11 June 2011

Lebih 500 nelayan mogok

10 Rejab 1432H. [MOD] -


KUANTAN - Lebih 500 nelayan dan pengusaha bot pukat tunda melancarkan mogok di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Pahang di sini dan meminta kerajaan menimbang pemberian subsidi super diesel kepada mereka.

Pengerusi Persatuan Perikanan Kuantan, Chia Hee Juak berkata, nelayan dan pengusaha bot terbabit terpaksa membeli diesel pada harga RM1.80 seliter sedangkan hasil laut yang diperoleh tidak setimpal dengan kos ditanggung mereka.

"Tambahan mereka terpaksa menanggung ansuran bulanan bot pukat tunda dan pukat tarik yang berharga sekitar RM500,000 hingga RM1 juta,” katanya ketika ditemui hari ini.

Kumpulan Anti-Lynas mahu injunksi mahkamah

9 Rejab 1432H. [MOD] -

Kumpulan anti-Lynas 'Save Malaysia' mempertimbangkan mendapatkan perintah injunksi untuk menghalang projek kontroversi bernilai RM700 bilion itu daripada memulakan operasinya.


Clement Chin lynas save malaysia groupKetua perhubungan awam kumpulan itu Clement Chin (kiri) berkata, kumpulan itu kini bekerjasama dengan Majlis Peguam Pahang bagi meneliti kemungkinan mendapatkan perintah mahkamah terhadap Lynas Advance Material Plant (Lamp).

"Kami melihat daripada segenap penjuru, (dan kami) akan buat keputusannya dalam masa sebulan," katanya dalam sidang media anjuran gabungan NGO People's Green hari ini.

Lamp terletak di kawasan perindustrian Gebeng, 25km ke arah utara Kuantan, ini negeri Pahang.

Pusat nadir bumi itu akan memulakan operasi percubannya pada September depan.

Young milik United

9 Rejab 1432H. [MOD] -

 YOUNG berhijrah dari Villa dengan harga perpindahan RM98.5 juta.

LONDON - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson berjaya mendapatkan khidmat Ashley Young dengan harga perpindahan £20 juta (RM98.5 juta) semalam.

Pembelian Young dari Aston Villa menyaksikan jumlah perbelan- jaan United pada musim perpindahan ini mencecah £55 juta (RM271 juta).

Kehadiran pemain berstatus bintang itu melengkapkan pembelian ketiga oleh Ferguson.

Sebelum ini, Liverpool telah berbelanja £20 juta (RM98.5 juta) apabila membeli perancang Sunderland, Jordan Henderson, manakala pengurus Arsenal, Arsene Wenger hanya mengeluarkan £1 juta (RM4.9 juta) ke atas pertahanan Charlton Athletic, Carl Jenkinson.

Lebih mengejutkan, kelab yang sebelum ini terkenal dengan pembelian pemain secara besar-besaran, Chelsea dan Manchester City masih belum me- ngeluarkan belanja selepas tamat saingan musim ini.

Young, 25, melepasi ujian perubatan di padang latihan United di Carrington semalam dan menandatangani kontrak selama empat tahun.

Dia kini menyertai Phil Jones seba- gai pemain baharu di Old Trafford selepas berpindah dari Blackburn Rovers dengan harga £16.5 juta (RM81.3 juta), Rabu lalu.

United juga sebelum itu telah membeli penjaga gol Sepanyol, David De Gea dari Atletico Madrid dengan harga £18.5 juta (RM91.2 juta).

Ferguson merampas Jones dari tangan pencabarnya, Liverpool, manakala pengurus The Reds, Kenny Dalglish turut dikatakan berminat ke atas Young.

Young boleh beraksi sebagai pemain sayap atau penyerang kedua dan dia merupakan pemain yang mampu memberi sumbangan besar kepada United di bahagian serangan.

Pemain ini mula menarik perhatian ketika bermain dengan kelab Watford sebelum dibeli oleh Villa dengan £8 juta (RM39.4 juta) pada Januari 2007.

Dia membuat 193 penampilan dengan menjaringkan 39 gol, namun statistik mencipta peluang jaringan sebanyak 54 kali telah membuatkan Young sebagai aset yang bernilai.

Pembeliannya juga mula mencetuskan persoalan mengenai masa depan Nani di Old Trafford.

Baru-baru ini, Nani mengesahkan dia bersedia mengubah haluan dengan menyertai kelab lain. 

Agensi

Piala FA: Kelantan isytihar cuti umum esok

9 Rejab 1432H. [MOD] -


KOTA BHARU, 11 Jun: Kerajaan Kelantan petang ini mengisytiharkan cuti umum esok sebagai meraikan kejayaan skuad Red Warriors memasuki perlawanan akhir Piala FA malam ini.

