02 June 2011

BN : Bankrup Negara

1 Rejab 1432H. [MOD] -
Oleh: Nash Ar-Rawy

BN atau “ Bankrup Negara “ tiada boleh dielakkan lagi jika BN terus memerintah selepas PRU13 . Ini adalah kerana khazanah negara semakin susut kerna penyaluran yang terus menerus kepada mengisi temeluk dan ketamakan kroni . Sehingga demi kepentingan kroni dan kolongmerat tarif elekrik akan dinakkan . Petrol seperti dikesan khalayak boleh saja naik pada bila-bila masa jika BN diberikan tampok pemerintahan kerajaan pusat selepas PRU 13.

Khazanah negara terlalu banyak dihabiskan untuk kepentingan kroni dan projek yang membazir semata-mata untuk menyenyangkan dan membuncitkan perut kroni sahaja bukan untuk kepentingan rakyat marhein yang terbanyak . Tetapi, fokus untuk beberapa kerat manusia rakus sahaja. Contohnya, rumah atau bangunan untuk kegunaan wanita bagi setiap daerah; bagi Satu Malaysia sudah menelan berapa juta? Ini projek pembaziran dan tender dirakusi kroni menggunakan wang rakyat yang semakin hari semakin susah kerana ditarik subsidi ( RM 19 Billion untuk disalurkan kepada kroni kolongmerat ). Bahkan, ke mana perginya berbilion subsidi yang dipotong itu ? Siapa yang untung ? Rakyat marhein yang sengsara dengan tekanan ekonomi BN atau kuncu –kuncu suku sakat BN yang rakus itu?

Jika khazanah negara milik rakyat satu Malaysia ; iaitu emas hitam boleh diurus-tadbir tanpa akaun untuk diteliti oleh ahli parlimen . Apakah ianya tiada menjurus ke arah penyelewengan khazanah negara?; jika ianya kekeringan dek kerakusan projek mega kroni . Apakah BN tiada membawa kepada “Bankrup Negara “ ?. Perlukah bangunan kembar warisan? Ini semua adalah pembaziran wang negara sepertimana Formula One!.BN jadikan satu Malaysia untuk korporat, dari korporat untuk korporat kerna korporat ; yakni : “ Negara Korporat” serakah Qorun.

Negara insyaAllah tiada akan bankrup dek subsidi kepada rakyat jelata . Akan tetapi, kerakusan tadbir-urus kewangan negara boleh menjurus BN kepada BANKRUP NEGARA sebagaimana yang pernah dibayangi oleh Timbalan Menteri Kewangan.

Justeru itu, pengawasan khazanah dan sumber pendapatan negara bukannya boleh dikendalikan atas kepentingan politik-korporat; tetapi mestilah ditadbir-urus demi untuk kepentingan rakyat bukan sebagai habuan politik ; yang mana BN menjadi ‘platform ‘ atau tapak untuk meraih keuntungan dan menjadi kaya raya di atas keperitan dan kesusahan rakyat dan golongan marhein yang merupakan kumpulan majoriti; terus menderita.

Eset negara yang bernilai RM320 Billion iatu, emas hitam yang diberikan kepada Brunei demi untuk kepentingan kroni dua negara yang merugikan rakyat satu Malaysia adalah antara pengkhianatan BN yang menjurus kepada Bankrup Negara ; ternyata bukanlah kerana subsidi kepada rakyat.Disusuli dengan tergadainya warisan negara iaitu Tanah KTM di Singapura kepada kroni Malaysia-Singapura.

Sejak harga minyak naik berkali –kali dalam setahun dan dewasa ini tarif elektrik ; pasti bebannya akan ditanggung oleh golongan marhein, miskin dan juga golongan sederhana . Kenaikan harga barang semuanya berpunca kepada politik minyak dan politik elektrik UBN yang melonjak tinggi melibatkan industri besar dan kecil dan kos pengangkutan tiada mampu dibendung oleh BN kerana BN adalah untuk kepentingan taukeh-taukeh, kolongmerat yang memerlukan sumber yang kukuh untuk membiayai politik umno di lapangan sekaligus untuk menstabilkan ekonomi suku sakat Umno ; selaku pemegang-pemegang saham.

Malaysia adalah negara yang kaya sebenarnya berbanding jiran Singapura yang tiada memiliki balak, minyak, kelapa sawit, getah dan sebagainya . Sepatutnya, dengan anugerah tuhan kekayaan yang melimpah ruah ini . Negara boleh membiayai kos pembelajaran anak-anak bangsa semua kaum satu Malaysia dengan pendidikan yang percuma ; daripada tadika sampailah ke menara gading!. Mengapakah perkara ini tiada pernah berlaku setelah lebih 50 tahun BN memerintah? Mana perginya kekayaan balak di Sabah dan Sarawak .?

Bagaimana taraf hidup rakyat Sabah dan Sarawak satu Malaysia yang daif seperti tahun 60an di semenanjung. Mana pergi kekayaan Minyak dan mengapa tiada sampai ke destinasinya ; yakni golongan marhein yang cukup menderita . Namun, golongan kolongmerat –penguasa kaya-raya membina istana dan hidup di dalam kemewehan di atas harta rakyat dan kesusahan rakyat.

Apakah negara tiada akan bankrup jika kerakusan- kekuasaan keqorunan-kefiraunan ini terus-menerus berlaku?. Baik di semenanjung maupun di Sabah dan Sarawak kerana masing-masing dibawah naungan BN. BN tiada boleh berubah lagi kerna sebarang tranformasi tidak boleh dijadikan perompak sebagai pengurus bank , penjenayah sebagai hakim dan perogol sebagai pembikin filem dan seumpamanya . Senario dan wajah Umno/Bn sudah penuh dengan kefasadan sepertimana mantan Presidennya sendiri pernah berkata Umno ini busuk sampai ke usus.Persis ! Umno/BN tiada boleh berubah lagi ibarat tongkang yang tunggu pecah atau pokok yang dimakan anai-anai yang bisa tumbang pada bila-bila masa insyaAllah pada PRU13 ini . Bahtera baru dengan agenda rakyat membangun negara berkebajikan seperti yang termaktub di dalam buku jingga paling kondusif sekali untuk Pakatan Rakyat menggantikan BN yang bisa membawa negara kepada Bankrup Negara ( BN )

Justeru itu, demi untuk menyelematkan satu Malaysia daripada BN ( Bankrup Negara ) pastikan mesej dan agenda rakyat Buku Jingga ini sampai kepada setiap elektorat kerna ianya bersifat ‘Membangun Negara Berkebajikan” tanpa mengira kaum dan agama bukannya retorik ‘Satu Malaysia’ yang akhirnya menjadi “ Satu Bumi” , Satu Melayu” yang bersifat lakunan , kewayangan UBN yang resah lemah dengan agenda rakyat Buku Jingga Pakatan!.

Bukankah Umno itu Melayu Tipu Melayu ! RM52Billion saham bumi habis lesap tanpa dikesan . Melayu tiada bisa bela Melayu kerna hanya Islam sahaja yang tidak menipu dan bisa bela semua kaum satu Malaysia : “Islam Untuk Semua” yang praktikal, realistik dan kondusif kepada masyarakat majmuk yang berbilang kaum dan agama yang diterima rakyat sekarang melalui Pakatan Rakyat sesuai dengan pakatan “ Keadilan Untuk Semua” yang mematikan permainan percaturan perkauman-rasis Umno, MCA dan MIC yamng ditolak oleh rakyat sekarang kerna diri sebenar UBN sudah dikenali khalayak.

Oleh: Nash Ar-Rawy/31.05.11
( www.nasharrawy.blogspot.com )
(www.malaysiatimes.my )

Bodohnya nak sedekah kepada Syed Azidi - Husam

1 Rejab 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 2 Jun: AJK PAS Pusat, Datuk Husam Musa (gambar) menafikan beliau memberikan duit sebanyak RM350,000 kepada seorang blogger, Kickdefella atau nama sebenarnya, Syed Azidi.

"Adalah bodoh untuk saya mensedekahkan wang sebesar itu kepada orang seperti beliau sedangkan saya sendiri tidak pernah mempunyai wang sebanyak itu sepanjang hayat," kata Husam dalam kenyuataannya kepada Harakdaily.

Husam mengulas kenyataan Syed Azidi yang disiarkan Utusan Online yang mengaku menerima wang sebanyak itu dari wakil Husam di China.

Kenyataan itu ekoran dakwaan para blogger Umno kononnya Husam memberikan duit sebanyak itu kepada Syed Azidi untuk membantu kempen beliau menjelang muktamar ini.

Selain isu memberi wang kepada Syed Azidi, hampir semua blogger Umno menyerang Husam menjelang pemilihan kali ini.

Husam bertanding naib presiden PAS dan baru pulang dari India dan China untuk urusan kerajaan negeri Kelantan.

Berikut kenyataan penuh Husam:.

"Saya merujuk kepada kenyataan Syed Azidi yang disiarkan Utusan online dan dijangka akan disiarkan edisi cetak Utusan besok.

"Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan kehairanan saya terhadap minat Utusan yang terlalu nyata untuk mencampuri pemilihan PAS sejak 2008 yang lalu.

"Mengenai dakwaan Syed Azidi, saya merasa hairan dakwaan ini dikeluarkan pada hari terakhir sebelum pemilihan PAS esok hari di mana saya ikut bertanding.

"Adakah kerana beliau tahu bahawa dakwaan palsu beliau akan berhadapan dengan tindakan undang-undang dan bagi mengelakkan tindakan seperti itu, ia dibangkitkan pada saat akhir seperti ini.

"Sampai hari ini saya tidak mempunyai wang sebanyak itu dalam akaun saya dan adalah bodoh untuk saya mensedekahkan wang sebesar itu kepada orang seperti beliau sedangkan saya sendiri tidak pernah mempunyai wang sebanyak itu sepanjang hayat.

"Mengnenai kononnya saya ada berbual melalui talipon dengan beliau kebelakangan ini, juga adalah palsu. Rekod talipon saya dan beliau boleh disemak.

"Namun saya akui beliau ada menghantar beberapa mesej seminggu dua yang lalu memaklumkan beliau menulis mengenai kenaikan harga minyak dan saya membalasnya sekali dengan berkata tahniah.

"Syed Azidi telah beberapa kali menimbulkan sensasi tetapi setiap kali sensasi itu berlalu, kredibiliti beliau semakin pudar."

Harakahdaily/-

Siti Zailah dinobat Ketua Muslimat

1 Rejab 1432H. [MOD] -
Hazayani Zakaria

SHAH ALAM, 2 Jun: Pemilihan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) bagi sesi 2011/2013 menyaksikan Siti Zailah Mohd Yusof menang jawatan Ketua DMPP menewaskan penyandang sebelumnya, Nuridah Salleh.

Perkara tersebut diumumkan timbalan pengerusi jawatankuasa pemilihan PAS Pusat, Datuk Wan Mutalib Embong sebentar tadi.

Bagi jawatan timbalan ketua pula dimenangi Dr. Siti Mariah Mahmud menewaskan pencabarnya Wan Hasrina Wan Hassan.

