06 June 2011

Kerajaan P. Pinang perkenal pemilihan AJK Mesjik ala pilihanraya.

4 Rejab 1432H. [MOD] -

GEORGETOWN 6 Jun - Kerajaan negeri Pulau Pinang telah memutuskan kaedah pemilihan Anggota Jawatankuasa (AJK) Kariah Masjid di seluruh negeri menggunakan sistem pengundian dalam kertas undi ala pilihan raya.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Kassim berkata, kaedah pemilihan yang diperkenalkan itu adalah persetujuan bersama dengan pelbagai pihak termasuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAI), Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Menerusi perbincangan dan percambahan fikiran dengan pelbagai pihak, kerajaan telah bersetuju dan mahu kaedah pemilihan jawatankuasa kariah yang lebih telus, berbanding dengan tatacara pemilihan sedia ada,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya, kaedah pemilihan secara undi itu bertujuan untuk mengembalikan hak anak-anak kariah untuk mencalon dan memilih pemimpin kariah masing-masing kepada MAIPP.

Beliau berkata, satu tatacara pemilihan jawatankuasa kariah masjid bagi tempoh 2012-2013 bagi memberi panduan mengenai kaedah pemilihan dan borang pencalonan telah diedarkan kepada semua masjid dengan tarikh tutup pencalonan pukul 12 tengah hari, esok.

Sistem yang diperkenalkan oleh Kerajaan Pulau Pinang ini dilihat lebih demokratik berbanding dengan kebanyakan negeri yang dikuasai oleh BN yang menafikan hak anak kariah untuk menentukan siapakah yang selayaknya memegang amanah sebagai AJK Mesjid.

Keperluan PAS bertanding di kawasan campuran

4 Rejab 1432H. [MOD] -



MIRI, 6 Jun: PAS dan Pakatan Rakyat perlu mempertimbangkan agar parti Islam itu tidak hanya bertanding di kawasan majoriti Islam semata-mata tetapi juga di kawasan campuran.

Yang Dipertua PAS Kawasan Miri, Jofri Jaraiee berkata,  PAS sepatutnya diberi peluang bertanding dalam kawasan yang berbilang kaum dan jangan hanya bertumpu di kawasan Melayu Islam sahaja. 

"Rakan dalam Pakatan seharusnya sama-sama memberi sokongan dan kerjasama dalam usaha ini lebih-lebih lagi dalam negeri Sarawak yang masyarakatnya berbilang kaum. 

"Kita mahu membuktikan yang Pakatan Rakyat ini betul-betul Pakatan yang bukan perkauman dan ekstrimis seperti dakwaan BN," kata Jofri dalam satu kenyataannya.

Sebelum ini, PAS Miri dalam muktamarnya meluluskan usul agar Parlimen Miri, Sarawak ditandingi oleh PAS.

(Gambar fail: PAS Miri bersama-sama memberikan sokongan penuh kepada calon PKR Senadin dalam PRN Sarawak lalu)

Miri adalah kawasan yang paling kuat PAS di Sarawak setelah sekian lama bertapak di negeri itu.

Dalam pilihan raya negeri baru-baru ini, pada mulanya PAS diperuntukkan kerusi Dun Senadin, Miri namun ia berubah di saat akhir apabila pertukaran kerusi dibuat.

DAP telah menang dua kerusi di Parlimen Miri manakala PKR hanya kalah 57 undi di Dun Senadin.

Dalam pilihanraya umum 2008 PAS hanya bertanding satu kerusi iaitu Batang Lupar namun kalah.

Untuk pilihan raya umum akan datang, PAS Miri memohon supaya PAS bertanding di Parlimen itu.

Bagi Haji Jofri, PAS sepatutnya menggunakan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) sebagai jambatan atau perhubungan antara kaum. PAS juga perlu membuktikan bahawasanya PAS boleh diterima oleh semua golongan tanpa mengira kaum, agama dan juga fahaman politik

PAS boleh mengembangkan pengaruhnya ke semua kawasan bandar dan luar bandar sekiranya peluang yang ada digunakan sebaik mungkin seperti memberi penerangan kepada orang Islam dan bukan Islam tentang keadilan dan kebaikan dalam Islam yang mereka perolehi sekiranya diberi peluang memerintah Malaysia.

"PAS dan Pakatan Rakyat harus berhati-hati dengan propaganda Umno/BN, mereka berusaha untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat agar usaha kita untuk menawan Putrajaya akan menemui kegagalan," katanya.

Bagi beliau, Pakatan Rakyat harus belajar dari kesilapan dan kegagalan Pakatan Rakyat Sarawak semasa pilihanraya umum negeri Sarawak yang lalu dimana usaha BN berjaya menggagalkan usaha Pakatan menawan Sarawak dengan menghasut dan mengadu domba Pakatan Rakyat seperti kononnya salah sebuah parti dalam komponan Pakatan Rakyat ditaja oleh BN. 

"Apabila  sesetengah daripada kita terpengaruh dengan hasutan BN maka berlakulah perebutan kerusi dan akhirnya Pakatan Rakyat Sarawak gagal untuk menawan Sarawak disebabkan mendengar atau terpengaruh dengan hasutan dan propaganda BN.

"Sekarang mereka berusaha lagi untuk menghancurkan perpaduan Pakatan Rakyat dengan mengadu domba parti-parti dalam Pakatan," katanya.

Scorpene: Mahkamah Perancis temui bukti rasuah

4 Rejab 1432H. [MOD] -



KUALA LUMPUR, 6 Jun: Mahkamah Perancis menemui bukti kukuh bahawa syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membuat bayaran kepada syarikat Perimekar sebanyak RM493 juta, tetapi bayaran itu sebenarnya dilakukan oleh kerajaan Malaysia sendiri.

Penemuan itu ternyata bertentangan dengan kenyataan Kabinet Datuk Seri Najib yang sebelum ini mengklasifikasi bayaran itu sebagai koordinasi dan perkhidmatan sokongan serta Malaysia tidak terlibat dalam pembayaran berkenaan. 

Pengarah Urusetia Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gibrael berkata, dengan penemuan itu, dua lagi rasuah membabitkan pembelian kapal selam Scorpene terdedah hasil penyiasatan pihak berkuasa Perancis. 

Menurut beliau, pembongkaran itu pula berlaku ketika pendedahan 114 juta Euro bersama RM493 juta komisen kapal selam Scorpene belum dijawab oleh kerajaan Malaysia pimpinan Najib. 

Katanya, dua rasuah tersebut bernilai masing-masing RM30 juta dan RM2.5 juta dan ia terbongkar setelah pihak berkuasa Perancis menjalan penyiasatan sejak lebih enam bulan lalu. 

"Bayaran itu, didapati memang ada dibuat tetapi tidak tahu kepada siapa dan besar kemungkinan ia dibiayai kerajaan Malaysia," katanya ketika diminta mengulas perkara itu. 

Jika benar, menurut beliau, ini bermakna dalam pembelian peralatan itu (kapal selam Scorpene), kerajaan Malaysia membayar dua kali rasuah kepada pihak yang belum dinamakan lagi. 

Katanya, dokumen itu diperolehi selepas DNCS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia, diserbu pihak berkuasa melalui Akta Kebebasan Maklumat.

"Proses bayaran tidak dibuat secara terus, sebaliknya dilakukkan melalui sebuah syarikat iaitu Gifen yang berpangkalan di Malta. Tindakan itu dilakukan bagi mengelakkan kerajaan Perancis mengesan pembayaran itu," jelasnya.  

Sebelum ini, laman web Rue89 mendedahkan, sebanyak 114 juta Euro yang menjadi komisen dalam pembelian dua kapal selam Scorpene dibayar kerajaan Malaysia, bukannya Armaris, sebuah syarikat di Perancis. 

Baru-baru ini pula, Rue89 juga mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar kepada Perimekar RM493 juta, sebaliknya ia sebenarnya dibayar kerajaan Malaysia sendiri. 

Laporan itu dibuat berdasarkan perbicaraan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene yang sedang berjalan di Perancis sekarang. 

Perimekar adalah syarikat kepada rakan karib Najib, Abdul Razak Baginda, manakala pemegang saham majoriti syarikat itu pula ialah isteri Razak, Mazlinda. 

Razak Baginda terlepas dari sabitan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang menjadi perantara pihak Malaysia dan Perancis. 

Altantuya dikatakan datang ke Malaysia untuk menuntut bahagiannya dalam perniagaan antara Malaysia dan Perancis sebagai perantara kerana dia adalah penterjemah yang dijanjikan bayaran untuk khidmatnya itu. 

Sebaliknya, wanita warga Mongolia itu mati dibunuh dan badannya diletupkan dengan peledak C4 di Puncak Alam yang bukan sahaja menggemparkan seluruh negara, tetapi juga Perancis dan seluruh dunia. 

Razak dan dua anggota polis pengiring yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di pejabat Perdana Menteri didakwa tetapi mahkamah membebaskan rakan karib Najib itu.

Menurut Cynthia, kejadian tersebut tetap menjadi tanda tanya pelbagai pihak sejak mula tercetus sehingga sekarang, manakala kes itu juga masih terus dibicarakan di mahkamah Perancis hingga sekarang. 

Katanya, rakyat Malaysia yang turut mengikuti perbicaraan kes itu di Perancis menjadi bertamba hairan dengan penemuan demi penemuan membabitkan pembayaran-pembayaran yang dibuat oleh kerajaan Malaysia berhubung pembelian kapal selam itu, memandangkan ia dinafikan keras oleh Kabinet Najib sebelum ini.

