13 June 2011

Pemilihan JK Mesjid : BN sudah tidak ada peluang lagi untuk kembali berkuasa di Pulau Pinang.

11 Rejab 1432H. [MOD] -

KENYATAAN MEDIA
Pejabat ADUN Titi Serong.

Saya menyokong tindakan tegas dari Kerajaan Pulau Pinang yang tetap akan meneruskan kaedah pemilihan anggota jawatankuasa masjid melalui pilihan raya dan mempertahankan tindakan itu adalah mengikut undang-undang.

Tindakan itu menggambarkan betapa sesuatu yang dilakukan sebuah kerajaan yang telah dipilih secara sah oleh rakyat Pulau Pinang itu diyakini betul dan tidak bercangah dengan undang-undang dan peraturan yang sedia ada.

Mana mungkin mereka sengaja mencari masalah dalam keadaan PRU ke 13 semakin hampir dengan melakukan sesuatu yang bercanggah dengan peraturan melainkan apa yang dilakukan adalah mengembalikan hak rakyat yang telah dinafikan sekian lama bagi menentukan siapakah yang selayaknya mentadbir rumah Allah itu.

Cuma yang jelas gelisah dan menjadi semacam cacing kepanasan ialah UMNO yang akan kehilangan kuasanya yang sekian lama mempolitik mesjid di Pulau Pinang.

Apalagi ianya akan berlaku dalam keadaan ruang yang masih ada pada UMNO untuk terus menipu rakyat dengan menghalang mesjid dari diimarahkan selain dari solat 5 waktu iaitu dengan ujudnya pengajian dan majlis berbentuk keilmuan yang lain pasti akan menggugat kedudukan UMNO dikalangan orang Islam dan melayu Pulau Pinang yang masih menyokong parti lapuk itu.

Sebenarnya mereka sekian lama ditipu oleh UMNO dengan ceteknya pengetahuan agama , kerana itu mengembalikan mesjid kepada sebuah jawatankuasa yang lebih bertanggung jawab untuk mendidik masyarakat dan ahli qariyahnya pasti semakin memojokkan UMNO ke sudut orang salah.

Kebetulan pula ianya akan berlaku dalam keadaan Ramadhan akan menjelang tidak sampai 2 bulan lagi dan dengan JK qaryiah yang baru, saya yakin seluruh mesjid di Pulau Pinang akan berkumandang dengan majlis keilmuan bukan hanya manjlis berbuka puasa sahaja.

Sebenarnya realiti di Pulau Pinang menunjukkan beberapa tempat yang hebat dan penuh dengan program kelimuan telah memperlihatkan minda masyarakat beralih kepada Pakatan Rakyat seperti sekadar contoh yang berlaku di sekitar Parlimen Permatang Pauh dan DUN Penanti.

Bila orang Melayu sedar mereka sekian lama berada di jalan yang salah bersama UMNO, InsyaAllah peluasng UMNO untuk kembali berkuasa di Pulau Pinang semakin malap. Apalagi rakan kongsinya dalam BN iaitu Gerakan yang semakin terpinggir sehingga memungkinkan parti itu akan mengalami fenomina hilang wang deposit pada beberapa DUN dalam PRU akan datang.

Isu sebenarnya dalan pemilihan JK mesjid ini ialah isu UMNO yang sedang pertahankan talia hayatnya yang terakhir bagi mengekalkan sokongan orang melayu kepada UMNO. Namun saya lihat mereka gagal untuk menghalang Kerajaan Pulau Pinang untuk meneruskan usaha yang baik yang cuba digambarkan buruk dan andaian yang jahat dari pelbagai pihak yang semacam diupah oleh UMNO termasuk Perkasa.

Hari ini Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Abul Kassim mewndendahkan dan berkata, Pemilihan Jawatankuasa Kariah Masjid Pulau Pinang 2012-2013 adalah mengikut Seksyen 104 (1)(b) Enakmen Negeri Pulau Pinang 2004 dan 4 (1) Kaedah-kaedah Jawatankuasa Kariah dan Pegawai Masjid (Negeri Pulau Pinang).

Maka telah terang lagi bersuluh bahawa segala tohmahan dari pembangkang di Pulau Pinang adalah putar belit dengan niat jahat untuk terus kekal mempolitikkan mesjid.

Malah kata beliau,"Tatacara baru yang diperkenalkan oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) ini merupakan penambahbaikan tatacara peraturan yang sedia ada diamalkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mengulas mengenai dakwaan beberapa pihak bahawa kaedah baru itu perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Abdul Malik berkata: “Kita ikut undang-undang dan enakmen yang diwartakan Kerajaan Negeri.”

Katanya, tatacara baru itu memberikan hak kepada anggota kariah untuk mencadangkan jawatankuasa masjid masing-masing kepada MAIPP sebelum mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Ditanya cara menentukan anggota kariah yang layak mengundi, beliau berkata, jawatankuasa kariah sedia ada yang akan memutuskan mereka yang layak mengundi.

Akhirnya saya Ucapkan Syabas kepada Kerajaan Pulau Pinang yang dengan tegas mempertahankan haknya nya dan saya kira kalau ada lagi usaha jahat Pembangkang BN untuk menghalang usaha iotu , mereka sebenarnya telah membuka pekung didadanya dan memberi jawapan segera bahawa BN sudah tidak ada peluang lagi untuk kembali berkuasa di Pulau Pinang.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
PARIT BUNTAR, 13 Jun 2011.

Pemuda PAS Perak Sokong PJ PAS Perak kekal

11 Rejab 1432H. [MOD] -
Kenyataan Media (13 Jun 2011)

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak merakamkan ucapan tahniah kepada Ustaz Haji Abu Bakar Hussien(Gambar) kerana telah dikekalkan sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Perak bagi penggal kedua yang telah diputuskan oleh Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat semalam di Kuala Lumpur.

Kami akan sentiasa mendokong kepimpinan yang akan dibentuk oleh Ustaz Haji Abu Bakar bagi memantapkan lagi PAS Perak terutama bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 pada bila-bila masa sahaja. Kami yakin dan percaya pembentukan Ahli Jawatankuasa Harian dan Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Perak nanti adalah merupakan Pasukan Pilihanraya PAS yang mantap.

Malah dengan kemantapan PAS Perak nanti akan menjulang kemenangan lebih besar dalam PRU 13 nanti dan adalah menjadi harapan rakyat barisan kepimpinan serta bakal calon PRU 13 nanti adalah insprasi rakyat yang berteraskan kebajikan. Malah kami amat berkeyakinan bahawa PAS Perak akan terus cemerlang bagi berhadapan dengan Umno malah akan bersedia untuk menggantikan Umno kelak.


SALMAN HAJI SALEH
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Nelayan mogok: Harga ikan didakwa naik 30 peratus

11 Rejab 1432H. [MOD] -

Harga ikan dan makanan laut naik kira-kira 30 peratus sejak nelayan laut dalam dan pengusaha bot pukat tunda C2 mogok dua hari lalu, dakwa ahli parlimen DAP Nga Kor Ming, yang juga membidas kerajaan kerana gagal menyelesaikan isu berkenaan.

Nga (DAP-Taiping) berkata kerajaan sepatutnya membantu pihak yang terjejas itu dan bukannya mengeluarkan amaran dan ancaman terhadap mereka yang mogok itu.

Kira-kira 500 nelayan dan pengusaha bot tunda engan turun ke laut dan berkumpul di kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia di Kuantan bagi menuntut kerajaan mengembalikan sunsidi super yang dinikmati mereka sebelum ini.

Nga tidak ada sebab bagi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar mengugut untuk menarik balik lesen nelayan di zon A, B dan C berkenaan.

“Pendirian Pakatan adalah jumpa dan bincang segera dengan nelayan kelas C2 berhubung mogok itu,” kata Nga.

“Sejak mogok bermula, terdapat pengurangan kira-kira 30 peratus bekalan ikan dan tambahan 30 peartus harga ikan,” dakwanya.

