22 June 2011

BERSIH 2.0 wajib berjalan dengan bersih

20 Rejab 1432H. [MOD] -

Banyak pihak bertanya pendirian saya tentang kempen NGO 'BERSIH' menuntut Pilihanraya yang adil bagi negara ini. berikut adalah pendirian dan pandangan saya;

Sesuatu tindakan dalam urusan kehidupan muslim khususnya dilihat kepada dua perkara; tujuan dan cara. Jika tujuannya baik, dan caranya juga baik maka itu adalah amalan yang baik.

Jika tujuannya baik, caranya salah, maka pelakunya tetap bersalah kerana mengambil cara yang salah seperti mencuri dengan tujuan hendak bersedekah.

Jika tujuannya buruk atau dosa, segala langkah ke arah tujuan itu dinilai berdosa. Setiap individu yang hendak menyertai sesuatu aktiviti, hendaklah memastikan tujuannya itu halal atau mulia, dan caranya juga halal.

Setelah saya mendengar taklimat BERSIH dan menilainya, saya dapati tujuannya baik, menuntut hak yang sepatutnya diperolehi oleh rakyat seperti yang dijanjikan oleh perlembagaan.

Jika ia berjaya, pada pandangan saya bukan untuk kemaslahatan parti tertentu sahaja, tetapi untuk keadilan berpolitik sepanjang masa, untuk semua pihak tanpa mengira parti.Maka, saya tidak mempertikaikan BERSIH di sudut tujuannya.

Cuma saya bimbang jika ada parti tertentu yang cuba menzahirkannya dalam sifat kepartian, bukan untuk rakyat secara umum. Sedangkan tuntutan itu untuk semua dan baik untuk memastikan keadilan dalam pengurusan pilihanraya.

Perkara haram

Adapun cara yang hendak dicapai iaitu dengan melakukan demonstrasi, pada asasnya ia sesuatu yang harus melainkan jika diiringi dengan perkara-perkara haram seperti kerosakan harta benda awam, pergaduhan dan penonjolan akhlak yang buruk.

Nabi Mohammad SAW dalam hadis pernah mengajar sahabat yang disakiti jirannya untuk membuat bantahan di jalan. Dalam hadis itu sahabat tersebut mengadu kepada Nabi: “Sesungguhnya jiranku menyakitiku”.

Sabda Nabi: “Keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan”. Maka lelaki itu mengambil barangannya dan letak di jalan. Lalu, setiap orang yang melintas bertanya: “apa yang berlaku kepadamu?”. Dia menjawab: “Jiranku menyakitiku”.

Maka mereka berkata:“Ya Allah laknatilah dia, Ya Allah hinalah dia”. Dengan sebab itu, jirannya berkata: “Kembalilah ke rumahmu, aku tidak akan sakitimu lagi”. (Riwayat al-Bazzar dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Ahmad Syakir menilainya sebagai sahih).

Ini menunjukkan bahawa mengajak orang di jalan membantah kezaliman adalah dibolehkan. Dalam konteks politik hari ini, demonstrasi aman sebahagian dari cara pencegahan mungkar politik yang telah terbukti keberkesanannya di banyak negara.

Namun, oleh kerana demonstrasi itu terdedah kepada bahaya dan porak peranda, maka demonstrasi hendaklah menjadi pilihan akhir setelah tuntutan yang adil tidak ditunaikan.

Perbincangan, rundingan, seruan secara langsung, bantahan bertulis dan sebagainya hendaklah di utamakan. Saya difahamkan hal-hal itu telah dilakukan.

Hak rakyat

Pihak SPR hendaklah menunai tuntutan yang adil itu bagi mengelakkan rakyat turut ke jalan yang mempunyai kemungkinan yang pelbagai.

Jika pihak SPR enggan, menjadi hak rakyat untuk menuntutnya secara aman. Aman adalah syarat utama, jika bertukar menjadi ganas maka ia sesuatu yang diharamkan oleh syarak.

Maka, sesiapa yang hendak menyertai demonstrasi BERSIH hendaklah berazam bahawa mereka tidak akan mencetuskan kemusnahan harta awam, tidak mencederakan sesiapa, tidak memaki hamun, sebaliknya melafazkan slogan tuntutan dan berhimpun bagi menggambarkan kehendak dan rasa tidak puas hati.

Adalah haram mana-mana pihak, samada peserta demonstrasi atau polis memulakan provokasi yang boleh menyebabkan berlakunya rusuhan.

Sebaliknya, pihak polis hendaklah sedar, selagi tuntutan itu baik untuk negara yang adil, polis juga termasuk dalam kalangan rakyat. Maka sepatutnya mereka memudah cara agar proses situ berjalan dengan pantas dan dilangsaikan dengan segera.

Para peserta demonstrasi juga hendaklah sedar bahawa tugasan polis mengawal keamanan, maka hendaklah tidak dimulakan apa-apa provokasi yang menimbulkan kemarahan mereka selagi mereka bertugas dengan betul menurut peratusan keselamatan.

Sesiapa yang memulakan atau menyertai provokasi yang membawa rusuhan maka dia menanggung dosa.

Cita-cita rakyat itu tidak akan tertunai melainkan adanya kerjasama yang baik dari semua pihak. Polis, rakyat dan golongan atasan.

Semua pihak hendaklah berfikir untuk memastikan negara kita adil, aman dan teratur. Menyertai BERSIH merupakan salah satu dari usaha yang mulia itu, dan memastikan BERSIH itu bersih dari kekacauan dan provokasi adalah tanggungjawab setiap pihak yang terlibat.

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin adalah bekas Mufti Perlis.
malaysiakini/-

Bekas Ketua Pengarah JKR enggan berundur

20 Rejab 1432H. [MOD] -

Konflik pelantikan sudah berlarutan dua bulan

KUALA LUMPUR: Dua nakhoda satu kapal. Apakah ini yang berlaku di Jabatan Kerja Raya (JKR) ketika ini berikutan tindakan bekas Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Dr Judin Abdul Karim enggan mengosongkan biliknya, walaupun penggantinya sudah dilantik sejak Mei lalu?

beritaharian/-

Beng Hock : Suruhanjaya Serah Laporan Kepada Agong

20 Rejab 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 22 JUN : Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian pembantu politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock hari ini menyerahkan laporan setebal 124 halaman kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.

Pengerusinya, Tan Sri James Foong berkata, salinan laporan oleh lima anggota panel itu juga akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak petang ini.

Menurut Foong, kini terpulanglah kepada Seri Paduka untuk menentukan sama ada laporan suruhanjaya itu akan didedahkan kepada umum atau tidak.

Selain Foong, suruhanjaya turut dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk TS Nathan, Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik yang juga Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Najib pada 26 Januari lalu, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner membuat keputusan terbuka.

Sepanjang persidangan, pelbagai saksi dipanggil termasuk pakar patologi, psikiatri, anggota keluarga dan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selain terdapat beberapa fakta baru yang tidak didedahkan pada inkues mengenai kematiannya di Mahkamah Koroner Shah Alam sebelum ini.

Teoh, 30, pembantu politik exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan berkenaan.

