19 May 2011

'Kadar tarif elektrik dijangka dinaikkan'

16 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

Kenaikkan kadar tarif elektrik di negara ini dijangka akan diumumkan pada 25 Mei ini menurut akhbar harian Cina Nanyang Siang Pau.

electric bill 130608Akhbar itu yang memetik sumber berkata kerajaan memilih menaikkan harga elektrik dan bukannya harga petrol RON95 kerana bimbang tindakan itu akan mencetuskan kemarahan besar-besaran rakyat. Justeru, petrol RON95 dijangka kekal buat masa ini.

Impak atau kesan kenaikkan tarif elektrik dikatakan lebih kecil berbanding kenaikkan harga petrol RON95 ke atas kerajaan, dakwa sumber dari jemaah menteri itu.

Menurut laporan itu juga kerajaan telah meluluskan kenaikkan tarif berkenaan.

Ia sepatutnya diumumkan pada Khamis lalu tetapi ditangguhkan kerana pengumuman kenaikkan harga gula juga dibuat pada minggu lalu. Tindakan tersebut dikhuatiri membangkitkan kemarahan rakyat.

Video seks fokus utama chat Anwar di Yahoo!

16 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

Isu video seks menjadi fokus utama segmen interaktif Yahoo! Malaysia 'Question Time' yang menjemput Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini yang menyaksikan beliau menangkis semua soalan yang cuba mengaitkannya dengan orang dalam video berkenaan.

NONEDitanya oleh seorang pembaca yang mencadangkan beliau menpamerkan jam Omega miliknya bagi “memadamkan isu moralnya”, Anwar berkata tidak ada sebab bagi beliau berbuat demikian.

"Apa isunya? Pertama, (Shazryl) Eskay (Abdullah) mendakwa ia diberikan oleh seorang putera raja saudi. Kemudian, mengatakan ia dibeli di Taiwan pada 2004 (apabila saya di penjara). Kenapa perlu saya jelaskan?”

Eskay, yang mendedahkan video seks berkenaan mendakwa jam tangan itu ditinggalkan oleh Anwar di sebuah bilik hotel di mana video tersebut dirakamkan dan berkata jam itu telah diserahkan kepada polis.

Anwar juga berkata sumpah laknat bagi membersihkan namanya seperti cadangan beberapa pihak sebenarnya bertentangan dengan ajaran Islam.

Menjawab soalan mengenai dakwaan bahawa polis serta pakar dari Korea Selatan dan Amerika Syarikat telah mengesahkan individu dalam pita video seks itu mirip mukanya, Anwar mempertahankan bahawa maklumat tersebut direkayasa oleh media pro-Umno.

NONE“Contoh tipikal bagaimana orang cerdik seperti awak juga boleh terpedaya dengan media Umno. Pakar mana? Kenapa mereka tidak telus?” balasnya.

Ditanya siapa yang beliau fikir adalah lelaki dalam video sekjs itu, Anwar tersenyum sambil berkata: “saya ada beberapa suspek, perut buncit dan tetek labuh. Ha ha”.

Dalam wawancara maya itu, Anwar juga menolak sebarang kemungkinan balik ke pangkuan Umno dan menyelar parti itu kerana menggunakan PERKASA untuk menambah ketegangan kaum di Malaysia.

Anwar turut menegaskan Pakatan Rakyat menolak sebarang isu perkauman yang saban hari dijaja mereka itu.

azlan"(PERKASA) ialah penghinaan kepada rakyat Malaysia dengan rentak perkauman mereka. Ia juga alat Umno untuk membuat kacau dan menimbulkan ketegangan antara kaum.

"Kewarasan mesti menang. Rakyat Malaysia menolak perkauman. Hanya Umno dan PERKASA terdesak mengguna isu perkauman," kata Anwar.

Namun kebanyakan jawapan yang diberikan oleh Anwar adalah pendek dan tidak menjawap soalan yang dikemukakan oleh pembaca.

Senarai soalan

Berikut beberapa soalan dan jawapannya sepanjang 75-minit perbualan di alam siber itu.

S: DSAI, ada orang mengatakan jika budget buku jingga dilaksanakan negara akan bengkrap. Apa komen DSAI?
J: sila teliti buku jingga dan kita pastikan negara maju dan rakyat terbela http://www.pakatanrakyat.info/?page_id=6

S: What would happen to next GE to Pakatan if Datuk Seri go to jail ? Would that be a break up in Pakatan?
J: No reason to for me to be jailed based on facts and law. For now, reformasi!

S: Let's say today, you're prime minister of malaysia. are you going to protect proton?
J: Priority: defend consumers and protect citizens interest.

S: Ramai yang telah bersumpah dan menyatakan kesediaan mereka untuk dilaknat demi menuduh DSAI dengan kes2 yg tidak sepatutnya seorang pemimpin harapan bangsa lakukan. Kenapa DSAI tidak bersumpah utk menafikan mereka2 itu?
J: Sumpah mesti ikut syariat. Ini soal hukum, bukan mainan politik. Rujuk fatwa tentang qazaf http://risalahpr.blogspot.com/2011/01/teks-penuh-fatwa-dr-yusuf.html

S: DS,ade cubaan utk mengharamkan parti PKR, apa kata DS?
J: Ini kerja pimpinan UMNO yang terdesak dan terus mendera rakyat.

S: Could Lesbians, Gays, Bi-Sexuals and Transgenders (LGBTs) look forward to a non-discriminatory environment - specific to them and not other minorities - if Pakatan were to take Putrajaya? Would this move be possible with PAS a part of the federal government?
J: We recognize importance of family and the institution of marriage. But we should not unduly harass or discriminate others. The answer is through education and PAS accept this view.

S: Mr Anwar Ibrahim, do you think Malaysians can accept a non-muslim Prime Minister?
J: Respect the Constitution and the wishes of the people.

S: Ramai rakan seperjuangan diawal penubuhan PKR telah meninggalkan DS..komen
J: Beberapa orang dibeli UMNO. Majoriti yang punyai daya tahan, daya juang dan maruah masih kekal dengan perjuangan. Tenaga baru muncul, lebih wibawa dan dibuktikan dalam PRU yang lalu.

S: Ada dato seri akan terus bsama rakyat yg dizalimi walopn dato seri sndiri terus menerus dizalimi dan adakah dato seri akan kembali ke umno jika ditawarkan mnjadi PM..
J: Saya tetap bersama golongan Mustadh'afeen. UMNO sudah tidak relevan kerana dikaitkan dengan kezaliman, keangkuhan dan rasuah.

S:
BN dilihat byk membuat persediaan PRU13 termasuk tipu daftar undi. PR mcm over confident menang. Apa komen?
J: Kita arif dengan penipuan PRU yang dikendali UMNO/BN. Kita akan lebih waspada dan kerja keras. Suara rakyat, suara keramat!

Malaysiakini/-

resepi sotong tempura

16 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

sedapnya sotong goreng nie,rangup sgt..
tempura nie boleh buat goreng macam-macam,seafood boleh sayur-sayuran pon boleh.nak buat tepung tempura nie senang jer

resepi:sotong goreng tempura

bahan-bahan

* 500g sotong-dipotong ikut size yg anda suka
* 1 biji kuning telur
* 1 cawan air sejuk
* 1/8 sudu teh baking soda
* 1/4 cawan tepung jagung
* 3/4 cawan tepung beras
* minyak untukmengoreng

cara-cara

1. panaskan minyak
2. pukul kuning telur
3. masukkan air sejuk tadi ke dalam kuning telur
4. masukkan bancuhan telur ke dalam campuran tepung
5. masukkan sotong gaul rata
6. sedia untuk digoreng

http://nonierahman.blogspot.com

Kebajikan guru lebih terjamin di bawah Pakatan Rakyat

16 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) merakamkan ucapan tahniah kepada Kerajaan Pakatan Rakyat negeri yang sangat prihatin terhadap kebajikan guru-guru negeri itu.

Ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan dalam kenyataan sempena sambutan Hari Guru berkata, guru-guru Kafa telah menikmati beberapa kenaikan gaji walaupun Pakatan Rakyat baru memerintah selama 3 tahun.

Selain itu katanya, tawaran kenaikan RM500 untuk setiap guru dari dalam Buku Jingga juga memperlihat keprihatinan Pakatan Rakyat dalam memartabatkan guru-guru sebagai orang yang sanggup bersusah-payah,semata-mata untuk melahirkan generasi yang berilmu dan bakal menjadi pelapis kepimpinan negara.

"Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengambil kesempatan untuk menyampaikan ucapan Selamat hari Guru kepada seluruh guru khususnya di Negeri Selangor.

"Tanggal 16 Mei pada setiap tahun telah dijadikan tarikh keramat untuk memperingati jasa dan pengorbanan para guru yang telah bersusah payah dalam memberikan komitmen yang cukup tinggi untuk mendidik para generasi masyarakat menjadi orang yang berilmu, beriman dan bertaqwa dan seterusnya melahirkan pelapis-pelapis kepimpinan baru yang akan mewarisi kepimpinan sedia ada.

