umum negara itu, dengan memperolehi 255 kerusi daripada 500 kerusi parlimen pada jam 8 malam (waktu Malaysia: 9 malam).

Sebelum itu menurut bancian oleh Universiti Sri Pathum University, Parti pembangkang Puea Thai Party yang menyokong bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra, yang hidup dalam buangan diramalkan menang 290 daripada 500 kerusi Parlimen.

Puea Thai PartyYingluck yang diketuai oleh Shinawatra adalah saudara perempuan Thaksin Shinawatra, yang digulingkan dalam rampasan kuasa tentera pada tahun 2006. Beliau dijangka akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang baru dari kaum wanita.

"Ia kini jelas dari pilihan raya keputusan setakat ini bahawa parti Pheu Thailand telah memenangi pilihan raya itu, dan Parti Demokrat mengakui kekalahan. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak Pheu Thailand bagi hak untuk membentuk kerajaan," kata Abhisit bekasa PM Thailand yang disiarkan pada TV Thailand.

"Saya akan memberi peluang kepada Yingluck, wanita pertama untuk membentuk kerajaan," katanya. "Saya mahu melihat perpaduan dan perdamaian. Parti Demokrat sudah bersedia untuk berada dalam parti pembangkang."

Menurut Polis dan Suruhanjaya Pilihan raya Thailand, 83.69 peratus undi telah dikira pada jam 8 malam. Bekas parti Demokrat itu memperolehi 163 kerusi, Bhumjai Thail (35), Chart Thai Pattana (21) dan Chart Thai Pattana Phea Pandin (10). Parti-parti kecil seperti Palong Chan memenangi tujuh kerusi, Rak Thailand (4), Matubhum (2), dan Rak Santi dan parti baru Demokrat masing-masing satu kerusi.

‘Modal atas angin semata-mata’

1 Syaaban 1432H. [MOD] -


PETALING JAYA: Seorang exco kanan kerajaan negeri Kelantan menyifatkan dakwaan Perdana Menteri bahawa tapak stesyen teksi Pasir Puteh yang beroperasi sekarang telah dijual oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) sebagai modal atas angin semata-mata.

Dalam satu kenyataan media semalam, Dato’ Husam Musa berkata, selain itu, Datuk Seri Najib Tun Razak juga menyebut tapak itu telah dirampas oleh Kerajaan Negeri melalui PKINK.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Najib bahawa beliau (Najib) berjanji akan menyediakan pejabat baru kepada Persatuan Pemandu Teksi Jajahan Pasir Puteh setelah kononnya kerajaan PAS Kelantan merampas tapak perhentian teksi di bandar Pasir Puteh itu dan menjualnya kepada sebuah syarikat swasta.

Ucapan Perdana Menteri semalam dipetik oleh Bernama di bawah tajuk “PM Janji Beri Pejabat Baru Untuk Persatuan Kereta Sewa Pasir Puteh”.

Menurut Husam, yang juga Naib Presiden PAS, kenyataan Najib tersebut tidak berasas sama sekali kerana PKINK pada sebarang masa tidak pernah menjual tapak berkenaan, bahkan disediakan percuma untuk perkhidmatan teksi di Pasir Puteh.

“Walaupun sebelum ini, PKINK mengenakan sedikit bayaran ke atas persatuan pemandu teksi Pasir Puteh, tetapi kini, bagi tujuan kebajikan ahli persatuan tersebut, PKINK tidak mengenakan sebarang bayaran,” jelas beliau.

Katanya, apa yang berlaku ialah ada pihak tertentu pernah memohon untuk membeli tapak berkenaan bagi kemudiannya diserahkan kepada pihak lain untuk dimajukan tetapi permohonan tersebut telah ditolak oleh PKINK bagi mengekalkan kedudukan tapak teksi tersebut.

Husam berkata, Najib atau sesiapa sahaja boleh menunjukkan bukti atas dakwaan mereka. Sudah tentu Najib tidak mampu berbuat demikian kerana isu ini adalah modal atas angin semata-mata.

“Selaku rakyat Malaysia, saya merasa malu atas salah maklumat yang disampaikan kepada pemimpin terpenting negara ini sehingga Perdana Menteri menyebut sesuatu yang tidak berasas dalam ucapan beliau.

“Saya menggesa agar Perdana Menteri menyemak pihak yang telah memberikan maklumat tidak bertapis seperti itu bagi mengelak kenyataan yang sama berulang, yang boleh menjejaskan kredibiliti beliau,” ujar beliau.

Tiada isu besar di Kelantan

Selain itu katanya, ia juga menunjukkan Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai isu besar di Kelantan yang boleh dibangkitkan sehingga maklumat tidak berasas pun terpaksa dijadikan modal.

“Saya yakin, jika Perdana Menteri sanggup menggunakan maklumat atas angin seperti itu, tentulah dalam isu yang lain juga beliau mudah membeli maklumat bakul sampah, termasuk dalam isu himpunan menuntut pilihan raya yang bersih dan adil pada 9 Julai ini,” tegas beliau.

