25 May 2011

Mahfuz tanding satu sahaja, naib presiden

23 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
Harakahdaily/-

KUALA LUMPUR, 25 Mei: Datuk Mahfuz Omar hari ini mengumumkan beliau hanya akan bertanding satu kerusi sahaja iaitu naib presiden PAS dan tidak bertanding lain-lain jawatan termasuk AJK PAS Pusat.

"Saya dah faks surat jawapan dan hanya akan bertanding naib sahaja. AJK PAS Pusat bagi ruang kepada orang lain lah, saya tak mahu tamak jawatan," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Sehingga kini, tujuh dikatakan telah mengesahkan bertanding merebut tiga tempat yang diperuntukkan untuk jawatan tersebut.

Selain Mahfuz, enam lagi adalah Salahudin Ayub, Idris Ahmad, Datuk Husam Musa, Dr Mohd Hatta Ramli dan Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah.

Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dikatakan mahu bertanding tetapi tidak dapat disahkan daripada beliau sendiri.

Seorang lagi yang turut layak bertanding jawatan itu adalah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak.

Beliau dalam kenyataan hari ini bagaimanapun menolak untuk bertanding jawatan itu dan hanya mahu bertanding AJK PAS Pusat.

Mengulas jumlah calon yang ramai merebut jawatan nombor tiga parti itu, Mahfuz berkata ianya menggambarkan "segarnya demokrasi dalam PAS."

"Ini akan memeriahkan lagi muktamar kali ini.

"Saya jangka ia bakal menarik ramai pemerhati termasuk musuh juga akan mengikuti perkembangan ini," katanya lagi.

Ditanya peluangnya untuk menang beliau berkata ianya agak sukar diramalkan kerana semua calon ada wibawa dan kelebihan masing-masing.

"Menang atau kalah terserah kepada perwakilan.

"Saya positif yang penting perjuangan mesti diteruskan,"tegasnya.

Seni pemusnah masyarakat ?

22 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
Oleh : Mohd Akmal bin Kamarudin

Seni yang memusnah sedang bermaharajalela di serata pelusuk dunia termasuk negara kita, seni ini sangat menyumbang kepada keruntuhan moral muda mudi termasuk kerosakan aqidah yang menggerunkan . Pentas teater, filem,muzik,nyanyian sentiasa diperkasakan sebagai senjata pemusnah paling ampoh untuk membunuh nilai-nilai murni dalam masyarakat. Seni sudah menjadi racun yang mujarab untuk melontarkan provokasi, ideology, dan fahaman yang songsang. Jesteru perkembangan dan sambutan yang sangat hebat, masyarakat tidak lagi menapis apakah mesej yang ingin disampaikan dalam kegiatan seni tersebut. Apa yang penting ialah hiburan. “Matlamat Menghalalkan Cara” inilah yang telah membawa malapetaka besar dalam peradaban semua bangsa yang mengakibatkan keruntuhan moral yang tidak dapat dibendung. Pentas seni telah mengalami anjakan. Adakah institusi Islam yang sering menjaga peradaban dapat menepis diri mereka dari fenomena ini. Tepuk dada tanyalah iman.

Sebagai langkah awal untuk menyelamatkan intitusi masyarakat yang hampir musnah ini, perkembangan ini wajib diislamisasikan supaya ia menjadi salah satu wasilah dakwah yang paling berkesan untuk menarik muda mudi kembali kepangkal jalan. Sebagai contoh, penurunan Al Quran sebagai panduan umat Islam diturunkan dalam bahasa yang sangat teratur. Hanya dengan jalan ini sahajalah syair jahiliyyah sangat berpengaruh dapat dipatahkan dan dilenyapkan. Tindakan Wali Songo di Indonesia yang telah mengislamkan seluruh Jawa dengan strategi pemanfaatan jalur seni dan budaya. Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Jawa amat menggemari seni pertunjukan wayang kulit, seni suara dan seni ukir. Menariknya, mereka tidak menekankan aspek hukum taklifi terlebih dahulu sebaliknyamenerapkan unsur-unsur tauhid dan nilai-nilai keislaman dalam bataskemampuan masyarakat setempat. Maulana Malik Ibrahim dikatakan tidakmencemuh segala kepercayaan dan pegangan lama penduduk tempatan. Sunan
Kalijaga pula memasukkan cerita-cerita Islam melalui wayang kulit bagimenggantikan hikayat Hindu yang diwarisi daripada nenek moyang.

Terdapat lagu-lagu yang dicipta oleh Kalijaga, Bunang, Kudus, Muria dan Drajat. Melalui seni suara yang diucapkan, mereka secara halus mengajak orang Hindu-Buddha kepada Islam. Perlu difahami bahawa seni boleh menjadi medan dakwah paling relevan hingga ke hari ini. Dakwah menjadi lebih lancar dan segar-bugar dengan adanya unsur-unsur seni yang menyegarkan.

Kita tidak boleh menolak kadang- kadang khalayak terutama remaja mudah bosan dengan khutbah dan ceramah,

Menyedari hakikat ini industri perfileman dan lagu sangat berkuasa dipersada seni harus menerima pembaharuan dan dibaik pulih. PAS harus meneraju perubahan ini. Jika kita sering mengkritik filem dan lagu di Malaysia mengapa pula kita tidak boleh menjadi penyumbang dan mengahsilkan sebuah karya yang mampu menembusi arena seni kebangsaan. Kita bukan golongan yang tandus tenaga pakar yang ahli dalam bidang ini. PAS harus meneroka jauh kehadapan demi kepentingan ummah dan Islam.

Situasi ini menuntut kesungguhan pengorbanan yang tinggi dari semua lapisan anggota parti terutama golongan agama, mereka ini bukan sekadar bercakap soal halal haram di masjid surau sahaja tetapi sanggup untuk turun padang bagi memandu masyarakat tentang cara pelaksanaannya. Kita harus memperakui kehebatan mubaligh- mubaligh Kristian yang begitu rancak mengembang fahaman mereka melalui apa jua cara termasuk perfileman. The Story of Jesus for Children, adalah filem yang diterbitkan khas untuk kanak- kanak mengenali Jesus telah dilancarkan dan diterjemah hampir ke lapan puluh bahasa. Filem tersebut telah dimuatkan di dalam sebuah laman web yang dibina khusus untuk filem tersebut. (www.jesusforchildren.org). Persoalannya adakah kita akan berpeluk tubuh sebagai pemerhati setia sahaja? Kita ummah Muhammad yang adalah ummah yang terbaik wajib berkerja untuk mengimbangi kegiatan seni yang semakin meruncing.

PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang sedang menuju era kegemilangan, wajib lah memandang serius untuk meneroka bidang seni sebagai salah satu wasilah dakwah.Kalau diteliti tentang penorakaan seni wasilah dakwah oleh gerakan islam seluruh dunia nescaya kita akan lihat Parti Keadilan Sejahtera PKS lebih terkehadapan dalam menerokai bidang ini. Mereka mempunyai kumpulan penyanyi tersendiri yang mampu menarik puluhan ribu peminat seni muzik untuk terut serta dalam konsert yg dianjurkan mereka. PKS juga telah menerokai bidang perfileman, filem yang bertajuk Sang Murabbi terbitan mereka telah membuka mata masyarakat, sebelum ia dilancarkan secara rasmi, pihak penerbit filem telah menerima tempahan yang amat memeranjatkan industri perfileman indonesia iaitu sebanyak 10 ribu keping DVD. Jika PKS mampu menerokai pelbagai bidang mengepa PAS tidak boleh melakukan perkara yang sama atau lebih maju dari itu.

(Penulis adalah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Perak)

Nasib Keluarga Termiskin Yang Memerlukan Bantuan

22 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

Miri merupakan sebuah bandar pertama bukan ibu negeri yang mendapat taraf bandaraya. Miri mendapat taraf ini pada 20 Mei 2005 yang membawa gelaran "Bandaraya Peranginan". Miri merupakan bandar kedua terbesar di Sarawak, dengan jumlah penduduk kira-kira 350,000 orang. Kemajuan bandar ini adalah kerana kayanya daerah ini dengan sumber asli, terutamanya petroleum.

Dalam pada itu apabila kita pergi jauh sedikit dalam daerah Miri terdapat juga keluarga yang hidup dalam kemiskinan seperti yang hendak kita paparkan dalam tulisan ini. Dalam Kampong Tukau Jaya dalam daerah Miri terdapat sebuah keluarga miskin yang mempunyai 2 orang anak yang masih kecil yang memohon simpati orang ramai agar dapat membantu meringankan sedikit bebanan mereka untuk membeli bahan pembinaan rumah yang sedang dalam pembinaan.



4. Gambar rumah baru dalam proses pembinaan yang memerlukan bantuan untuk membeli bahan bahan binaan dari orang ramai.

Menurut penghuni pondok tersebut yang tidak mahu namanya di siarkan mengatakan mereka pernah memohon Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) tetapi malangnya permohonan mereka di tolak alasannya tapak rumah yang akan dibina bukan tanah mereka tetapi masih dalam ketegori tanah NCR.

