27 May 2011

Keperluan pemimpin untuk semua kaum

24 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -


Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU-13) akan diadakan tidak lama lagi.  PAS disarankan untuk memainkan peranan yang lebih menonjol kali ini sebab kali ini tumpuan akan diberikan kepada pengundi kaum Melayu.

Pengundi kaum Melayu juga adalah golongan yang terbesar dan oleh itu peranan mereka sebagai mempunyai undi penentuan adalah betul dan benar.  Namun demikian, sokongan dari kaum bukan-Melayu tidak boleh diabaikan sebab sokongan mereka juga penting dan diperlukan di kawasan-kawasan Parlimen yang mempunyai demografi campuran.

Memandangkan situasi adalah sedemikian rupa, PAS harus menumpukan fokus mereka kepada isu-isu eknonomi selain daripada isu-isu agama.  Ini adalah sebab kaum Melayu juga merupakan golongan orang miskin yang terbesar di negara ini.  Isu-isu ekonomi ini boleh diketengahkan oleh ahli-ahli professional dalam PAS seperti Dr. Hatta Ramli, Dr. Dzulkefly Ahmad, Datuk Kamaruddin Jaffar dan Salahuddin Ayub.

Apabila rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu nampak bagaimana PAS cenderung untuk berjuang demi kebaikan rakyat bukan sahaja dari segi agama bahkan juga dari segi kehidupan di dunia harian, maka lebih ramai lagi orang (bukan sahaja orang Melayu bahkan juga orang-bukan Melayu) yang akan menyokong PAS.

Bukan sahaja isu perihal akhirat yang perlu diberi perhatian oleh PAS tetapi isu perihal dunia juga mesti dititikberatkan supaya rakyat boleh nampak dengan mata mereka sendiri bahawa PAS adalah sebuah parti yang prihatin.

Sebagai sebuah parti yang prihatin dan untuk dapat menarik sokongan dari semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama, PAS memerlukan pemimpin-pemimpin dari golongan ulama dan juga dari golongan professional untuk memacu parti ini ke masa depan yang lebih cemerlang.

Golongan ulama dan golongan professional mesti berganding bahu dan bekerjasama demi memantapkan kekuatan parti.

Pemimpin-pemimpin yang lantang bersuara juga amat diperlukan oleh PAS untuk menangkis serangan-serangan UMNO dan disini pemimpin-pemimpin seperti Datuk Mahfuz Omar, Ustaz Idris Ahmad, Khalid Samad, Khalil Idham Lim dan Mat Sabu adalah amat menyerlah.

Pemimpin-pemimpin PAS yang popular di kalangan orang bukan-Melayu juga diperlukan untuk menonjolkan PAS sebagai sebuah parti yang peramah terhadap semua bangsa dan di sini peranan ini boleh dimainkan oleh Nizar Jamaluddin, mantan Menteri Besar Perak yang selalu mendapat sambutan baik dari orang Cina semasa kempen pilihanraya kecil.  Selain dari Nizar, terdapat juga Dr. Mujahid Yusof, Dr. Lolo Ghazali dan Dr. Siti Mariah yang semuanya popular di kalangan orang-bukan Melayu di kawasan Parlimen mereka masing-masing.

Justeru itu, dapat dilihat bahawa PAS mempunyai ramai pemimpin yang cerdik, pintar, berwibawa dan berbakat dan diharap pemimpin-pemimpin ini semua dapat memainkan peranan yang besar dalam PRU-13 dan masa depan parti ini demi kebaikan rakyat dan negara. 

Semoga slogan 'PAS Untuk Semua' akan muncul sebagai satu slogan yang akan dapat dinikmati kesahihannya oleh rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat dan oleh itu saya harap pemilihan parti yang akan dilangsungkan di Muktamar kali ini akan memberikan peluang kepada pemimpin-pemimpin ini untuk sama-sama berjuang untuk Islam dan juga untuk rakyat seluruh Malaysia.

Semoga Tuhan akan memberi ilham kepada semua perwakilan PAS untuk membuat pemilihan dengan cara yang bijak, berhemah dan bertanggungjawab.

Ketua Muslimat: Nuridah dicabar Zailah

Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



KUALA LUMPUR, 27 Mei: Penyandang Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh menerima saingan sengit apabila turut ditentang Timbalan Ketua dewan itu Siti Zailah Mohd Yusof untuk jawatan nombor satu muslimat itu.

Untuk kerusi Timbalan Ketua pula, bakal menyaksikan perebutan antara AJK Muslimat Dr. Siti Mariah Mahmud dengan Wan Hasrina Wan Hassan.

Naib Ketua pula menyaksikan pertandingan empat penjuru antara penyandangnya Mumtaz Mohd Nawi, AJK Muslimat Mastura Mohamad, Dr. Najhatussolehah Ahmad dan Normala Sudirman.

Perkara tersebut diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini petang tadi.

Berikut adalah senarai penuh calon yang bertanding Dewan Muslimat PAS Pusat sesi 2011-2013.


KETUA 

1.    Nuridah Salleh, 
2.    Siti Zailah Mohd Yusof, YB

TIMBALAN KETUA 

1.    Siti Mariah Mahmud, Dr     
2.    Wan Hasrina Wan Hassan

NAIB KETUA

1.    Mastura Mohamad 
2.    Mumtaz Mohd Nawi, YB 
3.    Najhatussolehah Ahmad, Dr. 
4.    Normala Sudirman

AHLI  JAWATANKUASA KERJA

1.    Aida@Nurul Huda Yusof Rawa
2.    Aiman Athirah Al-Jundi
3.    Asiah Ali, Dr.
4.    Azizah Khatib Mat 
5.    Azlina Che Haron
6.    Fatimah Wan Teh Amizan Baharuddin 
7.    Fatimah@Zainab Ibrahim, Toh Puan
8.    Fazilah Abu Samah 
9.    Halimah Ali, Dr. YB
10.    Kartini Ahmad 
11.    Khadijah Mahmud 
12.    Kintan Man 
13.    Mariam Abdul Rashid 
14.    Mastura Mohamad 
15.    Mumtaz Mohd Nawiv
16.    Najihatussolehan Ahmad, Dr 
17.    Norazliza Abd Latif 
18.    Normala Sudirman
19.    Norhayati Bachok
20.    Norwani Ahmat
21.    Rohani Ibrahim, YB 
22.    Rohaya Yaacob, Dr.  
23.    Rosni Adam, Dr. 
24.    Rosiah Salleh  
25.    Salbiah Wahab 
26.    Siti Aisyah Ghazali, YB 
27.    Siti Mariam Othman
28.    Wan Obaidah Wan Omar, YB

Dewan Pemuda: Timbalan Ketua 4 penjuru, 2 naib

24 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -


KUALA LUMPUR, 27 Mei: Seperti dijangka, Nasrudin Hassan kekal menyandang jawatan Ketua Pemuda untuk sesi 2011 hingga 2013.

Untuk jawatan timbalan ketua pula menyaksikan perebutan empat penjuru antara penyandangnya Azman Shafawi dengan Pengarah Pilihan raya Pemuda Firdaus Jaafar, Ketua Penerangan Suhaizan Kaiat dan Exco pemuda Nik Abduh Nik Aziz.