"Pemuda PAS Negeri Selangor amat menghargai sumbangan guru-uru yang cukup bermakna kepada kami kerana di atas jerih perih guru-guru mendidik dan mengajar kami maka ada di kalangan kami kini menjadi orang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

DPPNS juga katanya berharap kerajaan negeri konsisten dalam menjaga kebajikan seluruh warga guru di semua peringkat bermula dari pendidikan pra sekolah sehinggalah ke peringkat yang lebih tinggi di Selangor.

Dalam Buku Jingga yang dilancarkan di konvensyennya November tahun lalu, Pakatan mengumumkan elaun khas RM500 sebulan untuk semua guru menjelang 100 hari, jika berjaya mengambil alih pentadbiran Putrajaya sebagai menghargai peranan guru dan memulakan proses penstrukturan sistem pendidikan negara.

Pada kempen pilihan raya kecil Merlimau dan Kerdau mac lalu,Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin cuba meniru Buku Jingga apabila berjanji memberi ganjaran Anugerah Tawaran Baru serta-merta sebanyak RM7,500 seorang kepada 586 guru besar yang mencapai prestasi cemerlang dalam membangunkan kualiti murid dan sekolah.

Pemberian berkenaan melibatkan peruntukan sebanyak RM18.4 juta iaitu sebahagian daripada dana RM2.492 bilion yang disalurkan kepada sekolah dan jabatan-jabatan pelajaran di seluruh negara.

Seramai 12,141 guru yang mencatat prestasi serupa di semua sekolah berkenaan turut menikmati ganjaran RM1,800 seorang, manakala guru selebihnya menerima RM900 seorang.

Isnin lalu, Menteri Datuk Seri Najib Razak pula mengumumkan bahawa guru-guru akan menikmati lima kaedah kenaikan pangkat berkuat kuasa 1 Januari tahun depan dalam usaha menambahbaik skim perkhidmatan guru.

Sehubungan itu, Pakatan Rakyat menyifatkan tawaran-tawaran ini sebagai langkah 'melawan' Buku Jingga yang dilihat mampu menarik hati rakyat.

WarkahDaily/-

Bekas Ketua Polis mahu suruhanjaya siasat Ghani Patail dan Musa Hasan

16 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM: Kerajaan digesa menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan kerana dipercayai menggugat kredibiliti institusi pendakwaan dan penyiasatan negara ini.

Bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim berpendapat, kesalahan mereka secara bersama atau sebaliknya memberi kesan serius kepada sistem keadilan jenayah negara.

“Tindakan mereka telah memusnahkan keyakinan rakyat terhadap Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Peguam Negara.

“Saya menyarankan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) supaya menubuhkan suruhanjaya atau tribunal bagi menyiasat dakwaan ini dengan telus dan adil,” katanya dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar semalam.

Katanya, masyarakat kini semakin lantang mengkritik PDRM dalam menangani isu video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Malah, mereka secara terbuka dan berani mengeluarkan kata lucah terhadap pucuk pimpinan PDRM.

“Ini kerana berdasarkan tindakan dan kenyataan yang dibuat polis dengan diperbesarkan oleh media, kita tidak dapat menyalahkan rakyat jika berpendirian sedemikian,” katanya.

Beliau berkata, PDRM kini terlalu menurut kerenah Abdul Ghani yang dikhuatiri sejarah lama akan berulang lagi.

“Saya tidak gentar untuk menyatakan kerana terlalu melayan kerenah dan bergantung kepada Abdul Ghani menyebabkan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor masuk penjara selama dua bulan dan membayar denda sebanyak RM2,000,” katanya.

Menurutnya, tiada sekatan masa untuk sesuatu siasatan kes itu diteruskan dengan terperinci. -SH

PRU13 tanpa Anwar di barisan depan?

16 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



Tidak sukar untuk meneka apa nasib yang bakal menimpa Anwar Ibrahim apabila Ketua Pembangkang itu dikehendaki oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin lalu untuk membela diri. Masa depan beliau dijangka lebih kelam jika kita meneliti hujah-hujah Hakim Zabidin Mohamad Diah. 

Ketika membacakan penghakimannya selama dua jam, Hakim Zabidin berkata, selain  terdapat kes prima facie ke atas Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan -- yang mendakwa beliau diliwat oleh bekas majikannya -- telah disifatkan beliau sebagai "saksi yang benar dan berwibawa". 

Proses pembelaan yang bakal berlangsung dari 6 hingga 30 Jun nanti mungkin mendedahkan pelbagai "keanehan dan kepelikan", namun ramai beranggapan "hukuman sudahpun ditentukan". Apa sahaja kes berkaitan Anwar "tidak berupaya" diputuskan semata-mata oleh mahkamah; pasti ada tangan-tangan ghaib di atas "singgahsana" yang mesti dirujuk terlebih dahulu. 

Begitu juga dengan episod video seks terbaru; sekiranya membabitkan Anwar ia bukan lagi berkaitan hal personal Dato' T atau siapa saja, ia semestinya mendapat restu pemimpin no. 1.

Ya, siapa berani memberikan jaminan jika Dr Mahathir Mohamad -- bukannya Abdullah Ahmad Badawi -- masih menjadi Perdana Menteri pada 2004, bersediakah Mahkamah Persekutuan mengugurkan sabitan kesalahan liwatnya? Saya pasti, jika Abdullah bukan PM waktu itu, Anwar terpaksa menghabiskan keseluruhan sisa-sisa hukuman penjaranya.  
Sejak pilihan raya umum 1999, Anwar merupakan aktor paling penting dan begitu menonjol, yang  mendominasi hampir semua isu-isu politik sepanjang 12 tahun lalu. Dalam PRU12, Anwar berpeluang menjelajah ke seluruh negara berkempen dan bersama-sama menyusun strategi buat parti-parti pembangkang, juga membangkitkan isu-isu yang menarik perhatian rakyat. 

Disebabkan Anwar masih dihalang bertanding sebagai calon pilihan raya ketika itu, Mac 2008, beliau lebih bebas dan selesa untuk membantu calon-calon lain. Hasilnya, satu kejutan dan tsunami politik terakam dalam sejarah moden tanahair. 

PRU13 memang cukup kritikal buat BN dan juga Pakatan. Siri pilihan raya kecil sepanjang 2008-2011 menunjukkan trend mengundi tidak banyak berubah. Momentum 2008 masih bertenaga. Ditambah pula dengan keputusan pilihan raya negeri Sarawak. Sekurang-kurangnya satu mesej jelas daripada Bumi Kenyalang: Amarah pengundi Cina kepada BN langsung tidak berjaya untuk dilunakkan, malah mereka seperti bersedia untuk "menghukum" dengan lebih keras lagi.

"Saya percaya, mana-mana parti yang melakukan lebih banyak kesilapan, atau mudah terleka dan alpa, akan menerima padah dalam PRU13," kata seorang penganalisis politik bagi menggambarkan bagaimana keadaan agak sukar untuk diramal. Masing-masing, BN dan Pakatan, mempunyai kelemahan dan kekuatan tersendiri. 

Persiapan pula harus melengkapi pelbagai sektor dan penjuru, termasuk menjangka (dan lebih penting, mengenal pasti langkah menyerang balas) "taktik kotor" BN yang mungkin tidak terduga. BN ternyata disokong segala kemudahan, peluang dan sumber untuk memanipulasi proses PRU13. Pendedahan senarai daftar pemilih yang meragukan di Selangor adalah cebisan kecil daripadanya.

Mahathir memang selamanya menggeruni kehebatan Anwar, sejak bekas Presiden ABIM itu belum melibatkan diri dalam politik lagi. Justeru, Anwar "diperangkap" jerat Mahathir sejak 1982 lagi. Bagi sesetengah orang, Abdullah mungkin agak naif membaca kekuatan Anwar, tetapi saya lebih suka melihat Abdullah lebih jujur bermain politik. Masih ada batas dan sempadan yang dijaganya. 

Berbeda dengan Najib Razak. Rekod jahatnya "merampas kuasa" di Perak sudah memadai. Malah, segala "kelicikan dan kehodohan" di Selangor sekarang berpunca daripada Najib selaku Pengerusi Perhubungan Umno Negeri. Pengalaman Umno menawan Terengganu pada 2004 daripada PAS, juga melalui senarai daftar pemilih, akan dikongsi Selangor.

Kini, tarikh PRU13 banyak bergantung dengan kes Anwar. Sasaran rebutan pengaruh pula tertumpu di kalangan pengundi Melayu (dan juga masyarakat India yang mungkin mengalami peralihan undi). Apakah keputusan kes liwat II ini mampu menarik sokongan orang Melayu kepada Umno-BN, atau isu videa seks menyebabkan sekurang-kurangnya mereka keliru dan curiga dengan Anwar dan Pakatan Rakyat (khususnya PAS)? 

Kes video seks rasanya lebih dijadikan modal politik daripada membawanya ke mahkamah. Bagi Umno, jika dapat dikekalkan status-quo sokongan Melayu pun sudah memadai. Peningkatan taraf pendidikan dan tahap ekonomi, kematangan berpolitik, dominasi kuasa siber dan berkembangnya kelas menengah di kalangan orang Melayu menjadi ancaman kepada survival Umno. Justeru, kemaraan itu mesti disekat.

