02 July 2011

Peguam profesional dilarang demo, Namun Najib halang demo cara tidak profesional

30 Rejab 1432H. [MOD] -

KENYATAAN MEDIA
Pejabat ADUN Titi Serong/
Ketua Sekretariat PR Perak.

Saya ingin menjawab ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak di Konvesyen Peguam kedua yang diadakan di ibu kota yang mana beliau telah memberi ingatan bahawa peguam profesional tidak perlu terlibat dengan demonstrasi jalanan.

Najib juga banyak kali mengingatkan dalam konvensyen itu kepada seluruh kakitangan kerajaan supaya bertindak sepertimana taraf mereka dilantik sebagai penjawat awam.

Sebagai individu yang memimpin sebuah Negara yang berada dalam kelompok Negara membangun, sepatutunya mahu tidak mahu Najib wajib menjadi seorang yang profesional juga.

Profesional juga sinonim dengan mereka yang terdiri dari kalangan pengamal dasar keterbukaan dan sentiasa berlapang dada apabila ada perbezaan pendapat lebih-lebih lagi suara pendapat tersebut datangnya dari rakyat beliau sendiri.

Sejak BERSIH pertama dilancar, satu pun tuntutan rakyat tidak diendah, pelbagai medium telah diguna untuk menyampaikan suara ini, walaupun usaha tersebut telah dilakukan, namun tiada yang berhasil, Umno-Bn tetap berlaku zalim terhadap rakyat khususnya dalam isu pilihan raya yang telus dan adil.

Adakah Najib profesional dalam isu ini? Jawapannya tidak, saya cabar jika benar-benar beliau (Najib) profesional, ayuh berdebat secara langsung untuk menjawab isu fitnah yang telah dilemparkan terhadap BERSIH 2.0.

Banyak pelanggaran dan pencabulan undang-undang yang dilakukan oleh pihak polis sejak akhir-akhir ini dalam isu Bersih membuktikan bahawa ucapan Najib cuma manis dimulut sedangkan realitinya Najib sudah sangat terdesak dan sudah bertindak diluar batas undang-undang dan perlembagaan negara.

Apabila ada dalam kalangan rakyat tidak setuju dangan dasar oleh kerajaan yang beliau tadbir, maka reaksi yang perlu dan wajib muncul dari batang tubuhnya sebagai pemimpin tertinggi negara adalah mendasarkan keterbukaan, bukannya kolot seperti sekarang.

Penguasaan dan manipulsasi media yang melampau dilihat sampai dikemuncaknya dengan reaksi demi reaksi, semuanya mencerminkan bahawa perdana menteri kolot dan kuku besi, pembangkang tidak diberi peluang langsung untuk menyampaikan pandangan sehingga menyaksikan penyampaian media sebelah pihak dan tidak seimbang yang memangsakan sekelompok rakyat yang terus ditipu dengan berita yang tidak adil dan berat sebelah itu .

Rakyat yang cuma bergantung dengan pemimpin mereka, khususnya mereka yang dari kalangan Umno dan juga golongan atas agar nampaknya terus ditipu dengan berita melampau pemimpin mereka mencemuh BERSIH 2.0.

Kerana itu segala unsur lain dari agensi yang menjaga keselamatan juga digunakan sepenuhnya bagi menggagalkan Himpunan dan tututan Bersih. Gangguan dan tangkapan secara tidak mematuhi undang-undang negara yang telah mencecah angka lebih 100 orang memperlihatkan Najib sebagai PM yang tidak profesional dan sangat lemah dengan memperkudakan pasukan keselamatan demi untuk terus berkuasa.

Semuga rakyat membuka mata dan memastikan undi mereka yang keramat itu dapat mengajar BN secukupnya dalam PRU akan datang.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
PARIT BUNTAR, 2 JULAI 2011.