TV SELANGOR/-

Hubungi kami

20 Rejab 1432H. [MOD] -

Email: editorharakahdaily@gmail.com (berita)
red-ads@harakah.net.my (iklan)

Alamat
No 22 Jalan Pahang Barat, Off Jalan Pahang, 53000 Kuala Lumpur.
Tel: 03-40233270 fax: 03-40233278

EDITORIAL
Ketua Pengarang
Zulkifli Sulong
email: zulsulung@gmail.com
hp: 019-3824134

Pengarang
Azmi Yusof
email: amanah85@gmail.com
hp: 019-9863781

Pengarang Berita (Video)
Mohd Nazri Abdullah
email: nazrium@yahoo.com
hp: 012-2281762

Pengarang Berita (Negeri)
Mohd Hafiz Baki,
email: afizbaqi@gmail.com
hp: 0193963239

Pengarang Rencana
Haris Zalkapli,
email: hariszalkapli@gmail.com
hp: 0127379974

PENGURUSAN IT

Shuhaimi Embong
email: shuhaimi@harakah.net.my
hp: 012-9427070

UNIT PENGIKLANAN HARAKAHDAILY

Zaiton Afandi
email: mastermuzo@harakah.net.my
Tel: 03-40233343
hp: 013-282 3998

Agen Pengiklanan Edisi Bahasa Melayu
Redrebana Sdn Bhd
Pengurus
Amir Ramadzan Ibrahim
emeil: sales@redrebana.com
Tel: 03-61894373
hp: 019-2163979

Agen Pengiklanan Edisi English
Packetbit Network
Pengurus
Muhd Izzad Bin Muhd Suod

Packetbit Network
No 1-2B Jalan UP 1/8
Ukay Perdana 1
68000 Ampang, Selangor.

Web: http://adxea.com/hde
emeil: sales@packetbitnetwork.com
Tel(HP):010 277 5820
Tel(P):03 4147 4660
Fax: 03 4147 4662

harakahdaily/-

Tukar slot Maharaja Lawak kepada kuliah Tok Guru

20 Rejab 1432H. [MOD] -

KOTA BHARU- Seorang penyokong kerajaan mengesyorkan agar slot Maharaja Lawak yang disiarkan di Astro kini ditukar dengan kuliah Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Abdul Halim Abdul Rahman (Pas-Chetok) dalam sesi soal jawab berkata, rancangan Raja Lawak tidak mendatangkan manfaat dan perlu diisi kepada bentuk yang mengingatkan penonton kepada agama.

“Pertandingan realiti itu tidak memberikan sebarang faedah. Lebih baik diisi dengan rancangan agama seperti ceramah Tok Guru,” katanya yang terdahulu bertanyakan adakah Kerajaan Negeri bercadang mengadakan penyiaran sendiri seperti rancangan TV khas untuk negeri Kelantan.

Menjawab isu tersebut, Pengerusi Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi negeri, Fazli Hasan berkata, pihaknya akan melancarkan web televisyen dan radio sendirinya pada bulan depan bagi membolehkan rakyat menonton dan mendengar berita-berita dari negeri ini.

Beliau berkata, kini kerajaan Pas Kelantan hanya menggunakan siaran Internet untuk penonton dan pendengar mengetahui berita-berita dari Kelantan kerana kebanyakan siaran di televisyen mengenai negeri ini hanyalah berunsur negatif.

Isu perpindahan Bazar Tok Guru selesai

20 Rejab 1432H. [MOD] -

KOTA BHARU - Isu keengganan 300 peniaga Pasar Lama Arked Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) berpindah ke Bazar Tok Guru dianggap selesai setelah mereka bersetuju berbuat demikian melalui proses pengundian untuk mendapatkan lot niaga di bazar itu.

Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Sanusi Othman berkata, proses pengundian yang berlangsung di Dewan Jubli Perak, dekat sini hari ini berjalan lancar dengan kehadiran 230 peniaga.

Selepas ini proses menandatangani perjanjian jual beli akan dijalankan selewat-lewatnya pada 28 Jun ini, katanya kepada pemberita semasa majlis pengundian Bazar Tok Guru di sini hari ini. - Bernama

Jangan persoal niat, tingkatkan bimbingan secara serius untuk elak murtad

20 Rejab 1432H. [MOD] -

Isu murtad dari kalangan Saudara Baru perlu mendapat perhatian serius kerajaan pusat dan pelbagai pihak kerana statistik sebagaimana yang disebut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom di dewan rakyat amat membimbangkan.

Perdana Menteri Malaysia merupakan seorang muslim namun mengapa timbul masalah rakyatnya sendiri yang telah menganut Islam memohon untuk murtad, adakah ini disebabkan Perdana Menteri gagal pamerkan akhlak seorang Islam yang sebenar sehingga nampak Islam tidak menarik ?

Negara Malaysia tidak saya nafikan wujudkan usaha ke arah menjaga saudara baru, tetapi ia cuma komited dalam negeri iaitu bersifat lokaliti, sepatutnya kerajaan persekutuan memain peranan yang lebih besar, kerana perlembagaan menyebut Islam sebagai agama persekutuan, tetapi UMNO sebagai satu kompenen dari BN tidak ambil serius hal ini.

Pendidikan yang syumul tentang Islam cuma dilakukan oleh sesetengah pihak sahaja, natijahnya yang kabur makin tidak faham apakah itu islam yang sebenar temasuklah mereka yang baru memeluk Islam.

Walaupun wujud usaha untuk menanganinya, tetapi kebanyakannya bersifat jangka pendek, Kerana itu saya menyarankan supaya semua mesjid mengadakan hubungan yang baik dengan Pejabat Agama dan PERKIM terutamanya bagi meningkatkan bimbingan kepada saudara baru dalam ahli qariahnya.

Saudara baru yang telah berdaftar dengan Pejabat Agama mestilah dimaklumkan kepada Qariah Mesjid yang berkaitan sesuai dengan alamat yang telah diberikan. Data mengenai Saudara baru mestilah diperturunkan kepada Qariah mesjid yang berdekatan untuk tujuan bimbangan secara terancang bagi mengelakkan mereka keluar dari islam.

Saya tidak terkejut kalaulah segala usaha dan bimbingan dilakukan dengan serius namun mereka masih mahu keluar islam, namun amatlah dikesali sekiranya tidak usaha yang serius menyebabkan mereka keluar Islam.

Apalagi saya amat kesal jika benar wujud khabar angin bahawa muslim melayu khususnya mempersoal niat dan keikhlasan saudara baru .
apakah hak kita untuk mempersoalkan niat dan keikhlasan sedangkan hak sebenar seorang yang tahu mengenai Islam mestilah berusaha membimbing saudara mereka yang baru masuk Islam.

Kita sering mendengar mengenai gerakan Islam di eropah dan barat amnya, Islam disana telah diketegorikan sebagai agama yang paling cepat berkembang dari segi jumlah penganutnya. namun kenapa perkara sebaliknya berlaku di malaysia ?

Di Amerika Syarikat sendiri, Dilaporkan 20 ribu orang peluk Islam setiap tahun, menjadikan jumlah terkini muslim sana seramai 9 juta orang dan jumlah tersebut semakin meningkat.

Di Malaysia, walaupun UMNO-BN menganggap merekalah pembela agama dan bangsa yang berkuasa sebagai kuasa pusat bagi mentadbir Malaysia sebagai negara Islam namun anehnya sedang bergelut dengan Isu murtad yang tidak nampak kesudahannnya.

52 tahun telah berlalu, umat Islam di Malaysia seharusnya memandang berat isu ini, pemerintah yang cuma berlakon kononnya membela Islam sewajibnya ditolak dan perubahan perlu dilakukan pada PRU 13.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
PARIT BUNTAR, 22 Jun 2011.

Bapa rayu anak kembar dimatikan

20 Rejab 1432H. [MOD] -

SABA (kiri) dan Farah Shakeel.

PATNA, India - Tidak tahan melihat penderitaan anak kembar siamnya yang melekat di kepala, seorang bapa dari India memohon supaya membenarkan anaknya mati jika tiada bantuan kewangan untuk membolehkan mereka menjalani rawatan.

Saba dan Farah Shakeel, 15, menderita sakit kepala yang teruk, sakit sendi dan kesukaran untuk bertutur sepanjang mereka membesar.