Anggota Exco kerajaan negeri, Abdul Fattah Mahmood berkata, keputusan itu dibuat Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebentar tadi.

Katanya, cuti umum peristiwa itu diberi memandangkan ramai anak-anak Kelantan datang ke Bukit Jalil bagi menyaksikan skuad bola sepak mereka berentap dengan Terengganu di perlawanan akhir malam ini.

"Menimbangkan di atas faktor keselamatan memandangkan ramai anak-anak muda datang menyaksikan perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini maka kerajaan negeri menimbangkan cuti peristiwa esok.

"Ini membolehkan mereka yang datang jauh tidak perlu pulang tergesa-gesa sehingga mengabaikan aspek keselamatan ketika berada di jalan raya," katanya dihubungi di Kuala Lumpur.

Teladan: Tun M tak layak jadi contoh

9 Rejab 1432H. [MOD] -


KEPALA BATAS, 11 Jun: Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad tidak layak untuk dijadikan contoh dan pemimpin teladan walaupun telah memimpin negara selama 22 tahun.
Malah beliau juga bukan saja menolak hukum Islam yang cuba dilaksanakan oleh kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan, tetapi memperlekehkan hukum Islam apabila mengugut akaan menggunakan pelbagai cara serta peruntukan bagi menghalang pelaksanaan hukum itu.
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamamd Nizar Jamaluddin (gambar)berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah di padang awam, Penaga, Kepala Batas malam tadi.
Katanya lagi, ini juga membuktikan Umno yang diterajui oleh Tun Mahathir ketika itu, jelas menolak hukum Islam dan sekaligus membuktikan kepimpinan mereka bukan saja memperkecilkan kemampuan undang-undang yang menjadi tuntutan syarak sepertimana yang terkandung dalam Al Quran.
"Kenyataan Tuan Guru Nik Aziz bahawa beliau masih lagi menyimpan surat larangan untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan oleh Presiden Umno dan Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir bukan satu omongan kosong.
"Surat tersebut juga bukan satu cerita palsu yang direka seperti video seks lucah atau seumpamanya, tetapi ia adalah kenyataan yang tidak sepatutnya lahir dari seorang pemimpin yang mendakwa mereka memperjuangkan bangsa Melayu dan agama Islam dalam negara ini.
Ini juga, katanya menzahirkan pemalsuan perjuangan sebenar Umno dalam menegakkan kebenaran dan hukum yang menjadi tuntutan untuk dilaksanakan oleh setiap pimpinan Islam dalam negara ini.
Oleh kerana itu katanya, orang Melayu dan umat Islam dalam negara ini tidak sepatutnya bersekongkol dan menyokong perjuangan yang dibawa oleh Umno, setelah terbukti dengan sahih penolakan pimpinan mereka dalam melaksanakan tuntutan agama tersebut.
Harakahdaily

Pancung kepala, rendam minyak

9 Rejab 1432H. [MOD] -




Pemandu jentera pengaut serang mekanik dengan parang selepas tebas lalang

PENAMPANG: Seorang mekanik putus kepala akibat dilibas dengan parang oleh seorang pemandu jentera pengaut di sebuah bengkel kereta di Kampung Kandazon, dekat sini kira-kira jam 9.30 pagi semalam.


Kepala Asri Patahuddin, 37, yang putus kemudian dimasukkan suspek ke dalam tong berisi minyak enjin kenderaan sebelum mengheret tubuh lelaki itu dan menghumbannya ke dalam sebuah van rosak tidak jauh dari bengkel terbabit.

Mangsa yang mempunyai seorang isteri dan dua anak serta sudah bekerja di bengkel berkenaan sejak beberapa tahun lalu sebelum itu sedang membaiki kenderaan apabila secara tiba-tiba dihampiri suspek berusia 30 tahun yang bersenjatakan sebilah parang panjang.

Rakan Asri, Ramli Simmi, 38, berkata suspek sebelum itu mencari parang di bengkel berkenaan dengan alasan untuk menebas lalang selepas mendakwa jentera pengaut dipandunya rosak.

“Suspek mengambil parang dalam bengkel dan menebas lalang di halaman bengkel sebelum mendekati mangsa. Tiba-tiba dia melibas parang ke leher mangsa. Saya dan seorang rakan cuba menghalang tetapi suspek melibas parang ke arah kami pula,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Suspek dikatakan baru berpindah ke kampung berkenaan 10 hari lalu dan dipercayai mengalami tekanan mental kerana berjauhan daripada keluarganya di Lahad Datu.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Ratan Kumar Singh, berkata ketika mahu ditahan, suspek cuba mengelak dan menafikan perbuatannya sebelum beberapa anggota polis berjaya memujuknya menyerah diri dan merampas sebilah parang dipercayai digunakannya dalam kejadian itu.