Jaringan Postiga benam Norway

4 Rejab 1432H. [MOD] -



LISBON: Penyerang Portugal, Helder Postiga meledak gol awal pada babak kedua untuk menghadiahkan kemenangan 1-0 di gelanggang sendiri ke atas Norway semalam bagi membolehkan pasukannya menduduki tangga teratas Kumpulan H dalam saingan kelayakan Euro 2012 menerusi perbezaan gol.

Sepakan Postiga pada minit ke-53 selepas mendapat hantaran Nani membantu Portugal mengatasi Denmark yang menewaskan Iceland 2-0 dan Norway dengan ketiga-tiga pasukan teratas itu mengumpul 10 mata dalam lima perlawanan.

“Ia perlawanan yang bagus walaupun ia bukanlah yang terbaik. Kemenangan kami tidak boleh dipersoalkan,” kata jurulatih Portugal, Paulo Bento.

Norway melakukan dua percubaan dalam lima minit pertama namun Portugal kembali mengawal permainan dengan ancaman pertama dilancarkan Raul Meireles pada minit ke-7 sebelum Cristiano Ronaldo memaksa Rune Jarstein melayangkan badan menyelamatkan sepakan percumanya.

Pasukan Scandinavia selepas itu terus bergelut tapi masih berjaya melakukan percubaan ke pintu gol Portugal di minit ke-16 apabila Bjorn Riise membuka ruang untuk Erik Huseklepp melakukan rembatan bagaimanapun berjaya ditepis keluar Eduardo.

“Sejak permainan bermula, kami mahu mengawal permainan dan kami berjaya melakukannya walaupun kami gagal mengawasi serangan balas pantas pihak lawan,” kata Bento.

Dengan aksi lincah Ronaldo yang bergandingan bersama Fabio Coentrao di bahagian kiri, Portugal berjaya menguasai permainan namun serangan mereka selalu tersekat kerana penyerang, Postiga dikawal rapi dalam kotak penalti.

Postiga bagaimanapun berjaya mencari ruang untuk melepaskan rembatan sehingga menyebabkan Jarstein terpaksa bertindak pantas menyelamatkan keadaan sebelum permainan tamat manakala percubaan Nani selepas itu juga gagal.

Gandingan kedua-dua pemain itu akhirnya berhasil apabila Nani yang bertindak di bahagian sayap kanan membuat hantaran lintang untuk Postiga menolak masuk bola ke dalam gawang.

“Hantaran lintang rendah ke depan gawang adalah gerakan yang kami selalu lakukan ketika berlatih,” kata Postiga.

Umno tangguh pemilihan kerana takut pilihan raya

4 Rejab 1432H. [MOD] -



KUALA LUMPUR: Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata, berbeza dengan Umno, komponen  Pakatan Rakyat berani mengadakan pemilihan masing-masing meskipun waktu pilihan raya umum semakin hampir.

Ia katanya, berbeza dengan parti komponen dalam Barisan Nasional seperti Umno dan MCA yang terpaksa menangguhkan pemilihan parti  kerana bimbang berlaku perpecahan ketika Pilihan Raya Umum ke 13.

“Umno dan MCA tak berani, mereka tangguhkan pemilihan. Berbanding Pakatan Rakyat, mereka berani buat pemilihan meskipun tahu pilihan raya umum telah hampir.

“Ini menggambarkan komitmen Pakatan Rakyat untuk mengadakan pemilihan meskipun pilihan raya lebih awal, berbanding tradisi BN,” ujarnya.

Justeru, katanya seperti mana pemilihan KEADILAN pada 2010,  muktamar pemilihan Pas yang berlangsung baru-baru adalah petanda keberanian Pakatan Rakyat melaksana prinsip pemilihan berdasarkan amalan demokrasi.

Beliau juga menyatakan kehairanan kerana pemilihan Pas yang dijalankan dengan semangat setiakawan dan  tertib itu, tidak pernah mendapat liputan yang begitu meluas oleh media milik Umno-BN sebelum ini.

“Saya hairan, sejak bila media yang dikuasai mereka seperti Berita Harian, Utusan Malaysia, New Straits Times dan The Star memberi liputan terhadap muktamar?” soalnya.

Dalam pada itu, beliau turut diminta mengulas kritikan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengecam ucapan dasar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika muktamar berlangsung.

Dalam masa yang sama pula, Muhyiddin dilapor berkata Umno sentiasa membuka pintu perbincangan terhadap parti itu bagi menjalinkan hubungan kerjasama.

Menurut Aziz, kenyataan Muhyiddin sebenarnya menggambarkan keresahan pemimpin Umno-BN dengan barisan kabinet baru Pas yang dianggap sebagai ancaman kepada hegemoni mereka.

Tambahnya, rakyat tidak mungkin melupakan tohmahan yang dilemparkan Umno kepada Pas, termasuk melabel parti itu sebagai ‘Parti Ajaran Sesat’, bahkan sehingga ke peringkat menyamakannya dengan komunis.

“Apa yang dilakukan oleh Umno terhadap Pas sebenarnya lebih teruk. Siapa tidak lupa dengan peristiwa pembunuhan Samad Gul di Kelantan dan serangan di Lubuk Merbau?

“Apakah Umno lupa tentang peristiwa di Memali? Bagaimana dengan ratusan pemimpin dan aktivis Pas yang dipenjara dan ditahan di bawah ISA?’ soal beliau.

Keadilandaily

England nyaris aib

4 Rejab 1432H. [MOD] -



LONDON: England terpaksa bangkit untuk mencatat keputusan seri 2-2 menentang Switzerland dalam pusingan kelayakan Euro 2012 semalam selepas dua kesilapan yang dilakukan penjaga gol, Joe Hart hampir menyebabkan skuad kendalian Fabio Capello itu menanggung kekalahan.

Jaringan sepakan penalti Frank Lampard dan percubaan pada babak kedua pemain gantian, Ashley Young menyelamatkan maruah England selepas dua jaringan dalam tempoh tiga minit, pemain tengah Tranquillo Barnetta membolehkan pasukan bimbingan Ottmar Hitzfeld mendahului 2-0.

Namun ketika England boleh menarik nafas lega dengan keputusan seri untuk terus kekal mendahului Kumpulan G menerusi perbezaan gol selepas pencabar terdekat, Montenegro seri 1-1 dengan Bulgaria, Capello sebenarnya kurang senang dengan permainan buruk anak buahnya.

Dua kesilapan mudah oleh England memudahkan Switzerland mencipta gol dan walaupun pasukan tuan rumah mendominasi separuh masa kedua, barisan pemain Capello gagal mencari gol kemenangan selepas berjaya menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke-51.

Darren Bent yang memainkan peranan utama di bahagian serangan England apabila Wayne Rooney tidak dapat beraksi kerana digantung perlawanan seharusnya menyalahkan diri sendiri kerana gagal menyumbat gol dari jarak lapan kaki pada minit ke-71 untuk memberikan tiga mata penuh buat England.

Capello yang menggalakkan pemainnya supaya bercuti selepas tamat musim Liga Perdana dua minggu lalu gagal beraksi baik pada babak pertama seolah-olah mereka masih bersantai di pantai.

Bagaimanapun, Capello menegaskan kesemua pemain masih keletihan. “Perbezaan antara kedua-dua pasukan adalah kami kurang bertenaga,” katanya.

“Pemain Switzerland sungguh cergas. Bagaimanapun, kami menamatkan perlawanan ini dengan keputusan baik, pemain menunjukkan kebangkitan pada separuh masa kedua tapi seperti yang selalu terjadi, kami kurang bertenaga ketika ini.” Jurulatih Switzerland, Hitzfeld nyata berpuas hati dengan membawa pulang satu mata tapi mengakui kecewa apabila skuadnya gagal mempertahankan kelebihan dua gol yang dimiliki.

“Jika saya ditawarkan keputusan seri 2-2 di Wembley sebelum perlawanan saya akan menerimanya,” kata Hitzfeld. “ Tapi kami mahu menang. Pada 10 minit pertama kami memiliki banyak percubaan tepat berbanding perlawanan sebelum ini.” “Semestinya kami sedikit kecewa. Jika anda mendahului 2-0 di England , memang ada harapan untuk anda mempertahankannya. Tapi tiada alasan untuk saya menegur kesalahan pasukan. Mereka sudah melakukan segala yang termampu.” 

AFP

Najib bakal berbesan dengan pembesar Kazakhstan?

4 Rejab 1432H. [MOD] -



KUALA LUMPUR, 6 Jun: Apakah tujuan sebenar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri ke Kazakhstan, atas urusan rasmi negara atau untuk menguruskan perkahwinan anaknya, Nooryana Najwa?

Inilah persoalan yang ditimbul oleh ramai wartawan termasuk yang menyertai rombongan Najib ke Kazakhstan semalam ini.

(Gambar: Noryana Najwa bersama ibu dan bapanya ketika menerima ijazah dari Universiti Georgetown, Washington, Mei lalu)

Ini kerana, menurut laporan portal Eurasia, Najib bakal mendapat menantu anak seorang pembesar  Kazakhstan bernama Daniyar Nazarbayev.

Menurut laporan portal itu, anak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa telah ditawan hatinya oleh seorang bangsawan Kazakhstan ini.

Nooryana Najwa, 22, 22 Mei lalu menerima ijazah Bachelor of Science in Foreign Science dari Universiti Georgetown, Washington, selepas empat tahun belajar di School of Foreign Service, universiti berusia 222 tahun itu.

Nama akhir Daniyar iaitu Nazarbayev adalah sama dengan nama President Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev – namun, menurut laman portal Eurasia, mereka mungkin tidak mempunyai sebarang kaitan.