Pakatan dikira terlalu bergantung kepada Anwar. Seolah-olah tanpa Anwar, ia akan bercempera, hilang fokus dan tumpul bisanya, selain memungkinkan perpecahan dalaman, terutama di antara PAS dan DAP. Dengan memastikan Anwar kembali merengkok di penjara dan memadamkan imiginasi rakyat terhadap kemunculan "Perdana Menteri alternatif", strategis Umno percaya misi mereka bertambah mudah.

Bagi saya, Pakatan mesti buktikan itu semua hanya angan-angan Umno. Kesepaduan Pakatan, apatah lagi persefahaman di antara dua parti yang teguh memegang prinsip -- PAS dan DAP -- tidak akan goyah walaupun tanpa Anwar di barisan depan. Isu-isu dan jaminan dalam Buku Jingga sudah cukup untuk menggambarkan keseriusan Pakatan menawarkan jalan keluar ke atas seribu satu masalah yang melanda negara.   

Saya masih ingat, ketika menemubual Tengku Razaleigh Hamzah ekoran isu royalti petroleum Kelantan pada 18 Februari 2010, beliau membayangkan simpati rakyat, khususnya orang Melayu kepada Pakatan akan meningkat jika Anwar bakal dipenjarakan sekali lagi.

Mungkin tiada lagi demonstrasi jalanan besar-besaran seperti era reformasi 1998-99 dahulu. Tidak perlu bimbang; pengundi semakin bijak menyalurkan luahan hati mereka semasa pilihan raya. Lagi pun, sumber terhad yang ada perlu digembleng secara bersepadu untuk aktiviti politik lebih berkesan. Yang penting, usah melatah dirasuk emosi. Jangan menari mengikut gendang yang dipalu Umno.

Apa sebalik penggabungan Bank Muamalat - BIMB?

16 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



PAS kurang senang dengan cadangan penggabungan antara Bank Muamalat dan Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) yang dianggapnya sebagai satu lagi tindakan menyelamatkan syarikat menggunakan dana awam.

"Apa manfaat bagi BIMB untuk membeli atau bergabung dengan Bank Muamalat?" soal naib presiden PAS Salahuddin Ayub.

BIMB mempunyai 115 cawangan di seluruh negara dengan 600 mesin auto-teller dan justeru, Salahuddin, "terdapat sesuatu yang aneh dalam urusniaga itu yang tidak membawa manfaat kepada BIMB”.

Dakwa ahli parlimen Kubang Krian itu, kebimbangannya adalah tangan-tangan tersembunyi di sebalik arahan BIMB untuk membeli Bank Muamalat daripada DRB-Hicom, yang memiliki 70 peratus bank berkenaan manakala Khazanah, pula memiliki 30 peratus lagi.

"Saya risau ini satu lagi 'bailout' yang merupakan budaya tidak sihat di negara kita dan akan terus membebankan rakyat,” katanya.

Menurut Salahuddin meskipun tiada bukti bagi menunjukkan tindakan itu bagi menyelamatkan Bank Muamalat namun keputusan untuk bergabung berkenaan adalah petanda yang jelas.

"Tidak ada bank yang stabil akan mahu bergabung dan hilang identitinya,” hujahnya.

Sehubungan itu, beliau mendesak Bank Muamalat untuk mendedahkan status kewangannya dan menjelaskan mengapa mereka mahu bergabung dengan BIMB.

"Saya akan tulis kepada pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara atas kedudukan saya selaku ahli parlimen bagi memaksa Bank Muamalat membekalkan kenyataan kewangannya. Jika ia beroperasi dengan lancar, kita ingin tahu selancar mana? Jika ia mencatatkan kerugian, berapa banyak yang rugi? Dan kenapa ia mahu bergabung?” soal pempin PAS itu lagi.

14 Orang Awam Maut Letupan Di Pasar Mogadishu

16 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

MOGADISHU 19 MEI : Satu pertempuran membabitkan militan Islam dengan pasukan keselamatan Kesatuan Afrika menyebabkan sekurang-kurangnya 14 orang awam terkorban ketika kedua-dua pihak berbalas tembakan di sebuah pasar di ibu negara Somalia itu semalam.

“Sembilan mangsa mati di tempat kejadian dalam dua serangan berasingan di dalam Pasar Bakara. Kebanyakan yang maut adalah wanita," kata seorang saksi, Idriss Ali kepada AFP.
“Satu pusingan tembakan mortar menjadikan orang ramai yang sesak di dalam pasar menjadi panik.

“Wanita yang tidak berdosa itu menjadi mangsa ketika mereka sedang membeli-belah di tempat menjual pakaian," kata seorang lagi saksi, Mohamud Said.

Seorang penjual, Grocer Ahmed Sheikh Sahal berkata, lima lagi orang awam termasuk seorang kanak-kanak terbunuh dalam letupan mortar berdekatan kadainya.

Asar Uganda dan Burundi yang menganggotai Misi Keamanan Kesatuan Afrika di Somalia (AMISOM) melancarkan 'operasi baru' awal bulan ini yang mensasarkan kawasan yang dikuasai Kumpulan Al Shebab, kata jurucakap tentera, Paddy Ankunda, Isnin lalu.

ANISOM kini menguasai kira-kira 60 peratus bandar itu dengan tujuh daerah kini dikuasai sepenuhnya berbanding tiga daerah masih di tangan Kumpulan Al Shebab.

Enam lagi daerah kini masih lagi menjadi perebutan kedua-dua pihak. - AFP

Anwar dakwa Umno dalangi usaha haramkan PKR

16 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



KUALA LUMPUR, 19 Mei: Selepas Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang bertubi-tubi, dan akhbar Suara Keadilan ditarik permit penerbitan, Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini terus diberi tekanan dengan resiko pengharaman parti itu oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Sehubungan itu, Anwar menyifatkan tindakan ini sebagai langkah terdesak untuk mendera rakyat negara ini.

"Ini kerja pimpinan Umno yang terdesak dan terus mendera rakyat," katanya ringkas dalam siri temubual dalam "Question time' anjuran Yahoo Malaysia.

Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail pula berkata, notis yang dikeluarkan di bawah Seksyen 13 ini bermakna pihak Pendaftar Pertubuhan telah "berpuashati' dengan dakwaan yang dilemparkan. 

"Namun dakwaan karut ini jelas mengelirukan kerana Fasal 32.2.1 langsung tidak wujud di dalam perlembagaan KEADILAN. Walaupun ianya kesilapan ejaan, Fasal 32 tidak langsung berkaitan dengan isu disiplin dan Lembaga Disiplin," kata beliau dalam kenyataannya hari ini.

Dalam notis yang dihantar, mereka memberi alasan tindakan untuk mengharamkan parti itu disebabkan PKR telah melanggar beberapa fasa perlembagaan parti itu termasuk fasal 32.2.1.

Ianya juga dipercayai berkaitan dengan pemilihan secara langsung parti itu akhir tahun lalu dan kerana kononnya memecat seorang ahli tanpa dirujuk kepada Jawatankuasa Displin parti.

Sehubungan itu PKR diberi tempoh sehingga 9 Jun ini memberi penjelasan.

Menurut Saifudin, PKR telah menerima notis bertarikh 9 Mei 2011 ditandatangani oleh Datuk Abdul Rahman Othman, di bawah Kementerian Dalam Negeri di bawah Seksyen 13 Akta Pertubuhan 1966 yang mengancam untuk membatalkan pendaftaran KEADILAN selepas 9 Jun 2011.

Notis telah dikirim menerusi pos berdaftar dengan salinan turut dihantar kepada Presiden dan Bendahari Agung. 

Notis menyatakan pendaftaran KEADILAN akan dibatalkan selepas 9 Jun 2011 melainkan parti menyatakan sebab mengapa ia tidak wajar dibatalkan. 

Dakwaan sebagaimana yang dinyatakan dalam notis adalah seperti berikut:

“Telah sengaja melanggar Fasal 32.2.1 ( sic ) Undang-Undang Berdaftar Parti kerana memecat keahlian Rajagopal  (sic) a/l Andaikallam pada 1/4/2009 ( sic ) dan 27/4/2009 tanpa terlebih dahulu disoalsiasat dan dibicarakan oleh Lembaga Disiplin”

Bagi Saifudin, pihak Pendaftar Pertubuhan turut melakukan kesalahan kerana rekod parti menunjukkan bahawa nama individu yang dinyatakan sebenarnya adalah Jayagopal a/l Andaikallam (No KP 520929-02-5709) dan bukannya Rajagopal a/l Andaikallam.

Tarikh pemecatan beliau dari parti adalah pada 27 April 2009 dan diputuskan dalam Majlis Pimpinan Pusat pada tarikh tersebut. 

"Kami terkejut dengan dakwaan pihak Pendaftar Pertubuhan kerana bagaimana individu ini boleh dipecat sebanyak dua kali," katanya.

Bagi beliau, dakwaan dan campurtangan Pendaftar Pertubuhan dalam masalah dalaman parti ini ternyata sangat tidak berasas dan tidak adil. 