Bagi jawatan Naib pula, menyaksikan dua AJK dewan Pemuda Nasir Zakaria yang akan berentap dengan Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaakob.

Perkara tersebut diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini petang tadi.

Berikut adalah senarai calon yang bertanding Dewan Pemuda PAS Pusat sesi 2011-2013:



KETUA

1. Nasrudin Hassan Thantawi



TIMBALAN KETUA

1. Azman Shafawi

2. Firdaus Jaafar, YB

3. Nik Abduh Nik Aziz

4. Suhaizan Kaiat



NAIB KETUA

1. Nasir Zakaria, YB

2. Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaakob



AHLI  JAWATANKUASA KERJA

1. Abdullah Abdul Karim

2. Ahmad Baihaki Atiqullah, YB

3. Ahmad Fadhli Shaari

4. Firdaus Masod

5. Kamaruzuman Abdullah

6. Kamaruzzman Mohamad

7. Khairil Nizam, Ir. Hj

8. Khairul Faizi Ahmad Kamil

9. Khalil Abd Hadi

10. Lahirul Latigu

11. Mohd Suhaimi A. Aziz

12. Mohd Adram Musa

13. Mohd Akmal Kamaruddin

14. Mohd Fadli Ghani

15. Mohd Nasaie Ismail

16. Mohd Nazri Chik

17. Mohd Nor Hamzah, YB

18. Mohd Sany Hamzan

19. Mohd Yusni Mat Piah

20. Muhammad Hafiz Musa

21. Muhammad Sanusi Md Nor

22. Ridhuan Mohamad Nor

23. Rosly Allany

24. Safarizal Salleh

25. Salman Salleh

26. Syed Abdul Kadir Syed Hussin Aljoofre

27. Azharuddin Muhammad

28. Zaidy Abdul Taib

29. Zamakhshari Muhamad

30. Zawawi Abu Hasan

Timbalan Presiden 3 penjuru, 6 naib

24 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



KUALA LUMPUR, 27 Mei: Teka-teki calon yang bakal bertanding pada Muktamar Tahunan PAS ke-57 bagi 2011/2013 diketahui petang ini setelah pengesahan ditutup petang semalam.

Seperti yang diumumkan sebelum ini, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan yang disandang itu untuk sesi 2011/2013 apabila tiada nama lain yang dicalonkan.

Jawatan Timbalan Presiden PAS bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara penyandang, Ustaz Nasharudin Mat Isa dengan naib presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan AJK, Mohamad Sabu.

Tiga lagi yang dicalonkan iaitu naib presiden, Salahuddin Ayub, ahli jawatankuasa, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dan Datuk Husam Musa mengesahkan tidak bertanding.

Bagi jawatan naib presiden, mereka yang mengesahkan bertanding ialah penyandang, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar, ketua penerangan, Ustaz Idris Ahmad, AJK, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, Datuk Husam Musa dan Datuk Mohd Amar Abdullah.

Perkara tersebut diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini petang tadi.

Berikut adalah senarai calon yang bertanding Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sesi 2011-2013:



PRESIDEN


1. Abdul Hadi Awang, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji



TIMBALAN PRESIDEN


1. Mohamad Sabu, Hj

2. Nasharudin Mat Isa, YB

3. Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato’



NAIB PRESIDEN

1. Husam Musa , YB Dato’

2. Idris Haji Ahmad, Ustaz

3. Mahfuz Omar, YB Dato’

4. Mohd Amar Abdullah, YB Dato’

5. Nizar Jamaluddin, YB Dato’ Seri

6. Salahuddin Ayub, YB



AHLI JAWATANKUASA KERJA

1. Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz

2. Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz

3. Abdul Wahid Endut, YB Hj

4. Abu Bakar Chik, Dato’ Ustaz ,

5. Ahmad Sabki Yusof,

6. Aiman Athirah Al-Jundi

7. Amiruddin Hamzah, YB Ir.

8. Apandi Mohamad, Hj

9. Asmuni Awi, Hj

10. Azizan Abdul Razak, YB Dato’ Seri Ustaz,

11. Azman Shapawi, Ustaz

12. Dzulkefly Ahmad, YB Dr

13. Halimah Ali, YB Dr.

14. Hamzah Abdullah,

15. Hamzah Jaafar, Dr.

16. Hanipa Maidin, Hj

17. Hassan Ali, YB Dato’ Dr.

18. Hishamuddin Sulaiman, (Sabah)

19. Iskandar Abdul Samad, YB

20. Kamal Ashaari, Ustaz

21. Kamarudin Jaffar, YB Dato’

22. Khalid Abd Samad, YB Hj.

23. Khalil Idham Lim, YB

24. Lo’Lo Dato Ghazali, YB Dr.

25. Mahfodz Mohamed, Dato’ Dr.

26. Mazlan Aliman,

27. Misbahul Munir Masduki , Ustaz

28. Mohamad Nor Mohamad, Hj.

29. Mohamad Taufek Abdul Ghani, YB

30. Mohd Amar Abdullah, YB Dato' Ustaz

31. Mohd Anuar Tahir, Hj

32. Mohd Firdaus Jaafar, YB

33. Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr.

34. Mohd Nasir Mustafa,

35. Mohd  Salleh Man, Yb Ustaz

36. Mohd Zainuddin Mohd Yusof, YB Haji

37. Mohd Zuhdi Marzuki, Dr

38. Muhammad Husin, YB

39. Mujahid Yusof Rawa, YB Dr.

40. Mumtaz bt. Mohd Nawi, YB

41. Nik Abduh Nik Abdul Aziz,

42. Nik Zawawi Nik Salleh, Ustaz

43. Norazli Musa, Ustaz Hj.

44. Normala Sudirman,

45. Nuridah Salleh, Ustazah

46. Razman Zakaria,

47. Riduan Mohd Nor, Ustaz,

48. Rosidi Hussin

49. Sa’ari Sungib, YB Hj.

50. Siti Mariah Mahmud, YB Dr.

51. Suhaizan Kaiat,

52. Wan Hasrina Wan Hassan,

53. Zulkefly Muhamad Omar, Hj

Lawatan Tuan Haji Mat Sabu Dapat Memberi Semangat Perpaduan Pakatan Di Miri

24 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

Program lawatan sambil kerja Tuan Haji Mat Sabu,AJK PAS Pusat ke Miri pada 24hb Mei 2011 baru-baru ini benar-benar memberi impak dalam meneruskan momentum Pakatan Rakyat Miri yang terdiri daripada PAS-DAP-PKR dalam bersiap sedia dalam menghadapi Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Program bermula dengan perjumpaan bersama pimpinan Pakatan Rakyat Miri terdiri YB DUN Piasau yang baru, En Ling Sie Kiong, Dr Michael Teo (wakil rakyat sebenar bagi DUN Senadin yang tewas dengan majoriti 58 undi pos ) dan YDP PAS Miri,Tuan Haji Jofri Jaraiee.