Oleh kerana pemohonan untuk mendapat rumah (PPRT) tidak diluluskan beliau tetap tabah menghadapi kehidupan seharian dengan mencari rezeki seperti berkebun, memotong rumput di kebun pekebun disekitar kawasan Tukau untuk membeli bahan binaan supaya beliau dapat mendirikan rumah yang lebih selesa.

Selama ini ,pondok usang inilah tempat mereka berteduh dari hujan dan panas seperti yang terdapat dalam gambar.

Alhamdullillah berkat sokongan hamba-hamba Allah yang bermurah hati, hasrat penghuni pondok tersebut untuk membina rumah sendiri akhirnya tercapai walaupun belum siap sepenuhnya. Walaupun kecil tetapi lebih selesa kalau dibandingkan dengan pondok usang yang mereka diami sekarang.

Kalau harap pihak kerajaan hendak bantu memang sukar sebab terlalu banyak birokrasi (bureaucracy) yang perlu dilalui. Dimana perginya slogan “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”?

Badan-badan kebajikan seperti Baitulmal dan juga wakil rakyat yang diamanahkan mesti bertanggungjawab untuk turun padang melihat sendiri akan nasib rakyat yang kurang berkemampuan ini. Bantu dan salurkan apa-apa keperluan untuk meringankan bebanan rakyat bukan hanya duduk dalam bilik berhawa dingin tanpa mengambil berat masalah rakyat marhean dibawah yang masih memerlukan bantuan.

Pihak PAS telah turun padang, meninjau dan melawat tempat keluarga tersebut beberapa bulan yang lalu dan mendengar sendiri keluhan suara penghuni pondok tersebut.
PAS Miri sangat simpati dan akan menghulurkan bantuan sekadar kemampuan yang ada untuk meringankan beban dan nasib penghuni pondok tersebut.

Kepada sesiapa yang sudi dan bermurah hati untuk menghulur bantuan kewangan boleh lah menyalurkan terus kedalam akuan berikut :

Nama: Hasmah bt.Napie (Isteri Penghuni)
Bank Islam Akaun No: 11022022193973
Hubungi No.Talian:0198902320 / 0138381720

Dengan bantuan saudara-saudari sekian sekurang-kurangnya dapat meringankan beban yang dipikul oleh keluarga yang serba kekurangan ini.

Semoga bantuan dan sumbangan saudara saudari sekelian diterima dan mendapat ganjaran dari Allah.

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Barang siapa yang bersedekah sebesar biji kurma dari hasil yang baik dan Allah SWT hanya menerima sesuatu yang baik saja.

Nescaya Allah SWT akan menerimanya dengan tangan kanan-Nya, lalu memeliharanya untuk diberikan kepada pemiliknya sebagaimana salah seorang daripada kalian memelihara anak kudanya hingga (pahala sedekahnya itu) menjadi seperti gunung”. (Hadis Bukhari).

PAS Miri
Jofri Jaraiee

Perjanjian Damai Bersama Taliban – Tidak Mungkin

22 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

Washington (CNN) – Baru-baru ini, The Washington Post dan satu majalah Jerman, Der Spiegel telah melaporkan mesyuarat yang telah diadakan antara pegawai-pegawai Amerika Syarikat dan wakil-wakil dari Taliban yang diadakan di Jerman bagi membincangkan rundingan damai.

Membuat perjanjian damai bersama Taliban merupakan sesuatu yang tidak mustahil. Namun, terdapat beberapa masalah yang perlu diselesaikan dalam membuat rundingan damai ini.

Pertama, siapakah (wakil Taliban) yang perlu dirujuk bagi proses rundingan ini?

Taliban sebenarnya sudah banyak kehilangan kuasa sejak seabad yang lalu dan ada antara mereka yang telah kembali berdamai dengan kerajaan Afganistan. Mereka adalah antara wakil-wakil yang sering dilepas pandang setiap kali rundingan damai hendak dilakukan: Mullah Zareef, bekas duta ke Pakistan; Wakil Ahmed Muttawakil, Menteri Luar Negara; dan Abdul Hakim Mujahid, wakil puak Taliban di AS sebelum kejadian 9/11. Mereka ini adalah antara mereka yang tidak bersetuju dengan Osama bin Laden sejak sebelum kejadian 9/11 lagi.

Bin Laden memberitahu mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan beliau bahawa antara musuh-musuh besar beliau adalah Amerika Syarikat dan Kementerian Luar Taliban yang telah merendah-rendahkan usaha perjuangan anti-Amerika yang dibawa beliau di Afganistan. Dan kini, puak Taliban yang telah ‘berdamai’ tidak lagi mewakili Taliban dalam medan pertempuran, kerana mereka sudah tidak lagi aktif dalam gerakan tersebut.

Wakil terbesar Taliban masih lagi ketua mereka, Mullah Omar, atau dikenali dengan gelaran “The Commander of the Faithful”. Gelaran tersebut bukan sahaja membawa maksud Mullah Omar sebagai ketua Taliban, malahan ketua bagi semua umat Islam. Ini menunjukkan bahawa Mullah Omar bukan sahja seorang fanatik agama, tetapi juga dengan kuasa.

Rundingan yang dilakukan dengan orang seperti ini selalunya akan diakhiri dengan kegagalan.

Hampir setiap negara di dunia – termasuk negara yang mempunyai pengaruh yang separa, Pakistan – merayu kepada Mullah pada musim bunga 2001 supaya tidak memusnahkan patung-patung Buddha di Bamiyan yang merupakan salah satu daripada warisan budaya Afganistan yang terbesar. Namun, operasi itu tetap dijalankan. Selepas kejadian 9/11, Mullah Omar telah bersedia untuk kehilangan regim atas pendirian beliau yang tidak mahu menyerahkan bin Laden kepada pihak Amerika.

(Pegawai Senior Tentera AS memberikan pendapat kepada saya bahawa Mullah Omar kadangkala menghabiskan masa di selatan Karachi. Presiden AS, Obama berkata bahawa beliau mungkin akan melakukan perkara yang sama yang berlaku terhadap bin Laden kepada Mullah Omar jika beliau dijumpai.)

Sejak kehilangan regim, Mullah Omar tidak menunjukkan sebarang tanda untuk menjalankan rundingan damai. Beberapa wakil Taliban seperti Maulavi Abdul Kabir, ketua Taliban di timur Afganistan juga berpegang kepada pendirian yang sama. Maulavi pada Januari berkata,” Setakat ini, tiada rundingan damai yang dilakukan dan puak Taliban tidak cenderung ke arah tersebut.”

Kedua, Taliban mempunyai 10 tahun untuk mengenepikan segala usaha Osama. Namun, tiada apa yang dilakukan.

Untuk sebab ini, Arab Saudi, yang telah mengacarakan sebuah perbincangan “talks about talks” di Mekah antara Kerajaan Afganiskan dengan wakil puak Taliban, telah memburukkan lagi keadaan.

Ketiga, Taliban mempunyai ramai pengikut. Jadi, jika rundingan damai hanya dilakukan kepada satu pihak pemberontak, tidak bermakna rundingan itu berjaya sepenuhnya.

Terdapat banyak lagi ketua-ketua pemberontak di daerah-daerah kecil.

Keempat, sejarah menunjukkan rundingan damai yang dimaterai dengan puak Taliban selalunya akan dilanggar.

Perjanjian yang dibuat oleh Kerajaan Afganistan dengan Pakistan di Waziristan pada 2005 dan 2006 dan di Swat pada 2009 hanyalah permulaan kepada pengumpulan ahli yang lebih besar untuk menjajah lebih banyak kawasan.

Kelima, penangkapan Mullah Baradar (Ketua Taliban No. 2) di Pakistan, yang telah berunding dengan Presiden Afganistan, Hamid Karzai, menunjukkan bahawa kerajaan dan tentera Pakistan mempunyai kuasa veto dalam melakukan sebarang rundingan damai.

Keenam, antara wakil-wakil penting dalam rundingan damai ini adalah bekas pemimpin pakatan utara seperti Tajik dan Uzbek.

Ketujuh, rundingan yang dilakukan dalam masa tiga tahun antara wakil-wakil Afganistan dengan wakil Taliban di Mekah dan di Maldives yang berkenaan dengan pendamaian tidak membawa kepada sebarang perubahan.
Kelapan, bencana yang melibatkan Mullah Akhtar Muhammad Mansour yang berlaku tahun lalu menunjukkan bertapa rapuhnya proses rundingan damai.

Mullah Mansour dilihat sebagai antara individu yang memainkan peranan yang penting dalam Taliban, telah mengadakan rundinagn bersama-sama kerajaan Karzai pada musim luruh 2010. Apa yang dilihat sebagai bencana adalah apabila Mullah Mansour yang berunding ketika itu bukanlah Mullah Mansour yang sebenar. Tetapi seorang penjaga kedai yang mengaku sebagai seorang yang berkuasa dalam Taliban.