“Seorang jejaka dengan nama Daniyar dengan nama akhir yang pelik, dilihat tidak kurang kontroversinya daripada ibunya dalam hal perkahwinan. Terdapat khabar bahawa beliau telah menawan hati Nooryana Najwa, anak perempuan Perdana Menteri Malaysia, dan akan mengahwininya tidak lama lagi,” tulis Leonid Komarovskiy, seorang “wartawan” daripada New York di bawah artikel bertajuk “Borat is out of competition.”

Keseluruhan artikel Leonid menyentuh tentang latar belakang Daniyar, yang didakwanya mempunyai kehidupan yang serba mewah dan penuh kontroversi kerana nama akhir “Nazarbayev” yang diberi ibunya selepas penceraiannya dengan suami terdahulu D. Kesikbayev sebelum berkahwin dengan Bolat Nazarbayev, seorang ahli kerabat Presiden Kazakhtan.

“Pada Oktober 2006, New York Post telah melaporkan Daniyar Nazarbayer, yang dinamakan di dalam tulisan mereka sebagai ‘anak kepada President Nursultan Nazarbayev’, telah membeli beberapa apartment di 55 Wall Street.

Salah satu apartment dengan dua bilik bernilai $2.9 juta dan satu lagi dengan satu bilik bernilai $2.1 juta. Saya tak tahu ia benar ataupun khabar angin, tapi akhbar melaporkan bahawa ‘President Nazarbayev telah melawat rumah tersebut sendiri semasa menghadiri UN Summit (Persidangan PBB) dan memberikan kebenaran untuk pembelian tersebut. Ia nampaknya melibatkan banyak duit,” tulis Leonid lagi.

Dalam tulisannya lagi, Leonid kata Daniyar patut berterima kasih kepada emaknya Mayra Kurmangaliyeva untuk nama akhir beliau dan segala transformasi yang berlaku kerana nama akhir tersebut.

“Beliaulah yang dapat menawan Bolat Nazarbayev ke jaringannya – satu saudara tulen (ada yang mengatakan ialah adik-beradik) kepada President Kazakh – dan berkahwin dengannya, supaya dapat cepat-cepat melupakan suami dulu D. Kesikbayev, yang nama akhirnya dimiliki Daniyat sebelum menerima surat lahirnya yang kedua dengan nama akhir Nazarbayev,” dakwa Leniod lagi.

Disebabkan itu, Leonid dalam tulisannya turut menyuruh Najib untuk berhati-hati dan menyiasat latar belakang Daniyar sebelum apa-apa berlaku.

“Mengapa tidak (untuk berkahwin dengan Daniyar)? Seorang jejaka terkenal, penuh adunan dan dengan nama akhirnya yang cukup menawan… tapi, jika saya ialah bapa Malaysia, saya akan semak dulu takut-takut: adakah Daniyar sudah berkahwin semasa zaman muda? Buah epal adalah dari pokok epal, seperti yang kita tahu… dan Alma-Ata (ibu kota Kazakhstan) ialah bandar buah epal dan pokok epal,” nasihat Leonid.

Najib kini dalam lawatan ke Kazakhstan yang dikatakan untuk  lawatan rasmi selama dua hari ke negara bekas Soviet Union itu. 

Lawatan rasmi pertama Najib ke Kazakhstan selepas menjadi Perdana Menteri ini adalah antara lain bagi memenuhi jemputan Presiden Nursultan Nazarbayev.

Ketika lawatan itu, Najib dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Nazarbayev dan mengadakan rundingan dua hala dengan rakan sejawatannya, Karim Massimov. 

Lawatan rasmi Najib ke Kazakhstan dan penyertaan beliau dalam WIEF ke-7 akan mengukuhkan hubungan politik yang akrab selain merintis laluan ke arah kerjasama lebih erat antara Malaysia dan Kazakhstan demi manfaat bersama. 

Jika benar laporan Eurasia, tahniah diucapkan kepada keluarga Perdana Menteri atas berita gembira perkahwinan anaknya. 
Sekiranya ini betul berlaku, sudah tentu pilihanraya umum ke 13 tidak akan diadakan dalam masa terdekat. 

'Majlis fatwa mesti bincang tugu 1M'sia'

4 Rejab 1432H. [MOD] -



Pemimpin PAS menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) mengkaji secara terperinci keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis yang menegah pembinaan tugu 1Malaysia baru-baru ini.

Jawatankuasa itu membuat keputusan itu antaranya kerana khuatir ia boleh menjurus kepada pemujaan al-Ansab (berhala).

Ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Mujahid Yusuf (kanan) berpendapat pembinaan tugu 1Malaysia dibimbangi menjadi 'objek penyembahan' seperti yang berlaku pada Tugu Negara.

"Malah saya lihat ia lebih kepada pembaziran dan melupakan kepentingan-kepentingan rakyat," katanya ketika ditemui Malaysiakini di Muktamar PAS di Gombak baru-baru ini.

Dr Mujahid berkata, sebelum ini PAS ada membuat ketetapan dengan tidak bersetuju dengan tindakan bertafakur depan Tugu Negara.

"Menggunakan kaedah Saddul Zarai', iaitu menyekat daripada berlaku perkara yang lebih besar, maka (mungkin) ia menjadi asas fatwa (jawatankuasa fatwa Perlis), takut menjadi objek penyembahan," katanya.

Dr Mujahid bagaimanapun masih belum lagi melihat asas-asas perincian berhubung keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa fatwa negeri Perlis.

Sementara itu, ketua penerangan PAS Idris Ahmad dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu turut bersetuju agar keputusan fatwa negeri Perlis itu dibincangkan MFK secara terperinci.

Bagaimanapun kedua-dua pemimpin itu - yang ditemui selepas membuat pemilihan di Muktamar PAS - enggan mengulas lanjut berhubung fatwa tersebut.

Sebaliknya mereka meminta perkara itu dirujuk kepada tokoh ulama atau anggota Dewan Ulama yang lebih dianggap lebih layak memberikan pendapat berhubung perkara itu.

Nazri meracau dan kebingungan seperti baru bangun tidur

4 Rejab 1432H. [MOD] -

KENYATAAN MEDIA
Pejabat ADUN Titi Serong.

Saya sangat terkejut dengan kenyataan terbaru dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menuduh PAS dan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai oportunis dengan cuba meletakkan dirinya sebagai pengganti kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bakal perdana menteri.

Kenyataan tersbut bagi saya menggambarkan beliau sudah tidak ada modal untuk berkata-kata untuk mengulas tentang Mumtamar PAS yang baru berlangsung sehingga membuat andaian yang bukan-bukan seperti meracau dan kebingungan seperti baru bangun tidur. Apa lagi jauh jauh terpesong dari realiti yang sebenarnya.

Saya lihat Nazri berniat jahat dan cuba memecah belahkan ikatan yang teguh dalam Pakatan Rakyat dengan mengandaikan keputusan pemilihan PAS Sabtu lalu merupakan petanda bahawa pemimpin PAS terutama Hadi, sedar bahawa mereka perlu berusaha menguasai Pakatan Rakyat.

Kenyataan Nazri ini saya lihat tidak lebih dari rasa kebimbangan kepada lonjakan penerimaan kepada PAS selepas PAS berjaya melalui Muktamar ke 57 dengan melantik pimpinan barunya bagi sesi 2011-2013 tanpa ada apa-apa unsur perpecahan dan pertelingkahan dalaman walaupun banyak jawatan yang dipertandingkan.

Nasihat saya supaya Nazri lebih baik diam dari bercakap banyak mengenai PAS, kerana lebih baik dia membuat andaian mengenai masa depan partinya sendiri yang berada dalam keadaan lemah dan bermasalah.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
PARIT BUNTAR,6 Jun 2011.

Brazil mampu seri

4 Rejab 1432H. [MOD] -



GOIANIA,Brazil: Brazil, tuan rumah edisi Piala Dunia 2014, terikat tanpa jaringan dengan Belanda dalam perlawanan persahabatan kelmarin, hasil kehebatan penjaga gol masing-masing.

Pertembungan pertama kedua-dua pasukan sejak Belanda menewaskan Brazil 2-1 di perlawanan suku akhir Piala Dunia tahun lalu, bertukar menjadi buruk menjelang akhir perlawanan apabila pemain tengah Brazil, Ramires dibuang padang pada minit ke-79 hasil layangan kad kuning kedua kerana menjatuhkan Arjen Robben. 

Brazil yang mempertaruhkan aksi tiga penyerang mereka iaitu Neymar, Robinho (gambar) dan Fred, kelihatan lebih bertenaga pada separuh masa kedua tetapi gagal merobek gawang yang dijaga rapi penjaga gol baru Belanda, Tim Krul biarpun mencipta banyak peluang.

Fred, yang mensia-siakan kebanyakan peluang itu termasuk menyempurnakan hantaran cantik Neymar dari kiri gawang pada minit ke-57, diejek penonton mereka sendiri keluar dari stadium Serra Dorada apabila digantikan pemain berusia 21 tahun, Leandro Damiao. Belanda yang kehilangan pemain tengah Inter Milan, Wesley Sneijder yang menjaringkan kedua-dua gol pada edisi 2010 akibat kecederaan, mempunyai dua peluang terbaik pada separuh masa pertama menerusi dua percubaan penyerang, Ibrahim Affelay yang berjaya diselamatkan penjaga gol Brazil, Julio Cesar.

“Kami berdepan kesukaran pada separuh mas pertama, gagal mengawal Affelay dengan baik tetapi gawang Belanda dua kali diselamatkan Julio dengan cemerlang,” kata jurulatih Brazil, Mano Menezes.