Ujarnya, “isu yang lebih besar seperti rampasan wang royalti minyak Kelantan tidak pula disebut. Isu-isu janji pilihan raya Pengkalan Pasir, Manek Urai dan Galas yang belum selesai juga tidak disebutkan.

“Saya yakin kerajaan negeri bersedia memberikan tapak berkenaan untuk dimajukan dengan kemudahan yang lebih baik jika kerajaan pusat serius untuk memajukannya.

Mengenai kononnya majlis Perdana Menteri di Pasir Puteh dihadiri oleh puluhan ribu rakyat jelata, amat malang kerana lawatan yang penting seperti itu hanya dimeriahkan oleh kerahan paksa pelajar sekolah dan kakitangan kerajaan.

“Buktinya, semuanya ‘dipakaikan’ baju merah yang dibekalkan terlebih dahulu. Tidak ada tanda kedatangan sukarela atas pilihan sendiri tetapi datang ‘berjemput’ siap ‘beruniform’.

“Lebih menggelikan hati bila bangunan rasmi pejabat kerajaan persekutuan di Wisma Persekutuan telah ‘ditawan’ oleh BN dengan dipenuhi oleh bendera parti itu,” tambah beliau.

Husam berkata, ternyata, kedatangan Perdana Menteri telah mencemarkan lagi konsep pemisahan antara parti dan kerajaan.

“Jika inilah sikap BN yang terus menggunakan premis, harta dan kerajaan untuk kepentingan parti mereka tanpa segan silu, ia perlu terus ditolak oleh rakyat yang cintakan amalan politik yang telus, bersih, amanah dan amalan politik kepartian yang melampau,” katanya.

http://www.freemalaysiatoday.com

Malaysia mara ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia

1 Syaaban 1432H. [MOD] -

TAIPEH: Malaysia layak ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia Zon Asia walaupun tewas 2-3 kepada Taiwan dalam perlawanan kedua di Stadium Perbandaran Taipeh di sini sebentar tadi.

Malaysia yang menewaskan Taiwan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil Rabu lalu, mara dengan peraturan gol di tempat lawan apabila agregat terikat 4-4

9 Julai, ujian kemampuan DAP dan PAS untuk memimpin Malaysia

1 Syaaban 1432H. [MOD] -
http://aliasmohdyusof.blogspot.com
Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan mimpi buruk kepada DAP yang telah mencalarkan nama baik parti tersebut dan meninggalkan imej negatif kepada rakyat Malaysia, terutamanya dalam hubungan kaum di Negara ini.

Sejak peristiwa itu, DAP begitu fobia dan mengambil sikap berhati-hati untuk mengadakan perhimpunan awam, perarakan dan demontrasi jalanan, terutamanya bila melibatkan isu perkauman.

Parti DAP dilabel sebagai parti politik yang mengamalkan perkauman yang sempit, parti PAS pula dilabel sebagai parti agama yang sempit.

Samada label-label yang diberi oleh parti-parti lawan mereka itu benar atau tidak, bukan suatu perkara yang penting. Yang lebih penting ialah sikap yang dipamerkan oleh ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin mereka. Apa sahaja tuduhan yang dilemparkan, akhirnya rakyat akan menilai mereka dari sikap dan tindak tanduk mereka sendiri.

Apatah lagi sekarang ini DAP dan PAS telah berjaya berkuasa dan memerintah di beberapa negeri, sudah tentu mereka dengan mudah dapat dinilai oleh orang ramai, samada mereka betul-betul pengamal dasar perkauman dan agama yang sempit seperti yang dituduh.

Perhimpunan BERSIH pada 9 Julai 2011 akan datang ini adalah perhimpunan haram yang tidak mendapat permit polis. Kejayaan sesuatu perhimpunan itu bukanlah disebabkan adanya atau mendapat permit polis. Kejayaan perhimpunan rakyat Iran menghalau Maharaja Shah Iran juga tidak pernah mendapat permit. Kejayaan demontrasi jalanan pro demokrasi di Indonesia juga tidak pernah diberi permit oleh Suharto. Kejayaan perhimpunan rakyat di Tunisia dan Mesir juga tidak pernah mendapat permit polis.

Rasanya lebih sesuai kalau permit polis dipohon untuk mengadakan perhimpunan hari guru, perarakan Maulud Nabi dan perarakan menyambut hari Kemerdekaan.

DAP adalah sebuah parti yang majoriti ahlinya orang Cina, manakala PAS pula adalah parti politik yang majoritinya terdiri orang Melayu. Kedua-dua parti ini menyokong kuat perhimpunan BERSIH, dan mereka ada sebab yang kuat untuk menyokong tuntutan BERSIH.