Manakala jawatan naib ketua kekal dengan Mumtaz Md Nawi menewaskan tiga pencabar lain iaitu Mastura Mohamad, Normala Sudirman dan Dr. Najihatussalehah Ahmad.

Berikut adalah senarai Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat untuk Sesi 2011/2013:

Pengerusi Tetap
1. Nor Hashimah Deraman

Timbalan Pengerusi Tetap
Fatimah Ismail

KETUA
Siti Zailah Mohd Yusof, YB

TIMBALAN KETUA
1. Siti Mariah Mahmud, Dr

NAIB KETUA
Mumtaz Mohd Nawi

JAWATANKUASA KERJA
1. Aiman Athirah Al-Jundi
2. Halimah Ali, Dr. YB
3. Asiah Ali, Dr.
4. Aida@Nurul Huda Yusof Rawa
5. Wan Ubaidah Omar, YB
6. Kartini Ahmad
7. Mastura Mohamad
8. Normala Sudirman
9. Azizah Khatib Mat
10. Rosni Adam
11. Najihatussolehan Ahmad, Dr.
12. Siti Aisyah Ghazali, YB

Pemeriksa kira-kira
1. Basmatul 'Uyun Yusof
2. Normilan Mamat

Keputusan penuh pemilihan Dewan Pemuda PAS

1 Rejab 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM, 2 Jun: Berikut adalah senarai Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Pusat untuk Sesi 2011/2013:

Pengerusi Tetap: Ustaz Misbahul Munir Haji Masduki

Timbalan Pengerusi Tetap: Ustaz Kamal Ashaari

Ketua: Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi

Timbalan Ketua: Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz

Naib Ketua: Raja AlHiss Raja Yaakob

Ahli Jawatankuasa:

1) Ustaz Riduan Mohd Noor
2) Khairul Faizi Ahmad Kamil
3) Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah
4) Adram Musa
5) Kamaruzzaman Mohamad
6) Ustaz Ahmad Fadley Shaari
7) Ustaz Mohd Khairul Abdul Hadi
8) Ustaz Nazri Chik
9) Yusni Mat Piah
10) Hamzan Sany
11) Syed Qadir
12) Ustaz Mohd Noor Hamzah

Dalam pertandingan 4 penjuru Timbalan ketua Pemuda, Ustaz Nik Abduh menang bergaya dengan 26O daripada 655 undi menumpaskan penyandangnya Azman Shapawi yang hanya mendapat 94 undi sahaja.

Manakala dua lagi pencabar Firdaus Jaafar dan Suhaizan Kaiat mengekor di belakang dengan undi sebanyak 193 dan 107 undi masing-masing.

Nik Abduh akan membantu ketua dewan itu Nasrudin Hassan yang menang tanpa bertanding.

Inkues kematian Sarbani akan diadakan

1 Rejab 1432H. [MOD] -

Pihak polis mencadangkan supaya diadakan inkues bagi menyiasat kematian pegawai kastam Ahmad Sarbani Mohamed ketika disoalsiat Suruhanjaya Pencegahan Rasiah Malaysia (SPRM).

Peguam negara telah menyatakan persetujuannya, kata ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, lapor The Star.

Pada 8 April lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz membayangkan kemungkinan sebuah inkues ditubuhkan bagi menyiasat kematian itu.

Bagaimanapun, tambahnya, polis perlu menyelesaikan siasatan terlebih dahulu.

Mayat allahyarham, 56, ditemui dalam tertiarap di gelanggang badminton di Tingkat 1 SPRM Wilayah Persekutuan dengan kesan kecederaan di kepala pada 6 April.

Beliau antara 62 pegawai kastam yang ditahan semasa operasi SPRM bersama enam agensi lain dalam Operasi 3B pada 1 April lalu di Pelabuhan Klang bagi membantu siasatan dalam kes rasuah, penggubahan wang haram dan beberapa kesalahan lagi.

Malaysiakini/-

Pemuda buka tirai Muktamar Pas 2011

1 Rejab 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM – Kira-kira 500 perwakilan, ahli jawatankuasa dan pemerhati menghadiri Muktamar Dewan Pemuda Pas Malaysia kali ke-52, dekat sini, semalam.

Dalam ucaptama Ketua Pemudanya, Nasrudin Hassan, mengingatkan kerajaan pemerintah sama ada Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR) supaya membuka ruang demokrasi kepada generasi muda di negara ini.

“Dewan Pemuda Pas (DPP) memberi amaran kepada pemerintah supaya tidak menyalahguna kuasa yang diberi. Jika BN masih berdegil, mereka akan berdepan sekali lagi dengan kebangkitan anak muda yang sukar dibendung dalam operasi Bersih 02.

“Sementara itu, kerajaan PR perlu menunaikan manifesto pilihan raya yang lalu dengan penuh bertanggungjawab khususnya berkaitan dengan Negara Berkebajikan,” katanya di Dewan Majlis Bandraya Shah Alam (MBSA).

Turut hadir, Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa; Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar; Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin; Setiausaha Pemuda Pas, Khairul Faizi Ahmad Kamil dan Ketua Biro Ekonomi dan Bajet Palestine, Dr Jamal Thallab Nassar.

Nasrudin turut mengingatkan kerajaan di bawah pimpinan Pas di Kelantan dan Kedah untuk memperbaiki kepimpinan dan peka terhadap tuntutan rakyat.

Katanya, peningkatan pengundi muda menjelang PRU-13 menjadi isyarat awal kebangkitan anak muda dalam membawa perubahan sosial, ekonomi dan politik negara.

“Sejarah membuktikan anak muda telah menjana beberapa kebangkitan seperti kebangkitan mahasiswa era 70-an, 80-an dan reformasi akhir 90-an,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan perlu telus menyampaikan berita benar kerana golongan muda hari ini semakin peka dan celik dalam perkembangan dunia teknologi.

Sehubungan itu, beliau menggesa agar lebih banyak ruang diberikan kepada golongan muda.

Katanya, generasi muda perlu menzahirkan penentangan terhadap agenda yang boleh merosakkan negara melalui medium media kreatif.

Sinar Harian/-

Nik Aziz tentang semua 'warna' sekularisme

1 Rejab 1432H. [MOD] -

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menjadikan penegasan menentang fahaman sekularisme sebagai inti penting dalam ucapan pemulanya dalam muktamar parti itu yang sedang berlangsung.

"Saya menyatakan perkara ini sebagai satu penegasan agar PAS mampu berdepan dengan penjajahan pemikiran dan gelombang sekular yang datang dengan pelbagai warna, ada yang biru dan ada yang merah.

"Walau apa jua warna sekalipun, ia tetap merupakan gelombang jahiliah yang mesti ditolak," katanya ketika merasmikan pembukaan Dewan Muslimat di Shah Alam hari ini.

Dalam konteks Pakatan Rakyat, PAS walaupun sebuah parti Islam tetap bergabung bersama PKR dan DAP yang mempunyai perlembagaan parti yang sekular.

Gabungan itu bagaimanapun mengakui mengakui Islam sebagai agama persekutuan seperti termaktub dalam perlembagaan.

Dalam ucapannya, Nik Aziz berkata, perjuangan PAS berdasarkan kepercayaan bahawa semua perkara dalam dunia ini milik Allah dan ekoran itu perintah-Nya dalam Al-Quran dan Hadis mesti dituruti.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, beliau mendakwa, Umno antara pihak yang menentang perkara tersebut.

Katanya, parti itu hanya "menentang orang Melayu yang menolak Islam" dengan nama Umno.

Sementara itu, Ketua Muslimat PAS Nuridah Salleh dalam ucapannya sebelum itu mengingatkan anggota dewan itu mengambil iktibar daripada kekalahan mereka dalam pilihan raya Sarawak bagi menghadapi pilihan raya umum depan.

Katanya, kegagalan mereka di kesemua lima kerusi yang ditandingi merupakan mesej dariapda tuhan bahawa tiada jalan pintas untuk berjaya.

"Mana mungkin pengundi-pengundi yang tidak langsung mengenali dan memahami perjuangan PAS dapat semua dirayu dan diyakinkan dalam hanya lapan ke sepuluh hari berkempen?" katanya.

Malaysiakini/-

718 awam terkorban serangan Nato

1 Rejab 1432H. [MOD] -

TRIPOLI - Seramai 718 orang awam di Libya terkorban manakala 4,067 lagi cedera dalam serangan udara yang dilancarkan oleh Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) bagi tempoh 10 minggu, menurut kenyataan jurucakap kerajaan, kelmarin.

“Sejak 19 Mac sehingga 26 Mei lalu, ratusan orang awam tidak berdosa telah terbunuh dan jumlah tersebut tidak termasuk pasukan barisan pertahanan pro-Gaddafi yang turut sama terkorban,” menurut Mussa Ibrahim.

Beberapa jam selepas sidang media itu diadakan, sebanyak empat letupan kuat menggegarkan Tripoli dan serangan tersebut didakwa adalah yang paling besar dilancarkan Nato dalam tempoh lebih seminggu.

Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma menyifatkan serangan bertalu-talu oleh Nato yang mendapat sokongan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tersebut seakan menjejaskan usaha beliau sebagai orang tengah untuk melaksanakan gencatan senjata di Libya.

Rundingan yang diadakan antara Zuma dan Gaddafi, Isnin lalu, menyaksikan pemimpin Libya itu akhirnya bersetuju dengan pelan damai yang dicadangkan Kesatuan Afrika (AU) tetapi ia ditolak oleh Nato dan kumpulan pemberontak di negara tersebut.

Dalam satu kenyataan lain, semalam, Setiausaha Agung Nato, Anders Fogh Rasmussen mengumumkan mereka memutuskan untuk melanjutkan operasi di Libya kepada 90 hari atau sehingga akhir September.

Rasmussen menyatakan kononnya Nato berazam mahu meneruskan misi utama mereka untuk melindungi rakyat Libya di negara bergolak itu.

Sinarharian/-

Semua jawatan ulama menang tanpa bertanding

1 Rejab 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 2 Jun: Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Pusat Ke-50 mencatat sejarah apabila kesemua jawatan dalam dewan itu diumumkan menang tanpa bertanding.

Jawatan-jawatan yang diisytiharkan menang tanpa bertanding meliputi jawatan Ketua, Timbalan Ketua, Naib Ketua, Setiausaha, Penolong Setiausaha 1,2 dan 3, Bendahari, AJK dan pemeriksa kira-kira bagi sessi 2011-2013.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Tetap Dewan Ulama, Ustaz Hamdan Mohamad sekitar jam 9.00 pagi ini.

Dewan Ulama PAS Pusat mengadakan Muktamar Tahunan Ke-50 di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad di Taman Melewar di sini, hari ini bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Ucap utama disempurnakan oleh Timbalan Ketua Dewan Ulama bagi mewakilo Ketuanya, Datuk Harun Taib yang turut hadir mengikutinya.

Pada sessi perbahasan ucap utama bermula jam 11.30 pagi tadi yang dipengerusikan oleh Ustaz Hamdan Mohamad, seramai 7 peserta telah mengambil bahagian.