Penyokong mengejek pasukan itu sebaik meninggalkan padang pada akhir babak pertama tetapi dua percubaan Neymar dalam tempoh kurang lima minit selepas separuh masa kedua, berjaya memenangi kembali hati mereka biarpun tetap menerima kejian pada akhir perlawanan.

Reuters

Subsidi: Najib mesti jawab pendedahan Ani Arope

4 Rejab 1432H. [MOD] -



KUALA LUMPUR, 6 Jun: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak harus menjawab pendedahan yang dibuat oleh mantan Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Tan Sri Ani Arope bahawa Unit Perancangan Ekonomi (EPU) bertanggungjawab terhadap skandal subsidi minyak yang menyebabkan rakyat Malaysia menanggung kos berjumlah RM131.3 bilion pada tahun 2010.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Ani yang memilih untuk melepaskan jawatan beliau daripada menandatangani perjanjian berat sebelah, yang melihat penciptaan generasi pertama IPP, seperti YTL Power Services, Powertek dan Malakoff semasa pentadbiran Mahathir.

Katanya, EPU telah memaksa Tenaga untuk membeli kuasa daripada pengeluar bebas elektrik (independent power producer –IPP), yakni Genting Sanyen, sebanyak 14sen/kWh walaupun terdapat penawaran sebanyak 12sen/kWh; dan IPP mengenakan bayaran sebanyak 16 sen/kWh.

Tambahnya, Ani dalam pada itu, turut menggelar EPU sebagai ‘Economic Plundering Unit’ dengan menaikkan tarif elektrik sewenangnya, menyatakan bahawa agensi janakuasa tersebut telah memaksa syarikat janakuasa nasional untuk menandatangani perjanjian pembelian berat sebelah hampir 20 tahun yang lalu di mana Tenaga mesti membeli tenaga yang tidak diperlukan.

“Hal ini menyebabkan Malaysia mengalami margin simpanan elektrik yang tertinggi di dunia iaitu 52.6% pada tahun 2010,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya, sehingga akhir tahun 2010, Petronas telah menjengkalkan subsidi gas asli terhadap sektor janakuasa dan sektor bukan janakuasa sebanyak RM131.3 bilion.

Beliau berkata, sekiranya harga gas asli tidak berubah (dalam sektor janakuasa pada RM10.70/MMBTU; sektor bukan janakuasa pada RM15.35/MMBTU), sejumlah RM27 billion terpaksa ditanggung pada 2011.

Tambahnya lagi, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah dibenarkan untuk menaikkan 7% kenaikan kerana Tenaga perlu membayar lebih untuk harga gas asli yang naik sebanyak RM3 se MMBTU, di mana ianya akan mengurangkan kos subsidi kepada RM25.64 bilion daripada RM27.22 bilion.

“Jelas sekali, tiada justifikasi untuk Putrajaya menaikkan tarif elektrik sebanyak 7% apabila kajian semula syarat asal IPP adalah memadai daripada pemotongan nilai subsidi tersebut,” katanya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Katanya lagi, ‘Federation of Malaysian Manufacturers’ (FMM) telah menyatakan bahawa harga dalam sektor janakuasa Malaysia belum menjadi lebih kompetitif, walaupun bayaran untuk gas asli adalah lebih murah (RM13.70/mmBtu) berbanding Thailand (RM18.23), Singapura (RM43.32) dan Indonesia (RM21.04). Kos elektrik di Malaysia berikutan kenaikan kadar adalah menghampiri kadar di Thailand.

“Sekiranya kita membandingkan kadar tenaga elektrik di Thailand yang berkategori tenaga bervoltan rendah, sederhana dan tinggi, kadar tarif Malaysia antara kategori tersebut adalah lebih tinggi,” katanya.

 Justeru, ujarnya Perdana Menteri harus menjawab kepada rakyat Malaysia kenapa rakyat harus ‘membayar’ bagi kesilapan atau perjanjian yang tidak seimbang oleh EPU yang bertentangan dengan kepentingan nasional kerana ia hanya menguntungkan beberapa IPP dengan mengorbankan kepentingan 27 juta rakyat Malaysia.

Ibu sakit, anak mati dibunuh

4 Rejab 1432H. [MOD] -



NILAI: Ibu bertarung nyawa di hospital dan anak mati dibunuh. Itulah tragedi berdarah yang menimpa seorang pekerja restoran makanan segera apabila ditemui mati dengan kesan tetak di Flat Cempaka Puri, semalam.

Lebih menyedihkan, mukanya turut ditekup bantal tidur sebelum ditinggalkan pembunuh terbabit yang kemudian melarikan komputer riba dan telefon bimbit milik mangsa. 

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, mangsa, Azizul Ali, 29, ditemui terlentang di dalam bilik tidurnya dengan kesan kecederaan teruk di kepala dipercayai ditetak. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Mohd Yusoff Awang, berkata teman serumah mangsa berusia 20-an yang kebetulan baru menamatkan syif kerja menemui mayat mangsa di atas tilam di rumah flat tiga tingkat itu.

“Teman serumah mangsa yang kebetulan mahu mencari komputer ribanya di bilik mangsa terkejut apabila melihat mayat berlumuran darah dengan kesan kecederaan di kepala,” katanya di sini, semalam.

Muslimat PAS seiring Ulamak, Pemuda

4 Rejab 1432H. [MOD] -



KUALA LUMPUR, 6 Jun: Kepimpinan tertinggi Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) yang baru sepakat untuk memacu dewan itu ke arah kecemerlangan seiring dengan Dewan Ulamak dan Pemuda.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, ianya sekaligus merealisasikan hasrat perwakilan yang mahukan DMPP lebih bersifat nasional.

"Perwakilan ingin membuat perubahan ke arah memacu Dewan Muslimat yang lebih cemerlang dan saya lihat bagaimana kematangan muslimat dalam membahaskan usul-usul yang dikemukakan.

"Kita lihat bagaimana gagasan muslimat mengharapkan kepimpinan yang lebih mantap untuk menerajui Dewan Muslimat," kata beliau.

Beliau bagaimanapun menganggap pertukaran pucuk pimpinan itu hanyalah sebagai "giliran tugas antara adik-beradik" dan perlu mengutamakan agenda memperkasa DMPP.

"Dengan pertukaran ini saya anggap tidak ada kalah dan menang sebab saya menyayangi Ustazah Nuridah seperti sahabat dan kakak kandung saya sendiri dan tidak ada pertelingkahan hati di antara kami.

"Kami hanya bergilir melaksanakan tugas, ibarat pemandu kereta yang bergilir-gilir memandu. Kalah dan menang bukan menjadi keutamaan tapi yang penting kita nak membina Dewan Muslimat yang lebih baik," katanya.

Saling melengkapi

Sementara itu, timbalan ketua, Dr. Siti Mariah Mahmud  mahu DMPP menjadi gagasan yang bukan hanya membuat perubahan di peringkat dalaman parti tetapi turut mendapat tempat di hati wanita di luar parti.

"Kita tampung menampung di antara satu sama lain kerana tak ada seorang pun yang lengkap dan sempurna.

"Apa yang penting Dewan Muslimat perlu diupayakan supaya menjadi dewan yang boleh kita banggakan, ada autonomi, berdikari dan boleh dihormati oleh wanita lain dan boleh membawa sesuatu yang baru ke dalam masyarakat," katanya yang juga Ahli Parlimen Kota Raja.

Ditanya mengenai persediaan DMPP untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13, beliau yakin DMPP mampu membuat persediaan yang lebih mantap jika  jika ianya berlangsung agak lambat.

"Kalau PRU bulan Julai tak banyak benda yang kami boleh buat tapi kalau lambat sikit kami boleh buat persediaan yang lebih mantap," katanya.

Pasukan asal, cuma bertukar jawatan

Naib ketua Senator Mumtaz Md Nawi pula berkata, beliau tidak merasakan perbezaan ketara dengan perubahan dalam DMPP itu kerana ianya masih disertai individu lama, cuma bertukar jawatan.

Beliau yang mengekalkan jawatan itu juga menambah, mereka diberi amanah untuk meneruskan gagasan terdahulu yang semakin menunjukkan kejayaan.

"Pertukaran kepimpinan peringkat atas, ada apa-apa masalah cuma meneruskan lagi kepimpinan yang sedia ada kerana semua yang menang pun daripada ahli jawatankuasa dulu.

"Pasukan lama dan baru adalah gabung jalin yang mantap dan kita lihat daripada keputusan yang dibuat muslimat menggambarkan keseriusan mereka untuk pastikan gerak kerja yang sebelum ini bersifat diterjemahkan ke bentuk praktikal.

"Banyak gagasan yang telah dimulakan kepimpinan dahulu telah menampakkan kejayaan sedikit demi sedikit," katanya.

Ujarnya juga, ahli jawatankuasa yang dipilih juga merupakan individu yang cemerlang di peringkat negeri dalam pelbagai aspek.

"Mereka yang dipilih ini adalah orang yang sangat berpengalaman  di negeri masing.

"Mereka telah terbukti dapat bercakap dan menyuarakan isu-isu dengan lantang.

"Jadi saya rasa ini satu barisan kepimpinan untuk menghadapi PRU 13," katanya.

12 AJK yang dipilih perwakilan pada muktamar DMPP kali ke-51 ialah Aiman Athirah Al-Jundi, Dr. Halimah Ali, Dr Asiah Ali, Aida@Nurul Huda Yusuf Rawa, Wan Ubaidah Omar, Kartini Ahmad, Mastura Mohamad, Normala Sudirman, Azizah Khatib Mat, Rosni Adam, Dr. Najihatussolehan Ahmad dan  Siti Aisyah Ghazali.