Tuan Haji Mat Sabu juga memberi peringatan agar Pakatan Rakyat di Sarawak mesti terus bekerjasama dengan lebih erat dan kukuh lagi demi mencapai cita-cita Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya. Beliau yakin sekiranya Pakatan Rakyat Sarawak dapat menyumbangkan 10 atau lebih kerusi Parlimen, Insya-Allah beliau yakin kerajaan pusat pasti tumbang dan dengan sendirinya kerajaan BN Sarawak akan tunduk dibawah pemerintahaan baru di Pusat.

Sebaik selesai perjumpaan tersebut,rombongan terus menemui mangsa kebakaran rumah setinggan di Pujut Corner yang berlaku beberapa hari yang lalu. Ini susulan dari pertemuan awal yang lalu. Lebih dari 17 buah keluarga mangsa kebakaran menerima bantuan dari Pakatan Rakyat.

Gambar menunjukan Tuan Haji Mat Sabu menyampai sumbangan kepada salah seorang mangsa rumah yang terbakar.

Pada sebelah malam rombongan mengadakan ceramah perdana di kediaman YDP PAS Miri. Pada ceramah tersebut dalam ucapan aluan YDP PAS Miri ada menyatakan hasrat PAS Miri agar diberi peluang untuk bertanding di Parlimen Miri dalam PR13 nanti memandangkan rakan pakatan yang lain di Miri sudah diberi peluang bertanding dalam pilihanraya umum Sarawak yang lalu, dimana DAP bertanding di 2 buah DUN Piasau dan Pujut dan PKR di DUN Senadin.

Inilah masanya untuk Pakatan memberi peluang dan menujukkan setiakawan,sepakatan dan sefahaman dalam Pakatan Rakyat di Sarawak. Kata beliau semasa ucapan aluan tersebut “DAP perlu ada bulan, sebab roket (DAP) tanpa bulan (PAS) memang susah untuk mendarat (berkuasa). Jadi Roket (DAP) perlu berkerjasama dengan bulan (PAS) untuk menawan putrajaya.

PAS hendak buktikan bahawa PAS bukan parti esktrimis dan perkauman seperti yang disebut oleh pemimpin BN sebab itulah PAS Miri hendak buktikan bahawa mereka boleh bersama dengan semua golongan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama. Dengan adanya sokongan rakan Pakatan dan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) hasrat PAS Miri dan Pakatan untuk menawan parlimen Miri sudah pasti akan tercapai dengan izin Allah. Insya-Allah.

Dalam ceramah perdana tersebut juga Tuan Haji Mat Sabu juga menyeru agar orang melayu jangan hanya menyerah pada takdir semata-mata. Beliau berkongsi bersama hadirin semasa pilihanraya Sarawak ke10 yang lepas dimana Katanya “Walaupun ramai orang Melayu dan penduduk bumiputera masih hidup dalam kemiskinan tapi masih tetap dengan bendera dacing untuk menyelimut rumah usang mereka.Mereka tetap memberi sokongan kepada BN.

” Katanya lagi “Sifat orang kita ini ialah terserah kepada Takdir,Sikit-sikit takdir,CM kaya ,Takdir, orang cina kaya itu pun takdir, orang melayu semakin miskin pun takdir…” Katanya orang Melayu perlu berani menyuarakan masalah mereka dan perlu belajar cara budaya kaum cina/tionghua yang berani menyuarakan suara hati mereka.

Antara lain kata beliau rakyat Sarawak jangan takut untuk berubah kalau takut selamanya rakyat Sarawak akan jadi hamba pada BN jadi bersedialah untuk berubah dan merdeka dari perhambaan BN selama ini.

Pakatan Sarawak akan meneruskan Program bersama rakyat walaupun pilihanraya umum negeri Sarawak baru berlalu sebab pilihanraya umum yang ke 13 (PR13) akan menentukan nasib rakyat Malaysia semada untuk terus diperintah oleh Barisan Nasion (BN) atau bertukar kepada Pakatan Rakyat (PR).

Harapan kita kali ini jangan ada perebutan kerusi di antara Pakatan di saat-saat akhir menjelang pilihanraya umum nanti kerana kita mesti belajar dari kesilapan dan kegagalan Pakatan Rakyat Sarawak untuk mengambil alih kuasa dari BN dalam pilihanraya umum Sarawak yang lalu.

Semoga hasrat rakyat untuk melihat perubahan yang lebih besar akan menjadi kenyataan sekiranya Pakatan Rakyat terus bekerjsama dan siap sedia untuk mengambil alih putrajaya nanti.

PAS Miri

Program wacana islam dan demokrasi

24 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

Nik Aziz akan raikan 200 ahli Umno sertai PAS

24 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

SELAYANG, 27 Mei: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka akan meraikan hampir 200 ahli Umno yang menyertai PAS malam ini di Kampung Setia, Kuang.

Hampir 200 ahli Umno dijangka akan menyerahkan borang menyertai PAS malam ini kepada beliau yang juga Menteri Besar Kelantan itu.

Ia akan diketuai oleh bekas Ketua Umno cawangan Kampung Setia, Mat Senin Mat Lana.

Mat Senin telah lebih 10 tahun mengetuai Umno cawangan di situ dan beliau juga adalah pengasas kampung Kuang itu sendiri.

Fenomena kemasukan ahli dan pemimpin Umno tempatan ini menjadi rancak apabila kampung jiran mereka, Rahmat Jaya, Kuang memilih seorang wanita untuk mengetuai cawangan PAS di situ.

PAS mencatat sejarah tersendiri apabila seorang wanita menjadi ketua cawangannya yang pertama iaitu Puan Eisah A Wahid, 53, untuk PAS Cawangan Rahmat Jaya, Kuang.

Malam ini, kesemua mereka akan diraikan sendiri oleh Mursyidul Am yang juga Menteri Besar Kelantan ini.

Harakahdaily/-

MB Kedah tarik diri

24 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

ALOR SETAR - Teka-teki sama ada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan bertanding jawatan Timbalan Presiden setelah mendapat pencalonan kini terjawab apabila beliau mengesahkan untuk menarik diri, semalam.

Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, beliau memutuskan untuk menarik diri daripada bertanding kedua-dua jawatan yang dicalonkan, iaitu Timbalan Presiden dan Naib Presiden setelah meneliti beberapa faktor.

“Saya percaya penarikan diri saya untuk bertanding jawatan nombor dua parti, termasuk Naib, membolehkan saya memberi tumpuan pada pentadbiran negeri dan kebajikan rakyat,” katanya.

Menurutnya, bagaimana pun, beliau bersedia bertanding bagi jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, yang disandangnya sebelum ini.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Pas kawasan yang telah mencalonkan saya untuk kedua-dua jawatan itu, namun setelah buat pertimbangan sewajarnya, saya fikir eloklah saya tumpu pada negeri memandangkan Pilihan Raya Umum juga bakal menjelang,” katanya.

Dengan penarikan diri Azizan itu, pemilihan pada Muktamar Tahunan Pas ke-57, Jun depan bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru bagi merebut jawatan nombor dua, apabila naib presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kelmarin, mengumumkan akan bertanding setelah mendapat pencalonan memberangsangkan.

