20 June 2011

Pengarah didakwa 3 pertuduhan

18 Rejab 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Seorang pengarah yang mengusahakan syarikat pelaburan berasaskan rumpai laut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menerima deposit daripada orang awam tanpa lesen yang sah.

Mengikut pertuduhan pertama, Wong Yiak Leong, 46, dituduh membantu syarikat AK United Sdn. Bhd. menerima deposit daripada orang awam tanpa lesen di Tingkat 2 dan 4, Wisma Dinahari, Jalan Jejaka 4, Taman Maluri di sini, antara Oktober 2007 hingga November 2008.

Bagi pertuduhan kedua, Yiak Leong, sebagai pengarah syarikat itu didakwa menerima deposit daripada orang awam tanpa lesen pada tempat dan tarikh yang sama.

Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh yang mewakili syarikat berkenaan dituduh melakukan kesalahan yang sama pada tempat dan tarikh yang sama.

Bagi ketiga-tiga pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 dibaca bersama seksyen 106(1) serta boleh dihukum mengikut Seksyen 103(1)(a) akta sama, yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda RM10 juta, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. - Bernama

Halang Mohamad berucap bukti Najib penakut

18 Rejab 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM, 20 Jun: Tindakan JPM menggagalkan slot pidato Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam Majlis Pelancaran Flotila ke Gaza, baru-baru ini mengundang rasa kecewa banyak pihak.

Ketiadaan beliau menimbulkan keresahan ramai dalam kalangan hadirin di Dewan Badminton Kuala Lumpur, Cheras pada malam 18 Jun lalu.

Pada masa ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk berucap dan melancarkan acara itu, kelibat Mohamad belum juga kelihatan.

Perasaan tidak senang itu bertambah kuat apabila melihat kepada backdrop di pentas utama yang jelas kelihatan menutup nama Mohamad sebagai pemidato dalam majlis itu.

Penasihat Exco mengenai Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Selangor (Padat), Datuk Dr Ibrahim Ghaffar menyifatkan ucapan Najib ketika pelancaran malam itu sebagai omong kosong dan bercanggah dengan tindakan menggagalkan slot pidato Mohamad.

(Gambar: Dr Ibrahim menyampaikan sajak pada malam itu di hadapan backdrop pentas utama yang jelas kelihatan menutup nama Mohamad Sabu.)

"Bagaimana beliau boleh menyebutkan perjuangan membantu rakyat Palestin oleh rakyat Malaysia disertai semua pihak tanpa mengira pegangan politik.

"Sedangkan slot ucapan Mohamad mewakili sebahagian besar dari rakyat Malaysia dinafikan," tegasnya.

Lebih dari itu, Ibrahim berkata, Najib tidak cukup keberanian jika memberi arahan menghalang Mohamad dari berucap.

Malah lebih dayus, tegasnya, jika Najib mengetahui ada tindakan tersebut dibuat oleh orang-orang bawahannya dan membiarkan kerja bercanggah dengan keputusan awal terus berlaku.

Ibrahim membandingkan kewarasan politik dan sikap terbuka mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang sanggup sepentas berpidato dalam isu Palestin bersama Datuk Fadzil Mohd Noor pada 9 Mei 2002 ketika itu sebagai Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Pendang.

Majlis anjuran Abim dan NGO itu diadakan di Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) disiarkan secara lintas langsung menerusi siaran televisyen milik Kerajaan Malaysia.

Meskipun ada analisa pihak berkaitan menyatakan terdapat 21 kelebihan pidato Ustaz Fadzil berbanding perdana menteri pada acara itu namun Mahathir tetap berani membenarkan aturcara penganjur berjalan lancar.

Menurut Ibrahim, beliau juga terlibat sebagai AJK Pelaksana malah mendeklamasikan sajak di atas pentas utama di dalam kedua-dua majlis berkenaan; pada 2002 dan 2011.

Ekoran tindakan mentiadakan slot ucapan Mohamad menyebabkan pihaknya merasa amat kecewa dan sangat segan kerana mempunyai perdana menteri yang kurang keberanian begitu.

Katanya, penganjur yakni Life Line For Gaza (LL4G) telah memaklumkan sedari awal kepada pihak atasan tentang aturcara majlis pelancaran melibatkan slot Mohamad tetapi tiada sebarang bantahan dari pihak berkaitan.

Namun di saat akhir, beliau sambil menunjukkan sms yang diterima sendiri dari Aman Malaysia mengenai pembatalan slot pidato Mohamad.

Menurutnya, tindakan segera dan tergesa-gesa terbukti apabila nama Mohamad yang sedia tertulis di backrop pentas utama hanya ditampal sejenis kain pada jam 8 malam bagi melindungi slot pidato itu.

Beliau juga menyatakan rasa kesal kerana majlis yang disifatkannya sebagai malam sejuta wajah itu telah digunakan oleh Pemuda BN khas dengan membawa pemuda berbaju biru tua.

Katanya, beliau sendiri bertanya di pintu masuk kenapa perlu berpakaian BN, mereka menjawab ini adalah atas arahan Aman Malaysia di bawah Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaludin.

“Sewajarnya malam itu untuk menyatakan hasrat menyokong perjuangan kemanusiaan ini tidak perlu menonjolkan sikap kepartian sendiri tetapi mesti bersatu atas nama rakyat Malaysia.

Penganjur di dalam kenyataan mereka beberapa hari menerusi emel kepada Harakahdaily memaklumkan Mohamad adalah salah seorang pemidato dalam majlis itu.

Malah sehari sebelum majlis berlangsung, beliau sendiri membuat pengesahan akan hadir dan berucap.

Ismail Hashim
harakahdaily/-

Ribut mengganas lagi

18 Rejab 1432H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU – Kejadian ribut yang berlaku selama kira-kira sejam malam semalam melanda daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, mengejutkan banyak pihak kerana difahamkan, kejadian itu pertama kali berlaku sejak lebih 50 tahun lalu.

Kejadian yang bermula kira-kira jam 9 hingga 10 malam itu menyebabkan banyak kerosakan harta benda penduduk dan juga kemudahan awam, antaranya rumah dan premis perniagaan.

Sinar Harian sempat menemu bual mangsa, Hashim Abdullah, 58, dari Kampung Pasir Tebakang, Beladau Kolam.

Dia yang terkejut dengan kejadian itu berkata, lima minit sebelum kejadian dia berada di bahagian dapur rumah untuk menjamu selera.

Diberkas selepas 10 minit menyamun

18 Rejab 1432H. [MOD] -

KUANTAN - Kira-kira sepuluh minit selepas menyamun, seorang lelaki berjaya ditahan bersama barangan samun yang dianggarkan bernilai RM2,500 di Jalan Tun Ismail di sini semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Supt. Nordin Mustapha berkata, suspek yang berusia 20 tahun itu menyamun kedai serbaneka 7-Eleven di Jalan Bukit Ubi di sini dengan bersenjatakan sebilah pisau.