3 bantahan asas Perbadanan Kampung Baru

4 Rejab 1432H. [MOD] -



KUALA LUMPUR, 6 Jun: Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (gambar) berkata, ada tiga bantahan asas tentang Pindaan Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PPKB) yang akan dibentang di Parlimen untuk bacaan kedua dan ketiga kali ini.

Katanya, kebanyakan bantahan yang dikemukakan pemilik dan pewaris telah diambil kira dan telah ditambahbaikkan melalui pindaan yang dibuat.

Jelasnya, tiga bantahan asas iaitu pemansuhan MAS dalam Seksyen 57 telah dipotong dalam pindaan itu, kekebalan PPKB dari segi perudangan dalam Seksyen 51 telah dipinda kepada tertakluk pada undang-undang sedia ada dan (principal of natural justice) nasihat Badan Penasihat telah diambil kira dan perkataan "tidak mengikat" telah dipotong.

Katanya, berikut beberapa perkara yang perlu perhatian dan pertimbangan dalam pindaan tersebut antaranya, Seksyen 15 (2)(h) yang berkaitan pengambilan tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah, telah dimansuhkan sepenuhnya.

“Makin kabur kaedah pelaksanaannya sebab bercanggah dengan apa yang dibentangkan oleh RNC di Dewan Rakyat dulu,” katanya.

Soalnya, kata beliau bagaimana mekanisma pengekalan hartanah.

“Adakah satu Badan Amanah akan dibentuk? Adakah MAS akan memainkan peranan sebagai 'penjaga' kepada hartanah?

“Jika ada pemilik yang hendak menjual hartanah mereka apa bentuk pampasan, jumlahnya dan apakah kerajaan akan ikut nilai semasa atau nilai kerajaan?

“Bagaimana kalau penduduk tidak berpuas hati, adakah boleh dicabar di mahkamah atau ada proses timbang tara (arbitartor)?” soalnya lagi.

Beliau turut mempersoalkan bagaimana dengan proses pemindahan penduduk atau penempatan sementara jika tanah mereka diserahkan, yang masih kabur.

Lo’ Lo’ turut menyentuh mengenai mekanisme perlantikan ahli-ahli Badan Penasihat.

”Apakah peranan Wakil Rakyat, bolehkah dijadikan Ahli Perbadanan dalam maksud Seksyen 5(1) (h) itu atau setidak-tidaknya sebagai Ahli Badan Penasihat?

Katanya, kuasa masih mutlak kepada seorang manusia iaitu Menteri Wilayah.

Soalnya lagi, apakah kedudukan MAS yang tidak jadi dimansuhkan itu lebih tinggi dari Badan Penasihat atau selevel?

“Apakah MAS boleh overule mana-mana keputusan menteri yg tidak adil kepada penduduk Kampng Baru?

“Apakah keputusan MAS akan diberi keutamaan atau sama saja seperti Badan Penasihat, akan dikaji dan diteliti?

“Kita ke arah nak upgradekan MAS ni yang dah bersama sejak Kampng Baru ditubuhkan kerana menteri dan Kerajaan boleh bertukar ganti.

Baginya, perjumpaan yang bermula 3 Jun lepas, majlis penerangan itu adalah kosmetik kerana rang undang-undang sudah masuk ke Dewan Rakyat, melainkan rang undang-undang sedia ada ditarik semua sekali dan dibentangkan yang baru dengan pindaan  kepada penduduk terlebih dahulu sebelum dibentang di Parlimen.

Menurtnya, mana mungkin sempat berbuat apa-apa pindaan terhadap rang undang-undang RUU persidangan parlimen mula 6 Jun.

Katanya, pindaan mesti melalui pejabat Peguam Negara sedangkan majlis penerangan beberapa hari sebelum sesi parlimen bermula.

“Saya tak fikir akan dibuat lagi pindaan meskipun pemilik dan pewaris membantah.

“Apakah kriteria Timbalan Pengerusi yang sebenar, selain dari mesti penduduk Kampung Baru.

“Kita bimbang jawatan ini diwujudkan semata-mata atas faktor politik Umno sahaja,” katanya.

H/daily

Drebar teksi mengadu disamun wanita

4 Rejab 1432H. [MOD] -


Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang wanita dikatakan mampu memukau beberapa pemandu teksi di ibu kota dengan hanya menggunakan semburan minyak wangi sebelum menyamun mereka.

Wanita berusia awal 30-an itu dikatakan menahan mana-mana teksi dan meminta pemandu berhenti di kawasan sunyi sebelum menyembur minyak wangi sehingga mangsa tidak sedar apa yang berlaku.

Seorang pemandu teksi, Abdullah Talib, 46, berkata, dia kehilangan beberapa barangan berharga termasuk wang tunai dan telefon bimbit selepas disamun wanita terbabit.

“Teksi saya ditahan seorang wanita waktu malam dan tiba-tiba dia meminta saya memberhentikan kereta di kawasan sunyi berhampiran stesen LRT Sentul sebelum menyembur minyak wangi.

“Saya tidak ingat apa yang berlaku tetapi sebaik tersedar, saya dapati semua wang termasuk dompet dan telefon bimbit hilang, malah selepas itu saya turut mendapat maklumat beberapa rakan turut disamun dengan taktik yang sama di lokasi berlainan,” katanya yang ditemui di Kampung Baru di sini, semalam.

Abdullah bersama beberapa pemandu teksi lain sebelum itu mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membincangkan pelbagai masalah yang membelenggu mereka.

Selain kisah dipukau dan disamun, pelbagai masalah lain diajukan kepada Muhyiddin termasuk terdapat beberapa lokasi di ibu negara yang dikawal kumpulan teksi tertentu sehingga menyukarkan pemandu teksi lain mencari rezeki di situ.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengusaha Teksi dan Kereta Sewa Wilayah Persekutuan, Selangor (Perpekli), Datuk Aslah Abdullah berkata, dalam pertemuan itu, Timbalan Perdana Menteri menasihatkan supaya semua persatuan pemandu teksi duduk semeja dan membincangkan isu dihadapi termasuk kepentingannya kepada orang awam atau penumpang.

“Timbalan Perdana Menteri menasihatkan kami supaya mengemukakan memorandum yang mengandungi semua masalah kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad) bagi mencari jalan penyelesaian terbaik dan perkara ini yang akan kami lakukan,” katanya.

Negara Berkebajikan bukan agenda baru PAS

4 Rejab 1432H. [MOD] -



Nampak sangat masih ramai yang tidak faham konsep Negara Islam. Justeru, tidak pelik mengapa setiap kali kalimah itu disebut, dapat kita dengar dan baca komen dan reaksi negatif serta tidak munasabah dari khalayak umum. 
  
Amat mendukacitakan apabila tanggapan serong terhadap Negara Islam bukan hanya datang daripada orang bukan Islam. Ia bahkan turut terpacul dari mulut orang-orang Islam sendiri. 
  
Oleh kerana pihak paling akrab kepada kalimah itu ialah PAS, maka pihak paling gemar mempertikai dan mempersendakan konsep Negara Islam setiap kali ia dibual bicarakan ialah para pemimpin dan penjuak Umno. 
  
Mereka terlalu angkuh di tampuk kuasa sehingga sanggup menganggap konsep pemerintahan berteraskan agama suci murni itu suatu ancaman kepada hegemoni kuasa Barisan Nasional (BN). 
  
Sentimen politik kepartian yang terlalu menebal di kalangan mereka pula menjadi tembok penghalang untuk mereka sekurang-kurangnya membuka sedikit minda dan memberi ruang untuk penjelasan pihak lain mengenai kewajaran menjadikan hukum dan peraturan Tuhan sebagai dasar pemerintahan. 
  
Mereka terlalu angkuh untuk memahami susur galur perjuangan PAS, jauh sekali untuk diharapkan menghayati bual bicara para pemimpin parti Islam ini sejak sekian lama. 
  
Sebab itu apabila Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memilih ungkapan ‘Membangun Negara Berkebajikan’ sebagai tema ucapan dasarnya tahun ini, banyak pihak yang seakan hilang punca lalu mengulasnya secara sembrono dan tidak ketahuan hala. 
  
Mereka seolah-olah baru pertama kali mendengar ungkapan tersebut dari mulut para pemimpin PAS. Justeru ada yang secara boros terus menyimpulkan kononnya PAS telah berubah haluan perjuangan. 
  
PAS dikatakan tidak lagi berhasrat menubuhkan Negara Islam, sebaliknya menukar matlamat perjuangannya kepada sebuah Negara Berkebajikan pula. 
  
“Saya melihat penolakan konsep Negara Islam satu isyarat jelas kepada rakyat bahawa PAS sanggup menggadai prinsip demi meraih kemenangan politik,” ujar Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. 
  
PAS dikatakan sudah lari dari prinsip perjuangan asal dan dikatakan hilang pedoman. Bahkan ada yang menuduh PAS menjual agama semata-mata kerana mahu mendapatkan pengaruh dan kuasa. 
  
“PAS sudah terpengaruh dengan DAP menyebabkan mereka sanggup menjual agama demi mencapai matlamat untuk mendapatkan pengaruh dan kuasa, dan kalau soal Negara Kebajikan, BN sudah lama buat,” ulas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. 
  