Peserta terbabit terdiri daripada perwakilan Dewan Ulama PAS Terengganu, Hamzah Ngah, Kedah (Mohd Lutfi Ariffin), Perlis (Idris Yaakub), Johor (Ustaz Arif Salim Osman), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Ustaz Mohd Nazmi Kamaruddin), Perak (Muhammad Nuri Al-Amin Endut) dan Pahang (Ahmad Nazri).

Perbahasan ucap utama akan disambung jam 2.30 petang dengan dimulaikan perwakilan Dewan Ulama PAS Selangor setelah muktmar berehat jam 1.00 tengahari.

Aziz Muda
Harakahdaily/-

Kepimpinan ulama perlu dalam Pas

1 Rejab 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM - Kepimpinan ulama harus diteruskan dalam Pas bagi memastikan parti itu terus memperjuangkan Islam yang syumul,” kata Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din.

Katanya, ahli parti yang memahami tonggak perjuangan Pas seharusnya mengetahui presiden memerlukan golongan ulama sebagai timbalannya untuk mengukuhkan lagi kesepaduan parti.

Bagaimanapun, katanya, terpulang kepada perwakilan untuk buat keputusan dan memilih kerana sesiapa sahaja yang menang tiada masalah bagi kepimpinan sebab mereka juga ahli Pas.

“Tapi kalau perwakilan faham, tradisi kepimpinan ulama itu harus diteruskan. Ikut amalan sesiapa pun boleh, tapi amalan biasa adalah kepimpinan ulama biarpun dalam perlembagaan parti tiada syarat begitu.

“Parti tidak mahu sejarah berulang apabila tugas presiden tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan oleh Yusof Rawa yang menggantikan Tan Sri Mohd Asri Muda,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Haron berkata, mana-mana pemimpin akan dipilih untuk jawatan nombor dua parti itu harus patuh kepada perlembagaan parti selain memperjuangkan dasar-dasar yang ditetapkan.

“Bagi saya tidak kisah siapa yang akan menang, tapi saya harap mereka yang menang nanti tahu dasar parti, pertahankan dasar itu dan seterusnya memperjuangkan dasar parti ini kerana parti mahukan seorang pemimpin yang boleh buat kerja,” katanya.

Pemimpin veteran Pas, Subky Abdul Latif berkata, jawatan nombor dua parti harus diberi kepada pemimpin berlatar belakangkan kelulusan agama atau ulama.

“Kalau timbalan tiada kelebihan ini dan ditakdirkan presiden tiada macam mana? Pemangku presiden mesti mahir al-Quran dan hadis sebab bila ada soal yang membabitkan hukum Islam dia boleh jawab,” katanya.

Namun jelas bekas Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan ini, secara konvensional dasar kepimpinan ulama yang menjadi tradisi parti itu harus diteruskan.

Bagaimanapun, Subky berkata, untuk jawatan naib presiden mana-mana golongan baik ulama atau profesional dibolehkan.

“Sebab itu dalam Pas ini presiden, timbalan presiden dan naib presiden sangat penting sebab rakyat melihat apa yang berlaku dalam parti. Kalau seorang itu ustaz dia mesti ustaz yang berwibawa dan kalau dia seorang pemimpin dia mesti boleh diterima semua lapisan masyarakat,” katanya.

Katanya, sesiapa yang menang untuk jawatan timbalan presiden mestilah orang yang boleh menggantikan presiden jika berlaku kekosongan.

“Penggantinya mesti hebat atau lebih hebat daripada presiden sebelum ini dan dalam Pas ada calon-calon yang yang layak, tapi mereka tidak ke depan,” katanya.

Pemilihan Muktamar Pas ke-57 ini memperlihatkan pertandingan tiga penjuru bagi jawatan nombor dua parti, iaitu antara penyandangnya, Nasharudin Mat Isa, yang dicabar Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ahli Jawatankuasa Pas, Mohamad Sabu.

Pada pemilihan kali ini Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan Presiden yang disandang sejak 2002 tanpa tanding.

Bagi jawatan naib presiden, selain dua penyandang Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub, empat pemimpin lain yang turut bertanding adalah Ahli Jawatankuasa Pas, Datuk Husam Musa dan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Ketua Penerangan Idris Ahmad dan Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Sinar Harian/-

650 pewakilan tentukan pimpinan pemuda

1 Rejab 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM, 2 Jun: Seramai 650 pewakilan dari seluruh negeri yang menjadi perwakilan Muktamar Dewan Pemuda PAS kali ke 52 ini bakal menentukan kepimpinannya sesi 2011-2013.

Mereka bakal menentukan siapa akan menjadi Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Timbalan Ketua, Naib Ketua, 12 Ahli Jawatankuasa Kerja DPPP dan dua Pemeriksa Kira-kira.

Mereka mula membuang undi jam 10.00 pagi tadi. Keputusan pemilihan dijangka akan diumumkan malam ini.

Menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat yang menang tanpa bertanding, Ustaz Nasrudin Hassan menyatakan pemilihan jawatankuasa kerja kali ini adalah sangat sengit dan sukar untuk menentukan siapa yang akan memenangi kerusi tersebut.

Ditanya mengenai ciri-ciri yang menjadi autoriti kepada calon pemilihan tersebut, beliau menyatakan bahawa pemilihan mungkin dilihat dari dua aspek iaitu aspek glamor dan juga cara berkerja yang dilakukan oleh calon selama dua tahun sebelum ini.

Bercakap pada masa yang sama, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Khairil Faizi Ahmad Kamil melahirkan kegembiraan terhadap kelangsungan muktamar dewan pemuda kali ini.

"Ini kali pertama kita bermuktamar dengan perwakilan terus dari kawasan dan kita memastikan pewakilan yang datang menghampiri 700 ahli serta layak mengundi untuk pemilihan pada kali ini," jelas beliau sewaktu berucap di Dewan Auditorium MBSA Shah Alam.

Beliau juga calon dalam merebut jawantankuasa dewan pemuda PAS kali ini juga menyerah kepada pewakilan untuk menentukan pemilihan yang dirasakan sesuai.

Afiq Hizami, Pelatih UKM
Harakahdaily/-

PAS harapan rakyat

1 Rejab 1432H. [MOD] -

DENGAN Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan sahabat yang muttaqin.

Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke-57 yang berlangsung di Markaz Tarbiyah PAS Pusat Taman Melewar 3-5 Jun ini amat di nanti-nantikan oleh rakyat yang menyokong PAS, dan juga pendokong aspirasi Pakatan Rakyat keseluruhannya.

Rakyat ingin melihat, siapakah yang bakal dipilih perwakilan untuk menerajui PAS menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 yang bakal diadakan bila-bila masa dari sekarang.

Rakyat ingin mengetahui sejauhmana PAS bersedia menggalas harapan rakyat untuk menggantikan Umno sebagai sebuah kerajaan bersama Pakatan Rakyat.

Dalam Muktamar ini juga, rakyat ingin mengetahui apakah agenda yang ditawarkan PAS kepada rakyat Malaysia, yang boleh disandarkan bagi membuktikan kesungguhan PAS untuk berkhidmat kepada rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Sebagai sebuah parti Islam yang terbesar, berpengalaman luas dan semakin bertapak dalam negara, PAS harus tampil sebagai parti terulung yang menyelamatkan negara daripada kedurjanaan Umno-Barisan Nasional.

Pemimpin dan perwakilan PAS dari seluruh negara, harus membuka minda mereka seluas-luasnya dan harus memuhasabah diri, memikirkan apakah ciri-ciri yang melayakkan mereka menjadi penyumbang kepada peneraju perubahan dalam negara.

Sesungguhnya keberadaan PAS dalam negara ini, bukan untuk menjadi parti yang menumpang arus yang diciptakan oleh rakan seperjuangan, tetapi sudah sampai masanya PAS menjadi pemain utama yang mencipta arus rakyat.

Untuk itu, kepimpinan dan seluruh ahli PAS harus berganding bahu, bukan sahaja membentuk jati diri mereka sebagai muslim yang komited dengan sahsiah yang unggul, malah harus mempunyai elemen-elemen yang dikagumi rakyat keseluruhannya.

PAS wujud untuk memartabatkan Islam, memperjuangkan keadilan dan kesaksamaan, bukan untuk dalam kalangan PAS sahaja, tetapi ianya untuk seluruh rakyat Malaysia.

Dalam menghadapi pemilihan kali ini, seluruh perwakilan harus meletakkan keutamaan menyediakan PAS, untuk terus memainkan peranan utama dalam pentas politik negara bersama Pakatan Rakyat.

PAS harus semakin memperkukuhkan kerjasama dengan parti-parti KeADILan dan DAP. PAS harus ke hadapan dalam menjalim hubungan dengan NGO, khususnya dari kalangan bukan Melayu, bukan Islam.

Untuk mendepani cabaran ini, untuk meletakkan PAS terus unggul di persada politik negara, PAS harus membentuk agenda perjuangannya sesuai dengan aspirasi rakyat.

Agenda yang menepati kehendak atau aspirasi rakyat adalah suatu agenda yang meletakkan keutamaan memberi khidmat terbaik kepada seluruh rakyat dengan adil dan saksama tanpa memilih warna kulit, kaum mahu pun agama.

Rakyat mahu melihat terus melihat bagaimana kerajaan negeri yang diterajui PAS di Kelantan, sepenggal di Terengganu dan kini di Kedah, mengamalkan dasar negara berkebajikan mengikut kehendak Islam.

Keadilan Islam yang diterajui perjuangannya menerusi PAS harus dilaksanakan, ditawar dengan sebaik-baiknya agar seluruh rakyat Malaysia memahaminya.

Apabila rakyat sudah faham dan menikmati kebaikan dan kebajikan berasaskan Islam, sekali gus sebarang persepsi buruk terhadap Islam itu sendiri akan dapat dihapuskan.

Dengan penghapusan jurang ini, ia semakin mendekatkan PAS dengan rakyat. Perjuangan PAS adalah untuk semua. Untuk memperjuangan hak semua rakyat pemimpin PAS harus dekat dihati rakyat.

Maka perwakilan Muktamar PAS kali ini mempunyai peranan yang amat besar. Iaitu memilih pucuk pimpinan dan menetapkan agenda yang mampu memartabatkan PAS ke tahap yang lebih unggul.

Moga-moga perjuangan Islam yang dibawa PAS akan diterima dan diiktiraf, serta meletakkannya sebagai peneraju unggul dalam Kerajaan Pusat bersama Pakatan Rakyat pada PRU akan datang.

Selamat bermuktamar!

Pas tidak berganjak dari dasar Islam

1 Rejab 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM : Jun - Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa malam ini menegaskan bahawa parti itu sama sekali tidak akan berganjak daripada prinsip asalnya berteraskan al-Quran dan hadis walaupun menjadi sekutu kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Katanya, penegasan itu sudah termaktub amat jelas dalam perlembagaannya bahawa dasar perjuangan Pas adalah Islam.

''Inilah manhaj dan main essence yang telah digariskan oleh Rasulullah SAW yang kemudiannya diikuti para sahabat, direntasi dengan gigih oleh para mujahid dakwah dalam era negara bangsa moden masa kini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat, di sini.