Katanya, suspek, yang tidak memakai topeng, memasuki kedai serbaneka yang ketika itu dikendalikan dua petugas wanita lalu mengacukan pisau kepada salah seorang mangsa yang berusia 22 tahun dan mengambil 145 kotak rokok pelbagai jenis serta wang tunai RM200 sebelum melarikan diri. - Bernama

Inkues: Keluarga Sarbaini tak pernah tukar fikiran

18 Rejab 1432H. [MOD] -

Keluarga allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed tidak pernah menolak keputusan kerajaan mengadakan inkues bagi menyiasat punca kematian penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia itu.

Justeru, peguam keluarga itu Ghazali Mohd Ramli berkata tidak timbul soal sama ada keluarga si mati menukar fikiran di saat-saat akhir.

"Kita tidak pernah bertukar fikiran. Mungkin perkara tersebut datangnya daripada anaknya (Sarbaini) yang berusia 26 tahun, yang young boy (budak muda) itu," katanya.

Ghazali pagi ini dilaporkan berkata, pihaknya memutuskan untuk mengikut undang-undang dan akur dengan keputusan kerajaan memanggil satu inkues awal bulan depan.

Katanya, mungkin ada yang tidak bersetuju dengan tindakan itu tetapi keluarga dan balu allahyarham bersetuju kerana "kita perlu ikut undang-undang".

Sebelum ini, anak sulung Sarbaini - Shahril - dilaporkan berkata pihaknya lebih suka jika Putrajaya terus menubuhkan suruhanjaya diraja siasatan berbanding inkues.

Rujuk balu

Katanya, keluarganya percaya inkues yang mahu diadakan sukar mengenalpasti punca kematian selain akan melambatkan proses menuntut keadilan.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Ghazali bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung persetujuan itu.

Beliau sebaliknya mencadangkan supaya perkara itu dirujuk dengan balu almarhun Masiah @ Maziah Manap.

"Perkara ini juga perlu dirujuk kepada Puan Maziah," katanya lagi.

Usaha Malaysiakini menghubungi Maziah setakat ini bagaimanapun belum berhasil.

Anggota keluarga Ahmad Sarbaini akan hadir pada inkues yang akan bermula pada 4 Julai depan.

malaysiakini/-

Kereta kebal Syria ceroboh Turki

18 Rejab 1432H. [MOD] -

IMEJ yang diambil daripada laman web menunjukkan kereta kebal tentera Syria memasuki perkampungan Bdama di sempadan Turki, semalam.
Tentera masuk kawasan kampung dalam usaha banteras pemberontak

DAMSYIK: Kereta kebal tentera Syria menceroboh masuk ke kawasan perkampungan di sempadan Turki yang menempatkan 10,000 pelarian dari negara Arab itu semalam, kata aktivis, ketika Washington memberi amaran kepada Damsyik berikutan tindakan kerasnya ke atas penunjuk perasaan.

Ketua kumpulan aktivis Pemerhati Hak Asasi Syria, Rami Abdel Rahman, berkata sekurang-kurangnya enam kereta kebal dan 15 kenderaan membawa anggota tentera memasuki perkampungan Bdama di sempadan Turki dalam usaha membanteras pemberontak di wilayah Idlib di barat laut negara itu.

Beliau berkata pertempuran sengit berlaku di perkampungan yang terletak beberapa kilometer dari bandar Jisr al-Shughur yang menjadi tumpuan utama pemberontak.

Agensi berita Anatolia melaporkan, jumlah pelarian kini 10,000 orang dan kian meningkat apabila 421 orang lagi rakyat Syria tiba di khemah Pertubuhan Bulan Sabit Merah di wilayah Hatay.

Penduduk Bdama sebelum ini dilaporkan membantu pelarian Syria melarikan diri ke sempadan dari Jisr al-Shughur dan menyeberang masuk ke Turki.

“Sekurang-kurangnya 19 terbunuh dalam tunjuk perasaan di Damsyik kelmarin. Tunjuk perasaan turut berlaku di beberapa bandar lain termasuk di Jableh di barat dan Suweida di selatan Damsyik, tetapi ia berjaya disuraikan oleh anggota polis yang berkawal dengan menggunakan belantan,” katanya.

Abdel Rahman berkata kejadian terburuk akibat tunjuk perasaan berkenaan berlaku di bandar Homs apabila lima ditembak mati bagi menyuraikan penunjuk perasaan.

Beribu-ribu orang menghadiri upacara pengebumian mereka yang terbunuh sebelum mengadakan tunjuk perasaan di masjid utama di bandar itu.

“70,000 orang menghadiri upacara pengebumian terbabit sambil melaungkan slogan anti rejim pemerintah dengan penuh kemarahan,” katanya.

Sementara itu, pemimpin Liga Arab, Amr Mussa melahirkan kebimbangan dengan keadaan di Syria yang kian meruncing.

“Dunia Arab semakin gusar dengan perkembangan yang berlaku di Syria,” katanya kepada wartawan di Kaherah dan menegaskan isu itu menjadi tajuk utama dalam perbincangan antara pemimpin di wilayah berkenaan.

Sementara itu, di Washington, Amerika dilapor menimbang secara serius untuk mengenakan dakwaan melakukan jenayah perang ke atas Damsyik dalam usaha menekan Syria supaya menghentikan tindakan ganasnya.

Tindakan lain termasuk sekatan ke atas sektor minyak dan gasnya selain kempen diplomatik bagi meningkatkan tekanan ke atas Presiden Bashar al-Assad.

Aktivis berkata bantahan dan tunjuk perasaan di Syria yang memasuki bulan keempat, setakat ini meragut kira-kira 1,309 nyawa penduduk awam dan 341 anggota keselamatan. – AFP

Bicara kes khalwat timbalan KSU 26 Julai

18 Rejab 1432H. [MOD] -

Mahkamah Rendah Syariah George Town hari ini menetapkan 26 Julai ini untuk perbicaraan kes khalwat timbalan ketua setiausaha (strategik) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan dan pasangannya, Nur Diayana Norslan.

Hakim Syarie Nik Bukhari Hashimy Nik Yahaya menetapkan tarikh itu selepas menolak permohonan pihak pembelaan supaya mahkamah menetapkan tarikh untuk sebutan semula kes berkenaan.

Terdahulu, pembelaan yang diwakili Wan Faridulhadi Mohd Yusoff membuat permohonan itu sementara menunggu keputusan permohonon kebenaran poligami dan pengesahan nikah di Selatan Thailand yang difailkan anak guamnya di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur minggu lepas.

Ketua Pendakwa Syarie Mohd Zulkhairi Aziz yang membantah permohonan itu berkata kes itu perlu diteruskan sementara menunggu keputusan permohonan berkenaan.

"Kita tidak tahu bila kes di Kuala Lumpur itu akan selesai. Ia mungkin mengambil masa yang lama... mungkin setahun atau dua tahun. Kita tidak tahu bila akan selesai," katanya.

Nik Bukhari kemudiannya menetapkan perbicaraan akan dijalankan sementara menunggu keputusan permohonon kebenaran poligami dan pengesahan nikah itu.

Bagaimanapun, jika permohonan itu diterima mahkamah, pihak pendakwaan boleh menarik balik atau membatalkan kes berkenaan.