Sebelum ini, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu dan penyandangnya, Nasharudin Mat Isa antara yang terawal mengesahkan akan bertanding, manakala Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub turut menarik diri daripada bertanding.

Sinar Harian/-

Himpunan Kebangkitan Warga Felda Pahang 27-28 Mei Ini

24 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 27 MEI : Himpunan kebangkitan warga Felda Pahang akan diadakan pada 27 dan 28 Mei ini di Tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau dan Felda Jengka 16 dan 19.

Program yang disusun rapi oleh Badan Perhubungan PAS Pahang dan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) itu bertemakan ‘sertai kebangkitan bersama tokoh-tokoh pimpinan rakyat’ akan dimulakan dengan program pertama pada 27 Mei iaitu ceramah perdana bermula jam 7 hingga 12 tengah malam.

Ceramah perdana itu akan diadakan di Tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau dengan menampilkan penceramah khas iaitu Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Manakala barisan penceramah lain pada malam itu ialah Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Presiden ANAK, Mazlan Aliman dan calon PAS di Dun Tenang, Normala Sudirman.

Seterusnya pada 28 Mei pula dua program dijadualkan bermula jam 2 petang masing-masing di Markas PAS Jengka 16 dan Simpang Jengka 19.

Bagi program di Markas PAS Jengka 16, diadakan Forum Bicara Peneroka jam 2 hingga 5.30 petang. Forum itu akan diadakan sesi dialog berkenaan hal ehwal peneroka felda berkaitan dengan Kadar Perahan Gred (KPG), Wang TTS, harta pusaka dan lain-lain lagi.

Antara panel yang dijemput berdialog terdiri daripada Presiden ANAK yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman, dua orang peguam iaitu Mohd Fadly Ramli dan Harris Abdullah.

Manakala bagi program kedua yang juga berlangsung jam 2 hingga 6.30 petang itu akan menampilkan tetamu istimewa iaitu Bob Lokman di Simpang Jengka 19 dalam slot program santai petang.

Antara aktiviti sepanjang program itu ialah klinik dan demonstrasi permotoran oleh Yasir Saad, minum petang bersama Mat Sabu Mohamad, bual belia serta aktiviti amal. Turut dibuka di program tersebuat kaunter daftar pemilih dan pendaftaran keahlian ANAK.

Kemuncak program dua hari itu akan dilabuhkan tirainya dengan pidato perdana bermula jam 9 malam di Tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau.

Antara barisan pemidato pada malam tersebut terdiri daripada Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mat Sabu Mohamed dan Ketua Srikandi PKR, Siti Aisyah Shaik Ismail.-keadilandaily

Harga minyak naik jika BN terus perintah

24 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 27 Mei: Kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan harga RON 95 kekal, menandakan BN goyang, Pakatan Rakyat kuat.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, menjadi kelaziman kepada mana-mana pemimpin dunia yang tidak prihatin kepada rakyat akan tersentak bila hampir pilihan raya dalam negara mereka.

Katanya, pemimpin Umno BN sudah mula cakna rakyat kerana hendak mengambil hati pengundi, lebih-lebih lagi suasana pilihan raya akan datang bukan era 60-an dan 70-an.

Tambahnya, pengundi sudah berbeza dan semakin matang untuk memilih mana-mana kerajaan yang bertanggungjawab.

“Sekarang rakyat sudah membuat perbandingan kerajaan PR yang lebih berjiwa rakyat, jika dibandingkan dengan kerajaan BN yang semput nyawa rakyat,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Katanya lagi, ketika kerajaan BN sibuk memotong subsidi rakyat kerajaan PR terus dengan agenda kebajikan untuk rakyat walaupun jika hendak dibandingkan dengan sumber kewangan negeri yang terhad.

“Pemimpin BN terpaksa memendam rasa dan berlakon menjadi pemimpin yang prihatin untuk menambat hati rakyat dengan mengumumkan RON 95 tidak naik tetapi tidak memberi jaminan sampai bila tidak naik,” ujarnya.

Tambahnya, PAS yakin minyak akan naik selepas pilihan raya nanti jika BN terus mendapat mandat.

“Sebab itu ada ura-ura PRU 13 akan diadakan dalam bulan Julai 2011 sebelum Ramadhan, ini bermakna selepas Raya Aidil Fitri maka akan berlaku pesta kenaikan harga barang,” ujarnya lagi.

PAS, katanya masih menunggu apakah perancangan jangka panjang untuk mengatasi kemelut yang ada supaya kualiti hidup rakyat terjamin.

Menurutnya, rakyat tertunggu pengumuman kerajaan untuk membatalkan projek yang tidak mendatangkan faedah kepada rakyat bawahan.

Baginya, BN mewujudkan "makmal" untuk menyusahkan rakyat dengan mengkaji bagaimana hendak menarik subsidi untuk rakyat.

Sepatutnya, kata beliau peranan makmal perlu menasihat kerajaan untuk menyenangkan rakyat.

“PAS yakin harga minyak akan naik melambung selepas Pilihan Raya Umum ke-13 jika BN memerintah kerana mereka hendak melepaskan geram kepada rakyat.

“Oleh itu, untuk pasti minyak tidak naik, BN mesti dihalau daripada Putrajaya di dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Harakahdaily/-

IPT menanti, tapi remaja masih di lokap

24 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

Bimbang dengan masa depan gelap yang mungkin dihadapi anak mereka, sekumpulan ibu bapa terpaksa meminta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia campur tangan dalam kes penahanan remaja berkenaan bawah Ordinan Darurat.

Seorang daripada ibu remaja berkenaan, Rosmawati Taib berkata, anaknya itu sepatutnya mula mendaftarkan diri di kampus UiTM pada 29 Mei, namun tidak dapat berbuat demikian kerana masih berada dalam tahanan.

Rosmawati berkata, anaknya yang masih berusia 17 tahun itu masih ditahan di lokap balai lokap Ayer Molek, Johor Bahru bawah undang-undang berkenaan.

"Sepatutnya dia dibebaskan. Dia perlu belajar untuk masa depan dia. Apa yang berlaku ini saya sangat tidak puas hati sebab anak saya tidak bersalah.

"Sepatutnya anak saya akan habis tempoh tahanan 60 hari pada 12 Jun. Polis beritahu saya, anak saya selepas ini mungkin akan dibuang daerah atau dipenjara selama dua tahun.

"Polis kata, memang begitulah tindakan mereka. Kecuali jika kami (ibu bapa) merayu kepada menteri dalam negeri sebab itu bawah keputusan menteri," kata Rosmawati ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Rosmawati hari ini hadir ke Suhakam bagi meminta suruhanjaya itu masuk campur dalam kes berkenaan, memandangkan peguam turut enggan membawa kes yang turut melibatkan dua lagi remaja berusia 17 tahun.

Turut ditahan bersama kumpulan remaja berkenaan ialah seorang pemuda, Muhammad Noorariff Bakran, 20.