Dua gadis itu sebelum ini pernah menerima bantuan hasil campur tangan daripada Putera Mahkota Abu Dhabi tetapi bapa mereka Mohammed yang bekerja di gerai teh di Patna kini tidak lagi mampu membiayai kos rawatan anaknya yang tinggi.

Pasukan pakar kembar siam yang diketuai oleh Benjamin Carson dari Amerika Syarikat mendapati kembar tersebut berkongsi saluran darah utama di otak dan mempunyai dua buah ginjal. - Agensi

PAS rombak kepimpinan bagi rampas Terengganu

20 Rejab 1432H. [MOD] -

PAS Terengganu mengumumkan pembentukan barisan kabinet baru Sabtu lalu yang bertujuan mengejutkan parti itu yang dianggap lesu dan terus lena sejak dua pilihan raya umum lalu.

Sejak tumbangnya PAS di negeri paling kaya di Malaysia pada 2004, parti itu dilihat agak tempang dan tidak dapat menyaingi pengaruh Umno yang juga tidak sepi dengan pelbagai masalah dalaman.

Walaupun meraih kejayaan mengejutkan dengan merampas 28 daripada 32 kerusi DUN pada 1999, PAS Terengganu hari ini boleh diibaratkan "orang buta yang kehilangan tongkatnya".

Pada pilihan raya umum 2004, PAS hanya menang di empat kerusi DUN. Semasa 'tsunami politik' melanda empat tahun kemudian, parti itu hanya menambah dua kerusi, sedangkan BN tumbang di empat negeri dan terus gagal di Kelantan.

Berdasarkan senario itu, jelas PAS Terengganu cukup lesu dan pemimpin yang ada tidak lagi boleh disandarkan bagi merampas semula negeri berkenaan.

Justeru, selaras dengan perubahan pada muktamar parti itu awal bulan ini, PAS Terengganu dilihat menjadikan perkara itu sebagai pertimbangan utama dengan membariskan pemimpin yang lebih muda sekitar 40 hingga 50 tahun.
Kejar bola

Kabinet yang dibentuk pada 18 Jun lalu itu menyaksikan beberapa pemimpin baru cuba diketengahkan bagi mengimbangi dominasi hampir 20 tahun pemimpin seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri, Datuk Mustafa Ali, Datuk Abu Bakar Chik, Datuk Harun Taib dan Datuk Wan Mutalib Wan Embong.

Pesuruhjaya PAS Terengganu Mohd Abdul Wahid Endut yang baru dilantik ke jawatan itu mengakui bahawa bahawa pemimpin kanan - yang rata-rata berumur lebih 60 tahun - kini tidak lagi berada di barisan hadapan bagi mendepani pilihan raya.

Ia susulan rungutan akar umbi PAS bahawa pemimpin senior berkenaan tidak mampu lagi menarik sokongan golongan muda yang merupakan penentu dalam setiap pilihan raya.

"Saya hendak yang muda-muda sedikit, seperti pasukan bola sepak ada yang nak berlari kejar bola, nak berebut bola (mesti anak muda)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Dalam rombakan Sabtu lalu, Mohd Abdul Wahid menamakan Saiful Bahri Mamat, Muhyidin Abdul Rashid dan Dr Alias Razak (ADUN Bukit Tunggal) sebagai timbalan pesuruhjaya. Seramai 22 ahli jawatankuasa baru juga dilantik.

Yahaya Ali dikekalkan sebagai setiausaha dan dibantu oleh tiga penolong setiausaha - Kamarudin Yunus, Hanafiah Mat dan Zakaria Dagang.

M Shukrimun Shamsudin pula dilantik sebagai bendahari, ketua penerangan Nik Muhammad Zawawi Salleh manakala Ariffin Deraman dilantik sebagai pengarah pilihan raya negeri.

Di samping itu, tujuh ahli jawatankuasa yang dilantik antara mereka Dr Mohd Khazani Abdullah, Dr Azman Ibrahim, Zarani Othman, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (ex- officio) dan dua pemeriksa kira-kira.

Dalam rombakan itu juga daripada lima jawatan tertinggi perhubungan negeri itu, hanya Abu Bakar dilantik semula sebagai anggota jawatankuasa PAS negeri, manakala Abdul Hadi yang juga presiden PAS hanya dilantik sebagai penasihat.

Pemimpin lama yang tidak dilantik menganggotai pasukan baru negeri itu termasuklah Mustafa, Harun dan Wan Mutalib.

Kecuali Satiful Bahri Mamat yang merupakan pengasas sekolah pensendirian agama, Mohd Abdul Wahid dan barisan pemimpin penting dalam kabinetnya berlatarbelakang profesional dengan kebanyakannya usahawan dan doktor.

Mohd Abdul Wahid sendiri terlibat dalam projek pertanian dan penternakan ayam.

Ahli jawatankuasa yang dilantik pertama kali adalah Dr Azman Ibrahim, Zarani Othman dan Dr Mohd Khazani Abdullah - yang dikatakan amat rapat dengan Abdul Hadi.

Pemerhati politik berpandangan perubahan pucuk kepimpinan PAS boleh disamakan dengan pendekatan BN pasca pilihan raya 1999 yang terpaksa mengetengah Datuk Seri Idris Jusoh sebagai teraju utamanya setelah bekas menteri besar Datuk Seri Wan Mokhtar Ahmad disingkirkan.

Lebih bertenaga

Mohd Abdul Wahid bagaimanapun menyifatkan kabinetnya sebagai gabung jalin antara golongan ulama muda, aktivis dan profesional.

Malah, jawatankuasanya turut dianggotai golongan profesional, termasuk tiga orang orang doktor perubatan.

"Saya nampak muka-muka baru ini lebih bertenaga untuk buat kerja," katanya.

Beliau juga menafikan mengetepikan peranan pemimpin senior yang pernah berada dalam kepimpinan PAS Terengganu sejak sekian lama.

"(Pemimpin) yang senior, kita tidak tinggal. Mereka kekal tetapi tidak dalam barisan hadapan... Yang senior (kita beri tugas) dari segi taktik atau menjadi penasihat," katanya.

Tegasnya, tanggapan golongan itu diketepikan tidak benar kerana ada antara mereka mahu memberi tumpuan kepada tugas di peringkat pusat dan ada yang mahu memberikan tumpuan kepada urusan peribadi.

"Tidak (ketepi), tidak mereka semua bekerja... Mereka datang ke program. Tidak timbul kita mengetepikan mereka," katanya.

Menurut Abdul Wahid, perubahan pucuk kepimpinan negeri itu "proses yang normal" kerana di negeri lain, termasuk Kedah dan Perak turut mengambil pendekatan yang sama.

Sehubungan itu, Abdul Wahid yang juga ahli parlimen Kuala Terangganu berkata sebahagian 'muka baru' itu pernah lama dalam kepimpinan negeri dan perlu diketengahkan ke depan.

Walaupun kepimpinan Abdul Wahid ini belum teruji, namun jika strateginya mantap tidak mustahil BN ditumbangkan, lebih-lebih lagi Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said belum berjaya mententeramkan gelora politik Umno di negeri itu.

malaysiakini/-

Peniaga mati otak terburai

20 Rejab 1432H. [MOD] -

GEORGE TOWN - Seorang peniaga maut selepas diserang sekumpulan lelaki tempatan menggunakan sebilah parang sehingga otak terburai di hadapan rumahnya di Sungai Nibong Tebal dekat sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 2.45 pagi, mangsa Choong Chor Nim, 35, dikatakan baru sampai ke rumah bersama teman wanitanya yang berusia 19 tahun sebelum didatangi empat lelaki menaiki sebuah kereta.

Kesemua suspek terus menerpa dan menetak mangsa berkali-kali sehingga Chor Nim rebah berhampiran pintu pagar rumah teres dua tingkat miliknya itu.