Siapa yang cintakan demokrasi, tanpa mengira kaum, fahaman dan agama, pasti akan bersama-sama memberi sokongan kepada BERSIH untuk memurnikan amalan demokrasi di Negara kita ini, dan ini adalah untuk kebaikan masa depan Negara kita juga.

Isu yang dibawa BERSIH bukan untuk mendesak PM Najib turun dari kuasa, bukan juga isu membela kaum tertentu, tetapi adalah isu rakyat Malaysia dan masa depan mereka yang lebih baik.

Selama ini rakyat ditakut-takutkan oleh pemimpin-pemimpin dengan isu-isu perkauman untuk mereka terus mengekalkan kuasa. Orang Melayu ditakutkan dengan Cina, orang Cina pula ditakutkan dengan orang Melayu. Akhirnya kita akan mengundi mereka selama lebih 50 tahun yang kononnya satu-satunya parti yang mampu menjaga keamanan antara kaum.

Atas nama Bumiputera atau Melayu, atas nama Cina dan atas nama India, mereka berpolitik, berniaga dan membahagikan kekayaan Negara sesama kumpulan mereka.

Dengar khabar, semua tiket penerbangan ke luar Negara pada sekitar tarikh menjelang 9 Julai 2011 telah habis di tempah. Kebanyakan dari mereka itu adalah juga yang selama ini telah menyemai benih racun perkauman untuk kepentingan dan kemewahan diri mereka sendiri. Mereka bersikap lempar batu sembunyi tangan, bila berlaku perkara buruk, merekalah yang lebih dahulu cabut lari.
Tarikh 9 Julai 2011 adalah ujian besar kepada kepimpinan DAP dan PAS dalam menghadapi cabaran masa depan Negara yang berbilang kaum ini. Jika mereka dapat melaluinya dengan baik dan dapat mengendalikannya dengan bijak, pasti rakyat akan tabik hormat kepada mereka dan rakyat tidak akan lagi berasa bimbang untuk menyerahkan kepada mereka bagi menggalas pimpinan masa depan Negara ini.

Kalau tarikh 13 Mei adalah tarikh yang membawa nama buruk kepada DAP, biarlah tarikh 9 Julai pula menjadi tarikh yang akan mengharumkan nama DAP.

Sebentar tadi terdengar berita di radio, SPR akan menjemput pemerhati antarabangsa untuk memantau pilihanraya Malaysia pada masa akan datang. Padahal sebelum ini, permintaan menjemput pemerhati antarabangsa telah ditolak mentah-mentah oleh SPR. Walaupun berasa kecut untuk menghadapi 9 Julai, tetapi Ketua Pengarah SPR masih cuba juga berkata bahawa perhimpunan BERSIH ini belum tentu dapat mengubah pendirian SPR.

Dua remaja maut nahas

1 Syaaban 1432H. [MOD] -

KANGAR: Dua remaja maut apabila motosikal yang mereka naiki terbabas dan melanggar sebatang tiang di Utan Aji dekat sini petang semalam. Ketua Polis Daerah Kangar, Supt Abdul Rahman Noordin, berkata nahas dipercayai berlaku pada jam 3 petang namun hanya disedari orang ramai kira-kira 40 minit kemudian.
"Mohamad Asyraf Maslin, 19, dari Kampung Alor Tampang, Beseri dan Abdul Azim Zainol Abidin, 17, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.
Abdul Rahman berkata, dua remaja terbabit dipercayai dalam perjalanan dari arah Kangar menghala ke Kampung Telok Epa apabila motosikal mereka terbabas dan melanggar tiang, mengakibatkan kedua-duanya tercampak ke dalam parit. Katanya, mayat kedua-dua mereka ditemui orang ramai yang menggunakan jalan berkenaan.

21 pelajar disengat tebuan ketika larian 1Murid

1 Syaaban 1432H. [MOD] -


KOTA BHARU: Seramai 21 murid dan pelajar dari dua sekolah di Bachok dimasukkan ke hospital selepas mereka disengat tebuan ketika menyertai Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia pagi semalam. 

Pegawai Perhubungan Awam Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), Zaid Ahmad, berkata pelajar terbabit adalah daripada Sekolah Kebangsaan (SK) Badak dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badak.

Katanya, mereka diserang sejenis tebuan tanah dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu.
"Lapan pelajar perempuan adalah daripada SMK Badak dan bakinya daripada SK Badak yang dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut. Tiada yang cedera serius," katanya di Wad 5 HRPZII di sini. 

Zaid berkata, mereka yang terbabit adalah murid Tahun Empat dan Tahun Lima serta pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima. 

Katanya, semua pelajar itu akan dibenar pulang secara berperingkat petang ini. 

Sementara itu, murid Tahun Empat SK Badak, Mohd Farid Firdaus, berkata beliau menerima tujuh sengatan tebuan tanah itu ketika berlari beramai-ramai di satu kawasan semak di satu laluan berdekatan sekolah. 
Beliau berkata, mereka kemudian dihantar ke Hospital Bachok sebelum dihantar ke HRPZII di sini. 