Perkara tentang disiplin dan prosedur berkaitannya adalah sepenuhnya masalah dalaman parti, tegas beliau.

Tindakan tidak wajar - PAS

Sementara itu, AZIZ MUDA melaporkan, ROS tidak sepatutnya mengambil tindakan ke atas PKR dengan kemungkinan membatalkan pendaftarannya seperti yang diperkatakan sekarang, memandangkan PRU Ke-13 kini sudah semakin hampir. 

Jika tindakan itu dilakukan, Kerajaan ternyata sengaja mengambil kesempatan berbuat demikian terhadap pembangkang hanya disebabkan perkara kecil, bagi membolehkan BN mendapat kemenangan mudah dalam pilihanraya. 

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, pembatalan pendaftaran PKR ketika pilihanraya semakin hampir merupakan sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan ia perlu dinilai dengan adil oleh pihak ROS. 

"PRU Ke-13 seperti yang diketahui sememanngnya sudah semakin hampir. Oleh itu, pihak kerajaan jangan sekali-kali mengambil kesempatan untuk menghadapi pilihanraya dengan mengharamkan PKR pula," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini. 

Umno Dalangi Notis Pembatalan PKR, kata Anwar

16 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 19 MEI : Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cubaan mengharamkan parti itu oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) adalah usaha terbaru yang didalangi UMNO untuk terus mendera rakyat.

"Ini kerja pimpinan UMNO yang terdesak dan terus mendera rakyat," kata Anwar ketika menjawab soalan pelayar Internet menerusi program "Question time' anjuran Yahoo Malaysia pagi tadi.

Dalam wawancara itu, Anwar juga menolak sebarang kemungkinan balik ke Umno dan menyelar parti itu kerana menggunakan Perkasa untuk menambah ketegangan kaum di Malaysia.

Anwar juga berkata PKR dan Pakatan Rakyat akan bekerja keras untuk membawa pembahruan politik yang didahagakan oleh rakyat.

Pendaftar Pertubuhan menghantar notis kepada PKR, memberitahu parti itu akan dibatalkan pendaftarannya kerana kononnya memecat seorang ahli tanpa dirujuk kepada Jawatankuasa Displin parti.

Menurut ROS, pendaftaran PKR akan dibatalkan mulai 9 Jun jika parti itu tidak memberikan alasan yang munasabah kepada badan itu.

Bagaimanapun Setiausaha Agong PKR Saifuddin Nasution mendedahkan ROS menghantar notis itu berasaskan peruntukan perlembagaan parti yang direkayasa dan maklumat salah.

ROS mendakwa tindakan memecat Rajagopal a/l Andaikkalam bercanggah dengan peruntukan 32.2.1 perlembagaan PKR.

Saifuddin berkata peruntukan yang dirujuk itu tidak ada dalam pelembagaan parti. Yang ada cuma fasal 32 “yang tidak langsung berkaitan dengan isu displin dan Lembaga Displin”.

Ahli yang dinamakan sebagai Rajagopal dalam notis ROS itu juga tidak wujud. Yang dipecat adalah A.Rajagopal yang disingkir pada 27 April 2009 oleh MPP kerana bertanding sebagai calon bebas, pada pilihanraya kecil Bukit Selambau Kedah.

Sesi bersama Anwar yang dikendalikan Editor Yahoo News Malaysia itu mendapat sambutan hangat daripada warga Internet sehingga terpaksa dilanjutkan 15 minit lebih daripada sejam yang dijadualkan.

Anwar menjawab soalan yang kebanyakan berkisar kepada kemelut politik negara dan harapan rakyat terhadap situasi politik tanah air menjelang Pilihan Raya Umum tidak lama lagi.

Menurut Anwar, Pakatan Rakyat telahpun bersedia menghadapi segala kemungkinan yang bakal dilakukan UMNO.

"Kita arif dengan penipuan PRU yang dikendali UMNO/BN. Kita akan lebih waspada dan kerja keras. Suara rakyat, suara keramat!," kata Anwar.

Menurut Anwar, politik perkauman UMNO sudah tidak lagi relevan dalam kancah politik negara.

Malah menjawab pertanyaan, Anwar menyatakan beliau tidak akan menyertai UMNO kembali walau ditawarkan jawatan Perdana Menteri.

"Saya tetap bersama golongan Mustadh'afeen. UMNO sudah tidak relevan kerana dikaitkan dengan kezaliman, keangkuhan dan rasuah," kata beliau.

"Adalah amat dikesali pemimpin parti itu sekarang menggunakan taktik kotor politik dan pornografi. Saya dianggap membahaya kerana komitment saya kepada reformasi dan membanteras rasuah serta kronisme," tambah beliau.

Anwar turut menegaskan Pakatan Rakyat menolak sebarang isu perkauman yang saban hari dijaja UMNO dan Perkasa.

"(Perkasa) ialah penghinaan kepada rakyat Malaysia dengan rentak perkauman mereka. Ia juga alat UMNO untuk membuat kacau dan menimbulkan ketegangan antara kaum.

"Kewarasan mesti menang. Rakyat Malaysia menolak perkauman. Hanya UMNO dan Perkasa terdesak mengguna isu perkauman," tegas Anwar.

Dalam wawancara maya itu, Anwar turut mengiktiraf sokongan sahabat yang masih setia kepada perjuangan beliau untuk mengubah Malaysia

"Sahabat setia dan saya terharu. Teman-teman lama ini berjuang kerana yakin dengan prinsip. Ini berbeda dengan juak-juak baru yang menuntut saham dan dana. Jazakumullah khairan kepada sahabat-sahabat setia," kata Anwar.

Tv Selangor/-

Isyarat anak muda dari stadium

16 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

Sudah tiga hari perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara pasukan Terengganu dan Pahang berlalu. Namun cerita pertarungan dua pasukan tetangga itu masih hangat diperbualkan, khususnya di Terengganu.

Anak-anak muda dan para peminat bolasepak negeri ini seakan masih belum puas mengulang-ulangi cerita kejayaan manis pasukan mereka. Dalam pertembungan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Isnin lalu, pasukan tuan rumah berjaya menundukkan pasukan pelawat dengan dua jaringan tanpa balas.

Pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Darul Makmur, Kuantan, beberapa hari sebelumnya, Terengganu mempamerkan persembahan mengagumkan apabila bangkit mengalahkan pasukan tuan rumah 3-2 setelah ketinggalan 2-0 pada babak pertama.

Dengan kemenangan pada perlawanan timbal balas itu, Terengganu berjaya mengalahkan Pahang dengan agregat 5-2. Ia sekali gus mengesahkan tiket untuk Terengganu ke perlawanan akhir Piala FA bertemu satu lagi pasukan tetangga, Kelantan, pada 11 Jun nanti.

Ia dianggap catatan sejarah buat Terengganu. Kejayaan malam itu mengakhiri penantian selama tujuh tahun untuk kembali beraksi di final Piala FA setelah buat kali terakhir layak pada edisi 2004, di mana Terengganu tewas 3-0 kepada Perak.

Tidak syak lagi kemaraan ke pentas final kali ini menyemarakkan semangat khalayak peminat sukan, khususnya para penyokong bolasepak Terengganu. Turut dibuakkan ialah ‘sentimen’ kewilayahan yang kini bertukar ke arah kenegerian.

Sebelum ini cakap-cakap mereka banyak membungakan kebanggaan atas sentimen Pantai Timur. Mereka bangga, entah atas asas apa, bahawa arena bolasepak negara seakan dikuasai negeri-negeri Pantai Timur, apabila pentas separuh akhir Piala FA dikuasai ketiga-tiga negerinya – Pahang, Terengganu dan Kelantan. Hanya Selangor yang mampu mengisi satu lagi slot separuh akhir itu.

Kini, kebanggaan itu beransur diresapi sentimen kenegerian. Setelah sah Terengganu bakal bertemu Kelantan, dua pasukan yang secara tradisinya ‘bermusuhan’, para penyokong masing-masing sudah mula menyebarkan perang psikologi terhadap lawan.

Sejauh manakah pertembungan di luar padang itu bakal menggegarkan gelanggang pertarungan sebenar bulan depan, hanya Allah Ta’ala yang Maha Mengetahui.

Namun seperkara yang agak unik dan sedikit terkeluar daripada kebiasaan orang berseteru ialah wujudnya keadaan saling berbangga dengan tabiat dan gelagat para penyokong kedua-dua pasukan.

Tidak sukar dibaca komen-komen para penyokong Terengganu di media baru, terutama menerusi laman sosial facebook, yang memuji-muji tindakan sebahagian penyokong bolasepak Kelantan mengadakan solat berjamaah di atas padang sementara menunggu perlawanan bermula.

Gambar-gambar para pemuda berpakaian merah-putih mendirikan solat, termasuk sebahagian lain di celah bangunan dan di tepi stadium, dijadikan bahan perbincangan. Mereka memuji ketaatan rakan-rakan seperjuangan mereka terhadap perintah Allah.