BERSIH 2.0: Polis tangkap 8 orang di Alor Setar

30 Rejab 1432H. [MOD] -

Lima lelaki dan tiga wanita, termasuk timbalan ketua pemuda PKR Kedah Gooi Hsiao Leung ditangkap kira-kira jam 9.20 pagi ini di Alor Setar kerana didakwa merancang menyemarakkan kempen BERSIH 2.0.

kedah pkr arrested by police bersih 020711 02Mereka juga didakwa cuba menjual kemeja T kuning dengan logo BERSIH.

Sebelum sidang media mereka yang dijadualkan di Pekan Cowboy, Alor Setar sempat bermula , polis terus menyerbu dan mengheret beberapa pemimpin yang dijadual berucap ke tepi sehingga mencetuskan kekecohan.

Gooi menjerit: “Beritahu kami apa dakwaannya sebelum tangkap kami."Namun, pasukan polis yang diketuai oleh OCPD Adzman terus mengheretnya tanpa memberitahu apa dakwaanya.

Maaysiakini/-

Exco S'gor ditangkap selepas ceramah dengan MB

30 Rejab 1432H. [MOD] -

Exco kerajaan negeri Selangor Ronnie Liu ditangkap selepas tengah malam tadi dan dilaporkan 'dipaksa' keluar dari kereta Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang ditumpanginya.

Pada kejadian 12.20 pagi itu, beberapa ahli exco baru sahaja selesai menghadiri sebuah majlis ceramah di Hulu Selangor dan dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur sebelum ditahan oleh polis pada pertengahan jalan.

NONEMenurut rakan exco yang juga saksi kejadian Elizabeth Wong (kanan), mereka berkonvoi kira-kira “lapan atau sembilan” kereta yang diketuai oleh sebuah kereta peronda polis di sebatang jalan di Rawang apabila tahanan dibuat.

"Kereta peronda di hadapan kami tiba-tiba mula bergerak perlahan manakala sebuah lagi kereta peronda memecut dari belakang kami. Liu yang bersama Khalid dibawa ke kereta peronda itu tanpa sebarang penjelasan,” kata Wong yang memerhatikan kejadian dari keretanya.

Katanya, ceramah berkenaan dianjurkan oleh kerajaan negeri dan Liu sebelum itu ada berucap tetapi beliau tidak pasti kandungan ucapannya kerana beliau tiba hanya selepas rakannya itu selesai berucap.

Khalid kemudian menulis di akaun Twitter peribadinya bahawa Liu ditangkap kerana meminta rakyat turun bersama menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai ini.

Menteri Besar itu juga menulis Liu ditahan di balai polis Serendah.

Menurut setiausaha publisiti Pemuda DAP Selangor Lim Swee Kuan, Liu kemudiannya dibebaskan kira-kira jam 3.40 pagi dengan jaminan polis sebanyak RM3,000.

Usaha menghubungi ahli exco itu setakat ini buntu.NONESejak minggu lalu, polis terus menghambat penyokong perhimpunan BERSIH dengan menangkap tidak kurang 100 orang di seluruh negara, termasuk wakil rakyat Pakatan.

Sebahagian besar mereka dicekup kerana memakai baju kuning BERSIH 2.0.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin pada 29 Jun lalu mengumumkan bahawa kemeja-T BERSIH berhubungkait dengan aktiviti haram, maka memakainya adalah juga adalah haram.

Malaysiakini/-

Najib di Kelantan hari ini.

30 Rejab 1432H. [MOD] -

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Kelantan dalam lawatan kerja sehari ke negeri itu.

Sementara itu Lawatan Najib adalah semasa YAB Menteri Besar Kelantan telahpun berlepas beberapa hari lepas ke Uzbekistan, negeri bekas jajahan Russia itu dalam rangka menziarahi makam Imam Bukhari dan Imam Termizi yang terletak di negara berkenaan. Tok Guru dijangka pulang sekitar 10 july selepas menyelesaikan ibadah umrah bersama rombongan.

Najib dan isteri yang menaiki pesawat khas tiba di Pangkalan Udara Gong Kedak, Terengganu pada 9.40 pagi dengan disambut oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Awang Adek Hussin, beberapa pemimpin komponen BN dan ketua-ketua jabatan persekutuan.