Mangsa meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) setelah mengalami kecederaan parah di seluruh anggota badan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, hasil pemeriksaan mendapati mangsa cedera di pangkal tangan kanan, bahu kanan, perut kanan, lutut kiri dan kanan, kepala, telinga serta pipi kanan manakala otaknya terburai.

Menurut beliau, polis sedang memburu keempat-empat suspek yang berjaya meloloskan diri sebaik melihat mangsa berlumuran darah.

"Kita masih menyiasat motif kejadian termasuk meneliti laporan yang dibuat pengadu iaitu wanita yang berada bersama suspek semasa kejadian tersebut berlaku," kata beliau.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

kosmo/-

Munajat Perdana sempena himpunan aman Bersih 2.0

20 Rejab 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 22 Jun: Dewan Ulama PAS Pusat menyeru diadakan Munajat Perdana di seluruh negara sempena himpunan aman Bersih 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai ini.

“Sempena himpunan aman Bersih 2.0 yang insya Allah akan diadakan 9 Julai ini, maka Dewan Ulama PAS Pusat menyeru supaya seluruh pendukung PAS pimpinan, ahli dan penyokong mengadakan munajat perdana secara besar-besaran di stadium, padang-padang, markaz atau di mana-mana lokasi yang sesuai,” kata Penolong Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Nazmi Nik Din dalam satu kenyataan.

Katanya, Dewan Ulama setiap negeri diberikan tugas untuk menggerakkan dan merealisasikan ketetapan itu.

“Seluruh ahli dan pendokong PAS diseru supaya berdoa dan memohon kepada Allah SWT dengan rasa rendah diri dan tawadhuk di atas luar keupayaan kita untuk menghadapi tipu daya dan kejahatan oleh pihak-pihak tertentu yang mencemarkan proses pilihan raya di negara ini.

“Sebelum ini kita telah mendengar pelbagai penyelewengan yang telah berlaku untuk mengkhianati suara rakyat yang mahukan perubahan terhadap negara Malaysia yang tercinta ini,” katanya.

Menurutnya, apa yang berlaku di Terengganu dalam pilihan raya tahun 2004 menyedarkan kita bahawa BN Umno sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan survival mereka terus kekal di Malaysia.

Manakala baru-baru ini, ujarnya kita telah dikejutkan dengan laporan yang menyatakan bahawa terdapat usaha-usaha pihak tertentu yang cuba menyalahgunakan pendatang-pendatang asing untuk mencemarkan kemurniaan dan ‘kebersihan’ pilihan raya di negara ini.

Dewan Ulama, katanya tidak akan merelakan perkara daripada terus berlaku di bumi Malaysia ini.

Beliau menambah, Dewan Ulama akan menggunakan keupayaan yang syarie dan berlandaskan undang-undang negara untuk menjadi benteng bersama sayap yang lain untuk mempertahankan kemurniaan ini.

Jelasnya, Dewan Ulama tidak akan membiarkan mana-mana pihak tertentu samada parti atau NGO untuk menangguk di air yang keruh bagi merosakkan hubungan yang harmoni di antara rakyat Malaysia yang pelbagai kaum dan agama ini.

“Dewan Ulama insya Allah akan memastikan agar himpunan Bersih 2.0 menjadi platform dan simbol perpaduan dan kesatuan rakyat dari pelbagai latar belakang,” ujarnya.

harakahdaily/-

Video seks: Trio 'Datuk T' akan didakwa Jumaat ini

20 Rejab 1432H. [MOD] -

Semua tiga anggota kumpulan trio 'Datuk T' akan didakwa di sebuah mahkamah di Kuala Lumpur Jumaat ini.

Dalam kiriman SMSnya, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah
(kiri) berkata dia diminta hadir di mahkamah tersebut pada jam 8 pagi Jumaat.

SMS itu berbunyi: Datuk 'T' akan di Charge di Mahkamah Jalan Duta pada jam 8 pagi, 24 June 2011. Harap maklum

Dua lagi anggota trio 'Datuk T' - bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.

Mereka telah mengaku menayangkan satu video seks kepada para editor dan wartawan di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac.

Video itu, yang dirakam di tempat yang tidak dikenalpasti, didakwa menunjukan aksi seks individu mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketua pembangkang itu menafikan perkara itu dan membuat laporan polis.

malaysiakini/-

Obama panggil balik 10,000 askar dari Afghanistan

20 Rejab 1432H. [MOD] -

WASHINGTON: Presiden Barack Obama hari ini dijangka mengumumkan pelan mengeluarkan 10,000 anggota tentera Amerika Syarikat (AS) yang berkhidmat di Afghanistan, selepas rakyat negara itu semakin bimbang dengan ancaman peperangan.

Operasi membawa balik itu dijangka dilaksanakan berperingkat dengan kumpulan pertama membabitkan 5,000 askar menjelang musim panas ini dan baki 5,000 lagi pada musim sejuk atau musim bunga pada 2012.

Menurut pegawai kanan Pertahanan AS, Obama juga sedang menimbang masa yang sesuai untuk membawa balik 20,000 askar tambahan negara itu yang diperintahkan ke Afghanistan pada Disember 2009 lalu. - AFP

RM1.8 Juta Lebih Diperlukan Untuk Pengurusan Kemudahan Kawasan Pelancongan Bukan Akaun Facebook

20 Rejab 1432H. [MOD] -

PAS Kawasan Miri kecewa dengan keadaan jalan raya yang menghubungkan
Taman Negera Niah ke kawasan luar. Hasil daripada lawatan yang
dilakukan oleh beberapa orang ahli jawatankuasa PAS Kawasan Miri
mendapati terdapat beberapa tempat jalan yang tidak berturap atau
telah rosak. Kerosakan dan ketidaksempurnaan ini bukan sahaja berlaku
di jalan raya ke Taman Negara Niah ini malah keadaan tempat meletakkan
kereta yang tidak berturap. Perkara seperti ini tidak seharusnya
berlaku di sebuah taman negara yang terkenal seperti Taman Negara Niah
ini.

Suasana seperti ini akan memberi gambaran awal yang tidak baik kepada
pelancong-pelancong samada dari dalam mahupun dari luar negara.
Perkara seperti ini seharusnya menjadi keutamaan Kementerian
Pelancongan Malaysia bagi menyediakan kemudahan yang terbaik di
taman-taman negera seumpa ini. Seharusnya jumlah dana RM1.8 juta untuk
pembukaan dan pengurusan promosi online pelancongan Malaysia
disalurkan bagi pembaikan dan pengurusan kemudahan-kemudahan awam di
kawasan pelancongan seumpama ini.

"Saya cukup sedih melihat keadaan dan kemudahan di sekitar Taman
Negera Niah ini yang cukup dikenali di seluruh dunia. Kemudahan asas
seperti jalan yang berturap dan kawasan letak kereta yang lebih
tersusun perlu disediakan segera", kata M Arifiriazul Ketua Penerangan
PAS Miri yang bersama-sama di dalam rombongan tersebut.

PAS Miri ingin mencadangkan agar pihak kementerian yang terbabit untuk
mengadakan lawatan segera bukan sahaja ke Taman Negera Niah malah ke
semua taman-taman negeri di Malaysia untuk menilai serta meneliti
keadaan kemudahan yang disediakan.

"Kita mahu Kementerian Pelancongan Malaysia untuk adakan lawatan ke
seluruh taman negara di negara ini untuk menilai keadaan kemudahan
yang disediakan", cadang Ir M Khairulnizam Yob Timbalan YDP PAS Miri.

Al-Quran dibuang di pusat kitar semula

20 Rejab 1432H. [MOD] -

BATU PAHAT - Pejabat Agama Daerah ini terkejut dan kecewa dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang membuang al-Quran dan kitab sewenang-wenangnya.