Nasharudin yang akan mempertahankan jawatan Timbalan Presiden pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-57 Jumaat ini, turut menyeru ahli-ahli Pas menolak sebarang amalan politik berlandaskan matlamat menghalalkan cara yang cuba diserapkan ke dalam parti berkenaan.

''Pas sebagai sebuah parti politik Islam akan terus memainkan peranan utamanya meletakkan al-Quran, sunah, ijmak dan qiyas sebagai sumber sahih rujukan dan dasar perjuangannya dengan berteraskan kepada akidah ahli sunnah wal jamaah.

''Amalan syura yang berkesan pula akan membantu pimpinan mengemudi organisasi dengan cekap dan mendapat keredhaan Allah SWT.

''Gabungan tenaga di antara barisan pimpinan yang bijak dan pengikut yang setia di bawah manhaj yang tersusun kukuh akan menghasilkan natijah yang diharapkan dan bakal melahirkan Jundullah yang dinanti-nantikan," katanya.

Oleh itu tegas beliau, sebarang usaha yang dilakukan di luar kaedah-kaedah tersebut harus ditolak dan tidak dapat diterima sebagai amal-amal Islam.

''Ini kerana bagi kita yang mendukung Islam, 'tujuan tidak menghalalkan cara' politik ala-Machiavelli adalah haram dan tidak dapat diterima langsung. Kita mesti berani, bijak dalam berjuang kerana kebenaran dan kita menolak apa-apa yang batil dan mungkar walaupun daripada anggota dan jemaah kita sendiri," katanya.

Beliau berkata, ahli-ahli Pas juga mesti berani melakukan transformasi diri, tidak kira di peringkat mana pun mereka berada.

Dalam ucapan yang bertajuk 'Memantapkan Dan Mengemudi Jemaah Ke Arah Kejayaan', Nasharudin yang turut memaparkan hasrat pembangkang untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang menegaskan, ahli-ahli Pas perlu bersedia mengubah minda rakyat jelata.

''Kita mesti bersedia mengubah minda rakyat untuk benar-benar memahami misi kita dan apakah bentuk landskap politik yang akan kita bina jika kita berjaya menguasai Parlimen," katanya.

Oleh itu tegas beliau, Pas perlu mencari kaedah terbijak untuk melakukan transformasi kepada rakyat yang bakal mengubah kerajaan sedia ada dengan menyebelahi pakatan pembangkang.

Utusan Malaysia/-

Hanya satu puak dalam PAS

1 Rejab 1432H. [MOD] -

Sebuah akhbar harian Inggeris asyik sahaja menggunakan istilah 'puak Erdogan' bila merujuk kepada sekumpulan pemimpin PAS yang bukan ulama. Nama ahli-ahli 'puak Erdogan' ini pun ada disenaraikan dalam akhbar harian tersebut.

Para pemberita akhbar harian Inggeris ini menulis bahawa kononnya puak ini adalah agresif dan mempunyai matlamat dan halatuju yang berlainan dari puncak pimpinan parti PAS seolah-olah puak ini adalah satu puak baru yang wujud untuk mengancam cara pentadbiran dan organisasi dalam PAS.

Sebagai pemerhati politik selama lebih dari dua dekad, saya disini ingin mengatakan bahawa perjuangan PAS adalah konsisten dan tidak pernah berganjak dari perlembagaannya cuma sekarang pendekatannya adalah berlainan sedikit iaitu bersesuaian dengan era Politik Baru yang merangkumi perjuangan untuk keadilan bagi semua pihak tanpa mengira agama atau bangsa.

Oleh itu, tidak wujud sama sekali 'puak Erdogan' dalam PAS tetapi hanyalah golongan profesional yang bukan ulama. Golongan profesional ini mempunyai idea-idea baru yang kukuh untuk memantapkan parti supaya PAS dapat meraih sokongan dari semua lapisan masyarakat dan idea-idea baru ini adalah perlu dan relevan untuk perjuangan PAS pada masa kini.

Pada masa ini apabila BN kuat memainkan sentimen perkauman, parti PAS lah yang merupakan parti yang berani mengambil langkah untuk memadamkan api sentimen perkauman dan meredakan keadaan.

Dalam isu penggunaan kalimah Allah dan peristiwa-peristiwa yang berlaku selepas keputusan Mahkamah Tinggi tersebut, PAS telah berani menonjolkan pendirian yang teguh berasaskan kepada ajaran Islam sementera pihak UMNO diam membisu seribu bahasa.

Dalam zaman perjuangan PAS kali ini dimana PAS berjuang bersama dengan PKR dan DAP atas wadah Pakatan Rakyat, perwira-perwira PAS digalakkan menggunakan idea-idea baru yang innovatif untuk menghadapi cabaran yang semakin sengit dari pihak musuh dimana fitnah dan politik durjana digunakan oleh pihak musuh dengan sewenang-wenangnya.

Untuk mengharungi cabaran ini, pemimpin-pemimpin PAS, ahli-ahli dan penyokong serta rakan-rakan PAS mestilah sama-sama menyumbang idea dan menggembeleng tenaga, tidak kira dari kumpulan ulama ataupun bukan ulama.

Janganlah terpedaya dengan media arus perdana yang hanya bertujuan melaga-lagakan para pemimpin dalam PAS kerana itulah hasrat terpendam mereka.

Rakyat Malaysia mestilah tahu bahawa hanya wujud 1 puak sahaja dalam PAS, iaitu puak yang akan bekerja bertungkus-lumus untuk menjadikan BN sebagai puak pembangkang.

Justeru itu, harapan saya adalah supaya pemimpin-pemimpin ulama dan profesional sama-sama akan diberi peluang untuk mengetuai bala tentera di medan pertempuran Pilihanraya Umum Ke-13 nanti.

PANAH HIJAU
Harakahdaily/-

Ulasan :

Saya sangat bersetuju dengan tulisan panan Hijau diatas, semuga ia menjadi asas ucapan yang akan diucapkan oleh semua pendokong PAS bila ada yang mengungkitkan isu tersebut lagi. Tegaskan kami PAS hanya ada satu puak iaitu puak yang akan pastikan BN jadi pembangkang.

Menjejak mangsa culik Mohd Nazarudin Saidin: Dr Abu nama misteri

1 Rejab 1432H. [MOD] -
PERKAMPUNGAN nelayan di Pulau Jolo, Filipina.
Lelaki dakwa jadi orang tengah dengan pihak penculik di Zamboanga

USAHA menjejaki rakyat Malaysia, Mohd Nazarudin Saidin yang diculik ketika mencari cicak tokek atau gecko di selatan Filipina berjaya menemukan saya dan jurugambar, Datu Ruslan Sulai dengan beberapa orang hubungan di Zamboanga yang kemudian cuba mengatur supaya kami dapat menemui kumpulan penculik itu.

Namun, kami hanya diberikan nombor telefon seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Dr Abu, iaitu suatu yang lazim digunakan kumpulan bersenjata untuk merujuk kepada kumpulan Abu Sayyaf yang dianggap sebagai sayap pergerakan al-Qaeda di Filipina.

Kumpulan penculik yang dipercayai turut dianggotai anggota kumpulan PSP, sebuah kumpulan yang kuat dengan pegangan agama itu dikatakan mempunyai kaitan dengan kumpulan yang diketuai oleh Albahsy Misaya, yang ada kaitan dengan al-Qaeda.

Dalam perbualan itu, Dr Abu enggan membenarkan kami menemui Mohd Nazarudin atau menyatakan lokasi mereka kerana bimbang kami akan membocorkan maklumat kepada pihak berkuasa.

“Cukup untuk anda mengetahui Nazarudin kini berada dalam tangan kami. Beritahu keluarga dia keadaannya baik,” katanya dalam bahasa Inggeris dalam loghat tempatan.

Namun, saya dan penterjemah, Amran Mahalan cuba memujuknya bagi mendapatkan peluang menemui Mohd Nazarudin serta merakam gambarnya, tetapi Dr Abu menyatakan mereka akan mempertimbangkan permintaan itu dan kami mungkin diperlukan membayar kos tertentu untuk bertemu mangsa.

Sebelum itu, beberapa pihak di Zamboanga yang ditemui, memberikan maklumat bahawa Mohd Nazarudin mungkin diculik oleh kumpulan yang diketuai oleh Albahsy Misaya.
Matlamat utama kami menghubungi mereka ialah untuk mengesahkan kenyataan Ketua Superintendan Direktorat Operasi Polis Bersepadu Mindanao Barat, Felicisimo Khu, yang mengesyaki Mohd Nazarudin ditahan di sekitar kampung Barangay, Buansa, Jolo oleh kumpulan itu.

“Berpandukan maklumat risikan tentera, kali terakhir kumpulan itu dikesan ialah di kampung berkenaan,” katanya.

Bagaimanapun, kumpulan yang ditemui tidak dapat mengesahkan maklumat itu kerana mereka juga tidak pasti kebenarannya. Namun, laporan media sebelum ini menyatakan, Alhabsy Misaya ialah salah seorang pemerintah dalam kumpulan Abu Sayyaf dan dikatakan bertanggungjawab melakukan berapa serangan bom di Jolo tahun lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Indanan, Ketua Inspektor Mohammad Khan Kamlon, berkata penculik dipercayai menuntut wang tebusan sebanyak 80 juta peso (kira-kira RM5.6 juta) sebagai tukaran membebaskan tebusan dengan wang pendahuluan yang perlu dibayar sebanyak lima juta peso (RM350,000).

Mohd Nazarudin diculik pada tengah malam 8 Mei lalu, ketika sedang tidur bersama rakannya, Abdul Ghafar Akkirulla di sebuah rumah, di Idanan, Jolo. Mereka ke kawasan berkenaan untuk mencari cicak tokek atau gecko yang mendapat harga tinggi di pasaran gelap.

Bekas isteri Mohd Nazarudin, Mazlina Mohamad, sebelum ini berkata, mangsa ke Filipina untuk mendapatkan cicak untuk dijual kepada pembeli luar, tetapi ditahan lanun ketika di Jolo.

Berita Harian/-

Fatwa tegah bina tugu 1Malaysia

1 Rejab 1432H. [MOD] -

Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berpendapat tindakan kerajaan membina tugu “1Malaysia” adalah ditegah kerana ia mengandungi unsur penghormatan, yang dikhuatiri boleh menjurus kepada pemujaan al-Ansab (berhala).

Menurut fatwa itu, tegahan itu dibuat berdasarkan ayat 90 dalam surah al-Maidah yang menyebut bahawa arak, judi dan menyembah berhala adalah amalan syaitan dan mestilah ditegah.

Tegahan ini juga berdasarkan kaedah Sadd al-Zara'i (menutup pintu kemudharatan) bagi memelihara kemurnian akidah, sebagaimana larangan Nabi Muhammad terhadap tindakan sahabat yang ingin menjadikan pokok Zat Anwath sebagai tempat berkumpul.

"Selain daripada itu kewajaran tegahan ini juga dilihat dari sudut pembaziran yang diharamkan oleh Islam," kata Mufti Perlis Dr Juanda Jaya.