Ketua penerangan pemuda PAS, Suhaizan Kayat yang turut bersama ibu bapa remaja berkenaan hari ini berkata kumpulan anak muda itu ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam satu pergaduhan pada malam 28 Mac lalu di Sri Alam, Johor Bahru.

"Kalau benar (anak muda ini) bersalah, dakwa di mahkamah. Kalau tidak, lepaskan mereka. Kita tidak mahu perkara ini menjadi kesusahan kepada mereka," kata Suhaizan ketika dihubungi.

Sementara itu, penyelia pusat aduan rakyat PAS Permas, Syed Othman Syed Abdullah pula berkata, keluarga berkenaan tiada pilihan lain memandangkan peguam bagi kes berkenaan telah menarik diri daripada kes berkenaan.

"Peguam kata tak boleh buat sebab kes bawah Ordinan Darurat tak boleh dibawa ke mahkamah. Keluarga telah berhubung dengan polis tapi polis masih tidak boleh bagi jawapan, remaja ini ditahan bawah kesalahan apa," katanya lagi.

Malaysiakini/-

Harga minyak naik, rakyat akan naik minyak.

24 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KENYATAAN MEDIA
Pejabat Ketua Penerangan PAS Perak.

Saya menilai pengumuman Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bahawa kerajaan BN tidak akan menaikkan harga petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) pada ketika ini adalah satu dasar yang sangat janggal yang masih menampakkan tidak ikhlasnya kerajaan membela rakyat.

Lucunya dasar tidak menaikkan harga barang seperti diumumkan menjadi kebanggaan dan siulan pemimpin BN yang menggelarkan mereka prihatin dalam keadah sudah berulang kali harga barang telah dinaikkan sejak mandat pru ke 12 lepas.

Oleh itu saya mengingatkan kepada seluruh rakyat malaysia untuk berwaspada dengan pemainan licik pemimpin BN untuk terus menipu rakyat dan jangan mudah lupa dosa BN yang telah berulang kali menaikkan harga barang sebelum dari ini.

PM Najib dipetik sebagai berkata bahawa kerajaan amat prihatin terhadap beban yang ditanggung rakyat, walaupun terpaksa menanggung beban kewangan yang besar berikutan peningkatan jumlah subsidi.

Perdana Menteri mendendah kenaikan harga minyak global, kerajaan terpaksa menanggung subsidi langsung hampir RM20 bilion tahun ini, sedangkan peruntukan sebenar hanya RM11 bilion.

Namun tidak pula dia bercakap berapakah keuntungan berganda yang Petronas perolehi selepas berlaku kenaikan harga minyak yang boleh menampung kenaikan beban itu.

Keadaan ini ditambah pula dengan tidak adanya jaminan sehingga bila harga barangan tersebut tidak akan dinaikkan. Sehingga menjadi satu alasan kepada banyak pihak bahawa dasar tersebut adalah untuk menyelamatkan BN dari terus ditolak oleh rakyat.

Realitinya kerajaan takut untuk "naikkan harga minyak kerana rakyat akan naik minyak" dan menghukum BN dalam PRU akan datang.

Paling kurang saya melihat mereka sedang memikirkan apakah alasan yang paling munasabah untuk mengumumkan kenaikan harga barangan tersebut..Tidakkah Najib sudah umumkan kerajaan terbeban dengan subsidi 20 billion sedangkan sepatutnya hanya 11 billion pada tahun ini. Kenapa masih tidak berani menaikkan harga barang kalau itu alasannya ?

Sesungguhnya rakyat Malaysia mendapat isyarat yang jelas bahawa mereka akan menghadapi masalah besar bila terus menyokong BN dalam PRU ke 13 kerana BN akan terus menghimpit rakyat dengan isu kenaikan harga barang.

Dalam bahasa yang lebih canggih BN mengatakan berlaku penyelarasan subsidi sedangkan dalam bahasa lain sebenarnya kerajaan telah menarik hak wang rakyatnya sendirinya kepada unsur lain yang tidak diumumkan.

Saya hairan bagaimana BN sanggup menjadi penghisap darah dan penindas kepada rakyatnya yang menyumbang kepada hasil negara dalam bentuk cukai barangan perkhidmatan, bayaran lesen, cukai pendapatan dan sebagainya . apalah salah hanya beberapa sen wang tersebut dikembalikan dalam bentuk subsidi dan mendatangkan manafaat secara merata kepada seluruh warga Malaysia.

Pemimpin BN secara berterusan mengungkitkan bebanan memberi subsidi dan menggambarkan bahawa wang itu milik BN sedangkan sebenarnya subsidi itu datang dari wang rakyat malaysia keseluruhannya. Bn cuma diamana menjaganya.

Jika Subsidi ditarik, yang rugi adalah rakyat dan lebih rugi sekiranya kenaikan barangan tertentu menyebabkan kenaikan berganda kepada barangan lain khsusnya bila harga minyak naik.

Sedangkan banyak lagi langkah dan usaha yang munasabah bagi memastikan kerajaan mempunyai wang yang lebih dengan antaranya. melaksanakan dasar jimat cermat dalam berbelanja dan membenteras bil berganda dan rasuah seperti yang diumumkan oleh Ketua Audit Negara.

Bukti yang sangat jelas mampu dilakukan oleh Pulau Pinang walau pun baru setahun jagung telah mampu menjimatkan perbelanjaan sebanyak 88 juta pada tahun 2008 dan sebanyakm 77 juta pada tahun kewangan 2009.

Kerana itu berwaspadalah rakyat malysia dengan lakonan terkini pemimpin BN ini.

Kenyataan Media
Drs. Khalil Idham Lim
Parit Buntar, 27 Mei 2011.

BN masih gagal majukan OKU

24 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 26 Mei: Kerajaan BN ternyata gagal melaksanakan tanggungjawabnya terhadap orang kelainan upaya (OKU) sehingga menyebabkan golongan itu masih gagal mencapai kecemerlangan dalam hidup.

Realiti itu menyebabkan golongan kelainan upaya di tanah air masih mengalami kerumitan untuk mendapatkan pekerjaan kerana tidak diberikan peluang oleh pelbagai pihak, walaupun mereka juga mempunyai kebolehan tertentu.

Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid berkata, sehingga kini penerimaan masyarakat terhadap golongan OKU masih agak mendukacitakan, sehingga mereka hanya dianggap sebagai golongan yang hanya layak diberikan simpati.

Menurut beliau, disebabkan anggapan itu, golongan OKU masih tidak diberikan tempat yang sewajarnya untuk menjawat jawatan dan melakukan pekerjaan tertentu oleh pelbagai pihak terutama oleh syarikat-syarikat perniagaan dan tokoh-tokoh korporat.

Katanya, sedangkan golongan OKU tidak sepatutnya dianggap sedemikian, sebaliknya perlu diberikan peranan seperti golongan normal juga.

"Ini samalah seperti kata orang, yang buta menghembus lesung, yang capek menghalau ayam, yang kuat menumbuk padi, yang menggambarkan kepada kita bahawa semua manusia mempunyai peranan masing-masing," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Sidang akhbar itu diadakan susulan majlis perbincangan meja bulat mengenai isu berkaitan orang kelainan upaya bersama pihak berkuasa tempatan di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta kumpulan OKU anjuran Suhakam, bermula jam 9.30 pagi hingga 2.00 petang ini.