Pemegang lesen C2 adalah mereka yang dibenarkan menangkap ikan di kawasan 30 batu nautika dari pantai manakala bagi pemegang lesen B dan C merupakan nelayan yang hanya dibenarkan menangkap ikan dalam lingkungan 20 batu nautika dari pantai.

Hanya pengusaha bot pukat tunda terbabit dengan keputusan pemotongan subsidi.

Kerajaan telah memansuhkan pemberian diesel subsidi super kepada sembilan kategori kenderaan di sektor pengangkutan barangan termasuk teksi limosin berkuatkuasa 1 Jun lalu.

Malaysiakini/-

Kerajaan Enggan Umum Penerima Biasiswa JPA

11 Rejab 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 13 JUN : Kerajaan Persekutuan terus berdolak dalih berhubung isu biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Kali ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz menegaskan kerajaan pemerintah tidak berhasrat mahu mendedahkan senarai penerima biasiswa JPA, meskipun didesak pelbagai pihak agar berbuat demikian.

"Bukan dasar kerajaan untuk mengeluarkan senarai nama penerima biasiswa tersebut, malah tiada jaminan isu berkenaan akan selesai jika kerajaan mengeluarkan senarai nama penerima," ujar Nazri ketika menjawab soalan lisan Ahli Parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan di Parlimen hari ini.

Po Kuan berpendapat jika kerajaan bertindak memaparkan senarai nama penerima biasiswa tersebut, segala kekeliruan dan ketidakpuasan hati rakyat akan terjawab.

Tv Selangor/-

Gempa Bumi Kuat Gegar New Zealand

11 Rejab 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat bermagnitud 6 pada skala Richter menggegarkan pulau selatan New Zealand pada pukul 10.20 pagi Isnin.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia di sini, pusat gempa bumi itu terletak di 43.4 darjah selatan dan 172.7 darjah timur pulau itu iaitu 7,608 kilometer tenggara Tawau, Sabah.

Tiada ancaman tsunami dilaporkan ekoran gempa bumi itu.

Umno arah guru Kafa tukar alamat IC?

11 Rejab 1432H. [MOD] -

KOTA BHARU, 13 Jun: Impian Umno mahu merampas Kelantan rupa-rupanya berselindung di sebalik agenda sulit dengan memperalat Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).

Difahamkan PPD diminta menyenaraikan nama-nama guru Kelas al Quran dan Fardhu Ain (Kafa) yang mengajar di sekitar Kota Bharu untuk ditukar alamat kad pengenalan (IC) ke kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Bunut Payong.

Modus operandi sulit tersebut berjaya dikesan pada 28 Mei lalu apabila ramai guru Kafa dilihat berada di perkarangan Wisma Persekutuan bagi menukar alamat kad pengenalan.

Setiausaha Majlis Tindakan Dun Bunut Payong, Shaari Mat Yaman berkata, seramai hampir 50 guru Kafa dilihat berada di sebuah wakaf dalam kawasan Wisma Persekutuan antara jam 9 hingga 11 pagi 28 Mei lalu.

Katanya, seorang lelaki mengaku bertanggungjawab membekalkan borang pertukaran alamat kepada setiap guru Kafa yang datang.

“Kemudian seorang demi seorang guru Kafa diminta lelaki terbabit naik ke pejabat Jabatan Pendaftaran Negara untuk menyerahkan borang yang telah diisi di wakaf.

“Lelaki itu memberitahu alamat-alamat baru yang diisi guru Kafa terbabit menggunakan alamat milik anggota jawatankuasa Umno Kota Bharu yang tinggal di Dun Bunut Payong,” katanya di sini.

Shaari berkata, beliau bersama empat lagi jawatankuasa MTD Bunut Payong dan penghulu melihat sendiri tindak tanduk agen yang mungkin dilantik Umno bagi membekalkan borang pertukaran alamat kad pengenalan kepada guru Kafa.

Menurutnya guru Kafa yang selesai urusan di pejabat JPN kemudian dilihat turun semula ke wakaf menemui lelaki terbabit.

Difahamkan juga guru Kafa yang sedia menukar alamat diberi sedikit habuan.

Sementara itu tinjauan Harakahdaily di perkarangan Wisma Persekutuan dan pejabat JPN pagi tadi tidak lagi kelihatan kelibat agen berkenaan.

Difahamkan juga Umno cuba mempengaruhi pegawai di JPN bagi membolehkan pertukaran alamat dilakukan secara berkumpulan bagi mempercepatkan urusan pertukaran alamat kad pengenalan pemohon.

Satu sumber memberitahu pemimpin Umno terbabit datang merayu kepada pegawai kanan di JPN bagi membolehkan proses pertukaran alamat dipercepatkan.

Bagaimanapun rancangan itu gagal memandangkan JPN Kelantan tidak melayan kerana menyalahi peraturan.

Difahamkan pertukaran alamat kad pengenalan pemohon hanya boleh dibuat di pejabat JPN bukan melalui agen tertentu.

(ikuti pembongkaran sendikit tersebut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)

Malaysiakini/-

Pemandu maut ditimbus tanah

11 Rejab 1432H. [MOD] -

Lereng bukit runtuh hempap lori

BERUAS: Seorang pemandu maut selepas lori dipandunya ditimpa runtuhan tanah bersama pokok besar yang terdapat di lereng bukit ketika melakukan kerja pembersihan di tanah persendirian di kawasan Ulu Licin, dekat sini pagi semalam.

Dalam kejadian jam 10.53 pagi, Shah Faizal Ashraf Ahmad, 33, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan beberapa bahagian badan.

Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa sedang menjalankan kerja pemunggahan tanah apabila kawasan lereng bukit yang dikorek jengkaut berhampirannya, tiba-tiba runtuh lalu menimpa lori seberat satu tan itu.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa bersama pekerja lain sedang melakukan kerja pembersihan tanah di kawasan persendirian.

Berikutan itu, mereka terpaksa memberhentikan kerja pengorekan tanah berkenaan dan mengambil masa sehingga 30 minit untuk mengeluarkan mangsa.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohd Jamil Osman, berkata mangsa kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Beruas tetapi disahkan meninggal dunia sebaik diperiksa.

Pasukan Bomba dan Penyelamat Pantai Remis diketuai Ketua Operasi, Ali Saad bersama enam anggota dan satu jentera pemadam api terpaksa mengambil masa 45 minit tiba di tempat kejadian berikutan kedudukannya agak jauh dan terpaksa melalui jalan menuju Hutan Lipur Ulu Licin.

Berita Harian/-

Pendakwa ICC harap rakyat tangkap Gaddafi

11 Rejab 1432H. [MOD] -

RAKYAT Libya yang memberontak mengepung tentera yang setia kepada Gaddafi di kawasan pergunungan Qalaa di barat Libya, baru-baru ini.
MADRID: Pendakwa di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) Luis Moreno-Ocampo berkata beliau berharap pemimpin Libya Muammar Gaddafi akan ditangkap rakyatnya sendiri dalam beberapa minggu lagi di atas kesalahan jenayah terhadap kemanusiaan.

“Kami sangat berharap waran tangkap (untuk berdepan tuduhan melakukan jenayah terhadap kemanusiaan) akan diserahkan kepada Gaddafi dan beliau akan ditangkap oleh rakyatnya,” katanya ketika memberitahu akhbar harian Sepanyol, El Mundo.
Moreno-Ocampo berkata beliau yakin panel hakim ICC akan membuat keputusan yang memihak kepada tangkapan Gaddafi dalam beberapa minggu lagi.
“Kami beranggapan Gaddafi akan ditangkap rakyatnya, iaitu anggota rejimnya sendiri dan jika bukan anggota rejimnya, mungkin ia akan dilakukan oleh pemberontak Majlis Peralihan Kebangsaan,” katanya.