Rakannya, Nur Syafiqah Azmi, 10, berkata beliau hampir pengsan dan menjerit kesakitan ketika serangan tebuan itu berlaku. 

"Saya kena tiga sengatan di badan dan cikgu hantar ke hospital," katanya. 

Pelajar SMK Badak, Aishah Mansor, 13, berkata ketika larian dia tiba-tiba melihat tebuan itu menyengat rakan-rakannya dan beliau. 

"Semua pelajar menjerit dan kami semua kembali ke sekolah sebelum dihantar ke hospital," katanya yang terkena empat sengatan tebuan. - BERNAMA

Kit Siang: Pengharaman BERSIH hendaklah ditarik balik

1 Syaaban 1432H. [MOD] -


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu membatalkan keputusan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan menarik balik pengharaman BERSIH, kata pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.

Dalam satu kenyataan hari ini, Lim ketiga-tiga alasan yang diberikan bagi pengharaman tersebut di bawah Akta Pertubuhan akan hanya mendedahkan kerajaan dan negara kepada cemuhan masyarakat antarabangsa.

Katanya, BERSIH tidak bersalah atas alasan yang pertama, "Bergerak aktif dan mencetuskan suasana gelisah dan kebimbangan masyarakat pelbagai kaum negara ini".

"Mereka yang bersalah adalah PERKASA dan Pemuda Umno, malah PERKASA mengancam (akan berlaku) satu lagi 13 Mei, dengan amaran kepada orang Cina supaya tinggal di rumah dan menyimpan makanan, dan Pemuda Umno (berkumpul) di hadapan ibu pejabat PKR, mengancam keganasan dan huru-hara."

Dia bertanya mengapa Hishammuddin (kanan) bertindak terhadap BERSIH, yang menurutnya pihak yang tidak bersalah, manakala pihak yang bersalah, PERKASA dan Pemuda Umno, seolah-olah menikmati imuniti.

Beliau juga menyifatkan sebagai tidak berasas sebab kedua pengharaman BERSIH: "Menyebarkan propaganda menghasut rakyat bagi tujuan menjatuhkan Kerajaan dengan mengedarkan risalah-risalah tertentu".

Sastewan negara gesa para intelektual buat pendirian

1 Syaaban 1432H. [MOD] -

Bersedia menghadapi kemungkinan ditangkap ketika hambatan terhadap penyokong BERSIH 2.0 semakin meningkat, Sasterwan Negara, Datuk A Samad Said menggesa para intelektual supaya berhenti menjadi 'carma' tetapi berani membuat pendirian terhadap kekejaman dan ketidakadilan.

NONEBeliau mencipta istilah 'carma' itu - singkatan kepada 'cari makan' - 
semasa pelancaran buku kartunis dan penulis satira politik, Zunar di ibunegara malam tadi.

Beliau yang mesra dengan panggilan Pak Samad berkata penulis jarang membuat pendirian dan kebanyakan mereka adalah 'carma'.

Tegasnya, sikap mereka yang tidak bersedia membuat pendirian tersebut mengakibatkan kejahatan berkembang dan merebak.

Pak Samad kemudiannya mensasarkan kritikannya terhadap editor media arus perdana yang memburuk-burukkan perhimpunan 9 Julai anjuran BERSIH 2.0 bagi menuntut pilihan raya yang bebas dan adil.

Bagi media arus perdana, katanya, BERSIH adalah kotor. 

NONEPak Samad berkata, beliau juga terkejut mengapa wartawan yang berpengalaman dan memenangi anugerah di sana-sini, boleh memburukkan BERSIH. 

Berucap kepada kira-kira 250 hadirin yang memenuhi auditorium Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor, Pak Samad berkata beliau tahu wartawan tersebut adalah dari kumpulan 'carma'.

Bagaimanapun, katanya, nasib baik masih ada sebilangan kecil penulis yang berani membuat pendirian kerana tahu Bersih adalah bersih.

NONEMajlis pelancaran buku Zunar itu - di mana Pak Samad dan ahli 
parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar diundang sebagai tetamu khas - diadakan beberapa jam selepas polis menahan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) di bawah Ordinan Darurat.

Walaupun mereka yang hadir, termasuk bekas timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali dan anggota exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong, tidak berpakaian kuning, tetapi ramai yang memakai ikat tangan kuning untuk menyatakan sokongan mereka kepada BERSIH 2.0.

Seorang lelaki Cina dilihat memakai baju-T BERSIH yang diharamkan di bawah kain putih. Dia hanya menunjukkan baju-T kuning itu ketika bergambar dengan Pak Samad dan Zunar.