Lawatan Perdana Menteri kali ini untuk menghadiri beberapa program bersama rakyat membabitkan daerah Pasir Puteh, Machang dan Kota Bharu.

Beliau akan memulakan program pertamanya dengan mengadakan perjumpaan bersama jawatankuasa penyelaras BN Kelantan di Pejabat Umno Bahagian Pasir Puteh sebelum membuat 'tinjauan mesra' di Stesen Kereta Sewa dan Pasar Besar Pasir Puteh.

Perdana Menteri akan merasmikan majlis perhimpunan bersama rakyat di Sekolah Kebangsaan Sri Aman, Kampung Tok Nik, Pasir Puteh sebelum menunaikan solat Zohor di Masjid Kampung Pulau Lima di Pasir Puteh.

Perdana Menteri kemudian ke daerah Machang bagi menghadiri Program Jiwa Murni disusuli majlis Perjumpaan Bersama Rakyat dan penyokong pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors, di Sekolah Kebangsaan Machang 1, Machang.

Najib juga dijadualkan menghadiri majlis perjumpaan dengan rakan-rakan Facebook di Hotel Renaissance di sini selepas itu.

Rosmah pula mempunyai acara berasingan dengan menghadiri program 'Apa Khabar Anak Permata' di Pusat Anak Permata Negara Parlimen Bachok dan program minum petang bersama pertubuhan-pertubuhan wanita di Hotel Grand Riverview di Kota Bharu.

Pada sebelah malam, Najib dan Rosmah akan menghadiri Jamuan Rakyat 1Malaysia di Wisma Persekutuan di Kota Bharu sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur yang dijadual pada 10.55 malam.

Syria terus bergolak : Sembilan penunjuk perasaan maut

30 Rejab 1432H. [MOD] -

AMMAN 1 Julai - Tentera Syria menembak mati sembilan penunjuk perasaan hari ini di samping berpuluh-puluh ribu rakyat masih mengadakan demonstrasi besar-besaran sejak pemberontakan Syria Mac lalu bagi menggesa Presiden Bashar al-Assad meletak jawatan.

Menurut Jawatankuasa Penyelarasan Tempatan, tiga penunjuk perasaan ditembak mati di pusat bandar Homs, tiga di wilayah utara Idlib, dua di pinggir bandar Damsyik dan satu di Latakia.

Ingkar dengan tindakan keras ketenteraan Assad, penunjuk perasaan mula membanjiri jalan-jalan utama bandar itu selepas sembahyang Jumaat, termasuk di bandar-bandar berhampiran sempadan Lubnan barat hingga kawasan padang pasir berhampiran timur Iraq. - REUTERS

SBY lantik adik ipar sebagai ketua angkatan tentera

30 Rejab 1432H. [MOD] -

JAKARTA: Presiden Indonesia melantik adik iparnya sebagai ketua angkatan tentera sekali gus mencetuskan spekulasi mengenai warisan politik.

Presiden Susilo Bambang Yudhoyono berkahwin dengan kakak Leftenan Jeneral Pramono Edhie Wibowo, yang mengangkat sumpah semalam bagi menggantikan seorang jeneral yang akan bersara tidak lama lagi.

Sebelum ini, Wibowo memegang jawatan ketua pusat strategik.

Beliau juga pernah mengetuai unit komando, Kopassus yang dihantar ke Timor Timor sebelum mencapai kemerdekaan pada 1999. - AP

Pakatan Rakyat akan menang 21 dari 24 Parlimen di Perak ?