Bulan lalu, pendakwa ICC itu berkata beliau berusaha mendapatkan waran tangkap terhadap tiga orang yang didakwanya bertanggung jawab terhadap jenayah kemanusiaan, iaitu Gaddafi, anaknya Seif Al-Islam dan ketua risik Libya, Abdallah Al-Senoussi.

Timbalan Menteri Luar Libya Khaled Kaaim, berkata Tripoli tidak bimbang terhadap keputusan ICC berikutan negara Arab itu bukan anggota Statut Rome yang menubuhkan mahkamah antarabangsa terbabit. – AFP

Fitnah Seks : Musuh Sengaja Tembak Peluru Busuk, Kata Isteri Mat Sabu

11 Rejab 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 13 JUN : Isteri timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, Normah Alwi kecewa dan sedih ada pihak “luar” membangkitkan balik fitnah lama melibatkan suaminya sebelum dan selepas muktamar parti itu baru-baru ini.

“Ya, cerita itu muncul kembali sebelum dan selepas muktamar (PAS) terbaru ini. Memang saya amat kecewa, sedih bila suami kembali difitnah, diperkata,” kata Normah dipetik Sinar Harian hari ini.

Dalam temu bual dengan ditemani Mohamad yang mesra dikenali “Mat Sabu”, Normah berkata, musuh politik timbalan presiden itu “sengaja menembak peluru busuk.”

“Mereka menggunakan benda sebegini kerana mereka sendiri bergelumang dengan perkara jijik.

“Mereka sebenarnya tiada isu untuk menjatuhkan suami saya,” kata beliau.

Mohamad menang kerusi nombor dua itu dalam percubaan kali kedua pada pemilihan pusat 3 Jun lalu.

Beliau menewaskan penyandang jawatan Nasharudin Mat Isa dan seorang lagi calon Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Normah, 56, juga berkata kemenangan Mohamad kali ini adalah anugerah Allah.

“Kemenangan akan datang tidak pernah saya bayangkan atau fikirkan.

“Kami juga tidak pernah berbincang sehingga ke tahap itu,” kata Normah menjawab soalan kemungkinan Mohamad akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 dan bergerak ke depan dalam politik selepas ini.

Mohamad pernah menjadi Ahli Parlimen sebelum ini.

“Malah setahu saya bercita-cita menjadi presiden PAS sekalipun suami saya tidak pernah.

“Jika apa yang anda katakan itu berlaku, saya akan terima dan jalani kehidupan seadanya. Beraksi mengikut sepatutnya,” kata beliau lagi.

Mohamad pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dua kali iaitu dari 1984 hingga 1986 dan 1987 hingga 1989.

Kes khalwat pada tahun 1995, sebelum pilihan raya umum ketika itu, muncul lebih “panas” daripada peristiwa-peristiwa lain yang pernah dilalui suami Normah itu.

Beliau telah dibebaskan daripada tuduhan itu.

The Malaysian Insider membawa laporan pagi tadi memetik penganalisis politik meramalkan serangan video seks ke atas Mohamad, pemimpin kedua dari Pakatan Rakyat, akan memberi kesan buruk ke atas parti pesaing mereka.

Minggu lalu, Ahli Parlimen PKR Zuraida Kamaruddin mendedahkan ada menerima satu VCD menerusi peti suratnya, yang tertera gambar Mohamad dengan kata-kata “Skandal Seks Mat Sabu”, dan satu kepala surat palsu bersama logo PAS selain risalah berkaitan video seks didakwa melibatkan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pemimpin-pemimpin PAS mendakwa Umno di belakang perkembangan terbaru itu.

Kata mereka, Umno kelihatan terdesak untuk menyerang PAS dan komponen Pakatan Rakyat susulan keputusan pemilihan pusat parti Islam itu.

Penganalisis politik James Chin dari Universiti Monash berkata, serangan terbaru menggunakan video seks tidak akan membawa impak sama sekali memandangkan kebanyakan rakyat Malaysia sudah pun “penat” dengan taktik sedemikian.

“Strategi menjelang pilihan raya umum ialah ada kumpulan orang yang dibayar untuk menyerang Pakatan Rakyat,” katanya.

Tv Selangor/-

Nasir: Khir mohon tiada catatan bayaran RM6 juta

11 Rejab 1432H. [MOD] -

Pereka lanskap Nasir Ismail bertegas di mahkamah hari ini bahawa beliau dibayar lebih RM6 juta oleh bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo untuk kerja-kerja pengubahsuaian rumah mewahnya di Shah Alam.

Beliau mempertahankan kenyataannya ketika disoal oleh peguam bela M Athimulan, yang mempertikaikan dakwaan Nasir ketika prosiding hari keempat berhubung kes dakwaan rasuah oleh Khir.

Athimulan (kanan) berkata oleh kerana tiada rekod pembayaran yang didakwa diterima dari Khir yang dibuat sejak 2006 dan tiada dokumen bagi mencatatkan perkembangan kerja serta bayaran yang dibuat, maka Nasir tentunya berbohong.

Katanya semua yang didakwa Nasir adalah imaginasi pereka itu.

Athimulan juga membekalkan perjanjian bernilai RM1.5 juta yang ditandatangani oleh Nasir dan Khir pada Mei 2007, yang didakwanya kontrak sebenar antara mereka berdua dan kerja-kerja pengubah-suaian hanya berlaku pada tahun berkenaan.

Nasir bagaimanapun tidak berganjak dengan keterangannya sebelum ini. Tegasnya, kerja-kerja pengubah-suaian rumah mewah Khir di Shah Alam bermula pada 2006 dan lebih RM6 juta dibayar kepadanya.

Katanya lagi, tiada catatan dibuat adalah kerana atas permintaan Khir.
Nasir memberi keterangan pada perbicaraan kes Dr Mohamad Khir, 45, yang didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L daripada Ditamas Sdn Bhd melalui Shamsuddin.

Hartanah itu yang terletak di Seksyen 7 di Shah Alam diperoleh pada harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Dis 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Malaysiakini/-

Cabar PAS Gugur Istilah Islam : Umno Dinasihat Bertaubat

11 Rejab 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 13 JUN : Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man menasihatkan kepimpinan Umno-Barisan Nasional(BN) supaya segera bertaubat dari terus menyalahkan parti itu dengan mendakwa PAS telah mengenepikan serta menukar dasar Islam kepada dasar Negara Berkebajikan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Mohd. Puad Zarkashi semalam mencabar PAS menggugurkan perkataan Islam pada nama parti itu bagi menjaga hubungannya dengan parti pembangkang yang lain.

Mengulas lanjut perkara tersebut Tuan Ibrahim berkata, Umno-BN seharusnya mengambil tanggungjawab dengan memperkasakan serta melaksanakan dasar Islam dalam sistem pemerintahan negara dan bukannya menyalahkan pihak pembangkang.

Malah katanya, Umno-BN juga seharusnya memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana telah sekian lama menindas serta mengabaikan kebajikan mereka.

"Saya ingat Umno ini kena bertaubat...saya cadangkan Umno seharusnya perlu mengambil tanggungjawab terhadap kegagalan masyarakat bukan Islam memahami Islam yang sebenarnya dan kegagalan dia(Umno) sendiri untuk meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang melaksanakan dasar-dasar Islam yang lebih bersifat terbuka, rahmat dan lebih bersifat adil,"tegasnya kepada Tv Selangor.

" Sebagai sebuah parti yang telah memerintah selama 53 tahun Umno-BN sepatutnya malu terhadap kegagalannya mendaulatkan Islam sehingga dialah punca yang mengelirukan masyarakat terhadap persepsi Islam yang sebenar dalam negara,"ujarnya.

Menurut Tuan Ibrahim, PAS tetap akan terus memperjuangkan Negara Berkebajikan walaupun ia menimbulkan keresahan Umno yang khuathir pengaruhnya di kalangan pengundi Melayu akan terhakis.

Jelasnya, berhubung soal cabaran supaya PAS menggugurkan perkataan Islam pada nama parti itu bukan menjadi urusan Umno.