Akhir sekali, dan yang paling penting selaki: Apakah yang Taliban mahukan sebenarnya?

Antara perkara yang diketahui adalah: Mereka tidak mahukan sebarang kuasa luar di Afganistan. Namun, selain daripada penggunaan Undang-undang Syariah, Taliban masih lagi tidak menyatakan sebarang perkara yang mereka mahukan di Afganistan.

Walaupun rundingan damai ini kelihatan seperti sesuatu yang agak mustahil, ia tidak bermakna bahawa ia tidak akan membawa kepada sebarang perubahan. Walaupun rundingan-rundingan ini tidak mungkin akan berhasil, ianya masih boleh memberikan kesan-kesan lain seperti perpecahan puak Taliban itu sendiri.

Kesimpulannya, rundingan bersama Taliban tidak mungkin akan berakhir. Seorang pegawai berkata, Mullah Omar memerlukan pendapat daripada seorang ulama sebelum beliau menandatangani sebarang rundingan damai dan ianya tidak mungkin akan berlaku ‘buat masa sekarang’.

* Segala pendapat adalah daripada Peter Bergen sendiri. Peter Bergen merupakan penganalisa keselamatan negara CNN.

PAS tidak gila kuasa

22 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 25 Mei: PAS tidak boleh bersama Umno BN jika serius mahu membuat perubahan dalam masyarakat, kata ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Bercakap dalam forum 'Melakar Masa Depan PAS' di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLCAH) malam tadi, beliau berkata, PAS bukan "gila kuasa" seperti yang didakwa Umno BN.

Katanya, Umno BN sebelum ini sering menuduh PAS gila kuasa sehingga dianggap bekerjasama dengan DAP, parti bukan Islam.

Sebaliknya kata Khalid, jika benar PAS ingin berkuasa, mereka akan memilih untuk bersama-sama dengan Umno kerana mereka yang dilihat lebih berkuasa di negara ini.

"Orang Umno selalu kutuk PAS. Dia kata PAS kemaruk kuasa sampai sanggup bersekongkol dengan DAP. Kalau kita kemaruk kuasa kita tak bersekongkol dengan DAP, kita bersekongkol dengan Umno kerana Umno yang berkuasa.

"Tapi kerana kita memahami perjuangan ini bukan nak dapat kuasa tapi nak ubah pemikiran masyarakat, jadi kita tak boleh bersama dengan parti yang sedang mencorak pemikiran dan membelenggu pemikiran umat Islam," kata beliau.

AJK PAS Pusat, Dr, Dzulkefly Ahmad pula menegaskan sistem dua parti merupakan kaedah terbaik untuk mejadi semak imbang dalam pentadbiran negara.

Beliau memberi contoh sistem dua parti seperti Parti Republikan dan Demokratik di Amerika Syarikat dan Konservatif dan Buruh di England.

"Wujudnya dua parti adalah penghayatan yang cukup baik untuk mengekalkan sistem semak imbang yang baik namun tegasnya PAS tidak akan bergabung dengan Umno untuk kali kedua untuk tujuan itu.

"Cukuplah sekali PAS bersama Umno dan ditendang keluar tapi sekarang, setiap kali Ummno tersungkur dan mencari talian hayat, maka mengharapkan PAS untuk menjadi talian hayat mereka.

"Cukuplah sekali kami jatuh dalam lubang dan kami tidak akan masuk ke dalam lubang yang sama untuk dipatuk kali kedua," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor.

Seorang lagi AJK PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaafar yang turut menjadi panel pula berkata, seluruh ahli PAS perlu lebih aktif dalam menyuarakan pandangan terhadap parti bagi memastikan PAS tidak ketinggalan bersama Pakatan Rakyat.

"Ahli dan pimpinan pelbagai peringkat harus vokal, aktif dan berani bersuara.

"Tapi pendirian parti tidak pernah berubah. Kalau Presiden kata "A" maka "A" lah dasarnya.

"Apa yang penting bagaimana kita nak uruskan isu Melayu, bagaimana cara nak tonjolkan konsep negara ISlam dalam masyarakat majmuk, semuanya memerlukan perbincangan di semua peringkat," katanya yang juga Ahli Parlimen Tumpat.

Sementara itu, ahli panel bukan daripada PAS, pakar perlembagaan, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari mengingatkan PAS agar tidak terlalu 'syok sendiri' jika serius mahu menggantikan Umno pada pilihan raya umum ke-13.

Sebaliknya PAS, katanya perlu melakukan lebih banyak perubahan dalam parti.

“Yang kita nak cari dalam PAS ini bukan tok imam tapi panglima, pejuang... sebab itu PAS jangan syok sendiri.

“PAS nak syok sendiri atau mahu kemukakan alternatif kepada rakyat, kalau PAS masih bincang berapa ramai tok lebai nak diletakkan di atas (barisan tertinggi PAS) buat apa?

"Kalau macam ini PAS belum layak untuk menggantikan Umno," katanya yang juga pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Forum anjuran Free Public Forum Malaysia (FPF) dengan kerjasama ILHAM Centre dan Institute for Democracy & Economic Affairs (IDEAS) mendapat sambutan hangat dengan kehadiran kira-kira 200 orang, majoriti golongan muda.

Mereka kelihatan sangat tertarik dengan perbincangan meneganai masa depan PAS yang lebih baik apabila mengajukan pelbagai soalan dan mengutarakan pandangan masing-masing.

Hazayani Zakaria

Azizan tolak timbalan presiden, tanding AJK

22 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 25 Mei: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hanya bertanding jawatan ahli jawatankuasa pada Muktamar Tahunan PAS Pusat ke-57, bulan depan.

Setiausaha akhbarnya, Helmi Khalid memberitahu, Ustaz Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS negeri menolak bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS untuk memberi tumpuan kepada Kedah.

Ustaz Azizan antara yang dicalonkan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS kali ini selain penyandang, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu.

Sehingga kini, Nasharudin, Tuan Ibrahim dan Mohamad mengesahkan bertanding jawatan tersebut sementara Salahuddin mempertahankan jawatan naib presiden yang disandangnya sekarang.

Husam pula mengesahkan bertanding jawatan naib presiden.

Harakahdaily

Rakyat bermaklumat jadi ‘bom jangka’ Umno

22 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 25 Mei: Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) berkata, Umno takut rakyat bermaklumat kerana ia akan menjadi bom jangka untuk menumbangkan Umno.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas luahan Datuk Dr Fuad Zarkashi, Ahli Majlis Tertinggi Umno selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kota Raja.

Fuad berkata, pendekatan pembangkang boleh mempengaruhi pemikiran anak muda melalui media baru seperti blog, Facebook dan Twitter.

“PAS mengharapkan semua jentera penerangan parti perlu melipat gandakan usaha penerangan dan penyerangan supaya rakyat di peringkat akar umbi memahami perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat serta mengetahui penyelewengan BN,” kata Idris kepada Harakahdaily.

Katanya, BN resah dengan teknologi maklumat tanpa sempadan.

Beliau menambah, mereka hanya boleh kongkong media bercetak dan berlesen sahaja, tetapi mereka gagal membendung media baru yang mempunyai kuasa tersendiri.

Katanya, segala fitnah yang mereka siarkan dalam media perdana, terus dijawab dalam beberapa minit sahaja dengan fakta dan data.

Tegasnya, PAS yakin keresahan Fuad akan menjadi kenyataan jika jentera Penerangan PAS dan Pakatan Rakyat mengoptimumkan penggunaan media baru untuk melakukan pencerahan minda rakyat yang rosak angkara media perdana yang tidak beretika.

Harakahdaily

Anwar fail saman balas terhadap Hishammuddin

22 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 25 Mei: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memfailkan saman balas terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussien berhubung video fitnah yang dikaitkan dengannya, lapor Keadilan Daily.

Anwar, yang juga ahli parlimen Permatang Pauh dilapor akan mengemukakan pembelaan dan hujah balas bersama transkrip penuh sidang akhbarnya.

Sebelum ini, Hishammuddin berkata tindakan Anwar mengaitkannya dengan video fitnah tersebut semata-mata untuk mengalihkan perhatian rakyat.

Menurut Malaysiakini, permohonan Anwar difailkan oleh pejabat peguam Tetuan Faiz dan Co.

Perkara itu timbul ketika sebutan kes hari ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Wazeer Alam Mydin Meera.

Wazeer menetapkan 3 Jun untuk pengurusan kes dan mengarahkan Hishammuddin menjawab hujah pembelaan Anwar sebelum 1 Jun.

Hishammuddin diwakili peguam Cecil Abraham manakala Anwar diwakili Leela Jesunathan.

Harakahdaily

Misi ke Gaza dijangka diteruskan melalui jalan darat

22 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

EL-ARISH - Misi kapal kargo MV Finch untuk menghantar bantuan berupa paip PVC kepada penduduk Gaza dijangka akan diteruskan dengan menggunakan jalan darat ekoran keputusan pihak berkuasa Mesir memberikan kebenaran kepada kapal itu untuk berlabuh dan memunggah barangan kargo hari ini.