Menurut Mahmood, untuk mengubah perspeksi masyarakat berhubung perkara itu sememangnya rumit dan ia memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh bagi memberikan penerangan kepada pelbagai pihak.

Sebelum itu, seorang pembentang kertas kerja pada perbincangan meja bulat itu, Presiden Persatuan Orang Cacat Malaysia, Datuk Mah Hassan turut meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan kelemahan Kerajaan BN dalam membantu mempertingkatkan pencapaian OKU.

"Macam mana golongan OKU hendak dipertingkatkan pencapaiannya, kerajaan sendiri dah dua tahun tak menggantikan senator dari golongan OKU," katanya.

Sebelum itu, seorang lagi Pesuruhjaya Suhakam, Datuk Profesor Khaw Lake Tee dalam sesi perbincangan itu menjelaskan, isu-isu mengenai hak OKU di Malaysia telah sering kali diketengahkan dan dibincangkan.

Katanya, walau bagaimanapun, sebagai salah satu kumpulan yang kecil serta yang paling mudah ditindas, hak-hak mereka seharusnya diperjuangkan dan dilindungi.

"Sebagai Negara Ahli kepada kepada Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (United Nations' Convention on the Rights of Persons with Disabilities (CRPD) di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, pihak kerajaan bertanggungjawab untuk menggubal undang-undang yang memberi makna kepada Konvensyen tersebut.

"Malangnya, penguatkuasaan Konvensyen ini masih lagi di tahap yang menyedihkan," katanya kesal sambil menyarankan pihak kerajaan melipatgandakan lagi usaha ke arah mempertingkatkan kualiti hidup golongan OKU di tanah air.

Sementara itu, Cik Yeoh Joo Ai menjelaskan, OKU adalah seseorang yang mempunyai ketidakupayaan jangka masa panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau pancaindera yang apabila berhadapan dengan pelbagai halangan mungkin tidak dapat melibatkan diri sepenuhnya dan secara efektif dalam masyarakat.

Beliau yang mewakili Jabatan Pembangunan OKU Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Malaysia ketika membentangkan kertas kerjanya berkata, WHO menganggarkan kadar peratus populasi OKU di antara 5 peratus hingga 10 peratus dalam sesebuah negara.

"Malaysia tidak mempunyai data komprehensif berkenaan dengan bilangan OKU. OKU berdaftar dengan JKM 325,189 orang sehingga Disember 2010," katanya.

Harakahdaily/-

Lagi 'bukti' pembelian undi pilihan raya S'wak

24 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

Meskipun pilihan raya negeri Sarawak telah berlalu lebih sebulan , namun Rangkaian Pemantau Pilihan Raya Malaysia (MEO-Net) berkata mereka kini mempunyai lebih banyak bukti bagi menunjukkan bahawa pembelian undi berleluasa sepanjang tempoh berkempen.

Penyelaras MEO-Net Ong Boon Keong pada sidang akhbarnya hari ini mendedahkan rakaman pita video pendek menunjukkan wang tunai diedarkan kepada pengundi di kerusi dewan undangan negeri Tamin yang berjaya dipertahankan oleh BN.

Video berkenaan dikatakan dirakamkan di beranda rumah panjang Unban Anak Endu yang terletak di Tenting Terentang di Nanga Selangau pada malam 14 April, iaitu dua hari sebelum pengundian.

Ong mendakwa tuai rumah panjang itu bersama beberapa tuai yang lain diminta ke pejabat BN di pekan Selangau dan diberikan beberapa cek oleh tiga pembantu calon BN berkenaan.

Tuai rumah panjang Unban Anak Endu itu kemudiannya menunaikan cek berkenaan dan mengedarkan RM50 kepada setiap penduduk yang dipercayainya akan menyokong BN, dakwa Ong.

Beliau pada Selasa lalu ditahan oleh anggota Jabatan Imigresen Kuching ketika melawat Bengoh dan dihantar pulang ke Kuala Lumpur pada hari yang sama.

Tiada alasan yang diberikan oleh pegawai Imigresen tetapi Ong yakin pengusirannya ada kaitan dengan usahanya mengumpulkan dalil bagi membuktikan salah laku pada pilihan raya April lalu.

Malaysiakini/-

Calon bertanding diumum petang ini

24 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 27 Mei: Calon-calon yang akan bertanding pada muktamar PAS kali ini akan diumumkan petang ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman akan mengadakan sidang media mengenai perkara itu jam 4.00 petang ini di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan yang disandang itu untuk sesi 2011/2013 apabila tiada nama lain yang dicalonkan.

Jawatan Timbalan Presiden PAS bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara penyandang, Ustaz Nasharudin Mat Isa dengan naib presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan AJK, Mohamad Sabu.

Tiga lagi yang dicalonkan iaitu naib presiden, Salahuddin Ayub, ahli jawatankuasa, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dan Datuk Husam Musa mengesahkan tidak bertanding.

Bagi jawatan Naib Presiden PAS, mereka yang mengesahkan bertanding ialah penyandang, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar, ketua penerangan, Ustaz Idris Ahmad, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, Datuk Husam Musa dan Datuk Mohd Amar Abdullah.

Apapun, senarai muktamad calon-calon yang telah mengesahkan bertanding pada Muktamar Tahunan PAS ke-57 dan dewan-dewan bagi sesi 2011/2013 yang ditutup petang semalam akan diumumkan petang ini.

Harakahdaily

Yaman kian kacau bilau

24 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KEPULAN asap dilihat di Sanaa selepas pertempuran antara puak bersenjata dengan polis berhampiran rumah Sadeq.
Perang saudara mungkin meletus

SANAA: Perang saudara mungkin meletus di Yaman selepas pertempuran besar berlaku antara puak bersenjata dengan Pengawal Republikan yang memaksa Lapangan Terbang Antarabangsa Sanaa ditutup dan semua penerbangan dialihkan ke Aden di selatan negara itu, kelmarin.
Puak Arhab diketuai Abdul Majid Al-Zindani terbabit dalam pertempuran dengan tentera itu. Majid dikategorikan sebagai penyumbang kewangan pengganas oleh Amerika Syarikat dan sekatan dikenakan ke atasnya.

Akhbar Arab News turut melaporkan bahawa pertempuran turut meletus antara pasukan keselamatan dengan puak pembangkang yang setia kepada Sadeq Al-Ahmer sejak tiga hari lalu.

Saksi berkata, puluhan puak bersenjata itu terbunuh semalam dalam pertempuran dengan angkatan Pengawal Republikan yang terlatih di kawasan Al-Hasbah, berdekatan rumah Sadeq.

Kelmarin, penyokong Sadeq menawan bangunan Kementerian Perdagangan dan Pelancongan serta bangunan agensi berita kerajaan, Saba.