Malah tidak sedikit antara mereka mengaitkan perubahan fenomena penghayatan memenuhi tuntutan agama di kalangan penyokong pasukan bolasepak Kelantan kini sebagai hasil tarbiyah dan keberkatan pemerintahan ulama di negeri itu.

“Nampak gaya kita (penyokong pasukan Terengganu) pun kena buat gitu jugok (bersolat sebelum perlawanan), baru berkat pasukan kita,” baca salah satu komen.

Nampak di situ sudah ada unsur-unsur politik? Ya, tidak dapat disangkal lagi betapa sentimen politik turut bersemadi kukuh dalam jiwa anak-anak muda itu, walau pun mereka dianggap khalayak yang taksub dengan agenda sukan.

Sebab itu tidak sukar juga dilihat komen-komen positif penyokong pasukan Kelantan terhadap rakan-rakan mereka di belah Terengganu pula. Antara yang menarik perhatian mereka ialah apabila ada kelibat bendera hijau-putih di celah-celah keriuhan stadium meraikan kejayaan pasukan Terengganu.

Secara logiknya, hanya penyokong tegar PAS yang akan tergamak mengibarkan bendera parti mereka di tempat sebegitu. Mereka bagaikan sudah tidak dapat menahan runtunan jiwa menzahirkan pendirian politik, lalu mengambil kesempatan mempamerkannya di stadium.

Apa yang berlaku dalam stadium di Kuala Terengganu malam itu bukan suatu yang luar biasa. Difahamkan kelibat penyokong pasukan Terengganu dan Kelantan menjulang syiar parti Islam itu di tengah-tengah sorakan penyokong bolasepak sudah semakin melumrah.

Namun, ruapan sentimen politik yang terluah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Isnin lalu bukan setakat kibaran bendera ‘bulan’. Ia malah telah melangkaui persefahaman biasa bahawa soal memilih parti adalah hak masing-masing.

Anak-anak muda di dalam stadium malam itu dikatakan telah menzahirkan sikap politik mereka secara serius. Manakan tidak apabila mereka sanggup menyorak dan mengejek rakan yang menaikkan bendera Umno?

Dikatakan di saat mereka bersorak-sorai kegirangan meraikan jaringan gol oleh pasukan Terengganu, sebilangan mereka mengibarkan bendera PAS. Namun sorakan mereka serta-merta bertukar cemuhan dan ejekan tatkala ada seorang yang menaikkan bendera parti Melayu itu.

Nasib baik yang mengambil sikap melawan arus itu rakan penyokong pasukan yang sama. Dapat dibayangkan betapa suasana akan lebih gamat dan hangat sekiranya yang menaikkan bendera Umno itu penyokong pasukan lawan.

Babak itu belum cukup menjadi bahan tawa dan ‘hiburan tanpa dirancang’ di kalangan penyokong. Apa yang menimpa Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said bahkan jauh lebih memalukan.

Dikatakan kehadirannya ke tepi padang meraikan para pemain turut menjadi bahan sorakan dan cemuhan penonton. Para penyokong Terengganu sendiri seakan ‘tidak mengalu-alukan’ kelibat pemimpin Umno itu.

Malah, ada antara yang berada berdekatan kumpulan yang bersorakan itu mengatakan, kedengaran tidak sedikit suara kutukan bersifat peribadi terhadap Ahmad, termasuk “Mat Said bodoh”, dan sebagainya.

Cemuhan mereka itu mungkin agak keterlaluan dan tidak boleh dijadikan kebanggaan buat parti disokong mereka. Bagaimana pun jika sikap penyokong itu diambilkira, agak ketara maruah Umno tidak ada tempat di kalangan mereka.

Sikap sama mereka tunjukkan di luar stadium. Kibaran bendera PAS mengiringi kegirangan mereka meraikan kejayaan pasukan Terengganu.

Ada kereta dibaluti bendera ‘bulan’. Ada penunggang menyelimuti badan mereka dengan bendera sama. Malah ada yang mengiringi kibaran bendera itu dengan laungan keramat ‘Allahu Akbar’.

Sayugia diingati bahawa sebahagian amat besar penyokong yang hadir ke stadium malam itu ialah kalangan anak-anak muda. Umur mereka antara akhir belasan tahun hingga awal 40-an.

Di dunia politik, kumpulan usia ini membentuk kelompok terbesar pengundi. Dalam perkiraan lebih luas, kelompok usia mereka ini juga yang memainkan peranan besar mencorakkan perubahan politik dunia mutakhir ini.

Jika luahan sikap politik anak-anak muda di stadium malam itu dijadikan isyarat, itu bermakna gelombang menolak Umno sudah semakin menyemarak dalam masyarakat, khususnya di Terengganu. Ia satu reaksi positif untuk slogan ‘PAS Ganti Umno’.

Harakahdaily/-
Oleh : Mohd Nasir Awang

Kerajaan Najib ketagih susahkan rakyat

16 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 19 Mei: Membebankan rakyat kian terbukti menjadi candu yang ditagih oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib, kata PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) kata, subsidi bahan api seperti candu. Sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah perbuatan membebankan rakyat tidak ubah seperti candu yang ditagih oleh kerajaan BN yang ketuainya.

"Subsidi hendak ditarik, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) seperti tak sabar-sabar hendak dilaksanakan tanpa mempedulikan kesusahan rakyat, kenaikan harga barangan gagal dikawal,

projek-projek mewah hendak dilaksanakan termasuk projek-projek mewah dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dikecam dan diperolok-olokkan oleh orang-orang Umno sendiri malah pelbagai perkara yang menyusahkan rakyat kian terbukti menjadi candu yang kian ditagih oleh kerajaan Najib.

"Nampak benar kerajaan Najib ketagih menyusahkan rakyat," katanya.

Dalam kenyataannya Selasa lalu, Najib berkata, subsidi bahan api seperti candu kepada ekonomi Malaysia dan perlu dikurangkan secara berperingkat-peringkat untuk mengawal defisit belanjawan.

"Subsidi, pada keseluruhannya, seperti candu. Sekali anda ambil candu, sukar untuk mengikis tabiat buruk," katanya.

Mahfuz menyifatkan kenyataan Najib itu terang-terangan menghina rakyat.

"Terbukti Najib melihat rakyat seburuk penagih candu. Rakyat di mata Najib begitu hina sekali dan lebih buruk lagi dia menzahirkan jiwa menghina rakyatnya itu di luar negara," katanya.

Kenyataan Najib itu juga, katanya, semakin membuktikan bahawa kerajaan Najib bukanlah kerajaan yang berfikir untuk meringankan beban rakyat tetapi sebaliknya melihat usaha-usaha meringankan beban rakyat seperti candu yang ditagih oleh rakyat.

"Ia penghinaan yang amat besar kepada rakyat. Tetapi, mengenali Najib, saya tidak fikir dia akan meminta maaf kepada rakyat sebab rakyat di matanya adalah penagih-penagih candu," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz juga mengecam Najib kerana terus menjamu kroni-kroni seperti pemilik-pemilik penjana tenaga bebas (IPP) dengan subsidi yang begitu besar dan tidak pernah didengari kerajaannya mencari jalan untuk menghentikan subsidi itu.

"Begitu juga kemewahan yang kini diratah habis-habisan oleh para pemimpin Umno dan isteri-isteri mereka dengan menjadikan kepentingan Melayu sebagai alasan untuk mempertahankan kemewahan yang mereka ratah itu, adakah kemewahan itu bukan candu yang mereka tagih?" beliau mempersoalkan.

Beliau menuntut kerajaan menyatakan secara detail ke mana dibelanjakan subsidi yang dipotong itu.

"Saya akan membangkitkan perkara itu dalam sidang Parlimen akan datang," kata Mahfuz.

Harakahdaily/-
Oleh : Abdul Aziz Mustafa

Pendaftaran PKR Dibatalkan?

16 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 19 MEI : Di sebalik desas-desus pilihan raya umum ke-13 yang dijangka tidak lama lagi Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini berhadapan dengan risiko kemungkinan dibatalkan pendaftarannya dan ia dipercayai berkaitan dengan pemilihan secara langsung akhir tahun lalu.

Turut difahamkan PKR juga telah menerima surat berhubung pembatalan tersebut daripada Pendaftar Pertubuhan (RoS) awal bulan ini.

“Saya dimaklumkan RoS sudah keluarkan surat untuk membatalkan pendaftaran, surat diterima baru-baru ini, saya tak pasti tarikhnya,” kata sumber.

Sumber itu berkata berdasarkan surat RoS, PKR didakwa melanggar beberapa peruntukan perlembagaan part itu, yang ditubuhkan April 1999.

Bagaimanapun katanya, PKR mempunyai alasan kukuh yang ia tidak melanggar sebarang peruntukan dalam perlembagaannya.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail akan mengadakan sidang media mengenai isu itu tengah hari ini.

“Kami tak terkejut dengan tindakan RoS ini, tunggu sidang media nanti,” katanya lagi.

PKR, yang awalnya dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional (Keadilan) ditukar nama semasa selepas proses penggabungan empat tahun kemudian.