Pentadbirnya, Mustaffa Omar berkata demikian selepas mengesan banyak al-Quran dan kitab lama yang diletak di tepi sebuah pusat kitar semula di Jalan Parit Besar di sini baru-baru ini.
Perbuatan seperti itu, katanya, bertentangan dengan peraturan.

Menurutnya, sepasukan pegawai dan kakitangan dari Bahagian Pendidikan Pejabat Agama Batu Pahat serta unit penerbitan di Kementerian Dalam Negeri telah dimaklumkan mengenai perkara itu dan telah menjalankan siasatan di premis berkenaan pada 15 Jun lalu.

“Kami dapati beberapa naskhah al-Quran serta beratus-ratus kitab, termasuk yang dimakan anai-anai, dilonggokkan di satu sudut di pusat kitar semula itu.

“Kami kemudian memaklumkannya kepada pengurusan pusat berkenaan dan mereka memberi kerjasama serta membenarkan kami mengambil semua naskhah al-Quran, buku dan kitab lama yang terdapat di situ,” katanya ketika ditemui di pusat kitar semula berkenaan, petang kelmarin.

Mustaffa berkata, antara yang ditemui adalah kitab lama seperti Minhaj Abidin karangan Imam Ghazali yang sering dijadikan bahan mengajar atau rujukan utama beberapa guru sekolah pondok. Sebahagian besarnya dikarang penulis serta diterbitkan di Indonesia dan dipercayai tidak lagi laku untuk dijual.

Semua al-Quran dan kitab itu dibawa ke pejabat agama daerah ini.

Beliau menyifatkan mereka yang membuang al-Quran dan kitab seperti itu tidak tahu cara untuk melupuskannya.

sinarharian/-

Sentimen SPR Pula Bagaimana Tan Sri?

20 Rejab 1432H. [MOD] -

KOMENTAR : "Parti dan calon yang disukai akan menang. Buatlah macam mana pun, sentimen memainkan peranan. Ini sentimen pada (pilihan raya umum) 2008. Pada 2004 berbeza.

"Dan saya yakin sentimen akan berubah (lagi) dan ini jangan salahkan SPR. Ada masanya kita menang ada masanya kita kalah," kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR). Tan Sri Abdul Aziz Yusof.

Namun yang menjadi persoalannya, sentimen SPR sendiri bagaimana? Dengan perkataan lain, SPR condong ke arah parti dan calon yang bagaimana? Soalan-soalan ini harus ditanya berulang-ulang kali.

Ini kerana jika SPR mengatakan ia berkecuali mengapa banyak sangat sentimen Badan Bukan Kerajaan, Majlis Peguam dan sudah tentu parti-parti politik cenderung mengatakan SPR tidak telus dan tidak berlaku adil pada semua, khususnya rakyat dalam mengendalikan pilihanraya di negara ini.

Ada rakyat yang tidak pernah mendaftar tiba-tiba mendapati nama mereka tersenarai dalam daftar pemilih. Ada yang sudah mendaftar tetapi tersenarai dalam daftar di kawasan undi yang tidak munasabah jauhnya dari alamat tinggal mereka.

Ada juga yang sudah mendaftar, pernah mengundi tetapi tiba-tiba mendapati tempat mengundi mereka dipindahkan ke pusat lain tanpa notis.

Ada juga semakan yang dibuat mendapati pada sesuatu alamat ada berpuluh pengundi didaftarkan. Ada juga senarai pemilih dalam daftar berkenaan lebih ramai dari penduduk sesebuah rumah panjang!

Selain itu timbul pula kemusykilan bagaimana sebenarnya undi pos dijalankan. Bagaimana apabila ada kes Agen Mengundi dan Agen Pengiraan Undi atau PACA memantau proses pembuangan undi pos mendapati hanya tiga orang yang keluar mengundi di sebuah tempat pembuangan undi tetapi apabila keputusan dibacakan ada lebih 127 pengundi diumumkan telah membuang undi di pusat berkenaan.

Parti mana yang mendapat manfaat atau undi majoriti dalam proses pilihanraya itu memang agak mudah diterka. Undi pos adalah undi mereka yang tidak berpeluang membuang undi pada hari mengundi diadakan kerana bertugas di seberang laut, atau di kawasan pedalaman seperti anggota keselamatan negara. Bagaimanapun mengapa anak isteri mereka pun dikelompokkan dalam senarai undi pos?

Ini belum mengambil kira ada anak isteri anggota keselamatan yang tidak pernah mengisi Borang A untuk mendaftar sebagai pengundi tetapi secara automatik disenaraikan sebagai pemilih menurut sistem undi pos!

Ini semua adalah sentimen rakyat, Badan-Badan Bukan Kerajaan dan parti-parti politik Bukan-BN terhadap SPR. Pengerusi SPR tidak boleh alpa dan terlepas pandang terhadap hakikat ini. Ini bukan sekadar persepsi. Ia sudah menjadi sentimen yang ranum di hati rakyat.

Percubaan untuk mengelak menerima hakikat ini adalah buruk padahnya kepada kewibawaan SPR dan kakitangannya sendiri dalam jangka masa panjang.

Sebab itu rakyat ingin bersuara. Mereka mahu hapuskan sentimen terhadap SPR yang mencurigakan ini. Sebab itu juga digerakkan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil atau Singkatannya Bersih 2.0. Kemuncak gerakan ini ialah pada 9 Julai ini.

Usaha raksasa kali kedua ini dijangka akan disaingi oleh Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan Perkasa, gerakan Melayu berhaluan kanan yang tidak mahu tatakelola SPR diubah atas nama “memelihara kepentingan Islam dan Melayu”.

Sekali lagi tidak sukar untujk memahami mengapa Pemuda Umno atau Perkasa mahu menyaingi usaha Bersih 2.0. Ini tentunya kerana apa yang dituntut Bersih 2.0 ialah supaya pengurusan pilihanraya di negara ini dilakukan benar-benar atas landasan keluhuran undang-undang dan keadilan. Rakyat tahu segala kepincangan sistem pilihanraya di negara ini selama ini menguntungkan siapa.

Pilihanraya bukan sahaja ditentukan oleh sentimen. Ia juga berkaitan dengan ruang dan peluang. Jika sebelah pihak sahaja diberi peluang untuk menghebahkan manifesto mereka melalui sistem media berbayar dan awam tetapi tidak bagi pihak yang lain, bagaimana rakyat boleh membuat keputusan yang tepat siapa yang patut dipilih menjadi wakil mereka di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri?

SPR mesti tegas dalam soal agihan peluang dan ruang bagi semua pihak yang menawarkan diri bertanding dalam sistem pilihanraya yang dikendalikannya.

SPR juga mestilah memberi peluang kepada rakyat sepenuhnya. Yang pasti sebagai sebuah negara membangun Malaysia boleh dan mampu mewajibkan pendaftaran setiap kelahiran warganya dan dikeluarkan surat beranak setiap seorang. Kemudian prosedur ini disahkan pula dengan pendaftaran wajib kad pengenalan ketika berusia 12 tahun. Berbilion ringgit dibelanjakan untuk mewujud dan mengamalkan sistem ini.

Namun malangnya pangkalan data ini tiba-tiba tidak terpakai oleh SPR untuk mendaftarkan mereka secara automatik sebagai pengundi apabila mencapai usia 21 tahun. Isteri dan keluarga anggotan keselamatan boleh didaftarkan sebagai pengundi secara automatik; tapi rakyat biasa yang mempunyai surat beranak dan kad pengenalan tidak boleh. Bukankah ini ganjil?

Ini bermakna sama ada kita hendak mengatakan Jabatan Pendaftaran Negara tidak cekap atau SPR sebenarnya malas, culas atau mungkin mempunyai sentimen yang kurang cenderung kepada ketelusan dan keadilan untuk setiap rakyat memilih kerajaan mana yang mereka mahu mentadbir negara.