Beberapa ketua puak turut diserang ketika menguruskan gencatan senjata antara pasukan Sadeq dan kerajaan.
Pengawal Republikan bertindak menutup ibu negara itu dalam usaha menghalang puak bersenjata memasuki bandar itu.

Presiden Ali Abdullah Saleh berdepan desakan antarabangsa supaya berundur. Tetapi, pemimpin itu enggan bertolak ansur mahupun menerima sebarang tawaran.

“Kami akan berdepan dengan pihak menimbulkan kekacauan dengan apa saja cara,” katanya kepada wartawan asing. – Agensi

Lepas geram pada jiran

24 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -


Lepas geram pada jiran

SHAH ALAM: Akibat tertekan kerana sering dibuli rakan sebaya di sekolah, seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun melepaskan perasaannya dengan cara ganas apabila mengelar tangan dan menoreh muka seorang gadis yang juga jirannya.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi semalam, Azlina Ahmad, 24, cedera di tangan kiri dan muka serta menerima 14 jahitan selepas ditoreh kanak-kanak berkenaan di tempat letak kenderaan di rumahnya di Seri Era Apartment, Desa Latania, Seksyen 36 di sini.

Ketika ditemui semalam, Azlina yang masih trauma dengan kejadian tanpa disangka itu berkata, sewaktu kejadian dia hendak ke tempat kerjanya di Jabatan Keselamatan, Kesihatan dan Pekerjaan (JKKP) di Subang.

“Saya nampak budak itu di belakang kereta saya. Dia memakai seragam sekolah menunggu bas ke sekolah. Kemudian dia menghampiri saya yang ketika itu mahu menghidupkan enjin kereta.

“Budak itu bertanya sama ada saya mengenali tukang urut kerana ibunya sakit. Saya kata, nanti saya cuba tanyakan. Tiba-tiba saya nampak dia mengeluarkan sesuatu dari poket belakang sebelum melibas-libaskan benda itu terhadap saya,” katanya.

Hilang telinga ganggu isteri orang

24 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



NIBONG TEBAL - Gara-gara mengganggu isteri orang, seorang peniaga mendapat padah apabila kehilangan kedua-dua belah telinga selepas diserang suami wanita itu di Taman Kasawari, Simpang Ampat di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 8.05 pagi itu, mangsa yang berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan cedera parah dan terbaring di dalam longkang berhampiran rumahnya di Taman Kasawari.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku apabila suspek pergi ke rumah mangsa di kawasan tersebut sebelum bertindak menyerang dan memotong telinga lelaki itu dengan menggunakan senjata tajam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supritendan Shafien Mamat berkata, siasatan awal polis mendapati kejadian tersebut bermotifkan cemburu.

Tuntut RM2.28j kerana Ferrari remuk

24 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -


LEXINGTON - Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (AS) disaman syarikat Motor Insurance bagi menuntut kerugian sebanyak AS$750,000 (RM2.28 juta) kerana menyebabkan sebuah kereta Ferrari miliknya retak dan remuk.

Kereta Ferrari F30 itu yang merupakan sebuah daripada 50 buah yang terdapat di AS remuk selepas ia terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Mei 2009.

BADAN kereta Ferrari F30 retak selepas ia merempuh belukar dan pokok di tepi jalan raya di Lexington, Amerika Syarikat.

Semasa kejadian, kereta itu dipandu oleh seorang ejen Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Fred Kingston yang turut dinaiki Penolong Peguam Negeri AS, J, Hamilton Thompson.

Kereta itu kemudian terbabas semasa membelok selekoh menyebabkan ia merempuh belukar dan pokok di tepi jalan raya.

Ferrari tersebut terlibat dalam kemalangan semasa kereta itu dipindahkan dari sebuah garaj di Lexington, Kentucky.

Kepala Kingston dijahit kerana luka manakala Thompson tidak mengalami sebarang kecederaan dalam nahas itu.

Kereta itu disimpan dalam garaj FBI kerana ia dicuri dari pengedarnya di Rosemont pada 2003 sebelum ditemui semula pada 2008.

Ferrari itu kini menjadi milik syarikat Motor Insurance selepas ia menyelesaikan bayaran kepada pengedar kereta itu ekoran kehilangannya.

Namun, ia disimpan dalam sebuah garaj sehingga FBI selesai menjalankan siasatan berhubung kehilangan kereta itu.

Kes tuntutan ganti rugi itu akan didengar pada Jun depan di sebuah mahkamah selepas Jabatan Keadilan AS enggan membayar ganti rugi seperti dituntut syarikat Motor Insurance. 

Agensi

Kadar tarif elektrik diputuskan hari ini

24 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

CYBERJAYA: Keputusan sama ada kadar tarif elektrik dinaikkan atau sebaliknya akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Ekonomi Kebangsaan (NEC) hari ini yang bakal dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, berkata ia berikutan keputusan Kabinet kelmarin yang menyerahkan kepada NEC untuk membuat keputusan mengenai perkara itu.

Selain Najib selaku Menteri Kewangan, NEC turut dianggotai 12 lagi ahli termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

“Jumaat ini (hari ini) NEC akan bermesyuarat dan kita tunggu keputusan mereka kerana Kabinet sudah menyerahkan kepada NEC untuk memutuskan perkara berhubung tarif elektrik,” katanya selepas melancarkan pertandingan ‘Dare 2 Dream Challenge 2011’, sempena Persidangan dan Pameran Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia 2011 di sini, semalam.

Isnin lalu, Fah Kui dilaporkan berkata, semakan tarif elektrik itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet kelmarin selepas timbulnya khabar angin bahawa kerajaan membenarkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) menaikkan kadar tarif elektrik.

Sebelum ini, Najib berkata, Kabinet belum membuat keputusan cadangan semakan terhadap tarif elektrik, malah kerajaan perlu mengkaji pelbagai sudut, termasuk beban kepada pengguna jika ia dilaksanakan.

Mengulas dakwaan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar bahawa projek menaik taraf Loji Rawatan Kumbahan Pantai 2 bernilai RM1 bilion, iaitu lebih mahal dari anggaran pasaran, Fah Kui berkata, projek itu masih pada peringkat perbincangan kerana ia membabitkan kerjasama antara negara ini dan Kerajaan China.

“Saya tidak tahu di mana beliau (Nurul Izzah) mendapat maklumat itu (kos) kerana projek itu masih pada peringkat perbincangan,” katanya.

Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan berhubung projek Loji Rawatan Kumbahan Pantai 2 dalam laman webnya disiarkan Selasa lalu, antara lain menyatakan kos asal projek itu dianggarkan RM500 juta, namun dilaporkan meningkat kepada RM1 bilion.

Sehubungan itu, beliau mahu kerajaan khususnya Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air memberi penjelasan berhubung perkara itu bagi mengelakkan berlaku penyalahgunaan wang rakyat.

Berita Harian/-

Anjing betina susukan anak kacukan harimau dan singa

24 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -


SEEKOR anjing betina menyusukan dua ekor anak kacukan harimau dan singa di Zoo Hidupan Liar Xixiakou, Shandong, China baru-baru ini.