" Soal Umno mencabar PAS menggugurkan Islam itu sebenarnya saya fikir merupakan satu perkara yang Umno-BN tak perlu campur tangan dalam urusan parti PAS kerana kita mampu mengurus parti kita, bahkan Umno sepatutnya harus mengukuhkan serta melihat bagaimana hendak memperkasakan peranan Islam dalam konteks politik negara," tegasnya.

Tuan Ibrahim berkata, tindakan Umno menyerang pentadbiran Pakatan Rakyat berhubung Negara Berkebajikan jelas memperlihatkan bahawa mereka semakin terdesak dan seolah-olah sengaja ingin mencetuskan kecelaruan dikalangan masyarakat.

"Kita lihat muktahir ini, bila masyarakat bukan Islam mula mendekati PAS ia dilihat sebagai suatu ancaman kepada Umno-BN dimana mereka kini dalam keadaan mengelabah hingga menyebabkan apa-apa yang ditumbulkan dalam kumpulan Pakatan Rakyat menjadi tumpuan serangan mereka,"

Sementara itu, mengulas lanjut gesaan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd. Ali Rustam supaya Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan penggunaan nama Islam pada PAS serta menghalang parti lain daripada menggunakan nama agama dalam parti mereka Tuan Ibrahim menyifatkan ia sebagai tindakan menghina keputusan Majlis Raja-raja dan sengaja ditumbulkan Umno.

" Ali Rustam ini ketinggalan zaman, sebab isu ini merupakan isu yang dibawa dan dikutuk oleh Majlis Raja-raja dalam mesyuarat Majlis Raja-raja bahawa Islam telah digalakkan untuk digunakan dalam mana-mana institusi, persatuan dan sebagainya.

" Isu ini sengaja dibawa oleh Umno dulu dan mereka telah gagal. Dan saya ingat tindakan Ali Rustam ini sebagai menghina keputusan mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu dan perkara ini tidak sepatutnya keluar dari mulut Naib Presiden Umno,"

Tv Selangor/-

Pemuda PAS santuni anak muda underground

11 Rejab 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 13 Jun: Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hasan berkesempatan bersama dengan anak-anak muda Chow Kit di Jalan Tunku Abdul Rahman di ibu negara semalam dan bertemu dengan kumpulan underground.

Program yang di bertemakan "Chow Kit Kita" yang dianjurkan oleh anak-anak muda dan aktivis di sekitar Chow Kit dan Kuala Lumpur telah mengadakan berberapa aktiviti seperti pameran, menyanyi bersama, jualan baju dan lain-lain lagi.

Beberapa orang peserta program agak terkejut dan gembira dengan kehadiran Nasrudin dan sempat bergambar bersama-sama beliau dan rombongan.

Selepas itu, rombongan pemuda PAS menjenguk kumpulan underground yang sedang mengadakan konsert mereka berhampiran di situ.

Anak-anak muda underground dan punk yang pada mulanya agak rimas dengan kehadiran Ketua Pemuda PAS yang memakai kopiah itu, akhirnya serasi dan biasa dengan penampilan itu.

Selain bersama-sama mengambil gambar, Nasrudin juga diberi peluang masuk ke dalam dewan konsert yang gelap, yang hanya disuluh oleh lampu neon yang bersimpang siur serta disantap dengan muzik-muzik punk dan underground.

Turut menyertai Nasrudin ialah Khairul Faizi Ahmad Kamil (setiausaha), Kamaruzaman Mohamad (exco), Firdaus Jaafar (exco), Zamri As'ad Khuzaimi (exco) dan kepimpinan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

Harakahdaily/-
Oleh : Rosli Yasmin


Bekas Isteri Mohon Roslin Batal Ganti Rugi RM53,460

11 Rejab 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Bekas isteri pemain badminton negara, Muhammad Roslin Hashim iaitu Faizah Mohamad memohon perintah interlokutori (permohonan dalam permohonan) untuk membatalkan saman ganti rugi RM53,460 yang difailkan oleh bekas suaminya itu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Isnin.

Roslin hadir di mahkamah bersama peguamnya Roslizam Rahim sementara Faizah bersama peguamnya Mohd. Amir Nazli Hussin.

Menurut Roslizam, Faizah memfailkan permohonan itu pada 27 Mei lalu disebabkan Roslin gagal hadir ke mahkamah pada 23 dan 24 Mac lalu untuk membicarakan kes tersebut secara tertutup.

Lantaran itu, Roslin diperintahkan memfailkan afidavit jawapan berhubung permohonan Faizah dalam tempoh 14 hari bermula Isnin.

Hakim syarie Abdul Walid Abu Hassan menetapkan kes tersebut dibicarakan pada 6 Julai ini, pukul 10 pagi.

Roslin memfailkan permohonan ganti rugi RM53,460 meliputi tuntutan seluruh wang hantaran dan perbelanjaan perkahwinan terhadap Faizah pada 12 Ogos 2009.

Pada 21 Oktober 2009, Faizah memfailkan notis bantahan awal di Pejabat Pendaftar Mahkamah itu berhubung tuntutan ganti rugi tersebut termasuk mas kahwin berjumlah RM15,000.

Proses sulh (perbincangan) mengenai kes tuntutan ganti rugi perkahwinan yang difailkan Roslin terhadap Faizah pada 25 Ogos 2009 tidak menemui sebarang jalan penyelesaian setelah Faizah tidak bersetuju dengan tuntutan yang difailkan.

Pada 25 Januari 2010, Faizah gagal mengetepikan tuntutan ganti rugi perkahwinan berkenaan yang difailkan bekas suaminya itu setelah Mahkamah Tinggi Syariah menolak bantahan awal wanita terbabit.

Mahkamah memerintahkan supaya satu perbicaraan tertutup diadakan bagi membolehkan Roslin dan Faizah mengemukakan keterangan dan bukti berhubung tuntutan yang dibuat.

Roslin dan Faizah telah bercerai secara talak 'Bain Sughra' dengan satu talak pada 12 Mei 2009.

Talak 'Bain Sughra' adalah talak yang telah diucapkan oleh suami kurang daripada tiga kali tetapi pasangan tidak boleh rujuk semula melainkan dengan pernikahan yang baru walaupun isterinya di dalam edah.

Roslin kemudiannya bernikah dengan Norhayati Othman pada 9 julai 2009 dan bercerai kira-kira sebulan selepas itu.

mStar/-

'Hanya k'jaan PKR boleh pastikan Taib didakwa'

11 Rejab 1432H. [MOD] -

Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian tidak percaya bahawa Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan didakwa selagi BN menguasai kerajaan pusat.

"Dia akan didakwa atas tuduhan rasuah dan penyalahgunaan kuasa hanya apabila Pakatan Rakyat membentuk kerajaan pusat selepas pilihan raya umum akan datang," katanya di majlis makan malam sempena sambutan Hari Gawai di Batu Kawah, dekat Kuching, malam tadi

"Itulah sebabnya mengapa saya mengatakan bahawa ia penting bagi Pakatan memenangi pilihan raya umum jika kita mahu lihat Taib didakwa atas tuduhan rasuah dan penyalahgunaan kuasa," katanya, merujuk kepada pengesahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ia sedang menyiasat laporan yang dibuat terhadap Taib.

Baru (kanan), yang juga ADUN Ba'Kelalan kerajaan, adalah salah
seorang daripada individu yang membuat laporan terhadap ketua menteri yang paling lama berkhidmat itu.

Katanya, adalah sukar untuk mendakwa Taib selagi BN terus memegang kuasa di peringkat pusat disebabkan mereka terhutang budi kepadanya.

Baru berkata, ketua menteri tersebut akan kekal bebas sekalipun Pembangkang memenangi pilihan raya negeri Sarawak baru-baru.

Oleh itu, beliau menyeru rakyat Sarawak supaya memberi sokongan kepada PKR dan rakan-rakannya dalam Pakatannya - DAP dan PAS - dalam pilihan raya umum akan datang, jika mereka mahu lihat Taib didakwa di mahkamah.