Wartawan Bernama, Mohd Faizal Hassan dalam nota SMS yang dihantar ke ibu pejabat agensi berita itu di Kuala Lumpur berkata: "Difahamkan, Menteri Luar Mesir telah memberikan kebenaran untuk berlabuh (kapal) dan memunggah barang kargo hari ini.. Insyaallah kami akan ke darat," katanya.

Kapal tersebut telah berada lebih seminggu di luar Pelabuhan El-Arish di Mesir, bagi menunggu kebenaran daripada pihak berkuasa Mesir untuk berlabuh dan enjin kapal itu kini telah pun rosak.

Pada 16 Mei lepas kapal kargo itu yang turut membawa 12 sukarelawan dan krew dua wartawan Malaysia terpaksa membatalkan rancangan menggunakan laluan perairan Palestin untuk menghantar bantuan ke Gaza apabila diancam oleh tentera laut rejim Israel yang melepaskan tembakan amaran.

Mohd Faizal berkata buat masa ini kapal tentera Mesir berada berhampiran kapal kargo mereka untuk mengawal segala kemungkinan memandangkan kapal tentera Israel turut berada berdekatan.

"Objektif untuk menembusi sekatan itu telah dilakukan sejak Isnin lepas dan kini objektif untuk menghantar paip PVC ke Gaza dijangka akan dilakukan hari ini menerusi jalan darat," katanya.

Sementara itu, Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) dalam satu kenyataan berkata PGPF menyokong sebulat suara keputusan yang diambil oleh kesemua krew dan penumpang kapal dan berbangga dengan semangat dan keazaman mereka.

"Spirit of Rachel Corrie (nama pendaftaran MV Finch) telah berada di lautan selama 12 hari dan sekarang sekali lagi akan mencuba untuk memecahkan sekatan Israel secara haram di Semenanjung Gaza," kata kenyataan itu.

Sementara itu, Matthias Chang, Ketua Misi kapal The Spirit of Rachel Corrie berkata mereka telah berlabuh di kawasan menunggu di pelabuhan dan roda kemudi kapal telah patah.

"Semangat berpasukan adalah tinggi dan tidak berasa gentar, kami telah menghadapi pelbagai rintangan dan sabotaj dan berjaya menempohnya," kata beliau dalam satu kenyataan yang difakskan dari pejabatnya di Kuala Lumpur.

Kapal MV Finch itu dikemudi rakyat Malaysia, Kapten Abdul Jalil Mansor dengan dibantu empat krew iaitu Zainuddin Mohamad dan Mohd Jaffery Ariffin dari Malaysia serta dua warga India iaitu Sharma Chandan Shimla dan Pal Satya Prakash.

Selain wartawan Bernama, turut berada di atas kapal itu ialah wartawan akhbar New Straits Times Iskandar Alang Zainuddin, petugas sukarela Felda Mohd Radzillah Abdullah dan tiga aktivis kemanusiaan iaitu Derek Graham dan Jenny Graham dari Ireland serta Julie Levesque dari Kanada.- Bernama

Kedangkalan Umno-BN Terserlah, Cabar PR Turunkan Harga Barang

22 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 25 MEI : Tindakan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan mencabar negeri-negeri dibawah pimpinan Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga barangan keperluan terutamanya petrol jelas menunjukkan beliau dangkal mengenai sempadan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Ahli Parlimen Klang, Charles Anthony Santiago berkata, tindakan itu juga sekaligus memperlihatkan betapa rendahnya pemikiran kepimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) dalam menangani isu-isu rakyat.

" Saya fikir Datuk Ahmad Maslan ini memang tidak mengetahui apakah peranan kerajaan mahupun tanggungjawab sebenar antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri."

" Sudah jelas dalam isu-isu yang berkait dengan harga barangan keperluan itu adalah di bawah tanggungjawab pihak Kerajaan Persekutuan. Oleh itu, cabaran beliau untuk kerajaan Pakatan Rakyat supaya mengurangkan harga barangan tidak masuk akal dan ia merupakan satu kenyataan yang jelas menunjukkan bahawa orang UMNO ini tidak begitu pandai," ujarnya ketika dihubungi Tv Selangor.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, empat kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang dicabar menurunkan harga barang-barang keperluan terutama petrol berikutan tindakan Pakatan Rakyat (PR) yang sering menjadikan isu harga barang sebagai modal politik.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, perkara itu bukan sesuatu yang mustahil kerana mereka boleh memberi subsidi sama seperti yang dilakukan Kerajaan Persekutuan ketika ini.

“Saya cabar mereka berikan subsidi sama seperti Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Parti keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang didakwa kaya-raya mungkin boleh memulakan langkah itu melalui Penasihat Ekonomi negeri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Menurut Charles, kenyataan Ahmad Maslan itu disifatkan sebagai satu lagi cubaan Umno-BN untuk memutar belitkan fakta serta memperbodohkan rakyat berhubung kenaikan harga barangan keperluan ini dengan mengalihkan tugas Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri.

" Kenyataan Ahmad Maslan itu hanya memperbodohkan orang ramai. Dia (Ahmad Maslan) hanya mahu putar-belitkan isu ini sahaja dengan mengatakan ia dibawah bidang kuasa kerajaan negeri dan negeri boleh menukar harga barangan sewenang-wenangnya, walhal ia tidak boleh berlaku," tegasnya.

Tv Selangor/-

Kalau demo dalam stadium, baik tengok bola

22 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 24 Mei: Pemuda PAS Pusat menolak cadangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein agar demonstrasi diadakan di dalam stadium atas alasan keselamatan awam.

Ketuanya, Nasrudin Hassan (gambar) berkata, tiada sebab KDN menghalang demonstrasi di tempat terbuka kerana penganjuran himpunan sebelum ini terbukti aman jka tiada gangguan polis.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Hishammudin bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membawa usul demonstrasi tanpa permit di stadium ke Kabinet, bagi mengelakkan penganjurannya oleh pihak-pihak tertentu mengganggu keselamatan dan ketenteraman awam.

"Pemuda memang tak bersetuju untuk (demonstrasi) buat di stadium. Kita bukan nak buat festival, bukan nak buat ekspo tapi kita nak buat himpunan yang berjalan untuk keadilan jadi kita akan bergerak dan tidak berkumpul setempat," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau yang merujuk kepada beberapa siri demonstari aman sebelum ini berkata, keadaan menjadi huru-hara kerana pihak polis dan FRU menggunakan kekerasan dengan menyembur gas pemedih mata dan meriam air yang didakwa bagi 'meredakan keadaan'.

"Kita harap pihak kerajaan tidak mengganggu sebaliknya memberi kebenaran kepada rakyat dan kita jamin ianya aman dan tidak menyumbang kepada apa-apa kerosakan sebab kita dah buktikan pada Bersih 1 dulu kita berjaya melakukannya cuma kita minta tak ada sebarang provokasi daripada polis dengan menggunakan water canon menyebabkan keadaan kucar kacir," katanya.

Tambahnya, hasrat rakyat untuk menunjukkan rasa marah dan tidak puas hati terhadap sesuatu perkara tidak akan tercapai sekiranya dibuat di tempat tertutup dan menyifatkan tunjuk perasaan sebagai satu 'seni halus' yang perlu ditangani secara halus juga.

"Konsep demonstrasi ialah tunjuk perasaan ertinya kita nak tunjuk kepada masyarakat apa yang kita bantah.

"Kalau buat tempat tertutup tak mencapai objektif dan kita bukan nak tunjuk kekerasan, 'gedebe' dan samseng tapi nak tunjuk persaan rakyat yang mahu keadilan dan ketelusan.

"Sebenarnya tunjuk perasaan seni halus yang perlu ditangani dengan lunak, bukan dengan jentera water cannon dan FRU sebab berkait dengan perasaan. Kalau tangani dengan ganas ia akan dibalas ganas juga," katanya.

Pemuda sedia untuk Bersih 2

Sementara itu, Nasrudin menyatakan komitmen seluruh pemuda untuk menyertai himpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 9 Julai ini bagi menggerakkan rakyat menuntut pilihan raya bersih dan adil.

"Kalau PAS kata akan turunkan 100, 000 ahli, sekurang-kurangnya 50 peratus daripada jumlah itu ialah pemuda," katanya.

Himpunan yang bertemakan "Walk For Democracy", menurut Pengerusi Badan Penggerak Mobilisasi Demokrasi PAS Mohamad Sabu akan berlansung di Kuala Lumpur dan tempat yang spesifik akan diumumkan nanti.

"Tapi kalau buat di stadium kita tak mahu. Baik pergi tengok bola," katanya berseloroh.