MP Bakri Teck Hwa dan 5 lagi ditangkap

1 Syaaban 1432H. [MOD] -

Ahli parlimen DAP Bakri, Er Teck Hwa; pemimpin Pemuda DAP Johor Tan Hong Ping dan empat yang lain ditahan dan dibawa ke balai polis Taman Pelangi, Kuala Lumpur, dalam satu lagi episod tindakan polis terhadap sebarang aktiviti 'BERSIH'.

johor dap arrested by police bersih 030711 01Bagaimanapun, ketika dihubungi, Er menafikan kehadiran mereka di 
pasar Taman Pelangi pagi ini ada kena mengena dengan perhimpunan BERSIH 2.0 YANG dirancang pada 9 Julai.

Er berkata beliau dan Tan hanya menjalankan kempen kebersihan 'gotong-royong' dengan tema "Negara Bersih, Rakyat bertuah".

"Saya fikir pihak polis terlalu sensitif. Tema kami adalah Negara Bersih, Rakyat Bertuah, tetapi mereka tidak mahu menerima penjelasan mengenainya," kata pemimpin DAP itu.

johor dap arrested by police bersih 030711 02Baju kuning yang mereka pakai juga direkabentuk berbeza dari baju-T 
BERSIH yang sehingga ini menyebabkan lebih 100 aktivis politik dan sosial ditahan minggu lalu.

"Kami juga menyebut bahawa kempen itu tidak berkaitan dengan perhimpunan BERSIH di Kuala Lumpur pada 9 Julai," kata Er, tetapi ia tidak dapat menyakinkan 20 anggota polis yang tiba di pasar itu sejurus selepas mengetahui tentang aktiviti kumpulan tersebut.

Beringatlah Umno sebelum jadi bahan sejarah

1 Syaaban 1432H. [MOD] -



Umno dilanda wabak sakit kuning atau istilah perubatannya 'Jaundice'. Petua orang tua dulu-dulu, bayi-bayi yang terkena wabak kuning ketika baru dilahirkan perlu dimandikan dengan air inai. Tapi Umno, dengan air apa sepatutnya mereka dimandikan?

Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Tun Hussin menyatakan pakai baju BERSIH adalah haram kerana perhimpunan BERSIH itu haram.
Kalau berpandukan teori bangang Hishammuddin ini, bila seorang mat motor terlibat dalam lumba motor haram, maka segala yang dipakainya termasuk helmet, jaket, baju, seluar dan motor yang ditunggangnya adalah haram. Majlis fatwa tolong 'tegur' sikit Hishammuddin daripada terus mengeluarkan 'fatwa' bodoh beliau.

 Rakyat marhaen yang ingin berhimpun, ratusan ditahan walaupun 9 Julai belum tiba dan dimomokkan dengan pelbagai tuduhan yang tak masuk akal termasuk ingin melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong. Sedangkan barang yang boleh dikategorikan sebagai senjata yang ditemui bersama mereka hanyalah sebilah gunting.
Bagi saya, sekadar sebilah gunting, bukan setakat nak lawan Yang Dipertuan Agong malah nak lawan dengan tukang kebun Yang di-Pertuan Agong, belum tentu boleh. Ini kebodohan yang melampau!

Apakah ada dikalangan kita yang berniat nak lawan Yang di-Pertuan Agong? Ada sesiapa yang nak berlawan dengan Pemuda Umno atau Ibrahim Ali atau ada sesiapa yang nak beradu tenaga dengan anggota keselamatan? Jawabnya, ini bukan agenda kita!Kami rakyat marhaen berhimpun untuk menuntut pembaharuan yang adil dalam sistem demokrasi berpilihanraya di negara kita. Pilihanraya bukan bermakna sekadar pangkah kertas undi. Tapi pilihanraya juga bermakna, peluang untuk menyebarkan dan mendapat maklumat yang sama.
Peluang untuk bercakap yang sama, peluang untuk berkempen yang sama dan peluang untuk bertarung di atas padang yang sama rata. Jangan dia ikat kaki dan tangan kita, kemudian dia ajak kita lawan lumba lari.
Anggota keselamatan bukan musuh kita. Mereka mungkin kawan kita, warih (saudara) kita, sepupu kita dan mereka juga adalah rakyat marhaen sebagaimana kita.
Apa yang kita perjuangkan juga demi masa depan mereka dan anak cucu mereka. Lalu untuk apa perlunya anjing pengesan, maki hamun, sepak terajang, belantan, gas pemedih mata dan air kimia.
Ingat! Jangan sampai nanti mereka jadi sebagaimana Polis Mesir yang terpaksa melutut memohon maaf kepada rakyat lantaran menjadi anjing kepada Hosni Mubarak sebelum ini, kemudian Polis Mesir sendiri yang turun berdemonstrasi bersama rakyat.
Pemerintah tak akan selamanya di puncak kuasa. Berkonfrantasi dengan hasrat dan kehendak rakyat sendiri akan meletakkan hayat suatu pemerintahan di hujung tanduk. Beringatlah sebelum kita menjadi bahan sejarah.