Pada 19 April lepas, Salim, 51, dan Nur Diayana, 30 mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah hotel di Batu Ferringhi.

Salim, yang juga bekas Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bilik bernombor 224 di sebuah hotel di Batu Ferringhi, 16 April lepas, pada kira-kira pukul 5 pagi.

Dia dituduh mengikut Seksyen 27 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 manakala Nur Diayana mengikut Seksyen 27 (b) enakmen yang sama.

malaysiakini/-

4 maut lori terjunam dalam gaung

18 Rejab 1432H. [MOD] -

GUA MUSANG: Empat lelaki, termasuk dua beradik, maut apabila lori yang mereka naiki dengan penuh muatan baja, terjunam ke dalam gaung sedalam 100 meter di Jalan Lojing Lama, dekat sini, semalam.

Yang terbunuh dalam kejadian 11.30 pagi itu ialah pemandu lori, S. , 39; kelindannya, K. Muniandy, 31; dan dua dua beradik Orang Asli, Bah Chiumebu Saleh, 30 dan Bah Jipi, 28.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt. Saiful Bahri Abdullah berkata, kejadian itu berlaku semasa mereka, kesemuanya dari Perak, dalam perjalanan dari Cameron Highlands, Pahang ke Lojing, Gua Musang melalui Jalan Lojing Lama.

Beliau berkata, pemandu lori terbabit dipercayai gagal mengawal kenderaannya ketika menuruni bukit sebelum terbabas dan menjunam ke dalam gaung.

Saiful Bahri berkata, dua daripada mangsa tercampak keluar dari lori itu, manakala dua lagi tertimbus di bawah timbunan baja setelah lori itu terbalik.

"Seramai 10 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang mengambil masa lebih dua jam untuk mengeluarkan kesemua mangsa,” katanya.

Beliau berkata, kesemua mayat dihantar ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing.

metro/-

Bersih bukan penggodam web

18 Rejab 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil 2.0 (Bersih 2.0) menyangkal dakwaan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim mereka terlibat dalam serangan siber terhadap laman web kerajaan bermula empat hari lalu.

Ahli Jawatankuasa Bersih 2.0, Datuk Dr Toh Kin Woon berkata, pihaknya tidak niat jahat terhadap kerajaan lebih-lebih lagi dalam isu itu.

“Bersih menuntut keadilan dan ketelusan dalam pilihan raya sahaja, tiada agenda lain selain itu. Apa yang dikatakan beliau (Rais) adalah fitnah.

“Kami mahu, antara lain, bersihkan senarai pengundi, tempoh berkempen selama 21 hari sebelum pengundian dan penggunaan dakwat kekal kepada pemilih,” katanya.

Jumaat lalu, 198 laman web rasmi kerajaan dilaporkan digodam dan Rais percaya, serangan itu ada kaitan dengan penganjuran perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai depan.

Menurutnya, tindakan itu dilihat sebagai satu perbuatan yang tidak patriotik kepada negara.

Kin Woon berkata, perhimpunan Bersih 2.0 adalah berniat baik, hanya bawa suara rakyat yang mahu demokrasi pilihan raya sebenar.

Sementara itu, seorang lagi Ahli Jawatankuasa Bersih 2.0, Harris Ibrahim berkata, apa yang didakwa menteri itu sama sekali tidak masuk akal.

“Untuk apa kami mahu menggodam laman web itu? Beliau menuduh tanpa bukti. Jika kami terlibat, tunjukkan bukti,” katanya.

sinarharian/-

Kerajaan guna teknik menakutkan rakyat

18 Rejab 1432H. [MOD] -

Hasrat aspirasi rakyat untuk memastikan proses pelantikan pemimpin negara menerusi lunas demokrasi dan pilihan raya yang adil serta telus sukar diterima oleh sebuah kerajaan yang angkuh.

PAS bersama semua parti politik pembangkang serta NGO yang menganggotai koalisi BERSIH, bersiap sedia untuk berhimpun secara aman tanpa senjata untuk menyerahkan memorandum khas kepada Yang di-Pertuan Agong.

Kerajaan perlu jelas bahawa himpunan yang akan diadakan pada 9 Julai ini ialah satu himpunan AMAN. Ia diambil daripada ruh demokrasi yang diperuntukkan dalam Perkara 10, Perlembagaan Malaysia.

Ini bermakna, perlembagaan yang dijunjung oleh seluruh rakyat Malaysia telah menjamin dan membenarkan hak yang diberikan kepada mereka. Oleh yang demikian, BERSIH tidak melakukan tindakan yang bercanggah dengan undang-undang.

Selain daripada mensinonimkan himpunan aman dengan himpunan haram dan himpunan yang boleh mencetuskan kekacauan dan ketidakstabilan, seolah-olah satu lagi teknik yang dicipta untuk menyekat himpunan aman iaitu teknik ‘TAKUTKAN RAKYAT’.

Teknik ‘TAKUTKAN RAKYAT’ ini dilihat sebagai satu ugutan untuk menafikan hak berhimpun rakyat. Daripada pemerhatian yang dibuat, kami mendapati:

a) Pada 13 Jun 2011, PERKASA secara agresif akan turun ke jalan raya bagi membentuk satu kumpulan untuk bertembung dengan kumpulan BERSIH. Ini bertujuan bagi meningkatkan sentimen tidak aman pada 9 Julai nanti.

b) Pada 15 Jun 2011, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar memberi amaran untuk tidak mengeluarkan permit termasuk membuat tangkapan awal sebagai langkah pencegahan.

c) Pada 17 Jun 2011, Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK) pula mencadangkan kepada pihak polis supaya mengambil tindakan yang lebih tegas dengan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kepada perancang himpunan aman BERSIH 2.0.

d) Pada 18 Jun 2011, Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Datuk Seri Rais Yatim telah mengaitkan serangan siber atau godam terhadap laman web kerajaan bermotifkan politik dan mempunyai kaitan dengan BERSIH.

e) Pada 18 Jun 2011 juga, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin pula telah cuba memiripkan himpunan aman BERSIH 2.0 umpama himpunan rakyat yang dilakukan secara besar-besaran pada tahun 1998. Dia bermaksud himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini tidak mustahil boleh berlaku huru hara dan pelbagai ancaman provokasi.

f) Pada 19 Jun 2011, Timbalan Perdana Menteri mendakwa himpunan BERSIH 2.0 adalah himpunan untuk membangkitkan kemarahan rakyat seterusnya menjatuhkan kerajaan sah hari ini.

g) Pada 19 Jun 2011 juga, Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) menuduh bahawa BERSIH 2.0 tidak harus mencontohi perhimpunan rakyat di negara Asia Barat seperti Mesir, Syria dan Libya.

Mereka cuba menafikan hak rakyat yang telah diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan. Maka, kedaulatan undang-undang tersebut telah dicemari. Malah, apa yang diamalkan oleh kerajaan adalah undang-undang rimba.