Malaysiakini/-

Muktamar Tahunan PAS: 650 Perwakilan Pemuda Mula Mengundi

1 Rejab 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM: Proses pengundian bagi pemilihan Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat bagi sesi 2011-2013 bermula pada pukul 10 pagi Khamis.

Seramai 650 perwakilan menunaikan tanggungjawab masing-masing bagi memilih kepimpinan Pemuda PAS yang baru.

Tempoh pengundian berlangsung selama sejam dan akan berakhir pada pukul 11 pagi.

Pada pemilihan kali ini, Nasarudin Hassan Tantawi diumumkan menang tanpa bertanding dan mempertahankan jawatan tersebut bagi penggal kedua sejak tahun 2009.

Bagaimanapun bagi jawatan Timbalan Ketua menyaksikan saingan empat penjuru antara penyandangnya Azman Shafawi dengan Pengarah Pilihan Raya Pemuda, Firdaus Jaafar; Ketua Penerangan, Suhaizan Kaiat dan Exco Pemuda, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Sementara bagi jawatan Naib Ketua menyaksikan saingan dua penjuru antara Nasir Zakaria dan Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaakob.

mStar/-

Haji Subky dipilih sebagai Tokoh Pemuda

1 Rejab 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM, 2 Jun: Penulis terkenal, Haji Subky Latif dianugerahkan sebagai Tokoh Pemuda memandangkan sumbangan besarnya kepada PAS khususnya dewan pemuda.

Ketika peralihan bentuk kepimpinan PAS pada 1987 yang digagaskan oleh dewan pemuda dalam muktamar di Pulau Pinang, Subky adalah Setiausahanya.

Beliau juga pernah diamanahkan sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat dalam tempoh lama sejak 1995 lagi.

Sehingga kini, beliau masih lagi menulis artikel menarik dan diminati ramai di dalam akhbar rasmi PAS, Harakah sejak mula ditubuhkan pada 1980.

Upacara ini adalah sebahagian dari majlis gilang gemilang yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), dekat sini dihadiri hampir 700 perwakilan pemuda dari seluruh negara.

Perasmian muktamar ini turut disaksikan oleh rakyat Malaysia di seluruh dunia di mana sahaja mereka berada yang boleh diikuti melalui capaian internet.

Majlis dimulakan dengan bacaan Ayat-ayat Suci Al-Quran yang disampaikan oleh anak lelaki Speaker Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud, 12, yang merupakan johan di peringkat Asean.

Turut hadir dua Naib Presiden PAS, Haji Salahuddin Ayub, Datuk Mahfuz Omar dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Ketua Dewan Muslimat Pusat, Ustazah Nuridah Salleh, AJK-AJK PAS Pusat termasuk Pesuruhjaya PAS negeri.

Dua tayangan multimedia menarik perhatian seluruh hadirin dengan memaparkan kembali program pemuda sepanjang tahun terutamanya demontrasi jalanan Bersih dan PPSMI.

Menariknya bila terpapar Ustaz Nasrudin yang berbadan besar menaiki motosikal yang disifatkan paling kecil dalam dunia; sehingga semua hadirin tergelak seketika.

Dalam majlis ini juga, ramai tokoh-tokoh yang menjadi idola orang muda diberikan anugerah khas kerana kesanggupan mereka bersama dengan pemuda dan menyemarakkan kegiatan bersama.

Antara mereka adalah Dr Abdul Bassit Abdul Rahman (Akademik), Ustaz Azhar Idrus (Ustaz), Radhi Mat Din (bolasepak), Bob Lokman (Selebriti), Yaasin Said (permotoran) dan Datuk Misbun Sidek (badminton, tidak dapat hadir).

Hari ini (2 Jun) akan berlangsung sesi membahaskan ucapan dasar ketua pemuda oleh perwakilan dari seluruh negara dan tamat pada jam 7 petang.

Sementara itu pagi ini juga, Dewan Muslimat PAS Pusat pula akan mengadakan Muktamar Tahunan ke-51 di Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK, bermula jam 8 pagi.

Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Di masa sama, Dewan Ulamak PAS Pusat akan mengadakan muktamarnya di Taman Melewar.

Setelah itu, Muktamar PAS Pusat kali ke-57 akan bermula pada 3 Jun dengan ucapan dasar dan perasmian oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan selesai pada 5 Jun dengan ucapan penggulungan, juga oleh presiden.

Harakahdaily/-
Oleh : Ismail Hashim

Pemuda PAS : Tolak Politik Perkauman, Serangan Peribadi

1 Rejab 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 2 JUN : Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP) menyeru semua pencinta Islam khususnya ahli PAS dan golongan muda supaya menolak pendekatan politik kotor yang menjurus kepada sifat perkauman menebal dan serangan peribadi.

Sebaliknya budaya politik di Malaysia memerlukan anjakan paradigma ke arah budaya politik yang lebih bermoral dan berteraskan kepada ilmu yang disertakan fakta dan hujah yang lebih jujur dan telus.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan menyatakan budaya politik jijik yang sedang berlaku di Malaysia bukanlah sesuatu perakra yang sihat sebaliknya hanya membawa kepada kemunduran negara.

“Melalui agenda politik terancang, episod politik perkauman terus disuburkan melalui kenyataan pemimpin UMNO, laporan provokatif media perdana dan tuduhan melulu para cybertroopers upahan mereka sebagai modal Barisan Nasional dalam mempertahankan survival politik mereka,” katanya.

Muktamar Dewan Pemuda PAS kali ke-52 dengan tema ‘Memimpin Kebangkitan Anak Muda’ dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Md Isa berlangsung di Auditorium Majlis Bandaran Shah Alam (MBSA).

Beliau ketika menyampaikan ucapan dasar menyelar usaha mempertahankan kandungan kursus Biro Tata Negara (BTN) yang bersifat menghasut dan memupuk pandangan terhadap kaum bukan Melayu yang lain.

“BTN telah diberikan peruntukan besar sebagai contoh pada tahun 2009, sebanyak RM 72juta, seringkali digunakan bukan sahaja untuk menghasut supaya membenci kaum bukan Melayu tetapi juga menyuburkan fitnah terhadap pemimpin Pakatan Rakyat.

“Kesan daripada propaganda terbabit rata- rata pemimpin Umno diperingkat nasional sehingga ke peringkat cawangan masih beranggapan kaum Cina dan India sebagai pendatang asing atau warganegara kelas kedua,” katanya.

Awal tahun ini negara dikejutkan dengan insiden pembakaran beberapa buah gereja ekoran beberapa kenyataan yang dibuat bersifat hasutan termasuk isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Selain itu kenyataan Pegawai Khas Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar yang menghina kaum Cina sebagai menjual tubuh dan kaum India sebagai pengemis dalam ucapan Seminar 1Malaysia di Melaka.

Nasharudin menambah, apa yang lebih dikesalkan adalah peranan yang dimainkan oleh agensi kerajaan yang berkaitan dengan agama yang tidak bertindak di bawah peruntukan yang sedia ada dalam usaha menyekat budaya politik jijik.

“DPP mempersoalkan ke mana perginya agensi kerajaan untuk bertindak terhadap mereka yang terlibat dalam mengamalkan budaya politik sebegini ? Mengapa sehingga hari ini tiada tindakan terhadap blogger atau penulis upahan yang terlibat secara langsung dalam penyebaran video perlakuan tersebut ?

“Lebih malang lagi tiada sebarang pendakwaan Qazaf terhadap mereka yang membuat tuduhan zina dan liwat terhadap individu tertentu seperti yang tersebar di media. Mengapa mereka diam membisu sejuta bahasa? “ katanya.

Ujar beliau lagi, kegagalan kerajaan Barisan Nasional dalam menangani beberapa perkara sensitif yang menyentuh beberapa perkara yang meilbatkan kaum di Malaysia membuktikan kegagalan BN dalam membawa perpaduan di Malaysia.

Perasmian Muktamar DPP kali ini dihadiri hampir 1000 orang perwakilan yang turut disertai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dan tetamu khas Ketua Biro Ekonomi dan Bajet Palestin, Dr. Jamal Thallab Nassar.

Tv Selangor/-

Wang Ehsan mula diguna untuk pancing undi

1 Rejab 1432H. [MOD] -

KOTA BHARU, : Kerajaan negeri Kelantan perlu bersedia dengan serangan Wang Ehsan apabila ia mula diedarkan untuk 'memujuk' rakyat Kelantan agar menyokong Barisan Nasional.

Pelbagai program mula dikesan di Kelantan, Wang Ehsan yang dikatakan berjumlah RM20 juta itu mula digunakan untuk memancing undi.

Di Tumpat, Adun BN Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar menggunakan Wang Ehsan untuk memancing undi para pelajar yang mendapat tawaran masuk ke UiTM.

Pelajar bersama dengan ibu dan bapa mereka dipanggil menerima Wang Ehsan itu di samping mendengar ucapan dari beliau.

Wang Ehsan adalah wang hasil royalti petroleum yang sepatutnya diserahkan Petronas kepada kerajaan negeri Kelantan sebagaimana yang termetri dalam perjanjian antara kedua-dua pihak dahulu.

Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapha Mohamad memaklumkan, rakyat Kelantan akan menerima Wang Ehsan sebanyak RM20 juta untuk permulaan ini.

Menurut sumber, setiap pelajar diberikan RM500 dalam majlis yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Wakaf Bharu pada 17 Mei lalu.

Yang menariknya, walaupun beliau Adun Pengkalan Kubor tetapi Wang Ehsan digunakan oleh beliau untuk seluruh kawasan Tumpat kerana SMK Wakaf Bharu bukannya dalam Dun Pengkalan Kubur yang diwakili beliau.

Wan Zahidi adalah Ketua Umno Bahagian Tumpat.

Surat memanggil para pelajar yang mendapat tawaran itu juga menunjukkan ia digunakan sepenuhnya untuk kepentingan BN bukannya atas nama peribadi beliau sebagai Adun.

Ini kerana, logo BN jelas sekali di atas surat itu (gambar atas).

Menurut seorang bapa kepada pelajar itu, anak beliau telah ditemani isteri beliau telah ke SMK Wakaf Bharu 17 Mei lalu dan menerima Wang Ehsan itu.

Harakahdaily

PAS Dan Pakatan Rakyat Harus Bersatu Jangan Mendengar Hasutan BN

1 Rejab 1432H. [MOD] -

Antara usul yang perlu PAS bincangkan dalam muktamar kali ini adalah
PAS sepatutnya diberi peluang bertanding dalam kawasan yang berbilang
kaum dan jangan hanya bertumpu di kawasan Melayu Islam sahaja.

Rakan dalam Pakatan seharusnya sama-sama memberi sokongan dan kerjasama
dalam usaha ini lebih-lebih lagi dalam negara Sarawak yang
masyarakatnya berbilang kaum.

Kita mahu membuktikan yang Pakatan Rakyat ini betul-betul Pakatan yang bukan perkauman dan ekstrimis seperti dakwaan BN.