Wahai Umno-BN

1 Syaaban 1432H. [MOD] -



Kamu boleh paksa rakyat,
Kamu boleh paksa semua polis,
Tangkap, lokap, siasat ataupun sengaja menyusahkan...

Kamu paksa mereka rampas baju kerana kuningnya,
Kamu paksa mereka tahan penjual kerana kekuningan baju yang dijualnya,
Kamu paksa mereka seret kami ke balai...

Paksalah mereka ikatlah tangan-tangan kami dengan garimu,
Paksalah mereka tembaklah rakyatmu dengan gas yang ada ditanganmu, 
Paksalah mereka semburlah orang-orang kuning dengan air asid itu...
 
Maka puaslah kamu,
Diperdaya oleh ego kuasa buta kamu...

Kerana semuanya ini, 
Bakal mempercepatkan tumbangmu,
Tersungkur di balik kezalimanmu.

Bagi polis yang dipaksa,
Terimalah simpati kami,
Diharap saudara semua boleh kembali bertugas biasa,
Apabila pilihanraya menjadi Bersih dan adil nanti.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
2 Julai 2011

Pegawai merungut dipaksa hadir program PM

1 Syaaban 1432H. [MOD] -



KOTA BHARU, 3 Julai: Mampukah Perdana Menteri berbangga dengan kehadiran seperti didakwa media harian mencecah 20,000 orang di Pasir Puteh dan Machang semalam, sedangkan sebenarnya penjawat awam dipaksa hadir?
Buktinya semua kakitangan pusat dan guru-guru diberi kad jemputan supaya hadir pada majlis bersama rakyat di Sekolah Kebangsaan Sri Aman. Dan kad jemputan tersebut perlu diserah semula sebagai rekod kehadiran.
Ramai ketika ditemui merungut kerana mereka dipaksa seperti budak-budak. Taktik serupa pernah digunakan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika melawat Kelantan, sekarang diulang semula Datuk Seri Najib Razak.
Begitu juga program di Machang dikerah semua pelajar UiTM kampus Machang dan kakitangan awam pusat hadir pada program majlis pemimpin bersama rakyat.
Pada majlis makan malam di Wisma Persekutuan pula Umno mengerahkan semua kakitangan pusat dan guru-guru yang tinggal di sekitar Kota Bharu hadir.
Jabatan kerajaan mewajibkan kakitangan yang disenarai hadir, di mana mereka juga perlu menandatangani kedatangan. Ada jabatan mengerahkan sehingga 70 kakitangan hadir. Ada juga jabatan mewajibkan sekurang-kurangnya 10 orang wakil.
Imam masjid, peniaga dan pemimpin badan bukan kerajaan juga menerima surat jemputan hadir pada program berkenaan.
Wisma Persekutuan yang menempatkan semua jabatan dan agensi kerajaan pusat seolah-olah menjadi markas Umno kerana dihiasi bendera BN.
Biar pun ramai dikerah hadir pada program di Sekolah Kebangsaan Sri Aman di Pasir Puteh, namun ramai pulang selepas menyerahkan kad jemputan kepada pihak urusetia.
“Saya lihat ramai pulang biar pun Perdana Menteri belum sampai. Ada yang datang ke program itu seawal jam 7 pagi.
“Ketika rombongan Datuk Seri Najib Razak sampai orang ramai yang sudah berbondong-bondong keluar dari pagar sekolah,” dakwa seorang penduduk.
Seorang bekas anggota keselamatan pula memberitahu kenyataan Perdana Menteri kononnya keluarga kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menyertai Umno di majlis itu tidak lebih sebagai gimik politik.
Katanya, orang ramai di Pasir Puteh kenal siapa Raja Abdullah Raja Mahmud yang didakwa mempunyai hubungan keluarga dengan Menteri Besar Kelantan.
“Orang itu bekas tentera dan sekarang berniaga di pasar malam. Dia mahu mengaibkan keluarga Tok Guru Nik Abdul Aziz untuk mempopularkan dirinya,” kata beliau.
Adun Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim berkata, Raja Abdullah dan Saidi Hussin sudah beberapa kali mengisytihar menyertai Umno termasuk di Jertih, Terengganu.
Katanya, mereka bukan ahli PAS, sebaliknya sebagai penyokong dari jauh dan pernah menyokong Semangat 46.
”PAS Pasir Puteh kesal kerana dia cuba mengaitkan nama Tok Guru Nik Aziz. Saya percaya kalau ada menteri lain datang dia sekali lagi akan berada di pentas bagi mengisytiharkan keluar PAS,” katanya.
Sekitar 5,000 hadir
Kata beliau juga kehadiran pada program Perdana Menteri tidak sampai 5,000 orang biar pun media harian yang dekat dengan Umno mendakwa 20,000 orang.
Ketika lawatan di Pasir Puteh juga Perdana Menteri mengunjungi stesen kereta sewa.
Najib dalam ucapannya di situ mendakwa kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) mahu menjual tapak perhentian teksi di Pasar Lama Pasir Puteh setelah lebih 20 tahun beroperasi.
Beliau juga berjanji menyediakan pejabat baru kepada Persatuan Pemandu Teksi Pasir Puteh. Hadir sama di majlis itu Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.
Mengulas isu tersebut anggota Exco kerajaan ngeri, Datuk Husam Musa berkata, kenyataan Perdana Menteri tersebut tidak berasas sama sekali.
Katanya, PKINK tidak pernah menjual tapak berkenaan, bahkan disediakan percuma untuk perkhidmatan teksi di Pasir Puteh.
”Walaupun sebelum ini PKINK mengenakan sedikit bayaran tetapi kini bagi tujuan kebajikan ahli persatuan tersebut PKINK tidak mengenakan sebarang bayaran.
”Apa yang berlaku pernah ada pihak memohon membeli tapak berkenaan untuk dimajukan tetapi permohonan tersebut ditolak PKINK,” katanya di sini.
Husam yang juga Naib Presiden PAS berkata, sepatutnya sebagai seorang pemimpin negara, Perdana Menteri patut malu apabila orang ramai yang dikatakan hadir meraikan kedatangannya sebenar dipaksa hadir sehingga perlu menandatangani kedatangan.
”Amat malang lawatan yang penting itu hanya dimeriahkan kerahan secara paksa pelajar sekolah dan kakitangan kerajaan.
”Buktinya semuanya dibekalkan baju merah terlebih dahulu. Ramai menerima kad jemputan lebih awal supaya hadir di majlis tersebut,” ujarnya.
Menurutnya lebih menggelikan hati apabila bangunan kerajaan di Wisma Persekutuan dipenuhi bendera Umno dan BN.
Kata beliau ternyata kedatangan Perdana Menteri telah mencemarkan lagi konsep pemisahan antara parti dan kerajaan.