Katanya, suspek dipercayai mengalami masalah mental, ditahan reman seminggu mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh dengan niat, manakala mayat mangsa dibawa ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat.

Negara berkebajikan: Siapa nak tiru siapa

9 Rejab 1432H. [MOD] -


TASEK GELUGOR, 11 Jun: PAS tidak akan meniru Barisan Nasional (BN) melaksanakan program kebajikan pada rakyat yang di dalamnya mengandungi unsur rasuah, penyelewengan dan penipuan.
Demikian kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man(gambar) ketika ditemui di majlis minum pagi di perkarangan Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Komoniti (JKKK) Sungai Dua pagi tadi sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Najib menyaran PAS agar tidak meniru Umno untuk mewujudkan negara berkebajikan kerana perkara itu telah dilaksanakan oleh kerajaan BN.

Sebaliknya, kata Tuan Ibrahim, Negara Berkebajikan yang disarankan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasar muktamar baru-baru ini mempunyai agenda tersendiri dan jauh daripada anasir buruk sepertimana yang dilakukan kerajaan pimpinan Najib.

"Siapa yang nak tiru siapa. PAS tidak seinci pun akan meniru langkah BN melakukan program kebajikan kepada rakyat kerana usaha itu sering terdapat penyelewengan, penipuan atau kepentingan kroni.  Bagi PAS semua itu akan ditentang bagaimana Najib kata kita tiru BN," tegasnya.

Katanya, yang sebenarnya BN meniru langkah Pakatan Rakyat apabila cuba melaksanakan sedikit demi sedikit rancangan 10 perkara yang termaktub dalam Buku Jingga.

Beliau berkata, jika Pakatan Rakyat dapat menguasai Putrajaya selepas Pilihanraya Umum ke 13 nanti pasti rakyat akan menikmati banyak manfaat yang tidak pernah dilaksanakan di era pemerintahan BN.

Jelasnya, gagasan Negara Berkebajikan yang ingin diperkenalkan oleh PAS kepada rakyat berlainan dengan cara Umno dan BN lakukan kerana Negera Berkebajikan bukan sebuah negara yang hanya membantu rakyat semata-mata tanpa kerajaan sendiri mengubah cara pentadbiran.
“Umno melalui BN dan PAS dalam Pakatan Rakyat berlainan corak pendekatan.  Umno memperkenalkan kebajikan dan mengulangi apa yang mereka lakukan bila terdesak khususnya ketika menjelang pilihanraya sama umum mahupun kecil.  Tetapi PAS, tidak begitu kerana bila menang ia adalah amanah yang perlu dijagai demi memastikan rakyat mendapat manafaatnya," tambah beliau.
Katanya, konsep kebajkan yang dipandang oleh BN seperti jalan raya, sekolah, perumahan, rumah kos rendah atau sebagainya tidak memadai.
Bagi PAS, katanya ini kerana semua isu tersebut sudah menjadi kewajiban sebagai pemerintahan.

Sebaliknya, tambah beliau PAS menerusi Negara Berkebajikan lebih memfokuskan bagaimana mendapatkan dana negara untuk mengurus pentadbiran agar tidak menyeleweng.

Menurutnya, sumber yang diperolehi pula tidak hanya berlegar di kalangan kroni sahaja tanpa memberi ruang kepada pihak yang sewajarnya memperolehi berdasarkan kemahiran atau tender terbuka.

Turut hadir dalam program anjuran PAS Kawasan Tasek Gelugor dan JKKK Sungai Dua itu ialah Setiausaha Perhubungan PAS negeri, Fadhil Kemi, Ketua Penerangan PAS Negeri, Zulkiply Ishak, Setiausaha PAS Tasek Gelugor, Zamri Darus, Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Jamil Abdul Rahman, Penyelaras Dun Sungai Dua, Fahmi Abdul Wahab dan Pengerusi JKKK Sungai Dua, Yahya Hasan.
Harakahdaily

AK bersedia catat sejarah menang kali ketiga

9 Rejab 1432H. [MOD] -



ISTANBUL, 11 Jun: Kunjungan pertama delegasi PAS dan PKR ini adalah ke pejabat parti AK di Istanbul. Baru mula terasa Turki sedang hadapi pilihan raya umum.

Pendekatan kempen nampaknya lebih kepada medium TV dan akhbar melalui liputan media terhadap program yang diadakan.