Ingat, kerajaan yang angkuh dan menggunakan kuasa fizikal untuk menekan hak rakyat tidak akan selama-lamanya berkuasa. Rakyat tidak boleh disekat kerana akal, budi dan jiwa mereka sebenarnya bebas.

Nasrudin Hassan
harakahdaily/-

13 militan terbunuh dalam pertempuran di Zinjibar

18 Rejab 1432H. [MOD] -

ADEN 20 Jun - Seramai 13 orang disyaki militan al-Qaeda serta dua tentera Yemen terbunuh dalam pertempuran berhampiran kawasan yang dikuasai puak bersenjata di Zinjibar, selatan Yemen, kata sumber tentera dan pasukan perubatan semalam.

"Kira-kira 13 orang pengganas dari kumpulan Ansar al-Sharia terbunuh manakala tiga yang lain cedera selepas pasukan Brigad Artileri ke-119 melancarkan serangan terhadap sekumpulan pengganas yang sedang memasang bom di jalan utama," katanya.

Dua askar kerajaan kemudiannya terbunuh manakala tiga yang lain cedera selepas kumpulan lelaki bersenjata menyerang pangkalan tentera pada lewat malam, kata pegawai tentera. - AFP

'Negara saya hampir sama dengan M'sia'

18 Rejab 1432H. [MOD] -

Guinea boleh menjalin hubungan dan belajar lebih banyak dari Malaysia berbanding negara-negara Eropah kerana kedua-dua negara itu berkongsi banyak persamaan.

Perwakilan dari Guinea, Ismail Nabe, yang mewakili sektor swasta negara itu, berkata adalah lebih wajar untuk menjalin usahasama dengan Malaysia memandangkan perbezaan antara Guinea dan negara-negara maju Eropah terlalu besar.

Kebanyakan negara Eropah telah maju sepenuhnya sejak berdekad lepas, katanya kepada Bernama di luar program Dialog Antarabangsa Langkawi Kesembilan 2011 (LID 2011).

Ismail berkata ini merupakan sebab mengapa platform seperti LID sangat penting kerana kerjasama antara negara boleh menghasilkan situasi menang-menang.

"Negara saya hampir sama dengan Malaysia. Kami mendapat kemerdekaan pada masa yang hampir sama dengan kemerdekaan Malaysia dan kami juga mempunyai iklim yang sama. Jadi apa sahaja yang berjaya dilaksana di Malaysia boleh juga berjaya di Guinea.

"Sebagai tambahan, 85 peratus daripada penduduk kami beragama Islam. Sebagai negara Islam kita berkongsi budaya yang sama," katanya sambil menambah bahawa fokus LID tahun ini mengenai teknologi, perkongsian bestari dan pembangunan sosial boleh digunakan oleh Guinea.

"Kami meninjau pelabur dari Malaysia untuk melabur di Guinea dan sebaliknya. Kami mahu bekerjasama erat dengan rakan kongsi dari Malaysia untuk meningkatkan usahasama ini.

"Kini, pilihan raya telah lepas, kami mencari pelabur dalam pembangunan infrastruktur dan industri makanan, pertanian serta perlombongan.

Guinea mempunyai sumber asli yang banyak, termasuk lebih 25 peratus simpanan bauksit yang terkenal di dunia selain logam lain seperti alumina, berlian dan emas.

Peranan bapa yang tidak pernah selesai

18 Rejab 1432H. [MOD] -

Sempena Hari Bapa yang disambut pada Ahad minggu ketiga bulan Jun, ingin saya mencoretkan sedidik cacatan bagi mengingatkan kembali peranan kita sebagai bapa. Semoga ada maaf kepada kita semua. Pada masa yang sama, anak kita dapat hargai peranan itu lalu tidak menyakitkan hati kita.

Cuma sedikit ingatan, bapa wajib ditaati dan dihargai setiap hari. Dengan ini tidak wajar kita membuat majlis sambutan seperti orang bukan Islam menyambutnya. Namun tidak salah anak menjamu makan bapanya di restoran terkemuka sebagai salah satu usaha menghargai peranan bapanya.

Sebagai ketua keluarga, maka seorang bapa wajib menyediakan bajet yang cukup untuk keluarga, memimpin dan melindungi anak dan isteri. Itulah asas dalam merealisasikan perintah Allah dalam ayat di atas. Maknanya kalau salah satu daripada tiga perkara itu diabaikan, neraka sedia mengalu-alukan mereka sekeluarga.
1. Menyediakan bajet; sebagai bapa dia wajib berusaha sedaya mungkin untuk mendapatkan pendapatan halal. Untuk itu bapa boleh bekerja dengan orang lain atau menjadi pengusaha sendiri, yang penting sumber pendapatannya halal. Inilah yang selalu diistilahkan sebagai nafkah.

Perkara ini bukan senang untuk direalisasikan oleh golongan bapa. Kadang-kadang sebagai pekerja, dia tidak amanah. Kalau dia berjawatan tinggi terlibat dengan penyelewengan dan rasuah. Kalau dia berusaha sendiri, terlibat dengan penipuan, riba dan sebagainya. Kalau ini yang mampu dilakukan, bagaimana bajet yang sediakan itu boleh menyelamatkan dirinya dan keluarganya daripada api neraka?

Namun jika bapa boleh bersyukur, rezeki mereka akan datang mencurah-curah. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya) ‘bersyukurlah kepada Allah (akan Segala nikmat-Nya kepada-Mu)’, dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya akan dipulangkan kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi masalah kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.” (Surah Loqman : 12)

2. Memimpin; sebagai pemimpin bapa perlu kuat iman, kuat jiwa dan bijak merancang. Pemimpin yang kuat iman tidak akan bertolak ansur soal dosa. Maka dengan itu bapa akan mendidik keluarganya agar mentaati agama. Mereka akan dibimbing supaya takut kepada Allah, gerun kepada neraka-Nya dan cintakan syurga-Nya. Firman Allah menukilkan pesanan Loqman kepada anaknya yang bermaksud:

"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.” (Surah Loqman :17)

Pemimpin yang kuat jiwa mampu berhadapan dengan pelbagai karenah isteri dan anak-anak. Masalah yang ditimbulkan oleh mereka dapat diatasi dengan baik. Bapa ini tidak akan mudah mengalah lalu mudah menyerah kepada takdir. Dengan sikap ini isteri dan anak-anak akan hormat dan kagum dengan kepimpinannya.

Begitu juga dengan pandai merancang; sebagai pemimpin bapa sudah memikirkan masa depan mereka bahkan anak-anak mereka. Bapa sentiasa memikirkan masa depan yang cerah di dunia ini dan syurga di akhirat nanti. Dengan ini dia merancang pendidikan yang berkesan kepada anak-anaknya.

Di sinilah kebanyakan bapa gagal merancang. Pendidikan yang diberikan kepada anak-anaknya tidak seimbang dengan kehendak Islam. Akhirnya anaknya yang berjaya dalam pelajaran menjadi sombong kepada orang ramai dan Allah. Kalau ini yang terjadi, bolehkah selamat daripada api neraka.