Katanya, jika Pakatan boleh memenangi kerusi parlimen yang mencukupi di Sarawak, maka kemungkinan Pakatan membentuk kerajaan pusat, tidak boleh diketepikan.

"Lantaran itu, PKR perlu memperkuat dan menggilap jentera pilihan rayanya di semua peringkat parti di negeri itu supaya kita boleh memenangi.

"Post-mortem kita mengenai prestasi PKR dalam pilihan raya negeri baru-baru ini menunjukkan jentera kita lemah kerana kita tidak membuka cabang baru dan gagal mendaftar pengundi baru," katanya.

Malaysiakini/-

TV Libya siar gambar Gaddafi

11 Rejab 1432H. [MOD] -

TRIPOLI: Televisye Libya semalam menyiarkan gambar Muammar Gaddafi bertemu Presiden Persekutuan Catur Antarabangsa.

Agensi berita Interfax melaporkan Kirsan Ilyumzhinov yang juga gabenor sebuah negeri Russia, sebagai berkata beliau bermain catur dengan Gaddafi di Tripoli.
Katanya, pemimpin Libya itu memberitahu bahawa beliau tidak berhasrat meninggalkan negaranya. - Reuters

Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Miri Mahu PAS Bertanding Di Kawasan Bandar

11 Rejab 1432H. [MOD] -

Gambar Mr Yeo dalam kawasan Muktamar PAS Pusat ke 57 Di Taman Melewar KL.

Baru-baru ini PAS Miri telah menghantar perwakilannya ke Muktamar PAS ke-57 di Taman Melewar yang bermula pada Jumaat 3 Jun hingga Ahad 5 Jun bersama dengan SU Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) En Yeo KH. Inilah kali pertama En.Yeo bersama dengan rombongan PAS Miri menyertai atau menghadiri muktamar PAS Pusat.

En Yeo telah diberi penghormatan untuk berjumpa dengan kepimpinan tertinggi Pas pusat disamping beliau juga diberi ruang ke dalam dewan sebagai pemerhati bagi mewakili DHPP Sarawak.

Beliau juga rasa bangga dan terharu kerana pemimpin PAS pusat menghargai kaum bukan Melayu yang mewakili DHPP semasa muktamar tersebut. Beliau juga diberi peluang berjumpa dan bersalam dengan Tok guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang kerana peluang begini memang selalu dicari-cari oleh ahli dan penyokong PAS. Harapan beliau agar PAS juga boleh diberi peluang untuk bertanding dalam kawasan Bandar dimana golongan majoritinya bukan Melayu dan bukan Islam seperti di Parliament Miri. Kata beliau PAS boleh diterima baik di kalangan orang bukan Melayu sebab itu beliau yakin bahawa sekarang orang-orang bukan melayu dan bukan Islam sudah boleh menerima PAS dalam kawasan Bandar sebab kawasan Bandar penduduknya mudah mendapat maklumat tentang PAS melalui internet.

Diharap kepimpinan PAS Pusat keraplah datang ke Sarawak lebih-lebih lagi ke bandaraya Miri dimana penduduknya bersedia untuk menerima perubahan dalam PR13 nanti. Ini bukan sahaja harapan ahli PAS Miri bahkan penduduk bukan Melayu sudah bersedia bersama PAS sebab mereka yakin PAS tidak mengamalkan rasuah dan penyelewengan kuasa sebab itulah antara sebab En.Yeo berjuang bersama PAS.

Sekarang konsep PAS untuk semua sudah menampakkan hasil berkat usaha kepimpinan PAS selama ini. Begitu juga kalau boleh kita mahu kepimpinan PAS dapat anjurkan majlis dialog antara agama dan antara kaum agar mereka ini betul-betul dapat memahami konsep dan perjuangan PAS yang selama ini telah diberi gambaran buruk oleh pihak musuh politik mereka.

Sekiranya PAS diberi peluang untuk bertanding dalam Bandaraya Miri ini akan menjadikan PAS dan Pakatan Rakyat dapat diterima oleh semua golongan masyarakat dan dengan sendirinya usaha musuh PAS akan musnah kerana tiada lagi isu PAS ini dianggap sebagai parti ekstirimis dan perkauman. Diharap rakan dalam Pakatan jangan berpecah belah dan berebut kerusi dan berilah peluang diantara satu sama lain untuk bertanding menentang BN yang penting Pakatan dapat mengambil alih kuasa dari BN dalam PR13 nanti.

Perjuangan PAS dan Pakatan untuk rakyat bukan untuk kepentingan peribadi. Diharap rakan dalam Pakatan boleh memberi kerjasama dengan PAS sekiranya diberi peluang bertanding dalam kawasan Bandar nanti. Kalau PAS menang Pakatan juga akan menang jadi jangan terlalu tamak dengan perebutan kerusi akhirnya harapan rakyat akan musnah seperti apa yang berlaku dalam pilihanraya umum Sarawak yang lalu. Marilah kita sama-sama berjuang untuk mendirikan sebuah Negara berkebajikan untuk semua rakyat. PAS untuk semua.

Kolej Islam Darul Ridzuan : Kemungkaran Pentadbiran Yang Tiada Noktah ?

11 Rejab 1432H. [MOD] -

Al kisah .. betul ke Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR) nak terus kekalkan rekod salahlaku dalam pentadbirannya ? Dengo citer macam tu laa tapi tak tau le teman, kalo kome semua nak tau kena tanya laa kat pembesar-pembesar, laksamana-laksamana dan hulubalang-hulubalang KISDAR. Satu lagi deme kata pembesar-pembesar KISDAR langsung tak ada rasa tanda-tanda nak insaf terhadap semua salahlaku pentadbiran yang telah berlaku selama ini. Dengo citer pulak, isu-isu penyelewangan pentadbiran terus berlaku di KISDAR. Isshhh … betul ke ni ?

Tak kann laaa Kerajaan Negeri nak bio jeee, tak kan laaaa Rektor baru KISDAR nengok jee. Deme sebagai pembesar-pembesar KISDAR kena laa buat sesuatu kalo betui semua citer tu. Tapi teman tak caye deme nak bio dan nengok jeee sebab deme tu semuanyee orang crodik pandai belaka. Tak kann laaa orang crodik tak leh nak pikio. Jangan le pulak pembesar-pembesar KISDAR rase selese nak kekalkan reputasi buruk rope tu. Apa-apa pun Rektor baru KISDAR kena le jawab semua persoalan tu.

Oh yaa lupa lak teman nak ucapkan tahniah le kepada Prof Madya Dr. Jamil Hashim sebab dah dilantik jadi Rektor baru KISDAR. Prof kroje kuat-kuat dan ikhlas-ikhlas yaa, insyaAllah KISDAR bole maju. Prof jangan le dengo sangat cakap dan arahan orang politik yang lebih-lebih sangat tu .. nanti hanco KISDAR.

Isu baru yang teman dengo ialah berkaitan isu perlantikan dan perjawatan. Tak tau le betui ke idak. Kerajaan Negeri Perak dan Rektor KISDAR kena le jawab dan siasat.

i. Dengo citer En. Zairol dah diturunkan pangkat dari jawatan Timbalan Rektor (Pentadbiran dan Kewangan) ke jawatan Ketua Jabatan Promosi dan Korporat. Betui ke niiii ? Ishh ishhh kesian gak teman dengo, sabo je le yaaa En. Zairol, tu semua kroje Allah, maybe (eehhwahh cakap orang putih lak) sebab nak balas kejahatan yang dah banyak mike lakukan kottt, itu baru sikit jee yang Allah balas. Harap-harap mike cepat-cepat le sedo dan insaf ya, kalo idak teman riso Allah balas lebih dari tu lagi.