Untuk penglihatan umum pula, banner besar yang memaparkan wajah Reccip Toyyeb Erdogan bersama slogan pilihan raya ini dipasang di banyak tempat.


Sedikit sahaja poster kecil yang dipasang iaitu di pejabat-pejabat parti sahaja bukannya memenuhi kawasan. Ini telah ditetapkan oleh undang di Turki untuk menjaga alam sekitar mereka. Poster-poster kecil sebagaimana yang sangat popular di Malaysia tidak dibenarkan di sini atas alasan ia merosakkan permandangan.

Apabila masuk ke Istanbul melalui lapangan terbang Atarturk di sini tidak terasa langsung pilihanraya umum berjalan.

Begitu juga apabila masuk ke bandaraya Istanbul dari lapangan terbang ke hotel Green Park tidak terasa PRU sedang berlangsung di Turki.


Namun medianya penuh dengan liputan pilihanraya termasuk muka-muka depan akhbar utama.

Apabila dibuka TV juga baru dirasai kehangatan pilihan raya. Jam 10 pagi waktu tempatan apabila dibuka stesen SkyTv, pemimpin CHP, salah satu parti yang bertanding sedang memberikan ucapan.

Hampir 15 minit masa diberikan untuk beliau berucap di hadapan penyokongnya diberikan ruang oleh siaran TV itu yang tidak akan diperolehi oleh mana-mana pemimpin pembangkang di Malaysia.

Menurut Omer Faruk Kalayci, timbalan pengerusi hal ehwal luar parti AK, semua parti bebas membeli masa dalam media Turki.

Hasilnya semua parti dirasai kehadirannya dalam semua media Turki.

Dalam pilihanraya ini, AK cuba memecah rekod pilihanraya Turki untuk menang tiga kali berturut-turut dan dengan populariti yang terus meningkat.

Dengan lima juta ahli dari 50 juta pengundi, sangat sukar parti-pari lain untuk mengalah AK dalam pilihan raya umum kali ini.


Harakahdaily

Bekas pengurus Giat Mara didakwa buat tuntutan palsu

9 Rejab 1432H. [MOD] -


BUTTERWORTH - Bekas Pengurus Kanan Pusat Komuniti Giat Mara Pongsu Seribu, Kepala Batas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam kerana mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM31,500 pada 4 Disember 2006.

Tertuduh, Muhammad Zaini Md. Noor, 51, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Dia dituduh mengemukakan butiran pesanan palsu bertarikh 6 September 2006 kepada Pembantu Tadbir Kanan pusat itu, Sariza Mohamad Rodhi bagi Syarikat Syahmis Utara Enterprise.

Ia bagi kontrak membekal, menghantar, memasang dan menguji satu unit papan litar suis utama 600A Lekapan Lantai sedangkan tiada pembekalan dibuat.

Muhammad Zaini didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16 Akta yang sama.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), Fieza Fazlin Fandi yang mengendalikan kes tersebut menawarkan ikat jamin RM15,000 dengan alasan kesalahan tersebut serius.

Bandar dicat warna biru kerana filem Smurfs

9 Rejab 1432H. [MOD] -

 SEMUA bangunan di bandar Juzcar, Sepanyol dicat dengan warna biru.

MADRID - Bandar Juzcar di selatan Sepanyol dicat dengan warna biru termasuk gereja bagi meraikan pelancaran filem Smurfs yang dibintangi penyanyi Katy Perry.

Sebanyak 4,200 liter cat dan tenaga 12 penduduk tempatan digunakan untuk mengecat rumah dan bangunan di bandar tersebut sejak kelmarin.

Seramai 250 orang tinggal di bandar itu manakala Datuk Bandar Juzcar, David Fernandez Tirado berkata, orang ramai sudah menggelarkannya Papa Smurf.

Syarikat Sony yang mengeluarkan filem tersebut memilih bandar berkenaan sebagai lokasi tayangan perdana The Smurfs 3D pada 16 Jun ini.

Smurfs merupakan cerita kartun mengenai makhluk kerdil berwarna biru yang disiarkan buat kali pertama di televisyen pada 1981.

Ia disiarkan 30 tahun selepas pelukis kartun dari Belgium, Pierre Culliford menghasilkan komik smurfs. 

Agensi

Sejumlah kereta jutaan dolar rosak

9 Rejab 1432H. [MOD] -

 SEBUAH kereta Ferrari (kiri) dan Lamborghini (kanan) turut terjejas akibat banjir kilat yang melanda tempat letak kereta apartmen St. Regis di Singapura pada Ahad lalu.