Harakahdaily/-
Oleh : Hazayani Zakaria

UMNO BN Perkuda Eskay Serang Anwar

22 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM : Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul menganggap temuramah salah seorang trio 'Datuk T', Datuk Syazryl Eskay Abdullah sebagai 'kuda tunggangan' UMNO BN yang digunakan bagi tujuan memfitnah Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah menurut Johari, temuramah ekslusif Eskay yang disiarkan dalam Utusan Malaysia hari ini sebagai tidak benar dan bercanggahan dengan fakta.

Johari turut menegaskan PKR akan mendedahkan kepincangan Eskay tidak lama lagi.
"Kena tanya orang Kedah siapa dia Eskay yang kami kenal. Kami tahu habuan yang dia dapat mungkin dari bekas Perdana Menteri, Mahathir.

Kami juga tahu cara dia berniaga, yang akan didedah dalam sedikit masa lagi. Bagi saya UMNO BN gunakan Eskay sebagai kuda tunggangan mereka," katanya.

Eskay sebelum ini ditemani bekas Menteri Besar Melaka, Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA, Shuib Lazim, mengangkat sumpah 'laknat' di Masjid Amru Al-As pada 29 April lalu kononnya beliau dan Anwar terlibat dalam skandal seks seperti mana yang didedahkan mereka 21 Mac lalu.

Walaubagaimanapun, Rahim dan Shuib tidak membuat sumpah laknat.
Utusan hari ini, muka surat 12, menyiarkan temuramah ekslusif mereka dengan Eskay yang digambarkan sebagai seorang yang mesra dan berakhlak mulia malah digambarkan sebagai hero.

Menurut temuramah tersebut, Eskay yang menjadi Konsul Kehormat Diraja Thailand dikatakan terlibat dan bertanggungjawab dalam memeterai Peta Keamanan (Peace Road Map) melibatkan semua wakil puak pemisah di bawah naungan organisasi yang dinamakan BERSATU termasuk pertubuhan Pembebasan Bersatu Pattani (PULO), Gerakan Mujahiden Islam Pattani (GMP) dan Barisan Revolusi Nasional-Kongres (BRN).

Namun Johari yang juga bekas Pegawai Tinggi Kerajaan Pusat menegaskan, apa yang terpapar diruangan Rencana itu tidak benar sama sekali.

"Dalam hal-hal keselamatan seperti ini, kita tak gunakan konsul, Konsul general kehormat dan konsul general berbeza. (Eskay) konsul Langkawi sahaja, bukan Malaysia. Fungsi Konsul General Kehormat adalah berkaitan pelancongan, kebudayaan dan sewaktu dengan itu.

"Ini bukan peranan Konsul General Terhormat. Ini peranan yang dimainkan Majlis Keselamatan Negara, Polis, Tentera dan lain-lain. Saya yakin mereka yang terlibat turun akan berdiam diri kerana perkara ini 'Top Secret' (Rahsia Sulit) Kerajaan," tambah Johari.

Menurut Johari fungsi Eskay hanyalah seperti 'Pengurus Acara' atau Pemandu Pelancong semata.

"Saya yakin, kalau ada Menteri-menteri atau VIP ingin ke Thailand Datuk Eskay boleh jadi 'tour guide' tapi terlibat dalam hal seperti ini...seperti saya kata, saya bekas Pegawai Tinggi kerajaan," kata Johari lagi.

Justeru, Johari mencabar Eskay yang menyatakan Anwar ke Thailand dengannya secara berseorangan menjelaskan dengan terperinci tarikh kedatangan Anwar ke Thailand jika benar semua tuduhan sebelum ini.

"Saya nak cabar Eskay, beritahu bila tarikh Anwar ke Thailand. Sebab dia kata Anwar pergi sendirian. Sedangkan saya tahu tujuan Anwar ke Thailand dan dengan siapa dia pergi dan apa yang dia bincangkan. Dia tak akan pergi sorang," kata Johari.

Tv Selangor/-

Kalau berani, ayuh Umno keluar BN

22 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



KUALA LUMPUR, 25 Mei: Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim berkata, Umno boleh keluar daripada BN jika merasakan sudah mendapat sokongan kuat dari orang Melayu.

“Kita sudah cadangkan berulang kali sekiranya Umno merasakan dia sudah mendapat sokongan kuat dari orang Melayu ayuh dengan segera keluar dari BN,” ujarnya.

Beliau menyatakan demikian sebagai kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mencabar DAP supaya keluar daripada Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti.

"Kalau berani berbuat demikian, barulah parti DAP boleh dikatakan sebagai 'anak jantan'," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan komputer riba '1Malaysia' kepada 2,876 pelajar sekolah menengah dalam Parlimen Bagan Datoh, semalam, sebagaimana laporan Bernama.

Beliau menyatakan perkara itu sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang mengumumkan DAP akan mencadangkan kepada pucuk pimpinan Pakatan Rakyat supaya kesemua negeri Pakatan tidak membubarkan Dun masing-masing jika pilihan raya umum diadakan tahun ini.

“Saya melihat Zahid sudah hilang pertimbangan akal yang waras dan sudah bercakap ‘merapu’ bila beralasan dengan bertanding atas ‘tiket sendiri’ tanpa ada apa-apa pakatan dengan PKR dan PAS, DAP dapat menguji sejauh mana kekuatan serta pengaruh DAP dalam meraih sokongan rakyat,” kata Khalil yang juga Adun Titi Serong.

Katanya, Zahid yang juga Menteri Pertahanan dilihat sudah mengulas sesuatu yang lari dari tajuk dan persoalan yang sebenar dan menyebabkan dia dilihat sebagai seorang pemimpin Umno yang tidak ada pandangan yang jauh dan tidak melihat kepada realiti yang sebenarnya.

“Orang bercakap mengenai bidang kuasa menteri besar dan ketua yang ada pada kerajaan negeri yang boleh menasihati Sultan atau Yang Dipertua Negeri untuk tidak membubarkan Dun walaupun parlimen telah dibubarkan, apa lagi tidak cukup tempoh 5 tahun,” ujarnya.

Beliau turut mempersoalkan kenapa jauh sangat Zahid mencabar DAP untuk keluar dari Pakatan dan apa pula istemewanya jadi ‘anak jantan’ kalau keluar dari Pakatan seperti yang dikatakannya.

Hakikat sebenarnya, kata beliau Umno sekian lama ‘pondan’ disebabkan tidak berani keluar dari BN.

Khalis menambah, sebenarnya sistem 2 parti iaitu Pakatan Rakyat dan BN adalah realiti yang mesti diterima oleh seluruh rakyat Malaysia.

Justeru, katanya jangan pula Zahid cuba menutup kelemahan Umno sendiri yang terus bergayut di dalam BN dan dalam waktu yang sama mencabar DAP keluar dari Pakatan.

Lelaki Mati Tergantung Dalam Lokap

22 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

Seorang lelaki yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes pencerobohan kediaman ditemui mati dalam lokap Balai Polis Simpang Renggam di Kluang hari ini.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohd Fawzi Arshad berkata Nasrul Redzuan Mohamad, 25, ditemui mati tergantung kira-kira pukul 10.20 pagi oleh anggota polis yang bertugas ketika mahu memindahkan lelaki terbabit ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang.

“Nasrul Redzuan ditahan polis selepas dipercayai menceroboh kediaman salah seorang penduduk di kawasan Simpang Renggam dan menyerang sehingga mengakibatkan kecederaan pada mangsa pada kira-kira pukul 6.30 pagi tadi.

“Dia kemudian dibawa ke Balai Polis Simpang Renggam sebelum ditempatkan sementara di lokap tahanan bagi proses laporan. Bagaimanapun, ketika anggota bertugas ingin memindahkannya ke IPD Kluang, anggota berkenaan menemui dia mati tergantung di dalam lokap tersebut,” katanya kepada pemberita.

Mohd Fawzi berkata pemeriksaan lanjut mendapati Nasrul Redzuan yang berasal dari Felda Bukit Rokan Utara, Gemencheh, Negeri Sembilan, menggantung dirinya menggunakan seutas tali.

Beliau berkata mayat lelaki itu kemudian dihantar ke Hospital Kluang untuk bedah siasat.

- Bernama

Tanah runtuh: Umno jangan berlagak hero

22 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 24 Mei: Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr. Che Rosli Che Mat menasihatkan pemimpin Umno tidak mendabik dada berlagak kononnya mereka 'hero' dan paling awal membantu mangsa tanah runtuh di rumah anak-anak yatim Batu 14 Hulu Langat.

Ketika menceritakan kembali suasana sebenar hari kejadian beliau berkata, bantuan mula tiba seawal jam 3 petang iaitu kira-kira setengah jam selepas kejadian berlaku.

Antara yang terawal tiba di sana menghulur bantuan katanya adalah penyelaras PAS bagi Dun Dusun Tua, Mohd Jan Sulung bersama beberapa rakannya yang mengeluarkan mangsa pertama jam 3.15 petang.

Beliau yang tiba kira-kira jam 3.30 petang kemudiannya turut membantu mangsa bersama Unit Amal dan Briged Amal PAS dengan kehadiran pihak bomba.