Tapi dengo citer sebelum diturunkan pangkat En. Zairol dah dapat apa yang dia nak. Dia dah dapat jawatan Tetap Gred N44. Ishhh memang pelik bin ajaib sebab sebelum ni dia hanya pegawai kontrak gred N41 then leh terus je dilantik ke jawatan tetap gred N44 secara ‘by-pass’ pulak tu. Ishh ishhh memang pelik. Banyak beno teman nak tanya ni … bila jawatan tetap gred N44 tu diwujudkan di KISDAR dan mesyuarat mana yang luluskan jawatan tu ? Kalo pun jawatan tu dah wujud, En. Zairol masih tak layak dilantik ke jawatan tetap gred N44 sebabnyaa … jawatan tetap gred N44 adalah jawatan kenaikan pangkat bagi jawatan tetap gred N41.

Nak dinaikkan pangkat pun kena ada syaratnya, antaranya ialah kena melalui temuduga, mesti lulus ujian PTK dan mesti dibawa ke dalam mesyuarat jawatankuasa kenaikan pangkat. En. Zairol tak ditemuduga punn, tak penah ikut kursus PTK dan mesyuarat jawatankuasa kenaikan pangkat tak pronah bersidang pun untuk naikkan pangkat si zairol tu. Sebenonya dia dilantik secara ‘by-pass’ oleh Rektor lama. Maksud ‘by-pass’ tu mcm ‘short-cut’ juga le atau jalan pintas.

En. Zairol dikecualikan dari semua syarat-syarat lantikan dan kenaikan pangkat. So hakikatnya En. Zairol dapat jawatan Tetap N42 secara jalan pintas. Ishhh pelik beno teman rase, tak kan le Kerajaan Negeri idak nampak penyelewangan tu ? Agak-agak kome ada tak unsur salah guna kuasa oleh Rektor lama ? Kepada pihak yang berkenaan teman rasa isu ni kena le disiasat dengan telus ya.

Satu lagi yang teman rase kelakar sangat-sangat, baru-baru ni En Zairol dengan muka tak malunyaa pi kursus induksi .. hahaha .. dia sorang je kakitangan pentadbiran dari KISDAR yang lain semuanya pensyarah .. memang confirm muka tak malu kan. Dengo citernya semua penceramah-penceramah INTAN rasa pelik kenapa le ada sorang gred N44 sesat dalam kursus induksi tu, sebenonya induksi adalah untuk gred lantikan pertama (N41 atau DG41) dan bukan untuk gred kenaikan pangkat (N44).

Walaubagaimanapun makhluk bernama Zairol jawab le juga dengan penuh bangga .. katanya .. dia dilantik atas kuasa Lembaga Pengarah. Isshhh .. tak kan le Lembaga Pengarah subahat sama. Penceramah berkenaan rasa pelik sebab ini le kes pertama yang beliau dengo sepanjang 30 tahun berkhidmat sebagai penceramah INTAN. Hahahaha … kome tak kan tak rasa kelakar. Teman gelak sakann nii .. hehehe.

ii. Satu lagi teman dengo citer gak ada sorang bekas penolong pensyarah kontrak gred DG41 tiba-tiba je tak semena-mena dilantik ke jawatan pegawai tadbir gred N41. Aikkk .. mudah beno yaaa nak tuko skim jawatan dari skim DG41 ke skim N41, leh gitu-gitu je terus lantik ya. Ishhh tak tau le teman kenapa le Rektor lama leh terus lantik macam tu je. Tak kann le Rektor lama tak tau prosedur yang sebenonya, dan tak kan le Kerajaan Negeri tak tau isu ni.

Yang teman heran dengo citer sebelum ni ada gak kes macam tu, sorang pegawai tadbir dilantik jadi penolong pensyarah tapi ada iklan dan ada pulak temuduga, ikut pulak prosedur. Kali ni kenapa tak ikut pulak prosedur ? Pelikk pelikkk .. memang pelikk.

Teman nak tanya lagi .. betui ke ada kosong dan perlu jawatan N41 tu ? Kalo betui ade kenapa le tak diiklankan. Udah ke penolong pensyarah tu ditemuduga ? Kalo udah sape panel penemuduganya ? Kalo pun udah ditemuduga, ada ke mesyuarat jawatankuasa kenaikan pangkat bersidang untuk lantik penolong pensyarah tu jadi pegawai tadbir ?

Lagi satu betui ke penolong pensyarah tu dilantik ke jawatan pegawai tadbir dan dibayo gred tangga gaji yang tinggi ? Maksud teman tinggi tu tak le tinggi bebeno tapi gred tangga gaji yang tak layak untuk dia. Apa yang teman tau, kawan-kawan teman citer dalam sektor kerajaan pengalaman kroje yang bole diambil kira ialah pengalaman dalam sektor kerajaan dan pengalaman dalam skim yang sama je,

tapi dengo citer penolong pensyarah tu ada pengalaman dalam sektor swasta je dan skim lama dia ialah skim DG bukan skim N so macam mana le dia bole dapat gred tangga gaji yang tak layak untuk dia. Betul ke nii ? Kalo le betui, Kerajaan Negeri kena le tengok-tengok jangan di bio je. Agak-agak kome ada tak lagi unsur salah guna kuasa ? Siasat le jangan tak siasat.

iii. Dengo citer lagi ada sorang lagi Timbalan Rektor nak masuk KISDAR nak gantikan tempat En Zairol tu. Kabonya Timbalan Rektor tu sorang Pegawai Tadbir dari UTP. Teman tak kisah le dari mana pun tapi betui kee Timbalan Rektor tu masuk tak ikut prosedur perjawatan yang betul ? Deme kata Timbalan Rektor tu terus dilantik jawatan Tetap dengan Gred N52, betui ke nii ?

Kalo le betui .. fuyooo terus masuk leh dapat jawatan Tetap ya. Teman kesiannn kat kakitangan KISDAR yang dah lama kroje, ramai lagi yang masih jawatan Kontrak. Satu lagi, kalo le betui Timbalan Rektor tu dapat jawatan Tetap Gred N52, teman nak tanya lagi .. bila le jawatan tu diadakan di KISDAR ? Mesyuarat mana pulak yang luluskan jawatan tu ? Ada ke iklan kekosongan jawatan tu disiarkan ? Bila pulak Timbalan Rektor tu ditemuduga ? Ishhh banyak beno pulak teman tanya .. maaf le ya .. bukan apaa .. setahu teman itu le caranya nak lantik mana-mana penjawat awam. Kerajaan Negeri yang lantik Timbalan Rektor tu, tak kan le tak ikut semua cara tu kan. Satu lagi teman musykil gak ..

Timbalan Rektor tu bekas Pegawai Tadbir di UTP. UTP adalah sektor Swasta. Timbalan Rektor tu langsung tak da pengalaman mentadbir dalam sektor Kerajaan, beliau tak mahir pun dalam GO, tak tau pasal perkeliling kerajaan dan tak penah pun pi kursus induksi dan PTK. Semua benda yang teman sebutkan tu penting untuk jadi pegawai tadbir utama sektor kerajaan yang baik, effisien dan professional. So .. bole ke Timbalan Rektor tu buat kroje pentadbiran dengan adil, cekap dan berkesan ?

Kalo le betui semua perkara yang teman sebutkan diatas teman rase Kerajaan Negeri Perak dan Rektor KISDAR kena le cepat-cepat betuikan semua penyelewangan tu supaya reputasi KISDAR tak terus tercemar. Moh le pakat sama-sama bangunkan KISDAR. Itu le satu-satunya Kolej milik Kerajaan Negeri untuk didik anak bangsa kita. Kroje le sungguh-sungguh nak bangunkan KISDAR dan buang le jauh-jauh kot-kot ada rasa kepentingan diri sendiri.

Insan Prihatin
Perak Darul Ridzuan

Rakyat Turki berpesta dengan kemenangan AKP

11 Rejab 1432H. [MOD] -

ISTANBUL, 12 Jun: Parti Keadilan dan Kesejahteraan (AKP) Turki pimpinan Toyyib Erdorgan berjaya memenangi pilihan raya Turki buat kali ketiga berturut-turut dan sekalligus memecahkan rekod yang dipegang parti pimpinan Adnan Manderes sebelum ini.