SINGAPURA - Sejumlah kereta sport bernilai jutaan dolar seperti Ferrari rosak selepas tempat letak kereta bawah tanah di sebuah apartmen mewah di sini dilanda banjir, lapor beberapa buah akhbar semalam.

Tempat letak kereta di apartmen itu, St. Regis yang bernilai AS$16.27 juta (RM49.15 juta) menempatkan sejumlah kenderaan mewah semasa banjir kilat berlaku pada Ahad lalu.

Kereta-kereta mewah seperti Ferrari yang bernilai AS$894,979 (RM2.7 juta) rosak teruk akibat ditenggelami air banjir.

Para pemilik kereta tersebut yang menginap di apartmen berkenaan gagal mengalihkan kenderaan mereka dengan segera kerana maklumat mengenai banjir itu gagal diberitahu disebabkan sistem amaran banjir gagal berfungsi.

Pemilik-pemilik kereta itu perlu membayar cukai yang amat tinggi semasa mengimport kenderaan tersebut di Singapura.

Ekoran itu, harga kenderaan mewah amat tinggi di Singapura seperti kereta Rolls-Royce Phantom yang berharga AS$1.43 juta (RM4.3 juta) iaitu AS$813,019 (RM2.45 juta) lebih tinggi daripada yang dijual di United Kingdom.

Antara kereta mewah lain yang turut rosak akibat banjir itu di tempat letak kereta berkenaan ialah Aston Martin yang berharga AS$731,755 (RM2.21 juta) dan Porsche 911 yang berharga AS$406,530 (RM1.22 juta).

Kos bagi membaiki kereta mewah itu akibat banjir kilat dianggarkan melibatkan ratusan ribu dolar jika ruang dalaman dan sistem elektrik kenderaan berkenaan rosak.

Seorang penduduk yang merupakan pekerja pelaburan, Matthew Song, 33, berkata, kereta BMW M3 miliknya juga ditenggelami banjir.

Menurutnya, dia membeli kereta itu dua bulan lalu dengan harga AS$284,012 (RM858,142).

Kereta itu dihantar untuk dibaiki dengan menggunakan sebuah trak tunda pada Rabu lalu.

Seorang penduduk di apartmen itu, John Waggot, 50, yang merupakan seorang jurutera berkata, banjir kilat melanda apartmen tersebut buat kali pertama pada pertengahan Jun lalu.

Menurutnya, banjir kilat kali kedua berlaku dua minggu selepas kejadian pertama berlaku dan yang berlaku pada Ahad lalu merupakan bencana alam yang ketiga.

Agensi

Sindiket penipu antarabangsa lumpuh

9 Rejab 1432H. [MOD] -

 SEBAHAGIAN daripada 177 warga Taiwan dan China yang terbabit dalam penipuan siber ditahan oleh Imigresen Indonesia di Jakarta kelmarin.

PHNOM PENH - Beratus-ratus warga China dan Taiwan ditangkap di seluruh Asia termasuk Malaysia dalam satu operasi antarabangsa untuk menumpaskan komplot penipuan melalui telefon merentasi sempadan, kata pegawai-pegawai di beberapa negara semalam.

Kebanyakan tangkapan dibuat di Indonesia dan Kemboja dengan masing-masing 177 orang dan 166 orang ditahan dalam satu serbuan merentasi sempadan.

Serbuan dilakukan untuk mematahkan modus operandi penjenayah yang menggunakan perkhidmatan telefon Internet untuk menipu wang ribuan mangsa di rantau berkenaan.

Di Malaysia, polis menangkap 27 rakyat China dan 10 warga Taiwan di Sabah kerana menipu orang ramai supaya membayar saman trafik palsu.

Seramai 14 daripada yang ditahan di Sabah itu adalah wanita.

PAS lapor SPRM isu Hospital Shah Alam

9 Rejab 1432H. [MOD] -


SHAH ALAM, 10 Jun: Isu Hospital Shah Alam yang sepatutnya siap akhir 2010, hari ini dilapor secara rasmi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Petang tadi, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyerahkan memo bantahan kerana mempunyai unsur penyelewengan dalam projek hospital itu kepada SPRM Selangor, dekat sini.

Menurut Khalid, pihaknya telah menerima beberapa dokumen berhubung projek bernilai RM482 juta itu yang kini terbengkalai.

Beliau yang juga AJK PAS Pusat berkata, dokumen-dokumen itu menimbulkan kesangsian pihaknya terhadap ketelusan perjalanan projek serta pengurusannya.

Laporan berlangsung selama dua jam itu telah diterima sendiri Pengarah SPRM Selangor, Timbalan Pesuruhjaya Datuk Ja'afar Mahad di pejabatnya.