PAS sepatutnya menggunakan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) sebagai
jambatan atau perhubungan antara kaum. PAS juga perlu membuktikan
bahawasanya PAS boleh diterima oleh semua golongan tanpa mengira
kaum,agama dan juga fahaman politik

PAS boleh mengembangkan pengaruhnya ke semua kawasan bandar dan luar
bandar sekiranya peluang yang ada digunakan sebaik mungkin seperti
memberi penerangan kepada orang Islam dan bukan Islam tentang keadilan
dan kebaikan dalam Islam yang mereka perolehi sekiranya diberi peluang
memerintah Malaysia.

PAS dan Pakatan Rakyat harus berhati-hati dengan propaganda Umno/BN,
mereka berusaha untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat agar usaha kita
untuk menawan Putrajaya akan menemui kegagalan.

Pakatan Rakyat harus belajar dari kesilapan dan kegagalan Pakatan
Rakyat Sarawak semasa pilihanraya umum negeri Sarawak yang lalu dimana
usaha BN berjaya menggagalkan usaha Pakatan menawan Sarawak dengan
menghasut dan mengadu domba Pakatan Rakyat seperti kononnya salah
sebuah parti dalam kompenan Pakatan Rakyat ditaja oleh BN.

Apabila sesetengah daripada kita terpengaruh dengan hasutan BN maka berlakulah
perebutan kerusi dan akhirnya Pakatan Rakyat Sarawak gagal untuk
menawan Sarawak disebabkan mendengar atau terpengaruh dengan hasutan
dan propaganda BN.

Sekarang mereka berusaha lagi untuk menghancurkan perpaduan Pakatan
Rakyat dengan mengadu domba parti-parti dalam Pakatan. Awas BN ini
macam perangai Setan yang suka melihat kehancuran perpaduan dalam
Pakatan Rakyat sebab itu hari-hari media propaganda mereka akan
berusaha untuk menghasut dan memecahbelahkan Pakatan Rakyat.

Akhir sekali hanya dengan system dua parti saja Pakatan Rakyat boleh
mengambil alih kuasa dari BN. Sekiranya kita berpecah belah sampai
bila-bila pun parti pembangkang dalam Malaysia ini sukar untuk
mengambil alih kuasa dari BN.

Semoga dengan perpaduan dan kerjasama yang kukuh dalam Pakatan Rakyat
dalam PR13 nanti akan menjadikan Umno/BN mudah ditumbangkan seterusnya
Malaysia akan diperintah oleh Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia akan
hidup lebih aman dan selamat dari gejala rasuah dan penindasan yang
mereka alami selama ini.

PAS dan Pakatan Rakyat berjuang untuk kebajikan rakyat dan adil untuk semua
Semoga usaha Pakatan Rakyat kali ini berjaya dengan izin Allah. Insya-Allah

Jofri Jaraiee
YDP PAS Miri merangkap Timbalan Pesuruhanjaya PAS Sarawak

Najib Silap Potong Subsidi Tanpa Jaringan Keselamatan Rakyat

1 Rejab 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 2 JUN : Jaringan keselamatan sosial harus diberi keutamaan sebelum kerajaan bertindak menarik subsidi bersabit keperluan asas termasuk makanan menurut Pengarah Komunikasi FOMCA, Yusuf Abdul Rahman.

Ini kerana fokus harus diberikan kepada melindungi golongan berpendapatan sederhana dan rendah termasuk pelajar agar tidak terbeban dengan kos sara hidup yang melambung tinggi secara mendadak.

Bercakap dalam satu wawancana khas bersama Tv Selangor, Yusuf menjelaskan perancangan kerajaan untuk memberikan rebat tunai kepada masyarakat berpendapatan rendah masih belum dilaksanakan.

Namun pemerintah sebaliknya mengumumkan penarikan subsidi terlebih dahulu, satu langkah yang dilihat oleh Fomca sebagai "kurang rasional."

"Kita amat berharap sekiranya kerajaan (mahu) melakukan penyelarasan subsidi itu, maka dari segi sistem jaringan keselamatan sosial harus dilaksanakan terlebih dahulu.

"Kalau kita lihat ramai golongan miskin dan ibu tunggal yang masih mengalami kesukaran bersabit kenaikan harga barang, tetapi kita tidak nampak perancangan yang dilakukan kerajaan bagi membantu mereka," jelas beliau.

Isnin lalu kerajaan pimpinan Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan kenaikan tarif elektrik sebanyak 7.12 peratus bagi penggunaan lebih daripada 300 kWj.

Putrajaya memberi alasan penarikan subsidi itu bertujuan merasionalisasikan subsidi bagi tujuan mengurangkan defisit negara.

Namun kerajaan Najib itu dikecam kerana terus mengekalkan subsidi Penjana Kuasa Bebas (IPP) sebaliknya menarik subsidi untuk rakyat.

Yusuf turut menegur langkah memotong subsidi dibuat sebelum soal prasarana lengkap umpamanya sistem pengangkutan ditangani.

Sistem pengangkutan awam yang berkesan akan membolehkan orang ramai mengurangkan perbelanjaan harian apabila tidak lagi bergantung kepada kenderaan sendiri untuk urusan harian.

Yusuf juga memberi contoh rata-rata rakyat negara di Hong Kong dan Singapura tidak merasai beban kenaikan petrol memandangkan prasarana kemudahan awam yang lengkap meliputi sebahagian besar bandar di negara itu.

Justeru katanya, kesan langsung memperlihatkan peratusan pendapatan lebih guna rakyat meningkat sekaligus dapat mengimbangi kos sara hidup yang semakin meninggi.

"Malah (di Hong Kong) kalau mereka tidak berkemampuan ada laluan bawah tanah yang menghubungkan ke bahagian bandar dalam keadaan selesa.

Itu sebenar prasarana yang perlu dilakukan kerajaan bagi memastikan bahawa keadaan yang berlaku diperingkat global tidak memberi kesan (kepada rakyat)," kata beliau lagi.

Tv Selangor/-

Muktamar : Pertegaskan PAS sudah bersedia dengan PR ke Putrajaya.

29 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KENYATAAN MEDIA,
Pejabat Ketua penenrangan PAS Perak

Muktamar PAS Pusat kali ke 57 yang akan bermula pada esok hari dengan majlis perasmian yang akan disempurnakan dengan Ucapan Dasar Presiden merupakan satu muktamar yang penuh bersejarah dan memberi impak yang besar kepada landskap politik tanah air dalam keadaan rakyat Malaysia menunggunya Parlimen Malaysia dibubarkan dan memberi peluang kepada rakyat untuk memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan dan meletakan BN sebagai pembangkang.

Tahniah dan penghargaan kepada segala persiapan telah dilakukan oleh Panitia Muktamar bagi memastikan kelancaran perjalan muktamar yang kembali ke Taman Melewar yang sarat dengan kenangan dan sejarahnnya tersendiri.

Muktamar Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat telah bermula sejak malam tadi dengan Majlis Perasmian dan berlanjutan sehingga hari ini dan Muktamar Dewan Ulamak berlangsung pada hari ini sehingga lewat petang ini.

Sesuatu yang diharapkan oleh banyak pihak khususnya dari semua pendokong PAS dan Pakatan Rakyat ialah kemampuan Muktamar PAS kali ke 57 ini untuk memberi satu pernyataan jelas adakah dalam Ucapan Presiden dan perbahasan oleh perwakilan tentang kenyataan yang jelas bahawa PAS sudah bersedia dengan PR untuk berada di Putrajaya.

Isu tersebut bagi saya perlulah sejelas dan perlu menjadi agenda muktamar utama sehingga menjadi pengukuh kepada kepercayaan dan harapan rakyat serta mencerminkan kekuatan PR yang ditunjangi oleh PAS bagi menyelamatkan Malaysia.

Segala perkara remeh temeh yang tidak berkait dengan agenda menjadikan BN sebagai pembangkang perlulah dilupakan sepanjang muktamar belangsung.

Segalanya telah bermula dalam Muktamar Pemuda dan Muslimat dan saya yakin akan sampai dikemuncaknya dalam Muktamar penuh 3 hingg 5 jun.

Gendang PRU ke 13 yang telah berbunyi semakin kuat semestinya telah membangkitkan semagat jihat dan daya juang seluruh petugas PAS dan PR dari tempat duduk dan posisi masing-masing.

Gendang PRU ke 13 berkebetulan dipalu dalam keadaan menjelangnya Muktamar PAS maka saya melihat sewajarnya palatform muktamar inilah tempat yang paling penting untuk digerakkan seluruh tenaga dan keupayaan PAS bagi mengembeling seluruh pimpinan disemua peringkat bagi memastikan BN diletakkan sebagai pembangkang selepas PRU ke 13 nanti.

Pemilihan PAS bagi saya tidak menjadi masalah dan saya tidak sedikitpun bimbang sekiranya ada dakwaan akan ada perpecahan. Pemilihan PAS ternyata adalah perubahan amanah kepimpinan dan jauh sekali menjadi tempat untuk jatuh menjatuh, memburukkan puka lawan apalagi mahu berpevah selepas memilih.

Saya yakin semua perwakilan akan menggunakan tahap kematangan yang tinggi bagi memilih siapakah pimpinan yang difikirkan baginya bagi memastikan saf Kepimpinan PAS sesi 2011-2013 untuk merelisasikan hasrat ke Putrajaya bersama Pakatan Rakyat.

Kenyataan media,
DRS. KHALIL IDHAM LIM,
PARIT BUNTAR,2 Jun 2011.

'Jangan hanya jadi 'yes man' kepada pemerintah'

1 Rejab 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM, 1 Jan: Selagi orang muda hanya menjadi 'yes man' terhadap apa yang dilakukan pemerintah, selagi itulah kerajaan BN akan terus bermaharajalela menindas rakyat untuk kepentingan mereka, kata Nasrudin Hassan.

Beliau mengingatkan demikian sewaktu memnyampaikan Ucapan Dasar Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat pada Muktamar dewan itu di sini malam ini.

Katanya, anak muda perlu berani menyatakan bantahan terhadap dasar yang mengainaya rakyat yang dibuat kerajaan.

Keberanian itu tegasnya harus diterjemah atas kertas undi pada pilihan raya umum nanti.

"Anak muda perlu berani untuk menterjemahkan hak sivil mereka untuk tidak menjadi ‘tukang angguk’ atau ‘yes man’ kepada segala apa yang dipercaturkan oleh pemerintah.

"Anak muda mestilah menterjemahkan kehendak mereka secara assertif melalui peti undi di bawah slogan bersama “undi untuk perubahan ke arah kesejahteraan”,katanya.

Untuk mencapai matlamat itu, beliau memberikan beberapa tugasan kepada pemuda PAS agar menyedarkan golongan belia bahawa mereka mempunyai peluang menegur kerajaan melalui undi.

Antaranya beliau mahu anak muda menjadi agen penyebar maklumat yang aktif melalui facebook, blog, twitter dan lain-lain.

Selain itu beliau menyeru agar anak muda menyuarakan inspirasi mereka secara kolektif melalui wacana dan forum serta membentuk ikatan (coalition) supaya suara mereka lebih didengari.