3. Melindungi; bapa wajib melindungi anak daripada dikhianati atau dizalimi oleh orang lain. Oleh sebab itu pasti anak-anak berada dalam keadaan selamat apatah lagi mencetuskan keadaan yang tidak selesa terhadap orang lain. Tentulah tidak wajar bapa membiarkan anak lelakinya bergaul bebas dengan wanita.

Lebih-lebih lagi tidak wajar dia membiarkan anak perempuannya keluar bersendirian dengan lelaki.

Sikap bapa seperti ini bukan sahaja tidak melindungi anaknya tetapi mendedahkan mereka kepada bahaya. Inilah yang sering terjadi dalam masyarakat kita. Maka atas dasar percaya, kononnya kerana ikatan tunang, anaknya dilepaskan bebas. Bapa dalam keadaan ini adalah dayus.

Tanggungjawab yang diremehkan
Selain tanggungjawab di atas, terdapat beberapa lagi tanggungjawab namun sering diremehkan. Padahal perkara yang kecil itu boleh memberi infak kepada kemajuan anaknya pada masa hadapan. Antara tanggungjawab itu ialah:

1. Memilih nama yang baik untuk anak
Bapa seharusnya memilih nama yang baik kepada anak. Pilihan itu merupakan cermin keperibadian dan kefahaman orang tua, kerana nama yang diberikan menggambarkan harapan hati dan harapan orang yang memberikannya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya antara hak anak ke atas bapa ialah mengelokkan namanya dan mengelokkan adabnya.” (Riwayat al-Bazzar)

Nama yang baik ini penting kerana nama itulah nanti akan dipanggil di padang mahsyar nanti. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksudnya: “Sesungguhnya kamu dipanggil pada Hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu, dari itu elokkanlah nama-nama kamu.”(Riwayat Abu Daud dan Ahmad)

2. Membuat Aqiqah
Untuk mensyukuri kelahiran anak, agama menganjurkan bapa mengadakan acara kesyukuran dengan menyembelihkan kambing. Untuk anak lelaki, dua ekor dan seekor untuk anak perempuan. Acara tersebut sebaiknya dijalankan ketika anak berumur 7 hari. Aqiqah amat penting,

malah menurut keterangan ulama hukumnya adalah “Sunat Muakkad”.
Hukum ini masih pada tanggungjawab bapa selagi anak itu belum baligh. Tetapi setelah baligh masih lagi belum melakukannya, tanggungjawab itu dikembalikan kepada anak itu sendiri. Walaupun bapa itu tidak berdosa, namun dia dianggap cuai melaksanakan tanggungjawab itu.

3. Mengkhatankan anak
Berkhatan atau bersunat harus dilakukan untuk membersihkan anak-anak kerana kemaluan merupakan tempat berkumpulnya najis. Jadi, bahagian itu harus dibersihkan. Hukum berkhatan bagi anak lelaki menurut Imam Shafi’i, Imam Malik dan Al-Auzai dan lain-lain adalah wajib.

Berkhatan untuk anak perempuan dihukumkan sunat. Jadi, peluang bapa menunaikan tanggungjawab itu harus tidak diabaikan. Semoga anak-anak kita sentiasa berada dalam keadaan bersih.

Saya percaya, jika tanggungjawab dan peranan ini dapat dilakukan sebaiknya, bukan sahaja rumah tangga kita berada dalam keadaan selamat dan bahagia, malah anak-anak kita akan menjadi anak soleh. Mereka akan taat dan sayang kepada bapa apatah lagi sewaktu mereka sudah tua.

Ahmad Baei Jaafar

P.Pinang rintis Negara Berkebajikan

18 Rejab 1432H. [MOD] -

GEORGETOWN, – Pesakit buah pinggang di Pulau Pinang berpeluang mendapat rawatan dengan harga RM30 bagi setiap dialisis apabila Pusat Dialisis CAT yang pertama disiapkan tidak lama lagi.

Untuk membolehkan pesakit hanya membayar RM30 bagi sekali rawatan dialisis, kerajaan negeri Pakatan Rakyat akan menanggung kos perkhidmatan yang ditetapkan pada kadar RM110 berbanding dengan kadar pasaran di antara RM150 dan RM200. Kerajaan negeri Pakatan akan menanggung kos selama 10 tahun, iaitu anggaran sebanyak RM2.05 juta, atas kadar tajaan RM30 setiap rawatan untuk kelompok 25 hingga 50 orang pesakit.

Daripada kos RM110 bagi setiap rawatan itu, kerajaan persekutuan akan diminta menyumbang RM50 manakala kerajaan negeri menyediakan RM30 dan pesakit buah pinggang (end stage renial failure) pula hanya membayar RM30.

Biasanya, seorang pesakit buah pinggang menjalani 3 kali rawatan seminggu.

Inisiatif Pusat Dialisis CAT adalah usaha Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyanyang dan Alam Sekitar Negeri, Phee Boon Poh, merangkap Adun DAP Sungai Puyu.

Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, usaha itu adalah sumbangan kerajaan negeri kepada rakyat dengan kerjasama sektor swasta dalam usaha menjaga kesihatan rakyat.

“Kerajaan negeri telah menggunakan lebihan bajet dan bercadang, sekiranya keadaan mengizinkan, untuk memperluaskan Pusat Dialysis CAT di kawasan lain di Pulau Pinang,” katanya.

Sebagai permulaan, Pusat Dialisis CAT akan disediakan dengan 10 mesin homeodylasis (HD), sistem rawatan air RO dan automatic reprocessor dengan suntikan dana atas usaha kerajaan negeri.

Kos setiap mesin HD dianggarkan RM 42,000 yang memerlukan perbelanjaan RM420,000 yang ditanggung oleh pihak swasta dan kerajaan Negeri di bawah konsep public & private partnership framework (PPP).

Mengikut perangkaan 2009, terdapat 1,804 pesakit buah pinggang di Pulau Pinang. Kesemua 6 pusat dialisis di Hospital Pulau Pinang yang mempunyai 75 mesin yang diuruskan oleh Kementerian Kesihatan tidak dapat lagi menampung jumlah peningkatan pesakit.

Guan Eng yang juga Adun Air Putih berkata kerajaan negeri telah mengenal pasti lokasi untuk memulakan projek perintis Pusat Dialisis CAT di pejabat pasar awam Balik Pulau, berhampiran perhentian bas Rapid Penang.

Katanya, pemilik bangunan Majlis Perbandaran Pulau Pinang telah bersetuju untuk menyediakan ruang di belakang pejabat kutipan hasil di pejabat pasar awam Balik Pulau sebagai Pusat Dialisis CAT dengan kadar sewa nominal RM10 setahun.

“Kerajaan negeri PR prihatin kepada penduduk luar bandar dan menjaga kebajikan semua rakyat Pulau Pinang tanpa mengira kaum, agama, jantina dan latar belakang politik,” tambah beliau. – Roketkini.com

Buku Hijau perinci konsep negara berkebajikan

18 Rejab 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 20 Jun: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub akan mengetuai satu panel khas pelaksana parti yang akan memperincikan konsep negara berkebajikan yang diketengahkan dalam ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada 3 Jun lalu dalam bentuk ‘Buku Hijau’ secepat mungkin menjelang pilihan raya umum ke 13.