Kata Khalid, dokumen itu adalah surat Frontier Structure (FS) Sdn Bhd pada 23 Ogos 2010 kepada Pengarah Sunshine Fleet (SF) Sdn Bhd yang menawarkan nilai sub-kontrak bernilai RM30 juta sekiranya pembinaan diserahkan kepada FS.

Dokumen lain adalah surat Kementerian Kewangan pada 22 Mac 2011 mengarahkan tender yang telah diputus dibatalkan dan dipanggil kembali GM Healtcare Sdn Bhd dan FS dalam tender baru.

Menurut Yang Dipertua PAS Kawasan Shah Alam itu, SF merupakan kontraktor utama projek ini yang berjaya mendapat projek ini secara rundingan terus pada 2008.

"Kemampuan mereka mendapat projek ini secara rundingan terus adalah bukti hubungan rapat mereka dengan pihak Kementerian Kewangan Malaysia .

"Tawaran RM30 juta dijangka sebagai insentif menggunakan pengaruh mereka supaya tender dipanggil semula dengan FS dijemput menyertai tender baru," jelasnya.

Khalid berkata amat menghairankan bagaimana syarikat tidak berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)  sebagai kontraktor Kelas A disebut untuk dijemput menyertai tender sebegini.

Katanya, dengan dibekalkan surat dari FS kepada SF adalah jelas ia dilakukan bukan secara kebetulan sebaliknya hasil penyalahgunaan pengaruh yang didorong ganjaran tertentu.

Adalah juga disyaki penundaan tender adalah untuk memungkinkan FS memperolehi pendaftaran sebagai kontraktor Kelas A.

Ketua Pemuda PAS Kawasan, Mohd Hilmi Radzuan mendesak pihak berkaitan segera selesaikan pembinaan hospital itu kerana melibatkan kebajikan rakyat Shah Alam sekitar sejuta orang.

"Amat malang Bandaraya Shah Alam sebagai sebuah ibu negeri Selangor yang paling maju di negara ini tetapi belum mempunyai hospital sendiri dan terpaksa menumpang di Klang, Kuala Lumpur dan Sungai Buloh.

"Perasaan rakyat lebih menderita bila timbul isu projek terbengkalai sudah beberapa tahun terakhir sedangkan sakit setiap hari menyerang rakyat," tegasnya.

Harakahdaily

Negara berkebajikan, mesra pelabur - Presiden

9 Rejab 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 11 Jun: Konsep 'negara berkebajikan' yang mahu dilaksanakan PAS jika diberi mandat memerintah negara bersama rakan Pakatan Rakyat, diyakini mampu menarik minat pelabur asing melabur di negara ini.


Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, minat pelabur itu akan didorong oleh keyakinan mereka terhadap pengurusan ekonomi negara yang sihat iaitu bebas rasuah, tiada salah guna kuasa dan berintegriti seperti yang dianjur Islam.

Hasil dari pengamalan urus tadbir yang baik itu juga, sekaligus akan menambah pendapatan negara.

"Dalam negara berkebajikan, cukai dipungut mengikut perkembangan, rasuah tidak ada, pelabur suka datang.

"Dengan sendiri hasil negara bertambah. Ini caranya," katanya melalui laman Facebook.

Beliau menjelaskan demikian dipercayai sebagai menjawab persoalan yang ditimbulkan pemimpin Umno BN berhubung konsep negara berkebajikan yang menjadi tema ucapan dasar presiden PAS pada Muktamar parti itu yang ke 57 minggu lalu.

Pemimpin Umno termasuk Datuk Seri Najib Razak sebelum ini turut memperkecil hasrat PAS yang mahu memperkenal konsep negara berkebajikan tersebut dan mendakwa BN sudah lama mengamalkannya.

Bagaimanapun Timbalan Presiden PAS yang baru, Mohamad Sabu membidas kenyataan itu dengan mendakwa BN mengamal pemerintahan diktator dan bukannya negara berkebajikan.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata konsep negara berkebajikan yang mahu diperkenal PAS berbeza dengan yang didakwa Najib bahawa sudah diamal Umno.

Katanya konsep negara berkebajikan itu mempunyai elemen yang lebih murni dalam menyelamatkan negara kerana PAS akan menerapkan konsep halal dan haram dalam pelaksanaannya dan tidak seperti Umno.

"Disinilah kuasa barat takut, bimbang dengan pemerintahan Islam," tegasnya.

Harakahdaily

Kenyataan Soi Lek bukti 1Malaysia gagal

9 Rejab 1432H. [MOD] -


KUALA LUMPUR, 10 Jun: Kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang mahu Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) disingkirkan daripada 1Malaysia ciptaan Datuk Seri Najib Razak menunjukkan konsep itu gagal sama sekali.

Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar (gambar) berpendapat Perkasa yang diterajui oleh Ahli Parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali yang kononnya memperjuangkan bangsa Melayu sebenarnya hanyalah ‘topeng’ kepada Umno yang sememangnya sebuah parti perkauman.

Katanya, tindakan mereka yang ekstrem serta melaungkan hanya semangat kemelayuan jelas bertentangan dengan semangat 1Malaysia yang mana bertujuan untuk menyatukan semua kaum di kalangan masyarakat majmuk di dalam negara ini.

Chua dalam wawancaranya bersama Malaysiakini menyatakan bahawa  1Malaysia dimulakan dengan langkah yang salah iaitu dilancarkan selepas pilihan raya umum Mac 2008.

Kesan pilihan raya tersebut, menyaksikan ahli politik menjadi gusar dan sesetengah mereka mengambil pendirian perkauman yang melampau.

Firdaus berkata, walaupun tidak menyebut dengan jelas namun umum mengetahui ianya ditujukan kepada Perkasa.

Katanya, konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Najib sememangnya hanyalah retorik semata-mata kerana di dalam Barisan Nasional (BN) sendiri parti komponennya terdiri daripada parti yang berteraskan perkauman.

Beliau berkata, Umno dengan kemelayuannya, MIC dengan kaum India sementara MCA pula hanya terarah kepada kaum Cina sedangkan laungan 1Malaysia hendak menyatukan semua kaum.

Ini, ujarnya berbeza dengan PAS yang mendaulatkan Islam yang syumul tanpa mengira bangsa, keturunan dan darjat.

Jelasnya, Islam yang menuntut keadilan terhadap semua tanpa memilih ‘bulu’ yang berbeza dengan BN yang hanya memihak kepada golongan tertentu. Begitu juga, katanya dengan tindakan undang-undang yang hanya dikenakan kepada mereka yang diluar ‘ruang lingkup’ mereka sahaja. 

“Jangan lupa bahawa trio Umno Datuk T sampai sekarang tidak didakwa seperti mana yang diperuntukkan oleh undang-undang. Apa khabar  V K Lingam yang masih bebas ‘berkeliaran’ tanpa didakwa,” katanya.

Baginya, Perkasa dilihat hanyalah menjadi ‘budak suruhan’ kepada Umno bagi mengelakkan masyarakat menuding jari  kepada Umno hal berkaitan perkauman melampau.

Beliau menambah, Perkasa tidak berdemo apabila saham bumiputra hilang sebanyak RM52 bilion.

Tambahnya, Perkasa membisu apabila Chua Soi Lek menghina Islam ketika kempen di Pilihan raya Kecil Tenang dan juga menyokong ‘lidah rasmi Umno’ iaitu Utusan Malaysia ketika akhbar itu galak menyebarkan fitnah sedangkan yang difitnah itu bangsa melayu yang beragama Islam.

Ini, katanya jelas memperlihatkan ‘wajah’ sebenar Perkasa.

“Oleh itu, PAS menasihatkan agar Datuk Seri Najib memikirkan slogan lain untuk menipu rakyat dalam menghadapi Pakatan Rakyat (PR) menjelang pilihan raya umum akan datang kerana ternyata konsep 1Malaysia gagal dan rakyat sudah sedar  akan penipuan tersebut,” ujarnya.

Rakyat, kata beliau sebenarnya tidak memerlukan slogan-slogan untuk bersatu tetapi cukup dengan menolak BN dalam pilihan raya akan datang kerana selama ini rakyat tidak boleh bersatu dan tidak mungkin bersatu selagi mana BN memerintah Malaysia.

“Katakan tak nak pada BN!” katanya lagi.

Harakahdaily

Negara Berkebajikan turut fokus golongan muda

9 Rejab 1432H. [MOD] -


KUALA LUMPUR, 10 Jun: Golongan muda di negara ini tidak perlu ragu-ragu untuk menyokong PAS kerana agenda Negara Berkebajikan yang diperjuangkan oleh PAS meliputi kesemua golongan, dengan sebahagian daripadanya turut terfokus kepada golongan muda. 

Antara fokus untuk golongan muda dalam agenda negara berkebajikan PAS termasuk usaha-usaha yang akan dilakukan bagi membolehkan mereka, termasuk lepasan universiti, mendapatkan pekerjaan.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar) menjelaskan, selain itu, antara agenda negara berkebajikan yang diperjuangkan oleh PAS akan turut berusaha mendapatkan rumah kepada golongan muda dan membantu para pelajar mendapatkan biasiswa.