BEIJING - Seekor anjing betina menyusukan dua ekor anak kacukan harimau dengan singa di Zoo Hidupan Liar Xixiakou, Shandong, China, lapor sebuah akhbar semalam.

Anak kacukan harimau dan singa itu tidak lagi diberikan minum susu oleh ibu haiwan tersebut selepas beberapa hari ia dilahirkan.

Ibu haiwan itu ialah seekor harimau Manchuria manakala bapa kedua-dua anak tersebut ialah seekor singa.

Kakitangan zoo berkenaan kemudian menjadikan anjing betina yang baru melahirkan anak sebagai ibu angkat untuk kedua-dua anak kacukan berkenaan.

Jurucakap zoo itu, Cong Wen berkata, kedua-dua anak haiwan itu mengalami masalah semasa mula meminum susu anjing tersebut tetapi kini ia sudah serasi dengan gembira minum bersama beberapa anak haiwan berkenaan. 

Agensi

5 letupan kuat gegarkan Tripoli

24 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

TRIPOLI: Sekurang-kurangnya lima letupan kuat menggegarkan ibu negara Libya, Tripoli, awal pagi ini dengan kawasan sasaran jet pejuang NATO masih tertumpu di kediaman Muammar Gaddafi.

Lintasan pesawat pejuang boleh kedengaran di kawasan letupan pertama sekitar jam 11.20 malam waktu tempatan, sebelum dissusuli empat letupan bom dalam beberapa minit.
Serangan NATO juga mensasarkan kampung Gaddafi, di Daerah Al-Aziziya district pada malam kelmarin dan lewat malam tadi menyebabkan tiha orang awam terbunuh manakala lebih 150 cedera. - AFP

Doktor terkejut kembar luar biasa berkongsi minda

24 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -


TATIANA (kiri) dan Krista bercantum di bahagian kepala tetapi berkongsi minda.




VICTORIA - Satu pasangan kembar, Tatiana dan Krista Hogan yang bercantum di bahagian kepala dan berusia empat tahun mengejutkan doktor di British Columbia kerana mereka berkongsi minda, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebelum doktor itu mengetahui mengenai perkongsian minda tersebut, ibunya terlebih dahulu mengetahuinya berdasarkan penelitian kelakuan mereka.

Ibu itu pernah melihat Krista berasa gembira memakan sos manakala Tatiana cuba untuk mengelak pergerakan lidahnya walaupun dia tidak menyentuh sos.

Para doktor percaya bahawa kembar berkenaan berkongsi sebahagian otak yang dikenali sebagai thalamus yang menghantar deria rasa ke bahagian cerebral cortex.

Dalam satu temu ramah dengan akhbar New York Times, ibu pasangan itu, Felicia Simms berkata, seorang kembar tersebut boleh mengetahui apa yang dilihat oleh kembar lain.

Menurutnya, salah seorang kembar itu akan memberikan reaksi 'whoa' jika perut saudaranya tersebut sudah dipenuhi dengan air jus.

Profesor Todd Feinberg yang bertugas dengan Kolej Perubatan Albert Einstein memberitahu akhbar itu: "Ia kelihatan seperti mereka sebenarnya seorang individu pada satu ketika." - Agensi

Pelaku video seks mirip Anwar sudah disiasat polis

24 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

Polis semalam mengesahkan pihaknya menyiasat pelaku di dalam rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang lelaki mirip seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur di sebuah apartmen di ibu negara yang didedahkan kepada sekumpulan wartawan pada 21 Mac lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai skop siasatan pelaku dalam video seks tersebut termasuk identiti pelakunya itu.

“Memang kita siasat (pelaku) sebab kita sudah kenal pasti dia,” kata beliau pada sidang akhbar di Bukit Aman di sini semalam.

Menurut beliau, kertas siasatan yang lengkap berhubung kes rakaman video seks telah diserahkan kepada pihak Peguam Negara pada minggu lalu dan menunggu maklum balas daripada jabatan itu untuk tindakan selanjutnya.

Difahamkan, kertas siasatan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan iaitu memiliki dan mengedar bahan lucah itu sebelum ini pernah dipulangkan semula oleh Peguam Negara sebanyak dua kali kepada polis untuk siasatan semula.

Pada 1 April lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan rakaman video seks berdurasi selama 22 minit bermula pukul 10.23 malam, 21 Februari lalu adalah rakaman tulen selepas disahkan oleh pakar.

Posted by PASPB

MP gesa polis jelaskan sebab kematian Sarbani

24 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

Ahli parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad hari ini menggesa polis mengemukakan penjelasan lanjut berhubung sebab kematian pegawai kanan kastam Ahmad Sarbani Mohamed bagi mengelakkan kesangsian bahawa isu berkenaan cuba ditutup.

"Semua orang masih tidak puas hati dengan penjelasan (polis). Bagaimana (Sarbaini) pergi ke SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dengan rela hati untuk berjumpa pegawai penyiasat, tiba-tiba ditemui mati," kata Khalid.

Jelasnya, kesangsian itu timbul memandangkan polis setakat ini hanya menjelaskan bahawa "Sarbaini tidak dibunuh" dan "mati mengejut."

"Banyak lagi persoalan yang pihak polis tidak jawab. Saya nak pertikaikan mengapa dia susah payah (ke SPRM) kalau dia hendak bunuh diri.

"Polis mesti jelaskan apa yang (Sarbaini) hendak ceritakan kepada SPRM sehingga membawa kepada kematiannya," kata Khalid lagi dalam satu sidang media di pejabatnya hari ini.

Jelasnya, isu berkenaan perlu dijelaskan memandangkan balu Sarbaini sendiri telah membuat satu laporan polis berhubung kes kematian itu, berdasarkan satu perbualan dengan salah seorang pegawai kanan SPRM.

Masiah @ Maziah Manap, 50, dalam laporannya pada awal bulan ini mendakwa bahawa pegawai yang dinamakannya sebagai Ghani itu telah memberi gambaran kepadanya bahawa salah seorang kakitangan bawahan terlibat dalam kes berkenaan.

"Saya menyatakan kepadanya bahawa saya reda dengan kematian suami saya. Seterusnya saya bertanya soalan – apakah Encik Ghani akan buat sekiranya Encik Ghani berada di tempat saya?

"Apa yang mengejutkan saya ialah jawapan yang perlahan daripada Encik Ghani yang menyatakan – 'Bukan saya...Orang saya.'

"Saya membuat laporan ini kerana saya mengesyaki bahawa Encik Ghani terlepas cakap semasa perjumpaan di pejabat kastam," laporan tersebut dipetik.

Dalam laporan itu juga, Masiah berkata pertemuan itu dilakukan di satu pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Subang pada 28 April lalu.

Sarbani, 56, ditemui mati di dalam dalam premis ibu pejabat SPRM Kuala Lumpur pada 6 April lalu setelah hadir ke pejabat berkenaan bagi bertemu salah seorang pegawai berhubung kes siasatan melibatkan dirinya.

Beliau merupakan antara 62 orang pegawai kastam yang ditahan pada 1 April dalam satu operasi besar-besaran SPRM ke atas jabatan berkenaan.

Malaysiakini/-