“Kita akan dokumenkan konsep ini dalam bentuk buku dan Buku Hijau ini akan diedarkan di seluruh negara dalam masa terdekat,” kata Salahuddin, yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Panel tersebut yang ditubuhkan minggu lepas, katanya akan turut dianggotai oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, dua ahli jawatankuasa kerja pusat Dr Dzulkefly Ahmad dan Idris Ahmad, Pengerusi Institut Kajian Polisi PAS, Dr Zuhdi Marzuki dan Timbalan Ketua Dewan Muslimat, Dr Siti Mariah Mahmud.

“Melalui panel ini, kami akan memperincikan konsep negara berkebajikan dengan mengemukakan ciri-ciri sebuah negara berkebajikan,” tambah beliau.

Semenjak PAS membentangkan penubuhan sebuah negara berkebajikan di Muktamar ke 57, pimpinan Umno and medianya telah menyerang bertubi-tubi untuk menguasai pemikiran rakyat terhadap parti Islam tersebut dengan tuduhan kononnya PAS telah mengubah dasar perjuangan.

“Walhalnya konsep negara berkebajikan, keadilan, keselamatan, kesejahteraan, kemakmuran adalah intipati dari negara Islam,” kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataannya minggu lalu.

Meskipun ini bukan kali pertama PAS mengetengahkan konsep negara berkebajikan kerana manifesto pilihan raya umum 2008 PAS juga bersandarkan tema negara kebajikan tetapi ia tetap diserang hebat oleh Umno.

Sebagai reaksi balas, Tuan Guru Abdul Hadi berkata, negara berkebajikan boleh dibuktikan sekiranya rakyat memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah negara pada pilihan raya umum akan datang.

harakahdaily/-

Israk Mikraj dan Teori Relativiti

18 Rejab 1432H. [MOD] -

Isra’ Miraj adalah kisah perjalanan Nabi Muhammad ke langit ke tujuh dalam waktu semalam. Prosesi sejarah perjalanan Isra’ Mi’raj Nabi Muhammad termaktub dalam QS. 17.Al-Isra’ :1 yang berbunyi

“Maha suci Allah yang menjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Majidil Aqsha yang Kami berkahi sekelilingnya agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. (QS. 17.Al-Isra’ :1)

Dan tentang mi’raj Allah menjelaskan dalam QS. An-Najm:13-18:

“Dan sesungguhnya dia (Nabi Muhammad SAW) telah melihat Jibril itu (dalam rupanya yang asli) pada waktu yang lain, di Sidratul Muntaha. Di dekat (Sidratul Muntaha) ada syurga tempat tinggal. (Dia melihat Jibril) ketika Sidratul Muntaha diliputi oleh suatu selubung.

Penglihatannya tidak berpaling dari yang dilihatnya itu dan tidak (pula) melampauinya. Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda (kekuasaan) Tuhannya yang paling besar.” (QS. An-Najm:13-18)

Hubungan antara peristiwa perjalanan Isra’ Mi’raj dengan teori relativitas.

Sampai disini dari hal hal tersebut diatas, kita sudah dapat mengambil kesimpulan secara gamblang, bahwa peristiwa Isra Miraj adalah benar. Bagaimana mungkin seorang manusia yang ummi 14 Abad yang silam dapat membuat sebuah cerita atau teori yang dapat dibuktikan didalam abad ke 20 dengan sedemikian detailnya. Dengan kata lain tidak mungkin Rasulullah SAW mencontoh teori Albert Einstein yang lahir sesudahnya (?).

Teori Relativitas.

Theori Relativitas membahas mengenai Struktur Ruang dan Waktu serta mengenai hal hal yang berhubungan dengan Gravitasi. Theori relativtas terdiri dari dua teori fisika, relativitas umum dan relativitas khusus. Theori relativitas khusus menggambarkan perilaku ruang dan waktu dari perspektif pengamat yang bergerak relatif terhadap satu sama lain, dan fenomena terkait. Sala artikel ini hanya dibahas theori relativitas khusus dan Efek yg disebut dilatasi waktu (dari bahasa Latin: dilatare “tersebar”, “delay”).

Einstein merumuskan teorinya dalam sebuah persamaan mathematik:

Dengan adanya pembuktian pembukatian tersebut, berarti Albert Einstein dengan teori relativitasnya secara langsung atau tidak langsung telah membuktikan bahwa kisah Al Quran tentang kisah “perjalanan Rasulullah SAW kelangit ketujuh dan kembali dalam satu malam” adalah benar. Terutama dalam segi dimensi WAKTU, dalam perhitungannya memungkinkan.

Akhirul kalam, saya menganggap bahwa pengetahuan akan adanya dilatasi waktu antar galaksi adalah suatu fenomena menarik bagi kaum muslimin. Fenomena inipun banyak terjadi pada peristiwa sehari-hari dan bahkan dipelajari oleh ilmuwan barat untuk mempelajari peristiwa di alam raya.

Dan mestinya bukanlah sesuatu yang dilarang atau berlebihan untuk lebih memahami fenomena di alam. Untuk selanjutnya yang kita tunggu adalah adanya kemajuan dalam bidang ilmu pengetahuan untuk dapat mengungkapkan desain dari black hole dan wormhole yang gabungan keduanya mirip bentuk teratai (Sidrah atau Sidratul, dan bentuk otak pada tubuh manusia.

Sehingga semua ini mudah-mudahan dapat meningkatkan ketakwaan kita dihadapan sang Pencipta.

Rozmal bin Malakan

25 mati dalam rusuhan banduan di Caracas

18 Rejab 1432H. [MOD] -

CARACAS: Pasukan pengawal negara berusaha mengambilalih kawalan di penjara El Rodeo, Venezuela selepas 25 orang terbunuh dalam rusuhan banduan selama tiga hari.

Menteri Dalam Negeri, Tareck El Aissami memberitahu televsiyen VTV bahawa kira-kira 2,500 banduan dipindahkan keluar ke utara Caracas dan 1,000 lagi sedang menunggu dipindahkan keluar daripada penjara yang sesak berkenaan.
Sementara itu, kira-kira 1,300 banduan enggan menghentikan rusuhan. - AFP

HIMPUNAN BERSIH 2.0 : BUKTI RAKYAT MAHUKAN KEADILAN

18 Rejab 1432H. [MOD] -

IPOH : Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menyifatkan perhimpunan Bersih 2.0 sebagai medium untuk rakyat turun dan menyampaikan hasrat mereka.

Beliau berkata demikian selepas mengulas tentang sikap pemuda UMNO Malaysia yang juga mahu menjadi jaguan dengan turut serta mengadakan perhimpunan pada 9 Julai 2011.

Ustaz Abu Bakar Hussein menegaskan bahawa himpunan bersin 2.0 merupakan satu perhimpunan damai yang dilakukan setelah beberapa usaha dan diskusi bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menemui jalan buntu.