Ia mengadakan pemilihan secara langsung peringkat pusat menggunakan kaedah satu ahli satu undi, yang turut menyaksikan masalah dan aduan.

Sejak selepas pilihan raya umum 2008 PKR juga tidak kesunyian daripada kritikan daripada pesaingnya termasuk menggesa agar RoS mengambil tindakan ke atas parti itu.

Parti itu yang menyaksikan prestasi terbaik pada pilihan raya umum 2008 menerusi kerjasama dengan PAS dan DAP turut berhadapan dengan tindakan beberapa wakil rakyat, di kedua-dua peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, keluar atau melompat parti.

Tv Selangor/-

Mahasiswa bersama rakyat bantah Lynas esok

16 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

Satu perarakan bagi membantah projek Lynas Advanced Materials Plant yang sedang membina kilang pemprosesan nadir bumi di Geneng, Kuantan akan diadakan esok pada jam 2 petang.

Peserta dijadualkan berkumpul di KLCC dan kemudiannya berarak ke Pejabat Suruhanjaya Australia bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada pesuruhjaya tinggi negara berkenaan.

Ketua Penerangan Gamis, Mohd Yusof Hadhari di laman facebook menulis selepas tsunami di Fukushima, Jepun, bulan lalu, rakyat kini lebih menyedari bahayanya bahan radioaktif.

“Kita perlu buat desakan supaya projek loji nadir bumi yang dibina di Gebeng, Kuantan, dihentikan segera,” katanya.

Tambahnya, mahasiswa akan turun bersama rakyat Malaysia esok bagi menyatakan bantahan terhadap rancangan yang memudaratkan keselamatan penduduk setempat terutamanya di bandar Kuantan.

Dalam beberapa siri bantahan sebelum ini, aktivis anti-Lynas berjaya menganjurkan pelbagai acara termasuk dalam bentuk simbolik menyalakan lilin dan persembahan di bandar Kuantan dan pantai Teluk Chempedak.

Sehingga kini, bantahan berkenaan projek tersebut diteruskan termasuk usul di Parlimen, namun kerajaan masih bersikap membisu dan bertindak menagkap mereka yang berdemo.

Malaysiakini/-

PRU 13: SPR jangan main silap mata

16 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 19 Mei: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) merasa sangsi terhadap tindakan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) yang mahu menyekat sebaran maklumat awal keputusan pilihan raya melalui sistem pesanan ringkas (SMS) atau telefon oleh ejen pilihan raya.

“Bagi DPPP, tindakan ini seakan menyekat kebebasan maklumat yang perlu diterima dan disampaikan oleh seseorang kepada orang lain,” kata Pengarah Pilihan raya DPPP, Mohd Firdaus Jaafar (gambar) kepada Harakahdaily.

Dalam kepesatan teknologi hari ini, katanya maklumat perlu disebarkan secepat mungkin bagi memudahkan rakyat akses kepada maklumat.

Justeru, katanya DPPP mempersoalkan apakah motif SPR menghalang maklumat tentang keputusan pilihan raya disebarkan awal.

Soalnya lagi, apakah kerana keputusan Pilihanraya Negeri Sarawak yang pada peringkat awalnya ada maklumat daripada ejen pilihan raya menyatakan bahawa Pakatan Rakyat akan memenangi banyak kerusi setelah selesai pengiraan undi, tetapi sebaliknya berlaku setelah diumumkan keputusan rasmi oleh SPR.

Dalam hal ini, beliau menegaskan SPR tidak perlu khuatir kerana Borang 14 ada di tangan ejen tempat mengundi dan juga SPR, justeru sebarang keputusan perlu berdasarkan kepada Borang 14 tersebut.

“Atau mungkinkah SPR berniat bermain silap mata dalam pilihan raya ke 13 nanti?” tanya beliau yang juga ahli Parlimen Jerai.

Dalam kes Pilihanraya Negeri Sarawak, ujarnya Dun Senadin dalam parlimen Miri adalah contoh terbaik bagaimana berlaku silap mata terhadap keputusan pilihan raya di tempat tersebut.

Beliau berkata, banyak pertikaian berlaku di Dun Senadin seperti tong undi yang dicerobohi, SPR tidak membenarkan pengiraan semula walaupun majoriti kurang 5%, jumlah undi yang mencurigakan dan lain-lain lagi.

Sehubungan itu, katanya DPPP meminta SPR agar menumpukan isu yang jauh lebih besar dalam pilihan raya.

Menurutnya, dunia sedang memerhatikan perjalanan pilihan raya di Malaysia yang semakin tempang dan senget sebelah.

Sepatutnya, kata beliau peranan SPR adalah untuk memperbaiki imej perjalanan pilihan raya di Malaysia, agar rakyat di negara ini khususnya dan masyarakat dunia umumnya berpuashati.

Katanya lagi, isu seperti daftar pemilih automatik, undi pos yang didesak agar dihapuskan, membersihkan daftar pemilih, akses kepada media, serta celup jari jauh lebih penting untuk ditumpukan berbanding isu remeh seperti yang diperjuangkan oleh SPR.

DPPP, tambahnya mengingatkan SPR agar terus memainkan peranan sebagai pengendali pilihan raya tanpa perlu berpihak kepada mana-mana parti.

Katanya, ketika ‘mood’ rakyat semakin mahu kepada perubahan, SPR tidak sepatutnya menjadi ‘tali barut’ kepada Umno BN.

“SPR perlu bersikap berkecuali namun rakyat kecewa dengan sikap SPR yang senantiasa mencari alasan untuk mencipta undang-undang yang sebenarnya memihak kepada Umno BN.

“Biarlah pilihanraya berlangsung di atas ‘padang yang sama rata’,” ujarnya.

Tambahnya, sebarang tindakan SPR sentiasa dilihat dan rakyat tidak akan berdiam diri jika SPR terus berlaku curang terhadap sistem pilihanraya di Malaysia.

SPR, ujarnya perlu ingat bahawa rakyat semakin celik maklumat dan cerdik politik berbanding 10 tahun dahulu.

“PRU ke 13 nanti adalah masanya rakyat mengadili SPR dan perjalanan keseluruhan sistem pilihan raya di Malaysia,” katanya.

Harakahdaily

Tiada lagi PRK di seluruh negara selepas 20 Mei: SPR

16 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Tiada lagi pilihan raya kecil (PRK) peringkat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara selepas tarikh 20 Mei, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata, ia berikutan semua negeri sudah mencapai mandat selama tiga tahun bergantung kepada tarikh kali pertama DUN berkenaan bersidang selepas pilihan raya umum lepas, dengan Pahang adalah negeri yang paling lambat bersidang iaitu pada 20 Mei 2008.

"Ini bermakna semua negeri tidak perlu mengadakan pilihan raya kecil lagi. Ada laporan yang menyatakan terdapat negeri mengadakan sidang DUN pada Julai 2008 sebelum ini dan ini tidak benar sama sekali," kata beliau kepada Bernama di sini hari ini.

Abdul Aziz berkata, sekiranya berlaku kekosongan kerusi yang disebabkan oleh kematian atau penyandangnya hilang kelayakan, maka PRK (pilihan raya kecil) tidak perlu diadakan.

Beliau berkata, perkara itu adalah sejajar dengan Artikel 54(1) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa suatu PRK hanya perlu diadakan dalam tempoh tiga tahun.

Beliau berkata, terdapat beberapa negeri yang tarikh persidangan dewannya sama dengan tarikh persidangan Parlimen iaitu pada 28 April lepas iaitu Perlis, Kelantan dan Negeri Sembilan.

Katanya, terdapat juga negeri-negeri yang tarikh persidangannya lebih awal berbanding persidangan Parlimen seperti Melaka dan Johor pada 21 April 2008, Selangor (22 April) dan Perak (25 April).

"Manakala Kedah dan Sabah mengadakan sidang DUN pada 5 Mei, Terengganu (7 Mei) dan Pulau Pinang (2 Mei)," katanya.

Pilihan raya DUN Sarawak baru sahaja diadakan 16 April lepas, manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya tidak mempunyai kerusi DUN.

Sebelum ini, Abdul Aziz berkata, pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen tidak perlu diadakan selepas 28 April memandangkan penggal Parlimen ke-12 ini telah mencapai tempoh mandat tiga tahunnya.

Mandat kerajaan Persekutuan akan berakhir pada April 2013.

Abdul Aziz berkata, bagaimanapun sekiranya ada keperluan khas, Speaker DUN perlu menulis surat kepada SPR supaya mengadakan pilihan raya kecil.

Keperluan khas itu termasuklah jika berlaku situasi di mana kerajaan pusat atau negeri tidak lagi mempunyai majoriti di dalam Parlimen atau DUN, menyebabkan kerajaan sedia ada hilang kelayakan untuk memerintah negara atau negeri.

"Jika berlaku keadaan 50-50, mana-mana parti yang bergabung tak boleh wujudkan kerajaan. Speaker Dun boleh menulis kepada SPR menyatakan masalah itu dan SPR boleh panggil pilihan raya untuk selesaikan "deadlock" (kebuntuan) itu," katanya.