Sehubungan itu, jika jabatan Imigresen boleh menguruskan keluar masuk setiap insan ke negara ini hanya dengan menggunakan pengenalan cap jari atau biometrik, mengapa SPR tidak mampu menggunakan pendekatan yang sama? Atau, sekurang-kurangnya menggunakan sistem dakwat pada jari pengundi bagi memastikan tiada mengundi lebih sekali!

Alasan yang mengatakan bahawa pendaftaran sebagai pengundi tidak diwajibkan di bawah Perlembagaan dan lantas mengundi tidak boleh diwajibkan, adalah hujah yang lapuk dan terlalu kebudak-budakkan.

SPR adalah badan mutlak yang diberi kepercayaan untuk mengendalikan pilihanraya di negara ini oleh Perlembagaan Negara. Ia seharusnya bertindak tuntas dan dengan telus dalam menunaikan tanggungjawab ini.

Pandangan Tan Sri Aziz bahawa sentimen rakyat terhadap parti-parti yang bersaing dalam pilihanraya mungkin berubah-ubah menurut iklim dan isu politik. Namun sentimen rakyat terhadap SPR seharusnya terus bening dan bersih serta tekal.

Kewibawaan SPR harus luhur dan adil. Ini kerana Kerajaan yang dilahirkan daripada pilihanraya yang bersih dan adil sahajalah yang boleh dikira sebagai Kerajaan yang berdaulat dan wajib disokong oleh setiap rakyat. Oleh itu sentimen SPR terhadap setiap parti politik berdaftar pula haruslah sentiasa bersih dan tiada pilih kasih. Hidup Bersih 2.0!

tv selangor/-

Himpunan Bersih 2.0 : UMNO dan BN seperti dirasuk makhluk halus.

20 Rejab 1432H. [MOD] -

Saya berpandangan UMNO BN telah terbukti sebagai sebuah parti yang anti terhadap rakyat yang mahukan sebuah kepimpinan yang punyai daya saing dan berkebajikan.

Hakikat yang berlaku dari sudut ekonomi yang disebut-sebut sebagai membangun dengan begitu bangga cuma cakap kosong sahaja dan layak ditong sampahkan, buktinya, Malaysia mengalami defisit kewangan selama 12 tahun berturut sejak 1998.

Saya ragu dengan dakwaan kononnya ekonomi Malaysia berada pada tahap memberangsangkan jika difisit gagal ditangani selama tempoh itu.

Sebenarnya kemana pergi wang tunai Negara kita? Adakah semua wang itu sudah lesap? Pengurusan wang Negara yang bernilai billion ringgit yang tidak sistematik dan berkepentingan peribadi serta rasuah yang melampau oleh pimpinan UMNO BN dengan tidak mengambil kira soal hak rakyat telah menyebabkan keadaan wang negara amat tenat pada masa ini.

Terkini UMNO BN saya lihat seperti orang yang terkena rasuk makhluk halus apabila isu Himpunan BERSIH 2.0 yang menyaksikan kegelisah pemimpin BN yang takutkan kepada tuntutan dan perubahan dari rakyat soal Pilihanraya.

Saya juga melihat PAS dengan agenda Negara berkebajikan telah mengambil kira pelbagai aspek yang akan dipulihkan selepas PR berkuasa di Putrajaya, Namun yang resah dan gelisah adalah pemimpin UMNO BN yang cuma mengkritik untuk menutup kelemahan mereka sendiri yang terlalu ketinggalan dalam isu Negara berkebajikan.

Saya kira UMNO BN perlu berehat untuk beberapa penggal dan beri laluan kepada Pakatan Rakyat mentadbir Putrajaya, mereka (UMNO BN) terlalu lama memerintah, mereka sudah nyayuk, tak mampu berfikir seperti orang waras.

Kerajaaan korup UMNO BN yang diharap-harapkan rakyat selama 52 tahun ini telah menjadikan Negara berada pada tahap bahaya berisiko tinggi jika tiada perubahan pada PRU 13 ini.
.
Inilah masanya iaitu PRU13 dimana rakyat perlu bertindak dengan melantik kerajaan baru supaya negara boleh menjadi pemangkin kepada malaysia baru yang lebih aman dan makmur serta mementingkan soal kebajikan rakyatnya.

Kerana itu usaha menghalang Himpunan Bersih dan demokrasi yang adil adalah Isu yang membuktikan UMNO dan BN yang risaukan hilang kuasa dalam PRU akan datang.

DRS. KHALIL IDHAM LIM

Solat tanda bersyukur

20 Rejab 1432H. [MOD] -

SURAH ini termasuk dalam kategori surah Makiyyah, sebagaimana pendapat Ibn Abbas dan jumhur ulama. Sedangkan pendapat al-Hasan, Ikrimah dan Qatadah pula bahawa ia termasuk dalam surah Madaniyyah. Ia mengandungi tiga ayat dan diturunkan selepas surah al-'Adiyat.

Hubungan dengan surah al-Ma'un

Dalam surah al-Ma'un disebutkan golongan yang mendustakan agama dengan empat sifat iaitu kikir, tidak mengerjakan sembahyang, riak dan menolak memberi pertolongan.

Dalam surah ini Allah SWT menyebut anugerah kepada Rasulullah SAW dalam bentuk kebajikan dan keberkatan. Kemudian dinyatakan bahawa Dia menganugerahkan al-Kauthar kepada Nabi yang bererti kebajikan yang banyak, memelihara sembahyang, sentiasa mengerjakannya secara ikhlas dan bersedekah kepada orang fakir.

Sebab turunnya surah ini

Orang musyrik Mekah dan orang munafik Madinah mencela dan mengejek Nabi perkara berikut:

l Hanya golongan yang lemah sahaja menjadi pengikut baginda dan tidak terdapat pun para pemimpin serta pembesar yang mengikut baginda.

Jika agama yang dibawa itu benar pasti para pembelanya terdiri daripada golongan fakir yang mempunyai kedudukan mulia dalam masyarakatnya. Ucapan mereka itu bukanlah perkara baru kerana hal ini juga berlaku ke atas kaum Nabi Nuh a.s yang berkata kepadanya (lihat surah Hud ayat 27).

Sudah menjadi sunnah Allah kepada makhluk-Nya, pada kebiasaannya mereka mudah menerima ajakan rasul kerana mereka tidak memiliki harta yang dibimbangkan musnah untuk kepentingan ajakan yang baru, tidak memiliki kedudukan dan kekuasaan yang dikhuatiri dimiliki oleh pembawa ajakan baru itu.

Para pemimpin dan pembesar kebiasaannya tidak mahu menerima ajakan itu, sehingga mereka masuk ke dalam agama Allah dalam keadaan yang tidak suka.

Oleh yang demikian, terjadilah perdebatan antara para pemimpin itu dengan Rasulullah. Kemudian mereka mulai lemah kerana dikalahkan dakwaan mereka itu satu demi satu dan Allah menolong para rasul-Nya dengan meneguhkan kedudukan mereka.

Begitulah penduduk Mekah menghadapi Rasulullah. Oleh sebab itu, para pemimpin dan pembesar Mekah pada umumnya tidak menerima orang yang menganut Islam lantaran kedengkian kepada Nabi Muhammad dan golongan yang lemah lagi hina.

l Apabila mereka mendapati putera-putera Nabi Muhammad meninggal dunia lantas mereka berkata: "Nama Muhammad telah berakhir, kini keturunan Muhammad sudah terputus." Mereka memandang perkara itu sebagai celaan dan cemuhan serta menjauhkan manusia daripada mengikut Baginda.

l Apabila mereka melihat bencana yang menimpa kaum muslimin, maka mereka bergembira, menunggu-nunggu agar kecelakaan itu menimpa kaum muslimin dan kekuasaan mereka hilang sehingga kedudukan mereka yang diporakperandakan oleh agama baru itu tegak kembali.