"Yang ditonjol media (Adun Semenyih) (Datuk) Johan (Abdul Aziz). Padahal dia datang dah pukul 4 dan tak boleh masuk pun.

"TV3 datang ambil gambar dia seolah-olah Umno lah buat semua," katanya pada sidang media sempena pelancaran Tabung Kemanusiaan Harakah untuk mangsa tanah runtuh tersebut.

Turut serta pada sidang media itu, Pengarah Urusan Harakah, Datuk Kamarudin Jaffar.

Dalam kejadian pada pukul 2.30 petang Sabtu lalu 25 pelajar serta warden Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat tertimbus oleh runtuhan tanah ketika sedang berlatih kompang dan nasyid di khemah bersebelahan cerun bukit.

Ekoran kejadian itu, sembilan daripada pelajar yang terlibat selamat dan 16 lagi terkorban.

"Dari segi senarai yang membantu itu tidak nampak la di mana-mana Briged Amal dan Unit Amal.

"Sedangkan petugas kita hampir 250 orang dan paling ramai," katanya sedikit kesal.

Menurutnya lagi, sepanjang tempoh menyelamat itu, petugas PAS antara paling menonjol sehingga mereka lah juga terlibat semasa proses pengkebumian mangsa yang terkorban.

Mengulas lanjut, beliau bagaimanapun melahirkan rasa kesal kerana sumbangan dari pihak PAS seperti dikesampingkan.

Pihak polis juga semasa memberi taklimat tidak menyebut penglibatan Unit Amal dan Briged Amal dan hanya menyebut agensi-agensi lain yang hanya sebilangan kecil terlibat.

Bagaimanapun, beliau memberitahu, isu publisiti itu bukanlah perkara besar bagi mereka, namun sekadar memberi respon terhadap media yang menonjolkan BN kononnya 'hero' dalam isu itu.

"Saya bagitahu dengan sahabat-sahabat di sana, ini bukan masa nak cari publisiti, tapi masa untuk kita buat kerja selamatkan nyawa seramai mungkin," jelasnya.

Harakahdaily/-
Oleh : Nazri Abdullah

Tanah runtuh anak yatim : berita yang tak akan masuk tv dan media massa perdana

22 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

Ahad 23.5.11

Saya tengah bermesyuarat di Batu Caves, KL apabila mendapat berita tentang kejadian tanah runtuh yang melibat sebuah Pusat Penjagaan anak yatim AT TAQWA di BT 14 HULU LANGAT.Tidak lama selepas saya menerima sms tentang berita itu, saya menerima pesanan ringkas dari jauh iaitu daripada YAB MENTERI BESAR SELANGOR yang berada di USA.Beliau meminta YB Rodziah selaku EXCO KEBAJIKAN dan saya selaku EXCO PEMBANGUNAN MODAL INSAN SELANGOR untuk mengerakkan YAYASAN AMAL ke tempat kejadian.

Saya terus meminta YAYASAN AMAL MALAYSIA yang terkenal dengan pengalaman dalam keadaan bencana dan BRIGED AMAL SELANGOR ke tempat kejadian bagi memberi bantuan kemanusiaan.

Belum habis mesyuarat saya bergegas pergi ke tempat kejadian.Semakin hampir saya mula perasan bahawa saya juga telah ke tempat berhampiran itu semasa kejadian PUSAT TAHFIZ HAYAATUL ULOOM terbakar hingga mengorban satu nyawa Ramadhan yang lepas.

Saya bertemu dengan YB Rodziah di LEMBAH AZWEN yang menempatkan 20 orang anak yatim yang tidak terlibat dengan kemalangan kerana mereka tidak berada dalam khemah yang ditimpa tanah runtuh.

Rata-rata wajah mereka menggambarkan kepiluan dan trauma.
Saya sempat berjumpa dengan ahli keluarga mereka yang sama tidak ceria.Tidak kurang ada keluarga yang berdebar berlinang air mata kerana anak mereka belum dijumpai.Entah hidup entah tidak.

YB DR HALIMAH berbincang dengan SUK SELANGOR,YDP MPKJ,PENGARAH JKR SELANGOR Kemudian saya terus berjalan kaki daripada LEMBAH AZWEN RESORT hingga ke tempat kejadian.Air hujan menyebabkan tanah kuning yang becak,licin dan berlopak.

Saya bertemu dengan ahli UNIT AMAL dan BRIGED AMAL yang telah bermula daripada awal membantu pasukan penyelamat mencari mangsa.

DYMM SULTAN SELANGOR diberi taklimat



YB Dr Halimah bertanya dengan Ketua pasukan Perubatan HOSPITAL AMPANG Saya melihat tempat tanah runtuh di belakang bangunan PUSAT JAGAAN ANAK-ANAK YATIM AT TAQWA.Kelihatan pasukan penyelamat mengorek tanah yang menimbus khemah dengan berhati-hati kerana dikhuatiri terkena mangsa yang akan cedera sekiranya terkena alat penyodok dan cangkul.

Anjing-anjing membantu mengesan mangsa.Ada yang tersepit kaki dan perlu dipotong. Ada tersepit tangan. Mangsa yang ditemui dihantar ke satu lokasi yang berdekatan dengan ambulans.Yang disah meningal diminta waris mengesan.Yang masih hidup dirawat dan dihantar segera ke hospital.

Ramai orang berpusu-pusu ke tempat kejadian walaupun hari hujan dan jalan agak gelap..Saya terlihat di surau pelbagai ukiran ayat al Quran yang menyejukkan mata serta mengingatkan saya kuasa Ilahi.

Pasukan bomba bergegas membawa chain saw.Ada mangsa yang mereka temui dan sukar dikeluarkan.

Banyak pengajaran bagi semua pihak dalam tragedi ini.Ia mengajar manusia merancang dengan baik.Ia juga mengajar kita supaya meneiliti ciptaan Allah seperti bukit dan gunung dan apakah tujuan ia dijadikan.

Ia mengingatkan kita supaya peka kepada alam sekitar kerana ia bersangkut paut dengan kesejahteraan hidup kita.

Ia latihan kesabaran.Ia menerangkan hakikat satu kehidupan dan satu kematian.
Kerajaan negeri menyumbang RM1000 kepada mangsa yang selamat dan Lembaga Zakat Selangor memberi sumbangan khas kepada semua dan RM100000 kepada PUSAT PENJAGAAN ANAK YATIM AT TAQWA.

Moga Allah swt melimpahkan rahmat dan kasih sayangNya kepada semua yang telah mencurah khidmat dalam usaha menyelamat dan rakyat yang prihatin.

http://drhalimahali.blogspot.com

Sijil Halal : Kerajaan Digesa Ambil Langkah Komprehensif

22 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

PETALING JAYA 25 MEI : Institut Penyelidikan Produk Halal Universiti Putra Malaysia (UPM) menggesa kerajaan mengambil tindakan komprehensif mewajibkan setiap pembekal menyediakan butiran ramuan atau bahan mentah yang digunakan supaya masalah kewujudan komponen bertentangan dengan Islam, sama ada yang dilakukan secara sengaja ataupun tidak sengaja, dapat dielakkan sambil mengakui wujudnya kelemahan dalam keberkesanan proses mematuhi peraturan sijil halal.

Ketua makmal UPM Dzulkifly Mat Hashim berkata, masalah kewujudan bahan-bahan tidak halal adalah disebabkan oleh faktor luar pengetahuan penyedia perkhidmatan atau produk terakhir itu sendiri.

“Dalam kes serbuk kopi (di Kluang sebagai contoh), pada pandangan peribadi saya, mungkin kes ini wujud kerana tiadanya pengetahuan atau di luar pengetahuan pemilik kafe,” katanya ketika ditemui selepas membentangkan kertas kerja pada Simposium 2011: Total Agilent Experience.

“(Oleh itu) kerajaan perlu mengkaji untuk mengambil satu tindakan komprehensif dalam hal ini, bermula dengan pendidikan, kempen kesedaran, bantuan kewangan dan sebagainya sebelum menguatkuasakan undang-undang,” ujarnya.

Jelasnya lagi, 80 hingga 90 peratus ramuan sesuatu produk makanan dan bukan makanan seperti kosmetik datang dari luar negara, maka sukar untuk penyedia perkhidmatan atau produk akhir memastikan atau mengetahui seratus-peratus kandungannya.

“Jadi, dalam perkara ini perlu ada kerjasama antara penyedia produk akhir dan pembekal bahan-bahan mentah kerana ia melibatkan satu rangkaian proses yang panjang,” katanya.

Ujarnya lagi, kini tiada peruntukan yang mewajibkan perkara itu.

Bagaimanapun rang undang-undang halal yang sedang digubal dilihat akan membantu mengatasi masalah tersebut.

Pada April lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata undang-undang baru yang digubal untuk memperkemaskan lagi industri halal negara akan memberi lebih kuasa kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menguat kuasa penggunaan dan pengeluaran logo halal di negara ini.