Menurut beliau, kepada para nelayan dan petani, PAS akan turut membantu mereka menerusi skim-skim tertentu yang akan diperkenalkan, manakala golongan miskin pula akan dibantu menerusi skim kebajikan khas kepada mereka.

Katanya, negara berkebajikan adalah penyusunan strategi PAS bagi melepaskan rakyat dari mengalami bebanan hidup dan ia akan dilaksanakan secara adil selaras dengan tuntutan Islam.

"Ini jelas menunjukkan golongan muda juga tidak diketepikan, sehingga tiada pihak yang terkecuali untuk menikmatinya," katanya pada program Analisis Astro Awani yang disiarkan 5.00 petang semalam dan diulang tayang sekitar jam 11.30 pagi ini.

Barisan kepimpinan baru PAS yang dipilih oleh para perwakilan PAS pada Muktamar PAS Ke-57 pada 3 hingga 5 Jun lalu, menurut beliau, akan mengadakan mesyuaratnya hujung minggu ini.

Katanya, antara perkara yang akan dibincangkan pada mesyuarat itu termasuklah yang menyentuh tentang strategi pelan bernegara, sejajar dengan perjuangan PAS untuk melaksanakan negara berkebajikan sekiranya diberikan mandat oleh rakyat memerintah negara pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti.

Sehubungan itu, beliau berharap agar golongan muda yang mewakili pengundi-pengundi muda turut bangkit bersama PAS untuk menerokai politik baru di tanah air.

"Jadi, kita amat berharap agar golongan muda akan turut meninggalkan politik fitnah dan politik penuh tipu daya yang diamalkan oleh Umno BN selama ini," katanya.

Menyentuh tentang permintaan Pemuda PAS Pusat yang mahukan PAS memberikan kuota 40 peratus kepada golongan muda dalam parti di semua peringkat termasuk dalam pilihan raya yang disuarakan oleh Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi, beliau yakin PAS akan memberikan pertimbangan sewajarnya mengenai tuntutan itu.

"Pada saya, tuntutan Pemuda yang disuarakan oleh Ketuanya, Nasrudin itu bukanlah perkara asing kerana sebelum ini saya juga pernah memimpin Pemuda PAS dan turut mempunyai pengalaman seperti itu.

"Sekiranya Pemuda berjaya menunjukkan prestasi yang baik dan dapat mempertahankan prestasinya, saya yakin parti akan memberikan tempat kepada mereka seperti yang dikehendaki itu," ujarnya. 

Strategi PAS sekarang, tegasnya, adalah untuk mencipta satu gelombang kebangkitan untuk membolehkan PAS dan Pakatan Rakyat menuju ke Putrajaya, bagi membolehkan agenda negara berkebajikan dilaksanakan di tanah air demi kepentingan negara dan seluruh rakyatnya.

Sejajar dengan itu, PAS pasti akan menggembleng seluruh tenaga dalam parti dengan turut memberikan ruang sewajarnya kepada Pemuda yang berkebolehan serta berkelayakan, dengan gabungan kalangan profesional, ulama dan aktivis yang terdapat dalam PAS sendiri. 

PAS hantar pemerhati pilihan raya ke Turki

9 Rejab 1432H. [MOD] -


ISTANBUL, 10 Jun: Setelah mengisytiharkan pemimpin yang dipilih dalam Muktamar ke-57 baru-baru sebagai pasukan pilihan raya, PAS menghantar 7 pemimpin dan petugas ke Turki.

Ia bertujuan untuk melihat dan belajar dari dekat teknik dan pengalaman dari pilihan raya Turki yang bakal berlangsung Ahad ini.

Selain PAS, PKR turut menghantar tiga pemimpinnya untuk melihat pilihan raya umum Turki ini dari dekat.

Antara yang menyertai pasukan PAS yang dipimpin oleh Timbalan Pengarah Pilihanraya PAS, Dr Siti Mariah Mahmod adalah Nasir Mustafa (Kedah), Onn Jaffar (Johor), Taufek Abdul Ghani (Negeri Sembilan), Baihaki Atiqullah dan Abdul Rahman Yunus (Kelantan).

Turut serta adalah Zulkifli Sulong (Harakah).

PKR pula adalah Nurul Izzah Anwar (naib presiden), Saifudin Nasution Ismail (setiausaha agung) dan Datuk Johari Abdul (ahli MPT).

Mereka sampai di lapangan terbang Atarturk, Istanbul jam 6. 30 pagi dan disambut oleh pegawai dari parti AK.

Pasukan ini dijangka mengambil pengalaman pilihan raya Turki untuk persiapkan Pakatan Rakyat hadapi Pilihan raya Umum (PRU) ke-13.

Harakahdaily