Selepas pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008, sebanyak 16 PRK dijalankan, iaitu enam bagi kerusi Parlimen dan 10 kerusi DUN, membabitkan kos lebih RM11 juta.

PRK diadakan di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Batang Ai, Manek Urai, Permatang Pasir, Penanti, Bagan Pinang, Hulu Selangor, Sibu, Galas, Batu Sapi, Tenang, Merlimau dan Kerdau.

Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Hulu Selangor, Sibu dan Batu Sapi adalah kerusi Parlimen manakala selebihnya adalah kerusi DUN.

Perlis adalah satu-satunya negeri yang tidak terbabit dalam PRK dalam tempoh tiga tahun ini.

Sebanyak 13 wakil rakyat meninggal dunia disebabkan serangan jantung, kanser, angin ahmar dan jangkitan paru-paru dalam tempoh itu.

Jumlah itu termasuk bagi kerusi Parlimen Batu Sapi, Sabah, apabila penyandangnya Datuk Edmund Chong Ket Wah terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya.

Manakala tiga pilihan raya kecil terpaksa diadakan selepas wakil rakyatnya meletak jawatan iaitu di kerusi Parlimen Permatang Pauh, kerusi negeri di Penanti, Pulau Pinang dan Bukit Selambau, Kedah. Ketiga-tiganya adalah wakil rakyat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Jumlah pilihan raya kecil berkenaan antara yang tertinggi dalam sejarah pilihan raya negara selepas penggal 1995 hingga 1999 yang menyaksikan 17 PRK diadakan.
- BERNAMA

Seratus UFO di Shinjuku

16 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -


TOKYO - Sekumpulan cahaya misteri yang dipercayai objek terbang tidak dikenali (UFO) berlegar-legar dengan laju di ruang angkasa Shinjuku, Tokyo, lapor laman Rocketnews24 semalam.

UfO itu muncul pada 8 April lalu pada pukul 4 petang dan klip video tersebut disiarkan di laman YouTube.

KIRA-KIRA 100 objek terbang tidak dikenali (berwarna putih) berlegar-legar di ruang udara Shinjuku, Tokyo pada April lalu.


Menurut individu yang merakamkan klip itu, sejumlah orang turut melihat UFO itu di luar rumahnya.

Dia berkata, terdapat 100 UFO yang bergerak sebelum ia berkurangan sehingga menjadi 20 buah sahaja.

Terdapat dua buah pesawat terbang berdekatan UFO itu tetapi objek tersebut mungkin berada pada altitud yang lebih tinggi, katanya. 

Agensi

Undian Myharakah.net online makin popular

16 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 18 Mei: Keputusan pengundian tajuk muka depan Harakah bil. 1640, "PUTAR BELIT NAJIB" mencapai keputusan tertinggi setakat ini, iaitu sebanyak 1,089 undian mengatasi undian tajuk muka depan Harakah bil. 1637 “Bubar UMNO Masuk PAS” yang jatuh kepada tempat kedua tertinggi iaitu sebanyak 941 undian.

Keputusan yang bersetuju dengan tajuk tersebut juga meningkat kepada 94.31 peratus (atau 1,027 undian) berbanding dengan 92% (atau 866 daripada 941 undian) bersetuju dengan tajuk berkenaan.

Hanya 54 undian (4.96 peratus) sahaja yang tidak bersetuju dan 8 undian (0.73 peratus) pula tidak pasti.

Undian terhadap tajuk ini telah meningkat lebih 236 peratus berbanding dengan tajuk sebelumnya, "BATU API PERKAUMAN" digunakan sebagai tajuk berita utama yang mendapat sebanyak 460 undian.

Sejak undian dibuka kepada pembaca mulai 27 hingga 29 April selama 3 atau 4 hari bagi setiap tajuk muka depan Harakah, sambutannya semakin menggalakkan.

Untuk melihat keputusan terperinci, boleh terus kepada link http://myharakah.net/polls.php

Tinjauan awam ini bermula bagi Harakah bil. 1635 dengan tajuk "UMNO PUJUK DAP" digunakan sebagai tajuk berita utama dengan mendapat 365 undian.

Keputusan terhadap undian, menunjukkan 226 daripada 365 atau 61.92 % pengundi bersetuju.

Manakala jumlah yang bersetuju telah meningkat 20 peratus berbanding Harakah bil. 1635 bagi tajuk muka depan ‘Bukan Kaedah Islam – Mubahalah Eskay dibenarkan Menteri dan pengarah Jawi’ dalam Harakah bil. 1636, iaitu 81.63 % bersetuju atau 280 daripada 343 undian.

Begitu juga dengan keputusan undian berhubung dengan tajuk muka depan Harakah bil. 1638, wajarkah perkataan Bertarung Secara Anak Jantan – Jangan guna taktik kotor rampas Selangor’ juga menunjukkan 81.69 % bersetuju atau 174 daripada 213 undian.

Manakala keputusan yang bersetuju paling rendah setakat ini adalah bagi tajuk "BATU API PERKAUMAN" menjadi tajuk berita utama dalam Harakah bil. 1639, iaitu 77.61 peratus, iaitu 357 daripada 460 undian.

Sekarang ini, undian dilakukan bagi tajuk wajarkah perkataan "NAK TAWAN KELANTAN TAPI JAMBATAN TAK SIAP" digunakan sebagai tajuk berita utama. Pembaca boleh setuju atau tidak setuju atau tidak pasti dengan pilihan tajuk berkenaan.

Untuk membuat undian, boleh terus kepada link http://myharakah.net.

Harakahdaily

Rombakan Besar-Besaran Kabinet S'pura

16 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

SINGAPURA: Perdana Menteri, Lee Hsien Loong pada Rabu telah melakukan rombakan besar-besaran ke atas barisan kabinetnya ekoran kemunculan generasi baru parti pembangkang yang berjaya membuat kejutan pada pilihan raya umum republik itu baru-baru ini.

Ia adalah keputusan pilihan raya yang paling buruk dalam sejarah Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah Singapura sejak merdeka.

Sejurus selepas keputusan pilihan raya umum berkenaan, generasi lama yang diketuai oleh bapa Lee iaitu Lee Kuan Yew, 87, dan bekas perdana menteri, Goh Chok Tong, 70 - yang sebelum ini masih terus berkhidmat dalam kabinet telah mengumumkan persaraan mereka dari kerajaan.

Lee Kuan Yew yang memerintah selama 31 tahun sebelum ini masih terus menjadi sebahagian daripada anggota kabinet dengan memegang potfolio menteri mentor walaupun telah melepaskan jawatan perdana menteri.

Beliau telah memimpin PAP sejak pilihan raya pertama pada tahun 1959.

"Selepas memikirkan permintaan mereka (untuk bersara) dengan semasak-masaknya maka saya dengan ini menerima keputusan mereka untuk bersara dari kabinet kerajaan Singapura," ujar Perdana Menteri Lee.

Dengan persaraan kedua-dua negarawan itu, Lee, kini secara automatik menjadi anggota kabinet yang paling tua walaupun baru berusia 59 tahun.

Rata-rata anggota kabinet baru Lee berusia dalam lingkungan awal 50-an dengan yang paling muda berusia 42 tahun iaitu Chan Chun Sing, yang mengambil alih jawatan menteri Belia, Sukan dan Komuniti.

Lee juga turut membuat keputusan yang mengejutkan dengan menukar 11 daripada 14 kerusi menteri di dalam kabinetnya.

Sembilan penyandang jawatan sedia ada akan meninggalkan jemaah menteri manakala tujuh anggota baru daripada kalangan Anggota Parlimen yang dipilih semula dan yang baru dipilih pada pilihan raya umum 7 Mei lepas, dilantik menyertai Kabinet.

Beliau juga telah melantik Menteri Kewangan, Tharman Shanmugaratnam, 54, sebagai timbalan perdana menteri.

Tharman juga turut mengambil alih potfolio pengerusi bank pusat Singapura.

Bekas Menteri Luar George Yeo, 56, yang tewas di kawasan parlimen paling kontroversi iaitu AlJuned akan diganti oleh Menteri Undang-Undang K. Shanmugam, 52.

Kabinet baru Kerajaan Singapura ini dijadualkan mengangkat sumpah memegang jawatan pada Sabtu ini di hadapan Presiden S.R. Nathan di Kompleks Istana Presiden pada jam 7.30 malam.

Bercakap pada sidang akhbar di Istana, Lee berkata Kuan Yew dilantik sebagai penasihat kanan kepada Perbadanan Pelaburan Kerajaan Singapura (GIC) manakala Goh dilantik sebagai penasihat kanan kepada Lembaga Kewangan Singapura (MAS) dan diberi gelaran Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong.

Tiga lagi anggota Kabinet sebelum ini yang akan berundur ialah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Penyelaras Keselamatan Nasional, Wong Kan Seng; Menteri Pembangunan Nasional, Mah Bow Tan dan Menteri Pengangkutan Raymond Lim yang juga Menteri Hal Ehwal Luar Kedua.