AKP menang dengan undi popular sebanyak 49.9 peratus berbanding 37 peratus dalam pilihan raya 2002 dan 47 peratus dalam pilihan raya 2007.

Bagaimanapun AKP gagal mencapai sasarannya untuk memenangi dua pertiga kerusi apabila hanya memenangi 325 kerusi iaitu kurang dua belas kerusi lagi dari jumlah sasaran dua pertiganya.

Rakyat Turki, khasnya penyokong AKP dari pelbagai lapisan umur bagaikan berpesta di perkarangan pejabatnya di Istanbul dan juga di Ankara.

Di Ankara, Presiden AKP, Erdogan dan isterinya berucap kepada para penyokongnya bagi meraikan kemenangan itu kira-kira jam 9.30 malam waktu tempatan.

Di Istanbul, pesta kemenangan berlangsung di perkarangan pejabat AKP dan juga di dalam dewan besar pejabat AKP Istanbul.

Para remajanya menari tarian tradisional Turki sambil menyanyikan lagu khas yang dicipta AKP untuk pilihan raya kali ini.

Mereka mengibarkan bendera AKP yang dibekalkan oleh parti itu sejak jam tujuh malam apabila keputusan awal diumumkan AKP sudah memperolehi 53.24 peratus.

Sambil menyanyi dan menari, mereka juga bersorak setiap kali gambar pemimpin kesayangan, Erdogan dipaparkan dilayar besar yang dipasang di perkarangan parti itu.

Menurut Huseyin Kansu, bekas anggota Parlimen AKP, partinya masuk ke dalam pilihan raya ini dengan sasaran untuk membolehkan partinya membuat satu perlembagaan baru yang disediakan oleh pihak awam.

Ini kerana, perlembagaan Turki yang ada sekarang disediakan oleh pihak tentera. Walaupun sudah berpuluh kandungannya dipinda oleh kerajaan AKP namun ia tidak menyelesaikan masalah gangguan tentera dan mahkamah perlembagaan yang sentiasa menganggu kerajaan pilihan rakyat itu.

Antara pindaan yang pernah dibuat adalah membenarkan para pelajar wanita universiti di negeri itu memakai tudung disamping membenarkan wanita memakai tudung di majlis rasmi kerajaan.

Ketika mula menang di Turki pada tahun 2002 dahulu, isteri Erdogan sendiri, Emin, tidak boleh mengiringi suaminya ke majlis rasmi kerana beliau enggan memakai tudung yang dipakainya itu.

Kini, Emin boleh menemani suaminya ke mana-mana termasuk ke majlis rasmi kerajaan.

Namun pindaan-pindaan yang dibuat tidak boleh menghentikan pihak tentera mengganggu gugat kerajaan pada setiap masa.

"Hanya dengan membuat semula perlembagaan yang berasaskan demokrasi sepenuhnya barulah ia akan selesai," kata Huseyin Kansu kepada Harakahdaily.

Huseyin adalah anggota Parlimen tiga zaman iaitu dibawah parti Refah, Fadhilat dan yang terakhir AKP iaitu pada tahun 2002.
Selepas tiga penggal sebagai anggota Parlimen, Huseyin tidak lagi bertanding sejak 2007 dan pilihan raya tahun ini namun beliau kekal sebagai penyokong tegar AKP.

Bagi beliau, setiap kali tentera menganggu urusan kerajaan, ekonomi Turki juga akan turut terganggu.

"Oleh itu majoriti lebih dua pertiga diperlukan untuk membolehkann perlembagaan baru dibuat dan menjadikan Turki benar-benar negara demokratik," kata Huseyin.

Dalam pilihan raya ini, AKP mendapat 325 kerusi, CHP 135, MHP 54 dan BGM 36 kerusi.

Turut menjadi pemerhati pilihan raya ini adalah lima pemimpin dan petugas PAS dan tiga pemimpin PKR. Delegasi PAS yang diketuai Dr Mariah Mahmud turut disertai oleh Nasir (Kedah), Onn Jaafar (Johor), Taufek Ghani (Negeri Sembilan), Abdul Rahman dan Baihaki Atiqullah (Kelantan) di samping penuls (Harakah).

Pemimpin PKR adalah Nurul Izzah Anwar (naib presiden), Saifudin Nasution (setiausaha agung) dan Datuk Johari Abdul (ahli MPT).

Harakahdaily/-
Oleh : Zulkifli Sulong, Istanbul

'Pakatan ada buku jingga, Umno ada seks, seks, seks...'

11 Rejab 1432H. [MOD] -

Jika terdapat sebarang spekulasi bahawa sokongan terhadap Pakatan Rakyat telah merosot di Kedah, maka lain pula suasananya di majlis makan malam mengutip derma di Alor Setar malam tadi.

Dewan Dewan Bandaraya penuh sesak sehingga memaksa dua meja yang diperuntukkan untuk para wartawan, dialih ke hujung dewan, menyebabkan sukar untuk mendengar dengan jelas ucapan yang disampaikan.

Kira-kira 1,000 hadirin menunggu ucapan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri), yang bergegas dari Tanjung Tokong, Pulau Pinang ke Alor Setar, sebelum bertolak pula ke Kangar, Perlis selepas jam 10 malam.

Ketua umum PKR itu disambut dengan tepukan gemuruh para hadirin daripada pelbagai kaum, sebaik sahaja beliau tiba pada kira-kira 9pm - lewat satu jam dari jadual.

Anwar diiringi pemimpin PKR seperti naib presiden, Datuk Chua Jui Meng; timbalan ketua PKR Perak dan ahli parlimen Gopeng, Lee Boon Chye serta Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, yang juga pengerusi PKR negeri itu, Datuk Mansor Othman.
Turut hadir dan berucap di majlis tersebut ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Apabila tiba giliran Anwar berucap, pada hadirin, kebanyakannya pertengahan umur dan berusia - separuh daripadanya dari masyarakat Cina - khusyuk mendengar komen dan cerita lucu dari ketua pembangkang itu yang membuat dewan itu gamat dengan gelak ketawa dan tepukan gemuruh.

Malaysiakini/-

Undi Pakatan jika mahu nikmati negara berkebajikan

11 Rejab 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR,: Rakyat digesa memilih Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 jika mahu merasai nikmat negara berkebajikan yang mahu diperkenal PAS dan rakan-rakan Pakatan Rakyat yang lain.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan guru Abdul Hadi Awang berkata, rakyat bakal menikmati kehidupan lebih baik dibawah konsep negara berkebajikan Pakatan Rakyat berbanding di bawah BN sekarang ini.

Tambahnya, ianya boleh dilihat di negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat iaitu Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang dan juga sebahagiannya telah ditawarkan dalam Buku Jingga.

"Kalau nak tahu apa itu negara kebajikan, rakyat pilih kita pada pilihan raya akan datang.

"Beri kita lima tahun, kita akan tunjuk apa kita akan lakukan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kerja PAS pusat kali pertama untuk sesi 2011-2013 di Pejabat Agung PAS hari ini.

Kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata hasrat PAS mahu melaksanakan negara berkebajikan itu 'meniru' apa yang telah dibuat BN sejak lama.

Terbaru, seorang lagi bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan tindakan PAS menggugurkan perjuangan negara Islam dan diganti negara kebajikan, sekadar umpan untuk meraih undi bukan Islam.

Menjawab tomahan itu, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, "itu kenyataan orang yang tidak membaca apa dia politik Islam".

Katanya, negara berkebajikan PAS jauh berbeza dengan Umno di mana PAS meletakkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai sumber rujukan yang tidak dibuat oleh Umno BN.

"Sebahagiannya kita berjaya buat di negeri yang kita perintah di Kelantan, Kedah, pernah di Perak dan Terengganu termasuk di Selangor dan Pulau Pinang.