Di samping itu juga menyeru kerajan BN melihat bagaimana kesan kuasa kebangkitan anak muda di Timur Tengah termasuk di Tunisia dan Mesir sehingga kerajaan masing-masing dijatuhkan melalui jalan raya.

Kesan sama berlaku apabila anak muda bangkit pada pilihan raya Singapura baru-baru ini.

"Saya mewakili Dewan Pemuda PAS memberi peringatan kepada kerajaan yang memerintah, samaada kerajaan BN diperingkat persekutuan mahupun kerajaan Pakatan Rakyat di beberapa buah negeri termasuk Kelantan yang telah sekian lama ditadbir oleh PAS, supaya tidak memandang rendah kehadhiran generasi Milenium ini,"tegasnya.

Harakahdaily/-
Oleh : Nazri Abdullah

Muslimat: 'Tawan' pengundi, rakan dan musuh

29 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
Hazayani Zakaria

SHAH ALAM, 2 Jun: Muslimat PAS di semua peringkat diseru mempraktikkan segala ilmu dan kepakaran berkaitan pilihan raya yang diperoleh sebelum ini bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13.

Ketuanya, Nuridah Salleh berkata, sudah sampai masanya segala pengalaman yang diperoleh melalui kursus dan bengkel yang dianjurkan parti selain melalui 16 siri pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri Sarawak digunakan sebagai persedian akhir menghadapi PRU ke-13.

"Gendang PRU ke-13 sudah dipalu dan mulai hangat kedengaran ke seluruh pelusuk negara. Umno BN telah mula mengembar-gemburkan slogan-slogan “Satu Malaysia”, transformasi ekonomi dan sebagainya serta telah menabur janji-janji manis.

"Marilah kita tekadkan azam, kuatkan semangat, merancang dan melaksanakan gerak kerja PRU dengan penuh komitmen. Tiada alasan menasabah untuk kita masih bertangguh-tangguh.

"Kita memerlukan komitmen semua ahli-ahli PAS seluruhnya dan para muslimat adalah satu komponen penting jamaah kita dalam menguruskan gerak kerja bagi mencapai kejayaan," katanya sewaktu menyampaikan ucap tema di muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat kali ke-51, di Dewan Bankuet bangunan SUK Shah Alam, dekat sini hari ini.

Dalam ucapan bertema "Memimpin Perubahan, Meneraju Kebangkitan", Nuridah mensasarkan tiga golongan untuk 'ditawan' melalui tiga pendekatan sebagai persediaan PRU ke-13 iaitu, pertama; menawan hati pengundi-pengundi melalui penerangan dan dakwah berhikmah.

Menurut Nuridah, muslimat seharusnya telah turun padang mengenal pasti pengundi-pengundi, mendaftarkan pengundi-pengundi muda dari kalangan kita dulu, jiran tetangga dan rakan taulan termasuk menziarahi setiap rumah di bandar-bandar, pinggir-pinggir bandar, di setiap kampung dan desa menyeru dan meraih mereka agar memilih Islam yang syumul.

"Kita ketuk pintu-pintu hati mereka dengan penuh keinsafan dan kesedaran beragama serta keharmonian bermasyarakat. Kita jelaskan juga cita-cita perjuangan PAS – PAS For All – PAS untuk semua dan terangkan kepada mereka segala tawaran Pakatan Rakyat seperti yang tertera pada Buku Jingga," katanya.

Muslimat juga tegasnya harus menjelaskan perubahan dan pembaikan yang telah dilakukan terhadap negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat terutamanya peranan muslimat PAS khususnya dan wanita Pakatan Rakyat amnya dalam urusan pentabdiran kerajaan dengan menerajui portfolio yang mencabar seperti pelaburan dan perindustrian, pendidikan tinggi dan pembangunan insan di Selangor. Juga menerajui portfolio kesihatan, kebajikan masyarakat dan pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

Kedua; menawan hati rakan melalui ketulusan hati.

Nuridah berkata, bagi menawan hati rakan, semangat setiakawan bersama-sama rakan-rakan seperjuangan dalam Pakatan Rakyat, semua wanita ahli-ahli dan penyokong Dewan Himpunan Penyokong PAS, PKR, PSM dan DAP harus diperkukuhkan bagi berganding bahu melaksanakan strategi serta muafakat setempat.

"Fokuskan kepada kepentingan dan matlamat bersama dan kecilkan segala salah faham dan pekara titik-bengik yang menghalang kita dapat bergerak maju dengan penuh kesepaduan. Kejayaan Pakatan Rakyat adalah kejayaan kita bersama," katanya.

Ketiga; menawan hati lawan melalui strategi bijaksana.Nuridah menyeru seluruh muslimat mematuhi segala arahan pimpinan dalam melaksanakan strategi menghadapi pihak lawan dan tidak terburu-buru mengambil keputusan sendiri serta tidak menangguhkan sesuatu pelaksanaan.

"Contoh teladan para sahabat Rasulullah yang setia mematuhi segala arahannya. Ambillah tugasan yang kita ukur dengan kemampuan kita janganlah cemburu dengan kemampuan sahabat dan rakan seperjuangan. Juga kita perlu berani mencuba dan jangan ragu-ragu dengan segala keputusan yang telah dimuafakatkan," katanya.

Justeru ujarnya, seluruh muslimat samaada golongan muda atau veteran harus bersama-sama berjuang untuk kelangsungan parti tanpa ada sikap suka berlengah-lengah.

"Mari kita bergerak di dalam satu saf jamaah bersepadu secara terancang dan tersusun mengikut kemampuan kita dan terus mara ke medan jihad. Selagi kita tidak bermula dengan mengharapkan orang lain, selagi itu kita tidak akan mampu menahan gelombang dakyah kehidupan sekular yang membawa dosa dan kemaksiatan secara berseorangan," katanya.

Tambah beliau lagi, sudah tiba masanya muslimat mengurangkan atau meninggalkan terus segala aktiviti yang tidak bermanfaat sebaliknya menggunakan peluang dan ruang yang ada untuk membantu jemaah melawan Umno Bn.

"Masa untuk bersenang-senang, sembang-sembang di atas tangga, membeli-belah tanpa menghirau masa di pasaraya, bersantai-santai dengan teman membiar masa berlalu begitu saja, duduk berjam-jam di depan tv, melayari internet tanpa tujuan perlulah dihentikan segera.

"Masa untuk sibuk dengan agenda peribadi sahaja telah berakhir! Marilah kita bersama-sama turun padang mengharungi segala onak dan duri. Masa untuk kita terlalu singkat sedangkan terlalu banyak perubahan dan pembaikan yang perlu dilakukan. Kerana kematian dan pertemuan dengan Allah sangat hampir. Kita amat bimbang amanah yang dipikul ini tidak sempat ditunaikan dengan baik," katanya.

Harakahdaily/-

Sukar bangun Subuh? Ini tips nya

1 Rejab 1432H. [MOD] -

Sesungguhnya segala puji-pujian hanya layak bagi Allah Azza Wajalla, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Antara suasana yang membimbangkan berlaku kepada kebanyakan umat Islam pada hari ini ialah gejala meninggalkan solat Subuh dan meninggalkan solat Subuh berjamaah di Masjid.

Meskipun diketahui bahawa mengerjakan solat Subuh khususnya di Masjid secara berjamaah mempunyai kelebihan yang besar di sisi Islam dalam menjana kekuatan Iman namun kini ramai yang mengabaikannya. Malah di kalangan mereka yang mendokong perjuangan Islampun ramai yang kalah untuk bangun awal mengerjakan solat Subuh di Masjid.

Keadaan ini adalah berpunca dari sikap suka berjaga lewat malam samada kerana melakukan aktiviti seperti menonton televisyen, bersukan, makan-makan dan berbual kosong dalam perkara yang tiada manfaat. Inilah yang selalunya menyebabkan umat Islam berjaga hingga lewat malam hingga menyebabkan mereka terlepas keberkatan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW di awal pagi.

Jika kita lihat generasi umat Islam lampau mereka sangat mengambil berat soal tidur awal agar mereka dapat bangun lebih awal untuk melaksanakan ibadah dan seterusnya bekerja di awal pagi dengan perasaan yang segar dan sihat.

Oleh kerana itulah kehidupan generasi lampau di kalangan datuk, nenek dan moyang kita sentiasa sihat dan bertenaga di siang hari. Jarang sekali kita dengar mereka ditimpa penyakit atau tekanan perasaan seperti yang berlaku pada ramai orang pada hari ini. Oleh kerana itulah Nabi SAW bersabda:

اللَّهُمَّ بَارِكْ لِأُمَّتِي فِي بُكُورِهَا

Ertinya: “Ya Allah! Berkatilah ummat ku diwaktu paginya”. Hadis riwayat Ahmad

Bagi membantu sahabat-sahabat untuk bangun awal diwaktu pagi supaya dapat bertahajjud, solat sunat dua rakaat sebelum subuh dan solat subuh berjamaah di Masjid, di sini dinukilkan beberapa kaedah yang sedikit-sebanyak dapat membantu.

Kaedah membantu diri untuk mudah bangun pagi ialah:

1) Tidur awal:

Menjadi kebiasan mereka yang tidur awal akan bangun awal dan sebaliknya mereka yang tidur lewat akan bangun lewat. Oleh kerana itu adalah makruh hukumnya tidur sebelum solat Isyak dan berbual-bual kosong dan membuang masa selepasnya hingga menyebabkan tidur lewat. Namun begitu ada keadaan yang dikecualikan untuk tidur lewat sepertimana yang disebutkan oleh Imam Al-Nawawi dalam huraiannya kepada Sahih Muslim.

Katanya: Sebab dimakruhkan berbual-bual selepas solat Isyak ialah yang membawa kepada berjaga malam dan dibimbangi akan menyebabkan tertidur nyenyak hingga tertinggal qiamullail atau terlepas solat Subuh pada waktunya atau waktu yang afdhalnya dan adalah makruh berbual-bual selepas solat Isyak iaitu dalam perkara-perkara yang tiada kemaslahatan, adapun sekiranya pada perkara yang ada maslahat dan kebaikan maka tidaklah makruh, seperti mempelajari ilmu, membicarakan kisah orang-orang soleh, berbual dengan tetamu,

berbual dengan dengan ahli keluarga bagi mengeratkan hubungan dan menunaikan keperluan mereka, berbual dengan orang musafir bagi menjaga harta dan diri mereka, berbual dalam urusan mendamaikan antara manusia dan membantu mereka dalam perkara kebaikan, menyeru kepada kebaiakan dan mencegah kemungkaran, menunjukkan kepada kemaslahatan dan yang seumpamanya, semua itu tidaklah termasuk dalam perkara makruh”.

Bagi seorang Muslim yang perihatin dia berjaga malam adalah kerana aktiviti perjuangan dan ibadah dan bukannya kerana perbuatan lagho, dan jika sekiranya dia lewat tidurpun dia tetap berusaha dan memastikan bangun awal untuk ke Masjid solat berjamaah subuh.