BAHAGIAN PILIHAN RAYA BILANGAN
PEMILIH
BILANGAN
MENGUNDI
PERATUS
PENGUNDIAN
UNDI
DITOLAK
MAJORITI PARTI MENANG
P.54 - GERIK


26,229 20,493 78.13% 649 5,573 BN
P.55 - LENGGONG


23,223 17,436 75.08% 311 4,919 BN
P.56 - LARUT


39,697 30,589 77.06% 687 1,911 BN
P.57 - PARIT BUNTAR


45,219 35,592 78.71% 618 7,551 PAS
P.58 - BAGAN SERAI


47,111 36,237 76.92% 1,186 3,413 PKR
P.59 - BUKIT GANTANG


55,471 40,301 72.65% 851 1,566 PAS
P.60 - TAIPING


65,889 47,123 71.52% 1,612 11,298 DAP
P.61 - PADANG RENGAS


24,397 18,350 75.21% 362 1,749 BN
P.62 - SUNGAI SIPUT


47,424 33,154 69.91% 1,001 1,821 PKR
P.63 - TAMBUN


68,966 51,844 75.17% 927 5,386 BN
P.64 - IPOH TIMOR


76,647 53,994 70.45% 707 21,942 DAP
P.65 - IPOH BARAT


69,773 50,641 72.58% 829 15,534 DAP
P.66 - BATU GAJAH


77,313 56,270 72.78% 911 24,627 DAP
P.67 - KUALA KANGSAR


28,325 20,773 73.34% 373 1,458 BN
P.68 - BERUAS


43,273 30,821 71.22% 889 1,828 DAP
P.69 - PARIT


28,859 22,598 78.30% 628 2,873 BN
P.70 - KAMPAR


59,784 38,953 65.16% 1,048 2,697 BN
P.71 - GOPENG


74,344 53,303 71.70% 1,279 7,368 PKR
P.72 - TAPAH


38,236 26,811 70.12% 1,662 3,020 BN
P.73 - PASIR SALAK


42,712 32,119 75.20% 950 2,688 BN
P.74 - LUMUT


72,763 55,930 76.87% 1,884 298 BN
P.75 - BAGAN DATOK


34,670 24,414 70.42% 814 2,692 BN
P.76 - TELOK INTAN


52,354 36,739 70.17% 1,153 1,470 DAP
P.77 - TANJONG MALIM


53,481 38,107 71.25% 1,344 5,422 BN
JUMLAH KESELURUHAN 1,196,160 872,592
22,675

PURATA KESELURUHAN

72.95% 2.60%

Keputusan PRU 2008.

30 Rejab 1432H. [MOD] -

KENYATAAN MEDIA
Pejabat ADUN Titi Serong.

Sejak semalam Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin berada di Perak. Pagi ini beliau akan berada di di Padang Esplanade Taiping dan melancarkan program kementeriannya 1 sukan 1 murid 1 Malaysia.

Muhyiddin dikatakan mempunyai acara yang padat sepanjang sehari ini. Selepas pelancaran tersebut ,beliau dijadualkan mengadakan beberapa lawatan di Parlimen Taiping dan Parlimen Bagan Serai serta menemui masyarakat Sikh dalam satu program berasingan di Ipoh.

Beberapa hari yang lepas Muhyiddin juga telah datang secara mengejut di Ipoh kerana urusan yang tidak dapat disahkan. Mengikut maklumat yang tidak rasmi yang saya terima ianya berkaitan dengan tergugatnya BN di Perak bila satu kajian yang dikatakan jika PRU diadakan, 21 dari 24 parlimen di Perak akan dimenangi oleh Pakatan Rakyat.

Sebagai ingatan pada pru 2008 Pakatan Rakyat telah menang 11 kerusi Parlimen dan BN cuma menang sebanyak 13 kerusi sahaja.(Ruj jadual diatas)

Dalam lawatan mengejut itu beliau dikatakan telah mengadakan pertemuan penting dengan pimpinan BN Perak.

Setakat ini saya masih belum menerima berita yang sahih tentang kedudukan DUN Perak. Namun saya masih yakin dengan kenyataan sebelumnya dan banyak kali diulangi oleh pemimpin Pakatan Rakyat Perak dari PAS, DAP dan PKR bahawa kami akan kembali berkuasa di Perak dengan majoriti yang lebih besar berbanding PRU 12 tahun 2008.