"Konsep berkebajikan bukan sahaja kebajikan kepada rakyat, tetapi juga tidak mengerjakan perkara yang haram antaranya meninggalkan rasuah bukan sahaja kerana SPRM tetapi kerana perintah Allah," katanya lagi.

Mengulas lanjut, beliau menyifatkan pemimpin Umno BN itu sedang 'kepanasan' dengan apa yang mahu diperkenal PAS itu.

Apatah lagi, katanya ekonomi negara berkebajikan yang mahu dilaksanakan PAS akan menambah pendapatan negara tanpa membebankan rakyat dengan kenaikan harga barang dan menaikkan cukai kepada rakyat kebanyakan seperti dibuat BN.

"Terengganu kita (PAS) pernah hapuskan tol (jambatan). Jelas itu satu kebajikan yang kita buat kerana melihat yang lalu itu peniaga-peniaga kecil, orang kampung.

"Walaupun kita rugi berjuta, namun kita tampung dengan menaikkan cukai kepada mereka yang kaya seperti industri dan pembalakan," ujarnya.

Harakahdaily/-
Oleh : Nazri Abdullah

Yu kemejan masuk jaring nelayan

11 Rejab 1432H. [MOD] -


LUMAYAN. Nelayan pantai Kampung Chempaka, Kuantan membawa pulang hasil tangkapan yang mengejutkan semalam.

Manakan tidak, kepulangan mereka menarik perhatian ramai dengan kejayaan menaikkan seekor yu kemejan sepanjang hampir dua meter seberat 200 kilogram yang terperangkap dalam jala.

Kemunculan ikan itu mengejutkan kerana ia spesies yang jarang ditemui, apatah lagi pada saiz sebesar itu.

Seorang daripada nelayan itu menganggarkan nilai ikan berkenaan di pasaran mencecah RM2,000.

Serang istana: Lima disyaki terlibat ditahan

11 Rejab 1432H. [MOD] -


DUBAI 13 Jun – Seramai lima orang telah ditahan hari ini kerana disyaki mempunyai kaitan dengan serangan bom yang mencederakan Presiden Yemen, Ali Abdullah Saleh pada 3 Jun lepas, kata seorang diplomat.

Menurut sumber yang dihubungi melalui telefon, kira-kira 50 orang telah disoal siasat setakat ini, namun tidak menyediakan maklumat lanjut mengenai penahan tersebut.

Saleh telah diterbangkan ke Arab Saudi untuk mendapatkan rawatan selepas mengalami kecederaan dalam serangan bom ke atas Istana Presiden pada awal bulan ini. 

AFP

Mesir tahan perisik Israel kerana mengintip

11 Rejab 1432H. [MOD] -


KAHERAH 13 Jun – Pihak berkuasa Mesir hari ini menahan seorang pegawai Israel yang berkhidmat untuk agensi perisikan Mossad atas dakwaan mengintip, lapor agensi berita MENA.

Hakim Hesham Badawi dari pihak pendakwa raya keselamatan tertinggi negara mengarahkan lelaki tersebut ditahan selama 15 hari untuk menjalankan siasatan atas tuduhan mengintip di Mesir dengan tujuan merosakkan ekonomi dan politik di negara ini.

Bagaimanapun, Kementerian Luar Israel mengatakan pihaknya tidak mengetahui perkara tersebut. 

AFP

Taktik Serang Mat Sabu Guna Skandal Seks Hanya Akan 'Makan Diri' Umno-BN

11 Rejab 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 13 JUN : Serangan video seks 'fitnah' ke atas timbalan presiden baru PAS Mohamad Sabu, melibatkan pemimpin kedua dari Pakatan Rakyat (PR), hanya akan memberi kesan buruk kepada Umno-Barisan Nasional(BN), kata penganalisis politik.

Malah, menurut Pengarah Centre for Policy Initiatives Dr Lim Teck Ghee, lebih banyak taktik kotor dan usaha untuk mengaibkan kedua-dua parti perikatan akan muncul memandangkan persekitaran politik semakin “panas” di sebalik spekulasi bahawa pilihan raya umum dijangkakan tidak lama lagi.

“Ini satu lagi usaha kotor bertujuan merosakkan imej parti-parti politik khususnya seorang pemimpin PAS.

“Memandangkan parti yang memperoleh manfaat adalah Umno, publik akan meragui parti memerintah,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata, pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) sudah pasti akan menafikan mereka bertanggungjawab manakala media kawalan Umno akan menggunakan isu tersebut untuk terus melakukan serangan.

“Oleh itu, terserah kepada pemimpin-pemimpin dalam masyarakat untuk mengecam tindakan ini dan mendedahkan pihak-pihak yang mahu mendapatkan manfaat daripadanya,” kata beliau.

Minggu lalu, Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin menerima sekeping VCD menerusi peti suratnya, yang tertera gambar Mohamad dengan kata-kata “Skandal Seks Mat Sabu”, dan satu kepala surat palsu bersama logo PAS selain risalah berkaitan video seks yang didakwa melibatkan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pemimpin-pemimpin PAS mendakwa Umno di belakang perkembangan terbaru itu.

Kata mereka, Umno kelihatan terdesak untuk menyerang PAS dan komponen Pakatan Rakyat susulan keputusan pemilihan pusat parti Islam itu.

Mohamad menewaskan Nasharudin Mat Isa dan seorang lagi calon Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Penganalisis politik James Chin dari Universiti Monash berkata, serangan terbaru menggunakan video seks tidak akan membawa impak sama sekali memandangkan kebanyakan rakyat Malaysia sudah pun “penat” dengan taktik sedemikian.

“Strategi menjelang pilihan raya umum ialah ada kumpulan orang yang dibayar untuk menyerang Pakatan Rakyat,” katanya.

Kata beliau, kebanyakan rakyat sudah membuat keputusan dan pihak yang belum berbuat demikian semakin mengecil.

Chin berkata beliau menjangkakan banyak lagi taktik murahan seperti itu, contohnya video seks Anwar, skandal melibatkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan juga isu membabitkan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik akan dibangkitkan menjelang pilihan raya umum ke-13.

“. . . tetapi ia akan membawa kesan buruk ke atas (makan diri) mereka,” katanya.

Pandangan itu disetujui oleh penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian sambil berkata, pengundi atas pagar juga tidak berminat dengan isu-isu tersebut.

“Tindakan bergantung pada isu yang sama hanya akan merosakkan parti masing-masing dan dalam kes ini selepas Mat Sabu menang, kemungkinan mahu menghantar mesej bahawa beliau tidak layak secara moral memegang jawatan itu,” katanya.

Beliau menjangkakan lebih banyak taktik akan digunakan untuk memikat persepsi dan sentimen pengundi kawasan luar bandar.

“Ia cara murahan untuk mendapatkan undi dalam landskap politik semasa,” kata beliau sambil menambah, parti-parti politik perlu menggunakan pendekatan sofistikated untuk memenangi hati pengundi kawasan luar bandar.

Tv Selangor/-


Tujuh maut serangan meriam tentera Gaddafi

11 Rejab 1432H. [MOD] -


ALGIERS 13 Jun – Sekurang-kurangnnya tujuh orang terbunuh dalam satu serangan artileri yang dilancarkan tentera kerajaan Libya ke atas pekan Zintan yang dikuasai puak pemberontak, kata jurucakap kumpulan pemberontak semalam.

"Jumlah mereka yang terkorban mencecah tujuh orang manakala 49 yang lain cedera dan ditempatkan di hospital. Serangan meriam dan pertempuran masih berterusan," katanya yang dikenali sebagai Abdul Rahman ketika dihubungi.

Katanya, tentera yang setia kepada Muammar Gaddafi telah melancarkan serangan meriam dan roket buatan Rusia, Grad terhadap pekan tersebut yang terletak di wilayah pergunungan barat di barat daya Tripoli sejak pagi semalam.

Bagaimanapun, pegawai kerajaaan di Tripoli menafikan tentera kerajaan menyerang penduduk awam.

Reuters