Benteng marah rakyat dengan adil, bukan polis

1 Syaaban 1432H. [MOD] -



KUALA LUMPUR, 3 Julai: PAS mengingatkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bahawa mereka boleh mengarahkan polis untuk menghalang perhimpunan rakyat Bersih 2.0, akan tetapi tindakan mereka tidak akan menghalang rasa tidak puas hati rakyat daripada terus membara dan marak, sehingga ianya boleh mencetus pemberontakan dalaman.
 
Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menasihatkan KDN untuk menghayati teguran Khalifah Umar bin Abdul Aziz kepada seorang gabenornya dalam menangani kebangkitan dan kemarahan rakyat sebelum terlambat.
 
“Sewaktu seorang gabenor memohon peruntukan tambahan kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz bagi membuat benteng bagi menahan pemberontakan rakyat terhadap pemimpin, Umar membalas surat permohonan gabenornya dengan katanya: Bentenglah kemarahan rakyatmu dengan keadilanmu, mendengar rintihannya, melayani aduan mereka; itu lebih teguh benteng daripada kota yang kamu cuba bina.”
 
"Wahai KDN, ambillah iktibar daripada Umar bin Abdul Aziz sebelum terlambat,” tegur Tuan Ibrahim dalam satu kenyataannya hari ini.
 
PAS, katanya, juga mengecam tindakan terdesak KDN untuk mengharamkan pertubuhan Bersih 2.0 meskipun ia terhasil daripada 62 gabungan NGO yang sah dan berdaftar 6 hari menjelang perhimpunan Bersih Julai 9 ini.
 
“Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang telah menyalahgunakan kuasa yang ada dengan bertindak di luar batas undang-undang untuk mengharamkan Bersih 2.0 di bawah seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966 kerana ia jelas bercanggah dengan dengan Artikel 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan berpersatuan untuk rakyat seperti yang dinyatakan peguam Hak Asasi Manusia, N Surendran,” tambah Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
 
Menurut Ketua Pengarah ROS Datuk Abdul Rahman Othman, Hishamuddin telah mengarahkan pihaknya untuk mengharamkan Bersih 2.0 atas alasan “bergerak aktif dan mencetuskan suasana gelisah dan kebimbangan masyarakat pelbagai kaum negara ini dan  menyebarkan propaganda menghasut rakyat bagi menjatuhkan kerajaan persekutuan sekarang” dengan menuntut supaya pilihanraya yang bebas dan adil diadakan.
 
KDN turut mendakwa bahawa aktiviti-aktiviti Bersih 2.0 “telah memberi kesan buruk kepada imej negara, bahkan boleh mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan, kemakmuran ekonomi dan kedaulatan negara malahan menjejaskan keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum.”
 
Tindakan KDN tersebut, pada pandangan PAS adalah semata-mata bertujuan supaya gabungan 62 NGO tersebut boleh dianggap pertubuhan haram bagi membolehkan KDN mengerahkan polis untuk bertindak ke atas pemimpinnya. 
 