Apapun satu perkara yang pelik berlaku bila dalam masa terdekat Muhyiddin sudah 2 kali berada di Perak.

Lawatan beliau di Bagan Serai pada hari ini termasuklah di DUN Alor Pongsu yang menyaksikan BN cuma menang dengan majoriti sebanyak 95 sahaja. Disebelahnya pula adalah DUN Kubu Gajah yang lebih kecil majoritinya bila BN cuma menang dengan Majoriti 66 sahaja.

Muhyiddin juga akan menemui masyarakat Cina di DUN Pokok Asam dalam Parlimen Taiping dan Penduduk di Taman Kaya dalam Parlimen Bukit Gantang selepas merasmikan 1 sukan 1 murid itu.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
PARIT BUNTAR, 2 July 2011.

1 sukan 1 murid 1 Malaysia dipolitikkan ?

Muhyiddin sampai malam tadi dengan kapalterbang melalui Lapangan Tebang Ipoh dengan disambut oleh kebanyakan pimimpin UMNO dan BN Perak.

30 Rejab 1432H. [MOD] -

KENYATAAN MEDIA
Pejabat ADUN Titi Serong

Hari ini adalah hari yang kononnya akan mencipta rekod dan sejarah bila semua sekolah di seluruh Malaysia dipaksa untuk menjayakan program "Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia " yang kononnya akan melibatkan sejumlah 5.5 juta pelajar sekolah dan akan dicatatkan di dalam Malaysia Book of record (MBR) .Dengan jarak larian cuma 1.5 km MBR akan dicipta pada hari ini.

Lucunya Pegawai, Guru dan Kakitangan sekolah juga terlibat untuk berlari sama. Paling mengejutkan lagi saya menerima laporan dari ibu bapa ada sekolah yang mengeluarkan peliling yang meminta ibu bapa, waris dan keluarga pelajar untuk keluar beramazi-ramai untuk terlibat sama dengan program tersebut. Program ini semacam dipolitikkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ?

Juga yang paling menyusahkan adalah setiap sekolah dikehendaki menghantar laporan beserta gambar/ video sebagai bukti yang sekoah tersebut telah melaksanakan program yang saya tidak p[asti apakah misi, visi dan matlamat.

Februari yang lepas, Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin telah mengumumkan tentang dasar satu murid satu sukan ini. Menurut beliau, dasar ini telah lama wujud, cuma belum ditekankan di sekolah-sekolah.

Dasar 1 Murid 1 Sukan menekankan penglibatan setiap murid dalam sukan. Penglibatan ini lebih menjurus kepada penyertaan, penglibatan, pemahaman dan pengetahuan mengenai sukan berkenaan tanpa mementingkan prestasi mereka.

Dasar ini juga menetapkan semua murid dan pelajar diwajibkan mengambil sekurang-kurangnya satu jenis sukan.

Namun apa bila melihat kepada realiti nya, sebenarnya dasar ini telah berjaya dilaksanakan oleh pihak sekolah disemua peringkat. Pengalaman saya hampir 10 tahun sebagai guru di 4 sekolah dilokasi yang berbeza seingat saya telah berhasil melaksanakan dasar ini sekian lama.

Kecualilah murid yang tidak sihat dan menginap penyakit kronik dihalang dari terlibat dengan sukan dan jumlahnya dalam pratus yang sangat kecil

Kerana itu bila saja program yang akan di lancarkan di Padang Esplanade Taiping pada hari dan semua sekolah pada hari ini juga memaksa muridnya berlari sejauh 1.5 km saya mula memikirkan betapa Menteri pelajaran yang ada sekarang jelas "kurang berpelajaran" tetang kegiatan sukan di sekolah.

Muhyiddin dikatakan mempunyai acara yang padat sepanjang sehari ini. Selepas pelancaran 1 sukan 1 pelajar ,beliau dijadualkan mengadakan beberapa lawatan di Parlimen Taiping dan Parlimen Bagan Serai serta menemui masyarakat Sikh dalam satu program berasingan di Ipoh.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
PARIT BUNTAR, 2 July 2011