Mengulas tentang 350 laporan polis yang telah dibuat, beliau menyatakan yang perhimpunan bersih ini bukanlah bertujuan untuk menganggu ketenteraman awam, tetapi menunjukkan solidariti masyarakat Malaysia yang mahukan keadilan.

Beliau turut optimis yang perhimpunan ini akan berjalan lancar andai tiada provokasi yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Memetik kata-kata beliau, “Apa yang ingin disampaikan oleh PAS ialah, sistem politik negara yang dilihat semakin keroh harus diperbaiki agar sistem demokrasi kembali berada pada tempat asalnya.”

Ambiga: Perhimpunan BERSIH tetap diteruskan

18 Rejab 1432H. [MOD] -

Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) Datuk Ambiga Sreenevasan menegaskan bahawa perhimpunan BERSIH pada 9 Julai depan akan diteruskan.

Beliau menolak cadangan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan akan meminta perhimpunan BERSIH 2.0 dibatalkan jika perdana menteri berjanji pilihan raya umum diadakan secara bersih dan adil.

"Keputusan (membatalkannya) bukan di tangan kamu, tetapi ia ditangan kami," katanya sambil menegaskan perhimpunan itu tetap diteruskan.

Menurutnya, perhimpunan pada 9 Julai depan adalah untuk rakyat dan bukan untuk kepentingan dirinya.

"Saya menolak untuk memberi sebarang komen terhadap perkara menyerang peribadi saya.

"Perhimpunan ini bukan untuk saya, ia adalah untuk kamu, untuk rakyat. Ia tentang rakyat Malaysia," katanya.

Oleh itu, katanya, perhimpunan 9 Julai di tiga lokasi akan diteruskan.

Tiga lokasi yang ditetapkan oleh gabungan itu adalah pusat membeli belah Sogo, Masjid Kampung Baru dan Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Ambiga yang juga seorang peguam menegaskan demikian sewaktu berucap merasmikan pelancaran perhimpunan BERSIH di Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur di ibunegara malam ini.

Beberapa jam sebelum pelancaran itu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan lebih 57 NGO gabungan di bawahnya turut melancarkan perhimpunan Gerak Aman pada tarikh yang sama.

Penyokong PERKASA juga bertindak membakar dan memijak gambar Ambiga sejurus selepas perhimpunan tersebut.

Dalam risalah yang diedarkan kepada hadirin yang hadir dalam perhimpunan petang tadi, mereka mengingatkan bahawa Ambiga merupakan "Wanita Hindu Yang Merbahaya" susulan tindakannya yang didakwa boleh menggugat Melayu dan Islam.

Malah dalam ucapan beberapa pemimpin petang tadi, ada di antara mereka membuat kecaman peribadi terhadap Ambiga.

Amiga juga menegaskan bahawa masyarakat sivil akan mengetuai perhimpunan tersebut, dan bukannya diketuai oleh parti politik seperti mana dilaporkan.

Ambiga juga turut memberi jaminan kepada polis bahawa perhimpunan mereka adalah aman sepertimana yang telah ditunjukkan dalam perhimpunan BERSIH pertama pada November 2007.

Beliau sekali lagi mengajak semua pihak termasuk BN supaya menyertai perhimpunan tersebut bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil.

Katanya dengan demikian, ia juga memberi kebaikan terhadap kredibiliti kepada BN.

Beliau turut membacakan lapan tuntutan mereka dalam perhimpunan itu iaitu membersihkan senarai undi, mereformasi undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minima 21 hari, memperkukuh institusi awam, menghentikan rasuah dan menghentikan politik kotor.

Sementara itu, ahli jawatankuasa PAS Pusat Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berjanji akan mengerahkan 100,000 anggotanya menyertai perhimpunan tersebut.

"Saya mewakili kepimpinan PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi memberi sokongan 100 peratus terhadap perhimpunan BERSIH," katanya disambut dengan laungan takbir.

Manakala wakil daripada parti politik yang lain termasuk NGO gabungan turut berucap dan menyatakan sokongan untuk menyertai perhimpunan tersebut.

Selepas perasmian tersebut, lebih 700 hadirin dihiburkan dengan paluan gendang rancak yang mengasyikan bagi menaikkan semangat penyokong perhimpunan itu.

malaysiakini/-

Isu Kartun Hina Islam dan Ulama dalam UM

18 Rejab 1432H. [MOD] -

TERAS Pengupayaan Melayu meyokong cadangan Persatuan Ulama Malaysia
(PUM) mencadangkan pelukis kartun bertajuk 'Kekeliruan Kes Rogol' yang
disiarkan di Utusan Malaysia hari ini diheret ke mahkamah kerana
menghina Islam.

Jelas sekali penulis dan penerbit berniat buruk untuk memperkecil dan
menghina hukum Islam sekaligus ulama mengenai bagaimana hukum Islam
menangani persoalan pembuktian dalam kes –kes yang diadili melalui
hukum syariat.

Utusan Malaysia dengan sangat tidak bertanggungjawab seolah-olah
menjalankan peranan yang sama seperti media Barat yang anti Islam
dalam hal perlaksanaan syariat Islam.



Media Barat sering mencari ruang untuk menyendir hukum Islam dan para
ulama bila mereka cuba memberi gambaran yang sangat jelek dan hina
kepada syariat Islam. Dengan sangat sinis kartun media Barat tidak
jemu-jemu menunjulkan pertentangan hukum syariat dengan soal keadilan
dan peri kemanusiaan.

Nampaknya Utusan Malaysia sudah dijangkiti dengan virus jurnalisme
murahan seperti media Barat bila ia cuba menunjulkan ciri-ciri aneh
dalam undang-undang Islam serta sikap ulama berkait dengan hukum
undang-undang Islam.

Oleh kerana itu TERAS mendesak supaya pihak berkuasa menggunakan
peruntukkan undang-undang Islam yang ada untuk mendakwa pelukis dan
penerbit kartun tersebut sebagai suatu pengajaran kepada masyarakat
awam agar jangan sewenangnya cuba menghina Islam.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS Pengupayaan Melayu

Contohi pilihan raya Turki

18 Rejab 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM – PKR menggesa kerajaan mencontohi proses pilihan raya Turki yang disifatkan antara negara yang memiliki sistem pemilihan yang telus.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, ia adalah strategi terbaik yang perlu dicontohi untuk menjadi sebuah negara yang adil kepada rakyat.

Beliau yang ditugaskan memantau proses pilihan raya di kawasan Batman, melihat sendiri bagaimana Menteri Kewangan Turki, Memet Simsek berkempen secara aman di daerah paling bergolak itu.

Menurutnya, berdasarkan pemerhatian, beliau mendapati wujud beberapa aspek yang patut dicontohi seperti tahap profesionalisme pihak polis dalam mengawal perusuh ketika Simsek mengadakan lawatan.

“Ketika itu, saya diiringi skuad Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan skuad polis. Apa yang memeranjatkan, di kawasan paling hitam itu, FRU dilatih, jangan sentuh perusuh, mereka hanya tahan, tunggu polis perusuh sampai dan didakwa di mahkamah,” katanya.