“Akta itu akan meliputi tindakan undang-undang dan penguatkuasaan kerana dulu tidak boleh ambil tindakan kepada mana-mana individu, syarikat swasta atau mana-mana syarikat luar yang mengeluarkan sijil kerana peruntukannya tidak diperkemaskan,” katanya.

Semalam, Pemuda Umno menggesa kerajaan membekukan proses kelulusan permohonan persijilan halal oleh Jakim dan kesemua agensi agama negeri ekoran kes-kes ketidakpematuhan sejak kebelakangan ini.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, langkah itu perlu sehingga satu proses pengauditan komprehensif oleh sebuah badan bebas terhadap proses kelulusan permohonan persijilan halal oleh agensi-agensi berkaitan selesai.

Baru-baru ini, Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia juga telah membuat pendedahan mengenai DNA babi dalam bahan ramuan Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder yang digunakan syarikat Puratos Malaysia Sdn. Bhd.

Bahkan, kejutan berganda menyusur dengan dakwaan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bahawa bahan-bahan tersebut dikatakan digunakan oleh sebuah rangkaian kedai francais makanan yang terkenal di Malaysia dengan langganan ramai dari masyarakat Islam.

Mengulas lanjut kes di Kluang baru-baru ini, bahawa siapa yang harus dipersalahkan kerana pemiliknya dikatakan memiliki sijil halal, Dzulkifly berkata, oleh kerana kes itu sudah dibawa ke mahkamah maka pihak berkuasa kehakimanlah yang perlu menentukan perkara tersebut.

Bagaimanapun katanya, ia perlu diteliti secara kes demi kes dengan melihat pada “beban kewajaran.”

“Sama ada seseorang itu memasukan bahan yang dilarang secara sengaja atau tidak sengaja dan sebagainya,” kata beliau yang turut berpendapat bahawa masalah itu boleh diatasi jika ada langkah menggunakan analisis saintifik sebagaimana dilakukan pihaknya dan proses dokumentasi yang tersusun mengenai ramuan dalam sesuatu bahan yang digunakan.

Justeru, Dzulkifly mencadangkan kerajaan supaya menambah pusat-pusat analisis makanan halal memandangkan banyak pihak berminat untuk melakukannya dan beliau yakin masalah yang disaksikan sekarang boleh diatasi dalam tempoh empat tahun sahaja.

“Pada pandangan saya, saya berharap masalah-masalah wujudnya ketidakpematuhan keperluan sijil halal boleh diatasi dalam tempoh sebelum berakhirnya RMK-10... itu harapan saya.

“Jika boleh dilakukan jika kerajaan iltizam politik di pihak kerajaan dengan mengadakan pelbagai langkah, saya yakin ia boleh dicapai dengan cepat,” katanya.

Institut Penyelidikan Produk Halal UPM mula menjalankan ujian saintifik sejak setahun lalu dan mempunyai kapasiti melakukan 6,000 analisis dalam setahun.

Tv Selangor/-

Kenapa cabar DAP keluar PR ?, UMNO keluar BN kalau berani !

22 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KENYATAAN MEDIA
Ketua Penerangan PAS Perak

Saya sangat terkejut laporan dari Berana memetik kenyataan dari Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mencabar DAP supaya keluar daripada Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti.

Saya melihat Zahid sudah hilang pertimbangan akal yang waras dan sudah bercakap "merapu" bila beralasan dengan bertanding atas "tiket sendiri" tanpa ada apa-apa pakatan dengan PKR dan PAS, DAP katanya dapat menguji sejauh mana kekuatan serta pengaruh DAP dalam meraih sokongan rakyat.

Jauh dari itu Zahid berkata parti DAP boleh dikatakan sebagai 'anak jantan' sekiranya bertindak sedemikian.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang mengumumkan DAP akan mencadangkan kepada pucuk pimpinan Pakatan Rakyat supaya kesemua negeri Pakatan tidak membubarkan Dun masing-masing jika pilihan raya umum diadakan tahun ini.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Pertahanan saya lihat sudah mengulas sesuatu yang lari dari tajuk dan persoalan yang sebenar dan menyebabkan dia dilihat sebagai seorang pemimpin UMNO yang tidak ada pandangan yang jauh dan tidak melihat kepada realiti yang sebenarnya.

Orang bercakap mengenai bidang kuasa menteri Besar dan Ketua yang ada pada kerajaan negeri yang boleh tidak menasihati Sultan atau Yang DiPertua Negeri untuk tidak membubarkan DUN walaupun parlimen telah dibubarkan, apa lagi tidak cukup tempoh 5 tahun.

Kenapakah jauh sangat Zahid mencabar DAP untuk keluar dari Pakatan dan apa pula istemewanya jadi "anak jantan" kalau keluar dari Pakatan seperti yang dikatakannya.

Hakikat sebenarnya UMNO lah yang sekian lama "pondan" disebabkan tidak berani keluar dari BN.

Kita sudah cadangkan berulangkali sekiranya UMNO merasakan dia sudah mendapat sokongan kuat dari orang melayu ayuh dengan segera keluar dari BN .

Sebenarnya sisitem 2 parti iaitu Pakatan Rakyat dan BN adalah realiti yang mesti diterima oleh seluruh rakyat malaysia, jangan pula Zahid cuba menutup kelemahan UMNO sendiri yang terus bergayut didalam BN dan dalam waktu yang sama mencabar DAP keluar dari pakatan.

Sesungguhnya tidak ada satu partipun termasuk UMNO yang boleh memerintah negara dan semua negeri di malaysia kalau dia tidak berada dalam PR atau BN.

Zahid nampaknya sudah terlalu cerdik, dan saya cadangkan kecerdikannya itu digunakan untuk UMNO iaitu keluar dari BN kalau dia berani.

Apa lagi kekuatan yang ada pada BN dan UMNO sendiri adalah kekuatan yang sangat rapuh kerana bergantung kepada penyalahgunaan kuasa terhadap kementerian, jabatan dan agensi tertentu.

Itupun mereka sudah rasa terlalu lemas dan pendek umur dengan mencari pelbagai cara untuk menarik sokongan rakyat bagi terus kekal berkuasa.

Namun saya yakin dengan kenyataan Zahid membuktikan BN dan sudah kehilangan arah untuk memastikan rakyat terus memberi madat kepadanya.

Gelombang penolakan rakyat terhadap BN sudah tidak dapat dibendung lagi dan saya yakin Pakatan Rakyat akan menjadi Pilihan Rakyat dalam PRU akan datang.

KENYATAAN MEDIA
Drs. Khalil Idham Lim
IPOH, 25 Mei 2011.

Pam hidrolik tahan batu besar hempap guru

22 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

"KAMI terpaksa menggunakan pam hidrolik milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk menahan batu besar daripada terus menghimpit mangsa terakhir yang masih bernyawa," kata Pegawai Persediaan Bencana Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM), Rozalla Iskandar Mohamad, 33, yang membantu menyelamatkan guru sambilan, Md Irwan Zakaria.

Rozalla berkata, mangsa ketika itu dalam keadaan sudah tidak bermaya dengan paha kaki kanan dan kaki kirinya yang tersepit pada dinding madrasah.

“Ada dua mayat kanak-kanak bertindih dan Md Irwan, 32, pula ditindih satu lagi mayat, selain besi khemah menghimpit kakinya. Atas empat mangsa tersepit itu, terdapat batu besar dan kami guna pam hidrolik untuk elak batu itu menggelungsur dan menimpa kepalanya,” katanya.

Beliau berkata, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) terpaksa mengeluarkan dua mayat yang menimpa mangsa terlebih dulu untuk mengurangkan bebanan, tetapi kira-kira jam 6.30 petang, operasi tergendala kerana berlaku pergerakan tanah selepas hujan lebat.

“Enam jam diperlukan untuk mengeluarkan mangsa. Kami menepuk pahanya kerana dia memberitahu kakinya kebas, selain kami bersembang dengannya bagi mengelakkannya pengsan,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Pengurusan Bencana dan Logistik PBSMM, Nasir Khan Abdul Rahman, berkata, beliau tidak menyangka operasi SAR berjaya mengeluarkan semua mangsa tertimbus kurang daripada tempoh 24 jam.

Berita Harian/-

Ketua pendakwa raya arah Mubarak dibicarakan

22 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KAHERAH: Ketua pendakwa raya mengarahkan bekas Presiden Hosni Mubarak dibicarakan atas dakwaan penyelewengan dan konspirasi dalam tindakan menembak ke arah penunjuk perasaann ketika desakan memuncak menyingkirkannya.

Arahan berkenaan adalah langkah mengejutkan terhadap kuasa pemimpin itu yang tidak pernah dipersoalkan selama tiga dekad.