2) Memelihara adab tidur:

Kunci kedua untuk mudah bangun di waktu subuh ialah memelihara amalan sunnah ketika tidur di waktu malam. Iaitu dengan berwudhuk, ketika di atas pembaringan duduk sambil menghimpunkan kedua-dua belah telapak tangan dan meniupkan ke atasnya selepas membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas kemudian di sapu keseluruh badan dan tidur dengan membaca doa sebelum tidur. Bagi mereka yang sukar bangun pagi, hendaklah memohon bantuan daripada ahli keluarga, kawan atau jiran bagi membantu menggerakkannya untuk bangun di awal pagi atau menyediakan jam loceng.

Bagi mereka yang sudah terbiasa bangun awal di waktu subuh selalunya tidak menjadi masalah untuk bangun awal kerana secara fitrah dia akan bangun pada masanya dan tidak perlu kepada faktor luaran untuk menggerakkannya kerana seolah-olah ia sentias dibantu oleh para Malaikat untuk bangun awal.

Kemudian setelah terjaga hendaklah membaca doa dan janganlah sekali-kali meneruskan tidur kerana ia akan membawa kepada terjaga lewat.

3) Memenuhkan dada dengan Iman dan ‘amal soleh:

Keimanan yang kuat adalah merupakan pendorong utama bagi seseorang melakukan sesuatu yang sukar. Mengerjakan qiamullail dan solat Subuh di Masjid adalah suatu amalan yang sukar dan ia tidak dapat dilakukan kecuali oleh mereka yang benar-benar yakin kepada janji kebaikan daripada Allah Taala. Justeru bagi meningkatkan keimanan dalam dada, seseorang itu hendaklah menambahkan amalannya dengan banyak melakukan kebaikan, kerana dengannya hati seseorang itu akan menjadi suci dan bersih yang memudahkan untuk suburnya Iman.

Sebaliknya hati yang kotor akan menjadi keras dan kekerasan hati adalah menjadi penghalang kepada seseorang itu untuk melakukan amal ibadah yang sukar seperti solat Subuh berjamaah di Masjid dan qiamullail. Hati boleh menjadi keras kerana dikotori oleh sifat-sifat mazmumah seperti hasad dengki, ujub dan riak atau disebabkan makan dari sumber yang tidak halal.

4) Menjauhi perbuatan maksiat:

Maksiat adalah penghalang bangun solat Subuh dan mengerjakannya di Masjid. Justeru hendaklah kita sentiasa menjauhi segala maksiat. Seperti yang berpunca daripada mata iaitu melihat perkara yang haram seperti melihat aurat wanita, samada melalui televisyen ataupun internet. Juga yang berpunca dari lidah iaitu perbuatan mengata orang, mengeji, mengumpat dan menabur fitnah. Juga yang berpunca dari telinga seperti mendengar hiburan-hiburan haram dan umpatan serta fitnah.

Mereka yang melakukan maksiat selalunya sukar untuk bangun solat Subuh atau ke Masjid kerana ia melemahkan naluri beramal soleh dan menghakis keyakinan kepada janji-janji kebaikan daripada Allah Taala. Mata, lidah dan telinga sepatutnya digunakan bagi melihat, membaca dan mendengar perkara kebaikan seperti al-Quran, al-Hadis, ceramah dan lain-lain.

5) Mengetahui kelebihan solat Subuh dan fadhilat mengerjakannya di Masjid
Hendaklah mengetahui kelebihan dan keistimewaan amalan solat subuh dan mengerjakannya di Masjid kerana dengan mengetahuinya barulah seseorang itu terdorong untuk berlumba melakukannya. Saidina Uthman bin ‘Affan r.a meriwayatkan bahawa beliau telah mendengar Nabi SAW bersabda:

مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا قَامَ نِصْفَ اللَّيْلِ وَمَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا صَلَّى اللَّيْلَ كُلَّهُ

Ertinya: Barangsiapa yang solat Isyak secara berjamaah seumpama bangun mengerjakan qiam separuh malam dan barangsiapa mengerjakan solat Subuh secra berjamaah seumpama dia solat keseluruhan malam”. Hadis riwayat Imam Muslim.

Ibnu Mas ‘ud r.a meriwayatkan telah diceritakan kepada Rasulullah SAW berkenaan dengan seorang lelaki yang tidur di malam hari sehingga terlajak waktu Subuh, maka baginda SAW bersabda:

ذَاكَ رَجُلٌ بَالَ الشَّيْطَانُ فِي أُذُنِهِ أَوْ أُذُنَيْهِ

Ertinya: Lelaki tersebut telah dikencing oleh syaitan di telinganya (atau kedua telinga). Hadis riwayat Imam Al-Bukhari.

Menurut Imam Al-Qurtubi kencing syaitan adalah kencing yang hakiki dan bukan hanya simbolik. Sebab itu ada kalanya kita boleh kenal mereka yang tidak solat Subuh kerana wajahnya yang suram akibat dari kencing syaitan, berbeza dengan merek yang bangun solat Subuh di awal pagi.

Kebesaran dan keagungan solat Subuh berjamaah di Masjid hendaklah dimasukkan ke dalam hati kerana ia akan menangkis bisikan syaitan yang selalu membisikkan rasa ringan meninggalkannya. Bagi para ulama dan ustaz pula hendaklah menanamkan rasa malu dan bersalah yang amat sangat jika tidak hadir solat Subuh berjamaah kerana dia adalah contoh ikutan orang awam.

6) Mengetahui kesan meninggalkan solat subuh@solat berjamaah subuh.

Antara punca jiwa menjadi lemah dan hilangnya banyak daripada kelebihan agama dan dunia ialah bangun lewat dan meninggalkan fardhu subuh. Oleh kerana itulah syaitan sentiasa cuba menghalang orang yang beriman untuk mendapatkan kelebihan di waktu subuh dengan menghalangnya daripada bangun tidur.

Nabi SAW bersabda: ((Syaitan mengikat/membelenggu tengkuk di kalangan kamu yang tidur dengan tiga ikatan. Dia memukul di atas ketiga-tiga ikatan (sambil berkata) : Malam masih panjang, teruskan tidur! Jika dia bangun lalu berzikir menyebut nama Allah Taala maka terungkailah satu iakatan, jika dia berwudhuk terungkailah ikatan berikutnya dan jika dia solat maka terungkailah semua ikatan. Maka pagi itu dia akan cergas dan baik jiwanya, jika tidak dia akan berpagi dalam keadaan jelek dan malas)). HR Al-Bukhari.

Waktu selepas solat Subuh adalah waktu yang penuh dengan kebaikan dan keberkatan, justeru Nabi SAW memelihara waktu tersebut iaitu memenuhkannya dengan zikir dan baginda selalunya selepas subuh terus duduk sambil berzikir sehinggalah terbit matahari, dan kemudian baginda solat dua rakaat Dhuha.

Amalan ini menjadi ikutan para ulama salafussoleh, antaranya ialah Imam Ibnu Taimiyyah yang turut melakukan amalan duduk berzikir selepas solat Subuh sehingga terbit matahari sepertimana yang dikhabarkan oleh muridnya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah.

Waktu selepas solat Subuh adalah saat banyaknya kebaikan dan keberkatan, kerana itulah Nabi SAW berdoa:

((اللَّهُمَّ بَارِكْ لِأُمَّتِيْ فِيْ بُكُوْرِهَا))
Maksudnya: Ya Allah berkatilah ummatku di waktu pagi! HR Al-Tirmizi.

Oleh sebab itu kita lihat mereka yang berjaya dalam urusan dunia mereka seperti berniaga, menternak atau bertani memulakan kerja mereka di awal pagi kerana rezki terbuka luas di waktu tersebut.

Begitulah juga dalam urusan akhirat waktu pagi adalah saat yang paling baik menambahkan amal ibadah. Oleh itu mereka yang mengsia-siakan waktu tersebut dengan tidur atau berehat-rehat sahaja sebenarnya telah mendapat kerugian dalam hidup mereka.

Di samping kelebihan dalam kerja dan ibadah, mereka yang bangun awal juga mendapat kebaikan dari sudut kesihatan kerana udara yang dihirup di waktu subuh adalah udara yang segar dan akan hilang kesegarannya apabila terbitnya matahari. Kesegaran udara di waktu pagi ini akan mencerdaskan otak, mendamaikan jiwa dan mencergasan fizikal.

7) Menjauhi sifat-sifat munafiq.

Kehadiran diri ke Masjid di waktu subuh adalah merupakan bukti kekuatan iman seseorang Muslim dan bebasnya diri dari sifat minafiq kerana ia adalah waktu paling sukar untuk melaksanakan ketaatan. Rasulullah SAW bersabda:

((إِنَّ أَثْقَلَ الصَّلَاةَ عَلَى المـُـنَافِقِيْنَ صَلَاةُالعِشَاءِ وَالفَجْرِ، وَلَوْ يَعْلَمُوْنَ مَا فِيْهِمَا لَأَتَوهُمَا وَلَوْ حَبْوًا))

Maksudnya: (( Sesungguhnya solat yang paling berat bagi mereka yang munafik ialah solat Isyak dan solat Subuh, kalaulah mereka tahu kelebihan kedua-duanya nescaya mereka akan datang melaksanakannya meskipun dalam keadaan merangkak)) HR Al-Bukhari dan Muslim.

Abdullah bin Mas ‘ud r.a berkata: “Engkau telah melihat kami dan tidak meninggalkannya (solat Subuh) melainkan munafiq yang dimaklumi sifat nifaqnya”. Riwayat Muslim, Abu Daud, Al-Nasai dan Ibnu Majah.

Ibnu Umar r.a pula berkata: “Apabila kami dapati ada lelaki yang tidak hadir solat (di Masjid) pada waktu fajar (Subuh) dan Isyak kami akan berburuk sangka terhadapnya”. Riwayat Al-Bazzar, Al-Tobrani dan Ibnu Khuzaimah.

Oleh itu jika anda mahu mengukur secara zahir iman seseorang maka ia boleh diukur dengan keadaan solat Subuhnya. Jika dia seorang yang sangat memelihara solat Subuh dan melaksanakannya secara berjamaah di Masjid maka ia menjadi bukti kepada kekuatan imannya. Namun jika sebaliknya, dia sangat malas berjamaah di Masjid waktu subuh maka itu adalah petanda imannya yang bermasalah serta kekerasan hatinya.

Ia juga menunjukkan ketundukannya kepada hawa nafsu dan kekalahannya kepada bisikan syaitan. Seseorang yang mampu bangun untuk pergi berjamaah di waktu Subuh adalah bukti kekuatan iman seseorang kerana dia telah menang dalam peperangan dengan hawa nafsu dan hasutan syaitan supaya terus tidur.

Bagi mereka yang terus tidur, apakah mereka berasa lebih seronok diulit mimpi di atas katil sedangkan ahli jamaah yang lain sedang beribadah dan mendengar bacaan Al-Quran di dalam solat di Masjid. Adalah menjadi satu kerugian yang besar bagi mereka yang tidak merasakan apa-apa kekurangan pada diri mereka sedangkan mereka terus jauh dari rahmat Allah Taala di waktu pagi.

Ust Zuridan Al-Teminie