Oleh sebab itu, surah ini diturunkan untuk menguatkan hati Rasul-Nya bahawa kegoncangan yang ditimbulkan oleh kaum musyrikin itu adalah suatu dugaan dan ujian untuk membersihkan jiwa orang yang masih belum kuat hatinya.

Ini untuk menolak tipu daya kaum musyrikin di hadapan mereka serta memberitahu kepada mereka bahawa rasul itu pasti memperolehi pertolongan dan para pengikut baginda termasuk dalam golongan orang yang mendapat kejayaan.

Firman Allah: Sesungguhnya kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak.

Muhammad Quraish Shihab berkata: "Kata al-Kauthar diambil dari kata kathir."

Ia digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang banyak bilangannya atau tinggi mutunya. Bahkan seorang manusia merupakan tokoh yang banyak berjasa dinamakan Kauthar.

Ulama berbeza pendapat tentang makna tersebut. Pendapat yang popular adalah sungai di syurga. Ia dikemukakan oleh ulama berdasarkan hadis yang diriwayatkan Imam Ahmad dan Muslim dari sahabat Nabi Anas bin Malik.

Pendapat ini ditolak oleh Sheikh Muhammad Abduh sambil menulis dalam tafsirnya pendapat yang menyatakan al-Kauthar bermaksud sungai di syurga baru diterima sebagai keyakinan apabila riwayatnya mutawatir.

Namun demikian, Sheikh Muhammad Abduh meragukan mutawatir hadis tersebut kerana tulisannya lebih jauh. Kemutawatiran satu riwayat tidak sah kalau hanya pendapat sekelompok orang atau sebahagian ulama.

Kemutawatiran riwayat seperti apa yang anda lihat pada keadaan al-Quran. Ia dikenali dan diakui oleh thabaqat (kelompok atau generasi demi generasi) dan diriwayatkan oleh sejumlah orang yang dipercayai dan mustahil untuk berbohong, seterusnya riwayat itu sampai kepada anda dan tidak ditolak oleh kaum muslimin. Ia dinamakan mutawatir yang dapat menghasilkan keyakinan.

Pendapat kedua tentang al-kauthar banyak disebut ulama tafsir keturunan Nabi Muhammad. Pendapat ini dikemukakan antara lain oleh Abu Hayyan, al-Alusi sambil menyatakan mereka itu telah memenuhi seluruh penjuru.

Demikian juga Muhammad Abduh, al-Qasimi yang mengambil pendapat Ibn Jinni sambil menyatakan pendapat ini indah dengan sebab nuzul surah ini. Dan maksud keturunannya ialah anak cucu Sayyidah Fatimah puteri Rasulullah.

Dinyatakan di sini beberapa pendapat yang lain sebagaimana dinukilkan daripada kitab Zad al-Masir:

l Kebaikan yang banyak yang dikurniakan kepada Nabi. Inilah pendapat Ibn Abbas.

l Ilmu dan quran sebagaimana pendapat al-Hasan.

l Kenabian seperti pendapat Ikrimah.

l Kolam Nabi di mana manusia berhimpun padanya pada hari Akhirat. Inilah pendapat Ata'.

l Ramainya pengikut Nabi dan umatnya, seperti pendapat Abu Bakar bin 'Iyash.

Firman Allah SWT: Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah.

Berkenaan dengan solat di sini ada tiga pendapat:

i. Solat hari raya haji, seperti pendapat Qatadah.

ii. Solat Subuh di Muzdalifah, sebagaimana pendapat Mujahid.

iii. Solat lima waktu. Inilah pendapat Muqatil.

Berkenaan dengan perintah korban pula ada lima pendapat:

i. Sembelihlah pada hari raya seperti riwayat Ali bin Abi Talhah daripada Ibn Abbas. Inilah pendapat Ata', Mujahid dan jumhur.

ii. Diletakkan tangan kanan atas tangan kiri ketika solat seperti riwayat Abu al-Jauza'.

iii. Mengangkat kedua tangan dengan bertakbir hingga ke leher seperti pendapat Abu Ja'far Muhammad bin Ali.

iv. Dengan makna solatlah kerana Allah dan korbanlah kerana Allah seperti pendapat al-Qurazi.

v. Hendaklah menghadap kiblat ketika korban sebagaimana dihikayatkan oleh al-Farra'.

Sayid Qutub berkata: "Setelah menerangkan nikmat yang melimpah ruah yang bertentangan dengan kempen orang kafir, Allah SWT memerintah Rasul-Nya supaya mensyukuri nikmat dengan kewajipannya yang pertama iaitu ikhlas dan tetapkan dalam hati amal ibadah kepada Allah SWT, mengerjakan solat dan menyembelih binatang korban dengan penuh keikhlasan tanpa menghiraukan kesyirikan kaum Musyrikin."

Firman Allah: Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus.

Ulama khilaf siapakah yang dimaksudkan dalam ayat ini kepada lima pendapat:

i. Al-'As bin Wa'il al-Sahmi, seperti pendapat Ibn Abbas. Ini juga pendapat Said bin Jubair, Mujahid dan Qatadah.

ii. Abu Jahal, sebagaimana pendapat Ibn Abbas.

iii. Abu Lahab, seperti pendapat Ata'.

iv. Uqbah bin Abi Mu'it, sebagaimana pendapat Syamar bin 'Atiah.

v. Himpunan di kalangan orang Quraisy, seperti pendapat Ikrimah.

Al-Maraghi berkata: "Orang yang membenci kamu dalam apa jua keadaan adalah orang yang terputus penyebutannya untuk memperoleh kebaikan dunia dan akhirat."

Sebab utama mereka membenci petunjuk dan hikmah yang diajarkan baginda menampakkan kejahilan fikiran mereka, mencela sembahan mereka, menyeru ajaran yang berbeza dari apa yang telah mereka biasa ikuti.

Al-Hassan berkata: "Orang musyrik menyatakan keadaan Nabi Muhammad SAW itu terputus, maksudnya baginda telah menerima kegagalan, sebelum tujuan baginda tercapai. Akan tetapi Allah SWT menjelaskan bahawa musuh baginda itulah yang mengalami keadaan yang sedemikian."

KedahLaNie

Anggota penguatkuasa JPJ maut dirempuh kereta

20 Rejab 1432H. [MOD] -

NILAI: Seorang anggota penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika sedang memeriksa sebuah lori yang rosak di Jalan Nilai-Batang Benar, berhampiran stesen komuter Batang Benar di sini, hari ini.

Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Saiful Azzri Hamzah berkata, Wardi Ahmad, 28, meninggal dunia semasa dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), akibat cedera parah di kepala dan badan manakala pemandu kereta yang dikenali sebagai Ismail Dahlan, 44, meninggal dunia beberapa jam selepas menerima rawatan di hospital yang sama akibat cedera parah di kepala dan badan.

Kejadian itu berlaku semasa Wardi bersama tiga lagi rakan setugasnya yang menaiki sebuah pacuan empat roda memberhentikan kenderaan di bahu jalan bersebelahan dengan sebuah lori yang rosak untuk melakukan pemeriksaan kira-kira jam 11 pagi.

"Tiba-tiba, sebuah kereta dikatakan hilang kawalan lalu merempuh lori dan kenderaan pacuan empat roda milik JPJ dari arah belakang sebelum merempuh Wardi yang ketika itu sedang berdiri di belakang kenderaan JPJ menyebabkan mangsa cedera parah di kepala dan anggota badan," katanya.