Melalui pembentukan Kabinet ini, Singapura akan mempunyai dua Timbalan Perdana Menteri iaitu Teo Chee Hean, yang juga Menteri Pertahanan dan Menteri Penyelaras Keselamatan Nasional. Seorang lagi ialah Tharman Shanmugaratnam, yang juga Menteri Kewangan dan Menteri Tenaga Manusia.

Menteri Luar yang baru ialah K.Shanmugam yang juga memegang jawatan Menteri Undang-undang. Beliau sebelum ini adalah Menteri Undang-undang dan Menteri Dalam Negeri.

Mej Jen Chan Chun Sing dilantik Pemangku Menteri Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan selain Menteri Negara bagi Penerangan, Komunikasi dan Kesenian.

Menteri Pelajaran baru ialah Heng Swee Keat.Menteri Kesihatan sebelum ini Khaw Boon Wan pula dilantik sebagai Menteri Pembangunan Negara manakala Menteri Tenaga Manusia Gan Kim Yong menjadi Menteri Kesihatan yang baru.

Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air, Yaacob Ibrahim, akan menerajui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kesenian manakala Menteri Penerangan, Komunikasi dan Keseniaan sebelum ini, Lui Tuck Yew, dilantik Menteri Pengangkutan dan Menteri Luar Kedua.

Anggota Kabinet baru lain ialah:

Vivian Balakrishnan - Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air.

Ng Eng Hen - Menteri Pertahanan.

Lim Hng Kiang - Menteri Perdagangan dan Industri.

Lim Swee Say - Menteri Di Pejabat Perdana Menteri.

S. Iswaran - Menteri Di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri dan Industri Kedua.

Grace Fu - Menteri Kanan Negara bagi Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kesenian dan Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Air.

Heng Chee - Menteri Kanan Negara Di Pejabat Perdana Menteri.

Halimah Yacob - Menteri Negara bagi Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan.

Josephine Teo - Menteri Negara bagi Kewangan dan Pengangkutan.

Tan Chuan Jin dan Lawrence Wong - Menteri Negara.

Lawrence Wong - Menteri Negara bagi Pertahanan dan Pelajaran.

Amy Khor - Menteri Negara bagi Kesihatan.

Teo Ser Luck - Menteri Negara bagi Perdagangan dan Industri.

Lee Yi Shyan - Menteri Negara bagi Perdagangan, Industri dan Pembangunan Negara.

Masagos Zulkifli - Menteri Negara bagi Hal Ehwal Dalam Negeri dan Hal Ehwal Luar.

Sakit jantung sudah wujud pada zaman firaun

16 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -


PARIS - Seorang puteri Mesir yang hidup di antara 1580 dan 1550 Sebelum Tahun Masihi merupakan manusia pertama dalam sejarah diketahui menghidap penyakit jantung koronari.

Penyakit itu dikesan menerusi imbasan komputer yang memberikan imej terperinci ke atas mumia Puteri Ahmose-Meryet-Amon yang meninggal dunia semasa berumur dalam lingkungan 40-an.

Menurut Persatuan Kardiologi Eropah, puteri itu didapati mempunyai aterosklerosis atau satu pengumpulan bahan lemak di dua dari tiga saluran koronari.

GAMBAR yang disiarkan kelmarin menunjukkan salah satu mumia yang diimbas dengan menggunakan komputer di Muzium Kaherah Mesir pada 10 Mei lalu

"Pada hari ini, dia mungkin memerlukan pembedahan pintasan jantung," kata ketua analisis mumia itu, Gregory Thomas yang juga Pengarah Pendidikan Nuklear Kardiologi di Universiti of California di Irvine, Amerika Syarikat menerusi telefon.

Menurutnya, dia berasa terkejut dengan jumlah pengumpulan lemak yang ditemui itu.

Separuh daripada mumia yang dikaji itu menunjukkan terdapat tanda-tanda pengapuran dalam saluran arteri yang menunjukkan tanda aterosklerosis.

Purata kematian mumia itu ialah kira-kira 45 tahun. 

AFP

TAHNIAH ATAS KEJAYAAN HIMPUNAN PAS GANTI UMNO PERINGKAT ZON UTARA PERAK : PESURUHJAYA PAS PERAK

16 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak, mengucapkan jutaan tahniah kepada seluruh jawatankuasa program yang terlibat atas kejayaan program himpunan PAS ganti UMNO peringkat negeri Perak yang dianjurkan pada 14 dan 15 Mei baru-baru ini.

Menurut beliau, komitmen yang telah diberikan oleh seluruh ahli jawatankuasa program serta sokongan dari seluruh ahli PAS Perak dapat menguatkan lagi istiqamah dan semangat PAS Perak untuk menyusun strategi bagi merealisasikan agenda PAS ganti UMNO selepas PRU 13 nanti

Beliau juga menyatakan, dengan kejayaan program PAS ganti UMNO ini,jelas menggambarkan PAS Perak sentiasa bersiap sedia untuk berhadapan dengan pilihanraya umum ke 13 pada bila-bila masa dari sekarang.

Memetik ucapan beliau “ PAS harus menjadi jauh lebih baik daripada Umno dan berlumba untuk menawarkan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, kita serius ingin menggantikan Umno dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti ”.

“PAS adalah Gerakan Islam yang membawa pakej perjuangan yang menarik, mengulangi pakej asal yang diperjuangkan oleh Rasulullah saw. Pakej yang dimaksudkan ialah tarbiyah, dakwah dan siasah. Melalui pakej ini, PAS bergerak ke tengah medan lantas mengadun gerakkerja amal Islaminya secara seimbang berasas ramuan 3 elemen dari pakej tersebut”

Justeru beliau mengharapkan agar himpunan rayat PAS ganti UMNO yang akan diadakan di zon selatan ( Cenderung Balai Teluk Intan Perak ) pada 28-29 Mei 2011 akan dapat menarik lebih ramai lagi kehadiran ahli dan rakyat untuk sama-sama berpadu tenaga bagi menjayakan program tersebut.

mohd hafez sabri

Maut dirempuh kereta sewa

16 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -


KUALA TERENGGANU - Seorang bapa tidak menyangka akan bertemu dengan anaknya yang telah bertahun tidak bertegur sapa dalam keadaan menyayat hati apabila remaja itu meninggal dunia selepas motosikal yang ditungganginya bersama rakan wanita dirempuh sebuah kereta sewa kelmarin.

Kejadian pukul 8.30 malam itu menyebabkan Mohd. Shazwan Yusrien, 19, mati di tempat kejadian selepas dia tercampak kira-kira 50 meter dari lokasi dia dirempuh di persimpangan lampu isyarat Kuala Ibai dekat sini.

ORANG ramai mengangkat motosikal Honda EX5 ditunggang Mohd. 
Shazwan yang maut dalam kemalangan di Kuala Terengganu


Rakan wanita Mohd. Shazwan bersama pemandu dan penumpang kereta sewa berkenaan turut cedera dan dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Difahamkan, kemalangan itu berlaku apabila motosikal jenis Honda EX5 ditunggang Mohd. Shazwan yang dalam perjalanan dari Jalan Tok Adis ke Masjid Tengku Tengah Zaharah telah melanggar lampu merah di persimpangan tersebut lalu dirempuh kereta sewa berkenaan. Kereta itu dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Chendering.

Yusuf Mohamad, 43, memberitahu, Mohd. Shazwan tidak menegurnya selepas dia mengambil keputusan untuk berpisah dengan bekas isterinya beberapa tahun lalu.

Dua terkorban dalam letupan keretapi di Myanmar

16 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



YANGON 19 Mei - Satu letupan bom di sebuah keretapi berdekatan dengan ibu negara Myanmar mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang ketika lawatan utusan Amerika Syarikat (AS) ke kerajaan baru, hari ini.

“Ia merupakan bom masa. Kami merasakan pemberontak Kesatuan Kebangsaan Karen (KNU) yang melakukannya,” ujar pegawai kerajaan merujuk kepada kumpulan pemberontak yang telah menentang kerajaan selama berdekad.

Dua orang termasuk seorang wanita terkorban manakala tujuh orang lagi cedera dalam letupan bom yang berlaku awal petang tadi di Tatkone, Naypyidaw.

Letupan itu berlaku selepas Timbalan Penolong Setiausaha Hal Ehwal Asia Timur dan Pasifik AS, Joseph Yun, baru sahaja tiba di Myanmar bagi perbincangandengan Menteri Luar Negara, Wunna Maung Lwin di Naypyidaw. 

AFP

Serangan berani mati, 13 maut

16 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



JALALABAD, Afghanistan 19 Mei - Seramai 13 orang terbunuh manakala 20 orang lagi cedera parah apabila seorang pengebom berani mati meletupkan sebuah kereta berdekatan dengan sebuah bas polis di timur Afghanistan.

Serangan itu berlaku pada pukul 4.45 malam (8.15 malam waktu Malaysia) di timur wilayah Nangarhar, berdekatan dengan Jalalabad dan beberapa kilometer dari lapangan terbang Jalalabad.

Serangan itu didakwa dilakukan oleh Taliban apabila jurucakapnya, Zabiullah Mujahid mengakui salah seorang ahlinya telah mati syahid dengan menyerang sebuah bas yang membawa pelatih polis. 

AFP