Pengumuman itu menyatakan Mubarak akan menghadapi tuduhan jenayah pada ketika rakyat mengancam untuk melakukan tunjuk perasaan besar-besaran kedua kerana bimbang terhadap peralihan kuasa yang perlahan di bawah pentadbiran tentera. - AP

Berbatov setia di Old Trafford

22 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



LONDON - Dimitar Berbatov menegaskan, dia akan terus bersama Manchester United dan berikrar untuk membantu pasukan itu menewaskan Barcelona pada final Liga Juara-Juara, Ahad ini. Penyerang Bulgaria itu menamatkan saingan Liga Perdana England musim ini dengan berkongsi status penjaring terbanyak bersama Carlos Tevez dengan 20 gol.

Berbatov, 30, berkata: "Saya masih mempunyai kontrak selama setahun di sini dan saya tidak akan pergi ke mana-mana.

"Kini saya adalah sebahagian daripada skuad United yang menjuarai gelaran liga kali ke-19 dan saya sekali lagi mahu menjadi sebahagian daripada kejayaan kami menjulang gelaran ke-20, itu rancangan saya.

"Saya adalah pemain paling gembira dalam pasukan ini kerana selain kejuaraan ini, saya juga adalah penjaring terbanyak dalam liga.

"Menjulang gelaran ke-19 adalah satu pencapaian yang amat hebat dan saya mahu kami menang pula ke atas Barcelona.

"Semua orang lihat Barca adalah pasukan pilihan tetapi tiada siapa tahu pasukan mana yang akan menang."

Berbatov juga menyelar pengkritik United yang menyatakan mereka tidak mempamer prestasi terbaik musim ini.

Tambahnya: "Jawapan saya ialah kami sudah bergelar juara dan mara ke final Liga Juara-Juara. Apa lagi yang kami perlu buktikan?" 

Agensi

Padah jual najis dadah

22 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



MELAKA - Akibat cuba mencari duit lebih dengan mengedar dadah, seorang pemandu lori dijatuhi hukuman penjara lapan tahun serta 10 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Hakim Datuk Ahmadi Asnawi menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh Abu Kasim Matrus, 47, selepas meneliti semua fakta kes yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Shahidani Abdul Aziz.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah mengedar dadah jenis kanabis seberat 326.80 gram berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah pada pukul 7 malam 21 Januari lalu.

'Tak sedar kaki ditembusi peluru'

22 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -


AZWAN mengalami cedera ringan apabila kaki kanannya cedera terkena tembakan dari pistolnya sendiri di Bukit Mertajam semalam.

BUKIT MERTAJAM – Kesungguhan seorang anggota polis Pasukan Gerakan Am (PGA) membuat rondaan untuk mengekang jenayah jalanan menyebabkan dia tidak sedar kaki kanannya telah ditembusi peluru daripada pistolnya sendiri dalam kejadian dekat Pejabat Pos Bukit Mertajam di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 8 pagi itu, Lans Koperal Azwan Anas, 33, dari cawangan PGA Kulim hanya menyedari kakinya tercedera selepas dia merasa kebas. Apabila dilihat, dia mendapati darah telah memancut keluar manakala but yang dipakai telah ditembusi peluru.

Mengimbau semula kejadian tersebut, Azwan memberitahu, sebelum itu, dia bersama seorang rakannya sedang membuat rondaan di sekitar pekan Bukit Mertajam dengan menaiki sebuah kereta peronda.

Pemuda bebas tuduhan bunuh penternak ayam

22 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -


ALOR SETAR - Mahkamah Tinggi di sini semalam membebas dan melepaskan seorang pemuda daripada hukuman mati atas tuduhan membunuh seorang penternak ayam di Kubang Pasu dekat sini tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd. Zaki Abdul Wahab memutuskan demikian setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie terhadap Mohd. Nazri Harun, 25.

MOHD. NAZRI memeluk ibunya selepas dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan membunuh di Mahkamah Tinggi Alor Setar 


Sejurus prosiding penghakiman, Mohd. Nazri yang berada di kandang tertuduh dilihat menadah tangan berdoa dan memeluk seorang wanita dipercayai ibunya selepas dibawa keluar dari mahkamah.

Tertuduh didakwa membunuh Tan Ah Yee atau Tan Chen Chuan, 65, di Kampung SC Dalam, Kubang Pasu antara pukul 8.30 hingga 9 malam pada 20 April 2010.

Mohd. Nazri yang bekerja sebagai pembantu kepada penternak ayam itu didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mandatori gantung sampai mati.

Mohd. Zaki dalam penghakimannya menyebut, pihak pendakwaan gagal membuktikan tertuduh membunuh si mati dengan menembak mangsa menggunakan senapang patah sebelum membakarnya di rumah tersebut.

Katanya, keterangan pakar forensik hanya menjelaskan bahawa hasil bedah siasat ke atas si mati yang ditemui rentung dalam kebakaran di rumahnya menunjukkan bahawa dia mati akibat ditembak senapang patah.

"Mahkamah mendapati keterangan pihak pendakwaan hanya bergantung kepada bukti ikut keadaan tanpa sebarang bukti sokongan. Tiada satu pun keterangan pendakwaan membuktikan tertuduh yang menembak si mati," ujarnya.

Tambahnya, ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas darah yang ditemui pada baju kemeja T tertuduh menunjukkan bahawa ia miliknya sahaja dan bukan Ah Yee.

"Begitu juga mengenai kelongsong peluru senapang patah dan sisa senapang patah yang ditemui dalam kebakaran tersebut gagal dibuktikan bahawa ia digunakan oleh tertuduh untuk menembak si mati," katanya.

Sepanjang pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Shuhada Mohd. Yatim seramai 21 saksi dipanggil memberi keterangan.

Mohd. Nazri diwakili peguam Ali Munawar Razak.

Mengikut fakta kes, mayat Ah Yee ditemui dalam rumahnya yang musnah dalam kebakaran kira-kira pukul 11 malam pada hari kejadian.

Tertuduh yang berada di tempat kejadian memberitahu bahawa dia dan majikannya itu telah disamun dan dia pengsan akibat dipukul.

Setelah tersedar tertuduh memberitahu rumah majikannya itu sudah hangus.

Guardiola tetap hormati United

22 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -


BARCELONA, Sepanyol - Jurulatih Barcelona, Pep Guardiola tidak mahu dilabel selaku pasukan pilihan pada final Liga Juara-Juara menentang Manchester United di Stadium Wembley, Ahad ini.

Guardiola berkata, beliau tetap menghormati skuad bimbingan Alex Ferguson itu.

PARA pemain Barcelona menjalani sesi latihan ringan sebagai persiapan untuk menghadapi United pada final Liga Juara-Juara di Stadium Wembley

United menampilkan aksi yang lebih konsisten musim ini dan berjaya merampas gelaran juara Liga Perdana England daripada pencabar terdekat, Chelsea.

Pada masa yang sama, Barcelona turut menerima pujian daripada pengkritik berikutan persembahan menarik pasukan itu sepanjang musim ini.

Bagaimanapun, Guardiola, 40, yang merupakan antara pemain dalam skuad Barcelona ketika memenangi Piala Eropah pertama di Wembley pada tahun 1992 berkata, beliau perlu lebih berhati-hati pada pertemuan menentang United itu.

"Saya melihat United bermain pada aksi separuh akhir kedua menentang Schalke 04 dan mereka tetap hebat meskipun bermain tanpa beberapa pemain utama," kata Guardiola.

"Mereka memiliki ramai pemain berkualiti dan mampu menampilkan empat atau lima barisan pemain berlainan tanpa ada sebarang masalah.

"Mereka sering kali kompetitif dan salah sebuah pasukan terbaik di dunia. Mereka juga mampu bertahan lima atau 10 tahun lagi."

Pertemuan di London pada Ahad ini dianggap sebagai ulangan final di Rom dua tahun lalu apabila Barca menang 2-0 ke atas United.

United bermula agak baik pada awal permainan tetapi skuad The Catalan lebih banyak menguasai saingan selepas jaringan penyerang Cameroon, Samuel Eto'o.

Barca mendominasi permainan selepas penyerang Argentina, Lionel Messi meledakkan gol kedua pasukan itu pada babak kedua.

"Kami perlu melihat semula perlawanan itu dan saya rasa United lebih baik daripada kami pada separuh masa pertama.

"Saya rasa kami akan menghadapi satu lagi perlawanan yang sukar." 

AFP

Enam letupan gegar Tripoli

22 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



TRIPOLI: Enam letupan kuat menggegarkan bandar ini berdekatan kediaman pemimpin Libya, Muammar Gaddafi semalam akibat serangan udara NATO, kata wartawan AFP. 

Deruman enjin jet pejuang kedengaran di ruang udara selepas tiga serangan dilancarkan di kediaman Gaddafi, Bal Al-Aziziya kira-kira jam 11 malam waktu tempatan dan diikuti tiga lagi serangan kira-kira dua minit kemudian.

Kawasan itu diserang teruk pada malam kelmarin yang berlarutan lebih setengah jam menyebabkan tiga terbunuh dan 150 cedera. 

AFP