Saiful Azzri berkata, tiga lagi anggota JPJ dan pemandu lori terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, punca sebenar kejadian masih lagi dalam siasatan.

Katanya, mayat kedua-dua mangsa akan dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing untuk urusan pengebumian. - BERNAMA

PAS Perak, gabungan ulama dan profesional untuk tawan semula Perak.

20 Rejab 1432H. [MOD] -

IPOH – Pas Negeri menampilkan sembilan muka baru dalam jawatankuasanya yang baru dibentuk kelmarin selain mengekalkan 11 pemimpin sedia ada.

Antara muka-muka baru yang dilantik ialah Razman Zakaria yang dilantik menjawat Timbalan Pesuruhjaya 3 menggantikan Mustafa Shaari.

Setiausaha perhubungan pula dipegang Dr Muhaimin Sulam yang menggantikan Misbahul Munir yang kini menjadi Timbalan Pesuruhjaya 2.

Jawatan Ketua Penerangan disandang Nuri Al-Amin menggantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Khalil Idham Lim yang terus dikekalkan sebagai Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak

Empat lagi muka baru dilantik sebagai ahli jawatankuasa manakala seorang lagi dilantik memegang jawatan Penolong Setiausaha Perhubungan 2 yang baru diwujudkan.

Timbalan Pesuruhjaya 1, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang dihubungi berkata, keputusan pelantikan itu dibuat mencerminkan apa yang berlaku di peringkat pusat.

Menurutnya, gabungan golongan ulama dan profesional dilihat mampu memberikan khidmat kepada rakyat dengan lebih mantap.

“Jawatankuasa Pas Negeri yang baru ini merupakan salah satu tawaran Pas kepada rakyat di Perak untuk terus menyokong Pakatan Rakyat (PR).

“Seandainya rakyat di Perak terus bersama PR, kita akan melakukan perubahan yang jauh lebih baik demi perkhidmatan untuk mereka,” katanya.

Beliau yang juga ADUN Pasir Panjang berkata, ADUN-ADUN Pas yang tidak dilantik menganggotai jawatankuasa kali ini mempunyai tugas lain di dalam Sekretariat Parlimen yang telah dibentuk.

Sementara itu, Misbahul Munir yang dihubungi berhubung jawatankuasa baru ini berkata, pembentukan jawatankuasa itu diputuskan di dalam mesyuarat perhubungan kelmarin dan bukan cadangan Pesuruhjaya semata-mata.

“Jawatankuasa Perhubungan yang baru ini merupakan ‘team’ bagi menghadapi pilihan raya dengan menampilkan beberapa muka baru.

“Dengan menampilkan muka-muka baru ini, kita yakin ada potensi untuk memenangi pilihan raya akan datang,” katanya.

Menurutnya, ahli-ahli baru dalam jawatankuasa itu terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti pegawai tinggi kerajaan, ahli akademik, profesional dan sebagainya.

Berikut adalah senarai penuh Kepimpinan PAS Perak 2011-2013 :-

Pesuruhjaya: Ust Abu Bakar Husein
Timbalan Pesuruhjaya: YB Dato Seri Hj. Mohamad Nizar Jamaludin
Timbalan Pesuruhjaya: Hj. Mohd Misbahul Munir Masduki
Timbalan Pesuruhjaya: Hj. Razman Zakaria
Ketua Dewan Ulamak: Ust. Shuid Din
Ketua Dewan Pemuda: Ust. Zawawi Abu Hassan
Ketua Dewan Muslimat: Dr. Najihatussoleha Ahmad
Setiausaha Perhubungan: Dr Muhaimin Sulam
Bendahari: Hj. Ahmad Othman Maseri
Ketua Penerangan: Ust Nuri Al-Amin
Pengarah Pilihanraya: Hj. Asmuni Awi
Penolong Setiausaha Perhubungan I : Sdra. Ismad Shahril Che Mat
Penolong Setiausaha Perhubungan II: Pn. Mazidah Zakaria

Ahli Jawatankuasa dilantik:
1. YB Hj. Mohd Zainudin Mohd Yusof
2. Ust Sidik Noor
3. Sdra. Mohd Azhar Rafie
4. Sdra. Muhammad K. Y. Tiang
5. Sdra. Mohd Zamri Ibrahim
6. Sdra. Khairul Anuar Ismail
7. Pn. Rosaini Ali

YB. Drs. Khalil Idham Lim

Kabinet PAS Perak : tumpuan rampasan semula Perak

20 Rejab 1432H. [MOD] -

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menyokong penuh barisan kepimpinan di dalam Kabinet baru Badan Perhubungan PAS Negeri Perak yang telah dilantik oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Haji Abu Bakar Hussien di dalam Mesyuarat Pertama PAS Perak baru-baru ini bagi memberikan tumpuan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 nanti.

Kami yakin kabinet kali ini adalah pasukan pilihanraya yang mantap bagi memimpin rakyat Negeri Perak bersama Pakatan Rakyat (PR) Negeri Perak untuk terus memastikan cita-cita Negara Berkebajikan akan menjadi teras dalam pemerintahan Kerajaan Negeri Perak kembali. Sepertimana yang telah dipertegaskan oleh mantan Menteri Besar Negeri Perak, Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin bahawa akan terus memastikan kebajikan rakyat diberikan keutamaan.

Malah kami amat yakin Kabinet Pilihanraya PAS Perak ini yang membariskan gabungan muka baru dan lama, serta anak muda profesional dan ulama akan cemerlang dan berjaya untuk misi merampas semula pentadbiran kerajaan negeri nanti. Kami juga yakin, pasukan ini akan berganding bahu dengan pimpinan daripada Kompenan PR iaitu DAP dan PKR untuk mencapai kemenangan yang sama sepertimana PRU 12 tahun 2008 yang lalu.

Kami juga yakin kekuatan Haji Abu Bakar dan Datuk Seri Nizar akan menghasilkan satu pasukan yang terbaik bagi berdepan dengan PRU 13 nanti. Kami komited akan bersama-sama dengan PAS Perak dalam menuju sasaran kita untuk merampas kembali negeri Perak seterusnya mendokong cita-cita untuk mewujudkan negara berkebajikan berasaskan syariat Islam.

RAJA AHMAD AL-HISS
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Bola sepak olimpik : pastikan sokongan rakyat malaysia

20 Rejab 1432H. [MOD] -

Dewan Pemuda PAS Pusat (Malaysia) menyeru seluruh peminat bolasepak tanahair Negara agar hadir beramai-ramai memenuhkan Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada hari Khamis ini, 23 Jun bagi memberikan sokongan kepada Skuad Bolasepak Kelayakan Olimpik 2012 Malaysia yang akan bertemu dengan Pasukan Bolasepak Negara Lubnan bagi pusingan kedua setelah seri tanpa jaringan di Beirut, Lubnan pada 19 Jun baru-baru ini.

Kami juga mengharapkan kejayaan bagi Skuad Bolasepak Olimpik Negara pada perlawanan pada 23 Jun ini nanti. Sudah tentu sokongan moral daripada peminat dan penyokong bolasepak Negara dengan memakai baju Kuning / Hitam nanti akan memberikan semangat kepada Skuad Olimpik ini nanti. Kami yakin Skuad Olimpik Negara akan mara bagi kelayakan seterusnya nanti dan mengharumkan nama Negara kelak.

Kami mengharapkan kecemerlangan seterusnya nanti bagi Skuad Olimpik Negara pada perlawanan ini nanti dan terus melayakkan Skuad Olimpik Negara dengan mencipta kejayaan yang amat dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia dalam Sukan Olimpik yang membabitkan bolasepak nanti. Kami juga akan bersama-sama dengan seluruh rakyat Malaysia bagi kejayaan negara kita.

RAJA AHMAD AL-HISS
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Malaysia.