Ketua Menteri Melaka itu memang terkenal dengan sifat suka ‘cakap lepas’. Sepertimana para pemimpin Umno lain, beliau juga ada tabiat suka membuat kenyataan secara boros, sembrono dan tanpa usul periksa. Sebab itu kekadang ada kenyataannya yang kedengaran lebih dungu daripada pelajar sekolah! 
  
Para pemimpin dan penjuak Umno bukan faham sangat pun apa itu Negara Islam. Mereka malah tidak pun sempat meneliti konsep Negara Berkebajikan dibentangkan Presiden PAS itu, tetapi tetap mahu mengulas berdasarkan kejahilan mereka. 
  
Sebab itu tidak menghairankan sekiranya pemimpin Umno menyifatkan tindakan PAS mengutarakan matlamat ‘Membangun Negara Berkebajikan’ itu sebagai menggugurkan misi perjuangan menubuhkan Negara Islam. 
  
Mereka memang tidak faham dan bercakap semata-mata atas serakah dan sentimen politik yang sempit. Lalu ada yang kata PAS berbuat demikian kerana takut hilang sokongan rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat. 
  
“Abdul Hadi tidak sebut soal Negara Islam kerana takut kepada pemimpin DAP, Karpal Singh dan Lim Kit Siang. Presiden PAS lebih nak jaga hati DAP. Ini satu tragedi dalam sejarah di mana PAS kini tersungkur dan menyembah DAP,” itu pula ulasan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali. 
  
Kesemua kenyataan pemimpin Umno dan polemik Negara Berkebajikan yang sengaja cuba dibentuk media arus perdana talibarut BN adalah berbekalkan fahaman yang cetek terhadap konsep Negara Islam. 
  
Di sana turut terserlah kedangkalan mereka mengenai titih baris perjuangan PAS. Konsep itu sebenarnya sudah bersebati di kalangan pendokong parti ini sejak sekian lama. Ia bukan ungkapan baru dicipta, jauh sekali untuk dikatakan ekoran mahu menyesuaikan diri dengan kehendak rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, khususnya DAP. 
  
Sesiapa yang benar-benar ikhlas mahu mengesahkan hakikat itu sebenarnya tidak perlu memusatkan sebegitu banyak pengkajian. Cukup sudah sedikit usaha meneliti kembali beberapa Ucapan Dasar Presiden PAS sebelum ini. Di sana sebenarnya sudah terakam sebagai bukti bertulis betapa konsep Negara Berkebajikan sudah pun menjadi bahan bual bicara pemimpin dan pendokong PAS sejak dulu. 
  
Ia dijadikan dua subtopik di dalam ucapan Tuan Guru Abdul Hadi pada 2007 bertemakan “Selamatkan Demokrasi, Tegakkan Keadilan’. Konsep Negara Berkebajikan dilontarkan sebagai penyelesaian kepada peningkatan bebanan hidup rakyat dan kebobrokan pemerintahan yang ada. 
  
Tuan Guru Presiden juga mengungkap kejayaan pemerintahan PAS di Kelantan dan sepenggal di Terengganu sebagai contoh apa yang telah mampu dilakukan parti ini dalam merealisasikan konsep Negara Berkebajikan, “mengikut bidang kuasa kerajaan negeri yang terhad”. 
  
Perlu diingat bahawa pada tahun itu belum ada gagasan Pakatan Rakyat. PAS belum bersatu secara rasmi atau terikat dengan dua lagi parti, KeADILan dan DAP. Justeru, mana mungkin untuk dikatakan kemunculan konsep ‘Negara Berkebajikan’ adalah kerana meraikan pendirian dua parti rakan itu? 
  
Pembuktian konsep itu secara amali disebut sekali lagi dalam ucapan dasar bertajuk ‘PAS Untuk Semua’ pada 2008. 
  
“Walau pun menerima tekanan yang sedemikian, sehingga kini kerajaan negeri Pakatan Rakyat telah dapat menunaikan sebahagian besar janji-janji pilihan raya yang bertemakan ‘Negeri Berkebajikan’ seperti pelaksanaan takaful kafalah di Kelantan, pembekalan air percuma di Selangor, penyerahan hak milik tanah di Perak dan cukai tanah di Kedah yang dikurangkan,” baca ucapan itu. 
  
Soalnya, apakah Negara Berkebajikan ini suatu konsep amat berbeza dengan gagasan Negara Islam? Itulah yang menuntut pemahaman yang betul dari kita semua, khususnya mereka yang gemar mempersoalkan apa juga yang dilontarkan PAS. 
  
Sebetulnya, dua konsep ini perkara sama. Mungkin lebih tepat dikatakan bahawa Negara Berkebajikan merupakan salah satu ciri atau sifat kepada Negara Islam. Bukankah ia telah diperjelaskan para pemimpin PAS sebelum ini? 
  
Rasanya ia antara perkara termuat di dalam Memorandum Negara Islam yang pernah dikemukakan parti sedekad lalu. Almarhum Datuk Fadzil Mohd Noor merakamkan perkara ini dalam ucapan dasarnya bertajuk ‘Memantap Iltizam, Menyemarakkan Kebangkitan’ pada 2002. 
  
Beliau memperincikan tujuh perkara yang disifatkannya sebagai teras utama sebuah Negara Islam. Salah satu teras itu ialah Negara Berkebajikan yang jenuh diperkatakan kini. 
  
“Pemerintahan Islam pada sifat penghayatannya menekankan aspek khidmat dan kebajikan sehingga apa yang dikatakan dengan pemerintahan Islam adalah ketika lahir di sana sebuah Negara Berkebajikan. 
  
“Pada sudut ‘worldview’ dan falsafahnya, penghayatan pemerintahan Islam itu adalah bertujuan untuk memakmurkan atau mengisti’markan mukabumi ini dengan kebajikan dan makruf serta mengelakkan kerosakan, pembaziran dan kemusnahan terhadap seluruh makhluk di atas mukabumi ini termasuk alam sekitar,” ucapan Almarhum dipetik. 
  
Nah! Bukankah sudah terang lagi bersuluh bahawa apa yang sengaja cuba dipertikaikan sesetengah pihak kini sebenarnya sudah lama diperkatakan PAS? 
  
Ia bukan suatu kompromi atau tindakan mengalah yang boleh disifatkan merugikan perjuangan PAS. Jauh sekali untuk dikatakan PAS telah menggadai prinsip perjuangan, semata-mata kerana tidak menyebutnya sebagai Negara Islam. 
  
Ia sebenarnya suatu kebijaksanaan yang menyerlahkan sifat keanjalan dan kesyumulan Islam yang mampu disesuaikan dengan perkembangan dunia. Konsep Negara Berkebajikan didokong Pakatan Rakyat. 
  
Ia menjadi sebahagian perkara disebut di dalam Buku Jingga yang merupakan dokumen dipersetujui bersama parti-parti pakatan pembangkang, termasuk KeADILan dan DAP. Ertinya, agenda PAS sudah disesuaikan dalam bentuk yang dapat diterima rakan-rakan tanpa ragu dan pertikaian lagi. Bukankah itu suatu keuntungan kepada perjuangan Islam? 
  
“Kita mulakan dengan perlaksanaan Negara Berkebajikan. Ia ada dalam Islam dan al-Quran. Dalam al-Quran tidak sebut Negara Islam, ia sebut Negara Berkebajikan,” kata Tuan Guru Abdul Hadi dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan dasarnya, Jumaat lalu.

Umno Perak bimbang gelombang PAS Ganti Umno

4 Rejab 1432H. [MOD] -



IPOH, 6 Jun: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) menganggap program ‘PAS Ganti Umno’ menakutkan  dan menggentarkan Umno Barisan Nasional negeri.

Sehubungan itu, setiausahanya, Salman Saleh merakamkan ucapan tahniah kepada penganjuran program besar PAS negeri yang bertemakan ‘PAS ganti Umno’ di dua lokasi yang terlibat  iaitu Zon Utara di Padang Rengas pada 15 Mei yang lalu dan pada 29 Mei, Zon Selatan di Pasir Salak di dalam usaha mengumpulkan seluruh petugas parti bagi tujuan persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Katanya, program itu membina semangat dan kekuatan baru untuk PAS Perak bagi persediaan petugas jentera pilihanraya parti yang memastikan untuk menumbangkan Umno BN nanti.

“Kami amat yakin program ini memberikan tamparan hebat buat Umno BN Perak yang masih bergelut dengan krisis dalaman mereka.

 “Keduanya bagi kami, Umno BN tidak akan duduk diam dengan hanya melihat kejayaan program ini oleh PAS Perak dan yakin akan ada usaha-usaha bagi memburukan keadaan tersebut," ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, jelas fitnah-fitnah dengan usaha menakutkan rakyat sedang bergerak sekarang dan tidak mustahil ianya digerakan oleh pihak-pihak tertentu yang bersekongkol dengan Umno BN.

Tambahnya, terlalu takut melihat gelombang yang dibina melalui program ‘PAS ganti Umno’ ini, Umno BN terdesak bagi menghalang kebangkitan rakyat Perak. 

Wanita berpakaian lelaki ditangkap di Masjid Nabawi

4 Rejab 1432H. [MOD] -


Gambar hiasan

MADINAH: Polis di Masjid Nabawi menahan seorang wanita Saudi yang berpakaian lelaki selepas dia memasuki kawasan jemaah lelaki berhampiran makam Rasulullah (SAW).

Jurucakap polis, Fahd Al-Ghaman memberitahu akhbar Okaz, pegawai mengesyaki sesuatu tidak kena pada ‘lelaki’ itu kerana bentuk badannya. Dia kemudian ditahan ketika meninggalkan kawasan berkenaan sebelum diserahkan kepada polis.