“Tindakan ini dilihat langkah awal bagi melakukan tangkapan besar-besaran ke atas para pimpinan NGO yang menyokong Bersih 2.0 termasuk Pakatan Rakyat kononnya mencetuskan suasana gawat dalam negara; walhal jelas di mata orang awam bahawa Umno dan Perkasa merupakan pihak yang mencetuskan kontroversi dalam mengadakan perhimpunan Julai 9 ini,” kata beliau.
 
PAS, katanya juga melihat tindakan KDN ini seolah-olah cuba mendapatkan keizinan perundangan ke atas tindakan yang bakal dilakukan. 
 
“Menteri Dalam Negeri sewajibnya bertindak dengan lebih profesional melayani kehendak rakyat ke arah sistem pilihanraya yang lebih baik dan adil daripada menumpukan kepada kerja untuk memburukkan Bersih 2.0.

Keyakinan rakyat kepada sistem pilihanraya yang bersih dan adil adalah asas keyakinan dan kesejahteraan negara,” tegas Tuan Ibrahim.
 
Terdahulunya, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, N Surendran mendakwa arahan yang dibuat Hishammuddin adalah tidak sah dan bertentangan dengan Perlembagaan Seksyen 5 Akta Pertubuhan adalah bercanggah dengan Artikel 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan berpersatuan untuk rakyat.
 
N Surendran percaya Hishammuddin turut menyalahgunakan kuasanya di dalam mengeluarkan perintah tersebut memandangkan tindakan tersebut bermotifkan politik dan berhasrat mengekang kritikan terhadap Kerajaan Barisan Nasional.

ISA: Mohamad Sabu kesal laporan Sinar Harian

1 Syaaban 1432H. [MOD] -



KUALA LUMPUR, 3 Julai: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menafikan laporan Sinar Harian hari ini bahawa beliau dan pemimpin PAS sedia ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Menurutnya yang kesal dengan kenyataan itu berkata, beliau hanya berkata polis ada kuasa menahan siapa sahaja tetapi adalah pelik jika polis menahan orang yang memperjuangkan membebaskan cengkaman ke atas demokrasi.
Sebaliknya, akhbar itu pada muka hadapannya bagi edisi Kelantan melaporkan Mohamad sedia ditahan.
Laporan itu memetik Mohamad sebagai mendakwa jika ditahan di bawah ISA sekalipun, pemimpin PAS tetap akan meneruskan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.
Mohamad didakwa mengeluarkan kenyataan itu selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Timbalan Presiden PAS dan Kutipan Derma Unit Peti Undi Langgar di Jalan Kubur Maras, semalam.
"Saya kesal dengan laporan Sinar Harian hari ini.
"Saya kata, dahulu ISA diguna ke atas pengganas tetapi kini diguna ke atas mereka yg mahu memperjuangkan demokrasi," katanya kepada Harakahdaily.
Sementara itu, beliau sekali mengulangi pendirian bahawa PAS tetap akan bersama dalam himpunan Bersih 2.0 dan meyokong tuntutan bersih ke arah pilihanraya adil dan telus.
“PAS akan sokong Bersih, setakat ini kita akan teruskannya, PAS tetap sertainya, kerana Bersih 2.0 hanya untuk menuntut keadilan dalam pilihan raya dan bukannya untuk menggugat kestabilan negara," katanya.

Tangkapan Bersih di Jasin.

1 Syaaban 1432H. [MOD] -
Ahmad Danial

JASIN, 3 Julai: Seramai 17 orang pemimpin dan ahli PAS Jasin ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini untuk disoal siasat.

Mereka ditahan di Pejabat PAS Kawasan Jasin kira-kira jam 2.15 petang tadi.

Sehingga jam 5.00 petang tadi kesemua mereka masih disoal siasat berkaitan rampasan baju Bersih 2.0.

Antara yang ditahan ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Yuhaizad Abdullah, Ketua Penerangan PAS Kawasan Jasin, Fauzi Maelah, Adnan Abu, Ali Mahadi dan beberapa ahli PAS Jasin.

Polis bertindak masuk ke perkarangan Pejabat PAS Jasin di Simpang Kemendor dekat sini kira-kira jam 1.00 petang sebaik sahaja selesai Seminar PAS Ganti Umno yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Jasin yang bermula pada jam 9.00 pagi.

Selain itu, pihak polis yang berjumlah 30 orang yang kesemua tidak beruniform merampas kira-kira 200 helai baju Bersih 2.0.

Beberapa orang lagi polis yang beruniform menunggu di luar.

Selain itu kesemua ahli PAS yang ada di perkarangan pejabat tersebut dihalang dari meninggalkan pejabat tersebut sehingga tangkapan dibuat.

Semua kenderaan diperiksa, nama tuan punya kenderaan dan nombor telefon masing-masing diambil.