Nurul Izzah salah seorang daripada 10 anggota delegasi yang menjadi tetamu Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) yang memenangi pilihan raya Turki, 12 Jun lalu.

Menurutnya, apa yang penting, kehidu-pan rakyat perlu dikembalikan walaupun mereka masih dibayangi kisah kehidupan lampau.

“Mesej utama yang kita perlu pegang, prinsip kebebasan melangkaui segala-galanya,” katanya.

AKP memecahkan rekod pilihan raya Turki apabila menjadi satu-satunya parti politik yang menang pilihan raya tiga kali berturut-turut dengan peningkatan peratusan undi setiap kali pilihan raya.

sinarharian/-

Pertembungan kereta-bas

18 Rejab 1432H. [MOD] -

LEKIR - Seorang murid lelaki tahun dua maut sementara 20 yang lain cedera dalam satu kemalangan membabitkan sebuah kereta dan bas ekspres di Kilometer 8.0 Jalan Lekir-Teluk Intan, di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.15 pagi itu, mangsa bersama lima ahli keluarga lain menaiki kereta dalam perjalanan dari Klang menuju ke Manjung.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohd Jamil Osman berkata, daripada siasatan awal mendapati, kereta yang dipandu bapa mangsa dipercayai masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan bas yang membawa muatan 26 penumpang.

Akibat pertembungan itu, menurutnya, kereta jenis Proton Waja yang dipandu, Maruan Jalil, 41, remuk di bahagian hadapan sementara bas yang dikatakan baru sahaja bertolak kira-kira 15 minit itu tergelincir ke longkang berhampiran.

“Tiga dilaporkan parah sementara 17 penumpang bas ekspres termasuk pemandu bas, Julie Marail, 32, yang mengalami patah tangan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Seri Manjung.

“Mereka yang parah termasuklah Maruan dan anak perempuannya serta seorang penumpang bas dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Jamil berkata, pihaknya dimaklumkan, bas berkenaan baru sahaja bertolak dari Hentian Bas Manjung menuju ke LCCT Sepang, Selangor.

Baki 12 lagi penumpang bas ekspres terpaksa meneruskan perjalanan kerana dimaklumkan telah menempah tiket penerbangan ke destinasi masing-masing.

Enam sekeluarga berkenaan dikatakan dalam perjalanan pulang dari bercuti di Klang, Selangor.

Maruan yang berasal dari Sabah bekerja di sebuah syarikat perkapalan di kawasan Manjung.

Difahamkan, 17 penumpang bas yang dirawat di Hospital Seri Manjung telah dibenarkan keluar awal pagi tadi.

Seorang penduduk, Azimi Zahari, 52, berkata, ketika berada di tempat kejadian, dia sempat membantu Maruan yang cedera parah.

“Ketika itu saya lihat kepala seorang kanak-kanak lelaki yang berada dalam kereta berlumuran darah.

“Beberapa penumpang bas ekspres lain sudah turun dan ada yang terbaring di tepi jalan raya,” katanya.

sinarharian/-

Kalau menang, Pakatan dah sedia jawatan untuk Najib

18 Rejab 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM,: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Umno BN sedang berusaha keras mencari jalan memecahkan perpaduan di antara PAS, PKR dan DAP.

Bercakap sewaktu menyampaikan ucapan penggulungan di Konvensyen Pilihanraya Keadilan di sini, beliau mengingatkan seluruh pemimpin dan ahli PKR di segenap peringkat agar bersedia menghadapi taktik kotor Umno BN.

Umno BN, jelasnya kini terdesak dan akan menghalalkan segala tindakan bagi memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

"Pastikan hubungan kita dengan PAS dan DAP erat kerana Datuk (Seri) Najib (Razak) masih merencana bagaimana nak pecahkan kita.

"Mereka menggunakan polisi penjajah iaitu pecah dan perintah. Kita harus waspada", katanya dihadapan lebih 4,000 ahli PKR yang hadir dari seluruh negara memenuhi Dewan Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).

Antara taktik kotor Umno BN itu jelasnya, tindakan "membeli" pemimpin tertentu dari Pakatan Rakyat untuk dijadikan "tukang karut" menghentam dan memfitnah pemimpin dan dasar Pakatan Rakyat.

"Menjelang pilihan raya harga naik, bukan harga barang tapi harga tokoh-tokoh khianat.

"Mereka akan cari, tak dapat pemimpin kanan, pemimpin negeri. Tak dapat negeri, pemimpin cabang. Tak dapat cabang, pemimpin ranting. Tak dapat ranting, pemimpin tewas termasuk yang gagal menjadi calon", katanya melontar jangkaan.

Sehubungan itu beliau memberi ingatan kepada seluruh ahli PKR bersedia berdepan bakal "pengkhianat" itu.

Mengulas peluang Pakatan Rakyat pada PRU-13, Anwar yang juga Ketua Pembangkang yakin jalan ke Putrajaya makin hampir.

"Kalau tidak kerana penyelewengan dan taktik kotor Umno BN pada PRU 2008, tak payah tunggu 2011 ni, sekarang ini kita sudah berada di Putrajaya," jelasnya disambut sorakan hadirin.

Namun apa yang penting tegasnya, setiap ahli perlu berkerja keras bukan sahaja menyampaikan maklumat sebenar kepada pengundi, malah menyekat taktik kotor Umno BN itu jika mahu menguasai Putrajaya pada PRU akan datang.

"Ada PRU kita menang insya Allah... Ada kata worst case scenario, Anwar masuk penjara. Saya kata Anwar masuk penjara, tapi kita menang.

"Satu lagi best case scenario, Anwar tak masuk penjara, dan kita menang," katanya disambut tepukan gemuruh hadirin.

Konvensyen pilihan raya Keadilan merupakan kali pertama seumpamanya di Malaysia dan belum pernah diadakan mana-mana parti politik lain sebelum ini.

Dengan tema "Demi Rakyat" konvensyen itu menghimpunkan perwakilan PKR dari seluruh negara untuk mendengar amanat pimpinan tertinggi menjelang pilihan raya umum ke-13 yang mungkin berlangsung pada bila-bila masa sahaja.

"Ada orang tanya, kalau Pakatan menang, apa nak buat dengan Datuk Najib. Tak mengapa, kita dah sedia jawatan untuk dia," kata Anwar.

Nazri Abdullah
harakahdaily/-

Identiti penggodam dikenal pasti

18 Rejab 1432H. [MOD] -

JELEBU - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sudah mengenal pasti identiti penggodam ratusan laman web tempatan termasuk portal rasmi kerajaan.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, usaha mengesan penggodam terbabit dilakukan dengan kerjasama pihak polis.

“Laporan siasatan kes mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 akan diserahkan kepada Peguam Negara selepas ia dilengkapkan.

“Kerajaan memandang serius serangan penggodam kali ini dan akan bertindak tegas kepada pihak didapati bersalah,” katanya selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jelebu yang disempurnakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Musa Aman di Dewan Majlis Daerah Jelebu, Kuala Klawang dekat sini, semalam.

Rais bagaimanapun tidak memberitahu secara terperinci identiti penggodam terbabit.

sinar harian/-