Satu sumber berkata, penyiasat tidak yakin dengan dakwaan wanita itu bahawa dia hanya mahu melihat kawasan berkenaan.

“Wanita itu cuba melarikan diri apabila ditahan. Tetapi dia menyerah diri selepas lelaki yang ada bersamanya, berjaya ditangkap. Lelaki itu ialah suaminya,” kata seorang pengawal masjid berkenaan. 

Agensi

Pimpinan baru PAS menggerunkan Umno

4 Rejab 1432H. [MOD] -



Sebagai seorang ahli PAS seumur hidup, saya tidak mahu sesiapa pun memimpin PAS kecuali orang-orang yang bertaqwa. Apabila ulama (“berpendidikan aliran agama”) yang dipilih perwakilan  memimpjn PAS, biarlah ulama itu ulama yang bertaqwa. Apabila insan bukan ulama (“bukan dari pendidikan aliran agama”) dipilih perwakilan memimpin PAS, biarlah insan itu insan yang bertaqkwa, Insha Allah.

Takdirnya, pada pemilihan pucuk pimpinan PAS kali ini, para perwakilan telah, buat kesekian kalinya, memilih insan yang bertaqwa untuk memimpin parti dalam tempoh dua tahun yang akan datang. Kali ini, insan yang bukan dari aliran pendidikan agama (tidak semestinya mereka ini bukan ulama) telah dinobatkan sebagai Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden.  Mereka memiliki kelebihan – dua orang dari mereka pernah melalui proses pentarbiyyahan Kem Kemunting dan kesemuanya adalah aktivis parti yang paling ketara (visible), terserlah dan berwibawa yang telah menjelajah seluruh pelusuk negara. Lebih dari itu, mereka telah menyertai pilihan raya dan menang dan mereka juga adalah jaguh demonstrasi di jalan raya. Kalau keadaan memaksa rakyat untuk turun ke jalan raya seperti mana yang telah berlaku di Tunisia, Mesir dan beberapa buah lagi Negara Arab, saya rasa inilah orangnya yang akan berada di barisan hadapan.

Mereka adalah ahli PAS yang telah melalui proses pentarbiyyahan yang panjang, lalu mereka itu  kenal dengan apa itu Islam dan perjuangan Islam. Dari segi ilmu Islam dan ketaqwaan yang dimiliki, mereka sebenarnya layak dipanggil ulama. Lidah mereka sentiasa basah dengan ayat-ayat Al-Qur’an dan Hadith-hadith. Mereka kenal akan hukum hakam Islam. Di sana ada Majlis Syura Ulama yang memberi legitimasi kepada seluruh keputusan yang diambil parti. Sistem pembuatan keputusan yang wujud di dalam PAS memberi keanjalan yang luas bagi ahli-ahli memilih pemimpin. Sama ada yang dipilih itu “ulama” atau “bukan ulama,”  legitimasi perjuangan PAS dan segala tindak tanduknya tetap bersumber dan berpaksikan Al-Qur’an, Sunnah, Qias dan Ijma Ulama. Harus diperhatikan bahawa kebanyakan gerakan Islam di dunia hari ini – dari Negara-negara Arab, Turki dan lran hinggalah ke Asia (India, Pakistan, Bangladesh, Indonesia dan Malaysia) – dipimpin oleh gabungan ulama dan profesional.

Satu kejayaan besar dari sistem pentarbiyyahan PAS ialah ia telah berjaya “mengulamakan” golongan profesional dan yang bukan dari aliran pendidikan Islam dan ia telah berjaya pula “memprofesionalkan” golongan ulama dan yang dari aliran pendidikan Islam. Sesungguhnya, insan yang ada nilai di sisi Allah hanyalah insan yang bertaqwa. Inilah dia intisari daripada sistem pentarbiyyahan PAS – untuk mewujudkan insan yang bertaqwa, Insha Allah.  PAS adalah parti bagi orang bertaqwa yang sentiasa tunduk kepada perintah Allah SWT.       

Di luar sana ramai insan yang berstatus ulama. Ada ramai ulama di dalam Biro Agama UMNO. Di Pusat Islam ada ramai ulama. Di Majlis Agama Islam negeri-negeri ada ramai ulama. Tetapi perjuangan mereka (harus ditekankan, tidak semua) itu berbeza dengan perjuangan para ulama yang berada di dalam PAS. Ulama dalam PAS, yang bertaraf pemimpin nasional mahu pun pemimpin negeri, kawasan dan cawangan atau ahli biasa, semuanya insan yang bertaqwa, Insha Allah. Kalau mereka tidak memiliki ketaqwaan yang tinggi, mana mungkin mereka berada di dalam sebuah jemaah Islamiah seperti PAS. Mana-mana jemaah yang perjuangannya bermatlamat menegakkan Al-Qur’an dan Sunnah, Qias dan Ijma Ulama sebagai perlembagaan dan undang-undang bagi ummah, maka itulah dia jemaah Islamiah dan sesiapa sahaja yang berada dan berjuang di dalam jemaah Islamiah, maka mereka adalah orang-orang bertaqwa, Insha Allah.  Di dalam bahtera PAS hari ini terhimpun orang-orang bertaqwa dari setiap lapisan dan golongan masyarakat yang pada kalbu mereka sentiasa bersemarak kalimah “Lailaha Ilallah Muhammadur Rasulallah.” Yang lebih menggerunkan musuh ialah sudah wujud pula golongan orang bukan Islam yang  merestui perjuangan PAS dan mahu bersama-sama untuk melangsungkan perjuangan.

Umno bukan satu jemaah Islamiah. Ianya jemaah kovensional yang dasarnya “agama suku dan politik suku.”  Pemimpin-pemimpinya selalu melaungkan kata-kata ”jangan campur-adukan agama dan politik.”  Pemimpin UMNO tidak pernah tahu bahawa berpolitik itu adalah cara hidup para nabi. UMNO, kerana dasarnya konvensional, cukup serasi dengan pendekatan “matalamat menghalalkan cara.” UMNO menggunakan fitnah seks untuk menjatuhkan lawan. Ia memainkan isu perkauman supaya bila tercetus rusuhan kaum seperti “Peristiwa 13 Mei,” maka bolehlah ia terus berkuasa. Dalam tempoh lebih daripada 50 tahun UMNO berkuasa ia telah merosakkan lembaga-lembaga utama di dalam masyarakat dan Negara seperti badan kehakiman, polis, tentera, badan pencegah rasuah, suruhanjaya pilihan raya dan sistem pendidikan Negara. UMNO gagal mengagihkan kekayaan Negara secara adil. Kebokrokan ini berlaku kerana ulama yang ada di dalam UMNO semuanya bisu.  Mereka melihat kemungkaran dilakukan oleh pemimpin-pemimpin mereka tetapi mereka tidak berani melarang. Malah, mereka tergamak pula mencipta hujjah dan hukum untuk memberi legitimasi kepada kemungkaran yang dilakukan.

Dengan menobatkan Mohamad Sabu, YB Salahuddin Ayub, YB Husam Musa dan YB Mahfudz Omar ke barisan kedua dan ketiga di dalam hiraki kepimpinan PAS, bermakna para perwakilan terus memperkasakan gabungan kepimpinan ulama dan profesional di dalam parti. Sekali gus, para perwakilan menghantar isyarat-isyarat berikut kepada UMNO-BN: 

  • Revolusi rakyat yang dipimpin oleh gabungan ulama dan profesional telah berjaya menumbangkan dua orang diktator paling liat dan “notorious” dalam zaman moden ini, iaitu,El  Zine Abidine Ben Ali (Tunisia) dan Hosni Mubarak (Mesir), maka dengan memperkasakan gabungan pimpinan ulama dan profesional di dalam PAS, adalah diharapkan akan  tercetus pula revolusi rakyat Malaysia yang kelak berkemampuan menumbangkan kerajaan zalim UMNO-BN dalam pilihan raya ke 13 ini. 

  • Personaliti yang dipilih memang terkenal sebagai “great mobilizer of people” (penggerak orang ramai yang berwibawa).” Mereka telah membuktikan kemampuan memobilisasikan puluhan malah ratusan ribu manusia untuk turun ke jalan raya memprotes kezaliman. Jika UMNO-BN mahu terus menodai sistem pilihan raya pada pilihan raya ke 13 ini, maka jangan dipersalahkan Mohamad Sabu, YB Salahuddin Ayub, YB Husam Musa dan YB Mahfudz Omar, jika sekiranya rakyat turun ke jalan raya memprotes pilihan raya yang tidak adil. 
  • Dengan menambahkan golongan profesional di dalam hiraki kepimpinan PAS, pengundi bukan Melayu melihat bahawa PAS menjadi sebuah parti yang semakin mesra rakyat bukan Melayu. Pengundi-pungundi bukan Melayu, khasnya orang Cina dan India, telah lama menyuarakan bahawa mereka ingin melihat lebih ramai profesional menjadi pemimpin PAS kerana mereka berkeyakinan kejayaan pengurusan ekonomi Negara menuntut kehadiran golongan profesional yang bersih, berintegriti, bijaksana dan berilmu tinggi.  Ulama memandu dan golongan profesional melaksana. Para perwakilan melihat bahawa jalan yang selesa untuk memenangi dan menambat hati orang bukan Melayu supaya bersama dengan PAS ialah dengan melakanakan apa jua perkara baik dan bermanfaat untuk semua yang mereka suarakan.

Pemerkasaan gabungan pimpinan ulama dan profesional di dalam PAS menghantar angin dingin ke dalam sum-sum UMNO. Ia menambahkan lagi kegerunan mereka untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat di dalam pilihan raya ke 13 yang akan berlangsung bila-bila masa selepas Muktamar PAS ke 57 ini. Tahniah kepada semua calon yang menang. Kepada yang kalah jangan pula berbalasungkawa kerana ruang perjuangan itu amat luas.    

Tersembam disentap peragut

4 Rejab 1432H. [MOD] -


Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU: Seorang pekerja kantin Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) nyaris maut selepas menjadi mangsa ragut seorang lelaki bermotosikal di Jalan Pengadang Baru, dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, Norhayati Ibrahim, 35, yang membonceng motosikal ditunggang suaminya, Fauzi Abdullah Abdul Ghani, 45, tersembam di atas jalan raya selepas cuba menahan beg tangannya disentap peragut terbabit.

Tindakan suami mangsa mengejar peragut berkenaan berjaya menghalang niat penjenayah daripada mengambil semula beg tangan mangsa yang tercampak di atas jalan.

Norhayati yang tinggal di Kampung Wakaf Mempelam ketika ditemui di Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) berkata, dia bersyukur kerana nyawa serta barangan berharga di dalam beg tangan itu dapat diselamatkan.

Menceritakan detik cemas itu, dia berkata, kejadian berlaku terlalu pantas dan dia langsung tidak perasan kehadiran suspek yang mengekori mereka ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

“Kami berdua baru pulang menghadiri kenduri kahwin dan singgah di beberapa kedai untuk melihat barangan perabot di sekitar Jalan Pengadang Baru sebelum berhenti mengisi minyak di stesen berhampiran.

“Sebaik keluar dari stesen minyak itulah peragut menyambar beg tangan di atas riba. Saya sempat menguatkan pegangan beg tangan dan cuba melawan.

“Akibat disentap dengan kuat saya tersembam atas jalan manakala beg tangan pula tercampak di atas jalan. Suami bergegas membrek motosikal selepas melihat saya terlantar dan mengejar lelaki berkenaan serta menghalang beg dicapai peragut,” katanya.

Sementara itu Fauzi Abdullah berkata, dia tidak sedar isteri sedang melawan peragut di belakangnya sehinggalah terdengar suara isterinya cuba melawan dan akhirnya terjatuh dari motosikal akibat disentap peragut terbabit.

“Hanya Tuhan saja tahu betapa cemasnya melihat keadaan isteri terlantar atas jalan raya yang agak sesak ketika itu, selepas melihat isteri bangun semula saya bergegas mengejar suspek yang cuba mengambil beg tangan isteri yang terjatuh.

“Meskipun beg tangan berjaya diselamatkan, saya gagal mengejarnya kerana peragut berpakaian baju coklat berseluar hitam itu lesap sebaik melalui lorong tikus di kampung berhampiran kawasan terbabit.

“Melihat keadaan motosikal Yamaha Ego warna hitam yang tidak dipasang nombor pendaftaran, memang lelaki ini sudah merancang jenayah itu,” katanya yang akan menyerahkan kes berkenaan kepada pihak berkuasa.

Israel tembak penunjuk perasaan

4 Rejab 1432H. [MOD] -



DAMSYIK: Tentera Israel menembak mati tiga orang dan mencederakan sembilan yang lain apabila melepaskan tembakan terhadap remaja yang cuba memanjat pagar kawat berduri di Bukit Golan, semalam.

“Tiga orang terbunuh, termasuk seorang kanak-kanak dan sembilan yang lain cedera akibat tembakan tentera Zionis di Bukit Golan, wilayah yang dijajah rejim itu,” lapor televisyen Syria.

Rakaman televisyen itu menunjukkan golongan remaja yang menunjuk perasaan cuba memanjat pagar kawat berduri itu sementara tentera Israel di atas kereta kebal melepaskan tembakan.

Remaja Syria dan Palestin mengadakan tunjuk perasaan bagi mengingati ulang tahun Perang Enam Hari 1967 yang menyaksikan rejim Israel menawan Bukit Golan.

Mereka turut melaungkan slogan dan melontar batu sambil memanjat pagar di beberapa lokasi dalam usaha memasuki wilayah berkenaan.

Pada 15 Mei lalu, tentera Israel menembak mati 12 orang dan mencederakan beratus-ratus penduduk Palestin yang berarak ke sempadan Israel dengan Lubnan, Syria dan Gaza dalam tunjuk perasaan mengecam pembentukan negara Yahudi.

Israel sebelum ini berikrar untuk mengalang tunjuk perasaan itu daripada berulang.

Perdana Menteri rejim Zionis, Benjamin Netanyahu memberitahu Kabinetnya, dia mengarahkan tentera Israel bertindak keras bagi melindungi sempadan, masyarakat dan rakyat Israel. 

Reuters

Wanita maut kena renjatan pemanas air

4 Rejab 1432H. [MOD] -



BANGI: Seorang wanita berusia 26 tahun maut akibat terkena renjatan elektrik dipercayai berpunca daripada alat pemanas air di bilik mandi rumahnya di Kampung Aman, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa yang baru bangun dari tidur masuk ke bilik air berkenaan untuk mandi.

Bagaimanapun, disebabkan mangsa tidak tahan dengan air yang terlalu sejuk, dia menggunakan alat pemanas air.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, ketika menghidupkan alat pemanas air itu badan mangsa berkemungkinan basah selain peralatan terbabit dipercayai rosak menyebabkan mangsa terkena renjatan elektrik.

“Mangsa yang terkena renjatan elektrik itu menjerit dengan kuat sebelum rebah. Jeritan kuat mangsa didengari ahli keluarganya sebelum mereka bergegas ke bilik air berkenaan,” katanya.

Cedera dihempap batu nisan

4 Rejab 1432H. [MOD] -


Gambar hiasan

TRENTON (New Jersey): Seorang wanita dikejarkan ke hospital selepas cedera akibat dihempap batu nisan ketika dia melakukan seks dengan teman lelakinya.

Polis berkata, wanita berusia 39 tahun itu bersama teman lelakinya berada di satu tanah perkuburan untuk melawat kubur seorang anggota keluarganya.

Mereka disyaki melakukan seks di tanah perkuburan itu selepas itu.

Bercakap kepada wartawan, penyiasat, Kapten James Stevens berkata: “Mungkin ada kegiatan luar biasa yang mereka lakukan di tanah perkuburan itu.” Wanita berkenaan bagaimanapun tidak cedera parah.

Pihak pengurusan tanah perkuburan berkata, mereka menanti laporan polis sebelum membuat sebarang pendakwaan. 

Agensi

‘Opah pukul, herdik atuk’

4 Rejab 1432H. [MOD] -


IPOH: “Saya terkejut dan terkilan dengan tindakan opah kerana hakikatnya, opah yang selalu memukul serta mengherdik atuk (datuk),” luah seorang lelaki yang digelar ‘cucu iblis’ oleh neneknya.

Dia yang hanya mahu dikenali Noor, 29, tidak sangka nenek yang membelanya sejak kecil, tergamak menggelarnya sedemikian serta menabur pelbagai fitnah terhadapnya. 

Katanya, paling menyedihkan apabila dia dikatakan mendoakan supaya wanita warga emas itu meninggal dunia secepat mungkin kerana menyusahkan hidupnya dan memanggil wanita itu ‘babi’. 

“Saya begitu terkejut ketika membaca sebuah akhbar pagi tadi (semalam) kerana saya adalah individu dimaksudkan dalam berita bertajuk ‘Cucu hati iblis’.

“Mengalir air mata kerana sebagai umat Islam, saya tahu adalah dosa besar untuk menderhaka apatah lagi mendoakan perkara tidak baik kepada orang lain, terutama ahli keluarga sendiri,” katanya sebak.
4 Rejab 1432H. [MOD] -



PADANG SERAI, 6 Jun: Keputusan pemilihan kepimpinan PAS yang telah berlalu baru-baru ini membuktikan bahawa parti tersebut berjaya menangani masalah yang cuba dicipta oleh Umno dan BN dalam isu ulama dan Erdogan yang cuba dikaitkan.

Apa yang telah diputuskan oleh para perwakilan, dilihat menggambarkan aspirasi sebenar mereka yang inginkan pembaharuan dalam organisasi yang diharapkan oleh masyarakat Melayu dan Islam sebagai pengganti kepada Umno yang telah memerintah negara sekian lama.

Naib Presiden PKR, N Surendran (gambar) berkata demikian ketika ditemui selepas majlis dialog dan ramah mesra dengan masyarakat di sini, semalam.

Katanya lagi, usaha Umno dan BN melalui media arus perdana  untuk melaga-lagakan kepimpinan PAS terutamanya bagi jawatan timbalan dan naib presiden tidak kesampaian, apabila calon-calon yang tewas tidak pun menunjukkan kekecewaan atas keputusan yang telah mereka terima.

"Sebaliknya Umno dan BN sendiri menggigit jari apabila melihat agenda fitnah yang ingin mereka lemparkan bagi mengeruhkan suasana pemilihan tidak menjadi realiti.

"Ini juga membuktikan kematangan yang ada dalam organisasi tersebut, berjaya menidakkan hasrat menggunung Umno dan BN yang ingin melihat berlakunya kecelaruan dalam pemilihan baru-baru ini," ujarnya lagi.

Malah, katanya gandingan antara muka baru dan muka lama mampu untuk membantu mencapai kejayaan yang diinginkan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.

"Syabas juga diucapkan kepada mereka yang berjaya mempertahankan jawatan sebagai naib presiden dan barisan kepimpinan dalam jawatankuasa yang menggandingkan muka baru dan juga lama," tegasnya lagi.